CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 10-11-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
10 Nov 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
10  Nov 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
11 Nov 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
11 Nov 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
11 Nov 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
11 Nov 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 12 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 4 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#spm2018*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:56, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:22, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:10*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu hukuman berat dikenakan terhadap pelaku kes kematian bayi yang dipercayai didera secara fizikal dan seksual di Kajang, Jumaat lalu. Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kejadiaan menyayat hati itu sukar diterima oleh masyarakat*

                 *PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengingatkan graduan supaya tidak melupakan jasa ibu bapa masing-mssing selepas tamat pengajian. Zarith bertitah, ibu bapa kumpulan graduan banyak berkorban dalam memastikan graduan berjaya. Baginda merangkap canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah, graduan seharusnya menghargai ibu bapa masing-masing.*

                   *PERGADUAHAN antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi punca pemuda maut, manakala lima lain cedera dalam kejadian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Kuo Kuang, Skudai, smlm. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian 12.30 tengah hari itu ketika sekolah berkenaan menganjurkan karnival jualan di dewan sekolah.*

                  *“SAYA tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri," kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual dipercayai oleh suami pengasuh. Bayi malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan meninggal dunia, kelmarin, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, Rabu lalu.*

                  *HUJAN lebat sejak 4 petang, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat, banjir lumpur dan kejadian pokok tumbang, beberapa kawasan dinaiki air ekoran hujan lebat melanda di laluan utama sejak 5 petang smlm.*

                  *KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki sedang leka berhibur dalam keadaan bogel ketika lokasi mereka berpesta di sebuah apartmen dua tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor diserbu sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jam 10.15 malam kelmarin dipercayai terbabit dalam aktiviti seks songsang.
Hasil semakan pegawai JAIS mendapati hanya tiga daripada 16 peserta pesta gay itu berusia 18 hingga 30 tahun ditahan bukan beragama Islam.*

                 *SELEPAS bertahun-tahun dianggap kebal, lapan pusat urut menawarkan khidmat urutan badan ke badan (B2B) di Bahau, Jempol, digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam. Dalam operasi 4.40 petang itu, Unit Operasi Khas (QRT) Bahagian Perisikan Operasi Khas JIM serta JIM Negeri Sembilan menahan 23 wanita warga asing berusia 18 hingga 42 tahun termasuk 15 dari Thailand dan masing-masing empat dari Laos dan China.*

                 *UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Institut Bioteknologi Marin universiti itu menerima dana RM3.1 juta daripada China untuk melakukan penyelidikan dan inovasi. Naib Canselor UMT, Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata dana penyelidikan itu adalah hasil daripada jalinan rakan strategik dan kerjasama dengan 10 agensi dari dalam dan luar negara.*

                 *SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2018 di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, smlm. Turut menyertai larian, Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Azlan Muzzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri Datin Seri Nomee Ashikin serta barisan EXCO negeri.*

                  *HANYA kerana tertinggal bas, seorang gadis terpaksa menempuh 'azab' apabila dirogol seorang anggota polis di Sarikei, 29 Oktober lalu. Menceritakan semula pengalaman pahitnya itu, mangsa, 19, berkata, beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai menaiki bas dari Kuching ke Sibu pada 10 malam, 28 Oktober lalu, untuk meraikan hari jadi kakaknya.*

                 *KAMPUNG Ulu Atok, Raub menjadi lokasi pertama di Pahang dilanda banjir menyebabkan seramai 107 penduduknya terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), awal pagi smlm. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata Pusat Kawalan Operasi APM Raub menerima panggilan pada 1.50 pagi yang memaklumkan perkampungan berkenaan dilanda banjir.*

                 *PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 4.5 Jalan Kuala Ketil-Parit Panjang, berdekatan Kampung Tembak B, malam smlm. Dalam kejadian 7.45 malam itu, mangsa, Mohd Rifaie Yahaya, 33, dari Kampung Banggol Serdang, Tembak B, Kuala Ketil maut di tempat kejadian selepas parah.*

                 *SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyaksikan al-Quran emas warisan kesultanan Terengganu pada majlis santapan malam sempena Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus, malam smlm.*

                 *KERAJAAN Persekutuan akan mengkaji pandangan ahli keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi yang tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori. Mereka tidak bersetuju kerana mendakwa tidak adil dan akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat.*

                 *DUA kapal yang digunakan untuk mengorek dan memindah pasir secara tidak sah ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di kedudukan 7 hingga 8 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat Georgetown smlm.*

                 *PENULIS Buku Harapan, Wan Saiful Wan Jan, smlm, secara terbuka memohon maaf kepada rakyat kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Wan Saiful yang juga Pengerusi PTPTN berkata, agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, namun gagal.*

                 *POLIS menahan seorang lelaki dan seorang wanita selepas dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah jenis ekstasi di pusat hiburan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, 4 November lalu.*

                 *KURANG satu peratus daripada pesalah lalu-lintas tampil menjelaskan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sejak penguatkuasaan pada 1 September lalu. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, selepas sistem Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diganti dengan AWAS, 63,750 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.*

                 *LELAKI cedera di bahu, lengan kiri dan kepala selepas dipukul dengan pelepah kelapa sawit oleh lelaki tidak dikenali yang cuba menyamun mangsa berhampiran ladang kelapa sawit Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Nagalilit, Padang Serai, dekat Kulim, kelmarin.*

                 *DOKTOR hospital kerajaan berputih mata selepas ditipu sindiket Macau Scam membabitkan kerugian berjumlah RM14,000, kelmarin. Lelaki berusia 30 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya Sarjan Abi Zaini Mokhtar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka. Mangsa didakwa identitinya sudah digunakan individu lain untuk memohon kad kredit daripada bank.*

                 *PENJAWAT awam perlu akur dengan prinsip demokrasi dan menerima kerajaan baharu yang dipilih rakyat, bukannya terus menjadi alat kepada parti pemerintah lama. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana beliau mendapati terdapat atara pegawai kerajaan masih terikat dengan kerajaan lama dan tidak sanggup menerima kerajaan baharu.*

                 *PIHAK bank dan institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan mampu menjadi badan yang mengawal selia harga rumah di bawah Skim FundMyHome. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia berikutan bank juga adalah pihak yang akan meluluskan pinjaman berjumlah 20 peratus daripada nilai rumah melalui skim berkenaan.*

                 *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti kira-kira 10,000 pegawai dan anggotanya di seluruh negara bagi menghadapi banjir terutama di Pantai Timur, bermula bulan ini.*

                 *BUKAN saja cuba merempuh polis dengan motosikal, suspek lelaki bertindak biadab menjelirkan lidah kepada anggota polis sebaik ditahan di simpang tiga Kampung Sri Manis, dekat Bukit Garam, Kinabatangan, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, suspek warga Filipina berusia 30 tahun itu dan rakannya warga Indonesia berumur 20 tahun, dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.*

                 *KEBIMBANGAN penternak madu kelulut di Kampung Pulau Rusa, dekat Pekan, berakhir apabila beruang matahari jantan dewasa yang sering merosakkan sarang dan kebun buahnya, masuk perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), malam kelmarin.*

                 *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan dua bot bersama juragan dan 17 kru kerana cuba menyeludup keluar diesel sebanyak 13,400 liter bernilai RM29,212 di kawasan Pulau Sapi, Kota Kinabalu, kelmarin. Kedua-dua bot jenis kumpit itu ditahan anggota Unit Risik Marin (URM) PPM Kota Kinabalu ketika menjalankan Operasi Inter Agensi, pada 10.15 pagi.*

                 *KETIKA pulang ke rumah malam Ahad minggu lalu, Pengerusi Biro Pembangunan Sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Mazlina Abu Bakar dikejutkan dengan ugutan berupa pisau yang dipacak di pintu rumahnya berserta sekeping nota berdarah. Ia berupa amaran kerana beliau lantang memperjuangkan isu perumahan di satu kawasan di Selangor sejak setahun lalu yang dipercayai menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu yang ada kaitan dengan projek terbabit.*

                 *KANAK-KANAK perempuan dipercayai pelarian Rohingnya ditemui mati di rumah di Pandan Indah, Ampang, smlm. Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 11 pagi tadi sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai perkara itu.*

                 *KUALA LUMPUR: Pembunuh dari langit. Itu ungkapan sesuai untuk menggambarkan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penghuni kediaman bertingkat yang mencampak objek keras atau sampah dengan sesuka hati dari tempat tinggi.*

                 *DUA beranak maut selepas treler dinaiki mereka merempuh belakang treler lain dalam kejadian di Kilometer 181 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, dekat Maran, tengah malam smlm.*

                 *AKSI seorang pelajar tahfiz dan pekerja kilang yang menunggang motosikal secara berbahaya berakhir apabila mereka dicekup polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth, smlm. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kedua-dua mereka ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan bermula 11 malam hingga 7 pagi.*

                 *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas bunga api, mercun dan minuman keras bernilai RM23.3 juta dalam serbuan di seluruh negara sempena Ops Deepavali yang dijalankan sejak 15 Oktober lalu hingga semalam.*

                 *POLIS menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah selepas menahan empat lelaki tempatan termasuk dua beradik dan merampas 104.3 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM5.2 juta dalam dua serbuan di dua lokasi berasingan di Tawau, tengah hari kelmarin.*

                 *PENJUAL ayam dan sahabatnya mampu menarik nafas lega terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahry, smlm melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *PARADISE, California: Penemuan 14 lagi mayat mangsa di California Utara yang meninggal dunia akibat kebakaran hutan, menjadikan jumlah kematian ketika ini meningkat kepada 23 orang, kata seorang pegawai.*
            *Jurucakap Jabatan Perlindungan Hutan dan Kebakaran California, Scott Maclean berkata, kebanyakan mayat ditemui di dalam kawasan dan sekitar Paradise, penduduk kawasan pergunungan yang terletak kira-kira 145 kilometer ke arah Sacramento yang dimusnahkan ‘Camp Fire’.*
         *Maclean berkata tidak ada butiran lengkap berhubung kejadian terkini kematian dan keadaan mayat yang melecur menyukarkan usaha mengenal pasti dilakukan.*

           *FESTIVAL Beli-Belah Global 11.11 2018 Alibaba mencecah 69.3 bilion renminbi (RM41.58 bilion) nilai dagangan kasar (GMV) menerusi Alipay dalam tempoh hanya satu jam 48 saat.*
          *Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (RM100.92 biliom) secara keseluruhan tempoh 24 jam.*
            *Acara beli-belah dalam talian selama 24 jam yang turut digelar “Singles’ Day” itu juga melakar rekod baharu dunia dengan GMV keseluruhan 6.9 bilion (RM4.14 bilion) yang dijelaskan melalui Alipay dalam tempoh satu minit 25 saat pertama sebaik sahaja bermula selepas jam 12 tengah malam.*

           *New Delhi: Seorang warga emas yang disangka mati mengejutkan ahli keluarganya apabila tiba-tiba bangun ketika mahu dimandikan pada majlis pengebumiannya, malah menjelaskan dia sekadar terlena.*
           *Daily Mail melaporkan, kejadian pelik itu berlaku di Jhunjhunu, Rajasthan, India apabila lelaki berusia 95 tahun yang pada mulanya disahkan mati oleh doktor, kembali hidup.*
        *Media tempatan melaporkan, Budh Ram pengsan di rumahnya sebelum keluarganya memanggil bantuan doktor ke rumah namun diberitahu lelaki itu meninggal dunia.*

           *OHIO, Amerika Syarikat: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditahan selepas drama kejar-mengejar dengan polis apabila dia melarikan kereta ibunya kerana berang Playstation dirampas.*
          *Dalam kejadian itu, budak yang tidak didedahkan identitinya kerana masih bawah umur, melarikan kereta SUV ibunya selepas mereka bertengkar.*
          *Seorang anggota polis yang ragu melihat kereta berkenaan di luar bangunan ditinggalkan pada jam 11 malam pergi menyiasat, menyebabkan budak itu memecut kenderaan berkenaan, lapor Fox News.*
          *Lebih berbahaya apabila budak itu memadamkan lampu kenderaan yang dipandu dengan kelajuan 140 kilometer sejam, malah turut memasuki laluan bertentangan.*

           *MANILA: Mahkamah antirasuah Filipina mengarahkan bekas wanita pertama negara itu, Imelda Marcos ditahan selepas memutuskan beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah ketika pemerintahan suaminya, bekas Presiden Ferdinand Marcos.*
          *Imelda, 89, yang terkenal dengan koleksi ribuan kasut, barang kemas dan lukisan, menghadapi puluhan tuduhan rasuah sejak Marcos digulingkan pada 1986.*
          *Mahkamah mengarahkan Imelda, kini Ahli Kongres, menjalani hukuman penjara antara enam hingga 11 tahun bagi setiap kesalahan melakukan tujuh pemindahan wang berjumlah $200 juta ke akaun bank di Switzerland ketika beliau menjadi Gabenor Manila.*

          *Islamabad:Seorang kanak-kanak kecil terpaksa melalui satu pengalaman menakutkan apabila jatuh terperangkap di dalam lubang sedalam enam meter dengan diameter cuma 25 sentimeter selama empat jam sebelum berjaya diselamatkan.*
           *Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa, Muhammad Adeeb mengejar bola sebelum jatuh terperosok ke dalam lubang itu di sebuah kawasan pedalaman di Punjab, Pakistan.*
         *Kejadian itu disaksikan sepupunya berusia empat tahun, Usama yang bergegas pulang mendapatkan bantuan.*

            *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam, berkata cadangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron bahawa Erpah patut menubuhkan tentera sendiri sebagai perlindungan daripada musuh termasuk AS sebagai ‘penghinaan’.*
         *”Amat menghina, mungkin Eropah patut membayar sumbangannya kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terlebih dahulu yang banyak ditaja AS,” kata Trump menerusi Twitter, ketika tiba di Perancis untuk bertemu Macron.*
           *Selasa lalu, Macron berkata, Eropah memerlukan tentera sebenar untuk mengurangkan kebergantungan kepada AS dalam bidang pertahanan.*

         *JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia, kelmarin berkata mereka sudah menghentikan operasi mencari mangsa nahas pesawat yang mengorbankan semua 189 penumpang dan kru, namun akan terus mencari kotak hitam kedua dan perakam suara kokpit penerbangan Lion Air itu.*
           *”Tiada lagi lokasi untuk dicari dan kami sudah tidak lagi menjumpai mayat mangsa. Kami akan mengehadkan operasi kepada pemantauan sahaja,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat nasional (Basarnas), Muhammad Syaugi.*

           *SEOUL: Tujuh penghuni sebuah kompleks studio tiga tingkat maut manakala 11 lain cedera dalam satu kebakaran awal pagi di ibu kota ini, kata pihak berkuasa bomba.*
         *Walaupun Korea Selatan dianggap negara maju dari segi teknologi dan bangkit menjadi negara ekonomi terbesar ke-11 di dunia, ramai penduduknya masih bergelut meneruskan kehidupan.*
          *Golongan berpendapatan rendah sering tinggal dalam bangunan studio kecil yang satu ketika dulu menjadi pilihan pemohon menyiapkan diri menghadapi pelbagai peperiksaan kerajaan, dikenali sebagai goshiwon, atau pusat peperiksaan.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *GOMBAK: Wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika membersihkan halaman rumahnya di Sungai Tua, Batu Caves di sini, Khamis lalu.*
           *Difahamkan, ketika kejadian jam 8 pagi itu mangsa berusia 70 tahun dirempuh kereta Perodua Bezza dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang terbabas memasuki kawasan rumah wanita berkenaan.*
            *Terdahulu, tular satu rakaman video kejadian berdurasi 56 saat yang menunjukkan seorang wanita membersihkan kawasan depan sebuah rumah.*
          *Tiba-tiba muncul kereta Perodua Bezza dari arah depan yang hilang kawalan dan terbabas ke arah kawasan rumah berkenaan.*

           *BERITA kematian bayi berusia 11 bulan yang maut didera secara fizikal dan seksual mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam perlakuan itu.*
           *Menerusi laporan Harian Metro di laman Web mengenai kejadian itu yang dikongsi lebih 3,000 perkongsian dan lebih 1,800 komen di Facebook, netizen meluahkan kemarahan mereka terhadap perbuatan keji laporan itu sejak dimuat naik kira-kira 11 malam tadi.*
              *Seorang pengguna Facebook, Raiden Agie Puwengen berharap pengasuh bayi berkenaan yang dipercayai terbabit dengan kes itu mendapat hukuman setimpal.*

           *KUALA TERENGGANU: Baru saja berusia seminggu, namun Kafe Bas Masjid al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) menerusi menu istimewa yang disediakan iaitu telur power menjadi fenomena dan kegilaan pelanggan di negeri ini.*
             *Hidangan telur power yang diilhamkan oleh Tajudin Ismail, 62, dari Kampung Gong Pasir, Dungun sejak 20 tahun lalu sememangnya sudah terkenal terutamanya di Dungun.*
          *Apa yang membuatkan menu berkenaan istimewa ialah kerana ia telur separuh masak yang dicampur tujuh jenis herba termasuk halia bara dan dihidangkan pula bersama madu semestinya secara tradisional mempunyai khasiatnya tersendiri termasuk memanaskan badan ketika musim hujan.*

          *PERBUATAN menyebarkan isu atau pemasalahan setempat di laman sosial tidak mendatangkan sebarang manfaat, sebaliknya lebih baik maklumat itu disalurkan kepada wakil rakyat atau pusat khidmat bagi membolehkan tindakan segera diambil.*
            *Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha sebaik mungkin menyediakan kemudahan asas untuk rakyat, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.*
              *“Di Kampung Bayor misalnya, tular di laman sosial kononnya 22 keluarga berdepan masalah bekalan elektrik baru-baru ini tanpa pihak yang menyebarkan perkara itu mengetahui fakta sebenarnya.*
          *”Ia tidak benar sama sekali kerana kemudahan asas seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan air terawat sebenarnya sudah lama disediakan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di Balai Ringin, semalam*

         ♂ *AKTIVITI perjumpaan semula sekumpulan lelaki lembut di Pantai Batu 9 di Port Dickson, yang tular dalam media sosial kelmarin, mengundang kebimbangan orang ramai.*
           *Kenyataan yang dimuat naik pengguna Facebook menerima pelbagai reaksi negatif netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu.*
             *Tinjauan NSTP pagi smlm mendapati tiada sebarang aktiviti dijalankan di pantai terbabit kerana dipercayai kumpulan ini sudah meninggalkan kawasan ini lewat petang semalam.*

          *PEMILIK cap dagangan jenama beras yang diciplak, Serba Wangi (KL Sdn Bhd) meminta pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membeli jenama produk berkenaan.*
           *Pengurus Jualannya, Keng Tee Khoon berkata, untuk memastikan keluaran beras berkenaan jenis asli, terdapat perbezaan pada kualiti beras walaupun mereka menggunakan bungkusan yang sama.*
         *”Beras tiruan yang menggunakan jenama kami adalah sedikit hancur dan menggunakan campuran beras tempatan dan beras import.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


         *EPL RESULT: LIVERPOOL 2 FULHAM 0, CHELSEA 0 EVERTON 0, ARSENAL 1 WOLVERHAMPTON WANDERERS 1, MANCHESTER CITY 3 MANCHESTER UNITED 1*

          *LONDON: Pemain sayap Leicester City, Marc Albrighton menyatakan pasukan itu “secara emosinya penat” selepas seminggu yang mana mereka ke Thailand bagi majlis pengebumian mendiang bekas pemilik mereka dan kemudian kembali ke stadium yang mana beliau meninggal dunia untuk berdepan Burnley, awal pagi smlm.*
          *”Setiap orang di sini secara emosinya kepenatan,” kata Albrighton selepas seri 0-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris. “Fikiran dan kaki anda penat, daripada setiap perkara yang berlaku. Ia satu daripada perlawanan paling sukar saya lalui sebagai pemain.”*
            *Pemain Leicester memberi penghormatan terakhir kepada bilionair Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha, seorang daripada lima yang terkorban dalam nahas helikopter sebaik selepas perlawanan terakhir kelab itu.*

          *KUALA LUMPUR: Thailand terus menjadi 'mimpi ngeri' buat Malaysia apabila skuad futsal lelaki negara terpaksa akur tumbang 2-4 di tangan juara bertahan itu, pada pentas akhir Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, smlm.*
              *Ini sekali gus menyaksikan anak buah Chiew Chun Yong gagal membalas dendam kekalahan 4-3 di pentas final edisi tahun lalu di tangan lawan sama, yang turut menafikan pingat emas Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).*
            *Malah, penantian Malaysia untuk merangkul kejuaraan itu berterusan dengan mereka perlu berpuas hati apabila meraih gelaran naib juara buat kali kedua berturut-turut.*

          *KUALA LUMPUR: Ketiadaan watak pemusnah di jentera depan membimbangkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi kedua Kumpulan A, menentang Laos dalam kempen Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.*
          *Selepas menang tipis 1-0 ke atas Kemboja pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Khamis lalu, Cheng Hoe membayangkan bakal melakukan rombakan terutama di bahagian serangan.*

          *KUALA LUMPUR: Reputasi juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melonjak apabila muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara (ASEAN) selepas menghuni tangga ke-23, Ranking Kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).*
           *Menerusi laman sesawang www.footyrankings.com, JDT konsisten mengutip mata selepas terbabit dalam saingan Piala AFC dan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), sekali gus menghimpun 48.70 mata sepanjang empat tahun lalu.*

          *KERAJAAN neger mengumumkan insentif RM10,000 dan satu lot tapak rumah kepada setiap pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak selepas kejayaan memenangi Piala Malaysia, baru-baru ini.*
          *Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insentif itu adalah inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai semua pemain dan pegawai pasukan bola sepak itu yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun.*
        *Katanya, insentif itu tidak termasuk yang diberikan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan ia adalah inisiatif kerajaan negeri sendiri.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
12. 11. 2018

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2018 01:26 PM | Show all posts
Berita Harian Online
7 mins ·

Suspek 'Boy Tiger' atau nama sebenarnya Khairul Izaini Khairuddin, 31, yang diburu polis kerana mendera anak tirinya sampai mati akhirnya di tahan polis hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2018 01:31 PM | Show all posts
BERNAMA
1 hr ·

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 oleh dua penjamin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 13 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 5 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#spm2018*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:56, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:22, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:11*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *KABINET sudah membuat keputusan yang jelas mahu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya segera melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Maszlee dinasihatkan supaya segera mencari pengganti yang bersesuaian untuk jawatan berkenaan.*

                 *SELEPAS empat hari menghilangkan diri, suspek dikenali sebagai Boy Tiger yang menjadi buruan polis akhirnya ditahan ketika melawat isterinya di Hospital Kajang, jam 11 pagi smlm. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek dikatakan mahu melawat isterinya, 20, yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan anak.*

                 *SERAMAI 14 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap sehingga menyebabkan seorang pemuda 21 tahun maut, ditahan reman tujuh hari hingga Ahad ini.*

                 *UMNO Kedah melahirkan rasa kesal dan terkilan atas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak Datuk Ku Rahman Ku Ismail yang bertindak keluar parti itu sekali gus menjadi wakil rakyat bebas dengan menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) smlm. Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya sangat berdukacita dengan tindakan ADUN berkenaan.*

                  *WANITA maut manakala anaknya cedera ringan selepas motosikal ditunggang mereka bergesel dengan lori di Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Pahang berhampiran Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, smlm. Dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, mangsa, Halilah Mat Musa, 53, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala anaknya, Zulfianshah Syaifullah, 18, hanya cedera ringan.*

                 *PENGHULU kampung yang baru pulang menghadiri program hari keluarga terkejut mendapati rumahnya dipecah masuk di Kampung Asam Jawa, Belawai, Mukah semalam. Sumber memberitahu NSTP, mangsa yang berusia 70 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya.*

                 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pusat jagaan kanak-kanak dikendalikan syarikat dan individu bagi mengelakkan kejadian kematian akibat didera pengasuh atau ahli keluarganya berulang pada masa hadapan.*

                 *WANITA warga emas parah terkena tembakan senapang buatan sendiri jenis bakakuk dilepaskan anak lelakinya ketika cuba menghalang suspek menembak adiknya di hadapan rumah mereka di Kampung Berayong, Telupid, Beluran, semalam. Dalam kejadian 9 pagi itu, Rinah Dansik, 60, cedera di lengan serta dada kiri dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan dan dilaporkan stabil.*

                 *KEGIATAN judi dalam talian yang semakin meruncing dan berani beroperasi secara terbuka menggunakan pelbagai aplikasi berpunca daripada kelompangan perundangan. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia adalah antara kekangan yang perlu ditangani kerajaan supaya penyelesaian tuntas berupaya dicapai.*

                 *MAYAT lelaki yang terbabit dalam kejadian kejar mengejar dengan anggota polis sebelum terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lalu, ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada 11.50 pagi, smlm.*

                 *SEORANG bayi perempuan yang mengalami masalah jantung diterbangkan menerusi penerbangan ihsan ke Institut Jantung Negara ( IJN) Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan jantung segera, smlm. Penerbangan ihsan oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jam 11.10 pagi itu membawa Aisha Hana Humaira Mohd Fattah, tiga bulan ke IJN Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan.*

                 *“CUMA tiga saat memisahkan saya daripada maut apabila tiba-tiba alang kayu dan bumbung dapur rumah ranap sejurus melangkah keluar dari bilik air, semalam,” kata Afiqah Mohamad, 24.
Dalam kejadian jam 7.30 malam, sebanyak 17 rumah di empat kampung iaitu Kampung Matang Paku, Matang Bonglai, Kampung Pida 7 dan Pida 8 rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat.*

                 *“SAYA pandang perkara ini (memberi rasuah) satu (kesalahan) yang serius. Walaupun kecil (jumlah), kita mahu didik masyarakat, tak mahu masyarakat kita rosak. Lain kali tak mahu buat lagi (memberi rasuah).” Begitu teguran Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Kamarudin Kamsun terhadap dua tertuduh yang didakwa memberi rasuah sebanyak RM50 kepada penjawat awam.*

                 *ISTERI bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan tuduhan baru di mahkamah membabitkan kes projek solar hibrid bagi sekolah di Sarawak, minggu ini. Difahamkan, pertuduhan akan dibuat terhadap Rosmah dalam waktu terdekat kerana peranannya dalam projek itu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.*

                 *EMPAT beradik termasuk termasuk bayi perempuan berusia setahun terselamat selepas terjatuh ke dalam laut apabila rumah atas air didiami mereka di Jambatan Sembilan, Kampung Sim-Sim, di Sandakan, roboh petang semalam.*

                 *MISTERI bau busuk dari bilik sewa di sebuah rumah kedai di Jalan Satok, Kuching terungkai selepas mayat seorang lelaki ditemui tergantung, malam semalam. Mayat lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun itu ditemui dalam keadaan hampir reput, jam 9.45 malam.*

                 *AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan hadir sepanjang persidangan ke-15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, minggu ini. Speaker DUN Datuk Seri Syed Abas Syed Ali ketika berucap pada pembukaan sidang berkenaan, smlm berkata bekas ketua menteri itu tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.*

                 *Temerloh: Polis sudah mengambil keterangan tiga petugas termasuk pemilik sebuah rumah kebajikan anak yatim milik swasta di sini, berhubung dakwaan berlaku penderaan dan gangguan seksual. Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, selain itu pihaknya mengambil keterangan 29 penghuni rumah berkenaan yang berusia lima hingga 16 tahun.*

                 *Jitra: Dua kru sebuah syarikat penerbitan drama dan filem tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu dan heroin di Bandar Darulaman, bulan lalu.*

                 *TIGA blok membabitkan 32 kedai di tapak lama Uptown Shah Alam di Seksyen 24, Shah Alam, terbakar kira-kira 5 pagi smlm. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Shah Alam, Penguasa Bomba Kanan I Yusri Basri berkata, blok pertama dan kedua hangus 100 peratus, manakala blok ke tiga terbakar 50 peratus.*

                 *POLIS Daerah Seri Alam dalam usaha mengesan lelaki yang disyaki menikam isterinya dalam kejadian di pasar raya dekat Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor Bahru, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Norazam Shaari berkata, dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa wanita berusia 21 tahun cedera ditikam di bahagian leher, bahu dan dada menggunakan pisau pemotong sayur.*

                 *AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tiba di Kompleks Mahkamah Kangar untuk proses pendakwaan berhubung kes cabul remaja 15 tahun, smlm. Bekas menteri itu tiba pada 8.20 di perkarangan mahkamah dengan menaiki kereta Toyota Hilux diiringi lima kereta lain masuk ke bahagian parkr mahkamah.*

                 *PERINTAH berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir smlm dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-101. Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dilanjutkan mulai esok hingga 27 November yang berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi.*

                 *KANAK-KANAK lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan kesakitan apabila jari telunjuk tangan kanannya tersangkut pada lubang sinki di rumahnya di Alor Setar, malam smlm. Berikutan itu mangsa dibawa ahli keluarganya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bersama lubang penutup sinki berkenaan untuk meminta bantuan.*

                  *REMAJA lelaki yang dilaporkan sesat selepas terpisah daripada kumpulan ketika aktiviti mendaki di hutan berhampiran Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat ditemui selamat, jam 2 petang smlm. Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin mangsa, Amirul Rashid Mohd Aminadahallah, 16, dikatakan bersama 40 pelajar dan guru pengiring terbabit dalam aktiviti berkenaan sebelum disedari hilang.*

                  *SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, smlm atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, bulan lalu. Tertuduh Choon Wei How, 42, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Majistret Wong Chai Sia.*

                 *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet supaya penanaman pokok ketum di negara ini diharamkan sekali gus mengelak penyalahgunaan tanaman itu daripada terus berleluasa.*

                 *LIMA penduduk di Kampung Batu 10, Hulu Langat yang terperangkap akibat banjir diselamatkan pasukan bomba, smlm. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung mangsa yang terperangkap melalui mesej menerusi WhatsApp dan status yang dimuat naik mangsa di Facebook pada 7.30 petang.*

                 *JAMBATAN Ulu Rokan menyeberangi Sungai Gemencheh di Kilometer 3.5 Jalan Gemencheh-Dangi, Tampin runtuh akibat peningkatan paras air dan arus deras selepas hujan lebat selama beberapa jam, smlm. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian 7.30 malam itu menyebabkan laluan kedua-dua arah di jalan berkenaan terpaksa ditutup bagi kerja baik pulih.*

                 *POLIS menahan lelaki di Lapangan Terbang Sibu, smlm bagi membantu siasatan kes godam e-undi sehingga menjejaskan proses pemilihan PKR Cabang Julau, semalam. Suspek berusia 44 tahun yang juga pakar teknologi maklumat (IT) berasal dari Subang Jaya, Selangor itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sibujaya pada 9.45 pagi ketika mahu menaiki penerbangan pulang ke ibu negara.*

                 *KUALA LUMPUR: “Api terbabit muncul secara tiba-tiba membakar pelbagai peralatan dalam rumah. “Kejadian itu berlaku berulang kali dan pernah dalam sehari enam kali terjadi kebakaran di dalam rumah sehingga merisaukan kami sekeluarga,” kata Mazlan Hashim, 40, berhubung kejadian aneh yang berlaku di kediamannya di Kampung Masjid Baru, Asahan, Melaka.*

                 *ALOR GAJAH: Ketam suri atau lebih dikenali sebagai ketam bunga di perairan Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah yang semakin berkurangan menyebabkan nelayan terpaksa menjualnya melalui sistem tempahan. Jumlah tangkapan ketam yang kian berkurangan sejak dua tahun lalu menyebabkan sistem jualan terus kepada pelanggan tidak lagi dipraktikkan, sebaliknya ia perlu dibuat melalui sistem tempahan kepada nelayan tempatan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


         *JAKARTA: Polis Indonesia mengesan kegilaan terbaru remaja, terutama di Jakarta yang sanggup minum air rebusan tuala wanita terpakai untuk khayal sebagai pilihan lebih murah berbanding dadah.*
            *Jakarta Post melaporkan, perbuatan jijik mereka itu dikesan selepas polis melakukan penahanan di Jakarta, Bekasi, Jawa Barat dan Kudus, Jawa Tengah.*
          *Polis mendapati beberapa remaja yang ditangkap itu melakukan eksperimen berkenaan dalam usaha untuk khayal.*
              *Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan, Suprinarto berkata, kandungan klorin di dalam air rebusan itu boleh memberi perasaan khayal dan halusinasi, sama seperti mengambil dadah tertentu.*

         *TOKYO: Apabila ibu Akihiko Kondo enggan menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya yang berlangsung di sini baru-baru ini, tiada siapa yang terkejut dengan keputusan beliau, kerana bakal menantunya adalah wanita ‘hologram’.*
         *”Bagi seorang ibu, tiada ada yang perlu diraikan,” kata Kondo, 35, mengulas mengenai pasangannya, iaitu penyanyi realiti maya, yang dikenali sebagai Hatsune Miku.*
         *Malah, sebenarnya tiada seorang pun ahli keluarga Kondo yang menghadiri majlis perkahwinannya dengan Miku, remaja berusia 16 tahun yang memiliki mata sepet dan rambut panjang berwarna hijau laut itu.*

         *NEW DELHI: Pasukan pemantau keselamatan penerbangan semalam, menggantung lesen juruterbang kanan, Air India selama tiga tahun, selepas beliau gagal dua ujian kandungan alkohol dalam badan sebelum menerbangkan pesawat dari New Delhi ke London.*
            *Arvind Kathpalia yang juga pengarah operasi syarikat penerbangan itu, pernah berdepan masalah yang sama sebanyak dua kali sebelum ini.*
           *Beliau digantung tugas selama tiga bulan pada 2017 selepas enggan menjalani ujian kandungan alkohol.*

         *JAKARTA: Indonesia akan mengemukakan laporan awal siasatan insiden pesawat Lion Air terhempas pada 28 atau 29 November ini.*
           *Perkara itu diumumkan ketua jawatankuasa keselamatan pengangkutan (KNKT), Soerjanto Tjahjono smlm.*
            *Kemalangan itu mengakibatkan 189 penumpang dan anak kapal terkorban.*
         *”Sebulan selepas kemalangan itu, KNKT akan membentangkan laporan awal siasatan dan kami akan memuat naik maklumat itu di internet,” katanya pada satu sidang media, di sini.*

         *California: Jumlah korban akibat kebakaran hutan di California mencecah 25 orang semalam, termasuk dua mangsa di Selatan California dengan mayat mangsa kebanyakannya ditemui rentung dalam rumah dan kereta.*
              *Menurut pihak berkuasa, kira-kira 110 orang dikhuatiri hilang sejak kebakaran hutan yang digelar Camp Fire itu, bermula empat hari lalu.*
               *Sebahagian besar mangsa yang terbunuh ialah di Daerah Butte, termasuk sembilan mayat yang ditemui di bandar Paradise dan dua mayat ditemui dalam kereta di Selatan California.*

              *London: Berlian seberat hampir 19 karat, belian koleksi merah jambu kedua dilelong dalam masa dua tahun, dijangka meraih harga sehingga AS$50 juta (RM209.2 juta) apabila dilelong di Geneva, minggu depan.*
            *Pakar barang kemas di Christie, Jean-Marc Lunel, berkata berlian berkenaan, Pink Legacy, akan dilelong pada 13 November ini, dianggar bernilai antara AS$30 juta (RM125.5 juta) hingga AS$50 juta.*
               *”Ia antara berlian merah jambu paling indah pernah diserahkan untuk dilelong. Berlian itu adalah batu permata gred tertinggi bagi ketumpatan warnanya,” katanya.*
          *Menurut Christie, berlian merah jambu yang beratnya melebihi 10 karat amat jarang ditemui dan sehingga kini, hanya ada empat berlian melebihi 10 karat pernah dilelong.*

          *KETUA siasatan di akhbar Turki, Turkish Daily Sabah memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa kata-kata terakhir Jamal Khashoggi adalah: “Saya lemas. Cabut beg ini dari kepala saya. Saya adalah seorang klaustrofobia,” menurut audio yang dirakam di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul.*
          *Klaustrofobia adalah keadaan di mana seseorang amat takutkan kepada ruang yang sempit.*
             *Wartawan Arab Saudi itu lemas sehingga meninggal dunia, ketika beg plastik digunakan untuk menutup kepalanya, kata Nazif Karaman kepada Al Jazeera.*
            *Karaman berkata, pembunuhan itu berlangsung kira-kira tujuh minit, menurut rakaman itu.*

           *GELANDANGAN lelaki yang menggunakan troli beli belah bagi menumpaskan penyerang berpisau di Melbourne berdepan tuah tidak disangka pabila dihujani derma melebihi A$50,000 (RM151,146) hasil sumbangan orang ramai.*
           *Michael Rogers, dikenali sebagai Lelaki Troli di media sosial melanggar berulang kali penyerang terbabit, Hassan Khalif Shire Ali yang sebelum itu menyerbu ke arah polis selepas menikam tiga mangsa lain menyebabkan seorang daripada mereka maut, Jumaat lalu.*
               *Aksi berani Rogers berjaya dirakam beberapa saksi dan berjaya dijejaki media tempatan serta persatuan kebajikan untuk diwawancara tidak lama selepas kejadian.*


*TULAR / POPULAR*
================


            *TINDAKAN zalim dan berbahaya. Demikian komen daripada Pos Malaysia berkenaan tindakan individu tidak bertanggungjawab menghantar ular sawa batik yang dimuatkan di dalam kotak menggunakan perkhidmatan Pos Laju.*
           *Jurucakap Pos Malaysia ketika dihubungi berkata, tindakan itu juga berisiko dan mengancam keselamatan petugas Pos Malaysia dan orang awam selain menjejaskan operasi syarikat.*
         *Beliau berkata, pihaknya maklum mengenai penularan di laman sosial yang memaparkan beberapa gambar bungkusan Pos Laju berlabel 'kasut bola' namun didapati mengandungi ular hidup.*

           ♂ *POLIS menafikan penyebaran gambar beberapa lelaki bogel yang tular, hari ini mempunyai kaitan dengan aktiviti pertemuan semula sekumpulan lelaki lembut di Pantai Batu 9, Port Dickson, kelmarin.*
          *Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, gambar yang dimuat naik di Facebook itu bukan dirakamkan di tepi pantai di daerah ini.*
              *”Gambar itu sebenarnya membabitkan sekumpulan peserta pesta sukan bogel di tepi pantai di Pulau Pinang beberapa tahun lalu dan mereka sudah pun didakwa di mahkamah.*

           *SHOPBACK, platform pulangan tunai atas talian yang memiliki rakan kongsi lebih 500 kedai ’online’ di Malaysia mendapati trafik Internet meningkat lima kali ganda ketika jualan khas 11.11 semalam berbanding aliran trafik hari biasa.*
         *Laman e-dagang, fesyen, produk kecantikan dan pelancongan menjadi tumpuan rakyat negara ini menurut Shopback.*
          *Secara keseluruhannya, lima vendor mencatatkan prestasi memberangsangkan iaitu Lazada, Taobao, 11street, Shopee dan Zalora.*
         *Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata, masa paling aktif pembelian ialah pada jam pertama iaitu 12 tengah malam hingga 1 pagi:*
  
          *“SAYA bukan lupa lirik, tapi tak dengar muzik di ‘ear monitor’. Jadi, saya susah agak masa bila nak nyanyi,” jelas penyanyi Zamani mengenai persembahannya menerusi lagu Dekat Padamu pada separuh akhir Gegar Vaganza 5 (GV5), kelmarin.*
           *Zamani, 47, atau namanya Zamani Ibrahim berkata, dia bagaimana pun tidak mahu menyalahkan tenaga produksi sebaliknya menganggap ia kesalahan diri sendiri.*
             *Persembahan pertama Zamani itu mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan pengguna laman sosial hingga ada beranggapan dia akan tersingkir.*

          *PENYANYI rock terkenal era 90-an, Rahmad Tohak atau Rahmad Mega membuat kejutan untuk anaknya apabila tampil menyanyi di pentas sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan, kelmarin.*
          *Rahmad tampil pada hari kedua konvokesyen yang turut menyaksikan anak sulungnya, Suhazmi Amrin, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik).*
          *Kehadiran Rahmad menyanyikan lagu Bayangan Gurauan di pentas itu turut mengejutkan orang ramai kerana lazimnya, persembahan hanya dibuat oleh penghibur yang dipilih pengurusan universiti.*

           *SIRI Pameran Hartanah MyRumah anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) buat julung kalinya diadakan di negeri Perak.*
           *Pameran siri kelima dan terakhir untuk tahun ini bakal menemui orang ramai di pusat beli-belah AEON Mall Ipoh Klebang bermula 10 pagi hingga 10 malam selama tiga hari mulai 16 hingga 18 November ini.*
              *Pengurus Besar Pengiklanan NSTP, Roche Chew, berkata lima pemaju dan satu syarikat bukan pemaju akan menyertai pameran itu dengan lebih 1,000 unit kediaman ditawarkan untuk dijual.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *PRAGUE: Republik Czech muncul juara Piala Fed buat kali keenam dalam masa lapan tahun selepas pemain beregu nombor satu dunia, Katerina Siniakova menewaskan pemain Amerika Syarikat, Sofia Kenin 7-5, 5-7, 7-5 dalam aksi maraton di depan penyokong sendiri.*
                *Dalam aksi berlanjutan tiga jam 45 minit itu, Katerina tangkas menahan asakan lawannya yang berusia 19 tahun bagi membolehkan Czech meraih kemenangan 3-0.*
               *Sejurus tamat perlawanan, Katerina berpelukan kegembiraan bersama rakan sepasukan sambil diraikan 14,500 penyokong yang memenuhi setiap ruang di Arena 02.*

           *KUALA LUMPUR: Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menjadi penyelamat apabila meledak dua gol untuk Malaysia bangkit mengatasi Laos 3-1, dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.*
           *Ia jaringan ketiga penyerang berpengalaman itu yang turut dikenali sebagai Mat Yo, selepas meledak gol tunggal menewaskan Kemboja 1-0, di Phnom Penh pada perlawanan pembukaan, Khamis lalu.*

           *KUALA LUMPUR: Pengendali skuad hoki negara, Roelant Oltmans mengumumkan senarai 18 pemain yang akan beraksi di Piala Dunia Bhubaneswar, petang smlm dengan sasaran melepasi saingan kumpulan maut.*
             *Malaysia diundi di dalam Kumpulan D, bersama Belanda, Jerman dan Pakistan - dengan semua pasukan itu pernah bergelar juara dunia.*
           *Kejohanan yang dijadualkan berlangsung mulai 28 November ini bakal menyaksikan Malaysia membuka tirai saingan berdepan Belanda pada 1 Disember.*

          *KUALA LUMPUR: Adam Norrodin bakal menjalani pembedahan di bahagian lutut terlebih dulu sebelum diikuti dengan bahu selepas menerima pandangan pihak pakar Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC).*
         *Minggu lalu, pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu dilaporkan akan menjalani pembedahan di bahagian bahu dan dalam tempoh enam minggu kemudian melakukan pembedahan kedua di lutut.*

          *KUALA LUMPUR: Semangat penyerang skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak tetap berkobar untuk beraksi di Liga Jepun apabila dijadualkan terbang sekali lagi ke negara matahari terbit itu untuk menjalani ujian bersama kelab Fagiano Okayama.*
           *Meskipun dirinya cuba didekati tiga pasukan dari Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim depan, Hadi menjelaskan ketika ini tumpuannya lebih terarah mendapatkan kontrak bermain di luar negara.*

          *KUANTAN: Mohd Nidzam Jamil dilantik ketua jurulatih baharu pasukan FELDA United FC, bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.*
           *Pengesahan perlantikan Nidzam - yang juga bekas pemain kebangsaan untuk mengemudi skuad The Fighters disahkan pengurus kelab itu, Mohd Nasir Embong.*
             *”Saya sahkan Nidzam yang bertindak selaku penolong jurulatih FELDA United musim ini diberi tanggungjawab selaku ketua jurulatih musim depan.*

          *IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) secepat mungkin bagi membincangkan pemberian insentif kerajaan negeri yang diumumkan semalam.*
            *”Saya akan jumpa pengurusan PAFA, kami mahu segera berikan insentif itu. Kita kerajaan berteraskan al-Quran, bila sudah berjanji, kena beri cepat," katanya.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 12:51 PM | Show all posts
Berita Harian Online
31 mins ·

Parlimen:

Isteri gemar membeli belah, suami tidak suka isteri makan dalam kereta antara faktor kadar penceraian tinggi pasangan muda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 12:53 PM | Show all posts
Berita Harian Online
1 hr ·

Parlimen:
Kementerian Pendidikan Malaysia kekurangan lebih 2,000 guru Bahasa Inggeris
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:04 PM | Show all posts
Syd replied at 13-11-2018 12:51 PM
Berita Harian Online
31 mins ·

adoi kelakarnya la... mcm2 sebab nak bercerai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 01:10 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 13-11-2018 01:04 PM
adoi kelakarnya la... mcm2 sebab nak bercerai

dah berbulu ataih bawah
ingatkan dah matang otak
bila nak kawin tu

senang kawin
senang cerai
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:13 PM | Show all posts
Syd replied at 13-11-2018 12:51 PM
Berita Harian Online
31 mins ·

Aku pun tak suka orang makan dalam kereta. Nanti lipas bersarang dalam aircond kereta dan menyebabkan bau busuk. Ni isu serius tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2018 01:25 PM | Show all posts
insulin replied at 13-11-2018 01:13 PM
Aku pun tak suka orang makan dalam kereta. Nanti lipas bersarang dalam aircond kereta dan menyebab ...



tambah la sikit lagi.

muka lawa tapi pengotor.

tapi ini mmg selalu jumpa. ampunnnn.

kereta macam tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:33 PM | Show all posts
Syd replied at 13-11-2018 01:25 PM
tambah la sikit lagi.

muka lawa tapi pengotor.

Selalunya i nampak family car yang penuh barang. Tak mengapa pun sebenarnya.

Yang jadi masalah kalau kereta berbau. Jadi tak selesa dibuatnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 14 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 6 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#spm2018*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:57, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:22, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:11*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                  *TUN Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan mereka yang berdepan tuduhan salah laku dan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mendapat perbicaraan yang adil berlandaskan undang-undang negara. Perdana Menteri berkata, ini termasuklah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut menghadapi pertuduhan itu.*

                  *SULTAN Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap tuntutan golongan liberal, yang turut mendapat sokongan daripada segelintir pemimpin beragama Islam, sedangkan pemikiran liberal ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.*

                  *JADUAL peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diawalkan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober bermula 2019. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenal sistem jadual peperiksaan anjal atas faktor logistik, cuaca serta kebajikan pelajar.*

                  *PEMBENTANGAN pindaan tiga akta yang bersifat penahanan mengekang dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini atau selewat-lewatnya Mac tahun depan. Perundangan itu membabitkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)*

                  *BEKAS Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya akibat masalah paru-paru berair. Adiknya Abdul Lazam berkata, Zainuddin hampir pengsan ketika berada di rumahnya di Presint 10, Putrajaya, semalam lalu dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dimasukkan ke wad biasa.*

                 *POLIS menafikan kes lelaki yang memasuki tandas wanita di Pantai Penyabong dekat Mersing, ada kaitan dengan unsur jenayah. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing sebaliknya berkata, kejadian itu membabitkan orang kurang upaya (OKU) yang tersilap masuk tandas. Betul ada laporan polis dibuat. Kes silap masuk tandas... tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.*

                 *KEMENTERIAN Pendidikan akan memperkenalkan elemen antirasuah dalam mata pelajaran Sivik di sekolah bermula pertengahan tahun depan. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, subjek berkenaan akan diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah selain diperkenalkan di peringkat prasekolah dalam bentuk penerapan nilai murni.*

                 *HUKUMAN mati mandatori bagi pelaku jenayah bunuh dengan sengaja adalah antara 32 kesalahan yang akan dipertimbangkan untuk dimansuhkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, pemansuhan hukuman mati kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia itu turut terpakai kepada kes kematian bayi berusia 11 bulan, Jumaat lalu.*

                 *SEORANG tekong darat yang mengambil upah RM100 bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibawa masuk ke negara ini, berjaya ditahan polis bersama enam warga Myanmar, semalam. Serbuan jam 8.35 pagi oleh Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7C) Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan itu di sebuah rumah di Taman Darulaman Jaya, Bandar Darulaman, Jitra.*

                 *SUSPEK disyaki terbabit dera anak tiri sampai mati dikenali sebagai ‘Boy Tiger’, direman selama tujuh hari bermula smlm hingga 19 November depan. Perintah reman dikeluarkan Majistret Haslinda A. Raof sebaik suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang, 11 pagi.*

                 *KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggubal kurikulum pelajaran baharu yang dijangka dapat dilaksanakan pada penghujung 2020 atau awal 2021. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan bergantung kepada nasihat daripada Jawatankuasa Dasar dan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).*

                 *BEBERAPA nama tokoh terkenal antarabangsa bukan kalangan ahli politik dikenal pasti sebagai calon Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang baharu, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik. Maszlee, yang dilaporkan bersetuju melepaskan jawatan Presiden UIAM yang mencetuskan kontroversi itu, berkata nama-nama calon berkenaan akan dipersembahkan kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.*

                  *BENGANG tidak menerima gaji, lelaki tergamak mahu memukul bapanya menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Kuala Terengganu, kelmarin. Bukan itu sahaja, suspek berusia 24 tahun itu dipercayai mengugut mahu menikam ahli keluarga lain. Sumber berkata, pada kejadian 7.15 pagi itu, suspek dikatakan mengamuk selepas bapanya berusia 50-an tidak memberi wang gaji.*

                  *BUAYA yang dipercayai cuba membaham seorang lelaki Indonesia di Kampung Selalang, di Sarikei, sebelum ini, mati ditembak, semalam. Pada kejadian 6 pagi itu, reptilia sepanjang 3.9 meter dengan berat 300 kilogram itu ditembak menggunakan senapang patah oleh pemilik kolam udang.*

                  *SEORANG bomoh dekat Seri Iskandar memberi alasan mengambil dadah kerana mahu menambah tenaga dan mengekalkan stamina untuk mengubat orang. Ia berikutan rumah lelaki berusia 52 tahun itu sering dikunjungi orang ramai untuk berubat sehingga awal pagi. Lelaki itu antara sembilan individu dipercayai penagih dadah yang ditahan anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak Tengah.*

                  *DIPENGGAL kepala sekiranya ada lelaki lain. Itu igauan ngeri wanita yang diugut oleh bekas kekasihnya di restoran di Jalan Nort Yu Seng, Miri, petang Jumaat lalu. Dalam kejadian pada 4 petang itu, mangsa berusia 20 tahun menerima ugutan berkenaan yang ditulis di atas kertas.*

                 *Kuala Lumpur: Golongan gay disaran supaya tidak mengikut nafsu semata-mata dan kembali ke fitrah asal kerana menyukai hubungan songsang menyimpang dengan norma kehidupan manusia. Pakar psikologi Universiti Malaya Prof Madya Dr Mohd Awang Idris berkata, agak sukar untuk mengesan atau mengenal pasti kecenderungan seorang kanak-kanak lelaki yang menyukai kaum sama.*

                 *BUAYA Jenjulung yang muncul berdekatan Empangan Sungai Bernam, Hulu Bernam sejak tiga minggu lalu sudah ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) jam 8 pagi smlm. Nelayan Shaharin Samsuddin, 59, berkata buaya bermuncung tirus dan panjang itu ditangkap dengan menggunakan tali sebelum ditarik naik ke tebing sungai.*

                 *PENCEROBOHAN nelayan asing ke perairan Kuantan yang semakin berani menghampiri kawasan pesisiran pantai untuk mengaut segala hasil laut, menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan. Perkara itu dibangkitkan oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Kuantan, Alif Hussin ketika sesi dialog pada Program Ramah Mesra bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang Bersama Nelayan Kawasan Indera Mahkota, di Dewan Orang Ramai Balok, Kuantan.*

                 *JABATAN Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan menetapkan 15 pusat peperiksaan gantian di seluruh negeri sebagai persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Timbalan Pengarahnya Abdullah Mat berkata, pihaknya sudah menetapkan 10 sekolah di daerah Kota Bharu, dua di Pasir Mas dan masing-masing sebuah di Tumpat, Jeli dan Gua Musang untuk dijadikan pusat peperiksaan gantian.*

                 *SEMBILAN penumpang bas ekspres cedera apabila kenderaan itu merempuh bahagian belakang lori di Kilometer 97, Lebuhraa Pantai Timur 1 (LPT1), Lanchang, dekat Temerloh, awal pagi smlm. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian 1.15 pagi itu turut mengakibatkan pemandu bas dan pemandu lori serta kelindannya cedera.*

                 *Georgetown: Kartunis antarabangsa, Zulkiflee SM Anwarul Haque atau lebih popular dengan panggilan Zunar memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini semalam, memohon 20 karyanya yang dirampas polis ketika melakukan pameran di negeri ini dua tahun lalu dipulangkan.*

                 *SERAMAI 73 calon berkeperluan khas (CBK) antara 24,424 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pahang bermula smlm. Pengarah Pendidikan Pahang, Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, semua calon menduduki peperiksaan berkenaan di 227 pusat peperiksaan di seluruh negeri.*

                 *LELAKI tempatan dikhuatiri lemas selepas terjun dari tebing Sungai Golok berhampiran Rantau Panjang, semalam. Pada kejadian 8.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Sayuti Nawi, 38, dan berasal dari Kampung Slow, Batu 10, Rantau Panjang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa baru pulang ke rumah isterinya di Thailand.*

                 *PANIK kerana ketakutan menyebabkan seorang kerani akaun kerugian RM120,000 akibat ditipu selepas terperdaya dengan sindiket Macau Scam, semalam. Sebelum itu, lelaki berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon kononnya daripada pihak mahkamah yang meminta dia hadir untuk perbicaraan kes.*

                 *Kuala Lumpur: Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen yang dicari berhubung siasatan skandal 1Malaysia DeveIopment Berhad (1MDB) dikatakan sudah lari meninggalkan Malaysia. Memetik laporan akhbar antarabangsa, The Daily Mail, semalam , Stadlen, 39, dipercayai terbang ke London sebelum menuju ke lokasi lain tidak diketahui.*

                 *Kuantan: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam berkenan menamakan Perpustakaan Awam Pahang di Jalan Kemunting, di sini sebagai Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah. Tengku Abdullah bertitah, perpustakaan itu dinamakan sempena nama ayahanda baginda bagi memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada tahun ini.*

                 *Kuala Lumpur: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan keputusan rasmi pemilihan PKR kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Menurutnya, beliau masih menunggu keputusan JPP sama ada keputusan beberapa cabang yang tidak dapat diputuskan itu mahu diadakan semula pengundian atau apa-apa keputusan pada pengundian itu diterima atau sebaliknya.*

                 *KERAJAAN negeri Selangor mengenalpasti 142 kawasan berpotensi mengalami banjir kilat akibat fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac depan. Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata pihaknya turut menjangkakan 225 kejadian banjir kilat akan berlaku di kawasan terbabit sepanjang tempoh berkenaan.*

                 *PEJABAT Perkhidmatan Kebajikan Am Kunak mengesan ibu kandung kepada bayi yang ditinggalkan sejak tahun lalu bagi melengkapkan siasatan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Difahamkan, bayi lelaki yang kini berusia dua tahun ditinggalkan ibunya dikenali sebagai Sherry kepada jirannya untuk seketika dengan alasan mahu mencari pekerjaan.*

                 *“PATUTLAH hari ini saya teringat sangat pada ayah, rupanya dia nak pergi meninggalkan kami,” kata Fandy Safein, 35, selepas ayahnya maut dalam kemalangan di Kilometer 5.8, Jalan Dungun-Bukit Besi di Kampung Che Lijah, Dungun, malam smlm. Dalam kejadian 7 malam itu, Safien Sulaiman, 62, maut selepas motosikal Yamaha 125Z ditunggangnya dirempuh motosikal lain di tempat kejadian.*

                 *PEMILIK restoran dan isterinya parah ditetak beberapa kali dengan parang oleh lelaki tidak dikenali di rumah mereka di Taman Kobena, Johor Bahru, semalam. Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa Mohamad Omar, 67, yang juga pemilik Restoran Makanan Laut Remaja di Bandar Baru Uda dan isterinya, Masiah Osman, 61, tinggal berdua di rumah sebelum didatangi suspek.*

                  *SUSPEK yang menetak suami isteri di Taman Kobena, Tampoi, Johor Bahru, semalam dipercayai memasuki memasuki rumah mangsa melalui balkoni di tingkat satu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata, ia berdasarkan tiada sebarang kesan umpil atau pecah masuk. Malah katanya, tiada sebarang kesan selongkar pada mana-mana bahagian dalam rumah.*

                 *KUALA LUMPUR: “Air banjir naik setinggi hampir 1 meter dalam tempoh kurang sejam. Tiada apa boleh dilakukan selain berpindah,” ujar mangsa banjir, Zainuri Ahmad, 44, yang mendiami Kampung Datuk Keramat, di sini. Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, dia bersama lima ahli keluarga serta 13 penduduk lain ditempatkan di Dewan Persatuan Penduduk Datuk Keramat, di sini, susulan bencana yang berlaku.*

                 *Kuala Lumpur: Sering dihadiahkan maki-hamun selain dihujani kata-kata kesat. Itu situasi dihadapi segelintir penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan tugas menunda kenderaan sekitar ibu negara. Pegawai penguat kuasa DBKL, Zohani Rosol berkata, pihaknya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan konsep komunikasi dua hala dengan orang ramai sebelum bertindak menunda kenderaan itu.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka enam kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Ia termasuk berhubung dana Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Tabung Haji. Sumber berkata, Azeez dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membolehkan SPRM melengkapkan sebahagian siasatan terhadapnya.*

                 *ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas pembantunya sudah diberikan notis untuk hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini. Kedua-dua mereka dipanggil berhubung siasatan terhadap beberapa kes penyelewengan membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah di Sarawak.*

                 *KEMENTERIAN Pengangkutan menetapkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan bagi perkhidmatan rel di ibu negara dan bas RapidKL hanya boleh didaftarkan menggunakan MyKad dan MyTentera saja. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata peraturan itu bertujuan mengelak warga asing menikmati keistimewaan yang hanya diberikan kepada warganegara Malaysia.*

                 *WAKIL Rakyat pembangkang hari ini bangkit membantah tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang meminta laluan untuk mencelah semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH PKR-Port Dickson) membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, smlm. Mereka menganggap tindakan Lim itu sengaja mahu ‘mencuri’ masa Ahli Parlimen lain berbahas dan mencelah kerana beliau mempunyai masa yang panjang semasa sesi penggulungan minggu depan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *Brisbane: Seorang pekerja wanita yang mencucuk jarum di dalam buah strawberi yang menggemparkan Australia mungkin bertindak demikian kerana berdendam dan mahu syarikat tempatnya bekerja ditutup.*
           *Pendedahan itu dibuat ketika My Ut Trinh, 50, yang berasal dari Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Brisbane semalam.*
          *Trinh yang memohon seorang penterjemah Vietnam didakwa atas tujuh tuduhan mencemarkan makanan antara 2 hingga 5 September dengan niat untuk menyebabkan kerugian ekonomi.*

            *BEIJING: Pihak berkuasa siber China membuang 9,800 akaun media sosial daripada internet oleh penyiar berita bebas yang diputuskan telah menyiar isi kandungan sensasi, lucah dan membahayakan dari segi politik.*
             *Sejak beberapa tahun lalu, peraturan mengenai tapisan ‘online’ di China telah diperketatkan dengan rang undang-undang baru bertujuan menghalang penyiaran kandungan yang tidak boleh diterima.*
        *Dalam kenyataannya, Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) memberitahusatu kempen dilancarkan mulai 20 Oktober lalu telah ‘memadamkan akaun media sosial pihak yang menyebar maklumat berbahaya, memalsukan sejarah parti (Komunis), memfitnah wira dan menghina imej negara.’*

            *TEBING BARAT: Pasukan khas Israel membunuh seorang komander Hamas selepas cubaan operasi sulit untuk menculiknya penuh drama termasuk menyamar sebagai wanita, mencetuskan pertempuran yang mengakibatkan kematian dan kecederaan kedua-dua pihak, lapor media.*
               *Pihak berkuasa Palestin berkata, komander yang maut, Nourreddin Baraka terbunuh dalam kejadian itu.*
             *Tentera Israel mengesahkan pertempuran membabitkan senjata api berlaku malam kelmarin manakala Kementerian Kesihatan Palestin berkata, tujuh penduduk tempatan mati ditembak tentera Israel, lapor Daily Mail.*
            *Israel kemudian mengesahkan seorang askarnya mati manakala seorang lagi parah.*

            *Aden: Sekurang-kurangnya 149 orang, termasuk orang awam terbunuh dalam tempoh 24 jam sejak kelmarin, akibat pertempuran sengit antara tentera kerajaan dengan pemberontak Houthi di bandar pelabuhan Hodeidah, Yaman.*
             *kedua-dua pihak kini bertempur di jalanan dan kawasan perumahan dengan anggota pasukan bantuan menyatakan mayat, termasuk sekurang-kurangnya tujuh orang awam kelihatan bergelimpangan.*
             *AFP melaporkan, sumber perubatan dan hospital di Hodeidah menyatakan 110 gerila Houthi dan 32 askar kerajaan terbunuh dalam tempoh itu.*

            *KAMPALA: Sembilan pelajar maut dalam kebakaran yang melanda asrama sebuah sekolah menengah di selatan Uganda, awal pagi smlm.*
          *Jurucakap polis, Patrick Onyango memberitahu Reuters, kesemua mangsa adalah pelajar lelaki sekolah menengah St. Bernard Maya yang mempunyai kira-kira 130 penuntut.*
             *Sekolah itu terletak di daerah berhampiran sempadan Tanzania.*
           *Onyango berkata, pihaknya mengesyaki kebakaran itu dimulakan oleh sekumpulan pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah beberapa hari sebelum itu, akibat masalah disiplin.*

           *COX’S BAZAR (BANGLADESH)/YANGON: Puluhan keluarga Rohingya yang dimasukkan dalam senarai penghantaran pulang ke Myanmar, hujung minggu ini, menghilangkan diri dari kem tempat mereka berlindung, kata seorang ketua komuniti dalam pada Nyapyidaw bersedia menerima mereka semula.*
              *”Kebanyakan orang yang tersenarai sudah melarikan diri untuk mengelak dihantar pulang,” kata Abdus Salam, ketua Rohingya di kem Jamtoli, kira-kira 40 kilometer ke tenggara Cox’s Bazar, Bangladesh.*
         *Katanya, kebanyakannya melarikan diri ke kem berhampiran untuk mengelak dikesan dan dipaksa pulang ke Myanmar.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *“Saya berharap lebih ramai individu yang melakukan jenayah ini dibawa ke muka pengadilan. Kami mengambil tindakan ini bukan hanya untuk syarikat produksi sendiri, tetapi mewakili industri perfileman tanah air," kata pengarah Syamsul Yusof mengenai kemenangan Skop Productions Sdn Bhd membabitkan tuntutan saman ke atas individu yang memuat naik dan menyebar filem Munafik 2 arahannya di media sosial, smlm.*
              *Syamsul yang juga pengarah dan pelakon utama Munafik 2 berkata, dia berharap kemenangan itu akan membuka mata banyak pihak dan menjadi pengajaran kepada masyarakat.*
              *Mahkamah Tinggi Taiping smlm memerintahkan defendan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions.*

           *SELEPAS hampir dua bulan, kanak-kanak berusia 12 tahun dari FELDA Jengka 15, Maran, Muhammad Thaqif Syahiran Jamzuri berjaya menyiapkan permainan komputernya yang dinamakan Myfps (Malaysia First Person Shooter).*
             *Terdahulu, kisah Muhammad Thaqif Syahiran menjadi tumpuan ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kemampuannya mencipta permainan komputer hampir setaraf dengan dibangunkan pencipta lain walaupun hanya bersekolah sehingga Tahun Lima.*

           *Vivo Malaysia melalui model telefon pintar, NEX muncul sebagai peranti pertama dengan kamera hadapan boleh sembunyi ‘pop up’ pada bahagian atas dan pengesanan cap jari dalam paparan untuk tempoh jangka panjang.*
            *Vivo NEX hadir dengan rekaan skrin menyeluruh yang dilengkapi paparan Ultra Fullview dengan nisbah skrin ke badan 91.24 peratus untuk memberikan pandangan yang lebih jelas dan terang.*
           *Tidak seperti telefon pintar lain, Vivo melakukan banyak eksperimen dan pelarasan sebelum secara rasmi melancarkan produk untuk memenuhi kehendak penggunanya selain mampu menyediakan persekitaran lebih selamat.*

          *LOS ANGELES : Stan Lee, pencipta barisan adiwira untuk siri komik Marvel meninggal dunia pada usia 95 tahun, kata anak perempuannya semalam.*
            *Selain Spider Man, mendiang turut terbabit mencipta Iron Man, Hulk, Black Panther dan sering membuat penampilan khas dalam siri filem pecah panggung yang diadaptasi dari komik berkenaan.*
            *Sebagai seorang penulis serta editor, Lee adalah tunjang kemasyhuran komik Marvel pada tahun 1960an menerusi kerjasama dengan pelukis berbakat seperti Jack Kirby dan Steve Ditko, apabila mencipta barisan adiwira yang menarik minat pembaca muda.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Wayne Rooney menyatakan dia bangga untuk melakukan penampilan terakhir bersama England dan gembira buat pengurus Gareth Southgate memutuskan berapa lama dia beraksi menentang Amerika Syarikat, awal pagi Jumaat ini.*
             *Rooney, bekas bintang Manchester United, dalam satu komen video dikeluarkan oleh kelab Major League Soccer, DC United awal pagi smlm, menceritakan keghairahannya meraih penampilan ke-120 bersama England bagi aksi perpisahannya, perlawanan persahabatan menentang AS di Stadium Wembley.*
             *”Beraksi dalam skuad bagi perlawanan ini dan berjumpa beberapa bekas rakan sepasukan, bertemu Gareth dan staf kejurulatihan dan kemudian pastinya beraksi di Wembley buat kali terakhir satu saat hebat,” kata Rooney.*

          *LONDON: Kali terakhir Novak Djokovic bermain di O2 Arena dia tewas di tangan wira tuan rumah, Andy Murray yang menamatkan dominasi pemain itu kedudukan teratas kategori lelaki.*
          *Kini dia kembali ke ATP Finals awal pagi smlm selepas tidak menyertai edisi 2017 kerana kecederaan siku dan membuktikan pemain Serbia itu sekali lagi akan menjadi pemain utama.*
          *Pemain berusia 31 tahun itu yang mahu menyamai rekod Roger Federer dengan enam gelaran pada acara riben biru ATP, menampilkan persembahan baik untuk menjinakkan pemain Amerika Syarikat, John Isner yang membuat kemunculan pertama, 6-4 6-3.*

          *KUALA LUMPUR: Kejuaraan Motosikal Dunia 2018 semakin menghampiri penghujung saingan dengan perlumbaan akhir musim dijadual berlangsung di Grand Prix (GP) Valencia, hujung minggu ini.*
          *Tahun ini, Malaysia mempunyai wakilnya dalam kelas MotoGP menerusi Hafizh Syahrin Abdullah yang jelas mempamerkan prestasi positif pada musim pertamanya beraksi dalam kelas perdana itu.*
           *Dan, perlumbaan Pusingan 19 di Sirkit Ricardo Tormo, Ahad ini juga akan menjadi 'pentas pemisah' buat pasukan disertai Hafizh, Tech3 bersama pengeluar Yamaha selepas 20 tahun berganding bahu.*

          *KUALA LUMPUR: Penolong jurulatih Laos, Firdaus Kassim akur dengan kekalahan 1-3 di tangan Malaysia meskipun mendakwa pasukan tuan rumah bernasib baik kerana mendapat jaringan kontroversi pada aksi kedua Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.*
             *“Mengenai gol kedua saya tidak begitu pasti tetapi pemain saya menjerit gol itu terkena tangan (pemain Malaysia), agak mengecewakan. Bagaimanapun, pengadil perlawanan membenarkan jaringan kontroversi itu dan kami menerimanya," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.*

          *KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengharapkan pasukan Liga Malaysia (Liga M) lebih bijak dalam mengatur perancangan untuk menandatangani pemain import bagi musim depan.*
          *Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam menjelaskan, keputusan mereka membatalkan peraturan 18 seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pasukan bagi mendapatkan pemain import berkualiti, pada harga lebih munasabah.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2018 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
3 orang anak mansor yang akan menjawab soalan SPRM hari ini
All the best!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.201656 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list