CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5456|Reply: 31

Rakyat Malaysia Paling Gemuk Di Asia Tenggara Dan 5 Puncanya, Anda Masuk Senarai

  [Copy link]
Post time 31-10-2018 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Umum tahu rakyat Malaysia telah diiktiraf sebagai penduduk paling gemuk di Asia Tenggara. Manakala, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula telah merekodkan seramai 44.2 peratus rakyat Malaysia mengalamai obesiti dan masalah berat badan.




Foto: Viptrulum




Kanak-kanak di Malaysia juga antara yang paling gempal dengan catatan berat badan melebihi 10 peratus dari peratusan obesiti sebanyak enam peratus.


Macam mana nak tahu anda obesiti atau tidak? Mari semak senarai berikut!




1. Anda mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran berat badan ideal.


2. Indeks Jisim Badan (BMI) anda melebihi 30. Anda boleh kira BMI anda dengan formula ini. Tapi, formula ini tidak boleh digunakan jika berusia kurang dari 18 tahun dan lebih dari 65 tahun, sedang hamil atau anda seorang atlet/aktif.








3. Anda mengalami beberapa masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis (diabetis).


4. Paling ketara, anda gagal kekalkan berat badan anda dalam jangka masa panjang walaupun dah cuba bermacam-macam jenis diet disarankan pakar pemakanan.




Apa yang menyebabkan perkara ini terjadi? Kami senaraikan juga antara faktor yang menjadi penyebabnya.









1. Genetik


Pernahkah anda lihat satu keluarga yang semuanya bertubuh besar atau gemuk? Ada kajian mengatakan, gemuk boleh diwarisi melalui genetik keturunan sesebuah keluarga yang dipanggil sindrom Prader-Willi.




2. Pemakanan


Ini antara sebab yang paling munasabah berkaitan masalah berat badan dan gemuk ni. Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan dari semua kaum di Malaysia termasuk makanan segera. Mana nak dapat makan rendang setiap hari selain Hari Raya kalau bukan di Malaysia?



3. Semanis-manis Gula


Makanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat boleh meningkatkan paras gula dan hormon dalam darah. Bila anda ambil terlalu banyak gula, makin banyak insulin terhasil untuk merembeskan paras gula anda. Lama-kelamaan, paras gula akan menjadi tidak stabil, mudah lesu, kurang bertenaga dan akan mengambil makanan manis untuk menambah tenaga, lantas menyebakan berat badan naik dan berisiko berpenyakit.




4. Kurang Bersukan


Ini salah satu penyebab utama masalah obesiti dan berat badan. Terlalu memanjakan diri dengan cara tidak melakukan sebarang pengerakan senaman boleh menyebabkan lemak terus berkumpul di badan anda. Jadi, janganlah hanya melepak di hadapan televisyen atau 'menghadap' telefon bimbit saja, okey?



5. Pengaruh Emosi


Ramai antara penghidap obesiti dan masalah berat badan terganggu secara psikologi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal. Berasa malu dengan keadaan bentuk fizikal tubuh juga boleh memberi kesan kepada emosi.




Cara pemakanan dan bersukan perlu stabil untuk memastikan tubuh badan dalam keadaan baik. Jika ada yang tidak kena dengan diri anda, cepat-cepatlah ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan. Sayangi diri anda dan ingatlah ada yang masih menyayangi diri anda. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la kurus, takdelah kena tekan bawah pusat baru keluar kote.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuk is awesome. Kau rasa??
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:56 PM | Show all posts
Kawan2nya pun dengan yang sama saiz je atau dikalangan ahli keluarganya pun sama obess  mananya dia nak perasan yang dia tengah obess.  Melainkan dia luaskan sedikit pergaulan dan tambah kenalan luar dari kelumpuk kebiasaannya mungkin masa tu dia akan perasan akan permasaalah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:46 PM | Show all posts
ada 1 lagi faktor
-> AIS <-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 12:38 PM | Show all posts

Hahaha. Ini lain macam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2018 12:38 PM | Show all posts
besarkecik replied at 31-10-2018 01:20 PM
Elok la kurus, takdelah kena tekan bawah pusat baru keluar kote.

Opss. Susah kalau macam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 12:40 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 31-10-2018 02:56 PM
Kawan2nya pun dengan yang sama saiz je atau dikalangan ahli keluarganya pun sama obess  mananya dia  ...

Kadang bila dengan orang2 yang macam dia, dia rasa secure tapi bila dia dengan orang2 yang kurus atau tak sama dengan dia mungkin boleh ganggu emosi dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2018 12:41 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 31-10-2018 02:10 PM
Gemuk is awesome. Kau rasa??

Of course. Tapi kalau sihat lagi awesome.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:11 PM | Show all posts
BMI iols normal pun lemak dah mula bercambah dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:37 PM | Show all posts
Paz sangat hati-hati dengan makanan. Tapi sekali Paz terbabas makan, begitu mudah BMI menjadi overweight.

Masalah terbesar Paz makan ikut emosi. Bila stress kunyah, eh salah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:42 PM | Show all posts
I suka sgt makan so utk offset intake, I suka juga bersenam. Selepas 4 anak, BMI masih normal 21.3 gitu....syukur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:06 PM | Show all posts
mieymiey replied at 1-11-2018 02:11 PM
BMI iols normal pun lemak dah mula bercambah dah ni

Mohon exercise cepat2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:07 PM | Show all posts
paz replied at 1-11-2018 02:37 PM
Paz sangat hati-hati dengan makanan. Tapi sekali Paz terbabas makan, begitu mudah BMI menjadi overwe ...

Hahaha. Main emosi juga makan ni ye Paz. Kena betul2 kawal emosi kalau nampak makanan lepas ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 03:08 PM | Show all posts
juruterra replied at 1-11-2018 02:42 PM
I suka sgt makan so utk offset intake, I suka juga bersenam. Selepas 4 anak, BMI masih normal 21.3 g ...

Good for u. 4 anak masih dalam range BMI yang normal itu dah dikira terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 03:42 PM | Show all posts
besarkecik replied at 31-10-2018 01:20 PM
Elok la kurus, takdelah kena tekan bawah pusat baru keluar kote.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 04:05 PM | Show all posts

Sedang dalam proses
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 04:08 PM | Show all posts

Good. Best of luck!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
iols tak masuk senarai gemuk

meols suka makan tapi makan nasi sekali sehari saja, separuh pinggan yach..tak koser nak satu senduk ke satu cawan ke..meols lapar
lain2 tu pandai bajet sendiri la..bak kata porumer kat atas tu kena offset..makan banyak, kena la burn excessive calorie jugak..baru tak gemuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2018 04:25 PM | Show all posts
MeghanK replied at 1-11-2018 04:09 PM
iols tak masuk senarai gemuk

meols suka makan tapi makan nasi sekali sehari saja, separ ...

Betul tu. Setuju sgt. Kena balance makan dan exercise tu. Ada yang cakap, apa yang kita makan (kalori) tu la yang perlu kita usahakan untuk exercise.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.074981 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list