CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4060|Reply: 4

Rasai keseronokan berlayar di kapal mewah SuperStar Gemini

[Copy link]
Post time 13-11-2018 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Sape dah pernah merasa naik kapal mewah nie.. share sikit best & tak best nye duk dlm kapal

PASTI ramai di antara kita yang teringin merasai pengalaman bercuti di atas kapal pelayaran mewah tanpa perlu berfikir tentang penukaran penerbangan dan penginapan hotel yang merumitkan!
Nampaknya impian itu bakal terlaksana apabila SuperStar Gemini iaitu salah satu kapal pelayaran bertaraf antarabangsa bakal kembali berpangkalan di Malaysia.
Berlayar di atas kapal pelayaran SuperStar Gemini memang sesuai buat mereka yang mengidamkan percutian unik dan menyeronokkan, terutamanya untuk seisi keluarga di musim percutian sekolah akhir tahun ini serta sambutan tahun baharu.
Umpama sebuah ‘hotel terapung’ yang akan berlayar dari satu destinasi ke destinasi, SuperStar Gemini yang merupakan salah satu kapal pelayaran popular Star Cruises akan memulakan perjalanan pelayaran dari Pelabuhan Klang, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi serta Phuket di Thailand selama enam bulan bermula 5 November depan sehingga 28 April 2019.

Presiden Star Cruises, Ang Moo Lim berkata, sebagai sebuah syarikat ahli kumpulan Genting Cruises Lines, Star Cruises teruja dapat kembali berpangkalan di Malaysia bagi membolehkan para pelancong tempatan dan antarabangsa merasai pengalaman percutian unuk dan menarik.
Malah kata Ang, pihaknya turut menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan serta promosi pakej percutian yang bukan sahaja menarik tetapi berpatutan.
"ara pelancong kini mempunyai pelbagai pilihan untuk menaiki kapal SuperStar Gemini dari Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Langkawi atau Phuket.
"Selain itu dengan adanya pakej ‘Fly-Cruise’ serta promosi pakej-pakej percutian yang menarik dan berpatutan, pastinya ramai pelancong akan tertarik dan mencuba percutian pelayaran bersama Star Cruises," katanya.
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik dan menakjubkan serta pertunjukan dan persembahan bertaraf dunia selain hidangan antarabangsa dan tempatan tanpa sebarang bayaran tambahan di restoran tertentu - semuanya di atas kapal.
Para pelancong yang ingin memulakan percutian pelayaran mereka dari Pelabuhan Klang di atas kapal SuperStar Gemini boleh memilih jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Langkawi atau jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Phuket dan Pulau Pinang.
Selain itu, turut disediakan jadual pelayaran khas 5Hari/4Malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Penang (berlepas dari 6 Februari 2019) dan jadual pelayaran 3Hari/2Malam ke Singapura (berlepas 10 Februari 2019).
Semua pelayaran yang bermula dari Pelabuhan Klang akan berakhir kembali di destinasi yang sama.
Sebagai alternatif, para pelancong juga boleh menikmati pelayaran dari Pulau Pinang bagi tarikh-tarikh perlepasan tertentu untuk jadual pelayaran 4Hari/3Malam ke Pelabuhan Klang dan Phuket sebelum kembali ke Pulau Pinang.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 01:56 PM | Show all posts

RE: Rasai keseronokan berlayar di kapal mewah SuperStar Gemini

We started out to get away with a superstar cruise on Virgo from Singapore to Port Klang. You will spend your day on Star Cruise Virgo with luxuries experience.


https://www.cruisebay.com/specia ... irgo-singapore.aspx



Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik cruise....tak berani la...kita takut laut dalam..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 06:21 PM | Show all posts
Edited by mydh2019 at 10-12-2018 06:31 PM

Superstar Gemini has many sailings scheduled  to depart from Port Klang & Phuket for the year 2019.
Learn more about the Luxury offered onboard the cruise ship -

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mydh2019 replied at 10-12-2018 05:21 PM
Superstar Gemini has many sailings scheduled  to depart from Port Klang & Phuket for the year 2019.  ...

Boleh bagi list date untuk april .. port klang - phuket ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059789 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list