CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 21-3-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 21 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 14 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0552*
*SUBUH : 0602*
*SYURUK : 0716*
*ZOHOR : 1323*
*ASAR : 1629*
*MAGHRIB : 1926*
*ISYAK : 2035*


*artikel disiarkan pada tarikh 20mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KERAJAAN akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito’ah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata, konsep berkenaan akan diperkenalkan pada masa depan bagi mengurangkan bantuan daripada TH. “RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu.*

                *PUSAT Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Awal (Medic Base) di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan ditutup secara rasmi, 12 tengah hari ini. Pusat itu diwujudkan susulan insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim dekat Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang menyebabkan lebih 4,000 penduduk termasuk murid dan pelajar terjejas.*

               *PULUHAN anggota bomba bertungkus-lumus lebih 96 jam memadam kebakaran hutan seluas 16.5 hektar di Kampung Pengkalan Badak- Kampung Bisut Licin, Melaka sejak Ahad lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zaidi Safuan berkata, kebakaran itu pada mulanya membabitkan kawasan hutan jenis pertanian dengan keluasan lima hektar sebelum merebak hingga 16.5 hektar.*

               *WANITA hamil tiga bulan cedera tangan kiri selepas terkena meja kopi yang dibaling suaminya dalam perselisihan faham di Kuala Nerus, Kuala Terengganu malam tadi. Kejadian berlaku jam 12 tengah malam ketika mangsa berusia 30-an berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran dengan suami berusia 39 tahun.*

                *WANITA maut dipercayai dibunuh suaminya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Lintang Delima 4, Island Glades, Jelutong, Georgetown, semalam. Dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa Chin Geok Hong, 60, warga tempatan yang memiliki taraf kerakyatan Amerika Syarikat meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.*

               *DOKTOR berusia 34 tahun ditemui mati dalam sebuah bilik hotel di Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada pekerja hotel itu 2 petang.*

               *PENGENDALI Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah, esok, selepas disyaki beroperasi secara haram dan mengeksploitasi pelajarnya untuk mengutip derma.*

               *PENEMUAN tong biru di Sungai Selangkah dan Sungai Masai, Pasir Gudang mengundang pencemaran namun ia tidak menghasilkan gas beracun sekali gus menjadi punca pencemaran seperti di Sungai Kim Kim. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pemeriksaan sudah dijalankan dan alat pengesan gas tidak menunjukkan kehadiran gas beracun di kawasan itu.*

               *LIMA lelaki termasuk seorang remaja pendatang asing tanpa izin (PATI) bertindak cuba melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam. Lima suspek terbabit adalah warga Filipina iaitu Azlan Abu Bakar Sidik, 15; Sanny Chuan, 21; Talam Jafar, 27; Faisal Hamsali, 36; dan Ibni Anani, 43. Bagaimanapun salah seorang suspek iaitu Ibni Anani, berjaya ditahan semula.*

                *LELAKI maut selepas digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 441.9 Lebuhraya Utara Selatan, di Rawang, hari ini. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas seluruh anggota badan dan kepalanya hancur digilis beberapa kenderaan.*

                *TELEFON bimbit digunakan seorang lelaki bagi merakam dua kenderaan bomba ketika kejadian rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu, yang tular di media sosial, hilang, semalam. Pemilik telefon itu, Hardeeb Singh Jaswant, 29, memaklumkan perkara itu di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, ketika Pegawai Pengendali, Zhafran Rahim Hamzah menyoal sama ada telefon bimbitnya itu dibawa ke mahkamah hari ini.*

               *PENJENAYAH hanya mengambil masa kira-kira tiga minit untuk melarikan kereta yang diletakkan di tepi Jalan Teratai 1/2, Ampang, semalam. Menurut mangsa, Nurul Azwanizam Zulkurnain, 27, dia menyedari kereta Proton Satria miliknya itu hilang selepas mendapati ia tiada di lokasi berkenaan kira-kira 8 pagi ketika mahu ke tempat kerja yang terletak di tingkat bawah bilik sewanya.*

               *SERAMAI 1,133 kanak-kanak lelaki dan perempuan diletakkan di bawah pemantauan dan perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setakat tahun lalu. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) Fatimah Zuraidah Salleh berkata, 542 daripadanya adalah perempuan dan selebihnya adalah lelaki.*

               *ENGGAN membayar minuman di pusat hiburan menjadi punca dua lelaki cedera di kepala dan kaki akibat dipukul empat lelaki menggunakan pedang dalam pergaduhan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku 3.15 pagi selepas pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan membabitkan enam individu itu.*

               *SEBANYAK 46 lokasi baharu di kawasan perindustrian Pasir Gudang dikesan berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin. Beliau berkata, kawasan itu dikenal pasti susulan kajian oleh Jawatankuasa Saintifik yang ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.*

               *PENAGIH sanggup menggadaikan nyawa dengan memanjat pokok kelapa setinggi 15 meter bagi mengelak ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menjalankan Ops Perdana di Kampung Cherok Paloh, Kuantan semalam. Kejadian 2.30 petang itu menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa lebih satu jam memujuk lelaki berusia 25 tahun itu untuk turun sebelum dia mengalah dan turun sendiri.*

               *SARJAN wanita dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor direman tiga hari oleh Mahkamah Khas Reman, Seremban untuk siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM1,500, 13 Mac lalu. Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret V Vanita bermula hari ini sehingga Jumaat selepas, membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abdul Karim.*

               *LARANGAN penggunaan penyedut minuman atau straw plastik akan dimulakan di Melaka berkuatkuasa selewat-lewatnya Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, langkah berkenaan sebagai usaha memelihara kualiti alam sekitar di negeri itu sekali gus mengurangkan pencemaran berasaskan plastik.*

               *POLIS mengesahkan pihaknya menerima laporan seorang lelaki mendakwa isterinya diganggu penjawat awam pada 13 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memikat isteri orang dengan niat melakukan persetubuhan.*

               *LELAKI warga emas rugi RM560,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket ‘Macau Scam’. Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, mangsa yang juga pesara pegawai pemasaran berusia 71 tahun memaklumkan menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.*

              *KERAJAAN negeri tidak menolak hiburan dan komited memastikan bentuk hiburan di Terengganu bertepatan dengan syariat Islam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, setiap bentuk hiburan perlu bertepatan dengan syariat Islam bagi mengelak berlaku perkara yang boleh mencemarkan nilai agama Islam.*

               *“DENTUMAN di bahagian bumbung bilik tidur cukup kuat dan bila dongak, nampak langit terpelahang (terbuka luas) kerana sebahagian atap sudah tiada,” kata warga emas, Ramlah Putih, 79, mangsa ribut di Taman Mawar, Langkawi, hari ini. Kejadian 1.30 tengah hari itu menyebabkan hasrat Ramlah memasak kari ayam untuk makan tengah hari bersama tiga anaknya terbantut.*

               *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) masih diberi tanggungjawab mengendalikan Kemudahan Electronic Travel Registration & Informatian (eNTRI). Untuk rekod, eNTRI adalah sistem tapisan awal keselamatan terhadap pelancong dari negara China dan India ke Malaysia yang dikendalikan sepenuhnya syarikat swasta itu.*

               *SEORANG buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu hari ini, atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya. Tertuduh, Jilperi Ali, 38, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff.*

               *BAPA dan anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim hari ini atas pertuduhan membunuh pekerja am kedai besi buruk di taman permainan Taman Makmur, Lunas, awal bulan ini. Bagaimanapun, tertuduh M Raman, 54, dan R Gobee, 30, yang tidak bekerja itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicara sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Manomani Ramanathan.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dan merampas pelbagai jenis arak dalam serbuan ke atas stor penyimpanan barang lusuh di Pelabuhan Klang hari ini. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, dalam serbuan 12.30 tengah hari di Taman Klang Ria itu, pihaknya merampas 7,368 tin, 240 botol dan 1,446 drum berkapasiti lima liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM302,377.83.*

               *KERAJAAN Kelantan memutuskan tiada pawagam akan beroperasi di negeri ini untuk membendung gejala sosial. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, pada masa sama, pihaknya bimbang pengusaha pawagam gagal mematuhi syarat ketat yang ditetapkan.*

               *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) masih boleh melakukan penguatkuasaan mengikut Akta Hasutan 1948, namun pelaksanaannya bergantung kepada budi bicara. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun kajian memansuhkan akta itu sedang dilakukan, ia masih boleh dilaksana sehingga dimuktamadkan di Parlimen.*

               *POLIS membuka kertas siasatan berhubung kematian juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam insiden kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, kelmarin. Dalam kejadian 3.20 pagi itu, mangsa, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, dipercayai berada dalam Perodua Kembara milik syarikat berkenaan untuk memantau kerja penyelenggaraan di landasan sebelum kenderaan itu dilanggar sayap pesawat peribadi.*

               *“SAYA sayang MAS (Malaysia Airlines Bhd), saya nak MAS ini terus dijadikan syarikat penerbangan nasional tapi ia tak lagi terbang seperti dahulu,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, kerajaan juga tidak mampu menanggung perbelanjaan operasi syarikat itu lagi selepas sekian lama. Katanya, MAS kini beroperasi menggunakan strategi yang tidak menguntungkan.*

               *BEKAS Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas tuduhan menipu membabitkan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPK) berjumlah RM5,000, tiga tahun lalu.*

               *PENGANGGUR berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi, hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun, bulan lalu. Tertuduh, Ramlan Abdul Rashid, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Ridzwan Salleh.*

               *PELAJAR lelaki Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer (KM) 44.3, Jalan Teluk Intan-Klang, di Shah Alam, malam tadi. Dalam kejadian 9.25 malam, Muhammad Azemi Yahya, 16, meninggal dunia akibat parah di kepala dan anggota badan.*

               *SEORANG lelaki yang dikehendaki polis maut ditembak di kawasan berhampiran kebun kelapa sawit dekat Jalan Tasek-Valdor, Nibong Tebal, hari ini. Dalam kejadian 3.30 pagi itu, lelaki berusia 20-an terbabit yang memandu Proton Waja pada mulanya cuba melarikan diri selepas terserempak polis.*

               *MAK Nyah yang sebelum ini tular di media sosial berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan bogel, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas kesalahan berkelakuan tidak sopan dan mengganggu keamanan. Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu, Filipina bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Karim.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *Paris: Kira-kira 2,000 kereta termasuk tiga dozen Porsche berharga sehingga AS$293,200 (hampir RM1.2 juta) setiap satu musnah selepas kapal kontena Itali, MV Grande America terbakar di Lautan Atlantik dekat pantai Perancis, kelmarin.*
          *Selain model Porsche 911 GT2 RS, beberapa model lain, termasuk 718 Cayman, Boxter dan Cayenne serta kereta jenama Audi termasuk model Audi A3, A5, RS4, RS5, dan Q7 turut musnah.*
         *Daily Mail melaporkan, pembuat kereta Porsche di Jerman mengesahkan kapal dagang itu membawa empat model RS 911 GT2 yang setiap satu berharga RM1.2 juta untuk pelanggan di Brazil.*
           *Pengeluaran bagi model khas itu sudah dihentikan Februari lalu.*

           *AUCKLAND: Penjara ‘paling gila’ di New Zealand seperti digelar oleh salah seorang banduan, menjadi lokasi tahanan pengganas yang menembak mati 50 jemaah dalam kejadian di dua masjid, pada Jumaat lalu.*
          *Ia juga dikatakan sebagai penjara paling ‘rumit, bahaya dan tidak menentu’.*
          *Penjara Auckland di Paramemo dikenali sebagai ‘Parry’ itu mendapat peruntukkan besar iaitu kira-kira NZ $300 juta (RM836 juta) untuk kerja menaik taraf supaya ia lebih moden dan selamat untuk kakitangan serta banduan lain.*
         *Ia turut direka untuk menahan ‘serangan’ berterusan selama 16 jam selain mempunyai tingkap setebal tiga lapis untuk tujuan keselamatan.*

           *New Delhi: Dua beradik ditahan polis di India kerana dipercayai merogol adik perempuan mereka berusia 12 tahun sebelum mangsa dipenggal kepala dengan sabit.*
           *AFP melaporkan, bapa saudara mereka berusia 40 tahun turut ditahan dan polis juga sedang memburu abang kandung mangsa selepas mayatnya ditemui di Madhya Pradesh, minggu lalu.*
          *Dua beradik berkenaan cuba menyalahkan keluarga lain sebelum polis di daerah Sagar mendapat kenyataan mereka bercanggah selain abang sulung melarikan diri.*

           *Beijing: Akibat terlalu marahkan ibu yang menghempas anjing kesayangannya hingga mati, seorang budak lelaki berusia 13 tahun di daerah Jianhu, Jiangsu bertindak menikam wanita itu sehingga mati.*
            *South China Morning Post melaporkan, budak lelaki yang dikenali sebagai Shao Fuming itu menikam Yang Yan, 37, dengan pisau pemotong daging Sabtu lalu, di rumah mereka selepas berlakunya pertengkaran.*
           *Fuming ditahan pada Isnin lalu di sebuah restoran 24 jam dan menghabiskan masanya seharian di sana, selepas polis menemui mayat Yang, kata pegawai polis menerusi Weibo.*

          *Los Angeles: Keindahan bunga berkembang di Walker Canyon di California Selatan memaksa pihak berkuasasebuah bandar kecil menutup laluan ke kawasan itu berikutan jumlah pengunjung terlalu ramai yang datang untuk bergambar.*
            *Bunga liar yang mekar dengan gelaran ‘superbloom’ itu terhasil berikutan hujan lebat selepas musim sejuk menyebabkan kawasan lereng bukit dipenuhi bunga poppy jingga yang jelas dapat dilihat dari jarak ratusan kilometer.*
         *Menurut Daily Mail, pihak berkuasa bandar Lake Elsinore menutup laluan ke Walker Canyon berikutan pengunjung terlalu ramai sehingga menyebabkan kesesakan di lebuh raya berdekatan.*

          *Istanbul: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan wilayah Denizli barat Turki, hari ini, lapor Balai Cerap Kandilli Turki.*
         *Bercakap kepada stesen penyiaran NTV, Datuk Bandar Denizli, Hulusi Sevkan, berkata dia belum menerima laporan kematian penduduk di daerahnya yang berdekatan pusat gempa bumi.*
          *Manakala khidmat pemantauan gempa Eropah berkata gempa itu diukur pada skala 6.4 magnitud.*

          *QUETTA: Sekurang-kurangnya enam anggota polis Pakistan terbunuh dalam satu serangan hendap di pusat pemeriksaan di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, hari ini.*
           *Serangan itu berlaku di kawasan pergunungan Sanjawi di daerah Ziarat, kira-kira 80 kilometer di timur ibu kota Quetta.*
              *"Ia satu serangan mengejut. Penyerang datang menaiki motosikal dan membunuh kesemua anggota polis yang sedang bertugas,” kata pegawai kanan kerajaan di Ziarat, Qadir Bakhsh kepada AFP.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *KURSUS motivasi separa bogel. Itu antara ‘intipati’ kursus motivasi anjuran sebuah pusat spa kecantikan diadakan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong.*
            *Tindakan itu bukan saja mengejutkan penghuni pusat peranginan terbabit namun turut menyebabkan penduduk kampung ‘tepuk dahi’ melihat gelagat sebahagian daripada 80 peserta separa bogel sebelum mereka melaporkan kejadian itu kepada polis petang semalam.*
            *Beberapa keping gambar yang memaparkan peserta sedang melakukan aktiviti itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam dan menerima pelbagai kecaman dari warganet.*

           *SEBANYAK 58 peratus daripada 206,000 responden yang menyertai undian di Facebook (FB) Harian Metro bersetuju permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) diharamkan di negara ini.*
           *Keputusan itu diperoleh hasil tinjauan pendapat yang dibuat dalam tempoh 24 jam bermula kelmarin dengan tajuk ‘Adakah anda setuju jika permainan dalam talian PUBG diharamkan di negara ini?’.*
         *Tinjauan ini turut menerima lebih 3,400 komen dan perkongsian sebanyak 3,502 daripada pengguna FB.*
           *Pengguna FB berpendapat permainan video itu perlu diharamkan kerana terdapat latihan menembak menggunakan pelbagai senjata api yang boleh mempengaruhi kebanyakan pengganas meniru aksi itu.*

          *REMAJA bawah 18 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) sepanjang tiga hari pameran yang dikhaskan kepada pelawat perniagaan.*
           *Perkara itu terkandung dalam kenyataan dimuat naik penganjur pada laman Facebook rasmi LIMA’19, sejak Ahad lalu.*
             *“Selain itu, pengunjung juga tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan, merokok, memakai selipar, singlet dan seluar pendek.*
         *"Botol air minuman, makanan dari luar, senjata tajam dan pemetik api antara barangan yang turut dilarang,” kata kenyataan itu.*

          *KESIBUKAN menjalankan tugas harian sebagai doktor di klinik pergigian di Ayer Keroh, tidak membataskan Siti Syahirah Isa, 28, untuk menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1440H/2019M.*
          *Qariah berasal dari Klebang Besar, Melaka itu mengakui dia perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan pengajian al-Quran.*
          *Katanya, tidak mudah untuk dia menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan, tambah pula dia perlu menggalas tanggungjawab mewakili negeri dan melalui persaingan sengit.*

          *Beijing: Polis di wilayah Yunan memohon maaf selepas menyiarkan gambar seorang penjenayah berbahaya yang diburu menggunakan gambar suspek ketika masih kecil.*
           *Notis disiarkan polis di daerah Zhenxiong itu menyatakan suspek, Ji Qinghai dikehendaki atas beberapa kesalahan jenayah kejam dan kongsi gelap.*
          *Bagaimanapun, pengguna media sosial sukar untuk percaya seorang yang comel seperti dalam gambar yang disiarkan itu terbabit dengan jenayah.*
              *Apabila ditanya wartawan mengapa tidak menggunakan gambar terbaru lelaki itu, seorang anggota polis memberitahu, itulah satu-satunya gambar suspek yang mereka ada.*
                 

*ARENA*
========

  
           *Ryan Giggs mengakui kebimbangannya jika Manchester City mampu menjulang empat gelaran musim ini tetapi menegaskan skuad Pep Guardiola masih perlukan tuah untuk mengatasi rekod tiga gelaran dimiliki Manchester United.*
            *City berjaya meraih kemenangan ke atas Swansea, Sabtu lalu apabila bangkit pada babak kedua dan apabila ditanya mengenai kemungkinan mereka memenangi kesemua empat trofi, Giggs berkata dengan senyuman: “Banyak yang perlu saya bimbangkan, tolong jangan timbulkannya!”*
         *"City sebuah pasukan yang hebat, bukan. Mereka sudah menjulang satu piala dan United pula tersingkir daripada Piala FA, jadi ia mudah buat mereka.*

           *Rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Juventus Federico Bernardeschi berkata UEFA pastinya membuat keputusan ‘gila’ dengan menggantung penyerang Portugal itu kerana meraikan gol kontroversinya.*
           *Ronaldo berdepan hukuman UEFA kerana ‘tidak berkelakuan sopan’ apabila mengajuk gaya jurulatih Atletico Madrid Diego Simeone selepas menjaringkan hatrik sewaktu Juventus bangkit untuk menang perlawanan Liga Juara-Juara.*
        *"Saya tidak fikir perkara itu perlu diberi perhatian, (penggantungan) pastinya sesuatu yang tidak masuk akal,” kata pemain sayap, Bernardeschi pada sidang media menjelang aksi Itali pada kelayakan Euro 2020.*

           *PRINSIPAL pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali menegaskan tiada tempat buat Hafizh Syahrin Abdullah beraksi untuk pasukan itu musim depan selepas pelumba MotoGP negara itu dilihat bergelut bersama Red Bull KTM Tech 3 musim ini.*
            *Jelas Razlan, beliau memberi peringatan awal itu kerana tidak mahu Hafizh berasa dia di kedudukan selamat dapat beraksi bersama pasukan Malaysia andai jodohnya bersama Red Bull KTM Tech 3 tidak panjang.*
          *"Apa yang saya hendak beritahu sekarang dua pelumba MotoGP kami (Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo) sudah mengikat kontrak selama dua tahun iaitu musim ini dan tahun depan.*

           *HARIMAU Malaya membuka kalender 2019 dengan nota menyedihkan apabila tewas 0-1 kepada Singapura pada aksi Piala Airmarine di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.*
             *Bekas pemain PKNS FC, Faris Ramli menghadiahkan mimpi ngeri buat penyokong negara apabila jaringan tunggalnya sudah cukup untuk mencalar imej tuan rumah yang berhasrat untuk bergelar juara pada kejohanan sulung itu.*
          *Pada aksi yang berlangsung dalam suasana suram susulan boikot Ultras Malaya, pengendali negara Tan Cheng Hoe melakukan dua pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding skuad Piala AFF tahun lalu.*

         *SKUAD badminton negara mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Asia apabila mudah membenam Macau 5-0 di Hong Kong, malam ini.*
          *Kemenangan aksi sulung skuad negara dalam saingan Kumpulan D itu menyaksikan Macau terkandas untuk ke pusingan seterusnya apabila mereka tumpas 0-5 kepada China semalam.*
         *Ujian sebenar skuad negara esok apabila mereka berdepan China pada perlawanan terakhir untuk menentukan juara kumpulan.*

          *SKUAD hoki lelaki negara mempunyai peluang cerah untuk muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat julung kali sejak kejohanan jemputan tertua itu diperkenalkan pada 1983.*
             *Namun bekas kapten skua negara, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, ia juga bergantung kepada prestasi pemain negara terutama empat muka baru yang pastinya berdepan pengalaman baru beraksi di pentas tertinggi.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 22 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 15 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0552*
*SUBUH : 0602*
*SYURUK : 0715*
*ZOHOR : 1323*
*ASAR : 1628*
*MAGHRIB : 1925*
*ISYAK : 2034*


*artikel disiarkan pada tarikh 21mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PENGEBUMIAN jenazah Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini. Mohd Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.*

                *MASJID di seluruh negara diminta mengadakan solat jenazah ghaib untuk Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang disahkan meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, solat itu disaran diadakan selepas solat Jumaat esok.*

                *FENOMENA global yang mempengaruhi keadaan cuaca semasa seperti El-Nino terbentuk dan berterusan hingga Mei ini, kata Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geo Fizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Dr Hisham Mohd Anip. Menurutnya, sepanjang tempoh tinjauan Mac hingga Ogos ini, keadaan cuaca di negara ini dipengaruhi tiga fasa monsun iaitu Monsun Timur Laut (Mac), peralihan monsun (April) dan Monsun Barat Daya (Mei-Ogos).*

               *PADAH merompak dengan menggunakan pistol tiruan, penganggur dipenjara 14 tahun dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhamad Norhafis Nor Azman, 24, mengaku salah terhadap enam pertuduhan.*

               *MAK nyah yang sebelum ini tular di media sosial berjalan bogel di pembahagi jalan terpaksa ‘menginap’ di penjara Sungai Buloh sementara menunggu sebutan kes pada 22 April ini. Ia berikutan Kent Caburnay Acuin, 29, yang juga warga Filipina tidak ditawarkan ikat jamin selain tiada penjamin selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas satu lagi pertuduhan mengganggu kehormatan orang.*

               *SUASANA bertukar pilu pada prosiding Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, apabila bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkongsi kenangan ketika anggota bomba berkenaan dirawat di di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), tahun lalu. Menurutnya, anak ketiga daripada lima beradik itu sempat bertanyakan keadaan keluarga dan ibunya, meskipun dalam keadaan terlantar di dalam wad berkenaan.*

               *IBU tunggal didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan mengugut dan mencederakan seorang warga emas dengan pisau, tahun lalu. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Nor Amalina Ab Halim, 31, mengaku salah terhadap dua tuduhan berkenaan.*

                *SEBANYAK RM4 bilion bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sudah dibayar kepada 54,603 akaun berdaftar oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sehingga 3 Mac 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bayaran balik cukai pendapatan sebanyak RM3.9 bilion sudah dibayar balik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 28 Februari lalu membabitkan 75,776 kes bayaran balik iaitu 38,104 kes syarikat dan 37,672 kes selain syarikat.*

                *LELAKI warga Myanmar berusia 38 tahun ditahan kerana cuba merasuah anggota polis yang mahu menyamannya kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal di pekan Kongsi, Balik Pulau hari ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, anggota polis itu menahan penunggang motosikal terbabit 10 pagi.*

                *MAYAT bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di jeti Sungai Beris Tok Ku, Permaisuri hari ini. Bayi itu ditemui dalam sebuah beg galas di tengah sungai oleh nelayan 4 petang. Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, lelaki terbabit sedang mencari bubu sebelum ternampak beg galas timbul di tengah sungai.*

               *PEMANDU treler berjaya menyelamatkan diri selepas kenderaan itu terbakar di Kilometer 1.6 Jambatan Pulau Pinang arah Prai, hari ini. Dalam kejadian itu, bomba menerima panggilan 10.31 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian bahagian enjin treler terbabit sedang marak.*

               *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat jika ada laporan mengenai rakyat di negara ini yang mempunyai dua kewarganegaraan. Ia susulan laporan khas BH hari ini mengenai ribuan rakyat Thailand yang dipercayai mempunyai dua warga negara itu sejak 1980-an hingga kini, yang membolehkan mereka keluar masuk ke negara ini tanpa sekatan.*

               *MAHKAMAH Koroner di Johor Bahru, hari ini memutuskan kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia pada 26 April 2017, sebagai bukan jenayah. Koroner Jailani Abd Rahman sebaliknya mengumumkan kematian kanak-kanak 11 tahun itu disebabkan komplikasi yang berkaitan kencing tikus atau leptospirosis.*

               *BERANG apabila dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp, lelaki bertindak membelasah ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban, semalam. Pada kejadian 1.45 tengah hari itu, mangsa berusia 61 tahun cedera di muka dan perut akibat diterajang lelaki berusia 40-an.*

               *LELAKI yang parah selepas dipercayai membakar dirinya sendiri dalam kejadian di Kampung Bintang, Sitiawan, Isnin lalu meninggal dunia 6.20 petang, semalam. Terdahulu, mangsa berusia 21 tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seri Manjung (HSM) sejak hari kejadian. Pemuda itu dikatakan bertindak membakar dirinya selepas dipercayai bergaduh dengan teman wanitanya.*

               *SEBANYAK 70 titik panas dikesan di Pahang sejak awal Mac hingga semalam, sekali gus meningkat 100 peratus berbanding Februari lalu. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Zul berkata, pertambahan itu antara lain berpunca daripada cuaca panas melampau dan aktiviti pembakaran terbuka yang tidak terkawal.*

               *PENGENDALI Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar. Tertuduh, Zainal Abidin Abu Samah, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim.*

               *PESARA tentera berpangkat Leftenan Kolonel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, lima tahun lalu. Tertuduh, Mahadzir Jaafar, 54, yang pernah bertugas di Muzium Tentera Darat Port Dickson didakwa memperdaya prinsipal Markas Latihan Tentera Darat menerusi satu dokumen iaitu pesanan kerajaan bernilai RM19,000.*

               *PENYELUDUP bermotosikal nekad meninggalkan tiga guni penuh dengan daun ketum seberat 110 kilogram (kg) selepas terserempak pasukan keselamatan di Batu Persempadanan (BP) 34, Padang Terap, semalam. Lelaki itu yang berusia lingkungan 30-an disyaki mahu menyeludup barang larangan terbabit yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000 ke negara jiran.*

               *JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengesan 3,311 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri itu keciciran pelajaran tahun ini. Pengarahnya, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, daripada data itu, daerah Petaling Perdana mencatatkan jumlah tertinggi diikuti Klang, Hulu Langat dan Gombak.*

               *ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menahan dua wanita dipercayai warganegara Myanmar ketika menyeberangi sempadan secara haram di kawasan Op Pagar II dekat Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam. Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkaa, kedua-dua wanita berusia 29 dan 38 tahun itu ditahan anggotanya yang melakukan rondaan sekitar 12.05 tengah hari, semalam.*

               *AKIBAT terlupa memadam bara kemenyan, sebuah rumah milik kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) nyaris musnah dalam kebakaran di Taman Sari, Sungai Besar, Sabak Bernam. Kejadian berlaku pada 8.50 malam semalam dan disedari jiran mangsa yang melakukan pemadaman segera.*

               *MASALAH rumah tangga dikesan menjadi punca pertengkaran hingga menyebabkan seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) sanggup membunuh isterinya sendiri ketika berada di rumah di Lintang Delima 4, Island Glades, Jelutong di sini, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 62 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya yang tinggal di AS.*

               *BUKAN hanya beroperasi menggunakan lesen tamat tempoh, sebuah kapal kargo yang ditahan di perairan Sungai Serudong, Tawau, semalam turut membawa muatan 55,000 diesel tanpa kebenaran. Kapal itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang menjalankan Ops Pluto Timur dan Ops Maharlika 2 pada 3.20 petang.*

                *DUA sahabat dijatuhi hukuman penjara lima bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri pelbagai jenis ikan bernilai RM1,500 di restoran ikan bakar di Pantai Batu Buruk.*

               *IMPIAN seorang wanita merakam detik indah percutian sempena ulang tahun perkahwinan bersama suami di Korea tinggal kenangan apabila suaminya maut dalam kemalangan pada 14 Mac lalu. Lebih memilukan apabila semua persiapan bercuti ke Korea sudah diatur termasuk tiket penerbangan yang dijadualkan 30 Mac ini. Menurut Leleih Hasibuan Zainal, 31, dia dan arwah suami, Mohammad Zulkifli Rusdi, 30, berkahwin pada 31 Mac 2018 dan merancang menyambut ulang tahun pertama di Korea.*

               *SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) menggamatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini apabila mencadangkan kerajaan negeri mengusahakan tanaman ganja bagi tujuan perubatan. ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, tanaman ganja yang diusahakan bagi tujuan perubatan tidak menjadi satu kesalahan, malah undang-undang negara ini turut membenarkannya.*

               *TIDUR lena seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya dalam kejadian di Tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini. Kejadian dipercayai berlaku pada 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran objek lembik di lehernya.*

               *JAWATANKUASA Saintifik yang ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih mengenal pasti 46 lokasi baharu di kawasan perindustrian Pasir Gudang yang berpotensi berlaku pencemaran alam sekitar. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, perkara itu didedahkan hasil kajian dilakukan jawatankuasa berkenaan yang menggunakan data imej satelit ke atas keseluruhan kawasan Pasir Gudang.*

               *SETIAP 200 pil kuda yang dibeli disertakan dengan syabu seberat 1 gram secara percuma. Demikian pakej yang ditawarkan pengedar dadah untuk menarik perhatian pengedar kecil, selain meluaskan rangkaian pengedaran bahan terlarang itu. Modus operandi itu terbongkar dalam serbuan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di Taman Manal Jaya, Tanah Merah pada jam 11 malam, Isnin lalu.*

               *SEORANG kerani menitiskan air mata ketika menghadapi sembilan pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai RM327,844.50 di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam. Bagaimanapun, tertuduh, Nada Aimi A Rahman, 34, yang juga bekas penolong pegawai tadbir di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dihadapinya.*

               *BUKAN saja tidak mengetahui status diri dan keluarga kandung, malah remaja perempuan didera keluarga angkatnya. Kisah memilukan itu berjaya dihidu selepas remaja dikenali sebagai Nasrah, 13, itu dirujuk pengurusan Hospital Sultan Ismail (HSI) ke Jabatan Kebajikan (JKM) pada 4 Februari lalu. Difahamkan, mangsa diselamatkan polis selepas pihak berkuasa menerima aduan berkaitan kes penderaan sebelum pemeriksaan menemui kesan luka lama dan baru pada tubuhnya.*

            
*SEJAGAT*
==========


        *SUASANA pilu menyelubungi tanah perkuburan di Christchurch, New Zealand hari ini apabila ratusan penduduk bandar itu berkumpul menghadiri majlis pengebumian pertama mangsa tembakan di dua masjid pada Jumaat lalu.*
          *AFP melaporkan, mereka yang sebahagiannya penganut Islam berkumpul di tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari Masjid Linwood iaitu masjid kedua yang menjadi sasaran pengganas.*
          *Orang ramai yang menahan sebak kelihatan berpelukan sesama sendiri untuk menenangkan emosi sambil melihat kubur mangsa yang sudah siap digali beberapa hari lalu.*

           *KIEV: Akibat terlalu cemburu, seorang wanita berusia 21 tahun bertindak kejam dengan mengelar leher anak perempuannya yang berusia tiga minggu kerana mendakwa suaminya lebih menyayangi mangsa berbanding dirinya.*
         *Daily Mail melaporkan, wanita itu yang dirahsiakan namanya, menyerang bayi perempuannya dengan pisau dapur di apartmen mereka di Rivne, barat daya Rivne Oblast ketika suaminya berusia 26 tahun keluar untuk membuang sampah.*
           *Selepas kembali ke rumah dan lelaki itu melihat tangan isterinya dipenuhi darah, dia segera ke bilik tidur untuk memeriksa anak perempuannya dan terkejut melihat bayinya terbaring kaku dengan berlumuran darah.*

           *ROME: Seramai 51 pelajar melalui detik cemas selama 30 minit apabila menjadi tebusan pemandu bas sekolah dinaiki mereka sebelum diselamatkan polis dalam kejadian di Milan, semalam.*
           *Menurut AFP, Ousseynou Sy, 47, dari Senegal mencurahkan petrol ke bas sebelum membakar kenderaan itu sebagai bantahan terhadap kematian orang asing di Mediterranean.*
         *Ada di antara mangsa diikat dan pengalaman ngeri itu berakhir selepas seorang pelajar berjaya meminta bantuan sejurus selepas bas itu merempuh sebuah kereta.*

          *CAIRO: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, hari ini selepas tangki gas meletup di kilang baja Mesir di pantai Laut Merah, menurut sumber keselamatan.*
           *Tidak ada angka kematian terakhir di Ain Sokhna yang disahkan secara rasmi, tetapi sumber perubatan memberitahu AFP, 10 mayat diterima susulan kejadian.*
          *Agensi berita rasmi Mesir, MENA berkata 15 orang terbunuh dan cedera.*

          *CHRISTCHURCH: Polis New Zealand hari ini mengesahkan identiti semua 50 mangsa tragedi tembakan dua masjid di Christchurch bagi membolehkan pengebumian dijalankan.*
         *AFP melaporkan Pesuruhjaya Mike Bush berkata, proses pengecaman semua mangsa selesai dan keluarga mangsa sudah dimaklumkan.*
           *Al Jazeera memetik kenyataan polis di portal New Zealand Police melaporkan, enam mayat sudah diserahkan kepada keluarga mangsa selepas proses bedah siasat selesai, Selasa lalu.*

          *MOSUL: Sekurang-kurangnya 54 orang terbunuh manakala 28 lagi hilang apabila sebuah feri karam di Sungai Tigris di bandar utara Iraq di Mosul, kata pejabat kementerian dalam negeri.*
         *”Pertahanan Awam mengesahkan seramai 45 orang terbunuh dalam kejadian kapal karam itu yang membawa beberapa keluarga dan kanak-kanak menuju ke kompleks pelancongan di Mosul,” kata pegawai yang namanya dirahsiakan. - AFP*

          *LONDON: Seorang wanita berusia 104 tahun, gembira ditahan polis di Bristol dengan alasan dia menjadi warganegara yang baik.*
           *News.com.au melaporkan, Anne Brokenbrow ketika digari di Rumah Jagaan Stokeleigh, tersenyum gembira kerana hasrat terakhirnya ditunaikan.*
            *Dia kemudiannya dibawa ke kenderaan polis yang sedang menunggu dan bertegas siren dari kenderaan polis dibunyikan, kata persatuan amal Unite Kingdom, Alive Activities.*
             *Penangkapan olok-olok itu dibuat bersempena Hari Gembira Antarabangsa oleh persatuan amal United Kingdom yang berfungsi untuk memperbaiki mutu hidup orang-orang tua.*

          *SEOUL: Polis Korea Selatan membongkarkan aktiviti sekumpulan lelaki yang memasang kamera tersembunyi bagi merakamkan aksi lebih 800 pasangan kekasih mengadakan hubungan seks di motel dan disiarkan secara langsung selama tiga bulan di sebuah laman web berbayar.*
          *AFP melaporkan, Korea Selatan sudah lama memerangi video intipan dikenali sebagai ‘molka’ yang diletakkan secara tersembunyi di sekolah, tandas dan di beberapa tempat awam oleh individu tidak bertanggungjawab.*

          *The Hague: Mahkamah antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengarahkan bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Bosnia dalam perang Balkan kira-kira 24 tahun lalu.*
         *Karadzic, 73, berdiri kaku dan kelihatan muram selepas hakim menolak rayuannya dan menambah hukuman penjara 40 tahun yang dijatuhkan terhadapnya dalam perbicaraan pada 2016.*
              *Ketua hakim, Vagn Joensen berkata, panel hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas menolak rayuan Karadzic terhadap keputusan sebelum ini di mana dia didapati bersalah melakukan kekejaman termasuk pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica pada 1995.*

         *WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan larangan penjualan senapang Rifle dan separa automatik berkuat kuasa hari ini, berikutan tragedi tembakan dua masjid di Christchurch Jumaat lalu.*
         *”Saya mengumumkan semua senjata api separa automatik tentera kini diharamkan di New Zealand. Kami juga mengharamkan Rifle," katanya.*
          *AFP melaporkan, Ardern berkata, langkah sementara akan dilaksanakan bagi menghentikan pembelian sebelum undang-undang berkuat kuasa sepenuhnya.*

           *KIEV: Perkhidmatan keselamatan SBU Ukraine, hari ini merampas sekitar AS$51 juta (RM206 juta) kokain dari sebuah kapal kargo Amerika Selatan yang berlabuh di pelabuhan Laut Hitam di Odessa.*
          *SBU menganggarkan lebih 250 kilogram ubat disembunyikan di dalam ‘bekas berisi pisang’.*
          *”Analisis segera mengenal pasti bungkusan itu sebagai kokain.*

           *LUSAKA: Pihak berkuasa di Zambia mengharamkan minuman tenaga selepas keputusan makmal menunjukkan ia mengandungi bahan aktif Viagra.*
         *Minuman SX Energy Natural Power, yang dihasilkan Revin Zambia, dieksport ke seluruh rantau termasuklah ke Uganda, malah baru-baru ini, seorang pengguna mengadu menghadapi ereksi berpanjangan dan dibanjiri peluh.*
            *Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa di Ndola memerintahkan pengilang menarik semula produk minuman bertenaga itu dari pasaran.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan antara 50 orang yang terbunuh dalam tragedi tembakan pengganas di Christchurch, Jumaat lalu.*
          *Dr Wan Azizah menerusi Twitternya mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberikan kekuatan buat keluarga Allahyarham.*
              *”Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Cukup pilu mendapat berita Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan maut dalam kejadian keganasan di Christchurch, New Zealand,” katanya, hari ini.*

         *“KAMI sangka ia sekadar jenaka kerana objek dilihat itu seakan-akan kayu balak, tetapi rupa-rupanya memang buaya sebenar,” kata Mohd Saufee Saleh, 29, juruteknik komputer Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) ketika mengulas beberapa gambar seekor buaya yang dirakam di Tambak Johor pada jam 5 petang, Isnin lalu.*
        *Empat gambar dikongsi menerusi Facebook miliknya itu memperlihatkan buaya terbabit berjemur di kawasan pasir dengan keadaan mulut ternganga ketika air di kawasan berkenaan surut.*
        *Gambar itu dikongsi di media sosial hingga menarik perhatian netizen kerana ia jarang ditemui di situ.*

         *RANGKAIAN Televisyen Media Prima (MPTN) dengan kerjasama Build Up Resources Sdn Bhd (BUR) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam penganjuran Karnival Jom Heboh (KJH) dan Grand Bazar Ramadan Raya 2019 (GBRR), di Sri Pentas, Petaling Jaya, hari ini.*
            *Permeteraian MoU itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak dan Pengerusi BUR, Datuk Mohd Azizan Che Omar.*
            *Johan berkata, KJH adalah acara padang terbesar anjuran TV3 yang akan diadakan selama dua hari di Bulatan Bazarena, Shah Alam, pada 27 dan 28 April ini.*
         *Beliau berkata, GBBR 2019 sebagai bazar terbesar dalam sejarah dengan penganjuran serentak GBBR di Stadium Shah Alam, pada 4 Mei hingga 2 Jun dan Stadium Bukit Jalil, pada 16 Mei hingga 4 Jun.*
                 

*ARENA*
========


          *‘HADIAH’ cincin besar adalah cara Paul Pogba mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan selepas bergelar juara dunia bolasepak FIFA.
            *”Tiada apa lebih baik daripada memenangi Piala Dunia bersama mereka,” katanya.*
          *Superstar bolasepak Perancis itu dalam diam membuat kejutan apabila menghadiahkan rakan sepasukan Les Bleus dengan cincin kejuaraan ditempah khas!*
          *Pogba, menjaringkan gol ketiga Perancis yang membawa pulang Piala Dunia FIFA tahun lalu selepas menewaskan Croatia 4-2 pada final di Russia.*

          *MANCHESTER United membalas tindakan Barcelona apabila mengenakan caj tiket berharga 102 (RM547) kepada penyokong kelab Catalan itu sebagai subsidi untuk penyokong Red Devils bertandang ke Nou Camp.*
             *Dua pasukan terbabit akan beraksi pada suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) tetapi penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikenakan harga 102 (RM547) yang dianggap terlalu tinggi.*
          *Harga tiket dikenakan oleh gergasi Sepanyol itu paling mahal dalam sejarah United beraksi di luar final.*

           *PENYERANG Chelsea Olivier Giroud mahu kembali ke Perancis apabila kontraknya berakhir akhir musim ini selepas kecewa kurang masa beraksi di bawah kendalian pengurus Maurizio Sarri.*
            *Giroud tidak pernah menyertai kesebelasan utama Chelsea untuk Liga Perdana Inggeris sejak kelab itu membawa masuk penyerang Argentina Gonzalo Higuain pada Januari.*
            *”Masa depan mungkin sibuk musim panas ini.” kata Giroud.*
           *”Saya tidak kisah turun pangkat untuk bermain lebih banyak. Mungkin saya akan akhiri karier saya di Perancis.”*

           *KEHILANGAN Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dirasai ketika Harimau Malaysia tumbang 0-1 kepada Singapura malam tadi.*
           *Hakikat itu diakui Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hadir sendiri ke SNBJ bagi menyaksikan perlawanan Piala Airmarine 2019 itu.*
          *”Paling jelas ketiadaan Ultras Malaya memang dirasai...mereka dirindui kerana semangat yang dibawa ke stadium tiada tandingan,” jelasnya.*

          *MALAYSIA akan kekal untuk menganjurkan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) pada dua pusingan terakhir yang dilabel 'eksklusif' pada masa depan.*
            *Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, pemegang hak penganjuran MotoGP, Dorna sudah memberi jaminan untuk tidak menukar kalendar pusingan di Malaysia meskipun kini mendapat saingan daripada negara Asia Tenggara, Thailand yang mula menganjurkan perlumbaan berpestij itu tahun lalu serta Indonesia bermula 2021.*

          *HASRAT Malaysia untuk muncul juara Kumpulan D Kejohanan Berpasukan Campuran Asia tidak kesampaian apabil tumpas 1-3 ketika menentang China di Stadium Queen Elizabeth, Hong Kong, hari ini.*
            Kekalahan berkenaan menyebabkan skuad negara hanya muncul sebagai juara kumpulan tetapi masih lagi layak untuk ke suku akhir apabila membenam Macau dalam aksi sulung semalam.*

          *DATK Razlan Razali meletak jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) berkuatkuasa hari ini.*
           *Beliau membuat keputusan itu untuk memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selain Prinsipal PETRONAS Yamaha SRT yang beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.*
         *Surat peletakan jawatannya itu sudah diserahkan kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir yang menggantikan Tan Sri Azman Yahya.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*selamat hari lahir ibunda ku Pn Khaliza Binti Abdul Malek yg ke 61*

*SATU 23 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 16 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0551*
*SUBUH : 0601*
*SYURUK : 0715*
*ZOHOR : 1323*
*ASAR : 1627*
*MAGHRIB : 1925*
*ISYAK : 2034*


*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 22mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97 naik tujuh sen seliter iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 manakala RON95 dan diesel kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia bagi tempoh 23 hingga 29 Mac ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               *STESEN meteorologi utama merekodkan 11 kawasan di Semenanjung mengalami gelombang haba tahap satu, kategori fasa berjaga-jaga berikutan menerima suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius. Kawasan terbabit ialah Chuping, Perlis diikuti Kota Setar, Pendang dan Sik, Kedah serta Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan. Turut disenaraikan dalam kategori itu ialah Hulu Perak dan Kinta, Perak; Jerantut, Pahang serta Tangkak, Johor.*

               *TIADA lagi tambang percuma kepada warga asing menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor selepas ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Selangor, Ng Sze Han. Beliau berkata, perkara itu wajar dilakukan memandangkan kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri bagi menyediakan perkhidmatan bas percuma itu.*

                *SERAMAI 13,677 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan menerusi operasi penguatkuasaan dari 1 Januari lalu sehingga semalam. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, daripada jumlah itu, warga Indonesia mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu 4,729 ditahan.*

                *DIBALUT dengan tuala dan diletakkan dalam kotak yang dialas kain batik. Itu keadaan bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi surau wanita di Teluk Cempedak, Kuantan hari ini. Kejadian 10.30 pagi itu disedari penjaga tandas di pantai peranginan itu yang terdengar bunyi tangisan bayi malang itu.*

                *SEPULUH individu, termasuk tujuh penjawat awam yang direman Selasa lalu berhubung siasatan pembabitan dalam melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur, dibebaskan hari ini.*

                *“SAYA hanya bergurau dengan isteri dan dia hendak tarik balik laporan,” itu rayu pembantu kedai barangan sukan yang didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, hari ini, kerana mengugut isterinya menggunakan parang. Tertuduh, Muhammad Saifuddin Mohd Isa, 24, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.*

                *“KEPALANYA berlumuran darah dan tiada denyutan nadi, ketika itu saya tahu dia sudah tiada,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai, Goh, 46, bapa kepada kanak-kanak berusia lapan tahun yang maut digilis van sekolah. Anak Goh yang dikenali dengan panggilan Han itu meninggal dunia selepas digilis van sekolah dinaikinya di flat di Paya Terubong, Georgetown, 1 tengah hari, hari ini.*

                *SEORANG doktor klinik swasta ditahan semalam bagi membantu siasatan selepas didakwa mencabul seorang pesakit wanita berusia 31 tahun di kliniknya di Parit Buntar, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata suspek berusia 62 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan mendakwa doktor berkenaan meraba beberapa bahagian badannya.*

                *KEMALANGAN membabitkan bas yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 228.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) lewat petang hari ini mengakibatkan penumpang wanita warga Thailand maut. Warga emas berusia 60-an itu dihempap bas persiaran yang terbalik di dalam gaung berkenaan dan mayatnya ditemui 10.40 malam tadi selepas usaha mengangkat bas terbabit berjaya dilakukan dengan menggunakan dua kren.*

               *DUA murid lelaki di sebuah sekolah rendah di Marang dipercayai menjadi mangsa amang seksual seorang lelaki. Perbuatan terkutuk lelaki berusia 23 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia 10 tahun menceritakan kejadian itu kepada ibunya Ahad lalu. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan Soffian Santong berkata, mangsa memaklumkan suspek melakukan amang seksual fizikal dengan memegang kemaluannya.*

                *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 15 lokasi ‘hotspot’ yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kejadian lemas. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, lokasi itu ditentukan berdasarkan data kejadian insiden mati lemas melebihi lima mangsa antara 2016 dan 2018. Katanya, lokasi berkenaan membabitkan sungai, air terjun, pantai dan tasik, lombong serta empangan.*

                *“KAMI tidak menuduh sesiapa membela ular itu, namun kebarangkalian besar ia mungkin ular peliharaan penduduk di flat ini,” kata Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Zabri Awang ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini. Zabri berkata, ular sawa sepanjang dua meter itu seakan-akan haiwan peliharaan kerana keadaannya yang bersih dan tidak terlalu agresif.*

                *JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) tidak dapat mengesahkan kesahihan data didedahkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengenai 400,000 penjawat awam yang mengalami tekanan dari sudut positif dan negatif.*

               *Lelaki maut selepas lori dipandu merempuh belakang sebuah lori syarikat kawalan keselamatan di Kilometer 287.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Pulai, Ipoh, hari ini. Dalam kejadian 7.45 pagi itu, S Kalaiarasu, 20, beralamat di Taman Dindings, Ayer Tawar, Manjung, meninggal dunia di tempat kejadian, sementara itu kelindannya Palani Deena, 18, parah.*

               *BEKAS pengurus akaun sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang hari ini terhadap 28 pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian RM4.3 juta dari Ogos 2018 hingga Februari lalu. Tertuduh, Hoh Kian Kuen, 48, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.*

               *SEORANG pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik di laman sosial, Januari lalu. Tertuduh, V Karitikesoo, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Norsalha Hamzah.*

               *SUSPEK kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun yang menjadi mangsa seksual sejak lima tahun lalu dibenarkan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah, hari ini. Lelaki berusia 26 tahun itu, yang juga abang sulung mangsa dibenar reman sehingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 (3) dan 377C Kanun Keseksaan.*

               *MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur, menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.*

               *BERMULA 2 Mei ini, permohonan pertukaran butiran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan dokumen sokongan seperti bil utiliti dan cukai pintu. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes ‘50 ingga 100 orang’ menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.*

               *LELAKI maut selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Lahat - Simpang Pulai berhadapan kilang Stone Link, di Ipoh, ketika dikejar polis susulan memandu dalam keadaan merbahaya dan mencurigakan, hari ini. Dalam kejadian 2.45 pagi itu, mangsa yang beralamat di Taman Sri Pulai Perdana, Johor, meninggal dunia di lokasi kemalangan.*

               *PAKAR Forensik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini, bahawa hujung tulang rusuk Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, yang patah tertusuk paru-paru kanan anggota bomba itu. Saksi ke-24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, beliau menemukan sedemikian selepas melakukan bedah siasat terhadap Muhammad Adib, 1 pagi pada 18 Disember tahun lalu di HKL.*

               *PERBUATAN keji mekanik sambilan yang tergamak melakukan sumbang mahram terhadap adik perempuan kandungnya mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. Tertuduh yang berusia 25 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Agmad Zamzani Mohd Zain.*

               *“SAYA bersangka baik dan tidak mengesyaki sesiapa,” kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin susulan kereta rasminya dibakar, hari ini. Beliau menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci kejadian itu dan menunggu laporan yang dikeluarkan pihak itu bersama forensik bomba.*

               *“KAMI begitu kesal dengan kejadian itu dan ia tidak sepatutnya berlaku,” kata Pengerusi Masjid Kariah Sendayan di Kampung Sendayan, di Seremban, Abdul Rahman Mohd Amin. Beliau menyatakan kekesalan berhubung pergaduhan di masjid itu 1.45 tengahari, kelmarin membabitkan dua jemaah hingga menyebabkan seorang tercedera.*

               *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai transit dadah selepas merampas 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta. Malah rampasan itu disifatkan yang terbesar dalam sejarah negara, setakat ini. Syabu dibungkus dalam 2,000 paket bungkusan teh Cina jenama terkenal, ditemui dalam sebuah kontena disimpan di kawasan kolam ternakan ikan dekat ladang kelapa sawit di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, Selasa lalu.*

               *SERAMAI 2,509 petani yang mengusahakan tanaman padi seluas 6,899 hektar di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berisiko terjejas teruk jika cuaca kemarau terus berlarutan. Pemangku Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris berkata, cuaca panas itu turut menyebabkan air Sungai Kelantan menyusut sekali gus pam Kemubu tidak dapat mengairi keseluruhan 24,374 hektar tanaman padi di kawasan Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Utara, Pasir Puteh dan Bachok, sejak sebulan lalu.*

               *PELAKSANAAN hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, Michael Garing dijalankan di Penjara Changi, pagi ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini. Michael warga Sarawak, disabitkan atas kesalahan membunuh pada 2015 oleh mahkamah tinggi republik itu dan sabitan disahkan oleh mahkamah rayuan pada 2017.*

               *KERESAHAN isteri selepas berkali-kali gagal menghubungi suaminya terjawab selepas lelaki itu ditemui mati tergantung di rumah mereka di Jalan Tanjung Kidurong, di Bintulu, semalam. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, bimbang sesuatu buruk menimpa suaminya, wanita berkenaan yang berada di Kuching meminta abangnya memeriksa keadaan di rumahnya, 5.30 petang semalam sebelum menemui mangsa.*

               *PENUNTUT Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) maut digilis di Kilometer 14.9, Lebuhraya PLUS berhampiran Bandar Springhill, Port Dickson, 12.55 tengah malam tadi. Muhammad Izzul Akmal Azmi, 19, yang menunggang motosikal sebelum itu terbabit kemalangan dengan empat lagi kenderaan di kawasan berkenaan.*

               *“SAYA terdengar bunyi letupan dan selepas 20 minit seorang kanak-kanak lelaki berlari meminta bantuan mengatakan seseorang terkena bom ikan,” kata seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Ahmad Ramzi Senapi, 34, yang berada berhampiran lokasi kejadian di belakang Pulau Gaya, Kota Kinabalu, hari ini. Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 16 tahun maut dan sebahagian badannya hancur akibat terkena letupan selepas dipercayai melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan terbabit.*

               *ANGGOTA bomba cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika memadam kebakaran rumah di Kampung Berundung, Papar semalam. Kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam menyebabkan Nazri Rashid, 45, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dirawat di Hospital Papar. Dia bagaimanapun dilapor stabil dan tiada kecederaan serius.*

               *MANGSA kebakaran di Kampung Air, Batu Sapi, Sandakan berharap diberi bantuan rumah seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Jaafar Hassan, 63, berkata, dia kini hanya bergantung kepada anak sulung yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga selepas dia diserang angin ahmar, manakala isterinya, Halimah Mahmod, 58, mengalami kemurungan dan kurang daya ingatan.*

               *PENGANJUR kem bina semangat di sebuah resort di Bukit Tinggi, di Bentong, yang pesertanya berkelakuan tidak senonoh Selasa lalu menafikan mereka berbikini, sebaliknya hanya memakai coli sukan. Itu dimaklumkan kepada penduduk yang ‘menyerbu’ padang menyaksikan seramai 80 wanita melakukan aktiviti riadah, kira-kira 7 malam hari sama.*

               *“KESALAHAN bagi kejadian ini mesti terletak pada pihak berkuasa lapangan terbang. “Mereka sepatutnya memberi amaran awal mencukupi kepada pesawat mengenai kerja penyelenggaraan di landasan atau menutup terus lapangan terbang. Tiada amaran sedemikian diberikan,” kata Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan.*

               *“KAMI terima keputusan mahkamah dengan reda,” kata Mohd Gadaffi Md Karim, bapa kepada pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada 26 April 2017 lalu. Komen ringkas itu diberikan Mohd Gadaffi sebagai reaksi keputusan Mahkamah Koroner di Johor Bahru, semalam, selepas memutuskan kematian anak lelakinya sebagai bukan jenayah.*

               *LELAKI warga emas maut selepas van dipandunya hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 49.5, Jalan Ipoh - Taiping, Kuala Kangsar, hari ini. Dalam kejadian 7.25 pagi itu, Mohamed Taib Salleh, 62, yang beralamat di Kampung Lempor Pekan, Manong, meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               *LELAKI warganegara Bangladesh dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan menyimpan koleksi video lucah di dalam telefon bimbit miliknya pada awal Februari lalu. Tertuduh Halim Miah, 27, mengaku bersalah di depan Majistret Teoh Shu Yee, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Bangladesh.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *Christchurch: Hampir 500 orang menghubungi talian khas polis untuk menyerahkan senjata mereka, 20 jam pertama selepas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan larangan ke atas senjata ala tentera, kata Timbalan Penguasa Polis, Tusha Penny.*
              *Lebih 1,000 orang turut memaklumkan polis secara dalam talian untuk menyerahkan senjata.*
           *Namun ketika perubahan itu menerima sokongan meluas dalam kalangan parti pemerintah dan pembangkang, beberapa pengkritik menyatakan ketidakpuasan mereka secara dalam talian, kata Penny.*

          *BEIJING: Polis menembak mati seorang lelaki yang memandu kenderaannya merempuh pejalan kaki, menyebabkan enam maut, hari ini.*
          *Reuters melaporkan pemandu sengaja melanggar orang awam di satu lokasi di Zaoyang, Hubei, namun motif sebenar lelaki itu berbuat demikian masih belum diketahui.*
          *Kejadian itu turut menyebabkan tujuh orang cedera dan mangsa mendapatkan rawatan di hospital.*

         *CCRA: Sekurang-kurangnya 60 orang maut selepas sebuah bas bertembung dengan bas lain di selatan Ghana, hari ini.*
           *Komander polis, Joseph Antwi Gwayu, berkata nahas berlaku kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan di wilayah Timur Bono.*
          *”Kenderaan itu bergerak dalam arah bertentangan apabila perlanggaran berlaku. Sekurang-kurangnya 60 orang disahkan maut,” katanya.*

         *DENPASAR: Seorang penjenayah warga Russia ditembak mati selepas melakukan rompakan bersenjata di sebuah pejabat tukaran wang asing di Bali, Indonesia, dalam kejadian Selasa lalu.*
         *Menurut pihak berkuasa, lelaki dikenali sebagai Alexei Korotkikh, 45, itu ditembak ketika bergelut dengan polis yang cuba menahannya bersama dua lagi suspek.*
        *Sebelum itu, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai memecah masuk pejabat dan membelasah beberapa pekerja hingga pengsan.*

         *CHRISTCHURCH: Mangsa paling muda yang terbunuh dalam serangan masjid minggu lalu antara 25 jenazah bakal dikebumikan di tanah perkuburan Memorial Park, petang ini.*
         *Mucaad Ibrahim, 3, maut dalam serangan tembakan rambang di masjid Al Noor selepas terpisah dengan bapanya.*
           *Lebih 5,000 orang dijangka menghadiri majlis pengebumian yang akan bermula jam 4 petang ini waktu tempatan.*

         *YANCHENG, CHINA: Jumlah kematian mangsa letupan besar sebuah loji kimia di Timur China meningkat kepada 44 orang.*
          *Menurut AFP, kejadian petang semalam itu turut menyebabkan 90 orang cedera parah.*
          *Sebelum ini, pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 30 cedera.*
           *Letupan itu terlampau kuat sehingga mencetuskan gempa bumi kecil yang meruntuhkan beberapa bangunan kilang serta memecahkan tingkap rumah penduduk berhampiran.*

          *SEOUL: Bintang K-pop, Jung Joon-young ditahan polis beberapa jam selepas meminta maaf kerana merakam dan mengedarkan video lucah.*
           *Agensi berita Yonhap melaporkan, Mahkamah Daerah Pusat Seoul semalam mengeluarkan waran tangkapan untuk menahan penyanyi dan penulis lagu itu.*
           *Menurut AFP, minggu lalu, Jung mengakui merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkan video itu tanpa kebenaran mangsa.*

         *WELLINGTON: Polis menyiasat ugutan bunuh dibuat seorang pengguna Twitter terhadap Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.*
           *NZ Herald melaporkan, status Twitter bersertakan gambar sepucuk pistol dan kapsyen 'awak seterusnya' dihantar kepada Ardern.*
           *Status terbabit dipaparkan lebih 48 jam sebelum akaun Twitter itu disekat selepas dilaporkan pengguna lain.*
            *Satu status berasingan yang bersertakan akaun Twitter Ardern dan polis NZ dikesan turut menggunakan gambar serta ayat sama.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *‘GOODBYE korang’ (selamat tinggal semua). Itu hantaran keterangan gambar Mohd Haziq dalam akaun Instagram (IG) miliknya yang meruntun jiwa rakan-rakannya.*
          *Status itu ditulis Haziq dalam akaunnya menggunakan nama ziqninja pada 7 Disember 2017 dengan memaparkan gambar rakan-rakannya di sebuah kafe.*
             *Harian Metro mendapati status itu mendapat reaksi semula selepas remaja itu disahkan terkorban dalam tragedi serangan pengganas menembak membuta-tuli di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.*

          *“KAMI ingatkan kepada pencuri hasil karya orang, we are watching you (kami perhatikan anda),” kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman.*
             *Ain Arjuna berkata, pihaknya melaksanakan Operasi Hak Cipta KPDNHEP negeri sejak 6 Mac lalu bagi memantau kegiatan individu merakam filem dalam panggung wayang untuk disiarkan di laman sosial.*
           *Katanya, sepasukan anggota ditempatkan di semua panggung wayang bagi memantau kegiatan itu setiap hari.*

        *CHRISTCHURCH: Foto seorang pegawai polis wanita yang mengawal Tanah Perkuburan Memorial Park di Christchurch yang memaparkan kesungguhan, rasa hormat dan perlindungan tular di media sosial.*
        *Stuff.co.nz melaporkan, pegawai polis Konstable Michelle Evans, 24, berkawal dengan memakai selendang Calvin Klein, menyelitkan bunga mawar di dadanya sambil memegang senapang separuh automatik Bushmaster.*
             *Jurugambar, Alden Williams berkata gambungan tiga perkara itu menarik perhatiannya walaupun sebahagian besar media hanya memberi tumpuan kepada ahli keluarga dan mangsa serangan yang sedang dikebumikan.*
                 

*ARENA*
========


        *PENYERANG Juventus, Cristiano Ronaldo didenda 20,000 euro (RM92,000) oleh badan induk bolasepak Eropah, UEFA kerana mempamer kelakuan kurang sopan ketika meraikan jaringan mengatasi Atletico Madrid pada Liga Juara-Juara (UCL), minggu lalu.*
          *Ronaldo bagaimanapun terlepas penggantungan perlawanan dan boleh beraksi pada perlawanan menentang Ajax Amsterdam pada suku akhir UCL, bulan depan.*
            *Perlawanan pertama akan diadakan di Belanda pada 10 April.*
          *Ronaldo meledak hatrik ketika kelab juara Itali itu bangkit daripada kekalahan 2-0 pada perlawanan pertama sebelum menang agregat 3-2 menentang Atletico.*

         *JENDELA perpindahan musim panas yang kian hangat membuatkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool tidak terlepas dikaitkan dengan perpindahan pemain utama, Mohamed Salah.*
         *Sudah tentu cerita paling menarik perhatian penyokong Liverpool sejak beberapa minggu lalu adalah membabitkan penyerang Juventus, Paulo Dybala.*
             *Laporan media Itali Tuttomercatoweb mendakwa Reds berminat mendapatkan penyerang Argentina itu untuk mengukuhkan jentera serangan bagi kempen musim 2019/20.*
          *Terdapat dakwaan menyatakan Mohamed Salah akan ke destinasi lain dalam rundingan perpindahan untuk mendapatkan Dybala bagi menggantikan penyerang Mesir berkelas dunia itu.*

         *MANCHESTER United sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pakar penjaring gol Sporting Lisbon, Bruno Fernandes.*
         *Ole Gunnar Solskjaer memberitahu Ed Woodward dia mahukan seorang pemain berkelas tinggi untuk mengisi bahagian tengah selepas Marouane Fellaini dijual pada Januari lalu.*
           *Fernandes, pemain tengah dikenalpasti sebagai sasaran yang mampu menambah jaringan, kreativiti dan tenaga diperlukan oleh United untuk membantu Paul Pogba, Nemanja Matic dan Ander Herrera.*

          *ENTAH apa tidak kena buat penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois selepas memberi gol percuma kepada Russia pada aksi Kelayakan Euro 2020 di tempat sendiri, awal pagi tadi.*
             *Penjaga gol tinggi lampai itu kelihatan tenang mengawal bola dalam kotak penalti tetapi terjatuh selepas dicabar oleh Artem Dzyuba.*
          *Dalam keadaan panik, dia cuba menyelamatkan keadaan tetapi menerima padah apabila pemain lawan dapat menjaringkan gol akibat kesilapannya itu.*

        ♂ *THOMAS Pieters merampas kedudukan pendahulu selepas pusingan kedua Kejohanan Maybank apabila mempamer aksi konsisten di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam, hari ini.*
          *Pemain sensasi Belgium berusia 27 tahun itu melakukan tiga bawah par 69 pada hari kedua untuk keseluruhan lapan bawah par 136.*
         *Pieters mendahului satu pukulan di depan pemain muda Indonesia, Danny Masrin yang mencatat 68 dan pemain Sepanyol, Nacho Elvira yang merakam 72.*

          *SKUAD muda negara memulakan pemburuan tiket ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dengan langkah kanan selepas menundukkan Filipina 3-0 pada aksi kelayakan Kumpulan J di Stadium Shah Alam, malam ini.*
           *Kejayaan meraih tiga mata itu bukan saja mencerahkan peluang mereka ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan, malah ia turut mengubati duka skuad ‘abang’ yang tewas 0-1 kepada Singapura pada Piala Airmarine di Bukit Jalil, kelmarin.*

          *PEMERHATI sukan menyifatkan insiden penyokong setia skuad Harimau Malaya, Ultras Malaya memboikot kejohanan Piala Airmarine di Stadium Nasinal, Bukit Jalil disebabkan kegagalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pro Events membuat kajian teliti mengenai harga tiket.*
           *Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, mereka sewajarnya menimbang dengan serius harga tiket kejohanan empat negara itu yang disifatkan mahal.*
          *Katanya, hampir 80 hingga 90 peratus penonton atau peminat bola sepak di negara ini adalah golongan berpendapatan rendah atau B40.*

          *LUPAKAN Datuk Lee Chong Wei buat seketika.*
            *Mungkin itu jawapan paling tepat kepada mereka yang ingin tahu bilakah jaguh perseorangan negara itu akan kembali beraksi selepas menarik diri daripada Terbuka Malaysia bermula 2 April depan atas nasihat doktor berikutan rawatan kanser hidung.*
            *Jelas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, jawapan sama juga akan diberikan sekiranya ada yang tertanya-tanya adakah Chong Wei disenaraikan untuk saingan Piala Sudirman, Mei depan yang menyaksikan Malaysia diundi bersama China dan India.*

           *SKUAD badminton negara tiada jawapan apabila tewas 0-3 kepada juara bertahan, Jepun pada suku akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Hong Kong hari ini.*
             *Keputusan itu sekali gus menyaksikan kempen skuad negara pada edisi kali ini berakhir.*
          *Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berharap pemain negara memperoleh pengajaran susulan daripada kekalahan itu.*

         *SKUAD Pahang memendekkan sesi latihan harian pada waktu petang berikutan cuaca panas melanda negara ini ketika ini.*
           *Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, langkah itu bagi memastikan anak buahnya berada pada prestasi terbaik dan mengelak daripada mengalami masalah kesihatan.*
          *”Setakat ini, sesi latihan berjalan dengan lancar dan pemain tidak menghadapi masalah kesihatan sama ada demam dan batuk kesan daripada cuaca panas.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 25 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 18 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0550*
*SUBUH : 0600*
*SYURUK : 0714*
*ZOHOR : 1322*
*ASAR : 1625*
*MAGHRIB : 1925*
*ISYAK : 2034*


*artikel disiarkan pada tarikh 24mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *JENAZAH kekanda Permaisuri Johor, Almarhumah Raja Halimahton Shahrin Sultan Idris Shah yang mangkat, semalam selamat dimakamkan di Makam Diraja di Kuala Kangsar, kira-kira jam 2.20 petang ini. Sebelum itu, jenazah Almarhumah dibawa ke Masjid Ubudiah Kuala Kangsar dan disembahyangkan oleh jemaah selepas solat Zuhur.*

               *POLIS mengesan seorang usahawan warganegara Singapura berusia 30-an bagi membantu siasatan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Singapura bagi menjejaki lelaki berkenaan.*

               *SEORANG nelayan asing maut dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Pinang dekat Georgetown, pagi tadi. Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot nelayan dipercayai dari Indonesia itu ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor yang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA ‘19).*

               *LAPAN gadis kostum anime serta tiga lelaki warga asing yang menyertai Festival Anime di hotel di ibu negara ditahan dalam Ops Bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, semalam. Kesemuanya ditahan berikutan menyalahgunakan pas lawatan sosial serta permit kerja yang diperoleh.*

               *PEMANDU cedera apabila dua treler berlanggar sebelum terbakar di Kilometer 259.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran Terowong Menora dekat Ipoh, hari ini. Kejadian itu mengakibatkan kesesakan teruk sehingga 17 kilometer (Km) apabila laluan antara Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak ke Terowong Menora itu terpaksa ditutup sepenuhnya selama kira-kira tiga jam bagi operasi pemadaman api.*

               *PESERTA lelaki Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, Kampar, semalam. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang beralamat terakhir di Muar, Johor.*

               *TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menerusi laporan akhbar tempatan berkata, terdapat kewujudan black economy yang mana industri pusat urut refleksologi dikawal sindiket dengan keseluruhan transaksi dibuat secara tunai bagi mengelak dikesan.*

               *SEORANG wanita warga emas kerugian lebih RM38,000 selepas diperdaya tiga lelaki kononnya meminta bantuan mengambil wang kemenangan nombor ramalan dimenangi seorang daripada mereka. Dalam kejadian jam 11.15 pagi Rabu lalu, mangsa dihampiri lelaki warga asing dipercayai Myanmar meminta bantuan menuntut wang kemenangan RM500,000 dengan menunjukkan kertas nombor ramalan yang dimenanginya.*

               *SEORANG pelajar lelaki Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terbunuh selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Parit Melana-Belimbing Dalam dekat Alor Gajah, petang tadi. Kejadian kira-kira 3.35 petang itu mengakibatkan Muhamad Shakirin Muhamad Subri, 20, yang memandu Perodua Viva meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.*

               *KAKITANGAN wanita sebuah syarikat konsesi pelupusan sisa pepejal maut akibat terjatuh selepas motosikal dinaiki bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 16 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Rawang, hari ini. Dalam kejadian jam 5.35 petang itu, mangsa S Letchumy Subramaniam, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

               *MAYAT wanita berbaju-T dan berkain batik ditemui tersangkut pada jaring sangkar ikan di Batu Maung dekat Bayan Lepas, jam 11.40 pagi hari ini. Mayat wanita tanpa identiti itu ditemui pekerja sangkar ikan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis.*

               *SITUASI paras air di tiga empangan di Melaka belum mencapai tahap pelaksanaan catuan bekalan walaupun satu daripadanya kini susut hampir 50 peratus. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, paras air di empangan Durian Tunggal kini tinggal 57 peratus seperti didedahkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri minggu lalu, namun masih di bawah paras berjaga-jaga berikutan mendapat bekalan dari empangan Jus.*

               *LELAKI berstatus orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Juasseh Tengah di Kuala Pilah, hari ini. Zainal Abidin Ibrahim, 59, rentung selepas dipercayai terperangkap dalam bilik air ketika cuba menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah terbakar.*

               *‘DRAMA’ suami isteri kononnya suami diculik sebelum wang tebusan ratusan ribu ringgit diminta sebenarnya helah mengikis wang keluarga sendiri. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, helah itu terbongkar apabila pihaknya menjalankan siasatan selepas menerima laporan lelaki berusia 32 tahun berasal dari Singapura itu diculik sekumpulan lelaki.

               *POLIS menasihatkan agar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin lebih berjaga-jaga dalam situasi semasa berikutan kedua suspek yang terbabit dalam kejadian bakar kereta rasminya kelmarin masih belum diberkas. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, meskipun pihaknya sudah mengerahkan pegawai dan anggotanya untuk mengawal keselamatan Mohd Asri bersama ahli keluarganya, namun ia bukanlah jaminan sepenuhnya ke atas beliau.*

               *KERAJAAN akan meneliti calon bersesuaian bagi mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sehingga kini Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kekal sebagai Pengerusi PAC. "Ini bukan berkaitan perundangan tetapi janji PH (Pakatan Harapan). Kita boleh buat bila-bila masa (ganti Pengerusi PAC).*

               *ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang wanita yang terkandas selepas pengsan ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa, Nurashikin Hassan, 24, dikatakan pengsan ketika mendaki bukit berkenaan.*

               *SANGGUP mengenepikan nikmat dunia, sebaliknya 12 beradik sepakat untuk mewakafkan rumah pusaka untuk dijadikan pusat mengaji al-Quran. Begitulah niat murni dilakukan guru mengaji al-Quran, Zainon Jaafar, 72, bersama 11 adiknya yang nekad mewakafkan rumah pusaka keluarga untuk dijadikan ‘Rumah Ngaji Ibnu Jaafar’ bagi kemudahan anggota komuniti di Kampung Paya Lebar, Lubok Cina, dekat Alor Gajah.*

               *PERANAN semua agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diperlukan dalam usaha menjayakan pelan pemulihan sungai secara bersepadu di Melaka. Ia susulan dua sungai di negeri ini iaitu Sungai Merlimau dan Sungai Seri Melaka yang dikategorikan sebagai ‘Sungai Kelas Tiga.’*

               *DAKWAAN kelayakan Doktor Falsafah (PhD) Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh sebagai palsu adalah fitnah semata-mata. Ia berikutan, surat pengesahan kelayakan akademik dikeluarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertarikh 22 Mac 2019 menunjukkan Mohammad Ezanni adalah pemegang PhD dalam bidang Kejuruteraan Sistem Elektrik.*

               *KEBAKARAN hutan di Kampung Lubok Piasau, Limbang, sudah memusnahkan 8.09 hektar dengan api mula merebak masuk ke kawasan sempadan Brunei. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, hari ini kerja pemadaman api sudah asuk hari ketiga selepas bomba menerima laporan kejadian pada 3.58 petang, Jumaat lalu.*

               *LEBIH banyak prasarana perlu dibina kawasan Empangan Hidro Elektrik Batang Ai, Sri Aman sebagai langkah menjadikan empangan berkenaan sebagai destinasi sukan air, sekali gus menukar kawasan itu sebagai kawasan pelancongan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, potensi empangan terbabit dalam bidang pelancongan belum lagi dimanfaatkan sepenuhnya selepas mengambil kira peranannya membekalkan sumber elektrik sejak dibuka pada 1983.*

               *SIMPANAN air di Empangan Air Itam, di Georgetown, hanya mampu bertahan untuk 48 hari, susulan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jika jumlah hujan turun tidak mencukupi, empangan itu dijangka kehabisan sumber air menjelang akhir Mei ini.*

               *POLIS menahan remaja lelaki, semalam yang disyaki menyamun, membawa lari dan melakukan jenayah seksual terhadap remaja perempuan serta terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang lelaki maut. Ketua Polis Daerah Bera Deputi Superintenden Mansor Samsudin berkata, suspek berusia 16 tahun itu ditahan di ladang kelapa sawit sekitar Taman Merbau dan Kampung Menteri di Bera dekat Kuantan, pada 3 petang, iaitu beberapa jam selepas dia dipercayai melakukan jenayah tersebut.*

               *SERAMAI 55 individu termasuk remaja 15 tahun ditahan polis dalam operasi pembanterasan aktiviti penyalahgunaan dadah ‘Op Sarang’ yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Operasi selama seminggu yang berakhir Jumaat lalu itu dijalankan di sekitar kawasan Likas, Sembulan, Tanjung Aru dan Bandaraya Kota Kinabalu.*

               *LELAKI maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam sungai di Kampung Long Boh menghala ke Jalan Tambun Tulang, Arau, kelmarin. Mangsa, Abdul Wahab Osman, 51, berasal dari Pida 4 Lama, Arau maut di tempat kejadian berikutan parah di kepala dan badan.*

               *BAHAGIAN Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Pahang menahan 60 bot nelayan warga asing dan tempatan yang melakukan pelbagai kesalahan di perairan negeri ini, tahun lalu. Daripada jumlah itu, dua tangkapan membabitkan bot laut dalam nelayan Vietnam yang melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen di perairan negeri ini, manakala 58 bot lagi milik rakyat tempatan.*

               *PELBAGAI barang tiruan dianggarkan bernilai RM2.5 juta dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, hari ini. Program Pelupusan Barang Rampasan itu disempurnakan Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Rosli Ahmad, di Kompleks Sentral, dekat Segambut, Kuala Lumpur, 9 pagi hari ini.*

               *PEREMPUAN ditemui lemas di kawasan titi berhampiran kampung di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama Mukim Keplu, Kodiang, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, tiada sebarang dokumen ditemui pada tubuh mayat berkenaan yang dianggarkan usia sekitar 17 hingga 23 tahun.*

               *SEORANG pendaki menderita kesakitan kira-kira lapan jam apabila kakinya cedera ketika mendaki puncak Gunung Twin Peak, Bukit Fraser, dekat Raub, tengah malam tadi. Difahamkan, mangsa, Chok Sai Khow, 40, terseliuh kaki kiri ketika berada di puncak gunung pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa pada 12.15 tengah malam.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *BANGKOK: Seramai 51.4 juta rakyat Thailand mengundi hari ini untuk pilihan raya umum pertama negara itu sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.*
           *Jumlah keluar mengundi dijangka tinggi untuk memilih 500 kerusi di Dewan Perwakilan sekali gus membentuk kerajaan demokrasi baru walaupun sebahagian kerusi di Senat di pilih secara langsung oleh tentera.*
           *Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, Jarungvich Phumma berkata, sebanyak 92,320 pusat pengundian di 77 wilayah dibuka hari ini.*

          *BEIRA: Mozambique mencatatkan lebih banyak kematian akibat siklon dan banjir di sekitar Afrika selatan manakala ratusan penduduk terpaksa tinggal di kem penempatan sementara selepas rumah mereka musnah dilanda kejadian alam itu.*
            *Siklon Idai membadai Beira, bandar pelabuhan Mozambique dengan angin sehingga 170 kilometer sejam kemudian bergerak ke darat Zimbabwe dan Malawi, meranapkan bangunan dan merisikokan jutaan nyawa.*
              *Menteri Tanah dan Alam Sekitarnya, Celso Correia, berkata angka kematian meningkat kepada 446 orang, sambil menambah bahawa 531,000 orang terjejas akibat bencana manakala 110,000 orang ditempatkan di kem.*

          *CHRISTCHURCH: Dana yang ditubuhkan untuk membantu keluarga 50 mangsa keganasan di dua masjid di New Zealand kini sudah memperoleh sumbangan lebih NZ$10.8 juta (RM30 juta).*
          *Dana sokongan di laman web New Zealand, GiveaLittle.co.nz, menerima NZ$8.2 juta (RM23 juta) daripada lebih 91,000 penderma menjelang hari ini manakala LaunchGood.com, yang memberi tumpuan sumbangan untuk umat Islam memperoleh NZ$2.5 juta (RM7 juta) daripada lebih 40,000 penyumbang.*

           *OSLO: Penumpang sebuah kapal persiaran mewah diselamatkan menggunakan helikopter selepas kapal itu mengalami kerosakan enjin semalam ketika cuaca buruk di pantai barat Norway.*
            *Perkhidmatan penyelamat maritim berkata, kapal persiaran Viking Sky, dengan 1,373 penumpang dan kru, menghantar isyarat kecemasan ketika ia hanyut ke arah daratan di Laut Norway.*
             *Kapal itu membawa 915 penumpang, sebahagian besar adalah dari Amerika Syarikat dan Britain, kata penyelamat, walaupun ia enggan memberi butiran lanjut.*

           *JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 menggegarkan Kepulauan Maluku di Indonesia hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).*
             *Pusat gempa dikesan di laut, 147 kilometer ke barat laut bandar raya Ternate dan pada kedalaman 76.5 kilometer.*
         *Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan diterima.*
          *Ia adalah gempa bumi kuat kedua yang melanda Indonesia hari ini selepas gegaran berukuran 5.8 magnitud melanda Sulawesi pagi tadi.*

           *CHRISTCHURCH: New Zealand bakal mengadakan upacara peringatan negara bagi mangsa keganasan di dua masjid di sini pada 29 Mac ini, kata kerajaan, hari ini.*
             *Upacara berkenaan akan diadakan di Christchurch pada jam 10 pagi (waktu tempatan), dua minggu selepas pengganas kulit putih Australia menembak mati 50 jemaah dan mencederakan mereka yang tiba untuk menunaikan solat Jumaat di dua masjid di bandar raya itu pada 15 Mac lalu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *“SAYA menganggap kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun yang melabelkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan sebagai ‘kaki kelab malam’ adalah penghinaan (kepada rakyat Kelantan),” kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.*
         *Ahmad berkata, berdasarkan kenyataan Azhar yang tular di media sosial dan akhbar tempatan menggolongkan seolah-olah majoriti rakyat Kelantan yang berada di luar tidak tahu mengenai dosa dan pahala.*
          *Katanya, rakyat Kelantan di luar sana ada dalam kalangan penjawat awam, pegawai tinggi kerajaan dan tokoh korporat yang banyak menyumbang untuk masyarakat dan negara.*

          *PEMANDU Perodua Myvi bertindak melawan arus beberapa kilometer berhampiran Dataran Maybank, Bangsar, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), hari ini.*
         *Kejadian yang berlaku 4.30 pagi tadi itu berjaya dirakam oleh pembonceng motosikal yang berada di laluan bertentangan.*
        *Video tular berdurasi tiga minit 50 saat itu menunjukkan kereta terbabit dipandu di lorong kanan laluan bertentangan di lokasi terbabit.*
           *Penunggang motosikal yang menyaksikan kejadian itu kemudian cuba menghentikan Perodua Myvi, namun individu terbabit enggan berhenti dan terus memandu sehingga beberapa kilometer di lebuhraya berkenaan.*

          *PEMANDU bas cedera di dahi akibat terjatuh ketika bergaduh dengan pemandu lori berhampiran sebuah bank di Jalan Sulaiman di Kajang, Jumaat lalu.*
           *Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan dibuat pemandu bas berusia 54 tahun berhubung kejadian itu.*
           *"Kejadian pergaduhan itu berpunca apabila pemandu bas berkenaan tidak dapat bergerak di laluannya kerana dikatakan terhalang oleh sebuah lori.*
            *Kejadian itu turut dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ia tular di media sosial, hari ini.*

          *INDIVIDU yang menularkan video memfitnah kerajaan Melaka kononnya mengeluarkan arahan mengusir pengayuh beca pada program terjunan ekstrem ‘Taming Sari Tower Base Jump 2019’ di Menara Taming Sari, Bandar Hilir, malam tadi, digesa memohon maaf.*
           *Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri menuntut permohonan maaf daripada lelaki itu yang juga pengayuh beca kerana dakwaan itu sama sekali tidak berasas.*
          *"Saya akan ambil tindakan jika lelaki berkenaan masih terus tularkan video memburukkan kerajaan negeri tanpa asas.*

         *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes Muhammad Adib menyalurkannya melalui saluran yang betul.*
           *Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye diminta mengulas mengenai tindakan jururawat yang memberikan komen di Facebook (FB) berhubung kes kematian Muhammad Adib.*
         *”Jururawat berkenaan sepatutnya menggunakan platform yang betul dan tidak sepatutnya komen di FB.*

         *JOHAN qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1440, Nor Farhatul Fairuzah Panut, 19, mengakui kejayaan diperolehnya berkat berguru dengan bekas qari dan qariah serta guru taranum.*
            *Dia yang ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek, Sepang, hari ini, berkata, dia kerap dibawa ibu, Jaliah Simin, 63, menziarahi dan bertemu dengan bekas qari dan qariah bagi mempelajari teknik bacaan dan taranum.*

         *ENAM koperasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah Kolej Vokasional boleh digelar sebagai koperasi jutawan selepas memperoleh pendapatan lebih RM1 juta dengan mempelbagaikan perniagaan termasuk ada yang memiliki Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), kafeteria selain mesin dobi cuci sendiri.*
         *Antara MRSM berkenaan MRSM Taiping, MRSM Tun Abdul Razak (Pahang), MRSM Kepala Batas (Pulau Pinang), MRSM Kubang Pasu (Kedah), MRSM Batu Pahat Berhad (Johor) dan Kolej Vokasional Tanah Merah (Kelantan).*
         *Namun, MRSM Taiping dianggap paling berjaya kerana mencatat perolehan tertinggi pada 2017 iaitu RM1,304,392.*

         *PERSEPSI negatif negara Eropah terhadap minyak sawit termasuk dakwaan penebangan hutan untuk tujuan pembukaan ladang sawit sehingga menyebabkan spesis hidupan liar pupus adalah semata-mata mahu menjaga kepentingan ekonomi mereka.*
          *Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia kerana kos bagi pengeluaran minyak sawit adalah murah berbanding minyak kacang soya yang dikeluarkan kebanyakan negara Eropah.*
          *”Alasan mereka, minyak dihasilkan mereka tidak boleh lawan dengan kelapa sawit. Kita tanam sekali, 25 tahun boleh dapat hasil minyak sawit.*

         *ORANG ramai mengambil peluang mencari etok di Sungai Golok selepas paras air sungai berkenaan semakin cetek akibat cuaca panas berpanjangan sejak bulan lalu.*
         *Bukan sahaja penduduk di sekitar kawasan Sungai Golok berkenaan, sebaliknya mereka yang di luar daerah pun sanggup ke lokasi berkenaan semata-mata untuk mencari etok.*
           *Lebih menarik, pelbagai kaedah digunakan penduduk mengikut kreativiti masing-masing untuk mencari etok termasuk menggunakan penutup kipas bagi memudahkan mereka mengaut etok di dasar sungai.*

         *RAKYAT Malaysia yang menjadi mangsa insiden tembakan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, Jumaat minggu lalu, Mohd Nazril Hisham Omar, 46, menerima kunjungan daripada pemain ragbi New Zealand Sonny Bill Williams yang turut terkesan dengan tragedi keganasan itu.*
       *Bintang All Blacks yang beragama Islam itu ditemani rakan pemain ragbi, Ofa Tu'ungafasi dan pemain Richmond Tigers, Bachar Houli kelmarin selepas menghadiri majlis memperingati kematian mangsa di dua masjid Christchurch, lapor Daily Mail.*
          *Mohd Nazril Hisham berkata, kejadian berlaku ketika dia ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan.*
                 

*ARENA*
========


         *STEVEN Gerrard menegaskan dia akan menjadi lelaki paling gembira di dunia jika Liverpool dapat mengakhiri kemarau 29 tahun dengan muncul juara England.*
             *Gerrard menang segalanya sepanjang tempoh 17 tahun di Anfield kecuali trofi Liga Perdana dan yang paling meninggalkan kesan ialah kesilapannya ketika menentang Chelsea di tempat sendiri pada 2014 membolehkan Manchester City bergelar juara.*
            *Sekarang dia sudah pun menggantung but dan menumpukan tugas sebagai pengurus di Rangers namun hatinya tetap bersama bekas kelabnya itu.*

         *NAOMI Osaka tersingkir di pusingan ketiga Terbuka Miami WTA dan ATP selepas tewas kepada pemain Taiwan, Hsieh Su-Wei 4-6, 7-6 (7/4), 6-3, awal pagi tadi.*
          *Pemain nombor satu dunia itu tampak mampu mengulangi kemenangan ke atas pemain Taiwan itu selepas menang set pertama dan menguasai permainan pada awal set kedua.*
          *Tetapi Hsieh yang tewas kepada bintang Jepun itu di Terbuka Australia kembali temui rentak dan bangkit mempamerkan permainan lebih kemas.*

        ♂ *PEMAIN golf Australia, Scott Hend mengatasi pendahulu semalaman dari Sepanyol, Nacho Elvira dengan birdie pada lubang pertama playoff untuk memenangi Kejohanan Maybank bernilai AS$3 juta (RM12.2 juta) selepas cuaca buruk mencetus penamat dramatik hari ini.*
          *Hend mendahului Elvira dengan satu pukulan ketika kelompok pendahulu itu berada di fairway terakhir apabila hujan lebat mula turun di Saujana Golf & Country Club, Subang.*

         *SKUAD hoki negara akhirnya tampil dengan kekuatan lengkap pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah untuk menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Asia, Jepun 4-3 di Ipoh malam ini.*
            *Bagaimanapun, skrip hampir sama ketika Sukan Asia di Jakarta, yang mana Jepun bangkit daripada ketinggalan 1-5, sebelum menyamakan kedudukan dan memenangi penentuan penalti 3-1.*

         *CHINA memberi amaran kepada skuad negara kekuatan mereka sukar digugat apabila membelasah Filipina 8-0 pada aksi kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam, hari ini.*
           *Skuad kendalian bekas pengurus Chelsea, Guus Hiddink itu tidak menunjukkan sebarang belas kasihan apabila mendahului 5-0 pada babak pertama aksi Kumpulan J itu.*

         *GOL tunggal pemain gantian Safawi Rasid membantu Malaysia mengatasi Laos 1-0 pada aksi kelayakan Kejohanan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Shah Alam, malam ini.*
          *Sepakan percuma lencong Safawi dari sebelah kanan mengelirukan penjaga gol Laos, Kaharn Phetsivilay sekali gus melegakan skuad Ong Kim Swee yang mengharapkan kemenangan bagi mencerahkan peluang beraksi pada pusingan akhir di Bangkok, tahun depan.*

         *AZROY Hakeem Anuar meraih kemenangan penuh bermakna buat kontinjen Honda selepas menjuarai perlumbaan CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, hari ini.*
           *Selepas dua musim, pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu akhirnya berjaya menamatkan dominasi jentera Yamaha sekali gus turut merangkul kemenangan sulungnya dalam kategori perdana.*

         *SKUAD Harimau Malaya mengakhiri perlawanan Piala Airmarine 2019 pada kedudukan ketiga selepas menewaskan Afghanistan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, smlm.*
          *Kemenangan membuktikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe masih dibarisi pemain terbaik apabila memberi tetangan sengit kepada skuad kendalian Anoush Dastgir.*

         *PEMAIN tengah Selangor, Faiz Nasir sedia untuk terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya sekiranya dipanggil pada masa akan datang.*
         *Bertubuh kecil dengan ketinggian 1.52 meter, Faiz berkata, semangatnya untuk menyumbang bakti kepada pasukan negara tidak luntur meskipun ada yang mempertikaikan saiz fizikalnya.*
        *"Kalau ikutkan saiz saya yang kecil ini ramai orang tidak percaya saya boleh bermain untuk Malaysia. Tapi itu bukan halangan buat saya.*

        ♂ *PELARI pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib melakar rekod baharu kebangsaan dalam acara 200 meter apabila mencatat masa 20.77 saat sekali gus meraih pingat perak pada Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia, semalam.*
             *Atlet olahraga negara yang berpangkalan di Australia itu memadam rekod milik sensasi pecut negara, Khairul Hafiz Jantan 20.90s yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.*
           *Ketika itu, Khairul memecahkan rekod yang bertahan selama 49 tahun milik pelari legenda, Tan Sri Dr M Jegathesan 20.92s yang dilakukan pada 1968.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2019 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 26 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 19 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0550*
*SUBUH : 0600*
*SYURUK : 0714*
*ZOHOR : 1322*
*ASAR : 1624*
*MAGHRIB : 1925*
*ISYAK : 2034*


*artikel disiarkan pada tarikh 25mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KERAJAAN akan mempertimbangkan untuk menurunkankadar tarif elektrik di negara ini berikutan kejatuhan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu juga dilihat penting kerana kerajaan berharap ia dapat membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.*

                *KERAJAAN belum memutuskan bentuk mahu pun jumlah pampasan yang akan diberikan kepada mangsa pencemaran bahan kimia Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH- Pandan) berkata, ini kerana tragedi itu baru berlaku dan apa yang kerajaan utamakan sekarang adalah untuk memberikan mangsa penjagaan kesihatan dan rawatan yang diperlukan.*

               *SEMUA bakal calon berhasrat bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau digesa membuat semakan awal pengisian borang pencalonan sebelum hari penamaan calon. Mereka boleh berbuat demikian di Pejabat Pegawai Pengurus iaitu di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan.*

               *GOLONGAN wanita yang dikesan terjebak dengan dadah di sekitar Pendang dipercayai akibat terpengaruh dengan suami yang juga penagih. Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, walaupun jumlah itu tidak membimbangkan, namun pihaknya akan cuba membanteras kegiatan itu berdasarkan risikan dan maklumat yang diperoleh.*

               *SEORANG isteri di Sibu menikam alat sulit teman wanita suaminya menggunakan pisau sepanjang 22 sentimeter selepas berang diajak melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ (threesome). Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam tadi, suspek berusia 46 tahun bertindak sedemikian selepas berpura-pura bersetuju melakukan hubungan seks bersama.*

                *KAKAK kandung mangsa yang juga isteri suspek kes rogol, liwat dan pukul seorang wanita, Jumaat lalu, sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan semalam.*

               *PADAH menoreh muka bekas teman wanitanya menggunakan pisau sehingga mangsa menerima 50 jahitan, lelaki warga Bangladesh dipenjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini. Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Saidul Islam, 21, pekerja kedai telefon, selepas lelaki itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris.*

               *LELAKI direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian merempuh kenderaan polis pada 17 Mac lalu di Kompleks Yayasan Ibu Tunggal, Chendering, Kuala Terengganu.*

               *LAPAN ahli sindiket penyeludupan bahan membuat bom ikan dikenakan perintah tahanan di Pusat Pemulihan Khas, Bintulu, Sarawak, selama satu tahun bermula 20 Mac lalu. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, perintah tahanan itu dibuat mengikut Seksyen 19A(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959.*

               *TARIKH 9 Mei depan akan menjadi penentu kepada hak penjagaan dua anak yatim iaitu anak mangsa kemalangan maut Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) tiga tahun lalu, sama ada tinggal dengan nenek atau ibu saudara mereka. Tarikh itu ditetapkan oleh pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Hadi Hamat selepas kes itu disebut semula di dalam kamarnya di Kuala Lumpur.*

               *NIAT baik seorang lelaki menegur si abang yang berkasar dengan ibu mereka bertukar sebaliknya apabila dipukul lelaki terbabit menggunakan batang lampu dalam kejadian di Kampung Raja, di Jertih, semalam. Akibat kejadian itu, mangsa berusia 19 tahun dan bekerja sebagai jurukimpal cedera di pergelangan tangan kiri selepas diserang suspek berusia 32 tahun.*

               *PENIPUAN dokumen membabitkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) adalah antara lima kes penyelewengan yang direkodkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 2016 hingga 2018. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, untuk kes berkenaan, IPTS terbabit didapati melakukan penipuan dokumen dengan memendekkan tempoh pengajian daripada enam semester kepada lima semester sahaja.*

                *BAZAR Rakyat (bazar Ramadan dan bazar Deepavali) di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara perlu dipindahkan kerana ia tidak lagi sesuai selain mendapat aduan daripada pemilik premis kedai di kawasan berkenaan. Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Bazar Rakyat itu akan dipindahkan ke Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad-Dataran Merdeka.*

               *“BALIKLAH Acap, mak masak asam pedas untuk Acap.” Itu luahan seorang ibu yang merindui anak lelakinya yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, di Gopeng, sejak kelmarin. Kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, 29, yang bekerja sebagai Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor, masih menjadi misteri selepas operasi pencarian yang dijalankan sejak kelmarin gagal menemui sebarang petunjuk.*

               *KIRA-KIRA 75,000 penduduk di Simpang Renggam, Ayer Hitam, Kulai dan Pontian terjejas bekalan air berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam akibat pencemaran ammonia di Sungai Benut sejak Sabtu lalu. Keadaan itu berlaku disebabkan ban tanah di kolam air larutan resapan (lecet) Tapak Pelupusan Sampah CEP Renggam pecah kerana tidak dapat menampung takungan air akibat hujan lebat, sehari sebelum kejadian.*

               *TIGA sahabat masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Tampin, hari ini atas tuduhan menyamar penjawat awam untuk mendapatkan sumbangan, minggu lalu. Majistret Tan Chai Wei menjatuhkan hukuman itu terhadap Azmir Aznan, 44; Muhd Azali Mohamed Yusof, 50; dan Zainudin Sanip, 52, selepas ketiga-tiga mereka mengaku salah atas tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.*

               *KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang meneliti pendekatan sesuai untuk menggalakkan masyarakat luar bandar menjadikan pengurusan sisa pepejal yang bersistematik sebagai amalan. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ia antara perancangan dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar bagi memastikan kesejahteraan, ketenteraman dan keselamatan penduduk kampung dari pencemaran alam sekitar.*

               *PEMANDU lori dan isterinya maut selepas lori membawa muatan minyak dinaiki bersama dua anak mereka terbabas ke dalam longkang di Kilometer 12 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli-Gerik, di Gerik, hari ini.*

               *SEBUAH kilang memproses tayar terpakai di Pasir Gudang serta dua pengarahnya berdepan sebanyak 45 pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.*

                *KEBAKARAN jengkaut di kawasan perumahan awam di Jinjang Utara, semalam, dipercayai didalangi kumpulan samseng. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, siasatan awal dilakukan pihaknya mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian kebakaran itu.*

               *PENYELENGGARA penghawa dingin mengaku tak bersalah di Mahkamah Seksyen Temerloh, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Mengkuag, Bera, minggu lalu. Tertuduh, Lau Kar Shen, 22, berasal dari Taman Meranti Jaya, Bera, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof.*

               *TINDAKAN empat anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menolak sogokan bernilai RM100,000 dihargai apabila mereka menerima penghargaan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Koperal Kamal Bahrin Abu; Koperal Rezazazwan Abdul Wahab; Koperal Muhamad Fitri Al’ Hakim Safee dan Koperal Ahmad Asri Abd Rashid menerima surat pengharagaan itu sempena sambutan Hari Polis Ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.*

               *BEKAS pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Prof Dr Sundra Rajoo diberi tempoh 24 jam untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas gagal berbuat demikian, hari ini. Sundra yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya didakwa atas tiga pertuduhan hari ini.*

               *KONGSI duit untuk berhibur beramai-ramai. Itu dilakukan sekumpulan 30 pengunjung yang mengeluarkan wang RM50 setiap seorang untuk berhibur bersama rakan dalam bilik di sebuah pusat hiburan di Jalan Perniagaan Gemilang 2, di Bukit Mertajam, kelmarin.*

               *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, buat masa ini kerajaan tiada rancangan untuk membeli pesawat daripada China. "Itu hanya cadangan, kami belum lagi buat apa-apa keputusan,” jelas Perdana Menteri ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan beliau semalam, berhubung Malaysia mungkin bertindak balas dengan membeli pesawat pejuang daripada China sekiranya Kesatuan Eropah (EU) terus dengan pendirian diskriminasi terhadap minyak sawit negara.*

               *TUN Dr Mahathir Mohamad memberi komitmen bahawa kerajaan akan tetap menyalurkan segala peruntukan diperlukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun ia membabitkan kos tambahan. Perdana Menteri berkata, ini bagi memastikan pasukan benteng keselamatan negara itu mempunyai kelengkapan yang sesuai dan terkini.*

               *PENGAYUH beca yang dipercayai merakam dan menularkan video memfitnah kerajaan negeri akan dipanggil polis untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat. Ketua Polis negeri Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat terhadap lelaki berusia 36 tahun berkenaan semalam oleh Pengurus Besar Menara Taming Sari, Muhammad Md Nor di Balai Polis Melaka Tengah.*

               *DUA beradik maut manakala dua rakan mereka cedera termasuk seorang parah selepas Proton Saga yang mereka naiki terbabas dan merempuh treler di Kilometer 22, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Kampung Gajah, tengah malam tadi.*

               *REMAJA perempuan berusia 13 tahun mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila dicabul bapa saudaranya di sebuah rumah kosong di Kampung Gajah, Jumaat lalu. Dalam kejadian 9 malam itu, suspek berusia 27 tahun dipercayai mengumpan mangsa untuk mengikutnya.*

               *AKTIVITI santai minum petang di sebuah kedai kopi bertukar kecoh apabila pemilik premis berkenaan ditikam rakannya dalam kejadian di Vista Kiranau dekat Penampang, semalam. Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa berusia 40 tahun cedera di perut selepas ditikam menggunakan pisau oleh suspek yang dalam keadaan mabuk.*

               *SUAMI isteri warga emas sempat menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Taman Rasmi Jaya, Ampang musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, Mohamad Subki Ishak, 70-an, berada dalam rumah bersama isterinya berusia 70-an sebelum mereka bergegas keluar sebaik melihat kepulan asap di tingkat bawah rumah teres dua tingkat berkenaan.*

               *Dirotan, dicubit, ditampar dan dimaki hamun oleh ustaz. Itu yang dipercayai terpaksa dilalui seramai 19 murid di sebuah madrasah di Kuantan. Perkara itu terbongkar selepas bapa kepada salah seorang murid membuat laporan polis berhubung kejadian itu, pada Selasa minggu lalu.*

               *BEKALAN air di semua empangan dan kolam takungan di Selangor mencukupi untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga bulan depan. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bekalan air itu masih pada kadar 80 peratus dan dijangka cukup untuk menampung permintaan selama tiga bulan.*

               *UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menolak sebarang usaha untuk menyekat kebebasan terutama secara kekerasan seperti satu insiden yang berlaku di sebuah universiti di ibu negara, baru-baru ini. Naib Canselor UiTM, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihaknya secara tegas mengecam kejadian sekumpulan penuntut Universiti Malaya (UM) yang dikasari ketika menzahirkan pandangan mereka secara aman itu.*

               *HARGA antara RM150 hingga maksimum RM270 adalah kadar bayaran mendapatkan khidmat persundalan selama satu jam.
Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu tumpas selepas operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunit (JPKK), susulan penangkapan empat wanita berusia 28 hingga 49 tahun di dua lokasi berbeza di Bintulu, malam tadi.*

                *KIRA-KIRA 47 keluarga dari Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Kuala Ketil menuntut pampasan daripada pihak Perbadanan PR1MA Malaysia berikutan kerosakan rumah mereka. Penduduk, Muhammad Nasir Abd Rahman, 31, mendakwa biarpun terdapat rumah yang sudah dibaiki, namun ia tidak mencapai kualiti yang memuaskan.*

               *JURUKIMPAL dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan mencabul remaja perempuan. Tertuduh Mohamad Haziemin Zulkifeli, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan.*

               *Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, membenarkan penjamin kepada penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang didakwa atas dua tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta ditukar.*

               *KELAHIRAN di Malaysia tidak menyebabkan seseorang individu itu akan memperoleh kewarganegaraan secara automatik. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya merekodkan status seseorang individu sebagai warganegara atau bukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa individu sewaktu kelahiran berlaku.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *BEIJING: Jumlah kematian akibat letupan loji kimia di timur China meningkat kepada 78 orang hari ini, manakala beratus-ratus lagi masih menerima rawatan selepas empat hari berlakunya kemalangan industri paling buruk di negara itu.*
          *Letupan di Taman Perindustrian Chenjiagang di Yancheng, wilayah Jiangsu, itu turut merosakkan bangunan lain yang berdekatan.*
        *Pihak berkuasa tempatan menerusi Weibo, berkata lebih 500 orang masih dirawat di hospital, membabitkan 13 orang kritikal dan 66 orang parah.*

          *NOUMEA: Sebuah pesawat Boeing 787-900 milik United Airlines terpaksa dilencongkan ke New Caledonia hari ini selepas ruang kokpit dilaporkan berasap secara tiba-tiba, kata pihak berkuasa.*
            *AFP melaporkan, pesawat membawa seramai 256 penumpang yang berlepas dari Melbourne, Australia itu sepatutnya melakukan penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat namun terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang La Tontouta.*
           *"Penumpang selamat tiba dan keluar dalam keadaan tenang. Terdapat asap yang dilaporkan keluar dari bahagian kokpit,” kata jurucakap lapangan terbang.*

          *POLIS menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai juruterbang syarikat penerbangan Garuda Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Jumaat lalu.*
           *Menurut Kompas.com, Alvin Adithya Darmawan yang lengkap dengan pakaian seragam juruterbang Garuda daftar masuk kaunter syarikat penerbangan itu pada jam 11.40 pagi.*
          *Ketua Polis Soekarno-Hatta, Victor Togi Tambunan berkata, lelaki itu turut didapati membawa kad pengenalananak kapal Garuda.*

          *DUBAI: Guru matematik dan fizik sekolah menengah di kampung pedalaman di Lembah Rift, Kenya memperoleh wang kemenangan AS$1 juta (RM4 juta) selepas memenangi Hadiah Guru Global 2019, kata penganjur.*
                *Peter Tabichi yang menyumbangkan 80 peratus daripada pendapatan bulanannya kepada penduduk miskin, menerima hadiah itu dalam satu majlis di Dubai kelmarin, yang dihoskan pelakon terkenal Hollywood, Hugh Jackman.*
         *Setiap hari di Afrika kami membuka muka surat baru dan bab baru. Hadiah ini tidak sekadar mengiktiraf saya tetapi mengiktiraf golongan muda di benua itu. Saya di sini kerana pencapaian pelajar saya,” kata Tabichi.*

          *WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat insiden keganasan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand.*
          *Ardern berkata, suruhanjaya itu perlu diwujudkan untuk menyiasat bagaimana seorang pengganas terbabit boleh melakukan serangan yang membunuh 50 orang dalam kejadian menggemparkan dunia itu, lapor AFP.*
           *Katanya, perincian mengenai suruhanjaya itu sedang dimuktamadkan dan ia akan memberi laporan menyeluruh dalam tempoh sepatutnya.*

          *BANGKOK: Parti pro-tentera yang mendahului undian dalam pilihan raya pertama Thailand sejak rampasan kuasa pada 2014, memberi bayangan sama ada ketua junta, Prayuth Chan-oca mampu menang banyak kerusi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri.*
           *Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) melaporkan, parti Palang Pracharat mendapat 7.64 juta undian daripada 93 peratus undian yang dikira berbanding 7.16 juta undi yang diperoleh parti Pheu Thai yang setia kepada bekas pemimpin, Thaksin Shinawatra, lapor Reuters.*

           *WELLINGTON: Dua jenazah mangsa warga India berjaya dihantar pulang ke untuk dikebumikan negara itu selepas terbabit dalam serangan ganas yang mengorbankan 50 nyawa di dua masjid di Christchurch, New Zealand.*
            *AFP melaporkan, dua mangsa yang dihantar pulang adalah penuntut sarjana dari Kerala, Ansi Karippakulam Alibava, 23, dan seorang bakal juruterbang pesawat komersil, Ozair Kadir, 24, yang berasal dari bandar Hyderabad.*
            *Suruhanjaya Tinggi India di Wellington berkata, jenazah ketiga pula dijangka akan tiba lewat hari ini iaitu pesara berusia 65 tahun, Mahboob Khokhar yang ditembak mati selepas ke Christchurch untuk melawat anak lelakinya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *SIAPA sangka kawasan tepi jalan tidak jauh dari pekan Kuala Ketil yang sebelum ini dipenuhi belukar bertukar menjadi pemandangan indah apabila dipenuhi tumbuhan bunga lalang.*
             *Bukan saja menjadi tumpuan pengunjung malah ada pasangan pengantin yang menjadikannya sebagai lokasi pengambaran.*
          *Pemandangan indah itu mula menyerlah selepas kawasan berkenaan terbakar pada Februari lalu.*
          *Nor Shahidatul Hayati Mohd Adam, 22, dari Baling berkata, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke kawasan yang berdekatan dengannya itu selepas ia tular di media sosial.*

          *Kuala Lumpur: Selepas berkongsi gambar pra perkahwinan mereka di laman Instagram beberapa minggu lalu, kali ini Fasha Sandha mendedahkan pula sedikit ‘teaser’ busana pengantin yang mungkin akan dipakai pada hari bersejarah dengan Aidil Aziz nanti.*
           *Mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Fasha tampil ayu dan berseri dalam persalinan itu di butik Rizman dan menyifatkan ia adalah impian setiap wanita mahupun bakal raja sehari.*
           *Detik itu dikongsi HUAWEI dengan merakamkan gambar Fasha menggunakan telefon HUAWEI siri P30 sekali gus mempamerkan kehebatan peranti baru dengan zoom pada tahap maksima dengan begitu baik.*
                 

*ARENA*
========


         *AKHBAR harian sukan Sepanyol, Marca, hari ini meletakkan Real Madrid berminat mendapatkan Sadio Mane sebagai tajuk berita utama.*
            *Kelab gergasi Sepanyol itu berminat mendapatkan penyerang Senegal itu semakin dirasai selepas Zinedine Zidane kembali ke Bernabeu.*
            *Pengurus dari Perancis itu menggantikan Santiago Solari yang dipecat pada awal bulan ini dikenali memang meminati gaya permainan Mane.*

         *DUA pelumba motosikal dikenakan hukuman penggantungan dua tahun selepas terbabit dalam pergaduhan ketika perlumbaan Kejuaraan Motosikal Costa Rica.*
            *Aksi Jorge Martinez dan Marion Calvo dirakam itu membabitkan drama tumbuk-menumbuk dan tolak-menolak daripada atas motosikal hinggalah bertempur di atas litar.*
          *Insiden berlaku selepas mereka berlanggar satu sama lain ketika perlumbaan pusingan pertama kejuaraan negara itu, bulan lalu.*

         *JEREMY Lamb mempamer balingan separuh gelanggang ‘menakjubkan’ yang membolehkan Charlotte Hornets mengatasi Toronto Raptors pada saingan bola keranjang NBA.*
          *Ketika perlawanan hanya tinggal 3.1 saat pada suku keempat untuk ditamatkan, Lamb tiba-tiba melonjak melempar bola daripada jarak 15 meter dari tengah gelanggang yang terus masuk ke dalam jaring.*
          *Balingan bola ‘terbang’ tepat menuju ke dalam jaring membuatkan penonton pasukan pelawat terpegun apatah lagi ketika itu pasukan mereka berada di ambang kekalahan.*

         *KETUA jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee percaya anak buahnya berpotensi untuk memberi kejutan ketika bertemu China pada perlawanan akhir Kumpulan J pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23, esok.*
          *Katanya adalah tidak mustahil bagi Malaysia yang mengintai peluang layak secara automatik ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan untuk mencipta kemenangan menerusi strategi permainan yang baik.*

         *PRESTASI cemerlang pada Seluruh England bagaikan tonik buat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk lebih konsisten menjelang kejohanan Terbuka Malaysia, bermula minggu depan.*
           *Soon Huat berkata, kejayaan mereka mara ke separuh akhir Seluruh England baru-baru ini membantu melonjakkan ranking ke tangga kesembilan dunia sekali gus menambah keyakinan mereka untuk tampil lebih cemerlang pada Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil.*

        ♀ *JURULATIH terjun negara, Li Rui mengakui pengalaman membimbing penerjun Kanada selama dua tahun akan diadun dengan corak latihan China, sebagai senjata utamanya dalam membentuk skuad terbaik.*
            *Menurut jurulatih dari China itu, buat masa sekarang beliau tidak hanya menumpukan kepada persiapan menjelang Sukan Olimpik Tokyo tahun depan tapi perlu juga memanatu latihan harian dari masa ke semasa.*

         *ROELANT Oltmans mengakui perlu berwaspada dalam perlawanan ketiga Piala Sultan Azlan Shah menentang India, esok, walaupun sekarang kekal dengan rekod bersih mencatat dua kemenangan berturut-turut.*
          *Ketua jurulatih negara kelahiran Belanda itu berkata, pertemuan dengan negara seperti India, Korea Selatan dan Kanada akan berlangsung sengit dan jalan terbaik adalah bersedia terutama dari segi mental.*

        ♂ *TERENGGANU Cycling Team (TSG) menyasarkan kelompok lima terbaik individu keseluruhan termasuk dua kedudukan podium pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dari 6 hingga 13 April ini.*
             *Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, pasukan benua itu meletakkan sasaran sederhana kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada pelumbanya pada edisi kali ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 27 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 20 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0550*
*SUBUH : 0600*
*SYURUK : 0714*
*ZOHOR : 1322*
*ASAR : 1623*
*MAGHRIB : 1925*
*ISYAK : 2033*


*artikel disiarkan pada tarikh 26mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *TIGA beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 55 Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Badong, hari ini. Dalam kejadian 9.45 pagi itu, mangsa yang maut adalah Nor Hasidah Asbullah, 32, dan dua anaknya, Nur Auni Athirah Kamaruddin, 8, dan Muhammad Iffat Rizqi Kamaruddin, 2. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, kemalangan itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan lori membawa ais.*

               *SEORANG penuntut Malaysia ditemui meninggal dunia di Serpentine Lake, Hyde Park, London, semalam. Kematian Muhammad Hafiz Zainal, 24, disahkan bapanya, Zainal Epi yang juga Editor Bersekutu Malay Mail ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini. Zainal berkata, dia tidak mengetahui sebab kematian anaknya dan dihubungi Kedutaan Malaysia di London pada 2.30 pagi tadi memaklumkan berita sedih itu.*

               *HANYA kerana cinta, remaja berusia 17 tahun terjebak pinjaman along berjumlah RM12,000, menjadi peminjam termuda yang direkodkan Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini. Meminjam dengan tujuh along, semua wang itu dibelanjakan untuk teman lelakinya termasuk ansuran bulanan motosikal serta duit poket menyebabkan dia menghadapi masalah untuk melunaskan pinjaman yang dibuat sejak lima bulan lalu.*

               *POLIS menemui tengkorak dan beberapa cebisan daging dipercayai mayat lelaki yang dilaporkan hilang kira-kira lapan bulan lalu dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di FELDA Palong 12 di Jempol, semalam.*

               *SHAH ALAM: Bekalan air di semua empangan dan kolam takungan di Selangor mencukupi untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka berlarutan sehingga bulan depan. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bekalan air itu masih pada kadar 80 peratus dan dijangka cukup menampung permintaan selama tiga bulan.*

               *KUALA LUMPUR: Menawarkan pendapatan pasif sebanyak RM1,500 sebulan bagi sebuah mesin layan diri sekali gus membuatkan ‘pelabur’ gelap mata lalu melabur modal bagi menjana pendapatan secara mudah. Begitu modus operandi dilakukan seorang lelaki yang didakwa licik melakukan penipuan menerusi perniagaan usahasama mesin layan diri.*

               *“KETIKA rumah kongsi terbakar, saya bekerja di tingkat 40 kondominium yang dalam pembinaan di lokasi berdekatan. Solehah seorang daripada 250 mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran membabitkan 30 rumah kongsi berhampiran Surau Darul Jalil, Bandar Baru Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.*

               *SATU video lakonan semula berhubung kejadian yang berkemungkinan menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, ditayangkan di Mahkamah Koroner Shah Alam. Video berdurasi dua minit 50 saat itu dibuat berdasarkan teori Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).*

               *LELAKI ditahan polis selepas mengugut isterinya dengan kapak, gara-gara tidak dibelikan kereta idaman di Kampung Sapagaya Hilir, Lahad Datu, Khamis lalu. Dalam kejadian 6 petang, lelaki berusia 26 itu dikatakan turut menampar isterinya selain mengugut akan membakar rumah mereka. Difahamkan, suspek ‘hilang sabar’ apabila isterinya yang berusia 45 tahun itu memberitahu dia tidak dapat membelikan kereta idaman suaminya kerana gagal mendapatkan pinjaman bank.*

               *KEPUTUSAN menjual aset di Hong Kong dibuat pentadbiran Barisan Nasional (BN) menerusi kaedah rundingan terus, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, nilai yang diterima kerajaan BN jauh lebih rendah, iaitu RM1.1 bilion berbanding kerajaan sekarang.
“Keputusan menjual bangunan ini dibuat kerajaan BN kerana mereka tidak dapat tampung kos pembaikan sebanyak RM300 juta.*

               *BERANG tidak mendapat wang diminta, seorang anak tergamak mengugut ibunya menggunakan parang dalam kejadian di Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 58 tahun berada di rumah sebelum suspek berusia 20-an tiba-tiba meminta sejumlah wang.*

               *AHLI Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hairan dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menempelaknya berikutan kenyataan beliau melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘bekas diktator’. Nurul Izzah berkata, gelaran itu pernah diungkapkan beliau sejak beberapa tahun lalu, termasuk dalam siri demonstrasi Bersih dan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).*

               *IDENTITI penyamun terbongkar apabila beg mengandungi dokumen pengenalan dirinya tercicir selepas mencuri telefon bimbit di sebuah premis di Kangar, hari ini. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, suspek datang ke premis itu dan berpura-pura berlagak pelanggan.*

               *BEKAS banduan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana merogol kekasihnya yang di bawah umur. Hakim Wan Azimah Yaacob menjatuhkan hukuman selepas Wan Zulkifli Wan Mohamad, 30, mengaku salah terhadap enam tuduhan mengikut Seksyen 376(1), Kanun Keseksaan kerana merogol.*

               *SEORANG tahanan yang cuba melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Manggatal, Selasa lalu, dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini. Majistret Mohd Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ibni Anani, 43, mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.*

               *OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) pembantu makmal Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung dekat Ipoh, Sabtu lalu diperluas ke 10 kilometer dari jarak dia hilang. Kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, 29, masih misteri selepas SAR yang digerakkan sejak kelmarin, gagal menemui sebarang petunjuk.*

               *WANITA berusia 21 tahun yang hamil lima bulan tidak mempedulikan nyawa kandungannya semata-mata mahu melepaskan gian menagih syabu. Dia memberi alasan terpengaruh dengan rakan menyebabkannya sukar meninggalkan tabiat buruk itu biarpun berbadan dua.*

               *PELAJAR tahfiz di Taman Seri Damai Aman, Kuantan yang didakwa didera tenaga pengajarnya, sudah diserahkan semula kepada keluarga masing-masing. Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, tindakan itu adalah hasil intervensi sosial dilakukan oleh Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM.*

               *PERUNDING hartanah maut selepas kereta Mercedes Benz dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan serta tiang lampu sebelum terbabas ke dalam semak di Jalan Lebuh Putra Utama dekat Kulai, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 11.50 malam, S Vadivaloo, 44, meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai.*

               *KERAJAAN memperuntukkan RM552.1 juta untuk menaik taraf dan membangunkan semula 153 sekolah daif di Sabah. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, sehingga Februari lalu, ia diagihkan menerusi peruntukan pembangunan dan Inisiatif Kewangan Persendirian (PFI).*

               *SEORANG lelaki parah selepas dikelar di leher dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di Port Dickson, semalam. Kejadian berlaku pada 10.40 malam ketika mangsa berusia lingkuan 40-an baru keluar dari bank berkenaan dan memasuki kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina yang diletakkan di hadapan premisnya itu.*

               *UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menyasarkan 36 kampusnya di seluruh negara dapat memenuhi kriteria penarafan ‘UI-Green Metric World University Ranking’ tidak lama lagi. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM, Prof Dr Mohd Nazip Sulaiman berkata, sasaran itu boleh dicapai melalui pendidikan lestari dan pelaksanaan projek yang dapat memberi impak kepada gaya hidup sihat, keberkesanan penggunaan tenaga dan pemeliharaan sumber sedia ada.*

               *BELUM sampai lima jam kereta dilaporkan hilang, pembantu kedai makan berputih mata apabila kereta Proton Waja miliknya ditemui terbakar berhampiran Dewan Suarah di Bau, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kereta sedang terbakar di lokasi berkenaan pada 4.10 pagi.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berkaitan kes pembayaran cek RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown selewat-lewatnya minggu depan.*

               *TINDAKAN Peguam Negara Tommy Thomas mewakili orang awam iaitu Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu fungsi Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong dan menteri dalam hal-hal berkaitan undang-undang.*

               *SEBANYAK 25 peratus daripada 145 hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara sudah memiliki sistem teknologi maklumat bagi merekod perawatan pesakit termasuk Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kaedah rekod maklumat secara digital itu dilaksanakan di beberapa hospital dan klinik kesihatan KKMA, sejajar dengan perkembangan sektor teknologi perubatan.*

               *MALAYSIA akan menjadi negara pertama menyediakan perkhidmatan teksi elektrik dijangka beroperasi pada pertengahan Mei depan. Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn Bhd (Big Blue) Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, teksi elektrik dikenali Zeno bermaksud anugerah tuhan dalam bahasa Greek itu, dengan kerjasama tiga syarikat dari China.*

               *NEGERI Sembilan mencatatkan 682 kes demam denggi dengan tiga kematian dicatatkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini. Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 410 kes berbanding tahun lalu iaitu 272 kes dan tiada kematian, bagi tempoh sama.*

               *SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi maklumat secukupnya kepada rakyat mengenai tindakan penguatkuasaan agensi itu. Titah baginda, ia susulan kekerapan rungutan orang ramai bahawa terdapat aduan rasuah yang dibuat tidak diketahui kesudahannya.*

               *SEMPENA Sambutan Peringatan Hari Polis ke 212, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap menjemput 50 pesara polis iaitu pegawai dan anggota yang pernah berkhidmat di situ sejak 1970-an hingga 1990-an.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *MOSCOW: Mayat seorang remaja perempuan berkecai akibat dirempuh tren ketika mengambil swafoto atas landasan keretapi di Orsk, Orenburg, baru-baru ini.*
           *Karina Baymukhambetova, 15, maut di tempat kejadian dan pemandu tren berkata sudah menekan brek kecemasan.*
          *Seorang saudara yang bersama mangsa sempat melompat dari landasan sebelum tren menghampiri mereka.*

            *NEW DELHI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun berdepan detik cemas selepas terperangkap 48 jam selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 18 meter.*
         *Mirror Online melaporkan, kejadian petang Rabu lalu berlaku ketika dia leka bermain dengan rakannya berhampiran perigi itu sebelum tergelincir lalu terjatuh.*
        *Kanak-kanak itu bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain keluar untuk memetik buah berhampiran perigi terbabit yang terletak di Hisar, Haryana, India.*

            *London: Pelbagai taktik digunakan kumpulan penjenayah untuk menyeludup dadah ke dalam penjara dan terbaru pihak berkuasa mengesan cubaan menyeludup bahan terlarang yang disumbat ke dalam bangkai tikus.*
           *Mirror Online melaporkan, taktik terbaru itu terbongkar selepas pegawai penjara Guys Marsh di Dorset menemui tiga bangkai tikus yang mempunyai kesan jahitan di perut berhampiran kawasan pagar selepas ia dicampak masuk oleh penjenayah terbabit.*
          *Sebaik jahitan itu dibuka, pegawai terbabit menemui lima telefon bimbit bersama alat pengecas, tiga kad SIM, kertas pembalut rokok serta dadah.*

             *BEIJING: Pihak berkuasa China menyiasat sebuah pusat kesihatan di timur negara itu kerana dipercayai menipu apabila menjual ubat dengan dakwaan melampau termasuk boleh memanjangkan umur hingga mencecah 100 tahun.*
         *South China Morning Post memetik siaran radio tempatan Voice of Zhejiang melaporkan, pusat kesihatan yang terletak di Zhejiang itu yang menyasarkan warga emas dan menarik mereka datang dengan menawarkan telur serta mi percuma.*
          *Pelanggan yang tertarik dengan tawaran itu kemudiannya dipujuk untuk membeli produk di bawah jenama Heshengtang termasuk suntikan, kononnya dari Amerika Syarikat yang mampu memanjangkan umur pada harga AS$8,900 (RM36,224).*

            *VIENNA: Penyiasat Austria menyerbu apartmen seorang pemimpin kumpulan berhaluan kanan kerana dikaitkan dengan penyerang dua masjid di New Zealand, baru-baru ini.*
            *Martin Sellner dari Identitarian Movement Austria (IBOe) berkata dalam satu video dimuat naik pada lewat Isnin berkata, dia menerima sumbangan berkemungkinan daripada penyerang berkenaan, Brenton Tarrant.*
           *Dia bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dengan serangan pada 15 Mac lalu yang meragut 50 nyawa itu, sebaliknya menuduh Tarrant cuba mengaitkannya dengan membuat sumbangan berkenaan.*

           *THE HAGUE: Penyiasat seni yang digelar ‘Indiana Jones Dunia Seni’ berjaya menemui sebuah lukisan potret dihasilkan Pablo Picasso bernilai 25 juta euro (RM114 juta) yang pernah dicuri dari kapal milik warga Arab Saudi kira-kira 20 tahun lalu.*
          *Arthur Brand berkata, dia sudah menyerahkan lukisan yang dihasilkan pada 1938 bertajuk ‘Portrait of Dora Maar’ atau ‘Buste de Femme (Dora Maar) itu kepada syarikat insurans awal bulan ini, lapor AFP.*
           *Lukisan potret yang dikatakan sebagai wanita simpanan Picasso paling berpengaruh itu berjaya ditemui selepas empat tahun siasatan dilakukan terhadap insiden rompakan di kapal persiaran mewah terbabit.*

           *BEIJING: Beberapa doktor terpaksa membotakkan kepala seorang pesakitnya yang tersilap ambil racun perosak untuk mencuci rambut semata-mata kerana menyangkakan ia sebagai syampu.*
           *Lelaki dari Kunming, wilayah Yunnan, China itu menyimpan bahan racun dichlorvos atau DDVP di dalam botol dan hanya menyedari kesilapannya awal bulan ini selepas terhidu bau pelik, lapor Kankanews.com.*
          *Dia kemudiannya mengalami beberapa gejala termasuk menggigil dan berpeluh sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Perubatan Tradisional Cina Yunnan, kata laporan itu.*

           *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara rasmi menandatangani pengisytiharan kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan yang ditawan daripada Syria pada 1967.*
          *Langkah itu dilihat sebagai tindakan paling jelas presiden berkenaan menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sudah lama mendesak AS memberi pengiktirafan itu.*
         *"Pengiktirafan ini memakan masa yang panjang. Berikannya kepada rakyat Israel,” kata Trump ketika menurunkan tandatangannya.*

          *BANDAR GAZA: Hamas mendakwa satu gencatan senjata dicapai selepas tentera Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza, semalam untuk membalas serangan roket Palestin yang terkena sebuah rumah di Tel Aviv.*
        *Menurutnya, usaha damai itu ditaa Mesir susulan ketegangan yang berlaku kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya Israel diadakan pada 9 April depan, lapor AFP.*

           *LONDON: Sebuah pesawat British Airways yang sepatutnya ke Dusseldorf, Jerman dari London secara tidak sengaja terbang ke Edinburgh, semalam.*
           *AFP melaporkan, penumpang hanya menyedari kesilapan itu apabila juruterbang mengumumkan pesawat akan mendarat di Edinburgh yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Dusseldorf.*
         *Pesawat itu diisi semula sebelum meneruskan penerbangan ke Dusseldorf dan tiba di Jerman lebih tiga jam setengah lambat dari jadual asal.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *MUFTI Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad menolak permintaan pengguna laman sosial yang mengajaknya berdebat berhubung permainan video ‘PlayerUnknown’s Battleground’ (PUBG).*
          *Beliau berkata, ajakan itu tidak membawa sebarang manfaat, tambah pula individu yang berdebat kebiasaannya mahu menang.*
          *”Orang berdebat nak menang tetapi orang yang berbincang mahukan kebenaran. Kenyataan saya baru-baru ini supaya kerajaan mengharamkan PUBG sekadar perbincangan yang perlu difikirkan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.*

         *HANTARAN pengguna Facebook dengan nama Cik Miera turut menarik perhatian pada prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.*
          *Saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, hantaran berkenaan yang sebelum ini tular di FB menyebabkan dia menerima kata-kata cacian akibat dianggap berbohong.*
             *Saya tak buat apa-apa balasan di FB kerana saya mohon kalau boleh, kita semua mahu mencari kebenaran.*

          *LANGKAWI: Lebih 240,000 pelawat termasuk 42,000 delegasi perdagangan dijangka melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) bermula hari ini hingga 30 Mac.*
          *Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu pemimpin yang memperkenalkan pameran bertaraf antarabangsa itu akan merasmikan LIMA’19 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.*
        *LIMA buat kali pertama dianjurkan pada 1991 berlangsung di Langkawi, sekali gus menjadikan pulau ini sebagai tarikan utama pelancongan dunia.*

           *SUNGAI yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi di Lubok Cina hingga ke Kuala Linggi, dekat Alor Gajah akan dimajukan dengan industri pelancongan ‘Melaka Ecoriver Cruise Phase II’ bagi meningkatkan kemajuan industri pelancongan berasaskan sungai.*
         *Tempoh selama dua bulan mulai April ini diletakkan sebagai sasaran untuk membangunkan pinggir Sungai Ramuan Cina Besar sepanjang empat kilometer (km) ke Sungai Rembau dengan pembinaan chalet diperbuat daripada kayu bakau bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati suasana sebenar kehidupan di pinggir hutan.*
          *EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri akan memilih anak syarikat agensi kerajaan negeri sebagai peneraju utama bagi memajukan produk baharu industri berkenaan.*

          *MOHAMED Salah sering menerima kecaman lawan tetapi bintang bolasepak Liverpool itu tidak terlepas dikritik oleh ibunya sendiri.*
         *Teguran orang melahirkannya itu hadir selepas dia terlihat foto anaknya itu memeluk peminat wanita tular di media sosial.*
          *Salah yang kini bergelar suami, mendirikan rumahtangga dengan buah hatinya sejak zaman remaja, Magi pada 2013.*
         *Sebaik ternampak foto itu, ibunya serta-merta mengirimkan mesej kepada anaknya: "Jika saya nampak bapa awak buat seperti itu, saya akan minta cerai."*
                 

*ARENA*
========


        ♂ *TINDAKAN Conor McGregor mengumumkan persaraan tidak bertarung dalam saingan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA), hari ini mengejutkan ramai peminat sukan itu.*
             *Atlet berusia 30 tahun itu kini digantung daripada bertarung oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada apabila terbabit dalam pergaduhan sejurus selepas kalah kepada Khabib Nurmagomedov pada UFC229.*
        *Dengan penggantungannya masih berjalan, perancangan untuk perlawanan seterusnya sudah diatur oleh penganjur sukan terbabit.*

         *PEMAIN legenda Chelsea, Didier Drogba akan membuat penampilan emosi apabila kembali beraksi di Stamford Bridge.*
            *Drogba, 41 tampil untuk menjayakan perlawanan amal Unicef (Soccer Aid) 2019 bersama bekas kelabnya yang digelar The Blues itu.*
         *Bekas penyerang handalan yang meraih 12 gelaran kejuaraan bersama Chelsea dijadualkan beraksi pada perlawanan itu pada 16 Jun depan.*

             *SKUAD bola sepak bawah 22 tahun Malaysia tidak layak beraksi di pusingan akhir Kejuaraan bawah 23 tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Thailand.*
          *Menurut laman Twitter Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak layak beraksi peringkat akhir di pusingan akhir itu selepas gagal berada dalam kalangan empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan bagi saingan kelayakan.*
            *Skuad Malaysia yang berada dalam kumpulan J bersama China, Filipina dan Laos menamatkan saingan kelayakan malam tadi dengan keputusan seri 2-2 menentang China di Stadium Shah Alam.*

          *RENTAK cemerlang skuad hoki negara dalam dua perlawanan tersekat apabila tewas 2-4 kepada India dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah edisi ke 28, di Ipoh, malam ini.
           *Skuad kendalian Roelant Oltmans akan bertemu pendahulu kejohanan, Korea Selatan, malam esok, pasukan yang belum lagi tewas pada edisi kali ini.*

          *PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan segelintir pasukan yang cuba meniru corak pengurusannya tapi tidak menjadi.*
         *Menurutnya, memang semua pasukan ingin menjadi seperti JDT namun beliau berasa sedih kerana perkara lain dititikberatkan seperti menukar papan iklan diod pemancar cahaya (LED) dan tempat duduk pemain simpanan terlebih dulu.*

         *SKUAD Pahang yang menduduki tangga kedua Liga Super ketika ini mahu mencatat keputusan lebih baik sebaik saingan bersambung.*
          *Justeru, pemain pertahanan Tok Gajah, Mohd Faisal Rosli berkata, persembahan menyakinkan dalam enam perlawanan lalu diharap berterusan menjelang pertemuan menentang FELDA United FC, Sabtu ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 29 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 22 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0549*
*SUBUH : 0559*
*SYURUK : 0713*
*ZOHOR : 1321*
*ASAR : 1621*
*MAGHRIB : 1924*
*ISYAK : 2033*


*artikel disiarkan pada tarikh 28mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *DATUK Lokman Noor Adam dan tiga lagi individu didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini berhubung insiden membabitkan beberapa pelajar Universiti Malaya (UM) yang dikasari di perhentian bas di Pantai Baharu, baru-baru ini. Lokman, 46; ahli politik, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, 48; kerani, Salmon Arif Budiman Muchlis, 48, dan penghantar surat firma guaman, Mohd Norzakifah Mohammed Nawi, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar.*

               *LELAKI ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai menjual barangan lusuh di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana Padang Temu, Melaka, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa dipercayai rakyat tempatan tetapi belum dikenal pasti identitinya ditemukan rentung dalam keadaan tersandar pada dinding sebuah bilik di rumah kedai berkenaan.*

                *LIMA maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas ekspres di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Kampung Jeram Busu, Raub, hari ini. Dalam kejadian 2.54 pagi itu mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta Proton Persona. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut adalah Mohd Sajury Abdullah, 63, Sobariah Haron, 54, Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 26, Nur Ilham Najwa Rahimi, 20, dan Uwais AlQurney Abdullah, 6.*

               *PAKAR Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) menolak cadangan dibuat peguam Syazlin Mansor bahawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) pada malam kejadian rusuhan berhampiran Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu. Saksi ke-24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, ini berikutan dalam video rakaman di tempat kejadian, ada satu tempoh masa singkat yang tidak merakamkan kejadian itu.*

               *LELAKI berusia 21 tahun yang juga dalang utama aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah Kuala Selangor diberkas polis dalam serbuan di Bestari Jaya, Selasa lalu. Selain itu, dua rakan suspek juga ditahan dalam serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.*

               *PEGAWAI polis yang didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.35 juta semalam, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Kali ini, tertuduh, Asisten Superintendan (ASP) Gan Chee Liang, 36, dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman didakwa meminta rasuah berjumlah RM1.5 juta sebagai balasan penyelesaian kes pengedaran dadah, kira-kira dua tahun lalu.*

               *MENYOROK di belakang pintu bilik bagi mengelak diberkas polis. Bagaimanapun, tindakan tokan dadah berusia 46 tahun itu tidak berhasil apabila dia ditahan anggota polis yang menjalankan serbuan di rumahnya di di Felda Pasoh Tiga di Jempol, semalam.*

               *PELANCARAN radio tentera VHF mudah alih generasi kedua TRC5200 milik Sapura oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengimbau kembali nostalgia pelancaran generasi pertama, TRC5102 oleh beliau 20 tahun lalu di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 1997 (LIMA 97). Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Secured Technologies Datuk Zarif Hashim berkata, misi syarikat itu konsisten sejak dulu iaitu untuk membangunkan teknologi tempatan dalam elektronik pertahanan.*

               *BURUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, 13 Mac lalu.*

               *BEKALAN air di Palong 12 hingga 16, Jempol, pulih sepenuhnya bermula hari ini, selepas kerja pembersihan tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di FELDA Palong 12, selesai dilaksanakan. Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, bekalan air di kawasan itu mula ditutup pada Ahad sehingga Selasa lalu bagi proses mengeluarkan air dan mencuci tangki berkenaan.*

                *POLIS menemui motosikal dipercayai milik penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub yang hilang sejak lapan bulan lalu, di ladang kelapa sawit iaitu berhampiran lokasi penemuan mayat dalam tangki air di FELDA Palong 12 di Jempol, semalam.*

               *KANAK-KANAK perempuan berusia dua tahun maut selepas terpelanting keluar dari pacuan empat roda Nissan Navara dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.6, Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Machang, pagi tadi.*

               *KEMENTERIAN Pendidikan bercadang memperluaskan program sekolah tanpa tunai sejajar dengan perkembangan dunia digital dan mewujudkan masyarakat tanpa tunai. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ketika ini sudah ada sekolah yang melaksanakan program berkenaan, antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lanjan (Asli) Petaling Jaya, Selangor.*

               *SEORANG penolong penguat kuasa sebuah kementerian di Selangor ditahan reman tujuh hari hingga Rabu bagi membantu siasatan menerima suapan RM9,000, tiga minggu lalu. Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Khairul Nizam Abu Bakar di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.*

               *SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa bapa tirinya apabila beberapa kali dirogol lelaki durjana itu antara Februari hingga Jun tahun lalu. Sumber berkata, remaja itu mendakwa dirogol lelaki berkenaan di rumah mereka di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu ketika ketiadaan ibu mangsa.*

               *JUAL badan sambil hisap syabu. Itu yang dilakukan pelacur warga asing yang ditahan di dua hotel di Jalan Rangoon, Georgetown, semalam. Dalam operasi, Op Gegar oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Pulau Pinang bermula 11 malam itu, pelacur berkenaan menggunakan alasan kononnya peralatan menghisap syabu itu milik pelanggannya yang tertinggal dalam bilik hotel berkenaan.*

               *BOMOH dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan merogol pesakitnya, tiga tahun lalu. Tertuduh, Azman Saat, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.*

               *KERAJAAN bersedia mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan had umur kelayakan penerima bantuan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mySalam. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, inisiatif mySalam bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu berpendapatan rendah (B40) berumur 18 hingga 55 tahun.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kekurangan bukti hingga menyebabkan perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tertangguh. Sebaliknya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan terhadap kes itu dibuat secara terperinci sebelum menyerahkan semua bukti kepada Peguam Negara.*

               *TINDAKAN lelaki berketurunan Siam menjual tambah nilai kepada ‘tahi judi’ bagi kegiatan judi dalam talian tanpa lesen mengundang padah apabila dia ditahan dalam serbuan di kedai telekomunikasi di Kampung Tanjung Luar Mukim Pedu, di Padang Terap, malam tadi.*

               *PENDATANG asing tanpa izin (PATI) dihukum penjara 13 tahun di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini atas tuduhan menetak lelaki Australia hingga parah, 24 Januari lalu. Hukuman diputuskan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim selepas tertuduh, Roy Samad Totong, 37, mengaku salah terhadap pertuuhan.*

               *TERKANDAS selama tujuh jam dalam hujan lebat. Itu pengalaman dilalui lelaki warga emas apabila tersesat dalam hutan Kampung Semadang, di Kuching, semalam. Mangsa, Gabriel Wayne Atos, 61, dikatakan pergi ke hutan itu bersama 10 pekerja ladang kelapa sawit untuk mengukur kawasan persempadanan tanah penduduk kampung bagi perusahaan kelapa sawit Semadang.*

               *DUA pemandu Grab warga tempatan yang dipercayai menjadi tekong darat diberkas polis berikutan terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia di Batu 8, Telok Kemang, Port Dickson pada 21 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, risikan di pantai itu pada jam 4.20 pagi menyedari kehadiran lelaki berusia 50 tahun yang memandu Honda Odyssey.*

               *TINDAKAN pantas pemandu tren wanita memperlahankan tren, menyelamatkan nyawa seorang wanita dipercayai warga Indonesia yang menceroboh landasan trek di laluan Sri Petaling, malam tadi. "Mangsa yang cedera di kaki dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Cheras untuk rawatan lanjut.*

               *ANGGOTA polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam di belakang rumahnya di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat, semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata, penemuan pada 5.30 petang itu adalah susulan laporan polis mengenai kehilangan seorang lelaki berusia 37 tahun pada 18 Mac lalu.*

               *KIRA-KIRA 120 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, dekat Gua Musang, diserang penyakit kulit bersisik dan berkudis sejak tiga bulan lalu. Mereka yang diserang penyakit misteri itu membabitkan 30 keluarga berusia antara dua hingga 30 tahun.*

               *MUSIM panas dan kering yang melanda Sabah sejak Januari lalu kini sudah sampai ke penghujung dan dijangka berakhir tidak lama lagi berikutan lebih banyak hujan diterima di seluruh negeri sejak bermulanya monsun peralihan kira-kira seminggu lalu.*

               *BANTUAN Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 sebanyak RM100 yang bakal memanfaatkan 1.2 juta pelajar dibayar mulai hari ini. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dengan peruntukan RM120 juta, ia akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat bagi mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pendidikan tinggi.*

               *PENYELAM profesional di Kuantan sanggup menyerahkan maklumat perbankan internet miliknya kepada sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai inspektor polis kononnya untuk penukaran ‘pita magnetic kod’. Tindakan lelaki berusia 50 tahun itu yang terlalu percaya dengan sindiket berkenaan membawa padah apabila semua wang di dalam akaunnya berjumlah RM6,820 dipindahkan ke dalam akaun lain yang dipercayai milik sindiket itu.*

               *PENDUDUK di FELDA Palong 12, Jempol tidak perlu khuatir jika terminum air terawat susulan penemuan mayat dalam tangki air di kawasan berkenaan pada Isnin lalu. Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, hukum meminumnya selama mana tidak diketahui adalah harus.*

               *LELAKI maut selepas kereta dipandu terbabas dan dirempuh kenderaan lain di Kilometer 224.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Pedas-Linggi di Rembau, hari ini. Dalam kejadian 5 pagi, mangsa Lim Chun Kiat, 38, yang beralamat di Taman Rasah Jaya, Seremban, maut di lokasi kejadian.*

               *LELAKI maut, manakala 14 individu lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta Perodua Alza dengan Honda Stream di Batu 4, Jalan Tapah-Cameron Highlands di Tapah, hari ini. Dalam kemalangan itu, pemandu Perodua Alza, Mohd Ayup AB Rahman, 55, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah akibat parah di badan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MULAI minggu depan, Brunei akan mula menguatkuasakan hukuman sebat atau direjam hingga mati bagi beberapa kesalahan seksual, termasuk homoseks, zina dan rogol.*
            *Sebelum ini, Sultan Brunei yang juga Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa.*
             *Dalam fasa pertama yang dilaksanakan pada Mei 2014, umat Islam yang melakukan kesalahan hamil luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan lain selain Islam, boleh dikenakan denda atau penjara.*

           *BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand hari ini, mengumumkan parti pro tentera Palang Pracharat menang undi popular dalam pilihan raya pada Ahad lalu dengan meraih 8.4 juta undi.*
            *”Parti pembangkang utama, Pheu Thai yang mentadbir negara sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa, memperoleh 7.9 juta undi,” kata timbalan setiausaha agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Krit Urwongse.*
            *Keputusan itu mewakili 100 peratus jumlah undi yang dikira, tetapi masih dianggap tidak rasmi sehingga keputusan akhir diumumkan pada 9 Mei ini.*

          *BANGKOK: Sembilan orang ditahan di Thailand kerana menyebarkan berita palsu di Facebook termasuk dakwaan mengenai pemecatan pegawai pilihan raya dipecat serta kertas undian palsu.*
           *Seorang pegawai Thailand berkata, suspek ditahan kerana menyebarkan berita palsu mendakwa dua pesuruhjaya pilihan raya dipecat dan 600,000 kertas undi tidak sah turut dimasukkan dalam kiraan undi.*

          *SEOUL: Polis menahan bintang K-pop, Seungri untuk membantu dalam siasatan berhubung kes pengedaran gambar yang diambil secara rahsia, hari ini.*
         *Menurut Agensi Polis Metropolitan Seoul, bekas anggota BigBang itu didapati berkongsi gambar kurang senonoh dengan rakan artis, Jung Joon-young dan beberapa individu lain dalam sebuah aplikasi sembang.*
          *Polis berkata, siasatan itu bagi mengenal pasti individu sebenar yang mengambil gambar berkenaan.*

        *DHAKA: Seorang ibu di Bangladesh mengejutkan doktor apabila melahirkan bayi kembar sihat, selepas 26 hari anak pertamanya lahir pramatang.*
           *Arifa Sultana, 20, melahirkan seorang bayi lelaki, bulan lalu, secara semula jadi, tetapi doktor terlepas uterus kedua.*
            *Dia tidak menyedari masih mengandungkan sepasang bayi kembar. Air ketubannya pecah sekali lagi pada hari ke-26, selepas bayi pertamanya dilahirkan,” kata pakar sakit puan, Sheila Poddar.*

        *GUATEMALA CITY: Sekurang-kurangnya 30 orang asli terbunuh akibat dirempuh sebuah trak separa treler di lebuhraya bandar Nahuala, semalam.*
            *Jurucakap Cecilio Chacaj memberitahu media, setakat ini, pihak bomba mengesahkan 30 orang maut dalam kejadian pada waktu malam.*
          *Menurut AFP, mangsa berkumpul di lokasi untuk membantu seorang mangsa yang maut dalam kemalangan langgar lari sebelum mereka dilanggar trak terbabit.*

          *SEATTLE: Dua terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah dua pemandu serta sebuah bas di sini, tengahari semalam.*
          *Polis menerusi satu kenyataan berkata, penyerang itu kemudian terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri menggunakan kereta dicuri dalam kejadian yang berlaku pada waktu puncak.*
         *Reuters melaporkan, kejadian berlaku di timur laut Seattle apabila suspek mendekati seorang pemandu wanita di sebuah persimpangan jalan lalu menembak mangsa sebelum melepaskan tembakan ke arah sebuah bas.*

           *LIMA: Polis Peru menahan lima lelaki yang disyaki merogol seorang wanita berpenyakit mental dan masih mencari dua suspek lagi dalam kes yang menggemparkan negara itu.*
          *Pendakwa memeriksa telefon bimbit milik suspek berusia 20 hingga 27 tahun yang dikatakan merakam aksi merogol mangsa berusia 19 tahun dalam kejadian minggu lalu.*
          *Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan di Twitter berkata, suspek turut memuatnaik rakaman kejadian di media sosial.*

           *HELSINKI: Polis Finland mendedahkan rangkaian penderaan kanak-kanak yang melihat budak lelaki semuda enam tahun didera secara seksual di negara itu sebelum rakaman diedarkan dan ditukar-tukarkan di Internet, kata Biro Siasatan Kebangsaannya.*
         *Ketua Penyiasat Sana Springare berkata, siasatan merangkumi 17 negara Barat, kebanyakannya di Eropah, namun tidak mengulas lanjut.*
            *Penyiasat berkata, lima lelaki ditahan kerana disyaki mendera dan meliwat kejam mangsa mereka enam budak lelaki berusia antara enam hingga 15 tahun yang kadangkala diberi dadah sepanjang 14 tahun antara 2004 hingga 2018.*

           *AHMEDABAD: Sembilan warga Iran diselamatkan pihak berkuasa India selepas membakar kapal mereka untuk menghapuskan heroin disimpan di atasnya, dan kini ditahan atas kesalahan dadah kata pihak berkuasa.*
           *Anak kapal berusaha melarikan diri ketika dihampiri pihak berkuasa di persisiran Gujarat, India barat, kata kenyataan skuad antikeganasan negeri itu.*
          *"Pengawal pantai India mengejar bot itu. Apabila jelas mereka tidak boleh lagi melarikan diri, anak kapalnya membakar bot berkenaan untuk menghapuskan bukti,” kata kenyataan itu.*

           *CAPE TOWN: Kegembiraan seorang wanita berusia 19 tahun yang mahu menimang cahaya mata pertama bertukar duka selepas hanya dapat melahirkan kepala bayi manakala badan tertinggal di dalam rahimnya di Boksburg, Afrika Selatan.*
          *Daily Mail melaporkan, Kagiso Kgatla, yang mengandung enam bulan pergi ke Hospital Memorial Tambo untuk melahirkan anak, tetapi doktor memberi amaran bayinya mungkin dilahirkan cacat kerana tidak cukup bulan.*
           *Bagaimanapun, Kagiso bertegas bersedia untuk memelihara bayinya itu.*

           *JAKARTA: Seorang bapa membuat laporan polis terhadap menantunya kerana dituduh menjadi punca kematian anak perempuannya disebabkan memiliki kelamin yang terlalu besar, akibat khabar angin disebarkan penduduk kampung.*
           *Sito,55, dari Dusun Brukkan, di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, menuduh menantunya Basar membunuh anak perempuannya, Jumatri sedangkan kematian wanita terbabit sebenarnya disebabkan sawan yang dihidapnya sejak kecil, lapor Tribun News.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *POLIS sedang mengesan individu bernama ‘Julia’ untuk membantu siasatan pungutan derma bagi membantu kanak-kanak pesakit kanser darah melalui Facebook (FB) yang tular baru-baru ini.*
            *Wanita yang dikenali sebagai Julia itu didakwa ibu kepada kanak-kanak perempuan yang kononnya mengalami penyakit kanser darah dan meminta bantuan sebuah persatuan untuk membeli mesin oksigen.*
          *Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, polis sedang cuba mengenalpasti individu bernama Julia, namun setakat ini masih belum dapat dibuktikan kewujudannya.*

          *SATU lagi video mengenai pengayuh beca di Melaka tular dan kali ini membabitkan pertengkaran antara Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Norhizam Hasan Baktee dengan seorang pengayuh beca.*
           *Bagaimanapun, kebanyakan pengayuh beca mendakwa Norhizam tidak melakukan kesalahan malah niatnya disalah erti.*
           *Pengayuh beca, Rosli Mat Zain berkata, video itu sememangnya boleh menjejaskan imej negeri ini malah mampu memberi kesan kepada pengusaha beca.*
  
          *SIDANG Dewan Rakyat, hari ini gamat dengan isu kereta terbang apabila Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ‘diserang’ ketika menggulung Perbahasan Titah Diraja kementeriannya.*
          *Baru sahaja memulakan hujah penggulungan, beliau sudah dihujani pelbagai soalan daripada pembangkang mengenai projek kereta terbang yang dikatakan jadi bahan jenaka rakyat.*
            *Perang mulut berlaku apabila pembangkang mendakwa isu itu hangat dibicarakan di media sosial termasuk cadangan menggunakan teknologi buluh.*

          *PENJENAYAH yang tercicir dokumen pengenalan dirinya sewaktu merompak seunit telefon pintar di sebuah premis kelmarin, akhirnya ditahan di kediamannya di Mata Ayer, Arau pada hari sama jenayah itu berlaku.*
             *Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, suspek berusia 38 tahun itu direman selama empat hari bermula semalam sehingga 30 Mac ini bagi membantu siasatan.*
         *Beliau berkata, suspek mengakui bahawa dia tidak boleh lari selepas kad pengenalannya ditularkan pemilik premis di Facebook (FB).*

         ♂ *SEORANG remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai menjadi mangsa liwat seorang pegawai undang-undang pada Disember tahun lalu.*
           *Kejadian malang menimpa mangsa berusia 19 tahun itu hanya diketahui ibunya, Ahad lalu selepas menerima mesej daripada bekas guru anak istimewanya itu memaklumkan mengenai video mengaibkan yang tular di laman sosial.*
           *Sumber berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap mangsa yang pekak dan bisu di sebuah hotel di bandar raya ini pada Disember tahun lalu.*

          *SEBANYAK 20 belon udara panas diterbangkan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya sempena pembukaan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-10, hari ini.*
            *Semua belon berkenaan diterbangkan juruterbang profesional dari 14 negara termasuk Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.*
         *Sebagai pembuka tirai, pengamal media dibawa menaiki belon udara panas bentuk menarik termasuklah badut, gajah, sotong dan beruang.*
                 

*ARENA*
========


          *MANCHESTER United hari ini melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap dengan kontrak selama tiga tahun.*
           *Bekas penyerang berasal dari Norway berusia 45 tahun itu tiba di Old Trafford sebagai pengendali sementara pada Disember lalu menggantikan Jose Mourinho.*
        *Solskjaer beraksi selama 11 musim sebagai pemain kelab itu menjaringkan gol kemenangan ketika United muncul pemenang pada final Liga Juara-Juara (UCL) 1999.*

           *DESAS-desus Sadio Mane akan meninggalkan Liverpool menyertai Real Madrid ‘sudah terpadam’ menurut pakar bolasepak Sepanyol, Guillem Balague.*
           *Beberapa laporan sebelum ini mendakwa Los Blancos cuba menandatangani Mane daripada Liverpool sebaik jendela perpindahan dibuka semula selepas Zinedine Zidane kembali mengurus kelab itu.*
          *Bagaimanapun, tiada ruang buat pemain antarabangsa Senegal itu akan meninggalkan Liverpool menuju ke Sepanyol pada musim panas ini.*

          *KUALA LUMPUR: “Semua salah AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) dan tolonglah bangun jangan tidur lagi.”*
         *Itu kritikan dilemparkan pengkritik bola sepak tempatan, Serbegeth Singh terhadap AFC yang menukar format pertandingan pada saat akhir, sekali gus menyaksikan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menjadi mangsa pengurusan lemah badan induk bola sepak Asia itu.*
        *Berdasarkan format pertandingan yang diubah, AFC menetapkan keputusan menentang pasukan di tangga tercorot setiap kumpulan tidak akan dikira susulan penarikan diri Pakistan dalam Kumpulan F yang menyaksikan Malaysia gagal ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC di Bangkok tahun depan.*

           *PILIHAN keempat kejohanan Terbuka India, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen semakin serasi dengan keadaan permukaan gelanggang di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi selepas berjaya mara ke suku akhir.*
        *Vivian-Cheng Wen tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan kedua hari ini apabila mengalahkan beregu tuan rumah, Pooja Dandu-Sanjana Santosh 21-11, 21-15.*

          *DUA pemain import dan seorang pemain tempatan dikenakan hukuman gantung dua perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan bertindak liar pada perlawanan Liga Super musim ini.*
          *Tiga pemain itu adalah pertahanan import Kedah, Renan Alves, penyerang import PKNS FC, Kpah Sherman dan pemain PKNP FC, Sukri Hamid.*

           *PENYERANG berbisa, Dickson Nwakaeme dan Saddil Ramdani tidak beraksi apabila Pahang berdepan FELDA United FC di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Sabtu ini.*
          *Nwakaeme yang menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga Super digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning.*
            *Saddil pulamasih belum lagi bersama Tok Gajah selepas menyarung jersi pasukan kebangsaan Indonesia.*

          *MELAKA United (MU) akan melayan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam esok, tanpa kelibat pemain tengah Liridon Krasniqi (Mat Don) yang masih cedera.*
          *Ketua jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan berkata, walaupun tanpa sentuhan Mat Don dia sudah memiliki perancangan teliti mencari pengganti pemain Kosovo terbabit untuk membantu Safiq Rahim di bahagian tengah.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 30 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 23 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr KAU LNGG NEGE SEILN*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT PRT DCKSN DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0547*
*SUBUH : 0557*
*SYURUK : 0713*
*ZOHOR : 1319*
*ASAR : 1620*
*MAGHRIB : 1922*
*ISYAK : 2031*

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 29mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97 naik dua sen menjadi RM2.63 seliter manakala, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               *PERBUATAN terkutuk abang yang tergamak melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya dua tahun lalu, diberi balasan setimpal apabila dijatuhkan hukuman penjara 55 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. Hukuman dijatuhkan Hakim Datin M Kunasundary selepas tertuduh berusia 25 tahun itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan sumbang mahram termasuk satu pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.*

                *SEMUA 111 sekolah di Pasir Gudang yang ditutup susulan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, 7 Mac lalu, dibuka Ahad ini manakala sesi persekolahan sepanjang tempoh ditutup tidak perlu diganti. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Agama Johor, Aminolhuda Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membuat ketetapan dalam kalangan guru.*

                *TIGA wanita Indonesia yang bekerja sebagai amah kepada sepasang suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri di sebuah banglo mewah di Country Heights di Kajang, mendakwa didera majikan mereka. Mereka mendakwa ditumbuk, ditampar dan tidak dibayar gaji sebelum bertindak memanjat pagar banglo untuk melarikan diri. Tindakan tiga wanita itu disedari seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum membawa mereka ke Kedutaan Besar Republik Indonesia.*

               *JOHOR BAHRU: Timbunan tanah merah di belakang rumah seorang anggota polis berpangkat lans koperal di Bandar Baru, Putera Indah Tongkang Pechah, Batu Pahat, merungkai kehilangan seorang lelaki sejak 18 Mac lalu apabila pemeriksaan menemui mayat lelaki itu, petang kelmarin. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan penahanan anggota itu dan hasil siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau.*

               *SEORANG penganggur dipenjara 54 bulan oleh Mahkamah Majistret di Seremban, hari ini, atas empat pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan pendaftaran syarikat, dua bulan lalu. Hukuman diputuskan Majistret Nur Atiqah Sapari selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan.*

                *MULAI 1 April ini, setiap proses pendaftaran kenderaan motor melalui sistem e-Daftar diwajibkan menggunakan nombor siri Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) yang sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JPJ memaklumkan, setiap pengeluar kenderaan dan pihak yang berkenaan perlu mematuhi ketetapan itu bagi mengelakkan sebarang kesukaran atau sekatan terhadap proses pendaftaran kenderaan masing-masing.*

               *PEMANDU rentung apabila lori simen dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori simen lain di Kilometer 135, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran Chaah, Labis, kira-kira jam 5.50 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua lori menghala arah sama dari Labis ke Johor Bahru sebelum lori dipandu mangsa melanggar belakang lori di hadapan menyebabkan kebakaran.*

                *HAL berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan hanya akan dibincangkan DAP selepas urusan pengebumian penyandang kerusi itu, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, selesai. Mendiang Stephen Wong meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari semalam. Jenazahnya dijangka disemadikan pada Isnin di Sandakan.*

               *HANYA kerana anak lelaki menghabiskan sebiji burger, seorang penganggur membelasah kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dengan menendang muka dalam kejadian di Jalan Semabok Jambatan Duyung, Melaka, Februari lalu. Malah sebelum itu, lelaki itu turut membelasah isterinya menggunakan batang besi. Dia akhirnya menerima padah apabila Mahkamah Majistret Melaka menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan selepas dia mengaku bersalah di dua prosiding berbeza, hari ini.*

               *PASANGAN kekasih ditahan selepas mencuri pelbagai barangan kosmetik bernilai RM150 di sebuah kedai di Kuala Terengganu, Selasa lalu. Lelaki berusia 23 tahun dan kekasihnya berusia 22 tahun ditahan dalam kereta Honda Jazz di tepi jalan Sultan Mahmud, kira-kira jam 12.30 tengah malam Rabu lalu. Hasil pemeriksaan menemui satu plastik putih mengandungi barang dilaporkan hilang dalam but kereta berkenaan.*

               *TUJUH lelaki yang melakukan transaksi pengedaran dadah ditahan polis dan heroin 4.55 kilogram dirampas di tempat letak kereta sebuah hotel di Seremban kelmarin. Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menjalankan Operasi Khas, selepas menerima maklumat berhubung aktiviti penjualan dan pembelian dadah, pada 11 malam.*

               *“SAYA tidak dapat menahan sebak apabila rumah pusaka arwah ibu dan rumah saya yang terletak bersebelahan musnah dalam kebakaran,” kata Ahmad Hadi Ikhsan, 61, dari Jalan Haji Hassan, Kampung Sungai Apong, Sabak Bernam, yang musnah terbakar, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dua rumah dua tingkat yang terletak bersebelahan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, namun tiada kemalangan jiwa.*

               *KELUARGA penuntut Malaysia di London yang meninggal dunia Isnin lalu akan dimaklumkan perkembangan kes dari semasa ke semasa Wisma Putra ketika dihubungi memaklumkan pihak berkuasa di London bertanggungjawab memaklumkan perkembangan kes itu terus kepada keluarga mangsa. "Pihak kami tidak mempunyai akses kepada maklumat ini dan tidak semua boleh dilaporkan kepada media tanpa keizinan keluarga,” katanya, hari ini.*

               *KANAK-kanak lelaki lemas selepas terjatuh ke Loji Rawatan Air di Jalan Miri-Bintulu di Lambir, Miri hari ini. Kejadian berlaku 12 tengah hari ketika Hairil Iskandar, 11, dikatakan mencuci kakinya selepas selesai berjoging bersama tiga rakan. Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Kampung Lambir tergelincir lalu terjatuh ke dalam loji dengan kedalaman kira-kira tujuh meter.*

               *INSPEKTOR dan anggota bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah, tiga tahun lalu. Inspektor Mohd Alfian Mohd Zainal, 34, yang bertugas di Balai Polis Kajang mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menerima bagi dirinya wang tunai RM1,000 tanpa sebarang balasan daripada Wong Cheng Keong, yang ia ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai Ketua Balai Polis Kajang.*

               *JABATAN Kesihatan Kelantan mengesahkan penyakit kulit yang dihidapi Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang berpunca daripada jangkitan kulat atau fungal. Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, tidak menolak kemungkinan penduduk kampung itu dijangkiti fungal jenis Tinea Imbricata mahupun Tinea Corporis.*

               *TAKUT selepas didakwa terbabit dalam sindiket perjudian dan pengubahan wang haram, wanita berputih mata apabila wang simpanannya RM77,500 lesap sekelip mata akibat ditipu sindiket Macau Scam. Dalam kejadian 9.45 pagi Isnin lalu, mangsa56 tahun menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Zahari dan bekerja di Bank Negara.*

               *CUBAAN seorang penagih melarikan diri melalui lubang rahsia di dapur rumahnya gagal apabila ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Tombovo, Putatan, semalam. Lelaki berusia 40 tahun itu antara 13 penagih yang ditahan dalam Op Cegah bermula 9 malam dan berakhir 4 pagi di kawasan Manggatal dan Putatan.*

               *TAHANAN Indonesia sempat melarikan diri selama 19 jam sebelum diberkas semula polis di Batu 3, Jalan Kubong, Limbang, hari ini. Dia yang berusia 30 tahun meloloskan diri di Balai Polis Limbang ketika dipindahkan ke Penjara Limbang untuk menjalani tahanan reman, 4.15 petang semalam.*

               *MAYAT lelaki berusia 60-an ditemui terapung di Sungai Kerian berdekatan Taman Pinggiran, Parit Buntar, hari ini. Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 11.30 pagi. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.42 pagi daripada polis bagi membantu menaikkan mayat berkenaan.*

               *CUACA panas serta kering secara tidak langsung meningkatkan kes tangkapan ular terutamanya di kawasan kediaman di Selangor. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Mohd Yusoff Samad berkata, peningkatan sekali ganda berlaku pada bulan yang mengalami cuaca panas melampau berbanding bulan lain.*

               *BAU asap serta bahang panas menyelamatkan nyawa 10 penghuni di empat rumah setinggan di Jalan Sungai Plan di Bintulu, dalam kebakaran hari ini. Ketika kejadian kira-kira 2 pagi itu, semua penghuni rumah terbabit sedang nyenyak tidur sebelum seorang daripada mereka terjaga selepas terhidu bau asap.*

               *PENGHANTAR surat khabar maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Tun Jugah, di Kuching, hari ini. Kejadian kira-kira 6.15 pagi itu berlaku ketika lelaki warga emas itu, Chong Kui Hin, 67, menunggang motosikal jenis Honda C100 dalam perjalanan menghala ke Kuching Sentral, di sini.*

               *LELAKI tergamak memberi alamat dan nombor telefon ibunya kepada ceti haram atau along bagi membolehkan sindiket berkenaan menuntut bayaran hutangnya. Akibat tindakan anak bongsu daripada tiga beradik itu menyebabkan ibunya yang tinggal di Alor Akar, di Kuantan, hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu sehingga terpaksa menukarkan nombor telefon.*

               *SELEPAS secara rasmi menjalin kerjasama dengan UMNO dan MIC, PAS sedia membuka pintu kerjasama dengan seterunya, MCA yang juga satu lagi parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN). Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang berkata, dalam suasana masyarakat majmuk di negara ini, PAS enggan bersikap jumud dan tidak menolak untuk menjalin kerjasama dengan parti berkenaan, demi kepentingan politik bersama.*

               *MAJLIS Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pihak swasta turut melihat isu gaji permulaan siswazah. Presidennya, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak berkata, pihak terbabit perlu mengambil kira mengenai perkara itu memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.*

               *ANDAIAN awal kecederaan dialami anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akibat diserang dalam rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya diketepikan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) hanya selepas melakukan bedah siasat terhadap mangsa. Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr Mohd Shah Mahmood, berkata bedah siasat itu dijalankan pada 18 Disember lalu, sehari selepas mangsa yang cedera parah dalam kejadian rusuhan itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).*

               *TINDAKAN penagih dadah mahu mencuri wang tabung Surau Haji Jangidin, Kampung Haji Alias, Bukit Kapar, Klang terbantut apabila ditangkap jemaah yang mahu menunaikan solat semalam. Lelaki itu ditahan ketika ‘memancing’ wang tabung surau menggunakan dawai tebal serta gula-gula getah.*

               *ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan akan memberi tumpuan kepada golongan pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan penamaan calon akan diadakan esok. Ketuanya, Ahmad Izzudin Ismail berkata, pihaknya sudah bersiap sedia dengan jentera di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).*

               *BERANG dengan tindakan ibu mentua yang sering menegurnya, menantu wanita menyimbah air panas ke muka warga emas itu dalam kejadian di Jalan Laichee, Sibu Selasa lalu. Difahamkan, wanita warga Indonesia berusia 26 tahun itu melakukan perbuatan terbabit selepas ibu mentua, 62 tahun menegurnya kerana sering membawa rakan perempuan pulang ke rumah sewa ketika ketiadaan suami.*

               *LELAKI Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh teman wanitanya warga tempatan, minggu lalu. Thike Soe, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menjangka 70 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini. Timbalan Pengerusi SPR, Prof Dr Azmi Sharom berkata, pihaknya bagaimanapun berharap pengundi turun menunaikan tanggungjawab mereka dan jumlah itu melebihi anggaran awal.*

               *PENGAWAL keselamatan bergenang air mata apabila dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini kerana merompak telefon bimbit milik pembantu jualan, tahun lalu. Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Faizal Rismal, 28, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.*

               *KERAJAAN Selangor akan menilai tahap kerosakan penempatan di Batu 11, di Gombak, yang dilanda ribut dan hujan lebat semalam sebelum memutuskan jumlah bantuan baikpulih dan pembinaan rumah yang rosak. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, antara bantuan lain yang akan disalurkan adalah untuk membina semula rumah yang rosak teruk.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *WASHINGTON: Meskipun mempunyai 5.5 peratus saham dalam Apple, jutawan Warren Buffett tidak menggunakan iPhone sebaliknya memilih telefon bimbit lama jenama Samsung yang berharga AS$20 (RM81.62).*
          *Pun begitu, ketua pegawai eksekutif Berkshire Hathaway itu menggunakan iPad untuk memantau saham dan membuat penyelidikan.*
        *Khamis lalu, Buffett menunjukkan telefon bimbit jenama Samsung itu pada program Hands Up for Success.*
          *"Ini telefon saya. Alexander Graham Bell pinjamkan telefon ini dan saya terlupa memulangkannya,” guraunya.*

         *PARIS: Seorang pemilik rumah agam mewah yang bernilai 48 juta paun (RM258 juta) di French Riviera diberi tempoh 18 bulan oleh mahkamah untuk merobohkan kediaman itu berikutan dibina secara haram selepas kes yang berlanjutan sejak 14 tahun lalu.*
          *'Istana’ digelar Chateau Dite seluas 32,000 kaki persegi itu sering digunakan untuk menganjurkan majlis orang kenamaan dan selebriti, malah pernah dijadikan lokasi penggambaran program realiti The X-Factor pada 2017.*
         *Menurut Daily Mail, kediaman itu akan dirobohkan kerana pemiliknya Patrick Diter gagal mendapatkan permit sebelum memulakan pembinaan selain dibangunkan di atas kawasan hutan simpan pada 2005.*

          *WASHINGTON: Pakar bedah Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah selepas mengumumkan kejayaan mereka melakukan pemindahan buah pinggang dari penghidap HIV wanita berusia 35 tahun kepada pesakit lain dengan virus yang boleh menyebabkan AIDS.*
          *AFP melaporkan, kumpulan pakar bedah dari Universiti John Hopkins, Baltimore itu menjalankan pembedahan yang dianggap sebagai yang pertama dunia pada Isnin lalu.*
        *Penderma terbabit, Nina Martinez berkata, dia pada mulanya ingin mendermakan organ kepada seorang rakan namun tidak sempat dilakukan kerana meninggal dunia.*

         *CHRISTCHURCH: Ribuan rakyat New Zealand daripada pelbagai agama membanjiri bandar South Island, hari ini bagi mengikuti upacara memperingati 50 mangsa yang terkorban dalam serangan ganas di dua masjid di Christchurch.*
         *AFP melaporkan, masyarakat Maori turut memberi penghormatan dengan membuat laungan mengikut tradisi mereka.*
          *Bacaan doa turut dilakukan dan penyanyi British yang sudah memeluk Islam, Cat Stevens atau Yusuf Islam menyampaikan lagu bertajuk ‘Peace Train’.*

          *PHOENIX: Pelancong Hong Kong maut selepas tergelincir jatuh dari lereng Grand Canyon, Arizona semalam, ketika merakam gambar dari lokasi tinjau di kawasan terkenal itu.*
          *Kejadian berlaku ketika pelancong dipercayai berusia 50 an itu merakam gambar di lokasi tinjau Eagle Point yang mengadap penempatan puak Hualapai, kata jurucakap Grand Canyon West, David Leibowitz.*
          *Reuters yang memetik Leibowitz berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa keluar oleh anggota penyelamat lewat petang semalam.*

          *DHAKA: Jumlah korban kebakaran bangunan komersial setinggi 22 tingkat di Dhaka, Bangladesh, meningkat kepada 25 orang hari ini, termasuk mangsa yang maut akibat terjun untuk menyelamatkan diri.*
          *Jurucakap bomba, Mohsin Ali berkata, anggota penyelamat masih lagi meneruskan operasi menyelamat di seluruh bangunan terutama di bahagian paling terjejas di tingkat 8 hingga 10.*
          *AFP melaporkan, sebahagian daripada mangsa yang terperangkap diselamatkan dengan menggunakan tali namun ada yang bertindak terjun dari tingkat atas.*

            *WASHINGTON: Beberapa lapangan terbang di seluruh Amerika Utara menjadi kecoh selepas ribuan penumpang penerbangan tambang murah Iceland, WOW Air terkandas susulan pengumuman syarikat terbabit yang menghentikan operasinya.*
               *Rakaman dari Newark menunjukkan keadaan ruang pelepasan yang sesak teruk dengan penumpang selepas syarikat itu membatalkan semua penerbangan, lapor Daily Mail.*
             *Kebanyakan penumpang itu meluahkan perasaan marah di media sosial kerana terkejut dengan keputusan yang dibuat itu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *“SAYA harap netizen menghormati perasaan ahli keluarga saya dan berhenti cakap bukan-bukan,” kata lelaki yang yakin mayat ditemui dalam tangki air di FELDA Palong 12, Jempol, Isnin lalu adalah adiknya, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 21.*
         *Dia yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga sangat kecewa apabila membaca pelbagai komen ditinggalkan netizen di Facebook, mengulas kejadian menimpa adiknya yang sebelum ini hilang sejak lapan bulan lalu.*
         *Katanya, mereka terguris dengan komen negatif ditinggalkan selain tuduhan melampau hingga menyinggung perasaan terutama kepada ibu bapanya.*

          *PAPAN tanda di Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur yang dikatakan hampir jatuh sudah diturunkan beberapa hari lalu.*
          *Sebelum ini, mesej tular di media sosial yang mendakwa papan tanda berkenaan hampir jatuh dan membahayakan keselamatan orang ramai.*
             *Papan tanda berkenaan dikatakan dalam kedudukan condong memperlihatkan seolah-olah ia akan jatuh.*
          *Bagaimanapun, tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati papan tanda berkenaan sudah diturunkan pihak terbabit sebagai langkah keselamatan pengguna jalan raya.*

          *LANGKAWI: Gambar dirakam 28 tahun lalu membawa tuah kepada Nurul Dafila Nor Azizan, 34, apabila dipilih pemenang Pertandingan Pengunjung Bertuah Segmen Maritim Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2019 (LIMA’19).*
           *Dengan kemenangan itu, Nurul Dafila berpeluang melawat kapal selam KD Tun Abdul Razak yang menjadi impiannya yang juga peminat dunia pertahanan dan ketenteraan.*
         *Wakil insurans itu berkata, gambar berkenaan diambil pada 1991 ketika dia bersama ibu Norela Ibrahim, 55, dan bapa Nor Azlizan Zainal, 57, melawat pameran edisi pertama LIMA atau LIMA’91.*

         *LEBIH empat tahun berstatus janda, pelakon Fasha Sandha bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan lelaki pilihannya yang juga pelakon, Aidil Aziz.*
           *Meskipun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh dan majlis pernikahannya, Fasha meraikan keluarga, kenalan serta rakan media pada majlis malam berinai di The Love @ Matic, kelmarin.*
         *Fasha yang turut ditemani bakal suaminya kelihatan sama cantik sama padan dengan menggayakan busana klasik rona ungu yang menjadi kegemarannya.*

          *HARARE: Seorang nenek berusia 71 tahun menyentuh perasaan netizen selepas gambarnya menjadi tular ketika menjunjung guni pakaian dan berjalan kaki sejauh lebih 16 kilometer untuk didermakan kepada mangsa Taufan Idai di Zimbabwe.*
         *Gambar nenek terbabit, Plaxedes Dilon dimuat naik oleh beberapa sukarelawan gereja di media sosial selepas dia menghantar bantuan dengan berjalan kaki dari rumahnya di Harare, lapor Daily Mail.*
           *Menurut peniaga baju itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu menaiki bas.*

          *ANKARA: Seorang lelaki ‘terbang’ setinggi empat meter apabila cuba menahan payung besar ketika angin kuat di Osmaniye, selatan Turki, dalam rakaman video yang tular.*
         *Dalam video itu, dua lelaki dilihat duduk di sebuah meja kecil apabila angin tiba-tiba bertiup kencang menyebabkan payung yang kakinya beroda itu mula bergerak. Mereka bergegas menahannya sebelum seorang lelaki ketiga, dikenal pasti sebagai Sadik Kocadalli turut datang membantu.*
            *Tiga lelaki itu memijak kaki payung berkenaan namun ia tiba-tiba ‘diangkat’ angin dan terbang dari situ. Sadik tidak sempat melepaskan pegangannya menyebabkan dia turut diterbangkan bersama.*
                 

*ARENA*
========


          *PENJARING gol terbanyak Australia sepanjang zaman Tim Cahill mengumumkan persaraannya hari ini sekali gus menutup buku karier seorang daripada pemain bola sepak tersohor negara itu.*
           *Pemain berusia 39 tahun itu – yang menjaringkan 50 gol dalam 108 penampilan buat Socceroos dan beraksi pada empat Piala Dunia – menyatakan dia tidak mahu menyambung kontrak selepas menamatkan aksi dengan kelab Liga Super India, Jamshedpur.*
           *Bekas penyerang Everton dan Millwall, yang bersara daripada bola sepak antarabangsa November lalu berkata, dia bercadang untuk menjadi jurulatih.*

          ♂ *TIGER Woods membuktikan masih mempunyai sentuhan ‘genius’ yang membuatkan peminat sentiasa mahu mengikutinya.*
        *Ikon dunia golf itu membuktikannya ketika membuat pukulan mengeluarkan bola daripada semak pada Kejohanan WGC-Match Play di Austin, Texas, semalam.*
         *Woods dapat mengeluarkan bola yang terperangkap sewaktu bersaing di lubang ke-10 dengan memukul menggunakan tangan kiri sambil berlutut.*

           *WARTAWAN wanita yang dikucup bibirnya oleh peninju heavyweight, Kubrat Pulev dalam temuramah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.*
          *Menurut TMZ, Jenny SuShe melantik Gloria Allred untuk mengambil tindakan seterusnya terhadap peninju Bulgaria berusia 37 tahun itu.*
            *Jenny mendakwa Pulev turut meramasnya selepas temuramah itu dan meminta agar pihak berkuasa menggantung lesen tinju Pulev.*

           *CHARLES Leclerc, yang hanya bertanding minggu kedua dalam Formula Satu, mengungguli catatan masa di depan rakan sepasukannya Sebastian Vettel ketika Ferrari mendominasi sesi latihan bebas pertama Grand Prix Bahrain, hari ini.*
           *Dengan suhu litar mencecah 48 darjah Celsius, dua pemandu Ferrari itu mengatasi catatan pemandu Mercedes, Valtteri Bottas dan juara dunia lima kali Lewis Hamilton, yang ketinggalan 0.974 dan 1.247 saat di tangga ketiga dan keempat.*

           *SKUAD hoki negara mencatat kemenangan ketiga pada Piala Sultan Azlan Shah selepas menewaskan Kanada 3-2 di Ipoh, malam ini.*
         *Meskipun perlawanan di Stadium Sultan Azlan Shah itu tidak memberikan sebarang makna kerana kedua-dua pasukan akan bertemu semula esok untuk penentuan tepat ketiga-keempat, anak buah Roelant Oltmans tetap mempamerkan permainan meyakinkan untuk menewaskan lawan mereka.*

           *KEPUTUSAN memberangsangkan pada pusingan pertama Kejohanan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Qatar mendorong pengurusan PETRONAS Yamaha SRT menuntut keputusan lebih baik daripada dua pelumbanya, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo pada pusingan kedua di GP Argentina, hujung minggu ini.*
           *Kedua-dua pelumba pasukan Malaysia itu mempamerkan prestasi memberangsangkan pada sesi kelayakan di Qatar apabila Quartararo menyambar petak kelima manakala Morbidelli yang tampil dengan status rookie terbaik musim 2018 bermula di petak kelapan.*

          *BADI tanpa kemenangan dalam tiga aksi di Stadium Shah Alam akhirnya berjaya ‘dibuang’ apabila Selangor meraih tiga mata selepas menewaskan Terengganu FC 1-0 pada aksi Liga Super, malam ini.*
               *HAJAT Kedah menumbangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri tidak kesampaian namun mereka tetap berpuas hati apabila seri 1-1 pada aksi Liga Super di Alor Setar, malam ini.*
             *MELAKA United gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri sebaliknya hanya mampu seri 0-0 dengan Perak pad aaksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.*

          *PENJAGA gol skuad hoki negara, Farah Ayuni Yahya akan diterbangkan beribu kilometer dari England untuk pulang seketika bagi membantu Malaysian Tigress menghadapi lima aksi persahabatan bertemu pasukan nombor satu Asia, India bermula 4 April ini.*
        *Ketua jurulatih skuad hoki negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui khidmat Farah yang pernah menerima status penjaga gol terbaik Asia amat penting dalam usaha meraih keputusan terbaik sepanjang lima perlawanan itu.*
        *Farah ketika ini beraksi dalam Liga Hoki England bersama kelab East Grinstead yang akan turun pada perlawanan terakhir liga hari ini bertemu Clifton Robinsons.*

          *PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mendapat lampu hijau dari doktor untuk turun beraksi di Terbuka Malaysia, minggu depan selepas mengalami kecederaan hamstring tiga minggu lalu.*
         *Menurut pemain berusia 19 tahun itu berasa kurang terganggu akibat masalah kecederaan namun belum berada pada tahap terbaik seperti sebelum ini.*
         *"Mungkin tahap sekarang baru 80 peratus tapi masih ada masa beberapa hari lagi untuk meningkatkan kecergasan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 1 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 25 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0548*
*SUBUH : 0558*
*SYURUK : 0712*
*ZOHOR : 1320*
*ASAR : 1621*
*MAGHRIB : 1924*
*ISYAK : 2033*


*artikel disiarkan pada tarikh 31mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KERAJAAN Pusat menerusi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan membuat keputusan berhubung kenaikan tarif air selewat-lewatnya hujung tahun ini. Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata, kini kementeriannya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) masih mengadakan perbincangan lanjut bersama kerajaan negeri.*

               *REMAJA perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang 25 Mac lalu di Miri dipercayai menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir oleh dua lelaki. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, susulan kejadian itu, ibu saudara mangsa bertindak membuat laporan polis dan seterusnya dua suspek berusia 17 dan 23 tahun ditahan jam 6 petang kelmarin di Kampung Pasir, Lutong bagi membantu siasatan.*

               *JURUTERA sebuah kilang ditemui mati dalam bilik tidur sewanya di Medan Mahsuri, Taman Sunway Tunas Bayan Baru, Georgetown hari ini. Kejadian 10 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan apabila menemui mangsa, Ooi Boon Khuan, 29, berada dalam keadaan sudah tidak bernyawa.*

               *BULAN Sabit Merah Malaysia (BSMM) menganggarkan 15 peratus daripada 5,163 kes diterima sepanjang tahun lalu membuat panggilan remeh bukan untuk kecemasan. Setiausaha Agung BSMM Datuk Sayed A Rahman Sayed Mohd berkata, situasi berkenaan menunjukkan segelintir masyarakat masih kurang peka pengertian perkhidmatan ambulans hanya untuk kes kecemasan membabitkan ancaman nyawa saja.*

                *LELAKI dari Singapura retak bahu kiri selepas kereta mewah dipandunya menjunam ke dalam curam bukit sedalam 15 meter dalam kejadian di Jalan Aring ke Kenyir, Hulu Terengganu semalam. Difahamkan, kejadian 9 pagi itu berlaku selepas kereta Porsche 911 dipandu Ong Hong Woon, 45, hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum jatuh ke curam bukit di situ.*

                *BURUH yang disyaki merogol pelajar Tingkatan Empat, direman tujuh hari sehingga Sabtu ini, untuk membantu siasatan kes. Suspek berusia 54 tahun itu ditahan 10.40 malam semalam di rumah di Jalan Hiliran, di Kuala Terengganu, selepas mangsa berusia 16 tahun membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, semalam.*

                *POLIS trafik melakukan tugas memotong dan mengalihkan dahan patah berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Changgai, Petaling Jaya hari ini. Terdahulu, dalam kejadian 10 pagi itu, dahan itu patah dan melintang jalan menyebabkan laluan di lokasi terhalang sebelum empat anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya ke lokasi mengawal lalu lintas.*

               *MISTERI bau busuk dihidu penghuni rumah teres di Bandar Mahkota Cheras, Kajang yang disangka mayat terbongkar dengan penemuan bangkai lapan kucing di dalam sebuah kediaman, Isnin lalu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.52 tengah hari.*

               *KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengharapkan kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan institusi perbankan serta kewangan di negara ini membantu individu berstatus muflis tanpa mengamalkan birokrasi bagi membolehkan masalah mereka diselesaikan segera.*

               *POLIS Perak tetap meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau lebih mesra dengan panggilan Acap yang hilang sejak seminggu lalu dalam skala yang kecil sahaja. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, operasi pencarian skala kecil itu akan dilakukan oleh polis tempatan dengan kerjasama pihak bomba dan penduduk tempatan.*

               *SEORANG pemandu yang panik melihat sekatan jalan raya di Jalan Kota Kinabalu - Penampang, dekat SMK Bahang, Penampang, awal pagi tadi, bukan saja melanggar kon keselamatan polis malah muntah di dalam kenderaan dipandunya. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an yang memandu Nissan X Trail itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Luyang.*

               *SEORANG wanita dan anaknya terselamat selepas kereta dinaiki terbabas ke lereng bukit lalu merempuh sebuah rumah di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berhampiran Beting, Kuala Pilah, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, dalam kejadian 4.30 petang itu, wanita berusia 51 tahun dan anaknya berusia 20-an menaiki Proton Preve.*

               *WANITA yang juga pemilik restoran bakal dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas didapati mengenakan harga minuman berlainan daripada harga yang dipamerkan di menu harga makanan premis itu. Menurut sumber KPDNHEP, premis yang terletak di Kimanis itu diserbu kira-kira 1 tengah hari semalam oleh sepasukan penguatkuasa KPDNHEP.*

               *TIGA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan mengedar methamphetamine lebih dua tan, dua minggu lalu. Semua tertuduh, Pang Ming Siong, 48; Cheng Foot Leong, 40 dan Tok Chun Whei, 35, hanya mengangguk faham akan pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.*

               *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh bas yang ditinggalkan di lokasi kejadian akibat rosak di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam di Johor Bahru, petang semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian 5.45 petang itu mengakibatkan mangsa, K Ga, 54, maut ditempat kejadian akibat parah pada tubuhnya.*

               *LELAKI warga emas maut akibat serangan jantung selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Post Office Lama di Kota Bharu, malam tadi. Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa Chua Hok Chuan, 68, yang dilanggar kereta maut di tempat kejadian. Bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat degupan jantung tidak sekata.*

               *LEBIH banyak program pengimarahan masjid akan diadakan sebagai daya penarik kepada orang ramai khususnya umat Islam mendekati rumah Allah. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, mengambil contoh Subuh Perdana yang diadakan pagi tadi, ia akan disusuli dengan pelbagai program di masjid lain selepas ini.*

               *GURU kerugian RM113,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan penggubahan wang haram. Wanita berusia 51 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa sebagai pegawai polis dan kakitangan bank pada 28 Februari lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek mendakwa mangsa terbabit dalam kes penggubahan wang haram berjumlah RM1.5 juta dan perlu membayar sejumlah wang jaminan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.*

               *BEBERAPA kerja penambahbaikan di Pasar Pekan Rantau menjadi antara usaha dilakukan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini. Menurut doktor pakar bius itu, secara keseluruhan, pasar berkenaan dalam keadaan baik termasuk kebersihan namun masih boleh ditambah baik demi keselesaan peniaga dan pengguna.*

               *KEHADIRAN pelajar ke 111 sekolah di Pasir Gudang selepas terpaksa bercuti akibat krisis pencemaran udara amat baik. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan brkata, tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang II di Taman Mawar mendapati kehadiran pelajar pada hari pertama persekolahan hari ini mencecah lebih 90 peratus, dan situasi sama di sekolah lain.*

               *YAYASAN Pahang (YP) menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta setiap tahun bagi membantu golongan pelajar dalam bidang pendidikan peringkat rendah, menengah dan universiti. Pengerusinya, Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata, kemudahan yang disediakan ialah biasiswa sekolah rendah dan menengah, pembiayaan pinjaman serta program kecemerlangan pendidikan.*

               *CALON Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd Nor Yassin enggan mengulas lanjut mengenai statusnya sebagai ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertanding atas tiket Bebas tanpa restu daripada parti sekutu Pakatan Harapan (PH) itu. Mohd Nor, 67, sebaliknya ketika dihubungi Harian Metro pagi ini memberi isyarat 'tunggu dan lihat' tanpa mengulas mengenai punca tindakannya bertanding.*

               *SARAWAK Energy Berhad (SEB) mengesan cubaan mencuri kabel bawah tanah miliknya yang menjejaskan kira-kira 300 penduduk di Kampung Gita di Kuching, Isnin lalu. Naib Presiden Pengedaran SEB, Siti Aisah Adenan berkata, hasil pemeriksaan pasukan teknikal di kawasan sekitar mendapati pencawang Taman Mawar II terjejas kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu.*

               *PENDUDUK Orang Asli di Kampung Kuala Koh di sini, bersedia memberi kerjasama untuk menerima rawatan bagi penyakit jangkitan fungal sejak tiga bulan lalu. Mereka bimbang penyakit itu berjangkit kepada seluruh 350 penduduk kampung itu sekiranya tidak mendapat rawatan segera.*

               *POLIS memburu pemandu kereta BMW berwarna putih yang terbabit dalam kejadian langgar lari menyebabkan seorang penghantar surat khabar maut, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, berdasarkan semakan pihaknya, kereta berkenaan didaftarkan atas nama sebuah syarikat.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan komited dalam memastikan Akta Kawalan Tembakau dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi menjadikan semua tempat awam sebagai kawasan larangan merokok dan mewujudkan lokasi khusus bagi perokok. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha yang dibuat kementerian itu bukanlah bertujuan untuk ‘menghukum’ perokok tetapi bagi melindungi masyarakat khususnya wanita dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa asap rokok.*

               *EKSESAIS Kerjasama Pasifik 2019 antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat selama dua minggu bermula di Kuching hari ini. Panglima Angkatan Bersama ATM Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki yang menyempurnakan majlis perasmiannya di Pelabuhan Pending hari ini berkata, 150 pegawai dan anggota ATM terbabit dalam eksesais kali ini, yang kedua diadakan di Kuching dan kali keempat di Malaysia.*

               *WALAUPUN dianggap calon ‘boleh menang’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, namun kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan sebenarnya memberi impak yang lebih besar bukan saja kepada Negeri Sembilan malah Malaysia. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana Mohamad adalah Pemangku Presiden UMNO dan Barisan Nasional yang kini dilihat sebagai ikon politik.*

               *DUA lelaki parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 439.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dari Sungai Buaya ke Rawang smlm. Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, kemalangan membabitkan treler, lori sampah dan kenderaan pacuan empat roda menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 16 kilometer di laluan berkenaan.*

               *DUA lelaki yang sedang khayal ganja diberkas polis di sebuah bengkel kereta di Kampung Kijang Alma, Bukit Mertajam yang menjadi tempat jualan ‘cakoroi’ (air ketum) di kawasan itu. Dalam kejadian 6.30 petang Selasa lalu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Machang Bubok menahan lelaki berusia 35 dan 45 tahun itu kerana dalam keadaan mencurigakan.*

               *LELAKI maut, manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Lapangan Terbang Subang berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, di Petaling Jaya, awal pagi smlm. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Norman Mansiu, 31, yang bekerja sebagai pelayan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga rakan sekerjanya parah.*

               *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan RM2.5 juta tahun ini menerusi penyertaan lebih 6,800 pemasar melalui platform jualan hasil pertanian dalam talian, Agrobazar Online (ABO). Ketua Pengarahnya, Ahmad Ishak berkata, setakat ini terdapat 4,820 pemasar dengan 11,800 pilihan produk seperti agromakanan, bahan industri asas tani, bunga dan benih dalam talian dengan catatan hasil jualan RM2 juta tahun lalu.*

               *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu menahan tiga lelaki yang leka menghisap dadah dalam serbuan di sebuah pulau peranginan di negeri ini hari ini. Dalam serbuan 3 pagi itu, AADK turut merampas pelbagai jenis dadah antaranya ganja, ketamin dan eramin 5.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *Gaza: Kereta kebal tentera rejim Zionis menyerang beberapa kedudukan Hamas di Gaza selepas lima roket dilancarkan ke Israel dari wilayah yang dikepung itu malam tadi, kata tentera.*
            *Tentera Israel dalam satu kenyataan memberitahu serangan roket berkenaan tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan.*
             *Bagaimanapun, belum ada kenyataan dari pihak berkuasa di Gaza berhubung kesan serangan tentera Israel itu.*
             *Serangan roket itu berlaku beberapa jam selepas tunjuk perasaan besar-besaran di sempadan Gaza- Israel yang menyebabkan empat penduduk Palestin maut ditembak tentera Yahudi.*

         *Beijing: Pakar bedah, Ren Xiaoping dari China dan Sergio Canavero dari Itali berhasrat merawat manusia yang mengalami kecederaan saraf tunjang yang tidak dapat dipulihkan, menerusi pemindahan kepala manusia pertama di dunia.*
           *South China Morning Post melaporkan, hasil terbaru mereka diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menunjukkan monyet dan anjing dapat berjalan semula selepas saraf tunjang ‘putus sepenuhnya’ ketika pembedahan sebelum disambung semula.*
          *Eksperimen berkenaan dijalankan di Universiti Perubatan Harbin di China dengan rakaman video sebagai bukti dan diterbitkan dalam jurnal perubatan Pembedahan Neurologi Antarabangsa.*

        *ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berdepan pilihan raya tempatan hari ini yang dianggapnya sebagai perjuangan kelangsungan Turki dengan partinya kemungkinan tewas di Ankara kesan daripada kelembapan ekonomi.*
          *Recep dan Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) yang diterajuinya memenangi setiap pilihan raya sejak mula berkuasa pada 2002 namun pada kali ini penganalisis berpendapat, AKP bukan sahaja berdepan risiko kehilangan Ankara malah Istanbul.*

        *SEOUL : Syarikat penerbangan Korean Air Lines menghentikan menghidang kacang sebagai makanan ringan kepada penumpang selepas dua beradik lelaki gagal menaiki penerbangan akibat masalah alahan teruk terhadap kacang itu.*
          *Ibu bapa dua beradik itu dalam satu kenyataan kepada media awal bulan ini berkata, kedua-dua anak lelaki mereka tidak dapat menaiki pesawat kerana syarikat penerbangan Korea Selatan itu enggan memenuhi permintaan mereka supaya tidak dihidangkan kacang.*
         *Menurut laporan beberapa media termasuk USA Today dan Good Morning America, kedua-dua beradik berkenaan dalam perjalanan dari Atlanta ke Filipina namun terkandas di Seoul.*

        *BEIJING: Kedengaran mustahil pasangan kembar mempunyai dua bapa namun ia berlaku kepada pasangan China apabila ujian mengesahkan bayi kembar dilahirkan wanita itu mempunyai bapa berbeza.*
           *Menurut laporan Daily Mail yang memetik akhbar Strait Herald, dalam kejadian di Xiamen, seorang lelaki yang mahu endaftarkan kelahiran anak kembarnya terkejut apabila doktor memberitahu seorang bayi itu bukan anaknya.*
          *China mewajibkan ujian DNA bagi mengesahkan hubungan ibu bapa dengan bayi yang dilahirkan.*

         *KABUL: Sekurang-kurangnya 35 terbunuh dalam banjir kilat di Afghanistan yang memusnahkan kediaman dan mengakibatkan sebahagian besar perkampungan di pedalaman negara itu terputus hubungan, kata pihak berkuasa.*
          *Banjir yang bermula sejak awal semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang di wilayah utara Faryab dan 10 orang di wilayah barat Herat, kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan (ANDMA), Hashmat Bahaduri.*
            *"Lapan orang terbunuh di wilayah Badghis di barat dan lima di wilayah Balkh di utara. Setakat ini lebih 3,000 kediaman musnah akibat bencana itu,” kata Bahaduri.*

           *LONDON: Polis Britain menahan seorang lelaki kerana berada di atas bumbung terminal kereta api St Pancras di London sambil mengibarkan bendera Inggeris.*
         *Akibatnya, perkhidmatan kereta api Eurostar antara London dan benua Eropah itu terpaksa ditangguhkan selama beberapa jam kerana pencerobohan itu.*
         *"Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan kerana menceroboh dan melanggar undang-undang kerana bermalam di bumbung Stesen Kereta Api St Pancras.*

          *BANGKOK: Enam anak gajah berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap selama beberapa hari di dalam lumpur di timur Bangkok, Thailand.*
            *Kejadian pada Rabu lalu itu disedari oleh beberapa orang renjer yang melakukan rondaan di taman negara terbabit sebelum melihat anak gajah berusia antara satu hingga empat tahun sedang terperangkap, lapor AFP.*
            *Superintendan taman negara itu, Prawatsart Chantheap berkata, usaha menyelamat itu agak sukar apabila ia memakan masa tiga jam untuk menggali dan membina tanjakan untuk membolehkan haiwan terbabit keluar.*

         *SYDNEY: Dua remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun ditemui mati lemas ketika mengikuti lawatan sekolah ke sebuah pantai terkenal di timur Australia, kata polis hari ini.*
             *AFP melaporkan, mayat kedua-dua mangsa berjaya ditemui awal pagi tadi selepas perkhidmatan kecemasan melancarkan operasi mencari dan menyelamat berhampiran Tasik Mackenzie di Pulau Fraser, Queensland.*
          *Jurucakap polis, Tony Clowes berkata, polis mendapati kematian itu tidak mempunyai unsur mencurigakan namun pihaknya masih menunggu laporan penuh koroner.*

           *TOKYO: Lebih 600,000 penduduk Jepun berusia lebih 40 tahun ditinggalkan terpinggir sepenuhnya daripada masyarakat, menetap di rumah lebih enam bulan tanpa interaksi sosial, menurut anggaran kerajaan, hari ini.*
          *Fenomena ini meluas di Jepun sehingga mempunyai namanya sendiri, hikikomori, bermaksud seseorang yang tidak ke sekolah atau kerja selama enam bulan dan tidak berinteraksi dengan sesiapa kecuali keluarganya pada tempoh itu.*
            *Tinjauan kerajaan hari ini menganggarkan terdapat 613,000 hikikomori berusia antara 40 dan 64 tahun, hampir tiga perempat daripadanya lelaki.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *POLIS menafikan berlakunya tiga kejadian culik membabitkan kanak-kanak di Pontian seperti tular menerusi laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp.*
            *Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga laporan cubaan culik itu palsu dan tidak benar.*
            *Katanya, ketiga-tiga kes yang ditular dalam FB dan WhatsApp disiasat dari pelbagai sudut dan hanya direka-reka sebelum dimuat naik melalui media sosial.*
             *Katanya, tindakan itu mendatangkan kegusaran dan ketakutan kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai keselamatan anak.*

          *“KAMI sekeluarga berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal ke atas individu itu,” kata Nor Shahidah Mohd Khabol, 28, kakak kepada remaja yang cedera dipukul di sebuah masjid di Tanjong Karang, Selasa lalu.*
         *Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Adam Sufyan, 17, cedera pada dahi akibat dipukul seorang lelaki berusia 40-an dengan besi kerana dituduh mencuri wang tabung masjid berkenaan.*
            *Kejadian itu turut tular di media sosial sejak semalam yang rata-ratanya mendapat kecaman netizen.*

         *TINDAKAN lelaki melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan pacuan empat roda ketika di persimpangan lampu isyarat Jalan Puteri, Puteri Wangsa di Johor Bahru, malam tadi.*
          *Dalam kejadian 7.40 malam itu, mangsa berusia 26 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 itu maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.*
           *Satu rakaman video tular berdurasi satu minit yang dimuat naik ke Facebook (FB) menunjukkan penunggang motosikal terbabit tidak mematuhi isyarat lampu merah dengan tidak berhenti sebelum melanggar pacuan empat roda terbabit.*

         *SEBERANG JAYA: Laris ibarat goreng pisang panas. Itu yang boleh digambarkan apabila 150 buku lelong berharga RM100 sempena Karnival Lelongan Awam Kenderaan Sita anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, habis pada hari pertama ia dijual.*
            *Apakan tidak, kerana lelongan seumpama ini yang pertama kali dilakukan menawarkan pelbagai kenderaan mewah bernilai ratusan ribu ringgit seunit, namun dijual dengan harga bidaan bermula RM700 hingga RM13,000 pada 24 April ini.*
           *Bagi penggemar kereta mewah, pelbagai model ditawarkan antaranya Audi, BMW, Mazda RX8, Honda Integra, Mini Cooper, Subaru Impreza dan Mercedes Benz yang dijual dengan harga lebih murah dan pasti akan membuatkan mereka rambang mata.*

         *PENUNTUT Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Syafiq Rahmat, 24, ditabalkan sebagai penerima Anugerah Menteri Pendidikan sekali gus bergelar Tokoh Siswa Kebangsaan pada Anugerah Tokoh Siswa 2018 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), malam tadi.*
            *Terdahulu, anak jati Kempas, Johor Bahru itu memenangi Anugerah Pemimpin Program Sukan yang membolehkannya memenangi anugerah utama disampaikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.*

          *SEOUL: Apabila melihat wajah comel Yeon-woo Jhi ini mungkin ramai tidak menyangka wanita ini sebenarnya ahli bina badan profesional yang berbadan sasa.*
          *Mempunyai wajah yang comel dan berbadan sasa menjadikan Yeon-woo popular di media sosial hingga digelar `Barbie Sasa’.*
           *Yeon-woo, 34, memberitahu, ketika remaja dia seorang yang berbadan sangat kurus, sering keletihan, gemuruh dan tidak suka memuat naik gambarnya di media sosial.*
            *Yeon-woo menyertai beberapa pertandingan bina badan sejak 10 tahun lalu tetapi baru beberapa tahun menjadi popular di Instagram kerana memiliki wajah yang jelita.*
                 

*ARENA*
========


          *UNAI Emery mencabar Denis Suarez supaya akhirnya mencetus impak ketika Arsenal berusaha melonjak kembali ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle, awal pagi Selasa ini.*
         *Suarez bergelut sejak perpindahan secara pinjaman dari Barcelona Januari lalu dan pemain tengah Sepanyol itu masih belum turun dalam kesebelasan utama aksi kompetitif buat Gunners.*
               *Namun beberapa siri persembahan mengagumkan ketika kem latihan terbaru Arsenal di Dubai mungkin memberi peluang kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk menyerlah apabila Newcastle bertandang ke Stadium Emirates.*

         *TRANSFORMASI Ashleigh Barty lengkap selepas pemain Australia itu menundukkan pilihan kelima dari Republik Czech, Karolina Pliskova 7-6 (7/1), 6-3 awal pagi tadi untuk memenangi kejuaraan perseorangan terbesar kariernya pada Terbuka Miami WTA.*
           *Pemain berusia 22 tahun itu bersara daripada tenis lima tahun lalu selepas mendapati sukar menangani tekanan beraksi dalam jelajah, beralih kepada kriket profesional dalam usaha mencari keseronokan bersukan.*
          *Ashleigh bagaimanapun sedar dia mempunyai kemahiran tenis unuk bersaing di peringkat tertinggi dan selepas kembali pada Februari 2016, berjaya melonjakkan kariernya ke tahap elit, meraih kejuaraan sulung WTA Premier Mandatory susulan kejayaan beregu pada Terbuka AS, September lalu.*

        ♂*LUCAS Bjerregaard memenuhi impian masa kecil dengan kemenangan ke atas idolanya Tiger Woods pada Kejohanan Match Play WGC-Dell Technologies di Austin, Texas, awal pagi tadi.*
            *Bjerregaard, yang menyatakan dia mengimpikan untuk bermain menentang Woods sejak berusia 10 tahun, ternanti-nanti peluang bersemuka dengan pemain itu dan kelihatan tidak terganggu apabila dia melengkapkan kemenangan 1-up ke atas pemenang 14 gelaran Grand Slam itu.*
              *"Ya, saya mengimpikan mengenainya. Saya tidak fikir ia akan menjadi kenyataan,” kata pemain Denmark itu selepas kemenangan yang mencetus pertembungan separuh akhir dengan Matt Kuchar lewat malam ini.*

         *BEREGU wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terlepas peluang meraih kejuaraan apabila tumpas kepada pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polli-Apriyani Rahayu pada final Terbuka India, hari ini.*
          *Mei Kuan-Meng Yean, pilihan ketiga kejohanan tewas straight set 11-21, 23-25 sekali gus terlepas peluang untuk membawa balik kejuaraan sulung musim ini.*
           *Bagaimanapun, aksi di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi itu adalah pencapaian terbaik pasangan nombor 17 dunia berkenaan selepas mara ke final.*

         *IMPIAN Syahmi Safari untuk melihat jaringan cantiknya bersaing bersama ratusan gol sepanjang tahun ini akhirnya tercapai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah mengemukakan nama pemain Selangor itu kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk dicalonkan bagi Anugerah Puskas 2019.*
         *Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, pihaknya sudah mencadangkan kepada FIFA supaya jaringan pemain berusia 21 tahun itu menerusi sepakan jarak jauh dapat tersenarai sebagai calon anugerah itu.*

         *PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengesahkan Malaysia dipilih selaku tuan rumah Kejuaraan Silat Dunia Ke-19, tahun depan.*
          *Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata beliau bersama kempimpinan PESAKA akan ke Jakarta, Indonesia hari ini untuk menerima surat pengesahan Malaysia sebagai tuan rumah.*

        *BAPA bekas pelumba Cup Prix negara, Allahyarham Mohd Hafiz Nor Azman terharu apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganugerahkan Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi kepada anaknya dalam Anugerah Tokoh Siswa 2018, malam tadi.*
          *Berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di Nilai, Nor Azman Darus, 55 hanya mampu mengesat air mata sebaik menerima penghargaan disampaikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.*

          *KEINDAHAN Pantai Irama, Bachok menarik perhatian Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK) untuk ‘menyunting’ lokasi itu sebagai tempat latihan melahirkan peninju Muay Thai berkelas antarabangsa seperti Thailand.*
         *Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, pihaknya dalam perancangan membuka tempat latihan di pantai itu hujung tahun ini sebagai lokasi khas latihan Muay Thai seperti di Pattaya, Thailand dan Selatan Thailand.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 2 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 26 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0547*
*SUBUH : 0557*
*SYURUK : 0711*
*ZOHOR : 1320*
*ASAR : 1622*
*MAGHRIB : 1923*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 1april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *WANITA warga Vietnam, Doan Thi Huong tersenyum selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan atas pertuduhan alternatif dihadapinya, menyebabkan kecederaan pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dengan menggunakan bahan berbahaya.*

                *“SAYA harap anak perempuan saya dibebaskan segera dalam masa sebulan, saya sangat gembira.” Itu reaksi bapa wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, Doan Van Thanh ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini. Van Thanh berkata demikian menerusi jurubahasa Vietnam ketika sidang media selepas tamat prosiding membabitkan anak perempuannya yang dihukum penjara tiga tahun dan empat bulan oleh Mahkamah Tinggi.*

               *LELAKI ditemui rentung dalam kebakaran rumah yang musnah 70 peratus berhampiran Restoran Nelayan, Bukit Malut, di Langkawi, hari ini. Turut maut dalam kebakaran itu seorang wanita dan seorang kanak-kanak.*

                *POPULASI buaya yang semakin banyak di Sungai Niah berpotensi untuk menjadi tarikan pelancongan di utara Sarawak, selain aktiviti memancing udang dan menyelam skuba. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus berkata, pengunjung berpeluang melihat buaya di habitatnya jika berperahu di Sungai Niah sehingga ke kawasan kuala sungai itu di Lampung Lajong.*

               *SARIKEI: Upah orang kampung untuk tebang balak secara kecil-kecilan. Itu taktik terbaharu dilakukan lanun rimba bagi mengaut keuntungan lebih. Kegiatan itu dipercayai dibuat bagi memudahkan kerja mengangkut balak dari tapak penebangan terus ke tapak pengumpulan selain menyenangkan mereka melarikan diri jika dikesan pihak berkuasa.*

               *MARAN: “Mak ada beli tiga helai kain batik menerusi rancangan beli-belah di televisyen, tetapi dia kata tidak mahu lalu menyerahkannya kepada saya dan kakak. “Kebiasaannya apabila membeli, dia akan teruja menunggu barang sampai dan sering bertanya sama ada barangnya sudah sampai atau sebaliknya,” kata Sabarina Ismail, 43. Sabarina adalah anak kepada Hashimah Ismail, 66, yang maut bersama empat ahli keluarga lain dalam kemalangan di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Semat Batu 14 di sini, semalam.*

                *BIMBANG diancam kumpulan gajah liar, penduduk Kampung Orang Asli Sungai Peroh di Kluang, terpaksa duduk diatas dahan hampir empat jam bagi menyembunyikan diri. Situasi panik itu dilalui Azar Eja, 35, bagi mengelak bertembung dengan kira-kira 50 gajah ketika dalam perjalanan ke kebun miliknya yang terletak berhampiran sungai di kawasan terbabit.*

               *DUA kali sebulan, kira-kira 100 ahli Rakan Bersih Kubur Melaka (RBKM) meluangkan masa melakukan Jelajah Amal Pembersihan Tanah Perkuburan Islam di negeri itu. Tanpa mengharapkan balasan mahupun meraih populariti, kumpulan sukarelawan itu komited melakukan kerja amal berkenaan dengan berkumpul seawal jam 8 pagi di tanah perkuburan ditetapkan.*

               *JABATAN Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menerima Pengarah baharu hari ini, Erwin Khairul Ahmad. Erwin, 44, menggantikan S Devaraj yang bertukar ke Jabatan Penerangan Selangor, juga sebagai Pengarah.*

               *SEEKOR anak gajah jantan berusia tiga tahun dipercayai terpisah daripada kumpulannya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak di Kampung Chepor, Ipoh hari ini. Pengarahnya, Yusof Shariff berkata, anak gajah yang berukuran lilit kira-kira 20 sentimeter itu ditangkap Rabu lalu kerana dipercayai terpisah daripada ibu atau kumpulannya.*

               *PEGAWAI penyiasat kanan polis memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam, bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim tidak dapat menjawab soalan sama ada dia dipukul. Saksi ke-28 inkues, Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata, ia dilihat ketika kali kedua beliau melawat anggota berkenaan yang ketika itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), pada 12 Disember tahun lalu.*

               *GANJA tidak sesuai ditanam secara besar-besaran negara ini kerana ia boleh menjadi ancaman besar terhadap kesejahteraan hidup rakyat, walaupun ada yang memberi alasan ia perlu dilakukan bagi tujuan perubatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Malaysia tidak boleh menjadikan beberapa negara luar seperti Belanda, Portugal serta beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan penanaman ganja, sebagai contoh.*

               *“SAYA cuba angkat bungkusan itu untuk dimasukkan ke dalam lori namun tidak berdaya,” kata pekerja pembersihan yang menemui mayat tanpa identiti di Puchong hari ini. Mayat tanpa identiti ditemui 8.30 pagi yang dibungkus dengan empat lapisan di tepi jalan yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram.*

               *ANGKARA mabuk, seorang lelaki hilang pertimbangan dan membelasah teman wanitanya hingga maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini. Mangsa, Surinder Kaur Bedi, 37, dipukul teman lelakinya yang berusia 55 tahun menggunakan topi keledar di Persiaran Bayan Indah, Georgetown, jam 11.50 malam Sabtu lalu.*

               *SEJUMLAH 4,021 keluarga kategori miskin dan miskin tegar di Kedah kini dijejaki pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menerima imbuhan kerajaan negeri berbentuk rebat TNB bernilai RM40 setiap bulan bagi penggunaan elektrik di kediaman mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga negeri, Zamri Yusuf berkata, berdasarkan senarai terkini golongan ini yang berdaftar dengan sistem eKasih di Kedah pada akhir tahun lalu serta layak menerima rebat ini pula berjumlah 7,269 keluarga.*

               *POLIS melakukan 12 tangkapan berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu. Pegawai Penyiasat Kanan Polis, Asisten Superintendan Lew Keng Joe berkata, enam tangkapan pertama termasuk saksi prosiding inkues Nasaruddin Abdullah yang berada di sekitar lokasi kejadian.*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita 566 tong gas petroleum cecair (LPG) yang melebihi kuantiti dilesenkan di sebuah kedai runcit di Kampung Bechah Keranji, Kota Bharu semalam. Dalam Ops Gasak II 11.30 pagi itu, KPDNHEP turut merampas sebuah lori dengan muatan LPG itu.*

               *TUDUHAN yang mengatakan kepimpinan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu menggunakan dana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos operasi yayasan berkenaan adalah amat tidak berasas sama sekali. Menurut kenyataan YADIM, hal ini mungkin berbeza dengan Felo Muda Dakwah (FMD) yang diasaskan oleh kepimpinan YADIM sebelum ini dan menelan belanja lebih RM11 juta sejak dilaksanakan.*

               *JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah menerima 47 laporan polis sejak 2017 mengenai penipuan pelaburan yang didalangi lelaki bergelar Datuk Seri membabitkan kerugian RM2.6 juta. Difahamkan, lelaki terbabit melalui syarikat yang beroperasi di Sungai Petani menawarkan pelaburan dengan pulangan lapan peratus setiap bulan menyebabkan mangsa gelap mata dan melabur wang mereka sebelum akhirnya menyedari ditipu.*

               *KEMUNCULAN sekumpulan monyet sejak beberapa bulan lalu di Taman Bandar, di Kuantan, mengundang kebimbangan pengunjung yang datang untuk beriada bersama keluarga di situ. Haiwan terbabit bukan sahaja menyelongkar tong sampah, malah ada yang bertindak mengganggu pengunjung yang beriadah dan berjoging.*

               *USUL pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had usia layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan pada sesi Parlimen Jun atau Julai ini. Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan Kabinet juga bersetuju untuk menyerahkan kepadanya untuk membentangkan usul berkenaan di Parlimen.*

               *PERTUBUHAN Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak memberi fokus utama kepada program dakwah ke arah memperkasa umat Islam dan aktiviti kebajikan sebagai agenda utama sepanjang kewujudannya selama 30 tahun di negeri ini. Pengerusinya, Datuk Hanifah Taib Alsree berkata, antara aktiviti kebajikan berkenaan termasuk bantuan kewangan, kos rawatan dan bantuan kepada golongan miskin.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas, Jumaat ini untuk membincangkan tarikh berkaitan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, mesyuarat itu akan diadakan pada 9 pagi di ibu pejabat SPR di Putrajaya yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.*

               *TIGA puluh majikan dikompaun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sembilan kerana tidak mendaftarkan pekerja di bawah pertubuhan itu. Perbuatan mereka dikesan menerusi Operasi Pengesanan Majikan (Op Kesan) 2019 di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai hari ini.*

               *PANDU bas kilang curi barang. Itu modus operandi dua lelaki tempatan yang mendalangi kegiatan pecah kedai di Taman Anggerik Emas, Johor Bahru. Kegiatan berkenaan terbongkar selepas kedua-dua lelaki berusia 20 dan 30-an itu ditahan di kawasan Taman Daya, semalam.*

               *SERAMAI 150 pemandu e-hailing di Lembah Klang kecewa apabila tidak dapat menyertai kursus sistem pendaftaran permohonan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang bermula hari ini. Mereka yang hadir sejak 8.30 pagi ke institut memandu di Jalan Utara di Petaling Jaya, itu tidak dapat menyertai kursus berkenaan kerana rata-rata mereka keliru dan tidak mengetahui syarat pendaftaran lesen terbabit.*

               *SEORANG pekerja pasar raya didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini, selepas didapati bersalah membenarkan individu tidak dikenali menggunakan akaun bank miliknya. Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar, menjatuhkan hukuman itu ke atas Chin Wei Yong, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa.*

               *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di koridor bangunan setinggi 6.1 meter di Jalan Kota, Alor Setar, hari ini. Pegawai Operasi APM Kota Setar, Leftenan (PA) Mohammad Rizal Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10 pagi berhubung kucing yang terperangkap itu.*

               *“KERAJAAN sedang menjalankan kajian untuk menyelaraskan semua saman pihak berkuasa di jalan raya supaya tidak bercelaru,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Beliau berkata, penyelarasan itu perlu dilakukan supaya mereka mereka mengetahui agensi mana yang menjalankan penguatkuasaan.*

               *“ISTERI saya lima kali pengsan kerana deman panas selain menggigil dan sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital dengan helikopter, ” kata Asop Alang, 42, penduduk Kampung Sau, Pos Bihai, Gua Musang yang menerima bantuan penerbangan ihsan, petang semalam. Asop berkata isterinya, Amok Along, 51, diserang deman panas sejak seminggu lalu dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) dengan bantuan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).*

               *SELAIN hanya membenarkan pelanggan tetap dan dikenali sahaja untuk masuk ke premis, pusat judi atas talian di Taman Equine, di Serdang, turut menggunakan pintu besi berakses sebagai langkah berjaga-jaga daripada diserbu. Bagaimanapun, modus operandi premis yang menjalankan kegiatan haram itu dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Ops Dadu, petang semalam.*

               *PENUNGGANG maut selepas terbabit kemalangan dengan dua kereta di Kilometer 4, Jalan Papar - Beaufort, di Papar, semalam. Dalam kejadian 6.40 petang itu, penunggang lelaki berusia 20-an meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan. Pemandu kedua-dua kereta jenis Perodua Viva tidak cedera.*

               *PENUNGGANG motosikal maut digilis beberapa kenderaan dalam kejadian di Kilometer 248.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Senawang, hari ini. Dalam kejadian 5.30 pagi, mangsa Mazlan Masripan, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.*

               *MAYAT juruteknik yang lemas selepas bot gentian dinaiki bersama dua rakannya terbalik di Pengkalan Kota, Kampung Durian Condong, Muar, ditemui pagi ini. Mayat Masri Ahmad ditemui pasukan penyelamat ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat pada jam 7 pagi ini.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *BEIJING: Dua kanak-kanak terbunuh manakala 20 cedera selepas puting beliung debu menerbangkan istana belon ke udara di tengah China, hari ini.*
         *Daily Mail melaporkan, rakaman mengerikan itu memaparkan sebuah rumah belon berputar di sekeliling tornado ketika orang ramai lari menyelamatkan diri di sebuah tapak pameran yang sibuk di daerah Yucheng, wilayah Henan, semalam.*
          *Selain dua kematian, satu kanak-kanak mengalami kecederaan serius manakala 17 yang lain cedera ringan, termasuk dua orang dewasa, menurut kerajaan daerah Yucheng.*

         *TOKYO: Sebuah restoran di sini menyediakan sajian hamburger daging wagyu bersaiz sebiji bola sepak dengan harga 100,000 yen (RM3,684.73), sempena pertabalan maharaja baharu Jepun Mei depan.*
         *Burger menyelerakan seberat tiga kilogram itu, disediakan oleh Cef Patrick Shimada yang bertugas di Oak Door steakhouse di daerah Roppongi, Tokyo yang mula dijual, hari ini.*
         *Burger itu dianggarkan berukuran 25 sentimeter, dilapisi kepingan hati itik, hirisan daging lembu Jepun dan kulat trufel yang diparut.*

         *JAKARTA: Kerajaan Nusa Tenggara Timur akan menutup Pulau Komodo untuk sementara waktu mulai Januari tahun depan susulan kes penyeludupan 41 biawak komodo, baru-baru ini.*
        *Akhbar Tempo memetik jurucakap pentadbiran wilayah, Marius Jelamu melaporkan keputusan penutupan pulau itu dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.*
         *Siasatan polis mendapati 41 biawak gergasi terbabit dijual pada harga 500 juta rupiah (RM143,280) seekor di luar negara.*

         *ADDIS ABABA: Laporan awal siasatan nahas pesawat Boeing 737 MAX 8 Ethiopia Airlines dijangka akan dikeluarkan minggu ini, kata Kementerian Luar Ethiopia.*
         *AFP yang memetik jurucakapnya, Nebiat Getachew berkata, laporan awal siasatan itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan selepas pesawat terbabit terhempas ketika berlepas dari ibu kota dalam kejadian pada 10 Mac lalu.*
           *Bagaimanapun, kerajaan tidak menyatakan tarikh sebenar laporan akan dikeluarkan dan tidak mendedahkan serba sedikit mengenai kandungan laporan itu.*

         *TOULOUSE: Lima penghuni sebuah rumah orang tua di selatan Perancis maut manakala puluhan lagi dilaporkan serius dipercayai mengalami keracunan makanan, kata pihak berkuasa hari ini.*
           *AFP yang memetik polis berkata, kejadian dikesan berlaku apabila 22 penghuni rumah orang tua persendirian di Lherm itu muntah teruk selepas menikmati hidangan makan malam.*
             *Menurut agensi kesihatan tempatan, pihaknya sudah mengambil sampel makanan untuk dianalisis dan beberapa penghuni lain disoal siasat mengenai makanan yang diambil.*

         *TEHRAN: Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda wilayah barat Kermanshah, Iran yang bersempadan dengan Iraq tetapi tiada erosakan atau kematian dilaporkan, kata pihak berkuasa.*
         *Gempa bumi yang menggegarkan kawasan itu turut dilanda bencana banjir baru-baru ini, menyebabkan seluruh bandar terputus hubungan dan menenggelamkan kebanyakan kampung.*

          *KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam ribut yang melanda selatan Nepal, semalam.*
           *Ketua Polis Bara, Sanu Ram Bhattarai memberitahu AFP jumlah kematian dan mangsa terjejas dijangka meningkat berikutan ribut masih berterusan lagi.*
         *Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli menerusi status di Twitter berkata, kira-kira 400 penduduk dilaporkan cedera.*

          *BEIJING: Sekurang-kurangnya 26 anggota bomba disahkan maut ketika memadamkan kebakaran hutan di pedalaman kawasan pergunungan barat daya China, Sabtu lalu.*
          *Ratusan anggota bomba terbabit dalam operasi itu selepas kebakaran tercetus di kawasan curam pada ketinggian 3,800 meter, petang hari kejadian.*
           *AFP melaporkan, pihak berkuasa Liangshan terputus komunikasi dengan 30 anggota bomba, semalam selepas angin tiba-tiba berubah arah dan memarakkan lagi api.*

          *KIEVl: Seorang pelawak Ukraine membuat kejutan apabila mendahului pusingan pertama undian dalam pilihan raya Presiden dan meninggalkan penyandang jawatan itu, Petro Poroshenko jauh di belakang.*
        *Volodymyr Zelenskiy yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam kerajaan, mendapat 30.2 peratus undi manakala Poroshenko pula dengan 16.6 peratus undi.*
         *Manakala bekas perdana menteri Yulia Tymoshenko pula hanya mendapat 13 peratus undi, berdasarkan undian yang dikira hari ini.*

         *LIMA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 12 lagi cedera apabila sebuah bas terbakar di terminal kenderaan Peru, malam tadi.*
            *Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada pendawaian elektrik di bahagian belakang bas.*
          *”Kejadian itu menyebabkan 20 orang maut,” kata pegawai bomba, Lewis Mejia.*

         *WASHINGTON: Penyanyi rap Nipsey Hussle maut ditembak di luar butik pakaiannya di selatan Los Angeles, petang semalam.*
           *Akhbar Los Angeles Times melaporkan, dua mangsa lain turut cedera dalam tembakan itu.*
           *Menurut akhbar itu, Hussle, 33, ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia di hospital.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *“ACAP...Acap..mak kat sini...balik Acap,” demikian panggilan pilu ibu Mohammad Ashraf Hassan, 29, dalam usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.*
          *Walaupun ada masalah kesihatan jantung, Siti Maznah Khamis, 62, menggagahkan diri memasuki hutan dan mendaki bukit di kawasan anak kelima daripada tujuh beradik itu dipercayai hilang.*
         *Rakaman video usaha keluarga mencari mangsa yang mesra dipanggil Acap dikalangan keluarga dan rakannya itu tular hari ini dan video itu meruntun hati mereka yang menontonnya.*

           *POLIS menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang memandu secara berbahaya di lorong kecemasan di Kilometer 262 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Seremban, semalam.*
             *Penahanan lelaki terbabit dilakukan susulan video berdurasi 33 saat yang tular media sosial menunjukkan pikap berkenaan dipandu secara merbahaya dan terus masuk ke lorong kecemasan dalam kejadian pada 4.30 petang Ahad lalu.*
             *Kejadian menyebabkan penunggang motosikal datang dari arah belakang hilang kawalan sebelum terjatuh ke bahu jalan ketika mengelak daripada melanggar pikap berkenaan.*

           *PERSIARAN Traulsen berhampiran Jalan Pesisiran atau lebih dikenali sebagai ‘Highway’ di Tawau menjadi tumpuan pengunjung untuk menyaksikan musim bunga ‘sakura’ sejak awal minggu lalu.
               *Pengunjung, Nur Alina Muhammad Abduh, 32, berkata dia bersama suami, Kamarulnizam Ramang,32, mengambil peluang dan memanfaatkan cuti hujung minggu ke Persiaran Traulsen untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan bunga berkenaan.*
          *”Ramai kawan berkongsi gambar masing-masing di Facebook dan Instagram yang seolah-olah merasai suasana musim bunga sakura di Jepun.*

          *ORANG ramai diminta berhenti membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, diphenhydramine.*
          *Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan adalah Bao Fu Ling Snow Lotus Cream dan Bao Fu Ling Skincare Cream.*
         *Beliau berkata, notifikasi produk kosmetik berkenaan dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya.*

          *KUALA LUMPUR: “Ikutkan, idea itu datang sendiri tanpa sengaja dan tak sangka pula, sambutan diterima amat baik apabila ramai berminat untuk membuat tempahan,” kata Mohammad Nazim Suratman, 40 yang mencipta kelainan dengan menjual aiskrim Malaysia tertera tulisan mengikut permintaan pelanggan.*
          *Mohammad Nazim yang berasal dari Ayer Baloi, Pontian, Johor berkata, perniagaan itu dijalankan sejak dua tahun lalu dengan bantuan isterinya Nor Saadah Musuroh, 41.*
            *“Aiskrim Malaysia ini amat dekat dengan saya dan kebanyakan mereka yang membesar pada era 1980-an hingga 1990-an kerana ia adalah pencuci mulut kegemaran ramai ketika itu.*
          *”Malah, sehingga kini, pasti ramai yang masih menggemarinya dan memandangkan rumah saya terletak berhadapan sekolah, isteri memberi idea untuk menjual aiskrim Malaysia.*

        ♂ *“SEBENARNYA saya menunggu lebih dua jam hanya untuk buat imbasan x-ray bukannya sejam malah apabila perkara itu tular di media sosial baharulah doktor datang melihat tahap kecederaan tangan,” kata atlet 110 meter lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian.*
           *Rayzam berkata, dia bukannya ‘manja’ atau mahukan layanan istimewa namun dengan keadaan terpaksa menanggung kesakitan hinggakan terasa mahu pitam menyebabkan dia terpaksa meminta ‘pertolongan’ netizen bagi mempercepatkan proses rawatan.*
        *Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu meminta bantuan isteri Eriyana Idris supaya memuat naik status di Facebook berkaitan kelewatannya mendapatkan rawatan selepas menunggu lama.*

         *LOS ANGELES: Pelakon Nicolas Cage menceraikan jurusolek Erika Koike selepas empat hari mendirikan rumah tangga dan mendakwa dirinya terlampau mabuk ketika bersetuju berkahwin dengan wanita itu Sabtu lalu.*
           *Cage, 55, dan Erika berkahwin di Las Vegas pada 23 Mac lalu sebelum pelakon itu memfailkan cerai terhadap isterinya pada Rabu.*
          *US Weekly memetik dokumen mahkamah melaporkan, sebelum mendaftar perkahwinan dan melangsungkan majlis, pasangan berkenaan minum alkohol sehingga mabuk.*
                 

*ARENA*
========


         *ROGER Federer melonjak di tempat ke empat dalam ranking yang dikeluarkan ATP hari ini selepas melakar kejayaan memenangi kejuaraan ke-101 dalam kariernya dengan menewaskan John Isner di Miami.*
          *Pemain handalan Switzerland bertukar tempat dengan pemain Austria, Dominic Thiem yang terdahulu mendaki tangga ke empat selepas mengalahkan Federer dalam final di Indian Wells, dua minggu lalu.*
         *Novak Djokovic kekal selesa di kedudukan teratas ranking ATP walaupun tersingkir pada aksi kelompok 16 terakhir di Miami, dengan Rafael Nadal masih jauh mendahului di ranking ketiga Alexander Zverev ketika pemain Sepanyol itu mensasarkan untuk kembali selepas mengalami kecederaan untuk aksi pada musim gelanggang tanah liat.*

          *JUARA dunia Marc Marquez merakam kemenangan sejak awal perlumbaan pada MotoGP Argentina awal pagi tadi di depan musuh utama Valentino Rossi, menyifatkan persembahannya sebagai “hari sempurna.”*
           *Penunggang Honda, Marquez meraih kemenangan ke-45 karier dalam kelas elit itu, berakhir 10 saat di depan Rossi dengan jentera Yamaha.*
       *Andrea Dovizioso, yang memenangi perlumbaan pembuka tirai musim di Qatar, menduduki tangga ketiga dengan jentera Ducati.*

         *BAGI peminat Barcelona, Lionel Mesi adalah 'D10S', iaitu kombinasi daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud ‘Tuhan’ - ‘dios’ - dengan tertera nombor 10 di jersi dipakai pemain itu.*
          *Namun Pope Francis mempunyai pendapat berbeza.*
           *Ketika ditemubual oleh saluran TV Sepanyol La Sexta hari ini, Pope warga Argentina memuji Messi pemain senegara dengannya, namun berkata pemain itu tidak boleh dipanggil sebagai Tuhan.*
             *”Secara teori, ia adalah penghinaan,” jelas ketua kepada gereja katolik itu. “Kamu tidak boleh melakukannya.*

         *ANDY Robertson berkata kemenangan saat akhir Liverpool ke atas Tottenham menunjukkan pemain mempunyai keyakinan untuk menang semua perlawanan ketika saingan sengit pasukan itu dengan Manchester City memburu kejuaraan Liga Perdana.*
             *Liverpool menjaringkan gol kemenangan ketiga dalam perlawanan liga pada minit ke-90 untuk memastikan kemenangan 2-1 mengatasi Tottenham dan kembali ke puncak liga.*

         *FLOYD Mayweather akan kembali beraksi di gelanggang tinju tahun ini.*
         *Perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Floyd Sr yang memberitahu Manny Pacquiao “dia boleh mendapatkan” semula Floyd.*
        *Mayweather, 42, bersara daripada pertarungan profesional pada Ogos 2017 selepas menewaskan bintang UFC Conor McGregor dalam pertarungan 10 pusingan.*
           *Bagaimanapun, atlet Amerika Syarikat menyukai wang itu kembali pada Disember lalu pada perlawanan pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun, Tenshin Nasukawa dan menewaskan pencabar novis featherweight itu pada pusingan pertama.*

         *KETIADAAN Datuk Lee Chong Wei di Terbuka Malaysia memberi peluang buat pemain nombor satu dunia, Kento Momota untuk menamatkan penantian 81 tahun Jepun meraih kejuaraan sulung bagi kategori perseorangan lelaki.*
        *Menurut Momota, selepas kecewa tahun lalu apabila hanya meraih gelaran naib juara, 2019 adalah peluang terbaik buatnya apabila Chong Wei menarik diri daripada mempertahankan kejuaraan atas nasihat doktor.*

        ♂ *BERBAKI beberapa hari menjelang perlumbaan berbasikal terbesar di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, persiapan kini memasuki fasa akhir dan berjalan mengikut perancangan.*
           *Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2019, Datuk Ahmad Mustafa berkata pihak penganjur, Human Voyage Sdn Bhd sudah bersedia untuk menerima kehadiran pasukan yang bertanding.*

        ♀ *KUALA LUMPUR: Kejayaan Kelly Tan menjulang gelaran Natural Charity Classic dalam Jelajah Symetra di Amerika Syarikat baru-baru ini wajar membuka mata pelbagai pihak mengenai potensi dan masa depan sukan golf di negara ini.*
       *Namun, kejayaan pemain Malaysia di pentas antarabangsa bagaikan boleh dibilang dengan jari dan antara yang menyerlah ialah Airil Rizman Zahari yang menjuarai Terbuka Pakistan pada 2007.*

          *ZUHAIR Aizat Mohd Nazri yang cemerlang ketika membantu skuad Pahang menewaskan FELDA United FC 3-1 kelmarin, mahu terus diberi peluang beraksi pada pusingan kedua Piala FA.*
          *Pemain tengah skuad Tok Gajah itu berkata, dia semakin yakin dengan prestasi dan sedia disenaraikan untuk melayan kunjungan kelab amatur, PIB FC di Stadium Darul Makmur, Rabu ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SALAM ISRAk MIKRAJ*

*RAU 3 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 27 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0546*
*SUBUH : 0556*
*SYURUK : 0711*
*ZOHOR : 1319*
*ASAR : 1623*
*MAGHRIB : 1923*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 2april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *“SAYA mahu menjadi penyanyi dan pelakon selepas dibebaskan nanti,” kata wanita Vietnam, Doan Thi Huong kepada media selepas tamat prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Terdahulu, Hakim Datuk Azmi Ariffin menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan empat bulan selepas Doan mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif, menyebabkan kecederaan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam menggunakan bahan berbahaya.*

               *“TAK sangka kejadian ni (belalai air) berlaku pada hari ulang tahun kelahiran saya...syukur kerana masih panjang umur dan selamat,” kata Nona Khalid, 75, menceritakan detik cemas ketika dia dan suaminya nyaris dihempap zink serta kayu dalam kejadian yang melanda kawasan Flat Uda, Tanjong Tokong di sini, semalam.*

               *SUSPEK yang mencederakan seorang remaja menggunakan besi di sebuah masjid di Tanjong Karang, 26 Mac lalu ditahan polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab berkata, suspek berusia 50 tahun yang juga penagih dadah ditahan ketika sedang mengambil rawatan pemulihan dadah di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, jam 11.15 pagi tadi.*

               *PENDUDUK Kampung Pintu Padang, Gopeng terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara berunsur syirik ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Urban Trail 2019, Muhammad Ashraf Hassan, 29,
Ketua Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi, 41, berkata, ada aduan penduduk kampung melihat beberapa individu hadir membawa pelbagai barangan bagi tujuan ritual seperti tanduk rusa, tanduk kerbau, pasu dan macam-macam lagi.*

               *MUNGKINKAH ada dadah? Itu persoalan yang timbul apabila polis membongkar makmal memproses heroin dan merampas 80 kotak teh herba bernilai RM753,000 dalam serbuan di Simpang Ampat, Georgetown, Khamis lalu. Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada teh herba berkenaan yang hanya dijual secara dalam talian berkemungkinan mengandungi campuran dadah berikutan harganya mencecah RM428 sekotak.*

                *SEORANG tukang urut wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, semalam terhadap tuduhan memiliki heroin, Januari lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Fatimah Mustafa, 51, mengaku salah terhadap pertuduhan. Mahkamah turut memerintahkan ibu enam anak itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 18 Januari lalu.*

               *AKIBAT mengeluarkan perkataan 'pondan' kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dihalau keluar oleh Timbalan Yang di-Pertua Datuk Rashid Hasnon dari Sidang Dewan Rakyat, hari ini. Rashid sebelum itu mengarahkan Ahmad Marzuk menarik balik perkataan itu selepas Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) membangkitkan Peraturan Mesyuarat Perkara 36 (4) iaitu mengeluarkan perkataan tidak sopan.*

               *SEBANYAK 212 motosikal kapcai dan model lain berkonvoi sejauh lebih 25 kilometer dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar ke Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena, hari ini. Kembara itu turut disertai Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin yang menunggang Honda kapcai berusia hampir 100 tahun bersama pegawai dan anggotanya sempena Sambutan Hari Polis ke-212 tahun ini.*

               *POLIS mengambil keterangan individu bergelar Tan Sri yang didakwa mendera tiga pembantu rumahnya di Country Heights, Kajang, 26 Mac lalu. Sumber berkata, keterangan Tan Sri berusia 58 tahun diambil sehari selepas pembantu rumahnya melarikan diri dari rumah lelaki itu dan laporan polis dibuat berhubung kejadian.*

               *PELAJAR perempuan menempuhi detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu buas enam lelaki, termasuk kenalannya sendiri di pangsapuri di Putatan, Penampang, Ahad lalu. Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun dikatakan keluar bersama kenalannya dan beberapa lelaki di Putatan.*

               *LARI bersama sudip dan senduk. Itu dilakukan seorang tukang masak selepas menyedari kedai tom yam tempatnya bekerja diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di Kampung Pertama, Permatang Pauh, Georgetown, semalam. Dalam operasi bermula 2 petang itu, lelaki berkenaan sedang memasak hidangan dipesan pelanggan sebelum terkejut apabila menyedari kehadiran anggota JIM Pulau Pinang.*

               *MAYAT yang ditemui dalam keadaan berselimut dan dibungkus dengan plastik lut sinar berhampiran kedai di Bandar Kinrara di Puchong semalam, disahkan lelaki warga asing. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Serdang mendapati lelaki itu dipercayai meninggal dunia dua hingga tiga hari lalu.*

               *MAHU menyahut cabaran bermalam dengan melepasi kawalan keselamatan, dua pelajar tingkatan lima nekad menceroboh gedung kelengkapan rumah terkemuka di Batu Kawan, Sabtu lalu. Mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dilihat memasuki premis berkenaan selepas waktu operasi antara jam 10 malam Sabtu, hingga 6.40 pagi Ahad.*

               *“APABILA anda berada dalam kerajaan, anda tidak dibenarkan terima hadiah (rasuah),” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri memberi reaksi itu ketika mengulas penahanan setiausaha politik kepada seorang menteri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, atas dakwaan menerima rasuah seutas jam tangan mewah.*

               *SEBANYAK 2 juta dekoder MYTV sudah diagihkan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) berkelayakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. Beliau berkata, dekoder diperuntukkan merangkumi 1,651,333 unit dekoder Digital Television Terrestrial (DTT) dan 24,482 set Dekoder to Home (DTH) yang diagihkan kepada isi rumah B40 yang berkelayakan.*

               *DUA anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan untuk membantu siasatan kes kebakaran rumah yang mengorbankan tiga beranak di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, di Langkawi. Tinjauan mendapati, dua anjing jenis English Springer Spaniel diberi nama Geoffrey dan Rusty itu tiba di lokasi kejadian, jam 11 pagi, hari ini.*

               *KERAJAAN akan melaksanakan operasi melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia di 10 lokaliti bermula Julai ini dalam usaha memperkukuh aktiviti kawalan denggi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan itu susulan kejayaan program perintis di lima lokaliti yang dijalankan sejak 2017, melibatkan hampir empat juta nyamuk berbakteria Wolbachia dilepaskan.*

               *REMAJA lelaki kempunan menikmati hasil curi selepas dicekup kira-kira 12 jam selepas melakukan perbuatan itu, di Kampung Hilir Kabong, Saratok, semalam. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Polis Mordani Tanin berkata, perbuatan remaja berusia 14 tahun terbabit disedari penduduk, sebelum memaklumkannya kepada mangsa yang juga wanita berusia 42 tahun.*

               *DUA wanita warga Indonesia cuba terjun dari tingkat lima sebuah hotel di Jalan Kepong, Kuala Lumpur, bagi meloloskan diri selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam. Bagaimanapun, tindakan wanita warga asing itu gagal apabila mereka berjaya ditahan anggota penguat kuasa.*

               *PROSES pengundian tapak bazar Ramadan bertukar kecoh apaila kira-kira 300 peniaga membantah pemindahan tapak bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja. Protes berkenaan dilakukan ketika proses pengundian tapak bazar Ramadan di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur, apabila sekumpulan peniaga menyerbu pentas pengundian.*

               *CALON Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram akan berbincang dengan kerajaan negeri dan Pusat untuk membantu menyelesaikan isu rumah mampu milik di Rantau termasuk cadangan membina kawasan kediaman projek perumahan rakyat (PPR).*

               *SEBANYAK 30 kereta klon yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah akan dilelong kepada orang ramai melalui satu majlis lelongan awam yang akan berlangsung di jabatan berkenaan, pada 28 April ini. Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Shariff berkata, lelongan kereta klon itu bermula 9 pagi itu adalah julung kali diadakan oleh jabatan berkenaan selepas mendapat kebenaran daripada pihak ibu pejabat selain menambah baik prosedur bagi lelongan kenderaan dari jenis berkenaan yang kebanyakannya didaftarkan di Singapura sebelum ini.*

               *PELAJAR yang mahu minum petang digemparkan dengan ular sawa sepanjang 3.65 meter yang masuk ke dewan makan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga, di Lingga, semalam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim, dalam kejadian pada 4.30 petang itu, ular seberat 13 kilogram itu ditemui tukang masak.*

               *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka tender tempahan bagi siri nombor pendaftaran kenderaan KES 1 hingga KES 9999 kepada orang awam bermula semalam hingga 12 tengah hari, 15 April ini. Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Shariff berkata, sebanyak RM1.5 juta nilai bidaan disasarkan bagi keseluruhan nombor pendaftaran siri itu.*

                *MELAKA mencatatkan sebanyak 530 kes denggi bagi tempoh 13 minggu pertama tahun ini, iaitu meningkat sebanyak 381 kes berbanding hanya 149 kes bagi tempoh sama tahun lalu. EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, sebanyak tiga kematian akibat denggi turut direkodkan di negeri ini sehingga 30 Mac lalu.*

               *HANYA kerana enggan pulang ke rumah mereka menyebabkan seorang wanita ditumbuk di kepala beberapa kali oleh suaminya yang menyerang mangsa di kediaman keluarganya di Taman Tunku Putra, di Kulim, semalam. Dalam kejadian 9.30 malam itu, suspek berusia 31 tahun datang ke rumah itu dalam keadaan mabuk dan mengajak isterinya berusia 27 tahun pulang.*

               *KERAJAAN Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan (PH) digesa meneruskan projek perumahan rakyat bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ada beberapa projek perumahan yang diluluskan kerajaan negeri ketika pentadbiran BN bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kini tidak diteruskan kepimpinan sedia ada.*

               *PENJAWAT awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, hari ini, atas pertuduhan pecah amanah, sejak tiga tahun lalu. Tertuduh, Saiful Nizam Abdul Rahim, 41, yang juga pemandu Jabatan Kesihatan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.*

               *PAS Sabah bersedia meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan akan datang. Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata, perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat PAS Sabah di Kota Kinabalu, semalam.*

               *PEMANDU pacuan empat roda Toyota Hilux yang ditahan kerana memandu secara berbahaya di lorong kecemasan di Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Seremban, sudah diberi jaminan polis, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Azisman Alias berkata, pihak polis juga membuka kertas siasatan berhubung kejadian pada Ahad lalu dan lelaki berusia 38 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam masa terdekat.*

               *SETIAUSAHA politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung menerima suapan berbentuk seutas jam tangan dianggarkan RM28,000. Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal di Mahkamah Majistret Putrajaya bermula hari ini sehingga 5 April.*

               *TIMBALAN Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Paddy Abd Halim dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuat kuasa 1 April. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Subromaniam Tholasy yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 9 Mac lalu.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *BEIJING: Seramai 23 murid sebuah tadika di bandar Jiaozuo, Henan dimasukkan ke hospital selepas seorang guru meracunkan bubur mereka.*
          *Akhbar Xinhua melaporkan, guru yang hanya dikenali sebagai Wang ditahan polis selepas kejadian pada 27 Mac lalu.*
         *Pihak berkuasa tempatan berkata, kanak-kanak malang itu muntah dan pengsan selepas selesai sarapan.*
         *Seorang mangsa masih dirawat di hospital kerana mengalami simptom teruk dan tujuh lagi di bawah pemantauan doktor.*

         *SINGAPURA: Nama penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga dan Ariana Grande termasuk dalam senarai artis yang dikemukakan kepada anggota parlimen Singapura kerana lagu mereka yang mengandungi lirik sensitif.*
         *Reuters melaporkan, senarai itu adalah sebahagian daripada kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri hari ini mengenai isu ucapan berbaur kebencian.*
             *Sebelum ini, kerajaan mengharamkan konsert kumpulan death metal dari Sweden, Watain kerana dikatakan menolak agama serta menggalakkan keganasan.*

        *LOS ANGELES: Seramai enam orang cedera dalam insiden rempuhan di pengebumian penyanyi rap Nipsey Hussle di selatan Los Angeles, hari ini.*
          *Ratusan orang berkumpul di luar butik pakaian milik Hussle yang maut ditembak di luar premis terbabit Ahad lalu.*
          *Menurut AFP, rempuhan tercetus sekitar jam 8 malam ketika pengebumian berlangsung, namun puncanya belum diketahui lagi.*
        *Polis Los Angeles menerusi Twitter berkata, dakwaan beberapa tembakan dilepaskan ketika pengebumian adalah tidak benar.*

        *JAKARTA: Seramai 23 pelajar di Jawa Barat terpaksa bermalam di sekolah untuk menduduki peperiksaan awam berkomputer, semalam disebabkan rumah mereka terlalu jauh dari tempat peperiksaan.*
           *Menurut Kompas.com, pelajar berkenaan dari dua sekolah tinggi di daerah Jatinegara dan perjalanan mereka ke Sekolah Informatika di Ciamis selama dua jam.*
            *Dua sekolah berkenaan belum memperoleh Nombor Pengenalan Siswa Kebangsaan menyebabkan pelajarnya didaftarkan ke Sekolah Informatika.*

        *SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines menggantung operasi dua pesawat Boeing 787-10 yang didapati mengalami masalah enjin ketika pemeriksaan dilakukan.*
           *Menurut syarikat itu, keputusan dibuat selepas pihaknya menemui kerosakan pada bilah enjin turbin pada pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce itu.*
          *Dua pesawat terbabit digantung sementara menunggu penggantian enjin baru.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *MALANG tidak berbau buat seorang penunggang motosikal apabila terkena tayar treler yang tercabut di Batu 3 Jalan Seremban-Port Dickson, semalam.*
           *Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mangsa, Mohamad Haanee Kamaludeen, 30, cedera di kepala dan kaki kiri.*
         *Semalam, rakaman video berdurasi tiga saat tular di Facebook menunjukkan penunggang motosikal dirempuh tayar treler yang tercabut menyebabkan mangsa terjatuh.*

          *PEKERJA logistik maut selepas diseret treler beberapa meter akibat melanggar tayar kenderaan berat itu berdekatan di sebuah depoh di estport, di Pelabuhan Klang, semalam.*
         *Mangsa, Ramlee Rusland, 31 yang menunggang motosikal itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang akibat parah.*
          *Terdahulu, rakaman berdurasi 28 saat tular di media sosial yang menunjukkan penunggang motosikal diseret treler yang sedang membelok.*

          *GELAGAT lelaki misteri memandu kereta Perodua Kancil lusuh sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memandu melawan arus di Jalan Baru, Perai, Bukit Mertajam, semalam.*
           *Tindakannya itu membuatkan anggota polis peronda bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai perbuatan pemandu terbabit yang dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.*
            *Sebelum ini, gelagat lelaki misteri terbabit yang dilihat tidak terurus tular di laman sosial kerana dikesan memandu Perodua Kancil lusuh di beberapa kawasan sekitar SPT dan Seberang Perai Selatan (SPS).*

           *IBU kepada bayi yang mengidap Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (HIE), Nur Ariana Sofia Mohammad Saufi, lima bulan, membuat laporan polis, hari ini, selepas gambar anaknya itu digunakan dalam satu perkongsian maklumat palsu yang disebarkan di media sosial.*
          *Nurul Atikah Yaakup, 25, berkata, dia menyedari perkara itu semalam apabila terlihat hantaran berkenaan dikongsi oleh salah seorang kenalannya di Facebook.*
            *”Saya terkejut bila melihat perkongsian itu yang menggunakan beberapa keping gambar Ariana, namun nama serta penyakit yang berbeza.*

          *SEORANG lelaki cedera di perut selepas ditembak polis ketika mengamuk di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang, hari ini.*
           *Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, polis menerima maklumat awal daripada pihak bank pada jam 12.30 tengah hari yang memaklumkan suspek berusia 41 tahun itu mengamuk dipercayai kerana tidak boleh mengeluarkan wang.*
           *Menurutnya, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) digerakkan ke lokasi kejadian namun suspek juga warga tempatan sudah beredar dari bank berkenaan.*

          ♂ *ANGGOTA polis trafik cedera pada kaki selepas melambung akibat dirempuh kereta ketika mengawal lalu lintas di Jalan Raja Laut menghala ke Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, hari ini.*
          *Dalam kejadian 8.11 pagi tadi, mangsa, Konstabel Aniq Mohd Kassim, 22, dirempuh kereta Mercedes E200 menyebabkannya melambung dan tercampak kira-kira satu meter di lokasi terbabit.*
            *Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kereta terbabit datang dari arah Jalan Hishamuddin menuju ke Jalan Raja Laut lalu melanggar anggota trafik berkenaan.*

         *JAKARTA: Rakaman video seorang kanak-kanak perempuan menggosok gigi buaya peliharaan di bilik air rumahnya di Tangerang mencuri tumpuan media asing.*
          *Dalam video berdurasi hampir seminit itu, kanak-kanak dikenali sebagai Maharani seronok bermain dengan reptilia kecil itu dalam besen diisi air.*
        *Kanak-kanak berani itu menggosok gigi buaya dengan berus yang diletakkan ubat gigi dan reptilia itu seolah tidak kisah ia dibersihkan.*
          *Malah, buaya itu tetap tenang meskipun kepalanya dua kali terlepas dari tangan kanak-kanak berkenaan.*
                 

*ARENA*
========


         *ANDY Murray kembali beraksi di gelanggang tenis selepas dua bulan menjalani pembedahan bahagian pinggang.*
          *Murray, yang tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak tewas di pusingan pertama di Terbuka Australia pada Januari berkata, bulan lepas dia mungkin boleh beraksi di Wimbledon dengan keadaannya ketika ini bebas daripada kecederaan selepas melakukan pembedahan.*
           *Pemain berusia 31 tahun itu memuat naik video pendek menerusi Instagram, di mana dia kelihatan membuat pukulan di gelanggang terbuka dengan catatan : “Ini hanya permulaan.”*

          *MESUT Ozil kembali membina hubungan baik dengan penyokong Arsenal selepas kerap menerima kecaman berikutan penurunan prestasi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).*
            *Pemain tengah itu mendapat kepercayaan mereka selepas dipilih Pemain Terbaik Perlawanan ketika Arsenal mengatasi Newcastle 2-0 di Emirates, awal pagi tadi.*
         *Bercakap pada sesi temu ramah selepas perlawanan menyaksikan Gunners melonjak ke tangga ketiga EPL, pemain Jerman itu tersenyum sinis apabila Gunners memintas musuh ketat, Tottenham.*

          *JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde menyasarkan untuk memenangi enam daripada sembilan aksi terakhir La Liga Sepanyol musim ini untuk membantu pasukannya mengekalkan kejuaraan.*
           *Kelab Catalan itu unggul 10 mata di depan pasukan tangga kedua Atletico Madrid, yang berkunjung ke Nou Camp Sabtu ini, selepas mereka bertandang ke kelab bermasalah Villarreal, awal pagi esok.*
           *"Ada sembilan perlawanan lagi dan jika kami menang enam daripadanya, kami juara,” kata Valverde kepada wartawan semalam.*

          *MAURIZIO Sarri berdepan satu lagi episod kurang kepercayaan daripada penyokong Chelsea sekiranya pengendali dari Itali itu gagal meningkatkan aksi longlai pasukannya apabila berdepan Brighton, awal pagi Khamis ini.*
           *Sarri menjadi subjek kecaman penyokong Blues di Cardiff, kelmarin sebagai reaksi prestasi buruk pasukan yang hanya diselamatkan oleh dua jaringan lewat enam minit sebelum tamat.*

          *PENGURUS Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal nyata lega dengan penamat ke-16 yang diraih oleh pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada pusingan kedua Grand Prix (GP) Argentina, Ahad lalu.*
        *Pencapaian itu juga mengurangkan rasa kurang puas hati Poncharal terhadap prestasi Hafizh pada pusingan pertama di GP Qatar yang menyaksikannya menduduki tempat 20 yang juga tercorot dengan ketinggalan 20 saat berbanding pelumba di hadapannya.*
          *"Hafizh seperti hilang arah di Qatar tetapi cara dia bangkit di Argentina bermula daripada sesi latihan bebas pertama sangat menakjubkan.*

           *KELANTAN tewas 3-0 kepada Selangor dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.
Skuad kendalian Marco Kraljevic terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang daripada dibolosi.*
           *Begitupun, Selangor terpaksa menunggu selepas waktu rehat permainan untuk mencatat kemenangan selesa.*

           *PEMAIN nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun mara ke pusingan kedua selepas diberikan tentangan sengit oleh pemain bukan pilihan, Jan O Jorgensen dari Denmark pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.*
           *Momota terpaksa berhempas pulas selama hampir sejam sebelum menewaskan Jorgensen, 20-22, 21-13, 21-11 pada perlawanan pusingan pertama kejohanan itu yang berlangsung di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil, hari ini.*
           *Pemain Jepun itu dijadual berdepan pemain Indonesia, Jonatan Christie pada Khamis ini.*

           *PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bersama jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee akan menganggotai panel kajian teknikal dalam proses pengambilan pemain naturalisasi untuk mewakili skuad kebangsaan.*
          *Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, panel kajian teknikal dipengerusikan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi itu akan dianggotai Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo dan jurulatih Selangor, B Satiananthan.*
        *Beliau berkata, panel kajian teknikal itu akan mengkaji dan merangka mekanisme terbaik dalam pemilihan pemain yang bakal menyarung jersi skuad kebangsaan termasuk mengambil kira faktor umur dan persembahan mereka.*

          *BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menamatkan badi kekalahan selepas menumpaskan juara Seluruh England 2018, Yuta Watanabe-Arisa Higashino di pusingan pertama Terbuka Malaysia hari ini.*
            *Pasangan itu mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-15.*
             *Sementara itu, dalm aksi perseorangan lelaki, Liew Daren tersingkir di pusingan pertama selepas kalah straight set 10-21, 15-21 kepada wakil Thailand, Kantaphon Wangcharoen.*
           *Turut mengalami nasib sama pemain wanita negara, Soniia Cheah yang tewas kepada pilihan keempat dari Jepun, Akane Yamaguchi 16-21, 17-21.*

          *WALAUPUN melalui jadual yang padat, penjaga gol skuad hoki wanita negara, Farah Ayuni Yahya tetap bersemangat untuk menyarung jersi Malaysian Tigress dalam menghadapi lima siri perlawanan persahabatan dengan pasukan nombor satu Asia, India.*
          *Farah tiba di Malaysia kelmarin selepas membantu East Grinstead mencatat kemenangan 3-2 ke atas Clifton Robinsons pada perlawanan terakhir Liga Hoki England, Sabtu lalu.*
             *Dia akan kembali semula ke England 12 April ini untuk beraksi dalam pusingan kalah mati.*

          *KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak akan melakukan percaturan baharu untuk skuad Kedah bagi menghadapi Selangor United pada aksi Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.*
         *Mengulas berkaitan perkara itu, Aidil berkata beliau akan meletakkan beberapa pemain lain dianggap 'tenaga baharu' bersesuaian dengan strategi diterapkan untuk saingan kalah mati Piala FA.*

         *BERBAKI dua hari sebelum Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) membawa kes membabitkan bekas presiden, Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie ke mahkamah, individu berkenaan masih lagi berdiam diri dan enggan memberi sebarang maklum balas.*
               *Pemangku Presiden PFA, Mohamad Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga Khamis ini untuk Ahmad Amizal tampil membantu menyelesaikan semua masalah yang ditimbulkan tetapi hingga kini, beliau masih belum memberikan kerjasama.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 4 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 28 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0546*
*SUBUH : 0556*
*SYURUK : 0711*
*ZOHOR : 1319*
*ASAR : 1623*
*MAGHRIB : 1923*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 3april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *ANGGOTA bomba dilihat di antara belakang jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan van EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) pada insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu, disahkan bukan Muhammad Adib Mohd Kassim. Pegawai Penyiasat Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Asisten Superintendan Lew Keng Joe sebaliknya berkata, individu berkenaan adalah anggota FRT, Mohd Hazim Mohd Rahimi.*

               *KAPAL layar mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga RM514 juta (126 juta AS Dolar). Peguam Negara Tommy Thomas berkata, Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberikan kelulusan menerima tawaran membeli Equanimity daripada syarikat berkenaan atas terma dan syarat pegawai mahkamah.*

                *BARISAN Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau walaupun sedar kempen agresif dilakukan Pakatan Harapan (PH). Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun peluang mempertahankan kerusi masih 50-50.*

               *PERBICARAAN tujuh kes jenayah dihadapi Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini, tetap diteruskan petang ini. Perkara itu disahkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Perdana Menteri berkenaan ketika dihubungi, di sini, semalam.*

                *AYAM yang disembelih akan dilemaskan di dalam bekas berisi air bagi mempercepatkan haiwan itu mati sebelum proses lanjut dilakukan. Itu modus operandi sebuah pusat penyembelihan ayam beroperasi secara haram di Jalan Kapar, Klang yang turut didapati kotor, busuk dan menjijikkan. Perkara itu dikesan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pelbagai agensi lain yang menjalankan serbuan ke atas premis berkenaan, kira-kira 1 pagi tadi.*

                *DUA lelaki maut selepas tayar hadapan kanan sebuah kontena bermuatan cili pecah lalu terbabas dan melanggar Perodua Myvi di laluan bertentangan di Kilometer 146.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan hari ini. Kejadian 5.30 petang itu menyebabkan kedua-dua kenderaan dipandu kedua-dua mangsa terhumban ke dalam gaung kira-kira 10 meter.*

               *“SAYA pergi ke tandas sekejap saja, bila kembali ke dapur saya tengok api sudah terpercik ke dinding rumah,” kata peniaga, Nuraznida Aziz, 34. Nuraznida, mangsa kebakaran membabitkan tiga rumah dalam kejadian jam 4 pagi tadi di Taman Binjai Manis, Ketereh, Kelantan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.*

                *TIGA pelajar lelaki maut, manakala dua yang lain cedera selepas dua kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kota Tinggi ke Bandar Penawar, Simpang FELDA Lok Heng di Kota Tinggi, petang hari ini. Penyelia Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Rahim Abdul Rani berkata, kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Myvi dan Proton Wira.*

                *SINDIKET pengedaran dadah yang berselindung di sebalik perniagaan tekstil ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) apabila 338 kilogram ketamin bernilai RM20 juta dirampas di Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 Mac lalu. Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM, Datuk Azimah Abdul Hamid berkata, serbuan dilakukan anggota Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sebaik menerima maklumat awam.*

               *SEORANG kanak-kanak lelaki ditemui lemas di Sungai Perak di Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, semalam. Terdahulu, pada 6 petang, mangsa Ahmad Salman Omar, 11, ke kawasan sungai berkenaan yang berhampiran rumahnya bersama rakan dan ibunya.*

               *PROSIDING perbicaraan hari pertama kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd sedikit tegang apabila seorang penyokong Datuk Seri Najib Razak membuat kecoh di luar bilik Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Difahamkan penyokong itu yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan berkelakuan sedemikian berikutan dilarang memasuki kamar bicara bagi mengikuti prosiding yang sedang berlangsung.*

               *SEBANYAK 60,000 liter air digunakan bagi mengawal kebakaran membabitkan keluasan 2.42 hektar di Taman Negara Similajau, Bintulu. Setakat 2.15 petang, semalam, kebakaran membabitkan 90 peratus kawasan terjejas berjaya dikawal menggunakan teknik semburan dari udara.*

                *TINDAKAN empat premis menjual beg tangan tiruan berjenama di sekitar Klang mengundang padah apabila ‘dikunjungi’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam. Semua premis itu diserbu secara berasingan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor, bermula 12.30 tengah hari.*

               *PERBUATAN keji pemandu lori mencabul kanak-kanak perempuan yang diasuh isterinya mengundang padah apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa di rumah di Klang antara 10 pagi hingga 7 malam.*

               *PERBUATAN seorang peniaga menjual rokok seludup dipercayai untuk mengaut keuntungan mudah, akhirnya terbongkar hasil serbuan polis ke sebuah premis di pekan Air Mawang, Johol, Kuala Pilah, Ahad lalu. Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, kira-kira pada 11 pagi itu adalah hasil maklumat awam.*

                *NELAYAN warga emas cedera dipukul dengan pengunci stereng dalam satu perselisihan faham di tepi sungai Kampung Seberang Pintasan, Dungun Ahad lalu. Kejadian 9 malam berlaku ketika lelaki berusia 72 tahun itu sedang membuang air yang ada di dalam bot sebelum didatangi lelaki dikenali.*

                *MAYAT lelaki berusia 54 tahun ditemui dengan belitan tali pada leher di Kampung Padang Benta, Mukim Kedawang, Langkawi, hari ini. Mayat itu ditemui tertiarap atas tanah pada bahagian kiri rumah oleh anak lelaki terbabit.*

               *MISI kemanusiaan kali ke-12 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Syria lebih bermakna apabila mereka bakal mendirikan sebuah penempatan lengkap pelbagai kemudahan buat pelarian Syria di Idlib. Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Sany Araby Al-Kahery berkata, penempatan yang diberi nama Perkampungan Ummah itu berjaya direalisasikan hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi kutipan yang dilancarkan sejak dua bulan lalu.*

               *SEORANG pesara tentera meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas berjogging di Stadium Mini Sabak Bernam, Sabak Bernam, hari ini. Dalam kejadian 8.45 pagi, mangsa, K Siva Sundar, 47, dikatakan rebah ketika berhenti untuk berehat.*

               *SEBANYAK 140 bangunan kerajaan di seluruh negara dengan 39 daripadanya terletak di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC). Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, semua bangunan berkenaan dikategorikan sebagai ‘designated building’ (bangunan ditetapkan) perlu memiliki FC.*

               *ANAK dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bapa kandungnya. Tertuduh, Nikizwan Sajani, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Afiq Agoes.*

               *KEBANYAKAN nelayan pinggir pantai di Melaka Barat, di Alor ajah, mengeluh apabila hasil tangkapan berkurangan berikutan peralihan angin monsun Timur Laut ke Barat Daya sejak hujung bulan lalu. Hidup mereka bertambah sukar apabila hasil jualan tangkapan tidak mampu menampung kos bahan api enjin sangkut manakala tenaga dikeluarkan tidak berbaloi dengan ikan yang didaratkan.*

               *AHLI perniagaan bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menipu seorang individu membabitkan wang berjumlah RM19 juta berkaitan siasatan projek meja terowong dasar laut di Pulau Pinang, dua tahun lalu.
Tertuduh, M G Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

                *SERAMAI 30 warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di kelab malam sekitar Station 18 dan Jalan Mustapha Al Bakri di Ipoh, ditahan dalam operasi bersepadu, semalam. Operasi bermula 9 malam dan berakhir 12 tengah malam itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak.*

               *BERANG ditegur kerana membuat bising, lelaki tergamak mengugut menembak bapanya sendiri dengan senapang di rumah panjang Long Tabing, Tinjar, di Kota Belud, Ahad lalu. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, suspek 32 tahun mengancam dengan senapang buatan sendiri jenis bakakuk di kepala mangsa sambil mengatakan ‘saya tembak kau nanti’ sebanyak dua kali.*

               *PENOLONG Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa 1 juta syer dalam dana SRC International Sdn Bhd dipegang Menteri Kewangan yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*

               *JERITAN seorang wanita menyelamatkan anak lelakinya daripada dilarikan individu tidak dikenali di kawasan parkir perumahan di Jalan Laksamana Permai 3, Taman Laksamana Permai, dekat Selayang, petang semalam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek yang melarikan diri menggunakan motosikal sempat dikejar seorang lelaki sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis.*

               *POLIS menahan dua individu bergelar Tan Sri dan Puan Sri bagi membantu siasatan berhubung kes amah yang dilayan dengan kekerasan di Country Heights, Kajang, 29 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata, dua individu berkenaan ditahan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 8 pagi tadi.*

               *PEGUAM Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertikaikan kenyataan pembukaan yang dibaca Peguam Negara, Tommy Thomas ketika perbicaraan hari pertama kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak. Muhammad Shafee berkata, kenyataan itu tidak mengikut Seksyen 179 Kanun Prosedur Jenayah berikutan kesemua pertuduhan tidak dinyatakan secara jelas.*

               *MALAYSIA kini menduduki carta teratas pasaran rokok seludup dunia membabitkan 58.9 peratus penguasaan pasaran tempatan atau kira-kira 12 bilion batang rokok seludup dijual di negara ini. Berdasarkan Kajian Rokok Seludup Malaysia (ICS) 2018, senario itu akan mengakibatkan Malaysia akan kehilangan sehingga RM5 bilion pendapatan cukai yang tidak dikutip setahun.*

               *TIDAK puas hati menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam bungkusan plastik lut sinar berhampiran sebuah kedai di Bandar Kinrara, Serdang, kelmarin. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil siasatan pihaknya berjaya mengesan dua lelaki warga Bangladesh masing-masing berusia 30-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang memberkas enam nelayan warga Vietnam termasuk tekong ketika leka mencuri hasil laut negara di lokasi kira-kira 125 kilometer Tenggara dari Kuantan. Pengarah Maritim Malaysia negeri, Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, semua nelayan asing berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun itu ditahan 5 petang semalam.*

               *BANGKAI paus yang ditemui terdampar di pantai Kuala Sala di perairan Kedah hari ini dipercayai adalah dari jenis Paus Baleen (Baleen Whale). Sumber Jabatan Perikanan Negeri Kedah berkata, paus spesis itu jarang ditemui di perairan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui bagaimana paus jenis berkenaan boleh berada di perairan Kedah.*

               *UMNO Sabah mengambil pendirian tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun UMNO Sabah mempunyai ramai ahli di Sandakan, ia tidak bertanding kerana mahu memberi laluan kepada parti pembangkang lain.*

               *Kuala Terengganu: Bengang diminta memulangkan wang upah RM50, seorang buruh naik hantu apabila menyerang seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di Chendering. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.40 pagi semalam ketika mangsa berusia 56 tahun pergi ke rumah suspek berusia 38 tahun untuk meminta semula duit upah RM50 yang diberikan sebagai bayaran pendahuluan bagi kerja pembersihan.*

               *WANITA kerugian hampir RM60,000 selepas rumahnya di Jalan Alor Tempoyak, Dungun dipecah masuk kelmarin. Mangsa berusia 52 tahun yang ke tingkat bawah rumahnya 7.45 pagi terkejut apabila melihat pintu hadapan rumah terbuka manakala beg yang diletakkan di ruang tamu berselerak.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) untuk memantau laman web serta akaun media sosial golongan antivaksin. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, golongan yang menolak vaksin di negara ini kurang satu peratus daripada jumlah penduduk.*

               *MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini, mendedahkan surat tawaran pembelian Bangunan Malaysia di Hong Kong bernilai RM1.68 bilion selepas dicabar berbuat demikian oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Pendedahan surat tawaran daripada firma guaman Hong Kong itu, bagi menolak dakwaan Wee kononnya tawaran diterima kerajaan untuk pembelian aset itu adalah dalam mata wang dolar Hong Kong (HKD), bukan Ringgit Malaysia.*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam fasa terakhir melaksanakan subsidi petrol secara bersasar sebelum dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Kewangan sudah memuktamadkan satu vendor untuk mengendalikan sistem yang akan digunakan kelak.*

               *EDITOR Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menzahirkan kelegaan dan gembira apabila kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya dibicara hari ini. Clare berkata, kes penyelewengan membabitkan Najib itu sudah didedahkan sekian lama dan perbicaraan yang berlangsung hari ini menjadi penanda aras terhadap sistem perundangan di Malaysia.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *BANDAR SERI BEGAWAN: Kerajaan Brunei memperkenalkan undang-undang syariah yang lebih tegas, termasuk hukuman rejam sehingga mati ke atas pesalah zina dan hubungan seks sejenis meskipun berdepan dengan kecaman di peringkat global.*
         *Hukum hudud di kepulauan Borneo yang diperintah Sultan Hassanal Bolkiah itu akhirnya dikuatkuasakan sepenuhnya selepas tertangguh beberapa lama.*
            *Undang-undang yang turut mencakupi hukuman potong tangan atau kaki untuk kesalahan mencuri, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara dan Asia Timur melaksanakan kanun keseksaan berasaskan prinsip syariah, menyamai negara Timur Tengah seperti Arab Saudi.*

           *MANILA: Pihak berkuasa Filipina terkejut menemui ratusan labah-labah besar dalam bungkusan hadiah yang dikirim dan Poland, semalam.*
          *Serangga yang bersesak dalam bekas plastik itu ditemui di pusat memproses surat dan bungkusa dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.*
          *Kastam membuka bungkusan meragukan itu dan menemui kuih, makanan oat dan serbuk teh namun pemeriksaan lanjut menemui puluhan bekas plastik berisi 747 labah-labah.*

            *LONDON: Seorang lelaki merosakkan percutian bulan madu ke Mesir dengan isterinya selepas menumbuk dua pramugara yang meminta dia berhenti menghisap rokok elektronik dalam pesawat, baru-baru ini.*
          *Susulan itu, mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan terhadap Michael Cunnett yang turut diarahkan membayar pampasan sebanyak 500 pound (RM2,688) kepada mangsa.*
         *Dalam kejadian pada Februari lalu, Cunnett, 38, minum empat gelas arak sebelum menaiki penerbangan easyJet pada jam 9 pagi di lapangan terbang Gatwick.*

            *CARACAS: Ketika berdepan kekurangan bekalan tenaga elektrik, rakyat Venezuela terpaksa pula berdepan masalah kekurangan bekalan air bersih.*
          *Sejak beberapa bulan lalu, insiden bekalan elektrik terputus kerap berlaku menyebabkan negara itu bergelap dan berlaku kekacauan. Ia mengakibatkan pam air elektrik terpadam dan bekalan air terputus.*

            *KHARTOUM: Polis Sudan merampas 15 tan hasyis di Omdurman, bandar kembar Khartoum dan ia dianggap terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.*
             *Hasyis adalah sejenis dadah yang dihasilkan daripada Cannabis sativa.*
          *Ketua polis anti narkotik, Jeneral Hussein Nafia ketika memberitahu agensi berita SUNA, berkata dalam operasi di barat Omdurman itu, pihaknya turut berjaya merampas 80 juta pil methamphetamin.*

           *BATAM: Sejak empat tahun lalu, isteri ahli perniagaan di Batam, Indonesia, menjadi mangsa peras ugut seorang lelaki dikenali melalui media sosial yang mengancam menyebarkan gambar bogelnya jika mangsa enggan melayan nafsu seksnya serta memberi wang.*
          *Menurut media Indonesia, lelaki berkenaan, Handoko atau dikenali sebagai Acun, 46, berkenalan dengan wanita berusia 47 tahun itu melalui Facebook pada 2015.*
         *Tribun News melaporkan, menurut polis, ketika pertemuan pertama mereka, wanita berkenaan tidak sedarkan diri selepas minum minuman diberi Acun.*

           *LONDON: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dihinggapi jangkitan mengerikan di tapak kakinya bermain tanpa memakai kasut di ladang babi di sebuah perkampungan di Brazil.*
          *Menurut Daily Mail yang memetik Jurnal Perubatan New England melaporkan, kaki kanak-kanak berkenaan dijangkiti parasit ‘tunga penetrans’ selama 10 hari sehingga mengakibatkan radang kulit, berpunca dari kutu pasir yang tinggal dalam kulit kanak-kanak berkenaan.*
          *Jangkitan kutu itu kebiasaannya berlaku di kawasan terpencil atau miskin di kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.*

            *TAIPEI: Gempa bumi berukuran magnitud 5.6 menggegarkan kawasan Taitung di tenggara Taiwan, hari ini.*
        *Menurut Reuters, setakat ini, belum ada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.*
          *Saksi memberitahu gempa pada kedalaman 10 kilometer itu menggegarkan bangunan di ibu negara, Taipei.*
           *Lebih 100 orang terbunuh ketika gempa melanda selatan Taiwan pada 2016.*

            *FLORIDA: Seorang wanita China yang melepasi pemeriksaan keselamatan di pusat peranginan Mar-a-Lago milik presiden Donald Trump di sini, didapati membawa pemacu pena yang mengandungi perisian berbahaya.*
            *Reuters melaporkan, wanita bernama Yujing Zhang itu ditahan Sabtu lalu kerana memasuki kawasan larangan selain memberi kenyataan palsu kepada pegawai keselamatan.*
           *Menurut dokumen mahkamah, Zhang memberi dua pasport China yang memaparkan wajahnya kepada pegawai Perkhidmatan Perisikan dan memberitahu ingin ke kolam renang.*

           *WELLINGTON: Polis bersenjata berunding dengan seorang lelaki yang mengunci dirinya dalam rumah selepas menerima laporan tembakan di Auckland Barat, hari ini.*
           *NZ Herald melaporkan, polis menerima laporan satu tembakan dilepaskan di kawasan Glen Eden kira-kira jam 10 pagi.*
        *Polis berkata, skuad khas dihantar ke lokasi sebagai langkah keselamatan dan beberapa laluan turut ditutup.*

           *SELAMA enam tahun budak lelaki berusia 12 tahun di wilayah Sichuan bersusah payah mendukung rakannya yang lumpuh ke sekolah setiap hari agar mereka dapat belajar bersama-sama.*
            *Xu Bingyang, 12, ‘menggalas’ Zhang Ze, 12, yang seberat 25 kilogram setiap hari ke sekolah.*
             *Zhang menghidap myasthenia gravis (MG) iaitu penyakit berkaitan masalah otot, saraf dan antibodi yang melumpuhkan separuh tubuhnya.*
           *Menurut Daily Mail yang memetik laporan Sichuan Online, kedua-dua mereka adalah murid tahun enam Sekolah Rendah Pusat Bandar Raya Hebazi di daerah Qingshen dan Xu menawarkan bantuan memimpin Zhang berjalan sejak mereka di tahun satu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *EMPAT anggota JPJ Perlis sanggup meredah ribut dan hujan lebat membantu wanita berusia lingkungan 30-an yang terbabit dalam kemalangan di Jejawi semalam.*
           *Kisah empat anggota ini yang secara kebetulan meronda di kawasan berkenaan, tular di Facebook.*
           *Dalam kejadian jam 3 petang itu, seorang wanita cedera di anggota badan selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar van di persimpangan lampu isyarat.*

           *PENGGUNAAN ruang solat atau musolla di bahagian bumbung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka digunakan untuk solat Jumaat Mei depan dan bukan 5 April ini seperti yang tular di laman sosial.*
           *Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) memaklumkan, inisiatif mewujudkan ruang solat itu adalah satu usaha pihaknya untuk memudahkan umat Islam, khususnya kakitangan lapangan terbang yang menghadapi kekangan masa, menunaikan solat di bangunan terminal.*
            *Menurutnya, ruang solat ini juga akan dibuka bagi penggunaan orang ramai setelah siap dan mendapat kelulusan berkaitan.*

          *UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menjalankan siasatan mengenai dakwaan membabitkan pensyarah di cawangan Dengkil yang gemar berzina dengan penuntut universiti itu seperti tular di media sosial, baru-baru ini.*
         *Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu bagi tindakan lanjut.*
          *”Kami turut sedang melakukan siasatan mengenainya dan tidak pasti sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.*
          *Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik satu status berkaitan ‘Unpopular Opinion’ (pandangan tidak popular) berkaitan UiTM Dengkil.*

         *CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram menafikan penularan bahan kempen parti oleh jenteranya berhubung program solat hajat dan bacaan Yasin untuknya, malam esok.*
        *Sebaliknya, calon PKR itu berkata, pengedaran bahan kempen berbentuk risalah ‘Jom Solat Hajat Untuk Dr Streram’ di Masjid Imam Haji Kahar Rantau melalui WhatsApp itu sebagai fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.*
          *”Ia satu perbuatan yang tidak wajar, cara kempen yang jahat dan jentera parti akan membuat laporan polis mengenai perbuatan ini.*

          *ORANG ramai ditegah memakan gula-gula perangsang seks haram jenama ‘Candy B+ Complex’ yang dikenal pasti mengandungi racun berbahaya.*
        *Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pihaknya menerima aduan dan maklumat daripada orang awam berkenaan penjualan produk tidak berdaftar itu secara dalam talian melalui laman sesawang http://www.11street.my.*

         *MUSIM sotong bermula sejak pertengahan Mac dan dijangka berterusan hingga Ogos ini bakal memberi pulangan lumayan kepada nelayan di negeri ini.*
           *Nelayan berpeluang menambah pendapatan hasil jualan sotong segar pada harga RM25 hingga RM28 satu kilogram (kg).*
         *Bagi nelayan Abdillah Abd Rashid, 55, dia yang mula mencandat sejak pertengahn Mac lalu mampu memperoleh 20 hingga 35 (kg) sotong semalaman.*
                 

*ARENA*
========


          *LIONEL Messi adalah pemain terbaik dan Barcelona ‘terhutang budi’ terhadapnya atas kejayaan pasukan itu, kata bekas pemain kelab itu David Villa.*
           *Barcelona ketika ini memiliki kelebihan lapan mata di puncak La Liga mengatasi Atletico Madrid menjelang perlawanan kedua-dua pasukan itu awal pagi Ahad ini dan dijadualkan menentang Manchester United pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, bulan ini.*
          *Messi menjadi ‘nadi’ terhadap kejayaan Barcelona, menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan dan membuktikan magisnya tanpa henti.*

           *PENYOKONG Manchester United mengkritik Sergio Romero dan Marcos Rojo kerana ‘seronok ketawa’ di bangku simpanan ketika skuad mereka mengalami kekalahan memedihkan di Wolves.*
          *Pengurus skuad itu, Ole Gunnar Solskjaer yang berharap untuk berada dalam kedudukan empat teratas mengalami tamparan hebat apabila tewas 2-1 di Stadium Molineux.*
           *Ia bertambah perit selepas Ashley Young dibuang padang ketika United terlepas peluang melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika saingan berbaki enam perlawanan musim ini.*

           *MICK Schumacher, anak lelaki juara dunia tujuh kali Michael, melakukan ujian sulung Formula Satu bersama Ferrari di Bahrain semalam dan muncul pemandu kedua terpantas di belakang Max Verstappen dari Red Bull.*
           *Dalam cuaca hujan di litar sama yang mana bapanya menang Grand Prix pertama di Asia Barat bersama Ferrari 15 tahun lalu, Schumacher hanya dibezakan 0.597 saat berbanding pemandu Belanda berusia 21 tahun itu.*

           *VIRGIL van Dijk dan Dejan Lovren mengambil pendekatan berbeza dalam sesi latihan semalam, apabila mengasah skil penjaga gol mereka.*
        *Pemain pertahanan Liverpool itu dalam persiapan berdepan bekas majikan mereka, Southampton pada awal pagi Sabtu yang juga saat getir buat Reds.*
           *Dengan Manchester City akan beraksi berdepan Cardiff awal pagi esok, Liverpool mungkin turun di tangga kedua sebelum mereka dijangka bangkit di Pantai Selatan.*

           *PASUKAN dari Liga M3, Kelantan United FC mencipta kejutan apabila menang tipis 1-0 ke atas Sabah dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.*
               *PAHANG tidak menghadapi masalah untuk layak ke pusingan ketiga Piala FA apabila menewaskan Persada Integriti Bersatu (PIB FC) 4-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.*
               *JUARA Piala Malaysia musim lalu, Perak menewaskan Negeri Sembilan, 2-1 untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA, di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.*
              *PASUKAN Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya merakam kemenangan 2-1 menumpaskan Batu Dua FC dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, hari ini.*

          *MENYEDARI lawan mula memberi tumpuan kepada mereka, pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan mengambil pendekatan berhati-hati berdepan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di pusingan kedua Terbuka Malaysia esok.*
         *Menurut Aaron, mereka memang tidak pernah berdepan dengan Hoki-Kobayshi sebelum ini namun hari ini mereka berkesempatan untuk melihat aksi pasangan Jepun itu di Arena Axiata.*

          *SEKURANG-kurangnya tiga individu yang layak digelar ‘penyamun’ dikenal pasti oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi punca ‘kerosakan’ kepada empat kelab, Marcerra United, Kuantan FA, Hanelang dan Terengganu City FC hingga menyebabkan bekas pemain serta barisan kejurulatihan kelab berkenaan menderita tidak menerima gaji.*
          *Setakat ini, individu berkenaan yang masih lagi bebas daripada sebarang tindakan, bertanggungjawab terhadap hampir RM5 juta keseluruhan tunggakan gaji membabitkan pemain dan barisan kejurulatihan kelab terbabit sejak tiga tahun lalu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 5 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 29 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0545*
*SUBUH : 0555*
*SYURUK : 0710*
*ZOHOR : 1319*
*ASAR : 1623*
*MAGHRIB : 1923*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 4april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KEMENTERIAN Pendidikan mahu menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua pekeliling berkaitan tugasan guru di luar sekolah susulan kemalangan maut membabitkan tiga pelajar di Kota Tinggi, semalam. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, beliau sudah meminta Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin supaya menyemak semula SOP dan pekeliling berkaitan mengenai perkara berkenaan.*

                *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, belum tiba masa untuk kerajaan mendedahkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kepada umum bagi mengelakkan sebarang implikasi termasuk saman. Beliau berkata, laporan akhir CEP sudah dibentangkan kepada beliau dan tugas majlis itu ditamatkan secara rasmi 19 Ogos tahun lalu.*

                *SUNGAI Kim Kim di Pasir Gudang yang dicemar sisa toksik 7 Mac lalu hingga menjejaskan lebih 5,000 orang dan penutupan 111 sekolah bakal menjadi pusat perniagaan atas air dipercayai pertama di negara ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Jaya, Datuk Seri Che Zakaria Salleh berkata, sebelum pembangunan dilakukan di sungai itu pihaknya perlu membersihkan sungai sepanjang 1.5 kilometer itu selama tiga bulan.*

               *“ADIK mahu pakai baju putih,” kata Rozi Abdul Rahem, 41, mengenai adik lelakinya Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20, yang maut dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban, hari ini. Katanya, permintaan terakhir itu dibuat adiknya semalam, sebelum dia membuat persiapan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen GiatMARA yang diadakan di kompleks berkenaan pagi ini.*

               *PENUNTUT kolej swasta yang tular selepas kereta yang dipandunya melanggar seorang anggota polis trafik, sedang bertugas, kelmarin dijatuhi penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Majistret M Saravanan membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Tan Wooi Zhan, 25, selepas mengaku bersalah memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang awam, dua hari lalu.*

               *PEMANDU Toyota Vios yang menyebabkan kematian seorang penuntut kolej Moey Yun Peng, 20, dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang 20 Januari lalu membonceng motosikal bersama bapanya ketika hadir bagi sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di Bukit Mertajam, hari ini. Tertuduh, M K Vaitheswaran, 21, berbaju kemeja biru hadir membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang bapanya.*

               *SERBUAN anggota Pasukan Polis Marin (PPM) terhadap sebuah kereta yang disyaki dinaiki pengedar dadah di Kampung Ipai, di Limbang, membawa kepada penemuan senapang patah buatan sendiri, semalam. Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, sepasukan enam anggota PPM Limbang sedang membuat rondaan dalam Op Landai di kampung terbabit.*

                *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah 119 tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Raja sebagai tambahan kepada 225 lot yang diperuntukkan sebelum ini. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, jumlah itu menjadikan bilangan keseluruhan lot niaga kini sebanyak 344 iaitu lebih banyak berbanding di lokasi asal di Jalan Tuanku Abdul Rahman.*

               *TIDAK tahan dengan sikap suaminya yang baran dan bernafsu liar ketika melakukan hubungan kelamin, seorang wanita berusia 44 tahun membuat laporan, Rabu lalu. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang berniaga sendiri mendakwa turut diliwat suaminya yang berusia 57 tahun selain sering menggunakan objek keras ketika mengadakan hubungan seks.*

                *MAHKAMAH Majistret Kota Kinabalu hari ini menjatuhi hukuman penjara empat tahun terhadap warga emas selepas didapati bersalah menipu seorang lelaki untuk urusan permohonan tanah. Tertuduh Leong Tet Yee @ Michael, 69, didakwa secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahkan wang untuk urusan permohonan tanah di Pulau Mangalum, kira-kira lima tahun lalu.*

                *SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, Mac lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zulkefli Mohd Yatim, 57, di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa mengedar dadah berbahaya disyaki jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 420 kilogram.*

                *DUA lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah berkaitan pemalsuan sijil diploma sebuah universiti swasta tahun lalu. Tertuduh, C Vijayakumar dan Mark Aaron Pios masing-masing berusia 34 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

               *PEGUAM Negara, Tommy Thomas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa antara bukti yang akan dikemukakan pihak pendakwaan adalah kad kredit milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pernah dicaj sebanyak AS$130,625 (RM532,918.17) bagi perbelanjaan di butik eksklusif, Chanel di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat.*

               *JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) tidak mengesan sebarang kes serangan strok haba berikutan cuaca panas yang melanda negeri ini. Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) negeri, Dr Saifur Rahman Muhammad, berkata pihaknya sudah membuat pemantauan di semua hospital serta klinik kesihatan dan tiada kes serangan strok haba direkodkan di negeri ini.*

               *PENGUSAHA bas ekspres di Terminal Bas Sungai Nibong, Georgetown, dalam dilema berikutan masalah ‘ulat tiket’ yang membelenggu perniagaan mereka sejak sekian lama. Lebih membimbangkan apabila golongan berkenaan semakin ramai hingga menjejaskan penjualan tiket bas di lebih 40 kaunter di situ.*

               *DUA rumah di Kampung Tasik Permai berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di Ampang, rosak akibat dihempap pokok tumbang, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.32 petang.*

               *TINDAKAN seorang lelaki mahu menyelesaikan masalah senarai hitam Credit-Tip-Off (CTOS) dengan meminjam dari syarikat pemberi pinjam wang yang mengiklankan perkhidmatan menerusi Facebook (FB) mengundang padah apabila dia menjadi mangsa penipuan scammer.*

               *PENGERUSI Majlis Pengakap Melaka Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendakwa kelemahan kepimpinan Ketua Pengakap Negara menimbulkan kecelaruan dalam kepimpinan pengakap negeri. Shamsul Iskandar yang dipilih menerusi mesyuarat agung November lalu berkata, akibat kelemahan itu, kini berlaku konflik dalaman pengurusan pertubuhan terbabit di negeri ini.*

               *PERBUATAN jijik lelaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh isterinya terbongkar selepas kanak-kanak itu menceritakan kejadian kepada keluarga. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 40-an terbabit dipercayai melakukan perbuatan itu ketika isterinya tiada di rumah di Kuala Klawang.*

               *LELAKI maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Kilometer 13, Jalan Beaufort-Sipitang, Kampung Bakau, Beaufort, pagi hari ini. Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa Jainie Mohd Yusoff, 54, disahkan meninggal dunia di Hospital Beaufort akibat kecederaan pada badannya.*

               *“SEPATUTNYA dia bertunang dengan gadis pilihan dua minggu lagi, tetapi Allah SWT lebih menyayanginya” kata Faridah Sulong, ibu Mohamad Zulfahmi Faisal Mohd Marzuki yang maut dalam kemalangan dekat Kampung Bukit, Chendering, Kuala Terengganu malam tadi. Selain Mohamad Zulfahmi Faisal, 25, yang bekerja sebagai operator kilang, kemalangan itu turut mengorbankan rakan sekerjanya, Mohamad Khairul Izuan Ariff, 22, selepas motosikal Honda EX5 ditunggangi mereka bertembung satu sama lain dalam kejadian jam 8.10 malam itu.*

               *PENGURUSAN hutang perlu dijalankan secara efektif bagi mendapatkan barakah di atas harta yang dimiliki. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, selama mana peminjam berjanji untuk membayar hutang terbabit, ia wajib di bayar dalam apa jua cara. Beliau berkata, jika tidak mampu untuk melangsaikan hutang itu sekali gus lebih baik ia dilakukan secara sedikit.*

               *SURUHANJAYA Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) akan menghantar laporan hasil inkuiri awam kepada kerajaan berhubung dakwaan pembabitan Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat. Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Mah Weng Kwai berkata, laporan berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat bagi membolehkan pihak terbabit meneliti dan mengambil tindakan lanjut.*

               *WANITA dan tiga anaknya berputih mata selepas kerugian RM7,000 ditipu ejen yang kononnya menyediakan khidmat melancong ke Maldives pada harga murah. Mangsa yang juga guru berusia 47 tahun mendapat pesanan di laman sosial Facebook (FB) mengenai pakej pelancongan di dalam dan luar negara pada harga murah.*

               *TINDAKAN pihak tidak bertanggungjawab membakar sampah di tapak pelupusan sampah di Batu 10 Jalan Pantai, Port Dickson menyebabkan bomba terpaksa bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu selama lima hari. Kebakaran yang bermula Ahad lalu gagal dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba pada hari kejadian kerana ia membabitkan kawasan kebakaran seluas 1.2 hektar.*

               *TIMBALAN Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung diberi kepercayaan memikul tanggungjawab menjaga Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berikutan kematian menterinya, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, Khamis lalu. Frankie Poon yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau dilantik Kabinet negeri bagi memegang jawatan baharu itu sehingga berlaku perubahan kelak.*

               *PENGANGGUR dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak teman wanitanya. Mohd Shaiful Azrul Mohammed Ullah, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas empat pertuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berbeza.*

               *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat menangkap 120 ekor reptilia pelbagai jenis sekitar daerah ini bermula awal Januari hingga hujung Mac lalu. Ketua APM Segamat, Kapten (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu berikutan musim panas berpanjangan sejak awal tahun.*

               *MAJLIS Tilawah dan Menghafal Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61 yang akan berlangsung enam hari bermula 15 April ini turut menarik minat lima negara Eropah menyertainya untuk kali pertama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, negara itu adalah Sweden, Norway, Azerbaijan, Montenegro dan Austria, selain dua negara Afrika iaitu Kenya dan Ivory Coast yang julung kali menyertai MTHQA di negara ini.*

               *LEBIH 70,000 warga kota bakal menerima manfaat apabila projek membaik pulih dan membina 12 set tren monorel untuk laluan KL Sentral ke Titiwangsa dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kerajaan komited meneruskan projek usahasama antara Prasarana Malaysia Berhad dan Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP) yang tergendala sebelum ini demi menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada warga kota yang memilih menggunakan pengangkutan awam itu.*

               *WANITA warga emas patah tangan selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pintu pagar rumah jirannya di Taman Permatang Pasir Permai, di Melaka, semalam. Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Choong Siew Nyoke, 70, yang juga suri rumah memandu kereta Perodua Myvi mengalami patah tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Melaka.^

               *OBJEK menyerupai bom ditemui di kawasan pantai Pasir Karang, Pulau Perhentian hari ini. Objek itu ditemui orang awam di sekitar kawasan pantai berkenaan 9 pagi sebelum melaporkannya kepada polis. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, anggota yang menerima maklumat itu bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan.*

               *PENUNTUT kolej swasta mendakwa kucing miliknya hilang ketika dalam jagaan dua individu yang menjadikan rumah sewa mereka di Bandar Mahkota Cheras, Kajang. Dua individu, masing-masing lelaki dan perempuan, bertanggungjawab terhadap kematian lapan kucing di bawah jagaan mereka, selepas perkara itu dilaporkan orang awam di kawasan perumahan itu, 25 Mac lalu .*

               *POLIS Kelantan merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Mas, Kota Bharu dan Gua Musang. Serbuan antara 5.30 petang hingga 9.30 malam kelmarin turut menahan tujuh individu termasuk empat wanita berusia antara 17 hingga 51 tahun.*

               *DUA puluh lima pusat hemodialisis milik kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta seluruh negeri ini masih tidak cukup untuk menampung keperluan pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan setiap minggu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, secara keseluruhan ada 2,006 pesakit buah pinggang di negeri ini.*

               *USTAZ yang disyaki meliwat seorang pelajar lelaki pada 2017 di sebuah sekolah tahfiz di Jeram, Kuala Selangor, ditahan polis di Batu Pahat, semalam. Ketua Polis Daerah Superintendan Md Asri A Wahab berkata, suspek yang berusia 33 tahun itu direman selama tujuh hari bermula semalam.*

               *EJEN hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini, atas 20 pertuduhan termasuk merogol, melakukan seks luar tabii terhadap adik ipar dan menyimpan bahan lucah aksi seks bersama mangsa sejak tiga tahun lalu. Bapa kepada tiga anak berusia 30 tahun itu membuat pengakuan sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.*

               *KERAJAAN Terengganu tetap akan melaksanakan caj percuma kepada pesakit wad kelas tiga di semua hospital kerajaan di negeri ini selewat-lewatnya Jun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ia tetap akan dilaksanakan seandainya tidak mendapat ‘restu’ Kementerian Kesihatan.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *Seorang bapa membelanjakan RM57 juta bagi membeli berlian seberat 88 karat untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya.*
          *Menurut Daily Mail, lelaki warga Jepun itu membeli berlian berkenaan ketika lelongan dan promosi jualan permata serta batu jed di bandar raya ini, Selasa lalu.*
            *Dia turut menamakan berlian berkenaan sempena anak perempuan sulungnya, Manami Star.*
         *Berlian jarang ditemui itu dikenali sebagai ‘Type Ila’ dianggap bernilai tinggi di dunia kerana tidak mengandungi atom nitrogen.*

        *VIENNA: Suspek pengganas yang menyerang masjid di New Zealand dikesan menyalurkan beberapa sumbangan kepada kumpulan pelampau kanan anti-pendatang di Eropah, lapor akhbar harian Austria, Der Standard hari ini.*
          *AFP melaporkan, Brenton Tarrant yang bakal didakwa dengan 50 tuduhan membunuh, membuat sumbangan itu pada 2017 dan 2018 kata akhbar itu yang memetik sumber keselamatan dari Jerman dan Austria.*
         *Warga Australia itu menyalurkan empat sumbangan berjumlah 2,200 euro (RM10,071) pada 2017.*

        *SEORANG suspek penganas yang menyerang dua masjid di sini, bulan lalu, bakal didakwa atas 50 tuduhan membunuh apabila dihadapkan ke mahkamah, minggu ini.*
            *Sebelum ini, warga Australia, Brenton Tarrant didakwa atas satu tuduhan membunuh.*
         *Namun, polis mendedahkan angka kematian dan mangsa yang cedera mungkin menyebabkan tuduhan ke atasnya ditambah.*
        *Tarrant bakal dihadapkan semula ke mahkamah, esok.*

         *LONDON: Nahas Pesawat Boeing 737 Max milik Ethiopian Airlines yang terhempas dan membunuh semua 157 penumpang pada bulan lalu dipercayai berpunca akibat melanggar objek asing atau burung ketika berlepas, lapor media semalam.*
         *ABC News yang memetik sumber siasatan nahas itu sebagai berkata, pelanggaran itu merosakkan sensor sudut serangan menyebabkan data yang diterima juruterbang adalah tidak tepat.*
            *Juruterbang kemudiannya mematikan perisian antipegun dikenali sebagai MCAS tetapi ia aktif semula dan menjunamkan pesawat malang itu.*

         *Baitulmaqdis: Tiga penduduk Palestin dilaporkan cedera akibat ditembak tentera Israel, kerana disyaki cuba menyusup masuk ke negara itu dari Semenanjung Gaza.*
        *”Tentera (Israel) berjaya mengesan tiga lelaki ketika mereka cuba menyeberangi pagar keselamatan, dan cuba menyusup masuk ke Israel dari kawasan selatan Semenanjung Gaza.*
        *”Pihak tentera terpaksa melepaskan tembakan. Kami turut menjumpai pisau pada mereka,” kata tentera Israel.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================

  
         *KEADAAN cahaya unik mengelilingi matahari adalah fenomena biasa apabila awan yang mengandungi kristal ais memantulkan sinaran matahari.*
          *Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu adalah fenomena optik atau lebih dikenali sebagai ‘halo’.*
          *Beliau berkata demikian ketika mengulas sebuah rakaman video yang ditularkan sejak semalam.*
        *Dalam video berkenaan dipercayai dirakam semalam di kawasan sekitar Gombak menampakkan matahari dikelilingi cahaya berwarna seakan pelangi.*

         *POLIS akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita tidak benar atau kenyataan palsu berkaitan kes peserta Gopeng Ultra Trail (GIT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.*
          *Tindakan itu termasuk hebahan dibuat pihak tertentu yang menganjurkan usaha mencari mangsa yang dirancang pada hari ke-15 Sabtu ini sebagaimana tular di media sosial.*
           *Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, berhubung hebahan yang tular itu pihaknya mendapati tiada butiran penganjur dinyatakan dan tindakan itu dipercayai untuk mengelak daripada dipanggil pihak berkuasa.*

          *POLIS menafikan kejadian rogol membabitkan wanita tempatan dan lelaki warga Pakistan di kawasan Gum-Gum, Batu 16, Sandakan yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.*
          *Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, ia hanya salah faham selepas wanita berusia 22 tahun tidak selesa apabila sering dijeling dan direnung manja oleh lelaki berusia 30-an itu.*
          *”Wanita berkenaan mendakwa lelaki itu sering berada di tempat kerjanya untuk membeli epal dan membuat jelingan yang tidak menyenangkan. Perkara ini berlanjutan selama sebulan.*

          *USAH tularkan wajah gelandangan di media sosial kerana ia boleh memberi kesan psikologi kepada waris mereka.*
           *Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat, Rusyidatul Mat Yaacub berkata, sejak awal Januari lalu pihaknya menerima 10 aduan berkaitan gelandangan di daerah ini.*
        *Siasatan mendapati mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang, berusia antara 14 hingga 60 tahun.*
         *“Jangan tularkan keadaan mereka di media sosial kerana ia akan mengaibkan keluarga masing-masing.*

         *HANYA kerana tiada wang membayar kos pengebumian sebanyak RM300 dipinta pengurusan jenazah sebuah surau, seorang bapa hampir tidak dapat menyempurnakan pengebumian bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di hospital, malam tadi.*
          *Disebabkan itu juga, lelaki bekerja sebagai pembantu gerai makan itu terpaksa membawa pulang jenazah bayinya ke hospital semula selepas buntu untuk mengebumikan anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan.*
       *Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik apabila seorang aktivis gerakan Amal Team, Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery membantu urusan berkenaan sehingga selesai, termasuk membayar kos pengebumian berkenaan.*
          *Mereka yang ingin membantu operasi gerakan Amal Team boleh melayari akaun FB, Mohd Zulhairi Zainol.*

        *LOS ANGELES: Tiket jualan awal filem adiwira Marvel, Avengers: Endgame melepasi jualan bagi dua filem terakhir Star Wars dan ada yang dijual semula di eBay dengan harga mencecah AS $500 (RM2,040) sekeping.*
          *Dua laman web tiket popular di Amerika Syarikat (AS), Fandango dan Atom berkata, hari pertama jualan awal bagi filem itu melepasi filem Star Wars: The Force Awakens pada 2015 dan Star Wars: The Last Jedi pada 2017, lapor Reuters,*
                 

*ARENA*
========


         *OLE Gunnar Solskjaer seperti hilang sabar!*
             *Pengurus Manchester United itu dikatakan sudah sedia untuk melepaskan enam pemain kesebelasan utama skuad itu pada musim panas ini.*
         *Malah, dia mahu menjual pemain bintang bergaji 505,000 (RM2.7j) seminggu, Alexis Sanchez yang gagal menyerlah sejak tiba di Old Trafford pada Januari tahun lalu.*
          *Dia akan melepaskan tiga pemain pertahanan, Antonio Valencia, Matteo Darmian dan Marcos Rojo.*

         *PENYERANG berbisa, Sadio Mane dipilih sebagai Pemain Terbaik Liverpool (Standard Chartered) untuk bulan Mac.*
         *Pemain jersi 10 itu meneruskan aksi cemerlang sepanjang bulan ini, meledak lima gol dalam lima penampilan sekaligus memastikan Reds kekal dalam saingan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.*
         *Lima gol itu hadir dalam tempoh seminggu dengan dua jaringan menentang Burnley dan Bayern Munich diikuti gol ke-20 musim ini dalam semua pertandingan ketika menang 2-1 di Fulham.*

         *EDEN Hazard mengatakan Tottenham masih ketinggalan di belakang Chelsea berdasarkan trofi kejuaraan dimenangi biarpun memiliki stadium baru yang memukau dan gah.*
           *Spurs menang perlawanan pembukaan mereka di padang baru, semalam dan kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) di depan Chelsea menghuni tangga kelima.*
             *“Untuk kelab EPL ia sesuatu yang bagus, stadium baru, mereka memiliki pemain utama.*
         *”Bagaimanapun, ramai tahu Chelsea menang banyak trofi, mereka tidak, jadi saya harap perkara ini akan terus berlaku.”*

        ♂ *ATLET seni beladiri campuran Conor McGregor membayangkan dia mungkin tidak akan bersara hari ini selepas perbalahan berbaur perkauman dengan pencabar utamanya Khabib Nurmagomedov.*
        *Dalam posnya di Twitter, seminggu selepas dia bersumpah untuk menggantung sarung tangannya, petinju Ireland bermulut lancang itu membayangkan dia belum mahu berhenti bertarung.*
        *”Saya mahu bergerak ke hadapan, bersama penyokong saya dari pelbagai kepercayaan dan latar belakang,” tulis McGregor.*

         *PEMENANG pingat emas Sukan Asia 2018, Jonatan Christie melakar kejutan apabila menewaskan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, hari ini.*
             *Pemain Indonesia yang menduduki ranking ke-11 dunia, menyingkirkan Momota dengan straight set; 22-20, 21-16 dalam masa 46 minit.*
            *Jonatan akan bertemu bekas pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark yang mengalahkan Lu Guangzu dari China; 21-11, 16-21, 21-17, di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) di Bukit Jalil.*

         *ULANGAN final Piala FA 2016 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PKNS FC bakal menghangatkan lagi pusingan ketia saingan Piala FA dengan kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Larkin pada 17 April ini.*
            *Sementara itu, pasukan UKM FC yang beraksi di Liga Perdana bakal menempuh ujian berliku apabila diundi berdepan juara bertahan, Pahang yang ketika ini berada pada prestasi terbaik di Liga Super.*
            *Aksi lain membabitkan pertembungan menarik antara Selangor dan FELDA United, PKNP FC akan menentang sama ada PDRM atau Sarawak, Kelantan United bertemu Terengganu FC, Jerantut FA lawan Perak, Kedah lawan PJ City FC manakala Pulau Pinang dijadual bertemu Kuala Lumpur.*
         *Pusingan ketiga Piala FA dijadual berlangsung pada 17 April ini. Juara Piala FA akan meraih slot automatik ke kelayakan Liga Juara-Juara Asia (AFC) 2020.*

         *DATUK Seri Azzuddin Ahmad menamatkan khidmatnya sebagai setiausaha agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang ketiga susulan Kongres AFF ke-29 di Siem Reap, Kemboja, bulan lepas.*
            *Menurut kenyataan dikeluarkan AFF, bekas setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu sudah berkhidmat dengan badan induk bola sepak ASEAN itu selama tujuh tahun, selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada Datuk Seri Paul Mony Samuel pada 2013.*

         *PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei tidak mahu menggunakan alasan kecederaan menyebabkan dia terkandas di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia hari ini.*
          *Pada perlawanan kedua itu, Jin Wei tetap memberikan tentangan sengit menentang Pornpawee Chochuwong dari Thailand biarpun tewas 16-21, 21-12, 10-21 dalam pertarungan hampir sejam di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil.*

         *SELEPAS dilambung dan dipuji antara skuad paling berjaya, pemain beregu lelaki negara ternyata gagal untuk meneruskan kecemerlangan itu di Terbuka Malaysia.*
        *Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tumpas di pusingan kedua Terbuka Malaysia, di Arena Axiata, hari ini.*
          *Harapan peminat menyaksikan pasangan berpengalaman yang sekarang ini menjadi pemain profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk mara ke pusingan berikutnya juga gagal apabila beregu berkenaan turut terkandas di pusingan kedua.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 6 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 30 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0545*
*SUBUH : 0555*
*SYURUK : 0710*
*ZOHOR : 1319*
*ASAR : 1623*
*MAGHRIB : 1923*
*ISYAK : 2032*

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 5april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.63 seliter, RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini, berkata, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu adalah bagi tempoh 6 April sehingga 12 April ini.*

               *LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus sebanyak 1.25 peratus kepada semua 9.3 juta pendepositnya bagi tahun kewangan 2018 membabitkan agihan keseluruhan RM913 juta. “Saya ingin jelaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewarisi TH daripada kerajaan sebelumnya dalam suasana yang amat menyedihkan khususnya mengeluarkan dividen empat tahun berturut-turut dengan melanggar akta TH itu sendiri.*

                *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P186 Sandakan, Sabah pada 11 Mei depan. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 27 April, manakala tarikh mengundi awal pada 7 Mei. “Seramai 39,856 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut Daftar Pemilih Induk Tahun 2018 yang dikemas kini sehingga 28 Mac lalu terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 270 pengundi awal dan lima Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.*

               *“ADIK beriya-iya mahu membuat kek untuk sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa hari ini (semalam), malangnya niat itu tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan,” ujar Muhamad Marhan Bastaman, 29. Muhamad Marhan adalah abang kepada Muhamad Noriman, 17, salah seorang daripada tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim Felda Lok Heng yang maut dalam kemalangan di Simpang Felda Lok Heng, Jalan Kota Tinggi-Bandar Penawar, 6.30 petang kelmarin.*

                *ANGGOTA tentera maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum mangsa terseret hampir 30 meter dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Georgetown, hari ini. Dalam kemalangan 7.20 pagi itu, Koperal Mohd Hider Abu Hassan, 31, yang berasal dari Muar, Johor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

                *MAMPU menjual kira-kira 100 botol air ketum dan ‘menjana’ keuntungan sekitar RM1,500 sehari. Itu kegiatan mewah seorang lelaki warga Indonesia di Maran, sejak beberapa bulan lalu. Namun kegiatan suspek yang berusia 25 tahun itu tumpas apabila dia ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sebuah rumah kedai di kawasan industri Bandar Jengka, di Maran, semalam.*

               *BEBERAPA peniaga yang beroperasi di tepi Pasar Borong Selayang di sini, kecewa apabila Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita barang jualan mereka tanpa notis dalam operasi, malam kelmarin. Perbincangan peniaga dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit turut kecoh apabila mereka meminta penjelasan daripada pihak berkenaan berhubung tindakan sitaan itu.*

               *BARISAN Nasional (BN) tidak berdepan cabaran sepanjang tempoh berkempen berdasarkan momentum sambutan masyarakat dan pengundi di Rantau. Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini memandangkan gerak kerja jentera parti berada pada tahap terbaik untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.*

                *CINTA alam maya seorang kerani insurans di Kuching bersama lelaki warga asing berakhir dengan kedukaan apabila dia menjadi mangsa African Scam dan kerugian RM159,450. Semuanya bermula selepas wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Sri Aman itu berkenalan dengan lelaki dipercayai warga Amerika Syarikat menerusi Facebook pada Mac 2017.*

               *KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengkreditkan sejumlah RM9.51 juta yang diluluskan kerajaan ke dalam akaun anggota Caruman Sukarela i-Suri bagi tahun 2018. Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata jumlah itu merujuk kepada insentif RM40 sebulan yang dikreditkan kepada 49,857 pemegang akaun i-Suri yang membuat sumbangan minimum sebanyak RM5 setiap bulan.*

               *SAMBUTAN Ulang Tahun 20 tahun PKR bertemakan ‘Dua Dekad Merakyatkan Reformasi’ di Dataran Rantau, malam tadi hampir ‘dicemari’ insiden tidak diingini berpunca daripada calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau R Malarvizhi. Ia berlaku apabila calon wanita berusia 51 itu tiba-tiba tampil di ruang hadapan pentas yang menempatkan beberapa pemimpin utama PKR dan Pakatan Harapan (PH) untuk memohon dibenarkan menyerahkan manifestonya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Penolong Eksekutif FELCRA Urus Estet Changkat Jong, Teluk Intan, semalam bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa. Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Perak di Meru, Ipoh 11.17 malam tadi selepas dipanggil memberikan keterangan. Suspek dipercayai menyalahguna kuasa membabitkan 13 lot tanah milik FELCRA Berhad, antara 2007 hingga tahun lalu.*

               *PERBICARAAN kes rasuah menggunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan bermula 14 Mei ini selama 14 hari. Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh 14 Mei, 15 Mei dan 17 Mei, 28 Mei sehingga 31 Mei, 10 Jun sehingga 14 Jun, 18 Jun, 20 Jun sehingga 21 Jun untuk perbicaraan.*

               *KEGIATAN pasangan kekasih yang terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah terbongkar apabila mereka dicekup pihak berkuasa di Kampung Tebuk Marso di Sungai besar, kelmarin. Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan ‘Op Nyah 1’ di sekitar kawasan berkenaan, kira-kira 7.30 malam.*

               *PUSAT jualan kereta mewah di Jalan Masai Lama, Plentong, Johor Bahru kerugian RM300,000 apabila Mercedes Benz C300 yang digunakan sebagai kereta pameran (demo car) hilang dari premis itu. Kakitangan pusat jualan itu hanya menyedari kenderaan terbabit hilang kelmarin ketika ada bakal pembeli mahu memandu uji model kereta itu.*

                *POLIS sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang menghina Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah (WARISAN). Ia susulan laporan lelaki yang mengadu gambar miliknya dimuat naik di laman sosial berkenaan oleh pemilik akaun bernama ‘Som bin Poton’ dengan ayat berbaur menghina Ketua Menteri yang Presiden WARISAN pada 26 Mac lalu.*

               *MALAYSIA mampu menjadi platform untuk francais asing membangunkan produk baharu, sekali gus melancarkan perkhidmatan dan produk mereka kepada pasaran baru di rantau Asia Tenggara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail berkata, negara ini adalah lokasi menarik untuk pelabur berikutan memiliki persekitaran perniagaan mapan dan kerajaan menjalankan polisi mesra serta pro-perniagaan.*

               *AGENSI Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis menumpaskan rangkaian sindiket penjualan baja bersubsidi dan pelbagai jenis racun tanaman padi yang tidak mendapat kelulusan pihak Jabatan Pertanian bernilai RM128,910 di Kubang Pasu, Kedah. Komander AKSEM Perlis, Syed Basri Syed Ali berkata, sindiket yang aktif mengedar baja bersubsidi secara haram di selatan tanah air itu berjaya ditumpaskan dengan penahanan lelaki berusia 34 tahun di Kampung Tok Mengkula, Mukim Sanglang, Ayer Hitam, semalam.*

                *KANAKKANAK lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di di Sungai Pergau berhampiran kawasan lombong emas Kuala Balah, Jeli, hari ini. Mangsa, Muhammad Faris Izwan Mohd Fazli, 6, ditemui pada jam 12.40 tengah hari, sejauh 1.3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.*

               *KERAJAAN negeri bekerjasama dengan kerajaan pusat merancang program jangka pendek dan panjang menyelamatkan sungai di negeri ini termasuk di kawasan bandar. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahrudin Jamal berkata, pihaknya bercadang memohon peruntukan daripada kerajaan pusat bagi memastikan usaha membersih dan menyelamatkan sungai di negeri ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.*

               *ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor gagal hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini bagi sebutan semula kes rasuah berhubung projek tenaga solar kerana tidak sihat. Kes yang sepatutnya bermula jam 9 pagi itu ditangguhkan ke jam 12 tengah hari, selepas pasukan pembelaan Rosmah perlu mengemukakan ‘Sijil Tidak Sihat Untuk Hadir Ke Mahkamah’ selain sijil cuti sakit.*

                *TIADA penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching. Ia susulan laporan sebuah berita dalam talian hari ini yang mendakwa IPG dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) antara institusi yang akan dirombak semula dalam pelan rasionalisasi Kementerian Kewangan bagi menjimatkan kos kerajaan.*

               *SYARIKAT pemberi pinjaman wang (PPW) dijenamakan semula sebagai Kredit Komuniti, sekali gus mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap syarikat berkenaan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penjenamaan semula itu bukan sahaja dari segi nama malah merangkumi imej, etika perkhidmatan perniagaan dan proses untuk mendapatkan lesen perniagaan sebagai peminjam wang.*

               *SERAI, sayur kampung, durian juga nasi lemak ikan sembilang, bukan sekadar usaha kecil-kecilan namun ia bakal merubah ekonomi Lenggeng. Produk berkenaan antara usaha pembangunan ekonomi buat penduduk setempat yang dijangka meraih pendapatan lumayan apabila rancangan pelan pembangunannya dilaksanakan dalam tempoh terdekat.*

               *PEMANDU treler cedera selepas kontena yang cuba diletakkan di bahagian belakang treler dipandunya terjatuh dan menghempap bahagian pemandu kenderaan itu di Pelabuhan Pulau Pinang, Butterworth malam tadi. Kejadian 9.50 malam itu menyebabkan Mohd Helmi Abu Hassan, 30-an, tersepit di bahagian pemandu akibat dihempap kontena berkenaan.*

               *BEKAS Ahli Dewan Negara, Datuk Akbar Ali meninggal dunia di Hospital Melaka pagi tadi, selepas diserang angin ahmar sejak dua hari lalu. Akbar, 70 menghembuskan nafas terakhir 11.05 pagi di sisi isteri, Datin Kalsom Aziz serta beberapa ahli keluarga lain.*

               *DUA individu masing-masing seorang wanita dan lelaki dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas terkena serangan jantung dan asma ketika cuba menyelamatkan diri apabila tingkat 3 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown dipenuhi asap tebal. Dalam kejadian 2.30 petang itu, mereka dikatakan bergegas turun dari tingkat 51 dan 58 sejurus menyedari kepulan asap memenuhi ruang KOMTAR.*

               *DAKWAAN Pakatan Harapan (PH) menggunakan kanak-kanak ketika program kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Taman Orkid baru-baru ini hanya salah faham. Menjelaskan perkara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram berkata, kanak-kanak itu sebenarnya hadir bagi menyertai pertandingan mewarna dan melukis anjuran badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya untuk kegunaan parti.*

               *POLIS memberkas lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti menawarkan pelaburan dalam bidang pengangkutan pelancongan dan dobi yang tidak wujud semalam. Lelaki itu ditahan di perkarangan Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan berikutan satu laporan polis dibuat seorang wanita di IPD Maran, baru-baru ini.*

               *WISMA Putra mengesahkan nelayan tempatan, Jari Abdullah yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 6 Disember tahun lalu ditemui oleh Angkatan Tentera Republik Filipina (AFP), semalam. Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan mangsa kini sedang dirawat di fasiliti perubatan di Mindanao kerana kecederaannya. “Jari ditemui ketika pertempuran antara AFP dan kumpulan Abu Sayyaf di Bandar Banguigui, Pulau Simisa, Sulu, Filipina.*

               *KEMATIAN ikan paus yang ditemui terdampar di pantai Kuala Sala, Selasa lalu, berpunca daripada masalah saluran pernafasan akibat termakan lumpur, dan kelaparan. Pegawai Penyelidik Perikanan, Ketua Cawangan Mamalia Marin, Institut Penyelidik Perikanan (FRI) Rantau Abang Dungun, Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, penemuan itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap ikan itu untuk mengetahui punca kematiannya, 10.30 pagi tadi.*

               *BADAN Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch) berharap kerajaan menyiasat syarikat Pembinaan Redzai Sdn Bhd yang memberi ‘pinjaman mesra’ kepada G Team Resources berjumlah RM140 juta bagi membeli kepentingan Maika Holdings Berhad (Maika). Pengerusinya, Datuk R Sri Sanjeevan berkata, aktiviti syarikat terbabit mencurigakan tambahan pula mereka tidak memiliki lesen pemberi pinjaman wang.*

               *KERAJAAN negeri Johor bercadang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memotong terus bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada penerima bantuan yang menghuni PPR. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan negeri akur dengan penghuni PPR yang rata-rata golongan berpendapatan rendah, namun itu tidak boleh dijadikan alasan tidak membayar sewa rumah.*

               *UMAT Islam di Perak, hari ini, mendirikan solat hajat selepas solat Jumaat bagi memohon petunjuk dalam operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Urban Trail 2019, yang hilang sejak 23 Mac lalu. Di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) di Ipoh, hampir 1,000 jemaah menunaikan solat hajat dua rakaat yang dipimpin Imam Muhammad Ali Mohamad Noh.*

               *KABINET, hari ini, memutuskan Malaysia menarik diri dari menerima perakuan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat berikutan salah faham banyak pihak berkaitan perjanjian antarabangsa berkenaan. Selain itu, beliau menegaskan, cubaan pihak tertentu mengheret institusi Raja-raja Melayu menyebabkan Jemaah Menteri membuat pendirian itu.*

               *SERAMAI 778 individu yang terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini disenaraikan sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP) sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu rata-ratanya bekerja dalam sektor industri perkilangan dan terbabit dengan syabu serta heroin.*

               *SEBANYAK 171,500 premis di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara empat loji rawatan air. Ia berikutan air Sungai Johor dikesan mengandungi paras ammonia tinggi sejak kelmarin.*

               *KERAJAAN negeri Johor menutup sebuah kilang sawit yang mencemarkan Sungai Sayong, Kulai dengan sisa ammonia kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahrudin Jamal berkata, tindakan tegas itu diambil berikutan pencemaran yang berlaku mengganggu aktiviti harian ribuan penduduk berikutan terputus bekalan air.*

               *WANITA berusia 22 tahun parah selepas dirempuh kereta ketika dia melintas jalan di Jalan Tun Abd Razak, di Kota Kinabalu, hari ini. Dalam kejadian 7.45 pagi itu, mangsa yang cuba melintasi jalan tidak menyedari sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusi 29 tahun sedang bergerak di lorong paling kanan di jalan berkenaan.*

               *“KALI ini, tindakan mereka melampau, mereka umpil dan potong skru sebelum melarikan peti besi tabung masjid,” kata Bendahari Masjid Al Abrar Kampung Balik Bukit, Melaka, Apoo Harga, 62, mengenai kejadian peti besi tabung masjid itu yang dilarikan individu, Rabu lalu. Menurut Apoo, kejadian pecah tabung masjid tidak asing lagi di masjid itu dengan kali terakhir wang tabung dicuri apabila pencuri memotong kunci mangga, pada 15 Februari lalu.*

               *SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Betis yang menjadi sekolah pertama untuk menempatkan pelajar Orang Asli di Kelantan, bakal dibuka tahun depan. Sekolah yang dianggarkan bernilai RM50 juta itu sekali gus dapat menyelesaikan masalah penempatan pelajar Orang Asli dari seluruh kampung pedalaman daerah ini yang selama ini ditempatkan di beberapa sekolah menengah lain.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *HOBART: Seekor anak kucing berusia enam bulan bernasib baik kerana terselamat biarpun setengah jam terperangkap di dalam mesin basuh tuannya dalam kejadian di Tasmania, Australia.*
         *Straits Times yang memetik ABC Online melaporkan, kucing betina bernama Poppy itu kini semakin pulih daripada kecederaan di kepala dan lebam selepas menerima rawatan segera.*
           *Pemiliknya, Kim Burr berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang leka mencuci pakaian dan tidak sedar kucing terbabit masuk ke dalam mesin berkenaan.*

         *DUBAI: Dua kanak-kanak terbunuh manakala lapan lagi parah selepas sebutir bom yang dibawa ke sekolah secara tiba-tiba meletup dalam kejadian di Sanaa, Yaman.*
         *Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, salah seorang daripada mangsa membawa bom itu ke sekolah di daerah Hamdan kelmarin, kerana ingin menunjukkannya kepada rakan lain, lapor AFP.*
          *Dua mangsa yang maut itu berusia antara 12 hingga 14 tahun.*

         *BEIJING: Gara-gara percaya benda karut, seorang lelaki ditahan selama 10 hari kerana membaling duit syiling di hadapan pintu kapal terbang untuk tuah dalam kejadian di Wuhan, baru-baru ini.*
         *Tindakan lelaki dikenali sebagai Xia membaling tiga duit syiling sebelum masuk kapal terbang menyebabkan penerbangan Hainan Airline dari Wuhan ke Urumqi tergendala selama 30 minit, Selasa lalu.*
           *Akhbar Yangtze River Daily melaporkan, ketika disoal siasat, Xia memberitahu polis ibu mentuanya mencadangkan dia membuang duit syiling ke tanah agar perjalanan lancar.*

         *LOS ANGELES: Warga emas lelaki berusia 67 tahun maut akibat terjatuh dari tebing Grand Canyon di Arizona, kelmarin.*
          *Menurut pihak berkuasa, lelaki terbabit mangsa ketiga terbunuh di lokasi pelancongan terkenal itu dalam tempoh dua minggu.*
        *Jurucakap Taman Negara Grand Canyon berkata, ketika kejadian, mangsa seorang diri dan terjatuh di lokasi tinjau South Rim.*
          *AFP melaporkan, mangsa ditemui kira-kira 122 meter dari tebing dan mayat dibawa keluar menggunakan helikopter.*

         *SEOUL: Seorang maut manakala 4,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan kebakaran hutan di Korea Selatan, semalam.*
        *Agensi berita Yonhap melaporkan, kebakaran bermula di timur wilayah Gangwon pada waktu petang dan merebak ke kawasan Sokcho.*
         *Kebakaran itu memusnahkan kawasan seluas kira-kira 395 hektar dan 310 buah rumah, gudang serta bangunan.*
          *Menurut Yonhap, seramai 4,230 penduduk dipindahkan ke sekolah dan gim, sementara 52 sekolah ditutup hari ini.*

         *HAKIM sebuah mahkamah, hari ini mengarahkan suspek penembak dua masjid, Brenton Tarrant untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.*
         *Tarrant, 28, berdepan 50 tuduhan membunuh dan 30 tuduhan cubaan membunuh dalam insiden serangan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.*
         *Suspek yang berasal dari Australia itu akan dipantau oleh dua pegawai kesihatan bagi menentukan sama ada dia layak dibicarakan atau kurang siuman.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *WABAK demam denggi yang dilaporkan serius dan tular di media sosial dekat Kampung Lusut dan Taman Tunku Miri, Miri, adalah tidak tepat.*
          *Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim berkata, hanya ada satu kejadian wabak denggi berlaku di Kampung Lusut Jaya 3, sehingga kini.*
         *Sebaliknya, beliau berkata, tiada kejadian wabak denggi dilaporkan berlaku Taman Tunku Miri seperti disebarkan di media sosial.*
   
          *MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menafikan menawarkan lelongan awam tender pelupusan aset membabitkan motosikal model Yamaha RXZ dan 125Z pada 15 hingga 16 April ini seperti tular di media sosial sejak semalam,.*
            *MBPJ menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan senarai dan gambar motosikal yang tersebar itu adalah palsu dan bukan aset lelongan awam kenderaan sebenar yang dilelong pihaknya.*
           *”Sebaliknya, lelongan kenderaan awam yang dilaksanakan MBPJ di Pusat Inovasi Petaling Jaya pada tarikh itu membabitkan 31 unit kenderaan empat roda membabitkan kereta, kenderaan pacuan empat roda, van, pikap dan jentera berat.*

          *PENIAGA ais kepal dari Taman Lagenda, Kulim, Mardiana Rusidi, 34, menunjukkan ais kepal campuran koko dan buah segar yang paling digemari pelanggan dan sanggup beratur untuk mendapatkannya dengan harga antara RM3 hingga RM6 sebekas.*
          *Lebih istimewa ais kepal ini juga menggunakan ramuan rahsia iaitu krim yang diolah melalui perkongsian resepi dengan rakannnya di Facebook.*

        *POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem baharu menampilkan spesies lebah untuk menanam kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan dan mendapatkan madu yang betul bagi memastikan serangga itu tidak pupus.*
         *”Siri setem lebah madu di Malaysia akan mula dijual pada 9 April,” kata Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah pada sesi taklimat media hari ini.*
            *Spesies lebah madu yang dipaparkan dalam siri setem itu ialah Apis Dorsata (Lebah Tualang), Apis Cerana (Lebah Kampung) dan Apis Andreniformis (Lebah Kerdil Hitam).*
            *”Sebanyak 600,000 keping (200,000 keping bagi setiap paparan) setem akan dihasilkan bagi siri ini. Setiap helaian setem berharga RM12 dan mengandungi 20 keping setem.*
                 

*ARENA*
========


          *SKUAD juara Itali, Juventus kini mengalih perhatian mereka terhadap misi memburu gelaran Serie A kelapan berturut-turut hujung minggu ini, beberapa minggu selepas pergaduhan meletus susulan ejekan berbaur perkauman ditujukan terhadap pemain muda Moise Kean di Cagliari.*
            *Juventus mungkin menjuarai liga itu ketika berbaki tujuh perlawanan, paling awal pernah dicapai mana-mana pasukan Serie A jika mereka menewaskan AC Milan dan pencabar utama Napoli tewas kepada Genoa di laman sendiri.*
            *Dijana pembelian Cristiano Ronaldo pada musim panas, Juventus menempuhi kempen ini tanpa tandingan dengan hanya satu kekalahan daripada 30 perlawanan, iaitu pada 17 Mac ketika menentang Genoa apabila bintang Portugal itu direhatkan.*

          *ANTOINE Griezmann yakin Atletico Madrid menunjukkan peningkatan namun 10 bulan selepas itu, dia mungkin tertanya-tanya sama ada dia patut kekal di situ atau tidak.*
         *Atletico menentang Barcelona di Camp Nou awal pagi Ahad, di mana Griezmann sepatutnya bergandingan dengan Lionel Messi, beberapa minggu sebelum hampir menjulang gelaran La Liga, mungkin dua gelaran dan kemungkinan Liga Juara-Juara.*
           *Sebaliknya dia kekal di kelab itu, keputusannya menolak tawaran Barca didedahkan menerusi dokumentari televisyen pada Jun.*

         ♂ *PERMULAAN sensasi Rory McIlroy tahun ini dengan tujuh kali dalam kelompok 10 terbaik termasuk gelaran Kejuaraan Pemain-Pemain membuatkannya menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan Masters minggu depan dan melengkap gelaran Grand Slam sepanjang kariernya.*
         *Namun juar major empat kali dari Ireland Utara itu bakal diuji di Augusta Nasional oleh Tiger Woods yang semakin bangkit, pemain terbaik dunia Dustin Johnson dan pemain nombor dua dunia Justin Rose.*

          *SELEPAS Lin Dan dan Jonatan Christie, kini giliran pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long pula mengakui terasa ketiadaan Datuk Lee Chong Wei di arena badminton.*
          *Chen Long yang mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia selepas menumpaskan K Srikanth hari ini, berharap Chong Wei segera kembali beraksi.*
          *Jaguh perseorangan China itu tidak memikirkan sama ada dia mampu mengulangi pencapaian 2015 muncul juara tanpa kehadiran Chong Wei tetapi lebih berharap bekas pemain nombor satu dunia itu segera turun ke gelanggang*

          *HARAPAN beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila mereka tumpas kepada pilihan kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping di Arena Axiata, hari ini.*
           *Peng Soon-Liu Ying yang kini menghuni ranking kelima dunia terpaksa akur dengan kehebatan pasangan kedua dunia itu apabila tumpas 19-21, 21-16, 25-27 dalam masa satu jam 23 minit.*

           *PASUKAN Harimau Malaya masih jauh ketinggalan apabila kedudukan terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad kebangsaan turun satu anak tangga ke kedudukan 168.*
          *Ranking terkini yang dikeluarkan FIFA kelmarin juga menyaksikan Harimau Malaya berada di tahap berbeza berbanding Vietnam (98), Thailand (114), Filipina (124), Myanmar (140), Indonesia (159) dan Singapura (160).*
            *Jelas faktor kemerosotan itu dipengaruhi kegagalan menyerlah pada Piala Airmarine baru-baru ini apabila kalah di tangan Singapura sebelum menundukkan Afghanistan untuk menduduki tangga ketiga.*

           *“SAYA akan cuba kembali ke Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) secepat mungkin.”*
         *Itu tekad bekas pelumba Moto3, Adam Norrodin yang mahu segera kembali ke pentas berprestij itu selepas terpaksa melupakannya musim ini bagi memberi tumpuan kepada penampilan sulungnya pada Kejuaraan FIM CEV Repsol.*
          *Jelas Adam, sasaran utama untuk kembali ke saingan MotoGP tidak pernah padam dengan CEV - kejohanan yang menjadi pentas terbaik sebelum melangkah ke MotoGP - dijadikan medan buatnya untuk memenuhi hasrat itu.*

          *MESKIPUN berpuas hati di sebalik kekalahan 0-3 pada perlawanan ujian pertama dengan India, ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah tidak mahu pemainnya mempamerkan prestasi mendatar.*
         *Sebaliknya beliau menuntut usaha lebih daripada anak buahnya bagi baki empat perlawanan selepas ini terutamanya pada siri perlawanan ujian kedua esok.*

         ♂ *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kegemilangan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) diperkasakan tahun depan.*
          *Jelas beliau, LTdL akan menyambut ulang tahun ke-25 tahun depan.*
            *Tema kali ini adalah ‘Sports Unite, Cycling Contributes’ yang menggambarkan satu lagi misi LTdL sebagai acara utama negara.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 8 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 2 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0544*
*SUBUH : 0554*
*SYURUK : 0709*
*ZOHOR : 1318*
*ASAR : 1624*
*MAGHRIB : 1922*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 7april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN JOHOR, Sultan Ibrahim Iskandar mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mendengar suara rakyat untuk membatalkan perjanjian Statut Rom yang ditandatangani Mac lalu. Dalam entri terbaru di laman Facebook rasminya, Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kerana menghormati dan menerima pandangan Majlis Raja-Raja.*

                *sebanyak 38,080 kes denggi di seluruh negara bagi tempoh 30 Disember lalu hingga 6 April, dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi berbanding negeri lain. Berdasarkan statistik dikeluarkan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan, negeri berkenaan merekodkan jumlah sebanyak 22,343 kes denggi sepanjang tempoh itu.*

               *PENANGKAP ular tidak sedarkan diri selepas dipatuk ular tedung selar ketika cuba menangkap reptilia itu di Kampung Belukar, Abi, semalam. Mangsa, Azri Ahmad, 50, sedang dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar. Isteri mangsa, Siti Hawa Mahamad, 45, berkata, dalam kejadian 1 tengah hari itu, suaminya diminta oleh penduduk kampung bagi menangkap ular di dalam rumah penduduk.*

               *GOPENG: “Emak beritahu supaya terus mencari Acap dan jangan putus asa, sebab itu saya akan terus mencari adik saya sehingga jumpa,” kata Mohd Zahiruddin Hassan, 35, abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu. Menurutnya, walaupun keadaan kesihatan emak, Siti Maznah Khamis, 62, ketika ini kurang baik tetapi dia tetap memberi semangat dan mahu turut sama turun mencari adik.*

               *ISU hibah Tabung Haji (TH) 1.25 peratus dipolemikkan banyak pihak tanpa memahami apa sebenarnya berlaku dalam agensi yang ditubuhkan untuk membantu umat Islam di negara ini menyimpan wang bagi menunaikan haji. TH di bawah pengurusan baru berdepan pelbagai cabaran untuk memulihkan agensi berkenaan yang kini dilihat seolah-olah tidak memihak kepada pendeposit.*

               *TENGKU Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, 45, akan melangsungkan perkahwinannya dengan warga Sweden, Sofie Louise Johansson, 33, di Istana Balai Besar, Kota Bharu, 19 April ini. Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, pasangan baginda adalah kenalan lamanya.*

               *SERAMAI 170,000 pelarian etnik Rohingya dan warga Bangladesh diseludup sindiket penyeludupan migran ke Malaysia dari 2012 hingga 2015 membabitkan urus niaga haram antara AS$50 juta (RM174.5 juta) hingga AS$100 juta (RM349 juta) setahun. Statistik itu didedahkan dalam laporan bertajuk Sold Like Fish setebal 121 muka surat yang dikeluarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Fortify Rights.*

               *TINGKAT satu dijadikan pusat tawar-menawar aktiviti pelacuran manakala tingkat tiga pula ‘asrama’ menempatkan pekerja lelaki warga asing. Begitu keadaan di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, di sini, yang dijadikan sebagai tempat tinggal warga asing dan sarang pelacuran. Dalam serbuan bermula jam 11 malam kelmarin itu, dua premis di rumah kedai terbabit antara enam lokasi serbuan Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH).*

               *JIKA taktik pengedar dadah sebelum ini banyak menggunakan bungkusan minuman, kali ini dadah dipercayai serbuk ekstasi dibungkus ke dalam bungkusan bertulis ‘boarding pass’ syarikat penerbangan, lengkap butiran penerbangan di belakangnya. Mungkin ia sampul kepada pas masuk penerbangan itu, tetapi ia disumbat dengan serbuk ekstasi untuk mengaburi pihak berkuasa.*

                *PEKEBUN kerugian RM3,700 selepas menjalankan urusniaga dengan pembekal durian, Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 54 dari Raub itu dikatakan menerima panggilan daripada suspek yang menawarkan pelbagai jenis durian, termasuk Musang King dan Udang Merah dari Johor.*

               *POLIS menahan seorang lelaki dan seorang wanita petang semalam, selepas kedua-dua individu itu menyamar sebagai anggota polis dan menyamun pekerja kilang warga asing, dalam kejadian di Taman Desa Cemerlang, dekat Johor Bahru, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kedua-dua suspek berusia awal 30-an ditahan kira-kira 3.30 petang semalam selepas polis menerima laporan dibuat mangsa yang juga warga Bangladesh pada 12 tengah malam kelmarin.*

               *“TOLONGLAH mak cik, mak cik tak berduit, tak berdaya nak bayar saman anak mak cik yang sulung ini,” itu rayuan seorang ibu tunggal selepas anak lelakinya berusia 22 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, hari ini. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zainab, 56, itu juga terpaksa bersengkang mata menunggu di Unit Penguatkuasan Trafik di Jalan Chamberlain, sejak jam 4 pagi sebelum merayu polis tidak mengeluarkan saman terhadap anaknya.*

               *KEPENTINGAN rakyat dan kelestarian alam sekitar akan menjadi dua faktor utama diambil kira sebelum sebarang tindakan diambil membabitkan isu pertanian di Cameron Highlands. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sebarang tindakan yang akan diambil terhadap masalah di Cameron Highlands mengikut keperluan dengan mengambil kira aspek kebajikan rakyat termasuk pekebun di kawasan itu.*

               *PARTI Warisan Sabah (WARISAN) menyerahkan mandat kepada DAP untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan yang akan diadakan pada 11 Mei ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau akan mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng bagi membincangkan perkara itu, esok.*

               *KANAK-KANAK lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah kuarters di Tanjung Lobang, Miri semalam. Dalam kejadian 2.15 petang, mangsa, Muhammad Razzan Madhani Abdul Hamid, 5, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Miri akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mangsa menghidap autisme non verbal.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mematahkan cubaan menyeludup masuk sembilan haiwan dilindungi dianggarkan bernilai kira-kira RM403,000 dalam serbuan di Jeti Nelayan Parit Unas, Muar, malam tadi. Dalam serbuan 8.05 malam itu, PPM Wilayah Dua turut merampas dua orang utan, seekor musang albino dan enam ungka, selain menahan lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Indonesia berusia 23 hingga 40 tahun.*

               *SEBUAH syarikat yang terbabit dalam aktiviti pengorekan pasir laut di daerah ini didakwa bermain ‘silap mata’ dengan kerajaan negeri apabila dipercayai melanggar syarat permit serta menjual hasil pasir berkenaan untuk kegunaan projek perumahan. Kegiatan itu terbongkar selepas aduan dibuat orang awam yang curiga dengan kehadiran lori yang keluar masuk ke kawasan berkenaan di Tanjung Kling.*

               *DUDA beranak dua ditemui tidak sedarkan diri di bilik sewanya di bangunan kedai, Jalan Alor Akar, Kuantan, semalam, sebelum disahkan meninggal dunia. Terdahulu lelaki berusia 54 tahun itu dikatakan mempunyai temu janji di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bersama rakannya sebelum ditemui duduk di kerusi tidak sedarkan kira-kira jam 8 pagi.*

               *Mayat Muhammad Zaffan yang juga penuntut Universiti Kuala Lumpur Malaysian Insitute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) Lumut yang dilaporkan lemas semalam ketika mandi di muara Sungai Dinding di Sitiawan itu berjaya ditemui 12.50 tengah hari, hari ini.*

               *PEMUDA yang menghidap penyakit sawan atau epilepsi ditemui mati dipercayai akibat lemas di sungai berhampiran kebun sawit, Kesang Division Estate, Kesang Pajak, Jasin, semalam. Mangsa, M Selvan, 28, ditemui di dasar sungai sedalam 0.97 meter masih berbaju-T warna hitam dan berseluar pendek warna coklat, kira-kira jam 4 petang.*

               *PERKHIDMATAN jalur lebar di daerah Rantau diharap dapat dipertingkatkan terutamanya di luar bandar bagi memudahkan masyarakat mengakses maklumat. Penduduk tempatan, Azlan Kadri, 35, berkata, ada sesetengah lokasi hanya sekadar mendapat liputan internet 3G dan keadaan ini menyebabkan akses internet agak perlahan. Beliau berkata, hampir semua bergantung kepada perkhidmatan jalur lebar menyebabkan kelajuan berkurangan.*

               *DEMI imbuhan lumayan sekitar RM6,000 hingga RM10,000, dua lelaki rakyat tempatan sanggup menjadi tekong darat menyeludup rakyat asing ke negara ini. Namun kegiatan itu tumpas dalam operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah di persimpangan Kampung Tali Air Banting, Jumaat lalu.*

               *TINDAKAN pantas anggota bomba menyelamatkan nyawa seorang wanita dalam kejadian kebakaran membabitkan dua unit rumah di tingkat tiga rumah kedai di Lorong Haji Taib 1, di Kuala Lumpur, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 1.54 tengah hari tadi.*

               *TINDAKAN pelajar lelaki meminta tambah nilai kredit telefon bimbit daripada seorang remaja perempuan menjadi punca pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan sebuah kafe di Pekan Beaufort, semalam. Dalam kejadian jam 5 petang, pergaduhan itu membabitkan lapan lelaki terdiri daripada dua kumpulan berusia antara 14 hingga 19 tahun termasuk tiga daripadanya adalah pelajar.*

                *PEMBAKARAN terbuka dilakukan kilang memproses minyak terbuang menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Baru Tanah Merah Site C, Chuah di Port Dickson, semalam. Beberapa penduduk cuba menegur perbuatan pekerja di kilang berkenaan, namun menimbulkan ketegangan menyebabkan mereka terpaksa mengadu kepada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Michael Yek Diew Ching untuk tindakan lanjut.*

               *DENGAN upah RM30, pelajar Tingkatan Lima di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh sanggup menjadi ‘runner’ kepada pengedar dadah untuk menjual pil kuda di sekitar kampungnya sejak setahun lalu.
Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Boy itu berjaya ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan dalam Ops Perdana Khas 8.30 malam, 2 April lalu.*

               *BEBERAPA jalan di daerah Kuala Muda akan ditutup pada Khamis ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Sazalee Adam berkata, laluan akan ditutup bermula 9.30 pagi sehingga 11 pagi membabitkan laluan bermula dari sempadan Bertam di Kilometer 73 iaitu di Jambatan Merdeka sehingga ke Kilometer 33 iaitu di kaki Gunung Jerai di Gurun.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan, G Gnanaraja berhubung siasatan pengubahan wang haram. Menerusi kenyataan SPRM, penahanan itu dibuat jam 11.40 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini, selepas mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.*

               *SEGELINTIR peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikesan enggan membayar pinjaman kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, itu trend terkini yang dikesan perbadanan berkenaan, dan senario itu perlu ‘dipadamkan’ walaupun ia hanya membabitkan segelintir peminjam.*

               *PENCEMARAN Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, tidak menjejaskan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke Johor. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung berkata, walaupun insiden itu berlarutan selama kira-kira dua minggu, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai keengganan pelancong datang ke Johor.*

               *TIGA individu yang dipercayai penganjur judi loteri haram diberkas polis dalam beberapa serbuan di sekitar Butterworth antara jam 3 hingga 5 petang semalam. Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat da n Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara itu menyerbu beberapa premis di Mak Mandin dan Butterworth selepas menerima aduan orang ramai.*

               *MALANG tidak berbau bagi pencuri apabila bukan sahaja gagal membawa lari motosikal jenis Yahama 125 Z, malah turut ditangkap sendiri pemilik motosikal itu di Taman Kesedar Jaya, dekat Gua Musang, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira 5 pagi ketika lelaki berusia 20 tahun itu menceroboh kawasan rumah pemilik motosikal itu.*

               *AHLI Majlis wanita di Tampin ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) kerana dipercayai melindungi lelaki warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen sah di negara ini, selain didakwa bersekedudukan di Gemas, kelmarin. Sumber JIMNS berkata, pihaknya menerima aduan penduduk 6 Mac lalu selepas melihat pasangan itu menetap bersama dalam keadaan mencurigakan.*

               *PENGUNDI di Bahagian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Rantau yang tidak menerima kad pengundi (Voter’s Card) boleh membuat semakan maklumat pengundian mereka lebih awal sebelum hari pengundian. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkata pengundi yang tidak menerima kad tersebut kemungkinan telah berpindah dan mereka boleh membuat semakan melalui saluran-saluran antaranya melayari portal SPR di www.spr.gov.my.*

               *KABINET bersetuju agar setiap kementerian mengadakan aktiviti senaman selama 15 minit sehari bagi membudayakan gaya hidup sihat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata program yang bernama ‘X-Break’ itu memerlukan setiap kementerian mengadakan aktiviti senaman sama ada pada sebelah pagi atau petang untuk kakitangan mereka.*

               *PROGRAM Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) fasa pertama dengan pengenaan kadar penalti 10 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan, dilanjutkan sehingga 30 Jun ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara berkenaan dipersetujui oleh Jemaah Menteri berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembayar cukai. Katanya, sehingga 31 Mac lalu, sejumlah 381,979 pengakuan sukarela sudah diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).*

            
*SEJAGAT*
==========


          *ISTANBUL: Penerbangan komersial terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Ataturk, di sini, semalam dan konvoi trak menghantar beribu-ribu tan peralatan merentasi bandar ke lapangan terbang baharu gergasi yang dirancang Turki sebagai lapangan terbesar di dunia.*
           *Pemindahan besar-besaran antara dua hab itu, disifatkan oleh pihak berkuasa Turki sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku dalam skala dan kecepatan, apabila sebahagian besarnya lengkap lebih kurang 24 jam selepas ia mula beroperasi semalam.*
         *Lapangan terbang baharu Istanbul, berharga kira-kira AS$8 bilion (RM32.72 bilion) dan satu daripada beberapa projek mega diterajui Presiden Recep Tayyip Erdogan, pada mulanya berupaya mengendalikan 90 juta penumpang setahun, hampir dengan keupayaan lapangan terbang terbesar sedia ada dunia.*

          *SEOUL: Jumlah pelancong meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas di Korea Utara hari ini, bagi menyertai Marathon Chasers iaitu larian tahunan yang diadakan di Pyongyang sekaligus meredakan ketegangan ke atas negara itu, kata firma pelancongan.*
          *Acara itu adalah bagi meraikan ulang tahun kelahiran pengasasnya Kim Il Sung pada 1912 menerusi larian atau joging di jalan raya di andar berkenaan dengan kawalan ketat.*
             *Sekurang-kurangnya 950 pelancong Barat menyertai acara itu, menurut Koryo Tours, berbanding hanya sekitar 450 orang pada tahun lepas.*

           *SINGAPURA: Gergasi teknologi menolak cadangan undang-undang berita palsu oleh Singapura bagi membolehkan pihak berkuasa negara itu membuang kandungan dan mengenakan denda tinggi. Perkara itu dianggap pengkritik sebagai kecaman ke atas kebebasan bersuara.*
           *Kerajaan memperkenalkan satu rang undang-undang minggu lalu, termasuk kuasa yang memberi kebenaran kepada menterinya untuk memerintahkan laman media sosial seperti Facebook agar membuang kandungan melampau.*
          *Mereka yang menyebarkan berita palsu dan mengakibatkan kerosakan ke atas Singapura, boleh didenda sehingga 1 juta dolar Singapura (RM3.1 juta) dan penjara sehingga 10 tahun.*

          *Bandar Gaza: Puluhan penduduk Palestin cedera di sepanjang pagar sempadan Israel-Gaza ketika bantahan mingguan kelmarin, kata Kementerian Kesihatan Gaza.*
         *Sekurang-kurangnya 83 orang dirawat di hospital di sini, kata kementerian dalam satu kenyataan ketika ribuan penunjuk perasaan sekali lagi mengadakan demonstrasi di sempadan dikawal ketat itu.*
         *Ia tidak menyebut berapa ramai daripada yang dirawat cedera akibat ditembak namun tiga orang dilaporkan dalam keadaan kritikal.*

           *Manila: Seorang nelayan Indonesia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf selama empat bulan di Filipina dilaporkan mati lemas ketika melarikan diri manakala dua lagi tebusan berjaya diselamatkan, kata jurucakap tentera, semalam.*
         *AFP melaporkan, semua tebusan ditahan di sebuah pulau terpencil di Mindanao yang dikepung tentera Filipina hampir enam minggu dalam usaha menangkap penculik berkenaan.*
         *Ketiga-tiga lelaki itu diculik ketika menangkap ikan pada awal Disember tahun lalu.*

          *WALAUPUN ketua penyeludupan etnik Rohingya warga Thailand Na Yok Thon @ Tong sudah dijatuhi hukuman penjara 78 tahun namun kegiatan terbabit dikatakan masih berjalan seperti biasa.*
         *Malah, ia dilakukan dalam skala kecil-kecilan dan dijalankan saki-baki pembantu Tong.*
          *Menurut sumber, berdasarkan siasatan dijalankan, sindiket diketuai Tong memiliki kapal dagang sendiri yang mampu memuatkan antara 500 hingga 1,000 pelarian etnik Rohingya dan Bangladesh pada satu-satu masa.*
        *”Kapal itu didaftarkan di Vietnam namun atas nama warga Thailand yang juga orang kepercayaan Tong. Kapal itu dibahagikan kepada beberapa bahagian yang mana wanita dan kanak-kanak diasingkan daripada lelaki.*

          *KHARTOUM: Seorang penunjuk perasaan maut ketika menyertai protes di Omdurman, Sudan, manakala ribuan lagi mengadakan tunjuk perasaan di Khartoum, semalam.*
           *AFP melaporkan, jurucakap Jeneral Hashim Abdelrahim berkata: “Berlaku perhimpunan haram di Khartoum dan di beberapa tempat lain,” katanya kepada agensi berita rasmi SUNA.*
           *Jawatankuasa doktor yang membantu menganjurkan protes terbabit mengesahkan penunjuk perasaan yang maut itu adalah seorang pegawai perubatan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *KESILAPAN teknikal yang berlaku ketika Jabatan Pengurusan Bukit Aman menggunapakai data daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyebabkan seorang konstabel lelaki memperoleh gelaran ‘Datuk Seri Amar Diraja’.*
        *Kejadian yang tular baru-baru ini menyebabkan anggota polis berusia 26 tahun itu dipandang serong masyarakat yang mempertikaikan gelaran yang diperolehnya.*
            *Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kesilapan teknikal menjadi punca kepada kekeliruan itu dan beliau sendiri sudah memanggil anggota berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.*

          *PENGAWAL keselamatan berusia 70 tahun bukan sahaja dibelasah, malah turut ditendang dan dibaling batu oleh pelawak terkenal dalam kejadian pergaduhan di Taman Acacia, Nilai, malam tadi.*
          *Dalam kejadian jam 8 malam itu, Yahya Manap cedera di hidung dan bengkak pada muka dan sakit belakang badan akibat kejadian itu.*
              *Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, berdasarkan laporan, pelawak lelaki berusia 49 tahun yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.*
            *Beliau berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan di lokasi dan memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yg telah pun tular di media sosial untuk tindakan lanjut.*

          *IBADAT haji sebenarnya tidak boleh disekat dan keputusan Tabung Haji (TH) menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji tidak lagi layak mendaftar semula untuk kali kedua, adalah tidak sepatutnya berlaku.*
           *Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, walaupun TH memberi alasan senarai menunggu terlalu panjang dan untuk memberi peluang kepada individu lain ke Tanah Suci, perkara berkaitan ibadat haji ini bukanlah boleh disekat atau dihadkan atas alasan seperti itu.*
        *”Kalau kita faham syarat untuk menunaikan fardu haji, tidak akan timbul isu had atau sekat keinginan orang yang berkemampuan untuk menunaikan (ibadat) haji.*

          *IMPIAN seorang gadis ingin menjadi model bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diugut gambar separuh bogel miliknya akan disebarkan oleh individu yang dikenalinya melalui akaun Instagram.*
         *Difahamkan, gadis berusia 15 tahun itu mengenali individu yang mengaku sebagai pengurus model melalui Instagram pertengahan bulan lalu dan menawarkan pekerjaan kepadanya.*
         *Mangsa yang terpedaya dengan tawaran kerja itu menghantar gambar separuh bogel sebelum menyedari dia ditipu selepas diminta membuat bayaran sebanyak RM500 bagi mengelak gambarnya disebar kepada orang lain.*
          *Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan mendapati ketika mangsa berada di rumahnya di Beaufort, seorang pemilik akaun Instagram bernama fordhaneem memperkenalkan diri sebagai pengurus model yang sedang mencari model.*

          *NEW DELHI: Satu pasangan kembar siam, Shivanath dan Shivram Sahu yang bercantum pada bahagian badan baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 dan tetap tidak menyesal selepas menolak peluang untuk dipisahkan.*
         *Menurut Mail Online, pasangan yang berasal dari kampung Khenda di daerah Baloda Bazar berhampiran Raipur, tengah India itu kali pertama menjadi perhatian dunia selepas gambar mereka mandi dan memakai baju tular di Internet pada 2014.*
          *Beberapa doktor kemudian menawarkan pembedahan untuk memisahkan mereka tetapi pasangan berkenaan yang bercantum pada bahagian pinggang dan berkongsi dua kaki dan empat tangan bertekad terus bersama.*
                 

*ARENA*
========


         *EPL RESULT FT: EVERTON 1 ARSENAL 0*

         *PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dijangka berdepan jendela perpindahan musim panas yang sibuk tetapi keutamaannya ialah memastikan dua pemain tonggak kekal di Old Trafford.*
            *United dijangka menguatkan bahagian pertahanan dengan membawa masuk dua pemain baharu tetapi menurut laporan akhbar, tugas utama Solskjaer ialah memastikan Paul Pogba dan David de Gea tidak meninggalkan Old Trafford.*
        *Akhbar di Sepanyol mendakwa Real Madrid kini berusaha mendapatkan Pogba, 26, dengan jurulatih Zinedine Zidane dikatakan sudah mula merisik rakan senegaranya itu.*

         *WAYNE Rooney diperintah keluar padang buat pertama kali dalam kariernya di liga bola sepak Amerika (MLS) ketika pasukannya DC United tewas dalam perlawanan menentang Los Angeles FC.*
         *Rooney dilayangkan kad merah selepas didapati melakukan terjahan keras dengan dua-dua kaki terkena paras bawah lutut penyerang Los Angeles, Diego Rossi.*
         *Bekas bintang Manchester United dan kapten England pada mulanya dilayangkan kad kuning namun selepas tayangan semula VAR, pengadil mengubah keputusan kepada kad merah. DC United ketinggalan 3-0 ketia itu.*

         *MASAKAN rendang dan kari ayam Malaysia kini boleh dinikmati di Stadium baru Tottenham Hotspur di High Road, Tottenham, London.*
           *Kompleks stadium baru yang menggantikan White Hart Lane itu dilengkapi 60 gerai yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman termasuk burger dan sandwich.*
         *Makanan Malaysia adalah antara tarikan terbaru buat peminat bolasepak kerana sebelum ini sudah sate dan nasi lemak di England.*
            *Tottenham dibarisi beberapa pemain bintang bintang seperti Harry Kane, Dele Ali dan import dari Korea Selatan, Son Heung Min yang mencetus impak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).*

        ♂ *PAKAR pecut Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh memastikan penguasaan pasukan tempatan pada peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.*
           *Dia muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat beramai-ramai di Dataran Pahlawan Melaka selepas saingan 200.6km bermula dari Senawang, Negeri Sembilan.*
          *Harrif mencatat masa empat jam 53 minit 20 saat.*

          *PERSAHABATAN legenda badminton China, Lin Dan dan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei tetap utuh biarpun mereka sudah lama tidak ‘bertentang raket’ di gelanggang.*
         *Hakikat itu terbukti selepas Chong Wei memohon maaf kepada Lin Dan, hari ini kerana tidak sempat membawanya keluar makan sepanjang berada di Kuala Lumpur.*
           *Lin Dan menewaskan rakan senegaranya, Chen Long dalam saingan tiga set di Arena Axiata untuk kejuaraan keduanya.*
         *Pemain handalan kidal China itu meraih gelaran sulung ketika menewaskan Chong Wei pada edisi 2017.*
  
        ♂ *PEMAIN golf Malaysia, Arie Irawan Ahmad Fauzi meninggal dunia akibat mati mengejut di dalam bilik hotel di sebuah resort peranginan di Hong Kong, hari ini.*
         *Menurut kenyataan Jelajah PGA, pemain terbabit berusia 28 tahun.*
          *Arie bergelar pemain profesional pada 2013 dan memenangi dua kejohanan Jelajah Pembangunan Asia pada 2015.*
            *Dia terlepas ‘cut’ pertengahan saingan pada Kejohanan Sanya yang merupakan acara kedua dalam Siri Jelajah PGA China.*

         *PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadikan enam negara sebagai model transformasi atau kayu pengukur dalam merencanakan program pembangunan bola sepak untuk jangka masa panjang.*
        *Setiausahanya Stuart Ramalingam berkata, FAM akan menjalinkan kerjasama dengan Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan dan Jepun untuk mengguna pakai modul pembangunan bola sepak mereka kepada pasukan negara.*

         *KETIADAAN dua tunjang import Melaka United (MU), Jang Suk-won dan Liridon Krasniqiamat dirasai ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan ketika mengulas kekalahan 3-4 kepada Selangor di Stadium Hang Jebat, semalam.*
            *Menurutnya, situasi terbabit memperlihatkan kubu pasukan bocor empat kali selain gerakan permainan juga sedikit terjejas tanpa dua khidmat pemain terbabit.*
        *Katanya, ketiadaan Suk-won yang digantung perlawanan dan Mat Don yang masih cedera menjejaskan pergerakan pasukanwalaupun tidak dinafikan terdapat peningkatan dalam kalangan pemain tempatan.*

         *KOTA BHARU: Ada pemain terpaksa menggunakan saki baki duit syiling untuk membeli makanan seharian.*
          *Itulah nasib yang dialami pemain skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Kelantan atau The Young Warriors (TYW) yang beraksi dalam Piala Belia.*
          *Ia didedahkan pengurus pasukan Azrul Mohd Zawawi yang menyatakan pemain terpaksa ‘mengikat perut’ demi kelangsungan hidup selepas mereka tidak dibayar gaji sejak Februari lalu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 9 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 3 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0544*
*SUBUH : 0554*
*SYURUK : 0709*
*ZOHOR : 1318*
*ASAR : 1624*
*MAGHRIB : 1922*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 8april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PROSES pengundian awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau esok akan membabitkan 110 pengundi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata jumlah itu membabitkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan, manakala 36 anggota polis pula akan mengundi di Balai Polis Rantau. Menurutnya, lapan pengundi yang terdiri daripada tentera pula akan mengundi secara pos.*

                *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia membantu menstabilkan harga telur ayam yang tidak menentu ketika ini. PengerusI FAMA, Ishak Ismail berkata, ketidaktentuan yang berlaku adalah fenomena biasa iaitu naik turun terutamanya ketika memasuki fasa Ramadan dan Aidilfitri. “Namun, setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang aduan mengenai keadaan harga telur yang kritikal atau melambung begitu tinggi.*

               *PENGAWAL keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya mungkin mengambil tindakan saman terhadap seorang pelawak yang membelasah dan menendangnya dalam kejadian pergaduhan di Taman Acacia di Nilai, kelmarin. Yahya, 70, berkata perbuatan artis lelaki terbabit bukan sahaja menyebabkan kecederaan pada mukanya, tetapi dia turut mengalami trauma.*

               *PELAWAK terkenal yang dikatakan membelasah dan menendang seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai dekat Seremban, malam kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, arahan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.*

                *SEORANG lagi mangsa kemalangan bas berhampiran MAS Kargo, Sepang, semalam, disahkan meninggal dunia jam 4.47 petang. Mangsa, Fitri Nur Jahari, 21, sebelum ini dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Putrajaya disahkan meninggal dunia selepas hampir 17 jam bertarung nyawa. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia adalah 12 individu termasuk empat wanita.*

                *KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan berjumlah RM1.13 bilion untuk membina kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan sistem jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah, tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Sabah antara negeri tertinggi menerima peruntukan daripada KPLB pada tahun ini khusus untuk penduduk kawasan luar bandar.*

               *ANGGOTA dan pegawai Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan pengedar rokok seludup yang menggunakan kenderaan lama untuk membawa bahan larangan itu di Kampung Rengit Laut, Rengit, Batu Pahat, 11.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, bertindak atas maklumat dan intipan, pasukan itu melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.*

               *SELUDUP dan mahu jual dua ekor anak Orang Utan pada harga hampir setengah juta ringgit. Itu nasib malang dua haiwan jinak itu yang cuba diseludup masuk ke negara ini bersama enam ungka dan seekor musang albino menggunakan bot. Kegiatan itu digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua hasil serbuan di Jeti Nelayan Parit Unas di sini, kelmarin.*

                *UPAH 50 pekerja yang diberi tugas khusus menjawab panggilan dan menerima tempahan pembelian gula-gula seks dari pelanggan seluruh Malaysia. Itu antara kegiatan sindiket penjualan produk rangsangan seks haram yang dikesan beroperasi di Johor Bahru dan mampu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebulan. Difahamkan setiap biji gula-gula rangsangan seks itu dijual pada harga sekitar RM10 hingga RM20 sebiji.*

               *POLIS memburu dua lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah selepas menemui 21,500 biji pil disyaki ekstasi yang dibuang ke dalam Sungai Pulai, Johor Bahru, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, dua lelaki lingkungan 40-an dikesan menaiki bot di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.*

               *WARGA emas dari Bandar Pusat Jengka, Maran, kerugian RM4,150 selepas diperdaya seorang wanita menawarkan pakej mengerjakan umrah yang tidak wujud, tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sekitar September tahun lalu, suspek menawarkan pakej umrah kepada suri rumah berusia 77 tahun itu.*

               *EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas dakwaan menerima rasuah untuk mengeluarkan sijil diploma palsu, tahun lalu. Tertuduh C Vijayakumar, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.*

               *PEKEBUN yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Hakim MM Edwin Paramjothy bagaimanapun menetapkan 26 April ini bagi tarikh jatuh hukum terhadap Sharil Mohd Sarif, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.*

                *LELAKI dipercayai memperdayakan gadis dengan tawaran kerja sebagai model sebelum mengugut menyebarkan gambar separuh bogel mangsa akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, selepas siasatan terhadap suspek sama di Semenanjung, selesai.*

               *POLIS masih menjalankan siasatan sama ada masih terdapat pegawai dan anggota yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah susulan rampasan syabu terbesar di Ulu Tiram, Johor, bulan lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, inspektor polis berusia 30-an yang ditahan Jumaat lalu itu dipercayai baru dua bulan terbabit dalam sindiket berkenaan.*

               *AIR ‘kick’ menjadi kata kunci bagi pelanggan pusat hiburan sekitar ibu negara untuk memesan minuman berperisa dadah ketika berhibur. Bagaimanapun kegiatan sindiket pengedaran dadah membabitkan dua lelaki tempatan itu tumpas apabila mereka ditahan dalam Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Khamis lalu.*

               *SEORANG remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 25.19 gram. Tertuduh, Muhammad Irfan Syazwan Zulkifli, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.*

               *LELAKI berusia 33 tahun yang ada 12 rekod jenayah lampau masih tidak serik melakukan jenayah sehingga ditahan sekali lagi membabitkan empat kes pecah masuk bangunan sarang burung di Jalan Bunga Kiambang, Senai hari ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek ditahan bersama rakannya berusia 25 tahun 7.15 pagi tadi.*

               *KEPRIHATINAN kakak berusia 24 tahun yang mengesan perubahan adiknya membongkar rahsia remaja berusia 13 tahun itu melakukan hubungan seks dengan teman lelaki sejak bulan lalu. Bagaimanapun, rahsia berkenaan hanya terbongkar selepas didesak berulang kali sebelum anak bongsu itu mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya berusia 17 tahun di ruang tamu rumah mangsa.*

               *IBUbapa mempunyai anak autisme perlu mementingkan aspek penjagaan, kesihatan dan rawatan pergigian kanak-kanak berkenaan. Aspek itu perlu diberi perhatian bagi memastikan tidak berlaku tindakan luar kawalan kanak-kanak itu berdepan masalah berkaitan pergigian pada masa depan. Aktivis Pasukan Pergigian Briged Negaraku Dr Fatin Nadhirah Idrus berkata, aspek berkenaan perlu dititik beratkan seawal usia kanak-kanak agar golongan itu dapat membiasakan diri dengan rutin pemeriksaan gigi.*

               *“SAYA menggigil dan meminta anak mengalunkan azan kerana keadaan ketika itu menakutkan,” kata Siti Esah Penchun, 72. Siti Esah adalah antara mangsa kejadian ribut di Sungai Ramal Dalam, Kajang yang merosakkan kediaman serta harta benda miliknya. Menceritakan kembali kejadian itu, Esah berkata, kejadian ribut semalam adalah yang terburuk sejak lebih 50 tahun tinggal di situ.*

               *BUKAN mudah untuk membanteras kegiatan kongsi gelap yang bermaharajalela dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) di pasar borong sekitar ibu negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad. Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya sedang giat membongkar kegiatan berkenaan dan akan terus mendedahkannya.*

                *KEK, beberapa botol air mineral dan sekampit beras bekalan buat 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya lelaki selama lapan hari di laut, sebelum mereka mendarat dengan bot di perairan Pantai Sungai Bahru, Kampung Belati, Kangar, awal pagi tadi. Salah seorang pelarian etnik itu, Abu Hussain Noor Hussain, 20, berkata, sepanjang tempoh itu juga, mereka berkongsi makanan yang sedikit dan terpaksa berhimpit-himpit di atas bot pancung yang membawa mereka.*

               *PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah mengeluarkan 18 notis dengan nilai kompaun RM10,500 terhadap majikan yang melakukan kesalahan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP). Pengarahnya Shaharuddin Waled berkata, kesalahan itu dikesan dalam Operasi Pengesanan (Ops Kesan) yang dilakukan di sekitar Alor Setar membabitkan 90 penguat kuasa PERKESO dari seluruh negeri.*

               *SEORANG wanita berdepan detik cemas selepas terkurung kira-kira 10 minit di dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Masjid At Taqwa, Jalan Pantai Tawau lama, Tawau, pagi tadi. Mangsa, Farida Abdullah, 56, berkata, kebakaran 9.15 pagi itu turut membabitkan enam lagi kediaman lain.*

               *KEBAKARAN hutan yang mencetuskan masalah jerebu serta menjejaskan kesihatan penduduk di utara Sarawak berpunca daripada perbuatan yang disengajakan. Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan keresahan penduduk, terutamanya ketika cuaca panas sekarang.*

               *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi punca permasalahan dalam Lembaga Tabung Haji (TH). Sebaliknya, beliau berkata, kadar hibah 1.25 peratus bagi 2018 untuk dibayar kepada 9.3 juta pendeposit, bertujuan memastikan wang pendeposit selamat, selain membawa TH lebih maju agar pendapatan dijana dengan lebih mampan.*

               *“IMPIAN kami mahu melihat Aqil mencapai cita-citanya menjadi hafiz, tapi ternyata Allah SWT lebih menyayanginya. Semoga Aqil menunggu kami di syurga nanti.” Demikian rintih Ahmad Ruhaimi Mohd Rehan, 40, bapa kepada Ahmad Aqil Fadlullah,10, yang ditemui lemas di bawah jeti Sungai Manir, dekat Kuala Terengganu, malam tadi.*

               *ANAK seorang menteri yang disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan patologi sudah diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kertas siasatan bagi kes berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara.*

               *DUA beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif khidmat pelanggan pada Februari tahun lalu. S Kirubanantharaj, 25 dan S Tharmenderan, 22, hanya menangguk selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.*

               *SEORANG guru maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas di Kilometer 32, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya di Kota Samarahan, tengah hari ini. Mangsa, Ainul Khaliza Bolhi, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan 1.40 tengah hari itu.*

               *SEKUMPULAN ahli sindiket pengedaran dadah ditahan ketika sedang melakukan transaksi penjualan bahan terlarang itu secara terbuka itu di depan sebuah restoran di Bandar Baru Bangi, Khamis lalu. Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor pada 2 petang itu berjaya menahan tiga wanita dan dua lelaki berusia 34 hingga 44 tahun.*

               *KERAJAAN Negeri Sembilan berhak merampas tanah yang didakwa dimiliki individu tanpa menggunakan saluran yang betul. Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan merampas itu patut dilakukan jika wujud salah guna kuasa ketika pemberian tanah itu dilakukan sebelum ini.*

               *HANYA kerana dituduh mencuri beras, seorang lelaki menerima tujuh jahitan di kepala selepas dihentak menggunakan batu oleh adik kandungnya dalam kejadian di Kampung Kopungit, di Kota Kinabalu, kelmarin. Mangsa lelaki berusia 51 tahun ditemui terbaring oleh anak perempuannya berusia 15 tahun di luar rumah mereka dengan berlumuran darah kira-kira 5 petang.*

                *JABATAN Kesihatan Kelantan menafikan tiada pemantauan dibuat terhadap penyakit kulit bersisik dan gatal yang dikatakan semakin merebak dalam kalangan penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Aring 5, dekat Gua Musang, sejak sebulan lalu. Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya melalui Pasukan Mobile Klinik Kesihatan Aring memasuki kawasan kampung itu dan Kuala Koh sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk membuat pemantauan dan merawat penduduk.*

               *POLIS menahan 96 individu atas pelbagai kesalahan termasuk kes jenayah sepanjang tujuh hari Operasi bersepadu dijalankan sekitar Alor Setar, bermula 1 April lalu hingga semalam. Beliau berkata, operasi tertumpu di sekitar Bandaraya Alor Setar seperti rumah urut, pemeriksaan jalan raya dan beberapa lokasi menjadi tumpuan orang ramai.*

               *“KOSONG, tak ada pun (derma dari orang ramai),” kata calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, R Malarvizhi, 51. Menurut beliau, walaupun gagal meraih walaupun satu sen sumbangan dari rakyat pada kempen meraih undi dan sumbangan kempen minggu lalu, ia tidak melunturkan semangatnya untuk berkempen.*

               *BAPA kepada enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan mencabul bekas isterinya. Tertuduh berusia 61 tahun dari Marang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan seorang wanita yang dihukum penjara 18 bulan kerana menghina azan apabila mengadu bunyinya terlalu kuat apabila dilaungkan menggunakan pembesar suara berhampiran rumahnya.*
         *AFP melaporkan, Meiliana, 44, didapati bersalah menghina Islam kerana menyungut bunyi azan terlalu kuat dan menyakitkan telinganya serta meminta jiran memperlahankan pembesar suara berkenaan.*
        *Dalam keputusan yang dimuatkan dalam laman web, Mahkamah Agung berkata, ia menolak rayuan wanita bukan Islam itu namun tidak menjelaskan lebih lanjut.*

         *CAPE TOWN: Mayat seorang pemburu haram dimakan sekumpulan singa selepas lelaki itu maut diserang seekor gajah di Taman Negara Kruger, minggu lalu.*
           *Renger taman negara itu dalam kenyataan Jumaat lalu berkata, pasukan mencari hanya menemui tengkorak manusia dan seluar dipercayai milik manga.*
          *Times Live memetik kenyataan polis Leonard Hlathi melaporkan, mangsa bersama empat pemburu mencerobohi taman negara itu pada 1 April lalu dipercayai untuk memburu badak sumbu.*

         *TAIPEI: Pesawat Cathay Dragon yang sepatutnya berlepas ke Hong Kong terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Kaohsiung untuk melakukan pendaratan cemas, hari ini.*
          *AFP melaporkan, penerbangan KA451 itu mengalami masalah teknikal tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Kaohsiung.*
          *Syarikat induk Cathay Dragon, Cathay Pacific dalam kenyataanya berkata, pesawat itu mendarat dengan selamat di Kaohsiung yang terletak di selatan Taiwan.*

         *BUCHAREST: Lebih 300 polis dan dua helikopter menjalani operasi besar-besaran sepanjang persisiran pantai Laut Hitam Romania, semalam susulan 131 kilogram kokain hanyut ke darat.*
         *Jurucakap polis, Georgian Dragan memberitahu AFP sebanyak 14 bot serta beberapa penyelam turut terbabit dalam operasi sejak penemuan bungkusan dadah itu di pantai, Jumaat lalu.*
        *Polis menggesa penduduk setempat supaya tidak membuka sebarang bungkusan di pantai untuk keselamatan.*

         *BRASILIA: Seorang remaja mengaku membunuh adik lelakinya yang berusia lima tahun sebelum mengerat mayat mangsa dan memakan alat kelaminnya, dalam kejadian di Sao Roque di tenggara Brazil.*
          *Daily Mail melaporkan, remaja berusia 17 tahun itu dipercayai melakukan ritual pelik selepas polis menemui mayat mangsa, Maycon Roque dikelilingi dengan beberapa batang lilin.*
        *Menurut polis, kejadian berlaku ketika dua beradik berkenaan ditinggalkan di rumah selepas ibu mereka keluar untuk membeli belah sebelum remaja terbabit memujuk adiknya ke bilik dan menekup muka mangsa dengan bantal.*

         *MOSCOW: Pihak berkuasa Russia akan melepaskan hampir 100 ikan paus yang ditempatkan di beberapa sangkar di Timur Jauh Russia, ke laut selepas tertangguh selama beberapa bulan, lapor agensi berita TASS ketika memetik kenyataan Gabenor Wilayah Primorsky, Oleg Nikolayevich Kozhemyako.*
            *Imej sekumpulan ikan paus dikurung dalam sangkar sempit di sebuah teluk berhampiran bandar pelabuhan, Nakhodka di Selat Jepun, mencetuskan kritikan pelbagai pihak selepas tersiar tahun lalu.*
          *Haiwan itu ditangkap sebuah syarikat yang merancang menjualnya kepada pembeli di China. Namun, nasib ikan paus itu berubah hasil campur tangan Kremlin, yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan mencari jalan bagi membebaskan haiwan berkenaan.*

         *BEIJING: Seorang perompak terpaksa menyerah diri kepada pegawai polis apabila cubaannya untuk melarikan diri menemui jalan buntu selepas terperangkap di luar tingkat 22 sebuah bangunan di China.*
         *Daily Mail melaporkan, suspek terbabit diburu polis kerana dipercayai merompak sebuah kedai dengan mengacukan pisau kepada pemiliknya di Yiyang, wilayah Hunan pada 24 Mac lalu.*
        *Mangsa kerugian sebanyak 10,000 yuan (RM1,323) selepas suspek melarikan kad bank dan mengeluarkan wangnya, lapor Jiangsu Broadcasting Corporation.*

          *BEIRA: Seorang wanita terpaksa melahirkan anak di atas pokok mangga selepas rumahnya di tengah Mozambique ditenggelami air banjir akibat siklon Idai, baru-baru ini.*
         *Amelia memberitahu Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF), dia bersalin bayi perempuan sambil berpaut pada pokok bersama anak lelaki berusia dua tahun.*
         *”Hanya saya dan anak berada di rumah apabila air tiba-tiba melimpah masuk ke dalam rumah. Saya tiada pilihan lain dan kami memanjat pokok untuk menyelamatkan diri," katanya.*

          *WASHINGTON: Keranda mengandungi mumia ketua paderi Mesir Purba berusia 4,000 tahun disiarkan secara langsung di saluran Discovery, semalam.*
          *Dokumentari istimewa berjudul ‘Ekspedisi Tidak Diketahui: Mesir’ itu bersiaran selama dua jam dari Minya yang terletak berhampiran selatan Sungai Nile.*
        *AFP memetik pengkaji Josh Gates berkata, mumia itu adalah paderi tinggi dewa Thoth ketika pemerintahan dinasti ke-26 Mesir purba.*

          *CAPE TOWN: Sebuah kereta yang dipandu laju merempuh seorang penyelenggara jalan raya sehingga menyebabkan mangsa melambung tinggi dalam kejadian di sini, baru-baru ini.*
         *Mangsa Xolele Phindela, 32, cedera parah, namun bernasib baik kerana tidak digilis kenderaan lain.*
         *Sehingga kini ini, polis belum menahan pemandu kereta itu, lapor Daily Mail.*
           *Kejadian itu berjaya dirakam kamera dari kereta pemandu Lyndon DeMeillon yang bertindak membuat laporan polis.*

          *Baitulmaqdis: Palestin tidak terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Israel bahawa rejim Zionis akan merampas kawasan yang kini menjadi penempatan Yahudi di Tebing Barat jika beliau memenangi pilihan raya umum 9 April ini.*
            *Benjamin Netanyahu membuat kenyataan itu hari ini, dalam temuramah dengan stesen televisyen Channel 12. sebagai janji pilihan raya dalam usahanya untuk kekal berkuasa.*
         *Pegawai kanan Palestin, Saeb Erekat berkata, kenyataan Netanyahu mengenai ‘merampas’ itu tidak mengejutkan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *BAU busuk yang dikesan di kawasan Hutan Simpan Bukit Kinta dekat Gopeng kelmarin bukan milik manusia, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, Mohamad Yunus Abu.*
             *Beliau berkata, maklumat mengenai bau busuk dan sekumpulan lalat diterima daripada Orang Asli tempatan.*
          *Beliau mengulas mengenai tular di media sosial yang mengaitkan bau busuk dengan kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap sejak 23 Mac lalu semasa menyertai Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019.*
         *Dalam pada itu, Mohamad Yunus turut meminta pengamal perubatan tradisional atau pengamal perubatan Islam agar tidak membuat usaha mencari Mohammad Ashraf secara bersendirian.*

         *DUA wanita cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dihimpit Mercedes Benz di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban semalam.*
         *Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, kejadian 3 petang itu menyebabkan Perodua Alza dinaiki mereka terbabas merempuh pokok dan memasuki longkang.*
           *Video berdurasi 22 saat yang menunjukkan Mercedes Benz menghimpit Perodua Alza sebelum kenderaan itu terbabas melanggar pokok tular di Facebook sejak semalam.*

           *MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.*
          *Pertemuan itu difahamkan berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula jam 5.45 petang.*
          *Difahamkan Osman memasuki pekarangan bangunan berkenaan jam 3 petang.*
           *Sebelum ini tular berita mengenai rombakan yang akan berlaku dalam kerajaan Johor dan terdapat desas-desus menyebut kedudukan Osman sebagai Menteri Besar turut terancam.*

            *PENGGUSTI profesional, Bret Hart diserang seorang lelaki ketika menyampaikan ucapan dalam acara majlis World Wrestling Entertainment (WWE) di New York.*
         *Rakaman video tular menunjukkan penyerang itu menyerbu masuk ke dalam gelanggang, memeluk Hart dan menariknya hingga jatuh ke atas lantai, semalam.*
           *Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zachary Mason, 26, berdepan tuduhan melakukan serangan dan menceroboh.*
          *Hart, 61, dikenali ‘Hitman’ yang membentuk tag team popular The Hard Foundation bersama mendiang Jim ‘The Anvil’ Neidhart, berkecimpung selama lima dekad dalam arena itu.*
                 

*ARENA*
========


          *AC Milan sedia menawarkan Mauricio Pochettino sebanyak 300 juta (RM1.6 bilion) untuk bajet perpindahan musim panas Serie A.*
            *Kelab Itali itu mahu dia meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur dan mendapatkan pemain baru untuk kelab terbabit.*
       *Tawaran dibuat oleh ketua eksekutif kelab itu, Ivan Gazidis, sebelum ini bersama musuh ketat London utara, Arsenl yang diberi tanggungjawab mengembalikan semula reputasi kelab gergasi itu dalam saingan Eropah dan Serie A.*

          *MAURIZIO Sarri mempertikaikan keputusan ‘tak masuk akal’ Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jadual perlawanan Chelsea menentang West Ham awal pagi esok, hanya tiga hari sebelum aksi pasukan itu di gelanggang lawan menentang Slavia Prague dalam Liga Europa.*
           *Chelsea, yang bersaing merebut kedudukan empat teratas liga, berdepan minggu yang memenatkan, melayan kunjungan West Ham sebelum menuju ke Prague untuk perlawanan pada Khamis, diikuti perlawanan berdepan Liverpool pasukan yang memburu kejuaraan liga perdana pada Ahad.*
        *Sarri memikirkan bos Liga Perdana perlu melakukan sesuatu untuk memberi galakan kepada pasukan Inggeris mengintai peluang dalam saingan Euro.*

          *LAMA sudah tidak melihat pemain bintang ragbi Perancis, Sebastien Chabal beraksi di padang.*
             *Namun kali ini pemain posisi ‘lock’ berjambang dengan ketinggian 191sm itu tampil bukan sebagai pemain tetapi penghibur.*
         *Dia mengenakan pakaian ‘orang gua’ yang menepati gelaran diberi kepadanya iaitu ‘The Caveman’.*
          *Dia dilihat menyanyikan lagu kumpulan Scotland, The Proclaimers bertajuk 'I'm Gonna Be (500 Miles)' ketika memeriahkan kejohanan Hong Kong Sevens di Hong Kong, baru baru ini.*

         ♂ *PENAMAT Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 sekali lagi berakhir dengan henjutan beramai-ramai ke garisan penamat pada saingan peringkat ketiga dari Muar yang berakhir di Putrajaya sejauh 192.6 kilometer, hari ini.*
         *Saingan itu menjadi milik Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling yang merakam masa empat jam 49 minit 39 saat.*
        *Tempat kedua milik Matteo Pelucchi dari Androni Giocattoli-Sidermec manakala Andrea Guardini dari Bardiani CSF ketiga.*

           *KETUA jurulatih Kelantan, Marko Kraljevic dan pemain berpengalaman Mohd Badhri Mohd Radzi berada dalam situasi 'bahaya' selepas syarikat My Inspiration Sdn Bhd menarik diri daripada kerjasama pengurusan dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) minggu lepas.*
         *Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, susulan penarikan diri syarikat terbabit, pihaknya perlu meneliti semula kontrak dua individu itu bersama pasukan Kelantan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU  RIL 2019 ASHI ERSAAAN 4 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0543*
*SUBUH : 0553*
*SYURUK : 0708*
*ZOHOR : 1317*
*ASAR : 1625*
*MAGHRIB : 1922*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 9april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri menasihatkan umat Islam yang membantu usaha pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, tidak melakukan amalan bertentangan dengan ajaran Islam. Zulkifli berkata, umat Islam dinasihatkan supaya terus bermohon kepada Allah dan melakukan solat hajat supaya Mohamad Ashraf ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).*

               *“INI pertama kali saya dengar (penemuan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap di Johor),” kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengenai dakwaan terkini peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu, dijumpai selamat di negeri itu. Mohd Khalil berkata, polis Johor tidak menerima laporan mengenai penemuan lelaki terbabit namun akan memeriksa kesahihannya.*

               *DATUK Osman Sapian sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas menyerahkan dua surat peletakan jawatan itu kepadanya dalam pertemuan semalam di Putrajaya dengan satu daripadanya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.*

               *BAU busuk yang dihidu penduduk di Jalan Pantai Kuala Kurau, di Parit Buntar sejak beberapa hari lalu terjawab dengan penemuan satu mayat di atas bumbung rumah, hari ini. Mayat lelaki dipercayai penduduk setempat dan berusia lingkungan 60-an itu ditemui 10.30 pagi tadi. Mayat yang sudah membusuk dan tertiarap diatas bumbung rumah itu disedari penduduk setempat selepas menemui satu tangan mangsa terjuntai dari celah-celah bumbung.*

               *“HANG pasai apa?”. Itu jeritan sempat didengar seorang wanita selepas suaminya dikelar dengan pisau oleh anak mereka ketika berada di rumah di Sungai Chenaam, Nibong Tebal, malam Ahad lalu. Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa berusia 48 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di belakang leher dan luka di telinga.*

               *BAYI lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling apabila tidak sedarkan diri selepas diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh di sebuah taska di Taman Mesra, Kupang, Baling, hari ini. Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan berada di ruang dapur taska terbabit diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh.*

               *LELAKI berasal dari Myanmar tidak sempat mengedar heroin apabila dicekup polis dalam Ops Tapis di tepi sebuah rumah di Bagan Sungai Besar, Sungai Besar, semalam. Dalam kejadian 3 petang itu, suspek berusia 48 tahun dilihat dalam keadaan mencurigakan di tepi rumah berkenaan dipercayai sedang menunggu pelanggan.*

               *KERAJAAN menubuhkan Pasukan Projek Khas Rang Undang-Undang (RUU) Kesaksamaan Gender dalam usaha memastikan ia mengambil kira aspek agama, sosial dan kaum di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pasukan itu dianggotai wakil kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berpengalaman, pengetahuan serta kepakaran berkenaan isu kesaksamaan gender.*

                *PROSES pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula 8 pagi ini. Pengundian awal ini membabitkan 110 pengundi masing-masing anggota tentera dan polis serta pasangan. Jumlah itu membabitkan 74 anggota tentera serta pasangan yang akan mengundi di Pangkalan Udara Sendayan, manakala 36 anggota polis pula di Balai Polis Rantau.*

               *AGIHAN hibah kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka lebih baik pada masa depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata, kerajaan sedang melaksanakan pelan pemulihan secara berterusan dan meminta rakyat supaya terus yakin dengan institusi kewangan Islam itu.*

               *MURID lelaki tahun lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di Kuala Penyu, menahan derita setengah jam apabila kon tersangkut di kepalanya, semalam. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu yang menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah jam 2.26 petang menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke lokasi kejadian kejadian.*

               *SEORANG pengawal keselamatan parah dan menerima 62 jahitan selepas ditetak lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Sungai Merah, Sibu, Sabtu lalu. Kejadian 10.30 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 55 tahun cedera di lengan kiri dan kepala. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika kejadian mangsa bertugas di pondok pengawal tanah perkuburan Sungai Merah.*

               *ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di mahkamah esok berhubung penyelewengan projek solar sekolah di Sarawak. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini berkata, Rosmah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok.*

               *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk bacaan kali kedua, hari ini. Pembentangan pindaan itu berkaitan mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Semenanjung. Ia bagi meminda Perkara 1 (2) untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).*

                *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga individu termasuk dua anggota polis bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan bernilai lebih RM9,700, semalam. Menurut sumber SPRM, dua anggota polis berpangkat Sarjan dan Lans Koperal yang masing-masing berusia 27 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang dan 6.20 petang. Katanya, seorang lagi lelaki berusia 45 tahun ditahan pada 10.45 malam.*

               *ATLET taekwando negara, Nur Dhia Liyana Sharuddin diperintah membuat permohonan maaf bertulis di akhbar terhadap warga emas orang kurang upaya (OKU) selepas menang saman berhubung dakwaan mencederakan mangsa di LRT Putra Heights, dua tahun lalu. Permohonan maaf bertulis terhadap bekas pegawai keselamatan, Placid P Rodriguez, 71, (plaintif) yang juga separa pekak dan buta itu perlu dilakukan Nur Dhia selaku defendan dalam tempoh sebulan bermula hari ini.*

               *KERAJAAN perlu memberi hujah yang kuat, berhubung kewajaran mereka mengumumkan sesuatu projek membabitkan rakyat pada musim Pilihan Raya Kecil (PRK) supaya tindakan itu tidak dilihat sebagai usaha untuk meraih undi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana PRK berbeza dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang mana ketika PRK, negara masih mempunyai kerajaan yang memerintah iaitu Pakatan Harapan (PH).*

               *SEPUCUK revolver .38 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan hilang pada 2010 ditemui pemandu lori sampah di Jalan Tahar 1, Johor Bahru, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 12.50 tengah hari yang memaklumkan penemuan senjata api itu.*

               *TINDAKAN remaja lelaki mencuri motosikal di sebuah rumah pangsa Kilang Lama, Kulim, 31 Mac lalu mengundang padah apabila dia ditahan semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, mangsa menyedari kehilangan motosikal miliknya ke Balai Polis Kulim Hi Tech, untuk membuat laporan.*

               *EMPAT lori tangki sarat dengan muatan 60,00 liter diesel dianggarkan bernilai RM130,800 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu dalam satu cubaan seleweng minyak itu, Jumaat lalu. Ketua KPDNHEP Bintulu, Salihin Den berkata, lori tangki itu disita dalam satu serbuan dijalankan di stor simpanan barang di Kampung Kuala Segan, Bintulu, pada 6.15 petang.*

               *LELAKI bersama cucunya yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing ikan pagi semalam, ditemui lemas di Pantai Tempurung, Kuala Penyu, Kota Kinabalu, pagi tadi. Mangsa Ajiz Halis, 48, dan cucu lelakinya yang hanya dikenali sebagai Halid, 14, ditemui oleh orang awam kira-kira tiga kilometer dari pesisir pantai berkenaan, 7.15 pagi.*

               *POLIS akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kemalangan bas di Jalan S8 Pekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat MASkargo Sdn Bhd (MASkargo) di Sepang, lewat malam Ahad lalu. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata selain CCTV, pihaknya juga akan menyiasat daripada pelbagai sudut serta mencari punca insiden berkenaan menerusi keterangan yang diberikan mangsa kemalangan.*

               *PEMUDA berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, awal pagi tadi. Mangsa, Mohd Afiq Irfan Rosli meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dalam kemalangan di Jalan Semambu, Kuantan, pada 4.40 pagi.*

               *SINDIKET penyeludupan rokok menggunakan van khas yang diubahsuai untuk membawa masuk bahan tembakau tidak bercukai itu ke negara ini. Modus operandi terbaru sindiket berkenaan dikesan hasil serbuan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, di kawasan perindustrian Taman Johor, Kempas, Johor Bahru, 2 pagi, semalam.*

               *“SEBELUM ini nak dapat sekilo ikan pun susah sebab cuaca panas sejak Januari lalu tetapi sekarang banyak pula hasil tangkapan yang dapat hingga harganya murah, ” kata nelayan, Mohd Farid Othman, 44. Mohd Farid berkata, cuaca panas yang melampau sejak tiga bulan lalu turut memberi kesan kepada golongan nelayan disebabkan hasil tangkapan berkurangan.*

               *SEORANG wanita kerugian RM329,400 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, mendakwa dia mempunyai tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain terbabit dengan sindiket dadah dan aktiviti penggubahan wang haram. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kejadian dipercayai bermula pada 27 Mac.*

               *SERAMAI 1,100 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi memastikan proses demokrasi ini berjalan lancar, Sabtu ini. Jurucakap polis bagi PRK DUN Rantau, Deputi Superintendan Ahmad Jamaludin berkata, semua anggota akan ditempatkan di lokasi strategik selain pusat pengundian dan penjumlahan undi.*

               *POLIS Kelantan sedang mengesan lapan suspek yang tersenarai dalam individu dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah termasuk bunuh dan dadah. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lapan suspek berkenaan adalah individu paling dikehendaki daripada 860 termasuk dalam senarai Polis Kontinjen Kelantan dari 1967 sehingga kini.*

               *MAHKAMAH Majistret Johor Bahru, hari ini membenarkan reman lima hari terhadap Pengarah Bahagian Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan anak lelakinya. Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Faridatul Farrah Mohd Shukri bagi membolehkan siasatan kes bersubahat membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000 dilakukan terhadap kedua-dua individu terbabit.*

               *TIGA nelayan warganegara asing di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau kerana disyaki melanggar syarat sah lesen ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Tinagat, Tawau, petang kelmarin. Bot nelayan tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sepasukan anggota APMM di perairan itu pada 5.56 petang.*

               *TIGA nelayan warganegara asing di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau kerana disyaki melanggar syarat sah lesen ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Tinagat, Tawau, petang kelmarin. Bot nelayan tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sepasukan anggota APMM di perairan itu pada 5.56 petang.*

               *POLIS percaya masih ada kira-kira 200 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya berada di perairan Thailand dan menunggu peluang untuk masuk ke perairan Perlis menggunakan bot pancung. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya masih meneliti maklumat berkenaan dari semasa ke semasa memandangkan perairan di negeri ini sering dicerobohi etnik dari Myanmar itu.*

               *TIDAK sampai lima minit. Itu kepakaran geng curi motosikal yang mampu mencuri kenderaan secara ekspres di lokasi sasaran termasuk di sekitar flat dan kawasan perindustrian di sekitar Pasir Gudang. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, modus operandi itu dikesan menjadi punca kehilangan motosikal di daerah itu dan situasinya dianggap cukup membimbangkan.*

               *MAYAT pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan berhampiran MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sudah di tuntut keluarga semalam. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, proses tuntutan mayat, S Suresh, 43, dilakukan selepas selesai bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang (JPFS) dan pengecaman dilakukan oleh waris mangsa.*

               *Seorang lelaki warganegara asing ditahan polis kerana disyaki memiliki syabu seberat 5.10 gram bernilai RM600 di Jalan Abang Galau, Bintulu, semalam. Tangkapan suspek berusia 21 tahun itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu di depan sebuah klinik pada 10.10 pagi.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *TOKYO: Sebuah jet pejuang Jepun bersama seorang juruterbangnya dilaporkan hilang dari radar ketika misi latihan di lautan Pasifik malam tadi, kata kementerian pertahanan.*
        *AFP melaporkan pesawat pejuang F-35 itu dipercayai hilang kira-kira jam 7.30 malam ketika melakukan penerbangan sejauh 135 kilometer di timur Misawa, timur laut negara itu.*
          *Jurucakap kementerian berkata, pihaknya masih melakukan usaha pencarian dan masih belum dapat mengesahkan nasib pesawat dan juruterbang berkenaan.*

          *BERLIN: Seorang wanita Jerman yang menyertai kumpulan militan Daish dibicarakan hari ini kerana membiarkan hamba kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati kehausan.*
         *Peguam hak asasi manusia terkenal, Amal Clooney sebahagian daripada pasukan yang mewakili ibu mangsa yang adalah orang Yazidi.*
          *Defendan, Jennifer W, 27, berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah melakukan jenayah peperangan, membunuh, menyertai organisasi pengganas dan kesalahan senjata.*

          *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menganggap pasukan elit Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas, hari ini.*
        *Ini kali pertama Amerika Syarikat menyelar sebuah kerajaan asing sebagai kumpulan pengganas, lapor AFP.*
         *Ini bermakna, mana-mana pihak yang berurusan dengan dengan IRGC boleh berdepan hukuman penjara di Amerika Syarikat.*
          *Trump berkata, kerajaan Iran menggunakan pasukan seramai 125,000 anggota tentera itu untuk melaksanakan kempen pengganas di peringkat global.*

          *BANGKOK: Polis Thailand menahan pengutip sampah yang merogol dan membunuh seorang pelancong wanita Jerman, hari ini.*
        *Mayat mangsa berusia 27 tahun ditemui bawah timbunan batu dan daun kering di pulai Kon Sichang, semalam.*
            *Jurucakap polis Krissana Pattanachaoen berkata mangsa yang memasuki Thailand pada 23 Mac lalu dipukul dengan teruk di muka dan tengkorak.*
           *Menurut Krissana, suspek Ronnakorn Romruen, 23, bertemu dengan mangsa berhampiran lokasi kejadian sebelum merogolnya.*

         *WELLINGTON: Seorang pegawai tentera laut paling senior New Zealand dihadapkan ke mahkamah kerana memasangkan kamera rahsia dalam tandas kedutaan negara itu di Washington, Amerika Syarikat.*
        *Komando Alfred Keating didakwa atas kesalahan cubaan ‘membuat rakaman visual intim’ dan menjalani perbicaraan di Auckland, lapor media tempatan.*
          *Menurut dokumen mahkamah, Keating didakwa memasang sebuah kamera kecil dalam tandas di tingkat tiga kedutaan New Zealand di Washington pada 2017.*
           *Kamera itu dipasangkan dalam ruang saluran pemanas dan kegiatan Keating terbongkar selepas penutup saluran terjatuh.*

         *SALEM, AMERIKA SYARIKAT: Dua pelajar kejuruteraan di sebuah universiti di Oregon berdepan hukuman penjara selepas menghantar sejumlah telefon iPhone palsu yang didakwa rosak kepada pengeluar bagi mendapatkan telefon baru sebelum ia dijual semula.*
          *Daily Mail melaporkan, Yangyang Zhou dan Quon Jiang menghantar 1,500 iPhone palsu bagi menuntut waranti daripada Apple dengan mendakwa telefon yang diimport dari Hong Kong itu rosak.*
           *Penipuan yang dilakukan kedua-dua pelajar itu membabitkan kerugian berjumlah AS$895,800 (RM3.6 juta).*
             *Kegiatan mereka terbongkar selepas Kastam dan Kawalan Sempadan Amerika Syarikat (AS) mendapat maklumat mengenai kegiatan pelajar China yang mempunyai visa pelajar dan menemui sekurang-kurangnya lima iPhone palsu.*

         *KABUL: Tiga anggota tentera Amerika Syarikat dan seorang kontraktor tentera terbunuh dalam letupan di berhampiran Pangkala Udara Bagram, sini, hari ini.*
         *Jurucakap polis wilayah Parwan, Salim Noori berkata, letupan itu berlaku sekitar jam 5.40 petang.*
        *Sebuah kereta membawa bahan letupan mensasarkan konvoi tentera pakatan, kata Salim kepada AFP.*
           *Letupan itu serangan terbaru terhadap tentera Amerika Syarikat di tengah rundingan damai berterusan di Afghanistan selepas Taliban disingkirkan lebih 17 tahun lalu.*

           *TEHRAN: Pihak berkuasa Iran, hari Isnin memindahkan pesakit dari sebuah hospital yang diancam banjir di barat daya Ahvaz, lapor agensi berita rasmi ISNA.*
           *Iran dilanda bencana banjir selama beberapa minggu mengorbankan 70 orang.*
              *Pihak berkuasa hari ini bertungkus-lumus mencegah banjir dari menimpa Ahvaz, yang juga ibu kota wilayah Khuzestan dengan penduduknya berjumlah kira-kira 1.3 juta orang.*
            *Limpahan air mencetuskan kebimbangan selepas tebing sungai Karkheh pecah hingga berupaya menenggelamkan sebuah hospital di pinggir utara bandar.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *POLIS Perak menafikan mengeluarkan satu surat meminta orang ramai berhati-hati dan mengawasi anak masing-masing agar tidak keluar pada waktu malam susulan kes kehilangan orang sekitar Kuala Kangsar.*
          *Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, surat tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kononnya ditandantangani Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD) Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan yang tular adalah tidak benar.*
              *Menurutnya, ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat surat palsu berkenaan dan menyebarkannya bagi tujuan menakutkan orang ramai.*

        ♂ *POLIS menafikan kenyataan individu di laman sosial mendakwa misteri kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, sudah terungkai dan polis akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.*
           *Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, kes kehilangan Mohammad Ashraf, 29, masih lagi dalam siasatan dan kertas siasatan dibuka mengikut kes orang hilang.*
            *“Kenyataan individu mengatakan dia membongkar dan polis sudah diberitahu adalah satu perkara yang tidak betul, malah dia tidak berjumpa kita sebaliknya terus menularkan kenyataan ke laman sosial, jadi jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan serta menjadikan situasi lebih kusut,” katanya.*

          *“DOAKAN semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.*
         *Ahmad Safiuddin berkata, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sentiasa mengharapkan anak sulung mereka itu sembuh.*
        *Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya tujuh bulan dan Ainul Mardhiah lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.*

          *CALON Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram menafikan memiliki banglo mewah bernilai RM7.8 juta seperti tular di media sosial hari ini.*
           *Sebaliknya, doktor pakar bius itu berkata, langsung tidak pernah melihat atau tahu siapakah pemilik banglo terbabit sehinggalah beliau dituduh sebagai pemiliknya.*
            *”Tuduhan itu palsu, mana ada kolam renang dalam rumah saya dan rumah itu tiada apa-apa kaitan dengan saya.*

           *POLIS sedang memburu dua wanita dipercayai warga Indonesia yang disyaki mencuri rantai emas seberat 42.28 gram di kedai emas di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu, 6 April lalu.*
          *Kejadian 2.37 petang itu disedari selepas pemilik kedai, Nazali Sidek, 52, dari Kampung Pengkalan Setar melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 8 April sebaik menyedari seutas rantai emas berharga RM7,350 hilang.*
           *Susulan kejadian itu, Nazali membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang pada 6.24 petang, semalam.*

          *ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim berkemungkinan besar ditarik keluar dari van (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) pada insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.*
            *Mangsa juga mungkin dihentak ke pintu van berkenaan oleh sekurang-kurangnya tiga individu sehingga menyebabkan kepatahan tujuh tulang rusuk kiri dan lebam, pada bahagian paru-paru kirinya.*
          *Saksi inkues ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (dahulunya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Prof Dr Shahrom Abd Wahid berkata, ia berdasarkan video lakonan semula kejadian dan kesan corak kecederaan pada mangsa.*

         *BINTANG aksi Hollywood, Steven Seagal dijangka membuat penampilan istimewa sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 di Kuching, yang berlangsung pada 25 hingga 27 April.*
         *Beliau akan berada di bandar raya ini sepanjang tiga hari festival berkenaan bersama beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa lain antaranya Datuk Sheila Majid dan bekas pengacara Asia’s Got Talent, Marc Nelson dan Rovilson Fernandez.*
         *Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak sangat bernasib baik kerana dapat menarik kehadiran pelakon veteran yang terkenal menerusi filem aksi itu pada penganjuran AIFFA tahun ini.*

         ♀ *ALABAMA: Seorang gimnas berdepan detik ngeri apabila patah kedua-dua kaki ketika terjatuh dalam satu pertandingan di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.*
          *Samantha Cerio yang mewakili Auburn University itu ditimpa kejadian terbabit ketika melakukan lompatan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh hingga patah kaki selain terkehel kedua belah lutut.*
             *Kejadian itu mengejutkan penonton apabila melihat Samantha menjerit kesakitan sebelum diusung keluar untuk menerima rawatan.*
           *Dia kemudiannya memuat naik gambarnya di akaun Instagram bersama keterangan gambar memberitahu bahawa ia adalah hari terakhir buatnya bergelar sebagai seorang gimnas.*
                 

*ARENA*
========


         *TAK perlu troli.*
            *Apa dilihat hanya beberapa barangan termasuk sebuku roti gandum dan enam tin Pepsi Max dlam genggaman bos Manchester United Gunnar Solskjaer selepas selesai membeli keperluan hariannya, semalam.*
          *Situasi dirakam ketika pengendali dari Norway itu keluar meninggalkan sebuah pasar raya di Manchester.*
          *Solskjaer akan berdepan ujian terbesar dalam karier pengurusannya apabila United menanti kunjungan Barcelona pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.*

          *PENYERANG Chelsea, Gonzalo Higuain terdesak untuk berpindah secara tetap ke Liga Perdana Inggeris di sebalik mengalami kesukaran sejak tiba di Stamford Bridge secara pinjaman Januari lalu.*
          *Pemain Argentina itu hanya meledak tiga gol, menentang dua kelab yang sudah tersingkir Fulham dan Huddersfield, dalam 11 penampilan ketika Chelsea bergelut untuk menduduki kelompok empat teratas.*

         *BINTANG Chelsea, Danny Drinkwater ditahan polis kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk selepas merempuh sebuah kereta, hari ini.*
          *Drinkwater, 29, ketika itu bersama peguam ‘glamor’ Beth Mantel, 33, baru meninggalkan sebuah majlis sebelum kereta dipandunya merempuh Skoda, awal pagi tadi.*
             *Serpihan perlanggaran itu bertaburan pada laluan di Hale, Greater Manchester dan sebuah pagar juga turut mengalami kerosakan.*

         *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menempuh laluan berliku apabila tewas kepada Shandong Luneng 1-2 pada aksi ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Pusat Sukan Olimpik Jinan, sebentar tadi.*
           *Walaupun tewas kepada Shandong, pujian harus diberikan kepada skuad kendalian Benjamin Mora apabila berjaya menguasai hampir 90 minit perlawanan walaupun terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong tuan rumah.*

         *PRESTASI meyakinkan pada pusingan kedua di Argentina nyata memberi suntikan semangat kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menghadapi pusingan ketiga Grand Prix Amerika Syarikat (AS), hujung minggu ini.*
             *Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu berharap kali ini dapat menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 pelumba terbaik sekali gus mengutip mata buat kali pertama musim ini.*
         *”Perlumbaan di Argentina sangat positif.*

         *SELEPAS longlai di Terbuka Malaysia apabila tersingkir di pusingan kedua, beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamer aksi lebih meyakinkan di Terbuka Singapura.*
         *Pada pusingan pertama hari ini, beregu berstatus profesional itu menewaskan pilihan ketujuh dari China, Han Chengkai-Zhou Haodong 22-20, 21-15 dalam tempoh 35 minit di Stadium Tertutup Singapura.*
           *Turut mara naib juara Seluruh England, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan beregu China, Liu Cheng-Zhang Nan 21-13, 21-18 dalam tempoh 35 minit.*

        ♂ *PELUMBA Team Sapura Cycling (TSC), Benjamin Dyball selangkah bergelar juara Jersi Kuning PETRONAS selepas memenangi peringkat keempat di Genting Highlands, sebentar tadi.*
              *Dia mencatatkan tiga jam 22 minit 2 saat menamatkan perlumbaan dari Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 114.2km.*
           *Secara keseluruhan dia mengumpul 17 jam 25 minit 42 saat untuk menyarung Jersi Kuning PETRONAS dan hanya perlu mengekalkan kelebihan masa dimilikinya sehingga tamat perlumbaan di Pulau Langkawi untuk bergelar juara.*

         *PENCAPAIAN tidak memuaskan, macam tidak mahu main dan banyak alasan. Itu kesimpulan yang dibuat oleh bekas pemain perseorangan lelaki negara, Roslin Hashim yang turut berada di Arena Axiata ketika Terbuka Malaysia minggu lalu. Menurut bekas pemain nombor satu dunia itu, apa yang berlaku terhadap pemain negara tidak kira di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun profesional, ada yang memalukan dan tidak memalukan.*

         *SKUAD Tok Gajah perlu memastikan setiap perlawanan selepas ini berakhir dengan kutipan tiga mata jika mahu mencerahkan peluang merampas takhta Liga Super.*
           *Sambil menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan skuad PJ City FC, minggu lalu, pengendali Pahang, Dollah Salleh berharap kekecewaan itu tidak berulang dalam aksi selepas ini.*
         *”Kalau kita ingin berikan saingan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) kena pastikan setiap perlawanan selepas ini berakhir dengan kemenangan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 11 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 5 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0543*
*SUBUH : 0553*
*SYURUK : 0708*
*ZOHOR : 1317*
*ASAR : 1625*
*MAGHRIB : 1922*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 10april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *“SAYA maafkan... tapi apa yang mustahak adalah meminta maaf pada rakyat kerana mereka percayakan fitnah yang disebarkan kepada saya.” Demikian reaksi isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri di Dewan Rakyat mengenai isu cincin merah jambu berharga kira-kira RM24 juta yang tidak dibeli olehnya seperti didakwa sesetengah pihak.*

               *KERAJAAN bersetuju memberi bantuan kewangan RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan kepada FELDA. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA berkata, suntikan kewangan untuk penstrukturan dan pengukuhan operasi itu termasuk pelaksanaan inisitaif FELDA yang bertekad melahirkan peneroka baru mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian serta ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti perladangan bijak dan pertanian tepat.*

                *POLIS sedang mengesan pemandu kereta jenis Honda yang disyaki terbabit dalam kejadian langgar lari di Kilometer 5, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Bukit Kayu Hitam, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chunng Tsaur berkata, dalam kejadian 11 malam itu, penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan terbabit ketika terjatuh selepas melanggar bangkai anjing di atas jalan di lokasi berkenaan.*

               *SEMALAM memasuki hari ke-18 kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, namun ahli keluarganya masih setia menjejaki pemuda itu di sekitar kawasan panas Gopeng Ultra Trail 2019 di sini. Pencarian bermula dari Bukit Batu Putih, Gua Tempurung, Gua Kandu dan sekitarnya turut disertai ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, yang mempunyai masalah jantung.*

                *HASRAT lelaki ingin menanam kelapa sawit di kawasan hutan terbantut apabila dia ditahan bersama pekerjanya ketika didapati sedang leka menebang dan meratakan tanah secara haram di hutan simpan di Sik, semalam. Bukan itu saja, ketika ditahan lelaki itu turut mengaku tanah terbabit adalah miliknya. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) Kedah, Roslan Rani berkata, lelaki berusia 60 dan 51 tahun itu dikesan melakukan kegiatan itu di Kompartmen 19 Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik, sejak seminggu lalu.*

               *KIKIS, reka semula nombor casis dan cat untuk menukar identiti treler sebelum dijual kepada pembeli. Itu tindakan licik sekumpulan individu dikesan bergiat aktif menjalankan kegiatan mencuri treler milik syarikat haulier di sekitar Lembah Klang sejak lebih 10 tahun lalu. Taktik dipercayai didalangi seseorang yang mahir dalam industri haulier itu dihidu pemilik syarikat haulier yang mencurigai kesan perubahan pada nombor chasis serta treler yang dicat baharu selepas berjaya menjejaki kenderaan mereka.*

                *PERSATUAN Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menganggarkan lebih 50 peratus kontraktor G1 berdaftar di seluruh negara berada dalam keadaan ‘nazak’ dan berisiko untuk gulung tikar. Presidennya, Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, seramai 31,000 kontraktor G1 yang berdaftar dan lebih separuh daripadanya terpaksa menamatkan operasi disebabkan tidak memperoleh kontrak.*

                *KERANA takut ditahan pihak berkuasa, dua pekerja asing warga Bangladesh dan Myanmar bersembunyi di bawah timbunan papan sebelum ditahan anggota Imigresen. Lelaki berusia 30-an dan 40-an itu antara 61 pekerja asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu (Ops Mahir) di tapak pembinaan di Bukit Selambau, di Sungai Petani, semalam.*

               *MAYAT seorang lelaki warganegara Nepal ditemui tergantung di sebuah rumah di Taman Perindustrian Perdana, Bukit Palong Chuah, Port Dickson, semalam. Mangsa berusia 34 tahun ditemui rakan serumahnya yang melakukan pemeriksaan berikutan berasa curiga kerana tidak melihat lelaki itu keluar pada 2.18 pagi.*

               *BAYI lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam. Bapa mangsa, Mohd Hafez Mohamad, 32 berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja, dan sebaik dimaklumkan pengasuh kira-kira 2.30 petang yang anaknya Harraz tidak sedarkan diri, dia bergegas ke rumah pengasuh dengan menunggang motosikal.*

               *LELAKI cedera di perut dan lutut akibat terkena peluru sesat ketika berada di kebun miliknya di On Lok, Batang Melaka, Jasin petang semalam. Dalam kejadian 2 petang, mangsa berusia 64 tahun pergi ke kebun bersama isteri dan anak perempuan untuk menanam cili padi serta pisang.*

               *UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) menetapkan sasaran untuk menjadi antara universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun lagi. Naib Canselornya Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan usia UMK kini memasuki 12 tahun. Katanya sepanjang tempoh itu UMK sudah banyak menempa kejayaan termasuk dalam bidang inovasi.*

               *BUKAN sekadar teman untuk berhibur, namun sebuah pusat karaoke terletak di Jalan Cheras Perdana di Balakong turut menawarkan gadis untuk dibawa pulang sebagai teman tidur. Gadis yang ditawarkan pula terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia yang mana pelanggan perlu membayar RM400 bagi dilayan untuk tempoh satu malam sama ada di rumah sendiri atau mana-mana lokasi disukai.*

                *LELAKI kurang siuman ditemui mati dipercayai akibat dilanggar lari dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Lama Papar - Kota Kinabalu, Kampung Nagapas, di Papar, malam tadi. Mayat lelaki berusia 40-an ditemui anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan, 8.40 malam.*

               *KEBAKARAN hutan Taman Negara Similajau berulang dengan memusnahkan 2.42 hektar kawasan hutannya, sejak Ahad lalu. Kebakaran pertama yang bermula pada 29 Mac lalu turut mengakibatkan keluasan hutan sama terbakar namun api berjaya dikawal. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, keseluruhannya seluas 4.85 hektar kawasan hutan taman negara berkenaan musnah, manakala empat lagi tompok api sudah dikenal pasti berlaku.*

               *KECEWA dengan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang mempersendakan tugas doktor pakar bius, Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Dr S Streram mahu ‘menidurkan’ ahli Barisan Nasional (BN) khususnya bekas Perdana Menteri itu. Doktor pakar bius itu berkata, Najib tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk meraih undi rakyat.

               *JENAZAH nelayan Malaysia yang meninggal ketika dirawat selepas terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf, di Pulau Simusa, Sulu akan dibawa pulang dalam masa terdekat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, proses membawa pulang jenazah Jari Abdullah, 34 akan diuruskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

               *“KETIKA sedang tidur saya dengar ada orang menjerit api beberapa kali sebelum rakan ketika itu berada di rumah mengejutkan saya untuk menyelamatkan diri. “Waktu mahu keluar, saya tengok api dari rumah jiran sebelah kanan sudah menjulang tinggi,” kata Mohd Khairul Amri Rosli, 22. Kediamannya terbakar 60 peratus dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Taman Kempas, Sungai Petani, hari ini.*

               *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melakukan operasi pmutihan peniaga warga asing yang berniaga di 750 pasar tani seluruh negara dalam masa terdekat. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, anggota penguat kuasa peringkat negeri sudah diarah melakukan pemeriksaan secara berperingkat sebelum operasi bersepadu dilakukan secara besar-besaran.*

               *POLIS akan memanggil beberapa individu susulan laporan dibuat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendakwa ditipu dalam urusan jual beli saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TPK (EHP). Menerusi laporan dibuat, Felda mendakwa membeli saham melebihi harga pasaran sebenar iaitu pada 505 juta dolar Amerika Syarikat (AS) atau bersamaan RM2.3 bilion.*

               *GABUNGAN Bersatu Sabah (GBS) dijangka meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Pengerusi bersama GBS yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, ketika dihubungi hari ini berkata, bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan parti dalam gabungan berkenaan.*

               *EMPAT jenazah wanita warga Indonesia mangsa kemalangan bas kilang di Jalan S8 Pekeliling berhampiran MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sudah dituntut pihak kedutaan negara itu hari ini. Empat mayat itu membabitkan mangsa dikenal pasti sebagai Fitri Nurjahari, 21, dituntut di Hospital Putrajaya, manakala jenazah Loka Harahap, 23, Rosvita Azura Afrianti dan Ayu masing-masing berusia 22 tahun dituntut di Hospital Serdang.*

               *DUA pemandu lori ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) kerana mengangkut kayu hutan dianggarkan bernilai RM20,000 tanpa kebenaran di Jalan Batu 5, Sik, semalam. Pengarah JPNK Roslan Rani berkata, kedua-dua pemandu berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan serentak selepas gagal menunjukkan pas pemindah kayu diangkut mereka sekitar 8.40 malam.*

               *EMPAT penarik kereta direman selama seminggu selepas terbabit dalam cubaan samun kereta ke atas seorang kontraktor di Kuala Perlis, Jumaat lalu. Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 37 hingga 43 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah bermula hari ini sehingga 16 April ini.*

               *PKR tidak akan mengemukakan calon Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Osman Sapian, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan, jawatan berkenaan adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seperti yang dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).*

               *SEORANG lelaki bekerja sebagai pembantu perawatan di sebuah klinik kesihatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas enam tuduhan mengemukakan tuntutan elaun lebih masa palsu, dua tahun lalu. Tertuduh, Zamri Yahaya, 52, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.*

               *DUA lelaki warganegara India cuba merasuah anggota polis sebanyak RM50 sebaik dikesan melakukan kesalahan menunggang melawan arus, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kedua-dua suspek berusia 40 dan 50 tahun itu direman enam hari bermula hari ini hingga Isnin depan, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.*

               *POLIS sedang menyiasat dakwaan bas pekerja yang terjunam ke dalam longkang dan mengorbankan 12 nyawa di Jalan S8 Pekeliling, Sepang, Ahad lalu berlumba dengan bas lain. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, berkata, dakwaan itu dibuat seorang penumpang yang terselamat dalam keterangannya kepada polis.*

               *PELANTIKAN pemangku Menteri Besar Johor akan dilakukan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada masa ini, menurutnya, terdapat beberapa calon untuk jawatan berkenaan namun menegaskan ia akan mengambil sedikit masa.*

               *DATUK Seri Mohamad Hasan menganggap ‘cakap-cakap’ bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri (PM) jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah hanya sekadar gurauan ketika berkempen. Beliau yang juga calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata, ia sekadar khabar angin, namun mengakui kurang selesa jika ia berterusan digunakan dalam kempen.*

               *SEMUA pegawai dan anggota polis di negeri ini berusia 40 tahun dan ke atas diarahkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk bekerjasama dengan hospital berdekatan bagi membolehkan pegawai dan anggota menjalani pemeriksaan kesihatan.*

               *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya mengenai cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk menukar status kes kehilangan membabitkan aktivis sosial Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh Keng Joo. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis tidak mempunyai kuasa bagi menukar status siasatan orang hilang terhadap dua individu berkenaan kepada status orang hilang yang dikuatkuasakan sebagaimana cadangan suruhanjaya terbabit.*

               *JABATAN Muzium Sarawak dalam proses rundingan untuk membawa pulang rangka manusia Gua Niah yang menjadi bahan kajian sejak 50 tahun di Universiti Nevada, Amerika Syarikat dan dijangka selesai pada Disember 2019 nanti. Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan itu antara usaha berterusan bagi membawa balik dokumen, artifak dan warisan negara yang berada di luar negara.*

               *HASRAT tujuh penagih dadah melepaskan gian di kawasan ladang kelapa sawit terbantut selepas mereka ditahan polis dalam Op Sarang di Kampung Jubai Atas, Labu Besar di Sungai Kob, Kulim, Isnin lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, dalam serbuan selama dua jam setengah bermula 11 pagi itu, pihaknya menahan tujuh suspek berusia 25 hingga 55 tahun.*

               *“JADIKAN ia sebagai iktibar kepada kamu dan lain-lain,” kata Hakim Kamarudin Kamsun, ketika menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM15,000 ke atas seorang Penolong Pegawai Belia dan Sukan di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, hari ini. Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita terbabit yang juga penjawat awam di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat menerima bagi dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM10,000.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *KAGOSHIMA: Seorang gadis Jepun yang rambutnya tidak pernah digunting sejak dilahirkan buat pertama kali pada usia 19 tahun akhirnya memotong rambutnya itu minggu lalu, kerana akan memulakan pengajian di universiti bulan ini.*
           *Keito Kawahara, 19, yang pernah diiktiraf mempunyai rambut terpanjang di dunia, mahu mendermakan rambutnya itu kepada organisasi bukan kerajaan untuk dijadikan rambut palsu.*
            *Gadis dari Izumu, Kagoshima, mula membiarkan rambutnya menjadi panjang kerana mahu menutup parut di kepala akibat pembedahan ketika bayi.*

          *CARACAS: Krisis bekalan elektrik sekali lagi melanda sebahagian Venezuela termasuk ibu kota Caracas, semalam.*
          *Masalah terbabit adalah yang terbesar dalam tempoh seminggu dan menyebabkan kegelapan di sekurang-kurangnya 20 hingga 23 negeri, kata sumber.*
         *Bekalan elektrik sering terputus di negara itu sejak krisis besar-besaran selama lima hari pada 7 Mac lalu.*
             *Masalah itu turut menimbulkan gangguan bekalan air serta menjejaskan pengangkutan dan komunikasi sehingga ramai penduduk terpaksa memendekkan waktu bekerja kepada enam jam.*

          *JAKARTA: Seorang lelaki pengsan akibat kepenatan dalam usahanya melarikan diri, termasuk berenang menyeberang sungai selepas dikejar pemilik motosikal dicurinya di Tanah Abang dekat sini, semalam.*
           *Dalam kejadian pagi kelmarin, suspek mencuri sebuah motosikal yang diletak di hadapan sebuah rumah di Kreo, Larangan, Tangerang.*
         *Kompas melaporkan, Ketua Polis Tanah Abang, Lukman Cahyoo berkata, tindakan lelaki itu bagaimanapun disedari pemiliknya yang nekad mengejarnya.*

          *TIRANA: Polis Albania menahan empat individu dan menyoal siasat 40 lagi, semalam selepas perompak bersenjata melarikan jutaan euro dari pesawat Austria Airlines.*
          *AFP melaporkan, beberapa lelaki bersenjata menceroboh masuk ke landasan lapangan terbang Tirana semalam dan mencuri wang yang sepatutnya dihantar ke sebuah bank di Vienna, Austria.*
           *Polis berkata, bank asing yang beroperasi di negara itu menghantar mata wang ke Vienna kerana bank pusat Albania tidak menerima deposit seperti itu.*

           *TOKYO: Bangkai jet pejuang Jepun F-35A ditemui berhampiran kawasan utara negara itu hari ini selepas hilang dari radar ketika misi latihan di lautan Pasifik malam tadi.*
              *Bagaimanapun, menteri pertahanan Takeshi Iwaya berkata, juruterbang masih belum ditemui lagi.*
          *”Kami sudah menemui sebahagian daripada ekor pesawat itu dan operasi mencari masih diteruskan dengan bantuan beberapa pesawat serta kapal,” katanya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *“KALAU betul Acap (Mohammad Ashraf Hassan, 29) ada di Johor, Alhamdulillah, tapi orang yang sebar tular perlu tampil dan bawa kami sekeluarga ke lokasi Acap di Johor supaya kami tidak perlu mencarinya lagi,” kata Mohd Zahiruddin, 35.*
            *Mohd Zahiruddin yang juga abang kepada Acap berkata, sehingga kini mereka sekeluarga belum menemui Acap dan memang ada terbaca berita yang tular mendakwa adiknya itu sudah ditemui di Johor.*
             *Katanya, setakat ini berita berkenaan tidak sahih dan individu yang membuat dakwaan itu diminta berjumpa dengan keluarga dan membawa mereka bertemu Acap.*

         *POLIS memburu sekumpulan lelaki disyaki terbabit dalam kejadian menyerang dan mencederakan tiga pelanggan di sebuah kedai makan di Melang, Kuala Pilah, kelmarin.*
         *Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Haslah Bachok berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam, suspek menaiki dua kereta berhenti di hadapan premis itu.*
         *Semalam, video insiden serangan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis itu tular di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian netizen.*
             *Menerusi rakaman video berdurasi 42 saat, empat lelaki bersenjata memakai penutup muka, topi, baju-T selain dua suspek berseluar pendek manakala dua lagi berseluar panjang.*

           *LELAKI dikhuatiri lemas selepas terjun dari atas jambatan Sungai Kerian, di Parit Buntar, hari ini.*
             *Dalam kejadian 9.15 pagi itu, tindakan lelaki berkenaan terjun ke sungai terbabit disedari orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.*
            *Video tular mangsa terkapai-kapai di permukaan air turut sempat dirakam orang awam sebelum lelaki terbabit tenggelam dikhuatiri lemas.*
                 

*ARENA*
========


        *KEGEMBIRAAN Tottenham Hotspur menewaskan Manchester City 1-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi tadi dibayangi kecederaan Harry Kane yang mungkin menghalangnya beraksi sehingga akhir musim ini.*
          *Kane, yang menjaringkan 24 gol musim ini, memegang buku lalinya dengan kesakitan sebelum sejam perlawanan selepas melakukan terjahan ke atas pertahanan City Fabian Delph.*
          *Penyerang England itu meninggalkan padang serta merta dan dikhuatiri tidak dapat beraksi untuk perlawanan kedua di Manchester.*

        ♂ *RORY McIlroy berada pada tahap terbaiknya ketika menjejakkan kaki ke Augusta National dengan misi memburu pelengkap gelaran Grand Slam namun Tiger Woods yang tampil dengan semangat baharu mungkin ada sesuatu yang ingin diperkatakan mengenai peluang bintang Ireland Utara itu untuk menjulang Masters.*
        *”Saya tidak fikir saya memulakan musim ini dengan baik dari aspek penyudah, juga mempunyai statistik yang baik tetapi melihat kepada statsitik, ia setanding dengan yang terbaik pernah saya capai,” kata McIlroy yang mencatat tujuh kejayaan dalam kelompok 10 terbaik tahun ini termasuk menjuarai Kejuaraan Pemain-Pemain bulan lalu.*

          *KEMENANGAN sulung Formula Satu pastinya istimewa bagi mana-mana pelumba tetapi bagi Charles Leclerc ia jauh lebih menggembirakan jika memenanginya di China selepas terlepas peluang melakukannya di Bahrain.*
         *Perlumbaan Ahad ini adalah yang ke-1,000 dalam sejarah kejuaraan itu dan pelumba Ferrari itu yang menduduki petak pertama dan mencatat masa sepusingan terpantas di Sakhir dua minggu lalu mampu melakar namanya dengan kemenangan itu.*

         ♂ *SEPARUH perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) sudah berlangsung namun Mr Langkawi, Andrea Guardini yang juga juara empat kali Raja Pecut masih menyepi.*
         *Pemenang 24 peringkat LTdL masih tercari-cari peluang untuk melebarkan rekod kemenangan pada edisi ke-24 kali ini.*
         *Peluang terbaik pelumba Bardiani-CSF dari Itali hadir pada peringkat kedua dari Senawang ke Melaka namun dia dinafikan henjutan "abih reng" oleh pakar pecut Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Harrif Saleh yang muncul juara.*

         *PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) selepas hanya sebulan menyandang kerusi itu.*
           *Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook FAM, jawatan itu yang dimenangi tanpa bertanding pada Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja, baru-baru ini, dilepaskan selepas beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023 pada 6 April lalu.*

         *SELEPAS tersingkir awal di Terbuka Malaysia minggu lalu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memadam kekecewaan selepas berjaya mengalahkan Lee Hyun Il di pusingan pertama Terbuka Singapura hari ini.*
        *Zii Jia dilihat turun ke gelanggang dengan lebih bersemangat untuk membolehkannya mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-16 di Stadium Tertutup Singapura.*

         *JENAZAH pemain golf profesional negara, Muhammad Arie Irawan Ahmad Fauzi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 11.45 pagi tadi.
Difahamkan pesawat ditempah khas membawa jenazah Allahyarham itu berlepas jam 3 pagi dari China.*
             *Sejurus selesai proses dokumentasi, jenazah kemudiannya dibawa ke rumahnya di No 5, TAR Villas, Jalan TAR Villas, Ampang jam 12.30 tengah hari dengan diiringi polis trafik.*

         *KHIDMAT ‘kuda tua’ iaitu penyerang veteran Selangor Amri Yahyah menjadi sandaran utama bagi merobek gawang Perak pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, Selangor, Jumaat ini.*
              *Pengendali Selangor B Sathianathan berkata, Amri yang berusia 38 tahun akan terus menggalas cabaran merobek gawang lawan untuk Gergasi Merah selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Melaka United, baru-baru ini.*
          *Beliau berkata, Amri menunjukkan komitmen tinggi sekali gus mampu menyelesaikan masalah di bahagian serangan selain dapat membimbing pasukan dengan baik.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 12 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 6 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0542*
*SUBUH : 0552*
*SYURUK : 0708*
*ZOHOR : 1317*
*ASAR : 1626*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 11april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *“SAYA sudah tua... rasanya tidak wajar untuk saya kembali.” Itu jawapan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berseloroh sebaik ditanya desas-desus mengatakan beliau akan dilantik kembali menjadi Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan Selasa lalu.*

                *CADANGAN UMNO Johor yang berhasrat menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri Johor diadakan dianggap tidak wajar serta tidak masuk akal. Ia kerana tindakan untuk membubarkan DUN susulan peletakan jawatan Menteri Besarnya, Datuk Osman Sapian, Selasa lalu adalah hak parti yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihanraya lalu dan yang mentadbir negeri kini.*

                *ISTANA Kelantan menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, 53, berkuat kuasa 2 April lalu.*

                *PASUKAN mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk baharu dalam usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 yang hilang sejak lebih dua minggu lalu. Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Abdul Razak Muda berkata, skop keluasan pencarian telah diperluaskan sebanyak radius 50 kilometer.*

                *PIHAK berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, hari ini, sekali lagi melawat van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terbabit dalam insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu. Difahamkan, lawatan itu bagi membuat penelitian terhadap van terbabit yang masih ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.*

                *TUKANG kayu ditahan di Lorong Permai Barat di Sibu, semalam, kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun. Suspek berusia 33 tahun itu ditahan jam 5 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu diketuai Inspektor Hairul Hussin.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim (APMM) Terengganu mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bot tempatan yang mengalibabakan lesen bot mereka kepada nelayan Vietnam. Ia termasuk mengheret pemilik lesen bot tempatan ke mahkamah berbanding sebelum ini apabila hanya membabitkan tekong dan awak-awak bot ditahan.*

               *KANAK-KANAK lelaki terpaksa tinggal bersendirian sejak dua minggu lalu selepas ibu kandungnya dipercayai ditahan pihak berkuasa susulan masalah penyalahgunaan dadah. Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak yang sudah tidak bersekolah sejak Oktober lalu itu tinggal dalam rumah di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di Ipoh yang penuh dengan longgokan pakaian terpakai, sampah sarap, selain kotor serta tiada bekalan elektrik dan air.*

               *KEPUPUSAN atau pengurangan sumber kerang ketika ini berpunca perubahan suhu, keasidan air (pH air), rendah kandungan oksigen dan pencemaran bahan kimia tertentu. Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata, kerang yang didedahkan lebih daripada enam jam secara berterusan terhadap punca itu boleh menyebabkan kematian.*

               *SIANG tak jual, malam baru jual. Itu taktik dilakukan segelintir pemilik kedai runcit yang menjual rokok seludup kepada pelanggan ketika malam. Bagaimanapun, perbuatan terbabit terbongkar apabila tiga kedai runcit di Taman Pauh Indah di Bukit Mertajam, diserbu sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, malam tadi.*

               *DATUK Osman Sapian akan menjelaskan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor Sabtu ini. Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat selepas beliau menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Bagaimanapun, Osman tidak menerangkan lebih lanjut bagaimana penjelasan itu dilakukan sama ada menerusi sidang media atau kenyataan akhbar.*

               *LELAKI parah di kaki akibat tersepit selepas lori kontena dipandu terbabit kemalangan dengan dua kenderaan berat lain di Kilometer 411.4 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Lembah Beringin, Hulu Selangor, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku 4.25 pagi membabitkan sebuah lori kontena dan dua lori lain masing-masing membawa muatan ayam dan makanan.*

               *HANYA kerana tertinggal buku teks dan latihan subjek Pendidikan Islam, murid Tahun Lima sekolah kebangsaan, di Kangar, mengalami bengkak dan lebam di betis sehingga menyukarkannya melakukan aktiviti seharian selepas mendakwa dirotan oleh gurunya Isnin lalu.*

               *Gunung Kinabalu dan sekitarnya membabitkan daerah Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu akan diisytiharkan sebagai tapak Geopark Kebangsaan tahun ini. Kawasan berkenaan juga akan dimasyhurkan sebagai tapak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun depan.*

               *PERBICARAAN kes bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad membabitkan pertuduhan pecah amanah dan menerima rasuah ditetapkan selama 13 hari, Oktober ini.*

               *SEORANG lelaki terkedu akibat terlalu takut selepas melihat ular tedung sepanjang 3.6 meter menjalar masuk menerusi tingkap rumahnya di Jalan Merudu, Sarikei, semalam. Dalam kejadian 2.50 petang, lelaki berusia 50 tahun itu hanya mampu reptilia berbisa berkenaan kemudian menjalar ke bahagian dapur kediamannya.*

               *SEORANG lelaki yang juga orang kena pengawasan (OKP) berusia 54 tahun antara 10 individu ditahan dalam Op Cegah di tiga kampung di Beaufort, awal pagi tadi. Lelaki itu ditahan ketika sedang nyenyak tidur di rumahnya di Kampung Mempagar. Ketua Operasi AADK Sabah, Erwan Roslan berkata, operasi bermula 1.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian di lokasi ditetapkan seperti Kampung Kelabu, Mempagar dan Limbawang.*

               *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap menemui empat ekor ular sawa burung yang baru menetas dalam tong pengepam tandas di Perpustakaan Desa Padang Nyiur, dekat Padang Terap, hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan 10.50 pagi dari orang awam memaklumkan penemuan ular berkenaan.*

               *KERAJAAN Johor memperluaskan liputan perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada 1,050 penjawat awam dan badan berkanun yang berstatus kontrak. Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Rahim Nin berkata, sejak berkuatkuasa pada 1 Jun 2013, ribuan penjawat awam kontrak dan sementara membabitkan pelbagai agensi perkhidmatan awam di negeri ini didaftarkan.*

               *POLIS akan merujuk kertas siasatan kes pengawal keselamatan dibelasah dan ditendang oleh seorang pelawak di Taman Acacia, Nilai, Sabtu lalu, kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pihaknya akan merujuk kes itu dalam masa terdekat.*

               *POLIS menerima empat laporan berhubung berita palsu membabitkan kehilangan peserta Gopeng Urban Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, sejak 23 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, sehingga kini pihaknya menerima empat laporan polis berkaitan kenyataan palsu mngenai kehilangan Mohammad Ashraf.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) perlu menyiasat penganjuran majlis pemberian duit sempena Aidilfitri kepada pengundi yang diadakan di Sendayan, semalam. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun majlis itu dibatalkan saat akhir selepas berjaya ‘dihidu’ beberapa jam sebelum berlangsung sehingga laporan polis dibuat hari sama.*

               *SERAMAI 29 peniaga di Bazar Larut Malam Uptown Shah Alam, Seksyen 24, menerima surat serah tapak gerai jualan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) susulan kes kebakaran di premis itu, November tahun lalu. Kejadian itu mengakibatkan tiga tapak kedai yang menjual pakaian wanita sejak 2007, musnah dijilat api dengan anggaran kerugian hampir RM100,000.*

               *WANITA direman satu hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian bayi berusia empat bulan akibat tersedak susu, dalam kejadian petang kelmarin. Perintah reman ke atas suspek berusia 39 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Nur Hidayah Abdul Manaf.*

               *TINDAKAN seorang lelaki dan dua pekerjanya menawarkan aktiviti hiburan di tapak pesta ria (fun fair) di Padang Awam Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, tanpa lesen mengundang padah apabila mereka ditahan polis malam tadi.*

               *DUA beranak melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Pulau Kapas, Panji, Kota Bharu, pagi tadi. Dalam kebakaran 2.30 pagi, Zamri Zakaria, 57, melecur di tangan dan kepala sementara itu ibunya, Hasnah Yusof, 76, mengalami kecederaan sama di bahu, siku kiri serta belakang.*

               *SEORANG sub kontraktor ditahan reman lima hari hingga Isnin depan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM261,000. Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Seksyen/Majistret, Rusila Nik di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009.*

               *DUA lelaki direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan peruntukan kerajaan Negeri Perak bernilai RM3.5 juta berhubung kerja-kerja pembekalan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 September tahun lalu.*

               *SEORANG bekas pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan lesen perniagaan sebuah rumah urut, tiga tahun lalu, ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam, hari ini. Tertuduh, Shah Rizal Ismail Basha, 40, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

               *PEMBANTU tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas pertuduhan menerima suapan daripada pengusaha rumah urut, tahun lalu. Tertuduh, Qairul Redza Mohd Hadzri, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

               *SEORANG akauntan dari Triang, Bera, kerugian RM95,668 selepas diperdaya sindiket ‘parcel scam’. Terdahulu mangsa berkenalan dengan seorang lelaki disyaki menyamar sebagai anggota tentera memperkenalkan diri sebagai ‘Liegh Hester’ kononnya dari Libya. Pada 11 Februari lalu, mangsa berusia 53 tahun menerima emel daripada lelaki berkenaan mendakwa memiliki mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD) berjumlah sembilan juta (RM37 juta).*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang anggota polis bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan bernilai RM4,700, semalam. Menurut sumber SPRM, anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun itu ditahan di SPRM Jalan Lundang, Kota Bharu pada 6.50 petang.*

               *PENAHANAN wanita dipercayai sebagai ‘mummy’ membongkar kegiatan pelacuran lima gadis warga Vietnam dalam Ops Noda/Cantas di hotel di Jalan Lintas Luyang, di Kota Kinabalu, malam tadi. Serbuan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Hamizi Halim, menahan lima lelaki disyaki pelanggan susulan penemuan kondom yang sudah digunakan.*

               *Seorang lelaki bernasib baik kerana sempat diselamatkan orang awam sebelum lori dipandunya terbakar selepas terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu berhampiran Pusat Informasi Raflesia, Tambunan, pagi tadi. Dalam kejadian 6.35 pagi itu, mangsa belum diketahui identiti hanya mengalami cedera ringan dan dihantar orang awam ke Hospital Tambunan.*

               *PEGAWAI polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan menerima wang sebanyak RM17,000 hasil aktiviti haram, dua tahun lalu. Asisten Superintendan Md Maizaili Mohamed, 53, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.*

               *MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan mula reput di sebuah rumah di Taman Seri Kota, Pasir Pekan, Tumpat, semalam oleh ibunya sendiri. Mangsa berusia 46 tahun dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui 3.50 petang dalam bilik tidur wanita berkenaan.*

               *LELAKI berusia 28 tahun dikenali ‘Guruh’ menjadi buruan polis kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah akhirnya diberkas ketika sedang berehat di sebuah rumah dua tingkat dalam kebun getah, di Kampung Charok Salang, Parit Panjang, Baling, 7 pagi tadi.*

               *DEWAN Rakyat pagi ini dijangka meluluskan usul menggantung tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan selama tiga bulan. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dan Usul-Usul hari ini, usul penggantungan akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri berikutan bekas Perdana Menteri itu melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melakukan suatu perbuatan menghina majlis.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *CARCASSONE (PERANCIS): Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara lima tahun semalam selepas menyebabkan kematian bayi lelaki baru dilahirkan yang ditemui dalam peti sejuk pada 2010.*
        *Bagaimanapun, wanita dikenali sebagai Karine E itu melangkah keluar mahkamah sebagai seorang yang bebas apabila hukuman penjara 37 bulan digantung selain sudah menjalani dua tahun penjara sementara menunggu dibicarakan.*
         *Juri mendapati wanita berusia 43 tahun itu bersalah kerana dengan sengaja menafikan penjagaan dan hak diberi makanan terhadap bayi itu hingga mendatangkan kematian.*

         *Costa del Sol, Sepanyol: Seorang lagi lelaki ditemui dengan kemaluannya terputus di negara ini, apabila polis mendapati seorang lelaki berkeliaran sambil memegang dan menggoyang-goyangkan zakarnya yang sudah dipotong di Benalmadena, Ahad lalu.*
            *Polis menahan lelaki berusia sekitar 30-an itu selepas ternampak kesan darah pada seluarnya dan ketika ditemui polis, lelaki itu menjerit mendakwa dirinya adalah makhluk asing bernama Sergio, namun kemudian berkata, dia adalah wanita bernama Naomi.*
           *Daily Mail melaporkan lelaki terbabit yang kepalanya turut berlumuran darah dan kelihatan bingung, berkata: “Saya makhluk asing! Ini bukan saya punya!”.*

         *Khartoum: Presiden Sudan, Omar al-Bashir dipaksa meletak jawatan oleh tentera, semalam selepas tiga dekad memerintah dan usaha baharu sedang dilakukan untuk membentuk majlis peralihan bagi mentadbir negara itu.*
        *Menurut sumber kerajaan dan Menteri Sumber Ekonomi di Darfur Utara, Adel Mahjoub Hussein yang memberitahu stesen al-Hadath TV beribu pejabat di Dubai, penguasaan Bashir sudah berakhir dan rundingan sedang dijalankan untuk membentuk majlis pemerintahan tentera.*
        *Sumber Sudan turut memberitahu, Bashir, 75, sudah ditahan pihak tentera dan kini berada di kediaman presiden dengan kawalan ketat.*

         *HANOI: Seorang lelaki Vietnam ditahan phak berkuasa semalam apabila dipercayai cuba menyeludup kulit dan tulang harimau seberat 5.4 kilogram ke China.*
          *AFP melaporkan, lelaki terbabit ditahan di utara wilayah Quang Ninh oleh pengawal sempadan selepas membawa kulit haiwan terbabit bersama lima tulang.*
           *Kulit harimau itu mencecah harga AS $6,000 (RM24,696) di Vietnam dan AS $10,000 (RM41,160) di China manakala satu gram tulang haiwan itu pula dijual dengan harga AS $1,000 (RM4,116), lapor media tempatan.*

         *WELLINGTON: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata hina kepada jemaah sebuah masjid di Christchurch.*
          *Dalam kejadian semalam, lelaki berusia 33 tahun itu mencerca jemaah di luar masjid Al Noor yang sebelum ini diserang seorang penembak yang melepaskan tembakan rambang.*
          *Lelaki terbabit didapati memakai baju kemeja dengan perkataan ‘Trump’ di belakang, lapor AFP.*

         *LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange ditahan polis di kedutaan Ecuador, hari ini selepas kerajaan negara itu menarik balik suaka yang diberikan kepadanya.*
         *Assange melarikan diri ke kedutaan Ecuador di London dan menetap di sana sejak 2012 selepas dituduh melakukan serangan seksual di Sweden.*
         *Tuduhan itu sudah pun digugurkan, lapor AFP.*
         *Rakaman video dari agensi berita Ruptly memperlihatkan beberapa lelaki membawa turun Assange yang berjambang putih dari bangunan kedutaan ke dalam sebuah van polis.*

         *PARIS: Buat pertama kalinya sekumpulan saintis hari ini menyiarkan gambar satu lubang hitam dan lingkaran halo yang menakutkan yang dirakamkan menggunakan Event Horizon Telescope (EHT).*
                *Timbalan Pengarah Institut Millimetrik Astronomi Radio (IRAM), Frederic Gueth berkata, gambar itu adalah bukti paling terus mengenai kewujudan lubang hitam.*
          *Lubang hitam mempunyai tarikan graviti yang terlalu kuat hingga menarik semua objek termasuk cahaya menjadikan ia tidak dapat dilihat.*

         *TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melantik semula Shunichi Suzuki sebagai Menteri Olimpik baru bagi menggantikan penyandangnya yang meletakkan jawatan Rabu lalu.*
         *Abe berkata, dia melantik Suzuki yang dilihat lebih berpengalaman kerana pernah memegang jawatan itu pada 2017 hingga tahun lalu.*
           *Dia menggantikan Yoshitaka Sakurada yang meletak jawatan selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai tidak menghormati mangsa bencana tsunami pada 2011.*

         *NEW YORK: Bintang program realiti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian yang melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang, berharap dapat menjadi seorang peguam menjelang 2022 nanti, lapor majalah Vogue semalam.*
          *AFP melaporkan, isteri kepada penyanyi hip hop, Kanye West berusia 38 tahun itu sedang menjalani latihan praktikal di sebuah firma guaman di California sejak tahun lalu.*
        *Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk belajar undang-undang selepas berjaya membuat petisyen kepada Presiden AS, Donald Trump untuk mengampunkan Alice Marie Johnson pada tahun lalu.*

          *DUBAI: Keluarga wartawan yang mati dibunuh, Jamal Khashoggi menafikan terbabit dalam rundingan dengan kerajaan Arab Saudi untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah susulan laporan anak mangsa menerima bayaran berjumlah jutaan dolar.*
         *”Ketika ini perbicaraan bakal berlangsung dan tiada perbincangan penyelesaian diadakan,” kata Salah Khashoggi dalam akaun Twitter miliknya.*
           *Akhbar The Washington Post pada 1 April lalu melaporkan anak Jamal termasuk Salah menerima rumah bernilai jutaan dolar dan bayaran bulanan oleh kerajaan Arab Saudi.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


        ♂ *PELBAGAI aplikasi sembang sosial golongan gay didapati bersepah dan mudah dimuat turun menerusi aplikasi telefon pintar.*
        *Senario itu menjadi kebimbangan akan menyebabkan generasi muda negara terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, sekali gus merosakkan kerukunan hidup bertamadun.*
          *Lebih 10 aplikasi sembang sosial mengajak ke neraka itu menggunakan pelbagai nama boleh ditemui dengan mudah.*
         *Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Eddin Syazlee Shith ketika dihubungi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung perkara itu.*

         *EKSPERIMEN dilakukan pasangan suami isteri dengan berniaga ‘teh tarik ketagih’ berkonsepkan pandu lalu membuka mata ramai pihak terhadap perniagaan berpotensi itu.*
          *Buktinya, gerai pandu lalu yang dibuka mereka di sebuah pasar raya besar di Taman Suria di sini, mendapat sambutan menggalakkan bukan saja kepada penduduk tempatan tetapi warga Singapura.*
          *Ilham menggunakan konsep perniagaan yang sering dimonopoli syarikat makanan segera dari Barat mengubah senario bisnes tempatan dan mampu dikomersialkan pada skala besar.*

         *LOS ANGELES: Siri terkenal, Game of Thrones (GOT) terbitan HBO yang menjadi kegilaan ramai, bakal menutup tirai dengan tayangan musim kelapan pada 14 April ini.*
              *Menurut AFP, siri yang mula ditayangkan pada 2011 itu mula mencetuskan fenomena hingga melepasi populariti siri The Sopranos pada 2014.*
         *GOT musim kelapan itu dilaporkan menelan belanja paling mahal bagi siri televisyen dengan kos AS $15 juta (RM61.6 juta) setiap episod, yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak AS 90 juta (RM370 juta).*
                 

*ARENA*
========


         *AJAX Amsterdam percaya peluang mereka masih ada dalam Liga Juara-Juara meskipun terikat 1-1 di laman sendiri oleh Juventus dalam aksi pertama suku akhir awal pagi tadi.*
         *Penyerang Portugal Cristiano Ronaldo memberikan kelab Itali itu mata pendahuluan sebelum David Neres menyamakan kedudukan 30 saat selepas separuh masa kedua.*
        *"Keputusan seri 1-1 di laman sendiri bukanlah apa yang kami harapkan tetapi ia masih keputusan yang bagus,” kata jurulatih Ajax, Erik ten Hag.*

        ♂ *TMZ Sports mendedahkan rakaman video Conor McGregor merampas telefon bimbit daripada tangan seorang peminat sebelum memijaknya, bulan lalu, menyebabkan bintang UFC yang baru bersara itu ditahan polis.*
          *Menurut laporan polis diperolehi oleh portal itu, peminat terbabit ketika itu cuba untuk merakam foto atlet seni tempur pelbagai seni itu di luar hotel di Miami, Amerika Syarikat.*
            *Itulah detik ketika McGregor menarik telefon daripada tangan peminat terbabit dan memijaknya selepas terjatuh ke lantai.*

          *“KOTOR, berkulat dan berbau”.*
          *ITU antara komen terhambur daripada mulut pengunjung terhadap hotel milik bintang Barcelona, Lionel Messi selepas mereka menginap di hotel berkenaan.*
           *Messi menambah portfolio mengendalikan hotel selain bergelar pemain bolasepak profesional.*
          *Pemain Barca itu membeli hotel ‘hanya untuk dewasa’ berstatus empat bintang iaitu Seasun Fona Hotel di resort S’Illot yang terletak di pantai timur Majorca pada Februari lalu, menurut bekas pemilik Vicente Miralles.*

        ♂ *PELUMBA Androni Giocattoli - Sidermec, Matteo Pelucchi meraih kejuaraan berganda apabila menjuarai peringkat keenam LTdL dari Bagan ke Alor Setar sebentar tadi.*
         *Dia mencatatkan dua jam 47 minit 19 saat dalam perlumbaan yang berakhir dalam kelompok besar.*
         *Pelucchi mengulangi kejayaannya menjuarai peringkat kelima semalam.*

         *KEDAH tidak mahu kecewa melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.*
        *Ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar berkata, skuadnya mahu bangkit selepas seri dua perlawanan di Stadium Darul Aman sebelum ini.*
          *”Kami mahu menang dan kutip tiga mata menentang skuad TFC dan menjangkakan perlawanan kali ini sengit seperti perlawanan lain."*

         *SELEPAS terpaksa berehat pada dua perlawanan terakhir akibat kecederaan, arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck mengakui tidak sabar untuk merobek gawang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam esok.*
              *Pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu sudah bersedia menebus kehampaan pasukannya ketika dimalukan pasukan kelab, PKNP FC di laman sendiri Sabtu lalu.*
         *”Kecederaan belakang semakin baik dan tak sabar kembali membantu pasukan mengharungi saingan liga bertemu Kedah.*

          *PENJUALAN tiket perlawanan menjadi sumber pembayaran gaji pemain Kelantan bermula April sehingga penghujung musim ini.*
            *Perkara itu dimaklumkan Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Red Warriors, Syed Abdullah Syed Mahmood yang mahu memastikan hasil penjualan tiket digunakan secara berhemah khususnya untuk menyelesaikan gaji pemain skuad Liga Perdana Kelantan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 13 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 7 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0542*
*SUBUH : 0552*
*SYURUK : 0707*
*ZOHOR : 1317*
*ASAR : 1626*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2031*

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 12april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97 naik lima sen pada harga RM2.68 seliter manakala, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga bahan api berkenaan ditetapkan bagi tempoh 13 hingga 19 April ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

                *JAJARAN baharu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal memberi impak pembangunan apabila berjaya mengurangkan kos pembinaan berjumlah RM21.5 bilion. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perubahan jajaran itu dapat mengelak pembinaan terowong sepanjang 18 kilometer merentasi Banjaran Titiwangsa.*

                *TAN Sri Richard Malanjum hari ini menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Hakim Negara. Malanjum mencapai usia bersara wajib iaitu 66 tahun enam bulan. Beliau yang akan mencapai usia 67 tahun pada 13 Oktober ini menjawat jawatan berkenaan selama sembilan bulan.*

                *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bertindak tegas menghalang kemasukan cili merah dari Vietnam yang didapati mengandungi kadar peratusan racun melebihi yang ditetapkan kerajaan. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, usaha berkenaan mendapat sokongan sepenuhnya Kementerian Pertanian Industri Asas Tani yang memandang serius kes membabitkan racun yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk negara ini.*

                *KERAJAAN Negeri Sembilan memberi jaminan akan terus membangunkan rumah mampu milik untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti lokasi pembinaan rumah untuk dijual pada harga antara RM90,000 hingga RM250,000 sebuah.*

                *AGENDA penyatuan ummah dibawa UMNO dan PAS tidak akan meminggirkan kaum lain kerana semangat itu akan turut memelihara kestabilan masyarakat majmuk di negara ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara dua parti ini perlu dilihat daripada sudut mengukuhkan rakyat negara ini supaya tidak terus dipisahkan dengan fahaman politik tidak matang.*

                *KERAJAAN harus mengakui mempunyai menteri yang tiada strategi komunikasi berkesan untuk memberi penerangan berkaitan isu perkauman yang kini menjadi senjata UMNO dan PAS. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, lebih buruk keadaan itu bukan saja menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat malah mempengaruhi sokongan pengundi atas pagar terhadap Pakatan Harapan (PH).*

               *DUA warga tempatan cedera susulan letupan di satu daripada lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, dekat Kota Tinggi, hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah, berkata, kedua-dua mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang.*

                *AHLI perniagaan bergelar Tan Sri dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang, hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga pembantu rumah mereka antara 2012 hingga bulan lalu. Tertuduh, M K Ketheeswaran, 58, dan Puan Sri Vivienne Ketheeswaran, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.*

                *Kota Tinggi: Kerajaan negeri berjanji akan membantu penduduk yang rumah mereka terjejas susulan letupan dan kebakaran di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, awal pagi tadi.*

                *SEBUAH kilang pemprosesan silikon di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang, musnah terbakar, dalam kejadian 8.50 malam ini. Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada pihak pengurusan premis itu.*

               *SEORANG penagih dadah nekad terjun ke dalam sungai dipercayai dihuni buaya ketika melarikan diri daripada penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam kejadian di Kampung Asajaya, Kota Samarahan, semalam. Jurucakap AADK berkata, individu berkenaan kemudian gagal dikesan dan usaha mengesan serta mengenal pasti identitinya sedang dijalankan.*

               *IKAN ditemui mati di Sungai Nerus, Kampung Pulau Manis, Marang, semalam dipercayai diracun menggunakan cecair klorin. Kaki pancing, Mohd Zafri Hashim, 34, dari Kampung Tebakang berkata, dia bersama rakannya ke sungai berkenaan untuk memancing, namun dikejutkan dengan penemuan puluhan bangkai ikan yang terapung.*

               *SERAMAI 23 pegawai dan 256 anggota menyertai Pertandingan Tacthlon dan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Peringkat 10 Briged (Para) di Markas 10 Briged Para, Kem Terendak, Sungai Udang. Pertandingan selama lima hari bermula Ahad lalu disertai wakil pegawai dan anggota dibawah naungan Ketumbukan 10 Briged Para yang disempurnakan Panglima 10 Briged Para Brigadier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal.*

               *SEBANYAK lapan kenderaan rosak selepas dipercayai dilanggar jentera kren di Jalan Batu Arang, menghala ke Rawang, dekat Rawang, hari ini. Kejadian kira-kira 9 pagi itu menyebabkan seorang pengguna jalan raya parah dan seorang lagi cedera.*

               *MISTERI bau busuk dihidu orang awam berhampiran sungai di Kampung Takurik, Ranau, terjawab apabila mayat lelaki warga emas ditemui hampir reput dalam sebuah pondok, menjadi tempatnya berteduh kelmarin. Mayat lelaki berusia 65 tahun ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlentang 12.30 tengah hari sebelum dimaklumkan kepada polis.*

                *DUA lelaki, seorang daripadanya mempunyai lapan rekod jenayah, ditahan selepas polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan dinaiki mereka di hadapan restoran di Taman Melawati, Kuala Lumpur, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan berkata, dua lelaki yang masing-masing memandu Honda CRV berwarna hitam dan Toyota Vellfire hitam dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan, 6.15 petang semalam.*

               *TAKTIK seorang pelajar menyembunyikan dadah di dalam bantal membongkar kegiatan haramnya selama ini selepas dia ditahan di depan sekolahnya, di Kanowit, 9 pagi semalam. Pelajar berusia 17 tahun itu yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit diketuai Inspektor Shazrin Nizam.*

               *CUBAAN sindiket menyeludup minuman keras yang dianggarkan bernilai RM516,000 tidak kesampaian apabila dua lori yang membawa barangan itu ditahan di KM90 Jalan Kuching-Sri Aman, hari ini. Dua lori yang penuh dengan 2,300 kotak arak jenama Heineken itu ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuching menerusi Op Libas pada jam 1.30 pagi.*

               *BERANG kerana permintaannya untuk mendapatkan wang dipercayai bagi membeli dadah tidak dilayan seorang lelaki mengugut adik perempuannya menggunakan gunting dan pemutar skru dalam kejadian di Ajil, Kuala Berang, semalam. Kejadian 3.30 pagi berlaku ketika mangsa berusia 36 tahun berada di rumah sebelum didatangi suspek berusia 38 tahun untuk meminta wang.*

               *“SAYA masih Menteri Besar Johor hingga menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar,” kata Mnteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian. Osman berkata, pada masa sama beliau masih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU Johor. “Saya akan mengadakan sidang media selepas menyerahkan surat (peletakan jawatan) kepada Sultan Johor, esok.*

               *DUA cedera selepas motosikal kuasa tinggi dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 273.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara, hari ini. Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, kemalangan membabitkan motosikal BMW 1200CC yang terbabas melanggar pembahagi konkrit di kanan laluan sebelum dipercayai berlaku pergeseran yang mengakibatkan motosikal itu terbakar.*

               *DUA pelajar tingkatan lima dan seorang penuntut kolej antara ditahan polis dalam serbuan di sebuah bangunan di Jalan Pasir Akar, Kampung Dalam Huma, Hulu Besut, Jertih, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, dalam serbuan 2 pagi itu, pihaknya menahan 19 individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.*

               *SEORANG wanita berusia 34 tahun menanggung kesakitan selepas ditumbuk jirannya akibat perselisihan faham dalam kejadian di Kuala Nerus, 11.50 pagi Rabu lalu. Pergaduhan itu dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati mangsa terhadap lelaki berkenaan yang memarahi bapanya.*

               *KADAR baharu tarif air Selangor akan diumumkan Jun atau Julai depan, kata Menteri Besar Amirudin Shari. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada tarif air di negeri ini akan naik atau sebaliknya.*

               *TAKTIK tiga bot nelayan Vietnam mengibarkan bendera jalur gemilang dan menggunakan nombor pendaftaran tempatan, gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), semalam. Tiga bot bersama 16 awak-awak termasuk tekong warga Vietnam ditahan di lima batu nautika dari Pulau Tigabu, Kudat oleh bot ronda Maritim dalam satu operasi khas, jam 12.30 tengah hari.*

               *POLIS yang menyerbu sebuah rumah di Machang Bubok, Bukit Mertajam, awal minggu ini berjaya memberkas tiga lelaki bersama sejumlah dadah dan menemui empat kenderaan curi. Dalam serbuan jam 10.30 pagi Isnin lalu, polis pada mulanya melakukan operasi mengesan dadah di rumah itu sebelum menemui empat kenderaan termasuk sebuah lori yang dilaporkan hilang awal tahun ini.*

               *Rembau: KESIBUKAN jadual kempen pada hari terakhir hari ini tidak menghalang Dr S Streram mencari sedikit hiburan santai sekaligus menggamatkan kempennya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini. Situasi spontan berlaku selepas doktor pakar bius itu menyertai kumpulan muzik yang menyanyikan lagu ‘Streram Boleh’ ketika program kempen tinjauan mesranyadi Kampung Felda Sendayan.*

               *PANITIA Pengawas Pemilu (Panwaslu) di Kuala Lumpur mengesahkan kertas undi Pilihan Raya Umum Pemilihan Presiden Indonesia yang ditemui di Kajang, Selangor, adalah kertas undi asli. Ketua Panwaslu Kuala Lumpur, Yaza Azzahra berkata, kertas undi berkenaan adalah kertas undi rasmi dan sah yang dikirim kepada pengundi menggunakan pos dan beralamatkan kepada warga Indonesia di sekitar Kuala Lumpur.*

               *“NASIB baik jiran beritahu rumah terbakar sebelum saya sempat selamatkan ibu,” kata Zabidah Mat Yaacob, 50, selepas rumah ibunya di Kampung Changgai, Pasir Puteh, musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. Dalam kebakaran 1.40 tengah hari itu, sebuah kereta Proton Wira turut musnah dijilat api.*

               *PULAU Pinang mencatatkan peningkatan sebanyak lapan kematian akibat denggi sehingga minggu ke-14 tahun ini, berbanding satu kematian bagi tempoh sama tahun lalu. Manakala kes demam denggi pula menunjukkan penurunan sebanyak 31 peratus iaitu 52 kes pada minggu ke-14 berbanding 75 pada minggu ke-13 (24 Mac hingga 30 Mac).*

               *TINDAKAN seorang pengemis wanita berusia lingkungan 40-an menghalang kenderaan untuk meminta sedekah berhampiran bangunan rumah kedai di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor Bahru, menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Difahamkan, wanita berkenaan mula mengemis di kawasan berkenaan sejak beberapa minggu lalu.*

               *ST Rosyam Mart Mini bakal diperkenalkan di seluruh negara khususnya di penempatan luar bandar dan kawasan berpendapatan rendah (B40) bermula tahun depan dalam usaha membantu menjana pendapatan usahawan B40. Produser dan pemilik bersama Pasaraya ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor berkata, pelan dan kertas kerja projek pembangunan pasar raya ekonomi keduanya itu sudah dirangka sepenuhnya.*

               *PROSIDING Inkues Kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner, Shah Alam, hari ini, ditangguhkan berikutan saksi ke-29 tidak hadir. Ia berikutan, saksi ke-29 iaitu bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Prof Dr Shahrom Abd Wahid hanya disapina untuk tiga hari, bermula Selasa lalu.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang menuduh suruhanjaya itu bersikap ‘berat sebelah’ dan hanya menguatkuasakan undang-undang terhadap satu parti sahaja sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata setakat ini, Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya menerima 16 laporan kesalahan berkaitan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melibatkan kedua-dua parti.*

               *DUA remaja diburu polis apabila mencuri RM300 dalam tabung Masjid Kariah Batu 17, Chembong, di Rembau, semalam. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kejadian 11.30 pagi disedari kariah wanita berusia 60 tahun ketika mahu membersihkan bahagian dalam masjid.*

               *KEPUTUSAN penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dijangka diketahui selewat-lewatnya jam 10 malam. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya akan membuat pengiraan penuh kertas undi dan pengumuman keputusan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan selepas semua peti undi dikumpulkan.*

               *PIHAK Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak memaksa penuntutnya untuk menghadiri Program ‘Duty Of A Muslim As A Profesional’ oleh pendakwah Dr Zakir Naik yang akan diadakan pada 18 April ini. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, program diskusi ilmiah ini anjuran pelajar di bawah Kelab PERKIM.*

               *PERJALANAN pembantu penyelia kedai perkakas pulang ke rumahnya berakhir tragedi apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 60, Jalan Teluk Intan-Klang, berdekatan Batu 23, Sungai Nibong di Sekinchan, malam tadi. Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa Nur Yusrah Othman, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.*

               *BIL air tertunggak mencecah sehingga RM700,000 menyebabkan lebih 1,000 penghuni Kuarters Institut Perguruan Sabah (KIPS), Bukit Padang, Kota Kinabalu, terputus bekalan air sejak 12 hari lalu. Ia susulan tindakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang didakwa tidak bertolak ansur dengan masalah yang dihadapi penghuni sehingga bertindak memutuskan bekalan air di kawasan itu.*

               *KERAJAAN negeri memberi amaran akan menyenaraihitamkan peniaga mahu mengaut keuntungan dengan 'mengalibabakan' tapak bazar Ramadan kepada pihak lain. Ketua Menteri Adly Zahari berkata, kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) akan melakukan pemantauan daripada semasa ke semasa selepas kelulusan tapak perniagaan disahkan.*

               *KANAK-KANAK lelaki terpaksa menanggung kesakitan hampir setengah jam selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin permainan di kedai runcit di Taman Bahgia Baru, Temerloh, hari ini. Ketua Balai BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba Hasnuddin Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi dan anggoanya terus bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat panggilan.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *JAKARTA: Indonesia sudah menghantar pasukannya untuk menyiasat dakwaan penemuan 20,000 kertas undi pilihan raya negara itu di Malaysia.*
           *Kertas undi itu ditemui di dua lokasi berhampiran Kuala Lumpur dan kebanyakannya didapati sudah ditanda untuk calon Presiden Indonesia Joko Widodo, lapor AFP.*
           *Ketua Suruhanjaya Pilihanraya Umum (KPU), Arief Budiman berkata, isu terbabit adalah sensitif kerana berlaku di luar negara dan pihaknya akan melakukan siasatan dengan teliti.*

         *HANOI: Sekurang-kurangnya lima maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang dalam satu kebakaran besar yang membabitkan beberapa gudang dan kilang di Hanoi, Vietnam, awal pagi tadi.*
           *AFP yang memetik Agensi Berita Vietnam melaporkan, kejadian itu memusnahkan kilang memproses tong kitar semula dan gel silika serta gudang menyimpan produk sejuk beku dan kayu, lapor Agensi Berita Vietnam.*
            *”Pihak berkuasa menemui lima mayat dan mengeluarkannya dari bengkel. Mereka masih mencari tiga mangsa yang hilang,” lapor media itu.*

         *QUETTA (PAKISTAN): Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah pasar buah di barat daya bandar Quetta, Pakistan.*
          *AFP yang memetik jurucakap kanan polis, Abdul Razaq Cheema berkata, kejadian dilaporkan berlaku di penempatan Hazarganji di Quetta.*
         *”Kita menemui 14 mayat mangsa manakala 15 orang lagi cedera dalam letupan itu,” katanya.*

         *FLORIDA: Buat kali pertamanya, roket paling berkuasa dunia, SpaceX Falcon Heavy melancarkan misi komersilnya dari Florida, Amerika Syarikat (AS) yang dilakukan oleh syarikat angkasa milik hartawan terkenal, Elon Musk sebagai usaha menarik kontrak lumayan.*
            *Falcon Heavy yang mempunyai ketinggian 23 tingkat itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dengan membawa seorang penumpang pertama.*
              *Ia sebelum ini melancarkan kereta Tesla berwarna merah ceri milik Musk ke angkasa pada penerbangan ujian sulung tahun lalu.*

         *SERAMAI 15 rakyat Malaysia mengalami sesak nafas dan dirawat di hospital susulan kebakaran sebuah hotel di Danok, Thailand, hari ini.*
            *Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan awal, seramai 15 rakyat Malaysia menerima rawatan di hospital susulan kebakaran pada 8 pagi hari ini (7 pagi waktu Thailand).*
          *Beliau berkata, daripada jumlah itu, lapan orang sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sementara tujuh orang lagi masih dirawat.*

         *MADRID: Polis terpaksa ‘mengusir’ kesemua 25 pemain sebuah pasukan bola sepak British dari penerbangan easyJet di lapangan terbang Alicante kerana mabuk dan mengganggu penumpang lain.*
          *Polis membawa keluar pasukan terbabit sebaik pesawat tiba di Alicante dari Bristol pada Jam 10.50 malam, Sabtu lalu selepas menerima aduan mengenai gangguan besar-besaran dalam penerbangan berkenaan.*
             *Penumpang penerbangan itu bersorak dan bertepuk tangan ketika polis mengiringi pemain terbabit keluar untuk dikenal pasti.*

            *JAKARTA: Seorang lelaki nekad terjun dari cerobong asap setinggi 30 meter selepas beberapa kali jerit nama presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo dalam kejadian di Pulogadung, di sini, semalam.*
         *Menurut portal TribunJakarta.com, lelaki itu memanjat cerobong sebuah bangunan di sebelah pejabat TV One kira-kira jam 4 petang.*
         *Jurucakap bomba, Gatot Sulaeman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan seorang lelaki memanjat sebuah cerobong pada jam 4.15 petang.*

          *CHRISTCHURCH: Lelaki New Zealand berusia 33 tahun mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan menghina penduduk Islam di luar masjid di Christchurch yang menjadi lokasi kejadian tembakan rambang, bulan lalu.*
            *Bagaimanapun, lelaki terbabit, Daniel Nicholas Tuapawa berkata, dia langsung tidak mengingati kejadian berkenaan.*
        *Lelaki terbabit berkata dia terkejut dan tidak sedar dengan perbuatannya sehingga polis menunjukkan kelakuannya dalam rakaman video yang berkata ‘semua orang Islam adalah pengganas’*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *ORANG ramai dinasihatkan tidak panik dengan kejadian letupan dan kebakaran di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, hari ini.*
             *Ia berikutan letupan dan kebakaran yang berlaku hanya membabitkan paip dan bukannya tangki seperti yang ditularkan sesetengah pihak.*
           *Malah, insiden itu hanya membabitkan kurang satu peratus daripada keseluruhan keluasan 8,000 hektar projek berkenaan.*

         *DARI Klang, Selangor ke Bayern Munich, Jerman.*
         *Itu rezeki seorang gadis freestyler berhijab, Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi, 18, apabila dia dipilih sebagai influencer atau daya penarik kepada kelab gergasi Jerman, Bayern Munich, sekali gus berpeluang mengunjungi stadium pasukan berkenaan baru-baru ini.*
           *Gambar Nisa yang duduk di bangku simpanan pemain dimuat naik dalam Facebook rasmi Bayern Munich tular di media sosial hingga mendapat reaksi pelbagai pihak.*
         *Gambar yang memaparkan Nisa memegang mafla kelab gergasi Jerman itu mendapat pujian kerana mempromosikan Malaysia di mata dunia.*

         *LIVERPOOL menyifatkan rakaman video sekumpulan penyokong Chelsea mengejek superstar bolasepak beragama Islam, Mohamed Salah sebagai ‘pengebom’ benar-benar prejudis dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka itu.*
         *Klip video itu yang tular di media sosial, semalam sebelum perlawanan Chelsea menentang Slavia Prague pada perlawanan suku akhir Liga Europa di Prague, menunjukkan enam lelaki dalam sebuah bar seronok menyanyi sambil melaung-laung nama Salah sebagai ‘pengebom'.*
          *Pasukan keselamatan Chelsea yang membuat siasatan terhadap rakaman itu kemudian menghalang tiga penyokong daripada memasuki Stadium Eden, Republik Czech.*
                 

*ARENA*
========


         *ANAKNYA superstar Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi dia lebih berminat kepada pemain bintang beraksi dalam La Liga Sepanyol.*
          *Keadaan itu dapat dilihat apabila Adolphine, ibu kepada pemain Manchester United, Romelu Lukaku nyata begitu gembira dapat bertemu pemain handalan Barcelona, Lionel Messi.*
           *Rakaman video menunjukkan Adolphine Lukaku seperti tidak percaya melihat pemain lincah itu berada di depan matanya di Old Trafford, Manchester, kelmarin.*

         *LIONEL Messi mungkin antara beberapa pemain direhatkan Barcelona tatkala pasukan kendalian Ernesto Valverde memberi tumpuan kepada perlawanan kedua saingan Liga Juara-Juara menentang Manchester United.*
             *Valverde berkata, Messi kemungkinan direhatkan ketika kunjungan pasukan itu menentang pasukan terbawah La Liga, Huesca selepas pelanggaran dengan pemain United, Chris Smalling pada Khamis menyebabkan pemain Argentina itu mengalami lebam di pipi dan hidung.*

         *PENGURUS Cardiff City, Neil Warnock percaya kelab itu memerlukan 10 mata daripada enam baki perlawanan mereka untuk menentukan hala tuju di Liga Perdana.*
          *Skuad kendalian Warnock berada di kedudukan ke-18 akan berkunjung ke Burnley pada Sabtu sebelum berdepan Brighton & Hove Albion, yang berada lima mata di depan mereka, dalam persaingan kelompok pasukan penyingkiran itu memburu enam mata penting pada Selasa depan.*

        ♂ *BIARPUN tiada kemenangan hatrik dari pelumba Androni Giocattoli-Sidermec, Matteo Pelucchi namun peringkat ketujuh tetap menjadi milik pelumba dari Itali.*
               *Kali ini tiba giliran rakan senegaranya, Simone Bevilacqua dari Neri Sottoli Selle Italia KTM muncul juara perlumbaan peringkat saingan sejauh 106.8 kilometer itu, bermula dan berakhir di Pantai Cenang dengan merakam masa dua jam 17 minit 59 saat.*

        *PERAK terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.*
             *Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad The Bos Gaurus mencatatkan enam kali seri dan satu kemenangan untuk berada di kedudukan kelapan liga. Pasukan tuan rumah yang mendapat sorakan 10,000 penyokong gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri sekali gus sekadar berpuas hati membawa pulang satu mata saja.*

          *KELANTAN gagal meraih kemenangan di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada PDRM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.*
           *Peluang terbaik skuad The Red Warriors (TRW) mencipta jaringan hadir pada minit ke-13, namun sepakan percuma Nik Azli Nik Alias, terkena palang gol walaupun penjaga gol PDRM, Mohd Shahril Sa'ari sudah tertewas.*

          *KEDAH menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-0 dalam aksi Liga Super, di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sebentar tadi.*
            *Kemenangan itu melonjakkan kembali semangat skuad Lang Merah yang pada malam ini dikendalikan oleh Penolong Ketua Jurulatih Victor Andrag.*

         *JOHOR Darul Ta'zim II (JDT II) kembali menemui rentak kemenangan untuk terus kekal di tangga teratas selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), sebentar tadi.*

         *BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing nyata berada pada prestasi terbaik apabila sekali lagi berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Singapura.*
            *Gandingan negara itu bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan lawan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Pia Zebadiah Bernadet 22-20 14-21 21-18.*

        ♂ *KELUARGA atlet pelapis sukan berbasikal, Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika menjalani latihan tahun lalu, menerima pampasan insurans daripada Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.*
            *Ayah Allahyarham, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah, 60, dan ibunya Saayah Man, 59, menerima pampasan itu daripada Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN, Mohd Safrushahar Yusoff dalam satu majlis ringkas di MSN Perlis, Kangar.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.214238 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list