CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: monolog

Benarkah Naga Wujud? Ini Cerita Naga Di Malaysia

[Copy link]
Post time 18-11-2018 11:12 AM | Show all posts
chinta89 replied at 15-11-2018 01:33 PM
sempat melawat kawasan heheehe

mcm yb dah hahahahahaha...tp itulah i x sure laa btl ke x.tp utk local segamat dorg percaya benda tu.naga chini akan dtg ke segamat sbb tu berlaku banjir besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2018 01:25 PM | Show all posts
naga, dragon, wyvern, serpent, drake. banyak mitos naga ni

dulu orang guna symbol naga sebab ape eh, kekuatan?

hasil pembawaan cerita-cerita orang zaman dulu, penglipur lara yang menokok-tambah perisa dalam bercerita, makin lama makin exaggerate jadinya.

realistically, myths je kan
tapi kalau di alam lagi satu tu, wallahualam. sebab ada yang suka henshin henshin ke bentuk naga ni, tanye diorang   selalu terjun matrix
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 11:09 AM | Show all posts
shernazz replied at 16-11-2018 06:29 AM
Tah tah ikan.arapaima
Iols.dolu main cikcur kat sunway lagoon main kayak...
Ikan tu lalu tepi ka ...

iols dah tunjuk gambar ikan arapaima tu... dia kata bukan.. sebab dia pemancing tegar kan., haruslah dia taw ikan tu

yg ni memang pelik katanya sebab merah berkilat.. macam paip.. tp paip xkan la berselekoh2 kan.. mcm ular besar lah katanya tp x nampak kepala.. tu yg dia nak cari lampu suluh tu,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
razfira0707 replied at 21-11-2018 11:09 AM
iols dah tunjuk gambar ikan arapaima tu... dia kata bukan.. sebab dia pemancing tegar kan., harusl ...

Eee.takut nya
Maknanya besor la n panjang kan
Naseb selamat kn
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 12:38 PM | Show all posts
dulu pakcik penah cite.. naga tu sebenarnya ular yg dah terlalu tua.. smpi dia berjanggut berlumut etc2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Naga wujud kut, cuma tak pernah jumpa lagi sejak sejak Api Sembahan 1000 Tahun terpadam masa kelahiran SAW. Bangkai naga takde sebab naga usia panjang. Panjang mana, nda tau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 14-11-2018 02:39 PM
Suka dgr cerita pasal naga. Mostly byk negara cerita pasal mitos naga, china, jepun, india. Kenapa z ...

Literature matsaleh pn ada psl naga jgk..cme tak se gah dah x dipuja2 berlebihan seperti kat asia ini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik pasal haiwan misteri nih, sampai la ni tak pasti kewujudannya kalau takat org melayu je yg sebut kita boleh la nk kata sekadar mitos tapi boleh dikatakan satu dunia menyebut pasal naga nih.

Apakah mmg penah wujud?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
rasanya naga ni cuma mahluk jelmaan ghaib je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wujud ke tak , sememangnya akan ciken out bila ada aktiviti air especially kat tasik, dulu2 masuk kuar tasik takde fikir apa pun erghhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat filem naga tasik chini
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 26-11-2018 07:55 AM
Literature matsaleh pn ada psl naga jgk..cme tak se gah dah x dipuja2 berlebihan seperti kat asia  ...

Tp naga mat saleh jauh beza betul siap ada kepak. Naga jepun n china cantik
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 06:12 PM | Show all posts


Dragons are real and they come from South Africa (their Latin name is “Smaug gigantaeus”).

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 06:14 PM | Show all posts
Akuler replied at 23-11-2018 12:38 PM
dulu pakcik penah cite.. naga tu sebenarnya ular yg dah terlalu tua.. smpi dia berjanggut berlumut e ...

y org cerita kat saya ular y bertapa. dok dalam gua kat hutan2 tebal. sampai berjanggut n ada y tumbuh kaki. mcm mana sebenarnya bertapa tu x pasti
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 12:17 PM | Show all posts
greantea replied at 30-11-2018 06:14 PM
y org cerita kat saya ular y bertapa. dok dalam gua kat hutan2 tebal. sampai berjanggut n ada y tu ...

ye ye..yg tu pun saya pernah dengar..cuma x berapa ingat..huhuhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jin le kot, fizikal dorg kan besar2. Xmustahil..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin naga ni memang wujud zaman dulu2 tapi skrg dah pupus
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts

Artikel Penuh: https://www.orangperak.com/mitos-jepun-bom-ular-gergasi-di-perak.html
orangperak.co

Mungkin anda pernah dengar tentang “ular lidi menjadi naga” yang agak popular penggunaannya pada satu ketika dahulu yang dikatakan ia amat sinonim dalam kehidupan masyarakat melayu. Namun disini, kami dari warga editor orangperak.com bukanlah hendak menterjemahkan tentang peribahasa tersebut, tetapi ada mitos atau cerita rakyat yang agak menarik untuk dikongsikan bersama berkaitan dengan ular bersaiz gergasi.

Kita semua tahu, naga amat popular dalam masyarakat cina dan di dalam negeri Perak sendiri terdapat beberapa kisah cerita mitos yang berkaitan dengan naga dan menjadi buah mulut sejak dari dahulu lagi. Antara kisah-kisah mitos yang ramai tahu jalan ceritanya adalah Naga berjuang berebut geliga di dalam sungai Perak, Naga bertapa di bawah tanah tapak Menara Condong Teluk Intan dan banyak lagi.

Ada satu kisah mitos atau cerita rakyat menarik yang kami ingin kongsikan bersama anda yang mungkin tidak pernah tahu tentang hal ini. Ianya berkenaan dengan ketika zaman Jepun di Perak dahulu. Dikatakan pada waktu itu, gempar khabar angin diseluruh Perak yang menceritakan tentang banyak ular gergasi yang dibunuh Jepun di dalam lubang dengan menggunakan bom tangan sahaja.

Sewaktu pemerintahan Jepun, dikatakan kerap berlaku kejadian aneh yang mana orang kerap hilang di satu kawasan yang dikatakan berdekatan dengan kawasan penempatan kem tentera Jepun. Jadi, pegawai pemerintah tentera Jepun pun mengarahkan pasukan rondanya untuk pergi meninjau di kawasan tersebut yang dikatakan amat tebal dengan hutan dan juga berbukit. Jadi, pergilah pasukan ronda tentera Jepun itu ke sana untuk meninjau melihat kawasan dan keadaan yang dikatakan kerap berlakunya kejadian aneh itu.

Setelah seminggu berlalu, pasukan peninjau pergi meninjau masih tidak pulang-pulang untuk menghantar laporan dan pegawai pemerintah mengesyaki ada sesuatu perkara malang yang telah menimpa kesemua anak buahnya itu. Lantas, pegawai tentera Jepun itu terus menghantar sepasukan tentera lagi dan menambah kekuatan dalam lingkungan 50 orang kekuatan tentera untuk pergi mencari mereka yang tidak lagi pulang dari pasukan peninjau.

Malangnya, mereka juga tidak pulang selepas seminggu pergi beroperasi. Dalam keadaan itu, pegawai pemerintah tentera Jepun itu terus yakin bahawa teorinya betul tentang berlakunya musibah yang melanda anak-anak buahnya itu. Dia mengesyaki tenteranya telah dibunuh atau telah ditawan oleh askar-askar melayu dan tentera British. Lantas tanpa berfikir panjang, pegawai pemerintah tentera Jepun itu mengumpul seramai lebih 300 orang kekuatan tentera Jepun untuk pergi mencari dua pasukannya yang hilang tadi di dalam hutan.

Mereka mencari dengan mengikut jejak yang masih boleh dikesan oleh pasukan terdahulu. Setelah seharian berjalan di dalam hutan yang semak di dalam belantara, mereka semua merasakan berada dikawasan yang aneh dimana kawasan tersebut adalah kawasan lapang dan tiada rumput. Ianya bersih umpama ada kampung bunian di tengah-tengah hutan. Terdapat juga pokok-pokok yang cantik umpama dijaga rapi. Sedang meninjau kawasan yang baru mereka sampai, anak mata pegawai pemerintah tentera Jepun itu tertarik dengan keadaan pokok dan saiz sebuah lubang yang besar di kaki bukit.

Apa yang menarik pandangan anak matanya adalah apabila dapat lihat pokok-pokok yang ada disekelilingnya habis melentur ke arah lubang di kaki bukit tersebut. Pegawai pemerintah tentera Jepun beranggapan bahawa askar melayu ada menyorok di dalam lubang tersebut lantas telah mengarahkan tentera-tenteranya yang ada untuk melontarkan semua bom tangan yang ada ke dalam lubang tersebut. Letupan demi letupan berlaku dan disusuli dengan bunyi dengusan kuat binatang yang besar. Letupan bom tangan yang bertali arus telah meruntuhkan lereng bukit dan menutup lubang besar itu.

Sebaik sahaja letupan bom tangan berhenti, pegawai pemerintah tentera Jepun terus mengarahkan askarnya untuk memeriksa apa yang ada disebalik runtuhan bukit berkenaan. Adalah amat mengejutkan apabila mereka telah menemui sebiji mata ular yang sangat besar iaitu sebesar sebiji kelapa muda. Oleh kerana itu, pegawai pemerintah tentera Jepun terus mengarahkan tenteranya mengebom semula runtuhan itu dari atas pula. Pengeboman kali ke dua ini telah mendedahkan badan seekor ular yang bersaiz gergasi dengan ukur lilit sebesar kawah dan kepala yang sudah hancur terkena bom tangan tentera Jepun.

Terdapat tumbuhan yang tumbuh renek di atas badan ular bersaiz gergasi itu dan ia menunjukkan bahawa ular tersebut sudah lama tinggal di dalam lubang tersebut hingga tubuhnya ditumbuhi tumbuhan. Setelah runtuhan dialihkan, mereka pasukan tentera Jepun pun terjumpa berpuluh-puluh senapang sahabat-sahabat mereka yang dipercayai telah dimakan oleh ular bersaiz gergasi itu tadi. Lubang besar itu ditimbus semula dengan mengebom lereng bukit yang lebih tinggi dan runtuhannya menimbus bangkai ular tersebut.

Kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan kerana ianya adalah cerita rakyat yang diceritakan oleh orang-orang tua melalui lisan kepada editor orangperak.com sahaja dan tiada bukti-bukti kukuh melainkan penceritaan secara lisan sejak dahulu hingga ke hari ini. Dikatakan, kisah ular bersaiz gergasi ini berlaku di kawasan Slim River yang mana berdekatan dengan hutan yang tebal ke arah banjaran titiwangsa.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lagi tentang ular besar/naga di perak


https://m.facebook.com/389022607969878/photos/banjir-balak-dan-misteri-ular-besar-di-bumi-sungkai-ceritera-6bagi-otai-otai-dan/392358760969596/

perenggan tentang ular besar/naga

"Namun ada misteri dan sisi lain tentang banjir besar yang menyelubungi bumi sungkai selepas banjir apabila ada penduduk yang mendapati ada laluan ular yang besar dan panjang mudik ke sungai di belakang rumah arwah Lebai Desa . Ada yang mengatakan bahawa naga (ular besar yang habis bertapa) mudik ke hilir."
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya aku tengah cari info tentang ular besar di perak.
ada 2 peristiwa yang menyebabkan aku tertanya tanya tentang wujud atau tidak ular besar ni.

peristiwa 1: lebih kurang 6 tahun lepas
Time ni aku baru beli tanah di satu tempat di sebuah kampung di Perak.Panggil saja kampung A.
cerita ni diceritakan oleh seorang kawan pada aku.aku dalam cerita ni adalah 'kawan' tersebut.

Malam tu aku melepak di rumah seorang kawan di Kampung A. Lebih kurang pukul sepuluh/ sebelas aku ambil keputusan untuk balik kerumah. Kampung A jauh kedalam hutan. Kena lalu ladang getah, belukar , ladang sawit dan jalan kampung yang sempit sebelum sampai ke jalan besar.

Sampai di satu selekoh, aku nampak bayang bayang pokok tumbang di tepi jalan. lampu jalan ada tetapi jauh menyebabkan suasana di situ samar samar. Aku memperlahankan kancilku. Ketika mahu menukar gear, tiba- tiba aku tersedar batang yang aku sangkakan pokok tadi ada mata padanya & mata itu memandang aku.Paras mata itu adalah sama paras side mirror kereta kancil aku.Berdebar. Terus terlintas benda sebenar yang aku sangkakan batang pokok tumbang itu sebenarnya adalah seekor ular yang sangat besar.


Peristiwa 2: lebih kurang 5 bulan lepas.
tempat yang sama dengan peristiwa 1.
Masa: Maghrib

peristiwa yang berlaku ini diceritakan oleh seorang yang lain.aku adalah orang tersebut.

Maghrib tu aku lalu di jalan itu. Aku tengok ramai orang sedang berkumpul perhatikan sesuatu. Rasa nak tahu, aku pun mendekati orang ramai tersebut.
Terkejut.

ada seekor ular, warna kuning merah sedang melintasi jalan. Ular sangat besar yang jika dia mengangakan mulutnya seorang manusia boleh berjalan masuk terus ke dalam rongga mulut.( yang ini aku tak tau maksud orang yang bercerita samada manusia itu bersaiz dewasa atau kanak- kanak).

Walau ramai orang sedang memerhati termasuk ada yang menghalakan senapang padanya ular tersebut tidak ada reaksi- terus sahaja melintas jalan dan melemparkan dirinya kedalam sungai di seberang jalan.Belukar yang dilaluinya nampak berlorong disebabkan besarnya badan ular tersebut.

cerita mereka ni buat aku tertanya - tanya tentang kewujudan ular besar. pada aku tidak ada faedah nya jika kedua mereka create cerita tentang kewujudan ular tersebut.

atau sebenarnya apa yg mereka nampak sebenarnya makhluk dari alam lain?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.078419 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list