CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3306|Reply: 1

Burrito Kacang Panggang Untuk Sarapan Pagi! Kenapa Tidak?

[Copy link]
Post time 13-11-2018 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Burrito untuk sarapan pagi? Sedapnya, jom cuba!


Foto:Twisted.co.uk


Bahan-bahan:
Foto:Twisted.co.uk


600g Kacang dalam tin (seperti jenama Heinz)
8 keping tortilla
3 biji telur
100g cendawan, dipotong dadu
150g lada benggala, dipotong dadu
200g kentang, dikupas dan didadu
170g sosej
60g Cheddar
45ml susu tanpa lemak
2 sudu teh minyak sayur
5g mentega
Oregano, 1/2 sudu kecil
Garam dan lada hitam secukup rasa


Cara-Cara:


Letakkan sosej, kentang,cendawan dan lada benggala di atas dulang pembakar. Tuang minyak ke atas semua bahan tadi dan perisakan dengan garam dan lada hitam. Bakar dengan suhu 200oC selama 20 minit atau sehingga masak.


Kacau telur bersama susu, garam dan lada hitam. Panaskan mentega di atas kuali yang tidak melekat di atas api sederhana.  Masak telur seketika dan ketepikan.





Panaskan kacang dalam ketuhar gelombang mikro


Hiris sosej dan letakkan di atas tortilla. Letakkan kentang, cendawan, lada benggala, kacang, telur dan keju kemudian lipat sehingga menjadi burrito.


Panaskan di atas kuali yang tidak melekat dalam api sederhana sehingga berwarna perang keemasan. Berus dengan minyak.
Foto:Twisted.co.uk


Siap dan sedia untuk dinikmati!


Jomlah cuba hujung minggu ini. Sarapan lain daripada yang lain! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 12:02 PM | Show all posts
sedap ke ni.. blh cuba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.704022 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list