CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HOTlips

Sifat 20 - perlukah dipelajari? (merged: always_typo)

[Copy link]
mail25 This user has been deleted
Post time 17-10-2005 08:51 AM | Show all posts
nak kenal tuham kena bl;ajar sifat 20 ke???\
aku tgk ramai yg selkolah agama sampai tinggi..amalan & fikir x menunjulkan dia kenal tuhan pun.....ini sema nabi x ajar pada sahabat???apa yg perlu ialah...pengorbanan pada agama..iman & kefahaman akan meningkat bila ada pengornaban..bukan dgn bljr sifat 20......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2005 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by mail25 at 17-10-2005 08:51 AM
nak kenal tuham kena bl;ajar sifat 20 ke???\
aku tgk ramai yg selkolah agama sampai tinggi..amalan & fikir x menunjulkan dia kenal tuhan pun.....ini sema nabi x ajar pada sahabat???apa yg perl ...


Sifat 20 itu adalah subset di dalam  ilmu usuluddin. Memang di zaman RSAW ia tidak diajar dan sebab itu  fahaman WAHABI menyatakan mempelajari sifat 20 adalah bidaah.

tetapi mempelajarinya tidak salah, kerana ia salah satu kaedah untuk MENGETAHUI sifat-sifat Tuhan supaya KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN kita tidak menyimpang di dalam mengetahui sifat-sifat Tuhan.

Tidaklah nanti senang dipengaruhi oleh fahaman yg tidak betul seperti fahaman Muktazilah, Baheism dsbnya.

Belajar sifat 20 adalah untuk memantapkan AKAL supaya tahu sifat Allah.

Untuk kenal Allah, perlu lebih daripada itu. Di zaman RSAW, beliau tidak mengajar sahabat-sahabat beliau sifat 20 kerana beliau telah lengkap dan sempurna mengajar dan mendidik sahabat-sahabat bagaimana MENGENAL TUHAN. Beliau mendidik terus kepada HATI dan bukan setakat AKAL. Tetapi bagi kita yg hidup di akhir zaman ini, yg banyak fitnah ini, tidak ada figure yg sehebat RSAW lagi. Kita perlu belajar dari ASAS dengan memantapkan AKAL terlebih dahulu. Baharulah kemudian upgrade PENGENALAN kepada Tuhan itu dengan amalan-amalan dengan mencontohi kaedah yg digunakan  RSAW mendiidik umat Islam.

Mengenai ramai yg sekolah agama yg tinggi tapi amalan dan fikiran pun sama sahaja dengan org berpendidikan sekular itu TIDAK MENGHAIRANKAN.

kerana sebenarnya pendidikan ISLAM hari ini telah DISEKULARKAN .....mereka menerima ILMU dengan niat utk bekerja, atau utk kepentingan dunia sahaja. Jadi apa bezanya dengan orang yg berpendidikan bukan islam. Sebab itu ILMU yg mereka dapat tidak dapat mendidik HATI cuma mengajar AKAL hingga jadi orang yg ada ILMU yg tinggi dalam ISLAM sedangkan pada hakikatnya ILMU itu hanya setakat di AKAL.

Bila ilmu setakat di AKAL ia tidak akan membuahkan PENGHAYATAN dan AMALAN..Maka itulah yang berlaku pada kebanyakan besar graduan-graduan berpendiidkan ISlam hari ini.

KENYATAAN YG PAHIT UTK DITELAN TETAPI ITULAH REALITI DAN FITNAH AKHIR ZAMAN.

wallahualam...

Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menyebabkan terjatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu yang lain. Dalam Hadis, Rasulullah SAW ada menyebut:
Terjemahannya: Awal-awal agama ialah mengenal ALLAH.
Reply

Use magic Report

mail25 This user has been deleted
Post time 17-10-2005 11:28 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by serihartatie at 17-10-2005 10:30 AM


Sifat 20 itu adalah subset di dalam  ilmu usuluddin. Memang di zaman RSAW ia tidak diajar dan sebab itu  fahaman WAHABI menyatakan mempelajari sifat 20 adalah bidaah.

tetapi mempelajarinya  ... [/quo
rasulullah tanamkan iman dahulu pada sahabat sebelum islam...bukan ilmu
tanpa iman..ilmu x berguna sama sekali...kena ingat.,..sahabat adalah sebaik2 manusia selepas nabi..tapi adalah seteruk manusia ebelum islam....13 thn nabi di mekah & 10 thn di madinah hanyalah tanamkan iman...berkorban siang malam...
tapi apa jadi bila ilmu diutamakan...jadilah macam baghdad....perkara remeh temeh pun di bahas.....amal x de..ilmu banyak...hingga allah hantar org tar tar hancurkan baghdad....
kita perlu tahu keutamaan..apa kehendak agama...agama ialah amalan..bukan nak menambah kan cabang ilmu supaya boleh di kaji....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 12:22 PM | Show all posts
memang benar RSAW tanamkan Iman...bagaimana datangnya kemantapan IMAN tanpa disertakan dengan ILMU?

memang isu sifat 20 ni byk timbul kontroversi...

tetapi tatie rasa eloklah kita lihat kepada pengasas kepada sifat 20 ini iaitu Imam Abu Hassan Ashaari dan mengapa beliau melahirkan pengajian sifat 20 ini.

Beliau merupakan seorg mujaddid (reformer) di zamannya. Masalah utana yg dihadapi di zamannya adlaah masalah kerosakan akidah umat islam. Aqidah umat islam ketika itu rata-rata dilanda kesesatan dan diseleweng oleh pelbagai fahaman seperti fahaman jabariah, qadariah dan berbagai lagi fahaman yg dibawa oleh puak muktazilah yg bersandarkan kepada akal semata-mata.

Sebb itu diwaktu itu soal penghayatan aqidah sudah menjadi prkara kecil dan org yg mahu terlibat dgn usaha penghayatan akidah tidk ramai. Soal utama adalah utk memelihara dan menyelamatkan aqidah org ramai dan masyarakat umum supaya tdk tergelincir dan tidak terpengaruh dengan fahaman-fahaman sesat muktazilah. Inilah senario yg menjadi sebab menagapa pengajian sifat 20 ini diwujudkan.

Kalau kita pelajari sifat 20 ini, kita akan dapati susunannya sungguh rapi, ringkas, mudah difaham, mantap walaupun hanya 20 sifat Tuhan yg diketengahkan. Ia dah mampu dan mencukupi utk menangkis segala fahaman karut marut dan khurafat yg dibawa oleh fahaman jabariah, qadariah dan muktazilah. Di sinilah letaknya kekuatan sifat 20 yg diajar oleh Imam Abu Hassan Ashaari. Ia sgt berkesan utk menanam akidah dan fikiran manusia secara mudah dan sgt berkesan utk mempertahankan akidah manusia itu.

Soal mendalami, menghayati dan menjiwai ketauhidan adalah satu perkara yang lain.

Sifat 20 adalah ASAS. Ia bukan utk tujuan penghayatan dan penjiwaan. Ia untuk menanam, menyelamatkan dan mempertahankan aqidah.

Untuk penghayatan dan penjiwaan tauhid ini perlukan seorang guru yang mursyid. Di zaman RSAW sifat 20 ini tidak diperlukan diajar dalam bentuk pengajian formal kerana RSAW awal-awal lagi sudah menanam aqidah yg mantap kepada sahabat-sahabatnya melalui pendidikan informal beliau terhadap mereka.

Kita bukan lagi berada di zaman RSAW, malah di zaman ini iman kita sangat nipis dan majoriti umat ISLAM hanya mempunyai AKIDAH CUKUP MAKAN sahaja. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..itulah bentuk akidah umat ISlam akhir zaman.

Kesimpulannya, tatie menyatakan mempelajari sifat 20 itu sesuatu yg amat PERLU kepada masyarakat UmaT Islam hari ini kerana terlalu banyak fahaman yg songsang dalam kehidupan kita hari ini.

Kalau tak, takkanlah ajaran Ayah PIn atau Kahar yg begitu SESAT itu ada yg boleh terima. Ini kerana ASAS AKIDAH itu sgt lemah di kalangan umat Islam, senang sangat diprkotak-katikkkan begitu sahaja.

Malah fahaman muktazilah ini sgt kuat berada dalam masyarakat islam hari ini dan dipanggil dengan nama baru iaitu ISLAM LIBERAL...kdg-kdg depapun tak perasan gak depa beriktikad dengan fahaman IKUT LOGIK AKAL ini sebb ASAS AKIDAH tidak cukup utk menapis depa dari menyedari bahwa mereka sudah salah dari segi aqidah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 10:20 PM | Show all posts
salam
apa yg susah ni
kan bulan yg mulia ni, mudah-mudahkanlah
kalau nak jugak yg susah, takut tak mampu
nanti ada yg masuk TAMPOI

jadi nak disenangkan cerita
APAKAH SIFAT DIRI KAMU????????
SIFAT KAMU???????
KAMU???????

DAN AKU.............
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by mail25 at 17-10-2005 11:28 AM
[quote]Originally posted by serihartatie at 17-10-2005 10:30 AM


Sifat 20 itu adalah subset di dalam  ilmu usuluddin. Memang di zaman RSAW ia tidak diajar dan sebab itu  fahaman WAHABI m ...



tatie faham berdasarkan argumen mail25 ni, cam org tabligh ajer.....sebb sebijik argumen ni cam org tabligh cakap...

tapi mail, sebenarnya awak dah salah konsep..kalau awak betul-betul org tabligh ler...

mungkin pada masa awak diajar konsep iman dan amal dulu, depa lupa ndak habaq apsal pentingnya ilmu ini...pi balik Seri Petaling, tanya semula pd tuk guru kat sana....nanti depa akan perbetulkan balik....dan menerangkan mengenai SALAHFAHAM yg berlaku ini...

penting ni sebb ramai lagik org tabligh yg masih belum FAHAM SEPENUHNYA konsep yg sebenar dan masih berargumentasi dengan konsep lama yg salah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2005 12:55 AM | Show all posts
bagi saya, sifat 20 tu metode/cara nak kenal Allah. metode ni masyhur di kalangan ulama' kalam. di sana ada metode uluhiyyah, rububiyyah, asma' wassifat yg populor di kalangan ulama' mazhab hambali. 2 cara yg berbeza tetapi matlamatnya satu, nak kenal Allah.

jadi jgn duk kata ni tak betul tu tak betul sebab metode. kalau bincang mana yg praktikal berdasarkan zaman, org yg diajar dan sebagainya lagi baik heh heh
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 18-10-2005 01:10 AM | Show all posts
Hmmmm dok berbahas pasal method untuk kenap Allah pula .... cara yang aku belajar ke cara yang ko belajar lebih baik ?. Yang penting kita kena kenal Allah yang kita sembah nie .... sebab kalau tak kenal silap2 orang datang dakwah dan claim dia pun sembah allah kita terus percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2005 07:08 AM | Show all posts
Adeh nak belajar pon susah ker???
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 05:15 PM | Show all posts

Reply #22 jinakji's post

yes at last tats the one im looking for..thanks for the info
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:06 AM | Show all posts
Keimanan dengan Allah bererti mempercayai Allah dengan yakin.
Yakin sungguh-sungguh.
Yakin bulat-bulat.
Tanpa was-was, waham, zhon, ragu-ragu, sangsi, kesamaran walau setitik.

Anda ada YAKIN yang sebegitu?

Kalau tiada dan masih ragu-ragu, carilah ilmu untuk menSAHkan keimanan anda kepada Allah.

Belajar dan beramal dengan ilmu tauhid Sifat 20 diwajibkan untuk mensahkan iman anda pada
tahap minima. Ini kenyataan kontroversi tapi saya tetap katakan jugak. Tak susah tang mana aih, cuma kena
usaha sikit saja. Tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.

Sahabat2ku, marilah kita mencari keimanan yang sah. Jangan kita mati dengan keimanan yang tak sah.
Begitu banyak masa yang dikurniakan Allah di dunia ini, gunakanlah untuk mencari dan membina
keimanan yang sah tersebut dalam diri kita.  Ditambah dengan af-i-dah atau daya berfikir yang molek
yang juga dikurniakanNya kepada kita.  Jangan dok kejar yang simple dan mudah sahaja. Kelak  rugi binasa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:07 PM | Show all posts
Edited by KitabTurath at 11-12-2017 02:11 PM

Kalau dah kenal Tuhan, tak perlullah belajar. Kalau belum kenal Tuhan, eloklah belajar ilmu sifat 20 ni.


  1. Bagus belajar sifat 20 ni. Tapi ada 20 sifat je ke???
Copy the Code
Satu soalan untuk semua.
Kenapa ulama usuluddin mewajib dan menghadkan kepada 20 sifat sahaja. Tidak lebih. Kenapa tidak 30, 40 atau 99?


Ada orang kata semua ilmu sifat 20 terkandung dalam 2 kalimah syahadah. Sapa boleh huraikan. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 01:49 AM | Show all posts
KitabTurath replied at 11-12-2017 12:07 PM
Kalau dah kenal Tuhan, tak perlullah belajar. Kalau belum kenal Tuhan, eloklah belajar ilmu sifat 20 ...

Kalau dah kenal Tuhan, tak perlullah belajar. Kalau belum kenal Tuhan, eloklah belajar ilmu sifat 20 ni.

gamaknya kalau kita dikasi hidup seribu tahun
mampu ke nak Kenal ALLAH ni?
sedangkan Tuhan Hawa Nafsu pun tak kenal2 tak terjaga tak terkawal lagi kan

oh ya
camna ye Muhammad Kenal Rabbulalamin
sebelum baginda mula menyepikan diri di gua hira
dan selepas Wahyu yg Pertama turun
selama bertahun di awal nya, bagaimana manusia masuk islam dan YAKIN/PERCAYA pada Rabbulalamin ni???



[tr][/tr]
[tr][/tr]
Ada orang kata semua ilmu sifat 20 terkandung dalam 2 kalimah syahadah. Sapa boleh huraikan. Terima kasih.

ni yg Sifat 20 ni
tu Sifat bagi ALLAH ke atau Sifat bagi DzatNYA?
pasal Nabi ada Bersabda
KAJILAH SIFAT ALLAH TAPI JANGAN KAJI DZATNYA, KELAK KALIAN PASTI BINASA

betul tak?
tq








Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 11:47 AM | Show all posts
Edited by KitabTurath at 18-12-2017 11:49 AM

Muhammad kenal Allah dengan Allah. Nak kenal Allah tak perlu hidup 1000 tahun. Allah yang beri kenal kepadaNya.
Sifat 20 adalah sifat Dzat yang wajib kita tahu. Allah itu nama lafzul jalalah bagi Dzat.


Kena tahu beza antara kalimah Allah dengan Dzat Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 08:51 PM | Show all posts
KitabTurath replied at 18-12-2017 11:47 AM
Muhammad kenal Allah dengan Allah. Nak kenal Allah tak perlu hidup 1000 tahun. Allah yang beri kenal ...

Muhammad kenal Allah dengan Allah.

kamu ni, ni jawapan general sangat
nanti yg 73 golongan Umat Muhammad masing2 pun kata mereka Kenal ALLAH dengan ALLAH jugak
iblis pun Kenal Allah dengan Allah jugak tau

dan tak berguna ke hati ni(mata hati) dan akal yg dianugerahkan pada INSAN - SEBAIK2 KEJADIAN???

Nak kenal Allah tak perlu hidup 1000 tahun. Allah yang beri kenal kepadaNya.


saya beri misalan 1000 tahun tu kerana nak kaitkan dgn hawa nafsu
sebagaimana SABDA NABI: KENALILAH DIRI KAMU NESCAYA KAMU KENALI SIAPA TUHANMU
kenali yg berhawa nafsu tu
dak kenal maka kekang dia/kawal/tahan
  macam tukan yg NABI buat kat gua hira..............

Sifat 20 adalah sifat Dzat yang wajib kita tahu. Allah itu nama lafzul jalalah bagi Dzat.
Kena tahu beza antara kalimah Allah dengan Dzat Tuhan.


wajib tahu ke Dzat Tuhan?
sedangkan ROH URUSAN TUHANMU, HANYA SEDIKIT PENGETAHUAN YG DIBERI...
kalau dah boleh sembang banyak2 /tahu/faham ROH ni
maka barulah leh sembang sikit pasal DZATNYA kannnnnnnnnn
tu pun ntah betul atau pun tak - tapi selalunya tak betullah kannnn








Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 02:58 PM | Show all posts
Sekian terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 12:44 AM | Show all posts

sama-sama

ALLAH BERSIFAT ARRAHMAN ARRAHIM
YANG MAHA PENGASIH PENYAYANG

maka makhluk yg nak BERTUHANKANNYA
haruslah pengasih penyayang baik hati pemurah
kalau dah kurang sangat sifat2 camni
maka masih lagi BERTUHANKAN HAWA NAFSU
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 11:53 AM | Show all posts
nabi tak ajar pun sifat 20 ni..ni rekaan ulamak beratus tahun selepas nabi wafat...kononnya untuk mengenal allah..yang penting kita percaya kepada allah..beriman kepada allah.Kalau tahu sifat 20 tapi tak percaya kepada allah tak guna juga...saya bagi contoh yang ustaz menunjuk nunjuk riak alim depan orang ramai ..tapi dirumah tak alim macam mana pun.makna dia tak percaya tuhan..kalau dia percaya tuhan mesti di rumah dgn depan orang ramai sama sahaja.tuhan tu maha mengetahui , nunjuk .
     Sama juga orang agama yang menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan diri.tak percaya dengan allah,seolah olah allah tak mengetahui masa dia salah guna kuasa tu..Iman takda lagi dalam dada..sebab tu salah guna kuasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.081492 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list