CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3514|Reply: 25

Terdesak Cari Nicole, Lelaki Satukan 246 'Nicole' Yang Akhirnya Jadi Sekumpulan

[Copy link]
Post time 31-10-2018 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Apa akan anda lakukan jika dapat berkenalan mesra dengan seorang gadis menawan, tetapi nombor telefon yang diberikan kepada anda tiada dalam perkhidmatan? Adakah anda akan mencuba sedaya upaya mencari gadis itu semula?






Kredit Foto: CNN




Itulah yang berlaku kepada Carlos Zetina, mahasiswa University of Calgary. Beliau berkenalan dengan seorang gadis cantik bernama Nicole yang berasal dari Holland, tetapi apabila beliau cuba menghubungi nombor yang diberikan kepadanya, nombor itu tiada dalam perkhidmatan!




Kredit Foto: Twitter




Tidak berputus asa, Carlos menyemak senarai email mahasiswa University of Calvary yang bernama Nicole dan menghantar email memperkenalkan dirinya kepada 246 orang yang kesemuanya bernama Nicole termasuk pensyarah, Dekan dan kakitangan universiti.




Giphy



Tidak cukup dengan ejaan Nicole, Carlos juga memasukkan nama yang hampir sama seperti Nicolette dan Nickie dalam pencariannya.




Kredit Foto: Twitter




Malangnya, pencarian Carlos untuk 'Nicole dari Holland' tidak berjaya. Bagaimanapun, usaha Carlos itu berjaya menyatukan kesemua 246 'Nicole' di Universiti berkenaan.


Mereka telah berhubung sesama mereka, menubuhkan kumpulan WhatsApp dan menganjurkan majlis makan bersama. Mereka juga ada kumpulan Facebook dengan nama unik #NicolesFromLastNight.




Kredit Foto: Twitter






Kredit Foto: The Star




Apa pula yang terjadi dengan Nicole dari Holland? Rupanya, selepas kumpulan FB itu menjadi terkenal, Nicole yang dicari-cari pula muncul.


Nicole kini sudah kembali ke Holland dan menyatakan beliau hanyalah pelajar pertukaran dan ketika berbual dengan Carlos, beliau belum menghafal nombor barunya jadi beliau telah tersalah ketika menulisnya di atas sehelai kertas. Oleh kerana beliau juga hanyalah pelajar sementara, beliau tidak ada alamat email University of Calvary.




Kredit Foto: Facebook



"Saya sangat gembira bergabung dengan kumpulan Nicole di Facebook" katanya yang mengakui sudah berhubung dengan Carlos, tetapi mereka hanya berkawan sahaja.


Bagi Carlos pula, beliau senang berkawan dengan Nicole sebab teman wanitanya sebelum ini juga bernama Nicole! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahhhaahaha so sweet. A for effort man!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 02:01 PM | Show all posts
Good effort man!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice one, Carlos and all the Nicoles
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:09 PM | Show all posts
wowwww uniknya ehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 02:24 PM | Show all posts
Aku bayangkan gigih si Carlos ni copy paste alamat satu persatu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 02:26 PM | Show all posts
Dah pernah baca and I sincerely believe Nicole sebenar tu sengaja bagi number phone salah pada si Carlos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 02:28 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 31-10-2018 02:26 PM
Dah pernah baca and I sincerely believe Nicole sebenar tu sengaja bagi number phone salah pada si Ca ...

Oh maksudnya dia nak mengelak dihubungi aka tak minat dgn Carlos lah ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL.. Ko dah kenapa Carlos?

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:30 PM | Show all posts
nice story there
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 02:32 PM | Show all posts
sinalegna replied at 31-10-2018 02:28 PM
LOL.. Ko dah kenapa Carlos?

Dia dah makan tak kenyang mandi tak basah tidur tak kenyang tu ...
Mesti nak carik Nicole jugak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:35 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 31-10-2018 02:28 PM
Oh maksudnya dia nak mengelak dihubungi aka tak minat dgn Carlos lah ni?

Tak adalah Nicole direct bagi statement gitu. Giler nak blurt out terus-terang gitu bila citer ni dah viral, mau dia kena kecam kejam . Hunch iols je ni tapi hatiku kuat merasakan Nicole tidak meminati Carlos
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:45 PM | Show all posts
amboi gigih ko carlos
nak jugak si nicole tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 03:31 PM | Show all posts
bestnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 31-10-2018 02:35 PM
Tak adalah Nicole direct bagi statement gitu. Giler nak blurt out terus-terang gitu bila citer ni  ...

I pun rasa gitu..kalo carlos hensem kompom nicole dh serah diri tanpa berlengah lg..lulz
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok ke carlos tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2018 04:06 PM | Show all posts



ini kot ikut google lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:10 PM | Show all posts

mana? adakah kau sendiri tak sanggup nak tengok gambar carlos? hahaha
ada macam dingdoong dantes laki marian rivera tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 04:14 PM | Show all posts
besarkecik replied at 31-10-2018 04:10 PM
mana? adakah kau sendiri tak sanggup nak tengok gambar carlos? hahaha
ada macam dingdoong dantes  ...




Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:17 PM | Show all posts

gambar sahih ke atau hasanah?
tapi kalau ni Carlos nya, Nicole cuma kena pandai cuci Carlos supaya nampak wangi.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.122269 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list