CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HOTlips

Sifat 20 - perlukah dipelajari? (merged: always_typo)

[Copy link]
Post time 27-1-2005 02:11 PM | Show all posts
tak kenal maka tak cinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2005 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 2004-6-23 01:32 PM:
Boleh ke kita kenal Tuhan? Dalam erti mana kita boleh kenal tuhan? Apa kriteria-kebenaran kita pakai? Apa itu Tuhan pun kita tak boleh huraikan dengan bahasa, macamana kita nak faham?

Contohnya  ...


rasanya cukup utk kita mengenal.

tapi utk mendalami rasanya bukan hak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2005 07:09 PM | Show all posts
Hadis "Siapa yang mengenali dirinya sendiri, mengenali tuhannya" adalah hadis daif walaupun ianya sangat popular. Apa kata ulamak mengenai hadis ini...

- As-Sahaawee - ianya hanyalah kata-kata Yahya bin Mu'aadh ar-Raazee
- Imam Nawawi - ianya tidak kukuh (Al-Maqasid Al-Hasanah)
- Imam Sayuti - ianya tidak sahih 'Haawee lil Fataawee'
- Alee al-Qaaree dari Ibnu Taimiyah - ianya palsu 'al-Asraar al-Marfoo'ah'
- al-Allaamaa Fairozabaadee - ini bukan hadis rasulullah walaupun ramai yang mengatakannya, ianya hanya diambil dari sumber Yahudi "wahai manusai, kenali dirimu dan kau akan mengenali tuhanmu"
- Albani - ianya tidak ada asas 'Silsilah ad-Da'eefah'

Inyallah saya akan cari bahan rujukan mengenai pandangan alim ASWJ mengenai sifat 20. Stay tuned.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2005 04:51 PM | Show all posts

SIFAT 20 MENGIKUT METOD SYEIKH ABU HASSAN AL ASYAARI.

asm

moga dapat berkongsi info. Ini merupakan metod yg digunapakai oleh ASWJ.

----------------------------------------------------------------


DI DALAM ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Usuluddin (aqidah)
2. Feqah (syariat)
3. Tasawuf (akhlak)


Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosak-lah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. la tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Ber'feqah' saja atau ber'usuluddin' saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan ke-Islaman seseorang. Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipi-sah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipi-sahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak sese-orang itu akan jadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.

Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau asasnya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan   syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah  foundationnya. Bangunan rumah serta peralatan-neralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah itu tidak dapat ditegakkan sekiranya /oundation rumah tersebut tidak ada. Atau ia tidak kukuh dan tidak kuat. Justeru itu, dalam ajaran Islam:

1.   Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam.

2.   Syariat dan tasawuf ialah furu' dan cabang- cabangnya.


Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH, kalau aqidah atau usuluddinnya telah rosak.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah:
1.   Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya sama ada sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atau sifat-sifat yang harus.

2.   Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifat-nya.

3.   Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah di-turunkan oleh ALLAH seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat.

4. Keyakinan kepada para malaikat.

5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.

6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang merangkumi perkara di Alam Ghaib.

bersambung

[ Last edited by serihartatie on 30-1-2005 at 04:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2005 04:55 PM | Show all posts

Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap indi-vidu Islam yang mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini hukumnya fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf. Bahkan jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya. Hatta boleh jatuh kufur secara tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.


Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menyebabkan terjatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu yang lain. Dalam Hadis, Rasulullah SAW ada menyebut:
Terjemahannya: Awal-awal agama ialah mengenal ALLAH.


Oleh itu ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan dari mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegang-an dan keyakinan yang mantap (teguh) di hati. Tanpa dicelahi dengan unsur-unsur jahil, syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham, atau salah satu darinya, maka seluruh amal iba-dah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak dapat apa-apa di sisi ALLAH. Amalan itu hanya sia-sia sahaja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada ALLAH, sekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan di-campak semula ke muka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syaria atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya.


Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokok-nya subur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak (lebat) lagi sedap rasanya. Sehingga menjadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulah juga bagi mereka yang aqidahnya baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya can-tik. Semua hukum-hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang hing-ga ia mencorak hidup individu dan masyarakat.

Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usulud-din ini kerana ia boleh mencorakkan hati seseorang. Sehingga yang lahir dalam tindakan adalah gambaran hatinya itu.


Alhasil, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat, maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang mendapat keampunan ALLAH. Kerana aqidah yang tepat dan kuat itu mendorong hamba-hamba-Nya bersyariat dan berakhlak atau menjadi orang yang ber-taqwa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 09:58 AM | Show all posts

Pelajaran pasal sifat 20

Di sini saya ingin menjemput saudara saudari yang tinggal di kawasan Kulim, Lunas dan sekitarnya jika ingin menghadiri kuliah Tauhid dan Tasauf.

Surau tempat saya ini akan memulakan pengajian Sifat 20 mulai hari Ahad ini (3/7/2005) selepas solat Isyak oleh seorang ustaz lulusan pondok Patani (masih bujang lak tu). Saya tak tahu dia punya skill mengajar tetapi mengikut rakan-rakan, cara pengajarannya amat berkesan dan detail sekali.

Semoga kita dapat mendalami ilmu Tauhid dengan lebih berkesan dngn cara berhemah dan slow + steady di samping sesi soaljawab optional selepas kuliah over a cup of coffee or tea di veranda surau (sometimes with additional tit bits).

Juga hari Jumaat minggu depan (8 Julai 2005), kuliah Tasauf-Introduction to Newbies di surau taman saya ini akan menggunakan buku baru (harga RM2.50 ajer) akan bermula setelah buku lama tamat dua minggu lepas oleh Ustaz yang sama.

Insyaallah kalaupun tak mampu nak amal atau faham sepenuhnya, sedikit amalan/ilmu yang boleh diperolehi dari kuliah2 sebegini amatlah berharga sebagai bekal di zaman penuh pancaroba ini..

Surau tersebut:
                                        Surau Al Muttaqin
                                        Taman Desa Permai
                                        09600 Lunas, Kedah.

Untuk pengetahuan semua, kos semua ilmu yang tak ternilai dari kelas2 di atas adalah FREE OF CHARGE. Anda hanya perlu melabur masa dan perhatian.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2005 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 30-6-2005 09:58 AM:
Di sini saya ingin menjemput saudara saudari yang tinggal di kawasan Kulim, Lunas dan sekitarnya jika ingin menghadiri kuliah Tauhid dan Tasauf.

Surau tempat saya ini akan memulakan pengajian Si ...


Boleh tatie tau kitab apa yg digunakan untuk mengajar sifat 20 tu ?..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 03:21 PM | Show all posts
Salam,

Bagus kalo dpt hadir tu...

Allah swt memiliki 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil serta sat sifat jaiz.

Sifat 20 dikelompokkan menjadi 4:

1- Sifat nafsiah

2- Sifat Salbiyah

3- Sifat Ma'ani

4- Sifat Ma'nawiyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2005 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 30-6-2005 09:58 AM:
Surau tempat saya ini akan memulakan pengajian Sifat 20 mulai hari Ahad ini (3/7/2005) selepas solat Isyak oleh seorang ustaz lulusan pondok Patani (masih bujang lak tu). Saya tak tahu dia punya skill mengajar tetapi mengikut rakan-rakan, cara pengajarannya amat berkesan dan detail sekali.


Eloklah tu cuba tanya ustaz tu.. dah ada yg special ke belum. Kat BOARD ni pun ramai yg tengah menanti kalau ada peluang. Tolong rekomen bagus, macam nak tolong org bina masjid gak...

Siapa berminat, ustaz le...

Bagus belajar sifat 20 ni. Tapi ada 20 sifat je ke???
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 08:54 PM | Show all posts
salam buat semua
maaf kalau terkasar bahasa
sebab yang HAK pasti mengalahkan yang BATHIL

tolong bacakan saya AYAT TUHAN tentang sifat 20 ni?????
atau bacakan saya PESAN NABI tentang ini??????

AKU YANG SESAT TAPI TAK SANGGUP MENYESATKAN
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 30-6-2005 08:54 PM:
salam buat semua
maaf kalau terkasar bahasa
sebab yang HAK pasti mengalahkan yang BATHIL

tolong bacakan saya AYAT TUHAN tentang sifat 20 ni?????
atau bacakan saya PESAN NABI tentang ini?????? ...


Malam ni tak baca yassin ke?
Baca yassin mlm jumaat pun takder dalam quran.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 09:58 PM | Show all posts
Sifat wajib dan firman Allah swt:

1. Wujud - Ada

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
As Sajdah: 4

2. Qidam - paling awal

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Al Hadid: 3

3. Baqa - kekal

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Ar Rahman: 27

4. Mukhalafatu lil hawaditsi - berbeza dgn segala sesuatu

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Asy Syuura: 11

5. Qiyamuhu binafsihi - berdiri sendiri

Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
Al Ankabut: 6
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 10:05 PM | Show all posts
6. Wahdaniyat - esa

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Al Ikhlas: 1

7. Qudrat - kuasa

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al Baqarah: 20

8. Iradat - berkehendak

Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Huud: 107

9. Ilmu - maha mengetahui

Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
An Nisa': 176

10.  Hayat - hidup

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
Al Furqan: 58
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 10:16 PM | Show all posts
11. Sama' - maha mendengar

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al Baqarah: 256

12.  Bashar - maha melihat

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.
Al Hujurat: 18

13.  Kalam - berfirman

Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
An Nisa': 164

14. Qadiran - dzat yg maha berkuasa

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al Baqarah: 20

15. Muridan - dzat yg berkehendak

Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Huud: 107

[ Last edited by fleurzsa on 30-6-2005 at 10:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 10:26 PM | Show all posts
16.  'Aliman - dzat yg maha mengetahui

Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
An Nisa: 176

17  Hayyan - zat yg hidup

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
Al Furqaan: 58

18 Sami'an - zat yg maha mendengar

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al Baqarah: 256

19  Bashiran - zat yg maha melihat

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.
Al Hujurat: 18

20  Mutakalliman - zat yg berfirman

Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
An Nisa': 164

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 2005-6-30 08:37 PM:


Bagus belajar sifat 20 ni. Tapi ada 20 sifat je ke???


Soalan ni ustaz tasauf saya pun selalu tanya audiennya, terutama bila didapati ramai yang terangguk-angguk mengantuk..

Setahu saya sifat Allah ini ada lebih dari 20, kalau nak belajar lebih tak dak sapa larang malah digalakkan.

Tapi para ilmuan utk memudahkan umat Islam terutama yang IQ rendah macam saya ini menetapkan 20 yang minima yang wajib difahami agar segala peribadatan individu tersebut (ie perlakuan penyembahan atau penunggalan Tuhan yang dilakukannya) menjadi sempurna pada tahap minima.


Maka cukuplah bagiku Allah itu Tuhanku dengan segala KemuliaanNya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2005 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2005-6-30 10:23 AM:


Boleh tatie tau kitab apa yg digunakan untuk mengajar sifat 20 tu ?..



maaf sikit lambat jawab.

Terlebih dahulu harus ada pembetulan sedikit, kelas tauhid akan diadakan setiap hari ahad malam isnin selepas solat maghrib, bukan selepas solat isya seperti yang diwar-warkan terdahulu.

Kitab tauhid yang digunakan adalah kitab Taqribul Ikhwan boleh dibeli di surau pada malam pengajian (harga RM5-RM6).

Tasauf pulak  dulu menggunakan kitab Bidyatu Tholibiin ila Ma'rifatu Rabbil A'lami karangan faqir ilallah ta'ala Husin Nasir bin Muhammad Taibil Masudil Banjari. Kitab itu dikarang tahun 1344 H (1925M).

This friday, kitab baru adalah Qatarul Qhaithiah Fi 'Ilmul Shuffiah karangan pengarang yang sama. Kitab dikarang tahun 1348 H (1929M). Khabarnya pengarang adalah guru kepada Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid (1842-1943).
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 01:20 PM | Show all posts
salam buat semua
rasa nak kena soal balik, tapi biar jelas sikit:
dlm bahasa Arab UJUD bahasa melayunya ADA
ada tak perkataan tu dlm AlQuran atau Hadith Nabi
saya pun tercari-cari jugak......
utk Pak Malau bacalah AlQuran, kan bagus tu
tapi nak tanya, sebab apa bacanya dan untuk apa dan bila????
itulah PERMASALAHAN YANG BERAT

nak juga tanya lagi sekali, siapakah agaknya yg memulakan konsep
`sifat 20' ini, sebab sampai hari ini saya mencari tak jumpa
perekanya pun?

"KAJILAH SIFATKU TAPI JANGAN KAJI ZAT KU KELAK KALIAN BINASA"
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2005 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 2005-7-4 01:20 PM:
salam buat semua
rasa nak kena soal balik, tapi biar jelas sikit:
dlm bahasa Arab UJUD bahasa melayunya ADA
ada tak perkataan tu dlm AlQuran atau Hadith Nabi
saya pun tercari-cari jugak......
nak juga tanya lagi sekali, siapakah agaknya yg memulakan konsep
`sifat 20' ini, sebab sampai hari ini saya mencari tak jumpa
perekanya pun?
...


Saya ingat soalan yang amat baik dari orang besi tentang perkataan "wujud" itu.

Setelah saya menghabiskan masa beberapa hari mencari dengan cara saya yang bodoh ini, saya setuju saya juga tak jumpa "wujud"  dalam Al Quran atau pun hadith. Walaupun begitu sifat kewujudan Allah itu banyak di "implied" oleh ayat2 quran seperti yang diquote oleh cik fleurza.

Sementelah, akal kita tak mungkin dapat menerima (sebagai contoh) kenyataan  
                Allah itu  bersifat dengan sifat Esa atau
             Allah yang menciptakan alam ini
jika Allah itu sendiri tidak "wujud"?

Mungkin tiada perkataan lain yang lebih sesuai utk digunakan oleh para pengasas ilmu kalam, sbb itu perkataan "wujud" menjadi pilihan?  

Mungkin saya boleh bertanya ustaz nanti dalam kelasnya. ( Last week, dia menghabiskan masa 1 jam 15 minit hanya membincangkan kandungan khutbah pendek 3 baris  di awal kitab, yang mengandungi antara lain BismillahirRahmaaNirRahim, Alhamdulillah... dan Shalawat Nabi, syukur dapat juga memperbetulkan perspektif saya terhadap ketiga-tiga kalimat itu).

Bagi saya, "wujud"nya Allah itu juga adalah satu anti-thesis kepada kepercayaan songsang yang menidakkan kewujudan atau adanya tuhan, yang mana itu juga adalah salah satu mesej utama yang dibawa dalam ajaran Nabi Muhammad saw - Allah itu Ada dan wajib disembah.

Tuan juga mencari siapa pereka sifat 20 ni...yang saya tahu ilmu kalam atau Tauhid atau Ushuluddin  ini dibina oleh ulama2 Tauhid zaman silam untuk memudahkan umat Islam mempelajari dan menghayati sifat-sifat Allah. Ianya satu cara alternatif yang dipersetujui mereka utk memudahkan pembelajaran terutama di kalangan umat Islam peringkat awam yang bebal mcm saya ni...

Kot mana pun sifat 20 ini rangkuman sifat-sifat Allah dari Al Quran juga, bukannya diambil dari kitab Hindu atau Yunani,  atau direka-reka oleh mereka.

Tidak dinafikan terdapat cara lain utk mempelajari sifat-sifat Allah iaitu secara terus dari Al Quran & Hadith.

Bagi saya, kombinasi kedua-duanya adalah yang terbaik, bermula dengan sifat 20 kemudian follow-up atau seiring ('parallel' orang putih kata) dengan bacaan dan pemahaman ayat-ayat Al Quran & Al Hadith secara harian yang lebih berkesan oleh kerana perkenalan kita kepada sifat 20 itu.

Masalah sekarang ialah budaya ilmu sekarang ramai yang belajar sifat 20 tapi tak membaca Al Quran untuk menghayati kembali perbincangan2 sifat itu dalam Al Quran itu sendiri dengan tertib dan tawaddu'.

Atau lebih teruk belajar sifat 20 hanya untuk menjawab soalan peperiksaan (ini kes saya di sekolah dulu).


Of course orang advanced mcm tuan mungkin boleh skip sifat 20 dan terus sahaja menggunakan Al Quran untuk mengenali sifat-sifat Allah.

Semua di atas adalah usaha untuk memperolehi hidayah dari Allah oleh hamba yang lemah yang hendak mengenaliNya. Setinggi mana pun ilmu, kalau hidayahNya tak dikurnia, dalam hati akan tetap tak kenal Tuhan walau mulut berkali-kali berkata "Tiada Tuhan selain Allah"...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 4-7-2005 13:20:
salam buat semua
rasa nak kena soal balik, tapi biar jelas sikit:
dlm bahasa Arab UJUD bahasa melayunya ADA
ada tak perkataan tu dlm AlQuran atau Hadith Nabi
saya pun tercari-cari jugak......
...



Ilmu sifat 20 ini bukan direka...ia telah disusun oleh Imam Abu Hassan As-Syaari
Pada asalnya beliau adalah seorg pengikut kaum muktazilah.Kemudian beliau mendapat petunjuk dari Allah lalu beliau menyusun kitab yg kemudian dipangggil "Matan Sanusiah"

Ilmu tauhid semuanya terkandung dlm Al-Quran...kemudian dihuraikan oleh ulama' yg muktabar sebagai memberi faham kepada org awwam.

Contoh...bagi org yg berilmu dia melihat dlm sebatang pokok.ada dalmnya kerusi dan papan dan pintu dan lain lain..tapi bagi org yg jahil dia melihat pokok itu hanya pokok semata-mata...

Kalam Al-Quran adalah kalam Allah yg agung...ia tak sama dgn kalam makhluk...org Arab sendiri tak mampu faham jika tak mengaji ilmu Al-quran..kalau semua nak tulis dalam quran...maka jadilah al-quran itu macam buku biasa..kalam al-quran adalah kalam yg tinggi sari segi istilah ,maksud dan penyampaiannya...

Kalau semua nak tulis dlm quran...maka quran besar KLCC pun tak cukup...yelah semua nak isi...macammana nak cakap..apa nak cakap dulu...apa nak buat..dll..hukum pegi pasar malam ..hukum tengok wayang..hukum sure heboh..mentor dan sebagainya...uui banyak tu...sampai hari ni quran tak lengkap sebab zaman nabi mana ada semua tu..habis camna hukum nak turun ..sebab nabi dah wafat...sebab tu ada yg mengaku jadi nabi kot.

Contoh kebijaksanaan Al-Quran..Dalam Quran ada ayat yg melarang seorg anak berkata" uh atau ah kepada ibubapanya"..bermakna adakah seorg anak itu boleh menampar ibu bapanya kerana tiada ayat yg berkenaan perlakuan itu..

Jangan cepat terpengaruh dengan fahaman yg yg kita sendiripun tak faham sebenarnya..cuma nampak macam faham..
Ulama' dahulu dah kaji dan berbahas dgn ulama'-ulama itu sebelum mereka tolak pendapat mereka.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.433559 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list