CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5715|Reply: 97

[Tempatan] Pendedahan 7 tahun guru dukalara. Isteri di Semenanjung, suami di Sabah. Nun di

  [Copy link]
Post time 15-11-2018 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Berita
Tujuh tahun derita isteri guru dukalara memanjang
15 Nov 2018, 8:30 pagi  
   

Tanggal 12 November lalu adalah hari yang dinanti-nanti dengan sejuta harapan di dada setelah dia menghadapi malam-malam panjang tanpa insan tercinta di sisi.

Namun, doa yang dipanjatkan belum jua termakbul.

Dia terpaksa meneruskan hidup sama seperti kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu melalui kehidupan seharian sebagai wanita yang bersendiri.

Bukanlah Ruhana Mohamed tiada suami. Ada. Cuma suaminya terlalu jauh di Beluran, Sabah sana, sedangkan dia terpaksa menelan hakikat pahit di Pasir Mas, Kelantan.

Menemani Ruhana ialah dua anak mereka.

"Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh saya dan anak-anak. Harapan mereka hanya satu, nak ayah dia ada bersama di sisi.

"Setelah tujuh tahun PJJ (perkahwinan jarak jauh), pelbagai ujian silih berganti, tak kurang juga ujian kesihatan yang semakin silih berganti," katanya kepada Malaysiakini.

Habis sudah masa berdiam

Menjelaskan kesulitan hidupnya Ruhana berkata bagi bagi orang biasa pun tujuh tahun itu sudah dianggap lama, apatah lagi untuk dirinya yang perlu menjaga anak-anak bersendirian.

Malah dia menegaskan, kudratnya semakin hari semakin lemah dan keadaan kesihatan tidak menentu.

"Saya harap dengan adanya kerajaan dengan harapan baru ini, kami anak-beranak disuluh sinar bahagia," katanya.

Menurut Ruhana, suaminya Khairul Anwar Mat Lazim, 31, mengajar mata pelajaran pendidikan Islam di sebuah daerah di Beluran.

Gambar hiasan

Katanya sudah beberapa kali permohonan dibuat supaya suaminya ditukarkan ke semenanjung namun gagal yang hadir bersilih ganti.

Ruhana berkata, selama ini dia hanya berdiam sahaja dengan keputusan permohonan suaminya, tetapi kali ini kesabarannya sudah melepasi batasan, selain ditambah rasa terkilan yang membara.

"Saya boleh reda, boleh terima apa jua keputusan tetapi ada sesetengah pihak, sesetengah individu nampak mencabar kesabaran saya.

"Memandangkan anak-anak yang semakin besar memerlukan perhatian penuh daripada seorang bapa, keadaan diri saya yang makin uzur dan ibu bapa mentua yang tidak menentu kesihatannya, adakah masih tidak layak untuk suami saya mendapat keputusan yang melegakan kali ini?

"Orang lain yang hanya beberapa tahun saja bertugas di sana, malah ada yang bujang, diberi kebenaran balik, apa kurangnya suami saya yang sudah tujuh tahun di sana?" luah wanita berusia 31 tahun itu tanpa menafikan ada guru lain turut senasib malah lebih teruk berbanding situasinya dan suami.

Janji tinggal janji

Isnin lalu, keputusan permohanan guru seluruh negara untuk pertukaran tempat mengajar diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dilaporkan KPM meluluskan 4,525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019. Secara keseluruhan KPM menerima 25,332 permohonan daripada guru di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin, dalam kenyataannya semalam berkata, jumlah itu ialah 19.53 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan pertukaran menggunakan sistem modul e-GTukar yang dibuka sekali setahun.

Permohonan yang diproses dan diterima itu ialah bagi tempoh 18 Februari 2018 hingga 25 Mac lalu.

Sementara itu, mengimbau cabaran tiga tahun lalu ketika kesihatannya begitu getir, Ruhana berkata, surat sokongan doktor pakar disertakan bersama permohonan suaminya namun gagal mengubah pendirian pihak berwajib.

"Tiga tahun lepas saya sakit teruk kerana jangkitan kencing tikus. KPM minta suami buat permohanan pertukaran serta-merta dengan ada sokongan doktor pakar, tetapi nampaknya surat yang tak hebat daripada kami itu dipandang begitu saja.

"Saya masih berdiam diri. Janji kes khas kami hanya tinggal janji sahaja. Saya tetap sabar, sebab saya tahu apa itu sabar.

"Saya kira banyak jasa suami di sana, apalah kali ini bagi peluang pada kami yang sangat memerlukan.

"Tolonglah, buat sesuatu ikut giliran yang betul, kasihan kami yang sangat perlukan PJJ ini tamat secepat mungkin sebelum tamatnya nyawa di badan.

"Saya tak pernah bantah segala keputusan, tetapi hari ini saya sangat kecewa. Saya tak ada kuasa politik, tapi saya ada suara hati," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 11:50 AM | Show all posts
doa u belum sampai utk dipindahkan...u lebih baik dikekalkan di sana.

ade hikmah semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:55 AM | Show all posts
jap.. bini dia kerja juga ke?
sanggup la PJJ lama2x..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:00 PM | Show all posts
aduh...dugaan hidop carik rejeki nih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:00 PM | Show all posts
dulu makcik aku laki sheols ustaz ke mengajak kat sarawak atau sabah  aku pun lupa

tapi makcik aku mintak tukar nak ikut laki dia duk mengajar kat sana

tapi sekarang  dua dua dah dapat tukar duk semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Puan ruhana ni keje tak? Kalau tak keje apa kata ikut laki mu tu duduk sana. Asal pjj je mesti anak2 duduk dgn mak. Penat tau. Yg bapak2 ni rasa mmbujang plak.Memang derita la wei pjj  ni.. Duduk dgn family lagi la.. Kalau ada mak jenis menyindir "mana laki ko! " "mana bapak budak ni tak balik2! ". Huhu menangis jela mampu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2018 12:04 PM | Show all posts
perghh, laki duk sesorang, kalau dapat jiran birah level cupucupu, gerenti 24jam laki org tu kena skodeng dari balik tingkap.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:10 PM | Show all posts
naina replied at 15-11-2018 12:04 PM
Puan ruhana ni keje tak? Kalau tak keje apa kata ikut laki mu tu duduk sana. Asal pjj je mesti anak2 ...

alasan nnt kena jaga makpak/ makpak mentua sakit pulak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 12:04 PM
perghh, laki duk sesorang, kalau dapat jiran birah level cupucupu, gerenti 24jam laki org tu kena sk ...

Kan. Dahla kudrat laki ni lebih kuat, nafsu pon kuat.. Dibagi plak masa senang duduk sorg2. Yang bininya meligat jaga anak2 semua. Ohh man. Aku mmg tak percaya laki2 pjj ni.
My friend dapat gk jadi cikgu masa tu anak baru satu, tapi sbb jauh so dia rela cancel hasrat jadi cikgu. Bahagia tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:13 PM | Show all posts
lps ni jgn buka dah permohonan utk guru2 dari semenanjung... penuhkan guru2 dari sabah sarawak...payah benor
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:16 PM | Show all posts
naina replied at 15-11-2018 12:12 PM
Kan. Dahla kudrat laki ni lebih kuat, nafsu pon kuat.. Dibagi plak masa senang duduk sorg2. Yang b ...

kalau bini askar semua cam kawan kau, tak boleh jauh dari suami, hancur la malaysia. sib baik ada bini2 askar melayu sanggup berpisah jauh dgn suami demi keamanan kau orang yang sanggap batang 24/7.





Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
baik pindah  beluran...aman damai di sana cuma ada tpt kena banjir juga tapi berbanding duk kelantan...pahala pun dapat
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-11-2018 12:10 PM
alasan nnt kena jaga makpak/ makpak mentua sakit pulak

Ntahla.. Aku rasa lebih baik ikut suami dan jaga rumahtangga sendiri. Mak bapak takleh tentukan kehidupan anak2. Terseksa hati jiwa raga. Mak bapak ada anak2 lain yg boleh tengok2. Takkan semua duduk obersea.
Aku buat cmni walau pon mak aku bsing sindir2 paksa aku duduk dgn dorg. Pahtu laki aku berulang jauh lak. Lama2 byk masalah kitorng decide pindah duduk dekat dgn tmpt keje suami aku. Amann.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 12:16 PM
kalau bini askar semua cam kawan kau, tak boleh jauh dari suami, hancur la malaysia. sib baik ada  ...

Bini askar mmg kena redha la sbb tau dah keje askar ni mmg kursus selalu lama2. Tak pernah dgr plak bini2 askar meroyan. Besenya bini cikgu cikgi je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:21 PM | Show all posts
naina replied at 15-11-2018 12:19 PM
Ntahla.. Aku rasa lebih baik ikut suami dan jaga rumahtangga sendiri. Mak bapak takleh tentukan ke ...

aman la sebab ada bini2 askar yang rela suami duk hutan berbulan2 terpisah sebab nak bagi kau orang aman sebadan laki bini tiap malam.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 12:21 PM
aman la sebab ada bini2 askar yang rela suami duk hutan berbulan2 terpisah sebab nak bagi kau oran ...

Well.. Hidup itu pilihan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 12:23 PM | Show all posts
naina replied at 15-11-2018 12:19 PM
Ntahla.. Aku rasa lebih baik ikut suami dan jaga rumahtangga sendiri. Mak bapak takleh tentukan ke ...

apa arr mak kau paksa duk sama ampai sindir2, dia tak tahu ke isteri wajib ikut cakap suami.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:24 PM | Show all posts
naina replied at 15-11-2018 12:23 PM
Well.. Hidup itu pilihan..

bila benda wajib, kau dah tarak pilihan. kalau laki kau tak bagi keluar rumah suka2 tanpa alasan yang kukuh, kau tarak pilihan.





Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 12:23 PM
apa arr mak kau paksa duk sama ampai sindir2, dia tak tahu ke isteri wajib ikut cakap suami.

Biasalah orang tua nak anak2 duduk dengan mereka..senang nak jaga sakit apa semua. Tapi tulah.. Rumahtangga anak jadi mangsa. Bukan takda anak lain yg duduk dekat cume bukan serumah la. Tapi tulah tak tahan sbb tak faham jarak jauh pg keje, minyak, rehat semua.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 12:29 PM | Show all posts
naina replied at 15-11-2018 12:26 PM
Biasalah orang tua nak anak2 duduk dengan mereka..senang nak jaga sakit apa semua. Tapi tulah.. Ru ...

org tua yg ada ilmu, sebelum anak dara dorang kawin dorang dah bagi arahan, kau lepas ni kena taat dgn suami kau. ikut cakap diam bukan cakap kitarang lagi. mak dgn ayah dah serahkan kau kau laki kau. kau tarak pilihan lain selain taat kat laki kau.

faham?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063895 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list