CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11873|Reply: 229

[Tempatan] Guru 'lelong' enam anak kerana kecewa gagal pertukaran?

  [Copy link]
Post time 15-11-2018 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Guru 'lelong' enam anak kerana kecewa gagal pertukaran?
14 November 2018


SHAH ALAM - Pastinya berita gembira buat para guru yang berjauhan dari keluarga setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (PM) meluluskan sebanyak 4,525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019.

Bagaimanapun, perkhabaran gembira yang dimaklumkan oleh kementerian tidak sedikit pun memberi kecerian buat guru kepada enam cahaya mata ini.

Memetik Facebook Cikgu Izzat, dia terpaksa memuatnaik status seorang guru wanita yang kecewa keputusan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan.

Lebih memilukan, guru berkenaan terpaksa menjaga enam orang anaknya sendirian hingga memaksa dirinya menyerahkan kesemua anaknya kepada sesiapa sahaja.

Kenyataan kecewa itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan kerana boleh mengundang kepada penyakit kemurungan.

"Kalau sudah sampai nak serah anak-anak kepada sesiapapun dan sampai kemurungan, apa yang KPM boleh buat?

"Menteri? Menteri mana ada amik kisah langsung hal pertukaran guru," katanya.

Beliau juga mempersoalkan pihak berkaitan tidak peka kepada masalah para guru sehinggakan pada satu tahap telah membuat permohonan selama 13 tahun tetapi permohonan ditolak.

Sedangkan graduan baharu ditempatkan di kampung halaman namun perkara itu tidak berlaku kepada guru yang berkhidmat lebih 10 tahun.

"Wahai YAB Dr Wan Azizah Wan Ismail , tolonglah cikgu ini. Beliau dah kecewa sampai nak serah sahaja anak-anak seramai enam orang kepada sesiapa.

"Mahukah lihat anak-anak dipisahkan? Cukuplah cikgu ini terpaksa hidup bersendirian, sekarang masih lagi nak dibiarkan berpisah dengan anak-anak?," katanya.

Katanya turut memetik nama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membantu guru berkenaan dan mengutamakan kebajikan para guru.

Menerusi perkongsian di Facebook, status luahan guru wanita berkenaan mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan pertukaran guru pada 2019.

Katanya, dia telah berada selama 13 tahun di Johor ditemani enam orang anaknya kerana telah bercerai.

Kini, rumahnya telah dijual dan perlu mencari rumah sewa malah menyindir pegawai KPM agar menjaga anak-anaknya, sementara proses permohonan pertukaran guru diluluskan.

Guru berkenaan juga mengakui mengalami kemurungan dan menyatakan anak-anaknya berusia dua, tiga, tujuh, lapan, sembilan dan 14 tahun.

Sekiranya ada berminat kepada anak-anaknya boleh mesejnya di Facebook.

Status itu juga tular dan mendapat lebih 2,000 perkongsian dari netizen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 11:40 AM | Show all posts
kesiannya. i rasa cara ni lebih kepada reverse psychology je kepada pegawai KPM tu. dah viral mcmni, sure dpt perhatian menteri punya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:45 AM | Show all posts
sebelum dapat kerja, iol rasa mesti cikgu ni pernah ditanya KESANGGUPAN UNTUK BERKHIDMAT DI MANA-MANA....

i rasa mesti time tu dia jawab ya....

so, u know the nature of ur job..kena berkhidmat di mana2....u kena sediakan diri dari segi mental n fizikal...

tunggu kekosongan ade, baru u blh pindah.

PJJ itu normal utk govt staff.


benci la, kalau mcm tu, semua penjawat awam buat petition, keja dekat tempat masing2.

docs, nurses, police, army etc semua jauh2....

tlg didik anak bangsa dengan ikhlas. kalau tak suka, sila resign...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:48 AM | Show all posts
harap tun M tak layan permintaan dia...jd double standard plak nnti.

profession tu blh dpt, y not profession lain juga dibuat camtu.

geram la...pastu, dh tau PJJ, sila rancang peranakkan ok. Ni ANAK plak jd mangsa...

eh, seriously geram. nampak sgt kau tak ikhlas bertugas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:49 AM | Show all posts
Edited by gujiwa at 15-11-2018 11:50 AM

awat laki heols tak amik separuh ank dia jaga?


mesti jap lagi ada yang hencap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2018 11:50 AM | Show all posts
Maszlee janji siasat kes guru 'lelong' anak
15 November 2018


SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melihat dengan segera dilema seorang guru yang dilaporkan terpaksa menyerahkan enam orang anaknya kepada orang lain disebabkan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan.

Katanya, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Pendidikan agar menyiasat isu yang dilaporkan oleh Sinar Harian dengan segera dan menyediakan butiran bagi tindakan susulan.

"Saya akan melihat kes ini dengan segera. Saya telah meminta pegawai Kementerian agar mendapatkkan butiran mengenai isu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Saya faham situasi setiap  guru yang ingin bertukar sekolah.

"KPM mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran dengan mengambil kira pelbagai sudut dan faktor. Saya akan teliti kes ini," kata beliau kepada Sinar Harian.


Sinar Harian melaporkan seorang guru wanita yang kecewa keputusan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan terpaksa menyerahkan kesemua anaknya kepada sesiapa sahaja.

Laporan itu memetik tulisan dalam Facebook yang menyebut kenyataan kecewa itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan kerana boleh mengundang kepada penyakit kemurungan.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan keputusan permohonan pertukaran bermula kelmarin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2018 11:51 AM | Show all posts
nak jadi cikgu..tapi nak mengajaq kat kampung sendiri.....tapi cita2 lepaih spm nak jadi cikgu..sebab hujung tahun cuti panjang...ni la mentaliti generasi snowflakes...wakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:15 PM | Show all posts
semlm ada orang share statistik pertukaran guru ni. kalo tengok orang keluar ngan orang yang nak masuk tu memang berganda2. mmg la x dapat. tengok jugak la negeri mana yang dia nak masuk tu.

dah cerai...so dah xde isu duka lara pun....

kakak n abg aku pun PJJ gak anak 5 orang. 3 ngan suami dia, 2 lagi duduk dgn dia. sama2 la merasa perit jaga anak sorang2. xde la salah sorang perasan bujang.

hmmm. kalo la lepas dia meroyan mcm ni tetiba dapat tukar...so tunggu la lepas ni semua orang pun nak meroyan dan nak kisah sedih dorang diviralkan sampai ke menteri. sampai bila pun x selesai.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia bila baca status mak dia yg da jadi viral ni agak agaknya rasa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 15-11-2018 11:49 AM
awat laki heols tak amik separuh ank dia jaga?



Stuju. Unless laki dia jenis x pernah jaga anak. Riso jugalah kan nak bagi. Family kena tolong kot?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols cikgu tp iols cukup menyampah dengan set2 perasan victim ni. Behenti jela jd cg. Susah sngt kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:32 PM | Show all posts
Amboi senangnya kutuk cikgu

tak ikhlas bertugas la

jangan di layan la

kalau tak pernah rasa susah senang jadi cikgu jangan la senang nak kutuk.

dalam kes ni boleh dikatakan mengganggu mental.

saya penah bantu kes guru dera murid bertahun2... rupa2nya dia ni jadi mental sebab nak lepas geram sebab tekanan kerja.
ramai cikgu bordeline boleh kata hadapi tekanan.
bukan semua tapi ramai.

so jangan senang menghukum atau mengutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 15-11-2018 11:45 AM
sebelum dapat kerja, iol rasa mesti cikgu ni pernah ditanya KESANGGUPAN UNTUK BERKHIDMAT DI MANA-MAN ...

My frens ada sorg cmni. Sanggup tak pegi lapor diri jadi cikgu sebab tak sanggup berjauhan dgn suami dgn anak kecil sorg masa tu. Jadilah beliau suri rumah sepenuh masa. Aman bahagia hari2 update lauk masakan dan aktiviti anak dan suami setiap hari di fb.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan mmg kasihan ..

Tp nk simply ckp pegawai kt KPM xde perasaan x leh juga..

Ntah2 ..bebanan cikgu ni antara yg paling ringan kot bbanding bratus ratus kes lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:38 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 15-11-2018 12:42 PM

emm ramai sgt anak dia..kalau keje dah teruk kita perempuan kena jugak jaga kesihatan.tak usah lah beranak ramai sgt..zmn mak kita dulu housewife+ayah bertanggungjawab takpe anak 6.
bidang keje lain tak mampu nak beranak ramai, bos ofismate jeling nak cover keje, bad performance sebab cuti..mcm2 lah

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:40 PM | Show all posts
at least yg da berkhidmat lebih 5 tahun kasi la peluang tukar
bukan nak dekat dgn umah pon
nak yg berhampiran negeri pon takpa, sekurang2 nya klu emergency xde hal
system yg tak adil ke ada pegawai yg nak bersuap
ntahlar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 12:43 PM | Show all posts
Mungkin akak tu nak pindah berdekatan keluarga kot..ingat senang nak jaga naka 6 sorang2. Kena sokongan moral, kalau tak mesti tekanan perasaan. Kesian kat dia..kira ramai anak tahu la situasi macamana. Lebih2 lagi dia dah bercerai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk kata sbb dia tak dpt tukar selama ni punca dia bercerai ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 01:00 PM | Show all posts
agak2 la... kalau dah sampai 13 tahun memang mental dibuatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 01:04 PM | Show all posts
kalau gov offer pilihan untuk diaorg ni pencen awal..agak2 diaorg ambik tak? Graduan kat luar byk lagi...minggu lepas dan minggu ni tak putus2 ada uni konvo...let says satu konvo hasilkan minimum 2500 graduan..kalau 10 Uni dah hasilkan 25,000 graduan..kalau 20 IPTA dah capai 50,000 graduan dah..byk tul graduan...hope semua dpt keje lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.115711 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list