CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42661|Reply: 3

Batu Geliga Ular. Betul ke banyak khasiat?

[Copy link]
Post time 25-10-2018 05:18 PM | Show all posts |Read mode





Batu Geliga Ular? Itulah antara panggilan batu sejenis batu yang ingin di ketengahkan oleh Oasis Selatan Resources pada kali ini.

Batu ini ada yang memanggilnya Batu Geliga Ular dan ada yang memanggilnya dengan nama Batu Sarang Ular. Dan selain namanya yang berkait dengan Sang Ular, ianya turut dipanggil Batu Pospor / Batu Fosfor.


Satu sifat batu ini yang sangat menarik dan menonjol daripada batu - batu yang lain adalah sifat semulajadinya yang menyerap cahaya dan memantulkan semula cahaya yang diserap ini apabila ianya berada di dalam kawasan / persekitaran yang bercahaya malap. Kata orang - orang moden ianya "glow in the dark". Dan inilah faktor utama yang menarik peminat - peminat batu / akik untuk memilikinya. Keunikkan istimewa ini adalah sebenarnya reaksi semulajadi bahan yang terbentuk di dalam batu ini yang mana ianya memiliki bahan bersifat fosforus yang tinggi. Dan kami percaya bahawa apabila batu ini memiliki kandungan bahan fosfor, maka apabila dirapatkan batunya kepada haiwan berbisa, maka haiwan terutama ular yang memiliki deria rasa yang tinggi akan tidak menyukainya lantas cuba untuk menjauhi daripada merapati batu ini. Lantas, ianya di kenali sebagai Batu Geliga Ular (tidak sama seperti Batu Geliga Ular yang datang daripada ular).

** Para pengamal metafizika mendapati bahawa Batu Fosfor ini memiliki aura juga khasiat yang amat baik. Antara khasiat - khasiat Batu Fosfor adalah :-

1. Memancarkan tenaga positif yang menyinari tubuh si pemakai.
2. Bersifat melindungi pemakai daripada gangguan tenaga negatif.
3. Membawa keberuntungan
4. Menyalakan aura kecantikan / ketampanan fizikal diri pemakai
5. Menarik perhatian apabila berada di kalangan orang ramai (contohnya jika di dalam pejabat, daripada ramai kalangan pekerja, si pemakai akan mendapat perhatian atas aura kewibawaan) **

Yang di tawarkan oleh Oasis Selatan Resources adalah sebutir Batu Fosfor yang telah siap di ikat bersama sebentuk cincin Perak 925 dengan berlian swiss dijadikan hiasan. Batunya dicanai memanjang dan cahayanya di dalam persekitaran gelap adalah sangat menakjubkan. Di maharkan dengan mahar RM2xx.00 siap dengan kos poslaju.

Dijemput untuk PM / Wassap ke 011-26829010 untuk mendapatkannya.

Terima kasih.

** Semua ini hanyalah hasil kajian/penemuan daripada pengamal metafizik. Kelebihan/Kekuatan aura yang ada pada permata adalah anugerah daripada Allah SWT. Semuanya hanya dengan izinNya. Doa kita WAJIB hanyalah kepada Allah SWT.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Syirik.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 01:25 AM | Show all posts
Edited by te_peng at 27-10-2018 01:27 AM

Kalau ikut zaman, batu ni dah sohor dalam awal tahun 2000. Pastu senyap sekarang ade orang up balik jual.

Bukan warna hijau je ade, warna coklat, biru dan merah. Warna lain xtahu mungkin ade kot...

Yang paling susah nak dapat warna merah. Bila susah hargapun up. Tu citer zaman lama.

Satu sifat batu ini yang sangat menarik dan menonjol daripada batu - batu yang lain adalah sifat semulajadinya yang menyerap cahaya dan memantulkan semula cahaya yang diserap ini apabila ianya berada di dalam kawasan / persekitaran yang bercahaya malap.

Memang betul serap cahaya. Ade orang kata batu marjan pun serap cahaya. Mase tu kemain eksyen pakai batu bercahaya dalam gelap. Orang pakai zamrud riban2 pun tak cerah dalam gelap.

Para pengamal metafizika mendapati bahawa BatuFosfor ini memiliki aura juga khasiat yang amat baik. Antara khasiat - khasiat Batu Fosfor adalah :-

Secara umum batuan ni mmg ade khasiat tertentu, boleh baca buku2 yang ditulis oleh pakar batuan. Jadi jgn mudah kata syirik. Khasiat semulajadi dia begitu bukan kerana bantuan jin. Seperti orang pakai baju warna tertentu akan mempengaruhi mood seseorang.

Cuma ade orang mengisi batuan dengan ilmu tertentu. Tang masuk ilmu ni ade campur pengaruh jin atau tidak.

Atau memang asalnya batuan tersebut dijaga makhluk tertentu.

Cuma bila diletak khasiat batuan secara berlebihan, kita boleh cam batu itu diisi (jin atau tidak).

Di maharkan dengan mahar RM2xx.00 siap dengan kos poslaju.

Harga dah betul dah tu. Zaman dulu harga lebih kurang begitu jugak. Ade yang letak smpi RM500...hehehe nak kaya cepat.

maka apabila dirapatkan batunya kepada haiwan berbisa

Tang ular tu sembang je....bila ular sampai seru die mai jugak eh.

Ade orang jual dlm bentuk tasbih, malah dlm bentuk tongkat pun ade jual.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Vitamin B2 (riboflavin) pun glow in the dark.. Tumbuk bagi jadi serbuk, bancuh ngan air, tuang dalam tiub aquarium.. Buat gelang glow in the dark
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046352 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list