Siapa tidak kenal dengan siri animasi popular di Malaysia seperti Boboiboy dan Upin & Ipin kan? Selalu kita dapat dengar suara comel setiap watak dalam siri animasi tersebut dan pasti tertanya-tanya, siapakah di sebalik suara tersebut bukan?
Sumber foto : arieeoke.blogspot.com
Sumber foto : whatson.astro.com.my
Orang yang memberikan suara mereka pada watak dalam siri animasi seperti itu digelar sebagai pelakon suara. Berbeza dengan alih suara, pelakon suara menyiapkan dahulu lakonan suara mereka, dan barulah animasi dibuat. Alih suara pula memasukkan suara pada animasi sedia ada atau telah siap.
"Terbaekkkk~"
"betul, betul, betul "
Itulah trademark yang sering diungkapkan oleh watak Boboiboy dan Upin & ipin. Selalu dengar kan? Jom lihat siapa pemilik suara comel itu.
Sumber foto : hmetro.com.my
Nur Fathiah Diaz, dilahirkan pada 22 Oktober 1999, melakonkan watak Boboiboy sejak dia berusia 12 tahun lagi sehinggalah sekarang. Fathiah mengatakan suaranya dalam boboiboy adalah suaranya yang sebenar.
Dia mula menceburkan diri sebagai pelakon suara sejak berumur 7 tahun lagi. Watak pertama yang dia lakonkan adalah watak paling penting dalam siri animasi no.1 Malaysia, Upin & Ipin.
Fathiah memegang watak sebagai pasangan kembar Upin & Ipin untuk 3 musim yang pertama sahaja sebelum berundur dan digantikan oleh Asyiela Putri untuk watak tersebut.
Sumber foto : ida-mandarin.blogspot.com
Bayaran sebagai pelakon suara agak lumayan bergantung pada watak yang dipegang dan boleh dijadikan sebagai kerjaya sambilan. Mungkin kalau industri animasi semakin berkembang di negara kita, boleh dijadikan kerjaya tetap pula kan?
Ujibakat menjadi pelakon suara diadakan dari masa ke masa mengikut keperluan iaitu bila ada kekosongan suara untuk watak-watak tertentu. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh lah sentiasa bersedia ya? - CARI |