Edited by soretos at 13-11-2018 07:47 AM
PENGERUSI Jawatankuasa Keagamaan dan Kerohanian Parlimen Belia Malaysia, Mohd Adri Adha Mohamad.
IPOH: Parlimen Belia Malaysia meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kerana disyaki menyalahgunakan duit peruntukan bagi persidangan Parlimen Belia 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Keagamaan dan Kerohanian Parlimen Belia Malaysia, Mohd Adri Adha Mohamad berkata, berdasarkan pembentangan Bajet 2018, persidangan Parlimen Belia Malaysia akan diadakan sebanyak tiga kali pada tahun ini.
Beliau mendakwa pihak Syed Saddiq tidak melaksanakan dua daripada tiga persidangan seperti yang sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018
“Kami merasa amat sedih dan kesal dengan tindakan pihak Menteri yang mengambil keputusan untuk menangguhkan persidangan Parlimen Belia tanpa sebarang alasan kukuh walaupun sudah ada peruntukan untuk melaksanakannya.
“Kami memohon pihak PDRM dan SPRM menyiasat perkara ini dan ke mana perginya peruntukan untuk persidangan ini yang diluluskan dalam Bajet 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Adri Adha berkata, pihak Parlimen Belia Malaysia dijangka membuat laporan polis dan SPRM dalam waktu terdekat berhubung perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak PDRM dan SPRM bagi menyiasat perkara berkenaan.
Sumber dari BH Onlinehttps://www.bharian.com.my/berit ... diq-salahguna-kuasa
|