CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31198|Reply: 97

Sifat 20 - perlukah dipelajari? (merged: always_typo)

[Copy link]
Post time 21-6-2004 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.
Saya pernah terbaca dlm satu forum (bukan cari) di mana ada seorg forumner mengatakan bahawa sifat 20 tidak perlu dipelajari / diketahui / dipercayai krn ia bukan diajar oleh RasulAllah. Pengasasnya adalah seorang yg berfahaman muktazilah iaitu mempercayai sesuatu dgn logik akal. Menurut  forumner itu lagi, sifat Allah tidak terhad kpd 20 sahaja. Cukup sekadar kita meyakini Allah itu Maha Berkuasa, jadi itu sudah merangkumi segala sifat 20 dan lebih lagi.  Anyway, katanya pengasas sifat 20 itu, sebelum meninggal dunia tlh bertaubat dan kembali mengikut sunnah wal jamaah.
Since then, saya amat musykil dan tertanya2. Bapa saya seorang yg tidaklah dikatakan pakar dlm agama tetapi dia bolehlah dikatakan seorg yg alim. Cuma pendidikan dia adalah secara tidak formal, sekadar belajar melalui ustaz2 / tok guru. Dari kecil kami ditekankan dgn sifat 20. Sehinggakan katanya, utk kenal Allah, kena kenal sifat 20. Memang pening mempelajarinya. Sehingga kini hanya tahu sikit2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2004 12:05 PM | Show all posts
wajib dipelajari,

sekurang2nya kite tahu sifat Tuhan kita tu bukan macam manusia
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 12:32 PM | Show all posts
eeeee sape yg ckp tuh......
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 02:04 PM | Show all posts
Setahu aku mende ni orang main hafal je. Hafal tu bukan belajar. Belajar tu memahami. Cuba list kan sifat-sifat tu tengok berapa ramai yang paham betul-betul setiap satunya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 11:36 PM | Show all posts
Kan sifat sifat tu berdasarkan kepada dalil aqli dan dalil naqli

Dalil Naqli = Al quran, hadis dan ijma
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 12:10 AM | Show all posts
murid2 rukun iman yg pertama ape dia?
kalu hafal...achong jual no ekor  pun tau..

Percaya.....percaya...percaya....percaya...percaya...percaya....(kalu takde ilmu..camne nak percaya)..


tumpang lalu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2004 12:28 AM | Show all posts
Macam baca Quran-lah. 'Orang' galakkan baca. 'Orang' galakkan pemahaman. 'Orang' juga kata Islam itu mudah. 'Orang' juga kata Islam itu untuk semua. Tapi bila nak diperbincangkan harammmmmmm kalau tak ada tok guru.

Mana itu orang? Apa yang ditakutkan?

Tadi aku baru je habis baca usaha nak menghasilkan injil dalam bahasa vernakular (atau bahasa sehari-hari). Banyak tentangannya. Kenapa?

Kita boleh lihat parallelnya dengan apa yang Islam sedang lalui.... mungkin benar kata orientalis kebencian Edward Said... Bernard Lewis: Islam perlukan sa-orang Martin Luther...untuk menyedarkan mereka yang sedang nyenyak dibumbui mimpi-mimpi sorga...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 04:36 AM | Show all posts
Memang wajib dipelajari.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2004 07:43 AM | Show all posts
Kenapa wajib dipelajari?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 09:18 AM | Show all posts
dalam hal ni, kita takleh letakkan hukum sesuka ati samaada inya wajib ker sunat ker apa ker.

tapi bagi pendapat saya lah, Sifat 20 tu kan salah satu Ilmu agama juga, tak salah memperlajarinya dan tak salah juga kalau tak memperlajarinya.
kalau kita belajar kita akan dapat manfaatnya dan tak rugi apa2 pun. kalau dah dikatakan ilmu dan selagi ianya tak bercanggah dengan agama kenapa kita perlu ragu2 untuk memperlajarinya.

saya rasa bapa kamu ada sebab tersendiri mengapa dia mengajar tentang Sifat 20 ni. kalau kamu rasa was2 tanya jerla terus kepada bapa kamu, kenapa nak bertanda soal sendirian.

bak kata orang "malas bertanya sesat jalan"
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 11:37 AM | Show all posts
Bagi pengikut Ahli Sunnah Waal Jamaah (ASWJ), Imam Abu Hasan al-Ash’ari (Ash'ariyyah) dan Abu Mansur al-Maturidi (Maturidiyyah) adalah nama-nama yang besar dimana mereka dianggap sebagai pengasasnya.

Berkenaan dengan sifat 20 Allah ini, pada permulaan ianya dicetuskan oleh Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan cuma 7 sahaja yang sempat digariskan olehnya sebelum dia meninggalkan fahaman berkenaan dan kembali berpegang teguh kepada dalil naqli. Lagi 13 itu dicukupkan oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi yang berpegang kepada dalil aqli.

Ramai para ulama ASWJ yang mempertikaikannya dan juga Ash'ariyyah dengan meninggalkannya.

Tentang wajib atau tidak itu Wallah Wa’alam sebab tak disebut didalam al-Qur’an serta Hadis tetapi jelas disebut mengenai 99 nama/sifat Allah.

Dalam hal ini saya tidak mengiyakan atau menidakkan mengenai perkara ini, terpulanglah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 12:01 PM | Show all posts
bagaimana kita nak kenal tuhan kalau kita tak pelajari ?

Originally posted by marquez at 23-6-2004 07:43 AM:
Kenapa wajib dipelajari?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 01:32 PM | Show all posts
Boleh ke kita kenal Tuhan? Dalam erti mana kita boleh kenal tuhan? Apa kriteria-kebenaran kita pakai? Apa itu Tuhan pun kita tak boleh huraikan dengan bahasa, macamana kita nak faham?

Contohnya warna merah. Boleh tak kita terangkan warna merah itu apa kepada orang buta? Terangkan dengan cara pantulan cahaya dan reaksi mata? Bak kata sapa entah: apakah ertinya kita tahu komposisi air (H20) jika kita terperangkap dalam lautan dipukul ombak yang ganas?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 23-6-2004 01:32 PM:
Boleh ke kita kenal Tuhan? Dalam erti mana kita boleh kenal tuhan? Apa kriteria-kebenaran kita pakai? Apa itu Tuhan pun kita tak boleh huraikan dengan bahasa, macamana kita nak faham?

Contohnya  ...


maksud heal ialah mengenali sifat2 allah. bukan mengenali allah secara peribadi. memang la manusia tak boleh nak mengenali allah secara terus tapi dengan mempelajari sifat2 nya dah mencukupi utk mengetahui kebesaran allah

sama juga cerita orang buta tu.mmg kita takleh nak cerita caner warna merah tu tapi kita leh cita kelebihan warna merah, cth warna merah melambangkan keberanian, kegagahan. pasti orang buta tu boleh membayangkan keistimewaan warna merah tanpa mengetahui bagaimana warna tersebut.

begitu juga dengan apa yang dimaksudkan dengan mengenali sifat allah:lebai:

[ Last edited by aza on 23-6-2004 at 02:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 02:45 PM | Show all posts
Tidak boleh pula kita bersifat pesimistik, tidak perlu pula kita terlalu optimistik.

Akan tetapi, :lebai:

Kita mengenal sifat air dari segi rasa, bau & warna. Bukan dari segi atom & zarah di sebaliknya.

Begitu juga konsep ketuhanan, kita mempelajari apa & dimana kepentingan tuhan dalam manusia. Belajar membezakan tuhan yg satu dengan kejadian berulang2. Tetapi kita tidak perlu pelajari apakah unsur terjadinya tuhan.

Contohnya, Nabi tuhan itu ada banyaknya. Perlukan makanan, tidur & akan mati seperti mana hidupan. Manakala untuk membezakan hidupan dengan tuhan; hidupan tidak sekekal tuhan. Secara tidak langsung kita telah membuat kesimpulan yg tuhan itu Baqa' ; kekal bukan ? :cak:


Originally posted by marquez at 23-6-2004 01:32 PM:
Boleh ke kita kenal Tuhan?


Tak kenal maka tak cinta,
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 2004-6-23 09:18 AM:
tapi bagi pendapat saya lah, Sifat 20 tu kan salah satu Ilmu agama juga, tak salah memperlajarinya dan tak salah juga kalau tak memperlajarinya.
kalau kita belajar kita akan dapat manfaatnya dan tak rugi apa2 pun. kalau dah dikatakan ilmu dan selagi ianya tak bercanggah dengan agama kenapa kita perlu ragu2 untuk memperlajarinya.


a'kum semua...

fuyoooo.... aza!  ko bior betui!  antara 'memperlajarinya dan tak salah juga kalau tak memperlajarinya', mane ko dapat pendapat cam tu?  

sifat Allah tak terhingga banyaknya, tapi yang wajib diketahui ialah 20 sahaja.  kalu yang 20 ni pun, amik endah tak endah jek...  jangan harap dapat cium bau syurga aaaaaaaarrrr!!!   bau pun tak dapek!  kat dunio la'ie tak kenal Tuhan, kalu kat akhirat lagi lerrrr.... abih tu camno?  wajib ke, tidak?  serupa macam kata2 hikmah ni ler "masa idup tido, dah mati baru terjaga'.

hehehee... selagi kita tak kenal Tuhan, selagi itu mati amat menakutkan.   percayalah...!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2004 03:37 PM | Show all posts
Sabda Nabi:
"Awaluddin Ma'rifattullah" Artinya: Awal Agama adalah Mengenal Allah.

camna nak menjadi seorang islam jika tidak mengenal allah.. bagaimana hendak mengenal allah... salah satu cara yg paling simple ialah sifat 20
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 04:17 PM | Show all posts
>>>maksud heal ialah mengenali sifat2 allah. bukan mengenali allah secara peribadi

Hmmm, kenapa tak leh kenal secara peribadi? Apa maksud kenal di sini? Dalam konteks Islam yang tak ada perantaraan ini bukankah kita ada hubungan terus dengan Tuhan? Apakah dengan kenal sifat itu kita boleh mengenal Allah? Apa pulak maknanya sifat dalam konteks ini?

Saya bertanya ni sebab saya nak menunjukkan betapa bahasa ini amat terhad untuk meyatakan sesuatu, terutama jika ia sesuatu yang metafizikal.  

>>>cita kelebihan warna merah, cth warna merah melambangkan keberanian, kegagahan. pasti orang buta tu boleh membayangkan keistimewaan warna merah tanpa mengetahui bagaimana warna tersebut.

Menarik, tapi kan, pernah dengar cerita orang buta yang cuba mengenali apa itu gajah?

>>>Tidak boleh pula kita bersifat pesimistik, tidak perlu pula kita terlalu optimistik.

Betul. saya setuju. Saya tak optimistik dan saya tidak pessimistik. Saya cuma mahu lihat skop perbincangan dahulu.

>>>Kita mengenal sifat air dari segi rasa, bau & warna. Bukan dari segi atom & zarah di sebaliknya.

Bezanya kita boleh mengetahui (as far as our senses allow us) untuk mengenali atom dan zarah. Dan kita boleh manipulasikan pengetahuan ini. Satu teleologi boleh dibentuk.

>>>Begitu juga konsep ketuhanan, kita mempelajari apa & dimana kepentingan tuhan dalam manusia. Belajar membezakan tuhan yg satu dengan kejadian berulang2.

Saya tak faham makna kejadian berulang-ulang.

>>>Contohnya, Nabi tuhan itu ada banyaknya. Perlukan makanan, tidur & akan mati seperti mana hidupan. Manakala untuk membezakan hidupan dengan tuhan; hidupan tidak sekekal tuhan. Secara tidak langsung kita telah membuat kesimpulan yg tuhan itu Baqa' ; kekal bukan

Bolehkah kita yang serba kekurangan ini memahami apa itu kekal? Macam perkataan infiniti. Eternity. Selama-lamanya. Boleh tak kita bayangkan? Dan bolehkah kita fahaminya?
  
Ada seorang filosuf tu pernah berkata, apa yang tak boleh disebut, kita diamkan sahaja... mungkin ada kebenaran sikit di situ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 05:08 PM | Show all posts
satu soalan untuk semua........apakah yang ada pada diri semua orang tak kira orang islam atau tidak yang datangnya dari Allah secara direct?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 09:38 PM | Show all posts
tajuk yang menarik tapi sayang tiada kupasan yang menarik.
tiada bijak pandai kah disini??
Sila huraikan apa itu tauhid?
Apa kaitan sifat 20 dengan tauhid?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.104104 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list