CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 9-5-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 9 AY 2019 ASHI ERSAAAN 4 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0533*
*SUBUH : 0543*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1312*
*ASAR : 1633*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 8may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MESKIPUN sedang menghadapi kes perbicaraan di mahkamah berkaitan kes Macau Scam, lelaki berusia 31 tahun masih tidak serik malah terus aktif mencari dan memperdayakan mangsanya. Lelaki itu diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dalam dua serbuan berasingan di Taman Serdang Perdana, Serdang dan Jalan Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur, bermula 3 petang 29 April lalu.*

               2) *TEMPOH reman enam lelaki suspek kes rogol dan cabul dua remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Juasseh, Kuala Pilah, disambung lima hari lagi bermula esok. Perintah reman terhadap suspek berusia 16 hingga 21 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Nariman Badruddin, hari ini.*

               3) *MAHKAMAH Koroner Shah Alam, hari ini menetapkan Jumaat ini bagi memanggil semula saksi pakar patologi untuk memberikan keterangan dalam prosiding inkues menentukan penyebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Koroner Rofiah Mohamad menetapkan sedemikian selepas beliau menolak permohonan pihak berkepentingan, peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor untuk menangguhkan prosiding inkues itu.*

               4) *BETONG (SELATAN THAILAND): Tidak mampu dibendung lagi. Itu gambaran terhadap lambakan minyak masak peket 1 kilogram (kg) bersubsidi dari Malaysia ditemui bermula dari kawasan bandar, pekan kecil hingga di pedalaman Thailand. Seolah-olah tidak mampu lagi dikawal apabila minyak masak bersubsidi ini yang diharamkan eksport sebaliknya begitu mudah bolos dan dijual bebas di negara jiran itu.*

               5) *SEORANG remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Paya Garuk, Jerantut, sejak Sabtu lalu. Abang remaja itu, Mohamad Rosli Roslan, 27, berkata, adiknya, Rossazlin, 18, keluar dari rumah pada 3 petang dan memaklumkan ingin ke surau berhampiran bagi membantu persiapan kenduri doa selamat sempena kedatangan Ramadan.*

               6) *TINDAKAN kompaun akan dikenakan terhadap peniaga di pasar dan bazar Ramadan jika gagal mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) seperti mempamerkan tanda harga barang. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Melaka Muhammad Aizudin Mohd Said berkata, amaran keras itu dibuat bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.*

               7) *LELAKI maut selepas terbabit kemalangan dipercayai cuba mengelak lembu sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang lampu, dalam kejadian di Jalan Padang Kambing, Simpang Ampat, di Alor Gajah, semalam. Difahamkan, mangsa Muhammad Azril Iqmal Khamis, 23, berasal dari Kampung Kuantan, Klang, Selangor, baharu berkerja di kilang pembuatan kereta Honda, di sini.*

               8) *BUNYI penggera keselamatan kereta membantutkan hasrat lelaki untuk mencuri kereta Toyota Vios yang diparkir di hadapan premis perniagaan di Batu Kikir di Jempol, semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku 7.15 malam ketika pemilik kereta yang juga peniaga berada di dalam kedainya.*

               9) *WANITA maut selepas lori dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah lori cat di Kilometer 63.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara hari ini. Mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Zulyana Zakaria, 22, penumpang lori perkhidmatan pembersihan manakala pemandunya, Nurain Ismail, 24, pula parah.*

               10) *KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran, tidak akan berkompromi terhadap pegawai atau anggota dikesan terbabit kes jenayah, dadah atau sebarang aktiviti mencemarkan integriti pasukan itu. Narenasagaran berkata, tujuh kertas siasatan dibuka terhadap lapan anggota terbabit dalam kes jenayah dadah dan tatatertib sepanjang April lalu.*

               11) *SEORANG wanita bergelar Datin didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas tuduhan mengugut mahu menghantar samseng untuk memukul dan menyimbah asid ke muka doktor peribadi suaminya di sebuah rumah di Subang Jaya, bulan lalu. Bagaimanapun, Datin B Jaysintha, 51, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*

               12) *LELAKI berusia 30 tahun memberi alasan tidak bangun sahur menyebabkan dia terpaksa makan di sebuah kedai makan bukan Islam berhampiran Stadium Darul Aman, Alor Setar sebelum dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) hari ini. Dalam operasi 11 pagi itu, lelaki terbabit baru selesai menikmati sepinggan nasi goreng dan segelas teh ais dan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa JAIK.*

               13) *PEMBUANGAN sisa domestik, pembinaan dan kilang di beberapa kawasan seperti jalan ban (sawah) kini seolah-olah menjadi ‘trend’ oleh pihak tertentu. Kaedah itu menjadi pilihan kerana menjimatkan kos berbanding menghantar siasa buangan ke tapak pelupusan yang sah. Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) SM Mohamed Idris berkata, perkara itu semakin menjadi-jadi berikutan tidak ada tindakan serius daripada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.*

               14) *PEMANDU lori cedera apabila lori 10 tan membawa muatan batu terbabas ke landasan komuter berhampiran Stesen KTM Batang Benar, Nilai hari ini. Pemandu lori, Muhamad Zaidi Rusli, 31, tersepit dan diselamatkan anggota bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan 11.39 pagi sebelum 13 anggota bergegas ke lokasi.*

               15) *SEORANG pengurus jualan tertekan akibat diganggu 30 lelaki selepas nombor telefon miliknya disalahgunakan pihak tertentu. Mangsa Tiffany Ong Shen Ling, 30, mendakwa turut menerima gangguan seksual daripada individu tidak dikenali sejak Januari lalu. Tiffany berkata, selain nombor telefon, gambar dan video miliknya turut disalahgunakan di satu aplikasi temujanji.*

               16) *“ALHAMDULILLAH, Allah SWT lindungi kami. Jika tidak mungkin kami sudah mati dihempap runtuhan.” Demikian kata Aziz Salleh, 60, seorang daripada empat jemaah yang berada di dalam Masjid Haji Muhammad di Kampung Mengabang Tengah, Batu Buruk, Kuala Terengganu ketika sebahagian struktur bumbung masjid yang dalam pembinaan itu runtuh malam tadi.*

               17) *SEORANG bekas tentera dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kerana menjadi orang tengah yang menawarkan aktiviti persundalan. Muhammad Nizam Aripen, 38, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dilakukan di Taman AST, pada 20 Januari tahun lalu.*

               18) *EMPAT individu masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku salah memindahkan 13 ekor ayam menggunakan bas ekspres tanpa kebenaran, tahun lalu. Majistret Nurasidah A Rahman turut memerintahkan keempat-empat orang kena saman (OKS) itu dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda.*

               19) *KAKITANGAN Petronas Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) cemas seketika apabila saluran paip di Injap SL106 di Long Segaman, Lawas bocor pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian itu dapat dikawal dengan segera oleh sekumpulan kakitangan SSGP yang bertugas dengan menutup injap berhampiran paip gas berkenaan.*

               20) *TINDAKAN segelintir pemandu kenderaan yang mementingkan diri dengan meletakkan kenderaan secara ‘duble park’ di beberapa pusat tumpuan jualan berbuka puasa membawa padah apabila mereka dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa, semalam. Operasi Op Halangan yang dilancarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu menyaksikan 63 saman dikeluarkan terhadap kenderaan kerana menghalang lalu lintas.*

               21) *PUSAT Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kompleks Penyayang, Kampung Tiram, Kuantan membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dengan menyediakan pekerjaan melipat kain sebagai sumber pendapatan. Latihan selama lima bulan perlu dilalui golongan istimewa berkenaan sebelum mereka diterima bekerja yang turut menjadi antara terapi bagi membina keyakinan diri.*

               22) *SEBUAH bas pekerja membawa 17 penumpang dari sebuah kilang di Senawang, Seremban, terbakar di Jalan Sepri, Rembau, pagi ini. Dalam kejadian 6.58 pagi, bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan menghantar pekerja kilang terbabit pulang ke Rembau.*

               23) *SESI Pendengaran Awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis disambung semula hari ini. Prosiding kali ini akan didengar pada 8, 9, 13, 14 dan 15 Mei selepas 19 saksi memberi keterangan sebelum ini berakhir 25 April lalu.*

               24) *POLIS mempergiatkan rondaan di sekitar kawasan masjid dan surau seluruh Kuantan dalam usaha mengekang kejadian jenayah ketika umat Islam melakukan solat sunat Tarawih. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya juga akan menempatkan lebih ramai anggota di kawasan itu bagi membuat rondaan di kawasan berkenaan.*

               25) *HANYA kerana mahu meloloskan diri daripada sekatan jalan raya, sekumpulan lelaki bermotosikal sanggup membuat pusingan berbahaya dengan ‘melompat’ pembahagi jalan di Kilometer 32, Jalan Klang-Banting, di Kuala Langat, semalam. Meskipun berjaya mengelakkan diri daripada ditahan, tindakan tiga lelaki yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dan Honda EX5 itu boleh menyebabkan nyawa mereka melayang.*

               26) *SEORANG pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kepala Batas, kerugian RM30,400 dijerat sindiket Macau Scam, kelmarin. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 36 tahun itu pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat penghantaran.*

               27) *RIBUT yang melanda Langkawi malam tadi menyebabkan rumah dan kenderaan penduduk di beberapa kawasan rosak dihempap pokok tumbang. Dalam kejadian 11.30 malam itu, kawasan yang teruk terjejas ialah Kampung Ranggut, Mukim Padang Matsirat dan Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat.*

               28) *ARAHAN penutupan kedai makan atau restoran bermula 8.30 hingga 10 malam sepanjang Ramadan mungkin memberi kesan terhadap industri pelancongan di Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, berkata, bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada kesan negatif atau positif kerana tindakan itu adalah kali pertama dilaksanakan.*

               29) *KUALA NERUS: Menyedari kepentingan membaca dalam kalangan Orang Asli, Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyediakan perpustakaan mini di perkampungan Orang Asli Aring 5, Gua Musang, Kelantan. Perpustakaan itu yang menyediakan 350 bahan bacaan dan ruangan pembelajaran akan memanfaatkan penduduk terutama 100 kanak-kanak di situ.*

               30) *ARAHAN menghentikan operasi kedai makan dan restoran bermula 8.30 hingga 10 malam sepanjang Ramadan dianggap menutup rezeki peniaga, terutama yang menjual colek di Kelantan. Rata-rata peniaga colek merasakan usaha mereka untuk mencari pendapatan sampingan di bulan puasa sia-dia berikutan arahan berkenaan kerana mereka hanya mampu berniaga selama dua jam.*

               31) *SEBUAH rumah di Taman Muhibbah, Cheras musnah dalam kebakaran, malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 9.37 malam tadi. “Seramai 32 pegawai dan anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Serdang dikejarkan ke lokasi.*

                32) *LENGANG sebelah pagi, meriah pada sebelah petang. Itu suasana di sekitar Pasar Harian Selayang apabila peniaga haram warga asing kini menukar waktu perniagaan sempena Ramadan. Tinjauan di pasar berkenaan pagi hari ini mendapati, suasana agak lengang berikutan tidak ramai warga asing yang membuka gerai secara haram di tepi jalan sekitar pasar berkenaan seperti biasa.*

                33) *PENIAGA kedai makan ditahan polis, hari ini, bagi membantu siasatan dakwaan menyebarkan berita palsu di media sosial. Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan susulan satu status di Facebook miliknya yang didakwa memfitnah seorang menteri. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.*

                34) *AWAL Ramadan memberi rahmat buat penduduk di sekitar Tanjung Dawai, Sungai Petani, apabila dikurniakan limpahan pelbagai jenis siput yang ditemui terdampar di sekitar pantai berdekatan. Antara siput yang ditemui seperti siput kabung, siput paha ayam, siput sudu dan kerang sekali gus membuatkan lokasi berkenaan menjadi tumpuan pengunjung mengutip pelbagai jenis siput itu sejak Jumaat lalu.*

                35) *JABATAN Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengambil sampel makanan di bazar Ramadan di seluruh negeri ini, untuk diuji bagi memastikan tahap kebersihan makanan dijual kepada pengguna. Pengarah JKNS, Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata, sampel makanan itu akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan untuk ujian sama ada mempunyai bakteria mendatangkan penyakit atau sebaliknya.*

                36) *REMAJA maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 8.5 Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Beseri, Padang Besar, 11.20 pagi tadi. Mangsa, Muhammad Ridzuan Abdul Hamid, 19, berasal dari Kaki Bukit, Padang Besar yang parah di badan disahkan maut di lokasi kemalangan.*

                37) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Datuk Seri Najib Razak tidak pernah diberitahu berhubung sebarang transaksi meragukan dalam akaun bank milik bekas Perdana Menteri itu. Saksi pendakwaan keempat, Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM), Ahmad Farhan Sharifuddin berkata, sepanjang pengetahuannya, Bank Negara atau Ambank tidak pernah berbuat demikian.*

                38) *JABATAN Kesihatan Kedah sudah mengeluarkan sebanyak 211 notis kompaun kepada premis makanan dan juga pembekal bahan mentah kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Pra Ramadan yang bermula sejak April lalu. Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah pengendali dan pekerja tidak mendapatkan suntikan anti tifoid dan tahap kebersihan tidak memuaskan.*

                39) *PENTADBIR dewan serba guna di tiga kawasan parlimen iaitu Batu, Kepong dan Wangsa Maju buntu memikirkan nasib mereka selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penyelarasan untuk mengambil alih premis berkenaan. Mereka yang kebanyakannya pengasas 350 dewan di sekitar ibu negara itu menganggap ia satu tindakan tidak wajar kerana ada yang mengeluarkan wang saku sendiri untuk membiayai operasi serta kos utiliti.*

                40) *WALAUPUN pernah dipenjara tiga bulan kerana memiliki dadah, lelaki orang kelainan upaya (OKU) masih tidak serik apabila dia sekali lagi ditangkap kerana terbabit penagihan dadah. Tukang sapu berusia 30 tahun itu yang mengalami masalah lembam ditahan di rumahnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Apal, Jertih 9.30 pagi semalam.*

          41) *EMPAT pakej Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping yang seblum ini dikatakan akan dibuka sebelum akhir bulan ini, kemungkinan belum boleh digunakan. Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Aziz Abdullah berkata, ia berikutan masih ada kerja-kerja yang masih perlu dilaksanakan bagi memastikannya benar-benar selamat digunakan oleh pengguna kenderaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *WELLINGTON: Seorang wanita berusia 33 tahun melahirkan bayi lelakinya yang berat hampir 6 kilogram (kg) secara semula jadi tanpa suntikan epidural di Hospital Waikato, New Zealand.*
         *Daily Mail melaporkan, Nicolina Newcombe dan suaminya, Jamie, 27, terkejut dengan kelahiran bayi baru mereka, Tobias pada minggu lalu yang beratnya menyamai bayi berusia tiga bulan.*
           *Bidan Nicolina, Anneka Reid menggambarkan Tobias seperti ‘bayi Hercules’ dan tidak pernah melihat bayi seberat itu dilahirkan secara semula jadi sepanjang kerjayanya.*

           *MEXICO CITY: Seramai 13 penumpang termasuk dua keluarga usahawan minyak Mexico maut selepas jet peribadi dinaiki terhempas di utara perbandaran Ocampo, kelmarin ketika pulang dari perlawanan tinju di Las Vegas.*
            *Laporan media tempatan menyatakan mangsa berusia antara 19 hingga 57 tahun dan antaranya usahawan Luis Octavio Reyes Dominguez, isterinya serta tiga anak mereka, lapor Daily Mail.*
         *Rakannya Ramon Amauri Vela, 57, dan keluarga turut maut dalam nahas yang turut mengorbankan tiga anak kapal itu.*

           *BEJING: Detik mencemaskan apabila seorang pemandu bas merempuh kenderaan di laluannya selepas dia begitu asyik melayan telefon bimbitnya dirakam kamera litar keselamatan tertutup dalam bas berkenaan.*
            *Pemandu berkenaan dilihat membaca pesanan di telefon bimbitnya malah kedua-dua tangan langsung tidak memegang stereng dalam kejadian Rabu minggu lalu di Xinzhou, wilayah Shanxi, utara China, lapor Daily Mail.*
            *Tiba-tiba pemandu itu panik apabila menyedari dia terlalu hampir dengan trak yang membawa jagung, lapor Xinzhou Morning Post menyebabkannya melanggar dan menolak lori yang lebih kecil itu lebih 10 meter sebelum kedua-duanya berhenti.*

           *MOSCOW: Tujuh pendaki dikhuatiri mati selepas hilang dalam runtuhan di kawasan pergunungan Altai, Russia, kata jurucakap pasukan bantuan kecemasan hari ini.*
          *Kejadian runtuhan itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu di Gunung Chuya, Republik Altai, selatan Siberia yang membabitkan sembilan mangsa.*
           *Namun, ketua perkhidmatan bantuan kecemasan, Andrei Burlakov berkata, dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan pihak berkuasa.*
            *”Memandangkan runtuhan itu agak besar, kami masih lagi melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.*

           *HIGHLANDS RANCH: Seorang daripada dua penyerang sebuah sekolah di Denver menyembunyikan senjata api yang dibawanya di dalam beg gitar sebelum melepaskan tembakan yang menyebabkan seorang pelajar maut.*
          *Mail Online melaporkan, seorang penyerang dikenali sebagai Devon Erickson berusia 18 tahun manakala seorang lagi tidak didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.*
               *Semua penyerang berkenaan berjaya ditangkap selepas kejadian itu.*

          *BANDUNG: Sebuah kampung di Pantura Indramayu, Jawa Barat menganjurkan solat sunat tarawih pantas untuk menarik golongan muda hadir ke masjid pada bulan Ramadan.*
          *Liputan6 melaporkan, solat terawih pantas itu sudah 10 tahun diadakan di Masjid Pesantren Alqur'aniyah di Desa Dukuhjati.*
          *”Iya, kami memang setiap tahun di bulan Ramadan melaksanakan solat tarawih pantas,” kata seorang pemimpin masyarakat Desa Dukuhjati, Azun Mauzun.*
        *Katanya, solat itu dikhaskan untuk pemuda di kampung berkenaan dan mereka biasanya melakukan 20 rakaat solat tarawih dan tiga rakaat solat witir.*

          *LAHORE: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam satu serangan bom di sini ketika umat Islam sedang menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan, kata stesen penyiar rasmi, Pakistan Television.*
         *Letupan berlaku di kawasan penuh sesak di bandar Lahore berhampiran pintu masuk jemaah wanita di masjid Data Darbar antara makam suci terbesar penganut Sufi di Asia Selatan, kata polis.*
           *Makam berusia 11 abad itu sebelum pernah menjadi sasaran dalam serangan bom berani mati pada 2010 menyebabkan lebih daripada 40 orang terkorban.*

            *BANGKOK: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat diselamatkan selepas ditinggalkan di dalam sebuah mesin basuh layan diri di sebuah premis di Krabi, selatan Thailand.*
            *Pemilik premis berkenaan, Sangduen Khaorueng, 47, berkata, dia datang ke kedainya pada malam kelmarin dengan terdengar bunyi bayi menangis.*
            *”Pada mulanya saya tidak menghiraukan bunyi tangisan itu kerana beranggapan ia datang dari rumah jiran.*

           *MIAMI: Seorang anggota polis terkejut apabila seorang wanita mengeluarkan seekor anak aligator dari dalam seluarnya ketika membuat pemeriksaan di jalan raya.*
          *Aligator adalah reptilia separa akuatik besar seperti buaya, tetapi memiliki kepala yang lebih lebar dan pendek, serta berasal dari benua Amerika dan China.*
           *Dalam kejadian itu, seorang anggota polis dari daerah Charlotte, di pantai barat Florida menahan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.*

          *JAKARTA: Polis anti-pengganas Indonesia menembak mati seorang militan dan menahan enam lagi yang disyaki merancang melakukan serangan bom ketika keputusan pilihan raya diumumkan nanti, selepas menahan tujuh orang di beberapa lokasi sejak minggu lalu.*
         *Reuters melaporkan, jurucakap polis, Dedi Prasetyo, berkata, suspek terbabit ditahan dalam serbuan di Bekasi, Jawa Barat, dengan seorang ditembak mati selepas melontar bom kepada polis.*
              *Menurut AFP, mereka yang ditahan, termasuk di Sumatera dan Jakarta itu adalah anggota Jemaah Anshurat Daulah (JAD), kumpulan pelampau tempatan yang mengaku taat kepada Daish dan bertanggungjawab melakukan serangan bom terhadap gereja di Surabaya, tahun lalu.*

           *DOHA: Qatar memperuntukkan bantuan berjumlah AS$480 juta (RM1.9 bilion) kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) bagi menyokong pendidikan dan perkhidmatan kesihatan serta menyediakan bantuan kemanusiaan segera.*
           *PA yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas berhadapan pemotongan dua daripada sumber pendapatan utamanya.*
         *Washington menamatkan semua bantuan dua hala Amerika Syarikat sebagai reaksi terhadap tindakan Palestin memutuskan hubungan selepas ia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara wilayah Israel pada 2017.*

           *NEW DELHI: Seorang wanita dibelasah suaminya kerana mengundi untuk parti pemerintah, Bharatiya Janata (BJP) sedangkan sudah diarahkan memilih Parti Kongres di Jharkhand.*
          *Menurut polis, Sahana Khatoon diarahkan suaminya, Kudus Ansari supaya mengundi Parti Kongres di kawasan Lohardaga Lok Sabha pada 29 April lalu, namun wanita itu yang kagum dengan polisi BJP memilih parti berkenaan.*
            *Dia kemudian menceritakan perkara itu kepada rakannya di kampung yang memaklumkan suami dan semua penduduk lain menyebabkan Sahana turut dikutuk orang ramai yang menganggapnya tidak layak terus berada di situ, lapor Gulf News.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *TENAGA Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan akan meneliti aduan pengguna berhubung isu bil semasa yang didakwa tinggi selepas pemasangan meter pintar.*
         *Dalam satu kenyataan lewat petang hari ini, TNB Melaka menyatakan, pihaknya sedia maklum isu terbabit dan aduan lain dihadapi segelintir pengguna meter pintar di Melaka seperti yang tular di Facebook.*
           *Sehubungan itu, pihak terbabit menasihatkan pengguna supaya tidak khuatir dengan keadaan itu kerana tiada sebarang pemotongan bekalan elektrik akan dibuat sementara aduan pengguna diperincikan.*

          *DAKWAAN Klinik Desa Gesir Tengah, Hulu Selangor terpaksa ditutup sementara sejak seminggu llu akibat gangguan makhluk halus diketengahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).*
          *Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan sewajarnya dan menyerahkan perkara itu kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM untuk tindakan lanjut.*
           *Sebelum ini, tular di media sosial Klinik Desa Gesir Tengah terpaksa ditutup buat sementara waktu dipercayai kerana gangguan makhluk halus.*
            *Difahamkan, jururawat yang bertugas di klinik itu trauma dan dalam ketakutan berada di premis berkenaan walaupun bertugas pada waktu siang.*

          *PENIAGA kedai makan dan restoran di Kelantan masih boleh menjalankan perniagaan seperti biasa sehingga arahan menghentikan sementara operasi untuk memberi laluan kepada solat Tarawih dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).*
         *Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, surat arahan yang tular baru-baru ini adalah hanya untuk pihak PBT dan tiada arahan dikeluarkan kepada peniaga.*
             *”Surat arahan itu dikeluarkan kepada PBT dan belum sampai kepada peniaga. Setahu saya PBT pun tidak keluarkan arahan.*

          *PELAJAR cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Abdul Manaf Abdul Aziz menerima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang hari ini.*
          *Abdul Manaf adalah antara tujuh penerima biasiswa yang turut menerima insentif RM1,000 dalam majlis penyerahan disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang.*
            *Ketika ditemui, Abdul Manaf memaklumkan dia akan menggunakan wang itu dengan sebaik mungkin untuk mengejar cita-cita menjadi doktor.*

          *MENYELAMI kesempitan dan keperluan segelintir masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu mendorong pengurusan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) Ladang, Kuala Terengganu menyediakan satu ruangan pakaian terpakai untuk disedekahkan kepada orang ramai yang memerlukan.*
        *Program ‘Pre Loved Give and Infaq’ dianjurkan sejak Oktober tahun lalu itu memberi manfaat kepada individu yang memerlukan selain membuka peluang kepada masyarakat berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan sepanjang Ramadan.*
        *Bendahari MAMBS, Mariati Awang Chik berkata, pihaknya mengalukan-alukan orang ramai meletakkan pakaian di ruangan itu untuk disedekahkan kepada golongan memerlukan.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT  AY 2019 ASHI ERSAAAN 5 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0533*
*SUBUH : 0543*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1312*
*ASAR : 1633*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 9may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *TANGISAN kegembiraan menyelubungi Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini, apabila hak penjagaan kekal (hadanah) dua beradik anak yatim iaitu anak mangsa kemalangan maut Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) empat tahun lalu, diberikan kepada ibu saudara mereka. Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 11, menangis teresak-esak selepas Hakim Syarie Zaim Md Yudin membuat keputusan bahawa hak penjagaan dia dan adiknya, Nur Firuza Aqila, 8, memihak kepada ibu saudara, Yusnidah Husain, 51, selaku plaintif.*

               2) *TUN Dr Mahathir Mohamad mengumumkan tahap prestasi pencapaian janji kerajaan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39.01 peratus. Perdana Menteri berkata, prestasi itu diukur melalui status kemajuan 464 inisiatif yang menjadi dasar dan tindakan spesifik dinyatakan dalam setiap janji. Beliau berkata, sebanyak 53 inisiatif atau 11.42 peratus ditunaikan daripada 128 inisiatif.*

               3) *SEORANG ceti haram atau Along menangis selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menjatuhi hukuman penjara lapan bulan terhadapnya kerana mengugut dan menyimbah cat merah pada rumah seorang peniaga, Mac lalu. Tertuduh, Tan Zei Hung, 30, dilihat bercucuran air mata di dalam kandang tertuduh selepas prosiding tamat di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.*

               4) *LIMA pemancing dikhuatiri lemas, manakala tiga rakan mereka berjaya diselamatkan selepas bot yang mereka naiki karam di kawasan perairan Pulau Tenggol di Dungun, malam tadi. Bot terbabit dipercayai karam akibat dibadai ribut kencang sebelum kejadian itu disedari bot nelayan, 9.30 malam. Difahamkan, bot nelayan terbabit berpengkalan di Kuantan dan dikatakan ternampak insiden berkenaan lalu bergegas ke lokasi kejadian.*

               5) *PUTRAJAYA: Pemborong tempatan dikenal pasti menjadi dalang utama penyeludupan minyak masak bersubsidi selain memanipulasi proses penjualan untuk mengaut keuntungan besar. Perkara itu didedahkan sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam pertemuan dengan Harian Metro.*

               6) *Kerajaan negeri peruntukan sebanyak RM1.85 juta untuk beli lima jentera berat dalam usaha mempertingkat penguatkuasaan dan membanteras penerokaan tanah secara haram di Pahang. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tujuan pembelian jentera itu juga bagi memelihara sumber air di seluruh negeri itu yang terjejas akibat pencerobohan tanah terbabit.*

               7) *HAJAT seorang isteri untuk meraikan Aidilfitri bersama suami tidak kesampaian apabila lelaki itu maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Badak Mati, Jalan Bukit Marak di Kota Bharu, hari ini. Lebih menyedihkan mereka baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 18 Mac lalu. Dalam kejadian 8.10 pagi itu, pembantu sekolah, Aziz Zakaria, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal Honda EX5 ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar papan tanda di bahu jalan hingga dia tercampak di atas jalan raya.*

               8) *“PALING lama 20 hari, kadang-kadang hingga sebulan perlu hadap dengan gangguan lalat ini,” kata penduduk, Hanipah Abdul Hamid, 40, mengenai masalah lalat hitam di kawasan kediaman sekitar Batu 9, Batu 10 dan Perumahan Tersusun Kampung Mawai Baru di Kota Tinggi sejak 2014. Dakwanya, punca kehadiran lalat yang mengganggu kehidupan harian penduduk adalah disebabkan aktiviti penternakan ayam yang terletak kira-kira 200 meter dari penempatan penduduk.*

               9) *SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis dimaklumkan bahawa Tan Sri Khalid Abu Bakar ‘terpaksa berbohong’ berkaitan tarikh penemuan kem itu. Saksi ke-24, Aliza Shah Muhamad Shah berkata, bekas Ketua Polis Negara itu mengakui Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih awal menemui kem transit itu berbanding pihak berkuasa Thailand.*

               10) *GADIS 20 tahun yang enam hari tidak pulang ke rumah di Kampung Tengah, Sungai Kuali, Pontian dilaporkan dalam keadaan selamat. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, Nur Haziqah Abdul Rahim, 20, dikatakan kini bekerja di luar daerah Pontian. "Dia hanya menyatakan berada dalam keadaan selamat dan berkerja di luar Pontian,” katanya ketika dihubungi hari ini.*

               11) *PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan peraturan baru penggunaan cermin gelap bagi kereta persendirian yang dibuat tanpa rundingan pihak berkuasa.
Pengumuman yang dibuat secara tiba-tiba oleh Kementerian Pengangkutan itu dilihat tidak menangani kebimbangan mengenai keselamatan awam. Presiden CAP SM Mohamad Idris berkata, tidak diragui bahawa cermin gelap menyediakan sedikit keselesaan dengan menapis cahaya matahari, namun realitinya isu keselamatan yang perlu dipertimbangkan.*

               12) *POLIS berjaya membawa naik kenderaan pacuan empat roda yang terhumban ke Sungai Prai dalam satu kejadian lemas, Sabtu lalu. Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual dan memandu Toyota Hilux itu dipercayai terbabit dalam kemalangan sebelum kenderaannya terhumban ke dalam sungai berdekatan jambatan di Jalan Permatang Pauh dekat Ampang Jajar.*

               13) *JURUTEKNIK sebuah kilang, meninggal dalam kemalangan di Jalan Bukit Balai, Durian Tunggal, Alor Gajah, hari ini. Kemalangan membabitkan motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah Honda Jazz pada 7.45 pagi. Ketika kejadian mangsa Muhammad Fareez Shamshol Bahari, 30, menunggang Yamaha 135LC dari arah Durian Tunggal menghala ke Gangsa.*

               14) *PEMBAZIRAN makanan di Malaysia kritikal dan ia dijangka meningkat 15 hingga 20 peratus terutama Ramadan ini. Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Aniadila Kamaruddin berkata, antara penyumbang kepada peningkatan pembaziran makanan adalah di bazar Ramadan.*

               15) *SETIAP tahun menjelang Aidilfitri, semua pusat beli-belah berlumba-lumba mengadakan jualan sempena perayaan itu dan kali ini, Angsana Johor Bahru Mall kembali dengan Karnival Aidilfitri 2019 bertemakan etnik Jawa. Karnival Aidilfitri 2019 yang diberi nama Royo Wong Jhowo atau bermaksud Raya Orang Jawa dipilih bagi mengetengahkan kesenian etnik Jawa di Johor yang ditonjolkan menerusi dekorasi dan persembahan pentas berunsurkan etnik berkenaan.*

               16) *GURU wanita, ibu dan bapanya menempuh detik cemas apabila diikat menggunakan wayar pengecas telefon dan baju kurung oleh empat penjenayah dalam kejadian samun di Beratok, Padawan, 3.10 pagi hari ini. Ketika kejadian guru berusia 36 tahun itu sedang tidur bersama ibu, manakala bapanya berada dalam bilik berasingan. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, empat lelaki bersenjatakan pisau menceroboh rumah mangsa menerusi tingkap dapur.*

               17) *KURANG kesedaran mengenai kepentingan memiliki perlindungan takaful dalam kalangan penjawat awam menyebabkan hanya kira-kira 300,000 atau 20 peratus daripada 1.7 juta penjawat awam di negara ini memiliki perlindungan itu. Melihatkan peratusan yang masih rendah itu, MyCuepacsCare dan Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU).*

               18) *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan RM3.3 bilion kerugian membabitkan kebakaran struktur bagunan dan rumah sepanjang 2018. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah itu membabitkan 6,626 struktur bangunan seluruh negara. Menurutnya, nilai kerugian ini disasarkan dapat mencatat penurunan tahun ini dengan kempen kesedaran lebih agresif dilakukan JBPM bersama komuniti.*

               19) *“MALAM ini saya akan gantung diri... Pohon kebenaran tuhan supaya selepas tujuh hari saya meninggal dunia, balik untuk balas dendam orang itu,” itu nota sempat ditulis seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan menggantung lehernya pada getah paip yang diikat di siling. Bagaimanapun, dalam kejadian 8.15 malam, lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa itu masih panjang umur apabila dia berjaya diselamatkan rakan dan ibunya yang tiba di rumah terbabit di Mukim 13, Sungai Dua Gelugor di Georgetown, semalam.*

               20) *AGENSI kerajaan berkaitan perlu segera membantu mangsa bencana terutama membabitkan kerosakan atau kemusnahan kediaman. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Perak perlu peka serta bertindak pantas. "Seperti kejadian ribut baru-baru ini, sebuah rumah di Kampung Parit Mat Ali, Sungai Baru, Kuala Kurau, mengalami kerosakan kritikal.*

               21) *PRIHATIN dengan masalah penduduk yang berdepan gangguan bekalan air, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara sukarela menghantar bekalan air di lokasi terjejas. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) menghantar bekalan air itu bermula sejak petang semalam. "Penghantaran dilakukan selepas kita menerima maklumat ramai penduduk sudah tiada mempunyai air simpanan.*

               22) *Polis memberkas seorang lelaki berusia 30-an dan merampas dua ketulan ganja sudah dipotong di Taman Pelangi, Bukit Mertajam, kelmarin. Dalam kejadian 12.30 tengah malam anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Bukit Tengah sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan di depan sebuah rumah kedai.*

               23) *EMPAT individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri yang pernah terbabit memukul tiga anggota RELA pada 2017 ditahan polis bagi membantu siasatan kejadian serangan terhadap pusat hiburan di Scott Garden, Jalan Klang Lama 3 Mei lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semua individu berusia 26 hingga 47 tahun itu dipercayai mempunyai kaitan terhadap serangan terbabit.*

               24) *EMPAT sekeluarga di Kampung Petani dekat Tasek Gelugor terpaksa berbuka puasa dan bersahur dalam keadaan rumah dinaiki air akibat banjir semalam. Sofiah Ariffin, 73, bersama dua anak serta seorang menantu terpaksa mengharungi detik itu apabila rumah dinaiki air sehingga paras lutut. Katanya, dia mengambil keputusan untuk berpindah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Muhibah Merbau Kudung, Sungai Dua memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan bimbang ia menjadi semakin buruk.*

               25) *PEMANDU teksi maut akibat terjun dari van polis selepas dia ditahan di hadapan sebuah kondominium Vertical City, Cheras semalam. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun terbabit dikatakan dalam perjalanan untuk dibawa ke lokap selepas pemeriksaan mendapati dia membawa pelbagai dadah bersamanya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun, ketika dalam perjalanan suspek terus bertindak membuka pintu van sebelum terjun untuk melarikan diri.*

               26) *Meskipun berpuasa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap melaksanakan tugas membersihkan pokok tumbang tersangkut pada talian elektrik hingga menghalang jalan di Kampung Teluk, Langkawi, hari ini. Pegawai Bencana Operasi dan Latihan APM Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira 11.48 pagi sebelum bergegas ke lokasi.*

               27) *LELAKI Myanmar aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sekitar hutan paya bakau di Bagan Sungai Besar, Sungai Besar, dicekup polis semalam. Suspek berusia 28 tahun itu dipercayai mula membekalkan dadah kepada penagih sekitar daerah ini sejak tahun lalu.*

               28) *“KETIKA kejadian angin kuat dan saya terdengar bunyi sesuatu menghempap bumbung rumah. "Badan saya terus menggigil dan hanya mampu memeluk suami sebelum terdengar jeritan jiran yang memanggil kami,” kata Salbiah Man, 74. Dia menceritakan detik cemas rumahnya dihempap pokok ketapang sebesar dua pemeluk di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, Bayan Lepas 3.30 pagi hari ini.*

               29) *PENDUDUK di beberapa kawasan di Klang yang berdepan gangguan bekalan air sejak Ahad lalu terpaksa menempuhi keperitan apatah lagi ketika Ramadan. Masalah bekalan air itu berpunca daripada paip pecah di projek pembinaan Lebuhraya WCE Banting-Taiping, Ahad lalu, yang mengakibatkan gangguan air terhadap 160,000 akaun atau hampir 800,000 pengguna di Klang.*

               30) *DUA lelaki tempatan yang ‘selamba’ menikmati juadah di gerai di Senawang dicekup anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), hari ini. Dalam Op Puasa dijalankan 10.30 pagi, pemilik gerai yang juga lelaki Indonesia berusia 30 tahun juga ditahan kerana bersekongkol.*

               31) *KEMENTERIAN Pengangkutan menghormati pandangan polis terhadap peraturan baru cermin gelap namun mempertahankan pendirian untuk melaksanakannya. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook hari ini memanggil satu sidang media bagi mempertahankan pendirian kementeriannya seperti diumumkan dua hari lalu. Peraturan baru itu mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada orang awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkan peraturan itu menyukarkan tugas penguatkuasaan.*

                32) *DUA penagih dadah cuba terjun dari tingkat tiga sebuah hotel dalam cubaan melarikan diri daripada ditahan polis di Kangar hari ini. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, kedua-dua lelaki itu bagaimanapun berjaya diberkas polis sebelum sempat terjun 1.15 pagi. Beliau berkata, pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis menerima maklumat suspek yang berusia 30 dan 34 tahun menjadikan hotel itu sebagai tempat menghisap dadah.*

                33) *SEORANG buruh yang baru dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki mengambil dadah diberkas semula berikutan menumbuk muka isterinya hingga mangsa tidak sedarkan diri dalam kejadian di Terachi, Kuala Pilah, 4 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, terdahulu lelaki berusia 40 tahun itu ditahan malam kelmarin kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah.*

                34) *SEORANG bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia 14 tahun dengan menyepak, mencucuh api rokok pada lengan dan membaling kerusi ke arah mangsa. Tertuduh berusia 44 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mabel S Muttiah.*

                35) *EMPAT polis dan seorang lelaki cedera selepas pacuan empat roda dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Persimpangan Wisma Persekutuan, Kota Bharu semalam. Dalam kejadian 1.45 pagi itu, anggota dan pegawai polis serta lelaki dipercayai terbabit dadah itu dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.*

                36) *“KETIKA sedang hisap rokok tiba-tiba saya terdengar letupan daripada gas memasak kemudian saya nampak api. “Saya terus mengejutkan rakan-rakan dan tidak lama selepas itu api mula marak,” kata Mohd Firdaus Yassir, 20, menceritakan detik cemas kebakaran rumah kedai dua tingkat didiaminya di Jalan Kuala Kangsar, Prangin Estate, Georgetown, 2.30 pagi tadi. Pekerja restoran nasi kandar itu berkata, mujur mereka semua sempat melarikan diri lebih awal dan tidak mengalami sebarang kecederaan.*

                37) *SABAH enerima kedatangan lebih sejuta pelancong dalam suku pertama tahun ini dengan peningkatan 9.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, jumlah itu mewakili 25 peratus daripada empat juta pelancong yang disasarkan kerajaan negeri datang ke Sabah pada tahun ini.*

                38) *SEORANG lelaki berusia 40-an ditahan pihak berkuasa agama selepas didapati menjual nasi bungkus dan lauk menggunakan kereta Proton Wira di tepi jalan di Pekan Langgar, Alor Setar kepada kaki ponteng puasa, hari ini. Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu terbongkar susulan diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas menerima maklumat orang ramai pada jam 10.30 pagi.*

                39) *PASAR Borong Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan warga asing terutama warga Myanmar dan Bangladesh terus digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Terbaru, dalam serbuan 9 pagi semalam, pihak berkuasa itu menahan 32 pendatang tanpa izin (Pati) menerusi Ops Jaja. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya menyerbu tiga premis di pasar borong terbabit selepas mendapat maklumat dan risikan.*

                40) *“RUMAH dekat saja, di belakang sekolah, sebab itu tak pakai topi keledar,” begitulah kebanyakan alasan diberi ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, ketika ditahan polis trafik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil, Melaka pagi tadi. Tidak kurang pula ibu bapa memakai topi keledar namun anak masing-masing dibiarkan membonceng tanpa alat keselamatan itu.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *YANGON: Empat banduan dilaporkan maut dalam satu insiden rusuhan di penjara di utara Myanmar, beberapa hari selepas pengampunan diberikan terhadap lebih 6,000 banduan yang dibebaskan termasuk dua wartawan Reuters.*
         *AFP yang memetik Ketua Menteri, Myint Naing berkata, rusuhan itu berlaku di penjara Shwe Bo petang semalam.*
             *”Mereka menuntut hak sama rata. Mereka menjadi anarki,” katanya yang menjelaskan keadaan kini terkawal.*

           *LONDON: Seorang penyampai radio dipecat oleh BBC selepas memuat naik gambar seekor chimpanzi memakai pakaian dengan keterangan gambar ‘Bayi Diraja keluar hospital’ di akaun Twitternya.*
            *Isteri Putera Harry, Meghan Markle selamat melahirkan bayi lelaki, Archie pada awal pagi Isnin lalu, sekali gus menjadi bayi pertama berdarah campuran dalam keluarga diraja itu.
“Baru dipecat,” kata penyampai BBC Radio 5 Live, Danny Baker di akaun Twitternya.*
          *Mengulas perkara itu, BBC berkata tindakan penyampai berkenaan dianggap sebagai kesilapan besar.*

           *MANILA: Seekor lipas muncul ‘mengganggu’ ucapan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, apabila serangga itu dilihat merayap di bahu presiden itu ketika beliau berucap di Bohol, tengah Filipina.*
         *Lipas berkenaan muncul ketika Duterte bercakap mengenai bakal calon yang diluluskannya untuk pilihan raya pertengahan penggal minggu depan.*
             *Seorang pembantu cuba menghalau serangga itu menggunakan kertas namun gagal.*
           *Duterte kemudian menepis lipas itu dengan tangannya ketika siaran langsung televisyen menunjukkan penonton yang tersenyum.*

           *CHICAGO: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an maut dalam banjir yang melanda Austin, Texas, akibat hujan lebat semalam.*
            *Bencana itu turut memaksa penduduk di tengah Amerika Syarikat termasuk Kansas berpindah ke kawasan lebih selamat.*
          *Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan dalam kenyataan menerusi Twitter berkata banjir dan hujan dijangka berterusan untuk tempoh panjang.*

          *BEIJING: Sebuah mahkamah di China dijangka mengadakan perbicaraan rayuan seorang lelaki warga Kanada untuk meringankan hukuman mati atas kesalahan penyeludupan dadah, hari ini.*
         *Robert Lloyd Schellenberg, 36, dijatuhi hukuman mati pada Januari lalu selepas mahkamah menganggap hukuman penjara 15 tahun terlalu ringan.*
        *Perbicaraan itu diadakan sehari selepas pegawai eksekutif Huawei, Meng Wanzhou melawan ekstradisi ke Amerika Syarikat di mahkamah Kanada, seterusnya mencetuskan masalah diplomatik antara dua negara berkenaan.*

            *CASTLE ROCK, COLORADO: Dua remaja yang dituduh menembak mati seorang pelajar dan mencederakan lapan orang di sebuah sekolah di Denver kelmarin, dihadapkan ke mahkamah, semalam.*
         *Hakim Mahkamah Daerah Douglas, Theresa Slade mengarahkan kedua-dua suspek ditahan tanpa bon sehingga pendengaran kes mereka esok.*
         *Devon Erickson, 18, dan rakannya yang dikenali sebagai Alec McKinney, 16, dituduh melepaskan tembakan menggunakan pistol ke arah rakan pelajar di dua kelas di Sekolah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Highlands Ranch, Colorado.*

         *BEIJING: Seorang pengendali kren berusia 19 tahun menyelamatkan nyawa 14 orang yang terperangkap dalam kebakaran di timur laut China minggu lalu apabila menggunakan jentera berat berkenaan untuk mengeluarkan mereka ke tempat selamat.*
         *Lan Junze bertugas di tapak pembinaan berhampiran sebuah bangunan apartmen di Fushun, wilayah Liaoning, Khamis minggu lalu apabila kedai runcit di aras pertama tiba-tiba terbakar, lapor Thepaper.cn.*
         *Video kejadian menunjukkan api marak dengan pantas dan menghasilkan asap hitam tebal.*

           *TEHERAN: Iran memutuskan untuk meneruskan memperkaya uranium peringkat tinggi jika kuasa dunia yang terbabit dalam perjanjian nuklear 2015 tidak mengotakan janji.*
          *AFP melaporkan, Presiden Iran Hassan Rouhani berkata, negara yang masih ada dalam perjanjian terbabit iaitu United Kingdom, Perancis, Jerman, China dan Russia mempunyai masa 60 hari untuk melaksanakan janji melindungi minyak Iran dan sektor perbankan daripada sekatan Amerika Syarikat.*
          *Langkah Iran itu diambil setahun selepas Presiden Amerika, Donald Trump, menarik diri daripada perjanjian berkenaan dan selepas itu, melaksanakan kembali sekatan ekonomi terhadap Iran meskipun Teheran mematuhi syarat dalam perjanjian yang disahkan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka memburu semua individu dalam gambar bersama bangkai harimau dahan yang tular di media sosial.*
          *Gambar berkenaan dipercayai dirakam di sebuah ladang pertanian di Kampung Kemuning, Alor Gajah, semalam.*
.          *Pengarah PERHILITAN negeri Mohd Hasdi Husin berkata, semua individu dalam gambar yang tular di laman sosial itu diminta tampil segera bagi membantu siasatan kerana haiwan terbabit atau nama saintifiknya Neofelis Nebulosa adalah spesis dilindungi.*
          *"Kami membuka kertas siasatan berdasarkan gambar yang tular, bukan aduan oleh mana-mana pihak.*

          *DALAM menghadapi dugaan bayi perempuan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, bapa bayi itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, memberitahu dia dan keluarga tidak pernah melancarkan tabung namun setiap derma daripada orang ramai akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai kos pembedahan Ainul Mardhiah, lapan bulan.*
               *Dengan anggaran kos pembedahan bayi itu di United Kingdom (UK) mencecah RM1 juta, Ahmad Safiuddin berkata, dia yakin inisiatif orang ramai yang prihatin, diyakini dapat mencapai jumlah diinginkan.*
              *Ahmad Safiuddin sebelum ini dilaporkan berkata, dia dan isteri Nurul Erwani Zaini, masing-masing 24, menerima pesanan mesej daripada Pakar Bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri menerusi aplikasi WhatsApp, supaya segera membawa anaknya menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).*
          *Menurutnya, hasil laporan MRI itu akan dibincangkan Dr Nur Amalina bersama sekumpulan pakar di UK, bagi memutuskan prosedur terbaik untuk rawatan berkenaan.*

          *PEMBUKAAN zon kanak-kanak atau `Kidszone’ di Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri di Ipoh sepanjang Ramadan ini memudahkan ibu bapa menunaikan solat sunat Tarawih selain menurangkan gangguan bising daripada kanak-kanak yang leka bermain ketika jemaah sedang menunaikan solat.*
              *Tanpa sebarang bayaran dikenakan, ibu bapa kini boleh menunaikan solat sunat Tarawih dengan lebih tenang kerana anak kecil yang dibawa bersama boleh diletakkan sementara di `KidsZone’ sambil mereka melakukan pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan di situ.*

          *KUALA LUMPUR: “Saya puas kerana dapat memberi kegembiraan dan membantu kanak-kanak melupakan penderitaan mereka walaupun hanya untuk sementara,” kata Iskandar Syah Ismail, 43, yang aktif menghiburkan kanak-kanak penghidap barah dan penyakit kronik dengan menjadi badut di hospital atau lebih sinonim sebagai ‘Dr Badut’.*
             *Iskandar yang turut dikenali sebagai ‘Dr Bubbles’ mula terbabit dengan aktiviti sukarela itu sejak 2011 dan dia tidak berseorangan sebaliknya melakukannya bersama rakan, Latfy Anuar Latif, 44.*
         *Menurut Iskandar, minat menjadi badut timbul sejak bekerja di Majlis Kanser Nasional (Makna) dan demi mempelajari ilmu asas dan kemahiran sebagai penghibur, dia mengambil inisiatif bermula dengan mengikuti bengkel yang diadakan di luar negara.*

            *KUALA LUMPUR: Sehingga jam 4 petang semalam, undian di Facebook (FB) rasmi Harian Metro menunjukkan lebih ramai bersetuju dengan peraturan baharu cermin gelap kenderaan yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan.*
           *Dalam undian FB dengan pilihan antara Ya atau Tidak berdasarkan soalan: ‘Adakah anda setuju dengan langkah Kementerian Pengangkutan melonggarkan kadar penggunaan cermin gelap?’ sebanyak 62 peratus menjawab Ya, manakala 38 peratus lagi memilih jawapan Tidak.*
           *Hasil kaji selidik itu membabitkan kira-kira 16,800 responden dengan lebih 10,000 daripada mereka memilih Ya iaitu bersetuju dan selebihnya membuat pilihan Tidak untuk jawapan kepada soalan berkenaan.*

           *KABUL: Seorang kanak-kanak Afghanistan menyentuh perasaan netizen apabila dia dirakam menari di sebuah hospital di Kabul kerana mendapat kaki palsu hingga menjadi tular di media sosial.*
           *Daily Mail melaporkan, Ahmad Sayed Rahman yang berusia lima tahun itu pernah ditembak pada kaki ketika berusia lapan bulan dalam pertempuran antara tentera Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat dan Taliban.*
           *Gelagat ceria kanak-kanak itu dimuat naik di laman Twitter pada Isnin lalu dan videonya mendapat sebanyak 1 juta tontonan.*
      

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 14 AY 2019 ASHI ERSAAAN 9 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0532*
*SUBUH : 0542*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1312*
*ASAR : 1634*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2033*


*artikel disiarkan pada tarikh 13may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEORANG jemaah yang juga tukang masak Masjid Nurul Hidayah, Sungai Bemban, Trong, Taiping meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Shaharudin Nordin, 65, meninggal dunia akibat serangan jantung. Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu, malam tadi.*

               2) *“SAAT saya memangku arwah berlumuran darah, kaki saya terus lemah sehingga terduduk di tepi jalan dan hanya mampu menjerit memanggil isteri di rumah,” kata Azhar Amran, 48. Azhar adalah bapa kepada Muhammad Ammar Raziq, 10, yang maut selepas dirempuh motosikal ketika mahu melintas jalan untuk ke surau kira-kira 50 meter dari rumahnya di Kampung Ekor Lambat di Parit, semalam.*

               3) *PELAKON filem KL Gangster, Sofi Jikan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, membela diri atas pertuduhan mengambil ganja tahun lalu. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.*

               4) *USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nur Sajat didakwa melakukan perbuatan itu di kedai yang menjalankan perniagaannya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, tahun lalu.*

               5) *KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) serta Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara. Sumber SPRM berkata, CEO bergelar Datuk bersama CFO berkenaan disyaki menerima wang suapan membabitkan projek pembekalan peralatan kenderaan itu bernilai lebih RM17 juta.*

               6) *“SEHINGGA kini, tiada sebarang khabar berita mengenai kakak,” kata Siti Khairani Mohd Kamarudin, 36, berhubung kehilangan kakaknya, Siti Kharina, 40. Wanita itu berkata, keluarganya sudah puas mencari Siti Kharina tetapi sehingga kini, tiada sebarang petunjuk. Kakaknya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Serdang menghilangkan diri sejak Rabu, lalu malah usaha ahli keluarga menghubungi wanita itu juga gagal.*

               7) *SEORANG lelaki yang menyamar polis dan licik mencuri motosikal berjaya diberkas di Kapar, Klang, 12.30 tengah malam tadi. Dia yang berusia 30 tahun dikatakan menyamar sebagai polis dengan memeriksa kad pengenalan, lesen memandu dan cukai jalan motosikal mangsa. Kemudian, mangsa akan diminta membeli sesuatu di kedai berhampiran sebelum dia bertindak melarikan motosikal itu.*

               8) *Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 9 Mei lalu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, pihaknya yakin dengan pengalaman luas dimiliki Mazlan merangkumi pelbagai sektor dalam pasukan berkenaan.*

               9) *MAYAT bayi perempuan bertali pusat dengan tubuhnya dibaluti sehelai tuala ditemui di dalam bakul di kawasan longgokan sampah di Jalan Meru Impian 6, Halaman Meru Impian, Ipoh, hari ini. Difahamkan, mayat itu ditemui orang awam pada 1.50 tengah hari dan usia kelahirannya masih belum diketahui, namun dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya.*

               10) *Seorang lelaki maut sejurus motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh kontena besi di bahu jalan selepas terlanggar seekor anjing. Dalam kejadian jam 6.30 pagi tadi, mangsa, Stanley Machaw, 26, mati serta merta di lokasi kejadian berhampiran Kampung Badong, Daro, Sarawak.*

               11) *MURID lelaki Tahun Satu menahan azab selama 30 minit apabila lutut kirinya tersepit pada celah pokok di Sekolah Rendah Islam Hira’, Kampung Batu Belah di Klang, hari ini. Difahamkan, dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia tujuh tahun memanjat pokok berkenaan sebelum tergelincir dan kakinya ‘tersangkut’ pada celah pokok berkenaan.*

               12) *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang mengambil tindakan terhadap doktor yang menyokong gerakan anti vaksin di negara ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian mengambil pendekatan berdialog bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan vaksin kepada semua bayi dan kanak-kanak termasuk berhujah dengan golongan anti vaksin.^

               13) *Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tiada keperluan untuk membangkitkan cerita lama khususnya membabitkan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang kini berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mengulas mengenai cadangan pihak tertentu supaya kerajaan menyiarkan dapatan insiden berkenaan, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak menerima permintaan formal mengenai perkara itu dan menyifatkan ia sekadar pandangan segelintir pihak sahaja.*

               14) *MAHKAMAH Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda memaklumkan kepada setiausahanya bahawa beliau tidak menyuruh bekas pegawai polis, Azilah Hadri membunuh ‘Amina’. Siti Aisyah Mohd Azlan, 36, yang memberi keterangan pada perbicaraan kes saman sivil difailkan keluarga model Mongolia yang mati dibunuh pada 2006, Altantuya Shaariibuu, sebaliknya berkata, Abdul Razak memberitahunya bahawa beliau hanya meminta Azilah melindungi rumah dan keluarganya.*

               15) *NASI bungkus dan teh o ais dalam plastik hitam berharga RM5. Itu pakej hidangan sebuah kedai makan di Kuala Sungai, Alor Setar yang jadi tarikan kaki ponteng puasa, sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, ia terbongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), hari ini. Nasi bungkus berlaukkan seketul ayam goreng dan kuah kari dikatakan laris dalam kalangan golongan itu yang akan menempah sejak 10 pagi lagi.*

               16) *Tindakan sekumpulan penjenayah mencuri dan melarikan kereta Toyota Vios milik seorang guru di Kampung Air Dingin, Tumpat, hanya bertahan empat jam apabila mereka berjaya ditahan polis. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi tadi, lima individu berusia antara 19 hingga 22 tahun termasuk dua wanita ditahan anggota polis trafik di bandar Kota Bharu, Kelantan.*

               17) *MAYAT dua sahabat yang lemas selepas perahu dinaiki mereka karam di Sungai Batu Keling, Hulu Bakun, Bintulu berjaya ditemui berhampiran lokasi kejadian. Mayat Wahab Jambu, 50, ditemui pasukan penyelamat pada jam 11.20 malam semalam dalam keadaan terapung manakala mayat Law Yew Ngee, 43, ditemui kira-kira 1.82 meter dari mayat pertama pada jam 4 pagi tadi.*

               18) *SEORANG pendatang asing tanpa izin (PATI) dihukum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau, hari ini kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Sani Kaldi, 56, mengaku bersalah atas tuduhan.*

               19) *MALANG berganda menimpa seorang peniaga apabila bukan saja rumah malah kedai perabot terpakai miliknya musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Tuntung, Kuala Selangor. Mangsa, Remy Iskandar Mustafa, 46, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat selepas pulang menunaikan solat Subuh di surau berdekatan rumahnya pada jam .20 pagi.*

               20) *POLIS Iskandar Puteri membuka lapan kertas siasatan berhubung kes individu menyamar sebagai kenalan untuk menipu bagi mendapatkan wang. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, semua laporan diterima sejak Januari lalu dan akan disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial.*

               21) *PERSELISIHAN faham berkaitan urusan perniagaan menjadi punca seorang lelaki dibelasah tiga lelaki sebelum maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, semalam. Mangsa berusia 40-an itu dikatakan dipukul ketiga-tiga lelaki itu di sekitar Alor Setar sebelum dihantar suspek pulang ke kediamannya di Jalan Telok Wanjah, Market Koboi.*

               22) *CUBAAN lelaki menjual air ketum ketika umat Islam lain sibuk menjual juadah berbuka puasa gagal apabila dia ditahan bersama 99 paket plastik lut sinar berisi air ketum di tepi jalan Taman Serai Wangi, Padang Serai, dekat Kulim, semalam. Suspek berusia 32 tahun itu ditahan jam 5 petang oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit.*

               23) *DALAM tempoh 24 jam, empat rumah di Kampung Baru Rahang, Seremban dipecah masuk semalam, menyebabkan penduduk kerugian ribuan ringgit. Difahamkan, kejadian bermula 2 pagi kelmarin hingga semalam, ketika semua penghuni sedang tidur.*

               24) *KEBERANIAN dua lelaki guna kaedah menjaring disyaki untuk menangkap burung ayam-ayam di Setiu, bawa padah apabila mereka ditahan pihak berkuasa, 2 pagi hari ini. Mereka yang berusia 28 dan 51 tahun ditahan dalam serbuan di Kampung Rhu Sepuluh oleh penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).*

               25) *TEMPOH reman Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua lagi suspek yang disiasat berhubung kes menerima dan memberi rasuah disambung empat hari lagi, bermula hari ini. Selain itu, seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri dan seorang lagi orang awam yang turut direman sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.*

               26) *Taktik seorang bapa kepada tiga anak menyembunyikan dadah di dalam kotak rokok terbongkar apabila dia ditahan di Jalan Temenggong Koh Anak Jubang, Kapit, Sarawak, jam 5.10 petang semalam. Dalam kejadian itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri.*

               27) *PELANGGAN sebuah kedai menjual colek di Bandar Baru, Gua Musang, gempar dengan kehadiran seekor ular sawa batik yang hendak memasuki premis itu, tengah malam tadi. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, pelanggan ternampak ular berkenaan melintas jalan menuju ke kedai terbabit sebelum mereka bertempiaran lari.*

               28) *POLIS percaya individu yang menggali kubur seorang lelaki di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bahagia, Kampung Pok, Gelang Patah di Iskandar Puteri, Jumaat lalu, tidak mengenali jenazah yang ditanam di kubur berkenaan. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kemungkinan kubur itu dijadikan sasaran kerana ia masih baharu.*

               29) *SEPASUKAN anggota pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap sejak dua hari lalu di atas bumbung rumah di Kampung Som, Jerantut, Pahang, pagi tadi. Pegawai dan anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut diketuai Mohamad Zulkfli Mohamad Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.30 pagi dan tiba di kediaman berkenaan kira-kira 30 minit kemudian.*

               30) *SEEKOR buaya seberat 500 kilogram akhirnya ditangkap selepas hampir sebulan reptilia itu diburu oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) di Sungai Pang Burung dekat Tawau. Reptilia ganas berukuran 4.27 meter itu ditemui masuk ke perangkap yang dipasang JHL di kawasan sasaran, 8.30 pagi tadi. Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata, penangkapan buaya terbabit susulan laporan mengenai seorang warga emas maut dipercayai diserang buaya pada 23 April lalu.*

               31) *Seorang penolong jurutera bersama rakan sepejabatnya bertugas sebagai penolong juru ukur bahan di sebuah agensi kerajaan direman kerana disyaki menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi dalam tempoh tiga tahun bermula 2015. Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Abdul Hayyi Salimbagi bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

                32) *LEMBAGA Tabung Haji (TH) mencatatkan prestasi yang mampan dengan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018. Bagi suku tersebut, TH berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta.*

                33) *Setiap kali Ramadan, rezeki peniaga daging lembu segar bertambah sekali hingga dua kali ganda berbanding bulan biasa. Ini diakui peniaga Abdul Malik Saad, 55 yang berpendapat, faktor selera pengguna terhadap makanan segar dan berkualiti menyebabkan permintaan meningkat secara mendadak.*

                34) *TINDAKAN sekumpulan individu menjadikan sebuah pusat snuker di Kluang sebagai ‘port’ ponteng puasa membawa padah apabila premis berkenaan diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Operasi Gempur Ramadan, petang semalam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Halid Sono berkata, operasi jam 3.30 petang itu susulan aduan diterima daripada pengadu bukan Muslim mengenai kegiatan ponteng puasa di pusat terbabit.*

                35) *TIGA rakan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Mahfuz Aris Md Nawi, Mohamad Haniff Mazlan dan Azrol Affendi Daud masing-masing 26 tahun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.*

                36) *SERAMAI 29 nelayan warga Vietnam yang sedang leka mengaut hasil laut di perairan Sarawak di kawasan 80 batu nautika utara Kuching ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kelmarin. Mereka berusia 20 hingga 50 tahun yang menaiki dua bot dengan nombor pendaftaran KG91284TS dan KG93918TS ditahan pada jam 5 petang.*

                37) *Bangkai tiga ayam jantan mati disabung, termasuk lima ayam masih hidup adalah antara barang rampasan hasil serbuan ke atas aktiviti sabung ayam di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak, semalam. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili, berkata, dalam serbuan jam 4.45 petang itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), turut menahan lapan lelaki tempatan dan seorang warga asing.*

                38) *SEORANG lelaki maut selepas Proton Wira dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 12, Jalan Endau-Mersing, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian jam 12.15 malam, penumpang lelaki yang bersama mangsa hanya cedera dan kini dirawat di Hospital Mersing.*

                39) *SEORANG lelaki melecur di muka dan bahu kanan ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumahnya di Kampung Bambangan, Jalan Lumantak, Membakut, Beaufort, musnah terbakar, malam tadi. Dalam kejadian 11.30 malam itu, Hafimi Misran, 20-an, sempat keluar dari rumah bersama ahli keluarganya sebaik menyedari kediaman mereka terbakar.*

                40) *SEORANG pesara kerajaan di Temerloh, Pahang, kerugian RM47,600 selepas diperdaya sindiket menyamar sebagai polis yang mendakwa mangsa terbabit kes penggubahan wang haram. Kejadian itu bermula Rabu lalu apabila wanita berusia 59 tahun itu menerima panggilan telefon kononnya wakil Telekom Malaysia Berhad (TM) dan mendakwa talian telefon milik manga didaftarkan untuk kegiatan perjudian haram.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SEORANG lelaki mengupah sindiket bagi membunuh anak perempuannya berusia enam tahun kerana mahu menggunakan kaki kakak-kanak itu sebagai ramuan bagi menghasilkan tangkal yang boleh menjadikannya kaya.*
             *AFP yang memetik polis melaporkan lelaki berkenaan membawa anaknya itu kepada seorang ‘ahli perniagaan’ untuk dibunuh dan dipotong kaki dengan bayaran AS$2,000 (RM8,320).*
          *Menurut jurucakap polis, kanak-kanak itu Rose Japhet ditemui tanpa satu kaki minggu lalu di barat daya daerah Mbeya yang sering dilaporkan berlaku pembunuhan ritual membabitkan kanak-kanak.*

         *Hanoi: Polis Vietnam merampas setengah tan dadah jenis ketamin bernilai AS$21 juta (RM87.44 juta) yang disembunyikan di dalam mesin di Ho Chi Minh City.*
          *Ho Chi Minh City menyaksikan sejumlah besar dadah sintetik dirampas sejak beberapa minggu lalu ketika penyeludup menjadi ia hab transit penting dengan menggunakan pelabuhan dan pengangkutan udara untuk menyeludup dadah ke seluruh rantau ini.*
           *Akhbar Thanh Nien hari ini melaporkan, tiga rakyat Taiwan dan seorang lelaki China ditangkap dalam serbuan berkenaan di sebuah gudang semalam.*

          *COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka menyekat sementara beberapa rangkaian media sosial dan aplikasi mesej termasuk Facebook dan WhatsApp, selepas serangan di masjid dan beberapa pemilik kedai beragama Islam.*
          *Reuters melaporkan, berpuluh-puluh orang membaling batu ke arah masjid dan pemilik kedai beragama Islam.*
           *Seorang lelaki dipukul di bandar Chilaw di bahagian pantai barat dalam pertikaian yang bermula daripada laman Facebook.*

         *PANAMA CITY: Sekurang-kurangnya lima orang cedera apabila gempa bumi 6.1 magnitud melanda Panama semalam menyebabkan rumah dan bangunan perniagaan rosak, kata pegawai.*
          *Penyelidik Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi kuat itu dikesan pada kedalaman 37 kilometer di barat jauh negara itu berhampiran sempadan Costa Rica.*

          *TAIPEI: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud menggegarkan sebahagian ibu kota Taiwan, Taipei hari ini, kata Biro Cuaca Pusat pulau itu.*
         *Gegaran itu dipercayai berpusat di timur laut daerah Yilan, tambahnya.*
         *Tiada kecederaan, kematian mahupun kemusnahan akibat gempa bumi dilaporkan setakat ini. - Reuters*

        *BANGKOK: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut digilis lori akibat ibunya leka melayan media sosial menggunakan telefon bimbit di Samut Prakan, tengah Thailand.*
           *Menurut laporan The Sun yang memetik media tempatan, bayi berkenaan, Nontawat Saingam, bermain di hadapan rumah ketika ibunya, Wilawan Pitpan, 32, berbual dengan kakaknya melalui media sosial.*
           *Wanita itu tidak menyedari anaknya yang berada di dalam ‘walker’ sudah keluar dari pintu pagar dan berjalan ke arah jalan raya.*

           *WASHINGTON: Pengawal Revolusi Iran menegaskan tidak akan berunding dengan Amerika Syarikat ketika seorang ulama kanan Iran berkata, armada tentera laut Amerika Syarikat ‘boleh dimusnahkan dengan satu peluru berpandu.’*
         *Presiden Amerika, Donald Trump yang mendesak pemimpin Iran berunding mengenai program nuklear negara itu, menyatakan beliau tidak boleh mengenepikan kemungkinan tindakan ketenteraan.*
            *Reuters melaporkan, Trump membuat tawaran itu ketika ia meningkatkan tekanan ekonomi dan tentera, termasuk berusaha menyekat eksport minyak Iran.*

          *MANILA: Lebih 61 juta rakyat Filipina akan mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal hari ini, yang menampilkan kira-kira 43,000 calon untuk 18,000 jawatan dalam kerajaan.*
             *Pilihan raya untuk 12 daripada 24 senator dewan perwakilan tertinggi dijangka mudah dimonopoli calon direstui Presiden Rodrigo Duterte bagi mencapai tujuannya, seperti mengubah perlembagaan, termasuk bagi mengembalikan hukuman mati.*
         *Hasil tinjauan terbaru minggu lalu, menunjukkan 81 peratus rakyat berpuas hati dengan pemerintahan Duterte yang berjanji menghapuskan kemiskinan dan meningkatkan keamanan.*

          *YANGON: Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat penumpang tanpa tayar depan semalam, selepas tayar pesawat Myanmar National Airlines itu gagal dikeluarkan, semalam.*
         *Juruterbang terbabit, Kapten Myat Moe Aung turut dipuji kerana berjaya mendaratkan pesawat Embraer 190 itu dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay, semalam,.*
            *"Juruterbang melakukan pendaratan terbaik,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Telekomunikasi, Win Khant.*
             *Tiada penumpang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu.*

           *ISLAMABAD: Lima orang, termasuk seorang tentera terbunuh dalam serangan pengganas di sebuah hotel mewah di bandar Gwadar, selatan Pakistan, pusat projek China bernilai berbilion ringgit hari ini.*
            *Tentera yang maut itu antara pasukan keselamatan yang dikejarkan ke Hotel Pearl Continental selepas serangan bermula kelmarin.*
           *Menurut kenyataan tentera, dalam serangan itu ‘lima orang shahid termasuk empat pekerja hotel dan seorang tentera laut Pakistan’.*

          *CANBERRA: Selepas sebuah universiti di Melbourne, Australia, gempar dengan bau durian tahun lalu, bau raja buah itu sekali lagi mengundang kekecohan apabila ratusan orang diarah keluar dari perpustakaan di Canberra kerana disangka berlaku kebocoran gas.*
            *Kejadian berlaku Jumaat lalu di Universiti Canberra apabila bau durian mencetuskan suasana panik menyebabkan anggota bomba dipanggil untuk menyiasat selepas menerima laporan mengatakan berlaku kebocoran gas pada jam 2.30 petang waktu tempatan.*
          *Seramai 550 orang yang berada dalam perpustakaan diarah mengosongkan bangunan dalam tempoh enam minit bagi membolehkan bomba menyiasat dengan bantuan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT).*

            *ISLAMABAD: Seorang remaja berusia 16 tahun cuba dibakar hidup-hidup hanya kerana dia menolak pinangan seorang lelaki, dalam kejadian di daerah Muzzafargarh, Pakistan, beberapa hari lalu.*
          *Daily Mail melaporkan, mangsa dipercayai diserang pada awal pagi Khamis lalu apabila suspek yang sudah ditahan itu mencurah minyak dan menyalakan api pada mangsa.*
         *Bagaimanapun mangsa bernasib baik apabila dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital daerah Muzzafargarh untuk rawatan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *TINDAKAN sekumpulan remaja membuli lelaki berusia 50-an yang mempunyai masalah lembam dan mental membawa padah apabila mereka ditangkap penduduk di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, awal pagi hari ini.*
            *Difahamkan kejadian berlaku selepas lima remaja terbabit menjatuhkan motosikal milik mangsa dan turut melakukan perbuatan kurang ajar terhadap lelaki terbabit.*
           *Malah, mereka turut merakam video perbuatan terbabit sebelum didapati tular di media sosial, semalam.*
           *Susulan kejadian, penduduk bersama ahli keluarga mangsa mencari semua remaja terbabit di kediaman mereka berikutan tidak puas hati dengan tindakan kurang ajar kumpulan terbabit.*

          *TIADA kelibat dan tiada kesan tapak kaki buaya dikesan yang dapat mengaitkan kehadiran reptilia berkenaan di sekitar kawasan Pasar Ikan Lahad Datu, Lahad Datu.*
          *Ia disebabkan longgokan sampah yang banyak di sekitar kawasan pasar berkenaan.*
          *Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, pemeriksaan dilakukan pada jam 8.30 malam, Jumaat lalu, berhubung dakwaan tiga ekor buaya di kawasan terbabit, sehinggakan video kehadiran buaya tular di Facebook.*

          *BUBUR Lambuk Istimewa Resipi Raja Permaisuri Agong. Itu keunikan Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan di Masjid Jamek Kampung Baru, Sabtu ini.*
         *Disediakan sendiri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ia antara tiga jenis bubur lambuk yang akan dimasak 70 masji di Wilayah Persekutuan.*
            *Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata, pada program julung itu, sebanyak 71 kawah bubur dimasak termasuk Bubur Lambuk Kampung Baru dan Bubur Lambuk Johor.*

          *Jakarta: Polis daerah Metro Jaya menangkap seorang lelaki yang mengancam untuk memenggal Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.*
           *"Iya, sudah kami tangkap. Dia ditangkap di sebuah rumah di Parung, Bogor, Jawa Barat pada jam 8 malam (waktu tempatan), malam tadi,” kata jurucakap polis Metro Jaya, Argo Yuwono yang dipetik Merdeka.com.*
          *Menurut media Indonesia, rumah lelaki yang dikenali sebagai HS itu turut dilaporkan digeledah pihak berkuasa.*

         ♂ *LONDON: Seorang bintang gusti meninggal dunia di hadapan ratusan peminatnya selepas rebah dalam satu perlawanan di London, malam semalam.*
          *Cesar Gonzalez Barron, 51, yang dikenali sebagai Silver King bertarung menentang Youth Warrior dalam perlawanan gusti Lucha Libre di Roundhouse, Camden, lapor Al-Jazeera.*
            *Pada mulanya, penonton hanya menyangkakan ia sebahagian daripada perlawanan itu sebelum melihat pembantu bintang gusti itu berlari masuk ke gelanggang.

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 15 AY 2019 ASHI ERSAAAN  AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0532*
*SUBUH : 0542*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1312*
*ASAR : 1634*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2033*


*artikel disiarkan pada tarikh 14may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *AMPANG JAYA: Sindiket dadah antarabangsa kini dikesan merekrut wanita berbadan gempal sebagai keldai dadah bagi memudahkan dadah yang dibawa dilekatkan pada tubuh wanita terbabit dan tidak lagi menyembunyikannya di dalam bagasi. Taktik itu dikatakan agak berjaya kerana pemeriksaan badan di lapangan terbang agak jarang menyasarkan wanita berbadan gempal kecuali jika ada sesuatu yang mencurigakan.*

               2) *KUALA LUMPUR: Enam unit bom ‘improvised explosive device’ (IED) dan sepucuk pistol jenis CZ buatan Czechoslovakia bersama 15 butir peluru antara dirampas polis selepas menahan empat pengganas Daish dalam serbuan pada 5 hingga 7 Mei lalu. Bahan letupan dan senjata berkenaan dipercayai untuk digunakan dalam rancangan pembunuhan individu berprofil tinggi serta serangan bom berskala besar di beberapa lokasi di negara ini.*

               3) *“TIADA gangguan pun, kadangkala ada perselisihan pendapat dan mereka tegur,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulas dakwaan mengaitkan pegawai lantikan politik mengganggu tugas penjawat awam. Menurutnya, dakwaan itu timbul disebabkan salah faham dan percanggahan pendapat ketika proses melaksanakan tugas.*

               4) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah menerima hadiah 26 kereta sepanjang menjadi Perdana Menteri ke-4. Katanya, semua kereta itu bagaimanapun sudah dipulangkan dan orang ramai yang ingin melihat kereta berkenaan boleh ke Langkawi, Kedah. Menurutnya, ketika ini, beliau dan semua menteri Kabinet tidak boleh lagi menerima hadiah mewah apabila kerajaan mensyaratkan nilai hadiah tidak melebihi RM500.*

               5) *“INI ikhtiar terakhir selepas segala keluhan kami tidak diendahkan pihak berkenaan,” kata Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Beras Wangi Kelantan Zailan Awang, 56, selepas menunaikan solat hajat bersama lebih 10 pesawah di sawah padi di Kampung Kolam Tembesu, Pasir Puteh, pagi tadi. Zailan berkata, solat hajat itu diadakan sebagai simbolik kekecewaan 200 pesawah padi beras wangi atau padi MRQ76 yang berdepan masalah penjualan padi selepas syarikat kontraktor menamatkan pembelian.*

               6) *PENGAWAL keselamatan warga Nepal tergamak mencabul dan menyamun wanita yang menumpangkannya dalam kereta mangsa kelmarin. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian 10.15 malam itu berlaku ketika wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai jurujual dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan di Tanjung Kupang, Gelang Patah.*

               7) *SINDIKET curi kenderaan didalangi Geng Man Askar tumpas selepas polis menahan ketuanya dan lima anggotanya dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Sungai Petani dan Kuala Ketil, Baling. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mereka ditahan Pasukan Khas Lejang dalam operasi yang bermula 1 Mei lalu.*

               8) *PEMANDU wanita terselamat selepas bas ekspres yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Kilometer 19.8, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Kulai, hari ini. Kejadian jam 12.15 tengah hari itu berlaku ketika bas dipandu Nur Hidayah Rahman, 31, dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru.*

               9) *TIDAK cukup merosakkan barangan di rumah, seorang lelaki turut mengugut mahu membunuh ibu bapanya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu, semalam. Kejadian dipercayai berlaku pada 7 malam apabila suspek berusia 34 tahun dikatakan meminta sejumlah wang daripada ibunya berusia 54 tahun.*

               10) *Tindakan dua penyeludup ketum yang cuba melarikan diri gagal apabila kenderaan mereka terbabas berhampiran Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Gemang, dekat Jeli, Kelantan, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dua penyeludup menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Rush dari arah Lawar ke Jeli berjaya ditahan polis di Kampung Belimbing, Batu Melintang di sini.*

               11) *MAYAT wanita warga emas ditemui di kawasan semak bersebelahan sebuah kondominium di Bercham, Ipoh, hari ini. Wanita dianggarkan berusia 80-an itu ditemui terbaring oleh penduduk pada 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian tetapi, identitinya belum dikenal pasti.*

               12) *MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) tidak pernah terfikir pendatang asing tanpa izin (PATI) akan menggunakan laluan hutan simpan kekal yang sukar ditembusi untuk memasuki Malaysia. Saksi ke-25, Safrul Faiz Abd Satar semasa memaklumkan kepada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis berkata, laluan sukar itu adalah antara lokasi sempadan negara yang tidak berpagar sepanjang lebih 50 kilometer (km) di Perlis.*

               13) *USAHA menahan seorang mak nyah yang memukul anggota polis agak mengambil masa apabila dia enggan bekerjasama dan menyembunyikan diri dalam rumahnya di Georgetown, semalam. Malah, mak nyah terbabit langsung tidak kelihatan di lokasi dia menjaja tubuh di Lebuh Chulia selepas mengetahui dia dicari polis.*

               14) *POLIS menahan 12 lelaki, termasuk sembilan pelajar Tingkatan Lima membabitkan satu insiden pergaduhan di Solok Slim, Georgetown, kelmarin. Semua individu terbabit dikatakan saling tuduh-menuduh mencetuskan kekecohan menyebabkan pergaduhan itu berlaku. Sumber berkata, semua lelaki itu ditahan selepas polis menerima dua laporan berasingan di Balai Polis Jelutong, kelmarin.*

               15) *Mesyuarat kali ke-8 Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) hari ini memutuskan supaya pengisytiharan harta juga akan diperluaskan kepada ahli Parlimen pembangkang. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berpendapat bahawa ahli Parlimen pembangkang juga mempunyai kuasa khususnya dalam mengkritik kerajaan.*

               16) *Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Melaka melupuskan 3,527 iklan haram membabitkan pinjaman wang tidak berlesen ceti haram (Ahlong) sekitar kawasan pentadbirannya, sejak Januari hingga hari ini. Yang Dipertua MPHTJ, Mohd Rafee Ibrahim, berkata, ‘pembersihan’ iklan itu banyak dilakukan di kawasan taman perumahan bagi tujuan membanteras pemasangan iklan haram.*

               17) *“SAYA harap Ramadan ini ada sinar baharu kepada kami dan mahu suami yang hilang sejak setahun 10 bulan yang lalu kembali ke pangkuan. “Ini kerana anak tunggal kami amat rindukan Daddy dan kalau boleh kami mahu menyambut Aidilfitri bersama-sama,” kata Nur Azra Syazwani Abdullah, 26, isteri kepada Mohamad Aiman Zafri, 26. Mohamad Aiman hilang sejak 5 Julai 2017 dipercayai diculik di Jalan Pekeliling, di sini, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja bersama isterinya.*

               18) *Dua bot nelayan asing yang sedang melakukan aktiviti menarik pukat ganding ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Timur Laut Pulau Redang, Terengganu, petang semalam. Dua bot bersama 18 awak-awak dan tekong warga Vietnam itu ditahan anggota Pasukan Khas Laut ( PASKAL) TLDM yang diturunkan ke bot terbabit menggunakan kaedah ‘fast roping’ daripada helikopter.*

               19) *Tiada kenaikan harga makanan dan minuman dikesan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dilakukan oleh peniaga bazar Ramadan di negeri ini. Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan berkala di setiap bazar Ramadan di negeri ini agi memastikan tiada kenaikan harga makanan dan minuman dikenakan peniaga.*

               20) *Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Alor Gajah Lama, Melaka, bernasib baik apabila tiang besi konkrit yang terjatuh dari sebuah treler tidak mengenai mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, pemandu treler membawa muatan tiang besi konkrit berlebihan menjadi punca lima batang tiang dibawa terjatuh ke atas jalan.*

               21) *SEHINGGA kelmarin, lima kematian akibat keracunan metanol dilaporkan di Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan. Beliau berkata, jumlah itu termasuk 13 kes yang direkodkan sejak 30 April lalu membabitkan enam kes di Kinta, Kuala Kangsar (2), Perak Tengah (2) dan masing-masing satu di Larut, Matang dan Selama (LMS) dan Batang Padang.*

               22) *Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) mencadangkan supaya persijilan halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digunakan bagi menggantikan sistem penggredan tahap kebersihan premis makanan di Sabah. Presidennya, Nordin Thani, berkata, pendekatan itu boleh diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan premis makanan khususnya milik peniaga Islam berikutan banyak premis dilihat memaparkan gred tidak memuaskan.*

               23) *HANYA berbekalkan wang RM6 dan langsung tidak tahu pesawat kargo yang mahu ‘ditumpanginya’ menuju ke Korea. Itu yang berlaku apabila lelaki warga Indonesia nekad menceroboh kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, semalam dan menyembunyikan diri dalam ruang tayar pesawat kargo Boeing 767. Tindakan lelaki berusia 39 tahun itu kerana dia mahu pulang ke Medan, Indonesia, namun tidak mempunyai wang mencukupi selain mendakwa sudah dua bulan tidak dibayar gaji oleh majikannya.*

               24) *GANGGUAN bekalan air di daerah Klang yang terjejas berikutan insiden tiga paip utama pecah berhampiran projek Lebuhraya West Coast Expressway Banting-Taiping sudah pulih sepenuhnya. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Abdul Raof Ahmad berkata, bagi mengurangkan impak gangguan itu, pihaknya mengambil tindakan segera dengan menggunakan sistem bekalan alternatif.*

               25) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 48 hari untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang didakwa atas enam pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM6.6 juta. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan ia bermula pada 6 Januari tahun depan sehingga April 2020 untuk perbicaraan.*

               26) *Tiga blok sepanjang 60 meter yang menempatkan kira-kira 60,000 ekor ayam musnah dalam kebakaran di Pusat Penternakan Ayam Eng Peng Group, di Kampung Bantayan Tamparuli, Tuaran, Sabah. Kebakaran jam 5.10 pagi tadi disedari sekumpulan pekerja yang tinggal berhampiran sebelum menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan segera.*

               27) *BEKAS pengurus jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas 23 pertuduhan menipu orang ramai bagi membantu mendapatkan rumah dan kedai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, membabitkan kerugian RM75,500 pada April sehingga Julai 2016 lalu. Tertuduh, Raja Darul Affendy Shah Raja Haris Shah, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

               28) *KEBAJIKAN masyarakat Cina yang beragama Islam di Sarawak terus dibela dengan penubuhan Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam Sarawak (PERKTHIS) yang kini cawangannya turut ditubuhkan di Sarikei. Pengerusi PERKHTIS Cawangan Sarikei Fairul Zuandi Firdaus Deng berkata, cawangan Sarikei ditubuhkan pada Mac lalu selepas penubuhan pertamanya di Kuching dua tahun sebelum itu.*

               29) *REMAJA perempuan maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di MJC, Batu Kawa di Padawan, malam tadi. Kejadian 8 malam itu disedari oleh adik lelakinya yang dalam perjalanan pulang ke rumah sewa selepas makan bersama ibu mereka dan ketika melalui tepi bangunan itu, dia ternampak mangsa terbaring di atas jalan. Difahamkan, mangsa berusia 16 tahun itu terjun dari bangunan berkenaan kerana kecewa dengan bapa tirinya yang bekerja di Singapura, jarang pulang ke Kuching selepas berkahwin dengan wanita warga Vietnam.*

               30) *Tekanan hidup, pengaruh suami dan rakan menjadi punca empat wanita termasuk dua yang masih bujang terjerumus ke kancah penagihan dadah. Keempat-empat wanita berusia 23, 25, 31 dan 43 tahun itu ditahan di tiga penginapan di Inanam Business Centre, berhadapan Terminal Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu dalam Operasi Cegah jam 10 malam tadi.*

               31) *Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,800 liter petrol yang disimpan dalam 67 bekas dan tiga tong dram susulan pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah lori tengah hari semalam. Pemeriksaan itu dijalankan anggota PPM dengan bantuan Unit Risikan Marin (URM) menerusi operasi Op Landai di Batu 9, Jalan Labuk, di Sandakan, Sabah, jam 1 tengah hari.*

                32) *Kebakaran hutan yang menjadi punca jerebu serius di utara Sarawak, khususnya di bandaraya Miri, sejak beberapa hari lalu berpunca daripada penguatkuasan yang lemah. Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kiong berkata, kebakaran hutan yang berlaku di utara negeri ini berulang setiap tahun, apabila tiba musim kemarau.*

                33) *ENAM individu dipercayai kumpulan Kongsi Gelap 04 yang aktif melakukan pemerasan terhadap pemaju perumahan dan merekrut ahli-ahli baru, ditahan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Johor, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, semua suspek lelaki tempatan berusia 23 hingga 35 tahun ditahan di sekitar kawasan Kluang bersama pelbagai senjata.*

                34) *LAPAN rumah dan lima kedai di FELDA Lui Barat di Jempol, rosak dalam kejadian ribut petang semalam. Kejadian kira-kira 5 petang itu berlaku ketika penduduk sibuk membuat persiapan berbuka puasa. Penduduk yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang memasak di dapur sebelum terkejut mendengar bunyi bising akibat atap diterbangkan angin.*

                35) *KEDAI perabot dua tingkat di Bangunan Koperasi, Seberang Pekan Sik musnah dalam kebakaran awal pagi, hari ini. Dalam kejadian 2.40 pagi, kebakaran membabitkan 60 peratus kemusnahan di bahagian depan khemah tambahan dan bahagian siling bangunan berkenaan.*

                36) *LEBIH 16,000 penjawat awam di Johor bakal menerima Bantuan Khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan itu dan ia akan diagihkan sebelum perayaan itu. "Saya sudah luluskan dan memang ada (bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri) kepada penjawat awam Johor.*

                37) *JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Sumber JIM berkata, semua warga asing berkenaan ditahan hasil operasi di tiga lokasi sekitar pasar borong berkenaan bermula 9 pagi semalam.*

                38) *JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengeluarkan notis hadir sesi khidmat nasihat kepada 39 wanita dikesan berpakaian tidak sopan dalam operasi dijalankan sekitar daerah ini, kelmarin. Dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga 7 malam itu, dua individu turut diberi notis sama atas perbuatan tidak sopan iaitu tidak berpuasa.*

                39) *KLANG: Bergaya dengan kereta mewah, jam tangan dan beg tangan berjenama selain mendakwa dirinya bergelar Datuk bagi meyakinkan mangsanya. Itu taktik sindiket pelaburan tidak wujud dikenali World Strect Bcom (WSB) atau pelaburan Jasman yang aktif memperdaya 2,000 mangsa sejak dua tahun lalu.*

                40 *PERSATUAN Peruncit Jalan Batu (BARRA) menyambut baik langkah kerajaan membuka semula laluan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur kepada semua kenderaan dan berharap ia kekal. Naib Presiden BARRA, Datin Rohana Mohammad Nasir berkata, pihaknya sangat bersetuju dan mengalu-alukan kerjasama semua pihak demi kepentingan bersama.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *KOTTAMPITIYA: Tentera Sri Lanka mengawal beberapa bandar dengan kereta berperisai hari ini selepas berlakunya keganasan sehinga memaksa penduduk Islam bersembunyi di sawah padi semasa perusuh menyerang kediaman dan kedai mereka.*
            *Pihak berkuasa berkata situasi di bahagian barat laut masih terkawal selepas perusuh anti-Islam dilihat bergerak dari bandar ke bandar sejak kelmarin.*
          *Seorang lelaki ditikam sehingga mati dan penduduk menyerang masjid dan membakar al-Quran dalam keganasan yang mensasarkan penduduk Islam selepas serangan bom semasa sambutan Easter yang mengorbankan 250 orang di gereja dan hotel di Colombo.*

          *WASHINGTON: Lima maut manakala seorang penumpang dilaporkan hilang selepas dua pesawat terhempas di Alaska ketika membawa penumpang dari ekspedisi meneroka kapal pesiaran, kata pegawai.*
          *Kedua-dua pesawat membawa 14 penumpang dari kapal Royal Princess terhempas kira-kira 40 hingga 48 kilometer di timur laut Ketchikan, sebuah kawasan pelancongan terkenal di Alaska selatan.*
           *Empat penumpang dan seorang juruterbang terbunuh, kata Princess Cruises dalam satu kenyataan menerusi media Amerika Syarikat.*

          *PARIS: Pihak berkuasa Perancis merampas satu tan kokain bernilai 40 juta euro (RM183.88 juta) di utara pelabuhan Dunkirk bulan lalu, kata Menteri Belanjawan, Gerald Darmanin dalam satu kenyataan, hari ini.*
          *Semua dadah itu dikesan pada 29 April, dalam sebuah kontena kapal membawa pisang yang dalam perjalanan daripada Suriname di Amerika Selatan.*
          *Pegawai penyiasat Perancis masih melakukan siasatan lanjut. - Reuters*

          *SAN FRANCISCO: Aplikasi komunikasi popular, WhatsApp menasihati pengguna mengemaskini aplikasi itu secepat mungkin selepas mengesan perisian intip yang dipasang syarikat Israel untuk mengintip aktiviti hak asasi manusia dan wartawan.*
          *New York Times melaporkan, pakar keselamatan menemui satu perisian intip yang direka untuk mengambil kesempatan daripada kecacatan WhatsApp dan perisian itu mempunyai ciri-ciri teknologi daripada syarikat NSO Group.*

          *MAGELANG (Indonesia): Satu pasangan pengantin di sini terpaksa berkahwin di balai polis selepas pengantin lelaki ditangkap kerana disyaki merogol gadis bawah umur hingga hamil sebelum sempat acara akad nikah selesai.*
            *Dalam kejadian pada Sabtu lalu itu, pengantin lelaki yang berusia 23 tahun dijadual berkahwin dengan pasangannya di kampung Prontaan, Wates, Kota Magelang, Jawa Tengah.*
         *Merdeka.com melaporkan, ketika pengantin lelaki itu baru sahaja duduk untuk upacara akad nikah, beberapa anggota polis hadir untuk menangkap suspek.*

          *BEIJING: Kerana marah selepas anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah, seorang bapa di China bertindak menikam seorang murid lelaki berusia 10 tahun hingga mati.*
          *Shanghaiist melaporkan, dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu, lelaki berusia 41 tahun itu yang dikenali sebagai Wang datang ke sebuah sekolah rendah di Jiangxi sebelum menikam murid berkenaan dengan pisau pemotong buah.*
         *Mangsa yang dikenali sebagai Liu dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia ketika rawatan.*

          *Quetta (Pakistan) : Empat anggota polis terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas sebutir bom yang disembunyikan di bawah sebuah motosikal meletup di luar sebuah masjid Quetta, barat daya Pakistan semalam.*
            *Kumpulan Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.*
         *Pegawai kanan polis, Abdul Razak Cheema memberitahu, dua anggota polis turut tercedera dalam serangan berkenaan.*

         *SOCHI (RUSSIA): Presiden Russia, Vladimir Putin membuktikan kehebatannya apabila menyertai satu pertandingan hoki ais di sini.*
           *Putin yang berusia 66 tahun menyertai perlawanan pertunjukan tahunan di stadium hoki ais di Bolshoy Ice Dome di Sochi Jumaat lalu.*
          *Dalam perlawanan itu Putin menyertai pasukan yang disertai bekas pemain hoki ais profesional Russia, Slava Fetisov dan Pavel Bure serta beberapa pegawai kerajaan termasuk Menteri Pertahanan Sergei Shoigu.*

         *WASHINGTON: Seorang lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengancam membunuh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam, berdepan hukuman penjara sehingga 140 tahun jika didapati bersalah bagi semua 15 tuduhan yang dikenakan terhadapnya.*
           *Menurut dokumen mahkamah, Gary Gravelle, 51, menghadapi 16 tuduhan, termasuk mengancam presiden pada September 2018 dengan menghantar surat mengandungi serbuk putih dan mesej tulisan tangan “You Die (Anda Mati)”.*

           *MADRID: Sebuah gelongsor yang dianggap terpanjang di Sepanyol yang menghubungkan dua jalan terpaksa ditutup selepas sehari dibuka apabila ramai pengunjung cedera menggunakannya.*
          *Mail Online melaporkan, gelongsor sepanjang 38 meter yang terletak di Estepona, bandar pelancongan di Costa del Sol itu direka untuk memendekkan perjalanan antara dua jalan dengan penjimatan berjalan kaki selama 10 minit.*
        *Ia dipercayai gelongsor terpanjang di Sepanyol dan membuat kecerunan kira-kira 34 darjah.*
        *Bagaimanapun, ramai pengunjung yang menggunakan gelongsor itu menggelongsor dengan laju menyebabkan mereka mengalami kecederaan.*

          *SRINAGAR: Penduduk Kashmir India membuat bantahan besar-besaran semalam selepas kejadian rogol membabitkan mangsa kanak-kanak berusia tiga tahun, dengan rusuhan mengakibatkan sekurang-kurangnya sedozen orang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.*
         *Rabu minggu lalu, seorang mekanik yang juga jiran keluarga mangsa dilaporkan memujuk kanak-kanak itu ke tandas sebuah sekolah berhampiran sebelum menyerangnya secara seksual. Tertuduh dipercayai berusia 20 tahun sudah ditahan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *LELAKI yang diikat dan disiram air pada tempat mandi jenazah oleh orang awam, disyaki suspek yang cuba memecah tabung Surau At-Taqwa, Kampung Mulia, Sungai Tiram dekat Ulu Tiram, pada 10 Mei lalu.*
             *Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, suspek ditahan orang awam 10 pagi semalam sebelum diserahkan kepada polis.*
              *Semalam, tular di Facebook (FB), video berdurasi seminit 22 saat yang memaparkan seorang lelaki ditangkap orang ramai kerana disyaki memecah tabung surau sebelum diikat dan disiram air di atas tempat mandi jenazah.*

         *JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memberi amaran kepada peniaga terutama di bazar Ramadan supaya tidak menjual makanan rosak atau kitar semula bagi mengelak pelanggan mengalami keracunan makanan.*
          *Datuk Bandar, Datuk Adib Azhari Daud berkata, amaran susulan tular pengguna Facebook yang berkongsi pengalaman membeli ‘chicken chop’ basi, keras dan berbau dalam Khamis lalu.*
           *Katanya, berikutan itu, empat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MBIP menjalankan pemeriksaan mengejut di bazar Ramadan Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti, Skudai, 4 petang semalam.*

         *KELUARGA ketua jururawat Hospital Serdang yang hilang sejak seminggu lalu, meminta orang ramai berhenti menularkan maklumat palsu kononnya Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, sudah ditemui.*
           *Adiknya, Siti Khairani Mohd Kamarudin, 36, berkata, masih ramai menghubunginya bertanyakan sama ada benar kakaknya itu sudah ditemui, sedangkan mereka tiada maklumat mengenainya.*
           *"Setakat ini tiada orang awam yang menghubungi dan memberi maklumat di mana kakak saya berada.*
   
         *“APA yang dilakukan bukan untuk mencari nama, namun hanya menggunakan bakat kurniaan Alah SWT ke jalan amal,” kata Noramry Mohamad, 31.*
        *Noramry meniup seruling di bazar Ramadan sekitar Port Dickson pada setiap petang, bertujuan mendapatkan sumbangan untuk diagihkan kepada anak yatim di daerah ini.*
         *Katanya, dia terpanggil membantu golongan itu selepas memahami kesempitan hidup dan mahu golongan terbabit turut merasai kemeriahan perayaan Aidilfitri.*

          *BAYI perempuan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, kini dalam proses mendapatkan pasport antarabangsa, sebagai persediaan untuk ke London, bagi menjalani pembedahan di sana.*
             *Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada bayi berusia enam bulan, Ainul Mardhiah, yang menderita penyakit itu, mengesahkan sepasukan tiga pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, bertemu keluarganya, semalam.*
        *Katanya, tiga pegawai JIM diketuai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Pasport Putrajaya, Norwati Majudi, datang ke rumahnya semalam, untuk membuat pasport antarabangsa Ainul Mardhiah.*

          *BERBUKA puasa sekadar dengan air mineral. Itu situasi yang pernah dilalui Pegawai Bomba Noorjohaimi Johari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Sungai Petani ketika bertugas di bulan Ramadan.*
         *Anggota bomba berusia 36 tahun itu berkata, pengalaman terbabit berlaku ketika beliau sedang menyertai operasi pemadaman kebakaran sebuah kilang ketika berkhidmat di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.*
         *Lebih mencabar apabila panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima ketika beliau bersama pasukannya baru sahaja pulang daripada memadam kebakaran sebuah lagi kilang yang mengambil masa kira-kira empat jam untuk dipadamkan.*

           *BEIJING: Seorang lelaki memberitahu dia bukan mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya selepas hadir ke sekolah rendah anaknya dengan menaiki helikopter.*
          *Lelaki itu yang dikenali sebagai Chen memberitahu Btime.com, dia dijemput ke sekolah anaknya untuk menghadiri karnival sains dan teknologi serta memberi kesedaran kepada murid mengenai bidang penerbangan.
Chen adalah pemilik sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa helikopter di Beijing.*
          *Beberapa gambar dan video tular menunjukkan helikopter yang dinaikinya mendarat di perkarangan sekolah menimbulkan khabar angin bahawa Chen menghantar anak perempuannya ke sekolah menaiki pesawat itu kerana lambat.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK SELURUH NEGARA, "GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI"*


*KHMIS 16 AY 2019 ASHI ERSAAAN 11 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0532*
*SUBUH : 0542*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1312*
*ASAR : 1635*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2033*


*artikel disiarkan pada tarikh 15may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PENAMPILAN berkopiah, memegang tasbih sambil mengusung tin tertera tabung masjid namun mereka ini tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah. Itu antara taktik popular warga asing Thailand yang gemar menyamar sebagai orang Islam untuk meraih simpati orang ramai termasuk ketika Ramadan.*

               2) *TERKEJUT rumahnya diceroboh selain hampir menjadi mangsa rogol, seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dalam kejadian di Bukit Payong, Marang, hari ini. Mangsa berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan (KK) Bukit Payong ketika menerima rawatan pada 4.10 pagi.*

               3) *PAKAR Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, kecederaan dialami anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bukanlah berpunca daripada terhimpit di pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), meskipun tanpa menjalankan eksperimen. Saksi inkues ke-24 itu berkata, malah, bedah siasat dan pemeriksaan klinikal dijalankannya bersama Ketua Jabatan Forensik HKL, Datuk Dr Mohd Shah Mahmood sudah memberikan bukti jelas mengenai punca kecederaan pada dada kanan mangsa.*

               4) *“SAYA harap kejadian ini menginsafkan kamu dan menjadikan kamu insan yang lebih baik. Insaf dan buat taubat nasuha,” kata Hakim Syarie Mat Ropi Busu ketika penghakimannya terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan pasangannya. Riduan Maudin, 40, dari Kelantan dan pasangannya, Nor Faizah Abu Bakar, 32, dari Pahang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut di Jertih, hari ini selepas ditahan berkhalwat di Pulau Perhentian pada bulan lalu.*

               5) *DUA lelaki berusia 27 dan 29 tahun diberkas polis sebelum dadah bernilai RM36,407 dirampas dalam sebuah kenderaan di belakang rumah kedai di Seremban 2 semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Pang Jin Lai berkata, dalam serbuan 9.40 malam itu, pihaknya merampas syabu 232.1 gram (g), 7.61g ketamin, pil Ectasy (2.98g) dan Eramin 5 (5.58g).*

               6) *BATALION 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta merampas sejumlah guni berisi daun ketum bernilai RM199,500 di kawasan penugasan Ops Wawasan Kedah/ Perlis dekat Padang Besar, malam semalam. Ia ditemui di dua lokasi dengan penemuan pertama membabitkan 11 guni putih berisi 330 kilogram daun ketum bernilai RM49,500 pada 10.30 malam.*

               7) *“SEKIRANYA tahu itu akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak, saya tidak akan membuat pemindahan wang berjumlah RM42 juta milik syarikat,” kata bekas Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurutnya, pemindahan wang RM42 juta itu dibuat dua kali pada 26 Disember 2014 dan 9 Februari 2015 ke dalam dua akaun iaitu AmPrivate Banking-1MY dan AmPrivate Banking-MY.*

               8) *JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan sebuah premis yang menyediakan makanan sehingga menyebabkan penuntut Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR ) di Alor Setar mengalami keracunan makanan ditutup serta-merta. Pengarahnya Datuk Norhizan Ismail berkata, arahan penutupan 14 hari itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan untuk pembersihan dan siasatan lanjut.*

               9) *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mendakwa tidak membuat sebarang serbuan atau tangkapan kerana hanya mempunyai maklumat yang samar-samar berkaitan kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia di Wang Kelian. Saksi ke-29, Datuk Mohd Pudzi Man yang juga bekas Pengarah Kastam Perlis ketika prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis berkata, maklumat yang mereka peroleh amat sedikit dan tidak jelas walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.*

               10) *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon bantuan orang ramai mengesan ibu kandung bayi yang ditinggalkan di sebuah pondok bas di Felda Jerangau, Dungun bulan lalu. Pegawai JKM Daerah Dungun, Mohd Naufal Yusoff berkata, bayi lelaki berusia sebulan itu ditemui penduduk kampung 21 April lalu dalam keadaan dibalut dengan tuala.*

               11) *PERSATUAN Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) komited untuk membantu golongan sasar melalui kaedah latihan komprehensif yang memenuhi kehendak industri semasa. Presidennya Datuk Joyah Abd Rashid berkata, pihaknya setakat ini mempunyai lebih 1,000 ahli terdiri daripada pelbagai pusat bertauliah dan syarikat yang melatih golongan sasar berkenaan.*

               12) *SKIM Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa akan berlangsung 30 hari bermula 21 Mei hingga 19 Jun, membabitkan 27 jenis barangan berbanding 21 barangan, sebelum ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh itu akan merangkumi 15 hari sebelum Aidilfitri, pada hari perayaan, sehingga 14 hari selepas perayaan. Katanya, tempoh itu ditambah berbanding hanya 15 hari pada 2018.*

               13) *PROSIDING inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini ditunjukkan dengan demonstrasi van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membuat pengunduran hingga melanggar mangsa di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam. Bagaimanapun, demonstrasi itu tidak menggunakan van sama terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Seafield di Subang Jaya pada malam 27 November tahun lalu.*

               14) *SIKAP pemurah masyarakat beragama Islam sepanjang Ramadan ini antara faktor segelintir pengemis berani mengemis secara terbuka di beberapa lokasi tumpuan ramai di Terengganu. Selain selamba mengemis di lokasi tumpuan ramai seperti bank, pasar raya dan bazar Ramadan, ada pengemis juga dikesan meletakkan tabung di sudut tertentu dalam tempoh antara tiga hingga empat jam sebelum mengambil wang di dalamnya.*

               15) *TAK serik-serik. Itu yang berlaku terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun apabila dia mencuri wang tabung Masjid Kampung Papan, Bukit Mertajam, walaupun pernah ditahan dalam kes sama tidak sampai sebulan lalu. Malah, kesnya sebelum ini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah dan dia dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500.*

               16) *TEKONG Vietnam didenda RM300,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan secara haram. Tertuduh, Huynh Van Hue, 28, turut berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               17) *SERAMAI 5,300 penjawat awam di Melaka akan menerima bonus Aidilfitri RM1,000. Mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Adly Zahari berkata, bayaran bonus itu akan dilunaskan bersama gaji bulanan penjawat awam, 23 Mei ini. Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM5.3 juta bagi tujuan pembayaran bonus itu.*

               18) *JUMLAH tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) tinggi direkodkan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) berbanding Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perlis menimbulkan tanda tanya panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis. Timbalan Pengerusi RCI, Tan Sri Norian Mai semasa bertanya kepada saksi ke-32, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali hairan bagaimana pasukan keselamatan di lapisan kedua iaitu UPP berjaya menahan 600 orang PATI pda 2014.*

               19) *Tindakan dua pemburu haram warga Vietnam memburu serta menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM1.56 juta setiap seorang di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, Terengganu. Bukan itu sahaja, tertuduh, Hoang Van Viet, 29 dan Nguyen Van Thiet, 26, turut berdepan hukuman penjara 16 tahun lagi sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               20) *TAKTIK penjual makanan menggunakan kedai bukan Islam bagi membantu menjual nasi lemak kepada ‘geng plastik hitam’ gagal apabila dapat dihidu anggota penguat kuasa pejabat agama di Baling, hari ini. Pegawai Agama Daerah Baling, Sheikh Yusoff Ahmad berkata, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan di empat kedai dan sebuah rumah penduduk sebelum menemui makanan dijual pada siang hari.*

               21) *POLIS melumpuhkan sindiket penipuan sijil cuti sakit palsu dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam tangkapan berasingan di sekitar Lembah Klang, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, tiga daripada empat suspek itu ditahan ketika anggota polis membuat rondaan cegah jenayah di Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum membuat pemeriksaan.*

               22) *JAWATANKUASA khas ditubuhkan untuk menyiasat kegiatan penternakan babi dan katak yang beroperasi haram hingga menyebabkan pencemaran sungai di Kampung Baru Site C, Port Dickson. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jawatankuasa itu akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir dan disertai beberapa agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri.*

               23) *LEMBAGA Tabung Haji (TH) yakin dapat mencapai prestasi kewangan lebih kukuh tahun ini sekali gus mampu mengagihkan hibah lebih daripada 1.25 peratus seperti diumumkan bagi 2018. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zukri Samat berkata, TH merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM440 juta bagi suku pertama tahun ini, berakhir 31 Mac lalu.*

               24) *Seramai 12 nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara untuk mencuri hasil gamat berputih mata apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kudat, Sabah, semalam. Dalam operasi jam 8.30 pagi itu, semua warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan ketika sedang leka memproses hasil gamat yang disyaki ditangkap secara haram di perairan negara ini.*

               25) *“SAYA mula berasa sakit perut ketika bangun untuk bersahur, namun ia hilang seketika selepas solat Subuh sebelum mula cirit-birit ketika berada di dalam kelas.” Begitu kata penuntut Diploma Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) di Alor Setar, Muhammad Afham Anwar, 20, salah seorang lebih 40 penuntut berusia 18 hingga 20 tahun yang mengalami keracunan makanan selepas mereka makan nasi Arab berlaukkan ayam dan kambing.*

               26) *MAYAT wanita warga emas yang ditemui terbaring di kawasan semak bersebelahan sebuah kondominium di Bercham, Ipoh, semalam sudah dituntut ahli keluarganya, hari ini. Pengecaman mayat sebelum itu dibuat suaminya, Chew Ah Chai, 82, yang membuat laporan polis kehilangan mangsa pada Ahad lalu di Balai Polis Kampung Simee.*

               27) *WANG RM42 juta didakwa diseleweng Datuk Seri Najib Razak,dipindahkan dari akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) ke dua akaun bekas Perdana Menteri itu atas alasan untuk pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Bekas eksekutif akaun kanan IPSB, Aishah Ghazali, 37, berkata, ia disalurkan ke akaun Najib menerusi tiga transaksi masing-masing dua transaksi pada 26 Disember 2014 dan satu transaksi pada 6 Februari 2015.*

               28) *LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.44 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP), hari ini. Zakat perniagaan itu disampaikan Pengurus Besar Kanan (Haji) TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.*

               29) *CUBAAN bot pam menyeludup keluar petrol ke negara jiran berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Tanjung Layak-Layak, Pitas, Kudat, hari ini. Ketika kejadian 11.30 pagi, sepasukan anggota PPM sedang meronda sempena Op Landai Khas untuk memantau aktiviti laut.*

               30) *PEGAWAI tentera berpangkat kapten ditahan, Khamis lalu, selepas memecah masuk sebuah kedai menjual beg tangan berjenama di pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai berkenaan berusia 45 tahun yang menyedari premis itu dipecah masuk kira-kira 11 pagi, 3 Mei lalu.*

               31) *Kesedaran penghuni Penjara Marang berhubung tanggungjawab membayar zakat fitrah semakin meningkat apabila seramai 337 daripada 2,465 penghuni Islam penjara itu membayar zakat fitrah pada Ramadan tahun ini. Pengarah Penjara Terengganu, Timbalan Komisioner Penjara Ahmad Saidi Hamzah berkata, pihaknya berjaya mengutip zakat sebanyak RM2,366 daripada 337 penghuni pada tahun ini berbanding hanya RM1,500 daripada 200 penghuni tahun lalu.*

                32) *Bagi ibu tunggal, Siti Rokaya Mohd Alip, 55, sambutan Aidilfitri tahun ini mungkin hambar berikutan rumah yang didiami sejak tahun lalu belum dibaiki. Rumah ibu kepada lima anak itu yang terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, Sandakan, Sabah, antara lima kediaman yang rosak teruk apabila sebahagian bumbungnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian Ogos tahun lalu.*

                33) *SEGELINTIR peniaga minuman di bazar Ramadan Senawang dikesan tidak menjual air kelapa asli sebaliknya menggunakan bahan perisa kelapa untuk mendapatkan keuntungan lebih. Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin berkata, perkara itu amat dikesali dan setakat ini 10 aduan sudah diterima pihaknya. Katanya, harga kelapa muda antara RM3.50 hingga RM4 sebiji menyebabkan peniaga terpaksa menggunakan bahan perisa bagi menyedapkan air kelapa yang dijual.*

                34) *TINDAKAN warga Indonesia membina kilang papan haram dan menceroboh hutan simpan kekal pada awal tahun ini mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini. Tertuduh, Amirudin, 55, sebelum itu membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.*

                35) *WANITA bukan saja kerugian malah malu apabila empat set pakaian dalam miliknya dilarikan penjenayah di kedai dobi di Taman Bukit Galena, di Seremban, semalam. Sumber polis berkata, pada kejadian 8.30 pagi, mangsa berusia 30-an berkunjung ke premis untuk mencuci pakaian. Katanya, wanita itu memasukkan semua pakaian dalam itu ke dalam mesin cuci dan meninggalkan seketika kerana memiliki urusan di kawasan berdekatan.*

                36) *PENOLONG Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKDS) direman lima hari sehingga Ahad ini kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,800 daripada dua pemilik restoran pada Disember 2017. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Khas Reman, V Vanita, hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.*

                37) *PEMINDAHAN operasi Bazaar Raya dari Jalan Besar ke Pusat Perniagaan Wawasan pada tahun ini dilakukan selepas mengambil kira banyak faktor termasuk memberikan fasiliti yang kondusif, bukan hanya kepada peniaga tetapi kepada pengunjung. Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Mohammad Sukry Abd Rahim berkata, pemilihan lokasi ini juga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengelakkan kacau ganggu dan paling utama mnjamin keselamatan peniaga dan pengunjung.*

                38) *“SAYA terkejut apabila bunyi sesuatu jatuh di bumbung kereta dan ketika itu saya ingat kereta dibaling benda keras, tetapi tidak lama selepas itu baru saya perasan, rupa -rupanya hujan batu,” kata warga Brunei, Awang Hashim Ibrahim, 54, ketika menceritakan detik bandar Limbang dilanda hujan air batu, petang semalam. Awang Hashim berkata, ketika kejadian jam 6.30 petang itu, dia dalam perjalanan melawat keluarganya di Limbang.*

                39) *“ADA masa, kami tidak sempat berbuka puasa kerana menguruskan pesakit yang sentiasa menjadi keutamaan,” kata jururawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Norhasnalinda Mohd Aini, 38. Norhasnalinda berkata, pengalaman berbuka di wad hospital dirasainya sejak mula berkhidmat sebagai jururawat 16 tahun lalu dan sudah lali dengan keadaan itu.*

                40) *PERSIAPAN Aidilfitri buat anak yatim, asnaf dan orang kurang upaya (OKU) kariah Kampung Balun, Slim River, dekat sini, dalam program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mendapat kerjasama Pusat Pakaian Hari-Hari di sini, Sabtu lalu. Seramai 200 kanak-kanak dirai dan dibantu dalam membeli pelbagai kelengkapan hari raya itu, antaranya memilih baju Melayu, baju kurung, songkok, jubah, sampin dan macam-macam lagi di pasar raya terbabit.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MOSCOW: Lelaki tertua di Russia dan juga dianggap sebagai tertua di dunia meninggal dunia pada usia 123 tahun.*
          *Appaz Iliev yang mempunyai lapan anak, 35 cucu dan 34 cicit pernah berkata, rahsianya panjang umur adalah tidur awal iaitu pada jam 7 malam untuk mendapatkan tidur selama 11 jam sehari.*
       *Lelaki dari etnik Ingush itu juga tidak gemar menonton televisyen dan tidak pernah menghisap rokok atau minum arak.*
        *Appaz hanya makan sayuran segar dari ladangnya sendiri dan daging yang dibeli di kampungnya yang terletak di kawasan terpencil di Guli, kawasan Pergunungan Caucasus, Russia.*

          *PHOENIX: Seorang lelaki membawa mayat isterinya yang hampir reput mengembara dalam sebuah kereta selama beberapa hari sebelum dia ditahan polis di sebuah lebuh raya di sini.*
          *Mirror Online melaporkan, kereta yang dipandu Rodney Puckett, 70, ditahan polis pada Isnin lalu di sebuah sebuah lebuh raya di Elroy, Arizona kerana kesalahan lalu lintas.*
          *Polis yang membuat pemeriksaan terkejut apabila menemui mayat isteri Puckett yang dikenali sebagai Linda, 74, yang hampir reput di tempat duduk hadapan dan terus menahan lelaki itu.*
            *Ketika disoal-siasat Puckett memberitahu, isterinya meninggal dunia di sebuah hotel di Texas ketika mereka bercuti dan mengembara dengan menaiki kereta.*

           *Seoul: Sebuah mahkamah Korea Selatan semalam enggan mengeluarkan waran tangkap ke atas bintang K-pop, Seungri yang berdepan dakwaan termasuk pelacuran dalam skandal seks dikaitkan dirinya, lapor agensi berita Yonhap.*
            *Penyanyi berusia 28 tahun daripada kumpulan lelaki popular BIGBANG dan rakan kongsinya dituduh menguruskan khidmat seks untuk pelabur potensi dan pelanggan kaya di sebuah kelab malam dimiliki mereka.*
         *Mahkamah Daerah Pusat Seoul berkata, ada ‘ruang pertikaian’ berhubung dakwaan menggelapkan wang dan hanya sedikit kebimbangan dia mungkin memusnahkan bukti.*

         *JAKARTA: Calon presiden Prabowo Subianto dan gandingannya Sandiaga Uno enggan menerima keputusan kiraan undi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, yang didakwa melakukan penipuan.*
         *”Kami masih berharap untuk KPU, namun pendirian saya jelas. Saya akan menolak keputusan menipu. Kami tidak boleh menerima ketidakadilan dan ketidakjujuran dalam pelaksanaan pilihan raya ini,” kata Prabowo dalam pembentangan bertajuk ‘Mendedahkan Fakta Penipuan Pilihan Raya 2019,’ di Hotel Grand Sahid Jaya di sini, semalam.*
           *Prabowo mendakwa partinya memiliki harapan tipis terhadap KPU dan mengingatkan anggota suruhanjaya itu, masa depan Indonesia berada di bahu mereka.*

          *ROME: Seorang bekas atlet rejam lembing maut selepas ditolak dari sebuah jambatan di ibu kota Rome dengan ketinggian kira-kira 20 meter oleh seorang lelaki yang berang kerana permintaannya untuk mengadakan hubungan seks tidak dilayan.*
        *Mayat Imen Chatbouri, 37, ditemui pada 2 Mei lalu di laluan pejalan kaki di Sungai Tiber berhampiran jambatan Ponte Sisto, lapor Daily Mail.*
         *Polis berkata, Imen yang dilahirkan di Tunisia dan pernah mewakili Itali dalam pertandingan rejam lembing amatur, ditolak dari jambatan di Rome dengan ketinggian kira-kira 20 meter malah kejadian itu dirakam dengan videonya berjaya diperoleh penyiasat.*

         *KHARTOUM: Bekas presiden Sudan, Omar al-Bashir didakwa atas tuduhan ‘menghasut dan terbabit’ dalam pembunuhan penunjuk perasaan ketika protes besar-besaran yang berakhir dengan penggulingannya, selepas pasukan keselamatan dilaporkan menembak peluru hidup terhadap orang ramai.*
         *Sekurang-kurangnya 10 orang cedera ditembak pada lewat Isnin ketika mogok duduk di ibu negara, Khartoum. Doktor tempatan berkata, beberapa mangsa cedera serius, lapor Al Jazeera.*

           *ALASKA: Seorang budak lelaki berusia 15 tahun mendakwa ibu bapanya memasang kamera keselamatan di bilik tidur dan bilik air di rumahnya bagi memastikan dia tidak melakukan onani.*
         *Menurut Mail Online, remaja yang tidak didedahkan identiti itu menggunakan bahagian nasihat perundangan di laman sosial Reddit pada minggu ini untuk meminta pandangan orang ramai.*
          *”Apa yang boleh saya lakukan? Saya berusia 15 tahun dan berpendapat saya perlu dibenarkan untuk menyentuh badan saya sendiri. Ini memalukan dan memusnahkan privasi saya. Tolong bantu saya,” katanya.*

          *KOKOPO: Gempa kuat dengan magnitud 7.5 melanda pesisiran pantai Papua New Guinea, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang turut memberi amaran kemungkinan berlaku tsunami.*
       *Gempa cetek itu berlaku 44 kilometer di timur laut di Papua New Guinea, kata USGS.*
        *Pengarah Urusan pusat peranginan Ropopo Plantation di Kokopo, Megan Martin berkata: “Gempa yang sangat kuat. Amat menakutkan.”*

         *WASHINGTON: Walt Disney Co. hari ini mencapai persetujuan untuk berkuasa sepenuhnya dalam pengendalian perkhidmatan televisyen penstriman Hulu di bawah perjanjian dengan Comcast, yang memegang 33 peratus saham.*
          *Perjanjian itu membolehkan Comcast, pilihan untuk menjual kepentingannya kepada Disney pada nilai pasaran adil dalam tempoh lima tahun, dengan ekuiti Hulu bernilai kurang daripada AS$27.5 bilion (RM114.6 bilion).*
       *Perjanjian itu membolehkan Disney menambah lagi usahanya dalam penstriman televisyen menyaingi Netflix, kata ketua pasaran.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *KANAK-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai dihukum secara melampau oleh bapa tirinya dengan dipaksa berbogel di hadapan rumah sambil diugut dipukul dengan penyapu di Jalan Kampung Koboi, Taman Doven, Sungai Siput, semalam.*
          *Keadaan dialami kanak-kanak terbabit tersebar melalui rakaman video berdurasi 9 minit 33 saat yang tular di media sosial sejak semalam sebelum ibu saudara mangsa membuat laporan polis.*
          *Berdasarkan rakaman video itu, lelaki yang dipercayai bapa tiri kanak-kanak itu dilihat seperti menghukum mangsa yang dalam keadaan berbogel dan berlutut atas lantai dengan kedua-dua tangannya diangkat ke atas.*

         *PENIAGA dan pengunjung bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan teruja sebaik melihat keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah mengunjung bazar berkenaan hari ini.*
         *Baginda tiba 6.50 petang ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.*
          *Al-Sultan Abdullah kemudiannya meninjau bazar berkenaan dan membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa antaranya air katira, sata, puding raja, pulut panggang dan pelbagai jenis kek.*

         *PELAKON dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lalu.*
            *Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid, 38, selepas Farid yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk berdiam diri.*
             *Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini juga.*

           *“SUDAH jelas bahawa kamu sebagai suami perlu menjaga isteri dan anak dalam kandungannya.*
           *"Jangan lepas tangan dan semua hal seharusnya diselesaikan dengan baik,” kata Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.*
             *Beliau berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini ketika mensabitkan talak dilafazkan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.*

           *“KAMI terharu dan sebak kerana pelbagai agensi kerajaan terutama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membantu urusan menguruskan proses mendapatkan pasport antarabangsa Ainul Mardhiah,” kata bapa bayi perempuan berusia lapan bulan yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24.*
           *Hasrat Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 24, serta jutaan rakyat Malaysia untuk membawa Ainul Mardiah mendapatkan rawatan di London semakin terlaksana selepas pasport antarabangsanya diserahkan kepadanya, hari ini.*

          *MASALAH pengambilan kandungan kuprum berlebihan dalam tubuh badan manusia kini dapat diatasi dengan ciptaan terbaharu penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya menghasilkan inovasi Penapis Air Luaran-Manik Pintar.*
        *Ketua Projek Prof Madya Dr Janet Lim Hong Ngee berkata, penghasilan sistem berkenaan selari dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang menetapkan paras selamat kuprum (II) dalam air minuman ialah 1.3 ppm.*
          *"Kandungan tembaga berlebihan dalam air paip menjadi perhatian umum baru-baru ini.*

         *LOS ANGELES: Bintang pop, Madonna menjelaskan keputusannya untuk mengadakan persembahan dalam Pertandingan Nyanyian Eurovision (Eurovision)di Israel minggu ini, tidak menghalangnya daripada terus memperjuangkan isu hak asasi manusia dan berharap persembahan itu membuka jalan ke arah keamanan.*
            *Madonna bakal tampil sebagai tetamu jemputan pada peringkat akhir Eurovision pada Sabtu ini di Tel Aviv. Akibat pemilihan lokasi itu, tindakan boikot dilancarkan oleh aktivis pro Palestin yang menggesa syarikat, penghibur dan kerajaan berundur dari Israel.*
           *Pertandingan Eurovision menampilkan ahli muzik dari lebih 40 negara dan ditonton seramai 189 juta di 50 negara sekitar Eropah tahun lalu.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 17 AY 2019 ASHI ERSAAAN 12 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0531*
*SUBUH : 0541*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1312*
*ASAR : 1635*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2034*


*artikel disiarkan pada tarikh 16may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *BERITA dinanti akhirnya kunjung tiba buat 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara apabila kerajaan hari ini mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan RM450 bagi Gred 56 dan ke bawah sebagai persedian menyambut Aidilfitri. Selain itu, bantuan khas sebanyak RM225 turut diberikan kepada hampir 800,000 pesara kerajaan di seluruh negara. Berita baik itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, hari ini.*

               2) *POLIS sedang memburu seorang lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40. Individu itu dikenali sebagai Aliwajuwon Gilbertalowonle dan berusia 30-an. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, identiti lelaki itu diperoleh hasil penahanan seorang lelaki Pakistan dan wanita Nigeria berusia 38 dan 35 tahun, awal pagi hari ini.*

               3) *MAYAT wanita dipercayai dibunuh ditemui di sebuah rumah sewa di Cyberjaya, petang semalam. Difahamkan mayat terbabit dikaitkan dengan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu. Sumber berkata, mayat ditemui pemilik rumah berkenaan selepas dia datang ke kediaman terbabit untuk melakukan pemeriksaan apabila penyewanya gagal dihubungi sejak seminggu lalu.*

               4) *PENGANGGUR yang menikam imam kerana bengang dengan tindakan lelaki terbabit membaca al-Quran sehingga mengganggu tidurnya terpaksa menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara 41 bulan di Mahkamah Majistret Besut, hari ini. Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Khairil Nawi, 24, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.*

               5) *DEMI wang besar ada pengemis sanggup berhijrah dari seluruh pelosok negara termasuk Sabah dan berkampung di ibu negara sepanjang Ramadan sebelum pulang ke tempat asal mereka. Justeru, tidak hairanlah di ibu negara terutama di sekitar masjid, kawasan tumpuan pelancong dan bazar Ramadan kini dipenuhi pengemis membabitkan warga tempatan dan warga asing.*

               6) *LELAKI warga Thailand dijatuhi hukuman denda RM2,900 di Mahkamah Rendah Syariah Marang hari ini kerana mengutip derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di kawasan Pasar Bukit Payong November lalu. Selain itu tertuduh, Mr Sukiplee Ha, 21, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               7) *“Kami dihubungi orang awam menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan melihat ayah berjalan di kawasan kediamannya pada, 6 Mei lalu. “Susulan itu, kami (ahli keluarga) bersama pihak polis mencarinya di kawasan itu sebelum menemui rangka mayat di lereng bukit,” kata Rashida Ramli, 56, berhubung penemuan mayat ayahnya, Ramli Ilong, 85, yang dilaporkan hilang sejak 6 Mei lalu.*

               8) *PENGUATKUASAAN yang lebih ketat terhadap peminjam yang tidak membayar balik pinjaman bagi tempoh lama antara 10 idea yang diperoleh untuk dipertimbangkan bagi pelaksanaan mekanisme skim bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid berkata, idea itu diperoleh hasil perbincangan meja bulat dengan pebagai pihak berkepentingan termasuk ahli kewangan, anggota Parlimen dan mahasiswa dari Januari hingga Mac lalu.*

               9) *ANGGOTA polis cedera di tangan kiri, manakala seorang daripada tiga perompak ditembak di kedua-dua kakinya dalam rompakan di Taman Jelita dekat Taman Tunku, Miri, 1 tengah hari ini. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Ming Seah berkata, kecederaan yang dialami anggotanya di bahagian lengan kiri tidak serius dan polis memberkas dua daripada perompak terbabit.*

               10) *POLIS merampas 1,734 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM275,192 dengan penahanan dua lelaki dipercayai pengedar rokok seludup di sekitar ibu negara, Selasa lalu. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dua lelaki berusia 38 dan 59 tahun itu ditahan dalam Ops Asap.*

               11) *POLIS menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki Indonesia yang merancang melakukan operasi pembunuhan dan serangan rumah ibadat di Lembah Klang, Selasa lalu. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 27 tahun ditahan di Kuala Muda, Kedah dikenali Muhammad Syazani Mahzan dan Muhamad Nuurul Amin Azizan.*

               12) *LELAKI berstatus suami orang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Marang hari ini selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan bersama kekasihnya yang juga isteri orang. Selain itu, tertuduh berusia 24 tahun dan mempunyai dua anak turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               13) *LELAKI ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kesan luka di badan, kepala dan tangan di sungai Kampung Bundu Tuhan, Ranau, semalam. Mayat Sipaul Yunseh, 59, ditemui dalam keadaan berlumuran darah terduduk di dalam sungai oleh penduduk kampung sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis pada 11.30 pagi.*

               14) *WANITA bengkak pipi kiri akibat dipukul anak lelakinya dengan bakul dan payung di rumah mereka dekat Kampung Selamat, Tasek Gelugor, semalam. Dalam kejadian 3.30 petang itu, bapa saudara suspek berusia 56 tahun turut cedera selepas dipukul dengan topi keledar ketika melindungi kakaknya.*

               15) *DANA Tabung Harapan Malaysia (THM) berjumlah RM203.2 juta akan digunakan untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM Bil 1/2019 pada 24 April lalu.*

               16) *Empat lelaki termasuk seorang remaja diberkas, manakala dua lagi masih diburu bagi membantu siasatan kes pengeboman ikan di kawasan Taman Laut Pulau Perhentian, Kuala Terengganu semalam. Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Isnin lalu, Jabatan Perikanan dan Jabatan Taman Laut Daerah Besut menerima aduan daripada beberapa pengusaha chalet di pulau peranginan itu yang terdengar bunyi dentuman bom di kawasan Taman Laut berkenaan.*

               17) *DUA mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank yang terbakar teruk di Jalan Sadong Jaya, Kota Kinabalu, Ahad lalu, disyaki angkara khianat. Dalam kejadian 1.42 pagi itu, dua mesin ATM berkenaan rosak teruk dipercayai dibakar oleh individu tidak dikenali.*

               18) *HASRAT lelaki untuk menambah pendapatan pada Ramadan ini dengan menjual air tebu bertukar tragedi apabila tangan kanannya digilis mesin tebu. Kejadian pada 6 petang semalam di Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, menyebabkan Osman Ya, 50, hilang empat jari. Menurut bapa lima anak itu, dia sedang membersihkan hampas tebu yang terlekat di celah mesin, namun tidak menutup suis mesin terlebih dahulu.*

               19) *PAKAR Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi tetap mempertahankan teorinya bahawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim keluar sendiri dari van Bantuan Perkhidmatan dan Kecemasan (EMRS), eskipun tiada saksi mata. Saksi ke-24 berkata demikian ketika disoal peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Syazlin Mansor, dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib, masuk hari ke-35 di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini.*

               20) *PENGAWAL keselamatan dihukum penjara 16 bulan oleh Mahkamah Majistret Langkawi, hari ini kerana menyembunyikan kelahiran bayinya yang dibuang di dalam plastik sampah, bulan lalu. Majistret Mohd Ridzwan Salleh memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Noor Azlina Yusof, 36, mengaku bersalah atas tuduhan.Beliau turut memerintahkan hukuman bermula hari ini.*

               21) *Seorang penganggur menangis ketika membuat rayuan di dalam kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, tadi, selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dua remaja perempuan bawah umur di daerah Melaka Tengah, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Shahril Ambry Pazeli, 26, membuat pengakuan itu sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Norma Ismail dan Elesabet Paya Wan.*

               22) *Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 9,516 kotak produk perubatan tradisional Cina yang disyaki mengandungi racun berjadual dianggarkan bernilai RM47,580 melalui operasi Ops Landai di Bandar Ramai-Ramai, Sandakan, Sabah, pagi semalam. Rampasan itu dibuat hasil serbuan ke atas sebuah lori di tepi jalan Hsiang Garden di bandar itu, kira-kira jam 10 pagi semalam.*

               23) *GANGGUAN bekalan air dijangka berlaku di 26 kawasan di sekitar bandar raya Shah Alam akibat satu pam utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3) mengalami kerosakan. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Raof Ahmad berkata, berdasarkan bacaan paras kolam dan sistem agihan akan berlaku penurunan paras kolam.*

               24) *Dua lelaki warga India ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas cubaan menyeludup dadah jenis Methamphetamine masing-masing pada 10 dan 11 Mei lalu. Dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Sepang itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Unit III, Zon Tengah berjaya merampas sejumlah 19.225 kilogram (kg) bernilai RM961,250 dari dua suspek terbabit.*

               25) *“TERGAMAK mereka bunuh Kak Long dan pelakunya mesti diheret ke muka pengadilan,” kata Datin Fauziah Mohamed, 54, ibu saudara ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Cyberjaya, petang semalam. Fauziah berkata, mereka bersedih dengan kematian itu yang dianggap ujian terbesar sepanjang Ramadan.*

               26) *Terpedaya dengan panggilan seorang ‘pegawai perundangan’, pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Pekan, Pahang, menanggung kerugian kira-kira RM132,000. Pensyarah wanita berusia 60 tahun itu dikatakan diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai perundangan daripada Mahkamah Majistret Melaka.*

               27) *Dua individu masing-masing pensyarah dan kontraktor syarikat direman bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu berkaitan kerja pembekalan barangan sukan dianggarkan lebih RM200,000 di Politeknik Merlimau Melaka (PMM) di Jasin antara tahun 2014 hingga 2018. Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap kedua-dua suspek yang berusia 38 tahun terbabit.*

               28) *KERAJAAN Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kepada semua penjawat awam di negeri itu sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM1,000. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bayaran itu akan membabitkan 4,711 kakitangan kerajaan negeri termasuk 316 pegawai lantikan kontrak dan sementara.*

               29) *Seorang pemandu lori cedera parah, manakala dua yang lain cedera ringan sejurus dua lori terbabit kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat ( R&R) Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor, pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu mengakibatkan pemandu lori bermuatan itik, Mohd Shahril Omar, 40-an mengalami cedera parah akibat tersepit manakala kelindannya, Suhaimi Haji, 43, cedera ringan akibat terperosok di tempat duduk belakang pemandu.*

               30) *MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik rumah yang melakukan pengubahsuaian dan binaan tanpa kebenaran di sekitar daerah ini.
Ia termasuk individu yang didapati membinanya untuk menjalankan perniagaan. Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, tindakan mengubahsuai rumah tanpa kelulusan pihaknya mendatangkan ancaman sekiranya binaan itu tidak menepati ciri keselamatan ditetapkan sekali gus menimbulkan risiko kepada penduduk lain.*

               31) *EMPAT daerah di Kedah dijangka akan menerima kesan berikutan ombak tinggi yang diramalkan berlaku pada dua hari sebelum sambutan Aidilfitri. Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ombak setinggi 2.9 meter dijangka berlaku pada 4 dan 5 Jun depan.*

                32) *SEORANG lelaki tempatan berusia 30-an ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana memiliki 240 liter petrol di dalam tangki yang diubah suai di Kampung Simpangan, Tumpat, semalam. Dalam operasi jam 11 pagi itu, lelaki terbabit ditahan ketika sedang memandu Proton Saga. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad, berkata hasil pemeriksaan menemui 240 liter petrol di dalam tangki kenderaan yang sudah diubah suai.*

                33) *GOMBAK: “Sebelum ini, saya berbuka puasa dengan dia, bersahur pun dengan dia. Namun, sejak isteri menghilangkan diri pada malam 29 April lalu, saya tinggal seorang diri di rumah,” kata Hanafi Abu Jamil, 37. Hanafi berkata, isterinya, Siti Maisarah Hamzah, 27, yang mengalami masalah kemurungan keluar dari rumah kira-kira jam 10 malam dan tidak pulang sehingga kini menyebabkan keluarganya bimbang keselamatan wanita itu.*

                34) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya yang berkuatkuasa 17 Jun ini. Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad.*

                35) *POLIS akan menempatkan seorang pegawai di 72 masjid di bawah Kontinjen Kuala Lumpur melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P). Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan ahli jawatankuasa masjid itu bertujuan meningkatkan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah bagi menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.*

                36) *JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan keracunan makanan dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan ini. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, tiada laporan berhubung kes keracunan makanan diterima sama ada yang dibeli di bazar Ramadan atau dijual di luar kawasan bazar.*

                37) *LELAKI warga Thailand bertindak menyamar pelanggan di gerainya sendiri di bazar Ramadan Bintong, Kangar selepas melihat rakan senegaranya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perlis hari ini kerana menyalahgunakan pas pelawat untuk bekerja. Pengarah Imigresen Perlis, Basri Othman berkata, tindakan lelaki 20-an itu gagal selepas gerainya dikepung anggota Imigresen selain Imigresen mengesan tindak tanduknya yang mencurigakan.*

                38) *BELI ayam goreng, percuma minyak masak. Itu yang ditawarkan tiga sahabat dalam mencari kelainan berniaga di lapan bazar Ramadan sekitar Lembah Klang. Menurut pengusaha Familia Fried Chicken, Muhammad Nazmi Jamil, 27, dia bersama dua rakan niaganya, Izzat Azar, 27 dan Lqman Hafiz Azman, 27, bekerjasama dengan pengeluar minyak masak tempatan untuk merealisasikan kelainan itu.*

                39) *AHLI Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun berharap nama Kampung Baru dikekalkan walaupun kerajaan berhasrat membangunkan semula kawasan itu sebagai penempatan moden dan lebih sistematik. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, ini kerana nama Kampung Baru memiliki nilai sejarah dan warisan tersendiri yang perlu dikekalkan.*

                40) *SEBANYAK 58 kes samun dan kecurian dilaporkan berlaku di 21 stesen Transit Aliran Massa (MRT) di seluruh Selangor dari Januari hingga semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, daripada jumlah itu, 11 daripadanya berlaku di daerah Sungai Buloh, 15 kes di daerah Petaling Jaya dan 19 kes di daerah Kajang.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *ABU DHABI: Seorang lelaki yang menyimbah asid ke muka isterinya menyebabkan mangsa terbunuh selepas wanita itu enggan memberi kata laluan telefon bimbitnya, dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).*
         *Gulf News melaporkan kelmarin, kejadian berlaku selepas pasangan yang sudah 17 tahun berkahwin itu, bercerai kerana lelaki terbabit menuduh isterinya menjalin hubungan sulit melalui media sosial.*
         *Menurut dokumen mahkamah, pasangan terbabit mempunyai enam anak berusia antara tiga dan 16 tahun.*

          *SHANGHAI: Sembilan orang dilaporkan terperangkap selepas bangunan pusat jualan kenderaan runtuh yang dalam proses pengubahsuaian, runtuh dalam kejadian di Shanghai, China, hari ini.*
            *Bagaimanapun, anggota penyelamat berjaya mengeluarkan 11 mangsa daripada insiden runtuhan yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, lapor AFP.*
           *Kejadian disahkan oleh biro penyelamat kebakaran, Kementerian Pengurusan Kecemasan China di akaun media sosial.*

          *MANILA: Filipina memanggil pulang dutanya di Kanada selepas Ottawa gagal mengambil balik 69 kontena sampah dari negara itu selepas tarikh akhir yang ditetapkan pada 15 Mei.*
        *Bulan lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengancam ‘mengisytiharkan perang’ terhadap Kanada dan beliau sendiri akan menghantar sampah terbabit kembali ke Kanada.*
         *Kanada kemudiannya menyatakan ia akan mengatur untuk mengambil balik sampah terbabit namun tidak menyatakan bila.*
          *"Kita mengekalkan delegasi kecil diplomatik di Kanada sehingga isu sampah berkenaan selesai,” kata Menteri Luar Filipina, Teodoro Locsin, melalui Twitter semalam.*

          *Munich: Polis di Jerman menyiasat lima kematian misteri termasuk tiga membabitkan penggunaan busar silang yang dipercayai mungkin pakatan bunuh dan membunuh diri antara kumpulan yang taasub kisah rakyat dan persenjataan Zaman Gelap.*
          *Polis yang menyiasat tiga kematian awal berkata, mereka menemui wasiat dua mangsa dalam bilik hotel tanpa tanda pergelutan atau pembabitan orang lain. Kes pelik itu menghairankan Jerman, selepas tiga mayat ditemui pada Sabtu lalu di sebuah hotel di Passau, disusuli mayat dua wanita di Wittingen pada Isnin lalu.*
           *Pendakwa Passau, Walter Feiler dilaporkan berkata: “Setakat ini yang jelas cuma hakikat bahawa ada lima mayat. Semua yang lain masih samar.”*

          *BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki mengejutkan jirannya apabila dilihat bergayut di birai tingkap rumahnya di tingkat 13 sebuah apartmen selepas memanjat keluar ketika ditinggalkan bersendirian oleh datuknya.*
              *Kejadian di selatan China itu disedari oleh jiran mereka, Zhou Shaoting yang tinggal di tingkat bawah selepas terdengar suara kanak-kanak berusia lima tahun itu menangis.*
           *Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menarik sebuah kerusi ke tepi tingkap dan memanjat keluar sebelum terperangkap di luar.*

           *KHARTOUM: Majlis Kerajaan Sementara Tentera Sudan (TMC) mahu undang-undang Islam kekal menjadi asas panduan dalam merangka draf perundangan baru negara itu.*
          *TMC yang mempunyai 10 anggota mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab satu draf perundangan yang dikemukakan oleh kumpulan penentang dan parti politik.*
         *Pemimpin TMC berkata, draf itu meminggirkan undang-undang Islam yang sepatutnya menjadi asas kepada semua undang-undang.*

           *SAN FRANCISCO: Facebook semalam mengumumkan ia mengetatkan akses untuk perkongsian video secara langsung untuk mengelak penyebaran berleluasa rakaman mengerikan seperti berlaku ketika pembunuhan beramai-ramai di Christchurch.*
         *Mereka yang melanggar peraturan tertentu, termasuk ‘individu dan organisasi berbahaya’ akan disekat daripada menggunakan ciri ‘live streaming’ Facebook, kata naib presiden integriti, Guy Rosen.*

          *KIEV: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditemui rentung di dalam kereta bapanya selepas bermain dengan mancis ketika ditinggalkan bersendirian di halaman rumah dalam kejadian di Kozatske, selatan Ukraine, kelmarin.*
               *Mirror Online melaporkan, bapanya sebelum itu meletakkan kereta di halaman rumah sebelum anaknya dikenali sebagai Oryna memanjat masuk ke dalam kenderaan terbabit.*
          *Kanak-kanak terbabit dikatakan terjumpa dan bermain dengan sekotak mancis hingga mencetuskan kebakaran.*

           *BEIJING: Seorang suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan sanggup mengayuh basikal merentasi lima wilayah di China dalam usahanya untuk melarikan diri.*
         *Bagaimanapun, selepas setahun diburu polis, lelaki dikenali sebagai Jia berusia 49 tahun itu berjaya ditahan polis di Jingmen, Wilayah Hubei, awal pagi Ahad lalu, lapor South China Morning Post.*
           *Dia ditahan pegawai polis, Feng Lin selepas berkelakuan mencurigakan apabila mengayuh basikal sambil membawa beg pakaian kira-kira jam 2 pagi sebelum diminta menunjukkan kad identiti.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *Polis meminta keluarga seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui berkeliaran di Puncak Alam Fasa 2, Shah Alam, Selangor, supaya tampil bagi membantu siasatan.*
          *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya mengesan satu video tular berhubung kanak-kanak itu yang berjalan bersendirian di kawasan berkenaan.*
         *”Kanak-kanak itu ditemui seorang lelaki yang kemudian menghantarnya semula kepada bapanya. Bapa kanak-kanak itu dikatakan sedang tidur di rumah,” katanya.*

         *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan akan menjalankan siasatan berhubung penularan video mengenai seekor tapir yang tersesat dan berlari di Taman Pertang, Jelebu, semalam.*
        *Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, biarpun video itu tular di WhatsApp, pihaknya belum menerima aduan rasmi daripada penduduk taman terbabit.*
         *Jika benar haiwan itu berkeliaran katanya, penduduk diminta tidak mencederakannya.*

         *SEKOLAH Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 2, Johor Bahru berjaya memecah Guinness World Records selepas mengumpul 2,869 murid untuk sesi pembelajaran alat muzik, ukulele.*
          *Rekod terbaharu itu sekali gus melebur rekod lama yang dicatat sebuah sekolah di Jepun pada 2014 yang menghimpunkan 2,400 murid.*
          *Wakil Ibu Pejabat Guinness World Record di London, Brian Sobel mengumumkan kejayaan itu selepas lima murid terkeluar daripada percubaan memecahkan rekod dunia berkenaan.*

         *SIKAP ‘troll’ yang membarah dalam penggunaan media sosial dipercayai punca remaja perempuan berusia 16 tahun terjun dari tingkat tiga bangunan di MJC Batu Kawa, Kuching, Isnin lalu.*
         *Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, tindakan tidak sensitif terhadap masalah kenalan dalam media sosial, selain suka memperlekehkan perlu dihentikan.*
          *”Saya percaya, warga maya yang mengundi ‘D’ tidak terfikir bahawa perbuatan mereka itu boleh membawa padah. Saya berharap mereka yang terabit mengambil pengajaran dan bersikap lebih sensitif, bertanggungjawab dan matang dalam perbuatan pada masa depan.*

        ♂ *KUALA LUMPUR: Sebotol kecil air mineral dan sebiji kurma menjadi juadah berbuka puasa anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan keadaan lalu lintas terkawal, sekali gus memudahkan perjalanan pengguna jalan raya pulang berbuka di rumah atau ke destinasi masing-masing.*
         *Lebih mengharukan, sebaik selesai berbuka puasa di tepi jalan raya, pasukan terbabit kembali meneruskan tugasan sehingga keadaan lalu lintas terkawal sepenuhnya.*
       *Pengorbanan pasukan keselamatan itu rutin harian mereka sebelum menikmati juadah sebenar jam 9 malam selepas tamat bertugas.*

         *KUALA TERENGGANU: “Saya memang teringin sangat merasa suasana berbuka (puasa) di sini, dengan pemandangan jambatan ‘drawbridge’.*
         *”Ternyata tak sia-sia saya datang dari Besut sejauh lebih 100 kilometer (km) bila dapat menyaksikan dan merasai sendiri suasana iftar di sini,” kata Busyairi Rahman, 23, dari Kampung Padang Baloh, Besut.*
           *Busyairi ditemui ketika sedang menanti waktu berbuka puasa di dataran Taman Syahbandar di sini, kelmarin.*

         *KEMELUT rumah tangga penyanyi kontroversi, Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.*
            *Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, yang sebak melafazkan talak satu pada 3.45 petang itu di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.*
          *Permohonan cerai itu difailkan Bella Astillah selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.*

          *“SAYA lega kerana semuanya sudah selesai, tumpuan kini kepada diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Syukur berkat sokongan keluarga, emosi saya terkawal dan reda dengan ketentuan ini,” kata Ain ‘Afini Latif, 23, yang sah diceraikan dengan talak dua semalam.*
          *Dia sah diceraikan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25.*
         *Ain berkata, dia akan menuntut nafkah untuk anaknya selepas kelahiran bayi itu yang dijangka pada 10 Julai ini.*

          *BANGKOK: Budak perempuan berusia 12 tahun yang menjadi bintang YouTube Thailand melalui video solekannya sejak berusia empat tahun, menyambut hari jadinya dengan membeli BMW berharga hampir RM800,0000 walaupun tiada lesen memandu.*
           *Natthanan Sanunrat dari wilayah Chonburi, Thailand, yang mempunyai lebih satu juta pengikut di YouTube, membelanjakan 6 juta baht (RM790,000) bagi membeli BMW 7 Series sebagai hadiah untuk hari jadinya bulan lalu.*
         *Menurut Daily Mail, Natthanan berkata, walaupun masih muda dan tidak boleh memandu kerana tiada lesen memandu, dia sanggup menunggu lapan tahun lagi untuk bergaya dengan kereta baru itu dan buat masa ini, kereta terbabit diserahkan kepada ibu bapanya.*

            *WASHINGTON: Sebuah pesawat pengebom kalis radar F-35 Amerika Syarikat mengalami kerosakan bernilai jutaan ringgit selepas bertembung dengan burung ketika hendak berlepas dari pangkalan udara di Jepun.*
           *Menurut kenyataan Tentera Marin Amerika kelmarin, pesawat F-35B milik Kumpulan Pesawat Ke-12 Marin terpaksa membatalkan pelepasan akibat dilanggar burung.*
          *Gambar yang tular di media sosial menunjukkan kesan perlanggaran dengan burung di bahagian bawah pesawat.*
            *Laporan kerosakan belum siap namun Marin meletakkan kejadian itu sebagai kategori A yang bermaksud kerosakannya melebihi AS$2 juta (RM8.32 juta)*

          *GAYA dipamer pemain sayap Orlando Pirates, Thabo Qalinge ketika beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Afrika Selatan, semalam dikatakan ‘terlalu menunjuk-nunjuk’.*
          *The Pirates, bakal menamatkan saingan di tempat kedua saingan utama liga negara itu, menang pada perlawanan mengatasi Polokwane City dengan 3-0.*
          *Menyedari pasukannya meraih tiga mata pada perlawanan itu, Qalinge sempat menunjukkan aksi kononnya dia menggelecek pada kemahiran tahap dewa melepasi pemain pasukan lawan.*
         *Bagaimanapun, apa dilakukannya itu yang tular di media sosial mendapat reaksi peminat bolasepak negara itu dan tidak kurang mengatakannya lucu dan menghiburkan.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SATU 18 AY 2019 ASHI ERSAAAN 13 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0531*
*SUBUH : 0541*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1312*
*ASAR : 1635*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2034*

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 17may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *LELAKI warga Nigeria ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin yang ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya, Rabu lalu. Perintah reman dikeluarkan Majistret A Akhiruddin@boy Acho di Mahkamah Majistret Sepang, pagi ini. Suspek utama berusia 30-an itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang jam 11.12 pagi sambil dikawal oleh anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.*

               2) *“Arwah seorang yang sangat baik, malah kebaikannya turut diakui oleh rakan sekerjanya.” Kata Ali Azizan Mohd Salleh, 40-an, sepupu kepada Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di Cyberjaya, kelmarin. Terdahulu, Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu selepas kali terakhir dilihat di kawasan tempat letak kereta di hospital berkenaan.*

               3) *TIGA rakyat Malaysia termasuk seorang wanita adalah tali barut sindiket penyeludupan migran di Wang Kelian, Perlis, menurut Inspektor Mohd Suffian Abdul Rashid. Saksi ke-33 Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem dan kubur di Wang Kelian itu berkata, siasatan polis mendapati wujud transaksi dalam akaun mereka dengan waris pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan di kem transit di sempadan Malaysia-Thailand sebelum Pati terbabit dibebaskan untuk memasuki Malaysia.*

               4) *SERAMAI 9,910 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menerima sumbangan duit raya menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sumbangan duit raya itu membabitkan peruntukan sebanyak RM495,500 yang akan diberikan kepada semua pelajar yang mengambil pengajian diploma dan ijazah. Katanya, setiap pelajar akan menerima duit raya sebanyak RM50 setiap seorang termasuk pelajar bukan Muslim.*

               5) *DUA beranak antara 13 individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah dalam Operasi Cegah di sekitar Tuaran, malam tadi. Dua beranak berusia 22 dan 47 tahun itu ditahan ketika leka menghisap dadah di kediaman mereka di Kampung Giling Laut.*

               6) *KERAJAAN Pahang mengumumkan pemberian bonus khas sempena Aidilfitri berjumlah RM600 kepada kakitangan awam negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bonus raya itu tertakluk kepada gred perkhidmatan 54 dan ke bawah membabitkan kira-kira 8,000 penjawat awam negeri itu. “Nilai RM600 ini merupakan kenaikan RM100 berbanding pemberian RM500 pada tahun lalu.*

               7) *HANYA dua daripada 4,722 pesalah trafik yang dirakam melakukan kesalahan menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di Terengganu, membayar denda di mahkamah.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Zulkarnain Mat Yasin berkata, jumlah itu membabitkan tempoh September 2018 hingga awal bulan ini.*

               8) *PEKERJA syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu, antara Februari dan Mac lalu. Mohamed Amir Khan Mohamed Yusof, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Haslinda A Raof.*

               9) *REMAJA lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Rambai, Melaka, malam tadi. Dalam kejadian jam 11 malam, mangsa, Ku Muhammad Arshad Abdullah, 15, yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Rambai maut di lokasi kejadian.*

               10) *BEKAS banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, hari ini atas tuduhan membunuh isterinya di Taman Krubong Permai, Tanjung Minyak, Melaka, bulan lalu. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, A Ganesh, 45, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Teoh Shu Yee. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian terhadap isterinya, S Vijeyanthy, 39, di bilik utama sebuah rumah di Taman Krubong Permai, Tanjung Minyak pada 5.30 pagi, 29 April lalu.*

               11) *Pejabat Agama Islam daerah Kuantan, Pahang, tidak akan berkompromi terhadap pemilik premis makanan yang mengiklan dan promosi hidangan Ramadan tetapi tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Kadi daerah, Abdul Zaki Md Zain berkata, premis makanan bukan pemegang SPHM yang menyediakan menu dan hidangan berbuka puasa supaya tidak membuat sebarang pengiklanan atau promosi yang mengandungi perbahasan halal.*

               12) *KAKITANGAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah atas dua dakwaan menggunakan wang palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, hari ini. Mengikut pertuduhan pertama, Mas Fadila didakwa menggunakan sekeping not RM100 palsu bernombor siri BF 4118883 di sebuah kedai gajet di Bahau, Jempol pada jam 9 malam, 24 September tahun lalu.*

               13) *SERAMAI 500 pengguna jalan raya menerima agihan bubur lambuk daripada Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pahang, semalam. Pengguna yang melalui Jalan Gambut, Kuantan berpeluang mendapat bubur percuma itu yang menjadi menu pilihan MARA Pahang serta Kelab Kebajikan dan Sosial MARA (KKSM) Pahang untuk disumbangkan.*

               14) *Hasrat seorang pemilik spa di Kuantan, Pahang, membuat pinjaman peribadi untuk dijadikan modal tidak kesampaian apabila dia kerugian RM31,090 ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada 26 April lalu, mangsa wanita berusia 34 tahun mencari iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook bagi membuat pinjaman peribadi untuk dijadikan modal membesarkan perniagaan.*

               15) *OPERATOR kilang maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah lori satu tan di Kilometer 8 Jalan Kunak-Lahad Datu, Kunak, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Mohammad Aiman Amiruddin, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah kedua-dua bahagian paha selain mengalami kecederaan dalaman.*

               16) *LELAKI warga Myanmar berusia 30 tahun maut selepas ditindih lori yang dipandunya di Ladang Aring 5, dekat Gua Musang, malam tadi. Dalam kemalangan jam 10 malam itu, mangsa yang belum diketahui identitinya mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum berjaya dibawa keluar empat jam kemudian.*

               17) *Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki bersama adiknya yang berusia 10 tahun dan merampas 14,800 bungkus rokok tanpa cukai di Simpang Tabin, Lahad Datu, Sabah, semalam. Dalam kejadian jam 7.18 pagi itu, semua rokok itu ditemui di tempat duduk belakang van yang dipandu suspek berusia 26 tahun.*

               18) *SERAMAI 977 pelajar sekolah menengah di daerah ini menerima Biasiswa Sekolah Menengah Negeri Pahang di Dewan Majlis Daerah Jerantut, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Nazri Ngah berkata, sebanyak RM300 diberikan kepada setiap pelajar melalui peruntukan Yayasan Pahang (YP) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar.*

               19) *DUA rumah setingkat di Taman Keladi, Sungai Petani terbakar pada jam 12.30 tengah malam tadi. Rumah yang didiami mekanik berusia 40-an musnah 80 peratus manakala sebuah lagi hanya membabitkan 0 peratus. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Muhamad Aslan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.40 tengah malam sebelum tiba di lokasi sembilan minit kemudian.*

               20) *PERBADANAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan berjaya mengumpul 862.8 kilogram (kg) makanan di Bazar Ramadan Paroi, Seremban dan Bandar Baru Nilai menerusi Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran sejak Isnin lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, makanan yang tidak terjual diagih kepada golongan memerlukan selain disumbangkan kepada masjid bagi kegunaan moreh.*

               21) *TUJUH kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian kebakaran jam 4.06 pagi.*

               22) *PENDATANG asing tanpa izin (PATI) warga Thailand mampu menjana pendapatan sehingga RM2,000 sebulan dengan hanya mengambil upah sebagai penoreh getah, mengadun baja dan bekerja sampingan lain di negara ini. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perlis, Basri Othman berkata, perkara itu diakui oleh seorang PATI yang ditahan pihaknya dalam satu operasi khas di sebuah penempatan kongsi di Padang Besar awal pagi tadi.*

               23) *POLIS menahan seorang penganggur selepas dipercayai memukul isteri dan dua anaknya di sebuah rumah di Taman Seri Emas, Kuala Kangsar, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan dibuat isterinya pagi semalam.*

               24) *REMAJA maut selepas motosikal ditunggang merempuh seekor kuda di Kilometer (KM) 89 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Merapoh dekat Lipis, malam tadi. Kejadian jam 9.40 malam itu mengakibatkan Muhamad Shukri Che Aris, 22, beralamat di Kampung Persit Merapoh, Gua Musang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.*

               25) *KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 25 Julai ini untuk pendengaran hujahan bantahan awal balu dan tiga anak bekas menteri, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis terhadap permohonan tuntutan sijil faraid oleh ibu Jamaludin, Aminah Abdullah. Tarikh ditetapkan Hakim Syarie Zaim Md Yudin pada prosiding sebutan kali pertama di hadapannya, semalam.*

               26) *KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang kakitangan Pos Malaysia ke tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit selepas melanggar babi hutan di Kilometer 27 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Jeram di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu mangsa, Muhammad Afiq Muslih, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

               27) *KUALA LUMPUR: “Program makanan percuma ini sangat bermakna bagi mahasiswa kurang berkemampuan tambahan pula baki pinjaman hanya cukup untuk menampung perbelanjaan hingga akhir semester,” luah Sri Mulyati Setu, 23. Dia yang juga penuntut Sarjana Muda, Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) antara 100 penerima bantuan agihan makanan berbuka puasa menerusi program Senyum Ramadan anjuran Helping Hands Project (HHP) dikendalikan sepenuhnya mahasiswa UM.*

               28) *PENDUDUK Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru gempar apabila menemui rangka wanita di dalam rumahnya 11.20 malam Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk memaklumkan penemuan mayat di tingkat 15, Blok C Flat Larkin.*

               29) *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi ditahan kerana menceroboh rumah bekas isterinya di Hulu Klang. Difahamkan, lelaki itu ditahan antara 5.30 petang hingga 7 malam selepas dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Hulu Klang. Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki itu membuat kecoh dan memecahkan pintu depan rumah bekas isterinya.*

               30) *POLIS Kontinjen Terengganu menahan 90 individu termasuk 14 orang yang dikehendaki polis dipercayai terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah tidak termasuk dadah dalam Ops Mega yang berakhir hari ini. Dalam operasi selama sebulan bermula 15 April lalu itu, polis turut menahan 303 individu terbabit dalam kegiatan jenayah dadah termasuk penagihan dan pengedaran serta lima orang disabitkan dengan pelbagai kesalahan jenayah komersil di seluruh negeri itu.*

               31) *PROJEK Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2) akan mula membekalkan 325 juta liter air terawat kepada penduduk Lembah Klang Ogos ini. Jumlah itu merangkumi 25 peratus bekalan air terawat daripada fasa pertama projek terbabit. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) Abdul Hadi Ali berkata, bekalan air terawat itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 325,000 akaun pengguna.*

                32) *KERAJAAN negeri menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengenai institusi masjid di Johor adalah zon bebas politik kepartian. Sultan Ibrahim turut bertitah masjid adalah tempat bagi mereka yang mahukan tempat menenang dan mententeramkan jiwa, mendekati dirinya dengan Allah SWT. Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kesilapan atau pelanggaran yang mana terdapat ahli politik mengadakan ucapan di sebuah masjid, baru-baru ini.*

                33) *KERAJAAN mengambil pendekatan tertentu dalam menangani isu kos sara hidup rakyat selepas memasuki tahun kedua mentadbir negara. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menggalakkan majikan memberi keutamaan kepada pendapatan pekerja supaya mendapat manfaat daripada pembangunan negara.*

                34) *KAWALAN sempadan negara dipertingkat bagi mengelak kemasukan mercun dan bunga api secara haram menjelang sambutan Aidilfitri nanti. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tugas pemantauan dan risikan dilipat gandakan supaya aktiviti penyeludupan dapat dibanteras dengan lebih berkesan. Katanya, penyeludup akan mengambil kesempatan membawa mercun dan bunga api terutama pada Ramadan berikutan permintaan yang tinggi.*

                35) *ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) bercadang membuat pemotongan gaji kakitangan secara sukarela untuk disalurkan kepada Yayasan ATM bagi membantu anak yatim dan saudara baru. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah meluluskan penubuhan yayasan terbabit, minggu lalu.*

                36) *MEMILIH pasar raya sebagai tempat berurusan, namun strategi dua lelaki aktif mengedar dadah di sekitar ibu negara dihidu pihak polis sebelum ditahan bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM609,515. Dua lelaki berusia 25 dan 37 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berbeza di Kepong dan Petaling Jaya, Selangor, Isnin lalu.*

                37) *ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan siasatan berhubung kes pegawainya berpangkat kapten yang ditahan, Khamis lalu. Pegawai itu disyaki terbabit dengan kes pecah kedai beg tangan berjenama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu.*

                38) *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) yakin polis melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan kes dan menghormati perasaan keluarga.*

                39) *SEBANYAK 40 peratus pembedahan elektif terpaksa dibuat penjadualan semula berikutan gangguan tekikal mengakses data pesakit sedia ada di Hospital Selayang, yang berlarutan sejak dua minggu lalu. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini berkata, pembedahan elektif berkenaan terpaksa dibuat penjadualan semula kerana memerlukan sejarah laporan patologi kajian tisu, khususnya bagi kes-kes kanser.*

                40) *WUJUD kesedaran dalam kalangan peniaga mengenai keperluan menghormati Ramadan berdasarkan Aktiviti Menyantuni dan Penerangan Berunsur Nasihat (AMPUN) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diadakan sejak minggu lalu. Ini kerana, maklum balas daripada peniaga mendapati mereka memahami keperluan menghormati bulan puasa dan ia terbukti apabila jumlah mereka tidak menghormati Ramadan semakin berkurangan di premis dikunjungi Bahagian Penguatkuasaan JAWI.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *LOS ANGELES: Jet pejuang F-16 yang melakukan latihan rutin terhempas ke atas sebuah gudang di luar Pangkalan Simpanan Udara March di California Selatan semalam, tetapi juruterbang berjaya melonjak keluar dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.*
          *Akhbar Los Angeles Times memetik kenyataan pegawai bomba, melaporkan nahas menyebabkan kebakaran kecil dan gambar kemalangan di lokasi kejadian disiarkan di stesen televisyen KCAL-TV menunjukkan lubang pada bumbung bangunan itu.*
          *Jet itu terhempas kira-kira 3.30 petang ke atas gudang di hujung landasan, kata jurucakap Mejar Perry Covington.*

           *HANOI : Pihak berkuasa Vietnam menghukum mati 10 individu atas kesalahan menyeludup methamphetamine, ketamin dan ekstasi di seluruh negara menggunakan kereta api, lapor media negara itu hari ini.*
            *Media rasmi negara melaporkan, kumpulan terbabit didapati bertanggungjawab memindahkan 300 kilogram dadah dari utara Vietnam ke Ho Chi Minh antara 2015 dan 2016.*
            *Lima lelaki dan lima wanita dijatuhkan hukuman mati selepas perbicaraan minggu ini di Hanoi manakala dua lagi dihukum penjara seumur hidup.*

          *WASHINGTON: Dua lelaki yang disabitkan bersalah kerana membunuh menjalani hukuman suntikan maut semalam.*
           *Donnie Edward Johnson, 68, disabitkan pada 1984 kerana membunuh isterinya Connie Johnson di Memphis, Tennessee dengan melemaskan mangsa menggunakan plastik sampah.*
         *Manakala Michael Brandon Samra, 41, didapati bersalah pada 1998 kerana membunuh Randy Duke, teman wanita Duke Dedra Mims Hunt dan dua anak perempuan Hunt berusia enam dan tujuh tahun.*

         *PLAYA DEL CARMEN: Seorang wartawan dibunuh di bandar peranginan di pantai Caribbean di Mexico semalam selepas menerima ancaman maut, kata pihak berkuasa.*
         *Francisco Romero adalah wartawan kelima dibunuh di salah satu negara paling bahaya kepada media.*
          *Wartawan jenayah, Romero, yang menyertai program perlindungan kerajaan untuk wartawan dan aktivis, ditemui mati di luar kelab malam di Playa del Carmen, menurut pendakwa di negeri Quintana Roo.*
           *Pejabat pendakwa raya negeri membuka siasatan kes bunuh, malah Romero memfailkan aduan pada 12 April lalu berhubung ancaman bunuh diterimanya.*

         *STRASBOURG: Pakar bius di bandar raya Besancon di timur Perancis disyaki meracun pesakitnya ketika pembedahan bagi menyebabkan kegagalan jantung dan kemudian menyedarkan mereka semula.*
             *Dalam sembilan kejadian seumpama itu, pendakwa raya mendakwa dia gagal dan menyebabkan kematian.*
         *Majistret yang menyiasat menemui bukti mengaitkan Dr Frederick Pechier dengan 24 daripada 66 kes disyaki berlaku ketika prosiding pembedahan di kliniknya, kata pendakwa raya Besancon, Ettienne Mantaeaux, kepada wartawan semalam.*
          *Manteaux berkata, Pechier disyaki menyuntik dos tinggi potassium klorida atau ubat bius ketika pembedahan.*

          *CHICAGO: Polis mendakwa tiga orang semalam berkaitan pembunuhan seorang remaja hamil yang bayinya dikeluarkan daripada rahim mangsa selepas kematiannya.*
               *Polis berkata, Marlen Ochoa-Lopez, 19, diminta ke rumah seseorang dikenalinya pada 23 April dengan janji diberikan persiapan bayi percuma, sebaliknya mangsa dicekik sehingga mati dan bayinya dikeluarkan daripada rahim.*
          *Clarisa Figueroa, 46, dan anak perempuannya, Desiree, 24, didakwa membunuh dengan niat.*
        *Piotr Bobak, 40, yang digambarkan polis sebagai teman lelaki Figueroa didakwa dengan tuduhan menyembunyikan pembunuhan.*

            *BAGHDAD/WASHINGTON/TOKYO: Amerika Syarikat yang mendakwa Iran memberi restu kepada kumpulan militan sokongannya untuk mensabotaj kapal di Selat Hormuz, termasuk dua kapal tangki minyak Arab Saudi, beberapa hari lalu, mengarahkan kakitangan sokongan dikeluarkan dari kedutaannya di Iraq, bimbang ancaman militan.*
          *Tindakan Amerika itu meningkatkan kebimbangan terhadap ketegangan antara Washington dengan Iran di Teluk Parsi ditambah dengan keputusan Amerika menghantar dua armada kapal perangnya ke rantau itu selain sejumlah pesawat pengebom B-52.*
          *Kelmarin, Arab Saudi menyatakan dron bersenjata menyerang dua stesen mengepam minyaknya selepas dua kapal tangkinya rosak akibat serangan sabotaj dipercayai menggunakan dron di perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE).*

        *RATO DERO (PAKISTAN): Pihak berkuasa Pakistan bimbang lebih ramai dijangkiti HIV selepas ujian sejak beberapa minggu lalu, mengesahkan 400 orang, sebahagian besarnya kanak-kanak dijangkiti virus maut itu akibat perbuatan doktor palsu menggunakan peralatan, terutama jarum suntikan yang tercemar.*
          *Setiap hari, ibu bapa menunggu dengan resah ketika pegawai perubatan melakukan ujian darah terhadap anak mereka, termasuk di perkampungan Wasayo, pinggir bandar Larkana di wilayah Sindh.*
          *Pasukan polis dikerah mengawal lima bilik pemeriksaan yang siap dibina bulan lalu di perkampungan itu.*

          *MANILA: Filipina memanggil pulang dutanya di Kanada selepas Ottawa gagal mengambil balik 69 kontena sampah dari negara itu selepas tarikh akhir yang ditetapkan pada 15 Mei.*
           *Bulan lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengancam ‘mengisytiharkan perang’ terhadap Kanada dan beliau sendiri akan menghantar sampah terbabit kembali ke Kanada.*
         *Duterte, 74, yang terkenal dengan mulut celuparnya juga berkata, beliau akan melambakkan sampah itu di depan Kedutaan Kanada di Manila.*
          *Kanada kemudiannya menyatakan ia akan mengatur untuk mengambil balik sampah terbabit namun tidak menyatakan bila.*

          *MEDAN: Ratusan banduan melarikan diri dari penjara di Sumatera Utara semalam, selepas memulakan kebakaran ketika membantah layanan buruk terhadap banduan.*
          *Menurut pihak berkuasa, banduan di penjara yang menempatkan pesalah dadah itu membakar motosikal kakitangan penjara sebelum melepaskan diri dari penjara itu beramai-ramai.*
          *Menurut polis, ratusan banduan berjaya melepaskan diri namun sebahagian besar berjaya ditahan kembali.*
          *Bagaimanapun, Ketua Polis Sumatera Utara, Agus Andrianto, berkata pihak berkuasa masih memburu sekurang-kurangnya 100 lagi banduan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *EMPAT lelaki yang melepaskan tembakan ke udara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy, Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang, Ahad lalu, sudah ditahan polis.*
         *Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab berkata, suspek berusia 36 hingga 72 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, semalam.*
            *Menurutnya, semua suspek menyerah diri susulan video dan gambar yang tular mengenai kejadian itu di media sosial.*

          *“ALHAMDULILLAH hari ini genap setahun sejak mantan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh,” kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.*
         *Beliau berkata, namun perjuangan masih belum selesai dan perjalanan masih panjang dalam memungkinkan perubahan yang diimpikan.*
           *"Pembebasan saya setahun lalu ternyata mengesankan saya dan keuarga,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.*
            *Pada 16 Mei 2018, beliau diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.*

          *“ADA pelajar memberikan saya wang RM50 dan saya masih simpan sehingga kini,” kata penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail, 62.*
             *Menurutnya, wang terbabit diberikan seorang pelajar yang mendapat keputusan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana dikatakan memberi inspirasi kepadanya yang sebelum itu tidak berminat untuk belajar.*
             *”Saya terkejut kerana pelajar terbabit secara tiba-tiba memberitahu yang dia mula bersemangat selepas mendengar satu ceramah motivasi disampaikan saya di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu.*
          *”Mungkin ada kata-kata dalam ceramah itu yang menjadi inspirasi kepada pelajar terbabit kerana dia sebelum itu tidak bersemangat untuk belajar,” katanya.*

          *“SAYA anggap perceraian ini teguran keras daripada Allah. Saya cuba untuk kuatkan diri dan teruskan hidup dengan keluarga. Saya minta orang ramai untuk doakan Bella dan anak kami juga,” kata penyanyi Aliff Aziz selepas sah bercerai dengan isterinya, Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.*
         *Aliff, 28, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz berjanji untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik. Malah, Aliff mengakui sudah bersedia dengan keputusan untuk bercerai.*
            *”Saya tahu ramai yang akan bercakap keputusan ini disebabkan perbuatan saya. Apa boleh dikatakan, saya manusia biasa dan tidak mencari alasan. Saya sudah diberikan yang terbaik sejak lima tahun lalu.*

          *NEW YORK: Arkitek terkemuka Amerika Syarikat, I.M. Pei, yang menghasilkan rekaan Muzium Louvre meninggal dunia pada usia 102 tahun semalam, kata firma seni bina anak lelakinya.*
           *Selain muzium terkenal Paris itu, Pei, yang lahir di China juga mereka bentuk menara Bank of China setinggi 72 tingkat di Hong Kong dan Muzium Seni Moden di Athens, hasil kerja yang dilihat sebagai memasukkan ciri moden dengan ciri sejarah.*
          *Di Amerika Syarikat, Pei terkenal dengan rekaan East Building di Galeri Seni Kebangsaan di Washington.*
           *"Arkitek kontemporari cenderung memasukkan ciri moden ke atas sesuatu. Ada sentuhan sejarah tetapi ia tidak mendalam.*
                 

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 20 AY 2019 ASHI ERSAAAN 15 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0531*
*SUBUH : 0541*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1313*
*ASAR : 1636*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2034*


*artikel disiarkan pada tarikh 19may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“SAYA memang fobia kerana rasa seperti ada orang mahu ‘bunuh’ saya dengan apa yang berlaku ini sekali gus ia disifatkan kejadian pertama paling menakutkan dalam hidup.” Begitu kata Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Norhayati Ahmad, 40, yang menerima dua ancaman ‘keras’ dalam tempoh kurang tiga minggu. Ancaman pertama diterima pada 28 April lalu apabila tembok depan rumah dan dua kenderaannya disimbah cat merah, sebelum bahagian atas sengkuap di hadapan rumah terbakar akibat bom petrol (molotov cocktail) pada 13 Mei lalu.*

               2) *MANSUH atau tidak program matrikulasi, itu persoalannya. Ramai bijak pandai Bumiputera berjaya dilahirkan menerusi program ini yang diperkenalkan sejak 1998. Penyediaan kuota 90 peratus pelajar Bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera turut menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian khasnya dalam bidang sains. Bagaimanapun, ada cadangan supaya program matrikulasi dimansuhkan kerana kononnya sudah tidak relevan.*

               3) *KETUA Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang mati dibunuh di kondominium di Cyberjaya, Khamis lalu, mengenali suspek warga Nigeria sejak Januari lalu selepas berkenalan melalui media sosial. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 30 tahun pernah bertemu dengan mangsa di unit kondominium berkenaan.*

               4) *SERDANG: Kaut untung berjuta ringgit setahun melalui kegiatan memalsukan hampir semua jenis minyak enjin kenderaan dan minyak kotak gear jenama terkemuka sebelum diedarkan ke seluruh negara. Malah, sindiket dikesan menambah jumlah penghasilan produk palsu itu berikutan menyedari peningkatan permintaan pengguna untuk menyelenggara kenderaan sebelum pulang ke kampung untuk Aidilfitri.*

               5) *PERBUATAN terkutuk guru lelaki sebuah sekolah rendah di Lawas yang menjadikan lima muridnya sebagai tempat melampiaskan nafsu terbongkar apabila ditahan di Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu, 7.30 malam tadi. Difahamkan guru berusia 31 tahun dan sedang bercuti di Kota Kinabalu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas susulan laporan yang dibuat beberapa jam sebelum itu.*

               6) *DATUK Seri yang diburu polis bagi membantu siasatan kejadian serangan terhadap sebuah pusat hiburan di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur 3 Mei lalu menyerah diri Jumaat lalu. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, lelaki itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields 3 petang.*

               7) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan barangan keperluan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini mencukupi serta terkawal. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bekerjasama untuk memastikan bekalan makanan utama seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan telur cukup bagi tempoh bermula 21 Mei hingga 19 Jun depan.*

               8) *LEBIH 6,000 penerima manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), sudah melakukan saringan kesihatan yang dilaksanakan di 1,762 Klinik Kesihatan Kerajaan dan swasta berdaftar di seluruh negara sejak diperkenalkan 15 April lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, perkembangan itu dilihat sangat menggalakkan berikutan tahap kesedaran tinggi penerima untuk melakukan saringan kesihatan.*

               9) *LELAKI maut dipercayai ditetak dengan parang selepas berlaku pergaduhan antara dua kumpulan di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh, Ipoh hari ini. Difahamkan, mangsa berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas parah di beberapa bahagian badan akibat ditetak.*

               10) *LELAKI maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, pagi tadi. Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Muhammad Azam Shafie Salleh, 26, cedera parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia sebaik mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).*

               11) *JABATAN Imigresen menjalankan pemeriksaan yang lebih ketat terhadap warga Afrika yang berada di negara ini, sama ada di pintu masuk negara atau melalui operasi yang dijalankan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sejarah perjalanan dan rekod keluar masuk mereka ke Malaysia turut diteliti bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah sebelum ini.*

               12) *DUA pemandu mabuk dikesan dalam sekatan jalan ‘Op Mabuk’ yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, awal pagi tadi. Pemeriksaan yang bermula jam 1 pagi itu dijalankan di beberapa jalan utama sekitar bandar raya Kota Kinabalu.*

               13) *TIGA maut manakala 11 yang lain cedera termasuk tujuh parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X -Trail dinaiki terbabas di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, Bagan Serai hari ini. Dalam kejadian 7.30 pagi itu, tiga maut dipercayai warga Myanmar manakala yang cedera termasuk parah juga adalah warga asing.*

               14) *PEMINDAHAN Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India ke Jalan Raja adalah tindakan terbaik yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, pemindahan itu juga akan dikekalkan pada tahun akan datang sekiranya mencapai objektif yang diinginkan.*

               15) *TAKTIK baru penyeludupan menggunakan Tasik Ah Ning sebagai tempat menyeludup mercun dan bunga api dari sempadan negara jiran terbongkar apabila lelaki tempatan ditahan polis semalam. Polis turut merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dipercayai diseludup menggunakan laluan air dari Sebayoi, Thailand ke Tasik Ah Ning, Padang Terap.*

               16) *“SAYA rasa seronok dan puas,” kata Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran, Mohd Amri Rusli, 36, selepas melakukan lafaz akad fitrah dibantu penterjemah di Masjid Tuanku Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya, semalam. Mohd Amri yang juga Pengasas #SignOn berkata, sebelum ini, dia hanya baca akad dalam hati dan akui tidak puas dengan hanya membaca dalam hati sahaja.*

               17) *INDIVIDU yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya pada 22 Mac lalu berjaya diberkas di Jelempok, Arau, semalam. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu suspek lelaki yang juga penganggur berusia 36 tahun direman empat hari mulai semalam sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.*

               18) *KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menggagalkan cubaan menyeludup 3,500 bungkus rokok di tepi pantai Cowie Bay, Jalan Tawau Lama, Tawau, malam tadi. Ia berikutan maklumat yang disalurkan oleh orang awam sebelum sepasukan pegawai dan anggota diketuai Deputi Superintendan Jaffri Othman menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan pada jam 10.40 malam.*

               19) *GARA-gara ingin menghalau kera di kebun menggunakan mercun bola, seorang lelaki cederaparah di tangan kirinya apabila mercun itu meletup ketika berada di dalam genggamannya di Kampung Changhai, Sik, semalam. Mangsa, Omar Mohd Akhir, 34, yang mengambil upah menjaga kebun sejak setahun yang lalu dikatakan keluar tidak lama selepas waktu berbuka puasa untuk ke kebun terbabit.*

               20) *JABATAN Imigresen menjalankan pemeriksaan yang lebih ketat terhadap warga Afrika yang berada di negara ini, sama ada di pintu masuk negara atau melalui operasi yang dijalankan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sejarah perjalanan dan rekod keluar masuk mereka ke Malaysia turut diteliti bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah sebelum ini.*

               21) *POLIS mengesahkan penahanan Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong, hari ini bagi membantu siasatan kerana dipercayai mengugut Ketua Polis Daerah (OCPD) Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan pada Khamis lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, Loo ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut pada 3 petang hari ini selepas dipanggil bagi membantu siasatan.*

               22) *IDEA kreatif pengurusan Hospital Besut mewujudkan projek Lemari Kasih dengan menyediakan makanan dan minuman untuk berbuka serta bersahur secara percuma sepanjang Ramadan mendapat sambutan menggalakkan. Penyelaras projek Hasnim Emilia Abdul Ghani berkata, projek yang julung kali diadakan itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang makanan kepada warga hospital terutama kepada pesakit rawatan luar, penjaga, waris, musafir dan kakitangan bekerja.*

               23) *KILANG memproses mi kuning dan kuey teow di Kepong, Kuala Lumpur diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki beroperasi tanpa sijil halal sah, kelmarin. Kilang yang beroperasi sejak 2003 itu diserbu 11 malam selepas dikesan tidak memperbaharui logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak sembilan tahun lalu.*

               24) *JABATAN Hidupan Liar (JHL) Sabah tidak menolak kemungkinan wujud sindiket menyeludup buaya dari negara jiran ke negeri ini berikutan penemuan 220 buaya di kawasan hutan bakau di Kampung Pasir Putih, Tawau, semalam. Pengarahnya Augustine Tuuga berkata, pihaknya sedang menyiasat secara terperinci kes penemuan buaya disimpan dalam guni dari Indonesia itu untuk mengetahui tujuan dan dalangnya selain sejak bila kegiatan berkenaan dijalankan.*

               25) *SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menahan sakit selepas tercucuk mata kail di tapak tangan kirinya, hari ini. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor dihubungi untuk memotong sebahagian mata kail yang tercucuk di tapak tangan kiri mangsa.*

               26) *WARDEN asrama yang disyaki meliwat dua pelajar tahfiz lelaki dan mencabul tiga pelajar lain di asrama mereka menginap di Simpang Empat, Kangar April lalu disambung reman tujuh hari lagi sehingga 24 Mei ini bermula semalam. Ketua Polis Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, tempoh lanjutan penahanan reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu bertujuan untuk melengkapkan lagi proses siasatan pihaknya berhubung kejadian liwat itu.*

               27) *SEORANG lelaki yang hilang ketika mencari siput berhampiran Jambatan Kampung Tebuk, Kampung Bharu, Sitiawan, semalam, ditemui lemas pada jam 9.30 pagi tadi. Mangsa, Mohd ‘Al-Hazaari Othman, 51, yang beralamat di Taman Kuala Kangsar, Kuala Kangsar ditemui terapung kira-kira 30 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.*

               28) *PENEROKA maut selepas Proton Saga dipandunya dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 60, Jalan Temerloh-Jerantut di Jengka, Maran semalam. Kejadian 5 petang itu mengakibatkan Mohd Nor Salim, 57, dari FELDA Lepar Hilir dekat Kuantan, maut di tempat kejadian akibat parah pada bahagian kepala.*

               29) *JABATAN Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesan terdapat lebih 10 laluan panas yang digunakan sindiket mencuri dan memindahkan balak di negeri itu. Antara laluan itu ialah Jalan Keratong-Segamat, Johor; jalan Keratong-Bahau, Negeri Sembilan dan Paloh Hinai-Belimbing, Kuantan. Pengarah JPNP Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, laluan itu adalah bersempadan dengan negeri jiran seperti Johor, Kelantan, Terengganu dan Selangor.*

               30) *TIGA puluh sembilan daripada 65 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria dipercayai terbabit dengan aktiviti keganasan berhubung dengan polis bagi menyatakan hasrat untuk pulang ke negara ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu membabitkan 10 lelaki dewasa, 11 perempuan dewasa, 12 kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.*

               31) *KECERIAAN terpancar di wajah 45 penuntut Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Nilai apabila mereka menerima duit raya dan pakaian baharu bagi meraikan Syawal berjumlah RM2,000 setiap seorang semalam. Penuntut keluarga B40 itu menerima RM1,600 yang dimasukkan ke akaun bank masing- masing selain RM400 untuk membeli kelengkapan Aidilfitri di pasar raya Mydin Seremban 2.*

                32) *PENDERITAAN lebih 10 tahun penduduk Bandar Botanik dan Ambang Botanik di Klang, yang berhadapan dengan masalah air tangki kumbahan yang mengalir ke rumah mereka bakal berakhir tidak lama lagi. Kegagalan sistem kumbahan jenis vakum itu membelenggu lebih 17,000 penduduk berkenaan sejak 2008 yang menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau busuk setiap hari berikutan pembentungan yang tidak efektif.*

                33) *PERTAMBAHAN kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) penting bagi meningkatkan kadar pematuhan had laju bagi lokasi yang kerap kemalangan serta dapat mengurangkan risiko berlakunya insiden itu. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak berkata, sesetengah lokasi tidak sesuai untuk ditempatkan anggota penguat kuasa, maka penggunaan teknologi seperti kamera AWAS dilihat tepat.*

                34) *“WANG tunai untuk kecemasan lebih RM1,000 dan pakaian untuk Hari Raya anak tidak sempat diselamatkan,” kata Bison Almin, 52, seorang penghuni daripada 15 rumah yang terbakar di Kampung Tembovo, Putatan, hari ini. Dalam kejadian 3.50 petang itu, kira-kira 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran yang meranapkan kediaman mereka.*

                35) *GELAP mata ditawarkan kerja menghantar barang dengan upah lumayan antara RM5,000 hingga RM6,000, empat lelaki tempatan dipergunakan sindiket untuk menghantar dadah ke Busan, Korea dan Taiwan. Kesemua suspek berjaya diberkas polis antara 15 Mei lalu hingga hari ini apabila cuba melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 bersama bekalan dadah methamphetamine dan ketamine yang dibalut pada badan dan disembunyikan dalam bagasi.*

                36) *POLIS menubuhkan pasukan ‘Task Force’ bagi mengesan warga Myamar yang juga pemandu dan penumpang hadapan kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X -Trail yang terbabit kemalangan di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, di Bagan Serai, hari ini, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal mendapati semua penumpang serta pemandu SUV berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.*

                37) *DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan menyifatkan pemergian pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, satu kehilangan besar kepada industri perniagaan produk kecantikan negara, khususnya di Kelantan. Yang Dipertuanya Mohd Ali Amin Abd Latif berkata, pemergian usahawan terkenal secara mengejut itu, pastinya memberi kesan kepada semua pihak, terutama anggota keluarga dan usahawan jenama produk berkenaan di seluruh negara.*

                38) *LIMA remaja ‘mat rempit’ diberkas polis selepas dikesan menunggang dan melakukan aksi bahaya di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) awal pagi tdi. Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kesemua mereka didapati menunggang secara melulu dan berbahaya di lebuh raya berkenaan dengan melakukan aksi ‘zig zag’ dan ‘wheelie’ di kawasan itu.*

                39) *LELAKI warga Yaman parah, manakala dua penunggang motosikal cedera dalam kemalangan membabit enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Genting Klang, Setapak, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku membabitkan kenderaan pacuan empat roda, kereta dan empat motosikal pada 3.20 pagi.*

                40) *POLIS Selangor membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sungai Siput yang mendakwa dicabul dan diaibkan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, wanita itu yang berusia 47 tahun, membuat laporan pada Khamis lalu.
“Dalam laporannya, dia mendakwa dia dicabul dan diaibkan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput (S Kesavan) dengan kejadian berlaku beberapa kali sejak Disember 2018.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *BEIJING: Seorang lelaki di China yang hanya dapat menggerakkan mulutnya akibat kecacatan kekal berusaha membantu ahli keluarganya melalui kemahirannya dalam seni kuno origami yang dibuat menggunakan gigi dan lidah.*
              *Gao Guangli, 29, dari wilayah Shandong, China timur, dilahirkan dengan Palsi Serebral.*
           *Dia melatih dirinya melipat kertas gula dalam reka bentuk rumit hanya menggunakan gigi dan lidahnya kemudian menjual ciptaan origaminya secara dalam talian hingga berjaya mengumpul peminatnya sendiri di platform video sosial Kuaishou, lapor South China Morning Post.*

           *LINCOLN, Amerika Syarikat: Seorang petani menceritakan detik-detik mengerikan dia memotong kakinya sendiri dengan menggunakan pisau lipat selepas terperangkap dalam mesin menyedut gandum.*
             *Kurt Kaser, 63, yang tinggal di Omaha tengah Nebraska berkata, kejadian itu berlaku pada bulan lalu ketika dia bekerja seorang diri dan secara tidak sengaja terpijak lubang pada penyedut gandum berkenaan.*
           *”Saya turun dari traktor dan terpijak lubang penyedut itu. Ia terus menyedut kaki kiri saya dan apabila saya cuba melepaskan diri, kaki saya disedut lebih dalam,” katanya kepada stesen televisyen KETV.*

           *CANBERRA: Senator yang pernah dikecam dan dipecahkan telur di kepalanya apabila menyalahkan pendatang New Zealand selepas serangan di Christchurch, gagal mempertahankan kerusi Senat.*
            *Stuff.co.nz melaporkan, Fraser Anning sebelum ini menjadi sasaran kecaman antarabangsa selepas mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan itu beberapa jam selepas insiden serangan pengganas di masjid yang membunuh 51 nyawa pada Mac lalu.*
          *Dia berdepan lebih banyak kritikan selepas menampar seorang remaja, Will Connolly atau ‘Budak Telur’ yang memecahkan telur di kepalanya susulan tindakannya itu.*

           *CAPE TOWN: Bintang Terminator, Arnold Schwarzenegger dikejutkan dengan kejadian tidak diingini apabila dia secara tiba-tiba ditendang dari belakang oleh individu tidak dikenali pada festival sukan di Afrika Selatan.*
             *Kejadian berlaku ketika dia merakam atlet lompat tali di sebuah gimnasium pada Festival Sukan Arnold di Pusat Konvensyen Sandton sebelum diserang, lapor Daily Mail.*
          *Tindakan itu turut menimbulkan rasa panik di kalangan orang ramai dan kanak-kanak yang melihat kejadian terbabit sebelum penyerang terbabit ditahan pengawal keselamatan.*

          *NOUMEA: Satu gempa bumi berukuran 6.8 magnitud dilaporkan berlaku di Pasifik Selatan di timur New Caledonia, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.*
           *Reuters melaporkan, gegaran itu bagaimanapun tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami serta laporan kemusnahan.*
         *Gegaran direkodkan berlaku pada jarak 179 kilometer di timur Tadine, Pulau Loyalty pada kedalaman 14 kilometer, kata USGS.*

         *TEGUCIGALPA: Lima pelancong termasuk seorang juruterbang maut selepas pesawat persendirian dinaiki terhempas di laut sebaik berlepas dari pulau Roatán island, dekat pantai Honduras, kata pihak berkuasa tempatan.*
          *Pesawat Piper PA-32-260 melakukan penerbangan ke bandar Trujillo yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Roatán yang sering dikunjungi pelancong Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Eropah, lapor Reuters.*
         *Jurucakap tentera, Jose Domingo Meza berkata, empat daripada mangsa berasal dari AS manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti kerakyatannya.*
              *Pada awalnya, anggota penyelamat memberitahu empat mangsa terbabit terdiri daripada warga Kanada.*

            *NEW YORK: Seorang lelaki yang berebut hak penjagaan anak dengan tunangnya mengikat anak perempuannya yang berusia tiga tahun pada kerusi kereta sebelum membakar kenderaan itu.*
          *Mail Online melaporkan, suspek, Martin Pereira, 39, ditahan kelmarin atas tuduhan membunuh anaknya, Zoey Pereira dalam kejadian yang berlaku pada 5 Mei lalu.*
              *Pereira didakwa mengikat anaknya pada kerusi kanak-kanak dalam kereta Audi A6 miliknya sebelum menyimbah petrol dan membakar kenderaan itu di sebuah taman di Queens, New York.*

           *Melbourne: Pemimpin pembangkang Australia, Bill Shorten mengumumkan kekalahannya selepas Parti Buruh pimpinannya tewas dalam pilihan raya umum negara itu.*
           *Shorten juga mengumumkan untuk berundur daripada jawatan ketua Parti Buruh.*
           *"Sudah jelas Parti Buruh tidak mampu menubuhkan kerajaan baru,” kata Shorten di hadapan penyokongnya yang masih belum dapat menerima keputusan itu.*

            *BANGKOK: Seekor anjing cacat dianggap wira selepas menemui dan menyelamatkan seorang bayi baru dilahirkan yang ditanam hidup-hidup di padang oleh ibunya yang masih remaja.*
          *Bayi itu ditemui ditimbus tanah berhampiran sebuah ladang di Chumpuang pada 15 Mei lalu selepas anjing bernama Ping Pong mengorek tanah dan menyalak memanggil tuannya yang juga gembala lembu.*
           *Anggota polis, Panuvat Udkam memberitahu AFP: “Saya rasa bayi itu baru ditanam ibunya sebelum ditemui anjing itu.”*

             *WASHINGTON: Doktor di Universiti Ohio State mendera secara seksual sekurang-kurangnya 177 pelajar lelaki hampir dua dekad dan tidak pernah dikenakan tindakan disiplin walaupun ada laporan mengenai tindakannya, menurut siasatan semalam.*
         *Richard Strauss, yang meninggal dunia pada 2005, melakukan penderaan itu ketika bertugas di universiti itu dari 1978 hingga 1998 dan kakitangan universiti menyedari dakwaan itu sejak 1979, menurut siasatan bebas selama 12 bulan itu.*
         *Siasatan meneliti dakwaan salah laku dari 1979 hingga 1997 yang dilaporkan bekas pelajar, 150 daripada mereka membuat laporan terus mengenai penderaan seksual yang dilakukan Strauss.*

           *KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengampunkan 560 banduan, sebahagian besar didakwa menyokong Ikhwanul Muslimin, kata dua sumber undang-undang semalam.*
            *Daripada 560 tahanan itu, 482 ditahan atas dakwaan berkaitan dengan Ikhwanul Muslimin, pergerakan Islam berusia sedekad yang mempunyai ramai pengikut, kata sumber.*
             *Seorang wartawan ternama, Abdel Halim Qandil yang dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun pada 2017 atas dakwaan menghina mahkamah turut diampunkan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *KELINCAHAN Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ‘beraksi’ memasak bubur lambuk resipi istimewa baginda di Masjid Jamek, Kampung Baru menarik perhatian anggota kariah dan orang ramai di sekitar kawasan itu.*
          *Rata-rata mereka teruja melihat kehadiran Tunku Azizah yang terkenal dengan hobi memasaknya, baginda tidak kekok menyingsing lengan baju menyediakan sendiri dua kawah bubur lambuk ayam dan daging, antara makanan tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.*
           *”Mak cik kali ertama tengok Raja Permaisuri masak, selalu dengar cerita dan tengok kat televisyen Tuanku pandai masak, ini tengok sendiri memang rasa gembiralah, memang nampak kehandalan Tuanku masak, tak sabar nak rasa air tangan Tuanku,” kata Siti Wahab, 65, anggota kariah di Masjid Kampung Baru selama 10 tahun.*

          *TAZKIRAH ringkas disampaikan mudir madrasah selepas pengebumian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad mengundang sebak di hati semua yang hadir.*
         *Tazkirah kira-kira lima minit oleh Mudir Madrasah Darul Saadah Al Islamiyah, Kampung Lebu, Bentong, Pahang, Zahari Al Yamani itu turut menyamakan sifat dermawan arwah Faziani, 40, persis isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah yang menginfaqkan hartanya ke jalan Allah sebelum dijemput Ilahi.*
          *Dalam ucapan didengari lebih 500 yang hadir, Zahari berkata, dia ditanyakan oleh Faziani kira-kira dua minggu lalu sebelum arwah ke Makkah menunaikan umrah, iaitu bagaimana caranya untuk dia manfaatkan hidupnya sepanjang Ramadan.*

          *“FATIMAH sempat bercakap dengan arwah (Adam) yang dipanggil Mamaji sebelum arwah meninggal dunia,” kata Nor Ashfarina Mahamed Ismail, 36, kakak kepada chef selebriti, Mohamad Adam, 29, yang meninggal dunia hari ini.*
         *Fatimah Omar Mukhlis adalah anak saudara arwah dan anak kecil yang popular di laman sosial Instagram dengan aksi comel bercakap dialek Kelantan walaupun membesar dan menetap di United Kingdom (UK).*
          *Nor Ashfarina berkata, Fatimah antara lapan anak saudara yang sangat rapat dengan arwah adiknya malah hampir setiap hari mereka saling berhubung melalui telefon ataupun panggilan video.*

         *“NETIZEN tak tahu macam mana perasaan kami apabila kehilangan orang tersayang. Kritikan mereka ‘out of control’,” kata Siti Khairani Mohd Kamarudin, 36, adik kepada Ketua Jururawat Hospital Serdang, Allahyarham Siti Kharina, 40 yang ditemui dibunuh di sebuah rumah di Cyberjaya, Rabu lalu.*
           *“Polis hanya memberitahu suspek utama itu sudah dicekup Jumaat lalu. Kami tidak mampu mengekang kritikan (netizen) dan semoga tuduhan dilemparkan mengalirkan pahala buat arwah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.*
          *Menurutnya, keluarganya tidak mampu mengawal media sosial dan terpulang kepada netizen sekiranya mahu mengutuk arwah kakaknya.*

          *SPESIS terakhir badak sumbu Sumatra jantan di Sabah yang dinamakan Tam kini berdepan masalah kesihatan serius.*
            *Badak Sumatra itu yang kini dianggarkan berumur lebih 35 tahun hilang selera makan dan kurang bertindak balas sejak April lalu.*
       *Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, Tam kini menerima rawatan perubatan dan perhatian 24 jam.*

          *NEVADA: Seekor kucing comot menjadi selebriti apabila orang ramai sanggup mengembara beratus kilometer semata-mata untuk melihatnya di lokasi tumpuan pelancong di Nevada Northern Railway, Amerika Syarikat.*
           *Daily Mail melaporkan, kucing berusia 11 tahun bernama ‘Dirt’ itu sudah dianggap sebagai sebahagian warga kerja dan duta di lokasi bersejarah di bandar Ely terbabit yang menempatkan pengangkutan kereta api enjin stim paling lama di negara itu.*
          *Beberapa gambar menunjukkan gelagat kucing berkenaan duduk dengan selesa di sekitar bilik enjin iaitu tempat dia dilahirkan.*
           *Hasil publisiti di media sosial, bandar kecil itu kini menerima lebih 30,000 pengunjung setiap tahun termasuk peminat Dirt.*

          *NEW YORK: Salah satu papan digital ikonik yang menghiasi Times Square, New York dilaporkan terbakar sebelum api berjaya dipadamkan dan insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan, kata pihak berkuasa.*
           *AFP melaporkan, kebakaran dipercayai bermula kira-kira jam 3 petang waktu tempatan dan netizen turut memuat naik beberapa gambar dan video kejadian di media sosial.*
            *Ia mempamerkan iklan vodka SKYY iaitu sebagai penaja sambutan WorldPride bulan depan, sempena ulang tahun ke-50 kebangkitan hak gay Stonewall.*

           *RIYADH: Sebuah keluarga kaya di Riyadh, Arab Saudi dikecam selepas dilaporkan mengikat seorang pembantu rumah warga Filipina pada pokok sebagai hukuman kerana membiarkan satu perabot berharga dijemur di tengah panas.*
            *Lovely Acosta Baruelo, 26, dilaporkan mencetuskan kemarahan majikannya kerana membiarkan perabot mahal itu di tengah panas sekali gus menyebabkan ia berisiko rosak.*
           *Bagaimanapun, seorang lagi pembantu rumah yang melihat penderaan itu segera merakamkan gambar Lovely dan memuat naik di Facebook untuk meminta bantuan.*
            *Selepas gambar itu tular, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu kenyataan memberitahu pihaknya sedar dengan kejadian berkenaan dan berusaha membawa Lovely pulang.*
                 

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2019 08:29 AM | Show all posts
G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI


SEL🅰SA 2⃣1⃣ ⓂAY 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣6⃣ ®AMADH🅰N 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H

#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖


‎🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎            السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..

WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA

IMSAK : 0⃣5⃣3⃣1⃣
SUBUH : 0⃣5⃣4⃣1⃣
SYURUK : 0⃣7⃣0⃣1⃣
ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣3⃣
ASAR : 1⃣6⃣3⃣6⃣
MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣1⃣
ISYAK : 2⃣0⃣3⃣4⃣


artikel disiarkan pada tarikh 20may


TANAHAIRKU 🇲🇾
==============


              🌺 1) KUALA LUMPUR: Impian menggunung mereka ingin menggenggam sijil dan diploma dalam bidang pengurusan pejabat selepas tamat pengajian namun lain pula jadinya apabila diminta bekerja sebagai penjaga mesin kopi di ibu negara. Malah, ada antara mereka dihantar bekerja sebagai jurujual untuk mempromosikan produk di pusat panggilan di Bangsar, Kuala Lumpur. Itu nasib malang menimpa 18 individu yang juga lepasan sekolah dari seluruh negara selepas membayar RM1,350 untuk mendaftar masuk ke sebuah akademi latihan di Lembah Klang.

              🌺 2) SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019 dalam satu majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini. Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadot disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

              🌺 3) PERKHIDMATAN Melaka River Cruise mungkin terpaksa digantung sementara berikutan pencemaran air serta bau di lokasi pelancongan di Taman Rempah, sejak semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Azlan Abidin berkata, pencemaran air hingga berwarna gelap, selain bau busuk sedang diatasi namun jika keadaan bertambah buruk, pihaknya terpaksa menggantung operasi bot buat sementara.

              🌺 4) BUKAN hanya disiasat atas jenayah dilakukan, lelaki Thailand bakal menghadapi tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 kerana cubaannya menyokong pasukan keselamatan. Kejadian berlaku Jumaat lalu, ketika lelaki berusia 30-an itu ditahan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di Taman Chempaka, Tanah Merah bersama tiga rakannya.

              🌺 5) PERTAMBAHAN 15,000 tempat bagi program matrikulasi yang diputuskan Jemaah Menteri, baru-baru ini tidak akan menjejaskan peluang lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk mengikuti ijazah pertama di universiti awam (UA). Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, pihaknya mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar.

              🌺 6) PIHAK berkuasa mengesan kegiatan penyeludupan lembu dan kambing menggunakan Sungai Golok dipercayai bagi memenuhi pasaran tempatan sempena Aidilfitri ini. Malah, ternakan itu akan dibawa ‘berenang’ menyeberangi sungai di kawasan cetek antara Pos Mek Gombak dan Pos Ular selain berhampiran lokasi perkampungan terpencil untuk menambat haiwan berkenaan.

              🌺 7) POLIS membuka siasatan ke atas Pengerusi DAP bahagian mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi berkata, siasatan masih diteruskan termasuk menganalisis telefon bimbit yang dirampas polis semalam oleh pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Difahamkan siasatan turut membabitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

              🌺 8) TINDAKAN pantas anggota bomba mengawal kebakaran daripada merebak berjaya menyelamatkan puluhan rumah di penempatan atas air Kampung Tampi-Tampi, Semporna, pagi tadi. Dalam kejadian jam 9 pagi, dua rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 20 peratus di bahagian dapur.

              🌺 9) PADAH menyamun pekerja kilang warga Nepal, dua lelaki dicekup polis tidak sampai 24 jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, dua mangsa yang menaiki basikal didatangi lelaki bermotosikal di Tali Air 5, Sekinchan, 8 malam Jumaat lalu.

              🌺 10) AKIBAT leka dipercayai menggunakan telefon bimbit, seorang pemandu lelaki merempuh palang besi Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, semalam. Dalam kejadian jam 7.50 pagi, lelaki berusia 26 tahun dan memandu Toyota Vios berpelekat P didakwa gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh palang tol. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, akibat rempuhan itu, palang tol tidak patah sebaliknya melentur dan terperosok ke dalam kereta.

              🌺 11) TINDAKAN lima lelaki yang melakukan aksi berbahaya menggunakan motosikal termasuk ‘superman’ mengundang padah apabila ditahan dalam Ops Samseng Jalanan. Operasi mulai 10 malam itu dijalankan Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Ahmad Fuad Mahmod bersama 10 anggota.

              🌺 12) KEGIATAN individu menyeludup dan menyimpan ribuan karton rokok di rumahnya memakan diri apabila dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) di Klang semalam. Difahamkan, lelaki berusia 46 tahun itu mempunyai dua rumah berasingan termasuk satu daripadanya dijadikan sebagai ‘port’ untuk menyimpan semua rokok seludup berkenaan.

              🌺 13) TUJUH penagih memberi alasan sedang berehat kerana letih berpuasa dalam usaha melepaskan diri daripada ditahan polis dalam serbuan di FELDA Serting Hilir Dua di Jempol, semalam. Bagaimanapun, taktik sekumpulan lelaki berusia 30 hingga 40-an itu tidak berhasil apabila mereka ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.

              🌺 14) KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden Axiata Group Bhd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim menegaskan bahawa tidak wujud pembuangan pekerja jika cadangan penggabungan dengan operator mudah alih dari Norway, Telenor ASA menjadi kenyataan. Langkah yang dirancang itu, dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun depan dan Axiata tidak melihat pembuangan pekerja sebagai sesuatu yang akan menguntungkan gabungan itu.

              🌺 15) POLIS memperoleh perintah tahanan reman tiga hari terhadap guru yang disyaki terbabit dalam kes cabul dan liwat lima murid lelaki di sekolah rendah di Lawas. Ketua Polis Daerah Lawas, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perintah tahanan reman bermula Ahad itu diluluskan Pegawai Tadbir Lawas, Anderson Daboil di Pejabat Daerah Lawas, selepas menerima permohonan pegawai penyiasat kes, Inspektor Masri Lamsin, petang semalam.

              🌺 16) TINDAKAN sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 menangkap ikan dengan menceroboh kawasan Zon A mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, hari ini. Dalam kejadian jam 3.30 pagi, pemilik bot nelayan berkenaan sanggup menunda dalam gelap demi mengaut keuntungan berganda di kawasan larangan sebelum ditahan di kedudukan kira-kira 2.0 batu nautika dari barat Pulau Rimau.

              🌺 17) PENIAGA berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Kampung Naga, Kepala Batas, di Kubang Pasu, minggu lalu. Tertuduh, Mohd Fizal Mohd Marzuki, 47, berasal dari Sungai Petani hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Azmi.

              🌺 18) LIMA lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nordin Abdullah berkata, semua lelaki berusia 20an dan 30an itu ditahan di hadapan pusat hiburan di Jalan Medan Ipoh 3, Ipoh awal pagi tadi.

              🌺 19) PROGRAM matrikulasi perlu terus kekal dan tindakan kerajaan meningkatkan jumlah pelajar mengikut nisbah yang dinyatakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik tidak wajar dipertikaikan. Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Mohd Azraai Kassim berkata, golongan yang mempersoalkan kewajaran nisbah pelajar itu perlu melihat agenda negara lebih besar berbanding hanya menjadikan ia sebagai isu perkauman sempit.

              🌺 20) PISTOL yang digunakan dalam kes rompakan bersenjata di Taman Jelita, Taman Tunku, Miri minggu lalu disahkan jenis Walther buatan Jerman. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Ming Seng berkata, senjata api perak yang dijumpai dalam saluran paip di tepi parit di lokasi rompakan memiliki nombor siri enam angka yang sudah pun diubah suai.

              🌺 21) DUA lelaki warga tempatan berusia 26 dan 32 tahun ditahan dalam Ops Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas menjual mercun dan bunga api tanpa permit di bazar Ramadan Pekan Sik, petang semalam. Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kedua-dua suspek melakukan kesalahan mengikut Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan ditahan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah.

              🌺 22) SEBERANG Perai kini berstatus bandar raya dengan pengumuman Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sudah dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Pengumuman itu menjadikan MBSP sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) ke-14 daripada 150 PBT yang bertaraf bandar raya.

              🌺 23) PEMILIK syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara berjumlah lebih RM17 juta. Perintah reman ke atas suspek lelaki bergelar Datuk Seri berusia 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Syah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

              🌺 24) LIMA lelaki tempatan dicekup bersama rokok seludup bernilai RM455,000 ketika cuba melalui Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) dekat simpang ke Sapi Nangoh, Beluran semalam. Dalam kejadian 5.45 petang itu, semua lelaki berusia antara 18 hingga 46 tahun diberkas bersama 84,500 bungkus rokok seludup.

              🌺 25) EMPAT penagih dicekup polis ketika ‘bersahur’ dengan dadah dan dalam keadaan khayal ketika serbuan di sebuah rumah di Batu 13 3/4 Jalan Pendang, Kobah, Pendang hari ini. Dalam serbuan 2.30 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang diketuai Asisten Superintendan Muhamad Amin Mat Yasin membuat serbuan berdasarkan maklumat dan risikan yang dilakukan.

              🌺 26) KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mempertingkatkan operasi di perairan sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya aktiviti keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menjelang Aidilfitri. Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi diperhebat bermula sejak Sabtu lalu membabitkan kerjasama pelbagai agensi dan pasukan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

              🌺 27) KONSORTIUM E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memberi jaminan tiket bas syarikatnya mencukupi untuk perantau pulang berhari raya. Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, semua tiket tambahan itu akan mula dijual minggu hadapan di kaunter syarikat basnya termasuk atas talian. "Buat masa ini tiket untuk seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri sudah habis terjual, namun kita akan menyediakan tiket tambahan nanti.

              🌺 28) YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) beranggapan cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya diperkenalkan satu subjek khusus bagi mengenali agama lain selain agama Islam di peringkat sekolah rendah adalah tidak sesuai. Yang Dipertuanya Nik Omar Nik Aziz berkata, murid sekolah rendah khususnya yang beragama Islam masih kecil, justeru fokus kepada pemantapan Islam, dari segi akidah dan tauhid perlu dibuat terlebih dulu.

              🌺 29) HARAPAN penduduk Kampung Jerijeh, di Tanjung Manis, untuk mendapatkan masjid baharu bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan Sarawak meluluskan pembinaan masjid itu yang bernilai RM4 juta. Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pembinaan masjid berkenaan akan bermula tidak lama lagi dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

              🌺 30) PASUKAN Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak dan merampas 2,600 liter petrol menerusi dua rampasan berasingan di Semporna, semalam. Operasi khas bermula 6.45 petang hingga 10.45 malam itu dijalankan hasil maklumat dan risikan oleh Unit Risikan Marin (URM) sebelum pemeriksaan dijalankan di rumah tidak bernombor di Kampung Labuan Haji di Pulau Bum-Bum.

              🌺 31) LAPAN individu termasuk seorang wanita ditahan dalam Operasi Khas Sarang di Kampung Sembulan, di Kota Kinabalu, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, operasi bermula 12.30 tengah malam itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

               🌺 32) DUA lelaki termasuk pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan menyebabkan tiga maut di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, Bagan Serai, semalam. Penahanan kedua-dua suspek itu bagi membantu siasatan selepas mendapati semua mangsa warga Myanmar yang terbabit dalam kemalangan meragut tiga nyawa itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai diseludup masuk ke negara ini.

               🌺 33) KUALA LUMPUR: Menggunakan kaedah tempahan secara atas talian menerusi laman sesawang untuk memasarkan produk tiruan yang dihasilkan hingga ke Sabah dan Sarawak. Ia strategi pemasaran digunakan sindiket menghasilkan minyak pelincir tiruan membabitkan pelbagai jenama terkemuka.

               🌺 34) CADANGAN memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar dilaksanakan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan belum membuat keputusan untuk melaksanakan semula dasar berkenaan.

               🌺 35) SUASANA gelap di sepanjang jalan di Kilometer 54 hingga 57, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Rhu Kubur, Marang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Tinjauan Harian Metro Metro di kawasan itu malam tadi mendapati, sepanjang laluan itu gelap berikutan lampu jalan dipasang di pembahagi jalan tidak bernyala.

               🌺 36) SERAMAI 200 anak yatim menyiapkan dua kad raya khas kepada Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri -Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia). Kad berwarna merah jambu dan biru itu berukuran kira-kira satu meter mengandungi pelbagai ucapan hari raya termasuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merangkap Pengerusi KASIH Malaysia.

               🌺 37) MANGSA parah di tangan kiri akibat letupan mercun bola di Kampung Changhai, Sik, semalam sebenarnya bermain mercun berkenaan dan bukannya letupan berlaku kerana ingin menghalau kera. Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, hasil siasatan dilakukan mangsa yang berusia 34 tahun, dikatakan bermain mercun itu di Surau Kampung Sungai Semiar, Sik.

               🌺 38) HANYA kerana tersilap meminjam Along sebanyak RM1,000, enam beranak bukan saja berdepan gangguan malah tidak boleh melakukan persiapan Aidilfitri berikutan semua wang yang ada terpaksa membayar faedah dikenakan. Lebih malang, seorang anak pekerja kilang itu mendapat tawaran menyambung pengajian ke sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) namun kemungkinan besar terpaksa menolak berikutan masalah kewangan dihadapi mereka.

               🌺 39) “SAYA terasa bahang di kepala dan rambut terbakar sedikit sebelum bergegas keluar untuk menyelamatkan diri kerana api semakin marak,” kata Khairul Anwar Kamarudin, mengenai kebakaran rumah didiaminya Jalan Kepala Pulau, Kampung Geronggong, Kampung Gajah, hari ini. Dalam kejadian 10.30 pagi hari ini, Khairul Anwar, 44, yang tinggal seorang diri di rumah pusaka keluarganya berusia lebih 50 tahun itu tidak cedera.

               🌺 40) PENGAMAL perubatan tradisional terpaksa akur apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, menolak rayuan terhadap sabitan dengan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan terhadapnya sebelum ini. Tertuduh, Abdullah Muda, 62, sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan mencabul seorang wanita yang juga pesakitnya pada 2016.

            
SEJAGAT 🌍
==========


          🇮🇩 MATARAM: Seorang warga Perancis dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Indonesia hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menyeludup masuk tiga kilogram dadah di lapangan terbang Lombok pada September lalu.
           AFP melaporkan, Felix Dorfin, 35, ditahan selepas membawa sebuah beg pakaian berisi dadah termasuk pil ecstasy dan amphetamines.
            Pendakwa raya sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun namun mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman lebih berat.

           🇺🇸 MAJLIS konvokesyen adalah pengalaman bersejarah bagi penuntut tetapi bagi graduan kolej di Atlanta, Amerika Syarikat, upacara berkenaan lebih bermakna apabila seorang bilionair mengumumkan untuk melangsaikan hutang pelajaran mereka.
            Dalam ucapan di majlis Kolej Morehouse di sini, semalam, bilionair Robert F Smith membuat pengumuman yang mengejutkan semua 430 graduan yang diraikan pada upacara itu.
            Dail Mail melaporkan, ketua pegawai eksekutif dan pengerusi syarikat Vista Equity Partners itu berjanji untuk membayar semua hutang pelajaran mereka yang dianggarkan berjumlah AS$40 juta (RM167 juta).

          🇧🇷 Sao Paulo: Seramai 11 orang maut dan seorang cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah bar di bandar Belem dekat sini semalam, lapor media tempatan.
           Portal berita G1 melaporkan, kumpulan bersenjata yang memakai topeng itu menaiki beberapa kereta dan motosikal sebelum menembak mati enam wanita dan lima lelaki di sebuah bar di kawasan kejiranan miskin serta ganas di ibu kota negeri Para.

           🇨🇳 SEORANG lelaki ditahan polis kerana cuba memecahkan cermin pintu kereta api laju menggunakan alat tukul kecemasan semata-mata ingin mendapatkan udara segar disebabkan rasa tidak sihat.
            Kejadian berlaku ketika dia yang menaiki kereta api yang dalam perjalanan dari Shanghai ke Beijing, terkandas selama setengah jam di stesen utama di Jinan, wilayah Shandong akibat masalah teknikal, Selasa minggu lalu.
         Lelaki berusia 30 tahun dikenali dengan nama keluarga Xu itu berkata, dia sebelum itu meminum arak dan berasa kurang sihat menyebabkan dia cuba mendapatkan udara segar, katanya yang dipetik Radio Kebangsaan China.

           🇮🇳 SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dengan ibu bapa yang kurang upaya dijual sebagai hamba seks oleh keluarganya dengan harga cuma kira-kira 150,000 rupee (RM8,900).
           Remaja itu dijual tiga kali di Rajasthan, India, selepas saudara-maranya memujuk ibu bapanya supaya menyerahkannya kepada kumpulan pemerdagangan manusia, lapor Times of India.
           Jurucakap polis, Jagdish Prasad berkata, remaja itu yang mempunyai bapa buta manakala ibunya juga kurang upaya, dipercayai dari kasta Dalit iaitu yang paling rendah dalam masyarakat di India.

           🇹🇷 TURKI akan mengeluarkan sistem pertahanan udara termoden Russia, S-500 bersama Moscow selepas Ankara bersetuju membeli sistem pertahanan S-400 yang dibantah keras oleh Amerika Syarikat dan negara Eropah.
           Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki sudah muktamad tidak akan membatalkan persetujuannya membeli S-400 daripada Russia.
             "Turki selepas itu akan mengeluarkan S-500 bersama Russia,” katanya di Istanbul.
            S-400 ialah sistem peluru berpandu pertahanan udara mudah alih terhadap pesawat yang tahap jangkauan sejauh 40 kilometer, 120 kilometer dan 250 kilometer bergantung kepada versi, dianggap sistem pertahanan udara terbaik pernah dihasilkan.

          🇮🇳 SELEPAS seorang isteri muda ingin bercerai kerana dilarang bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) oleh suami di Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), satu lagi kes sama dilaporkan berlaku di India.
          Indian Express melaporkan kelmarin, ibu muda berusia 19 tahun itu dikatakan menghubungi talian bantuan dan menyuarakan hasratnya untuk bercerai dengan suami bagi membolehkannya hidup bersama teman permainan PUBG.
           Menurut jurucakap talian Abhayam-181, wanita itu adalah pemain tegar yang menghabiskan terlalu banyak masa dengan temannya bermain permainan itu.

          🇹🇯 DUSHANBE: Tiga puluh dua orang maut, termasuk 24 anggota kumpulan militan Daish serta tiga pengawal penjara selepas satu rusuhan di Tajikistan.
           Lima banduan dan tiga pengawal itu dibunuh oleh banduan Daish, dalam kejadian lewat Ahad (waktu tempatan) di Vakhdat, 17 kilometer dari ibu negara Dushanbe, kata kementerian keadilan dalam satu kenyataan.
           Menurutnya, perusuh menikam mati tiga pengawal dan lima banduan untuk menakutkan tahanan lain. Mereka kemudian mengambil banduan lain sebagai tebusan sebelum melepaskan tembakan terhadap kemudahan perubatan penjara.

         🇮🇩 BANDA ACEH: Tujuh jet penggempur tentera laut Perancis mendarat cemas di Aceh, Indonesia, akibat cuaca buruk, hari ini.
            Semua pesawat Dassault Rafale itu berjaya mendarat dengan selamat di wilayah Aceh, wilayah paling utara Sumatera, semalam, selepas mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan.
           Ketua pangkalan udara Aceh, Hendro Arief, berkata pesawat terbabit berlepas dari kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle di Lautan Hindi kira-kira 100 batu nautika di barat zon ekonomi ekslusif Sumatera.

         🇺🇸 New York: Syarikat gergasi teknologi, Google dilaporkan menggantung perniagaannya dengan Huawei yang memerlukan pemindahan perkakasan, perisian dan servis teknikal kecuali sumber awam melalui lesen terbuka, kata sumber kepada Reuters semalam.
          Perkembangan terbaru itu memberi tamparan kepada syarikat teknologi China itu selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) berusaha mengharamkan produknya di seluruh dunia.
       Jurucakap Google berkata, syarikat itu mematuhi arahan berkenaan dan melihat aplikasinya.

         🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 London: Huawei akan terus menyediakan kemas kini perkhidmatan dan perlindungan keselamatan untuk telefon pintar dan tablet keluarannya selepas Google memutuskan mematuhi arahan kerajaan Amerika Syarikat daripada berurusan dengan syarikat China itu membabitkan kemas kini terbaru sistem operasi Android.
             "Kami sudah melakukan sumbangan besar kepada pembangunan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia.
         "Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan kepada semua telefon pintar dan tablet Huawei dan Honor, meliputi yang sudah dijual dan yang berada dalam simpanan di seluruh dunia.

          🇲🇨 Manado (Indonesia): Akibat berang kerana sering diajukan soalan bila mahu berkahwin, seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah kampung di Wawali di Minahasa Tenggara, Sulawesi Timur bertindak menetak kepala jirannya hingga mati.
         Merdeka.com melaporkan, kejadian berlaku pada malam Sabtu lalu ketika suspek, Aswin datang ke rumah rakannya, Ari Kongingi, 47, untuk membeli arak cap tikus.
         Dua sahabat yang bekerja sebagai petani itu pada mulanya berbual mesra tetapi suasana bertukar tegang apabila Ari mengajukan soalan, “Kapan mau nikah” kepada Aswin.


TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL 📡
========================


         🕋 UMAT Islam berpeluang menyemak dan menentukan arah kiblat berikutan fenomena Istiwa Adzam yang akan berlaku pada jam 5.16 petang, 28 Mei ini.
         Fenomena berkenaan berlaku dua kali setahun dan bagi 2019, kejadiannya pada 28 Mei ini serta 16 Julai depan.
          Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk menentukan arah kiblat, namun masyarakat boleh menentukannya sendiri berdasarkan fenomena Istiwa Adzam iaitu matahari berada di atas Kaabah.

           👳🏻‍♂ KUALA LUMPUR: Terpesona dengan keramahan umat Islam di Malaysia menjadi titik tolak pemuda warga Perancis membuat keputusan untuk menjalani ibadah puasa di negara ini.
          Enzo Abdalqadir, 26, kini berada di Kuala Terengganu selepas memulakan pengembaraannya dari Bentong, Pahang sejak hari pertama berpuasa.
      Lebih menarik, pengembaraannya turut disertai rakan mualaf Daichi Abdallah, 30, lelaki warga Jepun yang baru menganut Islam.
          Pengembaraan mereka juga sering mendapat perhatian masyarakat setempat yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama selain gambar dan video turut dikongsi di laman Instagram muslim_backpacker_my.

           🌉 JAMBATAN angkat atau ‘draw-bridge’ yang menjadi mercu tanda baharu Terengganu akan dibuka kepada orang ramai untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun ini sempena Aidilfitri.
           Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Datuk A Rahman Yahya berkata, jambatan itu kini dalam proses terakhir untuk memastikan kelancaran perjalanan apabila dibuka nanti.
           "Selepas tamat tempoh percubaan, jambatan ini ditutup semula untuk kita lihat balik operasinya.

           🛫 ADIK Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, sembilan bulan, yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ akan berlepas ke London selewat-lewatnya Jumaat ini.
           Ia disahkan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, selepas semua persiapan untuk berlepas ke negara terbabit sudah sedia dan hanya menunggu tiket syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
          "MAS juga sudah bersedia untuk membawa kami, cuma tinggal prosedur mendapatkan tiket saja iaitu menunggu kekosongan malah dua doktor pengiring juga sudah bersedia mengikut kami ke sana,” katanya ditemui di kediamannya di Taman Ayer Molek, Melaka hari ini.
                 


berita penuh sila layari: www.hmetro.com.my

piloi_hani al_linggi
#⃣re🅿oterat🅰spok🆗
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SALAM NUZUL AL- QURAN*

~"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.”~
*(Surah al-Dukhan ayat 3)*


*RAU 22 AY 2019 ASHI ERSAAAN 17 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0531*
*SUBUH : 0541*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1313*
*ASAR : 1636*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2035*


*artikel disiarkan pada tarikh 21may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KIRA-KIRA 30 gerai di Bazar Melayu Masjid India di Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran yang berlaku kira jam 1.30 pagi tadi. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamaruzaman berkata, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Pudu, BBP Sentul dan Unit Forensik BBP Seri Rampai dikejar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.38 pagi.*

               2) *“SEBELUM ini, saya terdengar kejadian seperti ini menimpa orang lain, tetapi kali ini ia berlaku terhadap anak saya,” kata Zainab Mohd, 40, ibu kepada Syafiq Haiqal Saharuddin, 13, yang putus pergelangan tangan kanan akibat bermain mercun. Dalam kejadian di Kampung Kubang Ikan, Kampung Raja, Jertih, 5.30 petang semalam, Syafiq Haiqal dipercayai bermain mercun bersama lima sepupu dan adik lelaki, Shahrul, 10.*

               3) *SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kehilangan jari telunjuk tangan kirinya selepas tersepit di dalam mesin pengisar di sebuah premis di Kampung Delek Kanan, Klang, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi, kanak-kanak warga Indonesia itu terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.*

               4) *PENIAGA bazar Ramadan menyifatkan langkah penukaran lokasi tradisi ke tapak baru di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi dan Taman Cahaya di Pontian, seperti ditetapkan pengurusan Majlis Daerah Pontian (MDP) tahun ini tidak strategik dan merugikan mereka.
Meskipun perpindahan itu dipersetujui melalui perbincangan bersama persatuan penjaja, namun kedudukan tapak baru itu dilihat gagal meningkatkan hasil jualan seperti yang diharapkan.*

               5) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi memberi keterangan berhubung isu ‘Land Swap’. Tanpa mendedahkan butiran lanjut bila mereka akan dipanggil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil sesiapa sahaja saksi terlibat yang boleh membantu dalam siasatan kes berkenaan.*

               6) *“JUALAN kami semalam paling memberangsangkan, dah lama tak dapat jualan macam tu… tapi tak sangka menjelang pagi ini semuanya musnah dijilat api,” luah seorang peniaga di Bazar Masjid India. Linda Razali, 35, antara peniaga di bazar di hadapan Wisma Yakin yang setiap tahun menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah kelengkapan Syawal pada bulan Ramadan.*

               7) *POLIS menanggal 280 poster tawaran pinjaman ah long tidak berlesen yang ditampal di sekitar bandar ini dalam Operasi Vulture, malam tadi. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, operasi selama dua jam bermula jam 9 malam itu membabitkan kawasan bandar lama dan bandar baru.*

               8) *SAMAN Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran royalti minyak sudah diselesaikan. Peguam Aleeya Elyana Ahmad Mahreez yang mewakili kerajaan negeri berkata demikian ketika ditemui pihak media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurutnya, pihak kerajaan negeri menarik balik saman itu pada 13 Mei lalu.*

               9) *MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan berulat dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh masa yang lama di dalam parit di belakang pencawang elektrik di Jalan Gedong, Bidor, semalam. Mangsa, Liew Chong Meng, 76, yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui jam 2.55 petang selepas operasi mencari dijalankan hasil maklumat penemuan basikal milik mangsa.*

               10) *“SAYA sudah dua tahun belajar agama Islam, hari ini (semalam) baru mendapat restu ibu bapa untuk peluk Islam,” kata Sudin Alang, 13, dari Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang. Dia antara enam remaja lelaki Orang Asli mengucap kalimah syahadah untuk memeluk Islam pada Program Berbuka Puasa Perdana Bersama Masyarakat Orang Asli di Dewan Jubli Perak, RPS Kuala Betis, semalam.*

               11) *KIRA-KIRA 50 motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di bengkel di Jalan Batu Kawa, Kuching, hari ini. Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.44 pagi.*

               12) *WANITA hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pinji berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Pegoh, di Ipoh, semalam. Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa berusia 24 tahun dipercayai terbabit kemalangan sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan dan gagal ditemui.*

               13) *LEMBAGA Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bercadang menyediakan anak pokok kopi untuk memberi galakan kepada petani di Kelantan terbabit dengan industri kopi. Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya melihat kopi memiliki potensi besar untuk dimajukan di pasaran tempatan dan seluruh dunia kerana memiliki nilai tinggi.*

               14) *PENUNGGANG maut selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Utara Selatan, di Jitra, semalam. Dalam kejadian 6.20 petang itu, mangsa, Ahmad Farhan Bi, 27, yang menetap di Changlun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.*

               15) *PENDANG: Seorang lelaki yang dipercayai aktif dalam kes curi motosikal di daerah ini dengan menyasarkan motosikal Honda EX5 dan Honda Wave ditahan polis pada 13 Mei lalu. Lelaki berusia 20-an itu yang juga ahli Geng Pit Sym itu ditahan di rumahnya di daerah ini jam 10 pagi dalam satu operasi yang dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan dilakukan berkaitan kes kecurian motosikal.*

               16) *KUALA LUMPUR: Kehadiran pendatang dari benua Afrika di beberapa kawasan tumpuan menggusarkan penduduk yang mendakwa mereka sering menyebabkan gangguan ketenteraman awam. Malah, kumpulan pelancong kulit hitam itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan peniaga tempatan dengan gelagat mereka yang kasar dan ‘berperangai liar’.*

               17) *TINDAKAN pantas tiga beranak termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun keluar daripada kereta yang tiba-tiba terbakar menyelamatkan nyawa mereka dalam kejadian di Kilometer 379, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil, petang semalam. Dalam kejadian 6.15 petang, Fadil Aslan A.Basir, 27, bersama isteri, Nor Fatini Mohd Sabri, 27, dan anak mereka, Faqih Marwan bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kejadian itu.*

               18) *LELAKI maut apabila kereta Proton Saga BLM dipandunya bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 36 (Lembah Bidong) Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, di Setiu, semalam. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Asisten Superintendan Amran Shapii, berkata dalam kejadian 7.15 pagi itu, Sabebri Ghani, 60, dari Kampung Baru Merang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.*

               19) *LELAKI berusia 29 tahun yang sebelum ini aktif melakukan kegiatan samun bersenjata di Kuantan, Pahang kini menukar operasinya ke Kulim dengan menjadikan kedai serbaneka 24 jam di daerah itu sebagai sasaran untuk mendapatkan wang. Suspek dikatakan baru berpindah ke Kulim kerana mengikut isterinya yang berasal dari daerah itu dan wanita berkenaan kini amil tiga bulan selepas mereka berkahwin empat bulan lalu.*

               20) *TIDAK serik mengambil dadah menyebabkan buruh dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. Keputusan dibuat Hakim Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh, Mohd Hafiz Mamat, 38, mengaku bersalah terhadap tuduhan.*

               21) *PENDUDUK Kampung Geliga, Chukai kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu menceroboh tanah diwartakan sebagai Pusat Pendaratan dan Penetasan Penyu Geliga untuk aktiviti penternakan ayam dan lembu. Kewujudan aktiviti berkenaan bukan sahaja mencacatkan pemandangan di kawasan itu, malah boleh mengganggu spesies penyu untuk naik bertelur di situ.*

               22) *IBARAT ‘bom jangka’. Itu risiko dihadapi 100 murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth di Johor Bahru apabila struktur bangunan berusia 66 tahun itu kini diserang anai-anai. Kesan kerosakan dapat dilihat dengan jelas pada struktur dewan sekolah apabila anai-anai dilihat merosakkan struktur kayu di dewan itu selain bersarang di bumbung bangunan berkenaan.*

               23) *PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah motosikal di Jalan Istana menghala ke Sungai besi berhampiran Nirvana Memorial Park, 8.45 malam ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Pudu bersama seorang pegawai dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.47 malam.*

               24) *DUA pekerja kontraktor binaan parah selepas terjatuh dari pencawang telekomunikasi setinggi 30 meter, hari ini. Kejadian berlaku 4.30 petang ketika mereka melakukan kerja pembaikan di Kampung Kuala Abai dekat Kota Belud. Mangsa, Sylverius Dami, 28, dan Miandi Ungkaris, 40, luka di muka dan patah tangan serta kaki kanan.*

               25) *KERETA Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mahkamah Majistret Baling disimbah cat kapur dalam kejadian di pekarangan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, Kulim, hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, mangsa berusia 26 tahun menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan jirannya pada 5.30 pagi.*

               26) *PERBUATAN jijik pemotong rumput merogol anak saudara yang juga pelajar kurang upaya kategori lembam terbalas selepas Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan. Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh berusia 41 tahun dari Besut mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.*

               27) *LELAKI warga Singapura ditemui meninggal dunia di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Sepang, hari ini. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, mangsa ditemui terbaring di tempat duduk pemandu kereta berkenaan pada 5.04 pagi.*

               28) *MAHKAMAH Sesyen Kuala Terengganu, hari ini memutuskan hukuman penjara 26 tahun dan 10 sebatan ke atas bapa tiga anak kerana merogol anak saudaranya yang berusia 19 tahun. Keputusan dibuat Hakim Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh berusia 45 tahun dan berasal dari Besut mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.*

               29) *TINGGAL kira-kira dua minggu saja menjelang Aidilfitri, Nadin Junianti Najiri, balu nelayan yang diculik dan ditembak mati di selatan Filipina April lalu, tidak mampu menyediakan keperluan raya untuk tiga anaknya. Cuma bergantung terhadap ibu mertuanya, Zuana Laudiato, 54, yang mengambil upah mencuci kain di pusat bandar, Nadin, 25, terpaksa melupakan hasrat untuk membeli pakaian baharu untuk anaknya, Jafran Abdullah berusia setahun, Jefriadin Najun, 5, dan Janneyanti, 7.*

               30) *ANGKARA dendam, lelaki warga Thailand putus tangan kanan manakala tangan kiri, leher, betis dan belakang kepala cedera selepas diserang tiga lelaki di rumahnya di Kampung Changkat Setoi, Changlun, semalam. Dalam kejadian jam 9 malam itu, penoreh getah berusia 36 tahun bersama isteri berumur 33 tahun dan anak lelaki berusia lapan serta 13 tahun diserang suspek dipercayai tidak berpuas hati berkaitan isu mengubah suai motosikal menjadi lebih laju.*

               31) *SEORANG lelaki kempunan merasai nikmat menaiki bot menggunakan enjin bot curi selepas polis menemui semula enjin itu yang dilaporkan hilang di Bagan Sekinchan, Sekinchan, Mac lalu. Dalam kejadian jam 11.20 malam, Khamis lalu, sepasukan anggota polis menahan suspek berusia 29 tahun di sebuah jeti di Bagan Sekinchan.*

                32) *KEKASIH warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Laos kerana disyaki menyeludup syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Vientiane, Laos, Sabtu lalu. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat penahanan pasangan itu oleh pasukan keselamatan Laos.*

                33) *KERAJAAN Kelantan mengumumkan pemberian bonus khas sempena Aidilfitri berjumlah RM500 kepada kakitangan awam di negeri itu. Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata, bonus berjumlah RM3.3 juta itu akan diberikan kepada lebih 6,000 penjawat awamnya sebelum sambutan Aidilfitri.*

                34) *POLIS menahan dua lelaki dan merampas 121.23 kilogram ganja bernilai RM 243,000 hasil serbuan di Bandar Sunway, Subang Jaya, semalam. Dalam serbuan 9.25 pagi itu, lelaki berusia 28 dan 33 tahun terbabit ditahan oleh sepasukan pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sewaktu menaiki kenderaan di kawasan parkir pusat beli-belah di Bandar Sunway.*

                35) *GELARAN ‘emas dalam ikan’ menjadi ungkapan paling padan menggambarkan rasa mewah hasil kelazatan telur ikan terubuk masin Sarawak yang dijual pada harga RM500 sekilogram. Biarpun hidangan berkenaan tidak mencapai taraf seperti ‘caviar hitam’ daripada telur ikan beluga yang didapati di Laut Caspian, namun ikan terubuk masin Sarawak berada pada tahapnya tersendiri.*

                36) *BUDAK perempuan menanggung kesakitan lebih 30 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pengisar simen di tapak pembinaan berdekatan rumahnya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam. Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, Nur Nabilah Syafira Syafirah Mohd Zamro Hassan, 7, patah tangan kanan, jari hantu dan jari manis.*

                37) *PENDUDUK Kampung Morten menyedari keadaan Sungai Melaka keruh sejak dua hari lalu namun menyifatkan mereka sudah lali dengan perkara itu. Mereka mendakwa, sungai berkenaan berbau busuk dan air bertukar keruh dan hitam selain ratusan bangkai ikan timbul itu dipercayai berpunca dari sungai di Batu Hampar dan Krubong, sekurang-kurangnya dua tahun sekali.*

                38) *SEORANG lelaki tidak sempat ‘beraya’ dengan duit hasil jualan ketum apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tok Bali, Wilayah Tiga Kelantan bersama 105 liter air ketum di rumahnya di Jalan Tok Bali Semerak, Cherang Ruku, Pasir Puteh, semalam. Timbalan Komander PPM Wilayah Tiga, Kuantan, Pahang Superintendan Azmi Ahmad berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan ketika sedang memproses air ketum pada jam 4.30 petang.*

                39) *“SAYA anggap ini ujian Ramadan dan reda walaupun sedih dengan apa yang berlaku pada Syafiq Haiqal,” kata Zainab Mohd, 40, ibu pelajar Tingkatan Satu, Syafiq Haiqal Shaharrudin, 13, yang putus lima jari tangan kanan akibat bermain mercun di Kampung Kubang Ikan, Jertih, Besut, petang semalam. Pelajar sebuah sekolah menengah di Jertih, Besut, itu selamat menjalani pembedahan selepas memasuki Dewan Bedah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 9 pagi tadi.*

                40) *SEORANG murid perempuan Tahun Lima parah selepas ditikam lelaki mabuk yang memasuki rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang, awal pagi Sabtu lalu. Dalam kejadian 3.40 pagi itu, mangsa berusia 11 tahun dikatakan sedang tidur i dalam biliknya. Sumber berkata, seorang lelaki mabuk masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu depan kediaman itu yang tidak berkunci.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berjaya mengekalkan jawatan itu untuk penggal kedua selepas selepas menewaskan pencabarnya, Prabowo Subianto dengan margin 55.5 hingga 44.5 peratus, kata suruhanjaya pilihan raya hari ini.*
          *”Keputusan ini diumumkan pada 21 Mei dan berkuat kuasa serta merta,” kata pengerusi suruhanjaya, Arief Budiman dalam satu kenyataan secara langsung yang disiarkan oleh semua media utama.*
              *Walaupun diselubungi kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kekacauan sebagai reaksi terhadap kiraan akhir, keputusan berkenaan dikeluarkan lebih awal tanpa sebarang notis.*

         *Madrid: Lima pemimpin pemisah Catalonia yang memenangi pilihan raya Parlimen Sepanyol dibenarkan keluar dari penjara selama beberapa jam hari ini untuk mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat.*
          *Mereka yang dibicarakan kerana peranan dalam cubaan membawa Catalonia keluar dari Sepanyol pada 2017 sebelum menang dalam pilihan raya umum pada 28 April lalu yang menyaksikan parti pemangku Perdana Menteri, Pedro Sanchez memperoleh kebanyakan kerusi.*
           *Oriol Junqueras, Jordi Sanchez, Jordi Turull dan Josep Rull semua menang kerusi Kongres iaitu dewan rendah di Parlimen manakala Raul Romeva dipilih ke Senat, dewan tinggi di Parlimen.*

           *WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan penangguhan selama 90 hari ke atas larangan berurusan dengan gergasi teknologi China, Huawei, kerana ruang diperlukan untuk mengelakkan gangguan besar-besaran.*
            *Jabatan Perdagangan berkata, penangguhan itu tidak mengubah sekatan yang dikenakan Presiden Donald Trump atas alasan keselamatan negara sekali gus memberi kesan besar terhadap syarikat dari AS dan China berkenaan.*
            *Sebaliknya, ia memberikan lesen sementara yang akan membolehkan Huawei terus menjalankan perniagaan bersama firma AS.*

          *WELLINGTON: Seorang pengganas yang dituduh menembak mati 51 jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand didakwa secara rasmi dengan tuduhan keganasan buat kali pertama hari ini, kata polis negara itu.*
             *Polis dalam satu kenyataan berkata, tuduhan itu, mengikut undang-undang tindakan keganasan, difailkan ke atas Brenton Tarrant.*
           *"Satu dakwaan terbabit dalam Tindakan Keganasan mengikut seksyen 6A, Akta Tindakan Keganasan 2002 kini difailkan ke atas Brenton Tarrant,” kata polis.*

            *TEXAS: Seorang lelaki berusia 37 tahun menembak dua rakannya hingga kritikal hanya kerana mangsa dikatakan tidak mengajaknya berjalan-jalan, dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat.*
              *CBS Dallas-Fort Worth melaporkan, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu apabila suspek, Donald Benavidez bersemuka dengan dua rakannya itu di luar sebuah kedai sewa audio video di Barat Dallas.*
            *Beberapa saksi memberitahu polis, suspek yang sudah ditahan itu datang berjumpa dengan rakannya yang bekerja di kedai berkenaan dan berbincang di luar sebelum berlaku pertengkaran.*

           *BEIJING: Peminat Game of Thrones di China mengamuk di media sosial kerana tidak berpeluang menyaksikan episod terakhir siri terkenal terbitan HBO itu, semalam.*
          *Ini susulan tindakan penyedia perkhidmatan penstriman video, Tencent Video terpaksa menundakan siaran episod keenam siri terbabit.*
           *Pengumuman Tencent Video berkenaan perkara itu di Weibo dilakukan sejam sebelum siaran pada jam 9 pagi disebabkan masalah teknikal.*

             *PARIS: Pihak berkuasa terpaksa mengosongkan perkarangan Menara Eiffel, di sini selepas seorang lelaki memanjat monumen itu, hari ini.*
          *Jurucakap polis berkata, anggota bomba berada di tempat kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.*
           *"Lelaki itu masuk ke dalam menara seperti orang lain, namun mula panjat sebaik berada di tingkat dua,” kata jurucakap Menara Eiffel kepada Reuters.*
            *Pengurusan Menara Eiffel menerusi Twitter berkata, menara terkenal di dunia itu ditutup sehingga notis lanjut.*

             *LONDON: Calon Parti Kebebasan United Kingdom (UKIP), Carl Benjamin dibaling susu kocak oleh penunjuk perasaan buat kali keempat ketika berkempen di Salisbury, semalam.*
           *Serangan bersiri dalam tempoh seminggu itu susulan gurauan Benjamin mahu merogol ahli parlimen Buruh, Jess Phillips bulan lalu yang mencetuskan kemarahan ramai.*
         *Gambar kejadian yang dikongsi pengguna media sosial memaparkan bahagian belakang kepala dan baju ahli politik itu basah dengan susu kocak perisa strawberi.*

           *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran Iran akan musnah sekiranya Teheran menyerang kepentingan Washington.*
          *"Sekiranya Iran mahu berperang, ia secara rasmi menjadi pengakhiran untuk Iran. Jangan sesekali mengancam AS lagi,” kata Trump di Twitter miliknya semalam tanpa menjelaskan ancaman yang dimaksudkannya.*
           *Amaran Trump itu dikeluarkan susulan serangan terhadap aset minyak Arab Saudi pada minggu lalu dan serangan roket ke dalam Zon Hijau di Baghdad, Iraq yang menempatkan banyak bangunan kerajaan serta kedutaan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *PELBAGAI versi diterima Persatuan Haiwan Malaysia mengenai kejadian seorang lelaki menembak monyet seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu.*
        *Namun sehingga kini, tiada siapa yang dapat memberikan bukti berserta laporan polis berhubung kejadian walaupun tawaran ganjaran RM2,000 diberikan kepada individu yang mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya pelaku terbabit.*
           *Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, rata-rata netizen tampil memberi maklum balas bahawa kes terbabit berlaku di luar negara dan video yang dirakam dialihbahasakan kepada bahasa Melayu untuk menarik perhatian ramai dengan perkataan ‘Baby sayang’.*

           *MENGENANGKAN kesusahan hidup masa lalu memberi inspirasi kepada seorang lelaki menawarkan perkhidmatan trak tunda (towing) secara percuma kepada pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan bermula dari 3 hingga 5 Jun depan.*
            *Pemilik syarikat ZeckZoro Enterprise, Mohd Zafran Yasoa, 38, berkata, dia menawarkan perkhidmatan itu untuk perjalanan dari Sungai Sam, Kuala Krai sehingga ke Kota Bharu kepada orang ramai yang tidak berkemampuan.*
           *Perkhidmatan trak tunda percuma yang ditawarkan Mohd Zafran mula tular di media sosial Facebook sejak semalam dan mendapat reaksi positif daripada orang ramai.*

            *POLIS sedang memburu tiga lelaki ‘penarik kereta’ yang terbabit dalam kejadian cuba menarik kereta seorang wanita di Jalan Dutamas 2 berhampiran Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, pada 17 Mei lalu.*
         *Dalam kejadian 3 petang itu, tiga lelaki berkenaan mendakwa pemilik kereta itu mempunyai tunggakan bayaran ansuran bank selama 19 bulan dan mendapat arahan daripada pihak bank untuk menarik kereta itu, namun pemiliknya menafikannya.*
          *Terdahulu, satu rakaman memaparkan kejadian berkenaan tular di laman sosial yang menunjukkan seorang anggota polis cuba menyelesaikan kejadian itu, namun seorang lelaki meninggikan suara kepada anggota berkenaan.*

           *LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menegaskan pengagihan zakat di negeri ini hanya bagi umat Islam dan tidak akan disalurkan kepada penganut agama lain.*
          *Ia berikutan satu surat pekeliling dalaman organisasi itu yang kembali menjadi tular di media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.*
         *Pekeliling yang tersebar sejak Disember tahun lalu itu berkaitan moto baharu yang membawa maksud LZS lebih dekat dengan masyarakat, sekali gus mengukuhkan manfaat zakat untuk semua.*

          *“SEKARANG bulan puasa dan dia akan sambut hari raya nanti, lagipun saya fikir ketika itu hanya mahu pastikan dia elamat," kata Jason Kah, 45, ahli perniagaan yang kenderaannya dilanggar seorang penunggang motosikal berhampiran persimpangan lampu isyarat di Sungai Nibong, semalam.*
              *Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, pekerja syarikat penghantaran, Mohd Irfan Mohd Kushairi, 25, yang menunggang motosikal merempuh bahagian kiri kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu Jason.
          *Mohd Irfan berkata, dia mengaku bersalah kerana agak leka ketika itu dan meminta maaf kepada pemandu SUV terbabit selain memberitahu mahu membayar ganti rugi kepadanya.*
           *”Bagaimanapun, pemandu terbabit yang saya panggil 'uncle' tidak mahu saya bayar sesenpun malah dia membawa saya ke klinik dan membayar semua kos ubat.*
            *Kejadian itu turut tular apabila rakan sekerja Mohd Irfan memuat naik kes terbabit dalam Facebook miliknya sebelum ia dikongsi netizen.*

           *JEMAAH yang mahu menunaikan solat Isyak dan Tarawih dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling lapan botol arak di perkarangan Surau Al-Makmur Projek Perumahan Sri Pantai, Kuala Lumpur, semalam.*
           *Dalam kejadian 8.30 malam itu, botol arak kosong dipercayai dicampak daripada tingkat atas bangunan blok penduduk, jatuh berderai di sekitar kawasan surau.*
            *Kejadian turut menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila beberapa gambar berhubung kejadian dimuatnaik oleh beberapa penduduk menerusi Facebook.*

             *"INILAH apa dilakukan oleh Egyptian King (Mohamed Salah). Seperti bayi, dia tidur seperti bayi.*
           *"Ya, dia memang begitu. Egyptian King pun perlukan tidur. Dia tidak peduli,” kata pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain, 25 di ruang Instagram miliknya.*
           *Oxlade memuatnaik rakaman Salah yang tidur berselimut di atas lantai pesawat ketika skuad Liverpool dalam penerbangan ke Marbella, Malaga, semalam.*
         *Skuad Liverpool tiba di Sepanyol latihan cuaca panas selama enam hari sebagai persiapan menghadapi Tottenham Hotspur pada final Liga Juara-Juara (UCL) di Madrid pada 1 Jun ini.*
               

* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2019 08:58 AM | Show all posts
G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI


👑  Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah ⚪⚫


KH🅰MIS 2⃣3⃣ ⓂAY 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣8⃣ ®AMADH🅰N 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H

#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖


‎🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎            السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..

WAKTU S⏰LAT SHA#⃣ ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA

IMSAK : 0⃣5⃣3⃣1⃣
SUBUH : 0⃣5⃣4⃣1⃣
SYURUK : 0⃣7⃣0⃣1⃣
ZOHOR : 1⃣3⃣1⃣3⃣
ASAR : 1⃣6⃣3⃣6⃣
MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣1⃣
ISYAK : 2⃣0⃣3⃣5⃣


artikel disiarkan pada tarikh 22may


TANAHAIRKU 🇲🇾
==============


              🌺 1) SULTAN Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Almarhum baginda menghembuskan nafas terakhir 8.50 pagi pada usia 89 tahun. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan rasminya memohon rakyat mendoakan roh Almarhum baginda ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

              🌺 2) KERAJAAN Pahang mengisytiharkan esok (hari ini) sebagai cuti umum dan tempoh berkabung ditetapkan selama 40 hari bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, kerajaan negeri menetapkan tempoh berkabung bermula hari ini dan tiada sebarang majlis keraian dan hiburan dibenarkan dalam tempoh tiga hari sehingga 12 tengah hari pada Sabtu.

              🌺 3) PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan seluruh ahli keluarga serta kerabat DiRaja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah, hari ini.

              🌺 4) PENJAWAT awam dari Miri kerugian RM1,096,800 akibat diperdaya wanita yang mendakwa dari Mahkamah Terengganu awal bulan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa wanita berusia 52 tahun pada mulanya dihubungi menerusi telefon oleh wanita bernama Syaifa Omar dari Mahkamah Terengganu 7 Mei lalu.

              🌺 5) WANITA maut selepas kereta Proton Saga FLX yang dipandunya terjunam ke dalam sungai berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, di Yan, hari ini. Mangsa, Robiah Salmah, 49, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai lemas.

              🌺 6) KERAJAAN sedang berusaha mencari jalan bagi membantu seorang rakyat tempatan yang akan menjalani hukuman mati di Singapura akibat kesalahan mengedar dadah Jumaat ini. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) Datuk Liew Vui Keong sedang berusaha mencari jalan membantu P Pannir Selvam yang dijadualkan menjalani hukuman itu.

              🌺 7) SUSPEK utama kes pembunuhan pengurus acara yang ditemui dengan kesan tikaman di kondominium dekat Jalan Ukay Bistari, Taman Ukay Bistari, Ampang, 12 Mei lalu, ditahan semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki yang berusia 25 tahun itu ditahan di pangsapuri dekat Ukay Perdana, di sini, 1.30 tengah hari semalam.

              🌺 8) KEHIDUPAN mewah penganggur terbongkar apabila ditahan bersama 808.32 gram (g) dadah pelbagai jenis bernilai RM82,201.10 di Jalan Tanjung Lobang, Miri semalam. Dalam kejadian 11 pagi itu, selain lelaki tempatan berusia 24 tahun itu, dua wanita warga Vietnam lingkungan 20-an turut ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak.

              🌺 9) SIKAP ‘tidak putus asa’ penjenayah yang mahu memecah masuk sebuah rumah sebanyak dua kali mengundang padah apabila dia diberkas polis, semalam. Difahamkan, suspek lelaki warga Myanmar berusia 18 tahun pertama kali cuba memecah masuk sebuah rumah teres di Jalan Kapar, Kampung Sementa, di Klang, pada 4.30 pagi kelmarin. Tindakan itu dilihat jiran di sebelah rumah yang juga adik ipar mangsa ketika sedang bersahur dan usaha menangkapnya gagal.

              🌺 10) BUKAN setakat disamun, malah mukanya turut ditoreh dengan pisau ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di Persiaran Tun Teja, Seksyen 35, di Shah Alam, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa yang juga warga Pakistan berusia 20-an bersama dua lagi pekerja yang lain sedang memotong rumput sebelum di datangi dua lelaki dengan senjata tajam.

              🌺 11) PEMBANTU kedai didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memiliki 153 kilogram (kg) karkas lembu yang disembelih tanpa perakuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ), bulan lalu. Mohd Zairi Awang Hamat, 31, yang juga Orang Kena Saman (OKS) dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

              🌺 12) BEKAS pegawai kanan di syarikat swasta bergelar Datuk yang ditahan malam semalam berkaitan kes pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara bernilai RM135 juta, direman empat hari. Perintah reman bermula hari ini hingga Sabtu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di Putrajaya, Siti Roslizawati Mohd Zanin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

              🌺 13) PENIAGA wanita di Bentong kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan kad pengenalan merah atau Pemastautin Tetap (MyPR) kepada dua pekerjanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula April lalu apabila mangsa berusia 51 tahun ditawarkan perkhidmatan itu oleh suspek.

              🌺 14) SERAMAI 5,070 bayi di Sarawak sudah didaftarkan di dalam Endowment Fund Sarawak (EFS) untuk membolehkan mereka menerima insentif RM1,000 seorang yang disediakan oleh kerajaan Sarawak. Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis berkata, daerah Kuching mendahului senarai terbanyak dalam pendaftaran EFS setakat 25 April lalu iaitu 1,980 orang.

              🌺 15) TINDAKAN lelaki berusia 50 tahun memandu dalam keadaan mabuk mengundang padah apabila dia ditahan dalam Operasi Mabuk di Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Setar malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, operasi dari jam 11 malam hingga 4 pagi ini dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar membabitkan seorang pegawai, lima anggota trafik serta enam anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM).

              🌺 16) SEBUAH restoran di Kampung Baru Rahang, Seremban diarah tutup dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS). Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, premis berkenaan diarah tutup berikutan tahap kebersihan kurang memuaskan.

              🌺 17) EMPAT beranak hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Kampung Belaoh, Keruak, Jertih musnah dalam kebakaran petang semalam dipercayai berpunca daripada api lilin yang digunakan untuk bermain bunga api. Harizah Mohamad, 32, berkata, ketika kejadian 5.45 petang, dia keluar membeli juadah berbuka manakala ibunya, Zaharah Hassan, 70, dan dua anaknya, Nur Aisyah Shahfia Mohd Ismail, 8, dan Nur Dayana Qistina Mohd Ismail, 6, berada di rumah.

              🌺 18) WANITA yang dipercayai terjatuh ke Sungai Pinji, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Pegoh, Ipoh semalam masih belum ditemui selepas hampir 24 jam kehilangannya dilaporkan. Dalam kejadian 6 petang semalam, mangsa berusia 24 tahun yang menunggang motosikal dipercayai terbabit kemalangan atau terbabas sebelum terjatuh ke sungai itu dan gagal ditemui.

              🌺 19) PEMANDU lori kargo menahan sakit hampir setengah jam apabila kakinya tersepit selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan lori kargo lain di simpang Jalan Sing Ba, Bintangor semalam. Kejadian 3.30 petang itu menyebabkan Ng Suon Chin, 24, patah kaki kanan manakala kelindannya, Eng Khye San,23, cedera.

              🌺 20) KUALA PILAH: Seorang pemuda menanggung derita apabila lumpuh dan tidak lagi mampu bekerja akibat disengat ulat bulu laut. Mohd Fadzil Mohd Yunus, 36, dari Kampung Durian Hijau, Terachi mendakwa disengat ulat bulu laut ketika bekerja sebagai pemandu pelancong di Pulau Pangkor, Perak pada Disember 2017.

              🌺 21) SEMBILAN pemancing berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki kehabisan minyak menyebabkan mereka terkandas dan dihanyutkan ombak kira-kira 10 jam ketika keluar memancing di perairan Indrasabah, dekat Tawau, petang semalam. Difahamkan, semua mereka yang berumur antara 35 hingga 60 tahun itu keluar memancing di kawasan berkenaan pada 9 pagi.

              🌺 22) HASRAT remaja lelaki menunjukkan kehebatan menunggang laju motosikal yang diubah suai, tidak kesampaian apabila ditahan di Lebuhraya Langkawi, semalam. Remaja berusia 17 tahun yang juga mekanik motosikal itu ditahan dua pegawai polis yang melakukan rondaan pada 4.30 pagi.

              🌺 23) POLIS memburu empat lelaki yang menyamun dua lelaki Rohingya dalam kejadian di kedai runcit di Taman Perindustrian Puchong, kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, empat lelaki berkenaan berpakaian biasa tetapi menggunakan kereta berwarna perak tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menyamun mangsa.

              🌺 24) DUA anggota polis cedera apabila kereta peronda polis (MPV) dinaiki terbabas dan merempuh kereta yang diletakkan di bahu jalan sebelum jatuh ke dalam longkang di Putra Perdana, Subang Jaya, semalam. Difahamkan kejadian berlaku apabila MPV model Proton Inspira dinaiki dua anggota terbabit mengejar kenderaan yang cuba meloloskan diri ketika sekatan jalan raya, kira-kira 2 pagi.

              🌺 25) DEBAT antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka diadakan selepas Ramadan ini. Ketika ditemui di Klebang, Melaka malam tadi, Najib berkata tarikh, masa dan tempat akan dibincangkan sedikit masa lagi. "Cabaran untuk berdebat itu saya terima, Insya-Allah kita akan tentukan tarikh, saya minta lepas Ramadan ini, takkan kita nak berdebat pada Ramadan pula.

              🌺 26) LELAKI yang menikam sehingga parah seorang kanak-kanak di Bandar Sungai Long, Kajang, Sabtu lalu pernah menawarkan air ketum kepada kakak mangsa dan rakannya. Saksi yang enggan dikenali berkata, pada 10 malam, lelaki itu didapati berlegar-legar di kawasan berkenaan dan terjumpa kakak mangsa bersama rakannya yang berusia 13 hingga 15 tahun.

              🌺 27) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap samseng yang cuba mengugut pegawai dan anggota penguat kuasa sebagai amaran bagi menghentikan tindakan penguatkuasaan atau pendakwaan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata kepada Bernama hari ini, beliau memandang berat kes ugutan sedemikian sejak kebelakangan ini.

              🌺 28) PELAJAR Tingkatan Satu, Syafiq Haiqal Shaharrudin, 13, yang putus lima jari tangan kanan akibat bermain mercun di Kampung Kubang Ikan, Jertih, Besut, petang semalam, menjalani pembedahan amputasi pagi hari ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, satu pembedahan kecemasan dilakukan bermula 10 pagi di Dewan Bedah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan selesai 11.30 pagi.

              🌺 29) PEGAWAI polis berpangkat Asisten Superintendan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dipercayai menjadi dalang kegiatan samun berkumpulan terhadap seorang pengurup wang di Bangunan Cahaya Suria, Jalan Silang, Kuala Lumpur kelmarin. Dalam kejadian 4.40 petang itu, suspek yang bertugas di Bukit Aman bersama lima lagi anggota polis, antaranya berpangkat Inspektor dan anggota lain-lain pangkat, selain tiga pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan datang membuat serbuan di syarikat berkenaan.

              🌺 30) HUJAN lebat melanda ibu negara selama dua jam, hari ini menyebabkan dua kawasan ditenggelami air. Kejadian itu turut menyebabkan tiga kereta yang diparkir di kawasan letak kereta Menara PJD, Jalan Tun Razak tenggelam, hampir satu meter. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan banjir kilat itu sekitar 6 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikerah ke Jalan Tun Razak bagi meninjau keadaan.

              🌺 31) HAMPIR dua tan makanan dan minuman diselamatkan melalui Program MySaveFood sempena Ramadan yang dijalankan di Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani, sejak 12 Mei sehingga semalam. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew berkata, projek kali pertama di negeri ini turut membabitkan lapan lokasi lain di seluruh negara dijalankan selama 14 hari sehingga 25 Mei ini.

               🌺 32) PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabas ke dalam gaung di Jalan Keledang- Baling berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tawar, hari ini. Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, Khor Chew Heong, 48, dari Sungai Petani dipercayai terbabas sendiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.

               🌺 33) REMAJA perempuan berusia 16 tahun dicabul seorang lelaki di dalam tandas rumahnya di sebuah kampung di Pulau Gaya dekat Kota Kinabalu, kelmarin. Suspek mencabul dengan menghulurkan tangannya melalui bawah lubang tandas lalu memegang alat sulit mangsa.

               🌺 34) ISI kepala dulu, lepas tu jadi ‘saintis’ dan menghasilkan pil yaba yang dipelajari daripada internet. Itu dilakukan seorang lelaki yang menghisap syabu kononnya dapat membuatkan dia bijak untuk menghasilkan pil yaba. Lelaki berusia 29 tahun itu bagaimanapun diberkas polis pada 1 pagi, kelmarin di sebuah flat di Bagan Dalam, Butterworth.

               🌺 35) SEORANG pengawal keselamatan didenda RM2,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan memiliki 380 mercun dari 14 jenis jenama secara haram, tahun lalu.

               🌺 36) DUA pekerja kontraktor Electricity Sdn Bhd (SESB) melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja penyelenggaraan kabel di tepi jalan di Jalan Putatan - Lok Kawi, Penampang hari ini. Dalam kejadian 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an melecur di beberapa anggota badan termasuk tangan dan muka.

               🌺 37) CUBAAN empat lelaki menjual dadah kepada pekerja kilang gagal apabila mereka dicekup dalam serbuan di kawasan ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 26 hingga 36 tahun itu ditahan ketika sedang mengagihkan barangan terbabit.

               🌺 38) KONSTABEL polis trafik ditahan polis hari ini selepas didakwa mencabul dan memeras ugut peniaga dalam talian di Padang Licin, Rantau Panjang semalam. Terdahulu, dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, wanita warga Thailand berusia 26 tahun yang memandu Perodua Viva membuat pusingan U kerana bimbang ditahan dalam sekatan jalan raya selepas melakukan kesalahan menaiki kenderaan cermin gelap.

               🌺 39) MELAKA berkemungkinan besar akan berhadapan dengan krisis bekalan air jika taburan hujan di kawasan tadahan di negeri ini terus berkurangan sehingga 15 Jun ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, keadaan itu bakal menyebabkan kapasiti air di tiga empangan di negeri ini kekal merosot, sekali gus memaksa catuan bekalan air terpaksa dilakukan ke atas pengguna.

               🌺 40) KUALA LUMPUR: Syawal yang dinanti pasti suram bagi kira-kira 30 penjaja Bazar Melayu Masjid India di sini, apabila gerai mereka musnah dalam kebakaran, semalam. Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, semua gerai berkenaan musnah 100 peratus dan kebanyakan penjaja baru saja memenuhkan bekalan barangan di premis masing-masing untuk dijual sempena dua minggu terakhir Ramadan.

            
SEJAGAT 🌍
==========


          🇮🇩 JAKARTA: Kira-kira sejuta penyokong Prabowo Subianto yang tewas pilihan raya presiden Indonesia merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di jalan raya bagi membantah keputusan pilihan raya itu selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) diisytiharkan menang semalam.
          Anak perempuan bekas diktator, Suharto dan presiden pertama Indonesia, Sukarno, serta beberapa parti pembangkang menyeru bantahan besar-besaran selama dua hari bermula semalam, bagi membantah keputusan pilihan raya pada April lalu.

          🇮🇩 JAKARTA: Enam maut dan 200 lagi cedera dalam ketegangan sivil di ibu kota Indonesia, kata gabenor bandar raya itu, Anies Baswedan, hari ini selepas suruhanjaya pilihan raya mengesahkan Presiden Joko Widodo menang pilihan raya bulan lalu.
          "Menjelang 9.00 pagi ini, kira-kira 200 orang cedera dibawa ke lima hospital.
         "Manakala, enam lagi terbunuh,” katanya kepada stesen penyiar TVOne, sambil menambah hospital melakukan bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

          🇱🇰 COLOMBO: Sebulan selepas serangan berani mati di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 250 orang, penyiasat mendedahkan pengebom menggunakan bom ‘Ibu Syaitan’ iaitu bahan letupan yang sering digunakan kumpulan militan Daesh.
         Bom yang diletupkan pada 21 April lalu di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka dihasilkan oleh militan National Thowheeth Jama’ath (NTJ), tetapi berdasarkan kepakaran Daesh, kata penyiasat.
             Kaitan itu diketahui selepas siasatan mendapati kesan triacetone triperoxide atau TATP ada di lokasi serangan.

            🇺🇸 WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan hari ini menamakan bekas duta besar dan ahli perniagaan Arizona untuk memimpin Angkatan Udara.
           Barbara Barrett, 68, berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke Finland dari 2008 hingga 2009 ketika di bawah pentadbiran George W. Bush.
          Barbara turut mempengerusikan pusat penyelidikan dan pembangunan aeronautik, The Aerospace Corporation sehingga 2017.

          🇨🇳 BEIJING: Tiga lelaki ditahan polis kerana bergurau mengenai ancaman bom hingga menyebabkan orang ramai di dalam sebuah kereta api di bandar Shenzhen, selatan China, panik.
           South China Morning Post melaporkan, pemuda terbabit sengaja melakukan perbuatan tidak berfaedah itu bagi merakam situasi berkenaan sebelum ia dimuat naik ke media sosial Jumaat lalu.
          Rakaman kamera pengawasan menunjukkan orang ramai kelam kabut menyelamatkan diri apabila dua daripada mereka menjerit memberi amaran ada periuk api.

         🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 LONDON: Seorang buruh miskin menjadi kaya raya sekelip mata apabila ujian DNA mengesahkan dia adalah pewaris hartanah milik bapanya bernilai jutaan dolar di England.
           Daily Mail melaporkan, Jordan Adlard-Rogers, 31, berjaya membuktikan dia adalah anak luar nikah kepada Charles Rogers, seorang aristokrat yang memiliki Penrose Estate di Cornwall.
         Jordan berkata, dia menghabiskan masa beberapa tahun lalu, untuk membuktikan dia mempunyai pertalian darah dengan Charles namun lelaki itu enggan melakukan ujian DNA.
            Ujian itu disahkan selepas Charles terbabit ditemui mati dalam kenderaannya di kawasan berkenaan pada usia 62 tahun.

          🇸🇰 LJUBLJANA: Buat pertama kali, agensi perisikan Slovenia mengiklankan tawaran kerja sebagai ejen perisik secara umum menerusi akhbar di negara itu, hari ini.
           Bagaimanapun, jawatan itu hanya terbuka kepada warganegara Slovenia.
              Skop tugasan termasuk mengumpul maklumat menerusi kerjasama rahsia, bertukar maklumat risikan dengan negara asing dan menyediakan laporan.

         🇮🇳 GUWAHATI, INDIA: Seorang wakil rakyat Arunachal Pradesh dan anak lelakinya antara 11 individu yang ditembak mati dalam kejadian di daerah Tirap, hari ini.
            Pemberontak melepaskan tembakan ke arah kenderaan dinaiki anggota Parti Kebangsaan Rakyat, Tirong Aboh dan mangsa lain di Bogapani.
          Polis berkata, ketika kejadian, Aboh dalam perjalanan ke Khonsa dari Assam.

        🇨🇳 BEIJING: Seorang lelaki di timur China tidak menyangka nombor telefon ‘bertuah’ yang dibelinya sekitar AS$3,000 (RM12,556), mengubah hidupnya menjadi sengsara selepas dia dihujani panggilan tidak dikenali selepas sebuah syarikat produksi tv menggunakan nombornya dalam sebuah drama.
         South China Morning Post memetik Yangtse Evening Post melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Shen membelanjakan 20,000 yuan (RM12,110) untuk membeli nombor telefon berakhir dengan 888 yang membawa maksud kemewahan sekaligus dianggap nombor bertuah di China.
            Tetapi malangnya nombor itu turut digunakan penjahat dalam drama Skynet Action yang disiarkan pada Mac lalu.

         🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 LONDON: Lebih 1,000 pekerja cef selebriti Jamie Oliver bakal dibuang kerja selepas rangkaian restoran Itali miliknya diletak di bawah perlindungan pemiutang.
              Rangkaian itu termasuk 23 restoran Itali serta Fifteen, Jamie Oliver's Diner dan restoran stik Barbecoa di London.
          Masalah terbabit dikhuatiri akan menutup perniagaan restoran yang diusahakan Oliver, 43, sejak 2006.
          "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

          🇦🇺 SYDNEY: Sekurang-kurangnya empat pelarian di pusat tahanan Australia di kepulauan Pasifik cuba bunuh diri selepas kerajaan konservatif menang dalam pilihan raya Sabtu lalu.
           Sekitar 800 pelarian yang cuba memasuki Australia dihantar ke kem di Nauru dan Papua New Guinea di bawah dasar tegas kerajaan negara itu.
            Ramai berharap dasar lebih ringan dari parti Buruh yang dijangka menang dalam pilihan raya.


TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL 📡
========================


           🐒 SEHINGA kini tiada kes ‘monkeypox’ atau jangkitan cacar monyet dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia seperti yang tular di media sosial berhubung dakwaan kejadian di Johor dan Kuala Lumpur.
          Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, melalui laporan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes monkeypox terkini yang dilaporkan adalah di Singapura pada 9 Mei lalu.
       Menurutnya, ia hanya membabitkan seorang warga negara Nigeria yang datang ke Singapura pada 28 April bagi menghadiri bengkel serta kes pertama dilaporkan di Asia.

            🕌 TIADA kejadian culik di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam seperti yang ditularkan di media sosial Ahad lalu.
            Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ia sebenarnya hanya salah faham membabitkan ibu kanak-kanak lelaki autisme berusia lima tahun selepas melihat seorang lelaki memegang tangan anaknya di perkarangan masjid itu.
            Menurutnya, polis menerima laporan polis daripada wanita berusia 31 tahun itu yang mendakwa anaknya dilihat bersama seorang lelaki pada 8.25 malam ketika mahu pulang ke rumah dari masjid terbabit.

           🔫 POLIS akan mengesan lelaki yang menembak seekor monyet menggunakan pistol yang tular di media sosial.
            Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, berdasarkan rakaman yang tular itu, lelaki berkenaan melanggar dua peraturan.
           "Dari segi penyalahgunaan senjata api, seseorang individu yang memiliki lesen tidak boleh sewenang-wenang melepaskan tembakan. Setiap tembakan, walaupun sebutir peluru perlu diisytiharkan.

           🤰🏼 PELAKON popular, Nur Fasha Sandha Hassan membuat kejutan buat suami tersayang juga aktor, Aidil Aziz selepas mengetahui dirinya kini sedang berbadan dua.
            Fasha yang ditemui sewaktu menjalani sesi fotografi di Studio Pinography di Shah Alam, sempat merakamkan kejutan dilakukan buat suaminya yang turut dikongsi Aidil di laman sosialnya.
           Aidil ternyata terharu dengan kejutan itu dan turut menangis kegembiraan, selepas mengetahui Fasha kini mengandung.

           ✈ KUANTAN: ‘Ide gila’ dua beranak sejak tiga tahun lepas mencetuskan kewujudan hotel kapal terbang, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini.
          Kevin Young Thien Sheng, 30, berkata, hasrat untuk membuka hotel unik itu yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 dijangka dapat direalisasikan awal tahun hadapan memandangkan beliau baharu ‘memindahkan’ kapal terbang itu ke Sungai Lembing di sini.
         Sambil tersenyum, Kevin berkata, pesawat itu dibeli ayahnya, Young Yeong Long, 61, daripada sebuah syarikat penerbangan yang perlu melupuskan pesawat melebihi tempoh perkhidmatan.
                 


www.hmetro.com.my

piloi_hani al_linggi
#⃣re🅿oterat🅰spok🆗
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2019 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 24 AY 2019 ASHI ERSAAAN 19 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK : 0531*
*SUBUH : 0541*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1313*
*ASAR : 1637*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2035*


*artikel disiarkan pada tarikh 23may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *JENAZAH Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, 88, selamat dimakamkan di Makam Diraja, di Pekan, kira-kira 5 petang ini. Ribuan hadirin terdiri daripada kerabat diraja dan rakyat hadir pada istiadat pemakaman itu untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.*

               2) *BALASAN merogol anak kandung sendiri, bapa lapan anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, hari ini. Hakim Elesabet Paya Wan memutuskan hukuman itu selepas tertuduh berusia 45 tahun mengaku bersalah sebaik semua tiga pertuduhan dibacakan ke atasnya.*

               3) *TIGA stesen LRT Laluan Sri Petaling iaitu LRT Bandaraya, LRT Sultan Ismail dan LRT PWTC akan ditutup sementara selama tiga jam bermula 6 hingga 9 pagi pada 9, 16 dan 23 Jun bagi membolehkan kerja menaik taraf landasan dijalankan. Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan tiga stesen berkenaan akan memulakan perkhidmatan seperti biasa pada jam 9 pagi hari terbabit.*

               4) *KEMENTERIAN Pengangkutan akan meneliti cadangan kerajaan negeri untuk menaik taraf dua jeti di daerah Port Dickson dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini. Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, dua jeti yang sedang diteliti adalah Jeti Penumpang Port Dickson dan Jeti Perbadanan Aset Kereta Api (RAC).*

               5) *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis membongkar sindiket penyeludupan antarabangsa dan merampas mercun, beras pulut bersama minuman keras bernilai RM692,567 termasuk nilai cukai di Perairan Kuala Perlis berhampiran Pulau Langkawi, Kedah. Pengarahnya, Wan Nor Wan Mamat berkata, pembongkaran kegiatan sindiket itu dilakukan pihaknya melalui lima siri rampasan JKDM sepanjang Ramadan ini.*

               6) *WANITA yang jatuh di Sungai Pinji dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Pegoh, Ipoh, Isnin lalu ditemui lemas, hari ini dengan mayatnya berada pada jarak 78 kilometer dari lokasi hilang. V Shalini, 24, ditemui kira-kira 6 pagi di Sungai Perak dekat Jeti Kampung Bahagia, Teluk Intan.*

               7) *TIDAK sampai dua minggu lagi sebelum Syawal, namun empat keluarga berdepan dugaan hebat kerana terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Kuantan, Bukit Kuda, Klang musnah dalam kebakaran, semalam. Dalam kejadian jam 2 petang, empat kediaman itu hampir musnah sepenuhnya namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.*

               8) *DUA individu termasuk lelaki warga Iran yang membawa beg mengandungi dadah ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Cheras, Kuala Lumpur semalam. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan pertama dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium di Taman Shamelin Perkasa 3.50 petang.*

               9) *JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan seramai 111 individu membabitkan kesalahan tidak berpuasa dan makan di tempat awam dalam Operasi Gempur Ramadan sehingga semalam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata, daripada jumlah berkenaan daerah Mersing mencatatkan tangkapan tertinggi membabitkan 28 individu.*

               10) *TIGA lelaki berusia 20-an diberkas polis di Seremban, Ahad lalu, kerana memeras ugut lelaki warga emas untuk menyebarkan foto dan video seks miliknya. Sumber polis berkata, kejadian berlaku 9 Mei lalu sebaik mangsa yang juga pesara kerajaan berusia 76 tahun berada di rumahnya di Rumah Rakyat Pantai, di Seremban, 10 malam. Katanya, ketiga-tiga suspek mendatangi mangsa memberitahu memiliki foto dan video seks lelaki itu bersama seorang wanita.*

               11) *WANITA warga Indonesia terpaksa beraya di penjara selepas Mahkamah Sesyen Kuching menjatuhkan hukuman penjara sebulan atas pertuduhan memiliki sejumlah telur penyu. Asnawati Ahmad, 59, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu ditahan di tempat letak kereta berhampiran Pasar Serikin pada 9.40 pagi, 18 Mei lalu oleh pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC) ketika melakukan rondaan di pasar itu yang terletak berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia.*

               12) *PERUNDING pembinaan di London yang juga warga Lithuania didenda RM12,000 selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas kru penerbangan Oman Air, pada 19 Mei lalu. Tertuduh, Petronis Augustinas, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret A Akhiruddin@Boy Acho di Mahkamah Majistret Sepang hari ini.*

               13) *KERAJAAN tidak akan menetapkan harga minimum penjualan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Berikutan itu katanya, peniaga ayam bebas menjual mengikut kadar munasabah tanpa penetapan harga lantai.*

               14) *PERBUATAN terkutuk warga emas terhadap anak angkatnya berusia 17 tahun terbongkar apabila dia ditahan di Kampung Temenggong Jalan Matang, Kuching semalam. Lelaki berusia 65 tahun itu dipercayai mencabul dan merogol pelajar terbabit sehingga menyebabkan mangsa sering tidak hadir ke sekolah.*

               15) *DUA warga Indonesia yang terperangkap dalam runtuhan di tapak pembinaan parkir bertingkat Terminal Bas Bersepadu Gombak, awal pagi hari ini disahkan meninggal dunia. Mangsa pertama dikeluarkan pada 2.07 petang, manakala yang kedua pada 2.10 petang. Sebelum itu, dua lagi warganegara itu diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan, manakala seorang lelaki Bangladesh yang terperangkap berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat pada 7.05 pagi.*

               16) *TIDAK cukup ditumbuk, lelaki turut dipijak dua beradik termasuk suami kepada bekas kekasihnya hanya kerana mahu meminjam RM20 daripada wanita itu dalam kejadian di Kampung Batu 1, di Chukai, Ahad lalu. Dalam kejadian 4.30 petang, mangsa berusia 20 tahun yang dibelasah di dalam longkang cedera di badan dan kepala.*

               17) *TIMBALAN Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk digugurkan sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melakukan rombakan Kabinet. Beliau berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa pregrogatif untuk berbuat demikian jika beliau mendapati seseorang menteri itu tidak berupaya melaksanakan tugas.*

               18) *REMAJA lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas tuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, pada 16 April lalu. Mangsa adalah anak jagaan ibunya yang bekerja sebagai pengasuh. Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.*

               19) *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan lelaki warga Indonesia dan merampas pelbagai jenis bunga api serta mercun dalam serbuan di kedai runcit di Kampung Sharif, di Lahad Datu, semalam. Serbuan dilakukan oleh anggota dan pegawai PPM Lahad Datu susulan maklumat daripada orang awam pada 9.45 malam.*

               20) *KETIKA orang lain sibuk berbuka puasa lain pula dengan sekumpulan lelaki yang ketagih dadah apabila mengambil kesempatan menghisap dadah di beberapa sarang penagihan di Kedah semalam. Bagaimanapun kegiatan mereka terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah menyerbu tiga sarang penagihandadah di Alor Setar, Kulim dan Baling bermula 12 tengah hari sehingga 8 malam tadi.*

               21) *BUKA laman sembang sosial, cari pelanggan untuk berkenalan dan tarik perhatian mereka menggunakan skrip yang diberi sebelum mempromosikan permainan judi dalam talian. Itu taktik dilakukan sindiket membabitkan kumpulan perjudian dalam talian yang berpangkalan di China, namun menjalankan operasi mereka di negara ini sejak hampir sebulan lalu.*

               22) *TINDAKAN pemandu kereta melarikan diri daripada anggota polis mengundang padah apabila kereta dipandunya terbabas menyebabkan penumpang wanita meninggal dunia. Dalam kejadian di Jalan Persiaran Utama S2/4, Seremban 2, Seremban kelmarin, Perodua Myvi dinaiki dua individu masing-masing berusia 22 tahun yang juga penuntut universiti terbabas di tepi jalan seterusnya melanggar pokok dan tebing.*

               23) *DUA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan melakukan cubaan bunuh terhadap seorang lelaki, Mei lalu. Penganggur, Moi Kai Man, 21, dan tukang cat, M Tamil Arasan, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.*

               24) *HARI ini, genap tiga bulan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap. Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak masih belum berputus asa mencari mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah ditangguhkan bermula 17 April lalu sehingga menemui petunjuk baru.*

               25) *POLIS mengesahkan suspek utama kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Mac lalu yang dikenali sebagai Zaini sudah ditahan kelmarin. Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata, seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Mie Tomoi masih diburu pihaknya.*

               26) *EMPAT lelaki termasuk seorang warga Indonesia dan dua tukang masak warga Thailand diberkas polis berikutan terbabit aktiviti pengedaran dadah di Port Dickson semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka yang berusia 24 hingga 34 tahun ditahan menerusi Op Sarang bermula 1 hingga 7 pagi.*

               27) *BENDERA Kedah dikibarkan separuh tiang pada hari ini bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar. Pengumuman itu dimaklumkan Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) kerajaan negeri, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.*

               28) *BERSELINDUNG di sebalik jualan makanan ringan, kegiatan penjualan tambah nilai judi dalam talian terbongkar apabila premis yang terletak di Tikam Batu, di Sungai Petani, diserbu malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, susulan itu, pihaknya menahan seorang pelajar berusia 15 tahun yang berkerja sebagai penjaga kaunter kedai yang juga ditugaskan menjual tambah nilai judi dalam talian.*

               29) *KOTA KINABALU: Upah menjahit serendah RM40 sepasang pakaian yang masih mengikut harga kampung antara faktor Kedai Jahit Asnuri sering menjadi pilihan orang ramai terutama menjelang Aidilfitri. Menurut pemiliknya, Hayati Alli, 35, nilai upah yang rendah bagi sepasang baju kurung biasa menyebabkan tahun ini kedainya menerima lebih banyak tempahan iaitu mencecah hingga 600 pakaian untuk disiapkan sebelum Aidilfitri.*

               30) *JOHOR BAHRU: Seorang lelaki merayu peguam keluarga supaya menyerahkan wang RM9 juta hasil jualan tanah di Australia kepadanya dan adiknya. Lelaki berkenaan Chai Ken Kew, 59, dari Kuala Lumpur berkata, mendiang bapanya, Chai Yen Chong menjual sebidang tanah di Brisbane, Australia pada harga AD$3 juta (RM9 juta) pada 2017. “Pada tahun sama mendiang meninggal dunia akibat sakit tua ketika berusia 86 tahun.*

               31) *WARGA Indonesia yang ingin pulang menyambut Aidilfitri menggunakan laluan laut tidak berdepan masalah berikutan tiket untuk pulang ke kampung halaman, terutama di Batam dan Tanjung Balai Karimun, Indonesia masih tersedia. Tinjauan Harian Metro di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour di Iskandar Puteri, mendapati masih ada banyak ruang kepada warga negara jiran itu mendapatkan tiket sepanjang Ramadan ini hingga menjelang Aidilfitri.*

                32) *DEMI merebut pahala berganda semasa Ramadan, peniaga nasi ayam Hainan di Alor Setar menjual makanan itu dengan harga RM2.90 sebungkus bagi menarik minat pelanggan menginfak nasi ayam itu kepada golongan memerlukan semasa berbuka. Ahmad Safuan Ahmad Sabri, 29, berkata, idea itu tercetus selepas dia terbaca artikel di media sosial mengenai kelebihan memberi makan kepada orang berbuka puasa.*

                33) *POLIS mengesahkan memiliki petunjuk baharu berhubung kes ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya berharap Jho Low akan dibawa pulang ke negara ini dalam masa terdekat.*

                34) *MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin diminta untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang membabitkan kejadian kebakaran kereta rasminya pada Mac lalu. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, ini kerana tindakan Mohd Asri boleh menimbulkan spekulasi liar, selain mengganggu siasatan pihaknya.*

                35) *KERAJAAN hari ini bersetuju menawarkan biasiswa RM11.4 juta kepada penuntut Palestin untuk melanjutkan pengajian di 12 universiti awam dan tempatan di negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, biasiswa berkenaan akan diagihkan menerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).*

                36) *PELAJAR Tingkatan Satu, Syafiq Haiqal Shaharrudin, 13, yang hilang lima jari akibat terkena letupan mercun di Kampung Kubang Ikan, Jertih, Besut akan diberikan kaunseling bagi memulihkan emosi dan semangatnya. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, rawatan terhadap Syafiq Haiqal tidak hanya bertumpu kepada tangannya yang cedera parah tetapi juga emosi pelajar berkenaan yang kini mengalami kecacatan.*

                37) *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu peniaga Bazar Melayu Masjid India, Kuala Lumpur berpindah ke lokasi sementara yang dicadangkan kerana faktor keselamatan. Selain itu, ia bagi membolehkan pihak berkuasa menyelesaikan siasatan terhadap kebakaran yang berlaku hingga 30 gerai terjejas.*

                38) *SURI rumah dijatuhi hukuman penjara 28 bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan menipu warga emas dalam urusan jual beli tanah dan rumah membabitkan kerugian RM135,000 tujuh tahun lalu. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Noor Azizah Ibrahim, 45, mengaku salah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.*

                39) *WARGA emas ditahan selepas cuba menyeludup 220 karton rokok di persimpangan Jalan Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor hari ini. Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan 2.20 pagi tadi ketika memandu kereta di kawasan berkenaan.*

                40) *ALOR SETAR: Taktik baru penyeludupan menggunakan Tasik Ahning di Padang Terap sebagai laluan penyeludupan dari sempadan negara dilihat sebagai sesuatu yang baru berlaku di negeri ini. Ini kerana keadaan geografi di kawasan itu berbukit serta dikelilingi hutan tebal dilihat menyukarkan untuk kegiatan penyeludupan berlaku di kawasan itu.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *Jakarta: Ibu kota Indonesia bertukar huru-hara semalam apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan menembak meriam air ke arah ribuan penunjuk perasaan yang membantah kemenangan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.*
           *Tunjuk perasaan yang bermula kelmarin itu menyebabkan beberapa lokasi di Jakarta dipenuhi denga sampah sarap dan kereta yang terbakar.*
         *Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, seramai enam orang maut dan lebih 200 cedera ketika bertempur dengan polis antirusuhan. Puluhan lagi ditangkap.*

           *NEW DELHI: Seorang budak perempuan berusia dua tahun direnjat elektrik selepas memasukkan pengecas telefon bimbit yang tidak dicabut dari plag ke dalam mulutnya.*
           *Kejadian berlaku ketika mangsa melawat datuk dan neneknya di Jahangirabad pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak itu cuba menggigit atau menghisap pengecas yang tidak dipadamkan selepas telefon dicabut darinya, lapor The Mirror.*
         *Sementara itu, jurucakap balai polis Jahangirabad, Akhilesh Pradhan memberitahu Times of India: “Keluarga itu tidak membuat sebarang laporan polis, jadi kami juga tidak melakukan siasatan.*

           *WASHINGTON: Seorang pastor dari New Jersey, Amerika Syarikat didakwa memberi cecair peluntur industri kepada 50,000 kanak-kanak di Uganda yang kononnya dikenali sebagai ‘penawar ajaib’ untuk merawat penyakit malaria dan HIV/AIDS.*
           *Daily Mail melaporkan, Pastor Robert Baldwin, 52, bersama seorang tukang tilik warga Britain, Sam Little didakwa melakukan perbuatan itu menerusi satu projek dikenali sebagai MMS atau penyelesaian mineral ajaib kepada rakyat miskin di negara terbabit.*
           *Orang ramai termasuk bayi di negara itu diberi cecair klorin dioksida iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit serta dehidrasi, kata Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat.*

            *NEW DELHI: Perdana Menteri, Narendra Modi meraih kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini menerusi parti nasionalis hindu yang dipimpinnya, kata menteri luarnya, selepas ratusan juta undi dikira hari ini.*
            *Maklumat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya India menunjukkan pemimpin dari Parti Bharatiya Janata (BJP) itu menang 292 daripada 542 kerusi yang melebihi majoriti diperlukan di parlimen iaitu 272 kerusi.*
         *Menteri Luar, Sushma Swaraj yang juga pemimpin kanan BJP menulis di akaun Twitter bahawa parti itu mendapat ‘kemenangan besar’.*

          *NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dibubarkan, beberapa minggu sebelum mendedahkan aspek ekonomi terhadap pelan damai Asia Barat mereka.*
         *Ketika berucap di hadapan Majlis Keselamatan PBB, Penasihat AS, Jason Greenblatt berkata agensi terbabit hanya bersifat sementara dan sudah tiba masanya untuk menyerahkan tugas itu kepada negara yang menaja pelarian dan badan bukan kerajaan (NGO).*

          *NEW DELHI: Bagi melawan suhu panas 45 darjah Celsius, pemilik sebuah kereta Toyota sedan di Ahmedabad bertindak menampal keretanya dengan tahi lembu untuk melindunginya daripada cuaca panas.*
            *South China Morning Post melaporkan, Sejal Shah menampal keretanya dengan tahi lembu agar kenderaan itu sejuk dalam cuaca panas.*
        *”Penggunaan kotoran lembu terbaik yang pernah saya lihat,” tulis Rupesh Gauranga Das di Facebook selepas berkongsi imej kenderaan itu di platform media sosial.*

            *BEIJING: Seorang pelayan di sebuah restoran stimbot mengalami lecuran teruk pada wajahnya apabila sup yang menggelegak meletup ketika dia cuba mengeluarkan pemetik api yang terjatuh ke dalamnya.*
          *Dalam kejadian pada 15 Mei lalu di restoran Haidilao di Kunming, Yunnan itu, pemetik api pelanggan secara tidak sengaja terjatuh ke dalam periuk sup yang sedang menggelegak.*
          *Rakaman menunjukkan pelayan wanita itu cuba menggunakan senduk untuk mengeluarkan pemetik api itu, apabila tiba-tiba sup berkenaan meletup dan menyebabkannya serta pelanggan terbabit disimbah cecair panas.*

          *KIEV: Seorang wanita mengaku menyimpan mayat ibunya selama lima bulan dalam bilik bawah tanah untuk membolehkannya menuntut pencennya.*
           *Wanita yang tidak dinamakan itu ditahan kerana pecah amanah, dengan menipu ibunya masih hidup untuk mendapatkan wang berkenaan.*
          *Dalam satu video, wanita terbabit mendakwa menyorokkan mayat itu di rumahnya di Mytkyv, Ukraine, kerana tidak mampu mengadakan majlis pengebumian untuk ibunya.*

          *MEXICO CITY: Kerajaan Mexico akan melelong kereta mewah, rumah dan barangan lain yang dirampas daripada penjenayah serta sekurang-kurangnya seorang bekas ahli politik dalam program ala ‘Robin Hood’ bertujuan menggunakan jutaan dolar yang dijangka bakal diperoleh daripada proses itu untuk membantu golongan miskin.*
         *AFP melaporkan, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata, hasil jualan 82 kereta mewah yang turut termasuk Lamborghini Murcielago, tiga Porsches dan puluhan kereta kebal akan digunakan membantu masyarakat miskin.*
         *Sesi lelongan pertama dijadualkan pada Ahad ini membabitkan 77 kereta dengan harga permulaan keseluruhan kira-kira AS$1.5 juta (RM6.2 juta), lapor Reuters.*

          *LOS ANGELES: Washington semalam menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan mayat manusia ditukar menjadi baja kompos dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon melalui pengebumian dan pembakaran mayat.*
           *Menerusi undang-undang baru yang berkuat kuasa pada Mei tahun depan, mereka yang meninggal dunia di negeri itu mempunyai pilihan untuk menukar mayat mereka menjadi baja yang sesuai untuk menanam sayuran, satu proses dikenali sebagai pengkomposan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *KEPERIBADIAN dan kasih seorang anakanda yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah menyentuh hati semua yang berada di Balairung Seri Istana Abu Bakar di Pekan, hari ini.*
           *Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 10.40 pagi dengan diiringi anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, meruntun hati semua yang berada di Balairung Seri apabila baginda dilihat sebak dan kerap mengesat air mata.*
         *Suasana bertambah sebak apabila baginda memeluk kekanda-kekanda baginda di hadapan jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Sultan Abu Bakar yang ditempatkan di ruangan tengah Balairung Seri itu.*

           *‘SEBELUM nak sedekah juadah kepada gelandangan, dapatkan maklumat kerana jika tidak, semakin banyaklah pembaziran berlaku,” kata aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi.*
           *Beliau memberi reaksi demikian ketika mengulas penularan gambar puluhan bekas makanan berisi juadah berbuka puasa untuk golongan gelandangan yang terbuang begitu sahaja yang dikongsi laman sosial Facebooknya kelmarin.*
          *Menurutnya, gambar itu dirakam seorang daripada ahli kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai tinjauan gelandangan kira-kira dua minggu lalu sebelum ia tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.*

           *POLIS kini sedang mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama Sueman Minmut yang memuat naik satu hantaran dan kenyataan jelik menghina Nabi Muhammad SAW.*
           *Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, polis juga menerima satu laporan yang dibuat kelmarin berhubung penghinaan dilakukan pemilik akaun Facebook berkenaan.*
          *Katanya, susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.*

          *KEKECEWAAN pemilik bakeri selepas pelanggannya membatalkan tempahan 600 balang biskut Almond London terubat apabila ia habis dijual dalam tempoh 24 jam selepas kisah itu tular di media sosial.*
             *Ju Anisha Ibrahim, 34, berkata, tempahan sebanyak 600 balang itu disiapkan dalam tempoh kira-kira sebulan iaitu dua minggu sebelum puasa sebelum ejennya menghubunginya Sabtu lalu memaklumkan mahu membatalkan tempahan.*
          *Walaupun kecewa dengan tindakan ejennya, Ju Anisha tetap bersyukur dengan sambutan dan sokongan yang diberikan semua pihak selepas keluhannya itu tular*

           *HANYA suka-suka. Itu motif remaja yang diburu polis susulan rakaman video menunjukkan tindakan kejamnya menembak monyet yang tular sejak beberapa hari lalu.*
          *Dalam kejadian antara 10 hingga 11 pagi pada 18 Mei lalu, remaja lelaki berusia 18 tahun itu menembak monyet liar dengan satu das tembakan sebelum membuang bangkai haiwan itu ke dalam sungai di Bota.*
            *Difahamkan, kejadian itu berlaku di Lambor Kiri, Bota dan turut ditahan bapa suspek berusia 54 tahun yang juga pemilik senjata api berkenaan.*

         *NEW DELHI: Lelaki berusia 60 tahun maut manakala sembilan lagi cedera apabila seekor monyet mencetuskan huru hara sejak sembilan hari lalu dalam kejadian di Badnawar, tengah India.*
           *Daily Mail melaporkan, lelaki terbabit, Nathuram mati akibat cedera parah digigit haiwan liar.*
           *Kejadian itu mencetuskan kemarahan penduduk tempatan yang melakukan protes kelmarin sambil membaringkan mayat mangsa di atas jalan.*
            *Anggota penyelamat yang mencari haiwan itu selama tiga jam bagaimanapun berjaya menangkapnya.*
           *Kejadian dilaporkan berlaku beberapa hari selepas satu video viral menunjukkan seekor monyet mengganggu seorang kakitangan bank sambil duduk di atas badan lelaki terbabit di Nirman Vihar, New Delhi.*
                 

*ARENA*
========


            *PEP Guardiola berada dalam laluan untuk memecahkan semua rekod hebat pengurus berada di depannya dalam dunia kejurulatihan.*
         *Pencapaiannya meraih tiga gelaran domestik semusim bersama Manchester City membolehkannya meraih 27 trofi sejak mula mengendalikan Barcelona pada 2008/09.*
           *Setakat ini, pengendali dari Sepanyol itu sudah menempatkan dirinya dalam kelompok teratas jurulatih terhebat dalam sejarah..*
          *Hanya Sir Alex Ferguson (48), Mircea Lucescu (32) dan Valeriy Lobanovskyi (29) berada di depannya.*

            *NOVAK Djokovic mungkin boleh muncul pemain tenis kedua dalam sejarah menjulang semua empat gelaran Grand Slam sebanyak dua kali dengan kejayaan pada Terbuka Perancis.*
          *Bagaimanapun, kehadiran Roger Federer dan Rafael Nadal sekali lagi menjadi penghalang buatnya.*
          *Djokovic, pemain nombor satu dunia melengkapkan semua empat gelaran Slam dengan kejayaan di Roland Garros pada 2016.*

             *KIMI Raikkonen menghadiri perlumbaan Grand Prix Formula Satu ke-300 di Monaco hujung minggu ini dan juara dunia 2007 itu tidak begitu mengendahkan mengenai pencapaiannya.*
              *Malah pemandu dari Finland itu memberitahu wartawan semalam dia tidak mahu sebarang sambutan meraikan pencapaian itu.*
           *”Saya cuba memaksa mereka membatalkan segala-galanya, tapi saya tidak berjaya setakat ini,” kata pemandu Alfa Romeo itu, yang menyertai pasukan itu dari Ferrari hujung tahun lalu.*

            *PEMAIN tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain berangan untuk beraksi pada final Liga Juara-Juara (UCL) di Madrid selepas kecederaan menafikan aksinya pada final tahun lalu.*
         *Dia sekadar melihat pasukannya kecundang 1-3 kepada Real Madrid di Kiev dengan pemain antarabangsa England itu terpaksa bergerak dengan menggunakan topang memberi sokongan kepada rakan sepasukan di sekitar Stadium Olympiyski.*
          *Kecederaan lutut serius dihadapi oleh Oxlade-Chamberlain pada separuh akhir pertama UCL menentang Roma menyebabkannya terlepas beraksi menentang Madrid sebulan kemudian dan terpaksa berehat selama 12 bulan.*

            *PEMAIN Tottenham mendapat inspirasi tambahan menjelang aksi final Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool di Madrid, minggu depan.*
            *Kelab Liga Perdana Inggeris itu menerima kunjungan ikon bolasepak David Beckham ketika sesi latihan pasukan itu di London, semalam.*
          *Spurs sedang membuat persiapan menghadapi final terbesar dalam sejarah kelab itu berdepan juara Eropah lima kali itu.*
         *Malah pengurus pasukan, Maurico Pochettino serta penyerang, Harry Kane sempat bermesra dengan salah seorang bintang terbesar bolasepak di kompleks latihan Enfield.*

             *EMILIANO Sala tidak mahu menyertai Cardiff City dan perkara itu didedahkan menerusi mesej pesanan suara ditinggalkan oleh penyerang itu.*
           *Pemain dari Argentina itu mendedahkannya kepada sahabat rapatnya mengenai kontrak bersama kelab itu dua minggu sebelum terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas ketika dalam perjalanan ke ibu kota Wales itu darip Nantes, Perancis.*
           *Mesej pesanan suara Whatsapp pada 6 Januari itu didedahkan menerusi dokumentari L’Equipe Enquete, petang semalam.*

             *KEDAH memanfaatkan tempoh jendela perpidahan pemain pada Mei ini dengan mengikat pemain tengah kelahiran Australia yang memiliki kewarganegaraan Malaysia, David Rowley untuk tempoh musim 2019.*
           *Menurut kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini, pemain berusia 29 tahun itu bakal mengisi kuota pemain tempatan dalam usaha memperkukuhkan skuad Lang Merah kendalian ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak dalam menghadapi jadual padat bermula Jun nanti.*

             *“KAMI harap perlawanan terakhir pada Ramadan ini memberi keceriaan buat pasukan ketika berdepan Selangor malam esok,” kata penolong pengurus Terengganu FC (TFC), Zulfadli Rozi.*
            *Selain itu, beliau juga mengharapkan tuah beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bakal memihak TFC bagi mengembalikan semula keyakinan pemain dan juga penyokong.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 27 AY 2019 ASHI ERSAAAN 22 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr KU LNGG*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT RT DCKsN DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0702
*ZOHOR* : 1311
*ASAR* : 1636
*MAGHRIB* : 1918
*ISYAK* : 2032


*artikel disiarkan pada tarikh 26may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *DENGAN berbaki kira-kira 10 hari menjelang Syawal, seramai 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara masih berharap supaya kerajaan memberikan insentif atau duit raya seperti yang dilakukan pada tahun sebelum ini. Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO FELDA (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bagi memohon kerajaan supaya mempertimbangkan isu berkenaan.*

               2) *KIRA-KIRA 37,500 pemilik akaun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di Temerloh berdepan masalah gangguan bekalan air selama 12 jam bermula 11 malam esok. Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat PAIP, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, gangguan terbabit ekoran kerja penyelenggaraan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan gangguan bekalan elektrik di muka sauk di Loji Rawatan Air Lubuk Kawah.*

               3) *PENOREH getah dihukum penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol anak tirinya berusia 13 tahun, dua bulan lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 46 tahun mengaku salah terhadap tuduhan. Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bapa saudara mangsa berusia 41 tahun terhadap kesalahan mencabul kanak-kanak itu pada 2013.*

               4) *LELAKI warga Bangladesh yang maut ketika menjalankan kerja penyelenggaran saluran gas bawah tanah di Kilometer 6 Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran Taman Rishah, malam tadi dipercayai lemas akibat kekurangan oksigen. Kejadian itu turut menyebabkan seorang rakan senegaranya dan seorang lelaki tempatan tidak sedarkan diri.*

               5) *“HABIS tangan aku, tangan aku dah cacat.” Hanya itu yang dilaungkan Mohammad Iqbal Anuri, 13, selepas empat jari tangan kirinya hancur terkena mercun buatan sendiri Kampung Sokor, Kok Lanas, minggu lalu. Dalam kejadian 9 malam, 18 Mei itu, Mohammad Iqbal dikejarkan ke Hospital Raja Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, untuk menerima rawatan.*

               6) *LELAKI berdepan detik cemas selepas kereta dipandu terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Sibiew, di Bintulu, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, 5.31 pagi.*

               7) *“SEMALAM waktu arwah nak pergi kerja, saya sempat mencium tangan dan memeluknya. "Dia kemudian keluar tanpa menoleh ke arah saya dan itu kali terakhir saya berjumpa dengannya,” kata Nur Hidayah Ramli, 30. Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, suami Nur Hidayah, Khoiril Ghaffar Mohd Sabardin, 30, meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan kompleks beli-belah dan pangsapuri yang hampir separuh siap di Kota Damansara, Kuala Lumpur.*

               8) *BURUH dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, kerana mencabul seorang wanita di sebuah kedai menjual alatan memancing. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Amiro Ikbar Bidi, 24, dari Kampung Binjai Berambu, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.*

               9) *BEKAS pemain pasukan bola sepak Terengganu, Mohd Faizal Muhamad, 30, cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah kenderaan lain di Kilometer 250.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Jabor, pagi ini. Dalam kemalangan jam 9.30 pagi itu, Mohd Faizal yang kini bermain dengan pasukan Melaka United cedera di muka dan kepala.*

               10) *BULAN Ramadan seharusnya dipenuhi dengan pelbagai amal ibadat, namun lain pula yang dilakukan 25 pasangan yang ditahan kerana dipercayai berkhalwat di Selangor sepanjang bulan ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, operasi dijalankan bermula 6 Mei hingga Khamis lalu pada waktu malam di sekitar negeri ini.*

               11) *DUA mayat dijumpai terapung di dua lokasi berasingan dekat Tanjung Laboh, Batu Pahat dan Sungai Tampok, Benut di Pontian, pagi ini. Kedua-dua mayat yang ditemui itu dipercayai adalah dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Pisang.*

               12) *ENAM pendaki termasuk dua warga Singapura dan lelaki warga India diselamatkan selepas tersesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tampin dekat Tampin, semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bomba menerima panggilan jam 5.12 petang sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.*

               13) *POLIS Kota Kinabalu gempur lima lokasi dipercayai dijadikan sarang penagihan dan pengedaran dadah dalam beberapa siri operasi sepanjang minggu ini. Operasi yang bermula 18 Mei lalu itu berjaya menahan 54 individu berusia antara 14 hingga 64 tahun atas pelbagai kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah.*

               14) *SEMBILAN warga asing dari Afrika ditahan dalam operasi bersepadu di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Jumaat lalu kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Operasi selama tujuh jam bermula 11 malam itu turut menahan tiga warga Bangladesh dan seorang warga Nepal.*

               15) *SEBANYAK 29 masjid dan 53 surau dalam kawasan Parlimen Kulai menerima sumbangan keseluruhan RM55,500 bagi membantu melaksanakan aktiviti dan program di bulan Ramadan. Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, setiap masjid menerima sumbangan RM1,000, manakala RM500 untuk setiap surau.*

               16) *MASJID INDIA di Jalan Duke, Johor Bahru menjadi masjid pertama di Johor yang memiliki dan menyediakan khidmat mesin ATM beras secara percuma buat golongan asnaf. Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Iskandar, Gerard Soosay berkata, mesin disediakan untuk tujuan beramal itu dijangka memberi manfaat kepada ribuan golongan asnaf sekitar bandar raya itu.*

               17) *PENUNGGANG motosikal maut selepas melanggar lampu isyarat merah dan berlanggar dengan lori di simpang empat Jalan Persiaran Nusa Sentral, Iskandar Puteri, semalam. Kejadian 3.50 petang itu mengakibatkan penunggang motosikal, Lim Shiang Ren, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian. Pembonceng motosikal, Ng Ling Sing, 24, terselemat, namun mengalami keceraan pada tangan kanan dan kepala.*

               18) *TINDAKAN lelaki mengugut dengan menggunakan pedang samurai dan kayu golf membawa padah apabila ditahan polis di Kampung Batu 3, Kuala Penyu, dekat Beaufort, kelmarin. Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari Rabu lalu, pengadu lelaki berusia 22 tahun menerima panggilan daripada sepupunya bahawa seorang lelaki datang ke rumah dengan membawa kayu golf dan pedang samurai.*

               19) *POLIS menahan sembilan individu dan mengeluarkan 2,175 saman trafik hasil Op Perdagangan dilaksanakan di dua lebuh raya bermula 23 Mei hingga awal pagi, hari ini. Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Nadzri Hussain berkata, operasi terbabit dilaksanakan di 13 lokasi membabitkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menumpukan kepada kenderaan berat dan perdagangan.*

               20) *JENAZAH suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Kuala Terengganu-Setiu, dekat Pakoh Jaya, Kuala Nerus pagi hari ini, selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun, malam ini. Jenazah Anuar Said, 57 dan Kasliza@CheKasliza Che Husin, 53, yang berasal dari Jalan Bunga Raya, Dungun, dikebumikan dalam satu liang lahad, kira-kira 9 malam tadi.*

               21) *SEBANYAK 45 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pembinaan Projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang (PSR). Ia berikutan dikhuatiri strategi kerajaan negeri untuk menjual tanah di tiga pulau binaan sebagai modal bagi menampung kos pelan induk pengangkutan (PIP) akan menjejaskan kedudukan sosio-ekonomi 10,000 nelayan terutama yang bergerak secara tradisional di Pulau Pinang dan utara Perak.*

               22) *LEBIH 20 gerai menjual murtabak tumbuh bak cendawan di sekitar daerah ini setiap kali tiba Ramadan sehingga digelar daerah ini oleh orang ramai sebagai ‘bandar murtabak’. Murtabak Jerantut bukan saja popular dalam kalangan penduduk tempatan, sebaliknya turut menarik perhatian pengunjung dari luar kerana kesedapannya berbanding di tempat lain.*

               23) *BEBERAPA kawasan di Daerah Wilayah Barat Taiping kini berdepan dengan masalah bekalan air ekoran kejadian tanah runtuh berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Trong, petang semalam. Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP), Datuk Mohd Yusof Mohd Isa berkata, kejadian tanah runtuh yang berlaku ketika hujan lebat itu mengakibatkan paip penyaluran air mentah dari loji terbabit patah dan gagal berfungsi.*

               24) *KANAK-KANAK perempuan terperangkap dalam mesin basuh automatik di kedai dobi layan diri dekat susur Larkin Perdana 2, Taman Larkin Perdana di Johor Bahru, smlm. Dalam kejadian 4.30 petang itu, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikatakan bermain bersama rakannya di premis berkenaan sebelum masuk sendiri ke dalam mesin basuh itu.*

               25) *TIDAK sampai seminggu kejadian kereta Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mahkamah Majistret Baling disimbah cat, sekali lagi beliau diuji apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani, smlm. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian jam 12.25 tengah hari tadi, kereta yang dipandu wanita berusia 26 tahun itu dilanggar sebuah lori yang cuba mengelak daripada melanggar sebuah motosikal.*

               26) *Bukit Mertajam: Tiga penjenayah termasuk pelajar 15 tahun yang aktif memecah masuk kilang di sekitar Bukit Mertajam untuk mencuri barangan lusuh diberkas polis Khamis lalu. Dalam kejadian 11 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Machang Bubok terserempak dengan sebuah lori dinaiki tiga lelaki di hadapan sebuah kilang di Jalan Besar Machang Bubok.*

               27) *PERJALANAN Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ke tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang telefon di Jalan Semenanjung Bernam Dua, di Sabak Bernam, smlm. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa Harun Mohamad, 57, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.*

               28) *KERAJAAN menggalakkan konsep sumbangan elektronik (e-derma) sebagai platform untuk membantu golongan kurang bernasib baik bukan saja di Malaysia malah luar negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, platform terbaru ini memudahkan orang ramai untuk terus menyalurkan sumbangan dengan kaedah yang lebih mudah menggunakan kecanggihan teknologi pada bila-bila masa dan di mana sahaja.*

               29) *SERAMAI 100 asnaf dan ibu tunggal di Port Dickson menerima sumbangan barangan makanan oleh Pasaraya Econsave. Pegawai Operasi Econsave, Mas Imran Adam berkata, sumbangan sempena Ramadan itu adalah antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan sasaran.*

               30) *“SAYA mendengar anjing menyalak berhampiran tong sampah berkenaan sebelum memeriksanya,” kata pengawal keselamatan yang menemui bayi yang ditinggalkan di dalam tong sampah di Ampang Jaya, hari ini. Bayi lelaki yang masih hidup itu ditinggalkan di dalam tong sampah di hadapan kedai serbaneka di Jalan 4/6B, Pandan Indah sebelum ditemui kira-kira 6 pagi oleh lelaki berkenaan.*

               31) *LELAKI warga emas maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Sungai Moyan Batu Kawa, Kuching, 8.30 malam tadi. Dalam kejadian itu, mangsa, Chen Min Sen, 67, disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) jam 9.45 malam oleh pegawai perubatan akibat parah di kepala.*

                32) *POLIS memburu dua lelaki yang disyaki memperdaya pasangan warga emas dengan menawarkan kupon pengisian petrol secara percuma sehingga kerugian RM160,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, kejadian berlaku di pusat beli-belah di Seremban 2, Seremban, 9.30 pagi kelmarin.*

                33) *SABAH Electricity Sdn Bhd (SESB) menubuhkan panel siasatan dalaman yang bertanggungjawab membuat siasatan terperinci berhubung kes renjatan elektrik membabitkan dua pekerja kontraktor SESB, Rabu lalu. Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Norhizami Abu Hasan berkata, siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu masih dilakukan. Katanya, kedua-dua mangsa juga masih berada dalam pemantauan pihak Hospital Queen Elizabeth.*

                34) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merampas pelbagai kasut, selipar dan seluar tiruan bernilai hampir RM50,000 dalam Ops Barang Tiruan yang dilakukan di Bazar Aidilfitri Klebang, Melaka, semalam.*

                35) *LEBIH 100 peniaga di Simpang 4, Teluk Pulai, di Klang, boleh menarik nafas lega selepas kemelut tapak berniaga yang dihadapi sebelum ini selesai dan dibenarkan meneruskan perniagaan sehingga malam menjelang Syawal. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, konflik mengenai perkara itu yang membabitkan isu bayaran tapak dianggap selesai selepas kata putus dicapai bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK), semalam.*

                36) *DUA pejalan kaki maut ketika melintas jalan di Kilometer 9.5 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi arah ke Kota Tinggi di Johor Bahru, hari ini. Dalam kejadian 5.05 pagi itu, dua lelaki masing-masing warga emas berusia 61 tahun dan 67 tahun, parah di kepala dan badan sebelum maut di tempat kejadian.*

                37) *DUA sahabat maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh kereta di Jalan Lama Kuala Selangor, Panchang Bedena, dekat Sungai Besar, 8.30 malam tadi. Lebih memilukan, mangsa yang juga penunggang Modenas Kriss, Mohamad Amrey Ismail, 16, meninggal dunia serta merta dalam kemalangan itu selepas diseret Toyota Vios sejauh 70 meter bersama motosikal miliknya.*

                38) *DUA kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku semalam membabitkan dua lokasi berbeza yang mengakibatkan laluan Jalan Ringlet-Blue Valley dan Jalan Ulu Merah terhalang. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian pertama berlaku pada 6 pagi di kawasan kebun membabitkan Jalan Ulu Merah dan laluan terbabit kini terhalang dan ditutup bagi semua kenderaan.*

                39) *HANYA kerana RM10, lelaki tergamak memukul ibunya menggunakan serpihan atap rumah di Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Selasa lalu. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari ketika warga emas berusia 70-an itu berada di rumah sebelum dihampiri suspek berusia 30-an. Menurut sumber, suspek mula mengamuk selepas mangsa tidak memberikan wang RM10 seperti yang diminta.*

                40) *IBU tunggal nyaris maut selepas dibelit ular sawa di rumahnya di Kampung Ulu Tawar Tengah, Mukim Bakai, semalam. Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa dikatakan berada di dapur serta sedang menyusun barang makanan apabila secara tiba-tiba dipatuk ular sawa yang dipercayai masuk ke dalam rumahnya pada lewat petang.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *MOSCOW: Seorang pengasuh wanita di Arkhangelsk Oblast, Rusia dihukum penjara 14 tahun selepas didapati bersalah meracun mati kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di baah jagaannya dengan garam.*
            *Pesalah, Yana Deinesh, 25, memasukkan 50 gram garam ke dalam bubur dan memaksa mangsa memakannya semata-mata budak itu bersikap perengus ketika diberi makan tengah hari.*
           *Menurut Daily Mail, kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Kholmogory dan Yana mengambil sebungkus garam dan menuang hampir separuh daripadanya ke dalam bubur mangsa.*

            *PORT MORESBY: Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O'Neill meletak jawatan hari ini, media melaporkan ia berikutan pembelotan politik berprofil tinggi yang mengancam kepimpinannya.*
           *O'Neill memimpin sejak 2011, menyerahkan tugasnya kepada Julius Chan yang dua kali menjadi Perdana Menteri, lapor penyiar tempatan PNG EMTV.*
         *”Adalah penting untuk mengekalkan kestabilan tertentu. Kami mendengar panggilan dan bersetuju untuk menukar kerajaan,” kata O'Neill kepada pemberita, menurut EMTV.*

          *ISLAMABAD: Seramai 315 warga Pakistan yang berada di kem tahanan di Malaysia walaupun sudah menamatkan hukuman penjara akan pulang ke negara mereka pada 29 Mei ini selepas menerima bantuan kewangan dan perundangan dari kerajaan Pakistan.*
            *”Kerajaan akan menanggung semua kos penghantaran balik mereka.*
           *”Syukur kepada Yang Maha Kuasa, 315 tahanan Pakistan yang tidak mampu membeli tiket penerbangan akan menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka di Pakistan,” kata Pembantu Khas kepada Perdana Menteri mengenai rakyat Pakistan di luar negara dan Pembangunan Sumber Manusia, Sayed Zulfikar Abbas Bukhari.*

         *LONDON: Persaingan menggantikan Theresa May sebagai Perdana Menteri Britain semakin panas semalam dengan tujuh calon mensasarkan jawatan itu, dengan berkata mereka akan capai kejayaan di atas kegagalan May untuk membawa Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU).*
           *May mengumumkan perletakan jawatannya kelmarin kerana kegagalannya dalam Brexit, meningkatkan prospek pemimpin baru yang boleh menyebabkan perpisahan lebih teruk dengan EU dan membawa kepada konfrontasi dengan blok itu atau pilihan raya parlimen.*
          *Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock; bekas menteri Brexit, Dominic Raab dan bekas ketua Dewan Rakyat, Andrea Leadsom semalam menyertai senarai panjang bagi menggantikan May.*

          *TEL AVIV: Ribuan penduduk Israel membantah langkah perundangan yang memberikan imuniti kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu daripada didakwa dan menghadkan kuasa Mahkamah Agung negara itu.*
         *Demonstrasi di Tel Aviv disertai hampir semua parti pembangkang, penyatuan yang jarang terjadi oleh sistem politik Israel yang berpecah-belah.*
          *Polis tidak menyatakan jumlah peserta bantahan itu. Namun, jurugambar Reuters menganggarkan kira-kira 20,000 hadir, manakala penganjur meletakkan angka kehadiran pada 80,000.*

           *MEXICO CITY: Helikopter tentera Mexico yang terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran terhempas di tengah negara itu kelmarin, mengorbankan lima anggota Tentera Laut.*
          *Pesawat MI-17 itu terhempas kira-kira 89 kilometer ke utara bandar Jalpan de Serra di Queretaro, kata kenyataan Tentera Laut.*
          *Tidak dapat dipastikan sama ada inspektor bagi suruhanjaya perhutanan negara atau anggota kru lain berada dalam helikopter itu.*

           *CAPE TOWN: Cucu mendiang Lee Kuan Yew, Li Huanwu melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sejenis di Afrika Selatan, menurut pasangannya, Heng Yirui yang mengumumkannya Instagram, semalam.*
         *”Hari ini saya berkahwin dengan teman hidup. Saya teruja untuk saat-saat indah sebegini dengan Huanwu,” kata Yirui.*
         *”Saya akan menyuarakan komen kepada Pink Dot Singapore (pergerakan anti diskriminasi lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT)). Hari ini tidak dapat dibayangkan selepas kita membesar. Kami sangat gembira untuk berkongsi acara ini bersama rakan dan keluarga,” kata Huanwu kepada South China Morning Post.*

          *MOSCOW: Seorang pesakit kanser payudara maut dihempap mesin radiasi ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di Voronezh, Rusia, baru-baru ini.*
          *Siasatan mendapati Valentina Minakova, 51, maut di tempat kejadian akibat parah di dada dan abdomen.*
           *Berdasarkan laporan, seorang doktor berkata, katil rawatan mangsa tiba-tiba bergerak ke atas dan menghimpitnya pada bahagian mesin yang masih bergerak.*

           *NEW DELHI: Pakar bedah di India membuang ketumbuhan otak dipercayai yang terbesar di dunia daripada seorang lelaki selepas dibiarkan membesar 20 tahun.*
          *Pesakit berusia 31 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Sakthivel dilaporkan membiarkan ketumbuhan itu membesar kerana takut menjalani pembedahan, selain faktor kemiskinan.*
            *Apabila dia bersetuju membuangnya, tumor itu dilaporkan seberat lima kilogram dan doktor percaya ia yang paling besar direkodkan dalam laporan perubatan.*

          *KATHMANDU: Seorang lelaki Britain maut selepas terlalu lemah untuk turun dari Gunung Everest, menjadikannya pendaki kelapan maut di puncak tertinggi dunia itu.*
            *Warga Britain, Robin Fisher, 44, maut di ‘zon kematian’ yang mempunyai tahap oksigen kurang ketika turun dari puncak, kata pegawai jabatan pelancongan Mira Acharya.*
          *Fisher adalah kematian kelapan di Everest pada musim mendaki kali ini, yang berakhir pada hujung Mei.*

           *BUENOS AIRES: Tindakan berani kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menumbuk muka seorang pencuri berjaya menghalang lelaki itu daripada melarikan basikal elektrik ibunya dalam kejadian di Zarate, Argentina, Rabu lalu.*
            *Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam dan kanak-kanak itu berdiri di tangga sebuah bangunan.*
          *Manakala ibunya di atas basikal elektrik di laluan kaki lima bangunan berkenaan.*

           *JAKARTA: Indonesia hari ini menarik balik sekatan sementara ke atas penggunaan media sosial untuk menghalang penyebaran berita palsu susulan rusuhan yang berlaku di ibu kota, kata jurucakap kementerian komunikasi.*
            *Reuters yang memetik jurucakapnya, Semuel Abrijani Pangerapan berkata, semua aplikasi media sosial kini boleh digunakan seperti biasa.*
         *Sekatan itu berkuat kuasa pada Rabu lalu selepas ketegangan tercetus selepas keputusan pilihan raya mengesahkan Presiden Joko Widodo menang pilihan raya bulan lalu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, semalam, beriltizam akan meneruskan legasi dan sifat perikemanusiaan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.*
             *"Ia suatu yang sukar beberapa hari ini buat kami sebagai sebuah keluarga. Tetapi, kami tidak mungkin dapat melalui semua ini tanpa cinta, sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga, rakan, rakyat Pahang dan semua rakyat Malaysia.*
           *"Untuk ini dan yang lain lagi, kami berterima kasih dengan setulus hati kepada anda,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara semalam.*

            *SEPERTI tahun lalu, pemandu teksi dari kawasan Stulang Laut menerima hadiah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.*
         *Menerusi entri terbaharu di laman Facebook (FB) rasmi Sultan Ibrahim, 30 pemandu teksi dipanggil ke Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru, hari ini, bagi menerima kain dan sumbangan duit raya setiap seorang.*
         *Mereka menerima sendiri hadiah berkenaan daripada Sultan Ibrahim.*

            *ENAM pekerja kontraktor Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang disangka pencuri lembu dipukul penduduk kampung selepas ditahan berhampiran susur keluar LPT2 di Kampung Chabang, Kertih, Chukai, semalam.*
         *Enam lelaki itu ditahan penduduk kampung kira-kira jam 11 malam yang curiga dengan kehadiran mereka di kawasan berkenaan sebelum menemui seekor lembu di dalam van dinaki mereka.*
           *Terdahulu, tular di Facebook menunjukkan enam lelaki ditahan di kawasan LPT2 kerana disangka geng curi lembu.*
          *Difahamkan, mangsa turut dipukul penduduk yang berang dengan perbuatan mereka yang disangka pencuri.*

            *PERKHIDMATAN terbaik yang diberikan, namun penampar yang diterima. Itu nasib yang diterima seorang pembantu perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.*
          *Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai ditampar lelaki tidak dikenali yang mendakwanya cuba melengah-lengahkan untuk menghantar seorang mangsa kemalangan menggunakan ambulans ke hospital, Sedangkan, dia hanya mengikut prosedur operasi standard dalam membantu mangsa.*
           *Kejadian itu turut mendapat perhatian Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HKL Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose yang memuat naik kejadian itu di laman Facebooknya.*

           *SEORANG lelaki menimbulkan keraguan di Masjid Khairiah, Mukim Chabang Empat, Tumpat, apabila tidak selesai menunaikan solat Dhuha, meskipun sudah lebih 20 minit berada di dalam masjid berkenaan.*
         *Ia terjawab apabila lelaki berusia 30-an itu dilihat leka ‘memancing’ tabung yang terletak di dalam masjid terbabit.*
          *Perbuatan suspek itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam masjid berkenaan.*
           *Video berdurasi 42 saat itu menunjukkan individu berkenaan memancing dan memasukkan wang ke dalam poket seluarnya, tular di media sosial.*

           *“ALHAMDULILLAH Ainul (Mardhiah), (bapanya) Safi (Ahmad Safiuddin Ahmad Razak) dan (ibunya) Erwani (Nurul Erwani Zaidi) sudah tiba di London,” kata Dr Nur Amalina Che Bakri melalui Instagram (IG) beliau.*
           *Pakar bedah warga Malaysia yang berkhidmat di di United Kingdom (UK) itu berkata, banyak pihak terbabit bersungguh-sungguh memastikan bayi perempuan berusia sembilan bulan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ tiba dengan selamat ke negara itu.*
          *Beliau berkata, ketibaan mereka turut ditemani dua pakar bius iaitu Kolonel (B) Datuk Dr Jaseemuddeen Abu Bakar dan Dr Gunalan.*

          *DUA beranak yang ditahan susulan rakaman video menunjukkan tindakan kejam seorang lelaki menembak monyet yang tular di media sosial dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.*
          *Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, dua beranak terbabit akan dibebaskan petang ini selepas semua proses dokumentasi dan rakaman percakapan selesai.*
           *Menurutnya, siasatan yang dijalankan hampir lengkap, namun kertas siasatan perlu dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.*

          *USAHAWAN e-dagang dan pemilik Fashion Valet Datin Vivy Yusof, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).*
          *Lantikan itu dikongsikan melalui Facebook rasmi UiTM dan turut dimaklumkan melalui Instagram milik Vivy.*
            *Ucapan tahniah itu diterima daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta pengurusan UiTM.*
            *Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan terkejut dengan pelantikan tokoh usahawan itu dalam bidang pendidikan negara.*
                 

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 28 AY 2019 ASHI ERSAAAN 23 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0701
*ZOHOR* : 1313
*ASAR* : 1638
*MAGHRIB* : 1922
*ISYAK* : 2036


*artikel disiarkan pada tarikh 27may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PEGUAM mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor menarik diri daripada prosiding inkues itu. Perkara itu dimaklumkan Syazlin di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, dalam prosiding inkues kematian Muhamad Adib masuk hari ke-37, di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.*

               2) *LELAKI warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas tuduhan membunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40. Tertuduh, Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36, mengangguk faham atas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret A Akhiruddin@Boy Acho.*

               3) *TERTEKAN sikap suami yang gemar berfoya-foya di kelab malam sambil berkepit dengan pelayan pelanggan (GRO) mendorong segelintir suri rumah mengadu dengan menghantar surat, e-mel, surat layang dan WhatsApp kepada Jabatan Imigresen agar menggempur premis hiburan yang kerap dikunjungi suami mereka. Malah, ada antara isteri yang membuat aduan itu beranggapan suami mereka terjerat dengan godaan GRO warga asing sehingga terjebak hubungan terlarang menjadi perempuan simpanan.*

               4) *“PENGORBANAN dan usaha saya selama ini untuk membela nasib anak yatim dan miskin mungkin lebur sekelip mata sekiranya kami perlu keluar dari rumah perlindungan ini.” Itu keluhan Norlela Othman, 57, yang buntu memikirkan nasib 48 anak yatim dan miskin di bawah jagaannya selepas menerima notis mengosongkan kediaman dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Mac lalu kerana dikatakan mengganggu ketenteraman penduduk.*

               5) *DUA kilang iaitu pembuatan perabot dan kitar semula plastik di Senawang disita serta diarah tutup oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan selepas dipercayai menghasilkan pencemaran bau. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan berkata, tindakan itu diambil sejurus siasatan dilakukan di kedua-dua kilang berkenaan pada 16 April dan 3 Mei lalu.*

               6) *WANITA dan anak perempuan tirinya berusia enam tahun cedera muka dan kepala selepas terhumban ke dalam longkang dalam kejadian ragut di Taman Sri Rambai, Bukit Tengah, Bukit Mertajam semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, dua beranak terbabit menunggang motosikal untuk pulang ke rumah sebelum muncul seorang lelaki.*

               7) *KERAJAAN Kelantan mengumumkan pemberian bonus berjumlah RM250 kepada semua penghulu, pegawai halaqat, guru al-Quran dan fardhu ain, di negeri ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, penyelaras pembangunan Armalah Dewan Undangan Negeri (DUN), penyelaras orang kurang upaya (OKU) serta penyelaras teknologi maklumat (ICT) DUN Kelantan turut menerima bonus berkenaan.*

               8) *SULTANAH Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk memutuskan kes saman fitnahnya terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown serta dua lagi, secara penghakiman terus tanpa perbicaraan. Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah yang mewakili Sultanah Nur Zahirah berkata demikian ketika ditemui selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.*

               9) *ANGGOTA Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditempatkan di kawasan hentian dan rawat (R&R) bagi membantu mengawal kesesakan di kawasan itu sepanjang cuti sekolah dan perayaan Aidilfitri. Bagi laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam daerah Mualllim, seramai 145 anggota RELA akan bertugas bermula semalam sehingga 10 Jun ini berikutan pertambahan jumlah pengguna lebuh raya dari kedua arah laluan terbabit sebelum dan selepas hari raya.*

               10) *LELAKI yang hilang ketika memancing di Sungai Kedah, berhampiran Kampung Berjaya di Taman Mahawangsa, Alor Setar, semalam, ditemui lemas hari ini. Mayat mangsa berusia 40-an ditemui pada jam 10.21 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.*

               11) *DIJANGKA 1 juta kenderaan akan masuk ke Kelantan sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidilfitri ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ia berikutan sambutan hari raya jatuh pada pada cuti persekolahan yang panjang.*
   
               12)*DIJANGKA 450,000 kenderaan berada di atas jalan raya di negeri ini setiap hari sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini. Sehubungan itu polis negeri akan meningkatkan pemantauan dan rondaan secara berkala bagi memastikan aliran trafik sepanjang lancar. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, bagi melancarkan operasi lalu lintas, seramai 800 anggota dan pegawai akan bekerja sepanjang musim perayaan ini.*

               13) *SEORANG warga emas dikenakan hukuman denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas kesalahan menyediakan perkhidmatan pergigian swasta secara haram. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Kan Char Yin, 64, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.*

               14) *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Kelubi-Jasin, Jasin, tengah malam tadi. Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, mangsa Syahid Jamaluddin Idris, 22, yang menunggang motosikal Yamaha LC maut di lokasi kejadian.*

               15) *PENUNTUT Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, bertuah apabila berpeluang beramah mesra dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang hadir meluangkan masa bersahur di perkarangan kampus universiti itu, awal pagi tadi. Dalam lawatan sempena Program Singgah Sahur bersama Kelab Media Johor (KMJ), Maszlee berkesempatan menjamu kira-kira 200 penuntut dan kakitangan UTM dengan sajian ‘nasi ambeng’.*

               16) *PASUKAN Gerakan Am (PGA) merampas rokok dan minuman keras seludup dianggarkan bernilai RM290,600 di susur Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru petang semalam. Komandan Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata rampasan susulan pemeriksaan ke atas sebuah lori dalam rondaan Ops Nyah 1 di kawasan Ulu Tiram.*

               17) *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyerahkan surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat yang berkata, usaha itu bagi mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 bagi bakal jemaah haji Malaysia.*

               18) *PEGUAM Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai berpunca daripada tekanan pihak tertentu. Difahamkan, keputusan itu dibuat Syazlin selepas beliau menerima surat daripada pihak berkenaan, baru-baru ini.*

               19) *SEBANYAK 147 operasi dilakukan Polis Johor membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM18,016.54 menerusi Ops Pemutihan sempena Aidilfitri sejak 19 Mei lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, operasi diadakan di seluruh negeri bagi membersihkan semua kawasan yang terbabit dengan kes ragut, dadah atau pecah rumah.*

               20) *KELIBAT sebuah lori yang keluar masuk dari pangkalan haram Kuala Jambu ke sebuah stor beras di Kok Seraya, Chabang Empat, di Tumpat, membongkarkan penemua 23,750 kilogram (kg) beras siam yang dianggarkan bernilai RM76,000. Serbuan sempena Ops Wawasan sempadan Malaysia-Thailand (Kelantan) dilakukan di stor itu kira-kira jam 3 pagi, semalam oleh sepasukan anggota daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan menemui sebanyak 475 kampit beras seludup.*

               21) *“MEREKA jarang keluar dan bergaul dengan jiran tetangga tetapi rumah mereka kerap dikunjungi orang luar, mungkin rakan,” kata jiran kepada lelaki yang mendera sehingga mati anak tirinya di Batu 19 3/4, Guar Chempedak, Yan, kelmarin. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yusof, 70, berkata, lelaki yang dipercayai mendera itu adalah anak saudaranya tetapi hubungan mereka tidak rapat.*

               22) *TIGA minit untuk melarikan sebuah kereta mewah. Itu masa yang diperlukan sindiket curi kenderaan yang berjaya dipatahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Sindiket yang dipercayai aktif beroperasi sejak awal bulan ini itu dikesan menggunakan alat khas untuk melumpuhkan sistem penggera kenderaan selain memudahkan mereka menghidupkan enjin kenderaan.*

               23) *SERAMAI 50 kanak-kanak miskin dari sekitar pulau peranginan ini berpeluang memilih sendiri baju raya di sebuah gedung beli-belah di Langkawi, hari ini. Setiap penerima menerima baucer RM165 sumbangan Langkawi Port Sdn Bhd (Langkawi Port) bagi membolehkan mereka menyambut Aidilfitri dalam suasana ceria.*

               24) *ANGGOTA polis ditahan selepas dipercayai mengugut ibunya untuk membeli dadah dalam kejadian di sebuah rumah di FELDA Semenchu, Kota Tinggi Jumaat lalu. Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika anggota polis yang bertugas di Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan, itu pulang bercuti ke rumah keluarganya di Kota Tinggi.*

               25) *SEBUAH rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran di Jalan Rawa 8, Taman Perling di Johor Bahru, hari ini. Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Rafie Sareng berkata, seramai 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 pagi.*

               26) *ENAM parah, dua cedera dan dua lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 13.5 Jalan Ipoh - Lumut, berhampiran simpang ke Batu Gajah Perdana, Batu Gajah malam tadi. Kemalangan membabitkan sebuah lori, dua kereta dan sebuah motosikal dengan keseluruhan 10 mangsa berusia lima tahun hingga 44 tahun dalam kejadian 11 malam.*

               27) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan dua kapal tangki tanpa muatan yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, Kota Tinggi, semalam. Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan, berkata sebuah kapal tangki yang berdaftar di Republik Dominica ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.2 batu nautika Timur Tanjung Penyusop kira-kira 3.50 petang.*

               28) *SUASANA di sekitar Jalan Besar Pekan Meru, Klang gempar apabila dua kenderaan yang melalui jalan itu dihempap sebatang pokok tumbang, hari ini. Dalam kejadian 8.45 pagi itu, pokok berkenaan dikatakan tiba-tiba tumbang dan menghempap kereta Proton Wira serta Toyota Vios yang sedang bergerak. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ke atas kira-kira lima mangsa yang berada di dalam dua kereta itu.*

               29) *JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menjunjung tinggi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berhubung larangan program dengan menggunakan nama parti politik di masjid. Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata, titah Sultan Nazrin itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini berhubung perkara sama.*

               30) *SUAMI isteri yang disyaki terbabit mendera anak mereka sehingga menyebabkan kematian direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan. Kedua-duanya iaitu bapa tiri dan ibu kandung mangsa berusia 28 dan 23 tahun itu dibawa menaiki van tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Yan pada 10 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai polis.*

               31) *POLIS merampas 1,751 kilogram (kg) daun ketum dan sepucuk pistol dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Kampung Baru Jalan Malaysia, Jeli serta Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang semalam. Dalam serbuan di Jeli 6 pagi, polis merampas 173 bungkusan daun ketum bernilai RM26,280 dan di Rantau Panjang 12.20 tengah malam merampas sepucuk pistol serta air ketum berjumlah RM150.*

                32) *KERANI berdepan detik cemas apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat, sebelum menyedari sebuah bas kilang merempuh kediamannya dalam kejadian di Taman Bukit Senang, Senai, dekat Johor Bahru, hari ini. Mangsa, Alicia Tee Yan Che, 34, berkata, kejadian kira-kira 2 pagi itu ketika dia sedang tidur bersama suami dan anaknya di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu.*

                33) *HASRAT seorang pengasuh di Kuantan untuk memiliki barang kemas tidak kesampaian, sebaliknya kerugian RM4,247 selepas diperdaya seorang wanita yang menawarkan jual beli emas di Facebook. Kejadian pada 12 Februari lalu apabila mangsa wanita berusia 30 tahun melihat satu iklan jual beli emas di laman sosial berkenaan.*

                34) *EMPAT lelaki yang juga ahli kumpulan kongsi gelap Double Seven dan Geng 30 ditahan polis di sekitar Banting, Selangor, Sabtu lalu, selepas didapati terbabit dalam kegiatan pemerasan terhadap pengusaha lori. Dalam kejadian 3 petang 17 Mei lalu itu, mangsa lelaki berusia 27 tahun dipaksa membayar wang perlindungan bulanan kepada kumpulan berkenaan.*

                35) *LELAKI maut selepas Proton Wira dipandunya merempuh bas ekspres di Kilometer 333, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Kampung Gesing, Raub hari ini. Kejadian 4.10 pagi itu menyebabkan Chan Tian Lai, 47, beralamat di Kampung Baru Jerkoh, Benta maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa anggota badan.*

                36) *EMPAT pemandu termasuk dua pemandu van pelancong bernasib baik kerana hanya mengalami luka selepas terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sulaman - Serusup berhampiran Pusat Latihan Rela Negeri Sabah (PLRNS) di Tuaran, semalam. Dalam kejadian 2.30 petang itu, semua identiti keempat-empat pemandu terbabit belum dikenal pasti.*

                37) *KEDIAMAN lima sekeluarga yang terletak di tebing paya di Kampung Ulu Tawar Tengah, Mukim Bakai, di Baling, dilihat sebagai tidak selamat dan perlukan perhatian segera pihak berwajib dan pemimpin setempat. Pengarang Kumpulan Harian Metro (HM), Tuan Asri Tuan Hussein berkata, kedudukan rumah mereka di tepi tebing dan berpaya mempunyai risiko jika berlaku runtuhan tanah dan hujan lebat.*

                38) *BELUM sempat Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping dibuka, namun hampir 300 mat rempit sudah ‘merasmikannya’ dalam mencari ‘king’ lebuh raya baru itu. Ratusan mat rempit itu mengambil kesempatan menjadikan lebuh raya yang masih belum dibuka itu sebagai ‘port’ baru mereka untuk aktiviti lumba haram sejak dua bulan lalu.*

                39) *SEBUAH bot yang ditahan pihak berkuasa di kedudukan 0.3 batu nautika Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, tengah malam tadi bukan sahaja membawa pendatang asing tanpa izin (PATI), malah turut dadah jenis syabu. Bot gentian kaca yang itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor pada 12.10 tengah malam.*

                40) *NIAT tujuh warga Bangladesh untuk masuk ke negara ini secara haram tidak kesampaian apabila mereka ditahan berhampiran sebuah resort, dekat Tanjung Sepat, di Kuala Langat, sebaik mendarat di pantai berkenaan awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, pasukan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih yang menjalankan Op Nyah 1 mengesan sebuah teksi berhampiran resort berkenaan dalam keadaan mencurigakan, namun melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis dipercayai mahu mengambil warga asing berkenaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *JAKARTA: Seorang remajalelaki berusia 16 tahun antara sekurang-kurangnya empat orang yang ditembak mati oleh polis ketika rusuhan yang tercetus akibat rasa tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya di Papua, kata seorang pegawai.*
          *Lebih 300 penyokong calon legislatif yang mendakwa dia sepatutnya diisytiharkan pemenang dalam majlis tempatan menyerang sebuah pejabat daerah di Asmat.*
           *Calon yang tidak dinamakan itu mendakwa dia sebenarnya menang berdasarkan undian, sebaliknya namanya digantikan dengan calon lain.*

          *MEXICO CITY: Menteri Alam Sekitar Mexico meletak jawatan kelmarin selepas menyebabkan sebuah penerbangan terpaksa ditunda.*
           *Ia sekali gus menjadikannya sebagai menteri kedua meninggalkan kerajaan dipimpin Presiden Andres Manuel Lopez Obrador dalam tempoh kurang seminggu, lapor Reuters.*
         *Menerusi surat peletakan jawatan yang didedahkan oleh pejabat presiden, menteri terbabit, Gonzalez Blanco berkata, dia menjadi punca berlaku kelewatan penerbangan itu ketika mula mengadakan lawatan kerja pada Jumaat lalu.*

           *BERLIN: Gara-gara tersilap memasukkan nama destinasi dalam sistem navigasi kereta, seorang warga emas lelaki tersesat ke Jerman dari Newcastle, England dan bukannya Rome, Itali.*
            *Menurut Metro UK, lelaki berusia 81 tahun itu berhasrat untuk bertemu dengan Pope di Rome dan memilih untuk memandu seorang diri ke ibu kota Itali itu.*
             *Dia terkejut apabila sistem navigasi memaklumkan dia sudah tiba di destinasinya, iaitu sebuah bandar kecil bernama 'Rom' yang terletak di Utara Rhine Westphalia, Jerman.*

           *SAO PAULO: Pergaduhan antara banduan di sebuah penjara di negeri Amazonas, utara Brazil menyebabkan 15 orang maut, kata pihak berkuasa penjara.*
            *AFP melaporkan, pergaduhan berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika waktu melawat di pusat kemudahan berkenaan.*
           *"Banduan bergaduh sesama mereka. Sebelum tiada kematian berlaku ketika waktu melawat,” kata Kolonel Marcos Vinicius Almeida.*

          *WASHINGTON: Anggota penyelamat di Oklahoma, Amerika Syarikat masih berusaha mencari mangsa di rumah bergerak dan struktur yang musnah dilanda puting beliung kuat yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa.*
          *AFP melaporkan, bandar terletak kira-kira 40 kilometer di barat Oklahoma City baru saja pulih dari banjir teruk selepas ribut melanda kelmarin.*
             *"Sehingga kini kami masih melakukan usaha pencarian. Kita sahkan sebanyak dua kematian dilaporkan setakat ini. Ia mendatangkan kesan trauma,” kata Datuk bandar El Reno, Matt White.*

          *KINSHASA: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh manakala puluhan lagi dilaporkan hilang selepas terbabit dalam nahas bot di sebuah tasik di barat Republik Demokratik Congo, kata datuk bandar tempatan.*
          *AFP melaporkan, kejadian berlaku pada malam kelmarin di Tasik Mai-Ndombe ketika lebih 350 penumpang menaiki bot terbabit.*
            *"Setakat ini, kita menemui 30 mayat terdiri daripada 12 wanita, 11 kanak-kanak dan tujuh lelaki.*

          *COLORADO (AMERIKA SYARIKAT): Sebuah batu bersaiz rumah yang jatuh di atas lebuh raya Colorado 145 antara Cortez dan Telluride menyebabkan jalan berkenaan rosak teruk sehingga terpaksa ditutup kepada kenderaan.*
            *Menurut Jabatan Pengangkutan Colorado, gelongsoran batu itu berlaku 12 kilometer ke utara Dolores, lapor Daily Mail.*
         *"Gelongsoran batu itu membawa tanah, batu halus dan dua batu besar yang menghancurkan seluruh laluan berturap di lebuh raya,” lapor jabatan itu di Facebook.*

          *JAKARTA: Misteri kemunculan hantu pocong yang menakutkan penduduk di daerah Mulyoharjo, Pemalang, Jawa Tengah sejak beberapa hari lalu akhirnya terbongkar selepas polis menangkap seorang remaja berusia 15 tahun yang memakai kain putih.*
          *Kompas.com melaporkan, remaja itu yang hanya dikenali sebagai Am, memakai kain putih seperti pocong dan menakutkan penduduk yang mengerjakan solat tarawih sehingga menjelang sahur.*
            *Ketua Polis Pemalang, Ketut Mara berkata, pihak polis sebelum ini menerima laporan daripada penduduk selepas pocong berkenaan dilihat berkeliaran di satu jalan raya sejak beberapa hari lalu.*

          *MUMBAI: Pihak berkuasa India semalam memberitahu, dua pegawai bomba digantung tugas kerana didakwa lambat tiba di sebuah pusat tuisyen yang terbakar di barat Gujarat yang menyebabkan 21 pelajar dan seorang guru maut.*
             *Komisioner Polis Surat, Satish Sharma berkata, pemilik bangunan empat tingkat Takshashila Arcade diburu selepas dia melarikan diri.*
             *Sharma memberitahu, pusat latihan itu menggunakan banyak bahan mudah terbakar seperti kabus dan tayar yang digunakan sebagai tempat duduk pelajar yang membuat persediaan menghadapi peperiksaan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *PENULARAN penyakit beguk di Terengganu terus meningkat kepada 214 kes setakat 21 Mei, berbanding 114 kes pada awal bulan ini, kata Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh.*
            *Dr Mohd berkata, jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus kes beguk dalam tempoh hanya tiga minggu.*
             *"Sebolehnya, kami berharap agar pesakit dapat mengelak aktiviti ziarah sepanjang Aidilfitri jika masih mempunyai tanda atau gejala beguk ini. Pesakit dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan penularan kes.*

           *DUA wanita yang video mereka teruk dicederakan orang awam dalam satu video tular di laman sosial sejak kelmarin dipercayai bomoh atau tukang tilik.*
            *Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kedua-dua wanita itu disyaki dipukul peniaga pasar Taman Megah Ria, Johor Bahru kerana didakwa menipu mereka.*
           *Dalam video berdurasi tiga minit itu, dua wanita itu dilihat dalam keadaan tangan diikat dan dipukul beberapa individu menyebabkan mereka meraung kesakitan.*

           *POLIS menasihatkan orang ramai tidak meletakkan kenderaan mereka di atas jambatan angkat atau ‘draw bridge’ sebaik laluan menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kampung Seberang Takir itu dibuka kepada orang ramai, Ahad ini.*
           *Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya kesesakan aliran trafik di kawasan berkenaan yang kini menjadi laluan utama khususnya penduduk Kampung Seberang Takir untuk ke Kuala Terengganu.*
            *"Draw bridge atau jambatan angkat ini yang pertama di Malaysia dan pastinya ia menjadi tarikan baru sama ada daripada rakyat negeri ini atau pelancong tempatan mahupun luar untuk merakam gambar.*

          *BADAK sumbu Sumatera jantan terakhir di negara ini yang dinamakan Tam, mati hari ini.*
           *Tam, mati tengah hari tadi di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu.*
           *Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, beliau dimaklumkan mengenai berita sedih itu oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga.*
           *Christina berkata, kematian Tam juga berkaitan dengan faktor usia selain organ dalamannya tidak berfungsi dengan baik.*

          *FENOMENA cuaca panas sejak beberapa bulan lalu menampakkan kesan kini, apabila buluh yang akan digunakan untuk menghasilkan lemang sempena Aidilfitri sukar diperoleh.*
           *Buktinya, pencari buluh terpaksa meredah kawasan belukar bagi mendapatkan buluh dikehendaki untuk membekalkannya kepada usahawan lemang dan orang ramai.*
          *Kesan cuaca panas menyebabkan ruas buluh kelihatan kering, manakala daun pokok buluh berguguran sehingga pembesaran tumbuhan itu terbantut.*

            *LIMA, PERU: Tersentuh dengan gambar tular seorang budak membuat kerja sekolah di kaki lima jalan, seorang jutawan Bahrain terbang ke Peru bagi membantu budak berkenaan, termasuk membina rumah baru.*
            *Gambar Victor Martin Angulo Cordoba, 11, duduk dan meniarap di kali lima di bandar Moche, Peru, sambil membuat kerja sekolah kerana rumahnya tiada bekalan elektrik, tuar sejak April lalu, disaksikan jutaan orang.*
           *Menurut laporan Daily Mirror, kisah Victor, murid tahun enam itu menarik perhatian Yaqoob Yusuf Ahmed Mubarak, 31, ahli perniagaan di Bahrain yang segera terbang ke Peru.*
                 

*ARENA*
========


          *APABILA Chelsea bertemu Arsenal pada final Liga Europa berdekatan Laut Caspian awal pagi Khamis ini, ia mungkin perlawanan terakhir jurulatih Maurizio Sarri di sebalik apa yang dilihat sebagai tahun pertama mantap di Stamford Bridge.*
          *Di bawah kendalian jurulatih Itali itu, Chelsea layak ke Liga Juara-Juara musim depan dan mara ke final Piala Liga sebelum tumpas menerusi penentuan penalti di tangan Manchester City.*
          *Sebaliknya Arsenal, di bawah bimbingan Unai Emery pada musim sulungnya di London, terlepas empat tempat ke Liga Juara-Juara menerusi Liga Perdana susulan kemerosotan prestasi hujung musim.*

          *JUARA bertahan Rafael Nadal mencetus permulaan sempurna untuk misi merebut gelaran ke-12 Terbuka Perancis dengan mengetepikan cabaran pemain kelayakan Jerman Yannick Hanfmann pada pusingan pertama di Roland Garros hari ini.*
          *Juara Grand Slam 17 kali itu meraih kemenangan 6-2, 6-1, 6-3 di Court Philippe Chatrier untuk bertemu seorang lagi pemain kelayakan Jerman, iaitu pemain nombor 114 dunia Yannick Maden pada pusingan kedua.*
           *Nadal berdepan tiga kekalahan separuh akhir berturut-turut pada musim gelanggang tanah liat namun mempamerkan aksi terbaiknya apabila merangkul Terbuka Itali dengan menewaskan seteru lamanya Novak Djokovic, sementara rekod kemenangan di Terbuka Perancis kini adalah 87-2.*

           *PENGENDALI Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino berkata Harry Kane berada dalam situasi amat positif dan mungkin cergas untuk menentang Liverpool pada final Liga Juara-Juara di Madrid awal pagi Ahad.*
          *Kane, penyerang England itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan buku lali dalam aksi pertama suku akhir kejohanan itu menentang Manchester City.*
           *Namun Pochettino memberi bayangan bahawa Kane semakin hampir untuk kembali ke padang.*

          ♂ *PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim membidas jurulatih Mohd Poad Md Kassim berhubung peluang anak didiknya, Khairul Hafiz Jantan mempertahankan emas 100 meter di Sukan SEA Filipina.*
         *"Poad sudah menyerah kalah...tidak dapat mempertahankan emas. Saya ada melihat kenyataannya di media mengenai perkara ini.*
            *"Ia sesuatu yang tidak baik dari segi etika sebagai seorang jurulatih. Ia menjatuhkan semangat atlet bimbingannya. Mungkin perkara berkenaan betul namun tidak bagus sebagai etika. Kita perlu lawan habis-habisan,” jelas Karim selepas mesyuarat kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) yang berlangsung lebih tiga jam.*

           *TIADA apa yang mampu diungkap pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa selain daripada ucapan terima kasih buat setiap pemain yang mengotakan janji untuk membenam Kedah 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.*
          *Malah Figueroa teruja dengan kualiti permainan barisan skuad Harimau Selatan sambil menyifatkan ia permainan terbaik pasukan itu selepas menguasai keseluruhan perlawanan tanpa memberi ruang kepada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak melakukan percubaan berbahaya.*

           *PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan pemain Kyrgyzstan, Edgar Bernhardt sebagai pemain import baharu skuad Lang Merah menjelang penutupan Jendela Perpidahan Pemain, 29 Mei ini.*
          *Dengan selesainya urusan mengikat pemain import ini Kedah dilihat mengakhiri teka-teki pemain baharu yang mampu mengukuhkan kekuatan di bahagian tengah seperti yang diperlukan sejak kecederaan yang melanda pemain import kuota Asia iaitu Anmar Al Mubaraki sejak April lalu.*

          *WALAUPUN ada segelintir pihak yang mendakwa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) gagal membawa sebarang perubahan terhadap landskap bola sepak negara namun bagi bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah, badan pengurus liga itu berjaya mengangkat kualiti sukan nombor satu itu ke satu tahap lebih baik.*
         *Azraai yang kini bertugas sebagai jurulatih skuad Piala Presiden Kedah, mendedahkan MFL juga berjaya membawa liga Malaysia lebih berdaya saing selaras peredaran zaman bola sepak moden.*
         *Beliau berkata, kejayaan pasukan tempatan meraih hak penyiaran adalah antara pencapaian besar MFL dalam mengangkat imej baik Liga Malaysia.*

          *MAJLIS Sukan Negara (MSN) memenuhi kehendak atlet karate, Syakilla Salni Jefry Krisnan bagi memastikan dia layak ke Olimpik Tokyo 2020.*
            *Hasratnya untuk berlatih bersama bekas jurulatih negara, Andris Vasiljevs ditunaikan MSN namun perlu menjalani latihan dalam negara dan mengubah kategori berat badan yang disertai.*
         *"Dia mempunyai empat bulan untuk membuktikannya dengan bersaing bagi kategori Bawah-55 kilogram. Beratnya kini lebih 60kg,” jelas Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 29 AY 2019 ASHI ERSAAAN 24 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0701
*ZOHOR* : 1313
*ASAR* : 1638
*MAGHRIB* : 1922
*ISYAK* : 2036


*artikel disiarkan pada tarikh 28may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEGERA tampil atau dikenakan tindakan tegas. Itu amaran kerajaan yang memberi tempoh 14 hari kepada syarikat pengeksport tempatan yang didapati bersekongkol membawa masuk pelbagai sisa sampah haram ke negara ini. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, pihaknya mengesan 60 kontena mengandungi 3,000 metrik tan sisa sampah haram yang akan dihantar semula ke negara pengimport secara berperingkat.*

               2) *SEORANG lelaki berusia 50-an lari meninggalkan bungkusan nasi dan air teh yang masih panas selepas diserbu dalam Ops Tidak Sopan di sebuah gerai di Jalan Zainal Abidin di Kota Bharu, hari ini. Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, lelaki berkenaan melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.*

               3) *MAHKAMAH Majistret Kuala Terengganu, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap seorang lelaki kerana memiliki wang curi berjumlah RM150. Tertuduh, Hafriezaldi Mohamad, 35, dari Felda Sebertak, Triang, Pahang turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.*

               4) *SEJUMLAH 2,457 kilogram (kg) makanan dan minuman berjaya diselamatkan daripada peniaga bazar Ramadan di Taman Cempaka, Peringgit, Melaka, dalam tempoh 12 hari pelaksanaan kempen MYSaveFood@Ramadan dijalankan.*

               5) *SEORANG wanita cedera di pergelangan tangan kiri akibat tersepit dalam mesin pemerah tebu di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Era Fazira Ramli, 25, terpaksa menanggung kesakitan hampir 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.*

               6) *SEORANG lelaki warga emas berusia 72 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berhenti di persimpangan lampu Isyarat pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar, hari ini. New Sing Kee dari Jalan Telok Kechai, Kuala Kedah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di lokasi kejadian.*

               7) *KEHADIRAN Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, hari ini mengujakan pesakit dan kakitangan hospital itu. Tidak terkecuali seorang pesakit, Nur Amira Lyana Abdul Hamid, 28, yang secara spontan memuji kejelitaan Cik Puan Sofie secara berdepan sebaik pasangan diraja itu yang tiba di katilnya untuk melawat.*

               8) *PELAJAR perempuan menjadi mangsa rogol rakan lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Geliga, Chukai, Jumaat lalu. Kejadian dipercayai bermula apabila remaja berusia 13 tahun itu keluar dari rumah dengan menaiki kereta bersama suspek berusia 25 tahun pada 4.45 petang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa dan suspek sebelum itu bersiar-siar di sekitar bandar Kemaman sebelum mereka pergi ke rumah suspek.*

               9) *DUA beradik ditahan kerana memberi rasuah RM10,000 kepada seorang pegawai Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di Kampung Kedondong, Meranti, Pasir Mas, semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dua beradik berusia 31 dan 32 tahun itu ditahan pada 6.45 petang kerana memberi sogokan untuk melepaskan diri daripada ditahan membabitkan rampasan daun ketum.*

               10) *SEBANYAK 47,633 kotak rokok pelbagai jenama tanpa cukai bernilai RM735,342.80 dirampas dalam Operasi Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Batu 5, Jalan Apas, di Tawau, Selasa lalu.*

               11) *TINDAKAN peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim selepas prosiding sudah berlangsung selama 36 hari, menimbulkan persoalan. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ia memandangkan prosiding itu dijadualkan hanya berbaki dua hari lagi.*

               12) *SEMBILAN individu, termasuk lapan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas 164 pertuduhan kerana menerima rasuah sebanyak RM135,810, antara tahun 2015 hingga 2018.*

               13) *TINDAKAN awal polis menahan ahli Geng BeiBei yang dianggotai lima remaja lelaki berusia 15 tahun berjaya mengelak lebih banyak kejadian kes samun yang mensasarkan kedai 24 jam di Kota Kinabalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, bertindak atas laporan kejadian samun kedai 24 jam di Towering pada 3 pagi, 23 Mei lalu, polis menjalankan risikan dan siasatan.*

               14) *SEBANYAK 1,952 kes penyeludupan terutama rokok seludup, arak serta mercun ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) membabitkan nilai rampasan RM72.53 juta dari Januari hingga April lalu. Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, ia menunjukkan peningkatan 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu 1,554 kes.*

               15) *AKIBAT main kayu tiga, lelaki cedera dibelasah kekasihnya yang juga seorang pondan di Jalan Besar, di Kuantan, Sabtu lalu. Menurut sumber polis, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an dikatakan ‘kantoi’ dengan kekasihnya selepas bermain cinta dengan pondan lain di hotel di sini.*

               16) *SURUHANJAYA Tenaga (ST) mengesahkan berlaku kecuaian teknikal berhubung isu bil elektrik melambung tinggi yang ditanggung pengguna di seluruh negara. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kerajaan memandang serius isu berkenaan dan pihak Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sudah mengarahkan ST menyiasat dakwaan pengguna dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.*

               17) *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Perak menafikan wujud longgokan plastik sampah dari kawasan pedalaman hutan di Perak yang dikatakan diimport dari luar negara seperti dilaporkan oleh sebuah agensi media antarabangsa baru-baru ini. Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, kawasan timbunan sampah yang dilaporkan itu sebaliknya adalah tapak buangan plastik yang ditempatkan sementara sebelum dikitar semula sebagai bahan bakar alternatif.*

               18) *ENAM masjid di kawasan perkampungan Orang Asli di Pahang menggunakan bahasa etnik masing-masing dalam khutbah Jumaat sejak 2010. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, enam masjid itu adalah di Kampung Pantos, Lipis; Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands; Kampung Pasal, Bera; Kampung Penderas, Temerloh; Kampung Bukit Serok, Rompin dan Kampung Sungai Mas, Kuantan.*

               19) *LEBIH setengah juta ringgit kerugian dicatatkan membabitkan 12 kes penipuan Macau Scam yang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang tahun ini dengan sebahagian besar mangsa terdiri daripada golongan profesional. Semua kes berkenaan direkodkan dari 1 Januari hingga 27 Mei lalu dengan ada antara mangsa bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat (IT), jurutera, peniaga, setiausaha syarikat dan pesara kerajaan yang berumur 21 hingga 65 tahun.*

               20) *SELEPAS hampir setahun empat remaja lelaki dituduh membunuh seorang tukang cuci kereta, posmen pula didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jayai, hari ini, atas pertuduhan sama. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari J Poovarashan, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakandi hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*

               21) *UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) merakam takziah kepada keluarga tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia, hari ini. Menerusi kenyataan dikeluarkan Pusat Komunikasi Strategik USIM hari ini, pemergian ahli akademik berusia 82 tahun itu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan pihak akademik universiti.*

               22) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mengugut mahu membunuh adik iparnya. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Wan Mohd Fadillah Wan Mansor, 29, dari Kampung Raja, Besut, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.*

               23) *BEKAS Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman mengesahkan bahawa beliau ada berbincang dengan pihak Yayasan 1Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang mahu ‘meminjam’ akaun syarikat itu. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding perbicaraan kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.*

               24) *HILANG kawalan dipercayai menjadi punca lori tangki terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kejadian itu mengakibatkan pemandunya, Zulhairy Zainol, 31, dan kelindannya maut di tempat kejadian akibat terbakar.*

               25) *SEORANG peniaga terkejut apabila kereta ditinggalkan di tepi jalan ‘lesap’ ketika selesai membeli ramuan membuat bubur lambuk di Pasar Borong Kampung Lampu, Jertih, hari ini. Dalam kejadian 8.15 pagi itu, Nik Azman Mat Yassin, 43, meninggalkan kereta Proton Iswara berwarna kelabu miliknya di tepi jalan berdekatan pasar borong itu untuk membeli bahan masakan sebelum menjual juadah berbuka puasa pada sebelah petang.*

               26) *SEORANG wanita dikehendaki polis bagi perbicaraan satu kes dadah yang berlaku di Dungun pada 30 Mei ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita terbabit, Suriyati Kassim, 35, beralamat di No 14, Gong Pasir, Dungun dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret Dungun.*

               27) *SELEPAS hampir setahun empat remaja lelaki dituduh membunuh seorang tukang cuci kereta, posmen pula didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jayai, hari ini, atas pertuduhan sama. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari J Poovarashan, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*

               28) *LELAKI sanggup membelasah sahabatnya sehingga patah tulang muka, hidung dan bengkak kepala dalam kejadian di Lorong Sek Chuan, Georgetown, Sabtu lalu, dipercayai angkara hutang lama. Dalam kejadian 3.35 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun dan suspek berusia 54 tahun sedang minum arak bersama sebelum mereka bertengkar.*

               29) *SEBANYAK 650 liter petrol dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Operasi Terancang yang dilaksanakan di jeti Pasar Besar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, semalam. Dalam operasi 11.50 pagi itu, pemilik bahan api itu dikatakan tidak muncul selepas sejam anggota PPM melakukan pemerhatian di kawasan berkenaan.*

               30) *KELINDAN kedua yang parah selepas lori tangki dinaiki terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini disahkan meninggal dunia petang ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa, Muhammad Afandey Ahmad, 20, disahkan meninggal dunia 2 petang ini.*

               31) *LORI ‘bonded’ yang ditinggalkan tanpa pemandu hampir tiga jam di Pelabuhan Kargo Jeti Kuala Kedah, Jumaat lalu, membongkar penemuan hampir 1,800 botol dari 29 jenis minuman keras pelbagai jenama bernilai RM139,995 yang cuba diseludup masuk dari Pulau Langkawi secara haram.*

                32) *TINDAKAN tok sidang menyimpan sejumlah mercun dan rokok seludup di sebuah rumah kosong mengundang padah apabila ditahan polis dalam serbuan di kuarters kerajaan di Kampung Gajah, Seri Iskandar kelmarin. Lelaki berusia 57 tahun itu yang juga kakitangan awam sebuah jabatan yang kini bercuti sebelum bersara ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada 11.10 malam hasil maklumat dan risikan.*

                33) *KERAJAAN berharap dapat bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia bagi melaksanakan program pembiakan yang dicadangkan dalam usaha menyelamatkan badak sumbu Sumatera di Sabah. Susulan kematian Tam semalam, Iman badak sumbu Sumatera betina adalah satu-satunya badak terakhir di negara ini.*

                34) *TERUJA melihat iklan telefon pintar jenis iPhone 8 Plus dijual pada harga murah, remaja perempuan berputih mata selepas kerugian RM2,950 diperdayakan sindiket penipuan jualan barang di laman sosial Instagram. Kejadian berlaku Sabtu lalu apabila mangsa berusia 19 tahun berminat membeli iPhone 8 Plus selepas melihat iklan diletakkan dalam laman sosial itu.*

                35) *KEMATIAN spesies badak sumbu Sumatera jantan terakhir di negara ini dikenali Tam semalam dikenal pasti berpunca daripada kegagalan jantung hidupan liar itu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, hasil bedah siasat awal haiwan itu mendapati kegagalan jantungnya bermula daripada masalah kerosakan buah pinggang.*

                36) *MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, hari ini, menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes bekas pekerja salon yang dituduh menyebabkan kematian seorang penuntut kolej selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu pelajar itu terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, Januari lalu.*

                37) *SEBANYAK 454 papan iklan haram didirikan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan di Negeri Sembilan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, papan iklan itu dikesan menerusi operasi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).*

                38) *PADAH menerima tujuh kayu golf yang hanya bernilai kira-kira RM1,900, seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebuah daerah di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor, Shah Alam, 3.30 petang, ketika hadir memberikan keterangan.*

                39) *DUA lelaki maut termasuk seorang rentung selepas lori tangki dinaiki mereka terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini. Kejadian 7.30 pagi itu turut mengakibatkan penumpang lori tangki bermuatan simen itu patah bahu dan dikejarkan ke hospital berdekatan.*

                40) *BERMULA minggu depan, ramai perantau yang akan memandu pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Sebagai pemandu, mereka perlu pastikan diri cukup rehat mental dan fizikal, lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal menghadapi perjalanan jarak jauh bagi mengelakkan kejadian terlelap semasa memandu atau microsleep.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *TOKYO: Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk kanak-kanak cedera ditikam dalam serangan di selatan Tokyo, Jepun.*
         *AFP melaporkan, kejadian berlaku di bandar Kawasaki pada jam 7.44 pagi waktu tempatan selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan.*
          *Serangan itu dikatakan berlaku tidak jauh dari sebuah stesen kereta api di kawasan terbabit, lapor media tempatan.*

            *POLIS Indonesia menahan enam orang disyaki merancang pembunuhan empat tokoh negara ketika kekacauan di Jakarta minggu lalu, kata jurucakap polis semalam.*
          *Lapan orang terbunuh dan lebih 900 cedera dalam pertempuran dua malam antara penyokong calon presiden yang kalah, Prabowo Subianto dan pasukan keselamatan di pust bandar Jakarta dengan polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah, dibalas mercun serta batu oleh perusuh.*
          *Anggota keselamatan percaya keganasan yang tercetus selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) disahkan menang pilihan raya bulan lalu, dianjurkan beberapa kumpulan termasuk satu yang berkaitan dengan Daish serta satu lagi dikaitkan dengan seorang jenera pasukan khas bersara yang dituduh menyeludup senjata ke Jakarta.*

           *WASHINGTON: Beberapa orang cedera, manakala jutaan penduduk di Ohio terputus bekalan elektrik selepas puting beliung melanda negeri di tengah Amerika Syarikat itu.*
            *Puting beliung dilaporkan memusnahkan rumah dan mencabut pokok di bandar Dayton, petang semalam.*
        *Setakat ini, tiada laporan mangsa terkorban dilakukan.*

          *NEW DELHI : Seorang pendaki warga Amerika Syarikat (AS) maut ketika turun dari Gunung Everest yang menjadikan bilangan kematian setakat ini seramai 11 orang.*
           *AFP melaporkan, Christopher John Kulish, 61, sebelum itu berada pada ketinggian 8,848 meter dan selamat tiba di kem terletak berhampiran puncak gunung petang semalam.*
          *”Menurut penganjur ekspedisinya, dia secara tiba-tiba mengalami masalah jantung dan meninggal dunia,” kata jurucakap Jabatan Pelancongan Nepal, Mira Acharya.*

         *BRASILIA: Lebih 55 banduan ditemui mati dalam tempoh dua hari selepas tercetus rusuhan di dua penjara berasingan di utara Brazil, kata pihak berkuasa semalam.*
             *Al-Jazeera melaporkan, kebanyakan yang maut dalam insiden ganas itu terdiri daripada banduan di penjara Antonio Trindade di Manaus.*
        *Menurut Agensi Penjara Amazonas, semua banduan yang mati itu menunjukkan tanda mengalami asfiksia.*

          *LIMA: Dua maut manakala lebih 30 orang dilaporkan cedera selepas dikejutkan dengan gegaran gempa bumi berukuran lapan magnitud di beberapa bahagian di Peru dan Ecuador, Ahad lalu.*
          *AFP melaporkan, gempa yang berlaku kira-kira jam 2.41 pagi itu membabitkan mangsa berusia 15 dan 47 tahun yang maut ditimpa runtuhan di rumah.*
          *Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menerima laporan dari kawasan terjejas akibat gempa yang turut menggegarkan ibu kota, Lima dan beberapa bandar lain menyebabkan penduduk keluar ke jalan raya menyelamatkan diri.*

          *MEXICO CITY: Seorang lelaki maut dalam penerbangan dari Bogota ke Tokyo selepas menelan 246 paket dadah jenis kokain menyebabkan pendaratan cemas terpaksa dilakukan di utara Mexico, kata pihak berkuasa hari ini.*
           *AFP yang memetik kenyataan pejabat pendakwa raya negeri Sonora berkata, lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Udo ‘N’ dikatakan mengalami sawan selepas menaiki pesawat yang berlepas dari ibu kota Colombia ke Mexico City.*
         *”Anak kapal melihat seorang penumpang mengalami sawan dan memohon kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas di Hermosillo, Sonora.*

          *MELILLA, SEPANYOL: Polis sempadan Sepanyol terkejut apabila menemui seorang pemuda bersembunyi di dalam papan pemuka kereta dalam usaha untuk menyeludup masuk ke Eropah melalui pintu sempadan di sini.*
           *Mail Online melaporkan, polis sempadan Sepanyol memeriksa tiga kenderaan dalam tempoh tiga jam di Beni-Enzar di Maghribi, pintu sempadan untuk masuk ke Melilla.*
         *Pemeriksaan pada kereta pertama, polis terkejut apabila menemui seorang pemuda berusia 20 tahun bersembunyi di dalam papan pemuka kereta yang terletak berhampiran dengan enjin.*

          *JAKARTA: Seorang wanita dipecat dari tempat kerjanya selepas dua kali memberi taraf satu bintang kepada penunggang motosikal Ojol dalam kejadian di Semarang, Jawa Tengah, baru-baru ini.*
           *Penilaian itu menyebabkan lelaki dikenali sebagai Jumbadi digantung dari menjadi penunggang syarikat e-hailing motosikal Indonesia terbabit.*
           *Susulan itu, Jumbadi bertindak menceritakan pengalamannya mengambil seorang pelanggan bernama Keysha yang bekerja di sebuah pusat karoke di Instagram.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *PENYANYI terkenal era 1970-an, Datuk Dhalan Zainuddin meninggal dunia pada usia 78 tahun pada jam 9.48 malam tadi.*
            *Ia disahkan isterinya Datin Effa Rizan.*
         *Dhalan yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan dikejarkan ke Hospital Selayang, Sabtu lalu akibat serangan angin ahmar buat kali kedua.*

          *KONSESI Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ANIH Berhad menafikan penularan gambar kononnya berlaku tumpahan minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi, Bentong hari ini.*
           *Jurucakap ANIH Berhad berkata, sebaliknya gambar yang ditularkan itu adalah insiden lama yang berlaku pada 10 April lalu di Kilometer (KM) 46.2- KM 46.8 membabitkan kemalangan treler.*
         *Katanya, orang ramai terutama pengguna lebuh raya itu diminta tidak mempercayai sebaran maklumat yang tidak tepat seterusnya boleh menimbulkan kekeliruan.*

          *ISU dakwaan pengguna dikenakan bil tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dibawa dan dibincang dalam mesyuarat Kabinet esok.*
         *Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau secara peribadi turut menerima banyak aduan menerusi WhatsApp daripada pelbagai pihak berkenaan isu berkenaan.*
           *Isu kenaikan bil elektrik menjadi bualan hangat netizen di media sosial malah ada pihak yang berkongsi rasa tidak puas hati mereka dengan caj penggunaan elektrik yang didakwa mereka meningkat berbanding bil sebelum ini.*

          *PEMANDU Grab dilaporkan hilang Jumaat lalu, dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.*
          *Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah berkata, hasil siasatan polis dan kerjasama daripada Grab, polis berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab dipandu mangsa.*
           *Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab iaitu Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.*

          *TOKOH sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 10.13 pagi tadi.*
          *Ahli akademik berusia 82 tahun itu pernah membuat pembedahan pintasan jantung pada Oktober lalu dan keadaan kesihatannya terus merosot selepas pulang daripada rawatan.*
        *Kay Kim yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak Eddin, Rubin dan Mavin.*

           *“SAYA pernah berangan untuk menjadi cef dan bekerja di luar negara namun tidak sangka impian itu menjadi kenyataan,” kata Cef Zairi Zaidi yang baru kembali ke tanah air selepas merantau di tujuh negara demi menimba pengalaman sebagai cef.*
           *Zairi berkata, bukan mudah untuknya sampai ke tahap sekarang dan beliau tidak malu mengakui latar belakangnya yang pernah bekerja sebagai pencuci pinggan sebelum bergelar cef.*
          *Namun, anak kelahiran Pulau Pinang itu bersyukur kerana usaha dan pengorbanannya tinggal berjauhan dengan keluarga berbaloi apabila berjaya menerbitkan dua siri buku bertajuk My Cooking My Talent yang sudah dipasarkan di Amerika Syarikat (AS).*

          *BEKAS isteri penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah enggan mengulas mengenai status dimuat naik Aliff di Twitter, hari ini yang memberi bayangan untuk rujuk semula.*
           *Bella, 25, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia mengambil pendekatan itu demi menjaga hati banyak pihak.*
          *”Kalau boleh saya tak nak ulas apa-apa sebab baru lagi bercerai. Banyak hati kena jaga. Nanti orang ingat saya tak henti bagi kenyataan. Lagipun status di Twitter itu belum tentu untuk saya,” katanya yang juga penyanyi.*

          *KETAGIHAN merokok termasuk penggunaan rokok elektronik (vape) dalam kalangan pelajar sekolah kini berada pada tahap kritikal dan membimbangkan.*
           *Malah pada usa masih mentah itu, golongan berkenaan sanggup menghabiskan wang puluhan ringgit setiap bulan membeli rokok dan vape.*
         *Pegawai Penyelidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow berkata, tinjauan persatuan itu mendapati pelajar sekolah sanggup berbelanja melebihi RM60 sebulan bagi meneruskan ketagihan vape.*
                 

*ARENA*
========


           *NEYMAR dilucutkan lilitan kapten Brazil untuk saingan Copa America bermula bulan depan.*
         *Skuad itu akan mempunyai kapten baru dan dia akan digantikan oleh rakan sepasukan, Paris Saint-Germain (PSG), Dani Alves.*
          *Copa America akan dilangsungkan bermula 14 Jun hingga 7 Julai dengan Brazil selaku tuan rumah.*
             *Brazil yang tidak memenangi gelaran itu sejak 2007 akan membuka kempen menentang Bolivia di Sao Paulo sebelum berdepan Venezuela dan Peru.*

           *PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo berasa optimistik untuk mengulangi pencapaian positifnya pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello di Itali hujung minggu ini.*
           *Pelumba kelahiran Perancis berusia 20 tahun itu melakar kejutan dengan menduduki podium pada GP Sepanyol awal bulan ini berkata, litar sepanjang 5.245 kilometer (km) itu adalah antara litar paling mencabar dalam kalendar GP tetapi beliau mengintai untuk mencapai kedudukan lebih baik.*

         *BEKAS pemain tengah pasukan kebangsaan Sepanyol dan Barcelona, Xavi Hernandez dinamakan sebagai pengurus baru kelab Qatar, Al Sadd dengan kontrak perjanjian selama dua tahun.*
           *Juara liga utama Qatar itu mengumumkan hari ini, Xavi, 39, mencipta rekod 767 penampilan bersama Barca dan 133 dengan skuad Sepanyol ketika kemuncak kerjaya sebagai pemain bola serta menyertai kelab Qatar itu pada 2015 sebelum beralih kepada karier kejurulatihan.*

         *JURGEN Klopp berkata barisan pemain Liverpool kini adalah skuad terkuat yang dibimbing ke final ketika pasukan itu memburu kejuaraan Liga Juara-Juara berdepan seteru Liga Perdana, Tottenham, pada awal pagi Ahad.*
           *Liverpool melakukan persediaan bagi final kedua berturut-turut Liga Juara-Juara selepas mempamerkan aksi cemerlang termasuk kebangkitan luar biasa untuk mengubah ketinggalan defisit tiga gol berdepan Barcelona pada separuh akhir dengan kemenangan 4-0 di Anfield.*

         *PENYERANG Tottenham, Harry Kane berkata dia “sudah sedia beraksi” selepas pulih daripada kecederaan yang dialami tepat pada masanya untuk berdepan final Liga Juara-Juara menentang Liverpool, awal pagi Ahad ini.*
           *Kane, 25, mengalami kecederaan buku lali ketika aksi suku akhir pertama menentang Manchester City pada 9 April lalu.*
            *Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino pada mulanya bimbang akan ketiadaan kapten England itu pada baki saingan musim ini.*

         *BUKAN Forkey Doe tetapi Lazarus Kaimbi menjadi pilihan skuad Tok Gajah bagi menguatkan jentera serangan menjelang jendela perpindahan kedua ditutup, esok.*
             *Difahamkan, penyerang dari Namibia itu menggantikan Jose Eduardo atau Ze Love yang ditamatkan kontrak lebih awal atas faktor kecederaan.*

         *BERBAKI tujuh lagi perlawanan Liga Super bagi musim ini, pasukan PKNP FC dilihat berada di kedudukan bahaya dengan menghuni tangga kedua tercorot yang bakal menyaksikan pasukan terbabit tergelincir ke Liga Perdana jika terus keciciran mata.*
           *Kedudukan getir itu ternyata membuat Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menekan butang panik mencabar kesemua pemain dan pengurusan pasukan untuk terus kekal dalam liga musim depan.*
          *"Kalau turun ke bawah (Liga Perdana),saya dulu turun, ini cabaran saya kamu (pasukan) turun hari ini, pagi esok saya hantar surat letak jawatan, selesai masalah saya, jawab la 'kome' dengan Pengerusi PKNP FC.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 30 AY 2019 ASHI ERSAAAN 25 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0701
*ZOHOR* : 1314
*ASAR* : 1638
*MAGHRIB* : 1922
*ISYAK* : 2037


*artikel disiarkan pada tarikh 29may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MAHKAMAH Tinggi hari ini menetapkan 22 Ogos depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan tujuh individu yang mencabar keputusan Kementerian Kesihatan berhubung larangan merokok. Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamarnya di sini.*

               2) *Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan waran tangkap yang dikenakan terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid. Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas selesai mendengar permohonan peguam Datuk Shaharudin Ali ang memohon waran tangkap terhadap Hasanah dibatalkan.*

               3) *SUKARELAWAN polis dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas tuduhan merogol remaja perempuan bawah umur pada Jun tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Abdul Rahman Rosli, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.*

               4) *MENANGIS teresak-esak sambil merayu, malah ada juga yang menawarkan wang kepada polis untuk dilepaskan selepas ditahan di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus, Georgetown, malam tadi. Itu antara yang dilakukan beberapa pelayan pelanggan (GRO) warga China dan Vietnam yang cuba meraih simpati kepada polis selepas ditahan.*

               5) *BAYI perempuan berusia enam bulan maut selepas dipukul bapanya yang juga pesakit mental di rumah mereka di Kampung Baroh, di Padang Besar, semalam. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu, pihaknya menahan bapa mangsa berusia 44 tahun bagi membantu siasatan.*

               6) *LELAKI maut selepas kereta dipandunya bertembung sebuah lori dan merempuh kereta lain dalam kemalangan di Jalan Transperak, dekat Changkat Lada, di Kampung Gajah, hari ini. Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa, pemandu Toyota Vios, Tan Boon Kiat, 28, yang beralamat di Changkat Jong, Teluk Intan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan bahagian kepala.*

               7) *JABATAN Kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengeluarkan sebanyak 56 kompaun berjumlah RM14,000 terhadap peniaga bazar Ramadan di kawasan pentadbirannya atas kesalahan tidak mempamerkan buku suntikan tifoid ketika pemeriksaan dijalankan. Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata, tindakan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil 20 (1) (ii) dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MBJB 2010.*

               8) *LELAKI maut, manakala anaknya cedera sebaik kompresor pendingin hawa yang diselenggara meletup di belakang sebuah kedai aiskrim di Kuala Pilah, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, akibat letupan berkenaan, Soh Cho Seng, 56 maut selepas terjatuh daripada tangga, manakala anaknya, Soh Wei Chuen, 22 cedera ringan.*

               9) *SERAMAI 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Taman Sains Selangor, Petaling Jaya ditahan dalam Ops Noda, malam tadi. Serbuan 12.10 tengah malam itu dilakukan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah dan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.*

               10) *ISTERI Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan membunuh suaminya. Dia dilihat meninggalkan perkarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 12.40 tengah hari dengan menaiki kereta berwarna hitam, bersama tiga ahli keluarganya melalui laluan lokap mahkamah di aras bawah tanah.*

               11) *PERSIAPAN tujuh sekeluarga menyambut Aidilfitri menjadi suram apabila kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Taman Bachang Baru, Melaka, hari ini. Kejadian kira-kira 11.15 pagi itu menyebabkan bahagian atas rumah dua tingkat yang menempatkan tiga bilik tidur musnah.*

               12) *TAKTIK nelayan asing menggunakan bot menyerupai bot nelayan tempatan ketika menceroboh perairan negara, gagal mengaburi pihak berkuasa apabila mereka dikesan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), semalam. Pengaran Daerah Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Fauzi Othman berkata, perbuatan sekumpulan 16 warga Vietnam itu dikesan ketika sedang menangkap ikan di perairan Miri.*

               13) *GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Kenor Jalan Kuala Krai-Batu Balai, dekat Kuala Krai, hari ini. Dalam kejadian 7.30 pagi, Hasiah Abdullah, 43, yang berasal dari Kampung Batu Balai, Kuala Krai, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua Viva.*

               14) *SEORANG lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara kerana penyalahgunaan dadah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Marang, hari ini selepas ditahan berkhalwat bersama kakak angkatnya yang berstatus isteri orang. Selain itu, tertuduh berusia 30 tahun itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi, sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               15) *PEMASANG PERMAIDANI berdepan hukuman penjara 30 tahun dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya di sebuah rumah di Alor Setar, tiga tahun lalu. Tertuduh berusia 44 tahun bagaimanapun hanya mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.*

               16) *DALANG utama yang merancang serangan ke atas empat individu berprofil tinggi dan rumah ibadat di negara ini pada minggu pertama Ramadan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. Tertuduh, Mahadi Mamat, 34, dan bekerja sebagai buruh binaan dari Kuala Berang yang juga ketua kumpulan ‘wolf pack’ mengangguk faham ketika lapan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.*

               17) *SEJUMLAH 3,500 Kotak Rezeki Harian Metro bersaiz kecil diagihkan kepada tujuh agensi penguatkuasaan di Lembah Klang, hari ini. Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein berkata, ia simbolik penghargaan di atas kerjasama yang dijalinkan di antara pihak terbabit dengan Harian Metro.*

               18) *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh, 66, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pinjaman diberikan kepada SRC International Sdn Bhd (SRC) selepas terdapat jaminan daripada kerajaan. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam prosiding perbicaraan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 65.*

               19) *BURUH berusia 44 tahun direman seminggu bermula hari ini, bagi membantu siasatan atas dakwaan menampar bayi perempuan yang juga anak bongsunya sehingga mati, semalam. Perintah penahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah, hari ini.*

               20) *“SUAMI maklumkan itu tugasan terakhirnya sebelum cuti raya. Tidak sangka dia pergi ketika Aidilfitri hampir tiba,” luah Rohaslina Mohd Zarawi, 25, isteri Zuhairy Zainol, 32, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau di sini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, treler membawa tngki simen dipandu Zuhairy terbakar sejurus terbabas dan terhumban ke dalam gaung di lokasi kejadian.*

               21) *YAYASAN Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta kerajaan mengkaji semula dan memperketatkan undang-undang sedia ada berkaitan bunga api dan mercun. Selain itu, kerajaan juga perlu menyiasat sehingga ke peringkat akar umbi bagaimana bahan terlarang itu masih dibawa masuk dan dijual berleluasa di negara ini.*

               22) *SERAMAI 134 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun diberkas dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kuala Lumpur, semalam. Operasi bermula jam 9.15 malam dilaksanakan di premis sekitar Pasar Chow Kit dan Kampung Baru.*

               23) *GERAKAN mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan Sungai Entajum Sangan, Tatau, Bintulu diperluaskan, hari ini. Ia dilakukan selepas tiada petunjuk ditemui sejak operasi itu dilancarkan, semalam. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau berkata, operasi hari kedua hari ini membabitkan 15 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis serta penduduk rumah panjang*

               24) *LIMA lelaki disyaki mencuri dram kabel logam tembaga bernilai RM130,000 milik kilang semikonduktor pelabur asing di kawasan perindustrian High Tech, Kulim, ditahan dalam beberapa serbuan bermula Jumaat lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, kehilangan dua dram kabel itu disedari pengurus syarikat jam 3 petang, 22 Mei lalu.*

               25) *“MUJUR saya dan tiga ahli keluarga masuk ke dalam rumah selepas memotong kulit lembu. Jika tidak, kami mungkin turut ‘disapu’ kereta itu,” kata Saliza Mohammad, 32. Wanita itu terselamat selepas kereta dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun melanggar garaj kereta rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Haji Atan, Kampung Sekendi, Sabak Bernam, semalam.*

               26) *EMPAT pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba mendapatkan bekalan petrol untuk diseludup ke negara jiran selepas dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan perairan Tinagat, Tawau, hari ini. Mereka ditahan sepasukan anggota PPM yang sedang menjalankan tugas ‘Ops Gelora Khas’ selepas perahu suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan pada 1.30 pagi.*

               27) *“MAK CIK terpaksa buat macam ini (minta sedekah) sebab nak tampung duit beli ubat, mak cik tiada niat sebenarnya untuk minta duit orang ramai.” Itu antara alasan diberikan wanita warga emas berusia 60 tahun selepas diselamatkan pegawai dan anggota Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Pahang apabila dia dikesan meminta sedekah di bazar Ramadan Taman Kerang, Kuantan, semalam.*

               28) *YAYASAN PETRONAS menyampaikan sumbangan kepada 200 golongan asnaf sempena program Sentuhan Kasih Ramadan Yayasan PETRONAS 2019 di Dungun, semalam. Naib Presiden Pengeluaran, Pembangunan dan Aset Malaysia PETRONAS, Mohd Jukris Abd Wahab berkata, setiap mereka menerima sumbangan barangan makanan termasuk duit raya bernilai RM300.*

               29) *PENUNGGANG maut manakala pemboncengnya cedera ringan selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan kereta di selekoh Jalan Kubang Menerong, dekat Jitra, semalam. Dalam kejadian 3.45 petang itu, mangsa, Mohd Rizwan Che Ali, 27, dari Kampung Batas Keretapi Megat Dewa, Megat Dewa Kodiang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.*

               30) *DUA peniaga masing-masing didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini selepas didapati bersalah menjual gari menyerupai milik polis di Melang, Kuala Pilah pada 22 Mei lalu. Tertuduh, Muhammad Zul Afiq Zafri, 21 dan Wan Amirul Zarni Mohd Kamaruzzaman, 24 mengaku bersalah di hadapan Majistret Nariman Badruddin sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

               31) *POLIS Kelantan memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menjual atau bermain mercun, termasuk yang diubahsuai kerana perbuatan itu adalah berbahaya selain menyalahi undang-undang. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, perbuatan pihak tertentu yang menyeludup masuk mercun dan bunga api dari negara jiran untuk dijual secara haram ketika musim perayaan adalah perbuatan salah.*

                32) *OPERASI perniagaan lima daripada 11 anak syarikat milik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang tidak berdaya maju terpaksa dihentikan sementara bagi membolehkan kajian semula dilakukan. Pengerusi NAFAS, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, kajian itu bagi menilai semula sama ada ia perlu terus beroperasi atau sebaliknya.*

                33) *MALAYSIA mengekalkan kedudukannya di tangga ke-22 dalam kalangan 63 negara dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2019 yang dikeluarkan IMD World Competitiveness Centre, berpangkalan di Lausanne, Switzerland. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata, dengan skor 82.54 daripada 100 mata, Malaysia mengekalkan kedudukannya bagi tahun kedua, mencerminkan sentimen positif komuniti perniagaan terhadap kerajaan baharu.*

                34) *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan tiga bot nelayan yang disyaki menangkap ikan di kawasan larangan iaitu kurang dua batu nautika dari pantai, di Tawau, semalam. Ketiga-ketiga bot nelayan tempatan itu dikesan menangkap ikan menggunakan pukat tunda berhampiran pesisir pantai Laut Merotai dan Laut Sungai Udin, kira-kira 9 pagi.*

                35) *LELAKI warga emas ditahan selepas didapati membakar warung roda tiga milik seorang peniaga di Bagan Ajam, Butterworth, Isnin lalu. Suspek yang berusia 67 tahun itu ditahan sendiri pemilik warung terbabit beberapa jam selepas dia melakukan perbuatan itu. Perbuatan suspek dikesan lelaki berkenaan yang melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran.*

                36) *DUA paket plastik disyaki ganja ditemui dalam sebuah treler membawa muatan perangkak kren yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 4.7 Jalan Rawang Bypass, dekat Hulu Selangor, petang semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kejadian jam 7.10 malam itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal parah selepas melanggar perangkak kren yang terjatuh dari treler terbabit.*

                37) *BEKAS pekerja Lazada yang mencuri telefon bimbit iPhone XR milik syarikat beli-belah dalam talian itu dipenjara sehari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aidil Md Khairi, 24, selepas dia menukar pengakuan bersalah dalam sebutan semula kes.*

                38) *SERAMAI 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Kota Tinggi, semalam, selepas mengaku salah memasuki perairan Malaysia menggunakan laluan yang tidak diwartakan, pada 15 Mei lalu. Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap 26 PATI lelaki dan enam wanita selepas semua tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan ke atas mereka.*

                39) *RUMAH kampung dua tingkat hangus dalam kebakaran di Kampung Tanah Liat di Bukit Mertajam, hari ini. Kebakaran 4.30 petang itu turut memusnahkan semua baju raya yang sudah dibeli pemilik rumah. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan 4.44 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.*

                40) *HASRAT lelaki mencari duit tambahan untuk menyambut Aidilfitri dengan membawa 30 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum bernilai RM9,000 ke Perlis untuk diseludup ke Thailand gagal selepas ditahan polis di Jalan Kampung Tengah, Kuala Nerang, dekat Padang Terap, semalam.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *NEW DELHI: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di India terkejut apabila mengeluarkan lapan sudu, dua berus gigi, pisau dapur dan engsel pinu dari perut seorang lelaki.*
              *Akhbar The Asian Age melaporkan, lelaki berusia 35 tahun itu dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Shri Lal Bahadur Shastri di mandi, Himachal Pradesh pada Jumaat lalu selepas mengadu sakit perut.*
            *Doktor yang membuat imbasan X-ray kemudiannya terkejut apabila mendapati banyak objek asing seperti sudu dan berus gigi di dalam perut lelaki berusia 35 tahun berkenaan.*

           *YANGON: Sebuah mahkamah di Myanmar mengeluarkan waran tangkap ke atas sami Buddha anti-Islam, Wirathu, atas dakwaan menghasut, kata polis hari ini.*
            *Wirathu dikenali dengan retorik terhadap minoriti Islam, terutama komuniti Rohingya, tetapi turut kritikal terhadap kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi dan menyokong tentera Myanmar yang berpengaruh.*
            *Jurucakap polis, Myo Thu Soe, berkata waran tangkap dikeluarkan semalam oleh mahkamah di Yangon.*

           *JEFFERSON CITY: Kejadian puting beliung tengah Amerika Syarikat (AS) mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang di Missouri, sementara itu hujan lebat menyebabkan sungai melimpah di Oklahoma, kata pihak berkuasa semalam.*
           *Tiga kematian itu dan beberapa kecederaan dilaporkan di Golden City, Missouri, kira-kira 48 kilometer di timur laut Joplin apabila puting beliung membadai malam kelmarin, kata Jabatan Keselamatan Awam Missouri di Twitter.*

            *BAMAKO: Sekurang-kurangnya 23 penumpang terbunuh dan 16 lagi cedera parah selepas sebuah bas mini yang sarat dengan penumpang bertembung dengan sebuah lori pasir di Mali, semalam.*
         *"Satu kemalangan membabitkan sebuah bas mini dan lori membawa pasir di lokasi yang terletak kira-kira 50 kilometer di timur Bamako.*
          *"Setakat ini, 23 mangsa disahkan maut dan 16 lagi mengalami kecederaan parah.*

          *TOKYO: Dua orang termasuk seorang murid sekolah maut manakala lebih 10 orang cedera selepas diserang lelaki bersenjatakan pisau sebelum penyerang terbabit menikam diri sendiri hingga mati, dalam kejadian di Tokyo pagi semalam.*
             *Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Kawasaki kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan, lapor AFP.*
           *Media tempatan melaporkan, beberapa saksi melihat seorang lelaki berusia 50-an memegang sebilah pisau berhampiran stesen bas ketika ramai murid menunggu di situ sambil melaungkan ‘Aku akan bunuh kamu!’*

          *PATTANI: Dua orang, termasuk budak lelaki 14 tahun terbunuh mankala 14 lagi cedera akibat letupan bom yang dipasang pada motosikal di sebuah pasar di Nong Chik, wilayah Pattani, Thailand, petang kelmarin.*
            *Menurut jurucakap tentera di selatan Thailand, Kolonel Thanawee Suwannathat, ia dipercayai serangan membalas dendam selepas seorang pemimpin pemberontak ditembak mati sebelum ini.*
           *"Budak lelaki 14 tahun dan wanita 35 tahun terbunuh dalam serangan itu. Empat renjer tentera juga cedera,” katanya.*

          *SANAA, YAMAN: Seramai 27 kanak-kanak terbunuh atau cedera dalam tempoh 10 hari akibat serangan udara tentera pakatan diketuai Arab Saudi, termasuk tujuh yang maut dalam serangan terhadap stesen minyak di Taiz, Sabtu lalu.*
           *Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore, berkata: “Tiada kawasan yang selamat untuk kanak-kanak di Yaman. Perang ini membawa kematian kepada mereka sama ada di rumah, sekolah dan kawasan permainan.”*
            *Menurutnya, dalam serangan terbaru di Mawiyah, wilayah Taiz, selatan Sanaa, minggu lalu tujuh kanak-kanak yang terbunuh itu berusia antara empat hingga 14 tahun.*

           *BRISBANE: Seorang wanita yang terbangun dari tidur terkejut melihat kepala seekor ular sawa berada beberapa sentimeter dari mukanya.*
            *Sally Stent tidak menyedari ular itu berada dalam biliknya ketika pulang rumah pada jam 2 pagi dari lapangan terbang.*
         *Menurut The Courier Mail, selepas tidur selama lima jam, Sally terjaga apabila merasakan sesuatu bergerak di hadapan mukanya.*

            *LONDON: Rumah agam baru bintang bola sepak Wayne Rooney bernilai RM106.19 juta di Cheshire disamakan dengan pasar raya Tesco oleh peminat di media sosial.*
           *Kerja pengubahsuaian ke atas kediaman seluas 16.18 hektar itu dilakukan sejak dua tahun lalu dan gambar terbaru menunjukkan ia hampir siap.*
             *Bagaimanapun, segelintir pengguna media sosial berpendapat reka bentuk rumah dilengkapi pawagam kecil itu menyerupai pasar raya Tesco dan Morrisons.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pemergian penyanyi popular era 1970-an, Datuk Dhalan Zainuddin sebagai satu kehilangan besar kerana Allahyarham seorang yang terkenal.*
          *Baginda bertitah, Dhalan juga banyak memberi contoh yang baik kepada masyarakat.*
         *"Saya memang minat dengan lagu-lagunya terutama Kisah Seorang Biduan. Dia juga seorang yang baik,” titah baginda ketika hadir mencemar duli memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Dhalan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.*

          *KIRA-KIRA 50 penjawat awam sektor kesihatan didakwa terbabit dalam kegiatan buli siber dan mengeluarkan komen berbaur fitnah di Facebook (FB).*
           *Mereka didakwa melakukan perbuatan itu hingga menjejaskan beberapa pegawai perubatan lain.*
           *Peguam mewakili mangsa, Asiah Abd Jalil berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai perkataan buruk yang mempunyai elemen fitnah terhadap anak guamnya termasuk di akaun FB, Pseudoscience Watch (PW).*

           *JAKARTA: Seorang wanita cantik di Indonesia bikin heboh di media sosial di negara itu apabila mengiklankan untuk menjual keretanya dengan tuannya sekali.*
           *Wanita itu yang dikenali sebagai Chaecha membuat iklan di Facebook pada 26 Mei lalu untuk menjual kereta Nissan Grand Livina miliknya dengan satu tawaran luar biasa.*
          *Gadis cantik yang berusia 25 tahun itu menawarkan sesiapa membeli kereta itu dengan dirinya sekali.*
           *"Dijual mobil berserta pemiliknya. Minat bisa inbox 0821.1452.4443,” katanya dalam iklan berkenaan tanpa meletakkan sebarang harga.*

          *NEW DELHI: Seorang ahli politik di India menangis teresak-esak ketika diwawancara wartawan kerana terlalu sedih mendapat lima undi selepas keputusan pilihan raya negara itu mula diumumkan pada 23 Mei lalu.*
          *Apa yang menyebabkan Neetu Shutteran Wala lebih sedih adalah dia ada sembilan ahli keluarga yang layak mengundi dalam pilihan raya berkenaan.*
           *“Saya ada sembilan ahli keluarga tetapi saya hanya mendapat lima undi,” katanya sambil menangis teresak-esak.*
           *Video yang menunjukkan Wala menangis itu segera tular di media sosial di India sebelum tersebar di seluruh dunia.*
           *Bagaimanapun, apabila keputusan rasmi dikeluarkan, sebenarnya Wala bukanlah mendapat lima undi tetapi memperoleh 856 undi.*
                 

*ARENA*
========


          *UPDATE FINAL EUROPA LEAGUE FINAL.. CHELSEA 4 ARSENAL 1*

          *SEPANYOL mengerah 4,700 petugas keselamatan bagi menghadapi final Liga Juara-Juara membabitkan dua kelab Inggeris yang dianggap berisiko tinggi, kata jurucakap keselamatan hari ini.*
        *Langkah keselamatan lebih ketat diambil membabitkan pertembungan Liverpool dan Tottenham berbanding aksi final Piala Libertadores di antara dua kelab dari Argentina, River Plate dan Boca Juniors di Madrid tahun lalu, menurut Pengarah Polis Kebangsaan Sepanyol, Francisco Pardo Piqueras.*
          *"Ia kawalan keselamatan paling besar dalam acara sukan demi menjamin keselamatan,” katanya dalam sidang akhbar di Madrid.*

           *SELEPAS misi menjuarai Liga Perdana gagal, bintang Liverpool mengakui mereka kini amat terdesak menjulang trofi Piala Eropah keenam apabila berdepan Tottenham dalam aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad ini.*
          *Skuad Jurgen Klopp menjadkan takdir menimpa mereka sebagai tonik tambahan dalam pertembungan di Wanda Metropolitano.*
           *Kemenangan ke atas Tottenham di Madrid membolehkan Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara pertama sejak skuad Rafael Benitez mengejutkan AC Milan pada 2005 yang dianggap salah satu aksi kebangkitan terhebat dalam sejarah kelab itu.*

          *JARAK usia mereka adalah antara 17 tahun namun mereka berada di puncak kejayaan dalam bidang sukan masing-masing.*
            *Malah Kylian Mbappe mungkin hanya berusia empat tahun ketika Roger Federer memenangi kejuaraan pertama daripada lapan kejuaraan Wimbledon yang dimenangi.*
            *Namun ia tidak menghalang bintang Switzerland untuk menjadi peminat utama pemain berusia 20 tahun yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis itu.*
            *Federer kelihatan memegang replika jersi Perancis yang tertera nama Mbappe ketika kedua-dua bintang sukan itu bertemu di Paris minggu ini.*

           *JURULATIH AC Milan, Gennaro Gattuso tidak lagi bersama kelab itu semalam, dua hari selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan buat kali keenam.*
           *Milan mengesahkan pengendali berusia 41 tahun itu yang menghabiskan 13 musim sebagai pemain tengah di San Siro antara 1999-2012 meninggalkan kelab walaupun kontrak masih berbaki dua tahun.*
           *"AC Milan mengesahkan Gennaro Gattuso melepaskan jawatannya sebagai pengurus utama skuad kelab atas persetujuan bersama berkuatkuasa serta-merta,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.*

           *BARCELONA dijangka memecat pengurus, Ernesto Valverde selepas penamat mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol.*
           *Valverde mengetuai kejayaan Barca dalam La Liga tetapi mereka tewas kepada Liverpool pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum dikecewakan Valencia pada final Raja Sepanyol.*
         *Pengendali itu mendapat sokongan pemain dan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu sejak beberapa hari lalu namun kini menurut RAC1, gergasi Catalan itu dijangka memecat Valverde selepas dua tahun di Camp Nou.*

          ♂ *JACK Nicklaus yakin rekod kejayaannya menjuarai 18 kejohanan utama bakal diatasi Tiger Woods selagi bekas pemain nombor satu dunia itu kekal sihat dalam baki kariernya.*
           *Nicklaus yang menganjurkan Kejohanan Memorial di Muirfield Village di Ohio minggu ini berkata, Woods yang menjuarai 15 kejohanan utama termasuk Masters bulan lalu perlu mengatasi masalah kesihatan melanda atlet berusia 40-an.*
           *"Siapa tahu berapa lama lagi tubuhnya mampu bertahan,” kata Nicklaus ketika sidang akhbar prakejohanan. “Jika anda mengharungi pembedahan sebanyak dia alami dan mampu diharungi, tiada masalah.Saya fikir dia akan memecahkan rekod saya.”*

           *PEMAIN Croatia, Ivo Karlovic muncul pemain tertua memenangi perlawanan di Terbuka Perancis dalam masa 46 tahun selepas menewaskan pemain veteran Sepanyol, Feliciano Lopez pada pusingan pertama semalam.*
          *Karlovic yang berusia 40 tahun pada Februari lalu menang 7-6 (7/4), 7-5, 6-7 (7/9), 7-5 dalam aksi membabitkan gabungan usia 77 tahun - paling tua dalam sejarah Grand Slam era profesional.*
         *Karlovic pemain paling tua menang di Roland Garros sejak kejayaan Torben Ulrich pada 1973 ketika berusia 44 tahun. Dia juga pemain lelaki tertua menang Grand Slam sejak Ken Rosewall, juga 44, melakukannya di Terbuka Australia 1978.*

          *DIUGUT bunuh dan rogol, malah lebih melampau ahli keluarga turut terkena tempias ancaman segelintir peminat fanatik Kelantan.*
             *Situasi itu dialami Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan sepanjang terbabit dalam pengurusan bola sepak negeri itu.*
           *Bibi Ramjani berkata, beliau menerima puluhan ugutan daripada individu tidak dikenali menerusi media sosial, panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).*

          *SERAMAI 22 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan dan Miskin Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, gembira apabila pemain bola sepak kesayangan mereka memilih pakaian raya tahun ini.*
            *Situasi membeli-belah di Mydin Meru Mall agak mencuit hati apabila pemain kelahiran Brazil, Leandro Dos Santos silap menyebut 'songkok' yang sebenarnya adalah sampin baju Melayu ketika memilih pakaian raya untuk kanak-kanak berkenaan.*
          *Seramai 25 pemain Perak bersama jurulatih mereka, Mehmet Durakovic membantu kanak-kanak kurang bernasib baik itu membeli persiapan raya menerusi Program Pemain Liga Super bersama anak yatim di pasar raya berkenaan anjuran Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).*

          *PENYERANG import dari Namibia, Lazarus Kaimbi sah menyarung jersi skuad Pahang bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.*
           *Sumber Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berkata, pemain berumur 31 tahun itu menyertai skuad Tok Gajah bagi menggantikan tempat pemain import dari Brazil, Jose Eduardo atau Ze Love.*
          *"Kami mengesahkan bahawa Kaimbi secara rasmi menjadi pemain baharu Pahang dan dia diberi peranan untuk memperkuatkan jentera serangan.*

          *BEKAS pemain Kedah dan Negeri Sembilan, Faizal Abu Bakar sah menyertai Melaka United (MU) sempena jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.*
            *Malah pemain yang pernah menyertai skuad negara dan pasukan bawah 23 tahun kebangsaan, selain PDRM dan Kelantan menjadi pilihan skuad Hang Tuah selepas melepaskan R Gopinathan dan Nushamil Abd Ghani menyertai The Cops dan Selangor United.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 31 AY 2019 ASHI ERSAAAN 26 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0701
*ZOHOR* : 1314
*ASAR* : 1638
*MAGHRIB* : 1922
*ISYAK* : 2037


*artikel disiarkan pada tarikh 30may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“KEBANYAKAN kiblat masjid di Malaysia tidak tepat. Cuma Masjid Diraja Sultan Suleiman dan masjid di Johor dan Perak yang tepat,” demikian dakwa seorang cucu ulama terkenal, Kiai Muhammad Ali Qaribun. Warga emas itu yang enggan namanya didedahkan mendakwa, kebanyakan kiblat masjid di Malaysia terpesong dari Kaabah selepas beliau berpeluang membuat semakan secara peribadi.*

               2) *BERMULA daripada hanya tukang cuci di negara ini, seorang lelaki warga Bangladesh dikesan memperdaya ribuan pesakit dengan menyamar sebagai doktor haram di ibu kota. Lelaki berusia 60-an itu sangat dikehendaki Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya ditahan Ahad lalu selepas kerap melarikan diri dalam beberapa siri serbuan sejak tahun lalu.*

               3) *TIGA wanita maut, manakala tujuh lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki berlanggar dengan treler di Kilometer 42 Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Bintulu, hari ini. Kejadian 1.40 tengah hari itu mengakibatkan tiga penumpang pacuan empat roda Toyota Fortuner, Gensa Unggau, 36, Nuai Bakar, 24, dan Lengidi Koling, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               4) *BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri di Makkah. Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Alami (PEKA) dimasukkan ke Hospital King Aziz, Makkah berikutan komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapi dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).*

               5) *PERBUATAN lelaki bersama kakak dan rakan wanita mencuri 30 ayam siap diproses bernilai RM350 di kedai pemborong ayam di Taman Selasih, Kulim, mengundang padah apabila mereka ditahan semalam. Kejadian disedari peniaga ayam berusia 33 tahun pada jam 5.35 pagi ketika berada di kedai sebelum dia menyemak kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga individu berusia 18 hingga 20 tahun melakukan perbuatan itu.*

               6) *SEORANG pemandu perkhidmatan e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, hari ini atas tuduhan membunuh seorang pengurus acara, tiga minggu lalu. Muhd Nur Adib Ahmad Noor, 25, hanya mengangguk faham selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.*

               7) *“SUMBANGAN ini amat bermakna untuk petugas kami. Terima kasih Harian Metro,” kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJWPKL) Datuk Ismail Mohd Zawawi. Ismail berkata, 700 Kotak Rezeki Harian Metro yang diterima membantu petugas di lapangan terutamanya ketika melaksanakan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula semalam hingga 13 Jun.*

               8) *PRIHATIN terhadap golongan memerlukan, kira-kira 100 kakitangan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) menyertai program ‘UNIRAZAK Ramadan Spring Cleaning’ dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membantu rumah orang-orang tua terpilih. Ketua Pegawai Eksekutif UNIRAZAK Amil Izham Hamzah berkata, program pertama kali diadakan itu bermula pada 1 Ramadan lalu yang menyaksikan kakitangan terbabit berjaya mengumpulkan 1.5 tan pakaian untuk dijual kepada peraih pakaian terpakai.*

               9) *SERAMAI 15,000 pegawai serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan menjaga keselamatan negara sepanjang cuti sempena Aidilfitri. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, jumlah itu membabitkan pegawai serta anggota dalam tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM).*

               10) *DUA maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sempadan Kuala Krai, Gua Musang, hari ini. Dalam kejadian 2.50 petang, dua mangsa meninggal dunia di lokasi berkenaan akibat tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang remuk teruk susulan rempuhan itu.*

               11) *TINDAKAN seorang lelaki mengaibkan kehormatan kenalan wanitanya di laman sosial Instagram (IG) mengundang padah apabila dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ampang, hari ini. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Nadzreekusairi Shariff, 37, selepas tertuduh mengaku salah sebaik tuduhan dibacakan kepadanya.*

               12) *KEPUTUSAN akhir kes pendakwaan terhadap pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari yang menghadapi empat tuduhan termasuk menampar anggota polis dan orang awam, Januari tahun lalu, ditangguhkan kepada 21 Jun ini. Majistret Nor Arifin Hisham menetapkan tarikh baharu itu dalam prosiding di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, terhadap pelakon yang kini sedang menjalani hukuman penjara sembilan di Penjara Kajang.*

               13) *SEORANG ejen pelancongan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada tuduhan menipu seorang wanita warga emas berhubung pakej percutian ke Korea, tahun lalu. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memutuskan demikian terhadap Nor Farah Farhan Abdul Fattah, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.*

               14) *SEORANG maut dan tiga cedera dalam kemalangan membabit tiga kenderaan di Kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, hari ini. Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dan Proton Exora dengan lori.*

               15) *PERUNDING perkahwinan melecur hampir 20 peratus di muka dan kepala selepas dipercayai cuba membakar diri dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Tok Has, Jertih, hari ini. Dalam kejadian jam 12.07 tengah hari itu, lelaki yang berusia 37 tahun terbabit dipercayai cuba membakar diri berdasarkan penemuan satu botol plastik minuman berisi petrol di tempat duduk pemandu Proton Persona.*

               16) *SEORANG ejen pelancongan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada tuduhan menipu seorang wanita warga emas berhubung pakej percutian ke Korea, tahun lalu. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memutuskan demikian terhadap Nor Farah Farhan Abdul Fattah, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.*

               17) *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan serbuk tembakau selepas menahan seorang lelaki warga Pakistan di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, 9 Mei lalu. Hasil serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, JKDM turut merampas serbuk tembakau dianggarkan seberat 25.5 tan metrik bernilai RM1.3 juta dengan nilai cukai RM2.1 juta.*

               18) *WANITA berusia 25 tahun parah dibelasah teman serumah selepas dituduh menyapu sampah hingga mengenai muka seorang kenalan di apartmen Garden D’ Villa, Bandar Baru Senawang, Seremban, kelmarin. Dalam kejadian itu, mangsa yang juga penasihat jualan kereta mengalami bengkak di kepala, lebam mata kiri, luka di muka, sakit di leher serta badan.*

               19) *PERBUATAN terkutuk seorang buruh binaan warga Indonesia yang merogol seorang wanita tempatan berkali-kali sejak awal bulan lalu menerima padah apabila dia diberkas polis kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Deputi Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an yang mendakwa dirinya diugut selepas menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.*

               20) *LELAKI warga Thailand direman selama tujuh harikerana cuba memberi rasuah RM1,600 kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu dalam serbuan di Taman Chempaka, Tanah Merah, dua minggu lalu. Difahamkan suspek berusia 30-an berbuat demikian terhadap anggota berpangkat sarjan sebagai dorongan bagi mengelakkan ditangkap selepas disyaki memiliki kenderaan curi, kereta klon dan syabu seberat 3.4 gram.*

               21) *KERAJAAN negeri Pahang mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, di Kuantan, hari ini.*

               22) *KERAJAAN Arab Saudi akan membuat kajian menyeluruh berhubung permohonan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini. Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh bin Taher Benten berkata, sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sudah berbincang dan membuat keputusan dalam penentuan kuota haji setiap negara.*

               23) *MALAYSIA tidak terancam dengan dakwaan pengintipan ke atas syarikat teknologi utama China, Huawei, dan akan terus menggunakan teknologi mereka seluas mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini. "Kami terlalu kecil untuk menerima impak syarikat besar seperti Huawei, yang membuat penyelidikan jauh lebih besar daripada keseluruhan keupayaan penyelidikan Malaysia.*

               24) *DUA lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini atas tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengganas, tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Muhamad Nuurul Amin Azizan dan rakannya, Muhammad Syazani Mahzan, masing-masing 27 tahun didakwa telah pergi ke Jogjakarta, Indonesia melalui Jakarta, Indonesia dengan niat melakukan perbuatan pengganas.*

               25) *KEGEMBIRAAN dua beradik bersama seorang sepupunya menyambut Gawai berakhir tragedi apabila mereka dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Tutus, Sibu, semalam. Dalam kejadian jam 4 petang itu, dua adik beradik, Trance Gong Tommy, 14, dan Trisha Janggok Tommy, 12, manakala sepupu mereka, Nurul Syahiera Salam, 13, keluar ke jeti di sungai itu untuk membantu bapa saudara membasuh pakaian, sambil ditemani nenek mangsa.*

               26) *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dengan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, kelmarin. Turut dirampas kira-kira 60,000 liter minuman keras dianggarkan bernilai RM1,820,676 termasuk nilai cukai.*

               27) *DUA warga emas ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sebuah kedai makan bukan Islam di Alor Janggus, Alor Setar, hari ini, kerana tidak berpuasa. Mereka yang berusia 65 dan 75 tahun itu memberi alasan mempunyai masalah kesihatan menyebabkan terpaksa makan di kedai berkenaan pada jam 11.30 pagi.*

               28) *KERAJAAN memberi penekanan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan peneroka FELDA supaya menjana ekonomi tambahan menerusi pertanian berteknologi tinggi. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia bagi meningkatkan pendapatan mereka dalam tempoh yang singkat memandangkan harga komoditi kelapa sawit dan getah ada turun naiknya.*

               29) *TUKANG urut tradisional meninggal dunia ketika sedang menunggu untuk menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang, Razali Muhamad, 50, berasal dari Kampung Berangan, Tumpat ditemui tidak sedarkan diri ketika sedang berbaring di ruang legar masjid itu.*

               30) *SEBANYAK 60 lori tambahan disewa Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) bagi memastikan kelancaran penghantaran bekalan air kepada pengguna di kawasan yang mengalami tekanan air rendah sepanjang cuti perayaan Aidilfitri. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf berkata, sehingga kini sebanyak 26 lori SADA dan beberapa lori tanker bomba serta persendirian sudah bersedia di kawasan terbabit terutama di Tanjung Dawai, Kuala Kedah dan Jerlun.*

               31) *MASIH terlalu awal untuk memuktamadkan siasatan seorang bekas ahli politik bergelar Datuk Seri berhubung penyelewengan dana sebuah persatuan yang beroperasi di Kedah. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, siasatan terhadap kes berkenaan masih berterusan dan berada di peringkat awal.*

                32) *YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama. Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mohd Faizal Abdul Manap berkata, majlis itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 2 petang.*

                33) *KEMALANGAN 13 kenderaan di Kilometer 6.6, Jalan Batang Benar-Nilai, dekat Seremban semalam disebabkan sebuah treler hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, siasatan mendapati treler yang membawa muatan air mineral dari Pajam menuju ke Nilai.*

                34) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini kerana menikam punggung rakannya. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Al Muiizz Ali Hassan, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja menyebabkan cedera atas bangkitan marah dan dibaca bersama Seksyen 34 KK.*

                35) *UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) akan melantik dua penuntutnya sebagai pemerhati terlebih dahulu sebelum membuka ruang menjadi Ahli Senat universiti itu selepas Aidilfitri. Naib Canselornya Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, pendekatan itu diambil berikutan pelantikan secara langsung penuntut sebagai Ahli Senat memerlukan semakan perlembagaan sedia ada.*

                36) *PASUKAN Polis Marin (PPM) memperketatkan kawalan serta meningkatkan operasi membanteras kegiatan jenayah di laut terutama membabitkan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan perikanan di sempadan perairan negara. Timbalan Komander PPM Wilayah Satu, Superintendan Dimin Awang berkata, usaha itu membabitkan kerjasama dua hala dengan pihak berkuasa Indonesia yang akan turut menjaga kawasan perairan mereka daripada kegiatan berkenaan terutama pada musim perayaan.*

                37) *KAEDAH penentuan dan peralatan bagi mencari sudut dan menentukan arah kiblat di negara ini sudah diseragamkan dan diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Ketua Bahagian Falak, Jabatan Mufti Selangor, Hardi Mohamad Sadali berkata, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri-Negeri pula bertanggungjawab menentukan arah kiblat untuk kegunaan masyarakat.*

                38) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan undang-undang baharu iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuat kuasa Jun 2020. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, peruntukan undang-undang yang membolehkan syarikat terbabit rasuah didakwa bertujuan melaksanakan obligasi dan memenuhi tanggungjawab antarabangsa di bawah Artikel 26.*

                39) *BERDEPAN ular sawa seberat 90 kilogram dan 10 meter panjang bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi jika usaha itu dilakukan wanita. Bagaimanapun, tiga anggota wanita Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap membuktikan kepakaran menangkap reptilia itu di Kampung Jelutong, Padang Terap, awal pagi ini.*

                40) *PENGANUGERAHAN Peniaga Cemerlang Bazar Ramadan 2019 dapat mewujudkan budaya peniaga kelas pertama yang mengutamakan aspek kebersihan, sejajar dengan tuntutan agama. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Fadzilla Salleh berkata, selain itu, ia juga meningkatkan imej prsekitaran perniagaan di bandar Kuantan yang lebih kemas, tersusun dan berketrampilan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *New Delhi: Anggota polis di sebuah balai polis di India terkejut apabila seorang lelaki datang sambil membawa kepala isterinya yang diletakkan di dalam beg dan memberitahu dia membunuh wanita itu kerana curang.*
            *Times of India melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Abhijit Das berusia 30-an datang ke sebuah balai polis di Patharpratima, Bengal Barat dengan membawa beg pada Isnin lalu dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai bertugas.*
           *Apabila ditanya polis, Das memberitahu dia mahu menyerah diri kerana baru membunuh isterinya kerana wanita itu curang dengan lelaki lain.*

          *KIEV: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan anak kepada seorang lelaki kaya di Ukraine dihukum penjara kerana membunuh rakannya ekoran tidak berpuas hati akibat kalah dalam permainan video.*
          *Mahkamah diberitahu, budak lelaki yang dikenali sebagai Vasily Turda baru dibelikan bapanya satu set permainan video dan dia terus mengajak rakannya, Vasya Pop, 15, untuk bermain bersama.*
         *Bagaimanapun, selepas beberapa jam bermain permainan video itu Turda tidak berpuas hati kerana sering kalah kepada Pop menyebabkan dia mengambil sebilah pisau dan membunuh rakannya itu.*

           *JIANGSU: Dua pegawai pendidikan di timur China dipecat selepas mengesyaki 35 murid di sebuah tadika terbabit dalam jenayah terancang, baru-baru ini.*
         *Penduduk di bandar Wuxi terkejut membaca satu nota yang didedahkan di internet mengatakan kanak-kanak tadika Xinguang yang berusia empat dan lima tahun disiasat biro pendidikan.*
          *Siasatan itu dikatakan sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk melumpuhkan kumpulan mafia, lapor South China Morning Post.*

          *WASHINGTON: Seorang lelaki membakar dirinya sendiri dan dengan tenang berjalan berhampiran Rumah Putih semalam sebelum beberapa anggota polis menghalangnya dan bertindak memadamkan api.*
          *Menurut laporan Daily Mail, lelaki yang tidak dikenali itu membakar dirinya di Taman Ellipse sebelum berjalan ke Washington Mall, kawasan yang popular dengan pelancong.*
           *Beberapa rakaman video menunjukkan beberapa anggota polis dan anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat berusaha memadamkan api pada badan lelaki itu.*

          *COATZACOALCOS (MEXICO): Seramai 21 orang maut apabila sebuah bas yang membawa penumpang dari upacara keagamaan di gereja Katolik bertembung dengan sebuah trak, sebelum terbakar di timur Mexico, semalam.*
            *Menurut sumber rasmi, nahas ngeri itu turut mencederakan 30 yang lain.*
          *Ketua perkhidmatan Perlindungan Awam negeri Velacruz, Guadalupe Osorno berkata, pakar forensik menemui 17 mayat penumpang di dalam bas berkenaan manakala dua lagi mangsa dijumpai di dalam trak.*

         *LOS ANGELES: Sebuah hospital di California semalam mengumumkan kelahiran bayi paling kecil di dunia, hanya seberat 245 gram, menyamai sebiji epal bersaiz besar.*
        *Bayi itu yang diberi nama timangan Saybie oleh petugas hospital, dilahirkan ketika kandungan ibunya baru berusia 23 minggu, tiga hari di Hospital Bayi dan Wanita Sharp May Birch di San Diego.*
             *Bapa bayi itu berkata, dia dimaklumkan anaknya itu hanya mampu bernafas kira-kira sejam sebelum meninggal dunia.*

         *Budapest: Tujuh orang maut manakala 16 lagi hilang semalam selepas sebuah bot persiaran berlanggar dan karam di Sungai Danube, lapor stesen televisyen awam Hungary, memetik kenyataan kementerian dalam negeri.*
           *Rangkaian M1 berkata, seramai 15 penumpang lagi berjaya diselamatkan dalam nahas itu yang berlaku berhampiran bangunan parlimen di tengah ibu negara Hungary, apabila bot mereka naiki berlanggar dengan sebuah bot lain.*

          *KAFR HALAB, SYRIA: Sembilan kanak-kanak antara 27 orang awam yang terbunuh akibat serangan terbaru tentera kerajaan Syria terhadap Idlib, kedudukan terakhir pemberontak yang dibom bertalu-talu sejak bulan lalu.*
           *Serangan udara dan bedilan meriam tanpa henti oleh tentera Syria dan sekutunya Russia sejak dua hari lalu, turut mengenai hospital.*
          *Menurut pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Syria di London, lebih 31 orang awam terbunuh sejak Ahad lalu dan serangan terbaru semalam, mengenai jalan raya di perkampungan Kafr Halab di selatan wilayah Aleppo yang sibuk, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang awam.*

          *YANGON: Tentera Myanmar membelanjakan ratusan juta dollar (ringgit) bagi membeli kelengkapan ketenteraan, termasuk jet penggempur, kenderaan berperisai dan kapal perang.*
         *Berikutan sekatan pembelian senjata oleh Eropah dan Amerika Syarikat berikutan dakwaan jenayah perang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Myanmar berpaling kepada sekutunya iaitu China, Russia dan India.*
            *Terbaru, Amnesty International dalam laporannya semalam, mendakwa tentera Myanmar bertanggungjawab melakukan keganasan terhadap etnik Rakhine yang beragama Buddha selepas membunuh ribuan etnik Rohingya manakala hampir sejuta menjadi pelarian.*

         *DHAKA: Enam belas orang termasuk pengetua sebuah madrasah didakwa berhubung pembunuhan seorang remaja perempuan yang dibakar mati selepas melaporkan gangguan seksual terhadapnya.*
          *Nusrat Jahan Rafi, 19, disimbah minyak tanah dan dibakar di bumbung madrasahnya pada 6 April lalu, beberapa hari selepas membuat laporan polis kerana diganggu secara seksual oleh pengetuanya, Siraj Ud Doula, lapor BBC.*
           *Dia dilaporkan mengarahkan pembunuhannya dari penjara apabila Nusrat enggan menarik balik tuduhan terhadapnya.*

          *SRINAGAR: Sekurang-kurangnya 50 orang cedera susulan pertempuran di Kashmir, India, hari ini apabila penunjuk perasaan membantu pemberontak meloloskan diri dari kepungan pasukan kerajaan.*
           *Ribuan penduduk kampung membanjiri jalan raya sejurus dua individu disyaki pemberontak berbalas tembakan dengan tentera dari sebuah rumah di kawasan Kulgam, selatan Kashmir.*
         *Polis berkata, penunjuk perasaan melemparkan batu ke aras pasukan keselamatan bagi membolehkan pemberontak melepaskan diri.*

         *KARACHI: Seorang lelaki membunuh isterinya yang positif HIV di selatan Pakistan, di mana ratusan orang disahkan positif virus itu sejak beberapa minggu lalu seterusnya mencetuskan panik dan mengetengahkan tahap kesihatan awam yang rendah di negara berkenaan.*
          *Menurut polis, kejadian berlaku di sebuah perkampungan berhampiran lokasi penyebaran wabak itu, di pinggir Larkana, wilayah Sindh, di mana ribuan orang menjalani penyaringan pada bulan ini.*
          *Mangsa, ibu beranak empat berusia 32 tahun didapati positif beberapa hari lalu dan dituduh mempunyai hubungan sulit oleh suaminya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SEBAHAGIAN daripada 11,000 sampul duit raya Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang disalah cetak dipercayai diedar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan isu perkauman.*
           *Yang Dipertua MPAG, Zamzuri Ariffin berkata, pihaknya sudah menarik semula semua sampul raya yang memaparkan corak berulang bermotifkan babi dan wajah seakan penganut agama tertentu, sejak pagi semalam, namun sebahagiannya sudah diedarkan kepada pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.*
            *Sampul duit raya berwarna merah memaparkan lakaran motif babi dan wajah penganut agama, selain terdapat logo MPAG itu mula tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak malam tadi sehingga mengundang kecaman netizen.*

           *SEORANG wanita ditahan akibat memaki anggota trafik melalui video Instagram kerana tidak berpuas hati selepas disaman Isnin lalu.*
          *Sumber polis berkata, kejadian disedari anggota trafik berusia 38 tahun ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, jam 7.40 malam, Ahad lalu.*
          *Katanya, suspek berusia 22 tahun memuat naik video di Instagram dan memaki hamun olis dengan kata-kata kesat.*
          *Sehubungan itu, wanita terbabit memuat naik video berdurasi 14 saat dan menunjukkan salinan saman sebelum memaki anggota terbabit.*

           *TINDAKAN tidak bertamadun. Itu yang boleh digambarkan apabila sekumpulan lelaki dikesan membuang air kecil dari atas jejambat sehingga terkena pada kenderaan yang lalu di bawahnya.*
             *Malah, tindakan itu turut dirakamkan oleh ahli kumpulan berkenaan menggunakan telefon bimbit sebelum menjadi tular apabila tersebar di media sosial.*
             *Difahamkan kejadian berlaku berdekatan Terowong SMART, Kuala Lumpur, malam kelmarin.*
              *Bagaimanapun, tindakan itu dikecam oleh netizen yang menonton video terbabit sehingga ada yang meninggalkan komen berunsur rasis kepada kumpulan yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu.*

          *BUKAN saja menghalang lalu lintas, seorang penunggang motosikal samseng bertindak menghentak cermin sebuah kereta sehingga retak kerana dikatakan tidak berpuas hati apabila pemandunya membunyikan hon.*
           *Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera ‘dashcam’ dan tular di Facebook sejak semalam.*
         *Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit itu, lelaki berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang menunggang dua motosikal berbeza sedang berbual sambil menunggang.*

        *SYARIKAT Pengurusan Hazmi Dimasyq Group menyediakan perkhidmatan helikopter kepada warga kota untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.*
          *Pemilik syarikat, Hazmi Hanipa, 31, yang berasal Kampung Renok Baru, Gua Musang berkata, sebanyak 20 helikopter disediakan untuk semua destinasi sempena musim perayaan bermula 3 Jun ini.*
          *“Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu membabitkan enam penumpang harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam perjalanan dan perjalanan mengambil masa tiga jam,” katanya ketika dihubungi hari ini.*

          *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka talian WhatsApp untuk orang ramai melaporkan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.*
          *Pengarahnya, Mahasan Mustapa berkata, langkah itu diambil supaya pihaknya dapat mengambil tindakan segera terhadap mereka yang melanggar kesalahan.*
           *Katanya, penggunaan aplikasi WhatsApp ini adalah yang pertama kali diperkenalkan sempena musim perayaan tahun ini dan tidak tolak kemungkinan akan diteruskan musim perayaan akan datang.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 31 AY 2019 ASHI ERSAAAN 26 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0701
*ZOHOR* : 1314
*ASAR* : 1638
*MAGHRIB* : 1922
*ISYAK* : 2037


*artikel disiarkan pada tarikh 30may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“KEBANYAKAN kiblat masjid di Malaysia tidak tepat. Cuma Masjid Diraja Sultan Suleiman dan masjid di Johor dan Perak yang tepat,” demikian dakwa seorang cucu ulama terkenal, Kiai Muhammad Ali Qaribun. Warga emas itu yang enggan namanya didedahkan mendakwa, kebanyakan kiblat masjid di Malaysia terpesong dari Kaabah selepas beliau berpeluang membuat semakan secara peribadi.*

               2) *BERMULA daripada hanya tukang cuci di negara ini, seorang lelaki warga Bangladesh dikesan memperdaya ribuan pesakit dengan menyamar sebagai doktor haram di ibu kota. Lelaki berusia 60-an itu sangat dikehendaki Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya ditahan Ahad lalu selepas kerap melarikan diri dalam beberapa siri serbuan sejak tahun lalu.*

               3) *TIGA wanita maut, manakala tujuh lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki berlanggar dengan treler di Kilometer 42 Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Bintulu, hari ini. Kejadian 1.40 tengah hari itu mengakibatkan tiga penumpang pacuan empat roda Toyota Fortuner, Gensa Unggau, 36, Nuai Bakar, 24, dan Lengidi Koling, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               4) *BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri di Makkah. Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Alami (PEKA) dimasukkan ke Hospital King Aziz, Makkah berikutan komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapi dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).*

               5) *PERBUATAN lelaki bersama kakak dan rakan wanita mencuri 30 ayam siap diproses bernilai RM350 di kedai pemborong ayam di Taman Selasih, Kulim, mengundang padah apabila mereka ditahan semalam. Kejadian disedari peniaga ayam berusia 33 tahun pada jam 5.35 pagi ketika berada di kedai sebelum dia menyemak kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga individu berusia 18 hingga 20 tahun melakukan perbuatan itu.*

               6) *SEORANG pemandu perkhidmatan e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, hari ini atas tuduhan membunuh seorang pengurus acara, tiga minggu lalu. Muhd Nur Adib Ahmad Noor, 25, hanya mengangguk faham selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.*

               7) *“SUMBANGAN ini amat bermakna untuk petugas kami. Terima kasih Harian Metro,” kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJWPKL) Datuk Ismail Mohd Zawawi. Ismail berkata, 700 Kotak Rezeki Harian Metro yang diterima membantu petugas di lapangan terutamanya ketika melaksanakan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula semalam hingga 13 Jun.*

               8) *PRIHATIN terhadap golongan memerlukan, kira-kira 100 kakitangan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) menyertai program ‘UNIRAZAK Ramadan Spring Cleaning’ dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membantu rumah orang-orang tua terpilih. Ketua Pegawai Eksekutif UNIRAZAK Amil Izham Hamzah berkata, program pertama kali diadakan itu bermula pada 1 Ramadan lalu yang menyaksikan kakitangan terbabit berjaya mengumpulkan 1.5 tan pakaian untuk dijual kepada peraih pakaian terpakai.*

               9) *SERAMAI 15,000 pegawai serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan menjaga keselamatan negara sepanjang cuti sempena Aidilfitri. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, jumlah itu membabitkan pegawai serta anggota dalam tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM).*

               10) *DUA maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sempadan Kuala Krai, Gua Musang, hari ini. Dalam kejadian 2.50 petang, dua mangsa meninggal dunia di lokasi berkenaan akibat tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang remuk teruk susulan rempuhan itu.*

               11) *TINDAKAN seorang lelaki mengaibkan kehormatan kenalan wanitanya di laman sosial Instagram (IG) mengundang padah apabila dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ampang, hari ini. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Nadzreekusairi Shariff, 37, selepas tertuduh mengaku salah sebaik tuduhan dibacakan kepadanya.*

               12) *KEPUTUSAN akhir kes pendakwaan terhadap pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari yang menghadapi empat tuduhan termasuk menampar anggota polis dan orang awam, Januari tahun lalu, ditangguhkan kepada 21 Jun ini. Majistret Nor Arifin Hisham menetapkan tarikh baharu itu dalam prosiding di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, terhadap pelakon yang kini sedang menjalani hukuman penjara sembilan di Penjara Kajang.*

               13) *SEORANG ejen pelancongan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada tuduhan menipu seorang wanita warga emas berhubung pakej percutian ke Korea, tahun lalu. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memutuskan demikian terhadap Nor Farah Farhan Abdul Fattah, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.*

               14) *SEORANG maut dan tiga cedera dalam kemalangan membabit tiga kenderaan di Kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, hari ini. Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dan Proton Exora dengan lori.*

               15) *PERUNDING perkahwinan melecur hampir 20 peratus di muka dan kepala selepas dipercayai cuba membakar diri dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Tok Has, Jertih, hari ini. Dalam kejadian jam 12.07 tengah hari itu, lelaki yang berusia 37 tahun terbabit dipercayai cuba membakar diri berdasarkan penemuan satu botol plastik minuman berisi petrol di tempat duduk pemandu Proton Persona.*

               16) *SEORANG ejen pelancongan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada tuduhan menipu seorang wanita warga emas berhubung pakej percutian ke Korea, tahun lalu. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memutuskan demikian terhadap Nor Farah Farhan Abdul Fattah, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.*

               17) *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan serbuk tembakau selepas menahan seorang lelaki warga Pakistan di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, 9 Mei lalu. Hasil serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, JKDM turut merampas serbuk tembakau dianggarkan seberat 25.5 tan metrik bernilai RM1.3 juta dengan nilai cukai RM2.1 juta.*

               18) *WANITA berusia 25 tahun parah dibelasah teman serumah selepas dituduh menyapu sampah hingga mengenai muka seorang kenalan di apartmen Garden D’ Villa, Bandar Baru Senawang, Seremban, kelmarin. Dalam kejadian itu, mangsa yang juga penasihat jualan kereta mengalami bengkak di kepala, lebam mata kiri, luka di muka, sakit di leher serta badan.*

               19) *PERBUATAN terkutuk seorang buruh binaan warga Indonesia yang merogol seorang wanita tempatan berkali-kali sejak awal bulan lalu menerima padah apabila dia diberkas polis kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Deputi Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an yang mendakwa dirinya diugut selepas menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.*

               20) *LELAKI warga Thailand direman selama tujuh harikerana cuba memberi rasuah RM1,600 kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu dalam serbuan di Taman Chempaka, Tanah Merah, dua minggu lalu. Difahamkan suspek berusia 30-an berbuat demikian terhadap anggota berpangkat sarjan sebagai dorongan bagi mengelakkan ditangkap selepas disyaki memiliki kenderaan curi, kereta klon dan syabu seberat 3.4 gram.*

               21) *KERAJAAN negeri Pahang mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, di Kuantan, hari ini.*

               22) *KERAJAAN Arab Saudi akan membuat kajian menyeluruh berhubung permohonan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini. Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh bin Taher Benten berkata, sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sudah berbincang dan membuat keputusan dalam penentuan kuota haji setiap negara.*

               23) *MALAYSIA tidak terancam dengan dakwaan pengintipan ke atas syarikat teknologi utama China, Huawei, dan akan terus menggunakan teknologi mereka seluas mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini. "Kami terlalu kecil untuk menerima impak syarikat besar seperti Huawei, yang membuat penyelidikan jauh lebih besar daripada keseluruhan keupayaan penyelidikan Malaysia.*

               24) *DUA lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini atas tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengganas, tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Muhamad Nuurul Amin Azizan dan rakannya, Muhammad Syazani Mahzan, masing-masing 27 tahun didakwa telah pergi ke Jogjakarta, Indonesia melalui Jakarta, Indonesia dengan niat melakukan perbuatan pengganas.*

               25) *KEGEMBIRAAN dua beradik bersama seorang sepupunya menyambut Gawai berakhir tragedi apabila mereka dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Tutus, Sibu, semalam. Dalam kejadian jam 4 petang itu, dua adik beradik, Trance Gong Tommy, 14, dan Trisha Janggok Tommy, 12, manakala sepupu mereka, Nurul Syahiera Salam, 13, keluar ke jeti di sungai itu untuk membantu bapa saudara membasuh pakaian, sambil ditemani nenek mangsa.*

               26) *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dengan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, kelmarin. Turut dirampas kira-kira 60,000 liter minuman keras dianggarkan bernilai RM1,820,676 termasuk nilai cukai.*

               27) *DUA warga emas ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sebuah kedai makan bukan Islam di Alor Janggus, Alor Setar, hari ini, kerana tidak berpuasa. Mereka yang berusia 65 dan 75 tahun itu memberi alasan mempunyai masalah kesihatan menyebabkan terpaksa makan di kedai berkenaan pada jam 11.30 pagi.*

               28) *KERAJAAN memberi penekanan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan peneroka FELDA supaya menjana ekonomi tambahan menerusi pertanian berteknologi tinggi. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia bagi meningkatkan pendapatan mereka dalam tempoh yang singkat memandangkan harga komoditi kelapa sawit dan getah ada turun naiknya.*

               29) *TUKANG urut tradisional meninggal dunia ketika sedang menunggu untuk menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang, Razali Muhamad, 50, berasal dari Kampung Berangan, Tumpat ditemui tidak sedarkan diri ketika sedang berbaring di ruang legar masjid itu.*

               30) *SEBANYAK 60 lori tambahan disewa Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) bagi memastikan kelancaran penghantaran bekalan air kepada pengguna di kawasan yang mengalami tekanan air rendah sepanjang cuti perayaan Aidilfitri. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf berkata, sehingga kini sebanyak 26 lori SADA dan beberapa lori tanker bomba serta persendirian sudah bersedia di kawasan terbabit terutama di Tanjung Dawai, Kuala Kedah dan Jerlun.*

               31) *MASIH terlalu awal untuk memuktamadkan siasatan seorang bekas ahli politik bergelar Datuk Seri berhubung penyelewengan dana sebuah persatuan yang beroperasi di Kedah. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, siasatan terhadap kes berkenaan masih berterusan dan berada di peringkat awal.*

                32) *YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama. Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mohd Faizal Abdul Manap berkata, majlis itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 2 petang.*

                33) *KEMALANGAN 13 kenderaan di Kilometer 6.6, Jalan Batang Benar-Nilai, dekat Seremban semalam disebabkan sebuah treler hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, siasatan mendapati treler yang membawa muatan air mineral dari Pajam menuju ke Nilai.*

                34) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini kerana menikam punggung rakannya. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Al Muiizz Ali Hassan, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja menyebabkan cedera atas bangkitan marah dan dibaca bersama Seksyen 34 KK.*

                35) *UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) akan melantik dua penuntutnya sebagai pemerhati terlebih dahulu sebelum membuka ruang menjadi Ahli Senat universiti itu selepas Aidilfitri. Naib Canselornya Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, pendekatan itu diambil berikutan pelantikan secara langsung penuntut sebagai Ahli Senat memerlukan semakan perlembagaan sedia ada.*

                36) *PASUKAN Polis Marin (PPM) memperketatkan kawalan serta meningkatkan operasi membanteras kegiatan jenayah di laut terutama membabitkan aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan perikanan di sempadan perairan negara. Timbalan Komander PPM Wilayah Satu, Superintendan Dimin Awang berkata, usaha itu membabitkan kerjasama dua hala dengan pihak berkuasa Indonesia yang akan turut menjaga kawasan perairan mereka daripada kegiatan berkenaan terutama pada musim perayaan.*

                37) *KAEDAH penentuan dan peralatan bagi mencari sudut dan menentukan arah kiblat di negara ini sudah diseragamkan dan diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Ketua Bahagian Falak, Jabatan Mufti Selangor, Hardi Mohamad Sadali berkata, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri-Negeri pula bertanggungjawab menentukan arah kiblat untuk kegunaan masyarakat.*

                38) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan undang-undang baharu iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuat kuasa Jun 2020. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, peruntukan undang-undang yang membolehkan syarikat terbabit rasuah didakwa bertujuan melaksanakan obligasi dan memenuhi tanggungjawab antarabangsa di bawah Artikel 26.*

                39) *BERDEPAN ular sawa seberat 90 kilogram dan 10 meter panjang bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi jika usaha itu dilakukan wanita. Bagaimanapun, tiga anggota wanita Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap membuktikan kepakaran menangkap reptilia itu di Kampung Jelutong, Padang Terap, awal pagi ini.*

                40) *PENGANUGERAHAN Peniaga Cemerlang Bazar Ramadan 2019 dapat mewujudkan budaya peniaga kelas pertama yang mengutamakan aspek kebersihan, sejajar dengan tuntutan agama. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Fadzilla Salleh berkata, selain itu, ia juga meningkatkan imej prsekitaran perniagaan di bandar Kuantan yang lebih kemas, tersusun dan berketrampilan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *New Delhi: Anggota polis di sebuah balai polis di India terkejut apabila seorang lelaki datang sambil membawa kepala isterinya yang diletakkan di dalam beg dan memberitahu dia membunuh wanita itu kerana curang.*
            *Times of India melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Abhijit Das berusia 30-an datang ke sebuah balai polis di Patharpratima, Bengal Barat dengan membawa beg pada Isnin lalu dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai bertugas.*
           *Apabila ditanya polis, Das memberitahu dia mahu menyerah diri kerana baru membunuh isterinya kerana wanita itu curang dengan lelaki lain.*

          *KIEV: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan anak kepada seorang lelaki kaya di Ukraine dihukum penjara kerana membunuh rakannya ekoran tidak berpuas hati akibat kalah dalam permainan video.*
          *Mahkamah diberitahu, budak lelaki yang dikenali sebagai Vasily Turda baru dibelikan bapanya satu set permainan video dan dia terus mengajak rakannya, Vasya Pop, 15, untuk bermain bersama.*
         *Bagaimanapun, selepas beberapa jam bermain permainan video itu Turda tidak berpuas hati kerana sering kalah kepada Pop menyebabkan dia mengambil sebilah pisau dan membunuh rakannya itu.*

           *JIANGSU: Dua pegawai pendidikan di timur China dipecat selepas mengesyaki 35 murid di sebuah tadika terbabit dalam jenayah terancang, baru-baru ini.*
         *Penduduk di bandar Wuxi terkejut membaca satu nota yang didedahkan di internet mengatakan kanak-kanak tadika Xinguang yang berusia empat dan lima tahun disiasat biro pendidikan.*
          *Siasatan itu dikatakan sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk melumpuhkan kumpulan mafia, lapor South China Morning Post.*

          *WASHINGTON: Seorang lelaki membakar dirinya sendiri dan dengan tenang berjalan berhampiran Rumah Putih semalam sebelum beberapa anggota polis menghalangnya dan bertindak memadamkan api.*
          *Menurut laporan Daily Mail, lelaki yang tidak dikenali itu membakar dirinya di Taman Ellipse sebelum berjalan ke Washington Mall, kawasan yang popular dengan pelancong.*
           *Beberapa rakaman video menunjukkan beberapa anggota polis dan anggota Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat berusaha memadamkan api pada badan lelaki itu.*

          *COATZACOALCOS (MEXICO): Seramai 21 orang maut apabila sebuah bas yang membawa penumpang dari upacara keagamaan di gereja Katolik bertembung dengan sebuah trak, sebelum terbakar di timur Mexico, semalam.*
            *Menurut sumber rasmi, nahas ngeri itu turut mencederakan 30 yang lain.*
          *Ketua perkhidmatan Perlindungan Awam negeri Velacruz, Guadalupe Osorno berkata, pakar forensik menemui 17 mayat penumpang di dalam bas berkenaan manakala dua lagi mangsa dijumpai di dalam trak.*

         *LOS ANGELES: Sebuah hospital di California semalam mengumumkan kelahiran bayi paling kecil di dunia, hanya seberat 245 gram, menyamai sebiji epal bersaiz besar.*
        *Bayi itu yang diberi nama timangan Saybie oleh petugas hospital, dilahirkan ketika kandungan ibunya baru berusia 23 minggu, tiga hari di Hospital Bayi dan Wanita Sharp May Birch di San Diego.*
             *Bapa bayi itu berkata, dia dimaklumkan anaknya itu hanya mampu bernafas kira-kira sejam sebelum meninggal dunia.*

         *Budapest: Tujuh orang maut manakala 16 lagi hilang semalam selepas sebuah bot persiaran berlanggar dan karam di Sungai Danube, lapor stesen televisyen awam Hungary, memetik kenyataan kementerian dalam negeri.*
           *Rangkaian M1 berkata, seramai 15 penumpang lagi berjaya diselamatkan dalam nahas itu yang berlaku berhampiran bangunan parlimen di tengah ibu negara Hungary, apabila bot mereka naiki berlanggar dengan sebuah bot lain.*

          *KAFR HALAB, SYRIA: Sembilan kanak-kanak antara 27 orang awam yang terbunuh akibat serangan terbaru tentera kerajaan Syria terhadap Idlib, kedudukan terakhir pemberontak yang dibom bertalu-talu sejak bulan lalu.*
           *Serangan udara dan bedilan meriam tanpa henti oleh tentera Syria dan sekutunya Russia sejak dua hari lalu, turut mengenai hospital.*
          *Menurut pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Syria di London, lebih 31 orang awam terbunuh sejak Ahad lalu dan serangan terbaru semalam, mengenai jalan raya di perkampungan Kafr Halab di selatan wilayah Aleppo yang sibuk, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang awam.*

          *YANGON: Tentera Myanmar membelanjakan ratusan juta dollar (ringgit) bagi membeli kelengkapan ketenteraan, termasuk jet penggempur, kenderaan berperisai dan kapal perang.*
         *Berikutan sekatan pembelian senjata oleh Eropah dan Amerika Syarikat berikutan dakwaan jenayah perang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Myanmar berpaling kepada sekutunya iaitu China, Russia dan India.*
            *Terbaru, Amnesty International dalam laporannya semalam, mendakwa tentera Myanmar bertanggungjawab melakukan keganasan terhadap etnik Rakhine yang beragama Buddha selepas membunuh ribuan etnik Rohingya manakala hampir sejuta menjadi pelarian.*

         *DHAKA: Enam belas orang termasuk pengetua sebuah madrasah didakwa berhubung pembunuhan seorang remaja perempuan yang dibakar mati selepas melaporkan gangguan seksual terhadapnya.*
          *Nusrat Jahan Rafi, 19, disimbah minyak tanah dan dibakar di bumbung madrasahnya pada 6 April lalu, beberapa hari selepas membuat laporan polis kerana diganggu secara seksual oleh pengetuanya, Siraj Ud Doula, lapor BBC.*
           *Dia dilaporkan mengarahkan pembunuhannya dari penjara apabila Nusrat enggan menarik balik tuduhan terhadapnya.*

          *SRINAGAR: Sekurang-kurangnya 50 orang cedera susulan pertempuran di Kashmir, India, hari ini apabila penunjuk perasaan membantu pemberontak meloloskan diri dari kepungan pasukan kerajaan.*
           *Ribuan penduduk kampung membanjiri jalan raya sejurus dua individu disyaki pemberontak berbalas tembakan dengan tentera dari sebuah rumah di kawasan Kulgam, selatan Kashmir.*
         *Polis berkata, penunjuk perasaan melemparkan batu ke aras pasukan keselamatan bagi membolehkan pemberontak melepaskan diri.*

         *KARACHI: Seorang lelaki membunuh isterinya yang positif HIV di selatan Pakistan, di mana ratusan orang disahkan positif virus itu sejak beberapa minggu lalu seterusnya mencetuskan panik dan mengetengahkan tahap kesihatan awam yang rendah di negara berkenaan.*
          *Menurut polis, kejadian berlaku di sebuah perkampungan berhampiran lokasi penyebaran wabak itu, di pinggir Larkana, wilayah Sindh, di mana ribuan orang menjalani penyaringan pada bulan ini.*
          *Mangsa, ibu beranak empat berusia 32 tahun didapati positif beberapa hari lalu dan dituduh mempunyai hubungan sulit oleh suaminya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SEBAHAGIAN daripada 11,000 sampul duit raya Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang disalah cetak dipercayai diedar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan isu perkauman.*
           *Yang Dipertua MPAG, Zamzuri Ariffin berkata, pihaknya sudah menarik semula semua sampul raya yang memaparkan corak berulang bermotifkan babi dan wajah seakan penganut agama tertentu, sejak pagi semalam, namun sebahagiannya sudah diedarkan kepada pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.*
            *Sampul duit raya berwarna merah memaparkan lakaran motif babi dan wajah penganut agama, selain terdapat logo MPAG itu mula tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak malam tadi sehingga mengundang kecaman netizen.*

           *SEORANG wanita ditahan akibat memaki anggota trafik melalui video Instagram kerana tidak berpuas hati selepas disaman Isnin lalu.*
          *Sumber polis berkata, kejadian disedari anggota trafik berusia 38 tahun ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, jam 7.40 malam, Ahad lalu.*
          *Katanya, suspek berusia 22 tahun memuat naik video di Instagram dan memaki hamun olis dengan kata-kata kesat.*
          *Sehubungan itu, wanita terbabit memuat naik video berdurasi 14 saat dan menunjukkan salinan saman sebelum memaki anggota terbabit.*

           *TINDAKAN tidak bertamadun. Itu yang boleh digambarkan apabila sekumpulan lelaki dikesan membuang air kecil dari atas jejambat sehingga terkena pada kenderaan yang lalu di bawahnya.*
             *Malah, tindakan itu turut dirakamkan oleh ahli kumpulan berkenaan menggunakan telefon bimbit sebelum menjadi tular apabila tersebar di media sosial.*
             *Difahamkan kejadian berlaku berdekatan Terowong SMART, Kuala Lumpur, malam kelmarin.*
              *Bagaimanapun, tindakan itu dikecam oleh netizen yang menonton video terbabit sehingga ada yang meninggalkan komen berunsur rasis kepada kumpulan yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu.*

          *BUKAN saja menghalang lalu lintas, seorang penunggang motosikal samseng bertindak menghentak cermin sebuah kereta sehingga retak kerana dikatakan tidak berpuas hati apabila pemandunya membunyikan hon.*
           *Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera ‘dashcam’ dan tular di Facebook sejak semalam.*
         *Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit itu, lelaki berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang menunggang dua motosikal berbeza sedang berbual sambil menunggang.*

        *SYARIKAT Pengurusan Hazmi Dimasyq Group menyediakan perkhidmatan helikopter kepada warga kota untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.*
          *Pemilik syarikat, Hazmi Hanipa, 31, yang berasal Kampung Renok Baru, Gua Musang berkata, sebanyak 20 helikopter disediakan untuk semua destinasi sempena musim perayaan bermula 3 Jun ini.*
          *“Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu membabitkan enam penumpang harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam perjalanan dan perjalanan mengambil masa tiga jam,” katanya ketika dihubungi hari ini.*

          *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka talian WhatsApp untuk orang ramai melaporkan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.*
          *Pengarahnya, Mahasan Mustapa berkata, langkah itu diambil supaya pihaknya dapat mengambil tindakan segera terhadap mereka yang melanggar kesalahan.*
           *Katanya, penggunaan aplikasi WhatsApp ini adalah yang pertama kali diperkenalkan sempena musim perayaan tahun ini dan tidak tolak kemungkinan akan diteruskan musim perayaan akan datang.*
                 

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 3 JN 2019 ASHI ERSAAAN 28 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0702
*ZOHOR* : 1314
*ASAR* : 1639
*MAGHRIB* : 1923
*ISYAK* : 2038


*artikel disiarkan pada tarikh 2june*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *JAJARAN Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Hutan Melintang-Teluk Intan dan baru dibuka dua hari lalu sudah mencatatkan kemalangan pertama. Kemalangan 10.30 malam tadi itu berlaku di Kilometer 157.3 WCE arah selatan membabitkan sebuah kereta dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.*

               2) *SEKURANG-KURANGNYA tujuh rumah sekitar Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, Melaka dilanda banjir kilat hanya selepas sejam hujan lebat melanda negeri ini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, tujuh rumah di kampung terbabit digenangi air sehingga paras 0.3 meter.*

               3) *DUA individu bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas 27 pertuduhan memalsukan 27 borang tarik balik kaveat persendirian bagi 27 lot hartanah, empat tahun lalu. Datuk Lee Ban Heng, 51, yang juga Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Negeri Johor dan Datuk Chong Chee Heng, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu di hadapan Majistret Rasidah Baharom.*

               4) *LELAKI maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di Kilometer 97, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Tebing Tembah, Paka dekat Dungun, hari ini. Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abdul Fatah@Abd Rahaman Yusof, 35, maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.*

               5) *PENGANGGUR berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gurun, hari ini atas kesalahan membunuh kanak-kanak berusia dua tahun yang juga anak tirinya di Yan bulan lalu. Tertuduh, Sofiyudin Abu Bakar, 28, bagaimanapun hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.*

               6) *TIKET bas ke semua 160 destinasi utara, selatan dan pantai timur semenanjung masih boleh didapati di 70 kaunter Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan sehingga menjelang Aidilfitri. Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata, bagi musim perayaan Aidilfitiri tahun ini, sebanyak 170,000 tiket bas disediakan untuk semua 160 destinasi membabitkan 112 syarikat bas.*

               7) *“KAMI akan berusaha memastikan keluarga Allahyarham dapatkan bantuan sewajarnya,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berhubung anggotanya yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Pesisiran Perling arah Iskandar Puteri, semalam. Mohd Khalil berkata, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor akan menguruskan bayaran ex-gratia serta tuntutan insurans kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohd Israf Ismail, 27.*

               8) *LELAKI warga emas menerima lima jahitan di kepala selepas dipukul dengan tukul besi oleh dua wanita yang menceroboh masuk dan tinggal di rumahnya di Api-Api Centre, Kota Kinabalu, kelmarin. Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 67 tahun menuju ke kediamannya yang terletak di tingkat dua untuk membuat pemeriksaan memandangkan bil elektrik selalu tinggi walaupun tidak berpenghuni.*

               9) *PENUBUHAN Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat salah laku hakim terpaksa ditangguhkan selepas ada pihak memfailkan saman pemula bagi mencabar penubuhan RCI berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, ada individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan berhubung keputusan untuk menubuhkan RCI itu.*

               10) *“BIARPUN masih berpantang, saya tetap menggagahkan diri mendukung anak bongsu berusia 33 hari lari menyelamatkan diri bersama enam lagi anak selepas melihat kepulan asap di dalam rumah,” kata Noor Afiza Yusof, 40, mangsa kebakaran di Pengkalan Nangka, semalam. Noor Afiza berkata, ketika kejadian dia dan suaminya, Che Abdullah Che Su, 54 bersama enam anak berada di ruang dapur untuk menunggu waktu berbuka puasa.*

               11) *POLIS Johor menahan tiga lelaki berusia 27 hingga 31 tahun termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.2 juta dalam empat serbuan di sekitar negeri ini, kelmarin. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata kejayaan itu hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dengan kerjasama Bukit Aman.*

               12) *SEBANYAK 10 motosikal disita dalam Operasi Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Plaza Tol Senawang, Seremban, malam tadi. Operasi yang turut disertai polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu bermula jam 10 malam hingga 2 pagi hari ini.*

               13) *SEBANYAK 40 lembu disediakan untuk program Mantai Perdana daerah Kuala Pilah yang akan diadakan di tapak Pasar Tani Kuala Pilah, esok. Pegawai Daerah, Syahrul Nizam Saleh berkata, program tradisi Negeri Sembilan itu diteruskan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan daging lembu pada harga lebih murah. "40 ekor lembu akan disembelih dan dijual pada harga RM29 sekilogram.

               14) *WAKTU solat sunat Aidilfitri bagi masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan ditetapkan jam 8.30 pagi. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata, sehubungan itu pihaknya meminta semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah mengambil maklum mengenai perkara itu untuk kemudahan bersama.*

               15) *HAJAT dua sahabat ingin bergaya menyambut Aidilfitri hasil barangan curi tidak kesampaian apabila mereka dicekup polis kurang 12 jam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Warisan, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu. Suspek berusia 20 dan 27 tahun ditahan di Kampung Desa Bajau oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, jam 11.30 malam tadi.*

               16) *LELAKI maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan kereta sebelum dilanggar di Kilometer 426.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Hulu Selangor, hari ini. Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, mangsa, Ahmad Sulaiman Jamin, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               17) *ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat 5.30 petang ini. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.*

               18) *SELEPAS sekian lama menunggu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro yang memberi kemudahan kepada lebih 30,000 penduduk di daerah Mukah memulakan operasi semalam. Pembinaan kemudahan dengan kos sebanyak RM6.8 juta itu adalah salah satu lagi bukti kesungguhan Kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan untuk rakyat.*

               19) *LELAKI yang menggelarkan diri sebagai ‘polis boy’ ditahan semalam kerana menyamar anggota polis untuk memperdaya seorang pekerja ladang kelapa sawit. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor berkata, suspek berumur 23 tahun ditahan berhampiran kawasan kedai di Dumpas, dekat Tawau, jam 1.45 tengah hari.*

               20) *REMAJA maut manakala dua rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi terbabit kemalangan ketika menyertai konvoi di Kilometer 76.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Sungai Petani, malam tadi. Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Haikal Amree Hassan, 18, dan dua rakan yang kedua-duanyaberusia 20 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas menyertai majlis berbuka puasa di Alor Setar.*

               21) *WARGA Thailand masih mampu tersenyum selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tuduhan memberi rasuah kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), bulan lalu.
Tertuduh Faramis Yahkoh, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.*

               22) *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mempertimbangkan penggunaan bahan kimia agen pembasahan baharu yang diadun dengan air bagi memadamkan kebakaran struktur bangunan. Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya kini sedang meneliti penggunaannya yang lebih efektif dan sesuai untuk digunakan, selain menambah keupayaan air memadam kebakaran.*

               23) *EKONOMI Sarawak dijangka berkembang enam peratus tahun ini walaupun dalam persekitaran ekonomi semasa yang mencabar. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri optimis pencapaian Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi negeri ini mampu mengatasi pencapaian negeri lain.*

               24) *PENGASAS dan Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng meninggal dunia semalam, dua hari sebelum sambutan hari ulang tahun kelahiran ke-80 esok. Mendiang yang dilahirkan pada 3 Jun 1939 meninggal dunia sekitar 8.30 malam tadi. Menurut laporan berita Sin Chew Daily, mendiang adalah seorang hartawan yang sangat bekerja keras dan berasal dari keluarga miskin, berhenti sekolah pada usia 11 tahun untuk bekerja bagi membantu keluarga.*

               25) *WANITA maut selepas motosikal ditunggang merempuh pintu sebuah kereta yang dibuka secara tiba-tiba ketika berada di bahu jalan sebelum terjatuh lalu digilis sebuah van di Jalan Merbau Pulas-Padang Serai, Kulim, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusof Shaari berkata, dalam kejadian 6.20 petang, mangsa Noraini Ahmad, 60, beralamat di Kampung Sungai Karangan, Padang Serai, maut di tempat kejadian.*

               26) *TOURISM Johor bakal memperkenalkan 20 destinasi terpilih dengan produk pelancongan masing-masing tahun hadapan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sempena Visit Johor 2020. Pengarah Tourism Johor Zihan Ismail berkata, selain itu, 20 acara bertaraf domestik dan antarabangsa bakal dianjurkan sekali gus menampilkan tema “2020.”*

               27) *GODA pelanggan untuk dapat lebih banyak tips. Itu taktik digunakan sekumpulan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di sebuah pusat hiburan di USJ25, Subang Jaya. Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Operasi Noda (Op Noda) jam 1.30 pagi, hari ini.*

               28) *BOT ekspres yang membawa hampir 100 penumpang mengalami kebocoran menyebabkannya hampir karam di Sungai Rajang, dekat Kanowit, hari ini. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bagaimanapun berkata, pihaknya hanya menerima laporan kejadian itu pada 3 petang.*

               29) *KIRA-KIRA 50 orang menunaikan solat hajat memohon kelancaran operasi jambatan angkat (drawbridge) di Kuala Terengganu, malam tadi sebelum ia dibuka untuk tempoh percubaan 7 pagi, hari ini. Solat hajat bertempat di menara mercu tanda ikonik baharu Terengganu itu diimamkan Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.*

               30) *RUMAH sewa didiami sembilan sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, hari ini. Dalam kejadian 7.26 malam itu, dua kereta milik keluarga terbabit turut musnah. Difahamkan ketika kejadian, keluarga ini sedang berbuka puasa sebelum lari menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran itu.*

               31) *SEBANYAK 14 motosikal disita dalam Operasi Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri Siri 1 dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Plaza Tol PJS2, Petaling Jaya, hari ini. Operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) itu bermula kira-kira 6 petang tadi.*

                32) *TINDAKAN seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan tudung periuk menyebabkan tudung periuk berkenaan tersangkut pada kepalanya di rumahnya di Taman Ampang Indah, Ampang, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, kepala mangsa yang berusia enam tahun tersangkut selepas dikatakan bermain dengan tudung periuk berkenaan.*

                33) *HASRAT dua individu untuk melaram pada Aidilfitri minggu depan tidak kesampaian selepas mereka kerugian lebih RM7, 000 ditipu sindiket pinjaman wang haram dalam kejadian berasingan yang hanya disedari kelmarin. Dalam dua kejadian berasingan itu, keranai dan pengganggur berusia 32 dan 21 tahun masing-masing kerugian RM3,289 dan RM3,850 ditipu sindiket pinjaman haram yang diiklankan melalui pesanan ringkas (SMS) dan media sosial.*

                34) *DUA pasangan suami isteri ditahan polis dan dadah bernilai RM25,000 dirampas dalam serbuan Op Khas berasingan di Nilai, kelmarin dan semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Pang Jin Lai berkata, pasangan berusia antara 29 hingga 38 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat dan menjalankan risikan.*

                35) *SUSPEK warga Jordan yang mengugut bunuh isteri dan mendera anaknya ditahan polis di hotel di Bandar Leila, Sandakan, hari ini. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu diberkas hasil maklumat disalurkan orang ramai, pada jam 3.45 pagi .*

                36) *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang menjemput dan menyertai Majlis Iftar Muhibbah di Gurdwara Sahib, Johor Bahru, Selasa lalu. Baginda bertitah Ahli Parlimen berkenaan tidak pernah merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).*

                37) *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Pelangi, tahun ini. Poster berkaitan jemputan majlis itu pada Hari Raya Kedua, 6 Jun ini dikongsi menerusi Facebook (FB) rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.*

                38) *SEBANYAK 310 saman dikeluarkan dalam Operasi Khas Motosikal sempena Aidilfitri 2019 di Plaza Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang, Kuala Lumpur, hari ini. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang bermula 3 petang itu, 1,100 motosikal diperiksa.*

                39) *LELAKI Penan yang dilaporkan hilang ketika memasang jerat di hutan Bakong, Miri tiga hari lalu, ditemui meninggal dunia hari ini. Mayat Dian Koking, 56, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di hulu Sungai Kelijet, pada 2.38 petang tadi.*

                40) *DUA siri lawatan kerajaan Malaysia ke China pada Ogos dan Mac lalu memberi impak positif apabila eksport buah Musang King sejuk beku kini dibenarkan ke negara terbabit. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, berita gembira pada minggu ini ternyata memberi sinar baru pada industri durian negara ini yang sebelum ini hanya mengeksport pes dan ulas durian sejuk beku.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *BAITULMAQDIS: Umat Islam Palestin bertempur dengan polis Israel di Masjidil Al-Aqsa kerana membantah tindakan Zionis membenarkan penganut Yahudi memasuki masjid berkenaan, semalam.*
              *Penduduk Palestin berkubu dalam masjid dan melemparkan perabot, termasuk kerusi dan batu kepada polis yang cuba meleraikan mereka.*
           *AFP melaporkan, pertubuhan Islam Waqf yang mentadbir MasjidilAl-Aqsa melalui kuasa Jordan menyatakan polis menggunakan peluru getah serta penyembur lada dan beberapa orang ditahan.*

          *GANJARAN antara 500 hingga 2,000 baht (RM66 hingga RM263) akan diberikan kepada penduduk tempatan, terutama yang tinggal di luar bandar di Thailand, untuk membuka akaun bank yang baharu.*
          *Mereka tanpa ragu menyerahkan semua maklumat termasuk nombor pin mesin wang automatik (ATM) dan maklumat lain seperti kata laluan bagi e-perbankan kepada “orang yang bertanggung-jawab” tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya menjadi keldai akaun bagi sindiket haram.*
         *Tawaran ini nampaknya “lumayan” bagi golongan miskin di luar bandar. Tetapi tidak lama kemudian, mereka terheret dalam masalah besar apabila akaun bank atas nama mereka itu didapati digunakan oleh sindiket bagi melakukan transaksi kegiatan haram termasuk penipuan, pengubahan wang haram serta jenayah ekonomi.*

         *PAPEETE: Polis merampas 436 kilogram kokain yang disorok dalam kapal layar di Apataki, perairan Polynesia Perancis, Rabu lalu.*
            *Polis turut menahan empat lelaki warganegara Itali dan Peru selepas menahan bot yang berlayar dari Panama itu.*
           *Hasil pemeriksaan menemui 341 batu bata dan bungkusan kokain seberat 341 kilogram yang disimpan dalam satu ruang bot berkenaan, kata pendakwa raya Herve Leroy.*

           *TOKYO: Seramai 14 penumpang cedera selepas tren tanpa pemandu di pinggir Tokyo bergerak ke arah bertentangan sebelum merempuh pemampan berhenti, petang semalam.*
            *Kejadian itu kali pertama berlaku dan kecederaan mangsa dilaporkan tidak serius, lapor media tempatan.*
          *Presiden pengendali tren Akihiko Mikami berkata, tren itu merempuh pemampan berhenti di stesen Shin-Sugita selepas melawan arah sejauh 20 meter.*

           *MIAMI: Tembelang seorang lelaki Florida yang mengaku sebagai putera Arab Saudi untuk hidup mewah akhirnya pecah selepas seorang mangsa penipuannya ternampak dia makan daging khinzir.*
             *Anthony Gignac, 48, yang menyamar sebagai Kahlid bin Al-Saud dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun, kelmarin selepas didapati bersalah mencuri wang sebanyak AS$8 juta (RM33.52 juta).*
           *Gignac menggunakan hasil wang penipuan dari mangsa yang terdiri daripada pelabur untuk membeli sebuah kereta Ferrari, jam tangan Rolex dan menyewa kediaman mewah di pulau selatan Florida.*

          *LIBYA: Sekurang-kurangnya 18 orang cedera dalam dua letupan bom kereta di bandar pantai timur Libya, Derna, awal pagi ini.*
          *Penduduk memberitahu Reuters serangan itu mensasarkan unit Tentera Kebangaan Libya (LNA), Bulahati di kawasan tengah bandar.*
        *”Kami menyangka letupan pertama adalah mercun, namun berlaku letupan kedua,” kata seorang penduduk.*

           *NEW DELHI: Utara India dilanda gelombang panas melebihi 50 darjah Celsius sehingga mencetuskan amaran masalah bekalan air dan strok haba.*
              *Jabatan kaji cuaca berkata, bandar gurun Churu di Rajasthan mencatatkan suhu 50.6 darjah Celsius, semalam.
Seluruh Rajasthan mengalami cuaca panas melampau dan beberapa bandar mencecah suhu maksimum melebihi 47 darjah Celsius.*
               *Pada Mei 2016, Phalodi di Rajasthan mencatatkan suhu tertinggi di India iaitu 51 darjah Celsius.*

           *KABUL: Pemimpin tertinggi Taliban di Afghanistan yang berikrar meneruskan perjuangan sehingga objektif pertubuhan itu tercapai, membayangkan pihaknya belum bersedia untuk rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan yang disokong Barat.*
          *Dalam ucapan sempena Aidilfitri semalam, Mullah Haibatullah Akhundzada memberi jaminan kepada rakyat bahawa Taliban mahu menamatkan konflik berdekad itu dan memastikan kerajaan yang mentadbir mewakili semua rakyat.*
         *Namun, beliau tidak menunjukkan keinginan besar Taliban untuk gencatan senjata atau rundingan langsung dengan Kabul, kerajaan Afghanistan yang dianggap boneka asing.*

             *COLUMBUS, Ohio: Seorang lelaki berusia 33 tahun di Ohio semalam mengaku bersalah membunuh, mendera mayat dan beberapa tuduhan lain kerana membunuh dan memotong mayat bekas teman wanitanya yang ditemui dalam peti sejuk beku.*
            *Arturo Novoa, 33, membuat pengakuan bersalah itu bersama puluhan tuduhan lain, termasuk membunuh Shannon Graves, 28, yang anggota tubuhnya ditemui pada Julai 2017 dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Campbell, dekat Youngstown.*
           *Wanita itu kali terakhir dilihat pada Februari 2017.*

           *NEW DELHI: Pekerja kecemasan berhadapan dengan cuaca buruk dalam usaha mencari lapan pendaki yang hilang di gunung tertinggi kedua di India, kata seorang pegawai.*
             *Empat warga Britain, dua warga Amerika, seorang dari Australia dan India dijangka menawan puncak Nanda Devi East berketinggian 7,826 meter yang bersempadan dengan China dan kembali ke kem pangkalan pada hujung minggu lalu.*
        *Tetapi kumpulan diketuai pendaki British, Martin Moran yang sudah mendaki beberapa kali puncak ke-23 tertinggi di dunia itu, gagal melaporkan diri di kem pangkalan Munsiyari selepas memulakan pendakian pada 13 Mei.*

             *MOSCOW: Jumlah mangsa cedera akibat letupan di sebuah kilang bahan letupan di tengah Russia tengah hari ini meningkat kepada 38 orang, kata perkhidmatan kecemasan tempatan.*
              *Ledakan itu berlaku di kilang ‘Kristall’ di Dzerzhinsk kira-kira 400 kilometer di timur Moscow di wilayah Nizhny Novgorod. Laporan sebelum ini menyebut 19 cedera dan dua masih hilang.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebak ketika mengimbau kenangan bersama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.*
            *Sultan Abdullah juga perlu menghentikan beberapa kali titah ucapan baginda kerana kehilangan kata-kata, selain untuk mengesat air mata pada titah yang berkisar kepada jasa dan pengorbanan Almarhum Sultan Ahmad Shah sepanjang 45 tahun memerintah Pahang.*
            *Baginda bertitah Almarhum ayahanda baginda begitu hebat dalam pelbagai bidang termasuk agama, pendidikan, kebajikan, ketenteraan dan sukan yang menjadi faktor mengapa baginda ‘menolak’ nama baginda dimasyhurkan pada masjid baharu di Temerloh, yang dirasmikan baginda, semalam.*

            ♂ *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low ditahan pihak berkuasa China.*
              *Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan ringkas berkata, mesej yang tular serta dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp mendakwa kerajaan sedang memindahkan Jho Low dari China menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu tidak benar.*
         *”Susulan mesej yang tular serta dikongsi ramai pihak, PDRM sudah membuat semakan bagi memastikan kesahihannya dan tiada apa-apa untuk disahkan.*

            *PERMINTAAN tinggi terhadap daging rusa menjelang Aidilfitri menyebabkan wujudnya segelintir pihak bertindak menjual daging rusa palsu dan memperdayakan orang ramai di daerah ini.*
            *Perkara itu didedahkan wakil penternak rusa daerah Jerantut, Shamsul Mohd Ali Hanapiah @ Hamid, 42, selepas mendapati banyak iklan yang menawarkan daging haiwan itu tular di laman Facebook (FB).*
         *Dakwanya, harga yang ditawarkan iaitu sekitar RM30 hingga RM35 adalah sangat tidak munasabah kerana harganya sama seperti daging lembu dan kerbau.*

            *“BUKAN saja pakaian, tetapi beg, tali pinggang malah kasut but dan sarung kaki turut dibuang. Semuanya masih baharu dan cantik,” kata Shahril Azman, 43, ketika mengulas mengenai pembuangan ribuan pakaian Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sebuah tanah lapang berhampiran Tasik Biru Kundang di sini, baru-baru ini.*
          *Puluhan kotak mengandungi pakaian dan kelengkapan itu dipercayai dibuang sejak seminggu lalu oleh pihak tidak dikenali sebelum perkara itu tersebar tular di laman Facebook(FB) sejak semalam.*
            *Shahil berkata, disebabkan itu orang ramai mula masuk ke kawasan berkenaan, malah ada yang membawa lori untuk mengambil puluhan kotak pakaian itu.*

          ♂ *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan video tular membabitkan penguat kuasa memukul peniaga di sebuah Bazar Ramadan dilakukan pihaknya.*
          *Sebaliknya, menurut DBKL insiden itu berlaku tahun lalu dan membabitkan penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.*
           *DBKL dalam laman Facebook rasminya berkata, video yang ditularkan itu adalah insiden lama iaitu tahun lalu dan ia bukan tindakan DBKL.*

            *“DOKTOR kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya.*
          *"Doakan supaya Ainul berjaya lepasi ujian seterusnya ya. Insha Allah, ramai yang mendoakan Ainul ketika ini. Ainul pasti berjaya dengan IzinNya.” ringkas status dimuat naik Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, di laman Facebook miliknya.*
            *Status itu dimuat naik bagi memaklumkan situasi terkini anaknya Ainul Mardhiah, sembilan bulan, yang kini sedang dirawat di sebuah hospital di London.*

            *IDENTITI pemilik kereta Proton Wira kelabu dinaiki dua lelaki yang melarikan diri ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan di pekan Kelapa Sawit, Kulai pagi semalam, sudah dikenal pasti.*
            *Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, usaha kini sedang dilakukan bagi mengesan pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.*
             *Terdahulu tular video berdurasi kira-kira 10 saat membabitkan aksi polis mengejar suspek menaiki sebuah Proton Wira di lampu isyarat pekan Kelapa Sawit semalam.*
             *Turut kedengaran satu das tembakan di lepaskan ke arah kenderaan yang sedang memecut laju itu.*

           ♂ *TIGA anak belajar di Mesir tapi ibu mereka ‘bekerja’ di lorong hitam di ibu kota.*
            *Itu antara kisah kehidupan sedih dan duka yang ditemui pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika melakukan kerja dakwahnya di sekitar ibu kota malam tadi.*
          *Melalui perkongsian di akaun Instagramnya (IG) beliau ke ‘lorong hitam’ itu untuk bertemu mak nyah dan wanita yang ‘bekerja’ di kawasan berkenaan tujuan untuk berdakwah.*

           *KERJA-kerja akhir sebelum pembukaan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan bandar raya ini dan Kuala Nerus, giat dilakukan bagi memastikan aliran trafik lancar.*
            *Antara persiapan itu termasuk pemasangan papan tanda dan lain-lain kerja berkaitan.*
         *Jambatan itu akan dibuka bermula jam 7 pagi hari ini sehingga 17 Jun, sebagai tempoh percubaan sekali gus tarikan sempena kepulangan perantau sambut Aidilfitri.*
            *Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan meminta pengguna jalan raya mematuhi arahan bagi mengelak kesesakan di atas jambatan angkat pertama di Asia Tenggara itu.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MANA JUA ANDA BERADA, SAYA FAIRUL BIN LAIDIN aka PILOI HANI MEMOHON MAAF JIKA SEPANJANG GOA_L INI TERSIAR ADA SILAP DAN SALAH.. LUV U ALL*

*SELSA 4 JN 2019 ASHI ERSAAAN 29 AMADHN 1440 HIJRH*


*#live fr KU LNGG*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT PRt DcKsN DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*)

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0703
*ZOHOR* : 1313
*ASAR* : 1637
*MAGHRIB* : 1919
*ISYAK* : 2034

*LAST GOA_L HARI INI, BERTENTANG SKRIN KEMBALI PADA MINGGU HADAPAN*


*artikel disiarkan pada tarikh 3june*


*TANAHAIRKU*
==============

*BERITA UTAMA*

          *UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. "Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.*


               1) *KERAJAAN Malaysia sudah memfailkan saman menuntut wang RM235 juta yang dipinjamkan kepada National Feedlot Corp (NFC) yang diuruskan oleh suami dan tiga anak kepada bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Kerajaan sebagai plaintif memfailkan saman itu pada Jumaat lalu dengan menamakan NFC, pengerusinya Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, sebagai defendan.*

               2) *SEGELINTIR pemandu bas yang mengabaikan peraturan dan undang-undang jalan raya mempertaruhkan nyawa penumpang di atas sikap tidak berhemah mereka. Belum pun 15 minit perjalanan dari Terminal 17 di sini menuju ke Melaka Sentral, Melaka, kelmarin, pemandu bas sudah melanggar lampu isyarat merah yang juga satu daripada enam kesalahan utama yang memperuntukkan kompaun maksimum RM300.*

               3) *Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad menjadi mata dalam menyalurkan maklumat kecemasan kepada anggota penguat kuasa dan pengguna termasuk maklumat terkini aliran trafik semasa di lebuh raya seliaan PLUS. Dengan kapasiti 80 kakitangan, pusat kawalan itu beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun demi memudahkan pengguna yang memilih menggunakan Lebuhraya PLUS.*

               4) *LEBIH 7,000 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dijangka berdepan gangguan bekalan air di Aidilfitri bermula Rabu ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Atemin Sulong berkata, gangguan berikutan jangkaan penggunaan air melebihi kapasiti pengeluaran ketika musim perayaan.*

               5) *JENAYAH curi kereta didalangi empat sahabat di daerah Sabak Bernam sejak enam bulan lalu lumpuh selepas dua daripada mereka diberkas polis, 30 Mei lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, tangkapan itu membabitkan dua beradik berusia 25 dan 18 tahun.*

               6) *GABUNGAN Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) menyediakan 200 bas tambahan untuk membolehkan orang ramai dapat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri. Presiden GPBSM, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, permintaan tinggi diterima bagi destinasi ke Pantai Timur iaitu lebih 80 bas disediakan berbanding ke utara dan selatan.*

               7) *LEBIH 80 peratus daripada hampir 600,000 tiket perkhidmatan tren yang ditawarkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke semua destinasi seluruh Semenanjung Malaysia sudah dijual. Pengurus Komunikasi Korporat (Multimedia) KTMB Rosfaizan Abd Rahman berkata, tiket ditawarkan itu mampu menampung permintaan tinggi sempena cuti Aidilfitri.*

               8) *SEORANG imam yang dihantar kerajaan Arab Saudi bertugas di Kelantan menyifatkan pengalaman berpuasa sepanjang Ramadan di negeri ini menambat hatinya. Ini adalah tahun ketiga Syeikh Abdul Rahman Abdul Latif Al-Mahmuddi berada di Kelantan sepanjang Ramadan untuk menjelajah ke masjid di negeri ini. Beliau menyifatkan, budaya, penduduk dan masjid di negeri ini menambat hatinya untuk terus menyambut Ramadan.*

               9) *“ABAH, Yah (nama panggilan mangsa) sempat raya tak?” soal Muhammad Isyraf Firdaus, 10, kepada bapanya, Zulrisam Kadri, 43. Muhammad Isyraf Firdaus memberi reaksi itu sebaik selesai menjalani pembedahan mata kanannya selepas ia disahkan buta akibat terkena serpihan mercun bola yang meletup di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, kelmarin.*

               10) *KIRA-KIRA 400 peniaga di sepanjang Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang diarahkan menurunkan khemah masing-masing semalam dilakukan hasil perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, tindakan itu berdasarkan keputusan dibuat sebelum ini apabila Bazar Ramadan 2019 dipindahkan ke Jalan Raja.*

               11) *TUJUH termasuk wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di Batu 8 Lekir, Sitiawan, hari ini. Kejadian jam 11.20 pagi itu, membabitkan kereta jenis Daihatsu Charade dinaiki empat mangsa berusia 20 hingga 30-an, dengan Perodua Kancil dinaiki tiga mangsa berusia 30-an.*

               12) *KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyemak semula tahap pematuhan penyediaan keperluan infrastrukrur bagi orang kurang upaya (OKU) yang diwajibkan dalam pembinaan bangunan di negara ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, dasar penyediaan keperluan itu sudah sedia ada namun pelaksanaannya masih belum meluas.*

               13) *JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan penambahan 21 kematian dalam tempoh lima hari Op Selamat ke-15 semalam, menjadikan angka korban keseluruhan seramai 90 orang. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, sebanyak 8,454 kemalangan dilaporkan membabitkan 34 individu yang mengalami kecederaan parah dan 69 individu mengalami kecederaan ringan.*

               14) *POLIS menahan anak saudara lelaki kepada tiga beradik warga emas wanita Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran rumah mereka di Kampung Titi Besi di Arau, semalam. Lelaki berusia 28 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.*

               15) *SEORANG lelaki warga emas patah tangan kanan dibelasah dengan batang kayu kayu dalam kejadian di Kampung Tok Dor Dalam, Jertih, kelmarin. Kejadian menimpa lelaki berusia 70 tahun itu dikatakan berpunca daripada seorang lelaki menuduh anak mangsa mencuri telefon bimbitnya.*

               16) *WANITA berdepan detik cemas kira-kira 90 minit selepas terperangkap di dalam lif di Kip Villa Indah Apartmen di Tampoi, Johor Bahru, pagi ini. Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Hairi Nizam Mostapa berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.35 pagi.*

               17) *SEJAK awal lagi, kualiti telefon pintar keluaran HUAWEI tidak pernah mengecewakan terutama pengguna di Malaysia maka tidak hairanlah apabila ia dijual melebihi 200 juta telefon pintar di seluruh dunia tahun lalu. Syarikat telekomunikasi berpangkalan di China itu memperoleh peningkatan jualan di kalangan pengguna tempatan hingga mendapat pengiktirafan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Persidangan Ke-25, “The Future of Asia in Jepun’, baru-baru ini.*

               18) *TIDAK ada isu ketidaksamaan pendirian saksi berhubung inkues Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan penarikan diri peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada prosiding itu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana ia seharusnya berladaskan kepada maklumat saksi yang didengari semasa prosiding itu berlangsung.*

               19) *HANYA kerana perselisihan faham kecil, seorang lelaki tergamak memukul isterinya menggunakan besi penyangkut baju dalam kejadian di Kampung Gong Bayor, Kampung Raja di Jertih, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa berusia 31 tahun bertengkar dengan suaminya berusia 33 tahun di rumah mereka.*

               20) *ENAM rumah musnah menyebabkan 20 penghuni hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Kampung Tondig, Tandek, Kota Marudu, hari ini. Kejadian 12.15 tengah hari itu, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa cedera atau kehilangan jiwa.*

               21) *SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat keluarga Rosli Abu Bakar apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak memberi bantuan membaik pulih kediamannya, menyerahkan sumbangan barang dapur dan keperluan harian. Rosli, 59, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya dan bersyukur dengan bantuan itu, terutama keprihatinan IPD Tangkak menggantikan zink rumahnya di Kampung Hang Tuah, Sagil di Tangkak, kelmarin.*

               22) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan tiga pemandu bas positif dadah ketika pemeriksaan di terminal bas dalam Ops Hari Raya Aidilfitri 2019 yang dilancarkan 29 Mei lalu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pemandu bas dari Perak, Pulau Pinang dan Selangor itu dikesan positif dadah jenis ganja dan methamphetamine.*

               23) *BERANG ditegur kerana asyik bermain judi dalam talian, seorang isteri bertindak ‘gangster’ dengan membelasah suaminya menggunakan batang besi dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Panji, Lahad Datu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 10 malam, mangsa berusia 38 tahun dikatakan menegur isterinya yang berjalan di ruang tamu rumah bagi mencari talian telefon bimbitnya kerana sedang bermain judi dalam talian.*

               24) *REMAJA lelaki berusia 17 tahun dan rakannya yang berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, hari ini atas tuduhan memberi pinjaman wang haram dan mengugut peminjam hujung bulan lalu. Remaja terbabit bersama rakannya, K Guruprasanth, dituduh melakukan kesalahan itu 3.15 petang di sekitar Jalan Pokok Assam, 27 Mei lalu.*

               25) *KECERIAAN remaja lelaki memasang lampu ‘kelip-kelip’ sempena Aidilfitri bertukar detik mencemaskan apabila tangannya tertusuk besi pagar dalam kejadian di Jalan Padi Mahsuri 14, Bandar Baru Uda di Johor Bahru, malam tadi. Arshad Sulaiman Azli, 15, dikatakan memanjat pagar itu untuk memasang lampu kelip-kelip berkenaan sebelum tergelincir hingga mengakibatkan tangan kanannya tertusuk pada besi pagar berkenaan.*

               26) *BEBERAPA kawasan di daerah Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip utama di Setia Alam, pecah kira-kira 9 pagi, hari ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan akan berlaku secara berperingkat. “Status terkini dan butiran lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.*

               27) *LEMBAGA Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang memberi jaminan bekalan semua jenis ikan di negeri ini mencukupi bagi menampung permintaan pengguna sempena Aidilfitri nanti. Pengarahnya, Rashima Baharuddin berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana kemasukan ikan di jeti pendaratan masih lagi berlaku setiap hari.*

               28) *SELEPAS tidak pernah mengadakan sebarang program sejak Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14), bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman akhirnya muncul dalam Majlis Silaturahim dan Berbuka Puasa di kediaman beliau di Kampung Sungai Kayu, Batu Tujuh, Sandakan, semalam. Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga ketika berucap pada majlis itu sempat memberikan penjelasan punca beliau tidak datang ke Sandakan sebelum ini iaitu disebabkan masalah kesihatan.*

               29) *SEORANG pegawai bank berusia 33 tahun maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 13 ke tingkat 7 di D-Summit, Pangsapuri Taman Kempas Utama, Kempas, Johor Bahru, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian jam 7.15 pagi itu mengakibatkan mangsa yang hanya dikenali Yen beralamat di Taman Desa, Kluang maut akibat parah.*

               30) *MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang melarang ahli politik menyerahkan zakat kepada asnaf di Perlis. Beliau berkata, ia bagi mengelak pemberian zakat itu disalah tujuan atau dijadikan kempen politik kepartian. “Isunya bukan sama ada zakat itu boleh diwakilkan atau tidak.*

               31) *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Ahli Jemaah Menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Hari Raya Pertama bersamaan 1 Syawal 1440H, bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 50,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan majlis itu.*

                32) *POLIS Tuaran menahan 14 pengedar dan penagih dadah hasil operasi selama seminggu di sekitar daerah ini yang berakhir semalam. Dalam operasi bermula 27 Mei lalu, polis turut merampas dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat 16.03 gram bernilai RM2,403.*

                33) *DUA lot kedai pusat penjagaan kanak-kanak dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Estet Teck Guan, Jalan Tamoi, Lahad Datu, semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.06 malam, pasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian.*

                34) *JANGAN leka dengan gajet dan Internet pada musim perayaan. Itu nasihat pakar pembangunan media sosial dan media baru, Prof Madya Dr Ali Salman kepada umat Islam yang akan merayakan Aidilfitri minggu ini. Beliau yang juga Pensyarah Komunikasi dan Media Universiti Taylor’s berkata, Aidilfitri sepatutnya menjadi medan untuk bersilaturrahim sesama umat Islam termasuk sanak saudara dan sahabat handai.*

                35) *TIDAK mahu melihat terlalu banyak pembaziran pek juadah berbuka puasa, Moulana Masjid India Friends (MMF) tampil cara tersendiri menyantuni golongan asnaf di ibu negara. Koordinator MMF, Moulana Ali, 47, berkata, atas alasan itu beliau dan beberapa rakan memilih untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 golongan asnaf yang dilihat lebih diperlukan kumpulan itu.*

                36) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah mengeluarkan 199 saman pelbagai kesalahan dalam tempoh sejam setengah dalam Operasi Khas Motosikal di Sungai Petani, malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Jawatankuasa Industri Utama, Azman Nasrudin berkata, operasi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 8.30 malam itu, turut menyita sebuah kereta jenis Honda Insight yang disyaki kenderaan klon.*

                37) *PENUNGGANG motosikal di sekitar ibu kota boleh mengisi petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong, Kuala Lumpur bermula 12 tengah hari hingga 4 petang, hari ini. Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam kenyataan berkata, ‘Program Isi Petrol Percuma Sempena Aidilfitri’ itu diadakan dengan kerjasama Parti Amanah Negara (AMANAH) Kepong, dalam usaha menghargai penduduk di kawasan itu meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang.*

                38) *PUSAT Konservasi Tapir Kebangsaan yang pertama di negara ini akan diwujudkan di Taman Negeri, Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata, projek berkenaan yang mendapat persetujuan kerajaan negeri sudah diluluskan kerajaan pusat hujung tahun lalu.*

                39) *LAZIMNYA menu wajib disediakan setiap kali menjelang Aidilfitri adalah ketupat, rendang dan serunding. Berbeza di Pulau Pinang, apabila laksa menjadi men popular dan pilihan tuan rumah untuk hidangan tetamu. Justeru, tidak hairanlah permintaan terhadap bunga kantan yang menjadi ramuan penting menghasilkan kuah laksa meningkat mendadak.*

                40) *LEBIH 1,000 peniaga di tapak niaga bazar Ramadan di Dataran Shahbandar merayu kerajaan negeri mengkaji semula arahan larangan berniaga malam raya seperti dikeluarkan baru-baru ini. Rata-rata peniaga akur dengan alasan diberikan berkaitan isu sampah, bagaimanapun tindakan diambil dengan melarang peniaga daripada berniaga pada malam raya bukan jalan penyelesaian terbaik.*

            
*SEJAGAT*
==========


        *KHARTOUM: Jumlah mangsa yang maut ketika tentera Sudan cuba meleraikan tunjuk perasaan duduk di luar ibu pejabat tentera di sini, kini meningkat kepada 13 orang.*
             *Menurut AFP, pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata menaiki trak pikap dilengkapi mesingan ditempatkan di seluruh ibu kota sementara bunyi tembakan masih kedengaran di kawasan tunjuk perasaan.*
         *Amerika Syarikat (AS) dan Britain menyeru supaya tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan dihentikan terhadap mereka yang mahu jeneral yang menjadi dalang menggulingkan Presiden Omar al-Bashir diserahkan kepada pentadbiran awam.*

          *NEW DELHI: Sebuah pesawat tentera udara India yang membawa 13 penumpang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan timur laut negara itu yang bersempadan dengan China, hari ini.*
          *Pesawat AN-32 yang digunakan untuk tujuan pengangkutan berlepas dari bandar Jorhat, Assam dan dalam perjalanan ke Menchuka di Arunachal Pradesh.*
            *Bagaimanapun, pesawat itu terputus hubungan pada jam 1 petang waktu tempatan, kata pihak berkuasa.*

           *TIGA letupan bom menggegarkan markas tentera di sempadan Thailand-Malaysia di Daerah Waeng, Narathiwat, selatan Thailand dan menyebabkan seorang orang awam cedera.*
         *Ketua Polis Bukit Tar Kol. Pol Warid Chedo berkata, dalam kejadian kira-kira 7 pagi (waktu tempatan) hari ini, sebutir bom buatan sendiri meletup berdekatan dengan markas tentera di sempadan Bukit Tar-Bukit Bunga, Daerah Waeng.*
          *Beliau berkata bom buat sendiri seberat 5 kilogram itu ditanam di tepi jalan, kira-kira 300 meter dari markas tentera.*

            *TOKYO: Seorang bekas pegawai kanan kerajaan Jepun menikam anak lelakinya hingga mati kerana bimbang mangsa yang sentiasa menyendiri akan mengamuk dan menyerang orang awam.*
          *Sabtu lalu, polis menahan Hideaki Kumazawa, 76, kerana membunuh anaknya, Eiichiro, 44, dengan sebilah pisau di rumah mereka.*
          *Mangsa ditemui baring atas tikar dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan di dada dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital, lapor The Japan Times.*

          *PITHORAGARH, INDIA: Beberapa mayat ditemui di gunung Nanda Devi, Himalaya, hari ini ketika sebuah helikopter meninjau kawasan untuk mencari lapan pendaki yang masih hilang di pergunungan itu.*
            *Jurucakap tentera memberitahu AFP beberapa mayat kelihatan di laluan yang sama diikuti pendaki berkenaan.*
           *"Peluang mereka masih hidup di ketinggian 4,500 hingga 5,500 meter adalah amat tipis kerana cuaca sangat sejuk.*

             *TOKYO: Sekumpulan wanita Jepun hari ini mengemukakan petisyen kepada kerajaan untuk memprotes keperluan de facto ke atas kakitangan wanita agar memakai kasut tumit tinggi di tempat kerja.*
          *Kempen #KuToo dari perkataan Jepun ‘kutsu’ bermaksud kasut manakala ‘kutsuu’ bermakna ‘sakit’ dilancarkan oleh pelakon dan penulis sambilan Yumi Ishikawa.*
           *Ia dengan pantas mendapat sokongan dari hampir 19,000 orang dalam talian.*
        *Pengiklan berkata, memakai kasut tumit tinggi dilihat sebagai hampir wajib kepada pencari kerja atau bekerja di kebanyakan syarikat Jepun.*

          *SIBOLGA: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegar barat daya Sibolga di pulau Sumatera hari ini, kata Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat.*
           *Tiada amaran tsunami dari Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpusat di Hawaii sejurus gempa itu.*
           *Tiada kecederaan, kematian mahupun kemusnahan akibat gempa bumi dilaporkan setakat ini.*

           *WASHINGTON: Jurutera yang menembak mati 12 orang di bangunan perbandaran di Virginia Beach, Virgina dilaporkan menghantar surat peletakan jawatan beberapa jam sebelum membunuh, kata pihak berkuasa semalam.*
           *DeWayne Craddock, 40, jurutera di jabatan kerja raya di Virginia Beach selama 15 tahun sebelum melepaskan tembakan rambang di tempat kerjanya sehingga mencederakan empat orang.*

           *SEOUL: Pegawai kanan Korea Utara dan mantan perwakilan nuklear utama Kim Yong Chol mengiringi pemimpin Kim Jong Un untuk menyaksikan satu persembahan kesenian semalam sekali gus mengesahkan dia masih hidup.*
            *Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo memetik sumber Korea Utara yang enggan dikenali berkata, Yong Chol iaitu orang kanan Jong Un dihantar ke kem buruh dan pembelajaran semula di wilayah Jagang berhampiran sempadan China.*

          *OTTAWA: Kanada mengumumkan akan menutup sementara kedutaannya di Venezuela kerana keengganan Presiden Nicolas Maduro untuk mengiktiraf diplomat yang kritikal terhadap rejimnya.
Pada masa yang sama, Ottawa sedang mengkaji status duta Maduro ke Kanada.*
           *Menteri Luar, Chrystia Freeland, berkata dalam satu kenyataan, rejim terbabit bertindak membatasi keupayaan kedutaan asing untuk berfungsi di Venezuela, khususnya mereka yang mengusulkan pemulihan demokrasi di sana.*

           *JAKARTA: Jakarta mula kosong apabila jutaan penduduknya mula meninggalkan ibu kota berkenaan ‘mudik’ atau pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut Rabu ini.*
            *Warga kota terbabit menempuh kesesakan dan perjalanan memenatkan yang boleh memakan masa berhari-hari untuk pulang ke kampung sama ada melalui jalan raya, kereta api atau jalan laut.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *TIADA sebarang kejadian tumpahan minyak di sekitar Terowong Menora, Perak seperti yang tular di media sosial semalam.*
            *Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Zakaria Abd Rahman berkata, hasil rondaan sepanjang Op Selamat 15 tidak menemukan sebarang kesan tumpahan minyak seperti di dalam gambar yang tular.*
         *”Saya juga sudah membuat semakan dan tiada sebarang kenderaan seperti di dalam gambar yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.*

         *JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berpendirian tegas berhubung program gender dan seksualiti yang diadakan di Malaysia pada Oktober depan datang tidak perlu diteruskan.*
           *Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, justeru jabatan itu memohon pihak berkuasa yang berkaitan supaya mengambil tindakan bersesuaian.*
          *”Bagi JAKIM, aktiviti ini jelas mempromosi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia dan bertentangan dengan agama Islam serta Perlembagaan Persekutuan.*
                 

*ARENA*
========


          *LIVERPOOL berdepan cabaran sengit mempertahankan wira Liga Juara-Juara (UCL), Mohamed Salah pada musim panas ini.*
         *Dua kelab besar iaitu Manchester United dan Real Madrid sedang berunding untuk mendapatkan khidmat pemain ajaib Mesir itu.*
          *Akhbar Sepanyol, AS mendakwa dua kelab gergasi itu mahu memikat pemain berambut afro itu agar meninggalkan Anfield malah Bayern Munich juga berminat membawanya ke Bundesliga.*

          *PEMAIN tenis nombor satu dunia Novak Djokovic meneruskan misi menjulang keempat-empat gelaran Grand Slam buat kali kedua dengan membenam pemain Jerman Jan-Lennard Struff pada pusingan keempat Terbuka Perancis malam ini.*
          *Pemain Serbia berusia 32 tahun itu menampilkan aksi luar biasa apabila mencatat kemenangan 6-3, 6-2, 6-2 untuk laluan ke suku akhir menentang sama ada pemain Itali Fabio Fognini atau pilihan kelima Alexander Zverev.*

          *KAPTEN England Harry Kane menegaskan tidak terjejas dengan kekalahan Tottenham pada final Liga Juara-Juara di tangan Liverpool apabila kedua-dua pemain bersatu untuk tugasan antarabangsa minggu ini.*
           *Kane kembali selepas berehat dua bulan akibat kecederaan untuk beraksi pada final di Madrid tetapi kurang cergas untuk kemudiannya beraksi hambar buat Spurs.*

           *DOMINIC Thien menuduh Serena Williams mempunyai ‘personaliti teruk’ tatkala perselisihan timbul apabila dia dihalau daripada sidang medianya sendiri bagi membolehkan penganjur Roland Garros memberi ruang kepada bintang handalan Amerika Syarikat itu mengadakan sidang medianya.*
           *Pemain Austria Thiem, pilihan keempat dalam acara lelaki dan naib juara 2018, sedang mengadakan sidang media selepas perlawanan sejurus mara ke kelompok 16 terakhir Sabtu lalu.*

           *LEGENDA bola sepak Jerman Franz Beckenbauer berkata beliau mahu melihat jurulatih Jerman Juergen Klopp di Bayern Munich.*
          *Ketika Jerman meraikan kejayaan Klopp pada final Liga Juara-Juara, Beckenbauer memberitahu Blid bahawa beliau mahu melihat bekas jurulatih Dortmund itu menyertai juara Bundesliga, Bayern.*
              *"Tiada apa yang lebih saya mahukan daripada melihat Klopp datang ke Bayern satu hari nanti, ia pasti sesuatu yang sepadan,” kata tokoh berusia 73 tahun itu yang menjulang lima gelaran bersama Bayern sebagai pemain dan jurulatih.*

           *JURULATIH Nepal, Johan Kalin mengakui Malaysia jauh lebih kuat berbanding pasukannya selepas tumpas 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.*
          *Beliau yang berasal dari Sweden berkata, tempoh 20 minit awal permainan babak pertama adalah tempoh paling sukar sepanjang kariernya bergelar jurulatih apabila anak didiknya ditekan dari setiap sudut oleh barisan serangan Harimau Malaya.*
           *"Kami cuba menyerap tekanan dan cuba kembali ke dalam permainan.*

          *DUNIA tenpin boling negara kehilangan tokoh yang pernah menggerakkan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) apabila bekas setiausaha agungnya Sidney Tung menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.*
            *Sidney, 74, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan perut dan paru-paru pada jam 1 tengahari tadi.*

          *PEMAIN import baru Terengganu FC (TFC), Luis Gustavo Camilo dijangka akan menjalani latihan pertamanya bersama pasukan itu bermula 7 Jun ini.*
           *Penolong jurulatih, Mohamad Nik berkata, kehadiran pemain itu dinantikan pasukan bagi memastikan pertahanan kelahiran Brazil itu dapat menyesuaikan diri lebih awal bersama rakan sepasukannya.*

         ♂ *KETUA jurulatih negara, John Beasley memuji perkembangan pelumba muda negara, Anis Amira Rosidi selepas cemerlang di Piala Trek Asia di Taiwan pada bulan lalu.*
            *Pelumba berusia 21 tahun dari Perlis berkenaan melakar keputusan mengejutkan apabila meraih dua emas dengan memenangi acara keirin dan selain gandingannya bersama Farina Shawati Mohd Adnan dalam pecut berpasukan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.177694 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list