CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2310|Reply: 15

Peguam Berdegil Mahu Jadi Model Di Usia Senja, Apa Puncanya?

[Copy link]
Post time 31-10-2018 05:56 PM | Show all posts |Read mode






Peguam dari London, Diana D'Aloisio, 59, memutuskan untuk memulakan kerjaya baru sebagai model selepas menginjak usia emas.


Apa yang Diana cuba lakukan adalah menunjukkan kepada industri fesyen bahawa wanita berusia lebih daripada 30 tahun juga boleh berfesyen.


Memperjuangkan industri yang dikatakannya mengamalkan diskriminasi umur, Diana mahu jenama fesyen mengetahui bahawa mereka sangat rugi kerana telah kehilangan pasaran yang amat menguntungkan.


Sekarang, terdapat lebih 20 juta yang berusia 55 tahun iaitu satu pertiga daripada keseluruhan penduduk di United Kingdom. Mereka menyumbang kira-kira 47 peratus daripada semua perbelanjaan dalam UK, jadi semua jenama pakaian telah mengabaikan pelanggan yang berpotensi ini.





Foto: Metro UK




“Mereka salah kerana fikir bahawa pakaian hanya direka untuk remaja dan mereka dalam lingkungan usia 20-an. Ia seolah-olah wanita zaman saya tidak mempunyai cita rasa untuk berfesyen.

“Industri fesyen dan kecantikan meminggirkan orang yang berumur sedangkan kami telah melabur sebagai pelanggan setia selama bertahun-tahun. Saya ingin membuat perubahan bahawa umur tidak penting dalam dunia pemodelan.

"Saya mahu membuat orang merasa bahawa jika saya boleh memakai pakaian ini, begitu juga mereka,” katanya kepada Metro.co.uk.





Foto: Metro UK





Selepas ditolak pelbagai agensi pemodelan, Diana memutuskan bahawa cara terbaik adalah untuk beralih ke media sosial dan memulakan akaun Instagram di mana dia memakai pakaian kegemaran dan memberi tip kepada pengikutnya.


Sejak membuka akaun itu, dia akhirnya mendapat tawaran untuk beberapa jenama kecil, namun Diana masih belum terbuka hati untuk menjadi model jenama tersebut.

“Saya mempelawa syarikat pengeluar pakaian untuk bekerjasama dengan kami bagi mengalu-alukan wanita yang berusia. Ia sekali gus membuat kami berasa seperti dikehendaki.

"Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menggunakan model-model seusia kami dalam pengiklanan anda,” tambah Diana mengenai harapannya.


Siapa saja individu di Malaysia tidak kira sama ada dari kalangan selebriti, tokoh masyarakat mahupun orang biasa yang sudah memasuki 5 series dan masih mengancam tubuh serta gayanya? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
@noraidil_06 should u consider changing ur profession???? Owh.. tp u belum senja lah... sis bgtau jerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 31-10-2018 07:02 PM
@noraidil_06 should u consider changing ur profession???? Owh.. tp u belum senja lah... sis bgtau je ...

Hahahahah.jom bergabung meletop.
Jadi loyer pn sangap je ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 31-10-2018 07:03 PM
Hahahahah.jom bergabung meletop.
Jadi loyer pn sangap je ni

Sangap tang mana #eh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik lah wpun dah 59 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ya pun belajar la pose ala model sikit.. Takde gaya langsung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tebayang iklan susu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik... ok.. go.. chase your dream

Kalau gemuk kepam... tu x sedar diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 12:36 PM | Show all posts
59 pun nampak cantik lagi..okla tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:46 AM | Show all posts
mohon agensi modeling amik la si mamasawan mak retis jadi model warga emas Malaysia..kalu x habis dicirit sume ig retis2 semata2 nak dikenali ramai yachhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:12 PM | Show all posts
chicozinn replied at 5-11-2018 11:46 AM
mohon agensi modeling amik la si mamasawan mak retis jadi model warga emas Malaysia..kalu x habis di ...

hahahaah tingat outfit mamasawan dia bercuti japan tuhh hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:33 PM | Show all posts
Zaien replied at 5-11-2018 12:12 PM
hahahaah tingat outfit mamasawan dia bercuti japan tuhh hahahahha

meollss lak teringat asyik melompat kat uk tu..eeewww sangat
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:38 PM | Show all posts
chicozinn replied at 5-11-2018 12:33 PM
meollss lak teringat asyik melompat kat uk tu..eeewww sangat

hahahahah mamasawan is gayatttt
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:47 PM | Show all posts
ok la slain mamasawan mohon agensi modeling amik mamatinpaki untuk jadi model warga emas memandangkan mamatinpaki penah jadi ratu cantik dulu..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak2 retis blh joinlah... alang medonia.. eh sapa mak2 retis yg suka mendonia eh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lbh suka warga emas ni pakai biasa2 sudah la tp kemas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.069562 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list