Dikecam teruk atas keterlanjurannya dalam bergurau sehingga dianggap ‘body shaming’ Sherry Al Hadad, Ayda Jebat tampil memohon maaf atas tindakannya itu kerana tidak mahu ada pihak terus terasa hati dengan tindakannya itu.
Dalam pada itu, Ayda menjelaskan dialog perbualan antara beliau dan Sherry itu sebenarnya sudah dirancang. Tidak pernah beliau berniat untuk menghina sesiapa.
Saya terima kecaman itu dengan rasa tanggungjawab sebab saya yang melafazakan dialog tersebut. Sebenarnya, saya dan Sherry sudah berbincang mengenai perkara terbabit lebih awal sebelum program itu berlangsung.
Ketika bersiaran, saya rasa semua orang tahu, perkara yang sudah kita rancang itu akan jadi terlebih atau terkurang. Tetapi, jika ada yang terasa hati atau terguris dengan kata-kata saya, dengan rendah hati saya memohon maaf. Sejujurnya, saya tidak pernah terdetik, malah jauh sekali berniat mahu menghina sesiapa.
Ayda menerima segala komen dengan hati terbuka dan menjadikan ia satu pengajaran untuk memperbaiki dirinya.
Baguslah kalau Ayda sudah menjelaskan perkara sebenar dan dengan rendah hati memohon maaf. Harapnya isu ini tidak lagi berpanjangan.
Post time 13-11-2018 01:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols baru baca tweet nadia nazir (org astro kot) dulu2. Dia kata mulut aj mmg hazab sikit, even dia pun kena. Dia kata sepanjg keje dgn aj 5 bulan, dia kena ejek gemok 2x! Kejam nya si aj ni..
baca komen chuols ni tetiba iols teringat someone yg dlm industri hiburan ni pernah ckp kat iols aj ni mulut jahat.. ingatkan sheols mcm propa ke atau main ckp je kann.. maybe yelah tu.. lps ni kena hati2 la dlm berbicara..tak kisah la walau dah planning sekalipun...aj pun dah mintak maaf kan..
Post time 13-11-2018 02:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BoongaKertas replied at 13-11-2018 02:13 PM
sbb dia kata planning dah dgn sherry tu yg triggered org lain kot. hmm..entahlah, hrp sheols ni in ...
Dia mmg dah plan dgn sherry apa nak dicakapkan tapi iolls rasa part gems tu yg terlebih2 dia pegi lepaskan sbb sherry pun nampak cam terkejut gak kan. Maybe aj sejenis akan over do something nak nak bila dia excited lebih.
tulah, iols rasa mulut aj ni lagi laju dr sel otak dia kot bila eksaited. tp iols perasan dia mmg sejenis cpt eksaited. tp tulah, sian sherry terkulat2 situ. betul2 terkejut sheols. nak gak tahu ape feedback dia isu ni.
Post time 13-11-2018 02:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sherry ni makin mewangi plak semenjak makin kurus dan popular. Harap2 dia kekal humble dan tak over lepas makin popular. Suka tengok dia mengacara. Dia suka bahankan diri sendiri
AJ ni memang sejenis gedik dan mulut lepas dari dulu lagi kan?
Post time 13-11-2018 02:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
delia3003 replied at 13-11-2018 02:27 PM
Sherry ni makin mewangi plak semenjak makin kurus dan popular. Harap2 dia kekal humble dan tak over ...
Setujjjjjjjjuuuuu! Sherry betul2 mewangi skrg. Suka tgk dia. And that's true. Dia membahan diri dia sendiri, tak mcm pelawak2 hina. Suka membahan fizikal orglain. Then Sherry ni suka buat gaya2 mcm foolish gitu. Joget2, happy2. I cukup senang dgn dia. #teamSherry
Post time 13-11-2018 02:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
yeke dh plan dgn sherry? sbb too obvious kot muke sherry berubah terkejut lps tu bile ayda ni ngate kaki die pendek..sherry tros jwb ayda yg kutuk diri sndiri..