CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2216|Reply: 19

SUDAH-SUDAH LAH DOK CINTAN CINTUN KOT ALAM MAYA, TOLONG LAAAA ~~ Perangkap cint

[Copy link]
Post time 14-11-2018 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Sesungguhnya Aunty jugak pernah kena, terjerat ngan kata2 manis online nie .. ada duit terbang mcm RM2K but aty dpt balik dlm RM800 gitew. Jumpa scammer nie .. pak tam uolls OK !!


KUALA LUMPUR: Wanita kesunyian, berdepan masalah keluarga atau kematian suami yang meninggalkan harta menjadi sasaran mudah sindiket untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan identiti palsu.
Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk S Sasikala Devi, berkata pihak berkuasa menerima sekurang-kurangnya dua kes setiap hari membabitkan wanita berusia 30-an ke atas menjadi mangsa penipuan itu.
Katanya, ramai wanita yang sudah bersuami juga mudah terpikat dengan pujukan romantik mereka sehingga sanggup melakukan apa saja diarahkan termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan sindiket selepas terperangkap terbabit.
Malah, ada juga wanita dijadikan sebagai ‘keldai akaun’ kepada sindiket terbabit yang sebilangannya dikenali melalui media sosial terperangkap dengan ‘ayat cinta’ bagi mengumpan mangsa sehingga akhirnya terpaksa kerugian beratus ribu ringgit.
“Akaun berkenaan pula dipercayai milik keldai akaun terdiri daripada individu tempatan yang dijual atau disewa kepada sindiket serendah RM200 sebulan disebabkan kesempitan hidup.
Kes terbaru membabitkan seorang wanita dari Hong Kong, berusia 60 tahun mengalami kerugian sebanyak RM95 juta selepas memasukkan wang ke dalam satu akaun milik orang tempatan di negara ini yang dipercayai akaun keldai.
“Dalang sebenar tidak akan menggunakan akaun mereka sendiri untuk mengelak ditangkap, manakala keldai akaun pula tidak memegang kad bank berkenaan kerana sudah diberikan kepada sindiket.
“Apabila dalang ditahan, mangsa gagal mengenal pasti penjenayah semasa sesi pengecaman kerana gambar yang dilihat dalam internet sebelum ini berbeza daripada yang ada di depan mata,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bertajuk ‘Krisis Digital Bagi Generasi Baharu, Menumpukan Wanita Sebagai Ibu’ sempena Forum Keseimbangan Kehidupan Kerja 2018 Antarabangsa (IWLBF 2018), di sini, baru-baru ini.
Dua ahli panel lain turut membincangkan tajuk berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi Talent Department, Prasana Sailanathan dan Pejuang Hak Asasi Kanak-Kanak, Nurul Eeman Mansor. Yang turut hadir, Pengasas ADLA Group, Datuk Hasnorliza Hassan.
Sasikala Devi percaya tumpuan sindiket adalah dalam kalangan wanita pelbagai lapisan usia yang menjadikan alam maya sebagai perangkap ‘cinta’.
“Penjenayah siber lazimnya akan menyamar menggunakan gambar berwajah ‘Mat Salleh’ yang kacak, tetapi sebenarnya ‘Pak Hitam’ yang menggunakan kata-kata romantik untuk memerangkap wanita sebagai sasaran,” katanya.
Justeru, bagi mengekang isu ini, anak juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berat apa yang dilakukan ibu mereka sekiranya sering dilihat banyak menghabiskan masa melayari internet.
“Kalau ibu anda selalu bersendirian di dalam bilik dengan telefon atau komputer, pastikan dengan siapa dia bersosial kerana kita bimbang mereka mudah terpedaya dengan sindiket penipuan di dalam internet,” katanya.
Selalunya, ibu atau bapa yang kerap memantau anak kerana risau apabila anak obses melayari internet, sebaliknya peranan sama perlu dimainkan mereka untuk kebaikan bersama.
“Bukan saja ibu bapa yang perlu risau dengan jenayah siber membabitkan anak, tetapi anak juga perlu mengambil tahu aktiviti dilakukan orang tua mereka di internet,” katanya.
Beliau menasihatkan wanita supaya tidak mudah terperangkap dengan janji manis atau terpedaya dengan helah sindiket yang memang licik menggunakan pelbagai kelemahan individu.
Wanita juga seharusnya menyiasat latar belakang lelaki bagi mengelak sebarang penipuan sehingga merugikan diri sendiri dan wang ringgit.
Sementara itu, Nurul Eeman Mansor, berkata krisis digital lebih cenderung membabitkan remaja di bandar berbanding di luar bandar.
“Teknologi digital tidak dinafikan banyak membantu memudahkan kehidupan seharian, tetapi masyarakat tidak boleh membiarkan robot mengambil alih peranan manusia.
“Kanak-kanak dan remaja mudah dijadikan mangsa buli siber sehingga mengakibatkan mereka murung, tetapi masalah berterusan kerana tiada tindakan tegas daripada ibu bapa untuk mengawal penggunaan teknologi ini,” katanya.
Info: Kes Love Scam


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 01:36 PM | Show all posts
once a man starts asking for money, regardless of whatever excuses made to justify, all woman must run away from this type of man. run as far away as you can ladies!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2018 01:44 PM | Show all posts
Foxey replied at 14-11-2018 01:36 PM
once a man starts asking for money, regardless of whatever excuses made to justify, all woman must r ...

betol !! cut loose everything and just walk away... peduli apa kalo tak berteman!!! kerja mintakkkk jer kerja nye  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
byk tul duit2 ppuan skrg ni..
i ni nk bg gitu pon pk byk kali.
mmg..duit leh dicari..tp pd i..duit sgt ssh nk dpt.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 01:50 PM | Show all posts
auntyaya replied at 14-11-2018 01:44 PM
betol !! cut loose everything and just walk away... peduli apa kalo tak berteman!!! kerja mintakkk ...

yep... better be alone than having to support this kind of person. sayang duit tu, hasil keje sendiri, baik spend untuk diri sendiri and family
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 02:28 PM | Show all posts
baruuuu jap ni aku borak dengan cikgu pompuan
kena tipu dgn mat pakistan

cikgu kat negeri lain, pakistan kat negeri lain
dalam pesbuk bertemu juaaa

end up melayang rm40k kena tipu janji  manismu
nak claim macam mana???

kesian kan orang kita sekarang ni senang sangat kena kencing dengan pati hamjadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2018 02:48 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 14-11-2018 02:28 PM
baruuuu jap ni aku borak dengan cikgu pompuan
kena tipu dgn mat pakistan

aduiiii la haaiiii penat jer kerja habih duit bagi kat org

pompuan memang kaya!!

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 02:55 PM | Show all posts
Edited by saviour_09 at 14-11-2018 02:57 PM
auntyaya replied at 14-11-2018 02:48 PM
aduiiii la haaiiii penat jer kerja habih duit bagi kat org

pompuan memang kaya!!

rm40k bukan sikit2 anak
boleh bagi gitu je ke mat pakistan
ni kes ke berapa puluh dah aku jumpa kena tipu dgn pati
jual muka sikit je terus meleleh

oh sorry to say, half of the cases tu cikgu ye pengadu2 nya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kali berlaku tapi masih terus berlaku. Wanita Malaysia memang banyak duit sebab mereka yang bekerjaya sementara lelaki ramai yang jadi biawak. Nampaknya maklumat ini dah tersebar ke seluruh pelusuk alam, popularlah kan  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang2 mcm tak percaya benda2 mcm ni boleh berlaku. obvious sgt kut org yg add kita tu penipu especially mat salleh. too good to be true la kan kalau mat salleh  nak kawan dgn asian.tetiba ayat manis gila nak berkenalan. Tolonglah berfikiran waras bila nak accept fren kat fb tu. dah sah2 la profile pic tu curi gambar org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 14-11-2018 11:45 PM
kadang2 mcm tak percaya benda2 mcm ni boleh berlaku. obvious sgt kut org yg add kita tu penipu espec ...

Mak i pun slalu ckp mcm ni. Mat saleh tu kalau nak fall in love dgn kita tu satu dlm seribu la kot..sbb pompuan2 dia lg lawa2 seksi2. tetek mekar2.

Slalunya mat saleh tengok pompuan asia ni mcm org gaji pilipino ja. Walaupun kita malaysian, singaporean atau bruneian, tetap nampak bibik indon n pilipino di mata diorang.

Sunyi sangat dan tak byk bergaul kot pompuan2 ni. Sebab tu kena tipu love scam
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 14-11-2018 02:28 PM
baruuuu jap ni aku borak dengan cikgu pompuan
kena tipu dgn mat pakistan


Rm40k?? Banyaknya. Apa la ayat paki tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:25 AM | Show all posts
ninnakarinna replied at 15-11-2018 01:07 AM
Rm40k?? Banyaknya. Apa la ayat paki tu kan?

kompem ayat lentok
kalo tak takkan cikgu yg cerdik tu pun kena game
apa nak buat
nasik dah jadi bubur mcD

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:07 AM | Show all posts
semoga kita bukan di antara mangsa2 yg kehilangan duit ber RMk itu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bodohnyabla hai...patut kaum wanita .ni i nak claim banyak benda ni..

dia dpt duit tp hidup suwey!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Padannla muka...keje pompuan tu macam orang Arab tu...duduk rumah giling rempah jangan sebok cari duit

Ada duit tapi bodoh buat apa....lagi bagus ko taat kat laki engko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 19-11-2018 11:31 AM
Padannla muka...keje pompuan tu macam orang Arab tu...duduk rumah giling rempah jangan sebok cari du ...

Bodo ni mcm2 jenis ada..ceredik pon mcm jenis. Mcm hang cerdik xkena tmpt..bodo je kena tmpt..hahaha larikkkkk

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 19-11-2018 11:34 AM
Bodo ni mcm2 jenis ada..ceredik pon mcm jenis. Mcm hang cerdik xkena tmpt..bodo je kena tmpt..haha ...

Taat kat suami dah tentu dapat syurga.

Kaya bodoh masuk neraka pulak buat apa.

Baik pergi giling rempah kat Dapur macam pompuan Saudi tu dah tentu bakal duduk syurga.

Kerja susah2 tapi bodohhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu terus thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan setakat cikgu..ada jugak doktor ..laywer kena tipu..
untung lah dapat duit free..beratus ribu..
tak payah susah2 kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.114257 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list