CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 2

[Tempatan] SPRM dedah guru minta seks kalau nak dapat gred bagus

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2018 12:02 PM | Show all posts |Read mode
SPRM dedah guru minta seks kalau nak dapat gred bagus

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/14/sprm-dedah-kes-seks/

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2018 8:34 AM


Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Terdapat kejadian di mana guru meminta pelajar untuk melakukan hubungan seks sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mendedahkan perkara itu memberi amaran bahawa kes sedemikian berbahaya bagi generasi masa depan di negara ini.

Beliau berkata, terdapat juga contoh di mana pelajar cuba memberi 'suapan' kepada rakan sekolah untuk memenangi undi supaya mereka boleh dipilih sebagai ketua kelas atau pengawas sekolah.

"Sekiranya tindakan rasuah seperti ini telah berlaku di sekolah, akan menjadi lebih buruk apabila pelajar berkenaan meningkat dewasa dan menjadi pemimpin masa depan.

"Sebab itulah kita perlu mendidik anak-anak kita tentang rasuah daripada mereka sekecil yang mungkin," kata Mohd Shukri dalam perbincangan panel yang dianjurkan oleh SPRM dan Kementerian Pendidikan di sini.

Mohd Shukri bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kes-kes seks bagi mendapatkan keputusan cemerlang, yang dikesan SPRM.
Beliau berkata, rasuah seharusnya dijadikan subjek di sekolah untuk mendidik anak-anak mengenai bahaya rasuah.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang menyampaikan ucapan penutup di forum itu, menggalakkan pelajar membuat laporan polis sekiranya guru-guru mereka meminta hubungan seks sebagai balasan untuk mendapatkan gred yang baik.

"Jangan sembunyikannya. Kita tidak boleh mengambil tindakan jika kita tidak tahu.

"Kita mahu memastikan sekolah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk semua kanak-kanak dan guru," kata Dr Maszlee.

"Biarkan anak-anak muda didedahkan untuk tidak menyukai rasuah pada awal usia mereka kerana tahap korupsi di negara ini pada masa ini terlalu membimbangkan," kata Mohd Shukri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 12:49 PM | Show all posts
tak susah pun benda ni sebenarnya buat spot check mengejut check hp pelajar. dapatlah maklumat.

spotcheck pula jangan libatkan pengawas sebab ramai je anjing jadi mata2 kawan2 sekolah bila cikgu buat spot check. nak lg best minta pegawai polis buat spotcheck bersama cikgu. buat senyap2 sudah.

lepas tu mulakan ops pembersihan mana2 pelajar bermasalah asingkan. mana clean pulangkan handphone kepada parent.

mungkin ni memenatkan cikgu dan menyusahkan polis tapi kesannya untuk kebaikan generasi akan datang.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 01:47 PM | Show all posts
uih... awal2 lagi dah terdedah dengan anasir rasuah ni.  yang mintak seks as ganjaran untuk dapat good grades, memang hanat laaa cikgu2 macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063615 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list