|
Twisties adalah antara makanan ringan yang telah lama berada di pasaran. Kalau dulu perisa yang ada hanyalah perisa bbq dan juga ayam. Namun kini twisties mempunyai pelbagai perisa antaranya tomato, keju dan pedas.
Seiring dengan perkembangan zaman, harganya juga semakin meningkat untuk sebungkus. Yang lebih menarik kadang tu bekas sahaja nampak besar, tetapi isinya hanya sedikit sahaja.
Jadi, nak nikmati twisties yang rangup dan banyak? Jom cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Sue Eyda di laman Facebooknya yang mudah dan sedap ini.
Bahan-bahan
Laksa kering
Serbuk kari
Serbuk cheese
Kiub megi *optional
Cara-caranya
1. Patah-patahkan laksa dan goreng di dalam minyak panas sampai garing.
2. Bila dah garing, angkat dan toskan.
3. Masukkan serbuk kari, serbuk cheese dan kuib ayam maggi di atas laksa yang sudah goreng tadi.
4. Gaul rata dan siap.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah sahaja kan? Selamat mencuba. - CARI
Kredit : Sue Eyda Via Resepi viral No 1 Malaysia |
|