CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 22-11-2019 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 22 NEMER 2019 ASHI ERSAAAN 25 ABIULWAL 1441 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0659
*ZOHOR* : 1301
*ASAR* : 1624
*MAGHRIB* : 1900
*ISYAK* : 2013


*artikel disiarkan pada tarikh 21nov*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KERAJAAN Johor mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada 13,400 penjawat awam negeri ini. Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, bantuan membabitkan peruntukan kewangan RM34.78 juta akan dibayar dua kali iaitu sebelum akhir tahun ini dan sebelum sambutan Aidilfitri tahun depan.*

               2) *KAWASAN Cyberjaya sudah seperti ‘China Town’. Itu antara maklumat yang diperoleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum menyerbu bangunan enam tingkat di Cyberjaya semalam dan menahan 680 warga China yang juga anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian termasuk tukaran mata wang asing atau Forex. Apa yang mengejutkan, sindiket terbabit yang dipercayai berpusat di China itu menyewa keseluruhan bangunan enam tingkat terbabit dengan kadar sewa RM360,000 sebulan.*

               3) *BAYI perempuan berusia tiga minggu maut selepas enam hari dirawat di hospital akibat dicekik, manakala ibunya kritikal kerana ditikam menggunakan pemutar skru di sebuah apartmen di Batu Caves, Gombak, 14 November lalu. Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi, 19 November lalu ketika dirawat di Hospital Selayang, manakala ibunya dilaporkan dalam keadaan kritikal.*

               4) *“BELIAU faham masalah sedang dihadapi dan bersetuju supaya semua pihak tidak sibuk sangat soal tarikh peralihan kuasa,” tegas Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa isu peralihan kuasa perlu dilakukan secara aman dalam tempoh munasabah serta dipersetujui bersama.*

               5) *WANITA dijatuhi hukuman penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, kerana mencuri rantai leher dan loket milik ibunya bernilai RM26,000. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Nor Azniza Abdul Ghani, 32, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana curi dalam bangunan.*

               6) *DUA remaja yang juga pelajar Tingkatan Dua dan Lima antara empat penjenayah diberkas polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan memecah masuk tiga stesen minyak di daerah Kerian, Bagan Serai, sejak awal bulan ini. Keempat-empat suspek berusia 14 hingga 21 tahun itu ditahan kelmarin di lokasi berasingan.*

               7) *“SEBAIK tiba di lokasi kemalangan, saya terduduk melihat sekujur tubuh yang sudah ditutup dengan sehelai kain,” kata Rodey Hamzah, 35, anak kepada mangsa kemalangan maut di Jalan Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, hari ini. Kejadian 12 tengah hari mangsa, Hamzah Ali, 61, meninggal dunia di lokasi kejadian. Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal Suzuki Smash yang ditunggang mangsa berlanggar dengan kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita.*

               8) *MESKIPUN ujian penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) atau ‘kereta terbang’ dibatalkan, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof tetap turun meninjau Super Drone atau ‘manned aerial vehicle’ di Subang hari ini. Menteri itu menerima jemputan daripada usahawan tempatan, Eastcap Berhad yang bekerjasama dengan syarikat luar negara membawa dron itu.*

               9) *“KITA mengalu-alukan rombakan Kabinet dan lagi segera lagi baik,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rancangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan rombakan Kabinet, tahun hadapan. Ditanya siapa menteri patut digugurkan daripada Kabinet, Tuan Ibrahim berkata: “Menteri Kewangan.”*

               10) *SERAMAI 141 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan digerakkan untuk membantu mangsa yang berdepan banjir akibat peralihan monsun timur laut, bulan depan. Komander SMART Kolonel Mohd Tahar Abdul Razak berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana itu terutama di Pantai Timur Semenanjung.*

               11) *SAKSI ketujuh kes pecah amanah dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini, bahawa beliau tidak mengetahui lokasi pejabat yayasan itu, meskipun memegang jawatan Pengarah dan Ahli Lembaga Amanah. Malah Zulkifli Senteri, 68, berkata, beliau menandatangani dokumen yang berkaitan penubuhan Yayasan Akalbudi pada 7 Mac 1997 di rumah Ahmad Zahid di Country Heights, Kajang.*

               12) *DUA lelaki disyaki menyamar anggota polis sebelum memeras seorang lelaki di Wakaf Bharu di Tumpat malam tadi. Kedua-duanya yang menaiki sebuah motosikal dikatakan menahan mangsa berusia 21 tahun yang juga menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Hilir, Wakaf Bharu dari tempat kerjanya pada 10.30 malam. Bagaimanapun, seorang daripada suspek berusia 26 tahun berjaya ditahan polis selepas dibantu orang awam.*

               13) *CALON Perdana Menteri hanya akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dan bukannya pakatan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad selain mengesahkan pendirian Amanah adalah kekal dan tidak pernah terlintas atau berbincang untuk mengadakan sebarang undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir.*

               14) *PASUKAN Pengauditan Khas oleh Jabatan Audit Negara (JAN) terkejut apabila mengetahui Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah dan kewujudan dua versi berbeza penyata kewangan syarikat itu. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Audit (Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.*

               15) *LELAKI yang parah ditikam rakan sekerjanya di tempat kerja mereka di Balik Pulau, Selasa lalu selamat menjalani pembedahan di bahagian usus. Mangsa dikenali Aidil, 24, ditikam rakannya yang juga ketua berusia 27 tahun di dada, dagu dan tangan kanan.*

               16) *SEBUAH premis hiburan di Kuah, Langkawi, disyaki menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) selain menawarkan bayaran RM200 untuk dibawa pulang akhirnya digempur anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, hari ini.
Difahamkan, pelanggan boleh membawa pulang GRO berkenaan selepas tamat tugas, malah premis dua tingkat itu dipercayai menjalankan operasi pusat karaoke di tingkat bawah manakala di bahagian atas menggunakan khidmat GRO.*

               17) *JURUGAMBAR ditemui mati tertiarap tanpa pakaian di bilik tidur di rumah sewanya di Flat Desa Ilmu, Kota Samarahan semalam. Mangsa yang berusia 36 tahun itu dikatakan tidak hadir bekerja sejak Selasa lalu menyebabkan rakan sekerjanya bimbang. Berikutan itu, rakannya ke kediaman mangsa sebelum menemuinya tertiarap di rumah sewa terbabit.*

               18) *SABAH menjadi negeri pertama menurunkan had usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2019). Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar berkata, Rang Undang-Undang itu diluluskan selepas mendapat sokongan dua pertiga undi daripada ahli dewan.*

               19) *LELAKI Orang Asli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Gua Musang, hari ini atas tiga tuduhan menyimpan dua gading gajah, memiliki senapang dan 31 butir peluru tanpa permit pada 12 November lalu. Bagaimanapun, teruduh, Ajan Yatim, 51, yang bekerja sendiri tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.*

               20) *MASALAH baran, perselisihan faham dan ketagihan dadah dikenal pasti antara punca utama keganasan rumah tangga. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, berdasarkan statistik pada tahun ini, masalah baran adalah punca kes keganasan rumah tangga tertinggi membabitkan 71 mangsa wanita dan 14 lelaki.*

               21) *”JIKA mereka tidak suka saya, mereka boleh cakap secara terang-terang,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau memberi respons kepada sikap sesetengah Ahli Parlimen sehingga menyebabkan sidang Dewan Rakyat tidak cukup korum. Tegas Dr Mahathir, beliau sedia dikritik seperti kebiasaannya kerana apabila menjadi pemimpin mesti menjangkakan untuk dikritik.*

               22) *INSTITUT Pendidikan Guru (IPG) tidak akan ditutup. Itu jelas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini. Mengulas mengenai perkara itu, Nie Ching memaklumkan, pengambilan pelajar di IPG berjalan seperti biasa malah, ia sudah dilakukan pada pertengahan tahun, baru-baru ini.*

               23) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa kekal dan siapa digugurkan dalam rombakan Kabinet tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif mengenai perkara itu.*

               24) *MELARIKAN wang tunai sebanyak RM600,000 dan menyimpannya di dalam bilik sebuah hotel yang didaftar masuk untuk tempoh seminggu. Tindakan licik empat pekerja sebuah syarikat kawalan keselamatan di Raub itu kononnya untuk mengaburi mata pihak berkuasa selepas melakukan jenayah itu, pada 14 November lalu. Namun, hasrat empat lelaki itu untuk berjoli dengan wang berkenaan tidak kesampaian apabila mereka diberkas dalam tempoh 24 jam.*

               25) *TINDAKAN Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengadakan perjumpaan bersama pimpinan AMK Pusat dan Cabang daripada seluruh negara malam tadi, dianggap tidak sah kena tidak mengikut peraturan parti. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap keputusan mesyuarat parti perlu dilakukan dalam mesyuarat parti bukannya perjumpaan seperti itu.*

               26) *“TIBA-TIBA bumi bergoyang dan kami menggelongsor kira-kira dua meter ke bawah,” kata pemilik gerai di Jalan Mutiara Emas 5/15, Taman Mount Austin di Johor Bahru, Abd Wahid Sarman, 48, yang menceritakan kejadian tanah runtuh ketika sedang berniaga pagi semalam. Menurutnya, dia bersama isteri menyediakan sarapan manakala tiga pelanggan termasuk seorang wanita mengandung berada di gerainya itu dalam kejadian pada 7.50 pagi.*

               27) *SUASANA persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung hari keempat, hari ini bertukar seperti ‘pasar borong’ berhubung isu babi hutan menyebabkan persidangan terpaksa ditangguhkan awal 14 minit sebelum sesi rehat. Keadaan kecoh, lucu dan ‘panas’ bermula selepas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan (BN-Asahan) dengan mengeluarkan kata-kata kesat.*

               28) *POLIS buru dua lelaki dipercayai terbabit kes bunuh seorang kelindan lori di sebuah taman permainan di Batu Caves, Gombak, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 10 malam.*

               29) *HOTEL bajet di Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya di Puchong diserbu polis selepas didapati menjadi pusat mempromosi kegiatan judi dalam talian yang beroperasi dalam 10 bilik di hotel berkenaan hari ini. Dalam serbuan kira-kira 4 pagi itu, sebanyak 197 mesin pelayan merangkap mesin ‘blaster’ (penyebar) khidmat pesanan ringkas (SMS) ditemui dalam sebahagian bilik berkenaan selain 156 kad sim.*

               30) *POLIS menafikan penjaga kepada pelajar Tingkatan Dua yang menjadi mangsa rogol tujuh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah di Tawau, menarik balik laporan polis. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, setakat ini, tiada pihak atau mana-mana individu yang tampil berbuat demikian.*

               31) *WANITA warga emas kerugian hampir RM120,000 terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang ditawarkan tiga lelaki di Kuantan semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 70 tahun diperdaya sehingga menyerahkan wang kepada suspek sebelum dia ditinggalkan di dalam kenderaannya di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah.*

                32) *ENAM belas pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Perak didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah sepanjang ‘Op Blue Devil’ dijalankan bermula Ogos lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah mendakwa enam daripada mereka, manakala selebihnya masih dalam siasatan dan menunggu untuk dituduh di mahkamah.*

                33) *PELUANG badak sumbu betina Sumatera terakhir Malaysia sembuh bagi membolehkannya menjalani proses pengambilan telur untuk pembiakan secara in-vitro (IVF) dilihat sukar berikutan keadaannya yang semakin tenat. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) Augustine Tuuga berkata, menyatakan walaupun mamalia betina dikenali sebagai Iman itu masih mengeluarkan telur tetapi kesihatannya boleh menjadi semakin buruk jika proses pengambilan telur dilakukan.*

                34) *LELAKI ditemui mati di rumah di Taman Sri Pulai, Sikamat di Seremban, malam tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dengan kesan kelar pada tangan dipercayai bunuh diri.*

                35) *LELAKI ditemui maut selepas ditikam di dada di Kampung Baru Kundang, di Rawang, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemui terbaring oleh rakannya jam 8.55 malam.*

                36) *KERAJAAN Perlis menolak pelaksanaan menanggung kos rawatan perubatan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Berkanun (PBB) oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Teh Chai Ann berkata, Perlis tidak berkemampuan untuk menanggung kos perubatan berikutan negeri terbabit tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi di samping pelaksanaannya itu bakal membebankan kerajaan negeri.*

                37) *YAYASAN Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mengkaji saranan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada pelaku jenayah seksual. Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kenyataan baginda selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor perlu diberi perhatian dengan mengambil kira permasalahan itu yang semakin serius.*

                38) *WISMA tiga tingkat Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Kelantan yang menjadi pusat latihan wanita dan kedai jual elektrik di Jalan Mahmud di Kota Bharu, musnah dalam kebakaran, hari ini. Kejadian jam 2 pagi itu disedari orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu yang bertindak menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).*

                39) *EMPAT lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas disyaki memukul rakan senegara hingga mati di Jalan Pudu Lama, di Kuala Lumpur, Isnin lalu. Sumber polis berkata, suspek ditahan berdekatan lokasi kejadian, kelmarin dan mereka direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.*

                40) *BUAT pertama kali, seramai 60 ‘tauke’ ketum dari Kedah dan Perlis berkumpul bagi sesi perjumpaan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pusat GiatMara Jerlun, semalam. Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, ia membabitkan pengusaha ladan ketum dari dua negeri berkenaan iaitu lokasi penanaman ketum tertinggi di negara ini.*


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

            
*SEJAGAT*
==========


           *NEW DELHI: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang semata-mata ingin menaiki penerbangan secara percuma.*
          *News. com. au yang memetik The Sun melaporkan, lelaki terbabit mendakwa dia adalah juruterbang bagi syarikat penerbangan Lufthansa namun dikesan cuba menaiki pesawat AirAsia di India.*

           *DUBLIN: Seramai 16 orang ditemui masih hidup dalam sebuah treler di atas feri yang dalam perjalanan dari Perancis ke Ireland, hari ini.*
             *Pengendali feri Sweden Stena Line dalam satu kenyataan berkata, semua individu terbabit dalam keadaan sihat.*
              *Mereka ditemui ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan selepas feri itu berlepas dari pelabuhan Cherbourg, Perancis dan menuju ke Rosslare, Ireland.*

           *JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) melantik tujuh orang muda berusia 23 hingga 36 tahun sebagai pegawai pakar untuk memberi idea inovatif bagi membangunkan pelbagai sektor negara.*
           *Jakarta Post melaporkan, antara yang dilantik adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi Ruangguru dan pengasas Adamas Belva Syah Devara, Amartha Fintech.*

           *NEW DELHI: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut akibat melecur teruk selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari panas di Telangana, India pada Ahad lalu.*
            *Daily Mail yang memetik New Indian Express melaporkan, kejadian di daerah Ranga Reddy berlaku apabila mangsa, Suresh dikatakan leka bermain di tempat memasak ketika menghadiri sebuah majlis bersama bapanya.*

            *BANDUNG: Kira-kira 2,000 anak ayam akan diedarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Bandung untuk dijadikan haiwan peliharaan sebagai usaha mengalihkan perhatian mereka dari bermain gajet.*
           *Anak ayam berusia empat hari akan diedarkan kepada pelajar secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu ini.*

             *FRANKFURT AM MAIN: Seorang pesakit mental menikam hingga mati anak lelaki bekas Presiden Jerman, Richard von Weizsaecker di sebuah hospital Berlin menyebabkan seorang mangsa lain cedera parah, kata polis semalam.*
          *Mangsa, Dr Fritz von Weizsaecker ditikam di bahagian leher ketika menyampaikan ucapan mengenai penyakit hati di Hospital Schlosspark di kejiranan barat Berlin di Charlottenburg malam kelmarin.*

            *MEXICO CITY: Seramai 10 warga Mexico menerusi kerajaan Mexico mengambil tindakan undang-undang hari ini, terhadap Walmart susulan kejadian tembak pada Ogos lalu di sebuah kedai di El Paso, Texas.*
          *Kejadian itu menyaksikan seorang pelampau kulit putih disyaki membunuh 22 orang keseluruhan.*

            *LONDON: Seorang pemenang loteri kini bekerja sebagai pelombong arang selepas berjoli 9.7 juta (RM52.2 juta) wang kemenangannya dengan membeli dadah, arak dan melanggan pelacur dalam tempoh 10 tahun.*
            *Walaupun kini hidup dengan pendapatan 10 (RM54) sejam, Michael Carroll tidak pernah kesal dan menganggap 10 tahun itu sebagai yang terbaik dalam hidupnya.*

             *ROME: Lima maut dalam dua letupan di kilang mercun di Sicily, kata bomba dan polis selepas kejadian berlaku di sebuah syarikat perniagaan keluarga.*
           *Letupan semalam mengorbankan dua pekerja dan isteri pemilik syarikat Costa di Barcellona Pozzo di Gotto, di wilayah Messina, Sicily.*

            *COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa menamakan abangnya Mahinda sebagai Perdana Menteri negara itu, mengukuhkan lagi cengkaman kuasa keluarga itu.*
          *Mahinda pernah menjadi presiden selama dua penggal, mengangkat sumpah hari ini selepas peletakan jawatan Ranil Wickremesinghe selepas partinya mengalami kekalahan memalukan pada pilihan raya presiden baru-baru ini.*

            *BANGKOK: Gempa bumi kuat melanda berhampiran sempadan Thailand dan Laos hari ini, tetapi tiada laporan mengenai mangsa atau kerosakan utama.*
         *Reuters yang memetik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 92 kilometer ke timur laut Muang Nan sekitar 6.50 pagi waktu tempatan.*

            *PEKANBARU: Seekor gajah Sumatera ditemui mati, dalam keadaan kepala dipenggal dan gading dipotong dipercayai perbuatan pemburu haram, kata pegawai perlindungan hidupan liar Indonesia.*
          *Bangkai haiwan terancam berusia 40 tahun itu dijumpai seorang pekerja ladang di wilayah Riau, dalam kepulauan Sumatera, Isnin lalu.*

            *MOSCOW: Dua lelaki mati direbus hidup-hidup apabila kereta mereka terjatuh ke dalam takungan air panas akibat tanah jerlus di tempat parkir di Russia, semalam.*
            *Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku di Penza apabila mangsa terperangkap dalam kereta terbabit hingga menyebabkan mereka mati serta merta.*


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


           *PELAJAR tingkatan dua sekolah agama di Pasir Puteh dipercayai menjadi mangsa buli rakan sekelasnya yang kerap menyuruh dia menyiapkan kerja sekolah mereka.*
          *Malah, mangsa juga dipukul kerana mempertahankan dirinya sebelum tekad membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh pada 9 pagi, hari ini.*
           *Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 30 saat memaparkan pergaduhan antara mangsa dengan dua rakannya tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp.*

            *“TUNGGULAH, nanti polis datang angkut. Muka awak (penjenayah) sudah terpampang dekat CCTV (rakaman kamera litar tertutup),” kata Mohd Khairul Adha M Khalid, 35.*
            *Mohd Khairul Adha memberi reaksi itu selepas kedai dobi miliknya dimasuki penjenayah di Ampang Tasik Tambahan di Ampang, pagi ini.*
            *Menerusi rakaman CCTV itu, kelihatan dua lelaki berlegar-legar berhampiran kedai miliknya sebelum seorang daripada mereka berjalan lalu memecah pintu belakang premis terbabit.*
             *”Tujuan saya tular perkara ini supaya pemilik dobi berjaga-jaga kerana kejadian kerap berlaku sejak akhir-akhir ini,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, hari ini.*

           ♂ *PENCERAMAH terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) semakin pulih apabila sudah mampu membawa kenderaan sendiri selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara di Kuala Terengganu pada 4 November lalu.*
            *Bagaimanapun, UAI yang patah tangan kiri dalam kejadian itu masih dalam tempoh berehat tanpa menghadiri sebarang undangan kuliah.*
              *Kenalan rapat UAI yang ingin dikenali sebagai Man berkata, kecederaan lain yang dialami UAI seperti di hidung dan mulut sudah pulih sepenuhnya.*

            *LELAKI kerugian RM23,000 selepas kediamannya di Jalan PJS 9/18, Bandar Sunway dipecah masuk lebih dua lelaki semalam.*
            *Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Syukor berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengurus berusia 30-an meninggalkan kediamannya pada 1 tengah hari.*
             *Rakaman CCTV itu turut tular di media sosial apabila sebuah Perodua Myvi hitam berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum dua orang bertindak memecah masuk kediaman itu.*

            *LAZIMNYA, kanak-kanak cenderung terhadap karakter adiwira, namun lain pula dengan guru bahasa Melayu, Sudirman Tawakal yang meminati Power Rangers hingga sanggup berbelanja bagi memiliki aksesorinya.*
          *Bukan setakat itu, Sudirman yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Mabul, Semporna, Sabah gemar memakai kostum hingga kehadiran beliau dinanti murid yang mahu mengajaknya bergambar.*
           *Kisah guru berusia 41 tahun itu mendapat perhatian warganet selepas berkongsi beberapa gambarnya memakai kostum Power Rangers bersama murid tular di Facebook, Kami Guru Malaysia.*

            *DIAmenghidap penyakit Myokymia dipercayai akibat pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Mac lalu dan kurang ke sekolah.*
             *Namun, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, bersyukur kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperoleh hari ini, cemerlang dan dia mencatat 6A.*
             *”Saya tidak sangka mampu mencatat keputusan 6A kerana berdepan pelbagai masalah kesihatan dan kurang ke sekolah.*

           *MOSCOW: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Popeye kerana memiliki lengan yang besar selepas disuntik dengan gel petroleum terpaksa menjalani pembedahan membuang bahan itu yang merosakkan tisunya.*
           *Doktor memberi amaran tindakan Kirill Tereshin, 23, itu boleh membawa maut dan dia boleh kehilangan dua lengannya sekiranya ketulan itu tidak dikeluarkan secepat mungkin.*
             *Tereshin yang popular di media sosial disebabkan otot palsu itu sudah menjalani pembedahan selama dua jam untuk membuang sebahagian otot mati seberat 1.36 kilogram dari lengannya.*


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
                 

*ARENA*
========


            *BEKAS bos Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kini menjadi pengulas sukan dan selebriti bola sepak Harry Redknapp memberi sokongan terhadap skuad Reds kendalian Jurgen Klopp untuk bergelar juara.*
             *Malah, dia begitu yakin Liverpool akan terus kekal tanpa kalah sekaligus menyamai rekod terbaik Arsenal pada kempen 2003/04 dalam laluan bergelar juara sekaligus memaksa Manchester City menyerah kalah dan mengubah fokus kepada Liga Juara-Juara (UCL).*

            *SUPERSTAR Juventus, Cristiano Ronaldo mengahwini teman wanitanya yang memukau, Georgina Rodriguez menurut laporan akhbar di Itali.*
           *Majalah gosip Itali, Novella 2000 mendakwa pasangan itu berkahwin di Maghribi.*
          *Beberapa akhbar dan majalah di negara asal Cristiano mengulangi laporan itu dengan ada memberitahu kunjungan kali terakhirnya ke luar negara yang diketahui adalah ke Afrika Utara pada Mei lalu.*

            *BINTANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic ditawarkan kontrak enam bulan untuk membantu bekas kelab gergasi Itali, AC Milan, menurut laporan di Itali hari ini.*
              *Penyerang berusia 38 tahun itu mengesahkan dia meninggalkan Los Angeles Galaxy minggu lalu selepas kelab itu tersingkir pada playoff Major League Soccer.*

             *GAGAL menempatkan diri dalam kelompok 10 ranking terbaik dunia tahun ini tidak sedikit pun melunturkan semangat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.*
             *Sebaliknya, pemain yang ketika ini menduduki ranking ke-12 dunia itu berkata, dia akan terus mencuba untuk mencapai impian itu tahun depan.*

            *KEMENTERIAN Belia dan Sukan akan memastikan pembangunan secara menyeluruh sukan elektronik dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025.*
         *Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan dana yang diperuntukkan kerajaan akan digunakan bagi mengembang dan merancakkan industri e-Sukan.*

            *PEMILIHAN sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Sea ke-30 di Filipina hujung bulan ini membakar semangat pemain boling elit negara Rafiq Ismail untuk melakar keputusan positif pada temasya dwitahunan itu.*
               *Juara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia 2018 itu mendedahkan, dia gembira dan teruja dipilih membawa bendera negara dalam kalangan 773 atlet yang menyertai Sukan Sea kali ini.*

             *KONTINJEN Malaysia memuktamad sasaran 70 pingat emas, 51 perak dan 105 gangsa pada Sukan SEA ke-30 di Filipina.*
          *Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata,sasaran 70 pingat emas itu dijangka meletakkan kontinjen Malaysia di kedudukan ke-4 terbaik dalam kalangan 11 negara.*

            *KEJAYAAN meledak dua gol menerusi tendangan kaki kiri padu ke atas Indonesia masih tidak memberi kepuasaan buat pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid yang bertekad untuk tampil lebih berbisa dalam aksi akan datang.*
             *Ledakan berbisa bak peluru menerusi sepakan percuma babak pertama dan rembatan dalam kotak penalti di separuh masa kedua memastikan Malaysia merakam kemenangan 2-0 sekali gus meraih tiga mata berharga untuk naik di tangga kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2023 04:11 PM | Show all posts
are you getting bored? if so then download this online multiplayer shooter mod apk game to play with friends.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.145772 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list