CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6315|Reply: 12

CANTIK KAH ?? ~~ Dilema seorang wanita berwajah cantik

[Copy link]
Post time 14-11-2018 02:02 PM | Show all posts |Read mode


                     
KALI pertama memandang wajahnya, terdetik dalam hati betapa bertuah pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 26, atau Nadiyah Shahab ini kerana memiliki raut muka idaman semua wanita. Hidung mancung bak seludang. Bibirnya bak delima merekah. Giginya putih bak mutiara dan tersusun bak sebaris pinang. Langsung tak ada cacat celanya.

                     
Hinggakan ada pihak menyamakan wajah anak kelahiran Singapura ini seperti anak patung Barbie. Itu satu penghormatan daripada pihak luar untuk membayangkan betapa jelita seseorang wanita itu. Namun di sebalik kata-kata pujian itu, kedengaran juga kata-kata kurang senang tentang keaslian wajah miliknya.


  
Benarkah wajah anggun yang dimiliki pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang sedang ditayangkan di televisyen ini benar-benar asli atau sebaliknya? Ini kerana semakin lama direnung wajah pemegang watak Tengku Natasha dalam drama yang sama, memang seperti ada yang tidak ‘kena’.
“Saya tidak akan layan isu sama ada wajah saya asli atau tidak. Sebab utamanya, saya tahu apa yang terjadi pada diri ini. Semuanya adalah asli, bukannya ‘plastik’ seperti mana yang diperkatakan segelintir pihak.
“Janganlah disebabkan wajah saya dikatakan mirip dengan usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah azali. Walhal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali,” tegas Nadiyah berhubung isu yang sedang diperkatakan ramai ini.
Jauh dari sudut hati, Nadiyah berbangga kerana memiliki darah kacukan Arab dan Jawa yang diwarisi daripada kedua orang tuanya yang kini menetap di Kota Singa. Fakta keturunan keluarga itu yang menjadi pegangan jika masih ada lagi pihak yang tetap mempertikaikan keaslian wajahnya.
Sentiasa bersyukur dengan kurniaan wajah yang sempurna, anak kedua daripada dua adik beradik ini juga sudah berjanji untuk menggunakan anugerah dimiliki ke arah kemaslahatan dirinya sendiri tanpa mencalarkan nama keluarga.
“Saya bukan jenis yang bersolek 24 jam seharian hingga tak boleh berpisah dengan mekap. Ada hari tertentu, saya bebas daripada barangan mekap. Saya memahami glamor yang diraih adalah komitmen profesion semata-mata.
“Ketika bersama ibu, Norlizah Hassan dan adik, Syed Adni serta kawan-kawan rapat, saya jadi orang biasa saja,” kata Nadiyah yang berbesar hati untuk berkongsi gambar keluarganya secara terbuka tidak lama lagi.
Mahu berhijrah ke Malaysia
SELEPAS dua tahun berulang-alik dari negara kelahirannya ke Malaysia, pelajar undang-undang di Universiti of London di Singapura ini mengakui berasa penat untuk menguruskan proses dokumentasi di Tambak Johor, Johor saban hujung bulan.
Kekangan kerja yang tidak menentu menyebabkan Nadiyah perlu merancang dengan sebaik-baiknya jadual kerja agar dia tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus memastikan urusan kerjanya berjalan lancar.
“Entahlah sejak kebelakangan ini perjalanan hampir lima jam dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru semakin memenatkan. Dah terasa terlalu lama duduk dalam kereta itu. Tapi saya tak boleh mengeluh kerana Malaysia tempat saya mencari rezeki.
“Atas sebab itu saya bercadang untuk berhijrah ke negara ini selepas berkahwin hujung tahun ini. Tengoklah macam mana nanti. Kalau saya masih diterima lagi dalam industri hiburan,” kata pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini lagi.
Pada 13 Januari lalu, Nadiyah dan pelakon Nur Ali Nadzwan, 27, atau Ben Ali bertunang pada satu majlis di Singapura. Majlis pertunangan tersebut turut dihadiri rakan artis, Uqasha Senrose dan dua lagi adiknya, Nellydia dan Raisya.
        
              
                                                                           




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlengas muka ngan foundation
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 03:00 PM | Show all posts
artis indon yg mix blood lagi cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 09:50 PM | Show all posts
time jd host travel asia @astro dulu berkerak jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 07:10 AM | Show all posts
Janganlah disebabkan wajah saya dikatakan mirip dengan usahawan kosmetik tertentu,


sape? tok Vida ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 07:46 PM | Show all posts
cantik ke? mekap tebal 5 inci...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Why tak ori cantik dimatamu bukan dimataku.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cubaan nak associate nama dgn kecantikan tak berjaya. kesian reporter ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 04:54 PM | Show all posts
silap board ke dik ni  mcm nk citer psl artis je
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 04:34 PM | Show all posts
Chantek ke macam tu?!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 09:11 PM | Show all posts
ermm..yg nie lagi cantik..huhuu


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 10:56 AM | Show all posts
Mr Husband kata ni chantek! Hurmmm..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083043 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list