CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2113|Reply: 20

[Tempatan] Khatan perempuan: KPWKM akan bincang dengan Kementerian Kesihatan selepas dikrit

[Copy link]
Post time 15-11-2018 05:31 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu khatan bayi perempuan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tersebut merupakan susulan daripada kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap Putrajaya kerana kenyataannya mengenai khatan bayi perempuan di Malaysia sebagai satu amalan budaya.

"Kita dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerana sebenarnya ia merupakan praktis budaya yang diamalkan sebelum ini dan cara kita bersunat (berkhatan) tidak sama seperti di Afrika.


"Tetapi, kita akan buat perbincangan dan lihat jika betul (khatan) pada perempuan tidak beri kebaikan, maka kita harus buat sesuatu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata kenyataan daripada wakil kementerian itu dalam program Semakan Berkala Sejagat Pusingan Ketiga di Geneva, Switzerland pada minggu lepas tidak menyakinkan dan disalah tafsir.

Sebelum ini, wakil itu mempertahankan amalan berkhatan di kalangan perempuan dengan mendakwa ia merupakan sebahagian daripada budaya.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata amalan sunat merupakan pencabulan hak remaja dan wanita.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan x perlulah.. dok cakap
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Afrika tu sunat terus kasi cacat. Ajaran mana tah pi ikut
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut islam wajib ke tak untuk anak perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 07:31 PM | Show all posts
cilaka puak ni, bijik kelentit pompuan islam pun dia nak masuk campur.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:14 PM | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 07:31 PM
cilaka puak ni, bijik kelentit pompuan islam pun dia nak masuk campur.

ayat hang....wakakakakakakakakakakakakakakkkakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2018 08:15 PM | Show all posts
nak tanya kak wan...kak wan dulu buang kulit umoq beghapa? kak wan ghasa hak asasi bijik kak wan tertindaih ka?...saja tanya....wakakakakakkakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:17 PM | Show all posts
apa kejadah sentuh pasal khatan plak nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 08:19 PM | Show all posts
JamesDeen replied at 15-11-2018 08:14 PM
ayat hang....wakakakakakakakakakakakakakakkkakaka

lepas ni pompuan melayu bini orang main dgn laki sendiri berapa round pun dorang akan masuk campur. kalau seminggu lebih 10 round, dorang akan dakwa si laki sebab dera bini.








Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:21 PM | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 08:19 PM
lepas ni pompuan melayu bini orang main dgn laki sendiri berapa round pun dorang akan masuk campur ...

tak tau la suhakam ni dah jadi suruhan jaya hak asasi manusia ka hak menyibuk hal manusia len ka...wakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke diperbesarkan isu ni. Banyak lagi hal lain yang lebih pentinglah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 09:52 PM | Show all posts
kalau nak banteras amalan kuno ni, cakap Wan Azizah lah yang orang paling boleh dengar... pertama dia doktor, dua dia wanita, tiga dia imej islamik, empat dia menteri.

good luck la....

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:10 PM | Show all posts
isu yg lelaki kahwin dgn budak kt kelantan tu dah selesai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:43 PM | Show all posts
kavadi suhakam tak nak tegur ka cucuk sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:20 PM | Show all posts
ra5101 replied at 15-11-2018 10:43 PM
kavadi suhakam tak nak tegur ka cucuk sana sini.

yang itu sendiri yang nak cucuk. macam punk nak tindik lidah bagai tu...

FGM ni dipaksakan terhadap kanak2 perempuan oleh budaya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:52 PM | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 07:31 PM
cilaka puak ni, bijik kelentit pompuan islam pun dia nak masuk campur.

Hahaha...Kononnya Hak asasi bijik pong diorang nak sebok..

Macam la dah takde benda lain nak kepochi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 11:58 PM | Show all posts
"Kita dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerana sebenarnya ia merupakan praktis budaya yang diamalkan sebelum ini dan cara kita bersunat (berkhatan) tidak sama seperti di Afrika.

Bodo..org bincang dgn pakar2 Agama, ini bincang dgn Kementerian Kesihatan watpe

Kalo kita tak tahu/ tak nampak hikmah disebalik berkhatan tak

bermakna ia tiada manfaat kerana ia merupakan Fitrah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:03 AM | Show all posts
Edited by Redskin at 16-11-2018 12:09 AM
spankee_fili replied at 15-11-2018 07:20 PM
Kalau ikut islam wajib ke tak untuk anak perempuan?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama', Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15253


Pendapat Pertama : Khitan itu wajib bagi laki-laki dan perempuan.Pendapat ini merupakan mazhab Syafi`iyah, Hanabilah dan sebagianMalikiyah rahimahullah, dan dari ulama terkemuka dewasa ini, sepertipendapat Syaikh al Albani.

Pendapat Kedua : Khitan itu sunnah (mustahab). Pendapat inimerupakan mazhab Hanafiyah , pendapat Imam Malik dan Ahmad, dalam saturiwayat rahimahullah.

Pendapat Ketiga : Khitan wajib bagi laki-laki dan keutamaan bagiwanita. Pendapat ini merupakan satu riwayat dari Imam Ahmad , sebagianMalikiyah dan Zhahiriyah rahimahullah.

Pendapat majoriti adalah pendapat Pertama.

Tiada mazhab pon yg mengatakan ianya Haram.










Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tomAliBN replied at 15-11-2018 07:31 PM
cilaka puak ni, bijik kelentit pompuan islam pun dia nak masuk campur.

puak celaka ni nak tggu tgk respon ..patut pegi simbah cat merah kat pagar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 lah “berbeza pendapat”
Hukum cebok beza pendapat...... hukum bulu mana nak dicukur lebih dahulu ( pinjam dari Maideen) pun beza pendapat....... last2 pilih logik sendiri ...... mudarat ke tak mudarat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.091814 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list