CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2548|Reply: 8

Seekor Arnab Yang Dilahirkan Tanpa Telinga Mendapat Telinga Jahitan Yang Baru!

[Copy link]
Post time 9-11-2018 11:14 AM | Show all posts |Read mode



Kredit foto: Metro.co.uk




Arnab yang diberi nama Mimi itu memang dilahirkan pekak dan hanya mempunyai 3 pasang kaki. Penjaganya yang sebenar terpaksa melepaskan arnab-arnab belaannya yang terdiri dari seekor arnab betina (ibu Mimi), Mimi dan beberapa adik beradiknya yang lain kerana sudah tidak mampu menjaga mereka disebabkan dirinya sudah tua dan sakit.

Namun begitu, Mimi dan keluarganya amat bertuah kerana mendapat tuan baru yang baik hati. Rodajia Welch, 22 tahun merancang menjaga sehingga arnab-arnab itu boleh dipisahkan tetapi dia akan menyimpan Mimi sebagai haiwan peliharaannya.


Rodajia membuat sepasang telinga daripada kain kait supaya Mimi tidak berasa tersisih daripada arnab-arnab yang lain. Keputusan untuk membuat telinga tersebut mendorongnya mencari nama yang mempunyai kaitan dengan telinga untuk arnab kesayangannya itu.






                                                                    Kredit Foto : Metro.co.uk                                                              



Teman lelakinya, Josh mencadangkan memberi nama Kemonomimi  iaitu sebentuk kostum mainan yang mempunyai bentuk telinga seperti haiwan dan ternyata nama tersebut amat sesuai kerana Mimi boleh memiliki pelbagai bentuk telinga yang ia mahukan.

Namun begitu, Rodajia hanya memakaikan telinga tersebut apabila mahu bergambar atau duduk bersama Mimi sahaja kerana Mimi pernah cuba untuk mengunyah jahitan telinga itu.





Kredit foto: Metro.co.uk




Sebenarnya Mimi tidak kisah sangat tentang telinganya itu kerana apa yang ia mahukan hanyalah untuk makan! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeee3 comeii nya arnab!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 01:48 PM | Show all posts
awwww cutenyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 02:05 PM | Show all posts
Lahai kiut sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 02:26 PM | Show all posts
comelnyaa...rasa nak golek golek
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 02:30 PM | Show all posts
comel giler..tuan yang menjagapun comel jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Also comel arnab nya. Btw, apsal dlm artikel tulis lahir dgn "3 pasang kaki". Tu terlebih. Bukan terkurang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel plk aku tgk arnab ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Chomelnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063775 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list