View: 9678|Reply: 8
|
Tak Leceh, Resipi Mudah Buat Mi Wantan Sup Yang Enak
[Copy link]
|
|
Mengidam mi wantan sup,nah jumpa pun resipi yang agak mudah. Jom cuba sama-sama!
Foto: marionskitchen.com
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
1 sudu teh biji lada hitam
4cm halia, dipotong kasar
2 sudu besar minyak sayur
2 ketul paha ayam
4 ketul bunga lawang
6 cawan stok ayam
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil garam laut
bok choy yang telah dimasak (untuk dihidang bersama)
mi wantan yang dah siap direbus
Foto: marionskitchen.com
Bahan-bahan untuk wantan:
200g daging ayam cincang
¼ cawan daun bawang yang telah dihiris
1 sudu kecil minyak bijan
½ sudu kecil garam laut
¼ sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar air
1 sudu kecil tepung jagung
100g udang yang telah dikupas kulit, dicincang kasar
20 pembalut wantan
Cara-cara:
Langkah 1
Guna lesung batu dan tumbuk bawang putih, biji lada hitam dan halia. Kemudian panaskan minyak dalam sebuah periuk besar di atas api kuat dan goreng campuran hasil tumbuk tadi selama 1 minit atau sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga keperangan. Kemudian tambahkan bunga lawang, stok ayam dan kicap. Didihkan di atas api kecil sehingga 30 minit.
Langkah 2
Sementara itu buat wantan. Masukkan ayam cincang, daun bawang, minyak bijan, garam, lada sulah, air dan tepung jagung dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan sehingga sebato kemudian masukkan udang dan gaul.
Langkah 3
Untuk membuat wantan, senduk 1 sudu makan campuran tadi di atas kulit wantan. Lembapkan hujung kulit wantan dan lipat separuh. Bentukkan seperti menjadi tortellini. Ulang langkap. (Jika tak pasti rujuk video)
Langkah 4
Letakkan mee wantan dan bok choy ke dalam mangkuk.
Langkah 5
Masak wantan dalam air mendidih selama 5 minit atau sehingga masak. Kemudian tapis dan masukkan dalam mangkuk. Letakkan kuah, dah siap!
Memang sedap makan mi wantan sup musim hujan macam sekarang ni. Tunggu apa lagi, jomlah cuba! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ok hjg mggu nk buat la..yummmeyyyyhhh..ingt dlu sllu mkan kt foodcourt klcc skli ngn kaki ayam tu..mohon reporter cari crikn resepi kaki ayam tu skli.. |
|
|
|
|
|
|
|
sukanya makan mee wantan tambah2 time musim hujan ni, dengan sup panas2..yummy! |
|
|
|
|
|
|
|
sedap nye la mee wantan ni.. lama x mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya... tq share resepi.. nk try buat nnti |
|
|
|
|
|
|
|
Bole try buat nnt...nmpk sedap |
|
|
|
|
|
|
|
mee wanton my peberet
baideway ada x sape2 tau resepi chicken mushroom noodle mcm kat sikeret resipi tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|