CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KILL_NANCY

[Pelbagai] Saya Suka Sains

  [Copy link]
Post time 13-11-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MeghanK at 13-11-2018 12:16 PM
seribulan replied at 13-11-2018 09:55 AM
oh, nak tambah...cikgu sains kata kalau tengok pepohon hijau dan makan karot boleh memelihara kesi ...


yang pasal tengok pokok hijau tu rasa macam betul..

dulu kecik2 ada jiran sebelah rumah, keluar rumah awal pagi tengok pokok2 hijau..kebetulan masa tu depan rumah kitorang ada hutan sikit..lama2 akak tu cakap dia tak payah pakai spek dah..dia rabun sikit je la tapi nya..

bab pelawasan pulak, kevin zahri cakap kalau nak turunkan berat badan, sekurang2 nya kena melawas at least sehari sekali..kalau dua kali lagi baik..tapi saya kenal ada seseorang tu dia melawas sehari 4 kali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 12:59 PM | Show all posts
Petua hilangkan batuk- makan nenas dan minum air tebu pure without ice kena cari bukti saintifik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:29 PM | Show all posts
pisang bukan untuk melawas tapi boleh buat najis solidified.
kalau cirit birit boleh makan pisang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lidah ialah organ yang paling berotot di dalam badan.
Lidah dapat melakukan sebarang bentuk pergerakan. Lidah menolak makanan dan meletakkannya di antara gigi-gigi kita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Fungsi usus besar secara asasnya adalah untuk menyerap air bagi mengekalkan ketumpatan najis serta merembeskan mucus yang melicinkan dan membantu perjalanan bahan akhir makanan (najis) yang tidak diserap ketika proses percernaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Vitamin D biasanya dpt pada cahaya matahari pagi...
Paeds anak.iols cakap elok.wanita pregnant kuar pada cahaya pagi singkap.sikit lengan baju bagi senang kena.cahaya
Sebab akan effect pada baby...baby akan dpt calcium secukupnya...


Haha..melalut.plak iols

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-11-2018 04:36 AM
Susu badak air warna merah jambu.

Bestnya.. mesti perasa strawberi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-11-2018 04:34 AM
Lipatan usus kecil mukosa dan corak tabung bronkial kedua-duanya diklasifikasikan sebagai corak/pola ...

Teknik yg sama digunakan utk buat antena hp.ini bentuk ini membolehkan antena jadi compact dlm hp. Radar pengesan juga menggunakan bentuk fraktal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 08:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:52 PM | Show all posts
Cerita psl pisang,

tahukah anda pisang adalah radioaktif? Pisang mengandungi potassium yakni zat radioaktif. Tp jgn bimbang kandungannya sgt kecil utk memudaratkan kesihatan anda - Utk merasai efek radioaktif, manusia harus makan sebanyak lebih kurang 5 juta buah pisang in one sitting

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:58 PM | Show all posts
Menurut saintis, bau angkasa lepas spt buah raspberries dan minuman rum. Ini disimpulkan drpd penemuan sejenis gas yg berhampiran dgn bahagian tengah galaksi, ia didapati mengandungi ethyl formate (C3H6O2): perasa dominan dlm buah dan minuman tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengguna tgn kanan hidup 9 tahun lebih lama drp mereka yg kidal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah mustahil untuk kita membunuh diri dengan menahan nafas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kurang 6 keping disket dulu2 diperlukan utk menyimpan sekeping gambar yg diambil oleh smatphome cikai zaman sekarang.

Keupayaan pemprosesan smatrphone harga rm400 lebih tinggi drpd keseluruhan command n control center nasa time diorg ckp diorg gi bulan. Katanya, last gi thn 1973. skrg, masing2 dah ada smartphone.smartphone boleh diikat kat belon, tapi x sampai bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2018 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Oleh kerana soalan ini terkandung konsep yang luas, saya ingin berkongsi sedikit tentang bagaimana emosi dapat dikawal/disebabkan oleh bahan kimia otak berdasarkan maklumat daripada sebuah buku yang bertajuk The Science of Emotions oleh Dr. Fahad Basheer.

Takut

Pertama sekali, apabila kita merasakan perasaan takut, organ rasa kita akan menghantar maklumat itu kepada thalamus iaitu struktur di otak kita. Thalamus kemudian menghantar maklumat kepada deria korteks dan pada masa yang sama juga ia menghantar maklumat kepada amygdala basolateral (BLA), yang kemudiannya menghantar maklumat ke nukleus utama amygdala (CeA - Carcinoembryonic Antigen). CeA adalah apa yang mendorong rasa takut kepada manusia.

Sekiranya CeA menghasilkan tindak balas tekanan atau ketakutan, salah satu perkara utama yang berlaku ialah sistem saraf simpatetik kita akan mencetuskan pertembungan pada tindak balas. Maka Adrenalin dilepaskan, kadar denyutan jantung kita menjadi semakin cepat, nafas kencang dan ini menunjukkan beberapa tindak balas fisiologi yang kita boleh namakannya sebagai "ketakutan".

Perasaan ini juga mencetuskan interaksi antara hipotalamus, kelenjar pituitari dan korteks adrenal kita. Interaksi antara tiga sistem ini secara kolektif dipanggil paksi HPA. Paksi HPA kita mencetuskan pembebasan tekanan hormon kortisol secara mengejut, secara langsung berfungsi untuk memberikan kita merasakan perasaan tertekan atau "stress".

Oleh itu, kita dapati bahawa banyak gangguan kecemasan meningkat apabila fungsi amygdala mulai aktif. Serotonin dan oxytocin pula adalah neurotransmitter yang kelihatannya terlibat dalam proses mengurangkan kebimbangan. Selain itu banyak ubat seperti barbituat dan alkohol juga berfungsi untuk mengurangkan kebimbangan. Kebiasaannya ia adalah di antara kaedah untuk kita mengurangkan aktiviti amygdala ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2018 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Marah

Kita tahu bahawa monyet punya tahap serotonin yang lebih rendah di otak mereka kerana memperlihatkan sifat agresif yang keterlaluan, tidak terburu-buru dan kawalan dorongan yang lemah. Justeru itu, kita juga mendapati bahawa manusia yang mempunyai kadar serotonin tertinggi lebih cenderung menjadi yang paling pemaaf.

Kebanyakan sel yang mengikat testosteron, juga terletak di hipothalamus, amygdala dan tengah otak. Ingatlah bahawa kawasan-kawasan ini juga terlibat ketika ketakutan. Kita tahu bahawa rangsangan elektrik di struktur otak tengah pada kucing menghasilkan tindak balas agresif yang melampau.

Medial Orbital Frontal Cortex adalah pusat "kawalan emosi" otak dan fungsi testosteron itu mengurangkan aktivitinya. Ia juga penting untuk diteliti bahawa kawasan ini mempunyai konsentrasi serotonin yang tinggi dengan itu individu yang mengalami masalah kemarahan mempunyai kepadatan reseptor serotonin yang lebih rendah. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa serotonin memainkan peranan dalam kawalan emosi, sementara testosteron pula memainkan peranan mengganggu aktivitinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2018 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 14-11-2018 10:19 PM

Keinginan Seksual/Seksualiti

Kadar testosterone di dalam badan juga banyak menerangkan tentang keinginan seksualiti. Sains membuktikan bahawa ukuran ketiga interstitial nucleus (celahan nukleus) daripada anterior hypothalamus (INAH-3) jauh lebih besar pada lelaki heteroseksual berbanding lelaki homoseksual atau wanita heteroseksual.

Jadi, keinginan seksualiti ini juga ditentuukur oleh saiz oleh saiz INAH-3. Sebagai contoh, apabila lelaki menonton atau membaca sesuatu yang boleh menaikkan syahwat, mereka kebiasaannya menunjukkan peningkatan aktiviti pada hypothalamus dan amygdala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2018 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 14-11-2018 10:20 PM

Cinta

Jika seekor tikus betina sedang mengandung, ia akan mempunyai tindak balas yang kuat dan akan menyerang haiwan lain termasuk yang lebih besar berbanding saiznya, contohnya anak anjing. Namun setelah tikus betina itu melahirkan anak, hormonnya semakin pulih sehinggakan dia boleh menjadi sedikit jinak dengan anak anjing tadi.

Ini disebabkan bau anak anjing yang mengaktifkan amygdala tikus betina sebelum ia melahirkan anak. Berbeza pula selepas ia melahirkan anak di mana tindak balas oxytocin, estrogen dan prolaktin pada kawasan medial preoptic bermula daripada hipotalamus lalu mencetuskan laluan untuk mengaktifkan neuron dopamine di kawasan ventral tegmental serta menghalang neuron yang mendiami di amygdala.

Kajian juga menunjukkan bahawa manusia mempunyai sesuatu yang serupa dengan subjek ini, walaupun kurang sengit. Oleh itu, ganjaran/cinta yang dirasakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka mungkin difasilitasi oleh oxytocin dan terkadang terjejas disebabkan testosteron.

Apabila kita bertemu seseorang buat pertama kalinya dan pada masa yang sama kita menjadi sangat teruja dengan si dia, banyak emosi kita rasakan yang dikendalikan oleh dopamin ketika itu. Apabila anda telah jatuh cinta dengan seseorang, maka oxytocin berubah menjadi neurotransmiter utama. Otak satu ciptaan yang begitu mengagumkan, mampu mengawal semua jenis perasan yang ada pada manusia!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 10:05 AM | Show all posts
mama saya tak sekolah tinggi tapi saya ingat satu perkara mama ckp

kalau tebang pokok dan tinggalkan akar sahaja nanti pokok akan mati sbb tak ada daun

cikgu sains cakap untuk hidup dan memproses makanan, daun2 pokok akan melakukan proses photosynthesis menggunakan cahaya matahari. maka sbb itulah daun pokok penting

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Leukemia terbahagi kepada beberapa jenis. Yang paling common adalah:
Acute Lymphoblastic Leukemia
Acute Myeloid Leukemia
Chronic Myeloid Leukemia
Chronic Lymphoblastic Leukemia

Setiap jenis ni juga terdapat sub jenis yang diklasifikan berdasarkan bilangan blastocyst dan genetic mutation.

Treatment diberikan kepada pesakit mengikut sub jenis. Ada sub jenis yang good diagnosis, ada yg poor diagnosis. Good diagnosis maksudnya boleh sembuh dgn treatment biasa. Poor diagnosis maksudnya risiko kematian sangat tinggi, treatment biasa tak boleh atasi mutation tersebut. Mungkin kena pakai intensive treatment.

Usaha terakhir untuk pesakit adalah stem cell transplantation. Dan ini bukanlah pesakit akan sembuh sepenuhnya, kerana risiko untuk kanser tersebut menyerang kembali masih ada (relapse).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.119425 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list