CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3017|Reply: 12

Vlogger Britain, Rhys William Dicarut Oleh Anak Melayu P****K, Dah Kenapa?

[Copy link]
Post time 2-11-2018 04:44 PM | Show all posts |Read mode



Bahasa melambangkan bangsa. Begitulah yang diumpamakan kepada setiap individu di seluruh dunia. Apatah lagi Bahasa Melayu yang terkenal dengan keperibadian lemah lembut seharusnya menjadikan orang Melayu sebagai bangsa yang sopan santun.


Namun, apa sudah terjadi apabila anak Melayu sendiri yang menggunakan bahasa rojak, mencarut dalam perbualan seharian? Lebih memalukan lagi ialah golongan ini lah yang 'membahasakan' bangsa lain dengan bahasa carutan. Alangkah malunya Hang Tuah jika beliau dapat menyaksikan kecelaruan bahasa sebegini dituturkan seharian.





Kredit foto: Twitter





Blogger dari Britain yang menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua sejak 2013, Rhys William merantau ke berapa negeri untuk membuat ulasan mengenai makanan tempatan Malaysia. Sejak itu, dia mempelajari berbahasa Melayu daripada masyarakat setempat dan rakannya, Mat Dan.



Mengagumi gaya hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Rhys juga memuji bahasa Melayu yang disifatkannya sangat indah. Bagaimanapun, apabila ada anak Melayu yang mengherdiknya dengan bahasa yang tidak enak di dengar sehinggakan ada perkataan 'p****k' yang tidak diketahuinya, dan bila mengetahui maksudnya, ia sangat mengejutkan.



Setelah memuatnaik status di Twitter, ramai netizen memberitahu bahawa bahasa tersebut bukanlah daripada Bahasa Melayu, melainkan kerana sikap individu itu sendiri.






Membuat ulasan mengenai makanan di Malaysia - Carian Internet






"Bila tak makan babi pun, perangai mengalahkan binatang itu."



Ramai netizen memohon maaf bagi si pelaku tersebut yang sangat tidak beradab ketika memberikan sebarang komen, malahan berselindung di sebalik nama samaran. Mereka meminta Rhys supaya tidak mengambil hati terhadap kata-kata itu kerana ia hanya dilakukan oleh segelintir anak Melayu yang tidak bijak. Adibah Noor turut memberikan komennya.










Sentiasa dijemput sebagai tetamu di stesen televisyen tempatan - Carian Internet





"Malu la wei, Mat Salleh lagi berbudi daripada kau."



Hal ini membawa kepada sebab kenapa generasi sekarang semakin tidak berkualiti. Ini kerana mereka telah melupakan adab yang telah dipelajari dan juga pengaruh media sosial yang mudah sangat memberikan sebarang pendapat. Malahan, netizen juga memuji Rhys yang fasih berbahasa Melayu asli berbanding orang Melayu sendiri yang menggunakan bahasa rojak.





Kredit foto: Carian Internet



Tidak dinafikan bangsa Melayu terdahulu sangat terkenal dengan bahasa dan adabnya yang tinggi. Namun lama kelamaan ia semakin terhakis kerana pelbagai faktor. Jika bukan generasi kita yang memperjuangkan bahasa Melayu asli, siapa lagi yang boleh diharapkan? Tepuk dada, tanyalah selera. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
P*****k = m****r f****r
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti budak budak hingusan kelahiran PPRT.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 05:24 PM | Show all posts
jubei pekhun ? Nama macam cibai jer. Nampak sangat itu jubur pek hun menyamar sebagai melayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 06:39 PM | Show all posts
Memalukan tapi itulah hakikatnya sesetengah mereka zaman sekarang ni kalau ditegurkan nanti sentap.  Tapi tak ada rasa malu bila suka2 je megemburkan perkataan yang kurang baik sebagitu.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 09:36 PM | Show all posts
kt internet, ramai budak2 tk matang
cubela msuk forum yg login dgn ic/no tepon
nescaya tarak sapa ckp gtu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2018 04:17 AM | Show all posts
batmana replied at 2-11-2018 09:36 PM
kt internet, ramai budak2 tk matang
cubela msuk forum yg login dgn ic/no tepon
nescaya tarak sapa  ...

kan, teringat ada pepatah dulu

"Give man a mask,
and he'll show his true self"

irony kan
bila berhadapan, identiti terdedah, manusia pandai menikus dan alim-alim kucing
menyorok di sebalik topeng, nama palsu, akaun palsu, siapa aku siapa engkau, lidah setajam pisau, jari-jemari laju menaip membunuh dan menyembelih manusia lain di alam maya

Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
bak kata Ben Ladin
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia carut kat Mat Saleh tu sebab mat saleh tu cubit teloh dia kot..Tu yang marah sangat tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh biar la dia. Dia minat belajar bahasa kita dah patut syukur. Kang dia lebih minat belajar bahasa indo pastu kwn2 matsaleh dia pun teruja hujung2 bahasa indo mendunia kau juge meroyan. Kesian rhys ni. Suka tgk dia. Elok je bahasa dia.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak siapa lah tu {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 08:40 AM | Show all posts
semakin maju negara, semakin canggihnya teknologi, semakin hebatnya tamadun manusia,

maka...

semakin mundurlah akhlak, semakin pincanglah agama, semakin rosak budi bahasa, semakin hancurlah kemanusiaan.

terpaksa telan walaupun pahit... dan disebabkan itu banyak tamadun-tamadun terdahulu hancur dan sekarang kita juga menuju ke arah kehancuran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:21 PM | Show all posts
alahai.. bg aku bangga kot omputehh blajar ckp melayu..
blaja budaya adat smua.. ok je kan..
yg truk sgt jubu jibei ni pehal meroyannn?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Memaki sikit2, lama2 terjadi habit. Diri sendiri jugak malu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062586 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list