CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14264|Reply: 77

Alif Satar Jawab Dia Kini Berubah Bukan Kerana Duit, Tapi ...

[Copy link]
Post time 1-11-2018 12:55 PM | Show all posts |Read mode





"Kau bukan tak handsome, kau cuma takda duit."



Dengan tiba-tiba media sosial dipenuhi dengan perbandingan gambar Alif Satar ketika muda dengan gambar terkini. Ramai yang terkejut dengan perubahan fizikal Alif bermula dengan gaya rambut, wajah serta bentuk badannya yang agak biasa-biasa satu ketika dahulu.


Oleh itu, ramai yang menyatakan penampilan Alif sekarang adalah hasil pendapatannya dalam industri seni hingga membolehkan dia berubah menjadi lebih kacak atau dengan kata lebih mudah, kuasa 'wang'. Bagaimanapun Alif tidak bersetuju dengan pendapat tersebut lalu menangkis dengan hujah penuh hikmah di laman Instagramnya.




Kredit foto: IG





Dalam statusnya Alif menjelaskan yang duit hanya berperanan sebanyak 10% sahaja dalam mengubah penampilan, manakala selebihnya adalah dipacu dengan semangat dalam diri sendiri serta hubungan dengan tuhan. Segala perubahan tersebut dipengaruhi dengan faktor umur dan kematangan untuk menjadi yang lebih baik.



Maklumlah, ketika itu usianya baru sahaja menginjak ke angka 16 tahun dengan segala anggota tubuh belum matang dengan sempurna, seperti masih memakai pendakap gigi dan muka dipenuhi jerawat. Malahan dia juga berasa rendah diri dengan keadaanya itu. Tetapi, sesuai dengan peredaran zaman, segala rasa negatif itu beransur-ansur hilang hingga dia menjadi seperti dirinya sekarang.



Ceritanya itu membuatkan ramai netizen melihat Alif Satar sebagai artis yang sangat 'cool' kerana tidak melatah ketika berhadapan dengan isu-isu yang agak memalukan. Malahan jawapan yang diberikan Alif juga sangat positif terutamanya kepada remaja yang mengalami saat-saat sukar ketika ini.









Kredit foto: IG




Bagaimananapun, tidak semua yang memandang perkara itu dari sudut positif kerana selain sikap positif, duit tetap memainkan peranan penting dalam kehidupan. Apatah lagi berhadapan dengan situasi ekonomi dan politik yang agak menekan, untuk cantik atau kacak memerlukan banyak perbelanjaan.





Kredit foto: IG



Walau apapun kata-kata netizen, semangat Alif dan nasihat yang ditujukan kepada mereka yang mengalami masalah serupa di luar sana perlu diberi kredit. Ini kerana setiap orang berhak mengecap kebahagiaan dan sentiasa positif. Tahniah Alif kerana menjadi artis yang memberi aura positif. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 12:57 PM | Show all posts
suka sangat alif satar... he is so clean...
effort yang akhirnya berbaloi...

iols idola dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa sy tgok mcm takde beza pun gambar lama dan baru tu ? Mcm takde perbezaan yg claim makin hensem seperti yg diperkatakan ??
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:58 PM | Show all posts
kepamnya dolu2
tapi skrg dah hensem, ai penah terserempak kat luar dia lagi hensem dari dalam tv
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:21 PM | Show all posts
keep it up Alif!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar lama tu sesuai lah dgn zaman tu..a few more years rupa beliau sekarang mungkin akan nampak kepam juga. Because style, grooming etc semua berubah ikut masa.

Tapi he is a very talented man and mzz suka dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg di anugerahkan bakat yg versatile
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu muka 16... budak sekolah lagi..
Zaman sekolah ramai hitam.. sukan
Habis sekolah.. ada duit.. grooming

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 01:37 PM | Show all posts
Takder yang berubah pun muka dia. Cuma dah nampak matang banding gambar lama tu. Nampak masih kebudak-budakan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ppuan ni maunya btiang2 pbezaan dulu dan skg.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
i suka dia ni intelligent and cool. untung wife dia...i can tell dia jugak jenis setia...hahahaha I can read people face! duh
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni romantik ngan bini dia. Jalan pegang tangan tak lepas. Nampak family dia kat curve
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Alif satar, mr versatile..
Mohon relevan for a long2 time
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada pandangan iols sama je before dan after tu. Cuma yg after tu nampak lebih wangi, well groomed, smart dan badan heols pun well built. Lagipun semua org at least ada berubah kot dari zaman remaja ke dewasa. Memang akan ada something change from your face and body. Unless kau surgery smpai drastic sangat perubahan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa dah beranak pinak ke dia...?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:14 PM | Show all posts
gambar rambut pacak tu dah macam isma alif pun ade...ahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2018 02:48 PM | Show all posts
good job alif. always cool.

mcm akim masa masuk af. lepas tu nampak la wangi sikit. skrg mcm busuk jer. mcm bbnu dik qiqim n mael. maybe sbb x groom rambut kot.haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:53 PM | Show all posts
Suke sngat dia ni dari zmn dia muda remaja smpi la dah beranak pinak nie...dia x la  ensem...tapi ` wow factor ' dia terserlah...kipidap alif!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu tak suka alif.skrg ni dah suka

Blh mengacara belakon nyanyi.sgt versatile
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 03:16 PM | Show all posts
gambaq dulu dh ada iras arif bahran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.220800 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list