CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16911|Reply: 137

HKL kutip RM38 juta... Awie tak puas hati pasal bonus

  [Copy link]
Post time 9-11-2018 10:45 AM | Show all posts |Read mode

rasa2 berapa je bonus yang Awie ni dpt sampai dia tak puas hati...



Awie Terkilan Bonus Untuk Filem Hantu Kak Limah Tidak Berbaloi

Pelakon dan penyanyi Datuk Awie mendedahkan perasaan terkilannya berhubung jumlah bonus yang diterima atas kejayaan filem Hantu Kak Limah yang mencecah kutipan RM38 juta.

Awie berkata, bonus yang diterimanya itu dirasakan kurang berbaloi berbanding dengan jumlah kutipan yang diraih filem berkenaan.

“Kalau ada sambungan filem ini, saya akan tanya dahulu siapa penerbitnya. Kalau masih penerbit yang sama, saya akan menolaknya.

“Lagipun saya tak kisah watak itu saya dimatikan sahaja. Memang tidak ada pelakon yang bersuara, cuma saya seorang yang bangkitkan perkara ini dalam laman sosial,” ujarnya.

Awie berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang akhbar Dinner GIG 2018 FUFC The Fighters yang berlangsung di Bangi petang ini.

Tegasnya, dia bersuara terhadap perkara ini bukan untuk dirinya sahaja, tetapi untuk kesemua barisan pelakon dan kru filem berkenaan.

Ujarnya, dia sudah memaklumkan perkara  ini kepada Mamat Khalid dan pengarah tersebut sudah memanjangkannya kepada pihak penerbit, Infinitus Gold, tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan.

“Saya tiada masalah dengan Mamat Khalid dan bersedia untuk terus berlakon filem di bawah arahannya. Cuma saya berasa agak terkilan perkara yang berlaku terhadap filem HKL ini.

“Bukannya saya tidak bersyukur dengan bonus yang diterima, tetapi ia langsung tidak berbaloi dengan kutipan dan keringat yang diberikan. Bayangkan, bonus untuk HKL sama seperti bonus yang diterima untuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dahulu, sedangkan filem itu sekadar mengutip RM8 juta sahaja,” luahnya. – KopiPlanet.com

sumber: www.kopiplanet.com





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2018 11:00 AM | Show all posts
so sapa produce ? Infinitus Gold ? gaya pilai ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cahayamataku at 9-11-2018 11:15 AM
noreen replied at 9-11-2018 11:00 AM
so sapa produce ? Infinitus Gold ? gaya pilai ke


Gaya Pillai khens ? Ok buat forumer yg tertanya2 umur Kak Gaya sheols baru 44yo tahun ni bukan 54yo. Jahat tau cakap Kak Gaya dah 54yo
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:15 AM | Show all posts
dulu 8 juta, sekarang 38 juta. Bonus sama, bagilah lebih sikit apa salahnya...kudukut tau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:15 AM | Show all posts
cahayamataku replied at 9-11-2018 11:08 AM
Gaya Pillai khens ? Ok buat forumer yg tertanya2 umur Kak Gaya sheols baru 44yo tahun ni bukan 54y ...

hahaha...dah rupa kak gaya mcm 54 apa nk buat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua bnda dlm kontrak..nak bising apa lagi. Klau dpt bonus kan rezeki tu sikit ke byk lain cite. Lepas ni jadi penerbit bersama la senang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2018 11:19 AM | Show all posts
infinitus ni under Berjaya Group kan.. Andy Lau tu salah sorg team dorg kan aritu ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:21 AM | Show all posts
kalau dah termaktub dlm kontrak akan dpt sekian2 bonus kalau dpt sekian2 kutipan, apa la boleh buat..
kalau penerbit bg extra pun mmg budi bicara penerbit lah

awie ni kalau heols rasa berbaloi utk fight for extra bonus, go on jah.. tp implications nnti relationship ngn producer tu renggang, myb, sbb statement heols insinuate yg producer ni lokek  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2018 11:24 AM | Show all posts
kena juga tengok kos keseluruhan berapa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:30 AM | Show all posts
penerbit untung banyak, janganlah kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow 39juta..tgk filem mcm low cost je..n aku rasa hkl ni lawak bukan sebab jln cerita..tapi sbb memek muka pelakon2 tu sendiri yg selamba n tak guna skrip. Jadi tak salah la nak bagi bonus lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:31 AM | Show all posts
tok wie kena tya lahh face-to-face dia production ke siapa ke, pengagihan bonus camne, di bahagi2 kan tu camne ke kan. mesti ada sbb.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa...semoga watak awie kekal kalau ada sambungan...dah laa watak johan da xder...seswaaaiii sgt mereka bersama okehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:35 AM | Show all posts
bonus ni bukan atas budi bicara penerbit ke, ke dorang ada hitam putih agreement kalau cecah sekian2 kutipan, bonus dibayar brp percent
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku igt kan HKL tu hosp kuala lumpur

Btw, kalau watak usin dimatikan, mmg sendu la sequel hantu kak limah. Watak usin dh sebati ngan hantu kak limah. Usop wilcha pon dh xde jgk. Kalau ade mesti best. Watak johan pon best, kalau semua ade, kompem meletup. Kalau dpt tambah ackiok ngan joey mgkn lg best.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 12:02 PM | Show all posts
kak gaya bayar bonus lebih utk zul ripin sorg je kotttt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2018 12:11 PM | Show all posts
Kita tunggu jawapan balas dari sugarmommy Juporn
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 12:17 PM | Show all posts
mane entah meols baca smlm kata andy lau kata mmg nak bg bonus. tp tak taulah tu statement latest ke tak. mcm baca kat mstar online
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 12:20 PM | Show all posts

Hantu Kak Limah Punyalah 'Meletup', Tapi Awie Kecewa Bonus Hanya Dapat 'Seciput'

Umum mengetahui filem Hantu Kak Limah mendapat sambutan luar biasa di pawagam seluruh Malaysia sehingga mencecah kutipan melebihi RM30 juta.


Namun disebalik kegembiraan itu, pelakon utama Datuk Awie telah membuka suaranya mempertahankan hak pelakon yang dibayar bonus dengan jumlah yang sangat sedikit.


Foto: IG Awie


Pengagihan bonus daripada penerbit filem ini menunjukkan sikap tidak adil kerana seakan memandang rendah dengan usaha yang telah diberikan oleh mereka yang menjayakan filem ini.


"Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab membuka mulut bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.


"Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya," katanya pada Berita Harian.


  



Dia hanya menerima beberapa ribu ringgit sahaja dan tidak dapat membayangkan jumlah yang diterima krew lain. Pasti lebih sedikit dari apa yang diterima olehnya.

  



Menurutnya lagi dia tidak mahu bekerjasama dengan syarikat ini lagi selepas apa yang dilaluinya. Namun dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon dibawah arahan Mamat Khalid pada masa akan datang.


Betul juga apa kata Awie. Ada baiknya dia menyuarakan isu ini agar membuka mata semua pihak yang memandang rendah sumbangan pelakon dan krew. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 12:23 PM | Show all posts
thread dah ada lah Mighah @Cari-Amirah. lembap
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.085324 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list