View: 1851|Reply: 4
|
Doktor Racun Anak Sebelum Tembak Diri Sendiri
[Copy link]
|
|
Seorang doktor di sebuah hospital di United Kingdom membunuh anaknya dengan memberi racun sebelum menembak diri sendiri ketika mereka bercuti di Afrika Utara.
Memetik Mirror, Dr Vuyo Tame, 47, sebelum itu ada meninggalkan pesanan yang meminta ibu mangsa membakar mayatnya dan anak mereka, Noah, 9.
Mayat mangsa ditemui bersebelahan Dr Tame di dalam sebuah bilik Hotel Radisson Blu di Johannesburg pada 8 Januari lalu.
Ibu mangsa, Vicky Smith dalam keterangannya di Mahkamah Maidstone, Kent, berkata suspek ada meninggalkan pesanan sebelum bertolak ke Afrika Utara.
"Jika berlaku apa-apa kepada saya dan Noah, tolong bakar mayat kami dalam masa tiga hari dan taburkan abunya di pusara ayah kita," katanya.
Menurut Vicky, dia dan Dr Tame tinggal serumah pada 2008 sebelum menyedari dirinya hamil beberapa bulan kemudian.
Namun, sikap Dr Tame terhadapnya dikatakan semakin mendingin dan pelik selain seolah-olah enggan berkahwin apabila Vicky mengajukan soalan itu kepadanya.
"Dia meninggalkan saya ketika usia kandungan mencecah 18 minggu dan hingga kini saya tidak tahu mengapa dia memutuskan hubungan kami," katanya.
Suspek bertemu anaknya buat pertama kali ketika Noah berusia tiga minggu dan mereka berbalah mengenai nama keluarga siapa patut digunakan kanak-kanak itu sebelum bersetuju menggunakan nama keluarga Vicky.
Foto: Mirror
Dr Tame juga pernah meminta ujian DNA dijalankan ke atas Noah dan ia bukan kali pertama memandangkan suspek pernah melakukan perkara sama terhadap anak perempuannya dari wanita lain di Afrika Utara. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
waaaa comelnya budak tu..nak mati , mati sorang je lah..kenapa la poi bunuh budak tak bersalah tu sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Heloknya anak dia. Huhu ni nak balas dendam ke bapak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sian dapat bapak mental cam tu tak pasal2 nyawanya melayang |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya budak ni..
tak sempat dia besar.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|