CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12721|Reply: 29

[Majalah] Mastika terkubur selepas 77 tahun berada di pasaran...

[Copy link]
Post time 7-11-2018 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 7-11-2018 08:09 PM

.

Rasanya netizen tidak perlu diperkenalkan lagi dengan majalah Mastika yang suatu ketika dulu pernah menjadi rebutan setiap orang. Setiap keluarannya pasti ditunggu dengan kisah seram, mistik dan penuh tauladan yang silih berganti.
Majalah tertua di Malaysia itu akhirnya mengumumkan akan memberhentikan pengeluaran Majalah Mastika dan akan ‘menutup kedai’ buat selamanya selepas 77 tahun menjadi teman pembaca rakyat Malaysia.
Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun twitter @majalahmastika pada 4 November lalu dan telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Menurut Mastika, penutupan ini bukan disebabkan mereka tewas dengan perubahan teknologi kini kerana mereka sememangnya mempunyai peminat dan pembacanya tersendiri.





.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2018 09:07 PM | Show all posts

UTUSAN /
Mastika kekal rekod majalah No. 1, paling tua di Malaysia

Mastika kekal rekod majalah No. 1, paling tua di Malaysia
02 Ogos 2016 9:11 AM

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pernah "hidup segan mati tak mahu" dan hampir di'kubur'kan tetapi itu situasi kira-kira lebih 20 tahun lepas. Industri penerbitan majalah ketika itu boleh dikatakan sedang 'nazak', banyak majalah yang terpaksa 'gulung tikar'!

Namun berkat kesungguhan pasukan yang sanggup memikul tanggungjawab untuk menghidupkan semula majalah bulanan yang bernama 'Mastika' ini, ia terus bertahan hingga ke hari ini.


Bertambah membanggakan pada 1 Jun 2016, genap usia Mastika 75 tahun!

Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu, Datuk (sekarang Tan Sri) Johan Jaaffar (Nov 1992-Julai 1998) pada pertengahan tahun 1995 berkira-kira mahu menghentikan penerbitan Mastika kerana jumlah jualan majalah itu hanya sekitar 6,000 naskhah sahaja.

Ura-ura Johan mahu tutup Mastika memeranjatkan Zainol Fakir yang pada masa itu Pengarang Bahagian Pendidikan dan Penyelaras Mastika.

"Zainol yang agak terkejut apabila diberitahu perkara itu lantas minta diberi peluang untuk cuba menyelamatkan majalah itu.

"Zainol bawa team dia termasuk (Allahyarham) Munir Ghazali untuk selamatkan Mastika. Antara perubahan yang dibuat ialah menjadikan saiz Mastika seperti Reader's Digest," Zulkarnain Zakaria (penolong pengarang Mastika 1996; pengarang Mastika 2005-2009) berkongsi kisah kebangkitan majalah paling tua di Malaysia di pejabatnya di Bangi, baru-baru ini.

Zainol menyandang jawatan pengarang Mastika dari 1995 hingga 1998 sebelum tugas memperkasakan Mastika diambil alih Munir Ghazali (1999-2004) dan kemudiannya, Zulkarnain.

Isu pertama Mastika (September 1995) di bawah kelolaan Zainol menampilkan imej baru bersaiz ala-Reader's Digest. Isi kandungannya memaparkan isu yang mengandungi ilmu pengetahuan di samping cerita-cerita kemanusiaan.

Melegakan! Edisi September 1995 itu mencatat jualan sekitar 12,000 iaitu meningkat sekali ganda berbanding angka jualan sebelum itu.

Bukan sahaja Zainol dan pasukannya menarik nafas lega, Johan juga bertambah-tambah syukurnya dan menyifatkan Zainol dan Munir sebagai pasukan impian untuk Mastika.

Kepimpinan Zainol turut dilihat sebagai gelombang pertama untuk kebangkitan Mastika.

Apabila Zulkarnain menyertai pasukan Mastika sebagai penolong pengarang pada September 1996, beliau banyak memberi 'suntikan baru' daripada segi bahan penulisan untuk majalah itu.

Graduan Persuratan Melayu (pengkhususan sains sosial) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sudah mempunyai perancangannya sendiri untuk menaikkan martabat Mastika.

Perkara ini diakui sendiri Sahidan Jaafar yang menyertai pasukan Mastika pada Mei 1997. Beliau menyandang jawatan pengarang Mastika pada 2010 hingga 2015.

Isi kandungan Mastika mengalami perubahan drastik. Sebahagian besarnya kerana hasil penulisan Zulkarnain yang memilih penulisan berbentuk naratif dengan isu yang belum pernah diberi liputan sebelum ini.

Dari hanya sekitar 6,000 pada pertengahan 1995, jualan Mastika mencecah hingga 320,000 pada Jan 2000! Ini boleh dianggap gelombang kedua kebangkitan Mastika.

Zulkarnain menyifatkan tempoh kenaikan jualan Mastika yang melambung tinggi itu sebagai "zaman emas" yang terlalu sukar untuk dicapai lagi.

Meskipun jualan Mastika terjejas pada tahun-tahun berikutnya hinggalah ke hari ini, ia masih dapat bertahan berbanding majalah lain, yang sebahagiannya terpaksa dihentikan penerbitannya.

"Mastika menyediakan apa yang pembaca minat dan hendak baca. Walau siapa pun pengarang, Mastika senantiasa peka dengan perkembangan dan kehendak pembaca.

Bagaimanapun, pihak Mastika akan pastikan sama ada ia sesuai untuk disiarkan," kata Zulkarnain sambil menambah Mastika kini diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd., iaitu anak Syarikat Kumpulan Utusan, selepas ia ditubuhkan pada Oktober 2003.

Menurut Zulkarnain dan Sahidan, meskipun mereka berdua tidak lagi terlibat secara langsung dengan Mastika, mereka berdua masih memberikan perhatian berat kepada majalah ini.

Sesiapa sahaja yang ditugaskan untuk menerajui Mastika diminta menjadikan zaman emas Mastika sebagai panduan dan tanda aras meskipun sukar untuk melakukan keajaiban itu.

"Itu tak bermakna kepimpinan baru Mastika gagal. Mastika kini berada dalam zaman yang berbeza. Banyak faktor penghalang. Masa kami, belum ada internet dan media sosial. Kita letak apa sahaja, orang beli sebab tak ada pilihan.

"Kami juga bertuah kerana bekerja dengan orang-orang hebat seperti Datuk Johan, Datuk Khalid Mohd., Zainol Fakir, Munir Ghazali, Zulkarnain, Azizah Ismail," celah Sahidan.

Apa pun, Zulkarnain (kini menyandang jawatan pengarang kanan bahagian majalah) dan Sahidan (penulis khas) yakin Mastika dapat kekal sebagai majalah paling tua dan nombor satu di Malaysia.

"Kita pegang rekod majalah tertua dan tertinggi edarannya di negara ini, takkan nak tutup. Ia suatu rekod yang sangat hebat dalam sejarah industri majalah tanahair. Kami akan perkukuhkan dan pertahankan Mastika sampai bila-bila insya-Allah," tegas Zulkarnain. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah abang pelanggan tetap Mastika ini dulu. Sebelum dia meninggal, dia buat salinan kisah paling popular mayat bertukar jadi babi dan edar sewaktu raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka baca Mastika masa 90an. Suka baca misteri, cerita hantu. Tapi lepas tu more about bohsia, GRO. Tak interesting langsung. Dah lama2 pastu, malas dah nak baca. I nya favourite majalah apo and Ujang pun dah stop publication. Ni Mastika pun sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 10:41 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 7-11-2018 10:48 PM

aku ada simpan mastika berbelas tahun punya koleksi.
dan aku akan simpan sampai bila2, nak tunjuk kat anak cucu
last time beli tahun 2010-2012, sebab topik semakin boring.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2018 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
friedfishsoup replied at 7-11-2018 08:37 PM
I suka baca Mastika masa 90an. Suka baca misteri, cerita hantu. Tapi lepas tu more about bohsia, GRO ...

Kisah dari Mekah ramai yang ngeri nak gi umrah @ haji... Huhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-11-2018 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 7-11-2018 09:41 PM
aku ada simpan mastika berbelas tahun punya koleksi.
dan aku akan simpan sampai bila2, nak tunjuk k ...

Collector's item nanti...hohoho...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
tak kisahlah apa orang nak kata pasal mastika.tapi.saya memang berterima kasih sangat dengan mastika, menyajikan berita2 dan cerita2 yang menghiburkan hati di saat kesunyian dulu2.

cerita tentang mayat bertukar jadi batang pisang, cerita tentang baby rina, cerita tentang ketagihan sex melampau oleh seorang gadis di dalam kolum soal-jawab, senyum pisang, kisah lepat dan anaknya macam2 lagi.saya anggap ianya satu hiburan dan tidaklah meletakkan kepercayaan pada pembacaan seratus peratus.

terima kasih mastika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah berselisih dengan sahidan jaafar satu ketika dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:26 AM | Show all posts
selamat tinggal Mastika. tahun 90an dulu selalu jugak beli dan masih simpan lagi semuanya. ada kat rak buku lama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
First.mastika iols beli adalah yang eksiden cina besi tusuk sampai ke otak tu...
Pastu mak ayah iols.berkenan.plak majalah tu..masa tu harga rm3.00 kot...
Then naik rm3.2..pastu rm3.50

Adek last iols suka bebenor la...beli mastika sampai la skang...
Pasni dh xde..xtau la majalah apa plak yang dia nak pow mak iols...hahahahaha
Sebab dia suka.hantu hantu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 09:45 AM | Show all posts
mastika bacaan dikala waktu lapang masa remaja dulu..banyak jgk koleksi aku masa tu..tapi adik aku dah jual pada org sbb org tu jual preloved book and mag kat psr malam.. satu almari penuh koleksi majalah dulu2..termasuk mak aku punya koleksi..tapi majalah saji mmg kesayangan mak aku la..tak dibaginya jual..  nak refer resepi masak2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 10:06 AM | Show all posts
aku pun bnyk koleksi mastika dulu..lepas tu aku rasa dah macam cerita rekaan je.. aku ingat ada satu cerita, tajuk pasal anak bunian...aku beriya lah baca ingat betul2 kawin dgn org bunian then dpt anak...rupanya cerita pasal anak luar nikah...
since then aku dah tak percaya mastika..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 11:59 AM | Show all posts
Aku pelanggan tetap Mastika sejak tahun 1994...
Setiap bulan aku tunggu Majalah Mastika ni..
Memang tak dinafikan kisah dalam Mastika tu dah tak berapa best..
boring nak baca..sbb tu aku jarang beli mastika sejak tahun 2010..
Klu ada kisah best, baru aku beli
Tp yg betul2 menjadi ikhtibar adalah kisah dari mekah & kisah mayat..
Dulu sebelum ada bahan bacaan online, mmg tiap bulan sisihkan duit utk majalah2 terbitan karangkraf.
Novel & segala macam majalah hiburan (URTV/MEDIA), GILA2/Ujang/komik2/Mastika/Mingguan Wanita etc.

Skrg novel pun dh jarang beli sejak ada penulisan2u & wattpad..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca tapi skip bab cite pasal ghosts. Fox scaredy-cat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
xpernah beli tapi selalu jgk tumpang baca..sy x brminat sgt cerita2 mistik or seram tp baca jgk sikit2 sebab mmg minat mmbaca..dulu2 la...sekarang ni dh liat nak baca buku..baca forum rajin pulak haihhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 11:46 AM | Show all posts
zaman dulu mastika lah bahan bacaan untuk cerita2 mistik ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:24 AM | Show all posts
mak saya ada simpan mastika tahun x pasti 70-an atau 80-an.
dulu2 mastika mmg sronok untuk bacaan.
mkin lama mkin merapu.
dulu tiap kali mak balik dr market mesti tgk ada x dia beli mastika.
sronok bca kisah seram..pegi hj umrah.. saya suka kisah yang ada pengajaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada tahun 2000, masa tu iols berusia 9 tahun terpengaruh dengan cerita mengenai 'magis' air mata anjing. Salah satu cerita dalam Mastika ni ler .

Kononnya titikkan air mata anjing kat mata manusia lepas tu 'hijab' pun terbuka . Kiranya, mata boleh melihat makhluk halus lah konon .

Mak iols pun membebel katanya budak kecik tak boleh baca Mastika nanti termimpi benda buruk .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman sekolah rendah ada lah baca sekali dua Mastika ni. Lepas tu asyik imagine je, menakutkan diri sendiri. Terus tak nak baca lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076656 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list