CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2326|Reply: 8

Jerat Maut Di Laluan Motosikal Resahkan Pengguna Motor

[Copy link]
Post time 25-10-2018 03:13 PM | Show all posts |Read mode



Pernahkah anda melihat motor-motor menggunakan laluan kereta, terutamanya waktu malam? Walaupun sebenarnya ada laluan motor yang khas untuk mereka, nampaknya penunggang motor lebih selesa berada di laluan yang lebih besar. Jangan marah dahulu. Ini kerana

hanya penunggang motor memahami masalah mereka.



Menunggang motor di celah-celah kenderaan yang lebih besar, menempa bahaya jika tersilap percaturan dan paling teruk boleh membawa maut jika berlaku kemalangan. Maklumlah penunggang motor lebih terdedah kepada jenayah dan buli jalan raya kerana ianya lebih kecil. Menurut status ini, sesetengah laluan motor memang menjadi target penjenayah untuk merompak. Bukan sekadar itu, penunggang motor juga boleh maut kerana jerat yang dipasang ini.





Kredit foto: Twitter





Mungkin bagi sesetengah netizen, mereka tidak memahami kenapa wayar dipasang merentasi laluan motor tersebut. Jawapannya adalah ia supaya penunggang motor terjatuh lalu mereka akan merompak mangsa. Namun, bahaya wayar tersebut ialah jika dilanggar laju, maka penunggang motor boleh meninggal di tempat kejadian kerana luka parah.








Kredit foto: Carian Internet




"Kalau malam, lalu ja tempat kereta tu, ada ja polis yang faham dan takkan saman."



Sememangnya ramai penunggang motor yang mengalami pengalaman ngeri ketika memandu waktu malam. Oleh itu, ada yang sudah tidak menggunakan laluan motor kerana tidak mahu membahayakan nyawa sendiri.










Kredit foto: Carian Internet





"utus leher lah, kalau kena wayar tu."



Selain waktu malam yang agak gelap,  biasanya laluan motor juga sunyi membuatkan penjenayah senang mencari mangsa. Oleh sebab itu, ramai netizen berpendapat individu yang menganiayai ini tidak boleh dikasihani.






Kredit foto: Carian Internet




Jadi, kepada penunggang motosikal sila berhati-hati terutamanya waktu malam sementara kepada pemandu kereta mungkin boleh bertimbang rasa dengan mereka kerana sebab-sebab seperti ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 04:29 PM | Show all posts
ooo wayar...sblm ni nampak kat fb aku ingat terowong tu retak..lol!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 04:55 PM | Show all posts
bahaya tu oooo..boleh terputus dua badan kalau kena tu..jahat betul!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 06:09 PM | Show all posts
Mengerikan, harap pihak berkenaan periksa selalu laluan motor sama supaya perbuatan sebegini dapat dibentras
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat laluan penunggang motosikal ni sunyi lagi redup mmg xla nak lalu sengsorang
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan ke dulu ada kes budak mcd kena samun sebab ada dawai macam ni kat laluan motor. Ke i silap?

Tapi kalau yang siang pun lalu highway tu macam mana? Ikut lah laluan yang dah disediakan. Nanti tersenggol tau pun sis salahkan kereta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2018 01:21 PM | Show all posts
sadisnya org duk pedajal ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 02:27 PM | Show all posts
nauzubillah min zalik, moga dijauhkan perkara2 sebegini terkena kepada diri, keluarga, saudara-mara, dan kenalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2018 02:55 PM | Show all posts
lepas kes wayar tu aku x penah naik dah lebuhraya persekutuan ni naik motor

biarler jem berderet pon kene drive
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055458 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list