CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6712|Reply: 47

Pemergian Imam Berpengaruh di bumi China

[Copy link]
Post time 10-11-2018 09:59 PM | Show all posts |Read mode
HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA YANG SANGAT DISANJUNGI DAN DISAYANGI DI BUMI CHINA, AL-IMAM ABDULLAH MA CHANG QING
pautan asal:

https://www.facebook.com/Yayasan-Dakwah-Islamiah-Malaysia-Yadim-480621232017153/

Beliau merupakan seorang tuan guru besar di China. Beliau lahir pada tahun 1936 masihi. Beliau mula mempelajari ilmu agama ketika berumur 13 tahun. Beliau berguru dengan bapanya sendiri yang merupakan salah seorang ulama masyhur di sana sehingga beliau menjadi seorang alim. Pada waktu siang beliau mencari rezeki dengan membaiki jam dan pada waktu malam beliau sibukkan diri dengan mengajar.
Sehinggalah pada tahun 80-an, apabila beliau dilantik menjadi imam besar di Masjid Dongguan (salah satu masjid terbesar di China), beliau telah mewakafkan seluruh hidupnya untuk menyebarkan ilmu agama siang dan malam tanpa mengenal musim sejuk mahupun panas. Masjid itulah madrasahnya dan masjid itu jugalah tempat tinggalnya. Beliau mempunyai himmah (semangat) yang tinggi dalam mengajar. Pada tahun 2001, beliau telah pergi menunaikan haji. Sekembalinya daripada tanah suci, beliau terus memulakan kembali kuliahnya pada hari yang sama sedangkan beliau masih belum pulang ke rumah keluarganya.
Beliau telah berjaya melahirkan ribuan alim dan da'i di China. Kebanyakan asatizah madrasah di sana adalah anak murid beliau. Beliau telah mengajar kitab Raddul Muhtar atau nama lainnya Hasyiah Ibn 'Abidin (kitab fiqh hanafi berbelas-belas jilid) dan telah mengkhatamkannya berpuluh kali. Antara kitab lain yang diajarkannya ialah Ihya' 'Ulumiddin (tasawwuf), al-'Aqaid al-Nasafiyyah (aqidah), Mukhtasar al-Ma'ani karangan al-Taftazani (balaghah), Hasyiah al-'Isam 'Ala Syarh al-Kafiyah (nahu) dan lain-lain.
Di samping mengajar, beliau juga memegang beberapa jawatan penting dalam persatuan komuniti muslim di sana. Beliau juga merupakan seorang pemimpin masyarakat yang suaranya didengari dan ditaati oleh seluruh kaum muslimin di China. Pada tahun 2006, telah berlaku gempa bumi di sana. Beliau telah menyeru masyarakat muslim di sana untuk menghulurkan sumbangan. Jumlah sumbangan yang terkumpul ketika itu ialah kira-kira 1 juta USD.
Pada hari Isnin, 16/7/2018, iaitu dalam usia 83 tahun, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan dunia yang fana ini. Dikatakan bahawa jenazahnya diiringi oleh 300000 orang yang terdiri daripada para alim ulama, da'i, penuntut ilmu dan pencinta beliau. Semoga Allah merahmati beliau dan mengurniakan sebesar-besar ganjaran kepada beliau.
Al-Fatihah.
Video pengiringan jenazah beliau: https://m.youtube.com/watch?v=6b8eb1DjT-s
Kredit: Abdul Rahman Dan Zaujah


https://www.youtube.com/watch?v=6b8eb1DjT-s&fbclid=IwAR2iTV9KfIlVwXWxXKJCt_97pY2nDoajyg7fj5jHcOzDI9bXpHQhmRcZd88&app=desktop


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2018 10:36 PM | Show all posts
nama mesti ada ' MA' kan hujung...pewaris tamadun ni  dari masa silam...

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:35 AM | Show all posts
semoga Allah merahmati beliau dan memberikan ganjaran yang berterusan kepada beliau atas usaha penyebaran ilmu yang telah dilakukan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 12:35 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 10-11-2018 10:36 PM
nama mesti ada ' MA' kan hujung...pewaris tamadun ni  dari masa silam...

MA tu shortform dr muhammad xsalah, nak jaga nasab keturunan dr laksamana cheng ho kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2018 03:46 PM | Show all posts
mast3rshad0w replied at 18-11-2018 12:35 PM
MA tu shortform dr muhammad xsalah, nak jaga nasab keturunan dr laksamana cheng ho kot..

yes, that is what I have read too..MA tu ade related dengan prophet tanda keislaman....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2018 03:47 PM | Show all posts
mast3rshad0w replied at 18-11-2018 12:35 PM
MA tu shortform dr muhammad xsalah, nak jaga nasab keturunan dr laksamana cheng ho kot..

Admiral Zheng He ade waris , ke? I know dia diberikan bahtera untuk belayar ...masa tu kerajaan Ming...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke zaman ni, ramai yg cari DUIT aje. Cari imam le konon. Mcm tak logik aje..


Cari imam utk diperalatkan ke?

Boleh BELAH LER LU.

BUBAI YE POST2 SAMPAH. HAHAHAHAHA.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:52 AM | Show all posts
dovob replied at 18-11-2018 09:22 PM
Bukan ke zaman ni, ramai yg cari DUIT aje. Cari imam le konon. Mcm tak logik aje..

yang sebenar sampah adalah diri kamu yg jahil bangan
hati yg kotor busuk pastu beramal dgn riak takbur sombong
dok bawa sifat iblis dlm aamalan itulah sampah
sama level sampah seperti muka huduh busuk kamu la

Comments

eh, nasihat dengan baik, ok, , baik baik la nasihat  Post time 17-1-2019 12:08 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tempek.

[youtube]rLHz1wvLuNQ[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tempek.

[youtube]WNeOP3clgwY[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tempek. Hehehehehe.

[youtube]qHhZ5lCjl1s[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Iklan untuk mereka2 yg perasan alim....

[youtube]zfV7AlpZamg[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempek aje... Hehehehehe

[youtube]5Qzm5h1T0jA[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 26-1-2019 05:43 PM

Siapa itu musuh2 Islam atau dgn panggilan manja PENDUSTA2 AGAMA itu ya?

Jum tengok satu contoh senario ini. Katakanlah, awak ada sebuah syarikat, yg menjalankan sebuah perniagaan. Tetiba datanglah beberapa JEBON Islam yg perasan pandai dgn sijil2 flush jamban tu, lalu berkata : "sila catkan semua lori2 kamu dgn nama2 syarikat kami, baju2 kerja kamu dgn baju kerja kami jika kamu mahu meneruskan perniagaan kamu". Dalam masa yg sama, JEBON2 ini memanggil keturunan JEBON yg bertitle YDP lalu berkatalah kpd peniaga yg lain "sudah tiada perniagaan utk kamu ketika ini. Ini arahan orang atasan (JEBON2)". Yang menariknya, berkatalah YDP itu kepada peniaga yg lain "sesungguhnya, si peniaga itu sudah berhenti berniaga dgn kami, lalu sudilah kiranya berniaga dgn mereka (JEBON2 air liur)".

Jgn lupa, saman itu bila dah dispy, tak der bahagian kebaikkan diakhirat ye (kepada yg terlibat termasuklah YDP).

Inilah senario yg berlaku di dalam Malaysia. Hehehehehe. Semua nak sarbat ye. Tunggulah, saat yg menyarbat akan disarbat kelak.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 27-1-2019 12:57 PM

Jgnlah lupa, hutang awak kpd Allah semakin bertambah2 byk. Hutang yg akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah (penganiayaan dan penipuan utk mengaut sedikit habuan yg bersifat keduniaan). Hanya yg ikut jejak yahudi shj yg lakukan hal2 ini. Bersyukur pasal ada yg ikut cara yahudi itu ye.

Apa awak fikir, awak sedang melakukan kebaikkan? Bila yg berkuasa itu zalim, maka yg akan dtg pastilah utk si zalim. Dan kini ia sedang berlangsung....dan pastinya tiada noktahnya. Untuk siapa? Untuk apa?

Teringat pula akan kisah seorg pemuda yg berikan setin air cincau kpd saya, lalu Allah kembalikan air cincau yg sama nilainya dgn yg diberikannya itu.

Tidakkah awak faham, apa yg saya dapat dari awak, maka itulah yg akan awak dapat dari saya?

Bezanya cumalah, apa yg awak dapat itu sedikit, tapi apa yg saya dapat itu byk.Tidaklah yg memahaminya melainkan yg berakal.

Sekali awak susahkan saya, maka sebyk itulah awak akan disusahkan. Tak serik2 lagi ke? Atau perasan diri itu pandai ye?

Kepandaian hanyalah subjektif kpd kebodohan. Dan menerusi kebodohan, akan diserlahkan kepandaian. Apa guna jika rasa diri pandai, akan tetapi ditandai-Nya dgn "gangguan dari syaitan2?". Tak rasa mcm Allah izinkan ianya berlaku ye? Tak rasa mcm Allah perli awak ye selama ini yg kononnya pandai itu ye?q

Apa leh buat... Itu hak2 yg Allah berikan. Dan jika DIA kehendaki, bila2 masa DIA boleh ambil kesemuanya. Dan pastilah, yg DIA mahukan hanyalah ujian. Ujian yg akan menjelaskan keimanan, atau kekafiran kpd Allah.

Moga2 Allah berserta org2 yg benar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 10:20 AM | Show all posts
innalillahiwaninnarojiun alfatihah

moga allah mencucuri rahmat nye dan di tempat kn di kalangan org yg beriman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 02:25 AM | Show all posts
dovob replied at 27-1-2019 12:54 PM
Jgnlah lupa, hutang awak kpd Allah semakin bertambah2 byk. Hutang yg akan dipertanggungjawabkan diha ...



Moga2 Allah berserta org2 yg benar.-quote sekor kaldai


itula sesat bangang bila takde mursid...asek tersesat dlm akal...
Allah itu mmg bersama org2 yg benar...bukan moga2 lagi dah
tgk ayat pon dah tahu jenis xde pengajian dan byk akal akalan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mast3rshad0w replied at 18-2-2019 02:25 AM
Moga2 Allah berserta org2 yg benar.-quote sekor kaldai



Berhati2lah bila berbicara. Kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 01:34 AM | Show all posts
dovob replied at 19-2-2019 04:22 PM
Berhati2lah bila berbicara. Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

dok sembng apa lagi ayat mcm kaldai bengong ni...
maseh tak insaf lagini...mmg bengong btol..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 20-2-2019 01:34 AM
dok sembng apa lagi ayat mcm kaldai bengong ni...
maseh tak insaf lagini...mmg bengong btol..:lol ...

Peliharalah lidahmu : Orang-orang beriman tidak akan berbohong
   

Seorang sahabat bertanya, “Ya RasuluLLAH, apakah mungkin seorang mukmin bersifat penakut?” Beliau menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda SAW. ditanya lagi, “Apakah mungkin ia bersifat kedekut?” Nabi SAW. menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda ditanya lagi, “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pembohong?” Nabi SAW menjawab, “Tidak, tidak mungkin.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad bin Muhammad bin Ahmad, dari Shafwan bin Salim diceritakan, suatu ketika RasuluLLAH SAW. ditanya, “Ya Rasulullah, apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?” Jawab RasuluLLAH “Ya, mungkin,”, “Apakah mungkin seorang mukmin itu penakut?” Jawab Rasulullah “Ya, mungkin.” “Apakah mungkin seorang mukmin itu pembohong?” Jawab Rasulullah “Tidak!”

Sedutan hadis di atas memberi maksud bahawa ada kemungkinan orang-orang beriman itu bersifat kedekut, kikir dan bakhil. Dan ada pula kemungkinan orang-orang beriman itu bersifat penakut, tidak tahan diugut dan seumpamanya. Tetapi RasuluLLAH S.A.W bertegas bahawa orang-orang beriman sekali-kali tidak akan berbohong. Orang-orang beriman tidak akan berbohong, kerana berbohong dan berdusta itu adalah ciri-ciri orang munafiq.

Sabda RasuluLLAH S.A.W: “Tanda-tanda orang munafiq itu tiga, apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia dia berjanji dia menyalahi janjinya, apabila dia diberi amanah dia khianati”

Orang-orang munafiq diancam dengan neraka bersama-sama dengan orang kafir.

"Khabarkan kepada orang-orang yang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih." (An-Nisaa': 138)

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka." (An-Nisaa': 142)

ALLAH S.W.T telah menegaskan dalam al-Quran bahawa orang-orang yang berbohong bukanlah golongan beriman kepada ALLAH.

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Bahawa orang-orang yang suka melakukan pembohongan merupakan orang yang tidak beriman kepada ALLAH. Mereka itu pendusta" (Surah an-Nahl: 105)

Sahabat-sahabiyyah, muslimin muslimat, para pejuang Islam sekalian,

Berbohong adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafiq, yang kita selaku orang yang mengaku beriman kepada ALLAH mesti jauhi. Jauhilah berbohong dan berkata dusta kerana sikap demikian akan menjatuhkan maruah, menghilangkan kepercayaan dan melunturkan rasa hormat orang kepada kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.087051 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list