CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6491|Reply: 75

[Tempatan] Edisi Mastika: Tambang bayaran Grab asalnya wang tunai tetiba jadi daun kering.

[Copy link]
Post time 11-11-2018 11:13 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Wang tunai bertukar jadi daun kering!

Itulah pengalaman yang dilalui seorang pemandu Grab apabila tambang RM8 yang dibayar seorang penumpang wanita tiba-tiba bertukar menjadi daun kering pada malam Sabtu.

Kisah aneh itu dikongsi isterinya menerusi satu bebenang di Twitter pada Sabtu dan diulang kicau lebih 12,000 kali.

Menurut wanita tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Farah, suaminya mengambil penumpang berkenaan berhampiran Pasar Gunung Rapat menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.


"Masa dia ambil penumpang tu kira-kira pukul 7 malam, dah Maghrib. Kebetulan kawasan tu dekat dengan rumah kami dan itu trip terakhir, jadi dia terima permintaan penumpang itu.

"Dia turunkan penumpang tu dalam pukul 7.10 malam. Wanita tu memang bagi duit tambang RM8 dalam bentuk RM1 sebanyak lapan keping dan suami pun masukkan wang tu dalam dompet dia.

"Namun sudah jadi amalan dia akan periksa dompet selepas hantar penumpang sebab dia akan pindahkan duit tersebut ke dalam 'pouch'. Bila buka je dompet, tengok ada daun," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Terkejut dengan kejadian itu, suami Farah yang hanya ingin dikenali sebagai Zed terus memaklumkan mengenai perkara itu kepadanya.

"Suami mesej saya dekat WhatsApp mengenai daun tu. Saya tak fikir langsung benda pelik-pelik. Ingatkan suami nak buat lawak sebab dia memang suka bergurau.

"Sampai je dekat rumah, bila dia buka cerita tu saya terkedu seketika. Biasalah mesti fikir hantu dulu. Suami pun pelik sebab daun kering dalam dompet dia tu ada lapan helai.


"Suami pun terus buang daun tu sebab macam bahaya nak bawa balik benda dia sendiri tak tahu apa. Lagipun kami ada anak kecil," katanya.

Farah berkata suaminya memaklumkan wanita tersebut turut berkelakuan aneh semasa di dalam kereta.

"Suami pun macam tak sedap hati sebab dia kata gaya perempuan tu pun pelik. Dia kata wanita tu suka gelak. Sikit-sikit gelak. Bila langgar lubang pun gelak.

"Dari gaya percakapan wanita tu orang Indonesia. Tapi sampai sekarang kami masih lagi tertanya sama ada dia adalah manusia atau sebaliknya," katanya.

Meskipun rata-rata netizen menyifatkan wanita tersebut sebagai makhluk ghaib, Farah berkata dia percaya suaminya sudah dipukau.

"Ada juga yang cakap wanita tu mungkin hantu. Ini kerana hantu pun guna duit dekat alam bunian untuk buat sebarang bayaran.

"Namun saya lebih suka buat kesimpulan wanita itu adalah manusia sebenar dan dia mengamalkan ilmu tarik duit. Itu lebih logik," katanya.

Farah turut meluahkan rasa kesal sekiranya wanita tersebut menggunakan ilmu pukau untuk mengelak daripada membayar wang tambang perkhidmatan Grab yang disertai suaminya sejak setahun yang lalu.

"Pelik ada juga orang zaman sekarang ni nak guna ilmu untuk bayar Grab. Dahlah tambang RM8 je, kalau RM800 fahamlah juga.

"Jadi kepada pemandu Grab sila berhati-hati. Nasiblah tambang tadi hanya RM8 je. Kalau RM60 ke apa, rugi kena pukau. Tapi saya anggap itu bukan rezeki suami," katanya.


Jelas Farah lagi, itu merupakan pengalaman pelik kedua yang pernah dilalui suaminya sepanjang menjadi pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan itu.

"Insiden pertama dulu masa suami buat Uber tahun lepas. Pelanggan umur macam nenek-neneklah. Suami tak syak apa-apa. Pandu kereta macam biasa, memang kena lalu kawasan kubur. Tapi bila sampai kat situ, peliknya GPS suruh pusing kiri masuk dalam kawasan kubur tu.

"Suami tak ikut GPS tu. Dia tanya nenek tu “terus lagi ya?” Nenek tu cakap “ya terus lagi”. Tapi destinasi tu memang depan sikit dari kubur, tanah lapang. Bila suami pusing belakang nak beritahu nenek tu dah sampai, tengok tak ada orang. Bunyi pintu buka pun tak ada.

"Tapi trip yang tu suami tak rugilah sebab nenek tu guna kod promosi Uber. Nak kata malam sangat pun tak tapi insiden berlaku sekitar puku 10.30 malam. Esoknya suami berhenti bawa uber sehari, kemudian sambung balik macam biasa," katanya.


Bagaimanapun ibu kepada seorang anak itu berkata, suaminya turut pernah bertembung dengan seorang penunggang motosikal tanpa muka semasa balik bertemu klien untuk urusan jualan beli kenderaan.

"Insiden ini paling menakutkan. Berlaku pada tahun lepas juga, kira-kira pukul 11 malam sewaktu suami balik jumpa klien. Dia berhenti dekat satu simpang, ada sebuah motosikal pun berhenti.

"Dia tengok muka suami saya... suami pun tengoklah balik, 'orang' tu tak ada muka. Demam jugalah dia.

"Nasiblah rumah ibu mertua dekat. Jadi suami balik mandi kat rumah mak dia dulu sebab kami ada anak kecil. Bimbang benda tu ikut dia balik," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
x caye aku. hantu pakai apa install grab??
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 234126 at 11-11-2018 11:21 PM

Ada baca tadi kat insta. Elok 8 keping daun kering ganti rm8. Wife dia agak logik salahkan ilmu hitam nak elak membayar daripada hantu yang naik grab. Tapi ada betulnye,ilmu hitam pukau tu lebih logik. Takkan la hantu boleh book grab pastu bayar duit singgit2 camtu kan

Just yang seram sebab jadi pukul 7 dekat nak maghrib. iol memang tak berkenan ada luar rumah remang senja. Maybe since kecik parents dah sogok nanti kena sorok dgn hantu tuuuuuut so anything yg happen masa senja ni cepat je bagi iol seram
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi trip yang tu suami tak rugilah sebab nenek tu guna kod promosi Uber

..ok ni lawak. hantu pandai guna kod promosi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2018 11:25 PM | Show all posts
ni hantu era Malaysia Memilih
tentu la ada perubahan berbanding hantu dulu-dulu cuma tahu mengusik ja
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah2 kak hasanah kembali daaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2018 11:36 PM | Show all posts
biasanya kalau driver guna kod grab or uber akan kena buang atau displin . mungkin hantu ni customer alam ghaib
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 11-11-2018 11:45 PM

Kalau dulu selalu kita dengar cerita orang nampak hantu terbang & yg paling hazab sekali ialah hantu pocong yg gigih terloncat loncat sambil seluruh badan terikat utk sampai ke destinasi. Atau kalau hantu versi malas kedaung akan tumpang naik kereta @ tumpang bonceng motor. Tapi sekarang hantu dah advance seiring dengan perkembangan teknologi digital. Mereka dah pandai guna smartphone, donlod & guna apps. In future kita akan dengar cerita hantu yg jadi driver grab atau pilot ketebang pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 12:16 AM | Show all posts
sebelum ni kan ada jugak kes hantu naik grab/uber. Orang tu hantar sampai ke kawasan kubur tak silap. Tak pastilah tu cerita berunsur kak hasanah ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:22 AM | Show all posts
video tak dak dok sibuk berulang kicau...ghapla jingga hangpa...wakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki die x bising2 pun tapi bini terhegeh hegeh nak viral.. getik benor
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu pun prefer grab dari teksi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shirley23 at 12-11-2018 12:48 AM

Kalau laki dia kena pukau ke, pompuan tu testing ilmu hitam dia ke iols percaya . Benda-benda gini memang wujud.

Memandangkan mastika dah gulung tikar, melepas ler peluang cerita ni nak masuk majalah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia mesti jenis magnet makhluk halus
Mudah jumpa
Sbb tu laki dia x kepochi pun..sebab dah biasa sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkanla reti guna promocode.. masa nak set account hantu tu verify acc guna sms ke? Hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 01:08 AM | Show all posts
ai baca dgn minda terbuka hokeh. bila masuk part nih:

Tapi trip yang tu suami tak rugilah sebab nenek tu guna kod promosi Uber.

r u serious?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
gigih hantu sekarang,ada smartphone pandai pakai kupin bagai. jadi drebar teksi jela balik
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang i perasan bbnu sekarang kuat betul percaya bab bab mistik. Video kena rasuk time live la, video hantu melintas time record nyanyi la, hantu tegur time live la, nenek sembang dengan hantu luar rumah...
Kuat sangat berkhayal sampai dah xleh pikir logik ke tak agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 12-11-2018 01:36 AM
Yang i perasan bbnu sekarang kuat betul percaya bab bab mistik. Video kena rasuk time live la, video ...

kau blum jmpe boleh la cakap bsar..  jmpe kalu trkincit la ko dlm sluar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
logik ke daun dlm dompet lipat,tapi bila bukak wallet tu,elok jah daun xde kesan lipat pun?
agak2 la nak menipu pun.

yup,makhluk halus syaitan,iblis sume tu memang wujud,disebut dlm kitab al quran.

segala jenis hantu tu,kepercayaan umat melayu jah ya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.109031 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list