CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9436|Reply: 28

Selepas 28 Tahun, Begini Keadaan Pelakon Cilik Dalam Home Alone Sekarang..

[Copy link]
Post time 31-10-2018 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Ingat lagi pelakon cilik, yang memegang watak sebagai Kevin McCallister dalam filem Home Alone? Bagi yang menggemari filem ini, sudah pasti anda begitu mengingatinya. Kepintaran dan kecomelannya dalam filem tersebut telah membuatkan  ramai yang menonton tidak pernah rasa jemu, walaupun berpuluh kali ditayangkan. Hal ini boleh dikatakan filem ini pernah mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton dan ia pernah menjadi fenomena.

Namun begitu, adakah anda mengenali  siapa kanak-kanak cilik ini?






Macaulay Carson Culkin lahir di New York pada 26 Ogos 1980. Ia merupakan anak ketiga dari tujuh adik-beradik. Ayahnya, Christopher Cornelius "Kit" Culkin adalah seorang pelakon dan ibunya, Patricia Berentrup bekerja sebagai operator telefon. Sebelum terkenal, Culkin dan keluarganya pernah tinggal di sebuah apartmen kecil. Namun, kehidupannya berubah apabila lakonannya di Home Alone dihargai oleh ramai orang. Malah dia berkesempatan bersekolah di Professional Children's School.



Culkin memulakan kerjayanya sejak umur 4 tahun. Pada masa itu, peranan yang diterimanya tidaklah terlalu besar sehinggalah dia memainkan peranan utama dalam filem Home Alone, dan dia semakin aktif berlakon dalam beberapa filem . Antara filem lakonannya, My Girl, The Good Son, The Nutcracker, Getting Even with Dad, dan banyak lagi.


Walau bagaimanapun, pada usia 15 tahun, Culkin memutuskan untuk berdiam diri dari dunia hiburan. Siapa sangka, ketika berusia 18 tahun, Culkin ternyata sudah menikah. Malangnya, perkahwinan itu berlangsung hanya dua tahun. Setelah itu, Culkin juga pernah menjalin hubungan dengan beberapa artis wanita. Kemudian, pada 17 September 2004,  Culkin pernah ditangkap atas kesalahan memiliki dadah. Hal ini telah menyebabkan dia telah dipenjarakan. Tetapi tidaklah terlalu lama kerana dia mendapat jaminan sebesar 4000 USD.[Sumber : Wikipedia/Macaulay_Culkin]


Tidak lama selepas itu, pada 2012 heboh mengatakan pelakon cilik ini di bawah ketagihan dadah dan coke yang sangat teruk. Akibat pengambilan barang terlarang itu, dikatakan hayatnya hanya tinggal 6 bulan sahaja lagi. Fizikalnya yang begitu kurus membuatkannya kelihatan begitu menyedihkan.



Culkin (2012)




Keratan akhbar. Sumber dari https://radaronline.com/



Namun sejak 2016, Culkin telah kembali pulih. Dia bebas dari barang terlarang itu. Dia kelihatan lebih beriisi dan tampan. Kini, Culkin masih lagi bergiat aktif dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon dan pemuzik.  Baru-baru ini Culkin telah hadir di American Music Award.





  



  



Ini adalah
Macaulay Carson Culkin yang terkini.



  

  

  



Untuk lebih lanjut, bolehla mengikuti perkembangan Culkin di akaun Instagram/@
culkamania
dan Twitter/@
IncredibleCulk
miliknya.  



Ada yang rindu dengan lakonannya? Nantikan kemunculannya dalam filem Changeland.  - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 11:34 AM | Show all posts
masa kurus tu dah macam iras2 arwah saleem iklim..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Syg sgtvdia ni.. Kalau x jd addict sure boleh mendunia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:15 PM | Show all posts
Sebabkan dadah mukanya nampak lebih tua dari usia.  Tekanan sebabkan ramai star child kurang berjaya hingga dewasa berbanding zaman kanak2 mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Langit tidak selalu verah{:freak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib dia da berubah...hope jgn la get back to drugs!!!!jahanam hidup..syg ko comel sgt masa kecil dulu...stay healthy kevin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Sebabkan dadah mukanya nampak lebih tua dari usia.  Tekanan sebabkan ramai star child kurang berjaya hingga dewasa berbanding zaman kanak2 mereka.

kalau pencuri tu nak balas dendam. sekarang la masanya. tiada lagi rambut terbakar. kaki kena paku. muka kena bulu ayam
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:55 PM | Show all posts
ternyata orang kalu clean dadih nampak berisi..mohon sape2 yg da mendadih tu tolong la lawan balik nafsu nk mendadih tu..kurus sebab dadih is ugly yachhh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 01:22 PM | Show all posts
elok berisi.. cam muka kanak2 balik.. mase kurus mendadih tu tua sesangat nampak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 01:46 PM | Show all posts
sayangnya lahai terlibat ngn pkra terlarang..hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 01:51 PM | Show all posts
heols , lindsay , xtina - selebriti kanak2 yg ada prob dgn ayah. Kacau sket hidup deyols.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 31-10-2018 12:55 PM
ternyata orang kalu clean dadih nampak berisi..mohon sape2 yg da mendadih tu tolong la lawan balik n ...

like zaman uols ... kesian tgk dah kurus keding
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik da brubah, comel sungguh zmn kecik beliau
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:34 PM | Show all posts
Heols kurus kering tu dah serupa bapak bapak umur 50an
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:36 PM | Show all posts
comel masa dia kecik..suka tgk dia dlm home alone, walau umur kami hampir sebaya
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 03:18 PM | Show all posts
gigahertz replied at 31-10-2018 12:38 PM
kalau pencuri tu nak balas dendam. sekarang la masanya. tiada lagi rambut terbakar. kaki kena paku ...

hahahaha adui x pasal2 i tertrowback cite home alone tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 04:31 PM | Show all posts
he looks better now...masa tengah addicted tu macam mayat hidup
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:42 PM | Show all posts
gini lah nasib child star... makpak bercita2 tinggi letak beban menanggung family kat bahu anak yg masih kecil. dewasa sebelum usia. last2 kalau tak mendadah, jd sex toy.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya lah Peminat cerita dia, semua episod dah tgok. Hari tu pnh nk cover citer pasal dia tp takjadi. Tertiba awk dah cover. Good job beb!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu2 asal Christmas memang tv3 suka ulang tayang home alone nie.. Tpi tak pernah rasa jemu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.465071 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list