CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1498|Reply: 5

Simbiosis Politik dan Etika Dalam Budaya Hellenistik dan Islam

[Copy link]
Post time 9-11-2018 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 9-11-2018 07:22 PM

Politik Tanpa Etika, Umpama Pohon Tanpa Akar
oleh : Prof Madya Khalif  Muammar
Director CASIS UTM

Pautan asal :

https://khalifmuammar.wordpress. ... a-pohon-tanpa-akar/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2018 07:20 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-11-2018 07:21 PM

Pada 6 November 2018 baru-baru ini saya menyampaikan syarahan bertajuk The Symbiosis between Ethics and Politics in Hellenistic Philosophy and Islamic Tradition, di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Necmettin Erbakan, Konya, Turki. Saya diundang untuk menyampaikan syarahan ini untuk merapatkan hubungan akademik antara UTM dan NEU Konya, selain daripada berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan bagi kesejahteraan dunia Islam khususnya dan masyarakat umumnya.

Saya memilih tajuk hubungan simbiosis antara etika dan politik dalam dua tradisi Barat dan Timur ini untuk menekankan peri pentingnya kita melakukan dialog peradaban antara Timur dan Barat, dan bukannya mewacanakan pertembungan peradaban versi Huntington sahaja.

Ahli falsafah Yunani seperti Socrates, Plato, Aristotle banyak menekankan tentang etika budi pekerti, kebahagiaan, dan keadilan, yang mana dalam perkara-perkara ini sarjana-sarjana Muslim seperti Imam al-Ghazali dan Ibn Khaldun bersetuju dan ikut membahaskannya dalam karya-karya mereka.

Secara khusus saya membahaskan antara konsep eudaimonia Yunani dengan konsep al-Sa’adah Imam al-Ghazali dalam bukunya Kimiya’ al-Sa’adah (The Alchemy of Happiness). Maka jelas terdapat titik persamaan (common ground) antara dua peradaban ini, walaupun terdapat perbezaan dalam banyak perkara, namun dalam berdialog Islam mengajarkan kita untuk mencari titik persamaan. Persamaan yang disepakati bersama, yang benar di sisi Islam dan benar di sisi tradisi peradaban lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 07:20 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-11-2018 07:23 PM

Berbeza dengan perkembangan falsafah moral moden Barat yang tidak lagi menekankan etika budi pekerti (virtue ethics), konsep kebahagiaan dan keadilan yang menyeluruh. Tetapi, selari dengan program sekularisasi, lebih memberi autonomi kepada manusia untuk menentukan nilai moral mereka sendiri, sehingga konsep etika, kebahagiaan dan keadilan menjadi kabur, subjektif, dan tidak tetap. Dan ini pada akhirnya menjadi sebab musabbab kepada kemerosotan moral dalam kalangan pemimpin dan masyarakat, di Barat dan di Timur. Saya nyatakan bahawa etika (akhlak) adalah asas kepada politik, tanpa etika politik akan hilang tujuan dan hala tujunya.

Maka apabila pada hari ini kita melihat politik, dan ahli politik, gagal mensejahterakan rakyat, menjamin keadilan, kedamaian dan keamanan, mengurangi kadar rasuah, pecah amanah, dan kerosakan moral, maka ia menunjukkan bahawa politik telah mengalami kerosakan pada asasnya, iaitu etika. Etika tidak dipelajari oleh para calon pemimpin. Dan apabila mereka menjadi pemimpin mereka tidak tahu membezakan mana yang benar mana yang salah, manabaik mana yang buruk. Kekeliruan ini menyebabkannya membuat keputusan yang salah, ia menyangka apa yang dilakukannya adalah kebaikan tetapi sebenarnya keburukan, menyangka keputusan yang diambil adalah benar padahal salah, sehingga apa sahaja yang dilakukannya sebagai seorang pemimpin, dalam semua peringkat, hanya mendatangkan masalah dan kerugian kepada bangsa dan negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 07:20 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 9-11-2018 07:23 PM

Saya juga menegaskan bahawa Imam al-Ghazali bukan hanya bersetuju dengan Plato dan Aristotle dalam perkara-perkara di atas, tetapi juga meneruskan perbahasan dengan lebih mendalam, menjelaskan dengan lebih tepat, bahkan melengkapkan perbahasan falsafah Yunani yang belum sempurna.
Ini kerana dengan bantuan al-Qur’an dan pemikiran yang digali daripada hikmah Nabawi, beliau dapat memperkuat lagi asas yang telah dibina oleh ahli falsafah Yunani itu. Sebagai contoh Imam al-Ghazali menekankan bahawa etika memerlukan akar yang kuat, dan etika falsafah sahaja tidak mencukupi, ianya hanya akan bersifat teoretikal dan sukar diikuti dan diamalkan.

Akar kepada etika adalah agama, atau usul al-din, seseorang itu perlu mengenal Allah, segala sifatNya, tentang hakikat dunia, hakikat dirinya sebagai insan yang lemah dan sentiasa berhajat kepada pertolongan Tuhan.

Semua ilmu asas agama ini akan membuatkan akar pohon keadilan itu kuat dan teguh.

Dengan kekuatan akar inilah kita dapat melihat lahirnya pemimpin-pemimpin yang hebat, seperti Sayyidina Umar, Harun al-Rashid, Nuruddin Zinki, Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fatih di Turki, Iskandar Muda dan Iskandar Thani di alam Melayu, dan ramai lagi yang telah banyak berjasa memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada rakyatnya, tetapi kepada peradaban Islam dan masyarakat dunia.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 07:26 PM | Show all posts
akar itu perlu kuat dalam mendepani cabaran pemikiran dan ummah masa kini.
Khazanah ilmu yg tersimpat kejap dalam karya karya pewaris tokoh warisan silam  yg relevan.

jadi sejarah amat berharga, selama ni kita jarang didedahkan akan figura figura  ini dalam teks sejarah, cuma hanya beberapa baris sahaja tapi intipatinya tidak sampai ke dalam minda yg masih mentah dalam pada masa yg sama ingin mencari identiti, semoaga kita mendidik generasi kini dengan nilai dan ilmu yg padu ...

insya Allah .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2018 07:27 PM | Show all posts
hellenistik - satu terminologi yg hanya saya temui ketika belajar sejarah dunia ...tentang antioch ditawan ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057434 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list