CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 1

Kini Tidur Tidak Terganggu Lagi! Apakah Teknik Rahsia Itu?

[Copy link]
Post time 9-11-2018 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Mengalami masalah tidur boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda, jadi ini sesuatu yang perlu diambil serius.










Sebagai contoh, ia menjadikan anda kurang selamat ketika memandu dan meningkatkan risiko jangka panjang seperti obesiti dan penyakit jantung.


Walaupun bantuan ubat tidur yang dibenarkan boleh berfungsi dengan cepat untuk membantu anda lena, ia juga boleh memberikan kesan sampingan dan tidak baik untuk digunakan dalam jangka panjang.


Nasib baik, terdapat satu lagi rawatan untuk anda yang sukar tidur. Ianya murah, tidak membentuk tabiat buruk dan sama sekali tidak mempunyai kesan sampingan iaitu muzik.





Foto: Google





Muzik lebih daripada sesuatu yang hanya menyeronokkan untuk didengar. Ia memberi kesan langsung kepada sistem saraf parasympatetik yang membantu tubuh untuk berehat dan bersedia untuk tidur.


Orang lebih tua yang mendengar 45 minit muzik santai sebelum tidur akan mudah terlena, tidur lebih lama, kurang terjaga pada waktu malam dan menilai tidur mereka sebagai lebih tenang berbanding ketika tidak mendengar muzik.


Begitu juga apabila orang muda diberikan pilihan untuk mendengar muzik klasik atau membaca buku, mereka yang berehat dengan muzik melihat peningkatan paling besar dalam kualiti tidur.





Foto: Google





Jika anda berasa lebih tenang apabila menikmati muzik yang anda sukai, itu bukan imajinasi anda. Muzik mempunyai kuasa untuk melambatkan kadar degupan jantung dan nafas, menurunkan tekanan darah, bahkan mungkin merehatkan otot anda.


Memilih jenis muzik adalah pilihan peribadi, tetapi cuba praktikkan tip ini dalam fikiran: Lagu berentak perlahan adalah paling ideal. Cari irama kira-kira 60 hingga 80 denyutan seminit (BPM), yang mungkin anda dapati pada lagu-lagu klasik, jazz, atau rakyat. Selamat mencuba! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lg la x dpt tido kalu dgr lagu.. Xtahu la org lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038195 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list