CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 21-12-2018 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 21 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 13 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from 100plus isotonik Shah Alam plant*

*#penghulusegalahari*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:42, SUBUH : 05:52, SYURUK : 07:11, ZOHOR : 13:14, ASAR : 16:37, MAGHRIB : 19:11, ISYAK : 20:26*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *PERDANA Menteri belum membuat sebarang keputusan mengenai nasib Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorty walaupun terus mendapat desakan memecatnya daripada rakyat dan ahli parti sendiri. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat boleh meluahkan sebarang pandangan, namun keputusan mutlak berada di tangannya. “Rakyat boleh luahkan pendapat tapi ia terpulang kepada saya untuk putuskan.*

                 *TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menyelar Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan tuntutan sayap parti itu yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy meletak jawatan. Ramasamy berkata, tindakan itu ‘menghina’ kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan Waytha Moorthy yang dilantik dan bukan terdiri daripada ahli Pakatan Harapan (PH).*

                 *PEMILIK kedai aksesori wanita dikesan menggunakan helah menyembunyikan barang tiruan dalam bilik rahsia yang dijadikan stor di premisnya di sebuah pusat jualan borong di Jalan Gelugor, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, semalam.*

                 *BAPA didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, smlm terhadap pertuduhan mencabul anak gadisnya berusia 17 tahun, awal bulan lalu. Bagaimanapun, buruh berusia 48 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.*

                  *PELAKON wanita antara 19 individu ditahan dalam serbuan berhubung aktiviti pesta liar di kondominium mewah di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, semalam. Serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam, hasil maklumat awam berhubung pesta liar di kondominium berkenaan.*

                 *BERSEMBUNYI di sebalik sampah bahan binaan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Itu antara gelagat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Operasi Tapak Bilangan 21 (Op Tapak 21) menerusi serbuan di dua tapak pembinaan, semalam. Malah, ada antara mereka bertindak terjun ke dalam kolam takungan untuk melarikan diri sejurus anggota penguat kuasa menyerbu tapak pembinaan di Jalan Bistari Mutiara dan Jalan Metro Perdana 6, Kuala Lumpur.*

                 *LELAKI dilaporkan hilang selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam, Ahad lalu.
Dalam kejadian 10.50 pagi itu, Effendy Muhamad Razali, 35, atau dikenali sebagai Adam mengalami sakit perut sebelum dibawa ahli keluarga untuk pemeriksaan lanjut.*

                 *SEDIH dan kecewa selepas pakej perkahwinan merangkumi hidangan makanan, sistem bunyi dan kelengkapan pelamin tidak seperti dijanjikan, sebanyak empat laporan polis dibuat ke atas syarikat yang menawarkan pakej berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, secara keseluruhan pihaknya menerima 12 laporan polis dengan 10 daripadanya berkaitan pakej kelengkapan perkahwinan, manakala dua lagi adalah tender menyediakan makanan di institusi pengajian tinggi.*

                  *KUALA LUMPUR: Guna taktik sembunyikan peket dadah ketamin gred A di dalam guni berisi bertih jagung. Itu taktik terbaru sindiket penyeludupan dadah yang dikesan menggunakan pelabuhan tempatan sebagai pintu masuk membawa dadah ke negara ini. Bagaimanapun taktik sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyeludup dadah bernilai hampir RM3 juta menggunakan dua kontena mengandungi guni bertih jagung gagal apabila dipatahkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).*

                 *POLIS sedang memburu seorang lelaki Indonesia yang menetak hingga mati seorang wanita menggunakan parang dalam kejadian di stor penyimpanan makanan sejuk beku di kilang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, dekat Georgetown, semalam.*

                 *JURUJUAL mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran janin lelaki berusia enam bulan dengan menanamnya di tepi rumah, bulan lalu.
Siti Nur Amirah Abdullah Amiran, 25, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Lee Kim Keat.*

                 *KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia bakal mewujudkan satu portal digital dengan usahasama tiga agensi iaitu Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Langkah itu bertujuan meningkatkan prestasi penyampaian berita yang sahih dan cepat dalam dunia media bagi menyaingi lambakan portal di media sosial ketika kini.*

                 *LIMA anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes anggota Cawangan Khas yang ditemui maut di hadapan sebuah hotel di Pulau Tikus, Georgetown, Isnin lalu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A Thaiveegan berkata, semua anggota terbabit ditahan semalam dan akan direman untuk diambil keterangan berhubung kes berkenaan. Menurutnya, setakat ini saringan ujian air kencing mendapati semua mereka positif dadah.*

                 *TIGA lelaki bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Gajah, smlm kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya, awal bulan ini. Ketiga-tiga tertuduh iaitu dua daripadanya berusia 15 tahun manakala seorang lagi berusia 16 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bemban, Batu Gajah antara jam 9.40 malam 5 Disember lalu hingga jam 2.06 pagi 6 Disember lalu.*

                 *HUJAN sejak beberapa hari lalu menyebabkan seorang penanam ubi kayu terpaksa menggali tanaman itu bagi menyelamatkannya daripada tenggelam. Latifah Yusof, 54, dari Kampung Naga Ibu, Tumpat, berkata dia berulang-alik dari rumah ke kebun ubi kayunya di Kampung Kubang Sawa sejak tiga hari lalu bagi mengeluarkan tanaman supaya ia tidak rosak.*

                 *BEKAS EXCO Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid mengumumkan keluar UMNO bersama tujuh ketua cawangan parti itu di Langkawi, smlm. Mohd Rawi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat selama dua penggal. Mohd Rawi berkata, beliau sudah memikirkan secara mendalam demi kepentingan Melayu dan Islam kerana keputusan terbabit sukar dibuat selepas berjuang dengan UMNO sejak 1990.*

                 *“BETUL, betul.” Hanya itu reaksi orang kurang upaya (OKU) lembam Mohd Yusnaidi Mohd Yunus, 34, apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di Mahkamah Majistret Tampin, smlm Tertuduh yang didakwa membuat panggilan ancaman bom di Hospital Tampin pada minggu lalu, dihadapkan ke mahkamah sebaik tempoh reman selama enam hari tamat.*

                 *PENGANGGUR dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, smlm selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan, dua minggu lalu. Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Khairul Ishak, 19, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.*

                 *Kuala Lumpur: Walaupun lebih 20 kali meja kerusi pernah disita, namun pemilik sebuah restoran tidak serik apabila masih melakukan kesalahan sama dengan meletakkan peralatan di laluan pejalan kaki serta petak parkir hingga menghalang lalu lintas. Restoran di Jalan Jejaka itu adalah antara 14 premis yang dikenakan tindakan sita terhadap kerusi, meja serta barangan lain yang menghalang lalu lintas dalam Operasi Kerusi eja (Op KEJA) dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Isnin lalu.*

                 *LELAKI maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 316.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah, smlm. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa Abd Halim Rashid, 47, beralamat di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Kuala Lumpur maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori lain berusia 25 tahun tidak cedera.*

                 *DUA lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer 6.2 Lebuhraya NKVE menghala ke Klang dekat Shah Alam, smlm. Kejadian jam 4.15 pagi itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira tiga jam bagi kerja pengalihan kenderaan berat berkenaan.*

                 *Kuala Lumpur: Statistik dikumpul Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan lebih 300 kematian akibat lemas dicatatkan di seluruh negara setiap tahun. Jumlah ini adalah dua kali ganda berbanding mangsa yang maut akibat kejadian kebakaran dalam tempoh sama.*

                 *Kuantan: Persatuan Pemandu Teksi Pahang Timur meminta kerajaan memberikan hak sama rata termasuk syarat dan peraturan kepada semua pemandu teksi sama seperti yang diberi kepada pengusaha perkhidmatan e-hailing seperti Grab.*

                 *REMAJA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar, smlm atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan, Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh dalam prosiding yang diadakan secara tertutup itu.*

                 *SATU mekanisme bersepadu perlu diwujudkan untuk menjaga kepentingan pemandu e-hailing di negara ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan dan penganiayaan seperti penggantungan tanpa sebab munasabah.*

                 *PESURUHJAYA PAS Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia akibat mengalami sesak nafas di Hospital Jempol, smlm. Anak keduanya, Najmuddin Rabbani, 29, ketika dihubungi NSTP, berkata bapanya disahkan meninggal dunia jam 8.12 pagi.*

                 *TINDAKAN menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya sewajarnya dilakukan secara besar-besaran. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, kelewatan pegawai penyiasat polis dalam menahan perusuh terbabit secara tidak langsung ‘mengganggu’ dalam mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan itu.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya menerima arahan untuk ‘membutakan mata’ terhadap bukti dan mengugut saksi dalam siasatan kes membabitkan seorang pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH). Agensi penguat kuasaan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan SPRM sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.*

                 *MAYAT lelaki dengan keadaan sebelah kaki diikat pada motosikal ditemui di dalam Sungai Kinta di kawasan Sungai Galah, Kampung Gajah dekat Parit, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat tanpa baju dan hanya berseluar jean biru yang tersangkut pada pokok pada 6 petang Selasa.*

                 *PENTAKSIRAN lebih menyeluruh termasuk amalan nilai murni berbentuk rutin harian akan diguna susulan pemansuhan ujian pertengahan dan akhir tahun yang bakal berkuat kuasa pada 2019.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Shaari Osman, berkata pendekatan baharu itu akan dilaksanakan menerusi pembelajaran menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan peribadi murid.*

                 *PERJUANGAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan pindaan terhadap Akta Kastam 1967 bagi memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta dan penjara selama lima tahun kepada penjual rokok sudah berjaya dilaksanakan. Persoalannya, cukupkah hanya sekadar peruntukan hukuman ataupun denda lebih berat dimiliki agensi itu dalam memerangi sindiket penyeludupan rokok yang memperoleh laba mudah sehingga RM4 bilion setahun.*

                 *KELUARGA Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bercadang untuk melaksanakan ‘badal haji’ (upah haji) untuk anggota bomba terbabit sebagai menghargai sumbangan yang tidak putus diberikan orang ramai kepada keluarga itu. Ibu kepada Muhammad Adib, Asma Aziz, 51 berkata, pihaknya sangat menghargai sumbangan, bantuan dan doa seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi dugaan berkenaan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *SEOUL: Beribu-ribu pemandu teksi di Korea Selatan meninggalkan kenderaan masing-masing dan mengadakan tunjuk perasaan membantah amalan berkongsi kenderaan yang dianggap mampu menjejas perniagaan serta mengancam pendapatan mereka.*
           *Tunjuk perasaan itu berlaku beberapa hari selepas seorang pemandu teksi bertindak membakar diri sebagai membantah pelaksanaan perkhidmatan perkongsian kereta, Kakao Mobility, sebuah unit pengendali pengantara bergerak Kakao Corp.*
             *”Jika perkhidmatan ini berkuasakuasa, pendapatan saya akan berkurangan separuh. Saya bakal miskin,” kata pemandu teksi, Yoon Woo-seok, 62, ketika tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan Dewan Negara, di Seoul.*

           *MISSOURI: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan dianggap sebagai bayi ajaib selepas ditemui terapung dan masih hidup selepas dicampak bapanya ke dalam sebuah kolam di barat laut Missouri, Amerika Syarikat.*
          *Bapa bayi berkenaan, Jonathon Zicarelli, 28, menyerah diri di balai polis Greenwood pada Isnin lalu dan tanpa rasa bersalah memberitahu dia mencampakkan anaknya ke dalam kolam serta melihat anaknya tenggelam.*
          *Terkejut dengan pengakuan lelaki itu, beberapa anggota polis segera ke lokasi kejadian dan menemui bayi itu terapung di tengah kolam.*

           *BANGKOK: Seorang pencuri membuat perancangan rapi dengan menghiasi sebuah kedai emas palsu semata-mata untuk memperdaya seorang ahli perniagaan sebelum mencuri satu berlian berharga 10 juta baht (RM1.3 juta) milik mangsa.*
         *Pencuri berkenaan, Pipatpongpat Suksawatpipat, 59, sebenarnya adalah bekas peniaga emas berjaya tetapi jatuh muflis kerana berjudi.*
          *Beberapa bulan lalu, Pipatpongpat bertemu seorang peniaga emas warga India dan mula membuat rancangan itu selepas mengetahui lelaki berkenaan mahu menjual satu berlian berharga.*

          *Dubai: Usaha gigih bagi gencatan senjata di bandar raya pelabuhan, Hodeidah di Yaman akan menjadi sia-sia andai pelanggaran persetujuan oleh dua pihak yang bertelagah berterusan, begitu juga jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak campur tangan.*
            *Pandangan itu disuarakan oleh tentera sekutu diketuai Arab Saudi selepas tentera prokerajaan dan pejuang Houthi meneruskan bedilan selepas gencatan senjata diumumkan tempoh hari.*
          *Difahamkan, pemerhati daripada PBB akan hadir di pelabuhan di Laut Merah itu bagi memantau kumpulan membabitkan wakil kerajaan dan pemberontak.*

          *NEW DELHI: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dalam keadaan terputus kepala selepas dibaham seekor harimau bintang yang masuk ke dalam rumah di utara India.*
             *Daily Mail melaporkan, ketika kejadian Wasim Akram berada di pangkuan ibunya di dapur sebelum haiwan ganas terbabit yang menyeretnya keluar rumah dan masuk ke kawasan hutan berhampiran.*
                *Mayat kanak-kanak itu kemudiannya ditemui tanpa kepala di dalam kawasan hutan berkenaan.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyaksikan perlawanan bola sepak bersama David Beckham dan Mesut Ozil di Stadium Emirates, awal pagi smlm.*
            *”Tunk Ismail dijemput oleh Beckham dan Ozil untuk menyaksikan perlawanan ‘North London Derby’ antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.*
        *”Tunku Ismail turut menerima hadiah daripada Ozil,” menurut keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers.*
          *Gambar yang dimuat naik itu menyaksikan Tunku Ismail ditemani Beckham dan Ozil menonton perlawanan di tempat duduk khas di Stadium Emirates.*

          *“MUHAMMAD Adib berhasrat mahu mendukung anak kedua saya V Aarshern, setahun, namun dia membatalkan niatnya kerana Aarshern tidak berhenti menangis.*
           *”Akibat itu, saya rasa terkilan kerana dia tidak berkesempatan berbuat demikian. Kalau tahu dia akan pergi selamanya, pasti saya berikan peluang kepada Muhammad Adib untuk dukung Aarshern, walaupun sekejap,” kata kata ahli perniagaan, M Prema, 33.*
         *Prema berkata demikian ketika berkongsi pengalaman bertemu Muhammad Adib pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak rakannya di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, 10 November lalu.*
           *Terdahulu, Prema berkongsi mengenai pengalamannya itu melalui status Facebooknya yang turut menyatakan rasa kesal dengan kehilangan Muhammad Adib.*

          *KANAK-KANAK berbangsa Cina Hokkien dan beragama Buddha meraih keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang diumumkan Selasa lalu.*
           *Kejayaan Por Hui Ling, 11, dari Taman Desa Jaya Kampung Gong Pak Damak, Kuala Nerus, itu adalah sesuatu yang ;uar biasa di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ).*
       *Anak ketiga daripada empat beradik itu meraih semua A untuk semua subjek agama Islam iaitu Ulum Syariah, Pelajaran Jawi, Lughatul al-Quran (Bahasa Arab), Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Sirah, Adab dan Amali Solat.*

          *“AKU lama lagi kat sini. So, please doakan yang kesihatan aku lebih baik sebab I need to be healthy to survive here. Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudah.”*
          *Demikian nota yang ditulis pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, 40, atau Benjy yang kini menjalani hukuman penjara 11 tahun tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia akibat kesalahan dadah.*
           *Nota bertarikh 15 Disember 2018 yang ditujukan kepada sahabat dan rakan artis itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat pelakon itu pada 15 hingga 18 Disember lalu.*
            *Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang Sumatera Utara pada April tahun lalu kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram dan dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan.*

          *Kuala Lumpur: Vivo melakar sejarah tersendiri apabila teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin miliknya mendapat anugerah antara inovasi terbaik untuk telefon pintar Andorid 2018 oleh portal berita teknologi antarabangsa, Android Authority.*
          *Portal berkenaan memuji Vivo kerana menjadi penyokong terbesar teknologi dan menjadi yang pertama memperkenalkan inovasi canggih itu ke dunia telefon pintar.*
          *Vivo melancarkan teknologi itu hanya dalam tempoh setahun dan kini boleh didapati di pasaran peranti terbesar.*

         *LAKONAN bintang handalan Bollywood, Shah Rukh Khan sebagai orang kerdil dalam filem terbaru yang akan ditayangkan minggu ini diharap mampu mencipta kutipan pecah panggung selepas ketandusan kejayaan seperti itu akhir-akhir ini.*
            *Filem bertajuk ‘Zero’ itu yang bakal menemui penonton di Mumbai, esok (hari ini) mengisahkan percintaan tiga segi ikon perfileman Hindi berkenaan bersama aktres Anushka Sharma dan beliau turut mengalami perubahan saiz hasil penggunaan kesan khas.*
            *Pengarah Aanand L Rai percaya beliau berjaya membawa pelakon dikenali dengan gelaran ‘King Khan’ itu keluar dari zon selesa apabila melakonkan watak setinggi 90 sentimeter.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *ABU DHABI: Jurulatih Real Madrid, Santiago Solari memuji kemampuan Gareth Bale melakukan jaringan hatrik dalam aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia dan membuktikan dia mampu menjadi watak utama di ibu negara Sepanyol itu.*
         *Bale menjaringkan tiga gol ketika Real menewaskan Kashima Antlers 3-1 awal pagi tadi untuk meneruskan langkah mereka memburu gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut.*
        *Pemain Wales itu menjadi pemain ketiga selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menjaringkan gol pada tiga edisi berbeza dan gol keenam di Piala Kelab Dunia itu meletakkannya di belakang Ronaldo yang merekodkan tujuh gol.*

           *MADRID: Atletico Madrid menafikan laporan bahawa mereka mengadakan perbincangan bersama kelab Bayern Munich yang ingin mendapatkan khidmat pemain pertahanan Lucas Hernandez.*
            *Akhbar harian Sepanyol, Marca Rabu lalu melaporkan bahawa Hernandez akan menyertai pasukan juara Jerman itu dengan nilai perpindahan 80 juta (RM381 juta) apabila jendela perpindahan dibuka Januari ini.*

           *KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali mengesahkan Adam Norrodin bukan saja akan menyertai Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) tetapi juga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan.*
            *Selain itu Razlan berkata, Adam yang dijadual bertanding dalam kelas SuperSports 600cc di ARRC tidak akan berseorangan beraksi di pentas CEV.*
           *Razlan berkata, seorang lagi pelumba akan menemani Adam di Eropah bersama pasukan yang dikendalikan ikon sukan permotoran dua roda negara Zulfahmi Khairuddin, ZK Racing Team.*

           *KUALA LUMPUR: Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sudah bersedia sekiranya mereka diminta menggalas cabaran sebagai pasangan utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).*
            *Selasa lalu dilaporkan rakan sepasukan dan bekas pasangan nombor satu dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dijangka meninggalkan BAM, menyusuli tindakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.*
         *Ketika masih belum disahkan sama ada V Shem-Wee Kiong akan mengikut jejak langkah itu, Aaron-Wooi Yik sudah bersedia untuk memainkan peranan selaku pasangan utama BAM.*

           *KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menegaskan mereka tidak perlu berhubung dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi mengadakan rundingan dengan bintang meningkat naik, Akhyar Rashid.*
             *Ini kerana Akhyar sudahpun berstatus ejen bebas selepas pemain berusia 19 tahun itu menamatkan kontraknya bersama Kedah.*
           *Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers malam tadi menjelaskan pihaknya akan menjelaskan segala bayaran yang diperlukan sekiranya mereka berjaya mencapai persetujuan dengan Akhyar.*

           *KUALA LUMPUR: Belum tiba masanya buat rakyat Malaysia mengimpikan Harimau Malaya boleh layak ke Piala Dunia walaupun skuad itu akan diperkuatkan dengan lebih ramai pemain kacukan dan naturalisasi selepas ini.*
            *Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menjelaskan semua pihak perlu realistik betapa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi Harimau Malaya dan layak ke Piala Dunia.*
            *Beliau bagaimanapun tidak menafikan pengambilan pemain naturalisasi dan kacukan satu langkah jangka pendek paling tepat dalam membantu meningkatkan mutu permainan Harimau Malaya.*

           *KUALA LUMPUR: Adakah pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal memberi bayangan dia bersedia untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan?*
          *Anak Melayu yang beraksi dengan pasukan simpanan Sporting KC, Swope Park Rangers itu mendedahkan dia menyimpan hasrat untuk beraksi bersama dua pemain muda negara iaitu bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid dan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.*
            *Ketika dia belum lagi beraksi bersama skuad senior Amerika Syarikat, pemain berusia 20 tahun itu masih layak mewakili negara memandangkan ibu bapanya rakyat Malaysia.*

          *KUALA LUMPUR: Saham pemain muda negara, Akhyar Rashid ketika ini memang tinggi apabila dia turut menarik minat Perlis bagi  menghadapi saingan musim depan.*
             *Sebelum ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu berminat terhadap pemain itu namun sejak semalam, penyokong tempatan turut mendapat perkhabaran Selangor juga sedia bersaing dengan Harimau Selatan untuk mengikat Akhyar.*
         *Bagaimanapun, menerusi laman sosial Facebook Perlis, NorthernLions Perlis, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sedia memulakan rundingan dengan Akhyar dalam misi memperkukuhkan skuad Biru Kuning.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 21/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 20 Dis.- Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan parti itu tidak teragak-agak untuk meninggalkan gabungan PH yang membentuk kerajaan pada hari ini sekiranya objektif Malaysia baharu yang dilaungkan mereka dipinggirkan. Komitmen itu yang membezakan parti tersebut dengan MCA yang disifatkan beliau sebagai 'lembik' semasa berada dalam kerajaan BN dahulu.

2.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mungkin akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, perkara tersebut tidak akan berlaku dan menganggapnya sebagai satu propaganda.

3.  KOTA BHARU 20 Dis. - Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor berang apabila dituduh mempunyai rekod lampau yang buruk iaitu pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah laku ketika beliau bersama UMNO.

4.  SARAJEVO 19 Dis. - Jeneral bersara Bosnia mengaku tidak bersalah atas dakwaan jenayah ke atas manusia berikutan peranannya membunuh lebih 300 orang Serbia ketika perang pada 1990an. Atif Dudakovic, 64, mengetuai unit tentera Bosnian Muslim (Bosniak) menghadapi pertuduhan bersama 16 lagi rakannya.

5.  KIEV 20 Dis. - Ukraine akan menggerakkan kapal perang kembali ke pelabuhan Laut Azov walaupun tiga kapal laut miliknya dirampas oleh Rusia di kawasan itu bulan lalu. Insiden terbabit meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara sejak lebih 10,000 orang terbunuh susulan pemberontakan yang disokong Kremlin tercetus pada April 2014 selepas Rusia merampas Crimea daripada Ukraine.

6.  CHICAGO 20 Dis.- Pendakwa raya negara bahagian Barat tengah Amerika Syarikat mendedahkan hampir 700 paderi dan ketua agama Kristian Katolik di Illinois didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Angka tersebut adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang telah didedahkan oleh pihak gereja Katolik di negara itu sebelum ini.

7.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – SPRM menyangkal dakwaan kononnya telah menerima arahan untuk 'membutakan mata' terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang pegawai kanan Lembaga Tabung Haji. Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan menegaskan bahawa SPRM sentiasa bersikap profesional dan mengikut ‘rule of laws’ semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

8.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad belum memutuskan sama ada Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak akibat kegagalan beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya. Dr. Mahathir berkata, rakyat bebas untuk menyatakan pandangan mereka mengenai hal tersebut.

9.  SEREMBAN 20 Dis. - Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia dipercayai akibat masalah paru-paru berair di Hospital Jempol pada pukul 8.12 pagi tadi. Perkara itu disahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa ketika dihubungi pihak media.

10.  BANDA ACEH 20 Dis.- Pekerja dusun Lamseunong, Kajhu Kecamatan Baitussalam dikejutkan dengan penemuan 45 jenazah mangsa bencana tsunami yang melanda Aceh pada 2004. Ketua Agensi Pengurusan Bencana Aceh, Teuku Ahmad Dadek memberitahu, daripada kesemua jenazah tersebut, 25 adalah lelaki manakala selebihnya merupakan perempuan.

11.  TAPAH 20 Dis. - Kesemua penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terselamat apabila kenderaan tersebut terbakar di Kilometer 353.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini hari ini. KPD, Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.01 pagi ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Butterworth.

12.  IPOH 20 Dis. - Kerajaan negeri mahu keretakan struktur pada jejantas di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dibaiki segera demi menjaga keselamatan orang awam selain mengelak daripada kejadian buruk berlaku. Exco negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu apabila lori kontraktor yang membawa jentera, telah terlanggar struktur jejantas tersebut.

13.  SHAH ALAM 20 Dis. - Seorang pemandu nyaris maut apabila treler dipandunya merempuh belakang sebuah treler lain dalam kejadian awal pagi ini di km 6.2 NKVE menghala Klang. Dalam kejadian kira-kira 4.27 pagi itu, mangsa, 48 tahun, yang memandu treler kontena telah melanggar treler membawa muatan besi paip menyebabkannya tersepit dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

14.  PULAU PINANG 20 Dis. - Lima anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis yang dijumpai mati dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di Pulau Tikus, Isnin lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, selain itu polis juga akan memanggil beberapa lagi saksi lain untuk membantu siasatan kes berkenaan.

15.  PORT DICKSON 20 Dis. - Seorang peniaga bateri kenderaan kerugian lebih RM100,000 apabila premis perniagaannya di Lukut di sini musnah dalam kebakaran malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Razif Mohamad Haris berkata, kebakaran pada pukul 9.20 malam itu memusnahkan kira-kira 50 peratus struktur premis itu.

16.  PUTRAJAYA 20 Dis.- Semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dijemput bagi menyertai perhimpunan aman menuntut keadilan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di hadapan Bangunan Perdana Putra, pukul 3.30 petang hari ini. Perhimpunan itu dianjurkan oleh Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Gerakan Srikandi Malaysia dan pertubuhan Segar.

17.  ALOR SETAR 20 Dis. - Keharmonian di dalam negara ini akan kembali dikecapi sekiranya Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy segera digugurkan dari barisan Kabinet. MP Pendang, Awang Hashim berkata, PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah tiada pilihan lagi melainkan memecat Waytha Moorthy dan menggantikan pemimpin yang lebih sesuai sebagai menteri yang menjaga perpaduan.

18.  KAMPAR 20 Dis. - Seorang pelajar lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakannya tahun lalu. Tertuduh yang berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

19.  KUALA LUMPUR 20 Dis.- Sebanyak tujuh laporan polis dibuat hari bagi mengesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap perusuh yang menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November lalu.

20.  JOHOR BAHRU 20 Dis. – KKMM akan mewujudkan satu portal berita menggabungkan kerjasama Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan yang akan dilancarkan pada suku ketiga tahun depan. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, media digital itu akan menyalurkan berita menerusi medium antaranya Tweeter dan Facebook dengan pantas, sahih dan dengan kandungan terbuka.

21.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – Walaupun tidak membuat sebarang memorandum bantahan, Pergerakan Pemuda UMNO tetap berpegang kepada pendirian supaya P. Waytha Moorthy dilucutkan jawatan sebagai Menteri di JPM yang memegang portfolio perpaduan. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana Waytha Moorthy didapati gagal menjadi pemimpin yang bertindak sebagai menyatukan rakyat pelbagai kaum.

22.  JOHOR BAHRU 20 Dis. - Masalah kebajikan pengamal media yang bertugas dengan Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan akan diselesaikan tahun depan supaya kepentingan mereka terjaga. Menteri KKMM, Gobind Singh Deo berkata, antaranya dengan memastikan mereka mencarum dengan KWSP dan Perkeso selain dilindungi dengan insurans.

23.  ANKARA 20 Dis. - Insiden empangan pecah di daerah Egil, Turki yang menyebabkan paras air menurun membawa kepada penemuan sebuah perkampungan purba Islam yang dipercayai tenggelam hampir dua abad lalu. Penemuan masjid, madrasah dan kubur mendedahkan perkampungan itu mungkin diduduki oleh kebanyakan penduduk Islam.

24.  ALOR SETAR 20 Dis. - Bekas ADUN Ayer angat, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid mengumumkan keluar UMNO, namun tidak menyertai mana-mana parti lain buat masa ini. Turut bersama-sama mengikuti langkah bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan, Warisan dan Kerja Raya negeri itu ialah 30 pemimpin dan ahli dari lapan cawangan di kawasan DUN berkenaan.

25.  BAITULMUQADDIS 20 Dis. - Parlimen Israel meluluskan undang-undang yang memberi kuasa penempatan secara paksa terhadap ahli keluarga penduduk Palestin yang dikaitkan dengan serangan anti Israel, semalam. Rang undang-undang itu membenarkan rejim Israel mengusir mana-mana ahli keluarga yang terlibat dalam serangan atau cubaan menyerang Isreal, dari Tebing Barat ke satu lokasi lain dalam tempoh tujuh hari.

26.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – Petisyen menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di JPM dan Senator yang dimulakan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) hampir mencapai sasaran 300,000 tandatangan. Setakat pukul satu tengah hari ini, sebanyak 293,216 tandatangan telah berjaya dikumpul.

27.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - Wartawan TV3, Kumaran Rajamoney memaafkan sebuah 'page' Gerakan Pengundi Sedar (GPS) di Facebook yang mengkritik kehadiran beliau membuat liputan majlis pengebumian wira negara, Muhammad Adib Mohd. Kassim Selasa lalu.Dia dengan rendah diri menerima permohonan maaf page berkenaan dengan menyifatkan setiap insan tidak lari daripada membuat sebarang kesilapan.

28.  PUTRAJAYA 20 Dis.- KPLB melancarkan Tabung Wira Merah bagi mengumpul sumbangan daripada warga kementerian termasuk agensi-agensi di bawahnya untuk diserahkan kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kutipan tabung itu akan berlangsung selama sebulan bermula hari ini akan digerakkan di seluruh agensi kementerian di bawahnya.

29.  KOTA BHARU 20 Dis. - Sekumpulan akar umbi dari kesemua 14 cabang PKR di negeri ini membantah pelantikan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor sebagai Pengerusi PKR Kelantan yang baharu serta mendesak Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkaji semula perkara itu.

30.  TAMPIN 20 Dis. - Seorang lelaki lembam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari atas pertuduhan membuat panggilan ancaman bom palsu ke atas Hospital Tampin pada 14 Disember lalu. Pertuduhan terhadap Mohd. Yusnaidi Mohd. Yunus, 34, dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

31.  KUALA LUMPUR 20 Dis.- Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim sangat kreatif dan berinovasi untuk melahirkan idea-idea baru. Ini susulan cadangan terbaharu Teresa yang mahu pelajar sekolah dan universiti negara Malaysia untuk menyertai kelab kelapa sawit dan menjadi duta minyak sawit.

32.  TASEK GELUGOR 20 Dis. - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia, Jonathan Sihotang, 31, bagi membantu siasatan kes amuk di sebuah kilang memproses sejuk beku di Kg. Selamat, dekat sini petang semalam. Jonathan kali terakhir dilihat meninggalkan kilang itu petang semalam menaiki motosikal jenis Yamaha Sport berwarna biru dengan nombor pendaftaran PBM 1524.

33.  MELAKA 20 Dis. - Seorang jurujual wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran janin lelaki berusia enam bulan dengan menanamnya di tepi rumah, bulan lalu. Tertuduh, Siti Nur Amirah Abdullah Amiran, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

34.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumumkan sebagai pemangku Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang memangku tugas-tugas Presiden. S/U Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Pengurusan UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, PWTC, semalam.

35.  KUALA KEDAH 20 Dis. - Kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim terus mendapat perhatian rakyat negara ini yang turut prihatin dengan nasib ahli keluarganya selepas pemergian insan tersayang mereka. Lantaran itu, sejumlah RM47,209.64 hasil sumbangan orang ramai menerusi TABUNG SAVING ADIBKASSIM dikelolakan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) disampaikan kepada keluarga Allahyarham.

36.  JOHOR BAHRU 20 Dis. - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mensasarkan kehadiran seramai 26.3 juta pelancong ke negara ini bagi tahun 2019. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, jumlah kehadiran itu merupakan peluang terbaik bagi mempromosi produk tempatan khususnya kraftangan.

37.  GUA MUSANG 20 Dis. - Jambatan sementara Kg. Pulau Setelu, di sini yang menjadi penghubung utama jalan Gua Musang-Jeli hari ini ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air Sg. Nenggiri walaupun cuaca baik di kawasan ini sejak awal pagi. Hujan lebat di kawasan hulu Gua Musang menjadi penyebab paras air Sg. Nenggiri naik mendadak dan menenggelamkan jambatan terbabit.

38.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – Selepas mendapat pengesahan memangku jawatan Presiden UMNO daripada Mesyuarat Pengurusan UMNO semalam, Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi buat kali pertama, esok. Mesyuarat berkenaan adalah membincangkan tentang hala tuju parti selepas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bercuti daripada jawatan Presiden UMNO.

39.  MELAKA 20 Dis. - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, dua minggu lalu. Muhammad Khairul Ishak, 19, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

40.  SEREMBAN 20 Dis. - Seramai 29 individu ditahan polis kerana pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis yang dijalankan selama dua hari bermula Selasa lalu di sekitar Jempol dan Tampin. Seramai 12 daripada mereka yang ditahan didapati memiliki dadah, manakala 17 orang lagi positif dadah.

41.  PUTRAJAYA 20 Dis. – S/U Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan jawatan pengerusi negeri dibuat selepas Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim merunding dengan ketua-ketua cadang. Beliau sehubungan itu berkata, semua ahli parti perlu menghormati keputusan tersebut kerana Anwar telah mengikuti perlembagaan parti.

42.  SHAH ALAM 20 Dis. - Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) akan turut mengadakan himpunan aman bagi menuntut keadilan ke atas anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, yang maut akibat dipukul perusuhan ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman. Himpunan itu yang akan diadakan di Dataran Seni Klang, dekat sini, pada 25 Disember, turut dijadikan platform bagi mendesak Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy meletak jawatan.

43.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – Berang kerana identitinya telah didedahkan di mahkamah, usahawan dan penyanyi lagu Bobo Di Mana, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali Nur Sajat hari ini membela diri dalam laman Instagram dengan menuduh wartawan memberi maklumat tidak benar mengenai dirinya. Personaliti itu telah memuat naik video dan status dalam aplikasi media sosial yang kini ditonton lebih 300,000 warganet dan menerima komen hampir 7,000 orang.

44.  KUALA LUMPUR 20 Dis.- Ketika banyak pihak mendesak supaya PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggugurkan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy, lain pula pandangan MP Rembau, Khairy Jamaluddin. Mungkin secara sinis, bekas Ketua Pemuda UMNO itu berharap Dr. Mahathir tidak memecat Waytha Moorthy termasuk Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

45.  KUALA TERENGGANU 20 Dis. - Terengganu bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin atau ta’mim bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, kajian terperinci mengenainya akan digerakkan dalam masa terdekat dengan kerjasama UniSZA.

46.  KANGAR 20 Dis. - UMNO negeri menaruh keyakinan tinggi terhadap Datuk Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan menjalankan tugas-tugas sebagai presiden parti. S/U Badan Perhubungan UMNO negeri, Azizan Sulaiman berkata, kewibawaan Mohamad diyakini dapat menyelesaikan segala kemelut yang berlaku di dalam parti.

47.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mengarahkan dua syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) masing-masing membayar penalti RM10 juta kerana melanggar larangan perkongsian pasaran.

48.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - Dewan Pemuda Pas Pusat turut senada dengan Pergerakan Pemuda UMNO yang mendesak supaya P. Waytha Moorthy dilucutkan jawatan sebagai Menteri di JPM dan senator oleh PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ini berikutan sikap tidak bertanggungjawab Waytha Moorthy dalam menangani isu berkaitan perpaduan kaum di negara ini.

49.  PUTRAJAYA 20 Dis. – KPDNHEP akan berbincang dengan kerajaan negeri dan PBT bagi menyediakan kawasan khas untuk peniaga food truck menjalankan perniagaan mereka. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu perlu bagi memastikan hasrat kerajaan khususnya kementerian melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang berkenaan berjaya.

50.  PULAU PINANG 20 Dis. – CEC DAP, Dr. P. Ramasamy menyifatkan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 'menghina' kebijaksanaan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menentukan barisan Kabinetnya. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata, perkara itu berikutan tindakan Syed Saddiq yang didakwa turut menyokong desakan supaya P. Waytha Moorthy berundur sebagai Menteri di JPM.

51.  LONDON 20 Dis.- Semua pesawat di Lapangan Terbang Gatwick diarahkan menangguhkan penerbangan selepas beberapa buah dron dikesan terbang berdekatan landasan. Penangguhan itu mengakibatkan gangguan perjalanan pulang ke kampung sempena Krismas kepada lebih 10,000 orang.

52.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - Syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn. Bhd. (Honda Sri Utama Auto) telah menamatkan khidmat seorang kakitangannya yang dikenali sebagai Caryn Yean secara serta merta. Tindakan tersebut selepas kakitangannya itu telah didapati melanggar dasar syarikat apabila mengeluarkan komen tidak sensitif berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam media sosial.

53.  JELEBU 20 Dis. - Dato' Lembaga Luak Jelebu, Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari, Ismail Mohd. Zain hari ini mengumumkan seorang pesara guru, Maarof Mat Rashad, 63, sebagai Undang Luak Jelebu ke-16 dalam satu majlis di Kampung Kemin dekat sini. Ismail mendakwa pengumuman itu dibuat mengikut Kanun Adat Luak Jelebu dan dihadiri semua Dato' Lembaga Delapan kecuali Dato' Mengiang Merah Bangsa.

54.  IPOH 20 Dis. - Lebih 100 pegawai termasuk ketua-ketua balai dan zon-zon dari JBPM Perak menyertai majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat buat Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim serta enam lagi anggota bomba yang mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat di Tasik Putra Perdana, Puchong, Oktober lalu.

55.  JEMPOL 20 Dis. - Jenazah P/jaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun, 60 yang meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lalang di sini, pada pukul 3.30 petang tadi. Antara yang hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; MP Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Zaidy Abdul Kadir.

56.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - Sebuah gudang perabot dua tingkat di Lot 108, Jalan Subang 5, Taman Perindustrian, Subang Jaya dekat sini musnah dalam kebakaran. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

57.  KUALA LUMPUR 20 Dis. – JPJ menafikan dakwaan mengatakan pihaknya mengenakan kompaun kepada kesalahan tidak memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh sepertimana yang tular di media sosial. JPJ di laman Facebooknya menyertakan penjelasan mengenai perkara itu menerusi laman web sebenarnya.my.

58.  KUALA KEDAH 20 Dis. - Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli menziarahi keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim. Keberangkatan tiba Tengku Sarafudin Badlishah pada pukul 3.40 petang disambut ibu bapa Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 51.

59.  PULAU PINANG 20 Dis. - Lebih ramai tokoh dan rakyat Malaysia yang layak menggantikan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di JPM khususnya bagi memegang portfolio Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial. Itu ketegasan yang disuarakan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin yang sekali lagi mengulangi gesaan supaya Waytha Moorthy berundur dan meletak jawatan.

60.  LUMUT 20 Dis.- Polis merampas dua senjata api dipercayai buatan sendiri berikutan penahanan dua lelaki di dua lokasi berasingan di sini kelmarin. Timbalan KPD Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 3.10 petang Selasa lalu, pihaknya menahan seorang suspek berusia 52 tahun di rumahnya di Kampung Gunung Tunggal, Changkat Keruing dekat sini.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 20 Dis - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyaksikan perlawanan bola sepak bersama David Beckham dan Mesut Ozil di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Tunku Ismail dijemput oleh Beckham dan Ozil untuk menyaksikan perlawanan 'North London Derby' antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.

2.  LONDON 20 Dis - Pengurus Arsenal, Unai Emery mengesahkan keputusannya tidak menyenaraikan Mesut Ozil ketika menentang Tottenham Hotspur, awal pagi tadi hanya sebagai percaturan taktikal. Bagaimanapun, dia enggan menjawab soalan sama ada pemain tengah antarabangsa Jerman itu masih mempunyai masa depan bersama kelab berkenaan.

3.  LONDON 20 Dis - Dejan Lovren bertekad bagi membantu Liverpool melengkapkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan rekod tanpa kalah. Skuad The Reds membuktikan betapa mereka antara pasukan utama bagi merangkul gelaran liga musim ini selepas merekodkan 14 kemenangan daripada 17 perlawanan tetapi Manchester City terus menjadi ancaman kepada pasukan itu.

4.  KUALA LUMPUR 20 Dis - Penampilan pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh bersama Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF yang berakhir baru-baru ini membuatkan Lee Tuck tidak senang duduk. Tuck pemain kelahiran England mengakui dia kini teruja untuk menyarung jersi kebangsaan andai FAM mahu mendaftarkannya sebagai pemain tempatan.

5.  KUALA LUMPUR 20 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan Razali mengesahkan Adam Norrodin bukan saja akan menyertai Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) tetapi juga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan. Selain itu Razlan berkata, Adam yang dijadual bertanding dalam kelas SuperSports 600cc di ARRC tidak akan berseorangan beraksi di pentas CEV.

6.  LONDON 20 Dis - Valtteri Bottas memiliki apa yang diperlukan untuk berjaya bersama juara Formula Satu Mercedes tetapi dia juga perlu membuktikan bahawa dia layak untuk bersama pasukan itu musim depan, kata prinsipal  pasukan Toto Wolff.

7.  MADRID 20 Dis - Juara perlumbaan Vuelta a Espana, Simon Yates berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu mempertahankan kejuaraan itu tahun depan selepas pengumuman laluan bagi 2019 dibuat, semalam. Pelumba basikal pasukan The Mitchelton-Scot itu menjadi pelumba pertama Britain memenangi gelaran Vuelta apabila dia meraih jersi merah tahun ini.

8.  LOS ANGELES 20 Dis - Bekas juara dunia dan jaguh Olimpik, Missy Franklin dari Amerika Syarikat mengumumkan persaraan daripada sukan renang akibat kecederaan bahu berulang yang memerlukan pembedahan. Missy, 23, mengumumkan hasratnya itu dalam Twitter dan mendedahkan dengan lebih lanjut dalam surat terbuka kepada ESPN.

9.  LONDON 20 Dis. - Dele Alli menjadi mangsa balingan botol plastik di Stadium Emirates dan insiden itu menunjukkan sisi buruk perlawanan derby di antara Arsenal dan Tottenham, kata Mauricio Pochettino. Perancang Spurs, Alli terkena balingan botol di kpala pada minit ke-73 pada suku akhir Piala Liga dan dia kemudian memberikan reaksi 2-0 kepada penyokong Arsenal.

10.  KUALA LUMPUR 20 Dis - Skuad ragbi 7-sebelah (7s) lelaki kebangsaan dijangka berdepan tugas getir dalam merealisasikan misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Filipina bermula 30 November hingga 11 Disember tahun depan. Ia berikutan tuan rumah Filipina dijangka membariskan pemain-pemain kacukan yang sedang bermain di negara Oceania seperti New Zealand dan Australia dalam usaha merampas pingat emas itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 22 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 14 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from Kampung Linggi Negeri Sembilan*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN PENUHI MASA BERKUALITI BERSAMA INSAN2 TERSAYANG, KEPADA TEMAN BAIK DEN DAN ORG UMAH, ANAK ANGKEK OMAK DEN, NORLIDA RAHMAN (jody jody) DAN PASANGAN FAIRUS (apai) SELAMAT PENGANTIN BARU ARINI, SEMOGA KEKAL HINGGA KE JANNAH.. YG BERDEKATAN DIJEMPUT HADIR DAN BOLEH ARR SELPIE NGAN DEN  C YAA*

https://share.icloud.com/photos/0oKYgzF-Mdu6HJhJl5ROhpuVA#Si_Rusa_&_Lingg

*#raikancinta*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*PORT DICKSON DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:39, SUBUH : 05:49, SYURUK : 07:11, ZOHOR : 13:13, ASAR : 16:36, MAGHRIB : 19:11, ISYAK : 20:26*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TUN Dr Mahathir Mohamad seakan menyindir apabila ditanya mengenai fakta dikemukakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bahawa penarafan kerajaan merudum selepas enam bulan pertukaran tampuk pemerintahan. Perdana Menteri dengan nada sinis berkata: “Rafizi memang tahu apa akan jadi, jangkaannya mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pun sangat tepat.”*

                 *LAPORAN siasatan berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Selangor, pada 27 November lalu akan didedahkan kepada umum sekiranya perlu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia termasuk laporan perubatan forensik yang akan dikeluarkan pihak polis dalam tempoh beberapa hari lagi.*

                 *KERAJAAN akan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari ini bagi mengelak pekebun getah terus terjejas akibat kejatuhan harga bahan komoditi itu. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, langkah itu bagi memastikan harga getah sekerap kembali stabil selepas mengalami kejatuhan kepada RM1.90 sekilogram, ketika ini.*

                 *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy perlu mengambil iktibar dan mendengar suara rakyat termasuk memohon maaf bagi meredakan keadaan berikutan pelbagai desakan peletakan jawatannya. Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Rina Harun berkata, langkah terbaik yang boleh dilakukan Waytha Moorthy adalah mendengar dan melihat setiap pandangan yang dibuat oleh orang ramai dalam isu berkenaan.*

                 *MAHKAMAH Pilihan Raya hari ini membenarkan permohonan pengiraan semula undi bagi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Hakim Datuk Hashim Hamzah menetapkan perkara itu dan mengarahkan supaya semua salinan Borang 14 bagi kerusi berkenaan diserahkan untuk diteliti Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi.*

                 *SHEIKH Abd Jalil Sheikh Abd Ghaffor iaitu suami kepada Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat, petang semalam. Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 5.11 petang.*

                 *SYARIKAT perlombongan bijih besi bersetuju membayar ganti rugi berhubung masalah banjir lumpur melanda penduduk di Bukit Besi, Dungun pada Disember lalu, walaupun kolam takungan air yang pecah itu bukan miliknya. Syarikat terbabit kesal dengan kejadian itu yang berpunca daripada sebuah kolam takungan lama yang melimpah sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.*

                 *LELAKI warga Indonesia yang terjatuh di Sungai Batu berhampiran Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam, ditemui lemas, jam 2.56 petang hari ini. Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Muhamad Hafidz Yaacob berkata, mayat mangsa berusia 20-an itu ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).*

                 *DUA penunggang motosikal maut selepas dipercayai bertembung sesama sendiri di Jalan Taiping - Selama berhampiran Taman Kamunting Mutiara, di Taiping, smlm. Dalam kejadian pada 8.56 pagi itu, Mohd Shafarulnizam Mat, 35, dan Mohd Shaafiee Saidin, 59, tahun maut di lokasi kejadian.*

                 *KANAK-KANAK lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira sejam selepas sebahagian kaki kirinya tersepit dalam lubang aliran air pada longkang kecil berhampiran kediaman jirannya di Lot 22 Kampung Pasir, Ulu Yam Baru, Hulu Selangor, smlm. Bomba yang menerima laporan kejadian pada 5.49 petang menghantar dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian*

                 *KERAJAAN Malaysia menuntut bayaran ganti rugi berjumlah AS$7.5 bilion (RM31.32 bilion) daripada Goldman Sachs Group Inc susulan perjanjian dibuat bersama dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Financial Times smlm, memetik kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.*

                 *PUSAT Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) akan ditubuhkan pada pertengahan tahun depan dalam usaha menangani isu pengaliran keluar wang secara haram. Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana ia membabitkan kerugian berbilion ringgit setiap tahun.*

                 *SEORANG wanita yang bakal menaiki jenjang pelamin pada Ahad ini hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur sejak Rabu lalu. Chef pastri Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan, 22, sebelum itu didakwa mahu berjumpa rakannya di Bangsar untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan.*

                 *PENDUDUK dan pengguna jalan raya di Dungun meminta kerajaan segera melebarkan Jambatan Sungai Gemuruh di Paka dan jambatan Tanjung Pagar yang disifatkan sempit dan merbahaya. Penduduk, Rohaizat Bidin, 36, berkata, kedua-dua jambatan yang dibina pada tahun 60an sudah tidak selamat dan tidak sesuai berikutan peningkatan jumlah kenderaan yang melalui jambatan itu.*

                 *TINDAKAN seorang lelaki warga asing yang ‘tidak puas’ mengintai seorang wanita dalam bilik air di surau Taman Orkid, Sungai Siput dan cuba mengulangi perbuatan sama membawa padah apabila dicekup orang ramai, Rabu lalu. Dalam kejadian 8.51 malam itu, suspek berusia 33 tahun yang bekerja di sebuah kilang ditahan orang ramai pada malam sama.*

                 *TINDAKAN seorang anak yang memukul ibu kandungnya dengan  rangka kerusi sehingga lebam dan luka di muka, tangan dan kaki di rumah mereka di Kota Damansara, membawa padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm.*

                  *SEPASUKAN peguam sukarela kini dalam proses membantu keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim melunaskan pembiayaan kereta miliknya. Peguam, Adzly Ab Manas berkata, arwah menyimpan kereta berkenaan di kampungnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah, Alor Setar untuk kegunaan selepas berkahwin. “Bagaimanapun, buat ketika ini pihak keluarga terpaksa menanggung pembiayaan kenderaan itu.*

                 *ATAS dasar sosial korporat dan prihatin, Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta Allahyarham Muhammad Adib. Perkara itu dilakukan bagi meringankan beban keluarga arwah. Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani dalam satu kenyataan berkata, pihaknya merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan pastinya jasanya akan dikenang.*

                 *KELANTAN dijangka tidak mengalami banjir besar tahun ini memandangkan purata hujan sudah 90 peratus. Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah berkata, baki hujan di negeri ini hanya tinggal 10 pertus daripada jumlah keseluruhan 2,700 mm. Katanya, Kelantan mengalami hujan sejak Oktober lalu dalam jumlah enam kelompok.*

                 *PEMANDU selamat meskipun treler dipandunya terhumban ke dalam parit sedalam kira-kira 10 meter dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Lahad Datu - Tawau, Lahad Datu, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, kepala lori treler terbabit remuk teruk manakala pemandu lelaki berusia 53 tahun dilaporkan retak tulang belakang.*

                 *BEKAS Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam menafikan desas-desus laporan mengatakan beliau akan meninggalkan parti UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), smlm. Bekas Naib Presiden UMNO itu turut menyanggah laporan berita terbabit yang disifatkan sebagai 'berita main-main' kerana sehingga saat ini perjuangannya masih lagi bersama UMNO.*

                 *SERAMAI 32 suspek warga China termasuk tiga wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan penemuan pusat operasi judi dalam talian di banglo mewah empat tingkat di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesemua 32 suspek terbabit berusia antara 20 hingga 52 tahun itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).*

                 *PENGAWAL keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, smlm atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, awal Mei lalu. Tertuduh, Mohd Faizul Abdullah Hadi, 22, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norma Ismail.*

                 *LELAKI yang menetak mati seorang wanita menggunakan parang dalam stor penyimpanan makanan sejuk beku di sebuah kilang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, kelmarin akhirnya ditahan polis, awal pagi smlm. Penahanan suspek warga Indonesia itu dibuat kira-kira jam 3.30 pagi dalam serbuan di sebuah kolam renang dekat Petaling Jaya, Selangor.*

                 *POLIS Pahang melakukan persiapan rapi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadualkan pada 26 Januari depan. Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, mesyuarat awal berhubung penugasan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang sudah dilakukan minggu lalu.*

                 *DAKWAAN Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dijadikan ‘kambing hitam’ sengaja mahu menimbulkan persepsi politik dalam kalangan masyarakat. Ketua Sekreteriat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya, berkata, kenyataan HINDRAF itu seolah-olah mahu meraih simpati masyarakat bahawa pengerusi pertubuhan itu adalah ‘mangsa sebenar’ politik perkauman dan agama.*

                  *DIJANJIKAN pekerjaan sebagai tukang taip, namun sebaliknya dipaksa bekerja sebagai pengendali operasi judi dalam talian yang menyasarkan pemain judi dari China. Itu nasib dua lelaki warga China berusia 20-an yang turut didera sindiket terbabit sebelum mereka diselamatkan pihak polis dalam serbuan di banglo mewah empat tingkat di Taman Equine, Seri Kembangan, 4 petang semalam.*

                 *REMAJA lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dekat Perol, Kota Bharu, semalam. Kemalangan berlaku jam 5 petang menyebabkan mangsa, Amirul Hakimie Sabri, 18, parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.*

                 *SEJUMLAH RM14 juta kompaun kesalahan trafik dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) masih belum dilunaskan. Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, ia membabitkan notis sebanyak 1.4 juta yang dikeluarkan pihaknya terhadap pengguna yang melakukan kesalahan trafik sejak 2010 sehingga kini.*

                 *UGUTAN penjara kerana didakwa terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan aktiviti penyeludupan dadah menyebabkan peniaga terpaksa menyerahkan wang simpanannya berjumlah RM18,450 kepada sindiket Macau Scam, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku apabila wanita dari Kuantan berusia 52 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa wakil Telekom Malaysia.*

                 *DIJANJIKAN pekerjaan sebagai tukang taip, namun sebaliknya dipaksa bekerja sebagai pengendali operasi judi dalam talian yang mensasarkan kaki judi dari China. Itu nasib dua lelaki warga China berusia 20-an yang turut didera sindiket terbabit sebelum mereka diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah banglo mewah empat tingkat di Taman Equine, di Seri Kembangan, kira-kira jam 4 petang, semalam.*

                 *PENGAWAL keselamatan maut apabila motosikal ditungganginya melanggar babi hutan di Kilometer 17 Jalan Gua Musang-Jeli, dekat Gua Musang, malam smlm. Mangsa, Norafandi Noradin, 37, berasal dari Jalan Masjid Razaleigh yang cedera parah di kepala, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).*

                 *LELAKI warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batu berhampiran Masjid Abu Hurairah, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, petang semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khairul Azuwan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.25 petang.*

                 *TAKUT ditahan penguat kuasa, seorang pekerja asing mengalami luka di dahi selepas mukanya tersembam ke tanah ketika melarikan diri dalam serbuan di sebuah kilang memproses barangan kitar semula di Nibong Tebal, smlm. Lelaki berusia awal 20-an itu melarikan diri sebaik menyedari kenderaan penguat kuasa memasuki kilang berkenaan, namun usahanya tidak berhasil selepas dahinya berlumuran darah akibat terjatuh.*

                 *TINDAKAN pantas tiga anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya menahan penjenayah yang meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Benteng, Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian 3.25 petang itu, tiga anggota DBKL iaitu Muzmajunita Ghazali, Mohd Asraf Zainol dan Fariz Hamdan sedang bertugas di kawasan terbabit sebelum terdengar jeritan seorang wanita.*

                 *UMAT Islam di negara ini diminta tidak panik susulan langkah pemantauan yang akan dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas Tabung Haji (TH) demi memastikan agensi itu ditadbir urus lebih baik. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, isu bahawa urusan TH akan dicampuri orang bukan Islam tidak timbul kerana beliau sendiri akan bertanggungjawab memastikan institusi itu diselia dengan rapi.*

                 *PENDUDUK yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran lereng Bukit Depu di Kampung Gelong Gajah, Kuala Terengganu dihantui kebimbangan berikutan bukit batu kapur itu kerap runtuh terutama ketika hujan lebat. Lebih merisaukan penduduk apabila kawasan tanah runtuh itu makin menghampiri menara telekomunikasi yang berada di puncak bukit dan dibimbangi tumbang serta menghempap rumah penduduk berdekatan.*

                 *DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan. Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pemimpin DAP tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.*

                 *SEMBILAN krew feri penumpang yang dalam perjalanan mengisi minyak berdepan detik cemas apabila bahagian enjinnya terbakar kira-kira 0.5 batu nautika berhampiran Jeti Point, di Langkawi, smlm. Bagaimanapun, kejadian yang berlaku 9 pagi itu tidak membabitkan penumpang berikutan sedang diselenggara.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


         *KINSHASA : Enam orang maut apabila pesawat disewa khas oleh suruhanjaya pilihan raya Congo terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Khinshasa, kata sumber smlm.*
         *Jurucakap di Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Nasional (CENI) berkata, pesawat Antonov 26 itu terhemas semalam ketika cuba mendarat selepas menyampaikan bahan pilihan raya di Tshikapa.*
           *Menurut jurucakap itu lagi, antara barangan terbabit termasuk borang keputusan dan ia selamat dihantar sebelum nahas berlaku,*

         *SAN FRANCISCO: Wanita Yaman yang mendapat kebenaran khas Presiden Donald Trump tiba di Amerika Syarikat semalam, bagi bertemu bayi lelakinya berusia dua tahun yang sedang nazak.*
             *Wanita itu, Shaima Swileh, sebelum ini tidak dapat ke Amerika bagi bertemu anaknya itu berikutan larangan perjalanan yang dilaksanakan Trump membabitkan enam negara, termasuk Yaman.*
            *Shaima berjalan memasuki terminal ketibaan lapangan terbang di San Francisco, semalam, disambut sekumpulan penyokongnya.*
        *Anak lelakinya, Abdullah Hassan, rakyat Amerika seperti bapanya, mengalami masalah genetik otak yang jarang berlaku dan kini hidup dengan bantuan mesin sokongan hayat di sebuah hospital di Oakland, California.*

          *LAPANGAN Terbang Gatwick di London yang lumpuh hampir dua hari susulan berpuluh-puluh dron di kawasan lapangan terbang itu, dibuka semula untuk beberapa pesawat terhad.*
            *”Landasan Gatwick kini dibuka dan terhad untuk beberapa pesawat yang dijadualkan berlepas dan mendarat,” kata pihak lapangan terbang menerusi Twitter.*
            *Sehubungan itu, pihak lapang terbang menasihatkan penumpang memeriksa status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.*
             *Terdahulu, Polis Britain mempertimbangkan menembak jatuh dron yang menjadi penyebab gangguan dan kekacauan di lapangan terbang itu.*   

          *KHARTOUM: Lapan penduduk maut selepas bertempur dengan polis anti rusuhan yang cuba meleraikan tunjuk perasaan yang berlangsung pada hari kedua, semalam, di timur Sudan bagi membantah kenaikan harga roti.*
           *Tunjuk perasaan berlaku selepas kerajaan baru-baru ini, bertindak menaikkan harga roti sebanyak AS$0.20 sen hingga AS$0.60 sen (RM0.80 sen hingga RM2.50) di seluruh negara.*
            *Menurut saksi, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan peserta demonstrasi yang berkumpul di Khartoum, iaitu berhampiran istana presiden.*

          *WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat kejutan dengan memakai pakaian Santa Claus dan memberi hadiah bagi menceriakan kanak-kanak yang dirawat di Hospital Kanak-Kanak Kebangsaan di sini, kelmarin.*
            *Obama turut menyanyi lagu Krismas bersama ratusan doktor, jururawat, pekerja, ibu bapa dan kanak-kanak di hospital berkenaan.*
           *”Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk peluang bertemu dan berbual dengan kanak-kanak istimewa serta keluarga mereka.*

          *BANDA ACEH: Pekerja sebuah tapak pembinaan terkejut apabila menemui 45 mayat manusia dipercayai mangsa tsunami dalam sebuah kubur besar di Dusun Lamseunong, Gampong Kajhu, Baitussalam, Aceh Besar, kira-kira 14 tahun selepas bencana berkenaan.*
         *Antara News melaporkan, mayat berkenaan ditemui dalam beg plastik oleh sekumpulan pekerja yang menggali lubang untuk membuat tangki septik di sebuah tapak pembinaan perumahan pada Rabu lalu.*
          *”Pada mulanya kami menyangka cuma ada dua mayat sahaja tetapi selepas dikorek lagi kami menemui 45 beg plastik yang mengandungi mayat,” kata seorang pekerja, Muhammad Yahya Tauhid, 73.*

           *Wellington: Sehelai seluar panjang yang terbelit di kipas pada ekor sebuah helikopter disahkan sebagai punca pesawat itu terhempas dan menyebabkan tiga penumpang maut.*
            *Laporan Suruhanjaya Siasatan Kemalangan Pengangkutan mendedahkan penemuan mengejutkan itu ketika menyiasat punca nahas helikopter yang meragut tiga nyawa pada Oktober lalu di lokasi pelancongan Wanaka di South Island.*
          *”Terdapat bukti bahawa sehelai seluar panjang yang disimpan dalam kabin terkeluar dari helikopter dan terbelit dengan kipas rotor pesawat.*


*TULAR / POPULAR*
================


         *TINDAKAN Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang melompat menyelamatkan nyawa politik untuk rancangan yang jelek didedahkan antara punca Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Isnin lalu.*
           *Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan perkara itu berkata, kekesalan itu diluahkan kepadanya dalam perbincangannya bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.*
            *Jelasnya, bukanlah haknya untuk memperincikan butir-butir terperinci perbincangan berkenaan tetapi yang jelas adalah 'kerancakan perkembangan politik yang terus menerus sejak sembilan bulan lalu' membuatkan Nurul Izzah mual dan muak.*

         *RIAK kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang guru tadika, Mahani Ismail, 49, apabila muncul pengunjung ke-1,000,000 Menara Kuala Lumpur bagi 2018.*
          *Guru tadika berasal dari Simpang Renggam, Johor itu berkata, beliau datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar anaknya yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).*
          *Sasaran Menara Kuala Lumpur untuk mencapai lebih sejuta pengunjung untuk tahun ini berjaya direalisasikan pada 4 petang smlm.*
          *Ia membolehkan Mahani membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000 termasuk wang tunai RM1,000, baucer makan malam di Restoran Berputar Atmosphere 360, tiket masuk percuma ke Sky Deck serta tarikan lain di Menara Kuala Lumpur, jambangan bunga, cenderahati eksklusif dan banyak lagi.*

         *RUMAH Hantu The Sacred Riana yang menjadi tarikan terbaharu di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, dijangka bakal menghantui dan menguji adrenalin pengunjung.*
             *Permainan rumah hantu diinspirasikan daripada pemenang Asia Got Talent itu adalah yang kedua diwujudkan di dunia selepas yang pertama dibuka di Indonesia.*
            *Ketua Pegawai Operasi MAPS, Mohd Farid Abdul Aziz, berkata rumah hantu itu yang ditempatkan di taman tema berkenaan secara kekal diwujudkan dengan kerjasama Trilogy Magic Factory, Indonesia.*
             *Beliau berkata, harga tiket masuk ke rumah hantu ialah RM15 seorang yang dianggap berpatutan dengan harga tiket masuk ke MAPS sudah diturunkan.*

          *KUNJUNGAN hari terakhir ketika Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) memberi tuah kepada Wan Afedizal Wan Ariffin yang berjaya memenangi hadiah utama untuk cabutan bertuah yang ditawarkan.*
             *Dia yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur menerima Toyota CH-R Serba Baharu yang diserahkan dalam satu majlis di Pusat Pameran UMW Toyota Motor, Petaling Jaya, smlm.*
             *Katanya yang berkunjung ke KLIMS18 untuk melihat model-model baharu yang dipamerkan dan bercadang untuk memilih dan menempah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).*
            *Toyota CH-R dijana dengan enjin 1.8 liter (AT) 7 kelajuan CVT dijual pada harga bermula RM150,000 dilancarkan untuk pasaran tempatan pada Mac lalu.*

         *KLUANG: Peniaga kedai runcit merayu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan ke atas pembekal telur ayam kerana didakwa tidak menurunkan harga walaupun selepas harga baru diumumkan kerajaan, baru-baru ini.*
             *Tinjauan di tiga kedai runcit di Taman Sri Lambak, Taman Sri Impian dan Taman Makmur mendapati harga telur ayam gred A masih dijual antara RM13.30 hingga RM13.90 sepapan, sama seperti sebelum pengumuman penurunan harga dibuat.*
            *Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Rosnah, 45, berkata, dia masih membeli telur ayam daripada pembekal pada harga 42 sen sebiji dan terpaksa menjual dengan harga 45 sen sebiji iaitu hanya untung sekitar 90 sen sepapan.*

          *MALAYSIA antara 10 negara yang mempunyai jumlah cuti umum terbanyak pada tahun 2019 iaitu sebanyak 50 hari, menurut kajian Mashable Asia Tenggara.*
                *Menerusi kajian itu, Malaysia mempunyai jumlah cuti umum terbanyak kerana terdapat beberapa negeri memilih tidak cuti pada hari-hari tertentu, manakala ada cuti yang hanya pada peringkat negeri menjadikan jumlah keseluruhan cuti umum mencapai shingga 50 hari.*
                *Kemboja pula berada di kedudukan kedua dengan memiliki 31 hari cuti umum, diikuti dengan Thailand (26 hari), Myanmar (25) dan Filipina (21).*
                 

*CERITERA ATLET*
================


        *EPL RESULT: WOLVERHAMPTON WANDERERS 0 LIVERPOOL 2 min 78*

        *MANCHESTER, England: Ole Gunnar Solskjaer memberitahu sidang akhbar rasmi pertamanya sebagai pengurus sementara Manchester United hari ini beliau berminat jika diberi peluang untuk menjadi bos sepenuh masa.*
             *Pengendali dari Norway berusia 45 tahun itu, bekas pemain legenda di Old Trafford, dilantik sebagai bos sementara hingga hujung musim ini bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat Selasa lalu.*
         *Solskjaer, yang dipinjamkan dari kelab Norway, Molde, mengakui beliau tidak memikirkan mengenai tempoh selepas musim semasa berakhir bersama kelab itu yang mana beliau menghabiskan hampir 15 tahun sebagai pemain dan jurulatih.*

        *LONDON: Pengendali Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino menjadi pilihan pemerhati sebagai pengganti Jose Mourinho di Manchester United, namun spekulasi itu enggan diulas pegawai media kelab berkenaan.*
             *Pegawai media Spurs berkata, pengendali 46 tahun dari Argentina itu yang falsafah permainannya serta keupayaannya memupuk bakat muda mendapat pujian, sudah menangani spekulasi berkaitan jawatan di Old Trafford itu.*
           *Beberapa jam selepas Mourinho dipecat, Pochettino berkata timbul banyak khabar angin dan dia tidak dapat menjawab soalan sebegitu tetapi menegaskan “akan memberikan usaha terbaiknya di kelab ini.”*

        *LONDON: Fernando Alonso kemungkinan besar kembali ke perlumbaan Formula Satu (F1) seawal tahun depan dengan McLaren mahu menggunakan khidmatnya sebagai mentor kepada pelumba muda Britain, Lando Norris.*
             *Alonso, 37, menamatkan kerjayanya sebagi pemandu F1 pada pusingan akhir di Abu Dhabi, bulan lalu.*
          *Dia akan menyertai perlumbaan Indianapolis 500 pada Mei depan bersama McLaren tetapi pasukan yang bergelut itu mahu pemandu dari Sepanyol berkenaan terbabit dengan operasi F1 dan mahu dia menguji jentera musim depan.*

        *LONDON: Penolong pengurus Chelsea, Gianfranco Zola menggesa Eden Hazard menolak tawaran daripada Real Madrid dan fokus untuk menjadi pemain terbaik The Blues sepanjang zaman.*
             *Hazard dikaitkan dengan perpindahan ke Real sejak beberapa bulan lalu selepas bintang Belgium itu enggan menolak kemungkinan berhijrah ke Santiago Bernabeu dan mengakui bermain bersama gergasi Sepanyol itu disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan.*
             *Pemain berusia 27 tahun itu ketika ini mempunyai baki kontrak bersama Chelsea sehingga 2020 dan masih belum mahu memutuskan mengenai masa depannya.*

        *MANCHESTER: David De Gea makin pasti kekal bersama Manchester United selepas sumber memaklumkan penjaga gol itu tidak yakin dengan perpindahannya dari Old Trafford ke Juventus ataupun Paris Saint-Germain.*
            *United berusaha mengelak pemain berusia 28 tahun itu meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan menjamin khidmatnya akan kekal sehingga Jun 2020 dan lanjutan kontrak selama setahun bulan lalu.*

        *KUALA LUMPUR: Kepulangan penyerang skuad Bawah 19 tahun (B-19), Hadi Fayyadh Abdul Razak buat kali kedua ke Fagiano Okayama nyata berbaloi selepas dia sah ‘melekat’ sebagai pemain baharu pasukan itu.*
           *Pasukan yang beraksi dalam Divisyen Dua Liga Jepun (J2) itu serius mendapatkan khidmatnya apabila menawarkan kontrak selama setahun kepada penyerang tinggi lampai itu selepas dia menjalani dua sesi latihan bersama mereka pada September dan November lalu.*

        *KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee yakin dapat membentuk pasukan mantap bagi mengharungi pusingan kelayakan Kejohanan Asia Mac depan meskipun hanya menduduki tangga ketiga pada Piala Newspaper di Vietnam minggu lalu.*
            *Pada kejohanan itu, beliau membariskan ramai pemain baru skuad B-21 dan hanya membawa beberapa tonggak utama seperti Daniel Amier Norhisham, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Dominic Tan.*

        *KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menegaskan semua pihak tidak boleh menyalahkan Akhyar Rashid jika pemain itu benar-benar mahu berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).*
            *Beliau berpendapat semua pemain di negara ini menaruh impian untuk beraksi dengan JDT berdasarkan pelbagai kemudahan yang disediakan kelab selatan tanah air itu.*
          *”Terus terang saya katakan semua pemain di negara ini akan mimpi untuk ke JDT kerana kalau saya sebagai seorang pemain pun saya tidak teragak-agak (menerima) kalau mendapat tawaran JDT.*

        *KUALA LUMPUR: Seramai 48 remaja dan pemuda dari seluruh negara akan bersaing di Litar Lumba Tangkak, Johor bagi merebut peluang mendapatkan slot penyertaan ke siri perlumbaan satu pengeluar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2019 bermula esok (hari ini) hingga Ahad ini.*
             *Peserta berusia antara 13 hingga 22 tahun itu dipilih menerusi program pencarian bakat di 22 lokasi seluruh negara kendalian Kejuaraan Cub Prix Malaysia bersama Kementerian Belia dan Sukan manakala pelumba Grand Prix dunia pertama Malaysia, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini bertindak selaku mentor program dan dibantu juara Asia dua kali, Azlan Shah Kamaruzaman.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2018 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 22/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan memahami kemelut yang sedang dihadapi parti itu dan mahu menghentikan ‘pendarahan’ yang berlaku. Baginya, tindakan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mahu meninggalkan parti perlu dihentikan dan beliau sendiri akan bersemuka dengan mereka bagi mententeramkan keadaan selain menanam semula keyakinan terhadap parti tersebut.

2. KUALA LUMPUR 21 Dis. - Desakan supaya Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy meletak jawatan terus memuncak dengan terbaharu datangnya daripada penyokong kuat PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin menegaskan Waytha Moorthy telah menjadi watak yang memecah-belahkan rakyat, sekali gus hilang kelayakan sebagai menteri.

3.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - Meskipun kerajaan telah menggantung import permit (IP) cili merah Vietnam sejak 14 September lalu, namun bahan komoditi berkenaan dikesan diseludup masuk dan dijual secara berleluasa di seluruh pasaran negara. Hasil tinjauan di pasar borong utama negara, baru-baru ini mendapati wujud lambakan cili berkenaan yang dijual oleh pemborong sebelum dibeli oleh peniaga kecil dan peruncit.

4.  SERDANG 21 Dis. - Kegiatan sindiket perjudian online yang berselindung di sebalik kawasan perumahan elit di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini sejak sebulan lalu terbongkar apabila markas sindiket itu diserbu polis, semalam. Sebanyak 32 individu termasuk tiga wanita warga China berusia antara 20 dan 52 tahun yang bekerja dengan sindiket sebagai pengendali pertaruhan perjudian online turut ditahan.

5.  MOSCOW 21 Dis. - Tiga angkasawan selamat mendarat di bumi selepas berlaku kebocoran udara dan kerosakan set roket yang membawa mereka di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), semalam. Pesawat angkasa Soyuz yang membawa Alexander Gerst dari Agensi Angkasa Eropah, Serena Aunon-Chancellor dari NASA dan Sergey Prokopyev dari Roscosmos, ISS mendarat dengan selamat di Kazakhstan, kira-kira 140 kilometer di tenggara bandar Dzhezkazgan.

6.  MOSCOW 21 Dis. - Presiden Vladimir Putin mendakwa Amerika Syarikat menimbulkan risiko berlakunya perang nuklear apabila mengancam untuk menarik diri daripada perjanjian kawalan senjata utama selain enggan mengadakan perbincangan mengenai perjanjian lain berkaitan yang akan tamat tidak lama lagi.

7.  GUA MUSANG 21 Dis. - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor babi hutan yang melintas jalan di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Jeli, di sini malam tadi. Kejadian kira-kira 7.30 malam itu mengorbankan Norafandi Noradin, 37, yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di SK Sungai Terah, di sini.

8.  KUANTAN 21 Dis. - Polis melakukan persiapan rapi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat awal bagi merangka penugasan anggota dan percaya mereka yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan baik.

9.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Keputusan kerajaan PH yang bercadang menaikkan tarif air adalah sesuatu yang tidak wajar dan menambah beban pengguna. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kerajaan sebaliknya perlu memberi fokus kepada dasar pemerintahan berkebajikan dalam memberi kesejahteraan untuk rakyat dan bukan hanya mementingkan sektor korporat semata-mata.

10.  KUALA LUMPUR 21 Dis. – Orang ramai digalakkan untuk mengamalkan beberapa panduan penggunaan elektrik yang praktikal dan bijak tenaga sebelum meninggalkan kediaman masing-masing sempena cuti perayaan Krismas dan akhir tahun. TNB berkata, terdapat beberapa panduan praktikal dan mudah yang boleh diguna pakai oleh orang ramai bagi memastikan peralatan elektrik di rumah berada dalam keadaan baik serta selamat sepanjang bercuti.

11.  SEREMBAN 21 Dis.  - Tahun 2018 bukan sahaja menyaksikan PRU-14 yang mengubah landskap politik negara ekoran perubahan kerajaan baharu tetapi juga membawa bersama kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang tokoh penuh warna-warni. Menamatkan episod 20 tahun beliau keluar, masuk penjara selepas menerima pengampunan dan pembebasan daripada YDP Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas, Anwar, 71, merupakan ahli politik berpengaruh.

12.  KUANTAN 21 Dis. - Pencapaian kadar penyelesaian kes bagi unit-unit siasatan polis kontinjen negeri belum memuaskan dan perlu diperbaiki bermula tahun depan agar pengadu berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan kepolisan yang diberikan kepada mereka, kata Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad.

13.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd., hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB.

14.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pelayar laman sosial Facebook dikejutkan dengan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam mesin basuh di dobi layan diri. Rakaman yang tular sejak dua hari lalu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

15.  KHARTOUM 21 Dis. - Lapan penduduk terbunuh termasuk seorang pelajar universiti selepas bertempur dengan polis anti rusuhan yang cuba meleraikan tunjuk perasaan ekoran membantah kenaikan harga roti, di timur Sudan semalam. Tunjuk perasaan yang memasuki hari kedua ini adalah ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga roti sebanyak AS$0.20 sen (80 sen) hingga AS$0.60 sen (RM2.50) di seluruh negara.

16.  BERLIN 21 Dis. - Seorang wanita warga emas berusia 88 tahun terbunuh manakala lapan lagi cedera apabila sebuah kereta merempuh mereka ketika sedang menunggu bas di perhentian bas di Recklinghausen, sebuah pekan di barat Jerman, semalam. Pemandu kereta yang berusia 32 tahun kini sedang mendapat rawatan di hospital berhampiran selepas mengalami kecederaan parah.

17.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Lapan lelaki yang terlibat dalam kes merusuh di sebuah bengkel kereta di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang dekat sini akan dituduh di Mahkamah Sepang, dekat sini hari ini. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 128 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

18.  KEPALA BATAS 21 Dis. - Lelaki warga Indonesia yang merupakan suspek utama kes tetak tiga penduduk tempatan di sebuah kilang memproses produk sejuk beku di Kampung Selamat di sini kelmarin, berjaya ditahan polis. Jonathan Sihotang, 31, yang bekerja sebagai pemotong daging di kilang sama ditahan di Petaling Jaya, Selangor, kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

19.  WASHINGTON 21 Dis. - Jim Mattis mengumumankan perletakan jawatanya sebagai Setiausaha Pertahanan AS semalam selepas Presiden AS Donald Trumph memanggil balik tentera AS yang berada di Syria. Tindakan Trumph itu digambarkan seolah-olah mengakhiri kempen serangan udara terhadap Syria.

20.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Sekeping gambar kad pengenalan Malaysia dengan nama Muhammad Sajjad bin Kamarul Zaman ditularkan di media sosial. Kad pengenalan yang beralamat di Setiawan dengan nombor kad pengenalan 8502XX-XX-XX itu di kongsi oleh pengguna Facebook dan Tweeter hari ini. Warganet percaya kad pengenalan itu milik usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat.

21.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan melanjutkan operasi di kaunter pembayaran zakat sehingga pukul 9 malam sempena 'Countdown Year End Zakat (YEZ)'. Lanjutan masa itu bermula 26 Disember sehingga penghujung tahun ini melibatkan 11 kaunter PPZ di semua cawangan ibu negara.

22.  KOTA BHARU 21 Dis. - Kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) masih belum menerima sebarang notis rasmi mengenai penarikan balik saman oleh Kerajaan Pas Kelantan berhubung tuntutan royalti petroleum negeri ini yang difailkan di mahkamah pada 2011, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

23.  ALOR GAJAH 21 Dis. - Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri hilang selepas keluar menjala ikan di Kuala Sg. Baru ditemukan mati lemas di perairan Tanjung Dahan dekat sini semalam. Mayat Khairul Azhar Aziz, 19, yang sebelum itu keluar menjala ikan di pesisiran pantai Kuala Sg. Baru sejak kelmarin ditemukan sekumpulan nelayan kedudukan 0.4 batu nautika di perairan Tanjung Dahan pada pukul 11.35 pagi.

24.  PUTRAJAYA 21 Dis. - Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang bertujuan menangani isu-isu governans, integriti dan antirasuah secara menyeluruh akan dilancarkan pada 31 Januari tahun depan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahamad, kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

25.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Disebabkan kurang mendapat sambutan menggalakkan mendorong PNB menghentikan Amanah Dana Anak Malaysia atau ADAM50 mulai 31 Disember 2018 selepas setahun ia dibuka kepada semua bayi yang lahir pada 2018. Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, bagaimanapun pendaftaran dana itu untuk bayi yang dilahirkan pada 2018 dibuka sehingga 31 Mac 2019.

26.  KUALA TERENGGANU 21 Dis. - Banjir di Terengganu semakin pulih dan setakat pukul 2 petang ini hanya 25 mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan di daerah Marang. Kesemua mereka termasuk dua bayi dan seorang warga emas berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Pasir Putih, Marang.

27.  PUTRAJAYA 21 Dis.- Lebih 500 menyertai Solidariti Himpunan Suara Ummah #Justice4Adib bagi mendesak Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy meletak jawatan. Perhimpunan yang diadakan di Dataran Putra, Presint 1 di sini selepas solat Jumaat itu dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama beberapa NGO lain.

28.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - MCA mendesak DAP supaya menjelaskan definisi Malaysia baharu yang ingin diperjuangkan parti itu. Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, DAP tidak perlu meminta tempoh masa selama 20 tahun untuk merealisasikan janji tersebut.

29.  RANTAU PANJANG 21 Dis. - Demi meneruskan kelangsungan hidup di musim tengkujuh, penoreh getah di sini terpaksa menukar kerjaya dengan menjadi nelayan darat bagi memastikan dapur mereka terus berasap. Ab. Rahman Awang Hamat, 47, berkata, walaupun nelayan darat hanya kerjaya di musim tengkujuh sahaja namun itu adalah pilihan terbaik yang ada untuk menambah pendapatan keluarga.

30.  BUKIT MERTAJAM, 21 Dis - Polis berjaya menumpaskan geng pecah rumah berikutan penahanan tujuh lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar Bukit Tengah dan Juru, di sini serta merampas pelbagai barangan elektrik hasil kegiatan jenayah mereka pada Rabu dan semalam. Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di rumahnya di Taman Mangga, Juru di sini pukul 11 malam Rabu dan merampas sejumlah dadah bersamanya.

31.  KANGAR, 21 Dis - PTPTN mahu ibu bapa yang mepunyai anak berusia tujuh hingga 12 tahun supaya merebut insentif Geran Sepadan RM500 yang disediakan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) yang berakhir 31 Dis ini. Pengerusi perbadanan itu Wan Saiful Wan Jan berkata sehingga sekarang tidak sampai 180,000 orang telah membuka akaun untuk menikmati Geran Sepadan itu yang diperuntukkan kepada 500,000 orang.

32.  PORT DICKSON, 21 Dis - Tentera Darat (TD) mempunyai program perancangan pembangunan termasuk pembangunan kem TD di seluruh negara, kata Panglima TD Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. Beliau berkata kem Rasah di Seremban merupakan satu daripada kem sasaran untuk program pembangunan tersebut.

33.  LIPIS, 21 Dis - MB Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin pengundi di Parlimen Cameron Highlands bijak untuk memilih wakil rakyat yang terbaik untuk mewakili mereka pada pilihan raya kecil pada 26 Jan nanti. Selepas PRU-14 pada 9 Mei lalu rakyat sendiri boleh menilai prestasi kerajaan pusat yang ditunjangi kerajaan PH dan kerajaan negeri yang diterajui oleh BN.

34.  KUALA LUMPUR, 21 Dis - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) haruslah bersifat kekal relevan meskipun telah melangkah ke alam persaraan. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata warga ATM perlu menjaga hubungan antara satu sama lain sebagai asas angkatan yang berkredibiliti dan memelihara ukhuwah yang harmoni.

35.  JEMPOL, 21 Dis - Bantuan Khas Persekolahan RM100 kepada 15,000 anak peneroka Felda di Negeri Sembilan yang diumumkan Rabu lepas, akan diselesaikan selewat-lewatnya minggu pertama persekolahan. MB Aminuddin Harun berkata pemberian bantuan tersebut turut merangkumi anak generasi kedua yang tinggal di asrama namun memerlukan pengesahan daripada pihak Felda terlebih dahulu.

36.  PUTRAJAYA, 21 Dis - SPRM sedang memperinci kaedah untuk membolehkan pelantikan ketua pesuruhjayanya diputuskan sendiri oleh suruhanjaya itu termasuk mencadangkan pelantikan menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC). Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pelantikan melalui PSC bagaimanapun memerlukan pindaan kepada Akta SPRM.

37.  KUALA TERENGGANU, 21 Dis - Polis menahan 54 pengedar dan penagih termasuk 41 suspek yang dikehendaki bagi tujuan pendakwaan membabitkan kes penyalahgunaan dadah. Kesemua mereka ditahan dalam Ops Bersepadu Narkotik yang dijalankan selama dua hari bermula 18 Dis lalu membabitkan JSJN IPK Terengganu dan Bahagian Siasatan Narkotik Daerah Kemaman.

38.  PUTRAJAYA, 21 Dis - Semua pengusaha premis penginapan pelancongan dikecualikan daripada bayaran RM70 ketika mendaftarkan premis mereka mulai 1 Jan hingga 30 Mac tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi. Setakat ini kira-kira 1,700 pengusaha premis termasuk hotel, resort, rumah tumpangan, asrama dan rumah inapan masih belum mendaftarkan penginapan mereka dengan kementerian.

39.  PARIT BUNTAR, 21 Dis - Kerajaan negeri akan membina sebuah Arena Square dengan kos lebih RM2.5 juta di Dataran Kerian Permai di sini, tahun hadapan dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur kepada rakyat di kawasan tersebut. Exco negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata pembinaan kemudahan itu akan memudahkan program membabitkan rakyat boleh dijalankan seterusnya mengurangkan kos sewa khemah dan sebagainya.

40.  KUALA LUMPUR, 21 Dis - Bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan lapan individu lain diarahkan memfailkan penyataan pembelaan masing-masing dalam saman dikemukakan syarikat itu yang menuntut ganti rugi RM514 juta berhubung pemerolehan Asia Plantation Ltd. (APL) pada tahun 2014.

41.  KUALA KEDAH 21 Dis. - UMNO Kedah tetap kukuh dan tidak goyah walaupun parti itu kini berdepan dengan situasi segelintir kepemimpinan dan beberapa ahlinya yang bertindak keluar parti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, UMNO menganggap tindakan melompat keluar itu sebagai antara proses pemutihan parti dengan hanya meninggalkan ahli yang benar-benar setia kepada perjuangan UMNO.

42.  KUALA LUMPUR 21 Dis.- Peguam Negara, Tommy Thomas didesak supaya peka dengan gesaan rakyat yang mahukan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim diambil tindakan pendakwaan dengan segera. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kegagalan Tommy berbuat demikian hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan PH terjejas dan bertambah buruk di mata rakyat.

43.  KOTA BHARU 21 Dis. - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai, dekat Perol, di sini petang semalam. Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Amirul Hakimie Sabri ,18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

44.  GUA MUSANG 21 Dis. - Mereka yang memiliki saman tertunggak berpeluang menyelesaikannya pada kadar diskaun 50 peratus sempena Hari Bertemu Pelanggan di IPD Gua Musang pada esok dan lusa. KPD Supt. Mohd. Taufik Maidin berkata, sebanyak enam kaunter dibuka di hadapan IPD itu untuk tempoh dua hari tersebut bagi memberi kemudahan kepada mereka yang berada di daerah ini.

45.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Petisyen mendesak P. Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di JPM hampir mencapai sasaran apabila lebih 298,750 orang sudah menandatanganinya setakat pukul 3 petang ini. Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan bulan lalu dan menyasarkan 300,000 tandatangan yang digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

46.  GUA MUSANG 21 Dis. - Penduduk yang tinggal di beberapa kawasan rendah di sekitar jajahan ini diminta tidak panik dengan fenomena paras air sungai naik walaupun tidak berlaku hujan di kawasan mereka. Situasi itu disebabkan hujan yang berlaku di kawasan hulu Gua Musang menyebabkan limpahan air ke hilir sungai.

47.  PUTRAJAYA 21 Dis.- Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyerahkan memorandum kepada PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut keadilan terhadap anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim. Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya kepada S/U Politik PM, Abu Bakar Yahya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

48.  SHAH ALAM 21 Dis. - Dakwaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyertai PPBM (Bersatu) adalah perkara tidak masuk akal. Ketua Wanitanya, Haniza Talha berkata, gandingan Mohamed Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden telah membentuk gandingan mantap kepada parti.

49.  PULAU PINANG 21 Dis. – Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini mengarahkan undi bagi Parlimen Tasek Gelugor pada PRU-14 dikira semula pada 2 Januari ini. Keputusan itu dibuat Hakim Hashim Hamzah yang turut menetapkan 14 Januari ini sebagai pengurusan kes petisyen yang dikemukakan calon PPBM (Bersatu) bagi kerusi tersebut, Datuk Marzuki Yahya.

50.  PUTRAJAYA 21 Dis. - Seramai 274,639 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan RISDA akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan itu akan dibayar dalam dua peringkat iaitu sebanyak RM300 pada akhir tahun ini dan baki RM300 pada awal tahun depan.

51.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih berikutan pengumuman bahawa Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan dimansuhkan bermula tahun depan. Najib secara sinis berkata, jika pihak berkenaan tidak suka nama ADAM50, dana tersebut boleh jenamakan semula kepada GuanEng50, Maszlee50 ke atau MatSabu50 asalkan ianya tidak dimansuhkan.

52.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak terkejut apabila dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diumumkan bagi tahun ini merupakan jumlah paling rendah sejak penubuhannya pada Januari 1990.

53.  BALING 21 Dis.  - Tiada pihak yang akan terjejas dengan keputusan kerajaan meletakkan TH di bawah kawal selia BNM bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah. Katanya, keputusan itu dibuat bagi menambah baik pengurusan kewangan dan pelaburan organisasi berkenaan dan melibatkan pengurusan jemaah haji yang dikendalikan TH.

54.  BUKIT MERTAJAM 21 Dis. - Kerajaan tidak perlu mengimport telur ayam dari luar negara mandangkan bekalannya kembali pulih dan dijamin mencukupi bagi menampung keperluan pengguna sepanjang musim perayaan ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

55.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy mempersoalkan sikap pelbagai pihak termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin yang terus mengaitkan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

56.  ALOR SETAR 21 Dis. - Kegagalan memahami konsep Malaysia baharu menyebabkan kerajaan PH kini seolah-olah mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu yang sekali gus menyebabkan rakyat kecewa. Pengerusi MPN PKR negeri, Datuk Johari Abdul berkata, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh, PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti tidak tahu berbuat apa-apa dan hanya menghabiskan masa ke luar negara.


57.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$101.4 bilion pada 14 Disember, menyusut daripada AS$102.0 bilion pada dua minggu sebelum ini. Bank pusat dalam kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh  dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

58.  KUALA LUMPUR 21 Dis.- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak untuk menghormati keputusan MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden parti itu. Namun begitu, jelas Anwar, keputusan yang diambil oleh anak sulungnya itu merupakan satu kerugian besar kepada PKR dan negara.

59.  KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menjangkakan kemerosotan dividen ASB dan ASN bagi tahun ini. Beliau berkata, punca itu berlaku akibat kejatuhan indeks Bursa Malaysia dan ekonomi negara yang semakin menurun selepas PRU-14 lalu.

60.  KUALA LUMPUR 20 Dis. - UMNO mendesak kerajaan menubuhkan RCI berhubung kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, baru-baru ini. Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu penting bagi memberi pembelaan seadil-adilnya kepada Allahyarham dan keluarga.

BERITA SUKAN:

1.  MANCHESTER 21 Dis - Kepulangan Kevin De Bruyne yang kembali beraksi dianggap tepat pada masanya buat Manchester City ketika skuad bimbingan Pep Guardiola bakal menempuh jadual yang padat sepanjang tempoh perayaan. Pemain tengah Belgium itu yang hanya beraksi selama 96 minit musim ini kembali diturunkan ketika aksi suku akhir Piala Liga menentang Leicester City yang menyaksikan City menang menerusi penentuan penalti.

2.  LONDON 21 Dis - Penolong pengurus Chelsea, Gianfranco Zola menggesa Eden Hazard menolak tawaran daripada Real Madrid dan fokus untuk menjadi pemain terbaik The Blues sepanjang zaman. Hazard dikaitkan dengan perpindahan ke Real sejak beberapa bulan lalu selepas bintang Belgium itu enggan menolak kemungkinan berhijrah ke Santiago Bernabeu dan mengakui bermain bersama gergasi Sepanyol itu disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan.

3.  MANCHESTER 21 Dis - David De Gea makin pasti kekal bersama Manchester United selepas sumber memaklumkan penjaga gol itu tidak yakin dengan perpindahannya dari Old Trafford ke Juventus ataupun Paris Saint-Germain. United berusaha mengelak pemain berusia 28 tahun itu meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan menjamin khidmatnya akan kekal sehingga Jun 2020 dan lanjutan kontrak selama setahun bulan lalu.

4.  KUALA LUMPUR 21 Dis - Kepulangan penyerang skuad Bawah 19 tahun (B-19), Hadi Fayyadh Abdul Razak buat kali kedua ke Fagiano Okayama nyata berbaloi selepas dia sah ‘melekat’ sebagai pemain baharu pasukan itu.

5.  LONDON 21 Dis - Arsenal dan Tottenham Hotspur masing-masing didenda dengan jumlah keseluruhan 95,000 pound (RM504,597) selepas didapati gagal mengawal tingkah laku pemain mereka pada aksi jiran tetangga dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kata kenyataan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris, awal pagi tadi.

6.  AUCKLAND 21 Dis - Kejohanan Tenis ASB Klasik yang menjadi acara profesional lelaki terbesar di New Zealand adalah pentas persiapan terakhir buat pemain menghadapi Grand Slam pertama di Terbuka Australia yang berlangsung dari 6 hingga 13 Januari ini.

7.  LONDON 21 Dis - Fernando Alonso kemungkinan besar kembali ke perlumbaan Formula Satu (F1) seawal tahun depan dengan McLaren mahu menggunakan khidmatnya sebagai mentor kepada pelumba muda Britain, Lando Norris. Alonso, 37, menamatkan kerjayanya sebagi pemandu F1 pada pusingan akhir di Abu Dhabi, bulan lalu.

8.  KUALA LUMPUR 21 Dis - Petinju Farkhan Haron melebarkan rekod bersihnya kepada lapan kemenangan sejak menjadi petinju profesional pada tahun 2015. Petinju kelahiran Johor itu, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 semalam, mencatat kemenangan TKO di pusingan ketiga ke atas lawan berpengalaman dari Indonesia, Alexander Bajawa (42-8-4) di Bangkok Rabu lalu, sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus sebagai petinju profesional.

9.  KUALA LUMPUR 21 Dis - Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menegaskan semua pihak tidak boleh menyalahkan Akhyar Rashid jika pemain itu benar-benar mahu berhijrah ke JDT. Beliau berpendapat semua pemain di negara ini menaruh impian untuk beraksi dengan JDT berdasarkan pelbagai kemudahan yang disediakan kelab selatan tanah air itu.

10.  KUALA LUMPUR 21 Dis - Seramai 48 remaja dari seluruh negara akan bersaing di Litar Lumba Tangkak, Johor bagi merebut peluang mendapatkan slot penyertaan ke siri perlumbaan satu pengeluar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2019 bermula esok hingga Ahad ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 23/12/2018 (by: MJI)

1.  IPOH 22 Dis. - Himpunan #KeadilanBuatAdib di Padang Ipoh hari ini antara lain menggesa orang Melayu dan Islam untuk bangkit menuntut kerajaan bagi mengheret dalang yang mengorbankan nyawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim ketika bertugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu. Peserta turut mendesak Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy dipecat setelah dilihat gagal memainkan peranan dalam menjaga perpaduan masyarakat negara ini.

2.  PULAU PINANG 22 Dis. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, program Food Bank Malaysia yang dilancarkan hari ini bertepatan dengan fokus kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan B40. Ini kerana golongan itu perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi membolehkan mereka mendapat akses kepada bekalan makanan dengan harapan dapat menjimatkan perbelanjaan bagi pembelian makanan.

3.  TEBING BARAT 22 Dis. - Kezaliman rejim Israel terus berleluasa apabila menembak mati tiga penduduk Palestin manakala 47 yang lain cedera ketika menyertai demonstrasi ‘Great March of Return’ di sempadan Gaza-Israel. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa-mangsa tersebut telah ditembak tentera Israel dengan peluru hidup dan peluru getah.

4.  KANO, Nigeria 22 Dis. - Pemimpin tinggi kumpulan militan, Boko Haram berjaya ditangkap bersama 7 anggota di sini semalam. Menurut kenyataan polis, pemimpin tersebut ialah Umar Abdulmalik yang didakwa merancang dua pengeboman di Abuja hingga mengorbankan 18 nyawa.

5.  KUALA LUMPUR, 22 Dis - Kementerian Industri Utama hari ini mengecam keputusan Dewan Negara Perancis untuk mengetepikan penggunaan minyak sawit sebagai bahan mentah biodiesel. Menterinya Teresa Kok menegaskan bahawa langkah itu tidak wajar dan tidak adil yang berpotensi mengganggu kehidupan rakyat negara pengeluar minyak sawit utama, termasuk Malaysia.

6.  JOHOR BAHRU, 22 Dis - Kerajaan negeri Johor akan melakukan pemeriksaan ke atas semua 24 inap desa yang berdaftar di negeri itu bagi memastikan infrastruktur yang disediakan dalam keadaan baik dan selamat. Exco negeri, Liow Cai Tung berkata langkah itu bagi memastikan pengusaha sentiasa dalam keadaan bersedia menerima tetamu.

7.  KUALA LUMPUR, 22 Dis - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah pun menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan.

8.  KUANTAN, 22 Dis - Pengerusi PKR Pahang Fuziah Salleh menyifatkan tindakan sesetengah pihak mengkritik pelantikannya pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti sebagai “suara sumbang” yang tidak harus diberi perhatian. Beliau turut menganggap pihak terbabit sebagai tidak memahami perlembagaan parti.

9.  KUANTAN, 22 Dis - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud ke Korea. Ketua JSJK Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 49, telah dihubungi suspek pada bulan Jun lalu yang menawarkan khidmat pengurusan percutian ke Korea untuk 31 individu.

10.  KUCHING, 22 Dis - Masyarakat beragama Kristian perlu menjadikan Hari Krismas yang akan disambut tidak lama lagi sebagai wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan setiakawan sesama mereka. MP Puncak Borneo Willie Mongin berkata sambutan itu juga dapat mengeratkan perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini tanpa mengira latarbelakang agama.

11.  ALOR SETAR, 22 Dis - Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 seorang yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam bakal memanfaatkan 45,297 pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA di negeri ini. MB Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata bayaran bantuan yang akan dibuat dalam dua peringkat itu dapat meringankan beban sara hidup pekebun kecil getah di negeri tersebut berikutan pendapatan mereka terjejas semasa musim tengkujuh.

12.  KUALA LUMPUR, 22 Dis - Rata-rata masyarakat kurang bersetuju dengan pertimbangan Kementerian Pengangkutan untuk menaikkan kadar tambang bas ekspres antara 10 hingga 30 peratus walaupun setakat ini kementerian masih belum membuat kata putus mengenainya. Menurut penuntut UM Lukman Afifi, 24, sekiranya perkara itu menjadi realiti ia pastinya akan menambah beban mereka yang sering menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke kampung atau untuk ke tempat lain.

13.  PUTRAJAYA, 22 Dis – SKMM hari ini menjelaskan kehadiran pegawainya di kediaman bekas MP Nibong Tebal Tan Tee Beng di Tanjung Tokong, Pulau Pinang semalam bertujuan menyiasat satu insiden gangguan frekuensi. Gangguan dikesan berpunca daripada sebuah telefon tanpa kabel jenama Panasonic model KX-TGA401 yang dimiliki oleh Tan dan beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

14.  LANGKAWI, 22 Dis - Kerajaan disaran melihat semula undang-undang berkaitan kanak-kanak OKU agar tindakan dapat diambil ke atas keluarga yang cuba “menyembunyikan” mereka daripada masyarakat umum. Ketika membuat saranan itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Juhari Bulat berkata ada keluarga berbuat demikian kerana rasa malu mempunyai anak istimewa.

15.  LABUAN, 22 Dis - Bermula tahun depan, pesakit katarak di Labuan tidak lagi perlu mendapatkan rawatan di Kota Kinabalu dengan penyediaan kemudahan mesin katarak bernilai hampir RM500,000 di Hospital Labuan selaras dengan usaha penambahbaikan hospital di pulau bebas cukai itu. Selain itu Klinik Pergigian Labuan turut dilengkapi dengan mesin X-ray terbaru dalam usaha berterusan untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mulut.

16.  LABUAN, 22 Dis - Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan hari ini menyita sejumlah minuman keras bernilai RM6,000 dipercayai cuba diseludup masuk ke sini. Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata rampasan dibuat di perairan Sungai Sarap Menumbok awal hari ini selepas sepasukan PPM yang melakukan rondaan di perairan pulau ini mengekori sebuah bot laju dari Labuan ke Menumbok.

17.  PUTRAJAYA 22 Dis.- Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dibebaskan hari ini selepas direman empat hari bagi membantu siasatan SPRM. Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan Adi Azuan,48, dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 selain pasportnya perlu diserahkan kepada suruhanjaya itu.

18.  KUALA LUMPUR, 22 Dis - Polis menahan 76 warga asing termasuk dua lelaki yang bekerja secara haram di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, di sini awal hari ini. Ketua Operasi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur DSP Rohazah Alwi berkata mereka yang merangkumi warga Filipina, Vietnam, Uzbekistan, Turki, Krygyzstan, Ukraine dan Bangladesh ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 2 pagi tadi.

19.  KOTA BHARU, 22 Dis - Cuepacs bercadang mengemukakan sistem saraan baharu yang lebih bersifat komprehensif dan memberi lebih banyak faedah kepada penjawat awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Presidennya Datuk Azih Muda berkata pihaknya ketika ini sedang mengumpul segala input berkaitan untuk dikemukakan kepada kerajaan bagi membantu proses merangka draf cadangan itu.

20.  KOTA KINABALU, 22 Dis - Polis Kota Kinabalu menahan 70 individu dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Kinabalu sepanjang tempoh operasi yang dijalankan selama 11 hari bermula pada 8 Dis lalu. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata daripada jumlah itu, 54 orang merupakan warga tempatan manakala 16 orang lagi warga asing yang berumur antara 17 hingga 48 tahun.

22.  OTTAWA 22 Dis. - China diminta membebaskan dua rakyat Kanada yang ditahan sebagai tindak balas bagi penahanan eksekutif Huawei dengan waran AS. Menteri Luarnya, Chrystia Freeland dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian mengenai penahanan sembarangan oleh pihak berkuasa Cina terhadap dua rakyatnya awal bulan ini.

23.  LONDON 22 Dis. - Polis sudah mengenal pasti beberapa pihak yang didakwa menerbangkan dron sambil menyalakan lampu peranti itu mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick dekat sini. Gatwick, lapangan terbang kedua paling sibuk di Britain dibuka semula semalam, selepas terpaksa ditutup selama 36 jam menyebabkan lebih 100,000 penumpang terkandas.

24.  LONDON 22 Dis. - Tentera British menyerbu kapal kargo Itali, Grande Tema bagi mengawal semula keadaan selepas kru diancam penumpang gelap ketika melalui pantai tenggara England semalam. Kru kapal dikatakan telah mengurung diri mereka di ‘bridge’ kapal untuk keselamatan.

25.  KEPALA BATAS 22 Dis. - Seorang warga emas kerugian RM 10,000 selepas dipercayai terperdaya dengan sindiket Macau Scam di sini semalam. Mangsa yang berumur 53 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan memaklumkan kononnya terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

26.  SHAH ALAM 22 Dis. - Seorang wanita warga emas terselamat daripada rentung apabila tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada rumahnya yang terbakar. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.38 pagi di Jalan Damar 9, Kampung Pendamar Fasa II, Pelabuhan Klang itu, mangsa, 70-an, berada di bilik belakang ketika kebakaran berlaku.

27.  DUNGUN 22 Dis. - Tiga pemilik kebun kelapa sawit di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat sini mengadu kerugian puluhan ribu ringgit apabila kebun mereka musnah diserang gajah liar sejak dua minggu lalu. Mereka mengadu tanaman yang diusahakan sejak lima tahun lalu itu menjadi sasaran gajah jantan seberat melebihi 1 tan dan haiwan itu dikatakan datang dari kawasan hutan Hulu Paka untuk mencari umbut di dalam batang kelapa sawit.

28.  TAMPIN 22 Dis. - Syarikat utiliti kebangsaan, TNB terus menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat apabila seramai 200 murid daripada keluarga berpendapatan rendah di daerah ini menerima sumbangan persediaan ke sekolah melalui program Kembali Ke Sekolah, di sini hari ini. Murid sekolah berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu menerima pakaian sekolah, beg, alat tulis, stoking dan kasut sekolah.

29.  KUALA LUMPUR 22 Dis. – AJK Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa terdapat perancangan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menggulingkan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Perdana Menteri.

30.  KUALA LUMPUR 22 Dis.- Dua pekerja pencuci bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang digunakan untuk mencuci sebuah hotel di Persiaran KLCC di sini rosak sehingga seorang daripada mereka tergantung di tingkat 33, pagi tadi. Kedua-dua warga Nepal berusia lingkungan 30-an berkenaan dikatakan sedang mencuci bangunan hotel tersebut di tingkat satu dan tingkat 33 namun gondola tersebut tiba-tiba berhenti.

31.  KATHMANDU 22 Dis. - Seramai 23 orang maut setelah bas membawa pelajar sekolah dan guru terjatuh gaung di barat Nepal semalam. Kejadian itu berlaku pada lewat malam semalam di sebuah kawasan terpencil. Mangsa tersebut melibatkan pelajar yang kebanyakan berusia 16 dan 20 tahun, dua guru dan pemandu bas.

32.  KOTA BHARU 21 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan telah mengarahkan peguam yang mewakilinya, Tommy Thomas supaya menguruskan proses penarikan balik saman berhubung tuntutan royalti petroleum negeri ini terhadap kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas), kata Timbalan MB, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

33.  PUTRAJAYA 22 Dis.- Kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid tahun satu hingga tingkatan lima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

34.  KOTA BHARU 21 Dis. – Petronas menerusi Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) memperuntukkan sebanyak RM900,000 sumbangan zakat para pekerjanya untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Jumlah tersebut akan diagihkan kepada 4,913 asnaf di negeri-negeri di wilayah Petronas iaitu Kelantan, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

35.  KUALA LUMPUR 22 Dis. - Nama Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia pada Isnin lalu telah diabadikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Tugu Peringatan Wira Merah di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu, Selangor semalam.

36.  IPOH 22 Dis. - Kerajaan negeri menghargai keprihatinan kerajaan Persekutuan yang meluluskan Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah Risda berjumlah RM600 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam. Bantuan itu akan memberi manfaat langsung kepada 24,469 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negeri ini yang terjejas akibat musim tengkujuh.

37.  PUTRAJAYA 22 Dis. - Sindiket curi kabel di sekitar Putrajaya tumpas selepas tertangkapnya tiga lelaki ketika cuba mencuri kabel di bilik generator di sebuah apartment di Presint 18, awal pagi tadi. Ketiga-tiga suspek itu ditahan selepas penduduk yang menyedari kegiatan kumpulan itu bertindak mengunci pintu bilik generator dan menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

38.  KUALA LUMPUR 22 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan PH telah mengenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas petrol RON95, sejak awal bulan lalu. Menurut bekas PM itu, harga petrol RON95 sepatutnya dikenakan antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan lalu berbanding harga pada ketika ini iaitu RM2.20. Ia berdasarkan harga Brent semasa iaitu sekitar AS$52 setong.

39.  KOTA BHARU 22 Dis. - Pas menyambut baik dan amat mengalu-alukan jika DAP benar-benar mahu meninggalkan gabungan PH yang membentuk kerajaan Persekutuan pada hari ini. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sejak PH berjaya mengambil alih pentadbiran negara, DAP dilihat menjadi parti yang paling banyak 'menyusahkan' kerajaan Pusat.

40.  ALOR SETAR 22 Dis. - Bapa kepada Nurul Najihah, Mohd. Radzi Bedah,51, meluahkan rasa sedih dan sayu apabila hasratnya untuk menikahkan sendiri anak perempuan kesayangannya itu semalam, tidak kesampaian. Malah, majlis kenduri kahwin dengan panggilan seramai 1,500 tetamu yang dirancang diadakan di rumah di Taman Damai, Mentaloon di sini hari ini, juga terpaksa dibatalkan selepas pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

41.  KUALA LUMPUR 22 Dis. - Penjaga kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, dekat sini memohon maaf ekoran mendakwa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia Isnin lalu dilanggar sebuah trak bomba dalam rusuhan di luar kawasan kuil itu bulan lalu. S. W. Ramaji berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menyakiti perasaan sesiapa termasuk keluarga Muhammad Adib dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

42.  ALOR GAJAH 22 Dis. – TNB Melaka meminta pengguna meter pintar di negeri ini agar memanfaatkan aplikasi mudah alih myTNB bagi memudahkan mereka membuat semakan penggunaan bil elektrik semasa. Setakat ini dianggarkan hanya lima peratus pengguna telah menggunakan aplikasi pertama TNB itu.

43.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Rakaman video menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak dilanggar jentera pemadam api (FRT) dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November lalu kini tular di laman-laman sosial.

44.  BACHOK 22 Dis. - Tindakan Naib Ketua PKR Cabang Ketereh, Mohd. Sukirman Mustapa, mengadakan sidang akhbar dan mengumpul penyokong untuk membantah perlantikan Datuk Seri Mohd. Supardi Md. Noor sebagai Pengerusi PKR negeri yang baharu dianggap melanggar tata cara yang diamalkan oleh parti itu, kata Naib Ketua PKR cabang Bachok, Zainudin Ghazali.

45.  SHAH ALAM, 22 Dis - Lima puluh lima keluarga Orang Asli di Kampung Orang Asli Air Kuning Bukit Bandaraya, di sini, mendapat perhatian PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) apabila menerima sumbangan sejumlah RM26,000 bagi meringankan beban kewangan mereka sempena musim persekolahan awal tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani, berkata sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan zakat tahunan syarikat berkenaan.

46.  MOGADISHU 22 Dis.- Tujuh terbunuh dalam dua serangan pengeboman kereta berdekatan istana presiden, di sini. Jurucakap Polis, Ibrahim Mohamed mendakwa serangan tersebut didalangi kumpulan militan al-Shabaab. Tujuh disahkan terkorban manakala 10 yang lain mengalami cedera parah.

47.  TEHRAN 22 Dis.- Jurucakap kepada Kementerian Luar Iran, Bahram Ghasemi menganggap kehadiran tentera AS di Syria adalah salah dan tidak logik sejak awal lagi. Kenyataan itu dibuat Ghasemi sebagai reaksi terhadap keputusan Presiden AS, Donald Trump untuk memanggil semua angkatan tenteranya yang berada di Syria untuk pulang ke tanah air.

48.  RIO DE JANEIRO 22 Dis.-Penduduk di kawasan kejiranan mewah di sini gempar apabila menemukan ribuan ikan tidak bernyawa timbul di sekitar tasik Rodrigo de Freitas. Ahli biologi mendakwa kejadian aneh itu mempunyai kaitan dengan cuaca panas yang diakibatkan oleh fenomena El Nino.

49.  BATU PAHAT, 22 Dis - Susunan kerusi dalam Parlimen berkemungkinan akan berubah sekiranya benar terdapat beberapa Anggota Parlimen BN yang mengambil keputusan untuk melompat parti. YDP Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata pihaknya masih belum menerima kenyataan rasmi berkenaan tindakan Anggota Parlimen terbabit dan perubahan susunan hanya akan dilakukan apabila menerima kenyataan rasmi.

50.  MELAKA, 22 Dis - Kerajaan Melaka komited dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan internet yang lebih baik kepada rakyat negeri ini, kata Exco negeri, Kerk Chee Yee. Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri merancang membina dan menaik taraf 100 menara telekomunikasi tahun depan. Negeri ini mengalami masalah kekurangan menara telekomunikasi di mana antara 2015 dan 2017 cuma 30 menara telekomunikasi yang didirikan setiap tahun manakala dalam tempoh Januari hingga April tahun ini cuma enam menara didirikan dan digunakan.

51.  KUANTAN, 22 Dis - Pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengarah J/kuasa BN bagi PRK Cameron Highlands dilihat sebagai satu cabaran kepada Menteri Besar Pahang itu. S/U Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar berkata ia juga mencipta sejarah tersendiri kerana kebiasaannya jawatan itu diberikan kepada barisan kepimpinan peringkat persekutuan.

52.  KUALA LUMPUR, 22 Dis - Beberapa individu yang membeli tanah rizab Melayu di beberapa lokasi di ibu negara akan memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap sebuah firma guaman hartanah atas dakwaan menipu wang mereka. Peguam yang mewakili mangsa terbabit, Bhavanash Sharma berkata mangsa dipercayai membeli tanah rizab tersebut pada harga tawaran serendah RM60,000 daripada sebuah syarikat perniagaan hartanah.

53.  KUANTAN, 22 Dis - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dipecah masuk dua lelaki pada 6 Dis lalu. Mangsa berusia 31 tahun berkata kejadian itu hanya disedari pada Rabu lalu selepas dia pulang untuk menjenguk keadaan rumahnya di Damansara dekat sini yang ditinggalkan kerana mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.

54.  SANDAKAN, 22 Dis - Pelbagai projek tender terbuka bernilai lebih RM160 juta di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan diumumkan secara meluas pada tahun hadapan, kata Menterinya, Datuk Junz Wong. Dengan cara itu semua kontraktor tempatan tidak terlepas pandang serta boleh memohon tender, sekali gus cara ini lebih kompetitif dan adil dari segi komersial.

55.  BINTULU, 22 Dis - Seorang pekerja kedai buku kerugian RM50,400 ditipu oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dari Pulau Pinang. Ketua JSJK Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki yang berusia 34 tahun serta bekerja di sebuah kedai buku di sini pada mulanya dihubungi ‘Cindy Wong’ yang mendakwa dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.

56.  IPOH, 22 Dis - Perajurit muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diingatkan supaya menggunakan jaringan media sosial dengan berhemah bagi mengelak perkara tidak sepatutnya. Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pada masa sama perajurit muda perlu mematuhi arahan dan peraturan semasa sedia ada.

57.  BALAKONG, 22 Dis - Seramai 500 murid sekolah di kawasan DUN Balakong telah menerima sumbangan menerusi program 'Kembali ke Sekolah' anjuran pejabat DUN berkenaan yang diadakan November lepas. ADUN Balakong, Wong Siew Ki berkata sumbangan melibatkan 10 buah sekolah dengan 50 murid miskin khususnya daripada golongan B40 dipilih bagi menerima baju serta kasut sekolah.

58.  DUNGUN, 22 Dis - PPBM (Bersatu) Terengganu akan menjadi mata dan telinga kerajaan pusat PH dalam memastikan kerajaan Terengganu tidak menyalahguna wang royalti minyak yang disalurkan kerajaan pusat untuk tujuan selain kebajikan rakyat. Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata pihaknya tidak akan akan teragak-agak untuk mendesak kerajaan pusat supaya mengguna pakai kaedah lain bagi pembayaran royalti negeri sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam tadbir urus wang berkenaan.

59.  KUALA LUMPUR 22 Dis - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin PH menghentikan perbalahan sesama sendiri, sebaliknya memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. Perbalahan terbuka sama ada di antara pemimpin atau di dalam parti perlu dihentikan segera disamping menyambut permuafakatan PH untuk diperkukuh melalui saluran parti.

60.  KUALA LUMPUR 22 Dis - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah menyerahkan dokumen dan maklumat berhubung anak syarikatnya kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Junaidah Kiting, berkata dokumen dan maklumat itu diserahkan oleh pengurusan kanan agensi terbabit kepada SPRM, semalam.

BERITA SUKAN:

1.  LONDON 22 Dis. - Jaringan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk memastikan Liverpool mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Wolverhampton 2-0, sebentar tadi. Kemenangan itu juga mengekalkan rekod tanpa kalah Reds dalam 18 saingan liga musim ini, sekali gus membolehkan mereka kekal di puncak menerusi 48 mata.

2.  KANGAR 22 Dis. - Selepas lebih sedekad melalui musim suram, gelanggang keramat Singa Utara yang sunyi sepi sebelum ini kembali bergegar dengan kehadiran puluhan ribu penyokong yang hadir bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antara Perlis dan Kedah di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam tadi.

3.  IPOH 22 Dis. - Penyerang bola sepak negara, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi mengakhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya, Nur Hazwani Mohd Rasid, 23, hari ini. Menceritakan detik perkenalan mereka, Muhammad Shahrel Fikri yang beraksi bersama PKNP FC berkata, mereka mulai saling mengenal sejak tahun 2013.

4.  LONDON 22 Dis - Unai Emery menegaskan gaji Mesut Ozil bukan faktor mempengaruhinya dalam membuat keputusan sama ada mahu menurunkan pemain Jerman itu atau sebaliknya. Pengurus The Gunners itu turut enggan mendedahkan sama ada dia bersedia untuk menjual bintang utamanya itu pada pintu perpindahan pemain yang akan dibuka, bulan depan.

5.  LONDON 22 Dis - Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan beliau lebih gemar bermain bola sepak berbanding meraikan hari perayaan dan di sebabkan itu tiada 'Krismas' untuk pasukannya akibat jadual perlawanan yang padat.  Chelsea tetap menjalani latihan sebelah petang pada malam Krismas dan sesi pagi pada hari Krismas sebelum berkunjung ke Watford yang jatuh pada hari 'Boxing Day'.

6.  WOLVERHAMPTON 22 Dis - Liverpool bakal menyambut Krismas dengan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas jaringan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk memastikan kemenangan 2-0 pasukan itu ke atas Wolverhampton Wanderers, awal pagi tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Jurgen Klopp kini berkelebihan empat mata di depan penghuni tangga kedua, Manchester City.

7.  PARIS 22 Dis - Jurulatih Paris Saint-Germain Thomas Tuchel berkata, Neymar kembali ke Brazil dengan persetujuannya sekali gus tidak tersenarai menentang Nantes di tempat sendiri dalam aksi Ligue 1, malam ini. Walaupun mengalami kecederaan, Neymar tetap beraksi beberapa perlawanan sebelum ini termasuk menewaskan Liverpool dan Red Star Belgrade dalam Liga Juara-Juara.

8.  SYDNEY 22 Dis - Pengarah Kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley mengesahkan bahawa 10 mata tie break akan dilaksanakan untuk menentukan juara di set akhir di Melbourne Park. Ramai yang menggesa Grand Slam memperkenalkan penentuan mata tie break di set penentuan selepas perlawanan separuh akhir Wimbledon tahun ini membabitkan Kevin Anderson dan John Isner.

9.  SYDNEY 22 Dis - Marc Marquez masih mampu menjuarai perlumbaan MotoGP sekalipun dia membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan Honda, kata juara dunia lima kali, Mick Doohan. Marquez merekodkan gelaran juara dunia kelimanya tahun ini ketika perlumbaan masih berbaki tiga pusingan.

10.  KUALA LUMPUR 22 Dis - Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSMakan ) memanggil 24 pemain lelaki dan 15 wanita bagi mengikuti kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Manila 2019. Berikutan itu, Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, mengesahkan mereka sudah menghantar surat tawaran kepada semua pemain terpilih, meminta mereka melapor diri di ibu pejabat PSM, 2 Januari depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 24 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 16 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#payday*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:44, SUBUH : 05:54, SYURUK : 07:13, ZOHOR : 13:15, ASAR : 16:38, MAGHRIB : 19:12, ISYAK : 20:27.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melahirkan rasa dukacita dengan masalah sosial dan jenayah yang tinggi dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini. Titah baginda, polis dan agensi penguat kuasa berusaha sedaya upaya memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membanteras jenayah.*

                 *TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terbabit setakat ini dalam insiden kejadian ombak besar akibat tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa, Indonesia, semalam.*

                 *PEKERJA kilang dikesan mencuri 11 barang kosmetik di pasar raya di Bayan Baru dekat Balik Pulau, kelmarin. Dalam kejadian 8.45 malam itu, lelaki berusia 31 tahun berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika berada di pintu hadapan pasar raya terbabit.*

                 *ANGGOTA polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh Perodua Axia yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Sulaman - Serusup berhadapan Tuaran Futsal Arena di Tuaran, smlm. Dalam nahas pada 2.30 petang itu, Mohd Norzanyzan Mohd Din, 39, yang menunggang Kawasaki Z900 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pelbagai kecederaan dialami.*

                  *AHLI perniagaan bergelar Datuk mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas pelbagai barangan berharga miliknya dipercayai dilarikan oleh dua bekas pengawal peribadinya. Kejadian dipercayai berlaku apabila mereka bertindak memecah masuk ke kediaman mangsa di Bandar Damansara, Kuantan pada 6 Disember lalu.*

                 *PEMANDU treler maut selepas kenderaan berat dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Jalan Terap-Sungai Tengas dekat Kulim, semalam. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Mohd Rozaihan Abdul Rahman, 27, dipercayai gagal mengawal treler di laluan selekoh menyebabkannya terbabas ke kawasan bahu jalan.*

                 *RAKYAT diminta bersabar dan memberi masa kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selepas kerajaan kembali berada di landasan betul dalam memacu semula perkembangan ekonomi Malaysia. Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai berkata, pihaknya percaya keadaan ekonomi dijangka semakin baik menjelang tahun hadapan dan kerajaan dapat menunaikan segal manifesto yang dituntut rakyat.*

                 *HARI keluarga bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas dalam kolam renang di resort di Batu 12, Jalan Pantai di Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, Mohammad Adam Raiyan Mohd Saiful disedari hilang oleh ibu bapanya yang juga anggota tentera pada 2.45 petang.*

                  *SEORANG wanita warga Indonesia ditahan polis kerana didapati menyebabkan bayi perempuannya yang lahir tidak cukup bulan maut dalam rumah di Jalan Kampung Benggali, Butterworth, petang semalam.*

                 *Kuala Lumpur: Pendapatan mencecah lima angka sebulan dengan hanya menjadi pelayan pelanggan dan teman seks di sebuah pusat hiburan bertaraf lima bintang. Itu hasil lumayan diperoleh pelayan pelanggan warga Uzbekistan, Turki, Krygyzstan dan Ukraine yang diberkas polis hasil serbuan di sebuah pusat hiburan terkemuka di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam.*

                 *PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menghentikan perbalahan sebaliknya memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. Beliau berkata, perbalahan terbuka sama ada antara pemimpin atau di dalam parti perlu dihentikan segera, di samping permuafakatan PH untuk diperkukuh melalui saluran parti.*

                  *SEPANG: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor menegaskan akan teguh menyokong kenyataan Ketua Pusatnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berhubung sokongan terhadap desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, meletak jawatan dalam kabinet.*

                 *PENGERUSI Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh, menyelar tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahukan P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berkata, arahan sedemikian hanya layak dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukannya daripada individu seperti seorang menteri.*

                  *“SAYA sedia diambil tindakan dan tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan pendapat saya.” Itu yang ditegaskan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad berhubung dakwaan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy kononnya beliau menghina kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.*

                 *“SAYA belum terima notis atau surat daripada Ahli Parlimen yang umum jadi bebas atau lompat parti setakat ini,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Katanya, beliau hanya tahu terdapat beberapa Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sebagai Ahli Parlimen Bebas dan keluar parti tertentu hanya menerusi media.*

                  *LELAKI warga Indonesia yang menetak mati wanita dalam stor penyimpanan makanan sejuk beku di kilang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, dekat Georgetown, Rabu lalu sudah merancang mahu pulang ke negaranya bersama isteri untuk menyambut perayaan Krismas.*

                 *POLIS masih menyiasat kemungkinan wanita warga Vietnam yang ditemui mati dalam keadaan bogel di sebuah rumah di Taman Duku, Juru, di Bukit Mertajam, kelmarin, adalah mangsa rogol. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sehubungan itu, pihaknya menggeledah lokasi kejadian dan sekitarnya untuk mencari senjata digunakan untuk membunuh mangsa.*

                  *LELAKI yang ditemui meninggal dunia di atas pokok manggis di Kampung Jawa, Padang Gajah, Taiping, smlm adalah pegawai kesihatan yang ke kebun bersama seorang rakannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, mangsa, Iahasan Mohd Majudin, 59, bersama rakannya datang ke kebun itu untuk mencari buah-buahan.*

                 *PENOREH getah menyambut baik langkah kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari, ini. Mereka menyifatkan keprihatinan kerajaan membantu penoreh adalah langkah tepat bagi membantu mereka yang terkesan akibat kejatuhan harga getah yang teruk.*

                 *PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan masa enam bulan untuk menyiapkan draf pembayaran balik pinjaman PTPTN sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya kini sedang giat mendapatkan maklumat yang berkaitan.*

                 *KEAMANAN yang dikecapi negara ketika ini harus dipertahankan rakyat dengan tidak mewujudkan perseteruan dan mengapi-apikan isu agama serta perkauman secara melampau. Peringatan itu ditegaskan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang mahu rakyat sedar api pergaduhan akan sukar ditangani dan mengambil masa yang panjang untuk dipadam jika tercetus atau dimainkan.*

                 *DUA pekerja pencuci bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang digunakan untuk mencuci sebuah hotel di Persiaran KLCC, di Kuala Lumpur, rosak mengakibatkan seorang daripada mereka tergantung di tingkat 33 smlm. Kedua-dua pekerja berkenaan bagaimnapun berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).*

                 *MALANG menimpa lima beradik dari Kampung Kubang Batang dekat Tumpat apabila semua kelengkapan sekolah yang dibeli mereka minggu lalu, hangus dalam kebakaran petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang semalam, pakaian sekolah, alat tulis serta buku teks milik lima anak Zamzuri Ismail, 42, hangus terbakar.*

                 *MAHKAMAH Majistret membebaskan seorang eksekutif kanan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bergelar Datuk selepas empat hari direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes rasuah berbentuk pengubahsuaian rumah bernilai RM400,000.*

                 *TAPAH: Agenda pembangunan adalah penting dalam memastikan Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi tanpa meminggirkan penduduk luar bandar. Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sentiasa berusaha meningkatkan sistem penyampaian, menambah baik program sedia ada serta meneroka idea dan cadangan baharu yang boleh dilaksanakan untuk memberi faedah kepada masyarakat luar bandar.*

                 *MACHANG: Jika penduduk negeri ini sibuk mengemas barang berharga mereka sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh baru-baru ini, sekumpulan pembalak haram dipercayai anggota sindiket curi balak mengambil peluang untuk memotong balak berkualiti tinggi seperti meranti dan balau.*

                 *SEMUA penceramah bertauliah dan penceramah bebas wajib memperoleh Perakuan Kebenaran Mengajar atau Kebenaran Khas Berceramah jika ingin melakukan kerja dakwah di Pahang, bermula tahun depan. Mereka boleh mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran itu melalui sistem dalam talian yang disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan melayari laman web eperakuan.muip.gov.my.*

                 *Kuala Lumpur: Tahun hadapan bakal menyaksikan dunia telefon pintar melangkah ke teknologi telekomunikasi baru dengan penawaran rangkaian mudah alih generasi kelima (5G) yang semakin hangat diperkatakan. 5G bukan hanya merupakan aspek pembangunan penting bagi teknologi internet mudah alih malah ia dijangka akan menjadi antara ciri wajib yang dimiliki pada telefon pintar generasi akan datang.*

                 *WANITA warga emas ditemui mati manakala lelaki dipercayai suaminya ditemui dalam keadaan cengkung dan hanya berbalut kain lusuh di sebuah rumah di Taman Delight , di Miri, petang kelmarin. Lan Lin Mui, 68, ditemui meninggal dunia di dalam tandas manakala lelaki yang belum diketahui identitinya ditemui dalam keadaan cengkung dan hanya berbalut kain lusuh jam 6.20 petang.*

                 *WANITA Indonesia maut selepas ditikam menggunakan pisau di bahagian dadanya di pekarangan parkir Masjid Al-Husna, di Petaling Jaya, semalam. Dalam kejadian 10.18 malam itu, mangsa diserang lelaki Indonesia akibat berang kerana wanita terbabit tidak mahu meneruskan hubungan intim.*

                 *BADAN Bertindak Selamatkan Seafield Mariamman memohon maaf kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, kerana membuat kenyataan tidak benar berkaitan punca kecederaan yang dialami anggota bomba itu kepada media, pada 28 November lalu. Pengerusinya, SW Ramaji berkata, beliau tidak berniat mahu menyakiti anggota keluarga Muhammad Adib, rakannya atau sesiapa sahaja dengan mengatakan Muhammad Adib bukanlah diserang perusuh di kuil itu, sebaliknya cedera akibat dilanggar jentera bomba.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *PANGDEGLANG: Jumlah korban tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 222 orang, hari ini selepas gempa bumi dasar laut yang mempunyai kaitan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau, menurut pegawai dan media.*
         *Jurucakap agensi mitigasi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ratusan rumah dan bangunan rosak teruk akibat tsunami itu yang berlaku tanpa amaran di sepanjang Selat Sunda, lewat semalam.*
          *Difahamkan, ribuan penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi.*
           *Menjelang 1040 GMT, agensi itu meningkatkan jumlah kematian kepada 222 orang daripada 168 sebelumnya dengan 843 cedera serta 28 hilang.*

          *Washington: Kira-kira 800,000 kakitangan awam Amerika Syarikat berkemungkinan tidak mendapat gaji menjelang Krismas berikutan tindakan Presiden Donald Trump melaksanakan ‘penutupan kerajaan’.*
        *Operasi beberapa agensi utama berhenti jam 12 tengah malam Sabtu (waktu tempatan) selepas Trump enggan menandatangani arahan peruntukan sementara untuk satu perempat agensi kerajaan.*
         *Trump menolak usul meneruskan belanjawan kerajaan persekutuan hingga 8 Februari 2019 melainkan Kongres meluluskan dana untuk membina tembok sempadan dengan Mexico sebanyak AS$5 bilion (RM20.9 bilion).*

          *Oslo: Seorang lelaki ditahan beberapa jam selepas merompak bank di lokasi paling terpencil di utara dunia iaitu sebuah perkampungan di kepulauan Artik di Svalbard, Norway.*
             *Ibu negeri Svalbard iaitu Lonyearbyen hanya memiliki kira-kira 2,000 penduduk dan semua mereka saling mengenali antara satu sama lain. Satu-satunya pengangkutan yang ada ialah menggunakan kapal terbang.*
          *Ia adalah rompakan pertama terhadap bank berkenaan yang terletak di Lautan Artik yang memisahkan Norway dengan Kutub Utara.*

         *LELAKI warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Jepun selepas didapati cuba menyeludup empat kilogram dadah di Lapangan Terbang Kansai, Osaka, Jepun, 27 November lalu.*
          *Menurut portal berita NHK, Jepun, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas pihak berkuasa Jepun curiga dengan maklumat diberikan apabila mengisytiharkan akan tinggal selama lima hari, namun hanya membawa beg galas kecil.*
             *Laporan itu menyebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Kansai kemudian membuat pemeriksaan terhadap lelaki itu sebelum menemui sebanyak sembilan bungkusan kecil yang diikat dengan pita pelekat disorokkan di bawah pakaian lelaki berkenaan.*

         *New York (PBB): Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan resolusi menempatkan pasukan pemerhati bagi mengawasi proses gencatan senjata di Hodeidah, Yaman.*
         *Draf resolusi yang dibentangkan Britain itu turut dipinda beberapa kali ketika proses rundingan berlangsung, sebelum undian dibuat membabitkan semua 15 anggota UNSC.*
          *Resolusi itu turut meluluskan rundingan damai anjuran PBB yang berlangsung di Sweden minggu lalu.*

          *BEIJING: Seorang lelaki yang mahu berkhatan, menjadi mangsa penipuan sebuah hospital di utara China yang mengenakan bayaran 100 kali lebih tinggi kononnya dia juga perlu dibedah bagi membuang tiga ketumbuhan serta-merta.*
            *South China Morning Post melaporkan, lelaki itu, Xin Yu, 29, mahu berkhatan di Hospital Moden di Tangshan, wilayah Hebei yang kosnya hanya 800 yuan (RM483), bulan lalu.*
          *Bagaimanapun, ketika berada di atas katil bedah, doktor memberitahu ada tiga ketumbuhan dikesan pada tubuhnya yang perlu dikeluarkan segera dengan kos 80,000 yuan (RM48,373).*

          *LONDON: Dua individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden dron di Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick diberkas, iaitu tiga hari selepas kejadian itu yang mengakibatkan puluhan ribu penumpang terkandas.*
         *"Polis Sussex sudah menahan dua individu pada jam 10 malam (waktu tempatan) pada 21 Disember dan ia adalah sebahagian daripada siasatan berterusan berhubung penggunaan dron bagi tujuan jenayah, yang menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang Gatwick,” kata ketua polis Sussex, Superintendan James Collis.*
          *Kehadiran dron di lapangan terbang kedua paling sibuk di Britain itu berjaya dirakamkan pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan lebih 120,000 penumpang menjelang cuti Krismas.*

           *PRAGUE: Sekurang-kurangnya 13 pelombong maut, manakala 10 lagi cedera selepas kebakaran yang berpunca daripada pembakaran metana meletup di kawasan lombong di timur Republik Czech, kaa seorang jurucakap, kelmarin.*
           *"Secara keseluruhan kami mempunyai 13 pelombong, 11 rakyat Poland dan dua lagi Czech,” kata jurucakap syarikat pelombong OKD, Ivo Celechovsky.*
         *Kemalangan itu berlaku di lombong CSM, petang semalam, di bandar Karvina, kira-kira 300 kilometer, timur Prague.*


*TULAR / POPULAR*
================


         *WANITA yang menggunakan perkhidmatan rel di ibu negara dinasihatkan untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa lelaki gila seks yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh ketika berasak-asak di dalam tren dinaiki, terutama pada waktu puncak.*
         *Terbaru, seorang wanita berkongsi kejadian dia terserempak kembali dengan seorang lelaki yang pernah dilihat melakukan perbuatan tidak senonoh pada seorang penumpang wanita lain dalam kejadian beberapa bulan lalu ketika menaiki perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).*
          *Menerusi 'ciapan' di akaun Twitter semalam, wanita berkenaan turut memuat naik gambar yang dikatakan sebagai seorang lelaki berpakaian perempuan dengan mengenakan tudung serta berbaju kurung.*
           *Sementara itu, jurucakap syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berkata, tiada kejadian sedemikian berlaku di dalam tren LRT, seperti posting yang tular di media sosial.*

         *“GAMBAR ular sawa yang tular di media sosial itu bukan gambar ular yang ditangkap di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP),” kata Mohd Azli Ramli, 40, peniaga PBKP ketika ditemui NSTP, di Kuala Terengganu, smlm.*
            *Mohd Azli berkata, dia berasa terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang memuat naik gambar itu di media sosial sekali gus menggambarkan PBKP tidak selamat dikunjungi.*
        *”Laporan sebuah portal mengenai kes tangkapan ular sawa itu juga banyak bercanggah dengan fakta. Ular sawa itu memang besar tetapi tidak sebesar yang digambarkan melalui penulisan portal berkenaan.*

         *PERSATUAN Haiwan Malaysia mengecam tindakan wanita yang membiarkan anak kucing mati tanpa mendapatkan rawatan selepas dipijak anak lelakinya sehingga patah tengkuk dalam kejadian di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, di Puchong, 27 November lalu.*
           *Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, perbuatan wanita itu tidak sepatutnya berlaku berikutan sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menjadi contoh dan menegur perbuatan anak mereka yang dianggap keterlaluan dan kejam.*
          *Katanya, pihaknya menerima rakaman video kejadian yang berdurasi selama satu minit pada hari ini daripada penduduk pangsapuri berkenaan dan sudah pun membuat aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.*

        ♂ *BEKAS penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, jam 11.15 malam smlm.*
           *Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid, 52, menjadi artis terakhir mengadakan persembahan bersama rakan lamanya dalam kumpulan Melissa.*
        *Beliau tampil di atas pentas sekitar jam 10.30 malam menyanyikan lagu pertama berjudul Kami Mat Rock.*

         *NAMA Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang meninggal dunia Isnin lalu kini diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah di Kuala Kubu Bharu, kelmarin.*
         *Majlis peletakan nama Muhammad Adib itu disempurnakan oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah, Md Ali Ismail.
Md Ali berkata, Adib adalah simbol bagi pengorbanan dan perjuangan untuk setiap anggota bomba.*
            *”Beliau bagaikan wira kepada kami yang berjuang hingga ke akhir nyawa. Justeru itu, nama Adib sentiasa terpahat di hati semua rakyat Malaysia terutama kami yang menyarung uniform yang sama dengan beliau.*

         *Putrajaya: Kementerian Kesihatan mengesahkan ada cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak.*
             *Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan.*
          *"Hasil pemantauan kementerian daripada Januari lalu hingga kini, 503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam dianalisis.*

           *PEMAIN bass kumpulan popular Indonesia, Seventeen, Muhammad Awal Purbani atau Bani disahkan maut bersama pengurus, Oki Wijaya, manakala tiga lagi termasuk isteri vokalis band itu masih hilang selepas tsunami melanda kawasan Pantai Tanjung Lesung, Banten, Selat Sunda, semalam.*
         *Perkara itu dimaklumkan vokalis kumpulan itu, Riefan Fajarsyah atau Ifan dalam satu rakaman video di Instagram peribadinya.*
       *Ifan memaklumkan dirinya selamat tetapi Bani dan Oki meninggal dunia, manakala anggota band lain termasuk isterinya yang juga pelakon, Dylan Sahara masih hilang.*
         *Satu video memaparkan detik terakhir kumpulan itu sedang mengadakan persembahan sebelum ombak tsunami datang ‘menyapu’ pentas dan penonton, tular di laman sosial.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *EPL RESULT: EVERTON 2 TOTTENHAM HOTSPUR 6*

          *ABU DHABI: Real Madrid muncul juara Piala Kelab Dunia kali ketiga berturut-turut selepas jaringan menarik Luka Modric dan Sergio Ramos membantu mereka menewaskan pasukan tuan rumah Al Ain 4-1, awal pagi kelmarin.*
           *Juara Eropah itu yang bergelut dalam La Liga musim ini jelas bukan tandingan Al Ain yang mara ke final selepas mencipta kejutan di separuh akhir menewaskan River Plate.*
         *Gergasi Sepanyol itu kini mencipta rekod dengan merangkul empat trofi Piala Kelab Dunia, mengatasi pencapaian Barcelona.*

           *LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mengakui kata-kata semangat daripada bekas wira Manchester United yang lain membantu menyuntik nafas baharu buat kelab itu ketika dia meraih kemenangan pertama sebagai pengurus sementara The Red Devils, malam smlm.*
            *Solskjaer yang mengambil alih tempat Jose Mourinho lulus ujian pertama sebagai pengurus apabila anak buahnya merakam kemenangan selesa 5-1 ke atas Cardiff City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.*
          *Pengendali berusia 45 tahun dari Norway itu berkata, kata-kata semangat daripada Wayne Rooney memberikannya insipirasi bagi memacu kemenangan United.*

           *MILAN: Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Juventus ketika menewaskan AS Roma 1-0, awal pagi tadi sekali gusmembolehkan juara bertahan itu mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dan di landasan tepat bagi merekodkan gelaran kelapan berturut-turut dalam saingan Serie A.*
          *Penyerang Croatia itu menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-34 dan meletakkan Juventus kini berkelebihan lapan mata di depan Napoli.*

          *MANCHESTER: Manchester City selesa mendahului dengan kelebihan 13 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris menjelang Krismas tahun lalu, namun selepas dua kekalahan dalam tiga perlawanan, sambutan tahun ini pastinya hambar buat skuad kendalian Pep Guardiola.*
           *Kekalahan 0-2 di tangan Chelsea dua minggu lalu membuka ruang buat Liverpool untuk mengejar tetapi tewas mengejut 2-3 kepada Crystal Palace malam smlm menyaksikan City kini ketinggalan empat mata di belakang skuad bimbingan Jurgen Klopp.*
          *Aksimusim perayaan bakal diakhiri dengan pertemuan dua pasukan teratas liga itu di Manchester pada 3 Januari depan dan menjadi peluang buat Liverpool mengukuhkan kedudukan teratas liga.*

          *LONDON: Pengendali pasukan Chelsea, Maurizio Sarri berkata, pemain pasukan itu mengalami kekeliruan mental ketika tewas kepada Leicester 1-0 di Stamford Bridge, semalam.*
           *The Blues tewas kali pertama di tempat sendiri musim ini selepas Jamie Vardy yang menerima hantaran dalam kotak penalti daripada James Maddison berjaya menembusi gawang tuanrumah minit ke-51.*

         ♂ *Kuala Lumpur: Jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang mengakui trio pecut negara perlu berusaha lebih keras sekiranya mahu menempah tiket ke Olimpik Tokyo.*
          *Gandingan The Pocketrocketman bersama-sama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis kini menghuni kedudukan ke-21 dalam ranking kelayakan ke Olimpik dengan 307 mata.*
          *"Kami perlu berusaha lebih keras sekiranya mahu menempah tiket ke Tokyo. Kami mampu memperbaiki kedudukan di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Jakarta bulan depan Kejohanan Dunia 2019 di Poland pada Februari.*

           *SHAH ALAM: Musim 2019 akan menjadi medan terbaik untuk 'mencuci' segala kritikan terhadap pengadil bola sepak ketika kempen Liga Malaysia (Liga M) dijangka menggunakan khidmat pegawai perlawanan berstatus profesional.*
        *Ketika ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berada di peringkat akhir perbincangan ke arah merealisasikan kehadiran pengadil profesional buat kali pertama di negara ini.*

          *KUALA LUMPUR: Persembahan 'memukau' tonggak pertahanan kanan skuad Harimau Malaya, Syahmi Safari sepanjang saingan Piala AFF 2018 diharapkan terus kekal dalam kempen bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) sekali gus membantu Selangor memburu trofi saingan domestik.*
             *Pengendali Red Giants, B Sathianathan antara individu yang mengikuti rapat perkembangan Syahmi di Piala AFF, mengakui pemain kelahiran Jeram, Kuala Selangor itu aset berharga buat skuad Merah Kuning.*

          *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dilihat serius untuk membawa masuk tonggak lincah skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid apabila delegasi PFA yang diketuai presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit hadir ke rumah Akhyar bagi mengadakanperbincangan dengan pemain muda itu.*
           *Biarpun kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dilihat sering 'bercakaran' berhubung status pemain yang diberi julukan ‘Neymar Kedah’, PFA dilihat semakin hampir mendapatkan tandatangan tonggak berusia 19 tahun itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 24/12/2018 (by: MJI)

1.  JAKARTA, 23 Dis - Tsunami yang berlaku di Selat Sunda tanpa disebabkan gempa bumi kini mengorbankan lebih 200 nyawa. Berdasarkan data yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNBP) setakat 4 petang ini, korban akibat tsunami itu kini seramai 222 orang, 843 cedera dan 28 dilaporkan masih hilang.

2.  KOTA KINABALU 23 Dis. - Seorang anggota polis maut selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan berhampiran Arena Futsal, Jalan Sulaman, Tuaran, petang tadi. Kejadian itu mengakibatkan Sarjan Mohd. Norzanyzan Mohd. Din, 39, yang bertugas di IPD Kota Belud, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

3.  TEMERLOH 23 Dis. – PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini bakal menjadi cabaran kepada PKR negeri bagi membantu rakan gabungannya dalam PH iaitu DAP merampas kerusi itu daripada BN. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Fuziah Salleh berkata, PRK itu merupakan pentas terbaik buat PKR negeri memberi sumbangan kepada calon DAP yang bertanding di kawasan berkenaan.

4.  WASHINGTON 23 Dis. – AS mengesahkan tidak akan memberi sumbangan melebihi 25 peratus kepada operasi pengaman PBB. Sebelum ini AS merupakan penyumbang terbesar dengan 22 peratus kepada operasi PBB, termasuk 28 peratus daripada bajet belanjawan sebanyak AS$7 bilion untuk operasi pengaman PBB.

5.  JAKARTA 23 Dis. - Pemain gitar kumpulan muzik Indonesia, Seventeen iaitu Bani dilaporkan menjadi mangsa tsunami yang melanda pantai Anyer di Kabupaten Pandeglang dan Lampung Selatan. Lapor portal Liputan6.com, kumpulan yang dianggotai oleh Bani (bass), Yudhi (gitar), Herman (gitar), Andi (drum) dan Ifan (vokal) terkena tsunami ketika mengadakan konsert di Tanjung Lesung Beach Resort.

6.  JAKARTA 23 Dis. - Kementerian Sosial Indonesia menghulurkan bantuan sebanyak 1 bilion rupiah (RM287,255) untuk mangsa gempa di Anyer, Lampung dan kawasan sekitarnya. Bantuan berkenaan terdiri daripada pengebumian, peralatan evakuasi hinggalah kepada keperluan asas. Bantuan terbabit akan dihantar dari Gudang Pusat Bekasi ke Perkhidmatan Sosial wilayah Lampung dan Banten.

7.  KOTA BHARU 23 Dis. - Ramai pemilik premis di bandar ini tidak membayar cukai bandar sehingga mengakibatkan tunggakan bernilai RM26.39 juta. YDP MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, pihaknya setakat ini sudah membuat lawatan dan memberi surat peringatan ke atas 28,592 premis yang gagal menjelaskan cukai bandar termasuk premis kediaman dan perniagaan.

8.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Berang kerana permintaan untuk hubungan intim ditolak, seorang lelaki warga Indonesia bertindak menikam sehingga mati seorang wanita dalam kejadian di kawasan meletak kenderaan Masjid Al-Husna, Sungai Way, Petaling Jaya, semalam. Dalam kejadian pada pukul 10.18 malam itu, suspek juga cuba membunuh diri dengan menikam diri sendiri dan meminum racun selepas membunuh mangsa berusia 28 tahun yang juga rakan senegaranya.

9.  PORT DICKSON 23 Dis. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah hotel di Batu 12, Jalan Pantai di sini semalam. KPD Supt. Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang itu semasa majlis perjumpaan keluarga.

10.  JAKARTA 23 Dis. - Pelancong-pelancong yang terselamat daripada tsunami berlindung di sekolah dan masjid di Serang, Banten malam tadi. Tinjauan Detik.com melaporkan, ketika kejadian pelancong-pelancong telah menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Menurut pelancong dari Jakarta, Padung, 40, bersama 60 lagi rombongan sempat melarikan diri ketika ombak tsunami menghentam salah satu vila di Pantai Cinangka.

11.  MONTREAL 23 Dis. - Sokongan rakan sekutu diperlukan bagi memastikan pembebasan dua warga Kanada yang ditahan China sebelum ini. Menteri Hal Ehwal Luarnya, Chrystia Freeland berkata, penahanan tersebut melibatkan bekas diplomat, Michael Kovrig dan konsultan, Michael Spavor bukan hanya isu buat Kanada.

12.  RIYADH 23 Dis. - Abang tiri kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud iaitu Putera Talal bin Abdul Aziz meninggal dunia semalam. Berita itu disahkan oleh anaknya Putera Al-Waleed bin Talal menerusi laman Twitter. Lahir pada 1931, Tala mengetuai pertubuhan Dana Teluk Arab untuk Pembangunan, sebuah badan yang mempromosikan pendidikan serta kesihatan di negara-negara membangun.

13.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab dalam melantik sebuah firma guaman yang didakwa milik anak didiknya untuk menjadi ejen mengutip tunggakan levi kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). Beliau tidak bertanggungjawab terhadap pelantikan ejen di HRDF yang merupakan badan untuk mempromosi latihan dan pembangunan pekerja.

14.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Audit keselamatan secara menyeluruh ke atas semua taman permainan awam perlu dilakukan melibatkan Inspektor Keselamatan Taman Permainan Bertauliah (CPSI) untuk mengelak berlakunya kemalangan terhadap kanak-kanak, kata Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye.

15.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - KPDNHEP menetapkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMP Krismas) bagi 2018 berkuatkuasa hari ini hingga 27 Disember ini. Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sebanyak 16 jenis barang diwartakan sebagai barang kawalan yang perlu dijual mengikut harga ditetapkan.

16.  BUKIT MERTAJAM 23 Dis. - Co-op Bank Pertama (CBP) menghadirkan keceriaan kepada kira-kira 100 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dan asnaf di sini dengan sumbangan kelengkapan sekolah. Sumbangan itu dibuat menerusi program ‘Back To School 2019’ yang berlangsung di pusat beli-belah Mydin di sini.

17.  PULAU PINANG 23 Dis. - Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM358,350 selepas disyaki menjadi mangsa penipuan parcel scam oleh seorang lelaki yang dikenali menerusi laman sosial Facebook. Mangsa yang berusia 53 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan suspek yang menggunakan nama Yusof Ismail Bin Osman sejak Ogos lalu sebelum suspek menyatakan mahu memberi hadiah kepada mangsa.

18.  KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Kerajaan negeri mengalu-alukan hasrat NGO untuk menubuhkan pusat perlindungan wanita di Terengganu bagi menangani gejala sosial kalangan remaja wanita. Buat masa ini kerajaan negeri belum bercadang menubuhkan pusat perlindungan seumpama itu namun sentiasa memberi sokongan kepada NGO bagi merealisasikan hasrat itu.

19.   JAKARTA 23 Dis. - Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami di Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), Rahmat Triyono mengakui pihaknya tidak mempunyai alat amaran untuk mengesan tsunami yang berpunca daripada gempa akibat letusan gunung berapi. “Alat amaran awal yang sedia ada ketika ini hanya mampu mengesan gempa akibat tektonik,” katanya hari ini.

20.  LUMUT 23 Nov. - Seorang lelaki berusia 59 tahun ditemukan telah meninggal dunia di atas pokok manggis di Jalan Besar, Kampung Jawa, Sekolah Menengah Tat Beng, Trong dekat sini hari ini. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.47 pagi mengenai seorang lelaki yang tersangkut di atas pokok manggis.

21.  IPOH 23 Dis. - Orang ramai diminta untuk menjadi mata dan telinga kepada Kementerian Kesihatan dalam membantu menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan bermula bulan depan. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sebarang aduan berhubung ketidakpatuhan terhadap larangan tersebut boleh disalurkan terus kepada talian hotline Kementerian Kesihatan di nombor 03-88924530.

22.  MELAKA 23 Dis. - Bersempena sambutan Krismas pada Selasa depan, Hotel Casa del Rio di Jalan Kota Laksamana di sini menawarkan pakej makan malam Bufet Krismas kepada pengunjung dengan pelbagai jenis hidangan yang menarik. Dengan tema ‘Deck the Hall’, hidangan bufet tersebut ditawarkan pada harga RM138 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 11 tahun, bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam Isnin ini.

23.  PUTRAJAYA 23 Dis. - Tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian tsunami di Banten, Jawa dan Lampung Selatan, Sumatera, Indonesia semalam. Wisma Putra dalam satu kenyataan turut meminta rakyat Malaysia supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.

24.  PONTIAN 23 Dis - Semua pihak perlu menghentikan perbalahan dalam media sosial mengenai kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ketika bertugas dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu, kata Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik.

25.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Usaha menggulingkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM boleh dilakukan, tetapi perlu menerusi pilihan raya umum. Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, beliau tidak menerima apa-apa maklumat berhubung usaha menggulingkan Dr. Mahathir sebagai PM melibatkan pihak di dalam PH.

26.  KUANTAN 23 Dis. - Seorang jururawat dan bayinya yang berusia lapan bulan maut setelah kereta Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan lori jenis Isuzu dalam kemalangan di Jalan Felda Selancar Muadzam Shah, Rompin di sini hari ini. Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu ialah Rahimah Jaffar, 34, dan anaknya, Muhammad Zamil Abdul Aris.

27.  PASIR GUDANG 23 Dis. - Terlalu awal untuk dakwaan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang kini menjalankan tugas-tugas presiden parti akan dibayangi penyandangnya sebelum ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak perlu memberi peluang terlebih dahulu kepada bekas MB Negeri Sembilan itu.

28.  BAGAN SERAI 23 Dis. - UMNO Bahagian Bagan Serai tetap utuh walaupun Ahli Parlimennya, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM (Bersatu). Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, tiada ahli UMNO bahagian itu yang mengikut jejak langkah Noor Azmi, sekaligus membuktikan UMNO bahagian itu tetap relevan manakala ahli-ahlinya tetap setia.

29.  PULAU PINANG 23 Dis. - Seorang lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan dipercayai akibat salah faham di sebuah rumah dua tingkat,di Jalam Siam, Georgetown, di sini hari ini. Kejadian itu disedari majikan mangsa yang datang ke rumah yang didiami kedua-dua warga Myanmar berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

30.  BESUT 23 Dis. - Sejak sistem MyOnline Pasport mula diperkenalkan bermula 1 September 2016 hingga sekarang, Jabatan Imigresen menerima lebih 10,000 permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian. Kemudahan itu perlu disebarluaskan lagi  kepada seluruh lapisan masyarakat bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati perkhidmatan tersebut tanpa perlu bersesak-sesak di kaunter.

31.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Polis masih menunggu keputusan bedah siasat kali kedua CEO Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, pihaknya mungkin akan menerima laporan penuh bedah siasat tersebut dalam masa terdekat ini.

32.  KOTA BHARU 23 Dis. - Sebanyak 11 daripada 14 cabang PKR negeri ini mengesahkan mereka menyokong pelantikan Datuk Seri Mohamad Supardi Md. Noor sebagai Pengerusi PKR Kelantan yang baharu. Selain Cabang PKR Tanah Merah yang diketuai Mohamad Suparadi sendiri, cabang lain yang menyokong beliau ialah Pasir Puteh, Bachok, Machang, Kota Bharu, Tumpat, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Pengkalan Chepa.

33.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak berada di persisiran Selat Sunda berikutan kejadian tsunami yang berlaku di Banten, Jawa dan Lampung Selatan, Sumatera, Indonesia semalam. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memberi peringatan itu selepas pihak berkuasa tempatan di sana membuat larangan berada di persisiran terbabit.

34.  MARANG 23 Dis. - Kerajaan PH diingatkan agar jangan mempermainkan amanah dan mandat diberikan rakyat dalam menterjemah konsep Malaysia Baharu yang dilaungkan. Sebaliknya, menurut YDP DUN Terengganu, Yahaya Ali, konsep tersebut seharusnya turut direalisasikan dalam bentuk hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri tanpa sebarang masalah.

35.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan kerana membawa dadah di Lapangan Terbang Kansai, Osaka, Jepun pada 27 November lalu. Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, SAC Zulkifli Ali berkata, pihaknya masih mendapatkan maklumat lanjut mengenai identiti lelaki tersebut.

36.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu kerajaan menyemak harga petrol secara mingguan, sekali gus membolehkan harga RON95 turun sebanyak 20 sen seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia. Berdasarkan formula secara bulanan yang diguna pakai ketika ini, kiraan akan menunjukkan harga RON95 mengikut mekanisme harga automatik (APM) masih lagi tinggi daripada RM2.20 seliter.

37.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - Tindakan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong desakan supaya Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan tidak disenangi peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim. Dalam status dalam laman Twitter miliknya, Siti menyelar tindakan Syed Saddiq yang sepatutnya bercakap bagi pihak seluruh rakyat.

38.  KUALA LUMPUR 23 Dis. - UMNO Sabah menzahirkan keyakinan penuh menerusi beberapa pendekatan yang diketengahkan pemimpin Pusat khususnya Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memberi manfaat terbaik kepada ahli di peringkat akar umbi.

39.  PONTIAN 23 Dis. – Kira-kira 7,000 sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir di kawasan pantai timur bermula hari ini hingga 26 Disember. Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, selain anggota tetap, sokongan para sukarelawan diperlukan bagi menghadapi situasi anjir.

40.  JAKARTA 23 Dis. - Laman sosial Facebook mengaktifkan sistem pemberitahuan Pemeriksaan Keselamatan (Safety Check) dan Respon Krisis (Response Crisis) berikutan kejadian tsunami di Selat Sunda, semalam. Pengesanan tersebut dilakukan ke atas akaun pengguna yang dikatakan tinggal di sekitar Banten dan Anyer, kawasan berlakunya bencana.

41.  KUALA LUMPUR 23 Dis. – Sebuah lagu bertajuk ‘Perginya Sahabat Wira’ kini tular dalam media sosial Facebook dan laman perkongsian video, YouTube sejak beberapa hari lalu. Muzik video berduarasi 3.09 saat itu, didedikasikan khusus untuk enam penyelam bomba yang lemas ketika operasi menyelamat remaja terjatuh di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 4 Oktober lalu.

42.  KUCHING, 23 Dis - Polis Sarawak mengesahkan ada menerima laporan pada 12 Dis lepas mengenai penculikan lima lelaki Malaysia oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) di hutan Wong Rangkai berhampiran sempadan Serian-Kalimantan. Pesuruhjaya Polis Datuk Azman Yusof berkata, berikutan laporan yang dibuat oleh dua daripada lima rakyat Malaysia di balai polis Serian selepas pembebasan mereka dan polis kini menunggu laporan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

43.  KUANTAN, 23 Dis - Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' di sini, awal bulan ini. KPD Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang merupakan bekas pekerja kepada mangsa ditahan di sebuah rumah di Kampung Pandan 1 di sini, pada pukul 11 pagi semalam.

44.  KUALA KANGSAR, 23 Dis - Seramai 60 penduduk termasuk beberapa anggota UMNO Kampung Ketior, Manong, di sini, menyerahkan borang menyertai PPBM (Bersatu) kepada Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Hamid hari ini. Penyerahan borang itu diketuai Ketua UMNO cawangan kampung itu Omar Shafiee.

45.  JAKARTA 23 Dis. - Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) menjangkakan berlaku gelombang tsunami kedua di Selat Sunda, dalam masa terdekat. Ketua Pusat Data dan Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi atau tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan pantai.

46.  BUTTERWORTH, 23 Dis - Polis menafikan satu maklumat yang ditularkan oleh media sosial mengenai kejadian seorang bayi perempuan maut dipukul bapanya di sebuah rumah Jalan Kampung Benggali semalam, sebaliknya mengesahkan yang bayi itu meninggal dunia kerana dilahirkan pra matang. Polis bergegas ke rumah berkenaan untuk membuat pemeriksaan selepas menerima panggilan telefon daripada jiran pasangan suami isteri warga asing itu pada pukul 9.45 malam semalam, memaklumkan kononnya seorang lelaki memukul anaknya hingga mati.

47.  MUAR, 23 Dis -Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memperketatkan kawalan kemasukan cili import yang tidak menepati tahap piawaian kualiti, keselamatan dan peraturan lain yang berkaitan racun perosak di pintu masuk negara, kata Menterinya Datuk Salahuddin Ayub.

48.  PUTRAJAYA, 23 Dis - Sebanyak 9,350 pelajar telah berjaya dalam permohonan mereka untuk ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara pada sesi persekolahan 2019. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata daripada jumlah itu, 52.28 peratus atau 4,888 calon merupakan pelajar-pelajar berpotensi golongan B40.

49.  KUALA NERUS, 23 Dis - KPDNHEP Terengganu merekodkan 504 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan lebih RM600,000 dan kompaun RM87,900 sejak 1 Jan hingga semalam. Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata kesalahan itu dikesan semasa anggota penguatkuasa menjalankan 36,295 pemeriksaan di 7,613 premis di seluruh negeri ini sepanjang tempoh tersebut.

50.  ALOR SETAR, 23 Dis - PAS mendesak kerajaan memberi keutamaan terhadap siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dipercayai akibat parah diserang perusuh dalam insiden Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu. Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, siasatan mengenai perkara itu perlu didahulukan memandangkan rakyat telah meletakkan harapan yang tinggi untuk kerajaan menyelesaikannya secepat mungkin bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan.

51.  KUALA LUMPUR, 23 Dis - Kebanjiran bekas anggota dan pemimpin UMNO ke dalam Pakatan Harapan (PH) tidak akan membawa kepada pengukuhan Malaysia Baharu jika ideanya terbantut dan disabotaj rakan komponen sendiri, kata Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

52.  KUALA LUMPUR, 23 Dis - Kemunculan istimewa yang jarang-jarang sekali ditampilkan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali memukau para penonton yang memenuhi Istana Budaya bagi menonton konsert malam tadi, menyaksikan para hadirin beramai-ramai berdiri memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan di akhir persembahannya.

53.  KUALA PILAH, 23 Dis - Lebih 2,000 golongan miskin di negeri ini telah mendapat manfaat daripada program Food Bank Malaysia (FBM) sepanjang Julai hingga November lepas. Exco negeri, S. Veerapan berkata sebanyak 855 siri program FBM dan 5,187 kg lebihan makanan berjaya diselamatkan dan diagihkan kepada penerima yang layak.

54.  KUALA LUMPUR, 23 Dis - Malaysia dijadual mengadakan mesyuarat dengan Indonesia dan Colombia di Jakarta pada Februari depan untuk membincangkan keputusan Dewan Negara Perancis untuk mengetepikan penggunaan minyak sawit sebagai bahan mentah biodiesel, kata
Menteri Industri Utama Teresa Kok.

55.  GEMAS, 23 Dis - Kerajaan akan menggalakkan pengusaha daging tempatan menjalin usaha sama dengan pelabur asing bagi memastikan bekalan daging dalam negara dapat dipertingkatkan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, ini merupakan antara perkara utama yang digariskan di bawah hala tuju baharu MOA yang dijangka dilancarkan awal tahun hadapan.

56.  KUALA LUMPUR, 23 Dis - Seramai 30 usahawan IKS dan golongan sasar di kawasan Parlimen Batu diberi pendedahan ilmu masakan dan perniagaan menerusi Bengkel Kulinari dan Masakan bersama cef selebriti Liza Zainol, di sini. MP Batu, P. Prabakaran berkata bengkel itu adalah antara inisaitif bagi membantu usahawan IKS, kumpulan belia dan ibu tunggal tempatan untuk menjana pendapatan sampingan.

57.  KUALA LUMPUR, 23 Dis - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama yang dikecapi selama ini. Menerusi catatan terbaharu di Facebooknya hari ini, Gobind berkata perkara itu adalah sumber kekuatan kepada kemajuan negara.

58.  BUTTERWORTH, 23 Dis - Kerajaan akan membekalkan beberapa buah alat pengimbas yang canggih bernilai RM700 juta kepada JKDM bagi membendung aktiviti penyeludupan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata JKDM memerlukan peralatan canggih berkenaan bagi menangani aktiviti penyeludupan yang telah menyebabkan kerajaan kehilangan berbilion ringgit setiap tahun. Kerajaan merancang untuk meletakkan 55 alat pengimpas kargo yang dianggarkan bernilai RM12 juta sebuah di semua pelabuhan.

59.  KUCHING, 23 Dis - Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata cara yang terbaik untuk memahami budaya dan amalan masing-masing dalam komuniti kaum dan etnik yang pelbagai adalah dengan menawarkan persahabatan dan menyumbangkan ‘hadiah’ dalam bentuk bantuan. Baru yang juga MP Selangau dan ADUN Ba’ Kelalan berkata ini adalah lebih penting kerana ramai yang amat memerlukan bantuan dalam suasana ekonomi yang perlahan sekarang.

60.  PUTRAJAYA, 23 Dis - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan laporan yang tular dalam media sosial kononnya beliau merancang untuk mengubah mata pelajaran Sejarah di sekolah dengan menggunakan khidmat NGO masyarakat Cina. Beliau menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas sama sekali dan ia adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab yang cuba mempermainkan sentimen perkauman.

BERITA SUKAN:

1.  ABU DHABI 23 Dis - Real Madrid muncul juara Piala Kelab Dunia kali ketiga berturut-turut selepas jaringan menarik Luka Modric dan Sergio Ramos membantu mereka menewaskan pasukan tuan rumah Al Ain 4-1, awal pagi tadi. Juara Eropah itu yang bergelut dalam La Liga musim ini jelas bukan tandingan Al Ain yang mara ke final selepas mencipta kejutan di separuh akhir menewaskan River Plate.

2.  LONDON 23 Dis - Pengendali Burnley, Sean Dyche mengkritik pengadil selepas dua jaringan Pierre-Emerick Aubameyang memastikan Arsenal terus memberi tekanan dalam persaingan kedudukan empat teratas dan meletakkan Burnley di kedudukan tiga tercorot menjelang Krismas.

3.  MILAN 23 Dis - Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Juventus ketika menewaskan AS Roma 1-0, awal pagi tadi sekali gus membolehkan juara bertahan itu mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dan di landasan tepat bagi merekodkan gelaran kelapan berturut-turut dalam saingan Serie A.

4.  MANCHESTER 23 Dis - Manchester City selesa mendahului dengan kelebihan 13 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris menjelang Krismas tahun lalu, namun selepas dua kekalahan dalam tiga perlawanan, sambutan tahun ini pastinya hambar buat skuad kendalian Pep Guardiola. Aura City semakin pudar dan peluang merangkul gelaran kedua berturut-turut kini tampak sukar.

5.  BERLIN 23 Dis - Penyerang berpengalaman Franck Ribery berharap kontraknya bersama Bayern Munich akan disambung selepas meledak tiga gol dalam tempoh empat hari membolehkan juara bertahan itu melonjak kedudukan ke tempat kedua dalam saingan Bundesliga, awal pagi tadi.

6.  LONDON 23 Dis - Ole Gunnar Solskjaer mengakui kata-kata semangat daripada bekas wira Manchester United yang lain membantu menyuntik nafas baharu buat kelab itu ketika dia meraih kemenangan pertama sebagai pengurus sementara The Red Devils, malam tadi. Solskjaer yang mengambil alih tempat Jose Mourinho lulus ujian pertama sebagai pengurus apabila anak buahnya merakam kemenangan selesa 5-1 ke atas Cardiff City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

7.  MANCHESTER 23 Dis - Manchester City dikejutkan dengan kekalahan 3-2 di tangan Crystal Palace sebentar tadi, kekalahan kedua penyandang juara itu Liga Perdana Inggeris itu dalam kempen mempertahankan kejuaraan musim ini. Kekalahan itu turut memberi ruang buat Liverpool untuk mempertahankan jurang empat mata di persada liga selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu menewaskan Wolves 2-0 kelmarin.

8.  KUALA LUMPUR 23 Dis - Selangor mengukuhkan dominasi mereka di peringkat remaja apabila muncul juara kategori lelaki dan wanita Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM 2018 di Stadium Juara Bukit Kiara, hari ini. Lebih manis, kejayaan itu membolehkan skuad lelaki dan wanita negeri itu mempertahankan kejuaraan berganda yang turut dimenangi pada edisi pertama tahun lalu.

9.  HONOLULU 23 Dis - Persekitaran perairan Honolulu dan makanan lazat mungkin antara faktor membantu Eugenie Bouchard menyerlah di Terbuka Hawaii, pertandingan pertunjukan yang ditaja sepenuhnya pihak berkuasa pelancongan Hawaii, awal pagi tadi. Dia beraksi pada perlawanan keempat menentang CoCo Vandeweghe - perlawanan yang menjadi tumpuan penonton.

10.  NILAI 23 Dis - Pelumba cacat penglihatan negara, Afiq Afify Rizan dan jurumudi Khairul Adha Rasol, meletakkan sasaran peribadi untuk menyapu bersih emas acara ujian masa 1 kilometer (1KM) dan pecut individu tandem di Kejohanan Basikal Trek Para Asia 2019 (ACC2019) di Jakarta, Indonesia, bulan depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 25 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 17 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from F&N BEVERAGE SHAH ALAM PLANT*

*SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL KEPADA SELURUH FAMILI BELAH ISTERI & TEMAN2 PENGANUT KRISTIAN, KEAMANAN MILIK KITA SEMUA*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:44, SUBUH : 05:54, SYURUK : 07:13, ZOHOR : 13:16, ASAR : 16:39, MAGHRIB : 19:13, ISYAK : 20:28.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap saling menghargai dan menghormati antara rakyat berbilang kaum dan agama, menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik, bersatu dan kuat. Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap budaya bersifat inklusif antara masyarakat majmuk di negara ini kekal berpanjangan serta diwariskan kepada generasi akan datang.*

                 *PAS cemburu dengan kejayaan Pakatan Harapan (PH) sehingga melabel kerajaan baharu ketika ini, hanya mampu bertahan lima tahun sahaja di Putrajaya, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, dakwaan PAS kononnya tidak wujud persefahaman di kalangan komponen PH jelas menunjukkan sikap mereka yang akan kekal sebagai pembangkang sampai bila-bila.*

                 *TINDAKAN lelaki yang ingin memecah tabung milik sebuah masjid di Tasek Gelugor, tidak kesampaian apabila dia dicekup sekumpulan penduduk kampung, smlm. Perbuatan suspek berusia 56 tahun itu disedari imam masjid yang melalui kawasan berkenaan pada 1.30 pagi.*

                 *SEORANG buruh warga Bangladesh maut selepas terjatuh dalam lubang lif dari tingkat tiga di tapak pembinaan bangunan yang hampir siap di Seri Manjung, Manjung, smlm. Mangsa berusia 32 tahun dipercayai sedang melakukan kerja di tingkat atas bangunan terbabit sebelum terjatuh dan pasukan bomba dihubungi bagi operasi menyelamat.*

                 *KEPUTUSAN berhubung pelebaran sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke Sabah akan ditentukan dalam tempoh sebulan. Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, isu terbabit masih dibincangkan.*

                 *SELEPAS kira-kira seminggu usaha menangkap seekor buaya tembaga dijalankan, akhirnya reptilia seberat 200 kilogram itu berjaya ditangkap, petang semalam.Buaya sepanjang 3.4 meter berkenaan dikatakan tersesat masuk ke Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah sejak 14 Disember lalu.*

                 *KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah melantik peguam pemerhati untuk keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia akibat parah dipukul dalam rusuhan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, baru-baru ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, peguam itu, Syazlin Mansor turut bertindak sebagai peguam pemerhati untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).*

                 *SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, smlm, kerana melakukan pecah rumah dan kedai sebelum mencuri peralatan katering serta penghawa dingin.*

                 *“KEADAAN tenang menjadi kecoh apabila beberapa orang jemaah terdengar tangisan bayi malam tadi,” kata salah seorang jemaah Surau Al-Ittifaq AU1A/3E, Taman Keramat Permai, Ampang. Dia yang mahu dikenali sebagai Wan berusia 50-an berkata ketika kejadian itu, jemaah sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak. “Bayi itu ditemui jemaah di dalam kotak di kawasan lapang di belakang tandas surau.*

                 *SEORANG lelaki diburu selepas polis menemui sepucuk pistol bersama peluru yang ditinggalkan dalam satu bungkusan di Kampung Puyut, dekat Jalan Pantai, Lahad Datu, semalam. Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, suspek yang belum dikenal pasti identiti meletakkan bungkusan berisi senjata api itu di hadapan sebuah kedai runcit sebelum melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.*

                 *PENDUDUK kawasan perumahan Taman Desajaya, Seremban bimbang keselamatan mereka terancam berikutan tembok konkrit yang dibina di cerun bukit berhampiran Sungai Paroi, runtuh. Kebimbangan itu kian memuncak sejak awal bulan ini kerana wujud rekahan baharu pada tembok berkenaan yang memungkinkan berlaku runtuhan susulan.*

                  *EMPAT sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini atas pertuduhan membunuh mak nyah di sekitar di daerah Klang, dua minggu lalu. Semua tertuduh iaitu Low Shi Haur, 21; Tan Khim Siang, 19, dan dua remaja lelaki berusia 16 serta 17 tahun mengangguk faham akan pertuduhan bersama dibacakan di hadapan Majsitret Solehah Noratikah Ismail.*

                 *KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun melalui detik cemas kira-kira setengah jam apabila kepalanya tersepit di jeriji pintu rumahnya di Bukit Godek, Semabok, Melaka, smlm. Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa dikatakan sedang bermain dan memanjat jeriji pintu itu. Panik kepala anaknya tidak dapat dikeluarkan, ibu mangsa berusia 40-an meminta bantuan anggota bomba.*

                 *LELAKI maut selepas digilis treler di Jalan Rawang-Batu Arang berhampiran simpang tiga Kawasan Perindustrian Rawang, smlm. Dalam kejadian 11.08 pagi itu, mangsa, Mohammed Naguib Mohd Jumit, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan dada.*

                 *SEBANYAK 10 bilik sewa di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Cemur Off Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 2.16 petang smlm.*

                 *ENAM lagi lelaki, termasuk Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm atas pelbagai pertuduhan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, menjadikan jumlah yang didakwa seramai 24 orang.*

                 *BAGAI aksi dalam filem! Itu yang menggemparkan penduduk Besut selepas menyaksikan adegan polis mengejar penjenayah sejauh lebih 30 kilometer (km) sambil melepaskan tembakan dalam usaha memberhentikan sebuah treler dipercayai dicuri di Pusat Bandar Jengka, Pahang, smlm.*

                 *LIMA anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian anggota Cawangan Khas di hadapan sebuah hotel di Pulau Tikus, Georgetown, Isnin minggu lalu ditukarkan serta-merta ke lokap berpusat. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, setakat ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit dan sudah merekod 15 keterangan.*

                 *EMPAT rumah penduduk Kampung Jambi Laut dan Bagan, Rengit dibanjiri air laut berikutan air pasang besar luar biasa sejak pagi smlm. Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menyebabkan rumah penduduk berkenaan dinaiki air laut sehingga hampir setinggi 0.4 meter.*

                 *PEMANDU lori tangki rentung apabila getah silikon yang digunakan ketika memindahkan diesel bocor menyebabkan berlaku letupan lalu terbakar dalam kejadian di sebuah kilang di Taman Mount Austin, Johor Bahru, smlm. Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi, mangsa G Anil, 22, sedang memindahkan diesel ke sebuah mesin stim makanan di bahagian belakang kilang membuat Dim Sum itu.*

                 *TANGISAN bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan yang dibuang berdekatan jalan di Kampung Bunga Chepir, Sik, smlm menyelamatkannya daripada menjadi mangsa haiwan liar atau dilanggar kenderaan. Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superitendan Abdull Razak Osman berkata, bayi berkenaan ditemui pada 8 pagi oleh seorang peniaga yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk menuju ke dusunnya.*

                 *EMPAT kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilaporkan sesat di Hutan Simpan Sultan Mizan dekat Felda Mengkawang, Hulu Terengganu selepas membuat pemeriksaan di puncak TNB (Tower Top Inspection) ditemi selamat, smlm selepas 15 jam terkandas dalam hutan.*

                 *PAS Pahang mengakui wujudnya desakan daripada akar umbi parti itu di negeri ini yang mahukan wakil daripada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari depan. Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, desakan itu timbul selepas mengambil kira pelbagai faktor serta sentimen politik semasa yang berlaku pada masa kini antaranya isu kontroversi Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, November lalu.*

                 *WANITA 'terkejut beruk' selepas kediamannya diceroboh kera yang disangkanya kucing di bahagian dapur rumah di Sri Aman, semalam. Dalam kejadian 12 tengah hari itu di Jalan Kajatau, Sri Aman, Antonia Asnawati, 40-an, melarikan diri akibat ketakutan selepas haiwan berkenaan mula memecahkan pinggan, selain merosakan beberapa harta benda miliknya.*

                 *TIDAK berbaloi. Itu boleh dikatakan apabila tiga remaja bukan saja memperoleh RM29 hasil meragut seorang lelaki malah mereka turut ditahan polis yang menyedari kejadian itu ketika melakukan tugas cegah jenayah, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu, tindakan mangsa berusia lingkungan 30-an menjerit ketika diragut disedari anggota polis yang ketika itu berada di sekitar Pasar Awam Kulim.*

                 *KULIM: Tindakan lelaki mengugut ingin membunuh ibunya minggu lalu mengundang padah apabila dia ditahan polis di Padang Serai, dekat Kulim, malam smlm. Dalam kejadian 3 petang 14 Disember lalu, suspek yang dipercayai penagih dadah turut mengacukan pisau kepada ibunya yang berusia 54 tahun.*

                 *DUA bot membawa lebih penumpang yang dalam perjalanan dari Pantai Cermin menuju ke Sungai Buloh, Jeram ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, semalam. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kedua-dua bot terbabit ditahan pada jarak 6.4 batu nautika barat Jeram, 12.20 tengah hari, semalam.*

                 *LELAKI diberkas bersama 10 liter air dan 60 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan polis di rumah di Kampung Kelawar, Tanjung Malim, semalam. Serbuan 3 petang itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim hasil maklumat awam dan risikan.*

                 *BENCANA banjir yang menghantui sebahagian besar penduduk negeri ini dijangka sudah berakhir untuk tahun ini berikutan keadaan cuaca baik diramalkan walaupun mengalami fenomena air pasang besar. Bagaimanapun, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu tidak menolak kemungkinan gelombang ketiga banjir melanda negeri ini sekitar Januari tahun depan.*

                 *KERAJAAN Persekutuan menerima rayuan Kedah dengan meluluskan 11 projek membina dan menaiktaraf infrastruktur di negeri ini khususnya masjid untuk dilaksanakan segera melalui kaedah proses tender terbuka.*

                 *KERAJAAN akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga lebih rendah mulai 1 Januari ini berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara bulanan dan sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata, perkara itu akan memberikan kelebihan kepada pengguna jika harga minyak dunia sedang naik, namun disebabkan trend harga minyak adalah menurun, maka kerajaan bersedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) menerima kritikan hebat di media sosial apabila didakwa gagal mengendalikan kejadian tsunami yang melanda Lampung dan Banten pada Sabtu lalu.*
           *Dalam laporan awalnya, BMKG mengumumkan kejadian di Selat Sunda itu berpunca daripada ombak besar akibat bulan penuh, sekali gus menyangkal dakwaan berlakunya tsunami.*
          *”BMKG tidak merekodkan kejadian gempa bumi malam tadi. Apa yang berlaku di Anyer dan kawasan sekitarnya bukan tsunami tetapi ombak besar.*

          *WELLINGTON: Saintis berpendapat insiden tsunami di pulau Jawa pada Sabtu lalu, berpunca daripada gelinciran lereng di bahagian selatan Anak Krakatau ke dalam laut, iaitu beberapa minit sebelum bencana yang mengorbankan ratusan penduduk itu berlaku.*
            *Sekurang-kurangnya 280 penduduk maut, ratusan lagi cedera, manakala puluhan bangunan rosak teruk apabila tsunami berlaku tanpa sebarang amaran di Selat Sunda, iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera.*
             *Sekumpulan saintis semalam mencapai persetujuan, iaitu berdasarkan imej satelit dan pelbagai maklumat yang diperoleh menunjukkan runtuhan pada sebahagian gunung berapi mencetuskan gelombang tsunami terbabit.*

            *BEIJING: Seorang lelaki berusia 60 tahun yang mempunyai koleksi sembilan patung seks tidak kisah dipanggil lelaki miang kerana dia mendakwa hanya menjaga patung itu seperti anak sendiri.*
             *South China Morning Post melaporkan, Yu Zhenguo yang tinggal di daerah Huishui, wilayah Guizhou itu sudah bercerai dengan isterinya sejak lebih sedekad lalu dan membelanjakan sekitar AS $14,500 (RM60,632) untuk membeli pakaian dan aksesori termasuk peralatan muzik untuk patung berkenaan.*
        *Hobi itu menyebabkan dia menjadi buah mulut penduduk setempat terutama selepas dia memuat naik gambar dan video aktivitinya bersama patung terbabit di akaun media sosialnya.*

          *NEW DELHI: Beratus-ratus pengantin perempuan yang tidak mempunyai bapa berkahwin dalam satu majlis besar-besaran ditaja seorang hartawan berlian yang sudah mengahwinkan lebih 3,000 wanita dalam tempoh lapan tahun.*
          *Mahesh Savani percaya dengan mengahwinkan pengantin perempuan akan mendapat restu daripada Tuhan.*
           *Dia sudah menganjurkan dan menaja perkahwinan besar-besaran untuk wanita tiada bapa di Surat pada setiap tahun sejak 2010.*
           *DNA India melaporkan, pada tahun ini seramai 261 wanita termasuk enam beragama Islam dan tiga beragama Kristian dikahwinkan dalam majlis yang dirasmikan Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani.*


*TULAR / POPULAR*
================


         *KEPRIHATINAN dua anggota polis menyelamatkan kucing di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu daripada dilanggar, Khamis lalu menarik perhatian masyarakat selepas ia tular di Facebook.*
          *Sehingga 4 petang, smlm, gambar Sarjan Sulaiman Ali dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu mendapat hampir satu juta tanda suka (like).*
          *Niat murni Sulaiman bersama rakan setugasnya, Koperal I Chamnan nyata diiringi reaksi positif netizen yang rata-ratanya memuji tindakan mereka melindungi kucing di tengah jalan daripada dilanggar.*

         *POLIS menafikan berlaku kejadian culik seperti video tular di laman sosial sejak malam semalam, sebaliknya hanya membabitkan kes kanak-kanak hilang di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.*
             *Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya juga mengesahkan kanak-kanak berkenaan sudah ditemui semula.*
              *“Berdasarkan rakaman video yang tular di laman sosial, semakan sudah dibuat dan polis mendapati kejadian itu hanya membabitkan seorang kanak-kanak yang hilang di sebuah kedai dalam pusat beli-belah berkenaan.*
            *”Kes ini tidak benar (kanak-kanak dilarikan), kita juga tidak menerima sebarang laporan polis berhubung perkara ini.*

         *ANAK jati kelahiran Besut, Terengganu mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menumbangkan juara bertahan sukan lasak Muay Thai dari Vietnam pada Kejohanan Muay Thai Uni Super Championship (USC) di Vietnam, semalam.*
            *Muhammad Azizi Shamsuddina, 19, atau lebih dikenali dengan gelaran Pok Chek Kayu Kelat itu menewaskan jaguh Muay Thai tuan rumah, Wein Choi dengan kiraan mata bagi kategori 51 kilogram (kg).*
           *Pok Chek berkata, dia tidak meletakan sebarang harapan untuk menang pada kejohanan USC itu kerana sedia maklum dengan kehebatan dan pengalaman atlet terbaik dari seluruh negara bertanding.*

         *YAYASAN RIGHTS mengaktifkan tabung bantuan kemanusiaan 'Pray For Anyer' kepada mangsa tsunami di Banten bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana itu.*
            *Menerusi tanda pagar #MuafakatNusantara, ia digerakkan dengan gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia khusus bagi meringankan beban mangsa serta membantu pemulihan kawasan khususnya di Lampung.*
          *Pengasasnya Senator Yusmadi Yusoff berkata, ilham berkenaan dicetuskan, semalam selepas delegasi kedua-dua negara selesai mengadakan forum di Petaling Jaya.*

          *“SELAMAT jalan drummerku tercinta @andi_seventeen ternyata Allah lebih sayang kamu dibanding harus temankan aku di sini.” Demikian kata-kata vokalis kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan sekali gus mengesahkan pemain dram band itu, Windu Andi Damarwan terkorban dalam tragedi tsunami itu.*
         *Ifan, satu-satunya anggota kumpulan itu yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi disahkan terkorban.*
          *Melalui Instagramnya, Ifan turut memuat naik video kumpulan itu membuat persembahan dengan kapsyen menyentuh perasaan. “Husnul khotimah sob, tenang ya, aku tidak akan putus doa buat kamu, Eman dan Bani.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


         ♂ *MOSCOW: Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilaporkan mendapat tawaran lumayan bagi bertarung sekali lagi dengan bekas juara UFC, Conor McGregor pada 2019.*
           *Kedua-dua musuh ketat itu kali pertama membuat perhitungan dua bulan lalu yang menyaksikan Khabib ditabalkan sebagai juara selepas empat pusingan.*
              *Sejurus selepas kekalahan itu, McGregor menerusi laman sosial media miliknya mengatakan yang dia mahu mengulangi pertarungan dengan Khabib.*

          *MUNICH: Bayern Munich terus memantau pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey dengan pemain Wales itu bakal membuat keputusan mengenai masa depannya beberapa minggu lagi.*
           *Ramsey dijangka meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas ini apabila kontraknya tamat selepas 10 tahun bersama kelab itu.*
           *Destinasi seterusnya belum diketahui tetapi difahamkan gergasi Bundesliga Bayern berminat membawanya ke Jerman.*

          *KUALA LUMPUR: Pemain muda berbakat besar, Akhyar Rashid dinasihatkan agar memikirkan semasak-masaknya mengenai masa depan apabila dikaitkan bakal berhijrah ke Perlis musim depan.*
            *Menurut bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh, pasukan Perlis bukanlah destinasi terbaik buat pemain seperti Akhyar yang seharusnya mengintai peluang bermain di tahap lebih tinggi berbanding memperjudikan nasibnya di Liga FAM.*
           *”Saya tak percaya dia (Akhyar) akan menerima tawaran Perlis untuk beraksi di Liga FAM yang kita tahu liga berkenaan adalah saingan divisyen tiga Malaysia.*

          *KUALA TERENGGANU: Pemain berdarah kacukan Malaysia- England, Lee Tuck menyatakan dia masih belum mengadakan pertemuan empat mata dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung statusnya sebagai rakyat negara ini.*
          *Selain itu arkitek Terengganu FC (TFC) itu juga memaklumkan dia belum mendapat ‘lampu hijau’ daripada FAM sama ada bakal diserapkan sebagai pemain tempatan atau terus kekal selaku pemain asing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.*
          *”Saya rasa mereka (FAM) faham dengan keinginan saya untuk menjadi warganegara Malaysia. Walaupun terlalu awal untuk bercakap perkara itu, tapi terpulang kepada mereka (FAM), saya kini hanya tunggu dan lihat perkembangan apa yang akan berlaku,” katanya.*

          *KEHADIRAN dua pemain kebangsaan, Nabil Fiqri Mohd Noor serta Muhammad Azri Hassan dijangka memberi impak besar kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi mengharungi saingan Liga Premier TNB Liga Hoki Malaysia, musim depan.*
           *Ketua jurulatih baru THT, I Vikneswaran yang mengesahkan kehadiran dua muka baharu itu berkata, Nabil dan Azri bukanlah asing kepadanya.*
          *”Saya pernah menjadi jurulatih kepada Azri ketika saingan Liga Hoki Remaja Malaysia bersama UniKL.*

           *KUALA LUMPUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) masih menaruh kepercayaan kepada Lee Jae-hyung untuk terus membimbing skuad negara dengan misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
          *Ketua jurulatih dari Korea Selatan itu mula membimbing skuad negara sejak 2001 dan sudah membantu skuad negara mara ke temasya sukan terbesar dunia itu.*
            *”Kontrak beliau akan berakhir dalam masa terdekat dengan NAAM masih percaya kepada kemampuannya untuk membimbing skuad negara. Jadi, kita akan berbincang dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengenai perkara ini.*

           *MELAKA: Kehadiran ramai pemain berpengalaman dan faktor keserasian bersama jurulatih, Zainal Abidin Hassan membuatkan Raimi Md Nor cukup yakin bahawa skuad Melaka United (MU) mampu menjadi pencabar utama Liga Super bagi musim 2019.*
           *Raimi yang juga bekas pemain pertahanan Selangor dan Pulau Pinang pernah beraksi selama enam musim dengan skuad The Red Giant termasuk ketika di bawah bimbingan Zainal.*
          *Malah, dia sekali lagi mengikut jejak langkah bekas pemain kebangsaan itu bertukar angin apabila berganding bahu memperkuatkan skuad Pulau Pinang dan kali ini, mereka memilih MU.*

          *KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sah mengikat bekas pemain Melaka United (MU), Fauzi Roslan dan Mohd Saufi Muhammad bagi mengisi posisi penyerang serta penjaga gol skuad The Red Warriors (TRW), bagi musim 2019.*
           *Fauzi, 31, atau lebih dikenali sebagai Kojie, anak jati Pekan, Pahang, pernah beraksi sebagai pemain sayap kiri dan penyerang ketika memulakan karier bersama Pahang (2012-2016) dan bagi musim 2017-2018, dia menyarung jersi MU.*
          *Saufi, 27, pemain kelahiran Kuantan, pernah beraksi dengan skuad Piala Presiden Pahang (musim 2012-2015) dan mewakili skuad senior Tok Gajah pada musim 2016.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 25/12/2018 (by: MJI)

1.  PUTRAJAYA 24 Dis. - Kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah itu sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia pada ketika ini.

2.  JAKARTA 23 Dis. - Ketika masyarakat dunia masih terkesan dengan tragedi tsunami Palu hampir tiga bulan lalu, satu lagi bencana serupa melanda bahagian lain di Indonesia malam tadi meragut nyawa sekurang-sekurangnya 222 orang, setakat ini. Sebanyak 843 penduduk pula cedera manakala 28 lagi masih hilang akibat ombak tsunami yang didakwa mencapai ketinggian tiga meter hingga mengakibatkan sebanyak 558 buah rumah, sembilan buah hotel dan 60 gerai makan rosak.

3.  JAKARTA 24 Dis. - Pusat Gempa Bumi dan Tsunami di Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) mengesahkan tsunami di Selat Sunda, kelmarin berlaku akibat aktiviti gunung berapi. BMKG membuat pengesahan itu berdasarkan data yang diperoleh daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI), menunjukkan terdapat endapan batuan gunung berapi di sekitar perairan Pantai Anyer dipercayai dari Gunung Berapi Anak Krakatau.

4.  TANJUNG MALIM 24 Dis. - Polis merampas 60 kilogram daun ketum dan 10 liter air ketum berikutan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kelawar dekat sini semalam. Serbuan pada pukul 3 petang itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mualim.

5.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ahli jemaah Surau Al- Ittifaq di Taman Keramat Permai, Ampang dekat sini gempar apabila menemukan seorang bayi lelaki dalam sebuah kotak dekat sini malam tadi.Difahamkan bayi berkenaan ditemukan oleh salah seorang jemaah surau itu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak pada pukul 8.56 malam tadi.

6.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kerajaan Sarawak tidak menguatkuasakan larangan merokok yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan di semua tempat makan awam bermula tahun hadapan melainkan pentadbiran negeri itu mengguna pakai polisi baharu tersebut. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian memberitahu, Sarawak mempunyai autonomi ke atas perkara itu di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan.

7.  ALOR SETAR 24 Dis. - Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak 11 buah projek untuk tujuan pembangunan segera di negeri ini. MB, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, khabar gembira itu diumumkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan melalui sepucuk surat kepadanya minggu lepas.

8.  KUALA TERENGGANU 24 Dis. - Empat pekerja TNB terkandas di kawasan hutan simpan Sultan Mizan berhampiran Felda Mengkawang, Hulu Terengganu semasa melakukan kerja-kerja pemantauan talian kabel, semalam. Mangsa ialah Nor Muslim Mohd. Dom, 51; Mohd. Amirul Ismail, 30; Muhammad Syazwan Wahab, 30, dan Ahmad Khairi Azman Mohamed, 29, daripada unit pencawang kabel TNB Wilayah Timur di Dungun.

9.  JAKARTA 24 Dis. - Vokalis kumpulan muzik Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan menulis kata puitis buat isterinya, Dylan Sahara yang masih belum ditemukan selepas dibadai Tsunami Selat Sunda kelmarin. Portal detikHot melaporkan, Ifan dalam Instagram Stories memuat naik gambar Dylan ketika bercuti sebelum ini.

10.  SIK 24 Dis. - Seorang penduduk yang dalam perjalanan ke kebunnya terkejut apabila menemukan seorang bayi lelaki yang dibalut menggunakan tuala di Kampung Bunga berhampiran rumah anak yatim Gemilang, Cepir di sini hari ini. Bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu kemudian dibawa ke Hospital Sik untuk pemeriksaan lanjut.

11.  KUANTAN 24 Dis. - Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bakal menawarkan 500 tiket penerbangan seluruh destinasi kepada PATI untuk pulang ke negara asal. Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan kesesakan Pati khususnya yang ditahan di pusat tahanan Imigresen di negara ini.

12.  KUALA LUMPUR, 24 Dis – PPBM (Bersatu) yang bakal mengadakan perhimpunan agung kali kedua hujung minggu ini, dilihat mampu menjadi sebuah parti lebih dominan untuk mewakili kaum Melayu dan Bumiputera pada masa hadapan kata Ketua Penerangan Bersatu Dr. Mohd Radzi Md. Jidin.

13.  SHAH ALAM 24 Dis. - Tindakan dua buah bot membawa penumpang berlebihan membawa padah apabila bot berkenaan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Selangor semalam. Bot penumpang yang dalam perjalanan dari Laut Pantai Cermin itu menuju ke Sungai Buloh, Jeram ditahan kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

14.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Angka mangsa tsunami dan kemusnahan yang berlaku ekoran letusan gunung berapi Anak Krakatau dijangka terus meningkat dengan jumlah nyawa yang terkorban sehingga kini ialah 281 orang manakala lebih 800 orang lagi dilaporkan cedera. Lebih 1,000 mangsa dilaporkan cedera dan mencari tempat perlindungan.

15.  PULAU PINANG 24 Dis. - Kertas siasatan membabitkan kes seorang anggota polis yang ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di Pulau Tikus di sini 17 Disember lalu dijangka dilengkapkan minggu depan. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, sehingga semalam pihak polis telah merakamkan percakapan 15 orang awam bagi membantu siasatan.

16.  JOHOR BAHRU 24 Dis. - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila apabila kedua-duanya terlibat dalam satu kebakaran di sini pagi ini membabitkan lori muatan diesel yang terbakar keseluruhannya. Kejadian berlaku di sebuah kilang di Jalan Mutiara Emas 5/17, Taman Mount Austin, di sini sebentar tadi.

17.  KUALA TERENGGANU 24 Dis. - Fenomena air pasang besar yang melanda pesisir pantai di tujuh daerah di negeri ini dijangka tidak akan menyebabkan berlaku banjir besar. Walaupun paras air meningkat namun jumlah yang direkodkan tidak begitu signifikan disebabkan keadaan cuaca baik beberapa hari ini.

18.  IPOH 24 Dis. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kebersihan yang dihadapi peniaga di Pasar Besar Ipoh di sini. Keadaan pasar itu terutama di bahagian jualan daging yang telah lama tidak dibersihkan menyebabkan peniaga terpaksa menjalankan perniagaan dalam persekitaran kotor.

19.  KANGAR 24 Dis. – AMK Cabang Kangar menggesa kerajaan Pakatan Harapan memberi fokus menunaikan janji dalam manisfesto PRU-14 kerana rakyat kini sudah mula bangkit menuntut janji-janji tersebut. Naib Ketuanya, Abdul Asymawi Syazwi Abdul Halim berkata, sudah tiba masanya Pakatan Hadapan menunaikan janji manisfesto dan bukannya terus memainkan isu seperti siapa PM kelapan.

20.  KOTA BHARU 24 Dis. - Pemandangan padang pasir yang seolah-olah tiada penghujung mewarnai perjalanan kumpulan penunggang 'Gi Mekoh Nga Mutor' sejak memasuki Iran melalui Taftan pada Khamis lalu. Ketua kumpulan, Diami Yusoff, 60, berkata, berbeza dengan suasana gurun dan pergunungan di Pakistan, keadaan di sebelah Iran meskipun jalan rayanya cukup cantik namun mereka bertiga seolah memandang saujana lautan.

21.  PUTRAJAYA 24 Dis. - Sekumpulan aktivis termasuk peguam kontroversi, Siti Zabedah Kassim mendakwa pihak yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan dilihat cuba mengambil peluang menegakkan kebencian, ketaksuban dan ketegangan etnik di negara ini.

22.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kerajaan diharap dapat menjelaskan kepada rakyat jumlah keuntungan hasil jualan petrol yang telah dikutip dari 8 November lalu sehingga ketika ini, disebabkan perbezaan harga bahan api itu. MP Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana sejak enam minggu lalu kerajaan PH mengenakan cukai terhadap petrol meskipun harga minyak mentah dunia mengalami penurunan.

23.  PULAU PINANG 24 Dis. - Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah sepatutnya ditambah kerana disifatkan terlalu sedikit ketika ini berbanding subjek lain. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, peruntukan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan ketika ini hanya 96 jam minimum setahundan tambahan 32 waktu untuk tasmik.

24.  KLANG 24 Dis.- Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki berperwatakan wanita atau maknyah dua minggu lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap Low Shi Haur, 21, Tan Kim Shiang, 19, bersama dua lagi rakan masing-masing berusia 16 dan 17 tahun di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail.

25.  PETALING JAYA 24 Dis. - Enam lelaki termasuk Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pelbagai pertuduhan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, bulan lalu. M. Manimaran, 38, dan lima yang lain bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.

26.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Gara-gara mencuri pelbagai barangan mentah dan pakaian dalam, seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini. Rindi, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan selain hukuman penjaranya ditambah lagi sebulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

27.  IPOH 24 Dis. - Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong desakan supaya Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai tidak wajar. Menurutnya, seorang Menteri tidak boleh meminta rakannya 'dipancung' atau meletak jawatan.

28.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tindakan kerajaan mengenalkan harga RON95 pada RM2.20 sedangkan harga minyak mentah dunia meunjukkan trend menurun terus mengundang kritikan. Terbaharu, bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak pula menyindir tindakan tersebut dan menyifatkan kerajaan malu untuk mengakui fakta tersebut.

29.  RANTAU PANJANG 24 Dis. - Jabatan Imigresen Malaysia akan menambah baik kemudahan prasarana di pintu masuk dan keluar dari negara ini dalam usaha mengurangkan kesesakan ketika kerja-kerja pengesahan pasport terutama pada waktu puncak. Bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke pengetahuan KDN terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

30.  KOTA BHARU 24 Dis. - Semua pihak termasuk di peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diminta menghentikan segera sentimen politik dalam pengagihan bantuan dan input pertanian kepada golongan petani. Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapati masih lagi terdapat kes-kes pihak yang layak tidak mendapat sumbangan dan subsidi pertanian disebabkan perbezaan idealogi politik.

31.  HULU TERENGGANU 24 Dis. - Empat pekerja TNB yang terkandas 15 jam di kawasan hutan simpan Mizan berhampiran Felda Mengkawang dekat sini akhirnya ditemukan selamat pagi ini. Mangsa pertama, Nor Muslim Mohd. Dom, 51, ditemukan pada pukul 9.40 pagi setelah berjaya keluar dari lokasi hutan ke Kampung Lubuk Periuk.

32.  PULAU PINANG 24 Dis. - Parti Gerakan mendesak Kerajaan PH segera menurunkan harga petrol RON 95 sekurang-kurang kepada harga RM1.90 seliter selari dengan penurunan harga minyak dunia. Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, langkah membiarkan rakyat terus memberi subsidi kepada dengan membayar RM2.20 seliter bagi bahan bakar itu jelas bertentangan dengan janji PH selama ini.

33.  PUTRAJAYA 24 Dis. - Sembilan lelaki yang leka bermain judi bola golek tidak sempat melarikan diri apabila diserbu sepasukan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) IPK Selangor. Mereka ditahan dalam serbuan yang dijalankan di tapak projek pembangunan Putrajaya di sini, malam semalam.

34.  JASIN 24 Dis. - Tujuh cedera apabila sebuah ambulans yang dalam perjalanan membawa empat orang pesakit terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat Taman Merah, Sungai Rambai di Lebuh Alor Gajah-Melaka Jasin (AMJ) dekat sini pagi ini.

35.  PONTIAN 24 Dis. - Taman Negara Johor Tanjung Piai di sini mula menjadi tumpuan orang ramai sejak semalam berikutan fenomena air pasang besar yang melimpah hingga ke tangga pintu masuk kawasan itu. Pengurus taman tersebut, Norwati Abdul Wahab berkata, fenomena air pasang besar setinggi 3.6 meter yang berlaku pada hari ini bermula pukul 11 pagi hingga 1 petang.

36.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Nampaknya petisyen yang digerakkan untuk mengekalkan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 19 November lalu kurang mendapat sambutan daripada rakyat apabila hanya mampu mengumpul sekitar 33,000 tandatangan setakat petang tadi.

37.  KOTA BHARU 24 Dis. - Gara-gara membelasah seorang suspek kes curi sehingga patah kedua belah tangan serta kaki kiri pada awal bulan ini, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Shukri Salleh, 42, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

38.  ALOR GAJAH 24 Dis. - Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram yang dipercayai `sesat’ di Empangan Durian Tunggal dekat sini berjaya ditangkap Jabatan Perhilitan negeri petang semalam. Reptilia sepanjang 3.4 meter itu sebelum ini disedari muncul di empangan tersebut sejak 14 Disember lalu oleh penduduk yang kemudian segera memaklumkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

39.  KEMAMAN 24 Dis. - Skuad Uniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah ini hari ini menganjurkan program Simulasi Menyelamat Mangsa Banjir di Dataran Ayoh Sor, Kampung Bukit Mentok dekat sini. Program sehari itu merupakan anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), JPBM, APM, dan PDRM.

40.  LUMUT 24 Dis. - Seorang lelaki warga Bangladesh maut setelah terjatuh ke dalam lubang ruangan lift dari tingkat tiga sebuah bangunan yang hampir siap di Seri Manjung di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.40 petang.

41.  KUALA LUMPUR 24 Dis.- Polis yakin kes bunuh Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang dipercayai dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Marriamman, USJ25 dekat sini akan selesai dalam masa terdekat. Timbalan KPN, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ini kerana kertas siasatan kes tersebut semakin lengkap.

42.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas, adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

43.  PUTRAJAYA 24 Dis.- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (Ssemkl) yang dibangunkan di kawasan seluas 2.8 hektar di Jalan Seladang, Pudu di ibu negara telah menerima perakuan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dan dijangka bersedia untuk beroperasi sepenuhnya bermula Januari 2018.

44.  LAHAD DATU, 24 Dis - Penduduk Lahad Datu kini boleh memberi maklumat dan aduan langsung kepada polis di daerah ini menerusi talian aplikasi WhatsApp di 019-2186984. KPD Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata penyaluran maklumat melalui aplikasi itu merupakan antara langkah yang dilaksana polis untuk mencegah jenayah serta dapat mendekati masyarakat.

45.  ALOR SETAR, 24 Dis - Polis menahan tiga remaja lelaki yang cuba meragut seorang lelaki OKU di hadapan sebuah bank di pekan Kulim, semalam. KPD Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, empat anggota polis yang sedang melalui kawasan pasar awam berhampiran, terdengar jeritan dari arah bank berkenaan.

46.  KOTA KINABALU, 24 Dis - Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membuat laporan polis berhubung lima kejadian melibatkan bekalan air terputus di beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu pada Sabtu lepas. Pengarahnya Ir Amarjit Singh berkata laporan itu dibuat kira-kira 11 pagi semalam (Ahad) di Balai Polis Luyang apabila hasil pemeriksaan terhadap keadaan saluran paip di kawasan terjejas mendapati ia seperti perbuatan yang disengajakan.

47.  SHAH ALAM, 24 Dis - Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematia anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan dianjurkan di Klang dekat sini, petang esok dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Timbalan KP Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata pihaknya akan menempatkan pegawai polis yang mencukupi bagi mengawal keselamatan sepanjang perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy'.

48.  JOHOR BAHRU, 24 Dis - Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi mangsa melecur 95 peratus dalam satu kebakaran di sebuah kilang memproses dan membuat makanan di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, di sini pagi tadi. Pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran kilang makanan membuat dim sum itu pada 10.23 pagi.

49.  KANGAR, 24 Dis - KPDNHEP Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut hitam. Pengarahnya Khairul Amin Talib berkata pemantauan akan diteruskan hingga 6 Januari depan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan terutama menjelang pembukaan sesi persekolahan awal Januari ini.

50.  IPOH, 24 Dis - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta segera membersihkan kawasan Pasar Besar di sini yang didakwa telah lama tidak dicuci, kata Exco negeri, A. Sivanesan. Beliau berkata ia perlu dilaksanakan berikutan aduan beberapa peniaga di pasar terbabit yang merasakan tahap kebersihan tidak memuaskan sehingga mengundang kehadiran haiwan perosak seperti tikus.

51.  JOHOR BAHRU, 24 Dis - Polis Johor akan meletakkan pegawai perhubungan di rumah-rumah ibadat termasuk kuil, gereja dan tokong di negeri ini bagi membendung sebarang insiden mahupun kegiatan jenayah. KP Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, setakat ini terdapat 668 buah masjid yang telah diletakkan masing-masing seorang pegawai ataupun anggota yang berperanan sebagai pegawai perhubungan masjid (PPM).

52.  RANTAU PANJANG, 24 Dis - Jabatan Imigresen bersedia untuk menambah lebih banyak kaunter pengesahan dan menggunakan teknologi terkini untuk mengatasi masalah kesesakan di semua pintu masuk sempadan negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata bagaimanapun ia perlu diperbincangkan di peringkat pusat kerana membabitkan pelbagai perkara termasuk kos.

53.  KUANTAN 24 Dis. - Seorang penuntut Kolej Vokasional Shah Alam, Selangor maut setelah motosikal jenis SYM ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Saga FLX di Jalan Taman Perdana, Pekan dekat sini hari ini. Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang petang itu ialah Mohammad Mukhriz Haykel Mohammad Mahayaddin, 16, yang berasal di Taman Ketapang Mawar, Pekan.

54.  KUALA LUMPUR, 24 Dis - Pihak penjaja dan peniaga kecil mampu mengurangkan kos pengurusan sampah yang mencecah jutaan ringgit setiap tahun seandainya sisa tersebut diuruskan dengan betul dan sistematik. kata Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL Jabarilah Jaafar.

55.  KUCHING, 24 Dis - Perkembangan teknologi komunikasi menerusi media sosial menyaksikan seorang pengusaha kek lapis menggunakan peluang sepenuhnya kemudahan tersebut untuk menjual produk terkenal negeri Sarawak itu dengan lebih meluas. Pengusaha Kek Lapis Sarawak Siti Payung berkata jualan dalam talian menyumbang kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan hasil jualan perniagaan yang diusahakan bersama isterinya itu.

56.  KUALA LUMPUR, 24 Dis - Rakyat Malaysia perlu untuk terus menunjukkan rasa hormat, persefahaman dan perasaan sayang dalam kalangan mereka, kata TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata rakyat negara ini juga perlu terus mengekalkan keamanan dan ikatan persahabatan sedia ada dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

57.  PUTRAJAYA 24 Dis.- KPKT melantik seorang peguam iaitu, Syazlin Mansor yang bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

58.  KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kerajaan Persekutuan melalui JAKOA sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Kenyataan aktivis, Shariffa Sabrina Syed Akil yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today bahawa gerak kerja kerajaan sekarang dan kerajaan dahulu adalah sama terhadap golongan Orang Asli seakan-akan menunjukkan hak yang dimiliki golongan tersebut terabai.

59.  JOHOR BAHRU 24 Dis. – MP Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad sehingga kini masih belum menghantar surat keluar parti kepada Badan Perhubungan UMNO negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, status Abdul Latiff sampai sekarang masih menjadi tanda tanya malah sehingga kini tidak menunjukkan kecenderungan untuk menyertai mana-mana politik.

60.  KOTA BHARU 24 Dis. - Wanita yang menggemparkan kawasan kunjungan pelancong di hadapan sebuah hotel di Wakaf Che Yeh dengan berbogel dan mengamuk dengan sebilah pisau pada 16 Disember lalu mendakwa dia dirasuk sehingga lupa diri. Wanita berusia 31 tahun berasal dari Tumpat itu tidak mengakui dia telah melakukan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan dua wanita serta seorang kanak-kanak tercedera.

BERITA SUKAN:

1.  MILAN 24 Dis - Pemain tengah Inter Milan, Radja Nainggolan digantung pasukannya atas alasan disiplin sekali gus melengkapkan tahun mengecewakan buat pemain itu yang sebelum ini mengumumkan persaraan daripada karier antarabangsa selepas diketepikan dalam senarai skuad Belgium ke Piala Dunia.

2.   BERLIN 24 Dis - Wolfsburg mengekalkan rekod tanpa kalah mereka kepada enam perlawanan dan melonjak ke tangga kelima Bundesliga selepas menewaskan Augsburg 3-2, awal pagi tadi. Tonggak pertahanan, Yannick Gerhardt muncul wira Wolfsburg apabila meledak gol kemenangan pasukan itu.

3.  KOTA BHARU 24 Dis – KAFA sah mengikat bekas pemain Melaka United (MU), Fauzi Roslan dan Mohd Saufi Muhammad bagi mengisi posisi penyerang serta penjaga gol skuad TRW, bagi musim 2019. Fauzi, 31, atau lebih dikenali sebagai Kojie, anak jati Pekan, Pahang, pernah beraksi sebagai pemain sayap kiri dan penyerang ketika memulakan karier bersama Pahang (2012-2016) dan bagi musim 2017-2018, dia menyarung jersi MU.

4.  LIVERPOOL 24 Dis. - Penyerang Tottenham, Harry Kane berkata, tiada alasan mengapa pasukannya tidak mampu bersaing bagi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris. Kane meledakkan dua gol sewaktu membantu Tottenham membenam Everton 6-2, hari ini, untuk terus meningkatkan tekanan ke atas dua pasukan yang menghuni kedudukan teratas carta Liga Perdana, Liverpool dan Manchester City.

5.  ACAPULCO 24 Dis - Edisi ke-29 Abierto Mexicano Telcel dijangka berlangsung di Acapulco Princess Mundo Imperial antara 25 Februari hingga 2 Mac dan seperti musim lalu ia antara paling sukar dalam kejohanan ATP 500 dengan empat pemain dalam kelompok 10 terbaik dan juara Grand Slam tiga kali akan turut beraksi.

6.  KUALA LUMPUR 24 Dis - Pemain skuasy berbakat, Siow Yee Xian menaruh harapan penampilan terakhirnya pada Terbuka Remaja British di Birmingham dari 2 hingga 6 Januari berakhir dengan kenangan manis. Yee Xian, yang sudah melebihi umur pada edisi 2020, menyasarkan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir dalam kejohanan yang dianggap berprestij itu selain Kejohanan Remaja Dunia.

7.  KUALA LUMPUR 24 Dis - Kehadiran dua pemain kebangsaan, Nabil Fiqri Mohd Noor serta Muhammad Azri Hassan dijangka memberi impak besar kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) bagi mengharungi saingan Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia musim depan. Ketua jurulatih baru THT, I Vikneswaran yang mengesahkan kehadiran dua muka baharu itu berkata, Nabil dan Azri bukanlah asing kepadanya.

8.  KUALA LUMPUR 24 Dis - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) masih menaruh kepercayaan kepada Lee Jae-hyung untuk terus membimbing skuad negara dengan misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ketua jurulatih dari Korea Selatan itu mula membimbing skuad negara sejak 2001 dan sudah membantu skuad negara mara ke temasya sukan terbesar dunia itu.

9.  MOSCOW 24 Dis - Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilaporkan mendapat tawaran lumayan bagi bertarung sekali lagi dengan bekas juara UFC, Conor McGregor pada 2019. Kedua-dua musuh ketat itu kali pertama membuat perhitungan dua bulan lalu yang menyaksikan Khabib ditabalkan sebagai juara selepas empat pusingan.

10.  LONDON 24 Dis. - Fernando Alonso mungkin akan kembali ke pangkuan Formula 1 (F1) seawal tahun depan dengan McLaren amat berharap juara dunia dua kali itu dapat memainkan peranan sebagai mentor kepada pemandu remaja Britain, Lando Norris. Alonso, 37, menamatkan kariernya dalam kancah F1 pada perlumbaan terakhir musim di Grand Prix Abu Dhabi, bulan lalu.

NOTA:
Untuk makluman, saya akan keluar kawasan untuk berehat selama dua tiga hari. Oleh itu, mulai esok BHI tidak dapat disediakan. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 26 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 18 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from taman sentosa klang*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:45, SUBUH : 05:55, SYURUK : 07:14, ZOHOR : 13:16, ASAR : 16:39, MAGHRIB : 19:13, ISYAK : 20:28.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *LEBIH 1,000 peserta Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy menyertai solat jenazah ghaib dianjurkan Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS) di Masjid Bandar Diraja, Klang, smlm. Solat jenazah ghaib itu diimamkan imam masjid, Mohd Azrun Tuniran selepas solat Asar berjemaah.*

                 *BEKAS Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Tan Sri Law Hieng Ding meninggal dunia, pada 5 pagi smlm ketika berusia 83 tahun. "Kita kehilangan anak watan Sarawak yang terbilang, yang berkhidmat dan menabur bakti untuk Sarawak dalam Kabinet Malaysia,” kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian.*

                 *MAYAT pemancing yang hilang ketika memancing di kawasan Air Terjun Pecah Batu, Trong, Taiping, semalam, dijumpai 1.45 tengah hari smlm. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, mayat Muhammad Taufik Mahamad, 29, ditemukan oleh Pasukan Penyelam di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar selepas operasi mencari dan menyelamat disambung 9 pagi.*

                 *PAS menyifatkan UMNO ibarat bahtera bocor, sekali gus menafikan dakwaan ia akan bergabung sebagai sebuah parti politik. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata gabungan kedua-dua parti itu akan hanya menambahkan kesulitan. "UMNO sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama.*

                 *AKIBAT perselisihan faham antara dua rakan serumah, seorang daripada mereka maut selepas kepalanya terhantuk pada dinding di hadapan rumah sewa mereka di pangsapuri dekat Jalan Prima 3, Taman Kepong, Kepong, Kuala Lumpur, smlm. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, wanita berusia 65 tahun berkenaan dikatakan bertengkar dengan rakan serumahnya sebelum berlaku tolak-menolak di balkoni di hadapan rumah didiami mereka.*

                 *PENGAWAL keselamatan cedera dibelasah dua lelaki di kuarters pekerja di Kuala Baram, Miri, kelmarin. Dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki berusia 30-an itu cedera di beberapa anggota badan akibat ditumbuk dan diserang menggunakan senjata tajam. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan kes sedang disiasat.*

                 *SEBUAH kedai menjual alat ganti kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Bechah Kura, Peringat, Kota Bharu, semalam. Kebakaran berlaku jam 8.10 malam menyebabkan premis berkenaan musnah lebih 80 peratus.*

                 *PENGGUNA dikhuatiri bakal berdepan masalah mendapatkan petrol dan diesel apabila semua tangki penyimpanan di stesen minyak dijangka kering menjelang 1 Januari depan. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (BUMIPEDA), Datuk Abu Samah Bachik ketika menyuarakan amaran itu berkata, ia berpunca daripada keengganan pengusaha stesen minyak menambah simpanan dalam tangki menjelang penghujung bulan ini.*

                 *LELAKI berusia 21 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki warga Bangladesh dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di Sungai Kinta berhampiran Sungai Galah dekat Kampung Gajah, 18 Disember lalu.*

                 *MALAYSIA tidak akan menerima sebarang kesan daripada gelombang tsunami susulan ‘anak Krakatau’ yang ketika ini masih menunjukkan letusan aktif berhampiran Selat Sunda. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Alui Bahari berkata, beberapa faktor, termasuk geografi dan jarak dari runtuhan rekahan gunung itu menyebabkan seluruh persisiran pantai negara ini bebas daripada ancaman tsunami.*

                 *SERAMAI 18 individu termasuk pelakon wanita dibebaskan dengan jaminan polis, semalam selepas ditahan dalam serbuan berhubung aktiviti pesta liar di kondominium mewah di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, Rabu lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya menahan 19 individu dalam serbuan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam, Rabu lalu.*

                 *DUA sahabat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Rengas, di Kuala Terengganu, semalam. Dalam kejadian 6.20 petang itu, penunggang motosikal Yamaha Y125ZR, Mohd Jailani Yusuf, 40, dan pemboncengnya, Nik Fairoz Nik Soh, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.*

                 *LELAKI diburu polis selepas melarikan telefon bimbit di kedai menjual alat telekomunikasi di Chukai, Rabu lalu. Berikutan itu, polis meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya suspek terbabit. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, perbuatan supek mencuri telefon itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.*

                 *AHLI Parlimen Masjid Tanah yang keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin menjelaskan, beliau bukan tidak sayang UMNO tetapi lebih mengutamakan kelangsungan politik orang Melayu. Beliau mendakwa, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lalu, orang Melayu menghadapi masalah perpecahan yang amat serius berikutan ada pelbagai parti yang mewakili perjuangan politik mereka.*

                 *Sik: “Saya mengesyaki sesuatu apabila nampak ada gumpalan tuala atas bungkusan surat khabar di tepi jalan di selekoh berhampiran kebun getah lalu segera memeriksa dan melihat isi kandungannya. Namun saya terkejut apabila terdengar bunyi seperti kucing sebelum mendapati ada bayi yang berlumuran darah dan masih hidup dalam bungkusan tuala itu,” kata Mohd Nurhuda Abd Aziz, 18.*

                 *LIMA pemandu ditahan awal pagi smlm dan akan dituduh di mahkamah hari ini kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk akibat pengaruh alkohol. Kelima-lima mereka ditahan menerusi Op Mabuk Ambang Krismas oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar ibu negara, bermula 2 pagi smlm.*

                 *PEMANCING yang dilaporkan hilang semalam ketika cuba berenang ke darat di Kampung Seri Pantai di Mersing, ditemui lemas pada jarak kira-kira satu kilometer arah utara dari lokasi kejadian, tengah malam tadi. Mayat Sudirman Mohamad, 36, ditemui pada 12.30 tengah malam tadi oleh pekerja resort berdekatan.*

                 *PEMANDU kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaannya itu terbabas dekat susur Kilometer 11, Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam di Johor Bahru, smlm. Dalam kemalangan 6.30 pagi itu, pemandu Toyota Estima yang hanya dikenali sebagai Ten Ki, 41, maut di tempat kejadian yang menghala ke Taman Perling.*

                 *RUMAH satu tingkat dan sebuah motosikal Honda Wave musnah dalam kebakaran di Kampung Alor Keriang, Jalan Alor Mengkudu, di Alor Setar, malam smlm. Dalam kejadian 8.15 malam itu, tiada mangsa dilaporkan berada di dalam rumah berkenaan dan api berjaya dikawal dari merebak.*

                 *MAYAT seorang lelaki ditemui dengan kesan tiga tikaman di perut dan kelar di leher dalam longkang di Mak Mandin, Butterworth, smlm. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mayat mangsa Ong Mok Hoe, 48, ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang ramai dalam longkang sebelum mereka menghubungi polis.*

                 *LELAKI dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Golok, dekat Rantau Panjang, smlm. Pada kejadian 4.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Sukri Mohd Yusof, 34. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Othman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, ja 4.40 petang.*

                 *WANITA meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar sebuah kenderaan lain di Kilometer 13.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dekat Petaling Jaya, smlm. Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, Hasnina Norsafri, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

                 *KIRA-KIRA 40 peratus daripada 419,000 usahawan kecil dan sederhana yang meminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, dikenal pasti culas untuk membayar balik pinjaman berkenaan. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor, berkata daripada jumlah berkenaan, lebih 100 kes dibawa ke mahkamah kerana enggan membayar balik selain tidak memberi kerjasama.*

                 *ORANG Kurang Upaya (OKU) antara yang hadir memberi sokongan kepada Perhimpunan Aman ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy’ yang berlangsung di Dataran Seni, Klang, smlm. Mereka turut berarak sejauh kira-kira 500 meter bersama-sama orang ramai dari Masjid Bandar Diraja Klang, sebelum menuju ke dataran itu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *JAKARTA: Jumlah korban tsunami di pantai Selat Sunda sehingga petang ini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 429 orang manakala lebih 1,485 cedera.*
         *Portal berita Indonesia, termasuk CNBC Indonesia dan Detik News, melaporkan jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 154 lagi masih hilang akibat tsunami yang berlaku hasil aktiviti gunung berapi Anak Krakatau malam Sabtu lalu.*
         *”Sehingga kini, 1,485 orang cedera sementara 128 masih hilang,” kata Sutopo dalam kenyataan kepada media di sini.*
            *Liputan6 melaporkan, Sutopo berkata, maklumat terbaru bencana itu menunjukkan 882 rumah musnah atau rosak teruk, selain 73 hotel, kedai (60 unit), sampan dan kapal (434 unit).*

           *CARITA (Indonesia): Seorang budak lelaki berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap hampir 12 jam dalam sebuah kereta yang dihanyutkan tsunami yang melanda Selat Sunda pada malam Sabtu lalu.*
           *Media Indonesia melaporkan budak lelaki itu ditemui dalam sebuah kereta yang ditimbuni kayu pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan) berhampiran hotel Mutiara Resort di Pantai Carita.*
         *Budak lelaki yang dikenali sebagai Ali itu diselamatkan selepas anggota penyelamat mendengar suaranya menangis di dalam timbunan kayu berkenaan.*

           *Bangkok: Seorang bintang YouTube berdepan dakwaan menghina raja selepas tindakannya mengkritik gaun yang dipakai peserta Miss Universe yang direka anak perempuan Raja Thailand, Raja Vajiralongkorn.*
            *Daily Mail melaporkan, Wanchleom Jamneanphol dikatakan memuat naik status di Facebook yang mengkritik gaun dipakai peserta Thailand, Sophida Kanchanarin dalam pertandingan diadakan di wilayah Nonthaburi itu sebagai buruk.*
         *Gaun itu adalah hasil rekaan anak perempuan Vajiralongkorn yang berusia 31 tahun, Puteri Sirivannavari Nariratana.*
          *Undang-Undang Lese-Majeste (derhaka) di Thailand melarang rakyatnya mengkritik monarki itu.*

        *TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, smlm, akibat serangan pengebom nekad di Kementerian Luar Libya di ibu negara itu.*
           *Menurut sumber keselamatan, beberapa penyerang terbabit disyaki daripada kumpulan Daesh.*
            *Katanya, tiga penyerang memulakan serangan dengan bom kereta yang mengakibatkan beberapa kenderaan dan bangunan rosak, kemudian mereka melepaskan tembakan.*
            *Dua suspek berjaya masuk ke dalam bangunan kementerian itu dan meletupkan diri sementara seorang lagi berjaya dibunuh pengawal kementerian, kata sumber itu lagi.*

          *BEIJING: Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 21 lagi cedera akibat dirempuh bas selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau merampas bas berkenaan di Longyan, wilayah Fujian, smlm.*
         *Menurut kenyataan polis Longyan, bas berkenaan yang dirampas pada tengah hari, merempuh pejalan kaki dan polis sudah menahan seorang suspek.*
          *Gambar yang disiarkan di media sosial China menunjukkan lokasi kejadian yang kelam kabut dengan motosikal terbalik serta mangsa bergelimpangan di atas jalan raya.*
          *Satu rakaman video menunjukkan polis bergelut dengan suspek sebelum berjaya merebahkanya sebelum diahan.*

          *BANGKOK: Thailand meluluskan ganja untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan, smlm, dan muncul sebagai negara pertama di rantau Asia yang mempunyai undang-undang dadah paling ketat di dunia dalam membenarkan dadah itu.*
           *Parlimen Thailand yang dilantik junta mengundi untuk menyokong pindaan Akta Narkotik 1979 dalam sesi parlimen tambahan, sebelum cuti Tahun Baharu.*
            *Thailand mempunyai tradisi menggunakan ganja untuk mengurangkan rasa sakit dan keletihan sehingga 1930-an.*
          *”Ini adalah hadiah Tahun Baharu daripada Dewan Perundangan Nasional kepada kerajaan dan rakyat Thailand,” kata pengerusi jawatankuasa penggubal, Somchai Sawangkarn.*

         *GUNUNG berapi di Mount Etna, Itali dilaporkan meletus smlm dengan mengeluarkan debu selain menghasilkan beberapa gempa bumi kecil sehingga menyebabkan penutupan sebahagian ruang udara Sicily di sekitar pergunungan itu.*
          *Institut Gempa Bumi Itali (INGV) mengira lebih 130 gegaran seismik di zon itu dengan rekod paling kuat mencecah 4.0 magnitud.*
         *”Letusan berlaku pada bahagian pergunungan Etna.*
        *”Ia letusan lateral pertama dalam tempoh lebih 10 tahun, namun seperti tidak berbahaya,” kata pakar gunung berapi INGV, Boris Behncke memberitahu AFP.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *POLIS mengenal pasti lima individu dipercayai terbabit memukul pemandu bas ekspres di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah Timur di Kuantan, semalam.*
         *Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa selepas video memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki, tular.*
         *”Siasatan awal kita mendapati rasa tidak puas hati menjadi punca pergaduhan. Kakitangan gerai itu juga sudah membuat laporan polis mendakwa berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka dengan pemandu bas ekspres terbabit.*
          *Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham antara mereka.*

           *PANTAI peranginan dari Kuala Linggi, ke Pengkalan Balak di Masjid Tanah dekat Alor Gajah, dipenuhi pengunjung yang menikmati cuti umum Krismas, hari ini, meskipun kawasan itu pernah digemparkan dengan kehadiran buaya sebelum ini.*
         *Tinjauan NSTP dari Kuala Linggi ke Pengkalan Balak yang sejauh kira-kira 20 kilometer (km) smlm mendapati pantai indah semula jadi di kawasan berkenaan menjadi pilihan untuk orang ramai beriadah bersama anggota keluarga masing-masing.*
            *Pengunjung, Nur Najihah Yaakob, 23, berkata, dia mengambil kesempatan cuti umum untuk membawa anak saudaranya berkelah di pantai Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru walaupun menyedari seekor buaya tembaga pernah terperangkap pada rawai nelayan di pantai itu hujung bulan lalu.*

           *KUALA LUMPUR: Haiwan liar kambing gurun kerap dianggap sebagai ‘ibu duit’ bagi golongan peniaga ubat-ubatan tradisional.*
          *Ini berikutan organ kambing gurun termasuk kepalanya boleh direndam berulang kali di dalam minyak kelapa sebelum dijual pada harga hingga RM50 sebotol.*
           *Permintaan terhadap minyak kambing gurun yang didakwa boleh menyembuhkan 1,001 penyakit menyebabkan haiwan liar dilindungi itu menjadi buruan.*
            *Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, terbaru pihaknya menahan dua lelaki di Lojing, Gua Musang, Kelantan.*
             *Menurutnya, suspek dipercayai melakukan kegiatan menjerat dan menyimpan hidupan liar dilindungi spesies kambing urun.*

           *PENEMUAN labi-labi muncung babi atau nama saintifiknya, Carettochelys insculpta di Taman Bukit Pelindung di Kuantan, menimbulkan persoalan kerana spesies berkenaan bukan berasal dari Malaysia.*
         *Reptilia berasal dari Utara Australia dan Selatan New Guinea itu mungkin dibela penduduk tempatan yang membawanya masuk dari luar negara sebelum melepaskannya apabila ia sudah besar.*
            *Ia dianggarkan seberat tujuh kilogram (kg) berkenaan diselamatkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan yang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi smlm.*

           *ISTERI vokalis kumpulan muzik Indonesia, Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan, selamat dikebumikan di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia, smlm.*
         *Dylan Sahara Puteri antara mangsa korban tsunami di Selat Sunda, Indonesia, Sabtu lalu.*
           *Selain Dylan, tiga lagi ahli kumpulan Seventeen serta pengurus band itu, Oki Wijaya, termasuk pemain bass; Bani, pemain dram; Andi dan pemain gitar; Herman turut maut dalam tragedi yang membadai persisiran pantai Banten dan Lampung.*
           *"Bukan hanya untuk isteri dan rakan-rakan Seventeen saja, saya juga mohon doa untuk semua mangsa tsunami agar amalan mereka diterima di sisi Allah SWT dan semoga husnul khotimah,” kata Ifan.*
            *Satu video memaparkan detik terakhir kumpulan itu sedang mengadakan persembahan sebelum ombak tsunami datang ‘menyapu’ pentas dan penonton, tular di laman sosial.*
            *Ifan satu-satunya ahli kumpulan Seventeen yang terselamat dalam kejadian itu.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON:Bekas pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson dilaporkan turut campur tangan mendapatkan khidmat bekas penyerang kelab itu, Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus sementara Red Devils.*
          *Solskjaer dipilih untuk mengambil alih tugas pengurus di Old Trafford, selepas Naib Pengerusi Eksekutif kelab itu, Ed Woodward mengambil keputusan untuk memecat Jose Mourinho, sebaik tewas kepada Liverpool di Anfield.*
         *Pada masa sama, Ferguson juga dikatakan menjadi watak penting mendapatkan semula bekas pembantunya, Mike Phelan, 56,untuk menggalas tugas sama membantu Solskjaer.*
          *Woodward begitu terdesak untuk mendapatkan pengganti yang tepat selepas kegagalan David Moyes, Louis van Gaal dan Mourinho.*

         *LONDON: Boss KTM, Mike Leitner yakin Dani Pedrosa mampu membantu pengeluar jentera dua roda itu mengorak ‘langkah ke depan’ dalam MotoGP selain menepis tanggapan beberapa pihak mengenai berat badan pelumba Sepanyol berkenaan yang mungkin mengganggu kapasiti data ketika ujian.*
          *Pedrosa mula dikaitkan sebagai pelumba ujian buat KTM ketika rehat musim panas lalu yang menyaksikan Mika Kallio (pelumba ujian) mengalami kecederaan kritikal.*
             *Beberapa pihak juga mempersoalkan penyertaan Pedrosa. Dengan berat badan hanya 51 kilogram) - kira-kira 9kg kurang berbanding anggaran biasa bagi pelumba MotoGP - terdapat asas unik mengapa Pedrosa tidak boleh menjadi calon untuk menguji jentera yang akan ditunggang pelumba sebenar KTM, Pol espargaro dan Johann Zarco.*

        *MELBOURNE: Persiapan skuad Piala Asia Australia mendapat tamparan hebat apabila pemain tengah Huddersfield, Aaron Mooy terpaksa diketepikan daripada kejohanan itu selepas pemeriksaan lanjut mengesahkan dia mengalami kecederaan yang serius.*
         *Mooy berada di kemuncak prestasi musim ini tetapi mengalami kecederaan ligamen di lutut kanan ketika menentang Arsenal awal bulan ini.*
          *Huddersfield pada mulanya mahu merehatkannya sehingga Februari depan tetapi Australia yang amat memerlukan khidmatnya untuk menghadapi Piala Asia telah mendapatkan pandangan pakar perubatan bebas.*

        ♂ *KUALA LUMPUR: Barisan pelumba trek yang diketuai Azizulhasni Awang diharap mampu mengulangi pencapaian meraih sebutir pingat emas apabila turun menggalas cabaran negara pada Kejohanan Trek Asia ke-39 yang berlangsung di Jakarta, bulan depan.*
             *The Pocketrocketman melakar rekod baru Asia dalam aksi kelayakan pecut individu sebelum meraih perak apabila kecundang kepada pelumba Jepun, Kazunari Watanabe di pentas final selain gangsa dalam acara keirin dalam kejohanan sama tahun ini di Nilai, Negeri Sembilan.*
              *Jupha Somnet turut tersenarai ke Jakarta dengan pelumba kelahiran Perlis itu diharap mampu mempertahankan emas tunggal yang diraih skuad negara menerusi acara perlumbaan mata.*

         *KUALA LUMPUR: Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui pasukannya memerlukan pemain pertahanan bagi menghadapi musim 2019 yang padat.*
         *Skuad itu akan diuji bermula Mac depan bagi Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) di Kemboja serta pusingan Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 selain Sukan SEA di Filipina.*

        ♀ *KUALA LUMPUR: Biarpun program latihan dan senarai pelumba ke Sukan SEA Manila 2019 belum dimuktamadkan, ratu basikal lasak negara, Noor Quraataina Mamat sudah memulakan latihan bagi menghadapi saingan acara BMX Supercross di temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu.*
          *Baginya, persiapan awal perlu kerana berharap dapat memperbaiki pencapaiannya selepas sekadar meraih pingat gangsa di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akibat kecederaan paha gara-gara terjatuh ketika latihan beberapa hari sebelum temasya bermula.*

           *ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menegaskan tidak akan membuat pusingan U dengan mendapatkan semula khidmat bekaspemain import, Liridon Krasniqi semata-mata mahu membantunya menjadi pemain naturalisasi Harimau Malaya.*
         *Setiausaha Kehormatnya, Asmirul Anuar Aris, berkata KFA tidak bercadang untuk menggunakan khidmat pemain yang membabitkan kos tinggi kerana apa yang lebih penting ialah memiliki barisan pemain yang mampu beraksi dengan baik meskipun mereka adalah muka baharu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 27 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 19 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from 100 Plus Isotonik Shah Alam*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:45, SUBUH : 05:55, SYURUK : 07:14, ZOHOR : 13:17, ASAR : 16:39, MAGHRIB : 19:14, ISYAK : 20:29.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *YURAN taman asuhan kanak-kanak (Taska) dijangka meningkat antara 10 hingga 30 peratus berikutan kos penyelenggaraan dan penetapan gaji minium tahun depan. Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Norsheila Abdullah berkata, situasi itu tidak boleh dielakkan berikutan gaji minimum RM1,100, turut membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) yang perlu ditanggung majikan.*

                 *BUDAK lelaki berusia lima tahun maut selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu tirinya di rumah mereka dekat Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, smlm. Mangsa sebelum itu dipercayai pengsan ketika dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor di wad kecemasan hospital berkenaan.*

                  *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan bekalan bahan api petrol dan diesel sentiasa mencukupi untuk jualan harian di seluruh negara. Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, berikutan itu, pihaknya menafikan dakwaan kemungkinan pengguna berdepan masalah mendapatkan petrol dan diesel menjelang 1 Januari depan seperti disiarkan media, baru-baru ini.*

                 *IBU kepada pelajar lelaki Tingkatan Empat hanya mampu menitiskan air mata sebaik dimaklumkan anaknya ditahan selepas disyaki positif dadah pusat hiburan di Pusat Perniagaan I-Peak di Lahad Datu, awal pagi semalam. Dalam serbuan sempena Operasi Bersepadu Pusat Hiburan Hari Natal oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, pelajar berusia 16 tahun itu antara yang dicekup positif dadah bersama empat lagi individu lain.*

                  *LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, smlm, atas pertuduhan mengugut mahu membunuh ibunya menggunakan sebilah pisau. Tertuduh, Mohd Hasbullah Wahab, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif.*

                 *LARANGAN merokok oleh Kementerian Kesihatan di semua restoran dan premis makanan amat dialu-alukan oleh orang ramai di Kelantan terutama golongan suri rumah. Selain itu, pelanggan premis itu sendiri juga berpendapat larangan itu memberi kesan yang baik dari segi kesihatan. Pemilik restoran Umi’s Court, Norli Mohd Yusoff, 48, berkata, lebih ramai pelanggan akan datang ke restorannya kerana merasa amat selesa dengan larangan itu.*

                   *SEMUA parti komponen Pakatan Harapan (PH) Pahang sudah menyatakan persetujuan untuk melantik DAP sebagai pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadualkan 26 Januari ini. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pahang, Wan Mohd Shaharir Wan Abdul Jalil berkata, keputusan itu adalah berdasarkan persefahaman antara semua parti komponen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan memandangkan kerusi Parlimen berkenaan adalah milik DAP.*

                   *“KASIHAN atuk, susah payah kumpul wang untuk beli baju sekolah saya, semua kelengkapan itu hangus,” kata Ilham Iskandar Mohd Khairul, 9, selepas rumah datuknya musnah dalam kebakaran di Kampung Kuala Abang, Dungun, smlm. Dalam kebakaran 4.20 petang itu, rumah yang disewa Hanifah Abdullah, 64, hangus menyebabkan dia, isteri dan cucunya itu tinggal sehelai sepinggang.*

                  *“PEGANG buluh itu, kalau kau tak pegang kau akan mati.” Itu rayuan pengusaha bot, Mohd Yasim Mohamed, 57, kepada seorang lelaki sebelum pemuda itu tenggelam ke dasar sungai dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Dungun, Dungun, smlm. Lelaki berusia 39 tahun itu bertindak terjun selepas dikatakan ternampak beberapa anggota polis masuk ke kawasan LKIM terbabit, jam 4.45 petang.*

                 *LELAKI warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar, smlm, atas kesalahan menyamar sebagai polis dan memiliki barangan larangan, awal bulan lalu. Bagaimanapun tertuduh, Monsur Redowan, 18, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Md Ruslan.*

                 *PASUKAN mencari dan menyelamat menjumpai dua mayat mangsa kapal karam di perairan Tanjung Sepang, di Kota Tinggi, malam smlm. Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kedua-dua mangsa iaitu warga Bangladesh dan China ditemui terapung pada 7.45 malam oleh kapal peronda maritim di lokasi berhampiran kapal karam.*

                 *DUA lelaki yang memandu dua kereta dalam keadaan mencurigakan membawa kepada penemuan 100 kilogram (kg) daun ketum dan 144 botol kecil ubat batuk di Kampung Simpang Empat Kundur, dekat Gua Musang, Sabtu lalu.*

                 *LAPORAN akhir bedah siasat bagi mengetahui punca kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka siap dalam tempoh satu bulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. "Selalunya, mereka (ahli patologi) memerlukan ujian darah dan keputusan itu dijangka akan siap dalam sebulan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri program gotong-royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan di Ipoh, smlm.*

                 *ENAM lelaki dipercayai terbabit memukul pemandu bas ekspres di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di Kuantan, kelmarin, ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan semua suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira 10 malam smlm.*

                  *SEMBILAN pendaki ditemui selamat selepas tersesat lebih enam jam di hutan Bukit Bendera, di Georgetown, malam kelmarin. Mereka ditemui oleh sepasukan angota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pada 1.09 pagi smlm. Jurucakap bomba berkata, semua pendaki selamat dan dibawa turun sebelum operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.20 pagi.*

                 *LELAKI parah di bahagian kepala dan bahu dipercayai ditetak dengan kapak ketika cuba disamun di sebuah bank di Taman Sri Sinar, Segambut, di Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, ketika kejadian 8.30 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun sedang mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM).*

                 *“DIA tiba-tiba ‘hilang’ dari majlis perkahwinan anak saudara... 10 minit selepas itu saya dimaklumkan dia terbabit kemalangan," kata Mohd Hamizan Omar, 47, selepas adiknya maut dalam kemalangan di Kilometer 94, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Tebing Tembah Paka, dekat Dungun, smlm. Dalam kemalangan kira-kira jam 6.45 petang itu, Mohd Azlan Omar, 38, maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan anggota badan.*

                 *SEORANG rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda, Sabtu lalu. Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia ( Basarnas), rakyat Malaysia terbabit dikenali sebagai Khairul Umam Masduki ,31, mengalami kecederaan di kaki dalam kejadian tsunami itu.*

                 *LELAKI yang terjatuh di Sungai Golok dekat Rantau Panjang kelmarin, ditemui lemas, smlm. Mayat mangsa, Bakri Mohd Yusof, 42, ditemui pada 3.25 petang kira-kira 500 meter dari tempatnya terjatuh. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Zaimi Samad berkata, mangsa ditemui di dasar sungai oleh anggotanya.*

                 *POLIS menahan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah bagi membantu siasatan mengenai kenyataan berunsur provokasi ketika berucap pad Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P Waytha Moorthy, di Klang, semalam.*

                 *PERASAAN gusar seorang wanita yang pulang semula ke rumahnya selepas keluar bekerja di Butterworth membongkar aktiviti sumbang suaminya yang ditemui sedang merogol anak perempuan mereka sendiri, 17 Disember lalu. Difahamkan, wanita berusia 40 tahun berkenaan menemui anak perempuannya berusia 15 tahun dalam keadaan terbaring separuh bogel dipercayai dirogol suaminya berusia 38 tahun sebaik membuka pintu rumah mereka.*

                 *TIGA sekeluarga maut selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres di KM140 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin, malam smlm. Mereka yang meninggal dunia dalam kejadian 11.50 malam adalah warga emas, Rakiah Mat, 64, dan anaknya, Rosli Mat Daud, 38, serta cucunya, Aidil Ashraff Rizuan yang berusia lima tahun.*

                 *“MAMA, jangan lupa buatkan untuk Ashraff kek Upin Ipin, nanti balik Ashraff makan,” permintaan terakhir Aidil Ashraff Rizuan, 5, kepada ibunya Fazillah Ahmad, 34, sebelum dia maut dalam kemalangan, malam smlm. Kanak-kanak itu meninggal dunia bersama nenek, Rakiah Mat, 64, dan bapa saudara, Rosli Mat Daud, 38, selepas Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres di KM140 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin pada 11.50 malam.*

                 *LELAKI bertindak melarikan motosikal Kawasaki Z800 dengan memperdaya pemilik kenderaan kononnya mahu menyewa motosikal berkuasa tinggi itu dan mendakwa bayaran sewa sudah dilunaskan melalui transaksi atas talian, dalam kejadian kira-kira 6 petang, semalam.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *CATANIA: Satu gempa bumi berukuran magnitud 4.8 menggegarkan kawasan di utara bandar ini, terletak di cerun Gunung Etna, Sicily awal hari ini, menyebabkan kerosakan bangunan dan beberapa penduduk cedera, kata pihak berkuasa.*
              *Gegaran itu berlaku dua hari selepas Etna, gunung berapi tertinggi Eropah dan paling aktif, meletus, menyebabkan lonjakan abu ke udara dan penutupan sementara lapangan terbang di pantai timur Sicily di sini.*
            *Gempa berlaku jam 3.19 pagi waktu tempatan, menyebabkan ramai penduduk bergegas keluar rumah dan tidur dalam kenderaan.*

            *KUMARIKATA: Sebuah pasar di timur laut India menjadi tumpuan orang ramai pada musim cuti kerana menawarkan menu tikus paling digemari daripada kawasan pertanian tempatan.*
             *Haiwan itu paling baik direbus, disiat dan dimasak dengan rempah pedas, ia lebih popular berbanding ayam atau khinzir di pasar Ahad kampung Kumarikata, negeri Assam.
          *Pengunjung membeli ratusan ekor tikus yang baru ditangkap dan siap disiang.*
            *Petani tempatan berkata, mereka memburu haiwan itu untuk mengelakkan kerosakan pada tanaman masing-masing di kawasan yang bersempadan dengan Bhutan.*

           *KEADAAN cuaca melampau yang menyelubungi sekitar gunung berapi Anak Krakatau, Indonesia diramal bakal menyumbang kejadian tsunami kedua di Selat Sunda.*
             *Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata, pihaknya sedang memantau semua aktiviti gegaran di Anak Krakatau, terutama ketika ini cuaca melampau dan ombak besar dilaporkan direkodkan di kawasan itu.*
             *"Keadaan cuaca itu boleh mengakibatkan runtuhan pada bahagian gunung berapi, sekali gus meluncur masuk ke dalam laut dan menyebabkan berlakunya tsunami,” katanya pada sidang media di Banten, semalam.*

            *KAHERAH: Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan nekad di Kementerian Luar Libya di Tripoli, kata kumpulan itu smlm menerusi agensi berita rasminya Amaq.*
           *Menurut kumpulan itu, tiga anggotanya melancarkan serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang semalam.*
          *Laporan awal menyebut sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 21 lagi cedera akibat serangan pengebom nekad di Kementerian Luar Libya di ibu negara itu semalam.*

         *BEIJING: Lapan mangsa maut, manakala 22 lagi cedera selepas sebuah bas yang dirampas melanggar pejalan kaki di wilayah Fujian, China, semalam.*
          *Bagaimanapun, stesen televisyen CGTN berkata, perampas yang memiliki sebilah pisau berjaya ditahan dan sedang disoal siasat polis tempatan.*
           *Akhbar tempatan Minxi Ribao melaporkan, insiden itu berlaku pada jam 3.20 petang (waktu tempatan) di bandar Longyan dan seorang anggota polis adalah antara mangsa yang terkorban.*


*TULAR / POPULAR*
================


         *VIDEO kereta peronda polis diserang sekumpulan individu kononnya berlaku pada sambutan Krismas di ibu negara, yang tular smlm, adalah rakaman lama.*
          *Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman insiden itu berlaku pada 2014 dan disebarkan semula dipercayai untuk mengganggu ketenteraman pada sambutan perayaan berkenaan.*
           *"Video itu adalah kes lama yang dikitar semula yang sebenarnya tiada apa-apa berlaku (pada sambutan Krismas),” katanya ketika dihubungi, smlm.*
          *Rakaman berdurasi satu minit 42 saat itu yang memaparkan beberapa individu melempar botol air dan menyembur 'snow spray’ ke arah kereta peronda polis tular semula di media sosial, smlm.*

         *POLIS mengesahkan tindakan pemandu bas ekspres yang tidak mahu membayar penuh nasi lemak yang dibeli menjadi punca pertengkarannya dengan pelayan gerai sebelum berlaku pergaduhan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di Kuantan, kelmarin.*
            *Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu bas ekspres berusia 32 tahun itu dikatakan hanya membayar RM1 yang mana harga nasi lemak yang dijual kepadanya berharga RM2.*
            *Dalam kejadian 1.30 pagi kelmarin, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham antara mereka sebelum ia tular di media sosial.*

         *‘WARKAH dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bukan sahaja menarik perhatian netizen malah menerima usikan dan sindiran.*
           *Warkah yang ditujukan khas kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya sebagai ‘drama’.*
          *Najib dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya bertanya kepada Mujahid, berapa malam beliau tidak tidur kerana bimbangkan keadaan bekas Naib Presiden PKR itu.*
          *“Lepas baca warkah Cordoba. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda. Drama. Sudah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang,” katanya.*

          *“ALHAMDULILLAH laporan kesihatan semuanya okey, cuma selepas ini saya nak cuba buat rawatan alternatif pula,” kata vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie berhubung tahap kesihatannya sekarang.*
           *Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berharap dapat keluar hospital segera.*
         *"Insya-Allah selepas ini nak cuba juga rawatan lain. Mana tahu ia boleh membantu," katanya kepada Harian Metro.*
           *Terdahulu Awie dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang, Selangor sejak enam hari lalu selepas mengadu sesak nafas dan sakit di bahagian atas perut, dada serta belakang badan.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


         *EPL RESULT: FULHAM 1 WOLVERHAMPTON WANDERERS 1, BURNLEY 1 EVERTON 5, CRYSTAL PALACE 0 CARDIFF CITY 0, LEICESTER CITY 2 MANCHESTER CITY 1, LIVERPOOL 4 NEWCASTLE UNITED 0, MANCHESTER UNITED 3 HUDDERSFIELD TOWN 1, TOTTENHAM HOTSPUR 5 AFC BOURNEMOUNTH 0, BRIGHTON & HOVE ALBION 1 ARSENAL 1, WATFORD 1 CHELSEA 2*

         *ALOR SETAR: Bekas bintang Kedah,Liridon Krasniqi mengakui berminat dan teruja untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi selepas namanya dikaitkn bagi mewakili pasukan kebangsaan.*
        *Krasniqi menyatakan penghargaan kepada Malaysia yang memberikannya peluang untuk mencipta nama sejak 2015 dan menegaskan dia tidak perlu berfikir dua kali sekiranya diberi penghormatan mewakili negara ini.*
           *Krasniqi adalah antara pemain yang hampir memenuhi syarat untuk menjadi pemain naturalisasi selepas penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dan pemain tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck.*

         *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) optimis setiap pasukan yang dijemput menyertai Pestabola Merdeka akan menghantar pasukan terbaik masing-masing bagi menyemarakkan lagi kejohanan tertua di Asia itu.*
             *Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, ini kerana pertandingan terbabit akan berlangsung pada Mac dan diadakan pada waktu kalendar Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekali gus memberi peluang kepada setiap pasukan untuk mengutip mata bagi memperbaiki ranking.*
           *Katanya, jemputan untuk menyertai kejohanan itu sudah dihantar kepada negara serantau namun FAM masih belum mendapat apa-apa maklum balas rasmi.*

         *KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, tetap yakin mereka masih mampu menjadi pilihan utama negara ke Olimpik Tokyo 2020, biarpun sudah meningggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).*
           *Chan Peng Soon, 30, mengakui keputusan meninggalkan BAM itu dibuat selepas memikirkan secara mendalam soal impak dan masalah yang bakal dihadapi selepas ini.*
          *”Sebenarnya saya tiada masalah ketika bernaungdi bawah BAM, cuma kami merasakan sudah sampai masanya untuk kami berdikari, tetap masih memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.*

         ♂ *KUALA LUMPUR: Jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim yang berjaya melahirkan raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyanggah cadangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang mahu melantik jurulatih baharu acara berkenaan.*
            *Baginya, badan induk itu perlu belajar daripada pengalaman dan mengambil iktibar dengan apa yang sudah berlaku, apabila beberapa jurulatih luar yang dilantik hanya mampu melahirkan seorang atau dua atlet berkualiti.*
          *Sebaliknya, Poad berharap KOM mempertimbangkan cadangan menghantar atlet ke Amerika Syarikat (AS) dan berlatih bersama atlet di sana yang mampu melakukan catatan bawah 10 saat, kerana itu cara terbaik mempertingkatkan prestasi mereka.*

          *KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih hoki UniKL, Arul Selvaraj menegaskan keputusannya mengikat dua pemain senior negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan Muhammad Razie Abdul Rahim adalah kerana mereka mempunyai mentaliti juara.*
         *Jelas Arul lagi, Sukri dan Razie yang beraksi di kempen Piala Dunia di Bhubaneswa, India melengkapkan senarai pemain terbaik yang dimilikinya, selepas memenuhi slot enam pemain import untuk mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia musim 2019.*

          *SHAH ALAM: Selepas meraih gelaran penjaring terbanyak Liga Super pada Anugerah Bolasepak kebangsaan (ABK) musim ini, penyerang import Selangor, Rufino Segovia cukup teruja untuk memulakan saingan baharu dengan menyasarkan untuk membantu The Red Giants menjulang sekurang-kurangnya satu trofi musim depan.*
            *Dia yang meledak 19 gol sepanjang kempen Liga Super musim ini berkata, fokus utamanya kini adalah memburu kejuaraan sulung bersama Red Giants selepas kempunan dikecewakan Pahang 0-2 pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Julai lalu.*

          *KOTA BHARU: Penyerang baharu Kelantan, Fauzi Roslan berazam membantu Kelantan kembali bersaing dalam Liga Super dengan berusaha merebut kedudukan tiga teratas Liga Perdana musim depan.*
          *Pemain kelahiran Pekan, Pahang yang lebih senang disapa Kojie berkata, keputusan untuk berhijrah diharap dapat meningkatkan semula kualiti permainannya yang agak suram sebelum ini.*
       *Dia yang jarang berpeluang turun dalam kesebelasan utama pasukan terdahulu bertekad mengembalikan semula sentuhannya bersama The Red Warriors (TRW) musim depan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 28 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 20 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from F&N BEVERAGE SHAH ALAM PLANT.*

*#penghulusegalahari

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:46, SUBUH : 05:56, SYURUK : 07:15, ZOHOR : 13:17, ASAR : 16:40, MAGHRIB : 19:14, ISYAK : 20:29.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *IBU kandung kepada budak lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu tiri, membuat laporan polis di Johor Bahru, smlm. Wanita berkenaan membuat laporan itu Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), kira-kira 6 petang. Difahamkan, wanita itu turut membuat laporan berhubung adik mangsa, berusia tiga tahun, yang dipercayai turut menjadi mangsa dera.*

                 *KAKI kanan pekerja warga Indonesia parah selepas tersepit pada mesin pengisar barangan plastik di kilang kitar semula di Batu 23, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, smlm. Mangsa dikenali sebagai Ignasius Igo, 30, dikatakan sedang melakukan kerja mengisar menggunakan mesin berkenaan sebelum dia dipercayai tergelincir.*

                 *KELUARGA anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, mahukan keadilan tanpa pilih kasih, sekiranya kerajaan mahu membuat inkues bagi menentukan sebab kematian anak kedua mereka. Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata, Muhammad Adib sudah meninggal dunia dan hanya keadilan sahaja yang tinggal untuk anaknya itu. “Jangan lindungi sesiapa yang bersalah. Pastikan kematian anak saya terbela.*

                 *KANAK-KANAK lelaki dua tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam kolam pancing di sebelah rumahnya di FELDA Jelai di Gemas, Tampin, smlm. Pada kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa ditemui oleh ibunya, dalam keadaan terapung di kolam berkenaan. Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan FELDA Jelai, namun doktor di situ mengesahkan dia sudah meninggal dunia.*

                 *ANGGOTA pengiring rapat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, meninggal dunia ketika menjalani latihan jasmani Cawangan Keselamatan Istana di Bukit Maras Kuala Nerus, smlm. Koperal Al-Azim Abd Majid, 34, disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.*

                 *TIGA parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki 13 individu terbabas di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, berhampiran pintu gerbang Sungai Sam, Kuala Krai, smlm. Dalam kejadian 7.15 pagi itu, 10 mangsa yang lain dilaporkan cedera ringan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).*

                 *BURUH dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, smlm, selepas mengaku salah atas pertuduhan mencuri duit tabung masjid bernilai RM62. Penolong Kanan Pendaftar Noradila Ab Latif yang bertindak sebagai Majistret menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Muhammad Afizawani Matang, 43.*

                 *IBU tiri dan bapa kandung kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, dibenarkan reman selama tujuh bermula smlm oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. Perintah reman sehingga 2 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah/Majistret Faridatul Farrah Mohd Shukri.*

                 *POLIS mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, semalam selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu tirinya di rumah mereka dekat Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, disebabkan hentakan benda tumpul.*

                 *DUA lelaki dihukum penjara oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah, smlm, atas kesalahan merogol anak perempuan masing-masing, pada Julai dan November lalu. Pada prosiding pertama, lelaki dihukum penjara 20 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 12 tahun.*

                 *BURUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, smlm atas dakwaan cuba membunuh bapa bekas teman wanitanya dua minggu lalu. Muhammad Amirul Bungsu , 21, yang pekak dan bisu mengaku tidak bersalah menikam Mohd Rodzi Jamaluddin, 64, dengan menggunakan dua pisau dengan niat menyebabkan kematian ke atas mangsa.*

                 *WANITA berketurunan Siam yang sedang memancing di tepi sungai di Kampung Paya Lipai, Sungai Tiang, di Pendang, tergamam apabila ditolak lelaki tidak dikenali sehingga terjatuh ke dalam sungai sebelum suspek membawa lari motosikal Yamaha 135LC miliknya, kelmarin. Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa, 60, ke sungai berkenaan untuk memancing ikan, namun didatangi suspek berusia 20-an yang memanggilnya.*

                 *BERANG kerana ditegur memotong barisan untuk membuat pembayaran, lelaki dipercayai kurang siuman mencederakan warga emas menggunakan pisau di sebuah premis di Jalan Sultan Abdullah di Pekan, smlm. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 67 tahun mengalami luka di bahu, dagu dan leher.*

                 *LELAKI dijatuhi hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, smlm, kerana mengugut mahu membunuh menggunakan parang anggota polis yang mahu menahannya.*

                 *LALUAN pejalan kaki di Jalan Landak, Kuala Lumpur, rosak dan berlubang akibat sikap tidak bertanggungjawab pemilik gerai yang meletakkan batu sebagai alas gerai mereka di atas laluan itu. Pengarah Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood berkata, dalam Operasi Tegas (Op Tegas) Siri 52 yang dijalankan di Pasar Pudu dan Jalan Landak, semalam mendapati, terdapat laluan pejalan kaki yang mengalami kerosakan akibat tindakan itu.*

                 *PEMANDU terselamat apabila lori tangki terbakar di Kilometer 178.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di Jasin, malam smlm. Dalam kejadian 8.30 malam itu, pemandu lori, Jayakanthan, 48, sempat memberhentikan lori sebelum terjun menyelamatkan diri.*

                 *SUDAHLAH sedih kehilangan tempat tinggal, suami isteri turut buntu apabila kelengkapan sekolah lima anak yang baru dibeli musnah bersama rumah sewa mereka dalam kebakaran di Kampung Ketiau, Putatan, malam smlm.*

                 *PENCARIAN kru kapal warga Bangladesh yang dipercayai hilang selepas kapal MV AMANDA dinaiki terbalik dan karam di Tanjung Sepang, Kota Tinggi diperluaskan kira-kira 120 batu nautika persegi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memperluaskan operasi meliputu Timur Tanjung Penawar sehingga Tanjung Sepang.*

                 *POLIS meminta saksi kemalangan maut membabitkan wanita di Kilometer 13.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke Damansara, dekat Petaling Jaya, Khamis lalu, tampil membantu siasatan. Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, Hasnina Norsafri, 22, dilaporkan meninggal dunia di lokasi, akibat parah.*

                 *HASRAT wanita warga emas menunaikan umrah bersama ahli keluarga tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Tanah Suci Makkah, smlm. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi (waktu Malaysia), Khatijah Salleh, 63, menghembuskan nafas terakhir ketika pesawat MH8232 melintasi ruangan udara Doha, Qatar.*

                 *LELAKI yang terjun ke muara dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun, kelmarin, ditemui lemas tengah hari, smlm. Mayat pemuda berusia 39 tahun itu ditemui pada jarak kira-kira tiga kilometer daripada tempat dia dilaporkan terjun.*

                 *GABUNGAN badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan Majlis Selawat sempena sambutan Tahun Baharu 2019 di sekitar Dataran Merdeka, bermula 10 malam pada 31 Disember depan. Presiden Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Yahya Long Ali berkata, pihaknya menjangka kehadiran ribuan umat Islam mewakili lebih 100 NGO islam termasuk Martabt Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS).*

                 *MAHKAMAH Majistret Klang membenarkan perintah tahanan reman terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar selama empat bermula smlm.*

                 *OPERASI Gading (Op Gading) di Cameron Highlands yang ditangguhkan sejak Mei hingga Oktober lalu, akan diteruskan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia akan dilaksanakan menggunakan kaedah dan pelbagai strategi serta inklusif pada masa akan datang.*

                 *SELEPAS hampir setahun merahsiakan dirinya pernah dirogol kerana bimbang gambar separuh bogelnya disebar, pelajar Tingkatan Dua nekad melaporkan perbuatan terkutuk lelaki dikenalinya kepada polis. Mangsa berusia 14 tahun mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chukai kelmarin (Selasa) dipercayai selepas tidak sanggup terus diugut suspek berusia 22 tahun.*

                 *LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 15 tahun pada 17 Disember lalu. Tertuduh yang berusia 38 tahun membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.*

                 *HANYA kerana tidak berpuas hati kehilangan kerja, tiga buruh dipercayai bertindak membakar jengkaut di tapak projek di Bandar Sri Mahkota, di Kulim, 13 Disember lalu. Dalam kejadian 3.30 pagi itu, tiga suspek dipercayai membakar jengkaut jenama Hitachi selepas tidak berpuas hati kerana kehilangan kerja selain bekas pengurus mereka gagal memberikan wang pampasan selepas diminta.*

                 *MERSING: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret Mersing di sini, smlm atas dua pertuduhan menyimpan rokok larangan bernilai lebih RM18 juta pada Oktober lalu. Lapan lagi individu termasuk enam lelaki warga asing yang berdepan masing-masing satu pertuduhan juga tidak mengaku bersalah atas kesalahan terbabit dalam milikan rokok larangan bernilai lebih RM8 juta.*

                 *SIASATAN pihak polis berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, menemukan dapatan yang hanya boleh didedahkan di mahkamah nanti. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat dilakukan pihak forensik patalogi, menemukan dapatan mengenai punca kematian Muhammad Adib.*

                 *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan lelaki tempatan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan barang kawalan di kawasan perairan Haji Kuning dekat Tawau, semalam. Suspek berumur 20 tahun yang menaiki bot laju itu ditahan dalam operasi ‘Op Gelora’ di kawasan perairan itu pada 11.30 pagi.*

                 *KERAJAAN memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara pada tahun depan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pembekuan kenaikan kadar tol itu membabitkan implikasi kewangan kerajaan sebanyak RM994.43 juta.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


         *JAKARTA: Indonesia hari ini mengarahkan semua penerbangan yang melalui gunung berapi Anak Krakatau di antara pulau Jawa dan Sumatera dilencongkan selepas ia aktif memuntahkan debu ke udara beberapa hari selepas mencetus tsunami yang mengorbankan ratusan nyawa.*
             *Saintis berpendapat runtuhan lereng di bahagian selatan gunung berapi itu ke dalam laut membentuk gelombang hingga 5 meter tinggi sebelum membadai dan menghancurkan pantai di Selat Sunda, membunuh lebih daripada 400 orang Sabtu lalu.*
          *"Semua penerbangan dilencongkan berikutan amaran merah akibat debu gunung berapi Anak Krakatau,” kata agensi kawalan trafik udara kerajaan, AirNav dalam satu kenyataan.*

         *Beijing: Seorang lelaki menyamar sebagai polis selama 12 tahun dan berjaya memperdayakan keluarga, isteri dan rakan-rakannya dengan berlakon sebagai pegawai di unit siasatan jenayah pada setiap hari.*
           *Bagaimanapun, penipuan Wang Feng, 41, akhirnya terbongkar apabila ditahan polis baru-baru ini selepas sebuah syarikat pinjaman wang membuat laporan polis kerana dia gagal membayar hutang berjumlah 2 juta yuan (RM1.2 juta), lapor Oddity Central.*
          *Selama 12 tahun itu, dia sebenarnya tinggal di hotel dan menjalankan perniagaan percetakan secara kecil-kecilan yang tidak menguntungkan hingga terpaksa meminjam wang terbabit menggunakan identiti palsu.*
           *Polis yang menyerbu rumahnya menemui pakaian seragam dan identiti palsu serta pelbagai peralatan palsu lain termasuk laporan prestasi tulisan tangan dan salinan yang diambil daripada Internet.*

         *WILAYAH Songkla di selatan Thailand terus bergolak apabila enam lagi bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand itu, hari ini.*
          *Gabenor Wilayah Songkla Wiranan Penjang berkata letupan terbabit menyasarkan tiang elektrik, namun tiada kecederaan dilaporkan.*
          *"Kami percaya letupan bom itu berkait dengan kejadian serangan bom di Pantai Samila lewat malam tadi,” katanya kepada pemberita, hari ini.*
            *Serangan bom, hari ini, menyebabkan beberapa tiang elektrik tumbang.*

         *JAKARTA: Tragedi kemanusiaan cenderung menjadi sesuatu yang tragis di Indonesia kerana lebih 150 juta daripada 245 juta penduduknya tinggal di kawasan gempa bumi dan tsunami.*
            *Sehubungan itu, persediaan menghadapi bencana perlu lebih baik, kata jurucakap Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, semalam.*
         *Sesuatu perlu dilakukan kerana sistem amaran awal yang ada tidak berfungsi dengan baik kerana peralatannya dicuri, dirosakkan atau sudah rosak kerana ketiadaan penyelenggaraan, katanya lagi.*
         *Sutopo berkata, 148.4 juta warga Indonesia bermastautin di kawasan yang berisiko dilanda gempa bumi manakala 3.8 juta lagi di kawasan berisiko tsunami.*

            *SINGAPURA: Adik Perdana Menteri Singapura mengaku memberi derma kepada seorang blogger yang menghadapi saman fitnah oleh pemimpin negara itu, Lee Hsien Loong.*
           *Ketika dihubungi portal berita Singapura, Lee Hsien Yang, berkata dia memberi 'derma yang wajar' kepada blogger itu, Leong Sze Hian.*
              *Ketika diminta oleh portal TodayOnline supaya menjelaskan lebih lanjut, Hsien Yang berkata: "Derma itu tidak sebanyak S$1 (RM3.04).*
          *Ditanya mengapa beliau memberi bantuan itu untuk dana guaman Leong, Lee berkata:"Sudah tentu perkara itu tidak perlukan penjelasan."*


*TULAR / POPULAR*
================


           *FENOMENA air surut ke tahap maksimum yang berlaku di Dungun dan Besut disifatkan sebagai kejadian alam biasa implikasi daripada fenomena air pasang besar, namun diakui jarang terjadi.*
            *Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, Left Kol (PA) Che Adam Abd Rahman berkata, pihaknya sedia maklum berhubung fenomena berkenaan selepas menerima maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, namun tiada apa yang perlu dibimbangkan.*
        *”Kejadian air pasang besar yang maksimum sejak beberapa hari lalu menyebabkan terjadinya fenomena air surut di lokasi berkenaan. Ia adalah fenomena alam yang biasa, namun diakui jarang terjadi.*
          *”Malah kejadian yang tular di laman sosial itu tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dan ia juga tidak ada kena mengena dengan bencana alam di luar negara atau sebagainya," katanya dalam kenyataan, smlm.*

          *NETIZEN membuat petisyen bagi meminta pihak berwajib kerajaan menyelenggara Jalan Telupid-Sandakan dari Telupid hingga Batu 32 di Sandakan, susulan keadaan laluan itu yang dianggap jalan ‘maut’ kerana terlalu banyak lubang.*
            *Petisyen menerusi tandatangan dalam talian menerusi Change.org itu dilancarkan pada 21 Disember lalu oleh individu dikenali Khairul Azlee Mohd Yunus.*
             *Setakat 9 pagi tadi, hampir 8,500netizen sudah menandatangani petisyen berkenaan yang ditujukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Beluran, Majlis Daerah Telupid, Ahli Parlimen Beluran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut dan ADUN Labuk.*
           *Sebelum ini masalah jalan berkenaan dimuat naik oleh pelbagai pihak di laman sosial termasuk Facebook Hello Urang Sabah yang mendapat ratusan komen serta lebih 2,300 perkongsian.*

          *JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China untuk kegunaan memproses makanan haiwan di negara ini.*
           *Ketua Pengarahnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, jabatan berkenaan sudah mengeluarkan arahan larangan pengimportan babi hidup atau produk sejuk beku sejak 18 September lalu berikutan penularan penyakit African Swine Fever (ASF).*
          *"DVS ingin merujuk kepada laporan akhbar The Asian Age yang bertarikh 25 Disember lalu yang menyatakan pihak berkuasa China mengesan virus AFS dalam tepung protein yang dihasilkan dari darah babi.*
          *"Saya ingin jelaskan Malaysia tidak mengimport tepung protein berkenaan malah, sudah mengeluarkan arahan larangan pengimportan sebarang produk babi sama ada yang hidup atau sejuk beku," katanya dalam kenyataan di Pitrajaya, smlm.*

          *Carita, Indonesia: Valentina Anastasia sanggup memandu kereta selama tiga jam dari Jakarta ke wilayah Banten yang teruk dilanda tsunami baru-baru ini semata-mata untuk merakam swafoto sebelum dimuat naik ke laman sosial miliknya.*
          *"Saya ingin melihat lokasi bencana, kerosakannya dan mangsa yang terjejas,” katanya ketika ditemui wartawan The Guardian, Jamie Fullerton.*
           *Apabila ditanya Fullerton berapa banyak gambar yang dirakamnya, gadis berusia 18 tahun itu tersenyum sambil berkata: “Banyak, untuk media sosial dan kumpulan WhatsApp.”*
           *Dia kemudian merakam lagi swafoto dengan latar belakang pasukan penyelamat mengeluarkan kenderaan yang rosak.*
           *Selain Valentina, ramai lagi sanggup datang ke kawasan yang dilanda tsunami pada 22 Sabtu lalu semata-mata untuk merakam swafoto bagi mendapatkan ‘like’ di laman sosial mereka.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


         *LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah tidak berdepan tindakan daripada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) susulan insiden yang menyaksikannya memperoleh penalti ketika kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United, pada aksi Boxing Day lalu.*
          *Salah didapati rebah dengan mudah bagi mendapatkan penalti selepas bahunya disentuh pertahanan Newcastle, Paul Dummett dan bos Magpies Rafael Benitez melabel penalti itu sebagai kesilapan.*
          *Keputusan itu juga bermakna pemain kelahiran Mesir itu boleh disenaraikan Reds bagi perlawanan Liga Perdana penting menentang Arsenal dan Manchester City selepas ini.*

         *LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino terpaksa akur kehilangan penyerang berbisanya, Son Heung-min berikutan tugasan bersama skuad kebangsaan Korea Selatan di Piala Asia, bulan depan.*
          *Son sudah menjaringkan lima gol dalam tiga penampilan terakhirnya bersama Spurs yang mendaki ke tangga kedua Liga Perdana selepas membelasah Everton 6-2 dan menewaskan Bournemouth 5-0.*
        *Pemain tinggi lampai itu terlepas permulaan musim berikutan komitmennya bersama Korea Selatan dalam kempen Sukan Asia tetapi kejayaan membawa pulang pingat emas menyaksikannya terlepas daripada tugasan wajib ketenteraan.*

         *LONDON: Lionel Messi mengakui cukup gembira jika Neymar kembali ke pangkuan Barcelona tetapi menegaskan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) tidak akan melepaskan asetnya itu.*
           *Neymar berpindah ke PSG dari Barcelona dengan perpindahan memecah rekod dunia AS$253 juta (RM1.05 bilion) pada Ogos 2017 selepas menghabiskan empat musim di Nou Camp.*
          *Antara koleksi kejayaan yang dikumpul di Sepanyol ialah dua gelaran La Liga dan satu trofi Liga Juara-Juara dengan tindakannya meninggalkan Barcelona dipercayai adalah untuk keluar daripada bayang-bayang Messi.*

         *ROME: Seorang penyokong kelab Inter Milan maut hari ini selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika pergaduhan membabitkan penyokong Napoli sebelum perlawanan Serie A membabitkan kedua-dua pasukan di San Siro, semalam.*
            *Ketua Polis Milan, Marcello Cadorna memberitahu wartawan insiden berkenaan terjadi selepas kira-kira 100 peminat Inter menyerang bas mini penyokong Napoli menggunakan rantai dan tukul.*
       *Cadorna yang juga bekas pengadil Serie A berkata empat penyokong Napoli mengalami kecederaan dalam serangan yang disifatkan ‘mustahil dan sukar untuk dihalang’ itu.*

         *KUALA LUMPUR: UKM FC, Perlis dan Terengganu FC II (TFC II) melengkapkan slot 12 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Perdana bagi musim depan.*
          *UKM FC sebelum ini menghantar surat rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada awal November lalu bagi memohon penangguhan pengesahan penyertaan tetapi mereka kini disahkan sebagai salah satu pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Perdana.*
            *Sementara itu, rayuan skuad Singa Utara untuk beraksi di Liga Perdana diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mereka akan menggantikan Kuantan FA yang didenda RM67,500 kerana gagal melunaskan gaji kepada 44 pemain dan jurulatih pasukan itu yang dianggarkan berjumlah RM1.6 juta.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 28/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kerajaan mengarahkan inkues dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2.   PUTRAJAYA 27 Dis.- Jemaah Menteri pada 12 Disember lalu telah bersetuju untuk membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada tahun hadapan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, inisiatif itu merupakan satu penambahbaikan ketara kepada Belanjawan 2019 yang membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar sahaja untuk tahun hadapan.

3.  KUALA LUMPUR 27 Dis. – SKMM sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan insiden pendaftaran palsu kad sim tidak berulang. Antara langkah diambil termasuk pelaksanaan pengauditan ke atas pendaftaran data oleh penyedia perkhidmatan dan ejen mereka.

4.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Warkah dari Cordoba daripada Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof kepada Nurul Izzah Anwar terus mendapat perhatian apabila Menteri Di JPM itu diminta menjelaskan siapa yang memfitnah dan apa fitnahnya. Ini ekoran dalam hantaran di Facebook itu, Dr. Mujahid berkata Nurul Izzah terpaksa menanggung kepedihan dan penderitaan akibat fitnah ke atas ayahandanya.

5.    DUNGUN 27 Dis. - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak nekad terjun ke dalam sungai bagi mengelak ditangkap polis dalam kejadian berdekatan Kompleks LKIM di sini petang semalam. Lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan terjun ke dalam sungai setelah dipercayai ternampak beberapa anggota polis masuk ke kawasan kompleks perikanan tersebut kira-kira pukul 5 petang.

6.  KUALA LUMPUR 27 Dis.- Seorang pelanggan wanita di sebuah restoran mamak sekitar Selangor baru-baru ini terkejut apabila mangkuk kosong yang diminta bagi meletakkan bungkusan minumannya turut dicaj 30 sen. Wanita berkenaan meminta mangkuk tersebut hanya kerana mahu meletakkan bungkusan air teh ‘O’ ais limau supaya minuman tersebut tidak tumpah sewaktu menikmati hidangan.

7.  KLANG 27 Dis.- Mahkamah Majistret membenarkan Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah direman empat hari ekoran kenyataannya semasa Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy di Dataran Seni Klang kelmarin. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan kira-kira pukul 10.15 pagi.

8.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Nampaknya kata ganti diri nama pertama dan kedua prosa klasik Melayu adinda dan kekanda terus menjadi usikan sejak 'Warkah Dari Cordoba Untuk Nurul Izzah' menjadi tular pada Hari Krismas lalu. Terbaharu rangkaian makanan segera Domino's Pizza Malaysia turut menggunakannya dalam iklannya bagi memperkenalkan menu terbaharu, Butterscoth Bread & Butter Pudding.

9.  JAKARTA 27 Dis. - Pihak berkuasa Indonesia menaikkan status amaran Gunung Berapi Anak Krakatau daripada waspada kepada siaga, hari ini dan meminta masyarakat tidak berada pada jarak lima kilometer dari puncak gunung berkenaan. Jurucakap Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, zon berbahaya diperluas dari dua km kepada lima km.

10.  JAKARTA 27 Dis. - Semua penerbangan ke Pulau Jawa dan Sumatera terpaksa dilencongkan ekoran letusan Gunung Berapi Anak Krakatau yang mula melepaskan asap tebal ke udara. Agensi Kawalan Trafik Udara Indonesia AirNav berkata, kerajaan mengeluarkan amaran merah itu selepas gunung berapi itu menunjukkan tanda bahaya hari ini.

11.  KUALA LUMPUR 26 Dis. - Segelintir pekebun-pekebun kecil getah ketika ini didapati keliru dengan penetapan harga lantai getah pada kadar RM2.50 sekilogram oleh kerajaan yang akan berkuatkuasa Januari ini. Terdapat pekebun kecil getah yang beranggapan harga lantai tersebut adalah harga minimum yang perlu dibayar oleh pembeli-pembeli berlesan.

12.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sebanyak 70 peratus kuota pelajar MRSM bagi sesi persekolahan tahun hadapan bakal diisi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), melebihi sasaran awal iaitu 65 peratus. Malah, keputusan tawaran ke MRSM juga telah diumumkan lebih awal iaitu pada Jumaat lalu, berbanding selepas sesi persekolahan dibuka pada tahun-tahun sebelum ini.

13.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Aktivis masyarakat, Numan Afifi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian dua lelaki dipukul kerana didakwa melakukan hubungan sejenis di dalam kereta. Menurut Numan Afifi, kejadian berkenaan yang dirakam dalam bentuk video dan ditularkan di media sosial merupakan satu bentuk keganasan kebencian dan perlu disiasat.

14.  KUALA LUMPUR 27 Dis.- DBKL akan mengambil tindakan ke atas mana-mana kuil yang tidak didaftarkan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, pendaftaran itu perlu dilakukan sebelum pembinaan dijalankan bagi memudahkan DBKL mengetahui status dan kewujudannya.

15.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Yayasan Eco World menyumbangkan sejumlah RM80,000 bagi membantu pesakit buah pinggang kronik yang menerima rawatan di Pusat Hemodialisis Dato Lee Kok Chee di sini hari ini. Bantuan itu diberikan dalam bentuk sebuah mesin hemodialisis dan mesin “reprocessor melalui Pertubuhan Medifund Kuala Lumpur (PMKL) sebagai NGO yang bertanggungjawab menyediakan rawatan tersebut.

16.  KUANTAN 27 Dis. - Seorang warga emas cedera di bahu, dagu dan lehernya akibat ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki kurang siuman di Kedai Eco bandar Pekan dekat sini hari ini. Mangsa, Abdul Karim Mohd. Alias, 67, ditikam kira-kira pukul 12.05 tengah hari ini ketika beratur di kaunter pembayaran di kedai itu.

17.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sistem pendidikan di negara ini perlu berubah dan dinamik agar tidak terus terperangkap dengan orientasi peperiksaan. Malah, sistem yang sama menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang membuktikan masyarakat tidak meyakini dengan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, kata Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali.

18.  KUALA LUMPUR 27 Dis.- Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) hari ini menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada keluarga anggota URB Konstabel Osman Ibrahim yang koma selepas dirempuh kereta di Jalan Semantan di sini pada 5 Disember lalu. Turut menerima cek bernilai RM 10,000 itu ialah keluarga anggota yang meninggal dunia, Konstabel Mohd. Zamiri Sinsian.

19.  IPOH 27 Dis. - Jenayah pecah rumah dan curi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 17.68 peratus iaitu 1,005 kes sehingga semalam berbanding 854 kes dilaporkan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Kebanyakan kes itu berlaku di taman-taman perumahan di beberapa daerah utama seperti Ipoh, Manjung, Hilir Perak, Taiping, Kampar, Batu Gajah dan Tapah.

20.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kerajaan PH dilihat masih tidak jelas dalam hala tuju pembangunan ekonomi negara kerana sehingga kini masih belum mempunyai pelan tindakan serta kerangka ekonomi baharu. Pakar ekonomi, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, ini berbanding yang dilakukan kerajaan terdahulu yang mempunyai pelbagai pelan ekonomi termasuk merancang pembangunan koridor dan infrastruktur.

21.  IPOH 27 Dis. – Kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Kembali Ke Sekolah secara besar-besaran di semua daerah melibatkan 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun depan. Karnival tersebut bagi menangani kenaikan harga barangan keperluan sekolah dan memberi banyak manfaat kepada golongan B40.

22.  PARIT 27 Dis. - Komitmen polis Daerah Perak Tengah dalam memerangi kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjadi antara fokus utamanya berhasil apabla berjaya memberkas 857 pesalah dadah sepanjang tahun ini. KPD Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua tangkapan tersebut berjaya menghasilkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM165,023.05.

23.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - QSR Brands menjelaskan kenaikan harga makanan yang disaji oleh restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) tiada kaitan dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus. Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil dalam kenyataannya berkata, kenyataan KFC sebelum ini telah disalah faham.

24.  KANGAR 27 Dis. - UMNO Perlis membidas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah supaya parti keramat orang Melayu itu dibubarkan kerana tidak mempunyai masa depan. Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, UMNO masih mempunyai ramai bilangan ahli Parlimen dan mendapat sokongan kuat di peringkat akar umbi.

25.  PULAU PINANG 27 Dis. - UMNO negeri ini mengingatkan pemimpin Pas supaya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan membabitkan parti itu sehingga dilihat boleh mengeruhkan kerjasama yang terjalin ketika ini. Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kononnya UMNO tidak mempunyai masa depan dan patut dibubarkan adalah keterlaluan dan penghinaan kepada parti itu.

26.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Kitaran krisis ekonomi global yang kononnya berlaku setiap 10 tahun sekali tidak akan terjadi sebaliknya konsep seperti itu dianggap tidak lagi terpakai serta ketinggalan zaman. Pakar ekonomi, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, sekarang, krisis ekonomi global tidak akan berlaku sama seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998 yang merupakan krisis sistemik.

27.  KANGAR 27 Dis. - Tidur malam penduduk di sekitar Bintong di sini tidak lena dan diulit kebimbangan selepas berlaku enam kejadian pecah rumah hanya dalam tempoh dua hari sejak Ahad lalu di kawasan berkenaan. Kemunculan penyamun yang disyaki menggunakan ilmu pukau itu dikatakan menyasarkan rumah-rumah individu berpengaruh di kawasan berkenaan.

28.  KANGAR 27 Dis. - UMNO tidak perlu bergantung dengan sesiapa kerana parti itu masih kuat dan mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan kemenangan milik mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

29.  KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Seorang anggota polis pengiring kepada Sultan Terengganu meninggal dunia di Bukit Maras dekat sini pagi ini akibat sesak nafas. Koperal Azim Abd. Majid, 34, dilaporkan menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi sewaktu menjalani latihan jasmani (hiking) untuk cawangan keselamatan istana di kawasan rekreasi berkenaan.

30.  BUTTERWORTH 27 Dis. - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini kerana didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung sendiri yang berusia 15 tahun pada Disember lalu. Tertuduh yang berusia 38 tahun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

31.  KUALA LUMPUR 27 Dis. – MPSJ meneruskan hubungan dan kerjasama erat dengan pelbagai pihak menerusi penganjuran program Menembak Bersama Rakan Media dan Agensi Kerajaan. Acara tahunan yang berlangsung di Lapang Sasar Markas PGA Briged Tengah, Batu 9, Cheras di sini hari ini dirasmikan oleh Timbalan YDP MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali.

32.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Seorang buruh pekak dan bisu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh bapa bekas teman wanitanya dengan cara menikam mangsa, dua minggu lalu. Muhammad Amirul Bungsu, 21, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan melalui bahasa isyarat di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

33.  KUALA KANGSAR 27 Dis. - Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong menawarkan khidmat gunting rambut secara percuma di Dataran Amanjaya, Manong dekat sini esok. ADUN Manong, Mohd. Zuraimi Razali berkata, program itu diadakan mulai pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

34.  BAGAN SERAI 27 Dis. - Kerajaan negeri mengesahkan projek pembinaan jambatan dari pekan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop di Daerah Perak Tengah yang ditangguhkan sebelum ini kini diteruskan. Projek itu diteruskan setelah kerajaan negeri membuat perundingan dengan kontraktor projek berkenaan.

35.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Seorang lelaki didenda RM5,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembonceng motosikal tahun lalu. Mohd. Kamil Mokhtar, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret M. Saravanan.

36.  KOTA BHARU 27 Dis. - Ahli Dewan Negara, Datuk Husam Musa menawarkan diri untuk membantu menyalurkan maklumat kepada mana-mana pihak yang sanggup membuat kajian mendalam berkaitan satu spesies marijuana atau ganja yang sesuai digunakan untuk perubatan, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

37.  KUALA LUMPUR 27 Dis. – Inisiatif KPDNHEP untuk melaksanakan Food Bank Malaysia dilihat dapat merapatkan jurang antara golongan yang berkemampuan dan sebaliknya. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden MBM, Muhammad Fadzli Hasan yang menyambut baik dan menyokong inisiatif itu dalam mengamalkan semangat berkongsi dalam masyarakat.

38.    KOTA BHARU 27 Dis. - Desakan keras dibuat Pas supaya P. Waytha Moorty meletakkan jawatan bukan kerana warna kulit atau keturunan beliau, sebaliknya kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya iaitu memperkukuh perpaduan rakyat, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

39.  ROM 27 Dis. - Pihak Berkuasa Itali mengesahkan seramai 28 orang cedera dalam kejadian gempa bumi yang berlaku disebabkan letusan dari Gunung Berapi Etna di sini semalam. Sekurang-kurangnya 10 daripada 28 yang cedera kebanyakan adalah orang tua dan telah dibawa ke hopital untuk menerima rawatan lanjut.

40.  KOTA BHARU 27 Dis. - Seorang bomoh perempuan dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memukul seorang wanita dengan buluh dan kayu hingga parah dalam satu ritual pelik di Machang kira-kira dua minggu lalu. Difahamkan, semasa kejadian terdapat saksi melihat bomoh yang berasal dari Sri Aman, Sarawak itu menari-nari di hadapan rumah mangsa sebelum dia dipukul dengan kayu dan buluh.

41.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Imej Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedikit tercalar baru-baru ini apabila parti itu 'berdikit-dikit' menerima masuk beberapa ahli Parlimen UMNO. Bukan sahaja dalam kalangan rakyat, malah sekutu parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) juga jelas menunjukkan rasa tidak senang dengan perkembangan tersebut.

42.  KUALA LUMPUR 27 Dis.- Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpandangan inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak perlu diadakan kerana hanya akan melengah-lengahkan keadilan kepada keluarga mangsa, kata Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

43.  ALOR SETAR 27 Dis. - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori tangki yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 106.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Sungai Petani, dekat sini hari ini. Dalam nahas kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Hafiz Mat, 28, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.

44.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sebanyak 406 tender membabitkan perkhidmatan membekal makanan, kebersihan bangunan dan kawasan sekolah serta kawalan keselamatan dibatalkan mulai tahun depan. Kesemua pembatalan tersebut telah dikeluarkan melalui empat notis yang dipaparkan di laman web Kementerian Pendidikan.

45.  MERBOK 27 Dis. – PPBM (Bersatu) Bahagian Merbok akan menyerahkan kesemua dokumen berkaitan 14 perkara yang diminta oleh ROS di Kuala Lumpur, esok, bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu segera. Ketuanya, Anuar Abdul Hamid berkata, langkah itu adalah bagi membolehkan pegawai ROS melihat sendiri terhadap isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati terhadap perjalanan parti bahagian itu sebelum ini.

46.  SHAH ALAM 27 Dis. - Jaringan Perniagaan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) mewujudkan satu laman sesawang dalam membina jaringan perniagaan sesama alumni. Laman sesawang www.biznet-auitm.com itu dijangka akan mula beroperasi dan diakses sepenuhnya menjelang Januari tahun hadapan.

47.  SUNGAI PETANI 27 Dis. - Seramai 50 peserta yang terdiri orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Muda telah menyertai program gunting rambut percuma menjelang sesi persekolahan di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Jalan Anggerik, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani di sini, kelmarin.

48.  JOHOR BAHRU 27 Dis. - Adik kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia di sini semalam dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri warga Indonesia berusia 23 tahun, disyaki turut didera wanita itu. Polis menemukan kesan parut luka di dahi dan bahagian badan kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

49.  ALOR SETAR 27 Dis. - Akibat tidak berpuas hati kerana tidak diberi pampasan setelah dibuang kerja, tiga lelaki bertindak memeras ugut pengurus sebuah syarikat dengan membakar sebuah jengkaut di tapak projek Bandar Sri Mahkota, Sungai Ular di Kulim dekat sini, baru-baru ini. Perbuatan itu mengundang padah apabila dua daripada mereka diberkas polis semalam.

50.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Seorang pekerja warga Indonesia terpaksa menanggung sakit selama lebih setengah jam apabila kakinya tersangkut di dalam mesin pengisar barangan plastik kitar semula di kilang tempatnya bekerja di Batu 23, Jalan Sungai Lalang, Semenyih tengahari tadi.

51.  KUALA LUMPUR 27 Dis. - Gadis yang zahirnya nampak normal, namun tiada dapat merungkai teka-teki dalam diri Shin Xian Tong, 23, kerana menderita penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu. Perkara itu disahkan doktor selepas dia mengalami kesukaran tidur dan kesakitan pada bahagian pinggang setiap malam ketika berusia 13 tahun.

52.  SINGAPURA 27 Dis. - Seorang blogger, Leong Sze Hian menyaman balik Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dengan dakwaan menyalahguna sistem mahkamah. Sze Hian berkata, tujuan saman tersebut bagi menggunakan proses perundangan untuk ‘memberikan’ kebebasan ekspresi di Singapura.

53.  KUCHING 27 Dis. - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya telah menghapuskan monopoli import gula di negara ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata pengilang Makanan dan Minuman (F (amp) B) di negara ini kini boleh memohon permit import untuk gula.

54.  WASHINGTON 27 Dis. - Pengembara warga Amerika Syarikat (AS) menjadi orang pertama merentasi Antartika secara solo tanpa bantuan sesiapa semalam. Colin O’Brady, 33, mengambil masa 54 hari untuk melengkapkan perjalanan hampir 1,600 kilometer (km) menyeberangi benua beku itu.

55.  PULAU PINANG 27 Dis. - Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah penjawat awam hendaklah berperanan sebagai penstabil yang profesional lagi neutral ketika menghadapi tafsiran politik yang berbeza. Baginda bertitah, ini supaya nasihat dan ulasan yang disuarakan bersifat rasional lagi objektif demi melindungi kepentingan jangka panjang negara dan rakyat.

56.  KUALA TERENGGANU 27 Dis. - Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail bersama kira-kira 100 pegawai kanan serta ketua jabatan polis negeri memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarham Al-Azim Abd. Majid di Surau Perumahan Polis di Padang Hiliran, di sini hari ini. Allahyarham Koperal Al-Azim yang merupakan anggota polis pengiring rapat kepada Sultan Terengganu meninggal dunia pagi tadi akibat sesak nafas selepas menjalani latihan kecergasan di Bukit Maras, Kuala Nerus.

57.  BAGHDAD, Iraq 27 Dis. - Presiden Donald Trump mempertahankan keputusannya untuk menarik kembali tentera AS dari Syria semalam. Menurutnya yang pertama kali melawat tentera AS di zon konflik sebagai Presiden, peranan AS sebagai ‘polis global’ ditamatkan. Trump yang ditemani isterinya, Melania tiba di Kem Udara Al-Asad di barat Iraq malam tadi menggambarkan penerbangan dinaiki memberi tekanan dengan kerahsiaan penerbangan ‘gelap’ Air Force One.

58.  PUTRAJAYA 27 Dis. - Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bakal bermandikan gemerlapan cahaya menerusi penganjuran Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2018 di Dataran Putrajaya bermula esok. Lampu 2018 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) akan berlangsung selama empat hari dijangka dihadiri lebih sejuta pengunjung.

59.  BAGAN SERAI 27 Dis. - Sebuah jeti utama di Pulau Orang Utan dekat Bukit Merah Lake Town Resort terbakar, hari ini. Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap pekerja mahupun hidupan orang utan yang ditempatkan di pulau berkenaan. Jurucakap JBP Bagan Serai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 7.20 petang.

60.  SONGKLA 27 Dis. - Wilayah Songkla di selatan Thailand terus bergolak apabila enam lagi bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia - Thailand itu, hari ini. Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang berkata, letupan terbabit menyasarkan tiang-tiang elektrik namun tiada kecederaan dilaporkan.

BERITA SUKAN:

1.  ALOR SETAR 27 DIS. - Hati Akhyar Rashid jelas tidak lagi bersama Lang Merah, namun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) enggan melepaskan penyerang remaja itu dengan mudah dan bersedia mencabar keputusan Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

2.  JERANTUT 27 Dis. - Pemain muda Pahang, Muhammad Zuhair Aizat Mohd. Nazri mengintai peluang untuk berada dalam skuad utama Tok Gajah musim depan. Pemain kelahiran Kuala Lipis itu berkata, dia perlu berusaha lebih kuat untuk memantapkan prestasi bagi memikat ketua jurulatih, Dollah Salleh.

3.  KANGAR 27 Dis. - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menegaskan, semua 30 pemain yang terlibat dengan tunggakan gaji sudah dimaklumkan bahawa pembayaran akan dibuat secara berperingkat bermula bulan depan. Presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie berkata, beliau tidak pasti mengapa masih ada pemain membangkitkan soal tersebut.

4.  BARCELONA 27 Dis. - Philippe Coutinho pernah menjadi fenomena di Barcelona apabila gergasi bola sepak Sepanyol itu sanggup membelanjakan 130 juta pound (RM687 juta) untuk mendapatkan bintang tengah Brazil tersebut daripada Liverpool. Tidak sampai setahun berada di Camp Nou, Coutinho, 26, yang sebelum ini menjadi pemain kesayangan penyokong Reds bagaimanapun tidak disayangi peminat Barcelona yang mendesak dia dijual.

5.  MANCHESTER 27 Dis. - Paul Pogba sangat gembira ketika ini selepas mula meledak gol buat Manchester United dan menemui semula sentuhannya, kata pengurus sementara Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer. Bintang tengah Perancis itu yang tidak mempunyai hubungan baik dengan bekas jurulatih, Jose Mourinho menjaringkan dua gol ketika United menundukkan Huddersfield 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hari ini.

6.  LONDON 27 Dis. - Unai Emery memohon maaf selepas bertindak menyepak botol air yang secara tidak sengaja terkena penyokong Brighton. Emery meluahkan kekecewaanya menerusi tindakan itu selepas Arsenal terikat 1-1 dengan Seagulls semasa ‘Boxing Day’ tetapi kemudian meminta maaf kepada penyokong tersebut.

7.  ALOR SETAR 27 Dis. – KFA tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat FAM yang menolak rayuan berhubung jumlah pampasan pemain mudanya, Akhyar Rashid. Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris mahu membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dengan mengemukakan aduan untuk menuntut keadilan selepas menerima keputusan FAM yang disifatkan tidak adil untuk mereka.

8.  MADRID 27 Dis. - Bos Mercedes, Toto Wolff mengakui, dia terkejut apabila mendapat tahu juara Formula Satu (F1) dunia, Lewis Hamilton menguji motosikal. Wolff mendedahkan, dia tidak tahu pemandu Britain itu menguji jentera Yamaha R4 di Jerez pada 1 Disember lalu bersama dua penunggang Kejuaraan Superbike Dunia, Michael Van de Mark dan Alex Lowes.

9.  KOTA TINGGI 27 Dis. - Kerajaan negeri memerlukan hampir RM400 juta untuk membuat persiapan menyediakan pelbagai kemudahan bagi penganjuran Sukma 2020 yang akan diadakan di negeri ini. MB, Datuk Osman Sapian berkata, sehubungan itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pusat berhubung perkara itu sekali gus yakin peruntukan akan diberikan bagi tujuan berkenaan.

10.  ROME 27 Dis - Seorang penyokong kelab Inter Milan maut hari ini selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika pergaduhan membabitkan penyokong Napoli sebelum perlawanan Serie A membabitkan kedua-dua pasukan di San Siro, semalam. Insiden berkenaan terjadi selepas kira-kira 100 peminat Inter menyerang bas mini penyokong Napoli menggunakan rantai dan tukul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 29 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 21 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from kilang 100 plus isotonik Shah Alam*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN PENUHI MASA YANG BERKUALITI BERSAMA INSAN TERSAYANG, SEMOGA GEMBIRA DAN CERIA.. C YAA.*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:46, SUBUH : 05:56, SYURUK : 07:15, ZOHOR : 13:18, ASAR : 16:40, MAGHRIB : 19:15, ISYAK : 20:30.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menitiskan air mata ketika bertitah mengenai kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu. Baginda bertitah, Muhammad Adib yang memenuhi tugas negara, menjadi korban dalam peristiwa hitam yang berlaku di tapak kuil Seafield di Subang Jaya. "Seluruh negara, tanpa mengira kaum dan pegangan agama, daripada rakyat biasa, pemimpin, termasuk istana, sama-sama berduka dengan nasib yang menimpa keluarga Muhammad Adib.*

                 *LELAKI yang juga paderi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth smlm atas pertuduhan mencabul wanita di pangsapuri, awal Disember lalu. Tertuduh Ooi Kean Lye, 58, minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.*

                 *PERHIMPUNAN Agung Tahunan Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28 hingga 30 Disember ini mencatat sejarah tersendiri kerana menjadi persidangan pertama selepas menjadi kerajaan. Sempena Perhimpunan Agung Tahunan itu juga buat kali pertama, persidangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi turut diadakan.*

                 *INKUES yang dijalankan bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah perlu dalam melengkapkan siasatan secara menyeluruh. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, justeru pihaknya menyokong serta menyambut keputusan bagi mengadakan inkues berkenaan.*

                 *WANITA maut selepas terjun dari tingkat satu di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, smlm. Dalam kejadian 11.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an dikatakan terjun dari tingkat satu pusat beli-belah berkenaan dan terjatuh berhampiran eskalator di tingkat bawah tanah 2 (LG2) bangunan berkenaan.*

                 *BEKAS pekerja tokong didakwa di Mahkamah Majistret berasingan di Petaling Jaya, atas tiga tuduhan memikat isteri orang sehingga melakukan persetubuhan dan memiliki serta mengugut menyebarkan gambar bogel kenalannya. Chang Ye Siong, 44, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan berasingan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir dan Majistret Salamiah Salleh.*

                 *KEGIATAN dua sahabat yang menyamun kedai serbaneka 24 jam sekitar bandar ini akhirnya memakan diri selepas mereka ditahan polis, kelmarin. Lelaki berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pada 5 petang di rumah di Jalan Bukit Lima Timur, Sibu.*

                 *ADIK kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut selepas dipercayai didera ibu tirinya di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, Rabu lalu akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan psikiatri untuk pemeriksaan lanjut. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Superintendan Mohd Afzanizam Yahaya berkata, ia berikutan pemeriksaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu mendapati kesan kecederaan pada tubuhnya.*

                 *LORI tangki muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 25.9 Lebuhraya Karak dari arah Bentong menyebabkan berlaku kesesakan trafik susulan penutupan satu daripada tiga lorong di laluan berkenaan, smlm. Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, lori yang dalam perjalanan ke arah ibu negara itu berhenti di lorong kecemasan selepas pemandunya menyedari bahagian belakang kenderaan dipandunya terbakar.*

                 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu memberi jaminan bekalan petrol dan diesel mencukupi untuk keperluan penduduk negeri ini. Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala bagi memastikan bahan api mencukupi, selain memastikan pengusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan.*

                 *LELAKI yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus kepala air ketika mandi bersama keluarga di Burmese Pool atau Batu Hampar, Taiping, Rabu lalu, ditemui lemas smlm. Mayat M Jastin, 24, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 10.35 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.*

                 *KERJA pemasangan ‘marker bouy’ atau boya penanda khas pada kapal MV AMANDA yang karam di perairan Tanjung Sepang, dekat Kota Tinggi, Selasa lalu, dilakukan bagi mencari seorang lagi kru kapal yang masih hilang. Selain itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan selaman ‘salvage assessment’ bagi mengesan kemungkinan mangsa terperangkap dalam kapal berkenaan.*

                 *POLIS Klang Selatan menafikan dakwaan bahawa anggotanya bertindak kasar terhadap Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, semalam.*

                 *TAKTIK dua nelayan asing menggunakan bot dengan nombor pendaftaran palsu untuk menangkap ikan secara haram menggunakan bubu naga di Sungai Belukang, Rungkup dekat Bagan Datuk terbongkar apabila diberkas Jabatan Perikanan Perak, smlm. Dalam kejadian 8 pagi itu, dua lelaki warga Myanmar itu ditahan bersama 82 bubu naga dan pemeriksaan mendapati bot berkenaan berpangkalan di Bagan Pasir Laut, Selekoh, dan dimiliki warga tempatan.*

                 *PIHAK Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai alasan tertentu berdasarkan dapatan mereka untuk menjalankan inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan beranggapan keputusan itu dibuat kerana pihak polis belum mengesahkan punca kematian anggota bomba berkenaan akibat perbuatan jenayah atau atau disebabkan kemalangan.*

                 *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh tidak layak untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, memutuskan keputusan itu dibuat selepas mengkaji keseluruhan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bertarikh 30 November 2018 dan Perakuan Hakim Pilihan Raya di bawah Seskyen 36(2)(a) dan Laporan Hakim Pilihan Raya di bawah Seksyen 37 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bertarikh 13 Disember 2018.*

                 *BEKAS Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai Naib Presiden PKR oleh Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di Facebook (FB) rasmi PKR, smlm. Menurutnya, Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bermesyuarat dan antara lain turut membincangkan pelantikan jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) selepas pemilihan MPP dan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sebelum ini.*

                 *DUA anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) parah, manakala enam rakan setugas mereka cedera selepas pacuan empat roda dinaiki, terjunam ke dalam gaung di Kilometer 33.3, Jalan Kaki Bukit - Wang Kelian, di Padang Besar, smlm. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa parah, Inspektor Mohd Sahidi Pauzi dan Koperal Nassir Kaderi. Enam mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.*

                 *KEMENTERIAN Kewangan perlu melakukan siasatan terperinc terhadap setiap aduan kenaikan harga barangan yang dibangkitkan pengguna. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan harga barangan itu berpunca daripada tindakan segelintir pihak yang tidak mematuhi undang-undang yang sudah ditetapkan.*

                 *SKIM Perlindungan Nasional B40 yang menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan akan dilaksanakan bermula 1 Januari ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata, dengan dana permulaan sebanyak RM2 bilion, ia sebagai bantuan kepada golongan berkenaan menghadapi cabaran yang timbul daripada masalah menghidap penyakit kritikal dan menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka.*

                 *PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengesahkan terdapat kebocoran di salah satu tangki di Stesen Minyak Petronas Solaris, Lebuhraya Besraya, dekat Serdang, smlm. Kejadian itu menyebabkan kira-kira 20 buah kereta dan enam buah motosikal mengalami kerosakan.*

                 *PELANCONG lelaki warga Switzerland tercabut tulang bahu kiri ketika terjatuh ketika melakukan aktiviti ‘parasailing’ (paralayar) di Pantai Chenang, Langkawi, smlm. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Vigji, 25, dilaporkan terjatuh ke pantai, dari ketinggian enam meter.*

                 *BUKAN hanya bateri kereta, malah tong sampah turut dikebas tiga individu yang memecah masuk rumah di Pujut, Miri, pagi semalam. Dalam kejadian pada 10.30 pagi itu, tiga lelaki berusia lingkungan 20-an menceroboh rumah berkenaan sebelum melarikan tujuh unit bateri kereta bersama tong sampah milik penghuni rumah berkenaan.*

                 *KANAK-KANAK perempuan berusia 10 tahun melalui mimpi ngeri sejak 2017 apabila dia terpaksa melayan nafsu serakah bapanya sendiri, di kediaman keluarganya di Taman Changkat Permata, dekat Ampang. Perlakuan sumbang lelaki berusia 35 tahun itu hanya terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian malang berkenaan kepada neneknya, sebelum wanita berusia 60 tahun itu membuat laporan polis.*

                 *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bercadang menamakan dewan baharu di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Jalan Suka Menanti, di Kuala Nerang, dengan nama Dewan Muhammad Adib. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Nazri Zakaria berkata, perkara itu dicadangkan ketika dalam mesyuarat yang diadakan semalam.*

                 *LELAKI maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan kereta ketika melawan arus di susur keluar Taman Nusa Idaman, di Iskandar Puteri menuju ke Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), smlm. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.*

                 *SEKUMPULAN lelaki yang sedang melepaskan gian diserbu sepasukan polis dalam operasi di Kampung Lembah Raja, Tasek Gelugor, semalam. Dalam operasi selama 12 jam yang bermula 6 pagi itu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara berjaya memberkas 11 penagih berusia 18 hingga 55 tahun.*

                 *LORI muatan barang ‘terbenam’ dalam lubang dipercayai akibat mendapan di Kilometer 53 Jalan Sri Aman - Kuching berhampiran Lachau, di Sri Aman, smlm. Sumber memberitahu NSTP, lubang sebesar kira-kira dua meter itu disedari kira-kira 6 pagi tadi, akibat saliran paip air yang pecah di lokasi kejadian menyebabkan sebahagian struktur jalan berkenaan runtuh.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *New Delhi: Seorang pakar bedah terkenal di Gorakhpur, India dipercayai membunuh bekas isterinya dan cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mengemas kini akaun media sosial mangsa selama tujuh bulan.*
           *Kejadian dilaporkan berlaku di Pokhra, Nepal selepas suspek, Dr Dharmendra Pratap Singh dipercayai menolak mangsa, Rakhi Srivastava jatuh dari tebing selepas diberi minuman bercampur ubat bius.*
           *Times Now News melaporkan, polis pada mulanya menahan suami kedua mangsa, Manish Sinha untuk disoal siasat selepas keluarga Rakhi membuat laporan kehilangan wanita itu pada Jun lalu.*
           *Bagaimanapun, soal siasat yang dijalankan pasukan unit khas polis Uttar Oradesh membawa kepada penahanan suspek bersama dua lagi rakannya, Pramod Kumar Singh dan Deshdeepak Nishad sekali gus berjaya menyelesaikan kes terbabit.*

           *JAKARTA: Pihak berkuasa pemuliharaan haiwan liar berkata hari ini, bencana tsunami melanda Indonesia mencetuskan kebimbangan bahawa satu lagi gelombang dahsyat mungkin akan membunuh puluhan badak sumbu Jawa yang masih hidup liar di negara itu.*
             *Dipercayai terdapat kurang dari 70 spesies terancam berada dalam taman negara yang terletak tidak jauh dari gunung berapi sehingga mencetuskan gelombang dahsyat, Sabtu lalu.*
           *Setakat ini, tiada haiwan yang direkodkan terbunuh dalam bencana itu sehingga menyebabkan 400 orang terkorban, tetapi pihak berkuasa memberi amaran satu lagi gelombang dahsyat mungkin membadai di wilayah terjejas baru-baru ini.*

           *BEIJING: Guru tadika dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mendera kanak-kanak dengan cara mencucuk jarum.*
          *Bagaimanapun, netizen di seluruh China membantah kerana menganggap hukuman dijatuhkan terhadap guru terbabit terlalu ringan.*
          *Guru di tadika RYB Education New World itu didapati mencucuk kanak-kanak menggunakan jarum pada November 2017, lapor mahkamah Chaoyang di Beijing.*
         *Perbuatan menganiaya dilakukan oleh wanita dikenali sebagai Liu Yanan mencetuskan kemarahan pelbagai pihak di seluruh negara itu.*

            *HANOI: Akibat membunuh dan memakan spesies monyet terancam, enam lelaki ditahan di tengah Vietnam semasa menyiarkan menerusi penstriman langsung di laman media sosial, kata polis smlm.*
          *Memperdagangkan dan memakan spesies haiwan jarang ditemui serta terancam ketika ini sedang meluas di Vietnam kerana ramai masih percaya bahawa anggota badannya dapat menyembuhkan penyakit.*
          *Namun, penjualan haiwan terancam berlaku pasaran gelap dan pengguna jarang menyiarkan pembunuhan selain memakannya kerana ia dilindungi di bawah undang-undang pemuliharaan haiwan Vietnam.*

           *CHICAGO: Beratus-ratus penerbangan dibatalkan dan beribu-ribu lagi ditangguhkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam selepas ribut salji mula melanda bahagian tengah negara itu, mengecewakan ramai pengembara yang ingin bercuti.*
           *Menurut laman web penerbangan FlightAware lebih daripada 6,500 penerbangan ditangguhkan dan lebih 800 lagi dibatalkan.*
          *Gandingan hujan, salji dan angin kencang menjadikan pemanduan di jalan raya lebih berbahaya terutama di dataran utara dan tengah.*


*TULAR / POPULAR*
================


        ♂ *RAKAMAN beberapa keping gambar dan video Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang bersenam dengan berpakaian kemeja, seluar panjang dan kasut sukan tular di media sosial, smlm.*
            *Sekeping gambar dan tiga rakaman video masing-masing berdurasi 16, 26 dan 30 saat itu dimuatnaik pemilik Facebook (FB) Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin pagi tadi menerima pelbagai reaksi positif netizen.*
            *Disertakan dengan status 'Big boss ni exercise pun nak pakai baju office... Rindu nak kerja la tu... Haha.. Almost one hour on threadmill!', ia itu turut dikongsi sebanyak 442 kali pengguna FB.*
             *Video pertama menyaksikan Perdana Menteri yang mengenakan baju kemeja lengan panjang berwarna putih dan seluar panjang kelabu serta berkasut sukan sedang berjalan di atas 'treadmill' sambil dipantau seorang lelaki dipercayai jurulatih pusat kecergasan terbabit.*

         *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor akan menghantar sampel bahan petroleum yang diperoleh daripada stesen minyak Petronas Solaris di Lebuhraya Besraya kepada Jabatan Kiia untuk siasatan.*
       *Ia susulan kira-kira 30 kenderaan yang tersadai dekat Kilometer 7, lebuh raya berkenaan selepas dipercayai mengisi petrol di stesen minyak berkenaan, pagi smlm.*
            *Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Azman Adam berkata, proses itu sebagai prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan petroleum yang dijual di stesen terbabit menepati ciri-ciri petroleum yang sebenar tanpa sebarang campuran bahan lain seperti diesel dan air.*
            *Mengulas mengenai dakwaan yang tular bahawa petrol yang diisi ke dalam kenderaan itu tercampur dengan air, Azman berkata, ia masih belum dapat dipastikan.*
           *"Tunggu laporan rasmi dari Jabatan Kimia terlebihdahulu. Kami akan hantar sampel ini secepat mungkin dan minta untuk disegerakan laporannya," katanya.*

        ♂ *HUKUM menyindir atau ‘troll’ di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia.*
             *Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, smlm, melihat ‘troll’ sebagai situasi membimbangkan kerana ia disebarkan dalam pelbagai konteks termasuk mesej bertulis, klip video pendek dan gambar yang diubah suai dengan dialog yang dicipta sendiri.*
         *"Kebanyakan ‘troll’ yang disebarkan mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku.*

         *“KENAIKAN harga makanan KFC kali ini memang terasa, tetapi apa pilihan kami, dah order bayar sajalah," kata seorang pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Ustaz, 66, ketika ditanya mengenai kenaikan harga makanan segera itu di sebuah premis di Bukit Katil, Melaka, smlm.*
         *Warga emas berasal dari Kelantan yang bercuti bersama keluarganya di negeri ini berkata, sebagai pelanggan setia yang menganggap KFC sebagai restoran tempat keluarganya berkumpul, dia terpaksa tidak kisah dengan kenaikan harga berkenaan.*
        *Seorang lagi pelanggan, Muhammad, 25, berkata dia dan abangnya Ilham, 28, tidak sedar mengenai kenaikan harga itu.*
            *"Kami memang tidak terlalu pedulikan harga, tapi tak sangka pula harganya berbeza sehingga RM2," katanya.*
        *Harga lama bagi set 'Dinner Plate' adalah RM16.96, manakala harga baharu RM19.60.*

         *BEKAS Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor, hari ini, menafikan pembabitan beliau dan semua bekas pemimpin UMNO Sabah berhubung penyebaran satu surat sulit berkaitan Projek Kad Pengenalan (IC).*
             *Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, beliau tiada kaitan langsung dengan tuduhan itu yang antara lain mengaitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan Projek IC bagi menambah keahlian parti itu di Sabah.*
           *"Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya dan rakan-rakan bekas pemimpin UMNO Sabah tidak ada kaitan langsung dengan tuduhan yang disebut dan ditular dalam media sosial itu.*

         *LARAS bahasa Melayu klasik disulami jenaka oleh Khairy Jamaluddin bagi menyatakan ‘hasrat’ menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menerusi catatan terbaharu di Instagram ternyata mencuit hati pelbagai pihak.*
          *Keletah nakal bekas Menteri Belia dan Sukan itu bukan sekadar berjaya melakar gimik politik, malah dilihat sebagai rentetan episod drama Melayu klasik yang mula melanda negara susulan warkah terbuka nukilan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa kepada bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Rabu lalu.*
             *Menerusi gambar berlatar belakangkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, Khairy yang memperagakan pakaian sukan, sambil bertenggek di basikalnya seolah-olah cuba menyuntik mesej bahawa hasratnya menyerahkan borang bagi menjadi ahli terbaharu BERSATU sehingga sanggup berbasikal, menemui jalan buntu.*

         *Sempena promosi hebat Karnival Krismas Vivo yang berlangsung pada 22 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 depan, pelanggan Vivo berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu Proton Saga baru dan juga hadiah terkumpul bernilai sehingga RM1 juta.*
            *Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berbelanja RM500 (satu resit pembelian) di mana-mana Vivo Store kemudian daftar pembelian anda untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi kereta Proton Saga, pulangan wang tunai sehingga 100 peratus serta banyak lagi hadiah daripada Vivo.*
         *Untuk tawaran bulan Disember ini, anda boleh dapatkan Vivo V11i di mana-mana Vivo Store atau pasaran dalam talian Vivo di Lazada, Shopee, 11street, Lmall dan Vivo Official e-store (http://www.vivostore.com.my) pada harga RM1,099 manakala telefon pintar dengan paparan FullView lain berharga RM499 sahaja.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *LONDON: Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino mendakwa jika skuad kendaliannya menjulang trofi Liga Perdana musim ini, ia adalah pencapaian lebih besar berbanding dilakukan Atletico Madrid ketika menjuarai La Liga pada 2014.*
             *Spurs ketika ini dianggap sebagai pencabar tulen kejuaraan elitliga Inggeris musim ini dengan skuad bimbingan pengurus dari Argentina itu menghuni tangga kedua liga dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Liverpool selepas 19 perlawanan.*
             *Kemenangan besar ke atas Everton (6-2) dan Bournemouth (5-0) untuk mencatatkan enam kemenangan berturut-turut melonjakkan Tottenham setaraf dengan Liverpool dan penyandang juara, Manchester City.*

          *LONDON: Bintang Chelsea, Eden Hazard berkata dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya selepas musim ini berakhir di sebalik minat mendalam yang ditunjukkan Real Madrid.*
        *Kontrak Hazard di Stamford Bridge berakhir pada 2020 tetapi perpindahan mengiurkan untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real yang juga penyandang trofi Liga Juara-Juara berterusan menjadi berita utama.*
         *Pemain sayap Belgium itu baru-baru ini mengakui ingin bergelar ‘legenda’ di Chelsea menyertai jejak langkah John Terry, Didier Drogba dan Frank Lampard tetapi dia kemudian menjelaskan masih belum berfikir mengenai masa depannya sama ada kekal atau berpindah.*

          *LONDON: Penyerang Manchester United, Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku akan memperoleh segala bantuan bagi meningkatkan prestasi tetapi ia tetap bergantung bagaimana mereka menggunakan peluang yang diberikan, kata pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.*
         *Sanchez hanya menjaringkan satu gol dalam kempen Liga Perdana musim ini dengan masalah kecederaan dan penurunan prestasi menyaksikannya hanya membuat lima penampilan dalam kesebelasan utama bersama United.
Penyerang Belgium, Lukaku juga tampak tidak begitu menjadi apabila hanya meledak enam gol dalam 16 penampilan.*
            *Menjelang aksi menentang Bournemouth Ahad ini, Solskjaer ditanya sama ada jentera serangannya terganggu selepas bintang tengahnya, Paul Pogba, meledak dua gol dan melakukan dua umpanan dalam dua perlawanan terakhir di bawah kendaliannya.*

          *BRISBANE: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray berkata dia gembira tidak mengambil keputusan untuk bersara sekalipun terpaksa berehat selama 11 bulan susulan kecederaan pinggul.*
          *Juara tiga kali Grand Slam terbabit meluahkan perasaannya itu menjelang kepulangan semulanya ke gelanggang pada kejohanan Antarabangsa Brisbane yang akan membuka tirainya di Pusat Tenis Queensland, Isnin ini.*
         *Murray, 31, yang menjulang gelaran di Brisbane pada 2013 dan 2014 menyertai kejohanan itu dengan menduduki ranking ke-256 dunia.*

         *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan isu membabitkan pampasan Akhyar Rashid tidak perlu dibawa sehingga ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).*
           *Sebaliknya, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan ia boleh diselesaikan secara dalaman dengan lebih baik menerusi pertemuan 'empat mata' antara badan induk itu dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).*
          *"Kita terbuka dan sedia berbincang dengan KFA mengenai isu ini. Mungkin wujud salah faham daripada sudut pemahama mengenai peruntukan dalam urusan perpindahan pemain itu dan kita sedia berbincang dengan KFA.*

           *KUANTAN: Thailand menjadi destinasi pasukan Pahang untuk menilai prestasi pemain sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.*
           *Skuad kendalian Dollah Salleh itu dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Thailand, bulan depan.*
          *Dollah berkata, kunjungan ke negara jiran itu diyakini dapat meningkatkan kualiti pasukan sebaik tirai Liga M bermula Februari depan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 29/12/2018 (by: MJI)

1.  PULAU PINANG 28 Dis. - Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah supaya segala usaha perlu dilakukan untuk mencari pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24.

2.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Lebih 20 buah kenderaan tersadai selepas mengalami kerosakan sebaik sahaja mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Serdang dekat sini pagi ini. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ekoran petrol yang diisi ke dalam kenderaan mereka telah tercampur dengan air yang memasuki satu tangki di stesen minyak tersebut.

3.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - PKR mengumumkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai naib presiden parti itu bagi tempoh 2018-2021. Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat bagi memutuskan jawatan-jawatan lantikan termasuk jawatan berkenaan.

4.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Peguam Siti Kasim bakal mengambil tindakan terhadap individu yang telah menyebarkan gambar beliau memegang seekor anjing beserta dengan komen yang diubahsuai di media sosial. Siti Kasim berkata, dia telah dimaklumkan oleh seseorang mengenai penyebaran gambar dengan komen yang telah diubah suai itu dan ditularkan.

5.  JAKARTA 28 Dis. - Gunung Berapi Anak Krakatau hari ini dilaporkan mengeluarkan asap hitam dan awan panas, mengikut laporan berdasarkan pemerhatian stesen peninjau di Pulau Sertung. Awan panas itu menghala ke Lautan Hindi ketika bunyi letupan mengiringi aktiviti gunung berapi.

6.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa atas menyiarkan artikel mengandungi tohmahan ke atas Tabung Haji di akaun Facebook miliknya, dua tahun lalu akan mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan tersebut.

7.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kementerian Kerja Raya akan melantik juru perunding audit bebas bertauliah bagi membantu kerajaan dalam menganalisis data serta cadangan berhubung keputusan penangguhan kenaikan kadar tol lebuh raya awal Januari depan. Menterinya, Baru Bian berkata, ini termasuk mengemukakan cadangan mengurangkan beban tol secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

8.  KUALA LUMPUR 28 Dis. – TNB melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) memperkukuhkan bekalan elektrik di Pulau Tioman menerusi dua projek tenaga boleh diperbaharui (RE) dengan kapasiti 755kW. Pulau Tioman yang terletak 32 kilometer dari pantai Pahang akan menerima 15 peratus tenaga elektrik yang dijana sumber RE bermula tahun depan.

9.  PULAU PINANG 28 Dis. - Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi kesedihan kehilangan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24. Dalam nada tersekat-sekat dan beberapa kali menyekang air mata, baginda berkongsi saat sewaktu mencemar dulu menziarahi Muhammad Adib ketika menerima rawatan di IJN pada 30 November lalu.

10.  KUALA LUMPUR 28 Dis. – Kaji selidik Invoke Malaysia diterajui bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung sokongan rakyat terhadap PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah menjunam disifatkan sebagai `haprak’ dan mempunyai agenda tersendiri. AJK Komunikasi dan Mobiliti PH, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ini kerana, kaji selidik yang dilaksanakan oleh UIAM bercanggah dengan keputusan tinjauan Rafizi.

11.  KUALA LUMPUR 28 Dis.- Sebanyak 1,709 pelajar sekolah menengah di 178 kawasan seluruh negara berisiko positif dadah menerusi saringan ujian air kencing yang dijalankan AADK pada awal tahun sehingga Oktober lalu. Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, kesemua pelajar terbabit merupakan lebih 41,000 pelajar yang diperiksa.

12.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melarang sekeras-kerasya mana-mana pihak yang tidak diberikan kuasa memegang atau menyimpan kad pengenalan individu lain tanpa sebab munasabah. Perkara berkenaan adalah selaras dengan peraturan 8A, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

13.  PUTRAJAYA 28 Dis. - UMNO sepatutnya belajar dari sejarah dan tidak usahlah jadi hidung mancung pipi tersorong-sorong hendak berpakat dengan Pas, kata Presiden PPBM (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, cerita UMNO berpakat dengan Pas sudah berkurun tetapi tidak pernah berlaku di alam nyata.

14.  PUTRAJAYA 28 Dis.- Inkues dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah perlu bagi melengkapkan siasatan membabitkan anggota bomba itu secara menyeluruh dan sempurna. Menteri KPKT, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menyokong dan menyambut keputusan mengadakan inkues yang sekali gus dapat mengenal pasti punca kematian.

15.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Petronas Dagangan Berhad (PDB) bersedia untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian campuran bahan api yang mengakibatkan kerosakan kira-kira 20 buah kenderaan di Stesen Petronas Solaris Besraya di Serdang dekat sini, pagi ini. Pihaknya mengambil serius perkara tersebut dan meminta maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang berlaku.

16.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Pengurusan kes inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia, 17 Disember lalu ditetapkan pada 18 Januari depan. Peguam Cara Negara III, Datuk Mohd. Hanafiah Zakaria berkata, tarikh tersebut ditetapkan selepas pihaknya memfailkan dokumen permohonan kes tersebut semalam.

17.  KANGAR 28 Dis. - Empat buah restoran KFC di seluruh negeri ini diberi tempoh lima hari untuk memberi maklum balas mengenai kenaikan mendadak harga hidangan berasaskan ayam di premis terbabit. Pihak KPDNHEP telah menyerahkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan kepada empat restoran terbabit iaitu dua di Kangar dan masing-masing satu di Padang Besar serta Arau.

18.  PETALING JAYA 28 Dis. - Seorang bekas pembantu tokong didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memikat seorang wanita yang telah bersuami untuk melakukan persetubuhan pada September lalu. Tertuduh, Chang Ye Siong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

19.  KEMAMAN 28 Dis. - Polis daerah ini terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan lumba haram dengan menahan 33 lagi penunggang motosikal dalam operasi khas motosikal Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan awal pagi ini. Kesemua mereka diambil keterangan sebelum dibawa menunaikan solatsubuh berjemaah selain membaca surah Yasin di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini pagi tadi.

20.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Penguatkuasaan pemakaian kasut hitam ke sekolah bermula 2021 memberi impak ketara pada sesi persekolahan 2019 dengan menyaksikan penurunan harga kasut putih yang dijual di kebanyakan gedung jualan pakaian sekolah. Bagaimanapun para ibu bapa mengeluh kerana kebanyakan kasut sekolah berwarna hitam pula dijual lebih mahal.

21.  PUTRAJAYA 28 Dis. - Hanya produk berasaskan babi dalam tin yang telah melalui proses rawatan haba tinggi dan tekanan tinggi semasa memasak dibenarkan diimport dari China ke negara ini sejak 12 November lalu. Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata, langkah itu berikutan keadaan jangkitan penyakit African Swine Fever (ASF) di negara Tembok Besar itu yang agak membimbangkan.

22.  KUALA LUMPUR 28 Dis - Polis menahan seorang lelaki dipercayai merogol anak kandungnya berusia 10 tahun sejak tahun lalu dalam kejadian di Taman Changkat Permata, Ampang dekat sini. Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada Selasa lalu di sekitar Ampang selepas pihaknya menerima laporan dari nenek mangsa yang mendakwa kanak-kanak itu dicabul bapa kandungnya.

23.  IPOH 28 Dis. - KPDNHEP Perak tidak akan berkompromi dengan mana-mana stesen minyak di negeri ini yang cuba menghentikan jualan bahan api kepada orang ramai menjelang 1 Januari depan. Tindakan stesen minyak termasuk gagal memastikan bekalan bahan api mencukupi selain menutup premis tersebut membolehkan mereka disabitkan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

24.  TAIPING 28 Dis. - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang setelah dihanyutkan kepala air semasa sedang berkelah bersama keluarganya di Air Terjun Burmese Pool di sini kelmarin, ditemukan mati lemas hari ini. Mayat M. Jastin, 24, ditemukan oleh unit anjing pengesan (K9), JBPM pada pukul 10.35 pagi.

25.  JOHOR BAHRU 28 Dis. - Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) lima mengadakan program Temashor selama lima bulan bermula hari ini sehingga 10 Mei 2019 yang membabitkan 10 buah daerah di seluruh negeri. Sebanyak 22 buah pertubuhan belia di bawah MBNJ akan turun ke 30 lokasi terpilih untuk menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan membabitkan kerja-kerja membaik pulih, keceriaan dan pembersihan kawasan.

26.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Datuk C.Sivarraajh tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya bagi tempoh lima tahun bermula dari 13 Disember lalu. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun mengumumkan status kelayakan tersebut berkata, Naib Presiden MIC itu juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

27.  BUTTERWORTH 28 Dis. - Seorang paderi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pagi ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita tanpa kebenaran awal bulan ini. Bagaimanapun, tertuduh, Ooi Kean Lye, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

28.  KUANTAN 28 Dis. - Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh mendakwa terdapat pihak yang bimbang jika beliau terus bertanding pada PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini. Sivarraajh mendakwa, sebab itu terdapat usaha untuk menghalangnya daripada sekali lagi menjadi calon bagi mempertahankan kerusi milik BN tersebut.

29.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sekolah-sekolah agama dan tahfiz di Kemboja perlu di naik taraf daripada segi kemudahan dan sistem pembelajaran bagi menarik minat kanak-kanak serta remaja untuk mendalami pelbagai ilmu termasuk bidang teknologi, kata Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican.

30.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Selepas kerap menegur tindakan kerajaan PH dan sikap menteri-menteri Kabinet, TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini menjadi sasaran serangan. Pemimpin PH yang lantang membela pakatan tersebut, Khairuddin Abu Hassan hari ini mencadangkan TMJ supaya turun dari singgahsana dan masuk ke gelanggang politik secara sepenuh masa.

31.  KUANTAN 28 Dis. – BN negeri kecewa dengan keputusan SPR yang menetapkan bahawa Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya bagi tempoh lima tahun. Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Sivarraajh merupakan seorang wakil rakyat yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang menjadi MP Cameron Hihglands selepas memenangi kerusi itu sebagai calon BN pada PRU-14.

32.  PUTRAJAYA 28 Dis. - Perhimpunan Agung Tahunan PPBM (Bersatu) 2018 bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini. Perhimpunan itu melakar sejarah sebagai perhimpunan sulung parti itu selepas memenangi PRU-14 bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan.

33.  PUTRAJAYA 28 Dis. - Pemaju Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Pudina di Presint 17 iaitu Weststar Construction Sdn. Bhd. (Weststar) menafikan pihaknya gagal menyiapkan projek kediaman itu seperti yang didakwa pembeli baru-baru ini. Projek perumahan yang merangkumi 1,504 unit itu siap pada April lalu dan telah mematuhi Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) yang ditetapkan pihak oleh bertanggungjawab.

34.  KUALA LUMPUR 28 Dis. - Mana-mana ahli politik meletakkan jawatan dalam parti yang dianggotai, dipecat atau menjadi ahli bebas perlu mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan PRK diadakan. Untuk itu, Persatuan Sahabat Erat dan Amanat Rakyat (Sedar) akan menyerahkan petisyen untuk mendesak kerajaan menggubal undang-undang anti lompat parti bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang baharu.

35.  JAKARTA 28 Dis. - Jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat perlindungan ekoran kejadian tsunami di pantai sekitar Selat Sunda meningkat hampir dua kali ganda kepada 40,000 hari ini. Pada masa yang sama, mereka yang tinggal berhampiran persisiran pantai dinasihat supaya berpindah secara kekal bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.

36.  LAHAD DATU, 28 Dis - Polis menembak mati seorang lelaki warga asing dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jawa, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata dalam serbuan 6 pagi itu, polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek berusia 47 tahun berkenaan menghalakan senapang bakakuk ke arah mereka.

37.  KUCHING, 28 Dis - Video bertajuk ‘The Old Kuching Heritage’ hasil kerja Abang Azmi Reza Abang Abdul Rauf muncul juara kategori profesional pertandingan video pendek Old Kuching Heritage yang dianjurkan dari 28 Sept hingga 30 Nov lalu. Old Kuching Heritage berkata Abang Azmi menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala tempat kedua yang menawarkan hadiah RM3,000 dimenangi oleh Brendan Goh Chuan Lung dengan video bertajuk ‘Old Kuching Heritage’.

38.  KEPALA BATAS, 28 Dis - Polis menahan sekumpulan 11 penagih dadah yang sedang khayal dalam satu satu operasi 12 jam yang bermula dari pukul 6.00 pagi semalam di Kampung Lembah Raja, Tasek Gelugor, dekat sini. 11 lelaki berumur antara 18 dan 55 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD SPU di kawasan berkenaan yang dijadikan sebagai sarang penagih melepaskan gian.

39.  SHAH ALAM, 28 Dis - Persatuan Pemilik dan Penduduk Bukit Bayu, Seksyen U10 mempersoalkan status pemilikan tanah kawasan hutan tanah pamah di sini, yang terletak berdekatan kawasan perumahan mereka yang sedang diteroka oleh sebuah syarikat. Wakil persatuan berkenaan, Nazri Elias berkata terdapat kekeliruan terhadap status tanah berkenaan berikutan terdapat papan tanda mengatakan tanah berkenaan milik kerajaan negeri dan sebuah lagi papan tanda mengatakan ia tanah milik persendirian.

40.  KUALA LUMPUR, 28 Dis - Universiti Malaya (UM) hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah melantik syarikat atau individu sebagai orang tengah atau proksi untuk sebarang projek atau tender berkaitan universiti itu. Menurut UM, ini susulan aduan daripada beberapa syarikat dan kontraktor yang mendakwa universiti itu mengeluarkan tender berhubung projek menaik taraf kemudahan dan pembinaan bangunan di UM.

41.  IPOH, 28 Dis - Bandar Warisan Taiping menerima pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai sebagai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik 2018 yang dianjurkan oleh gabungan 13 organisasi dari seluruh dunia. YDP Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata MPT menyertai anugerah itu selepas dicadangkan oleh seorang juri Anugerah Bandar Raya Pelancongan Bersih ASEAN yang melawat Taiping.

42.  PUTRAJAYA, 28 Dis - Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengetatkan kawalan kuarantin di pintu masuk melalui udara dan laut sebagai langkah mengelakkan daging dan produk berasaskan babi dari China dibawa masuk ke negara ini. Berikutan jangkitan wabak demam babi Afrika (ASF) di China, pelancong dilarang membawa masuk produk haiwan ke dalam negara dan selain itu pelancong ke China juga dinasihatkan tidak membuat lawatan ke ladang babi.

43.  KUALA LUMPUR, 28 Dis - Empat SJKC di Kepong masing-masing menerima dana tambahan RM30,000 menerusi peruntukan Pejabat Anggota Parlimen Kepong selain peruntukan daripada Kementerian Pendidikan. Anggota Parlimennya Lim Lip Eng berkata, peruntukan keseluruhan berjumlah RM120,000 itu adalah bagi membantu menampung kos penyelengaraan fasiliti sekolah serta perkara lain berkaitan pembelajaran di sekolah-sekolah tersebut.

44.  KUANTAN, 28 Dis - Seorang lelaki OKU dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut bapanya dengan menggunakan sebilah parang, dua hari lalu. Faizul Azhar Baharum, 45, yang berasal dari Felda Bukit Goh di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Aling.

45.  KUBANG PASU, 28 Dis - Bantuan serta insentif yang diumumkan kerajaan bukan untuk meraih populariti tetapi bagi memenuhi keperluan rakyat yang kurang berkemampuan dengan mengambil kira kemampuan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah. Ini kerana kerajaan mendengar keluhan rakyat dan sentiasa bersedia mengkaji balik dasar bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

46.  PORT DICKSON, 28 Dis - Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah, curi dan samun yang dikenali 'Geng Dini' ekoran penahanan tiga lelaki di sekitar bandar ini dan Seremban sejak 20 Disember lepas. KPD Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata polis turut merampas dua buah kereta dan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang, lapan unit pendingin hawa, dua unit televisyen dan barangan kemas yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM100,000.

47.  GEORGE TOWN, 28 Dis - Timbalan YDP Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Gelugor, di sini hari ini. Keberangkatan tiba baginda pada pukul 1.15 tengah hari diiringi YDP Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri di JPM, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

48.  KUALA LUMPUR, 28 Dis - Rata-rata pengguna tidak panik dan bimbang mengenai dakwaan yang mereka mungkin berdepan masalah mendapatkan bekalan petrol dan diesel menjelang 1 Jan ini jika pengusaha stesen minyak enggan menambah stok bahan api sebelum tarikh itu. Pengusaha stesen minyak boleh bertindak demikian kerana kerajaan dijangka mengurangkan harga bahan api mulai Selasa depan dan kembali ke sistem penetapan harga secara mingguan.

49.  TAWAU, 28 Dis - PPM merampas 68 kilogram minyak masak pelbagai jenama dan tiga tong gas yang tidak memiliki dokumen pengesahan daripada KPDNKK. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam Op Gelora Khas yang dijalankan kira-kira jam 5.30 petang semalam di perairan Laut Haji Kuning itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.

50.  KUANTAN, 28 Dis - Seorang juruelektrik dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan melastik guli ke arah kereta sekitar Kuantan, pada Ogos dan pertengahan bulan ini. Di hadapan Majistret Nor Azizah Aling, tertuduh Mohd Kamal Jamaluddin, 54, yang beralamat di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, dengan tenang mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan ke atasnya.

51.  KOTA KINABALU, 28 Dis - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas majikan yang menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata hukuman sebat sememangnya sudah termaktub dalam Akta Imigresen 1959/63 khususnya kepada pesalah iaitu majikan yang menggaji lebih enam orang PATI.

52.  MELAKA, 28 Dis - Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka (TRRM) akan memberi fokus pada tiga aspek utama iaitu pemuliharaan, pendidikan dan pusat tarikan pelancong dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pengunjung bermula tahun hadapan. Inisiatif itu dilaksanakan bagi tujuan menjadikan TRRM sebagai pusat pendidikan berkaitan serangga dan reptilia serta pusat hiburan atau rekreasi sekeluarga.

53. TAWAU, 28 Dis - APMM menahan lima individu warganegara Indonesia yang memasuki perairan negara tanpa dokumen perjalanan yang sah, semalam. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Romli Mustafa berkata kesemua lelaki yang berusia lingkungan 26 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang di perairan Sungai Membalua di sini.

54.   KANGAR, 28 Dis - TNB membelanjakan RM1.6 juta bagi membina 32 rumah di bawah projek Baiti Jannati di Perlis sejak 2010. Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Perlis Abd Aziz Yaacob berkata daripada jumlah itu 26 rumah telah diserahkan dan bakinya dijangka siap dalam tempoh terdekat.

55.  REMBAU, 28 Dis - Aachi Kitchen Catering buat pertama kalinya menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya membuat tosai sepanjang 8.1 meter dan sekali gus diiktiraf sebagai Tosai Terpanjang. Sijil Malaysia Book of Records diserahkan wakil MBOR Buvaneswaren Naidu kepada pemilik Aachi Kitchen Catering, R. Suselah, sejurus selesai mengukur kepanjangan tosai tersebut.

56.  JOHOR BAHRU, 28 Dis - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kru kapal dagang MV Amanda yang terbalik dan karam di perairan timur Tanjung Sepang, dekat Kota Tinggi, Selasa lepas, diteruskan hari ini dengan keluasan kawasan pencarian melibatkan 120 batu nautika persegi meliputi timur Tanjung Penawar sehingga Tanjung Sepang.

57.  MELAKA, 28 Dis - Penceramah bebas Datuk Dr Zahazan Mohamed dan Pengarah Pusat Sitasi Malaysia, Prof Madya Dr Zuraidah Abd Manaf dilantik sebagai anggota Lembaga Pengarah UTeM yang baharu. Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata pelantikan Zahazan bagi tempoh tiga tahun itu berkuat kuasa pada 15 Dis lepas, manakala Zuraidah pula sehingga tamat perkhidmatan di Kementerian Pendidikan.

58.  JOHOR BAHRU, 28 Dis - Akibat menunggang motosikal secara melawan arus, seorang lelaki maut apabila kenderaannya itu bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di susur Taman Nusa Idaman, Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), di Iskandar Puteri, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan mangsa, G.Siritar, 35, yang bekerja sebagai kelindan lori di Singapura, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

59.  KOTA KINABALU, 28 Dis - Sebanyak lapan buah kampung di daerah Kota Kinabalu bakal dijadikan sebagai kampung angkat polis pada tahun hadapan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan jenayah di kampung terlibat. KPD Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata usaha itu sebagai kesinambungan kepada program kampung angkat setelah dua kampung dipilih pada tahun ini iaitu Kg. Lokub dan Kg. Pulau Gaya.

60.  KUALA LUMPUR, 28 Dis - Dua rakan masing-masing dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata terhadap juruwang warga Bangladesh di sebuah kedai serbaneka, Jun lepas. Mohd Amirul Akmal Mohd Razlik, 28, dan Ahmad Saberi Zulkifli, 30, mengekalkan pengakuan bersalah pada sebutan kes hari ini.

BERITA SUKAN:

1.  MELAKA 28 Dis - Jurulatih Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan bakal menguji barisannya dalam aksi persahabatan berdepan Selangor United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam esok. Menurutnya, perlawanan sulung selepas diberi tugasan membimbing skuad Hang Tuah itu amat penting kepadanya untuk mengenal pasti keupayaan pemain dan corak permainan yang mahu diterapkan.

2.  LIVERPOOL, England 28 Dis - Liverpool kini berada di pertengahan jalan untuk menamatkan penantian 29 tahun selaku juara Liga Perdana Inggeris dan tempoh tujuh hari ini menjadi detik penting buat mereka bermula dengan kunjungan Arsenal ke Anfield, awal pagi Ahad ini.

3.  ZAGREB 28 Dis - Luka Modric menambah koleksi anugerahnya selepas kejayaan cemerlang tahun ini apabila dia dinamakan sebagai atlet lelaki terbaik tahunan Croatia, semalam. Sandra Perkovic, juara Eropah lima kali dalam acara melempar cakera, memenangi anugerah wanita. Skuad bola sepak, yang muncul naib juara Piala Dunia, dinamakan sebagai pasukan terbaik tahunan Croatia susulan undian 322 wartawan.

4.  LONDON 28 Dis - Pemain legenda Jerman, Boris Becker menafikan beliau menjadi jurulatih baru pemain wanita nombor satu dunia Simona Halep. Media Romania melaporkan Simona, yang berpisah dengan jurulatih Darren Cahill bulan lalu, akan mula berlatih dengan pemenang enam gelaran Grand Slam itu.

5.  ABU DHABI 28 Dis - Serena Williams tidak akan membincangkan insiden final Terbuka Amerika Syarikat yang menyaksikannya tewas di tangan Naomi Osaka, September lalu tatkala dia mahu ‘meraih kejayaan lebih besar dan bagus’, menurut pemain dari AS itu awal pagi tadi.

6.  PARIS 28 Dis - Red Bull mengancam untuk meninggalkan perlumbaan Formula Satu sebagai bantahan terhadap perubahan peraturan yang dirancang tatkala mereka menyasarkan kejayaan dalam saingan 24 jam Le Mans bersama Aston Martin.

7.  KUALA LUMPUR 28 Dis - Tahun 2019 pasti mencabar buat atlet negara apabila pelbagai angin perubahan dijangka berlaku terutama membabitkan atlet yang pernah bernaung di bawah Program Podium. Tambahan pula dengan kemudahan sains sukan yang semakin terhad apabila majoriti kontrak pekerja di bawah ISN tidak disambung, ia pasti menyukarkan mereka untuk mendapat bantuan.

8.  KUALA LUMPUR 28 Dis - Patah tumbuh hilang berganti! Begitulah situasi skuad hoki TNB yang kehilangan pertahanan Najib Abu Hassan ekoran kecederaan lutut, namun mungkin sempat mendapatkan semula khidmat Syed Syafiq Syed Cholan menjelang saingan Piala Tan Sri P Alagendra yang menyingkap tirainya, Rabu ini.

9.  KUALA LUMPUR 28 Dis - Sudah sampai masanya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik pengerusi baharu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi membawa badan induk itu keluar daripada belenggu kewangan sekali gus memastikan nasib bekas atlet mendapat pembelaan sewajarnya, kata bekas jaguh pecut negara, Datuk Rabuan Pit.

10.  KUANTAN 28 Dis - Thailand menjadi destinasi pasukan Pahang untuk menilai prestasi pemain sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Skuad kendalian Dollah Salleh itu dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Thailand, bulan depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 30/12/2018 (by MJI)

1.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan diperbesarkan dan contoh-contoh yang baik dalam perniagaan wanita akan dibantu untuk memperbesarkan perniagaan mereka. PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka yang berjaya akan dibantu selain pertandingan di antara mereka akan diadakan dengan hadiah yang besar disediakan.

2.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan sedang berusaha menurunkan harga barang di negara ini. Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun akan mengambil sedikit masa. Beliau berkata, pemerintahan Kerajaan PH telah membawa kepada ketenangan dan kestabilan yang menjayakan rakyat dan pelabur. Ekonomi negara sekarang tumbuh dengan baik walaupun dunia dilihat berada dalam keadaan tidak stabil.

3.  KOTA KINABALU 29 Dis - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan memutuskan untuk menyambut enam perayaan utama di peringkat kebangsaan termasuk Pesta Kaamatan dan Gawai bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu, berkata ia dikenali sebagai Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM).

4.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Salah faham yang timbul antara ahli kumpulan Elite, Linda Rafar dengan jururawat sebuah hospital kerajaan berpunca daripada isu minta tukar cadar bukannya cuci najis. Kata Linda, dia hanya meminta jururawat itu menukar cadar yang terkena najis, bukannya meminta jururawat itu mencuci najis ibunya.

5.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Selepas kira-kira tujuh bulan menerajui pentadbiran negara dengan usaha ditumpukan kepada menangani rasuah dan salah guna kuasa, kerajaan PH semakin yakin usaha mereka ke arah itu mula menunjukkan kejayaan. Begitu juga dengan isu kebebasan bersuara yang turut menunjukkan hasil positif.

6.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) PPBM (Bersatu) yang masuk hari kedua hari ini dimuatkan dengan sesi perbahasan perwakilan Armada dan Srikandi pada perhimpunan tahunan kedua-dua sayap parti gabungan PH itu. Perasmian serentak perhimpunan sayap berkenaan disempurnakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin di PICC di sini malam tadi.

7.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai parti Melayu adalah kerana orang Melayu di negara ini masih percaya mereka memerlukan parti Melayu untuk melindungi mereka dan kepentingan masyarakat itu, kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.

8.  JOHOR BAHRU 29 Dis. - Perubahan politik dalam negara tahun ini menyaksikan kepimpinan kedua-dua pihak sama ada PH mahupun BN kekok dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, perkembangan itu dapat dilihat apabila kedua-dua pihak masih memerlukan masa dengan kedudukan baharu mereka.

9.  KAHERAH 29 Dis. - Tiga pelancong warga Vietnam dan seorang pemandu pelancong rakyat tempatan terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas bas dinaiki mereka terkena bom semalam. Kejadian itu merupakan yang pertama disasarkan terhadap pelancong asing sejak lebih setahun lalu.

10.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad sebak apabila menyentuh nasib yang menimpa bangsa Melayu sejak lebih 70 tahun lalu berbanding bangsa lain. Menurut Perdana Menteri, beliau sedia dituduh rasis kerana pendedahan nasib bangsanya sendiri yang dilihat telah merosot dalam tempoh berkenaan.

11.  PUTRAJAYA 29 Dis. – Armada mengakui kewujudan kumpulan ahli PPBM (Bersatu) yang tidak berpuas hati dengan sayap pemuda itu. Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan, terdapat Ketua Bahagian Bersatu cuba membuang Ketua Armada Bahagian secara senyap termasuk mempersoalkan kredibiliti mereka.

12.  PUTRAJAYA 29 Dis. – Armada PPBM (Bersatu) menggesa kerajaan memulakan kempen boikot Kesatuan Eropah (EU) susulan sekatan eksport minyak sawit Malaysia ke Eropah. Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekatan yang dilaksanakan EU telah memberi kesan besar kepada peneroka Felda yang mencari mata pencarian dengan minyak sawit.

13.  ULAANBAATAR 29 Dis. - Beribu-ribu rakyat Mongolia sanggup melakukan bantahan ketika suhu mencecah -25 darjah Celcius di ibu kota negara ini bagi membantah skandal rasuah dan menuntut agar speaker Parlimen meletakkan jawatan. Bantahan itu merupakan antara yang terbesar di negara ini, tercetus susulan penyalahgunaan kuasa, skandal rasuah dan penyelewengan dana kerajaan.

14.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Srikandi PPBM (Bersatu) menggariskan tiga fokus utama ‘mengisi kemenangan’ selepas parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-14. Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, tiga fokus tersebut ialah meningkatkan lagi kecekapan urus tadbir kerajaan dan parti, memperkasakan modul pendidikan dan menaik taraf ekonomi wanita.

15.  IPOH 29 Dis. - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan diumumkan dalam masa terdekat. Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran berkata, pengumuman yang dijangka dibuat dalam tempoh 10 hari itu akan dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

16.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Lelaki di negara ini dilaporkan cenderung berkahwin lewat malah ada yang memilih untuk mendirikan rumah tangga pada usia 91 tahun. Menerusi laporan Jabatan Statistik Malaysia, trend lelaki berkahwin lewat terus berlaku iaitu pada usia 29 tahun pada tahun lalu berbanding 28 pada 2016.

17.  ISTANBUL 29 Dis - Dua ahli korporat tempatan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dan Pengerusi Ekskeutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai memberi 2,000 beg dan sejumlah peralatan perubatan kepada pelarian Syria di Sultan Gazi, di sini hari ini. Sumbangan itu diberikan semasa lawatan kedua-dua ahli korporat tersebut ke klinik dan sekolah yang menempatkan pelarian Syria di Turki.

18.  IPOH 29 Dis. - Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dengan Nurul Izzah Anwar berhubung kedudukan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET. Menterinya, M. Kula Segaran berkata, pertemuan tersebut bagi ‘memujuk’ Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk terus kekal mengetuai jawatankuasa berkenaan.

19.  BENTONG 29 Dis. - Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kilometer 1 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini. Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu ialah Mohd. Effendi Muhamad, 33, yang bertugas di cawangan khas IPD Raub.

20.  SUNGAI PETANI 29 Dis. - Seorang lelaki ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian leher dan badan di dalam sebuah kereta berhampiran tapak pasar malam, Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini, hari ini. Mayat mangsa, A. Muniandy, 41, ditemukan orang awam kira-kira pukul 4.15 pagi dalam keadaan terbaring di bahagian tempat duduk pemandu.

21.  PULAU PINANG 29 Dis. - Berbekalkan niat mahu bersedekah, seorang peniaga makanan di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau di sini memulakan langkah menjual ayam goreng dengan harga 10 sen seketul untuk seorang pelanggan. Tambah menarik, walaupun harga barangan semakin meningkat, namun di Baen Cafe The Power of Sedekah itu, sebarang jenis air bergula tanpa susu seperti air teh, air anggur serta sirap juga diberikan percuma.

22.  PORT DICKSON 29 Dis. - Port Dickson akan mempunyai pelan struktur lengkap dan menyeluruh secara besar-besaran dalam usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama di negara ini. MP Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi mencapai tujuan itu, mesyuarat pertama untuk merencanakan pelan berkenaan akan diadakan pada minggu pertama Januari ini.

23.  PULAU PINANG 29 Dis. - Keterujaan netizen mensensasikan istilah ‘kanda’ dan ‘dinda’ sehingga dilihat seolah-olah negatif memperlihatkan rendahnya nilai sastera Melayu dalam kalangan masyarakat. Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, keghairahan menularkan perkara tersebut dalam kalangan netizen juga tanpa disedari merendahkan martabat sastera Melayu itu sendiri.

24.  KUALA KANGSAR 29 Dis. - Satu rakaman video kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan R&R Sungai Perak tular di media sosial sejak semalam. Tindakan berbahaya pemandu yang belum dikenal pasti itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan tersebut.

25.  KEMAMAN 29 Dis - Seorang pembantu tadbir sekolah maut apabila motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau sedang melintas di Jalan Chukai-Mak Lagam berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di sini tengah malam tadi. Mohd. Jafri Mohd. Kassim, 34, yang bertugas di SMK Bukit Kuang dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

26.  NARATHIWAT 29 Dis. - Empat daerah di wilayah Narathiwat, selatan Thailand digegarkan dengan lapan letupan bom dan insiden tembak-menembak antara individu bersenjata dengan pasukan keselamatan. Kejadian itu berlaku sejak petang semalam dan berlanjutan sepanjang malam.

27.  SEOUL 29 Dis. - Media Korea Utara mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memberi tekanan hebat terhadap isu hak asasi manusia sepanjang tahun ini. Media Korea Utara turut menggesa agar AS menunjukkan ‘rasa hormat’ terhadap Pyongyang.

28.  PORT DICKSON 29 Dis. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi sesi 2018-2021 menggunakan saluran betul menyatakan pandangan mereka. Beliau menggunakan formula pelantikan perlu dibuat secara inklusif bagi memastikan semua pihak diwakili dalam parti tersebut.

29.  KUALA LUMPUR 29 Dis. – PDRM sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada Isnin lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

30.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertikaikan pelantikan beberapa jawatan utama kepemimpinan parti seperti yang diumumkan semalam yang disifatkan membelakangkan pandangan akar umbi.

31.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kementerian Pendidikan menggariskan sembilan intervensi bagi meringankan beban tugas guru di negara ini. Menterinya, Dr. Maszlee Malik bagaimanapun berkata, sembilan intervensi yang merangkumi lima inisiatif itu hanya akan diumumkan ketika perutusan Tahun Baharu pada 14 Januari depan.

32.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Perwakilan Armada hari ini mencadangkan agar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikembalikan semula di sekolah-sekolah. Cadangan itu dinyatakan oleh wakil Armada Kelantan yang melihat wujud keperluan untuk mengembalikan PPSMI ke arah mempertingkatkan pembangunan kemahiran insaniah atau soft skills pelajar.

33.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pihak berkuasa perlu merangka kajian dan strategi yang lebih efektif dalam usaha memerangi dadah dari semasa ke semasa bagi membanteras masalah itu dalam kalangan pelajar sekolah. Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Malaysia terkenal sebagai pusat penghasilan dan transit penyeludupan dadah termasuk jenis sintetik walaupun banyak makmal telah berjaya dibongkarkan.

34.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Seramai 20 pasangan mempelai dinikahkan dan dirai dalam satu Majlis Raikan Cinta Raja Sehari Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini. Majlis yang julung kali diadakan itu dilakukan di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan anjuran Bank Muamalat (M) Bhd.

35.  KOTA BHARU 29 Dis. - Kesemua 180 stesen minyak di seluruh negeri ini diarahkan memeriksa stok masing-masing dan perlu memastikan tangki penyimpanan mereka mempunyai bekalan petrol dan diesel mencukupi menjelang hujung bulan ini. Pengarah KPDNHEP negeri, Khalid Tik berkata, denda RM1 juta boleh dikenakan kepada pengusaha yang gagal menyediakan stok mencukupi sehingga menyebabkan terputus bekalan.

36.  PUTRAJAYA 29 Dis - Bukan biasa-biasa, itu yang boleh dikatakan apabila ada perwakilan yang menerima cenderamata beg berjenama Herschel di Perhimpunan Agung Tahunan PPBM (Bersatu). Beg berjenama dari Kanada itu dianggarkan berharga antara RM250 hingga RM300 bergantung kepada saiz dan rekaan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan beg yang diterima oleh perwakilan itu asli atau pun tidak.

37.  SHAH ALAM 29 Dis. - Pengusaha stesen minyak akan memendekkan tempoh operasi kepada hanya 18 jam berbanding 24 jam ketika ini, berikutan penetapan harga jualan runcit petroleum secara mingguan yang ditetapkan kerajaan bermula Isnin ini, kata Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

38.  TAMPIN 29 Dis. - Polis sedang mengesan dua lelaki yang didakwa cuba memasuki sebuah kem tentera di sini dengan menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel baru-baru ini. KPD, Supt. Ramli Kasa berkata, laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera semalam berhubung insiden yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang pada 8 Disember lalu.

39.  SEREMBAN 29 Dis. - Dua pemimpin sayap PKR hari ini senada dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti semula pelantikan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi sesi 2018-2021. Mereka ialah Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dan Naib Ketua Wanita, J. Sangeetha.

40.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Tidak cukup nafas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas kritikan pimpinan PKR hari ini apabila giliran Ketua Wanitanya, Haniza Mohamed Talha pula menegur beliau. Menurut Haniza, pelantikan Majlis Pimpinan Pusat yang dibuat oleh Anwar gagal mengangkat agenda meletakkan 30 peratus wanita dalam kepemimpinan.

41.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bekas ahli UMNO yang kini menyertai DAP, Aspan Alias membayangkan terdapat unsur-unsur dan usaha untuk menutup kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh dalam rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini. Bagaimanapun, beliau mengingatkan kerajaan supaya tetap berpendirian teguh berdasarkan realiti semasa.

42.  BUTTERWORTH 29 Dis. - Seramai tujuh pelesit rempit ditahan polis ketika sedang leka berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal pagi tadi. Kesemua yang ditahan merupakan remaja lelaki berusia 17 dan 18 tahun yang didapati melakukan aksi menunggang motosikal berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

43.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anuar akhirnya memberi maklum balas berhubung Warkah dari Cordoba yang ditulis Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini. Kenyataan balas itu dibuat selepas empat hari surat terbuka itu dimuat naik, bagaimanapun bukanlah tindak balas positif kepada menteri yang memegang portfolio agama.

44.  MANILA 29 Dis. - Seramai empat orang maut dalam tanah runtuh dan beribu dibawa keluar dari rumah setelah ribut melanda dibahagian sentral Filipina hari ini. Menurut Pejabat Pertahanan Awamnya, tiga sekeluarga tertimbus dalam tanah runtuh di Bandar Legazpi iaitu tenggara Manila manakala seorang wanita di bandar Bulan.

45.  PULAU PINANG 29 Dis.- NGO, Gagasan Tiga (G3) hari ini mendakwa berlaku ketidakadilan dalam agihan Peruntukan Khas Ketua Menteri Pulau Pinang antara Januari hingga Jun tahun ini yang mana sebahagian besar peruntukan diberikan kepada satu kaum sahaja. Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad yang menerima dokumen berkaitan isu itu menerusi pihak yang tidak dikenalinya pada 22 Disember lalu.

46.  JOHOR BAHRU 29 Dis. - Dua adik kandung kepada kanak-kanak berusia 5 tahun yang maut didera Rabu lalu akan ditempatkan di bawah penjagaan JKM. Pengerusi J/kuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, JKM bagaimanapun perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan tersebut.

47.  KOTA BHARU 29 Dis. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sedang mencipta formula kegagalan untuk parti yang ditubuhkan beliau sendiri apabila membelakangkan suara akar umbi dalam beberapa keputusan sejak keblakangan ini, kata bekas Pengerusi PKR Kelantan, Ab. Aziz Ab. Kadir.

48.  PUTRAJAYA 29 Dis. - Armada bersetuju agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membuat saringan ketat terhadap mana-mana pemimpin UMNO yang menyertai PPBM (Bersatu). Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jawatankuasa itu yang diusulkan kepada Presiden dan MPT, akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

49.  ALOR SETAR, 29 Dis - Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menunaikan ibadah haji pada musim depan, 2019 sebagai satu penghargaan ke atas pengorbanan besar anggota bomba itu kepada negara, kata Menteri di JPM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
50.  KANGAR 29 Dis. - Pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR tidak sepatutnya menjadi isu kerana Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak berbuat demikian. Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, beliau juga tidak melihat perlantikan Rafizi itu boleh mengundang perpecahan di dalam parti.

51.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Lapan lelaki yang dipercayai memproses dan mengedar arak tiruan di sekitar Lembah Klang dan ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Ulu Yam Bharu, direman selama dua hari bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 38 tahun itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Membaharui Undang-Undang (Samsu Gelap) 1976.

52.  KUALA KEDAH 29 Dis. – Angkasa berharap dengan cara apa sekali pun pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24 perlu segera ditangkap. Semua pihak khususnya keluarga dan rakan-rakan Muhammad Adib sangat berharap pembelaaan terhadap kematian anggota bomba itu dapat ditegakkan.

53.  PUTRAJAYA, 29 Dis - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan laporan sebuah blog yang memetik maklumat aplikasi Whatsapp seorang guru mempersoalkan harga pembelian pembesar suara di sekolahnya yang disifatkan terlalu mahal berbanding harga pasaran. Laporan di bawah tajuk 'Cikgu sekolah tampil mendedahkan RM80 juta dirompak dari Kementerian Pendidikan' itu adalah satu fitnah melampau yang berniat jahat.

54.  PUTRAJAYA, 29 Dis - Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan golongan muda dalam PPBM (Bersatu) untuk meletakkan asas perjuangan membantu rakyat khususnya kaum Melayu dan bumiputera. Pengerusi Bersatu itu berkata golongan muda yang bakal mewarisi parti perlu mengambil ikhtibar bagaimana parti UMNO dan Barisan Nasional ditolak rakyat daripada terus memerintah negara.

55.  KUALA TERENGGANU, 29 Dis - MB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa mana-mana pihak yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang royalti di Terengganu agar tampil mengemukakan bukti mengenainya. Tegasnya, beliau tidak mahu ada 'cakap-cakap belakang' kononnya kerajaan PAS Terengganu menyalahguna wang royalti untuk kegunaan parti.

56.  GEORGE TOWN, 29 Dis - Seorang lelaki warga emas cedera selepas terjatuh ketika sedang mendaki di hutan lipur Bukit Jambul, di sini hari ini. Pegawai Operasi JBPM Pulau Pinang Wan Chik Ariffin Md Ismail berkata dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, lelaki berusia 74 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki kiri menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

57.  BATU PAHAT, 29 Dis - Polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Jalan Lam Lee, Yong Peng, dekat sini, hari ini. Timbalan KPD Batu Pahat Supt Razali Mohd Tahir berkata keempat-empat mereka yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi cuba melarikan diri ke arah Segamat setelah menyamun seorang lelaki warga Pakistan yang menjual aiskrim, kira-kira 1.30 tengah hari.

58.  KUALA LUMPUR, 29 Dis - PDRM tidak bersetuju dengan langkah meluluskan penggunaan produk ganja untuk perubatan seperti yang dilaksanakan di Thailand. KPN Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perkara sedemikian akan menimbulkan pelbagai masalah di negara ini. Beliau berkata jika ia berlaku di negara ini, ia akan merumitkan lagi masalah dengan peningkatan penagihan dan pengedaran dadah.

59.  KUALA TERENGGANU, 29 Dis - MP Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid tidak akan tunduk kepada sebarang desakan supaya beliau meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada PRK di kawasan parlimen itu selepas melompat parti ke PPBM (Bersatu) baru-baru ini.
Desakan itu hanya datang daripada 'pihak yang kalah' sedangkan ramai penyokongnya yang bersetuju dengan tindakannya keluar daripada UMNO untuk menyertai Bersatu.

60.  KOTA KINABALU, 29 Dis - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menjalankan operasi secara besar-besaran dalam usaha membanteras kegiatan 'Zero Tourism' sekali gus menangani masalah itu daripada terus berleluasa di negara ini khususnya di Sabah mulai tahun depan, kata Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 29 Dis. - Biarpun Kedah masih enggan melepaskan Akhyar Rashid dan mahu mengheret kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), namun JDT sudah mengucapkan selamat datang kepada penyerang remaja itu. Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers hari ini mengumumkan Akhyar sebagai pemain terbaharu ditandatangani skuad Harimau Selatan.

2.  KUALA LUMPUR 29 Dis - Kalendar bola sepak 2019 nyata akan lebih berseri selepas Pestabola Merdeka yang ‘hilang’ selama lima tahun akhirnya membuat kemunculan semula tahun ini. Memegang status sebagai antara kejohanan tertua di benua Asia, mengatasi Piala Raja Thailand dan Piala Korea Selatan, Pestabola Merdeka adalah kejohanan jemputan yang mula membuka tirainya pada 1957.

3.  KOTA BHARU 29 Dis – KAFA bakal menurunkan pemain import baharu dari Jepun, Yuta Suzuki dalam perlawanan persahabatan pertama pra-musim menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, 5 Januari depan. Perlawanan itu penting dalam menguji tahap keserasian pemain tempatan dan import sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

4.  KUALA LUMPUR 29 Dis - RM12 juta! Itu harga yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat pemain baharu JDT, Akhyar Rashid selepas ini. Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi kenyataan di laman Johor Southern Tigers (JST) mengesahkan mereka menambah klausa pelepasan ke atas kontrak Akhyar yang ditandatangani untuk kontrak empat tahun.

5.  ABU DHABI 29 Dis - Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal kecundang di tangan Kevin Anderson pada Kejuaraan Tenis Dunia Mubadala di Abu Dhabi awal pagi tadi namun ‘berpuas hati’ dengan penampilan pertamanya selepas mengalami kecederaan buku lali sebelum ini. Pemain Sepanyol itu tewas 4-6, 6-3, 4-6 sebelum menarik diri daripada perlawanan playoff penentuan tempat ketiga sebagai langkah untuk tidak terlalu memberi tekanan kepada keadaan fizikalnya.

6.  LONDON 29 Dis - Kos untuk meraih kemenangan dalam Formula Satu amat besar dan ia perlu dikurangkan sekiranya pasukan seperti Renault mahu bersaing dengan pasukan berbelanja besar seperti Mercedes, Red Bull dan Ferrari. Itu pandangan pengarah urusan Renault, Cyril Abiteboul dan beliau berminat dengan had perbelanjaan yang akan diperkenalkan pemilik F1, Liberty Media meskipun ia masih belum diputuskan menjelang musim 2020.

7.  KUALA LUMPUR 29 Dis - Kurang seminggu sebelum bermulanya Liga Hoki Malaysia, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) membuat keputusan untuk tidak menggunakan Padang 2 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil untuk perebutan Piala Tan Sri P Alagendra, 3 Januari ini. Keputusan itu dibuat selepas melihat keadaan permukaan padang yang tidak rata sekali gus kurang sesuai untuk kegunaan perlawanan kompetitif.

8.  KUALA LUMPUR 29 Dis - Ketika tumpuan lebih terarah kepada UniKL dan Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk merebut kejuaraan Liga Premier dan Piala TNB pada musim baru Liga Hoki Malaysia, kemampuan TNB juga tidak harus dipandang mudah. Perkara itu diakui sendiri ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj yang berasakan TNB mampu memberi cabaran sengit pada musim baru nanti selepas diperkuatkan dengan 10 pemain kebangsaan.

9.  LONDON 29 Dis - Bintang Chelsea, Eden Hazard berkata dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya selepas musim ini berakhir di sebalik minat mendalam yang ditunjukkan Real Madrid. Kontrak Hazard di Stamford Bridge berakhir pada 2020 tetapi perpindahan mengiurkan untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real yang juga penyandang trofi Liga Juara-Juara berterusan menjadi berita utama.

10.  MILAN 29 Dis - Jurulatih Gennaro Gattuso dan penyerang Gonzalo Higuain akan terus kekal di AC Milan, kata pengarah sukan kelab itu Leonardo, awal pagi tadi. Spekulasi bertiup kencang mengenai masa depan bekas pemain tengah Milan, Gattuso yang mungkin dipecat seandainya gagal meraih kemenangan ketika menentang pasukan di pertengahan carta liga, SPAL awal pagi ini sebelum rehat musim sejuk bermula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2018 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 31 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 23 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#hariterakhir2018*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:47, SUBUH : 05:57, SYURUK : 07:16, ZOHOR : 13:19, ASAR : 16:41, MAGHRIB : 19:16, ISYAK : 20:31.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *BEBERAPA perwakilan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) smlm mencadangkan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Cadangan itu disampaikan perwakilan negeri BERSATU ketika membahaskan ucapan dasar Pengerusi BERSATU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, sempena Persidangan Agung Tahunan BERSATU.*

                  *TUN Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan, hari ini bagi membincangkan isu bekalan petrol dan diesel. Perdana Menteri berkata, beliau akan berbincang dengan persatuan dan pengusaha stesen minyak bagi mencari jalan penyelesaian terbaik menangani isu berkenaan.*

                 *“SAYA tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak-anak menangis kerana kelengkapan sekolah mereka musnah dalam kebakaran,” kata Agus Tina Indayati Yatim, 34, penghuni rumah di Kampung Pandan Dalam, Ampang, yang musnah dalam kebakaran, smlm. Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, dua rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran terbabit, namun tidak membabitkan mangsa.*

                 *TAKUT selepas menyedari kehadiran tunang teman wanitanya, lelaki Nepal maut apabila dia terjatuh ketika cuba melarikan diri melalui pintu gelongsor dapur di tingkat empat rumah flat di Bayan Baru, dekat Balik Pulau, smlm. Dalam kejadian 5.20 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sebagai jurujual di pasar raya di Bukit Jambul datang ke rumah teman wanitanya pada 2.30 pagi.*

                 *SEBANYAK 552 kilogram (kg) sampah dikutip sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Trash Hero Sandakan di sekitar bandar Sandakan hanya dalam tempoh kira-kira dua jam, petang semalam. Dilaksanakan sempena program ‘Street Musical Clean Up’ bermula 2 petang itu, seramai 128 peserta menyertai aktiviti mengutip sampah secara sukarela.*

                 *DUA pemandu kereta maut dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Kilometer 12.3, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, dekat Ketengah Jaya, Dungun, smlm. Dalam kemalangan 8.30 pagi itu, pemandu Proton Satria, Muhamad Hisyam Alimun, 26 dan pemandu kereta Honda Civic, Fazroazahar Rahim, 34, maut di tempat kejadian.*

                 *TIADA panggilan terbaharu diterima ahli keluarga dan pasukan keselamatan daripada kumpulan penculik yang melarikan tiga nelayan di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, awal bulan ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, panggilan pertama dan terakhir adalah pada 6 Disember lalu daripada seorang daripada mangsa kepada isterinya bagi memaklumkan dia diculik.*

                  *LELAKI warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Jeniang-Gurun, Gurun, smlm. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, Mahmud Ahmad, 81, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami pada bahagian badan dan kepala.*

                 *PENIAGA buah parah selepas lehernya dikelar seorang lelaki dalam pergaduhan di Pasar Karat, Lorong Kulit, di Georgetown, smlm. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan sedang bersiap menyusun buah di meja untuk dijual di pasar terbabit. Bagaimanapun, suspek yang juga tinggal di kawasan berhampiran tiba dengan membawa pedang sebelum berlaku pertengkaran dengan mangsa.*

                 *“MEREKA berdua sangat rapat dan saya tidak menyangka mereka pergi juga bersama,” kata Nur Zahri Mohamad, 38, bapa kepada adik beradik yang lemas di Sungai Pasir Peroh, Pasir Mas, semalam. Dalam kejadian 6 petang itu, Muhammad Zulfitri Nor Zahri, 11 dan adiknya, Nur Afifah 8, lemas ketika mandi di kawasan berkenaan.*

                 *TIDAK sampai 24 jam, tiga lelaki termasuk abang tiri seorang lelaki yang ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman dalam kereta di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, semalam, ditahan polis malam tadi dan awal pagi smlm. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, abang tiri suspek berusia 39 tahun itu ditahan pada 8.30 malam.*

                 *UCAPAN penggulungan Ketua SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Rina Mohd Harun smlm, diganggu oleh perwakilan yang dilihat tidak berpuas hati dengan pemimpin sayap wanita parti itu. Sejumlah perwakilan mengganggu ucapan Rina beberapa kali, khususnya apabila Menteri Pembangunan Luar Bandar itu menyentuh isu jawatan ketua kampung menerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).*

                 *POLIS sudah menyerahkan kertas siasatan kes membabitkan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Azwanddin juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, tengah hari semalam.*

                 *MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan berulat dalam semak berhampiran kilang di Juru, di Bukit Mertajam, smlm. Mayat itu ditemui orang awam pada 10.35 pagi, sebelum ia dimaklumkan kepada polis.*

                 *ANGGOTA bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Jalan Hospital Kota Marudu di Kampung Lotong, Kota Marudu, malam smlm. Dalam kejadian 8.15 malam itu, Latif Muhamad Sabindo Latapa, 27, dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.*

                 *KEJADIAN air pasang besar dan air surut mendadak di Johor serta Terengganu baru-baru ini adalah disebabkan daripada impak pertambahan graviti bumi berikutan kedudukannya paling hampir dengan matahari pada orbitnya dikenali sebagai Perihelion. Fenomena itu dijangka mencapai tahap maksimum pada awal Januari ini dan berterusan sehingga Februari tahun yang tiada kaitan dengan tsunami.*

                 *CHUKAI: Seorang pembantu operasi sekolah meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kerbau yang melintas jalan di Jalan Mak Lagam-Cheneh berhadapan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman di sini, tengah malam kelmarin.*

                 *KUALA LUMPUR: Lebih 100 pengusaha premis hiburan menolak cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memendekkan aktiviti premis hiburan hingga jam 1 pagi bermula tahun depan. Menurut mereka, cadangan DBKL bukan sahaja mengakibatkan kerugian ke atas pengusaha, malah memberi kesan besar kepada ekonomi serta industri pelancongan negara terutama di Kuala Lumpur.

                 *KERAJAAN digesa untuk mempercepatkan proses siasatan (inkues) berhubung kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, bagi mengelakkan berlakunya persepsi negatif yang melemahkan semangat penjawat awam khususnya anggota penyelamat dalam menjalankan tugas. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA), Datuk Fattah Abdullah berkata, pembelaan sewajarnya harus dilaksanakan buat Muhammad Adib bagi mengembalikan keyakinan anggota penyelamat yang mungkin terkesan akibat insiden itu.*

                 *POLIS menyerbu rumah yang dijadikan 'markas' untuk mempromosikan perjudian dalam talian melalui laman sosial di Taman Seri Taming, Kajang, smlm. Serbuan 5 petang itu, dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.*

                 *SEORANG lelaki warga Thailand dipenjara enam tahun dan enam seatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, smlm, terhadap tuduhan memiliki pistol, Februari lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Surin Samah, 31, mengaku bersalah terhadap tuduhan. Beliau turut menjatuhkan hukuman empat tahun terhadap tertuduh yang mengaku memiliki 14 peluru hidup tanpa lesen.*

                 *KEMENTERIAN Pendidikan menggariskan sembilan intervensi yang akan dilaksanakan bermula Januari depan bagi mengurangkan bebanan tugas guru. Menterinya, Dr Maszlee Malik bagaimanapun berkata, intervensi yang akan dipecahkan kepada lima inisiatif itu akan diumumkan ketika perutusan Tahun Baru pada 14 Januari nanti. Katanya, intervensi terbabit terhasil daripada 16 sesi libat urus antara kementerian dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang berlangsung sejak Julai lalu.*

                 *SEBAHAGIAN besar daripada 108 yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, 26 November lalu, bakal didakwa minggu hadapan. Pihak polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara, Isnin lalu, sebelum tindakan pendakwaan dilakukan terhadap mereka kerana terbabit dalam kejadian rusuhan.*

                 *DUA pekerja warga Nepal maut ketika melakukan kerja pembersihan tangki berudara bagi pemasangan loji rawatan sisa air buangan di sebuah kilang pembuatan plastik di Jalan Parit Yaani, Yong Peng, kelmarin. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Dasuki Mohd Heak berkata, kedua-dua mangsa berusia 21 dan 23 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat selepas mengalami sesak nafas dan pengsan di dalam tangki itu.*

                 *KUALA LUMPUR: Berlumba-lumba menyeludup dadah ke negara jiran Indonesia bagi memenuhi permintaan tinggi sempena sambutan tahun baru 2019 dari kaki gian di negara berkenaan. Keldai dadah warga Malaysia dipercayai mengambil kesempatan berkenaan untuk mengaut untung dengan menerima upah lumayan menyeludup masuk terutama syabu ke Indonesia sama ada menggunakan perkhidmatan penerbangan atau feri.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *JAKARTA: Jumlah mangsa tsunami yang kehilangan tempat tinggal meningkat kepada 40,000 orang manakala 7,000 lagi cedera.*
          *Semalam, pihak berkuasa Indonesia juga menurunkan jumlah korban daripada 430 kepada 426 orang berikutan berlaku kekeliruan dalam pengiraan. Lebih 20 mangsa masih hilang selepas hampir seminggu bencana itu.*
          *AFP melaporkan jurucakap agensi bencana kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, 7,202 orang cedera, meningkat daripada 1,495 orang pada Khamis dengan 1,300 rumah di tepi pantai Pulau Jawa serta selatan Sumatera, musnah.*
            *”Kami mencadangkan mereka yang tinggal berdekatan pantai dipindahkan.*

           *BAYI yang dilahirkan dengan jari kaki dan tangan berlebihan di India dilaporkan meninggal dunia selepas ibunya memotong lebihan anggota badan berkenaan kerana percaya ia membawa nasib malang.*
          *The Times Of India melaporkan, bayi malang berkenaan dilahirkan dengan enam jari tangan dan enam jari kaki di kedua-dua belah anggota badan berkenaan di kampung Sundardev di daerah Khandwa, 22 Disember lalu.*
           *Berita mengenai kelahiran bayi perempuan berkenaan segera tersebar dalam kalangan penduduk kampung yang majoritinya dari puak Tarabai.*
           *Beberapa penduduk dan ahli keluarga wanita itu kemudian memberi amaran bahawa bayi perempuan itu membawa malang kerana mempunyai lebihan jari tangan dan kaki.*

          *DUBAI: Sebuah helikopter penyelamat terhempas semalam di Ras Al-Khaimah, mengorbankan semua empat anggotanya, kata agensi berita rasmi Emiriah Arab Bersatu (UAE) WAM.*
             *Pemerintah Ras Al-Khaimah, Sheikh Saud bin Saqr al-Qasimi, mengarahkan siasatan segera susulan nahas yang berlaku pada kira-kira jam 5.50 petang (waktu tempatan) itu.*
          *”Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengumumkan kemalangan membabitkan helikopter Agusta 139 semasa misi menyelamat di Jebel Jais di Ras al-Khaimah,” kata laporan itu.*
          *Pusat Mencari dan Menyelamat Kebangsaan UAE berkata terdapat empat penumpang di dalam helikopter itu.*

          *MANILA: Empat orang terbunuh akibat tanah runtuh sementara ribuan mangsa lain terpaksa berpindah, smlm, selepas ribut melanda tengah Filipina, menurut pihak berkuasa.*
            *Tiga ahli sebuah keluarga tertimbus dalam tanah runtuh di bandar Legazpi, tenggara Manila, sementara seorang wanita tertimbus dalam insiden tanah runtuh lain di kawasan bulan, kata pejabat pertahanan awam.*
          *Hampir 12,000 penduduk terpaksa dipindahkan daripada rumah mereka di wilayah Bicol, selepas ribut ‘Usman’ melanda timur negara itu, hari ini, kata pihak berkuasa.*

          *LONDON: Pasukan penyelam British yang membantu menyelamatkan pasukan bola sepak kanak-kanak yang terkandas di dalam sebuah gua banjir di Thailand menjadi antara penerima anugerah kehormat tradisi Britain bersempena Tahun Baru, yang diumumkan semalam.*
           *Tujuh pakar penyelam yang terbabit dalam operasi menyelamat luar biasa itu antara yang tersenarai sebagai penerima anugerah berprestij itu tahun ini disamping sutradara Hollywood, Christopher Nolan dan bekas model terkenal, Lesley Lawson atau Twiggy.*
           *Turut tersenarai adalah pelakon siri komedi ‘Monty Python’, Michael Palin, pelakon siri ‘Downtown Abbey’ Jim Carter, penulis tersohor, Philip Pullman dan pejuang utama Brexit, penggubal undang-undang, John Redwood.*

          *MANILA: Gempa bumi berkekuatan 6.9 magnitud yang menggoncang pulau Mindanao di selatan Filipina smlm mungkin mencetus gelombang tsunami kecil di beberapa bahagian pantai di negara itu, Indonesia dan Palau lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik.*
           *Setakat ini tiada laporan kematian mahupun kecederaan diterima akibat gegaran itu.*
         *Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran itu dikesan 193 kilometer (km) di timur Filipina berhampiran bandar General Santos pada kedalaman 60 kilometer.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *TUN Dr Mahathir Mohamad terpilih sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019 ekoran kecemerlangan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.*
          *Sempena Ulang Tahun ke-10 penerbitan terbabit, Dr Mahathir yang menduduki tempat ke-44 dalam senarai 500 individu Muslim berpengaruh seluruh dunia itu disifatkan sebagai pemimpin tertua di dunia yang memiliki perjalanan kerjaya politik yang luar biasa manakala remaja Palestin, Ahed Tamimi, 17, diumumkan sebagai wanita Islam paling berpengaruh menerusi gelaran ‘Muslim Woman of the Year’ ekoran keberaniannya menampar tentera Israel pada Disember 2017.*

            *WANITA cemas apabila anak perempuannya dirangkul lelaki tidak dikenali di perkarangan masjid di Taman Seri Melati, Selayang, kelmarin.*
             *Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.*
            *Menerusi rakaman video tular berdurasi 40 saat terbabit, kanak-kanak perempuan dilihat sedang bermain di perkarangan masjid itu sebelum dia dihampiri lelaki yang seolah-olah merangkul kanak-kanak berkenaan.*
             *Bagaimanapun, wanita dipercayai ibu kanak-kanak terbabit terus menarik kanak-kanak berkenaan daripada lelaki itu.*
           *Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa yang juga guru berusia 32 tahun berhubung kejadian itu.*

           *POLIS menafikan suspek lelaki yang menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel yang cuba menceroboh masuk ke kem di Tampin, sudah ditahan.*
              *Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, maklumat yang tersebar di laman sosial sejak malam tadi mengatakan suspek sudah ditahan adalah tidak benar.*
           *"Kita masih memburu suspek dan belum mengenl pasti identiti sebenar lelaki terbabit.*
            *Kes penyamaran itu dan gambar yang dimuat turun daripada akaun Facebook yang dikatakan milik suspek itu turut menjadi tular di laman sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp, sejak kelmarin.*
           *Berdasarkan maklumat yang tular itu, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, diminta berhati-hati kerana lelaki itu didakwa berpotensi melakukan perkara boleh mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan kem.*

           *“SEBELUM insiden itu (pemandu bas dipukul) kami peniaga gerai makanan mampu menjana keuntungan RM1,000 sehari, sekarang nak dapat RM500 pun susah.*
            *”Sepatutnya cuti musim sekolah dan cuti hujung minggu ramai pengguna lebuh raya akan singgah tapi disebabkan kes itu tular, kami menjadi mangsa.”*
           *Itu luahan pekerja gerai makanan di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah barat di sini, Niliyana Abdul Rahim, 43, mengenai keuntungan perniagaan makanan diraih kian merosot dipercayai diboikot pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT).*

           *MENJELANG penguatkuasaan larangan merokok di semua restoran Selasa ini, terdapat pihak tidak bertanggungjawab dikesan mengambil kesempatan menggunakan nama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjual papan tanda larangan merokok kepada pemilik restoran.*
            *Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya menerima aduan terdapat pihak tertentu yang mendakwa menjadi wakil kementerian bagi menjual papan tanda atau poster larangan merokok.*
          *"Saya ingin jelaskan kementerian tiada wakil atau ejen untuk jual papan tanda ini dan kementerian sendiri juga tidak menjualnya di mana sesiapa yang ingin menggunakannya boleh membuatnya tanpa sebarang kos kepada kementerian.*

           *BAGI kaki pancing udang galah, khususnya di Melaka, Negeri Sembilan dan di sekitar Lembah Klang, nama Kuala Linggi sudah sinonim sebagai ‘lubuk’ udang galah yang menjanjikan pulangan lumayan.*
             *Kuala berkenaan dan beberapa anak sungai di sekitarnya adalah habitat semula jadi udang galah tunggal di Melaka yang ekosistemnya bukan setakat dipelihara oleh nelayan, malah oleh Jabatan Perikanan.*
            *Bagi kaki pancing dari Meru Klang, Selangor, Fadzli Ahmad, 48, dan Shukri Ahmad, 43, memandu sejauh kira-kira 280 kilometer berulang alik dari Meru ke Lubok Cina, di Kuala Linggi, bukan penghalang untuk mereka mencuba nasib.*
             *Fadzli berkata, dia dan Shukri mencuba nasib di Sungai Ramuan Cina dan Sungai Rembau sejak awal tahun ini selepas mendengar mengenai ‘kerakusan’ udang galah di kawasan itu menyentap mata pancing daripada beberapa rakan.*

        *MANILA: Seorang lelaki ditangkap kerana menggantung anak lelakinya dalam keadaan terbalik di tingkap sebelum memukul kanak-kanak itu dan merakamkan perbuatan berkenaan semata-mata untuk memaksa ibu mangsa kembali kepadanya.*
           *ABS-CBN News melaporkan kejadian itu berlaku di Santa Rosa, Laguna di Luzon pada 18 Disember lalu.*
          *Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat memfailkan tuduhan mendera kanak-kanak terhadap lelaki itu dan teman wanitanya mungkin juga dikenakan tindakan jika didapati sengaja meninggalkan anaknya.*
          *Video berkenaan tular di laman sosial termasuk di Malaysia sehingga ada yang menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap lelaki itu kerana menyangka ia berlaku di negara itu.*

          *KAHERAH: Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas seorang wanita berusia 25 tahun kerana melakukan ‘gangguan seksual’ terhadap seekor monyet di Nile Delta, utara ibu negara Mesir.*
          *Menurut sumber perundangan memberitahu akhbar Al-Ahram, mahkamah bandar Mansoura mendakwa Basma Ahmed kerana ‘melakukan perkara tidak senonoh’ dan ‘melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai’.*
          *Dia ditahan pada Oktober lalu selepas rakaman video berdurasi 90 saat menjadi tular di laman sosial.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *EPL RESULT: CRYSTAL PALACE 0 CHELSEA 1, BURNLEY 2 WEST HAM UNITED 0, SOUTHAMPTON 1 MANCHESTER CITY 3 & MANCHESTER UNITED 4 AFC BOURNEMOUNTH 1*

          *LONDON: Unai Emery enggan menuding kesalahan terhadap pengadil, Michael Oliver berikutan dua keputusan penalti kontroversi yang menyaksikan Arsenal tewas 1-5 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi kelmarin.*
         *Skuad kendalian Emery terkulai di Anfield dengan Liverpool meraih kemenangan cukup meyakinkan selepas trio serangannya Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing meledak gol.*
      *Begitupun, dua gol yang diperoleh menerusi sepakan penalti - yang disempurnakan Salah dan gol ketiga Firmino kedua-duanya dilihat sebagai kontroversi.*

          *Kuala Lumpur: Gara-gara kad merah yang boleh dilabel ‘misteri’, penggempur kebangsaan, Mohamadou Sumareh bakal berdepan penggantungan empat perlawanan antarabangsa.*
          *Sumareh dilayangkan kad merah oleh pengadil Iran, Alireza Faghani sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan pada final kedua Piala AFF di Stadium MyDinh, Hanoi, 15 Disember lalu.*
           *Apa yang menjadi tanda tanya ialah, ia langsung tidak dilihat penyokong serta pegawai pasukan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula hanya tahu mengenai perkara berkenaan selepas dimaklumkan oleh Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF).*

          *ALOR SETAR: Kedah bakal menentang juara Liga 1 Thailand, Buriram United pada siri aksi pramusim di Krabi Central Stadium, Krabi, Thailand bermula 19 Januari depan.*
          *Aksi pertama pramusim itu juga merupakan perlawanan pembukaan 'Royal Trophy From Her Highness Princess Bajrakithibaya'.*
        *Menurut kenyataan dikeluarkan media rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) semalam, Kedah juga bakal beraksi menentang dua lagi pasukan dari Liga Thailand iaitu Krabi FC pada 21 Januari dan diikuti Surat Thani FC pada 23 Januari.*

          *KUALA LUMPUR: Tiga pasukan Liga Premier yang menggunakan Padang 2 Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menggunakan stadium atau padang lain apabila saingan liga bermula 11 Januari ini sekiranya padang 2 masih kekal tidak boleh digunakan berikutan permukaan yang rosak.*
          *Tiga pasukan dimaksudkan itu ialah TNB, TNB Thunderbolts serta Maybank manakala baki empat pasukan lain mempunyai venue tuan rumah sendiri.*
         *Pengurus pasukan TNB, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor berkata, pihaknya ketika ini masih menunggu maklum balas daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berhubung perkara itu.*

           *KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara, Chan Yiwen mengakui ia bukan tugas mudah untuk membawa pulang trofi Terbuka Remaja British walaupun dia antara tonggak harapan selain Siow Yee Xian, Aifa Azman, Aira Azman, Harith Daniel Jefri dan M Nickhileswar.*
          *Menurut pemain kelahiran Kedah itu, dia baru saja sembuh dari kecederaan bukan lali dan menyambung kembali latihan selepas tiga minggu berehat.*
             *”Secara jujur ia bukan tugas mudah di Terbuka Remaja British. Bagaimanapun, saya akan cuba mara sehingga ke separuh akhir selepas diletak sebagai pilihan kelima," katanya ketika dihubungi.*

           *IPOH: Penjaga gol pasukan Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengesahkan akan terus bersama skuad juara Piala Malaysia 2018 itu musim depan selepas memeterai kontrak dua tahun.*
           *Menurutnya, perancangan awal musim depan dia ingin beraksi bersama pasukan lain namun perkara itu tidak tercapai dan membuat keputusan kekal bersama The Bos Gaurus.*
          *”Tawaran memang ada dan saya berhasrat berhijrah ke luar negara tetapi perancangan di pihak pasukan berkenaan (kelab Thailand) tidak menjadi dan saya ambil keputusan kekal bersama Perak," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinannya di sini, smlm.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 31/12/2018 (by: MJI)

1.  PUTRAJAYA 30 Dis. - Walaupun ada usul agar beliau memanjangkan tempohnya mengetuai kerajaan sehingga PRU-15, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan PM kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Pengerusi PPBM (Bersatu) turut menegaskan, sesuatu janji itu perlu dipegang dan ditepati.

2.  BANGKOK 30 Dis. - Wilayah selatan Thailand kembali bergolak menyaksikan beberapa siri serangan bom dan tembakan di Narathiwat, kelmarin memaksa pihak berkuasa meningkatkan tahap kawalan keselamatan di 13 buah daerah di wilayah itu. Bagaimanapun, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan dan letupan tersebut yang dipercayai berlaku sehingga pagi ini.

3.  PUTRAJAYA 30 Dis. - Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mencadangkan agar ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan PPBM (Bersatu) diberikan projek kerajaan. Beliau menegaskan, ketua-ketua itu perlu memperoleh lebih wang dan peluang bagi membolehkan mereka mempertahankan kemenangan parti dan PH pada pilihan raya akan datang.

4.  GEORGE TOWN, 30 Dis - Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Tingkat Mayang Pasir di Bayan Baru, dekat sini dipercayai semasa cuba melarikan diri dalam kejadian awal pagi ini. Mayat Bot Sandip,24, jurujual di sebuah pasaraya di Bukit Jambul dekat sini ditemukan di kawasan parkir flat berkenaan dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 5.20 pagi.

5.  BUTTERWORTH, 30 Dis - Polis menahan tiga mat rempit termasuk seorang pelajar sekolah yang leka berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini dalam “Operasi Samseng Jalanan” awal pagi ini. KPD Seberang Perai Utara ( SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pihaknya menahan tiga remaja berusia 15 hingga 17 tahun dalam operasi itu yang bermula pukul 11 malam tadi dan berakhir pada 7 pagi.

6.  KUALA TERENGGANU, 30 Dis - Sebuah hotel yang berkonsepkan patuh syariah dan mempunyai kualiti setaraf hotel tiga bintang mula beroperasi di Terengganu awal bulan ini, kata Menteri Besarnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Hotel Paya Bunga (Hotel PB) yang melibatkan kos RM90 juta itu adalah milik kerajaan negeri dan ia mempunyai keistimewaan tersendiri termasuk laungan azan setiap kali waktu solat.

7.  BUKIT MERTAJAM, 30 Dis - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring dan busuk serta hampir reput di kawasan semak belakang sebuah kilang di Juru, Bukit Tengah di sini hari ini. Mayat tanpa sebarang identiti itu ditemukan oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi.

8.  KUCHING, 30 Dis - Perubahan corak tiupan angin di Sarawak sepanjang lima hari akan datang (sehingga 5 Januari depan) dijangka banyak dipengaruhi oleh pergerakan Lekukan Tropika di perairan Laut China Selatan yang dijangka bergerak ke arah barat-barat laut, menurut kenyataan Pejabat Meteorologi Sarawak.

9.  SHAH ALAM, 30 Dis - Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah yang direman sejak Khamis lepas telah dibebaskan semalam dan polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Ketua JSJ Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata Azwanddin dibebaskan pada tengah hari semalam dengan jaminan polis.

10.  SEREMBAN, 30 Dis - Program gunting rambut percuma bersempena ‘Kembali ke Sekolah’ dilihat dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak yang akan bermula Rabu ini. Program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri Sikamat di Balai Raya Taman Desa Rhu pagi tadi berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 150 pelajar sekolah di sekitar kawasan itu.

11.  PUTRAJAYA, 30 Dis - Sebanyak tujuh jalan di Presint 2 dan Presint 3 di sini akan ditutup mulai 4 petang esok hingga 2 pagi Selasa, 1 Jan 2019 sempena sambutan ambang tahun baharu 2019 di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini. KPD Putrajaya ACP Rosly Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, jalan yang ditutup ialah Persiaran Perdana, Jalan Kemerdekaan, Jalan Pembangunan, Jalan P3f, Jalan P3c, Jalan P2k dan Jalan P2p.

12.  GEORGE TOWN, 30 Dis - Seorang pembantu gerai buah-buahan cedera parah selepas lehernya dikelar oleh seorang lelaki dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada dadah di Pasar Karat, Lorong Kulit, di sini hari ini. Dalam kejadian itu polis juga terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mencederakan kaki suspek selepas lelaki berusia 35 tahun tersebut menyerang pasukan keselamatan dengan parang.

13.  JOHOR BAHRU, 30 Dis - Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh tahun ini. KPD Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kecurian motosikal direkodkan sebanyak 410 kes sejak Januari sehingga semalam berbanding 336 kes dalam tempoh sama, tahun lepas.

14.  JOHOR BAHRU, 30 Dis - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menyelamatkan enam nelayan tempatan selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin di kedudukan kira-kira 4.8 batu nautika timur perairan Tanjung Sedili Kecil, dekat Kota Tinggi, tengah hari semalam.

15.  KUCHING, 30 Dis - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang budak perempuan OKU, Nur Syahadah Fatihah Imam, 10, yang terjatuh dari jambatan Pengkalan Perahu Tambang Kabong, Saratok pada malam 23 Dis, ditangguhkan hari ini. Penangguhan operasi SAR itu dibuat hasil perbincangan dengan ADUN Kabong Mohd Chee Kadir, Pegawai Daerah Kabong Kamaruddin Alkab, Guru Besar SK Abang Leman, anggota keluarga mangsa serta agensi-agensi penyelamat yang lain.

16.  KUCHING, 30 Dis - Orang ramai dinasihatkan datang awal untuk sama-sama menyambut ambang tahun baharu dan pelancaran Kempen Visit Sarawak oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kuching Waterfront esok. Beberapa jalan menghala ke Kuching Waterfront akan ditutup awal dan polis trafik akan berkawal di lokasi terbabit bagi membantu pengguna jalan raya.

17.  ISTANBUL, 30 Dis - Top Glove Corporation Bhd, pembuat sarung tangan getah terbesar dunia, sedang mempertimbangkan untuk membuka kilang di Turki yang telah mengimport 70 peratus daripada permintaannya bagi produk berkenaan daripada syarikat itu. Pengasasnya, Tan Sri Lim Wee Chai berkata beliau menyuarakan kemungkinan tersebut semasa bertemu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di sini malam tadi.

18.  SEREMBAN, 30 Dis - Warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPIN) serta agensi berkaitan digesa meningkatkan kerjasama bagi menghadapi 2019 yang cabarannya dijangka lebih getir, khususnya dalam keadaan kewangan negara yang mencabar. Dalam keadaan semasa yang lebih terbuka, masyarakat kini bebas berkongsi ideologi dan pendapat, sekali gus mengundang ancaman dan provokasi terhadap ketenteraman awam sekiranya kebebasan itu tidak diuruskan secara bertanggungjawab.

19.  JOHOR BAHRU, 30 Dis - Kerajaan negeri yang diterajui PPBM (Bersatu) akan mewujudkan Majlis Ekonomi Negeri Johor bagi memastikan kesaksamaan hasil dapat dinikmati rakyat negeri ini. Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor Datuk Osman Sapian berkata majlis berkenaan dalam masa sama bertujuan menjamin pembangunan ekonomi negeri bergerak lebih pesat dan lestari.

20.  PUTRAJAYA, 30 Dis - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan dan letupan di beberapa bahagian di wilayah Narathiwat, Thailand semalam, menurut Kementerian Luar. Dilaporkan berlaku insiden tembakan dan letupan di beberapa bahagian di wilayah Narathiwat iaitu di daerah Ranget, Chanek, Sisakon dan Tak Bai pada 29 Dis bermula kira-kira 6.30 petang waktu tempatan.

21.  JOHOR BAHRU, 30 Dis - Seorang wanita warga emas kerugian RM230,000 selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang menggunakan taktik memperdayanya mempunyai hutang tertunggak dengan LHDN. Pesara berumur 60 tahun dan menetap di Segamat itu difahamkan menerima panggilan telefon daripada sindiket tersebut pada 19 Dis lepas sebelum membayar jumlah yag diminta secara berperingkat sehingga 27 Dis.

22.  PASIR MAS, 30 Dis - Dua beradik ditemui mati lemas selepas dihanyutkan air Sungai Pasir Peroh, di sini, ketika berkelah dengan keluarganya di Kampung Galok, di sini, petang semalam. Mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Zulfitri Nor Zahri, 11, dan adiknya, Nur Afifah, 8, ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas yang membuat operasi mencari malam tadi.

23.  MELAKA, 30 Dis - Rakyat di negara ini khususnya penduduk di Melaka digesa meletakkan semangat perpaduan sebagai asas bagi menjamin keharmonian serta keamanan di negeri dan negara ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Justeru, mereka perlu bersatu hati dan terus menanam sifat bersangka baik bagi menangkis sebarang bentuk provokasi terhadap sentimen agama dan perkauman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

24.  PARIT BUNTAR, 30 Dis - Buat julung kalinya, ibu bapa di sekitar kawasan DUN Kuala Kurau di sini berpeluang menggunting rambut dan membaiki seluar anak-anak mereka yang bersekolah secara percuma. Program Kembali ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat ADUN Kuala Kurau yang bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan ibu bapa berpendapatan rendah.

25.  KOTA KINABALU, 30 Dis - Seorang anggota bomba cedera dipercayai terkena renjatan elektrik ketika operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Lotong, Kampung Lotong, dekat Kota Marudu, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa Latif Muhamar Sabindo Latapa, 28, anggota BBP Kota Marudu dilaporkan mengalami kebas badan sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu menggunakan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

26.  ISKANDAR PUTERI, 30 Dis - 'EduCity Kombat League’, medan pertempuran atlet seni mempertahankan diri, diharap dimasukkan di dalam kalendar pelancongan Johor sebagai kejohanan tahunan. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Adib Azhari Daud berkata Kejohanan 'EduCity Kombat League 2018' (EKL 2018) yang diadakan di EduCity Stadium, di sini, semalam, menunjukkan fasiliti di Iskandar Puteri bertaraf antarabangsa.

27.  ALOR SETAR, 30 Dis - Kira-kira 100 penduduk di dua kampung di Kuala Kedah dekat sini, merayu Syarikat Air Darulaman (SADA) menyelesaikan masalah bekalan air yang menjejaskan kehidupan harian mereka sejak setahun lalu. Seorang penduduk, Nor Mohd Yusli Yusof, 37, berkata beberapa aduan telah dikemukakan kepada SADA namun masalah membabitkan kampung Telok Talipon dan Keluncur itu masih berlarutan hingga kini.

28.  KUALA TERENGGANU, 30 Dis - Polis menahan seorang pemuda berumur 21 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM34,000 di dalam sebuah rumah di Taman Kalongan Mas, Rusila, Marang, Rabu lepas. Pemuda itu pada mulanya ditahan dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Jalan Sekolah Pusat, Kuala Ibai, pada pukul 9.30 malam hari yang sama oleh Bahagian Narkotik IPK Terengganu selepas mendapat maklumat awam,

29.  IPOH, 30 Dis - Kementerian Kesihatan tidak mempunyai wakil yang menjual papan tanda larangan merokok di semua restoran dan premis makanan susulan penguatkuasaan larangan tersebut mulai 1 Jan depan. Timbalan Menteri berkenaan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mendakwa sebagai wakil kementerian dengan menjual papan tanda tersebut sekiranya menerima laporan.

30.  MIRI, 30 Dis - Seorang eksekutif sumber manusia di sini menjadi mangsa terbaharu ‘Parcel Scam’ setelah kerugian RM8,300 diperdayakan individu menyamar sebagai pegawai polis dari Kedah pada Jumaat lepas. Ketua JSJK Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 30 tahun pada mulanya dihubungi oleh seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Zulaikha Othman dari syarikat DHL Kuala Lumpur menggunakan nombor telefon 03-2241499.

31.  GEMAS 30 Dis - Seorang pegawai Tentera Darat menemui sebutir bom mortar lama ketika bermain golf di sebuah resort, di sini. KPD Tampin, Supt. Ramli Kasa, berkata dalam kejadian jam 11 pagi itu, pegawai tentera terbabit dari Kem Syed Sirajuddin di sini, segera memaklumkan penemuan berkenaan kepada pengurusan resort berkenaan.

32.  KUALA LUMPUR 30 Dis - Gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercuti di Maghribi baru-baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya terhadap perpecahan yang dipercayai tercetus dalam kepimpinan PKR. Gambar keluarga itu dimuat naik di laman Twitter milik anak sulung Azmin, Ameer Azmin, di sebuah resort percutian di Marrakesh, Maghribi dengan kapsyen, ‘Keluarga kami bersatu semula’.

33.  KUALA LUMPUR 30 Dis – PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh Dunia oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019 kerana kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan itu, Dr Mahathir disifatkan sebagai pemimpin tertua di dunia yang memiliki perjalanan kerjaya politik luar biasa.

34.  KUALA TERENGGANU 30 Dis - Kerajaan negeri meminta Kerajaan Pusat menjelaskan baki bayaran royalti minyak yang dianggarkan berjumlah RM250 juta bagi tahun ini bagi mengelak rancangan pembangunan terbantut, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

35.  PUTRAJAYA 30 Dis - Ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kali Kedua PPBM (BERSATU) oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mesej penting bagi menjelaskan apa yang perlu difahami orang UMNO. Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata Perdana Menteri menyatakan dengan jelas bahawa BERSATU kini mengambil alih peranan yang dimainkan UMNO.

36.  SLIM RIVER 30 Dis - Seramai 112, 635 peneroka FELDA di seluruh negara memohon kerajaan mengambil tindakan segera memulihkan kembali agensi itu bagi menjamin masa depan mereka. Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff, berkata kerajaan diminta menyuntik dana khas sebanyak RM500 juta setahun kepada FELDA supaya transformasi dan pemulihan agensi itu lancar.

37.  PUTRAJAYA 30 Dis.- Armada mengecam cadangan Naib Presiden PPBM (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar ketua bahagian dan ketua cawangan parti diberikan projek kerajaan. Selain menolak keras kenyataan itu, Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamuddin menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan SPRM jika perkara itu berlaku dalam Bersatu.

38.  SIBU, 30 Dis - Gara-gara menagih hutang lama berjumlah RM40,000 daripada rakannya, seorang lelaki ditikam menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian di Jalan Tekam di sini hari ini. Kejadian berlaku apabila rakannya yang berusia 48 tahun dan dikenali sejak 30 tahun lalu berjumpa dengan mangsa berhampiran Bulatan Aman dan kemudian telah membawa mangsa ke lokasi di hadapan SJK (C ) Tiong Hin pada lebih kurang pukul 7 pagi.

39.  ALOR SETAR, 30 Dis - Tindakan seorang lelaki warga emas yang mengugut akan menculik seorang budak lelaki dipercayai anak kepada seorang pengurus syarikat membawa padah apabila dia ditahan polis, semalam. Dalam kejadian Isnin lalu, suspek yang berumur 65 tahun menghubungi pengurus berkenaan berusia 52 tahun dan mengugut mahu menculik anaknya itu berusia 24 tahun.

40.  NILAI, 30 Dis - Seramai 30 anak Orang Asli di Kampung Sebir, Labu dekat sini, yang kurang berkemampuan menerima bantuan bernilai RM200 seorang berupa kelengkapan persekolahan. Program anjuran PKR Labu dan Wanita Cabang Rasah itu menyumbangkan pakaian seragam, beg, kasut sekolah serta alat tulis kepada setiap penerima.

41.  BETONG, 30 Dis - Bila disebut ikan buntal, umum pasti terbayang hidupan marin yang berduri serta memiliki racun yang boleh membawa maut, namun begitu ikan yang telah dikeluarkan racun boleh dimasak kari, asam pedas, panggang atau digoreng menjadi hidangan lazat. Berkongsi pengalaman kepada Bernama, Dari Sait, 56, dari Kg. Manggut, Spaoh, berkata dia belajar sendiri menyiang serta membuang racun ikan buntal kuning seawal usia 20 tahun.

42.  KUALA TERENGGANU, 30 Dis - Tiga beradik berumur antara lima hingga 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain di Pantai Teluk Lipat, Dungun, kira-kira 6.40 petang tadi. Tiga kanak-kanak berkenaan, Nurain Sasabila Zawawi, 5, Nurain Sufia, 8, dan Nurain Fatma, 10 , berasal dari Rantau Panjang, Kelantan datang bercuti ke pantai bersama anggota keluarga mereka.

43.  GEORGE TOWN, 30 Dis - Bangunan tambahan di SJKT Mak Mandin (Seberang Perai Utara) boleh mula digunakan pada 2 Jan ini selepas menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 27 Dis lalu. Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bangunan itu yang dibina menerusi Projek Rangsangan Khas pada 2012 menghadapi beberapa masalah teknikal sebelum ini sehingga tidak dapat digunakan.

44.  PUTRAJAYA, 30 Dis - PM Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan tindakan akan diambil terhadap mana-mana jua anggota PPBM (Bersatu) atau pemimpinnya yang menerima kontrak kerajaan menerusi cara yang salah. Tindakan akan diambil terhadap mereka tanpa mengira pangkat atau kedudukan, memandangkan ia bukan amalan kerajaan baru yang diterajui oleh PH yang mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada BN tujuh bulan lepas.

45.  KUALA LUMPUR, 30 Dis - Kerajaan dicadang supaya melaksanakan hukuman khidmat masyarakat kepada mereka yang melakukan perbuatan vandalisme bagi menimbulkan rasa malu dan takut dalam kalangan pelaku. Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan hukuman itu dilihat sebagai cara yang lebih berkesan berbanding hukuman lain terutama kompaun dan denda.

46.  JAKARTA, 30 Dis - Gunung Agung di Bali yang "tenang" beberapa bulan ini, kembali meletus hari ini. Letusan hari ini itu berlaku kira-kira tiga minit dan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) kini meletakkan status tiga atau siaga, berikutan letusan terbaru itu.

47.  PUTRAJAYA, 30 Dis - Kerajaan tidak berhajat menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang sudah dimansuhkan sejak 2012 dan akan menggunakan undang-undang yang ada bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

48.  JOHOR BAHRU, 30 Dis - KPDNHEP Johor memberi jaminan bekalan petrol dan diesel di negeri ini mencukupi. Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Johor, Aris Mamat berkata hal ini berikutan harga bahan bakar itu yang dijangka berubah pada 1 Januari ini dan pihaknya sudah memantau serta memeriksa 144 daripada 574 buah stesen minyak seluruh negeri ini.

49.  KUALA TERENGGANU 30 Dis. - Banjir gelombang ketiga diramal melanda negeri ini bulan depan dan para penduduk dinasihatkan mengambil langkah berwaspada bagi mengelak ditimpa bencana itu. Menurut Ketua Sekretariat J/kuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Left. Kol. (PA) Che Adam Abd. Rahman, mereka yang tinggal di kawasan berisiko dilanda banjir perlu sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan.

50.  MANILA 30 Dis. - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencetuskan kemarahan orang ramai selepas beliau mengaku melakukan gangguan seksual terhadap pembantu rumahnya ketika remaja. Pengakuan Duterte itu disifatkan oleh kumpulan hak asasi wanita sebagai satu ‘galakan’ melakukan penderaan seksual selain tindakannya itu adalah satu cubaan merogol.

51.  BAGHDAD 30 Dis. - Menteri Pendidikan Iraq yang baru dilantik, Shaima al-Hayali sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya susulan dakwaan bahawa abangnya merupakan anggota kumpulan Daesh yang tersebar di Internet. Shaima mengumumkan keputusannya itu di Twitter semalam, dua minggu selepas beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

52.  JAKARTA 30 Dis. - Gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter menggegarkan wilayah Bengkulu di Pulau Sumatera hari ini.Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa yang berlaku 3.39 petang waktu tempatan itu berpusat di 42 kilometer Timur Laut Lebong, wilayah Bengkulu.

53.  DHAKA 30 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya Bangladesh menyiasat dakwaan bahawa wujudnya undian yang dimanipulasi di seluruh negara. Jurucakap suruhanjaya berkenaan, S.M. Asaduzzaman berkata, pihaknya akan bertindak sekiranya dakwaan itu disahkan.

54.  TAIPING 30 Dis. - Tiga remaja lelaki yang sesat di dalam hutan semasa mendaki Bukit Larut, berjaya ditemukan dalam operasi pencarian oleh anggota bomba bersama pihak polis hari ini. Ketua Operasi dari BBP Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 2.35 petang.

55.  KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pusat Pengajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI) memuji Pelan Kemakmuran Bersama yang dibawa oleh Presiden PPBM (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presidennya, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, dasar baharu yang direncana Bersatu itu mampu dijayakan apatah lagi mampu dikongsi oleh semua rakyat Malaysia.

56.   PUTRAJAYA 30 Dis.- Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar perwakilan yang menjadikan isu pemberian kontrak dan jawatan sebagai tajuk perbahasan. Sambil menyifatkannya tidak masuk akal, katanya terdapat seorang perwakilan tanpa segan silu secara terbuka menyebut terdapat menteri menjanjikan projek di hadapan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM (Bersatu).

57.  KOTA BHARU 30 Dis. - Seorang lelaki warga Thailand yang dikatakan penjenayah dikehendaki di negaranya dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan memiliki pistol dan peluru, Februari lalu. Hukuman itu diputuskan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh Surin Samah, 31, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

58.  JOHOR BAHRU 30 Dis. - Enam nelayan tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan di kedudukan 8.8 kilometer timur Tanjung Sedili Kecil di Kota Tinggi semalam.

59.  KUALA LUMPUR 30 Dis. - Polis menafikan kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa berlaku di sebuah masjid di Taman Seri Melati, Selayang Jaya, dekat sini seperti yang tular dalam media sosial hari ini. Kejadian sebenar ialah seorang lelaki mualaf yang dipercayai kurang siuman berusia lingkungan 40-an didapati telah mengganggu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu.

60.  PUTRAJAYA 30 Dis. - Soal keperibadian orang Melayu dilihat tidak banyak dibincangkan pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM (Bersatu) kali ini sedangkan ia merupakan sebuah parti Melayu. Tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Bersatu sebagai sebuah parti harus berjuang berasaskan budaya Melayu.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 30 Dis - Berapa sekalipun klausa pelepasan diletakkan sesebuah pasukan kepada seseorang pemain, itu terpulang dan menjadi hak mutlak pasukan terbabit. Itu penjelasan Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah ketika diminta mengulas mengenai nilai klausa pelepasan pemain muda negara, Akhyar Rashid yang diletakkan sebanyak RM12 juta oleh pasukan baharunya, JDT.

2.  MANCHESTER, England 30 Dis - Ole Gunnar Solskjaer mungkin sekadar mengendali Manchester United hingga hujung musim ini namun pengurus sementara itu mahu Anthony Martial dan David de Gea menandatangani kontrak jangka panjang di Old Trafford. United sudah mengaktifkan sambungan kontrak setahun terhadap dua pemain itu baru-baru ini, bermakna mereka terikat dengan kelab itu hingga hujung musim depan.

3.  LONDON 30 Dis - Unai Emery enggan menuding kesalahan terhadap pengadil, Michael Oliver berikutan dua keputusan penalti kontroversi yang menyaksikan Arsenal tewas 1-5 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Skuad kendalian Emery terkulai di Anfield dengan Liverpool meraih kemenangan cukup meyakinkan selepas trio serangannya Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing meledak gol.

4.  LONDON 30 Dis - Pengurus Fulham, Claudio Ranieri menyatakan beliau ingin ‘membunuh’ penyerangnya, Aboubakar Kamara yang dituduh tidak menghormati pasukan dengan mengambil penalti ketika kemenangan 1-0 kelab itu ke atas Huddersfield Town, malam tadi.

5.  LONDON 30 Dis - Maurcio Pochettino menyatakan Tottenham bermain sepenuh hati tetapi tidak menggunakan akal selepas kelab kendaliannya mensia-siakan peluang meningkatkan tekanan terhadap pendahulu Liga Perdana, Liverpool susulan kekalahan mengejut 1-3 kepada Wolves, malam tadi.

6.  LIVERPOOL, England 30 Dis - Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield untuk melonjak sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris ketika hatrik Roberto Firmino mencetus inspirasi kemenangan besar 5-1 ke atas Arsenal, awal pagi tadi. Mohamed Salah dan Sadio Mane turut meledak gol ketika tiga penyerang Liverpool semuanya menjaringkan gol dalam perlawanan sama buat kali pertama musim ini.

7.  MILAN 30 Dis - Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika Juventus menutup tirai 2018 dengan kemenangan 2-1 ke atas Sampdoria untuk mencipta rekod baru kutipan mata dalam Serie A sebelum rehat musim sejuk, malam tadi. Penyerang Napoli, Arkadiusz Milik turut menyumbat dua gol dalam laluan menang 3-2 di laman sendiri menentang Bologna sekali gus terus memberi tekanan terhadap juara bertahan itu.

8.  ABU DHABI 30 Dis - Novak Djokovic mengakui dia pasti “menipu” jika rekod 20 gelaran Grand Slam milik Roger Federer tidak berada dalam fikirannya namun menegaskan ia satu cabaran hebat untuk melakukannya terutama dengan kebangkitan pemain generasi muda.

9.  PARIS 30 Dis - Bos Formula Satu Red Bull, Christian Horner menegaskan pasukannya sudah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan bekas pemandunya, Daniel Ricciardo bersama pasukan itu. Gandingan Ricciardo dan Max Verstappen amat kompetitif dan jika tidak disebabkan kegagalan pemandu Australia itu menamatkan perlumbaan dalam lapan pusingan, Red Bull boleh meraih kedudukan lebih baik dalam carta kejuaraan.

10.  LIVERPOOL 30 Dis. - Jurgen Klopp mengakui, penyokong Liverpool berhak menikmati kejayaan mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan sembilan mata, namun masih terlalu awal untuk bercakap tentang kejuaraan. Kejayaan membenam Arsenal 5-1 hari ini mengekalkan rekod tanpa kalah Reds musim ini, malah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*
*SNE 2011 A*

*SELSA 1 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 24 RIULKHIR 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0547*
*SUBUH : 0557*
*SYURUK : 0716*
*ZOHOR : 1319*
*ASAR : 1641*
*MAGHRIB : 1916*
*ISYAK : 2031*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan kehadiran tahun baharu 2019 lebih bermakna untuk mendorong rakyat Malaysia terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Dr Mahathir berkata, jika rakyat negara ini mempunyai azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat, maka kejayaan yang lebih tinggi mampu direalisasi. “Saya dan isteri mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2019 kepada semua rakyat Malaysia. Kita telah menempuh tahun 2018 yang mencabar. Banyak peristiwa pahit dan manis telah terjadi dalam tempoh tersebut.*

               *SEMUA premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam tadi, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004). “Ia bertujuan melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok.*

                *AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikembalikan manakala akta lain yang menggantikannya tidak akan dimansuhkan. Perkara itu diakui Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri. Beliau berkata, ISA sudah dimansuhkan sejak 2012 dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berhajat membawanya kembali.*

                *HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan buat masa beberapa hari ini, pada paras RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama 2019.*

                *HUJAN tidak menghalang lebih 1,000 orang hadir berselawat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, sempena sambutan Tahun Baharu 2019. Sambutan di bandar raya ini disambut dengan gema bacaan selawat berbanding acara percikan bunga api dan persembahan artis tempatan seperti kebiasaannya. Tinjauan mendapati kawasan itu dipenuhi pengunjung yang menunggu detik 12 malam biarpun hujan bermula 9.30 malam tadi.*

               *LELAKI yang ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman dalam kereta di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, kelmarin, dipercayai berhutang dengan beberapa individu termasuk suspek utama pembunuhan, lebih RM80,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 41 tahun itu difahamkan berhutang dengan beberapa orang termasuk abang ipar tirinya.*

               *SEBANYAK 233 stesen minyak di ibu kota diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur bagi memastikan bekalan bahan api itu mencukupi. Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ummi Nasrah Othman berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung bahan api tidak mencukupi di sekitar ibu kota.*

               *ADIK hanya mampu melihat abangnya menghembuskan nafas terakhir di selepas kereta dinaiki mereka merempuh pokok di Jalan Wong King Hui di Sibu, smlm. Dalam kemalangan 1.30 pagi itu, mangsa Tay Teng Kho, 42, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah pada kepala dan badan, manakala adiknya Tay Lee Hong, 38, juga dilaporkan parah.*

               *WANITA maut, manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Kampung Carok Beras-Kuala Ketil berdekatan Kampung Tembak B, di Baling, semalam. Dalam kejadian 2.40 petang itu, mangsa, Zaharah Che Meh, 39, dari Kampung Charok Beras meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.*

               *MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) menyediakan Skim Budi kepada golongan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40), dalam usaha membantu pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang kurang berkemampuan. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, skim berkenaan menyediakan pelbagai bantuan termasuk pengecualian yuran awal persekolahan, bantuan elaun setiap bulan, dan pakaian sekolah percuma.*

               *PEMOTONG daging waga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, smlm atas pertuduhan membunuh majikannya . Tertuduh, Jonathan Sihutongb, 31, hanya mengangguk faham sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret M Kalaiarasi dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.*

               *PEMANDU dan kelindan lori membawa muatan ais cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Hutan Lipur Lenggeng, Mantin dekat Nilai, smlm. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, pemandu lori berusia 31 tahun cedera manakala kelindan warga Myanmar berusia 18, patah kaki kiri.*

               *KEADAAN cuaca yang tidak menentu menyebabkan lebih 50 nelayan di Kuala Besar, Jalan PCB dan Pantai Mek Mas, Pengkalan Chepa, di Kota Bharu, tidak dapat turun ke laut sejak dua hari lalu. Mereka dijangka tidak dapat mencari ikan dan hasil tangkapan lain di laut sehingga Khamis ini.*

               *BERMULA 2 Januari ini, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya akan berpatah balik secara berselang bagi melancarkan perjalanan tren pada waktu puncak. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Khairani Mohamed berkata, tren dari Gombak menghala ke Putra Heights akan membuat pusingan semula pada stesen LRT Ara Damansara bermula 7 pagi hingga 9 pagi.*

               *PEJABAT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Muda memberi jaminan bekalan petrol dan diesel di 60 stesen minyak di Gurun termasuk empat di Sik adalah mencukupi. Ketua Cawangannya, Mazlan Safar berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan bagi memastikan pengusaha stesen minyak tidak memanipulasi bekalan sepanjang minggu ini susulan pengapungan harga bahan itu mulai minggu hadapan.*

               *SUASANA pilu dan hiba menyelubungi Bilik Forensik Hospital Dungun selepas kesemua jenazah tiga beradik yang lemas dipukul ombak, ditemui smlm. Kesemua ahli keluarga termasuk ibu bapa mangsa, Zawawi Wahab, 42, dan Nur Syahida Abdullah, 36, kini berada di Bilik Forensik Hospital Dungun untuk menunggu selesai proses bedah siasat. Ibu mangsa, Nur Syahida kelihatan sangat sedih sehingga pengsan beberapa kali sebaik melihat jenazah ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.*

                *PENDUDUK kampung serta nelayan di Dungun kesal apabila kejadian lemas terus berlaku pada ketika tempoh ‘edah’ tutup kuala masih belum tamat. Nelayan, Mohamad Abdul Ghani, 62, berkata, menurut orang tua, istilah tutup kuala bermakna tiada sebarang aktiviti pantai dilakukan termasuk nelayan tidak dibenarkan turun ke laut. “Edah tutup kuala bermula Oktober hingga Februari kerana sepanjang waktu edah itu akan berlaku musim tengkujuh yang disertai ombak dan angin kencang.*

               *BAHAN letupan yang digunakan dalam insiden letupan kedai emas di Segama, Kota Kinabalu awal pagi smlm, dipercayai daripada belerang. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, siasatan sedang dilakukan termasuk mengenal pasti sumber bahan letupan yang digunakan dalam kejadian itu.*

                *“SAYA dengar letupan kuat dan ingatkan ada orang sambut tahun baharu,” kata pengawal keselamatan, Mahlil Ludin, 63, yang berada berhampiran lokasi insiden letupan di kedai emas di Segama, Kota Kinabalu, awal pagi smlm. Mahlil berkata, ketika kejadian 2.30 pagi itu, dia sedang bertugas di bangunan pejabat pos berhaapan kedai emas berkenaan.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah berjaya merampas 13 set peralatan bubu naga yang dipasang individu tidak bertanggungjawab di kawasan perairan berdekatan Tanjung Dawai, Kuala Muda, semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faisal Ahmad berkata, hasil rondaan di kawasan perairan itu menemui 13 set peralatan bubu naga yang masing-masing berukuran 10 meter panjang.*

               *WARGA emas yang juga pengasas taska dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, smlm kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan. Selain itu, tertuduh yang berusia 67 tahun turut diarahkan supaya menjalani kaunseling pemulihan ketika menjalani hukuman penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis untuk tempoh dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.*

               *JABATAN Kastam Diraja Malaysia Kedah berjaya memungut hasil kutipan cukai sebanyak RM1.185 bilion melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pada tahun ini. Pengarahnya, Datuk Johari Alifiah berkata, sasaran itu berjaya dilepasi dua hari lalu hasil usaha gigih lebih 700 pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.*

               *WANITA orang kurang upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di kedai makan di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu, 5.50 pagi smlm. Mangsa yang pekak dan bisu dikenali sebagai Mok Su, 40, yang juga pekerja di premis itu ditemui pasukan bomba pada 7.17 pagi.*

               *BUDAK perempuan melecur selepas disiram air panas oleh bapanya sendiri selepas dia dituduh mencuri wang RM10 milik ibunya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Georgetown, Khamis lalu. Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun melecur di lengan, rusuk dan dada kanan, namun keadaannya dilaporkan stabil.*

               *MAHKAMAH Majistret Kuantan smlm, menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap enam lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memukul pemandu bas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah timur, minggu lalu.*

               *KUALA LUMPUR: Kemudahan Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI) untuk pelancong China masuk Malaysia ditutup sementara waktu bermula Januari 2019. Dalam kenyataan disiarkan di www.windowmalaysia.my yang hanya boleh dilayari dari luar negara mengumumkan penutupan eNTRI berkuat kuasa 1 Januari 2019 sehingga pengumuman seterusnya.*

               *“PASAL tu saya elak, kalau tak elak mungkin wanita itu bersama tiga anaknya boleh terbunuh,” kata pemandu lori, Zul Zuraimi Ghazali, 38, selepas lorinya terbabit kemalangan dengan kereta Perodua Myvi serta dua lagi kenderaan di Kilometer 8, Jalan Dungun-Bukit Besi, Dungun, smlm. Dalam kemalangan 3.10 petang itu, guru terbabit, Intan Mazura Abdul Aziz, 51, dilaporkan parah manakala tiga anaknya cedera ringan.*

               *KETUA Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan beliau akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sebagai Ketua Eksekutif bermula Rabu ini. Mustafar mengumumkan perkara itu dalam ucapan sempena majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah JIM di Putrajaya, smlm.*

               *LELAKI mabuk ditahan selepas membuat provokasi serta berkelakuan tidak senonoh dalam kejadian di kaunter pertanyaan Balai Polis Parit, Perak, semalam. Dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur perkauman kepada anggota polis yang bertugas.*

               *LELAKI dipercayai terbabit dalam kes samun dan rogol sebelum ini ditahan polis di hadapan kedai serbaneka di Taman Tunku, Miri, semalam. Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri pada 4.30 petang selepas risikan sejak beberapa hari lalu.*

               *KESERONOKAN sekumpulan lelaki berkelah hampir bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka tergelincir pada ketinggian kira-kira 10 meter di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi smlm. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Syahrul Akbar Mohamed Iqbal, 23, berasal dari Rawang, Selangor, dilaporkan mengalami luka di badan dan sesak nafas selepas terjatuh.*

               *TUJUH individu smlm memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan kerajaan menguatkuasakan larang merokok di semua premis makan bermula hari ini. Mereka memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman secara ex-parte (sebelah pihak) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melalui pemfailan e-filing.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *CIREBON (Indonesia): Puting beliung melanda perkampungan Panguragan Kulon di in Panguragan, Cirebon, Jawa Barat, semalam, menyebabkan seorang terbunuh dan memusnah atau merosakkan 165 rumah di kawasan terbabit.*
          *Menurut jurucakap agensi bencana kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus selain menyebabkan kerosakan teruk dua surau.*
            *Jakarta Post melaporkan, beliau berkata, agensi itu mengendalikan bencana itu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, ketua kampung dan pasukan sukarela.*

          *WARGA Malaysia yang terbabit dalam kemalangan di Krabi, Thailand dan mengakibatkan lelaki tempatan maut, masih terkandas di negara berkenaan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah selesai.*
          *Difahamkan, Abd Wahab Yahaya, 56, akan dihadapkan ke mahkamah di negara berkenaan pada 9 Januari ini dan kini masih dirawat di Hospital Krabi kerana mengalami patah tulang rahang, pipi kanan dan hidung.*
          *Anak kepada Abd Wahab, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, berkata, pasport milik bapanya kini berada di tangan pihak berkuasa Thailand dan bapanya tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai selain perlu melunaskan tuntutan pampasan waris mangsa yang maut dalam kemalangan terbabit.*

          *New Delhi: Penyelam tentera laut India semalam melancarkan operasi menyelamat 15 pelombong yang terperangkap lebih dua minggu di dalam sebuah lombong arang batu haram yang ditenggelami air di kawasan terpencil timur laut India lebih dua minggu lalu.*
              *Pekerja lombong terbabit dilaporkan terperangkap di ‘lubang tikus’ yang sempit sejak 13 Disember lalu apabila air sungai berhampiran melimpah masuk ke dalam lombong sedalam 106 meter di negeri Meghalaya itu.*
           *Setakat ini tiada tanda mangsa masih hidup meskipun anggota keluarga mangsa menaruh harapan bahawa mereka berkemungkinan menemui poket udara untuk terus hidup.*

          *MANILA: Komander tentera berkata, dua maut manakala 28 lagi cedera dalam insiden letupan bom buatan sendiri (IED) yang diletakkan depan pintu masuk sebuah pusat membeli belah di selatan Filipina, smlm.*
           *Mejar Jeneral Cirilito Sobejana memberitahu Reuters bahawa bom terbabit dipercayai buatan kumpulan militan kecil yang bersekutu dengan Daesh.*
            *Katanya, ia meletup di sebuah pusat membeli belah di bandar Cotabato, petang smlm dan menyebabkan dua terbunuh manakala 28 yang lain cedera.*

         *TEHRAN: Seorang ketua pengarah di stesen penyiaran Iran, IRIB dipecat selepas tidak sengaja membiarkan adegan seks filem dibintangi Jackie Chan ‘terlepas’ dari peraturan penapisan yang ketat di negara itu.*
            *Penonton di Pulau Kish di Iran terkejut apabila stesen televisyen tempatan menunjukkan pelakon seni mempertahankan diri melakukan adegan seks dengan seorang pelacur dalam sebuah filem lakonannya.*
            *Adegan terbabit dianggap melampaui batas di Iran, meskipun lelaki dan wanita tidak dibenarkan berjabat tangan ketika berlakon di layar perak.*
           *Insiden itu mendapat maklum balas cepat selepas seorang penonton menyiarkan klip filem terbabit di dalam talian.*

          *LONDON: Britain dan Perancis bersetuju meningkatkan kerjasama dua hala dalam menangani isu kebanjiran pendatang yang cuba merentas Selat Inggeris, kata kementerin dalam negeri.*
           *Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kedua-dua negara bakal meningkatkan rondaan pengawasan dan memberi tumpuan kepada langkah yang perlu dibuat dalam menangani kumpulan pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran berhubungan bahaya tindakan merentas laluan kapal antara paling sibuk di dunia.*
          *”Britain dan Perancis bakal mengadakan kerjasama untuk mencegah kebanjiran pendatang haram, melindungi sempadan dan keselamatan orang ramai,” kata Menteri Dalam Negeri, Sajid Javid, selepas bercakap dengan rakan sejawatan, Christophe Castaner.*

         *MANILA: Angka kematian akibat ribut yang melanda Filipina selepas musim Krismas meningkat kepada 68 orang dan ia dijangka terus meningkat, kata pegawai pertahanan awam, smlm.*
             *Menurut pihak berkuasa, 57 orang terbunuh di wilayah pergunungan Bicol, di tenggara Manila, manakala 11 orang lagi terbunuh di tengah pulau Samar, kebanyakannya berpunca daripada tanah runtuh dan lemas.*
           *Ancaman taufan yang dikenali sebagai ‘Usman’ melanda negara itu pada Sabtu lalu, walaupun tidak membawa angin kencang tapi ia hujan hingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa tempat.*

         *WASHINGTON: Wanita yang baru memulakan tugas di sebuah pusat jagaan haiwan di sini, meninggal dunia selepas diserang seekor singa.*
            *Alexandra Black, 22, pencinta hidupan liar baru bertugas sebagai pelatih selama 10 hari di pusat jagaan Burlington, Carolina Utara.*
           *Menurut pusat jagaan itu, kejadian berlaku ketika pasukan penjaga yang diketuai pelatih haiwan profesional melakukan tugas pembersihan rutin sebelum seekor singa terlepas daripada sangkar lalu masuk ke ruangan petugas yang kemudian bertindak menyerang hingga menyebabkan kematian.*

         *MOSCOW: Sekurang-kurangnya dua orang mati dan 10 yang lain berjaya diselamatkan apabila pangsapuri kediaman runtuh awal pagi smlm di bandar Magnitogorsk, di selatan Urals, kata agensi berita tempatan.*
            *Agensi berita RIA memetik kenyataan kementerian kecemasan berkata, sebanyak 48 kediaman musnah dan seramai 110 orang tinggal di dalam bangunan itu.*
          *Kementerian kecemasan berkata, menerusi laman web, sebahagian daripada bangunan itu runtuh mungkin disebabkan letupan gas dan seramai 196 orang petugas penyelamat berada di tempat kejadian.*

        *SINGAPURA: Bermula esok (hari ini) perokok di Singapura perlu mencapai usia 19 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini manakala Orchard Road akan menjadi zon bebas rokok, menurut laporan The New Paper (TNP).*
           *Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengeluarkan peringatan bahawa usia minimum untuk membeli, menggunakan, memiliki, menjual dan membekalkan produk tembakau akan dinaikkan daripada 18 ke 19 tahun bermula esok (hari ini).*
           *Selepas itu, ia akan dinaikkan setiap 1 Januari sehingga 2021, apabila perokok berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.*


*TULAR*
========


          *“SAYA tahu kereta itu tidak setimpal dengan pengorbanan abah membesarkan kami adik-beradik, tetapi sekurang-kurangnya hadiah itu menceriakan abah,” kata penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 34, ketika dihubungi, smlm.*
             *Wan adalah anak kelima warga emas, Hasim Abdul Karim, 71, yang menangis kegembiraan selepas menerima kejutan hadiah sebuah kereta Perodua Bezza daripada anaknya, Sabtu lalu.*
             *Rakaman video dua beranak berkenaan berpelukan selepas peneroka Felda itu menerima hadiah kereta baru tular hingga mengundang perasaan sayu netizen yang terharu dengan perkongsian terbabit.*
          *Menurut Wan, kereta berkenaan adalah pemberian istimewa dia dan adik perempuannya, Anie, 32, khusus untuk kegunaan orang tua mereka yang menetap di FELDA Kahang Timur, Kluang, Johor.*

          *JERANTUT: “Saya sudah berikan alamat yang sebenar dan dalam ruangan keterangan di platform pembelian atas talian itu ada masukkan keterangan tambahan mengenai jalan untuk ke rumah.*
         *”Tidak sangka keterangan tambahan itu yang diguna pakai sebagai alamat utama untuk menghantar barangan yang saya beli.” kata Nur Rabiatul Adawiyyah Zamri, 18.*
           *Dia mengulas mengenai alamat ‘Masuk ke dalam sikit, rumah saya kat belakang warna kuning’ yang tular di media sosial sejak, Jumaat lalu.*
             *Dalam pada itu, Rabiatul akui sedikit terkilan kerana nombor telefonnya tersebar akibat penularan alamat pada bungkusan berkenaan.*
               *Katanya, dia kini dihujani panggilan telefon dan mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.*

           *MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB), pengendali lapangan terbang di negara ini sudah mengambil tindakan serius susulan video tular menerusi media sosial berhubung masalah tikus didakwa berada di ruang rehat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang.*
           *Menerusi satu kenyataan, MAHB menegaskan langkah pembasmian tambahan sudah diambil dengan meletakkan sejumlah perangkap tikus di kawasan berkenaan.*
            *Baru-baru ini, satu video tular menerusi aplikasi Twitter dan WhatsApp mengenai seekor tikus dikatakan berada di ruang rehat klia2.*
           *Sebelum ini, Ketua Perhubungan AirAsia, Mohd Aziz Laikar pernah memuat naik video sebuah tong sampah yang dipenuhi ulat di lapangan terbang berkenaan.*

          *LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menegaskan pengagihan zakat hanya bagi umat Islam di Selangor dan bukannya kepada agama lain.*
                *Ia berikutan kekeliruan masyarakat berkaitan satu surat pekeliling dalaman organisasi itu yang menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.*
                *Pekeliling itu tertera motto baharu yang membawa maksud LZS lebih dekat dengan masyarakat sekaligus mengukuhkan manfaat zakat untuk semua bukan hanya terhad kepada golongan mustahiq (orang yang berhak kepada harta zakat) malah kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa dan agama.*
               *Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid berkata, pekeliling berkaitan motto baharu itu hanya dikeluarkan untuk warga kerja organisasi LZS.*

         *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan arca 'PUTRAJAYA' di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya sekaligus menjadi mercu tanda baharu dan tarikan kepada pengunjung yang datang ke sini.*
          *Struktur arca berkenaan dibina dengan lebar 1.5 meter (m) dan berketinggian 2.4 m manakala panjang keseluruhan huruf ialah 22 m serta menggunakan keluli tahan karat supaya tahan lasak.*
           *Ia direka bentuk dengan imej abstrak berwarna-warni harmoni mengekspresikan kegembiraan dan antara keunikannya adalah paparan imej grafik yang boleh ditukar ganti.*

          *KUALA LUMPUR: “Saya hanya mula bergiat dalam pertandingan kulinari sewaktu menuntut di kolej empat tahun lalu bermula dengan pertandingan biasa dalam negara bagi mencari pengalaman dan kemahiran sebelum mengembangkan bakat di peringkat antarabangsa.*
            *”Tak sangka saya berjaya mendapat pingat gangsa walaupun kali pertama menyertai pertandingan Kulinari Piala Dunia,” kata Cef Muhammad Haziq Hazwan Ruslin, 25.*
           *Anak jati kelahiran Selangor terbabit berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selepas memenangi pingat gangsa dalam Kejohanan Kulinari Piala Dunia 2018 di Luxembourg yang berlangsung selama empat hari sehingga 28 November lalu.*

          *NEW YORK: Video muzik terbaru, bintang pop, Ariana Grande bertajuk ‘Thank U, Next’ berjaya mencatatkan 100 juta tontonan di YouTube dan ia adalah yang terpantas di platform media sosial itu.*
           *Sebaik sahaja dimuat naik pada Jumaat, video itu mengambil masa selama tiga hari untuk menewaskan penyanyi Korea Selatan, Psy yang berjaya meraih tontonan 100 juta dalam tempoh beberapa jam lebih lama pada 2013, menerusi lagunya, ‘Gentleman’.*
           *‘Thank U, Next’ turut memecahkan rekod tontonan paling tinggi dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan di YouTube apabila mencatatkan 55.4 juta tontonan, sekali gus memecahkan rekod 45.9 juta yang dirih kumpulan BTS dari Korea Selatan menerusi ‘IDOL’.*
                 

*ARENA*
========


         *LISBON: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menegaskan dia ‘tidak taksub’ dengan trofi individu selepas gagal menjulang anugerah Ballon d'Or buat kali keenam, tahun ini.*
            *Selain Ballon d'Or, penyerang Juventus itu turut terlepas anugerah Pemain Terbaik FIFA dan UEFA yang dimenangi bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Luka Modric.*
           *Modric yang menjadi tonggak Croatia menamatkan Piala Dunia selaku naib juara merangkul kesemua anugerah berkenaan.*
           *”Saya tidak taksub dengan anugerah individu,” kata Ronaldo kepada akhbar Portugal, Record. “Apa yang paling utama adalah memenangi trofi secara kolektif dan membantu pasukan. Selepas itu, ia datang dengan semula jadi.*

          *LONDON: Tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menghambur pujian terhadap trio serangan The Reds, Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane dengan melabel mereka sebagai ‘menggerunkan’.*
          *Gol daripada Salah, Firmino dan Mane menyaksikan Liverpool menewaskan Arsenal 5-1 di Anfield, Sabtu lalu sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan itu di puncak carta Liga Perdana Inggeris.*
          *Firmino meledak hatrik dengan Salah dan Mane masing-masing menyumbang gol dalam perlawanan menarik itu sebelum Liverpool dijadual bertemu penyandang juara, Manchester City, Khamis ini.*

          *PERTH: Impian Roger Federer untuk ‘menyambut’ servis kencang Serena Williams akan tertunai pada pertemuan beregu campuran Piala Hopman antara Switzerland menentang Amerika Syarikat (AS) hari ini.*
          *”Saya mengagumi apa yang dia lakukan dalam dan luar gelanggang,” kata Federer. “Saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mengembalikan servis dan berdepan dengannya di gelanggang.”*
          *Federer bermula dengan baik dalam usahanya mempertahankan gelaran Terbuka Australia apabila tidak perlu bekerja keras untuk menewaskan Cameron Norrie 6-1, 6-1.*

          *KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) dan ‘bintang baharunya’, Akhyar Rashid bakal berdepan hukuman penggantungan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berjaya membuktikan wujudnya unsur 'tapping up' atau 'curi' pemain kepada badan induk dunia itu.*
           *KFA sebelum ini mendakwa, JDT menggunakan taktik 'pintu belakang' untuk berurusan dengan Akhyar tanpa persetujuan KFA yang masih memiliki kontraknya hingga penghujung 2019.*

          *KUALA LUMPUR: Misteri kad merah Mohamadou Sumareh akhirnya terungkai.*
             *Pemain kelahiran Gambia itu yang beraksi untuk Malaysia pada Piala AFF menerima hukuman penggantungan empat perlawanan dan denda AS$5,000 (RM21,000) pada Jumaat lalu kerana mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai perlawanan pada aksi final kedua menentang Vietnam di Hanoi 15 Disember lalu.*
          *Pada perlawanan itu, Vietnam menang 1-0 untuk merangkul gelaran menerusi agregat 3-2 dengan Malaysia.*

           *KUALA LUMPUR: Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil akan ditutup bermula 11 Februari depan untuk kerja-kerja baik pulih selepas mengalami kerosakan.*
            *Difahamkan kerja-kerja baik pulih itu akan mengambil masa enam minggu dengan kos baik pulih itu masih di bawah jaminan kontraktor.*
              *”PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) akan mengeluarkan kenyataan media dalam tempoh terdekat," kata Timbalan Presiden dan Pengerusi Pertandingan MHC, George Koshy ringkas.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 1/1/2019 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Sudah tiba masanya kerajaan PH menoktahkan polemik menyalahkan kerajaan dahulu dengan memberi tumpuan serius kepada usaha membantu rakyat khususnya golongan sasar, kata Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George.

2.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2.20 seliter untuk tempoh beberapa hari. Beliau berkata, penetapan itu turut melibatkan petrol RON97 pada harga RM2.50 seliter dan diesel RM2.18 seliter.

3.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap banyak peristiwa pahit dan manis berlaku sepanjang tahun 2018, dan mengharapkan segala kejayaan serta kegagalan dijadikan pengajaran. "Kita telah menempuhi tahun 2018 yang mencabar. Banyak peristiwa pahit manis telah terjadi dalam tempoh tersebut," katanya.

4.  DUNGUN, 31 Dis - “Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”. Demikian luah Zawawi Abd Wahad, 42, yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi tadi di Pantai Sura Tengah di sini.

5.  SHAH ALAM, 31 Dis - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menegaskan bahawa pengagihan zakat di negeri itu adalah hanya untuk umat Islam sahaja, dan bukan untuk disalurkan kepada agama lain. Skop pengagihan zakat di Selangor yang diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak, meliputi lapan kategori asnaf seperti yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 60.

6.  PUTRAJAYA, 31 Dis - PM Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan arca ‘Putrajaya’, iaitu mercu tanda tarikan terkini di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Dengan latar belakang Perdana Putra, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, arca yang direka bentuk dengan imej abstrak berwarna-warni itu menampilkan keunikan paparan imej grafik yang boleh ditukar ganti.

7.  ALOR SETAR 31 Dis - Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah merampas 13 set peralatan bubu naga yang dipasang di perairan berdekatan Tanjung Dawai, Kuala Muda, semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faisal Ahmad, berkata 13 set peralatan bubu naga yang masing-masing berukuran 10 meter panjang itu ditemui hasil rondaan di perairan itu.

8.  SEREMBAN 31 Dis - UMNO perlu melupakan hasrat untuk berkuasa semula buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan membina kembali keyakinan orang Melayu terhadap parti itu, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang menjalankan tugas Presiden berkata, UMNO akan lebih menumpukan usaha menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu.

9.  SUNGAI PETANI 31 Dis - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah mengutip hasil cukai sebanyak RM1.185 bilion, melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pada tahun ini. Pengarahnya, Datuk Johari Alifiah, berkata sasaran itu dicapai dua hari lalu hasil usaha gigih lebih 700 pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

10.  KUALA LUMPUR 31 Dis - Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam nanti, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).

11.  SEOUL 31 Dis - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menghantar ‘mesej perdamaian’ kepada Presiden Donald Trump di tengah rundingan nuklear yang tergantung. Mesej ‘seperti surat’ dari Jong-un kepada Trump disampaikan Jumaat lalu menerusi saluran tidak dinyatakan, lapor akhbar itu, merujuk sumber diplomatik tidak dinamakan.

12.  PULAU PINANG 31Dis. - Hanya kerana dikatakan mencuri wang ibunya berjumlah RM10, seorang kanak-kanak cedera akibat disimbah dengan air panas oleh bapanya pada malam Khamis lalu. Kejadian itu dipercayai berlaku di rumah mereka di Flat Kampung Melayu,  Air Itam di sini. Kanak-kanak perempuan berkenaan yang berusia lapan tahun mengalami luka melecur sebanyak tiga peratus pada bawah lengan kanan,dirusuk kanan, di sisi dada kanan.

13.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO menegaskan parti itu tidak akan merunding dan memeta jalan belakang untuk meraih kuasa secara terdesak. Menurutnya, iltizam UMNO sepanjang empat setengah tahun menjelang PRU-15 adalah tidak akan mengkhianati  keputusan PRU-14 dengan kembali membanjiri dan menyibuk dalam pasukan kerajaan.

14.  KUALA LUMPUR 31 Dis.- Barisan kepemimpinan UMNO perlu mencerminkan kekuatan parti itu di peringkat akar umbi supaya dapat menjadi sebuah parti yang kembali menerajui pemerintahan negara pada masa akan datang. Pensyarah Kanan Sains Politik, UKM, Dr. Muhamad Nadzri Mohamed berkata, kekuatan UMNO pada hari ini sebenarnya adalah terletak kepada ahli dan penyokong-penyokong UMNO yang kekal setia dengan parti itu sehingga kini.

15.  KUALA LUMPUR 31 Dis. – PPZ, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus menerima kunjungan orang ramai yang ingin membayar zakat pada hari terakhir tahun 2018 selepas hebahan ‘Countdown Year End Zakat (YEZ)’, awal Disember lalu. Tawaran tersebut merupakan peluang untuk orang ramai merebut rebat cukai pendapatan e-filing tahun 2019 yang berakhir hari ini.

16.  PULAU PINANG 31 Dis. - Kanak-kanak yang melecur kerana didakwa disimbah air panas oleh bapanya di Flat Kg. Melayu, Air Itam di sini kini berada dalam pengawasan dan perhatian JKM negeri. Jurucakap jabatan itu berkata, pihaknya sudah bertemu kanak-kanak itu yang kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam dan keadaannya dilaporkan stabil.

17.  SERDANG 31 Dis. - KPDNHEP melakukan pemeriksaan ke atas beberapa premis menjual kelengkapan sekolah sekitar Taman Sri Serdang di sini hari ini. Timbalan Pengarah Penguatkuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pemeriksaan itu dijalankan bagi memantau harga barang terbabit yang dijual di premis terpilih.

18.  LIPIS 31 Dis. – BN belum menetapkan calon daripada mana-mana parti komponen yang akan bertanding dalam PRK Parlimen Cameron Hinghlands pada 26 Januari ini. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, meskipun ia merupakan kuota MIC tetapi BN belum memuktamadkan lagi parti mana yang akan bertanding.

19.  SEREMBAN 31Dis. - Pemandu dan kelindan sebuah lori membawa muatan ais cedera apabila kenderaan itu terjunam ke dalam gaung di Jalan Hutan Lipur Lenggeng Mantin di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, kelindan lori iaitu seorang remaja lelaki etnik Rohingya yang merupakan pemegang kad UNHCR patah kaki kiri.

20.  KUALA LUMPUR, 31 Dis - Seorang pemandu van warga India didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap rakan senegaranya, tiga minggu lepas. Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhi hukuman itu terhadap Amandeep Singh, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris.

21.  KUALA LUMPUR, 31 Dis - Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Pengarah syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, J.R. Deepak Jaikishan dalam tuntutan ganti rugi berjumlah RM676 juta berhubung dakwaan penipuan beberapa transaksi berpunca daripada konspirasi jual beli tanah.

22.  KANGAR, 31 Dis - Pemeriksaan di kesemua 33 stesen minyak di seluruh Perlis oleh KPDNHEP hari ini mendapati masing-masing mempunyai stok petrol dan diesel yang mencukupi untuk tempoh seminggu. Sehubungan itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Perlis Mohd Sakhri Mohd Salleh berharap orang ramai tidak membuat pembelian panik susulan khabar angin ada stesen minyak akan menutup operasi menjelang tahun baharu.

23.  PETALING JAYA, 31 Dis - Kumpulan Prasarana akan menambah kekerapan tren di laluan LRT Kelana Jaya antara stesen Gombak dan Ara Damansara bagi menampung permintaan tinggi di waktu puncak bermula 2 Januari ini. Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Khairani Mohamed berkata penambahan kekerapan tren berkenaan akan dilakukan bermula pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

24.  GEMAS, 31 Dis - Karnival Mega Agro Parlimen Tampin di Dataran Satria, Gemas yang bermula sejak 23 Dis lepas merekodkan hasil jualan sebanyak RM150,000. Pengerusi J/kuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir berkata dalam tempoh sembilan hari karnival itu berlangsung, seramai 10,000 pengunjung telah hadir ke karnival berkenaan.

25.  PENAMPANG, 31 Dis - KPDNHEP Sabah memberi jaminan bekalan minyak petrol dan diesel di negeri ini mencukupi sekali gus mengingatkan pengguna supaya tidak perlu khuatir mahupun membuat pembelian secara panic. Jaminan itu diberikan selepas pihak penguatkuasa mengadakan lawatan serta pemeriksaan ke setiap stesen minyak petrol dan diesel di seluruh negeri dan mendapati bekalan sememangnya mencukupi setakat ini.

26.  BINTULU, 31 Dis - Taman Tumbuh-Tumbuhan dan Binatang (Tumbina) Bintulu kembali menjadi tumpuan pelancong yang datang ke bandar minyak ini apabila hampir 200,000 orang mengunjungi taman itu sejak ia dibuka semula pada Jan 2018. Pengurus taman, Kamil Bujang berkata Taman Tumbina yang pertama di Sarawak itu dibuka secara rasmi pada 2 Ogos 1991 tetapi ditutup sementara pada 2017 bagi kerja-kerja baik pulih serta penyelenggaran.

27.  KUCHING, 31 Dis - Kerajaan Sarawak hari ini menegaskan gaji bulanan Ketua Masyarakat seperti Temenggong, Pemanca dan Penghulu dibayar sendiri oleh kerajaan negeri, dan menolak laporan yang mendakwa kerajaan Persekutuan membayar 70 peratus daripada gaji mereka. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menangkis dakwaan Menteri Kerja Raya Baru Bian kononnya kerajaan Persekutuan membayar 70 peratus daripada gaji Ketua Masyarakat itu.

28.  KOTA KINABALU, 31 Dis - Satu letupan berlaku di sebuah kedai emas di Segama dekat sini awal pagi tadi disyaki cubaan pecah masuk ke premis tersebut, namun, tiada barang kemas dilaporkan hilang. P/jaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata berdasarkan pemeriksaan polis di lokasi kejadian, letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan belerang digunakan penjenayah terbabit.

29.  KOTA BHARU, 31 Dis - Seorang pekerja sebuah kedai makan yang juga OKU ditemukan mati selepas premis tersebut yang terletak di Jalan Gajah Mati di sini terbakar, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, mangsa yang pekak dan bisu dijumpai rentung oleh pasukan bomba selepas berjaya memadamkan kebakaran pada 7.17 pagi.

30.  BUTTERWORTH 31 Dis. - Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini atas tiga pertuduhan iaitu membunuh seorang wanita dan mendatangkan kecederaan parah terhadap dua lelaki di Tasek Gelugor, dekat sini minggu lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas Jonathan Sihotang, di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

31.  KUALA LUMPUR 31 Dis.  - Malaysia mencatat aliran keluar bersih asing sebanyak RM11.65 bilion sehingga 28 Disember 2018, aliran keluar bersih asing tahunan terbesar sejak 2015, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Sejumlah RM19.49 bilion ekuiti ditarik keluar, katanya dalam laporan aliran dana mingguan MIDF.

32.  NIBONG TEBAL, 31 Dis - Mara menyediakan Skim Budi untuk pelajar daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata menerusi skim itu, pelajar B40 yang melanjutkan pelajaran di MRSM berpeluang menikmati antaranya pengecualian bayaran awal, elaun bulanan serta bantuan kit persekolahan.

33.  KUALA LUMPUR, 31 Dis - Kerajaan digesa merangka strategi jangka panjang untuk memacu negara ke depan dan menyelesaikan masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu selain pada masa sama menangani isu dalaman antara sesama mereka. Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji berkata gesaan PM Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini agar orang Melayu mengubah sistem nilai mereka untuk mencapai kejayaan merupakan satu permulaan yang baik.

34.  KOTA BHARU 31 Dis – PPBM (BERSATU) Kelantan mengakui kecewa dengan pemilihan ketua kampung menerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata seramai 16 anggota yang dipilih di setiap kampung iaitu 11 anggota dilantik oleh kerajaan negeri dan lima lagi oleh Kerajaan Pusat, jelas sekali tidak adil.

35.  WASHINGTON 31 Dis - Seorang wanita yang baru memulakan tugas di sebuah pusat jagaan haiwan di sini, meninggal dunia selepas diserang seekor singa. Alexandra Black, 22, seorang pencinta hidupan liar baru bertugas sebagai pelatih selama 10 hari di pusat jagaan Burlington, North Carolina.

36.  KUALA LUMPUR 31 Dis - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) melantik Izwan Zainuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa esok. Beliau menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad, yang meletak jawatan pada 15 Oktober 2018, kata syarikat itu menerusi satu kenyataan hari ini.

37.  KUALA LUMPUR 31 Dis - Sebanyak 233 stesen minyak di ibu kota diperiksa KPDNHEP Kuala Lumpur bagi memastikan bekalan bahan api itu mencukupi. Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung bahan api tidak mencukupi di sekitar ibu kota.

38.  BUTTERWORTH 31 Dis - Tepat jam 12 tengah malam ini, penunggang motosikal yang menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS), di sini berpeluang menggunakan kedua-dua laluan berkenaan secara percuma menjelang detik tahun baharu. Ia berikutan pemansuhan bayaran tol di laluan motosikal yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019 awal November lalu.

39.  KUALA LUMPUR 31 Dis - Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, mengemukakan saman fitnah terhadap Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah, berhubung penerbitan dua artikel membabitkan isu pakaian seragam komunis. Saman itu difailkan Chin Tong melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Disember lalu.

40.  KUANTAN 31 Dis - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap enam lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memukul pemandu bas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah barat, di sini, minggu lalu. Kesemua mereka  membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

41.  MELAKA 31 Dis. - Dua anggota JBPM Melaka cedera selepas dihempap runtuhan batu ketika memadamkan kebakaran sebuah rumah teres di Taman Cheng Utama di sini malam tadi. Kejadian berlaku pukul 11.40 malam sewaktu Pegawai Bomba Nurulhashima Affandi, 25, dan Nornikman Mamat, 39, selesai menyertai usaha memadam api di aras bawah rumah teres dua tingkat itu.

42.  IPOH 31 Dis. - Sebanyak 545 peneroka tanah Plot PN35553 Lot 9108 di Mukim Hutan Melintang memohon campur tangan MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka sejak 24 tahun lalu. Mereka mahu kerajaan negeri menyiasat kembali kes tanah tersebut bagi mendapat satu jalan penyelesaian adil yang memihak kepada peneroka.

43.  KULAI 31 Dis. - Seorang lelaki maut apabila kenderaan dipandunya terlibat dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kulai-Kota Tinggi-Ulu Tebrau, dekat Kulai pagi tadi. Mangsa berusia 46 tahun itu dipercayai maut akibat tersepit dalam kemalangan tersebut yang berlaku pukul 9.40 pagi.

44.  PULAU PINANG 31 Dis. - Parti Gerakan mendesak kerajaan PH berhenti menjadi kerajaan populis sebaliknya mencari jalan mengatasi permasalahan sebenar rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup. Dalam konteks di negeri ini misalnya, data daripada Perkeso menunjukkan seramai 1,429 orang kehilangan pekerjaan setakat November lalu dengan 643 mereka terpaksa mengambil skim pemisahan sukarela (MMS).

45.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Permohonan pendaftaran nombor cukai Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem e-Daftar PLT. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan, pendaftaran itu boleh dibuat melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula hari ini.

46.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Sebelum ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan fasa pertama BSH 2019 akan menggunakan pangkalan dan kaedah lama bagi membolehkan pembayaran dilakukan sebelum Februari tahun depan. Walau bagaimanapun keadaan nampaknya berbeza apabila kategori pemohon lulus BSH itu menafikan 100 peratus hak tiga golongan termasuk mereka yang bujang, kata pakar ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai.

47.  KOTA BHARU 31 Dis. - Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (MTSTM) dan Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat (MTAQA) Pulai Chondong, Machang muncul sekolah terbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2018 yang diumumkan hari ini. Dua sekolah dalam kategori Maahad Kawalan tersebut memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.00 selain mencapai kelulusan 100 peratus.

48.  PARIT 31 Dis. - Seorang kontraktor ladang sawit ditahan kerana membuat provokasi dan berkelakuan tidak senonoh apabila hadir di Balai Polis Parit dalam keadaan mabuk bagi membuat laporan polis berhubung kehilangan wang simpanan sebanyak RM5,000, awal pagi ini. Lelaki berusia 35 tahun dari Ayer Tawar itu telah meludah di balai serta menyimbah air ke atas seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal.

49.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kerajaan dijangka membatalkan empat lagi projek penjana kuasa bebas (IPP) pada separuh pertama 2019 setelah mengambil langkah yang sama pada Oktober lalu yang menyaksikan kos pembekalan elektrik kepada pengguna dapat dijimatkan sebanyak RM1.26 bilion, kata Penganalisis AmBank Research, Gan Huey Ling.

50.  PETALING JAYA 31 Dis. - Seorang lelaki dihukum penjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa peralatan dari sebuah kedai perkakas rumah, Mr. DIY, tiga hari lalu. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Alif Syed Mohd. Shaifudin, 24, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari hari ini.

51.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Petunjuk ekonomi sangat menggalakkan walaupun kerajaan PH masih baru, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Antara lain, beliau berkata, pelaburan langsung asing Malaysia meningkat sebanyak 250 peratus kepada RM49 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018 manakala eksport mencatat rekod apabila meningkat ke paras RM96.4 bilion.

52.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok. Larangan itu adalah mengikut pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

53.  JOHOR BAHRU 31 Dis. - Kakitangan kerajaan negeri bakal mendapat durian runtuh apabila bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2018 berjumlah RM1,000 pada 2 Januari ini. SUK Negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian bantuan khas itu seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

54.  KOTA KINABALU 31 Dis - Satu letupan berlaku di sebuah kedai emas di Segama, di sini, awal pagi tadi, dipercayai cubaan pecah masuk ke premis itu. Bagaimanapun, tiada barang kemas dilaporkan hilang dalam kejadian 2.30 pagi tadi itu kerana penjenayah dipercayai tidak sempat memasuki premis berkenaan selepas pintunya diletupkan.

55.  JOHOR BAHRU, 31 Dis - Polis Kontinjen Johor akan melakukan pemantauan di kawasan luar sekolah di negeri ini, esok, dalam memastikan permulaan persekolahan bagi tahun 2019 berjalan lancar. Polis beruniform yang melibatkan MPV, URB dan trafik akan memantau di luar sekolah manakala Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) pula akan berada di sekolah yang dipertanggungjawabkan masing-masing.

56.  SINGAPURA, 31 Dis - PM Singapura Lee Hsien Loong berkata republik itu akan menangani semua isu-isu baharu, dan yang sedang dihadapi dengan Malaysia, secara “tenang dan konstruktif”. Beliau berkata Singapura dan Malaysia perlu menyelesaikan masalah-masah tertentu, dan pada masa yang sama memelihara hubungan secara keseluruhan.

57.  SHAH ALAM 31 Dis. - Kebiasaannya sambutan Tahun Baharu sinonim dengan percikan bunga api dan persembahan, namun di Dataran Shah Alam malam ini bergema bacaan selawat sementara menunggu detik 12 malam. Bacaan selawat diketuai pendakwah terkenal Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid itu sebagai tanda kesyukuran untuk melangkah ke tahun baharu 2019.

58.  MELAKA, 31 Dis - SST akan diperluas kepada empat lagi perkhidmatan baharu berkuat kuasa 1 Mac depan. Ketika mengumumkannya, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata ini membabitkan perkhidmatan pengendalian taman hiburan; penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan; pembersihan serta penyediaan latihan dan tunjuk ajar.

59.  KUALA LUMPUR, 31 Dis - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas memangku YDP Agong selama dua bulan. Sultan Nazrin yang juga Timbalan YDP Agong serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sebelum itu berkenan menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat sebelum pasangan diraja berkenaan meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 5 petang.

60.  PUTRAJAYA, 31 Dis - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC). Pada majlis amanat dan paluan berundur selaku Ketua Pengarah Imigresen di sini hari ini, Mustafar memaklumkan beliau menerima surat lantikan selaku Ketua Eksekutif NFCC daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hari ini.

BERITA SUKAN:

1.  ALOR SETAR 31 Dis. - Tidak ada lagi rundingan dengan FAM, kes pemain sensasi, Akhyar Rashid tetap akan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Penegasan tersebut disuarakan oleh Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Asmirul Anuar Aris yang menyifatkan tindakan undang-undang itu perlu supaya situasi yang berlaku terhadap Kedah ini tidak berulang lagi pada masa depan.

2.  KUALA LUMPUR 31 Dis. - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berharap Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan bertindak pantas memperbaiki keadaan padang hoki yang bermasalah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. PSM perlu menyelesaikan isu di padang satu dan dua di Stadium Nasional kerana stadium itu akan digunakan dalam penganjuran final Siri Hoki Lelaki 2019 dari 26 April hingga 4 Mei 2019.

3.  KUALA LUMPUR 31 Dis - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menafikan mereka 'beri muka' kepada Perlis apabila membenarkan skuad Singa Utara itu beraksi dalam Liga Perdana musim depan. Menurut CEO badan pentadbir Liga Malaysia itu, Kevin Ramalingam menyatakan bahawa pihaknya tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada Perlis yang sepatutnya beraksi dalam Piala FAM.

4.  MADRID 31 Dis - Bintang Real Madrid yang disisihkan, Isco tidak berhasrat berhijrah pada jendela perpindahan bulan depan walaupun gagal mendapat perhatian pengendali baru kelab, Santiago Solari. Penampilan terakhir Isco di La Liga adalah ketika dimalukan Barcelona 5-1 pada 28 Oktober iaitu aksi terakhir kendalian Julen Lopetegui.

5.  MANCHESTER 31 Dis - Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membayangkan Romelu Lukaku tidak lagi akan diberi peranan sebagai 'penyerang utama' selagi beliau mengemudi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. Lukaku mengalami permulaan perlahan musim ini, bergelut dengan masalah prestasi dan kecergasan selepas tamat kempen Piala Dunia 2018.

6.  KUALA LUMPUR 31 Dis – FAM mengesahkan penyerang kebangsaan, Mohamadou Sumareh digantung empat aksi susulan tindakan kurang sopan terhadap pegawai perlawanan pada aksi final kedua Piala AFF 2018. Penyerang kelahiran Gambia itu bukan sahaja digantung, malah Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) turut mendendanya AS$5,000 (RM21,000).

7.  MUNICH 31 Dis - Pertahanan Bayern Munich, Rafinha berkata, dia menjangkakan akan meninggalkan gergasi Jerman itu sebaik kempen 2018/19 melabuhkan tirainya. Rafinha, 33, menyertai Bayern daripada kelab Itali, Genoa pada 2011 dan  seperti Arjen Robben dan Franck Ribery, dia turut menandatangani kontrak lanjutan pada musim panas lalu.

8.  LONDON 31 Dis - Maurizio Sarri berkata, Chelsea kini berdepan masalah besar akibat kemelut kecederaan berpanjangan selepas Olivier Giroud turut mengalami kecederaan buku lali ketika mengatasi Crystal Palace 1-0, semalam. Giroud meninggalkan padang pada minit ke-76 selepas diterjah James Tomkins sewaktu menyumbat gol dalam kedudukan ofsaid yang dibatalkan pengadil.

9.  PERTH 31 Dis - Impian Roger Federer untuk ‘menyambut’ servis kencang Serena Williams akan tertunai pada pertemuan beregu campuran Piala Hopman antara Switzerland menentang Amerika Syarikat (AS) esok. "Saya mengagumi apa yang dia lakukan dalam dan luar gelanggang," kata Federer. "Saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mengembalikan servis dan berdepan dengannya di gelanggang."

10. LONDON 31 Dis - Bos Mercedes, Toto Wolff mengakui masih 'terasa perit' apabila mengingati semula tindakannya mengarahkan Valtteri Bottas memberi laluan kepada Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Russia, September lalu. Keputusan itu hadir hanya di pertengahan perlumbaan, selepas Bottas bermula daripada petak utama dan memimpin sebahagian besar perlumbaan sehingga ke detik terbabit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.894749 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list