CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KILL_NANCY

[Pelbagai] Bila Muzik Berbicara

  [Copy link]
 Author| Post time 16-11-2018 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 15-11-2018 11:34 PM
MAY

May ialah sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan pada 1986 oleh 4 anak muda daripada Kampung Ma ...

bang lepat ceritakan sikit tentang rosli mohalim dengan purple grass.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2018 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Defiance replied at 16-11-2018 12:10 AM
Siga saga oi oi
Gua since 2001
Punk/skin @ ug scene KL

haaaa awak pun pernah jadi kutu rupanya.

dengar apa dulu?the business?sex pistols?

apa pendapat awak tentang ACAB?tentang Mallaria hasil tuai oleh Joe Kidd di Kuala Terengganu dahulu?

boleh kupas sikit pasal boots and roots?kaitan muzik itu dengan world war l.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 16-11-2018 12:11 AM
Sepanjang akak hidup, muzik sentiasa seiring.. X perlu volume kuat sampai satu bilik berdentum. Tapi ...

siapa sangka kak leen tahu term headbanging dan grunge?

thank you kak leen.wow sangattt~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 16-11-2018 12:15 AM
Even ada zikir, doa & surah yg dibaca pun berlagu dan pd akak dianggap bagai muzik juga. Dan seben ...

dalam islam semua ada border.islam menitikberatkan kesederhanaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 16-11-2018 04:00 AM
CiliPadiSedap replied at 16-11-2018 12:47 AM
u rasa music ni placebo effet tak? temperoray ? or berkesan selamanya?

sebab my case dengar musi ...


hai kaka cili.lama tak bertegur sapa sejak cerita pocong.

kalau kaka cili sendiri menamakan placebo effect sebagai metafora pada corak muzik, jadi saya berfikir sudah tentulah ia bersifat sementara atau temporary.kadang2 ia menenangkan, kadang2 ia mengharukan fikiran.

manusia dan emosi saling bertaut.ada masa kita perlu bersendirian, sunyi (mudah untuk bermeditasi).ada masa kita perlukan makanan rohani, macam zikir, muzik, hiking dan sebagainya.

ikut pada penerimaan otak dan situasi juga ketika itu.

terima kasih kaka cili.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 01:19 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 16-11-2018 01:12 AM
hai kaka cili.lama tak bertegur sapa sejak cerita pocong.

kalau kaka cili sendiri menamakan p ...


lagu ni dalam kereta kaka hantar anak pg sekolah  



lagu feeling cinta



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2018 01:34 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 16-11-2018 12:11 AM
Sepanjang akak hidup, muzik sentiasa seiring.. X perlu volume kuat sampai satu bilik berdentum. Tapi ...

kak leen xlayan grunge ke? dulu sy layan rambut saya ikal mayang bila head banging terus rebonding straight rambut.. jimat tak perlu pergi saloon  

yes volume xperlu kuat sebenarnya. sekadar mendengar .. music tujuan dengar nak masuk stage alpha.. dalam fikiran manusia ada 4 brain wave stage.. beta ( concious) theta ( subconsious) alpha ( light sleep) delta ( deep sleep) . ada yang mengatakan delta ni roh boleh keluar dari jasad wallahuallam

tujuan dengan music mungkin nak tidur nyenyak ( delta) , mungkin nak dapat mode sleep ( delta), mungkin nak hilang stress ( alpha state) , mungkin nak energy ( beta stage).. setiap music ada frequency untuk pengaruhi brain wave..

kalau dapat kuasai wave otak ni programming body akan jadi superpower... komponen manusia terdiri daripada 3 aspek utama fikiran, emosi, action.. fikiran brainwave, emosi ( hati feeling) , action physical..

brainwave + emotional ( energy) + action = result

perasan tak banyak subjek di sekolah kita tak ingat? sebab lack of emotional. program minda kita ke sekolah sebab terpaksa sebab wajib sebab parent bagi duit poket.

brainwave ( terpaksa ) + emotional ( terpaksa mood jumpa kawan bukan nak belajar ) + action  ( munafik) = apa cikgu ajar 20 years ago tak masuk otak.

berbeza kalau suka cikgu tu, happy dengan cikgu tu = knowledge 20 years ago boleh tersimpan dalam otak

conclusion :

brainwave ( theta) + emotional ( happy positive) + action ( take note, study) = long term memory..

boleh refer jim kwik.. the best learner..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 16-11-2018 01:34 AM
kak leen xlayan grunge ke? dulu sy layan rambut saya ikal mayang bila head banging terus rebonding ...


saya sokong info ini daripada perspektif neurobiologi.muzik diproses oleh sistem pendengaran(auditory system) dalam otak, seperti verbal information (lisan).sistem pendengaran berhubung dengan sistem limbic iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk pemprosesan emosi.

muzik mampu mengaktifkan keseluruhan sistem limbic dan pada masa yang sama merangsang tindak balas emosi sesuai dengan keadaan ketika itu.jadi saya dapat simpulkan bahawa pemprosesan konteks juga penting dalam merangsang tindak balas emosi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 02:04 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 16-11-2018 12:56 AM
bang lepat ceritakan sikit tentang rosli mohalim dengan purple grass.

tima kasih atas kreditnya


penah jumpa sekali dua je masa dia turun ipoh
rasanya ramai yg tau dia antara artis lama yg sentiasa merendah diri, tk menyombongkn diri wpun dah tahap dewa gitar. sentiasa ada masa melayan peminat2. hidup pontianak yengki

ini ada sikit pasal dia, aku copy paste je dari pcik gugel - GITARIS PALING LAMA BERTAHAN




Tentunya ramai yang kagum dengan komitmen dan ketabahan Rosli dalam mengharungi bidang muzik yang penuh mencabar dan tidak menentu, apatah lagi menjadikannya sebagai kerjaya tetap sejak dari dulu hingga ke hari ini.

Menurut Rosli, tidak terlintas langsung untuk menjadi gitaris seumur hidupnya. Apatah lagi, bidang muzik termasuk kerjaya sebagai gitaris bukan menjadi pilihan banyak orang pada ketika itu.

Ini kerana, prospek untuk menjana pendapatan lumayan dan menjamin masa depan melalui petikan gitar juga samar-samar dalam dunia hiburan ketika itu.

Namun, takdir telah menentukan segala-galanya. Semuanya bermula apabila sepupunya, Awang Bakar merupakan orang yang telah bertanggungjawab memperkenalkannya kepada dunia petikan gitar.

“Saya tinggal dengan beliau sejak kecil di rumahnya di Teluk Belangga, Singapura sehinggalah umur saya 30 tahun. Dia yang memperkenalkan saya dengan gitar sejak usia saya 14 tahun lagi. Sejak itu saya bermain gitar hinggalah sekarang,” katanya.

Sepupu beliau yang ketika itu menjadi pengurus sebuah kugiran terkenal di Singapura iaitu The Honey Beats banyak memberinya pendedahan dalam bidang muzik secara lebih meluas.

Sedikit demi sedikit minatnya dalam bidang petikan gitar mula bercambah. Berbekalkan sebuah gitar kapok beliau bersama beberapa orang rakan sekolahnya, Rosli menubuhkan sebuah kumpulan muzik secara suka-suka pada tahun 1969.

Gitar kapok jenama Rossini yang dihadiahkan oleh sepupunya itu sewaktu beliau berusia 14 tahun telah menjadi pengorak langkahnya untuk pergi lebih jauh dalam bidang tersebut.

Kata bapa kepada seorang anak lelaki bernama Muhd. Afiq, 25, meskipun ketika itu dia baru belajar bermain gitar tetapi kumpulannya yang kemudian dikenali sebagai Purple Grass sempat merakamkan latihan dalam bentuk kaset.

Menariknya kata Rosli, rakaman itu masih elok dalam simpanannya hingga ke hari ini. Ketika itu, Purple Grass banyak memainkan semula lagu-lagu kumpulan popular seperti Deep Purple, The Beatles, Led Zappelin, Bee Gees dan Santana.

Minat dan kemahirannya memetik gitar yang semakin terserlah menyebabkan beliau dan kumpulannya sering dijemput mengadakan persembahan di majlis-majlis kenduri kahwin di Singapura.

Namun, dalam usianya yang masih setahun jagung, Rosli tidak lupa akan pelajarannya. Pencapaian akademiknya yang baik menyebabkan beliau diterima melanjutkan pengajian di Nanyang Academy of Fine Art di Singapura pada pertengahan tahun 1970-an.

Rosli melanjutkan pengajiannya dalam bidang Seni Halus di akademi itu sehingga tamat pengajian dengan memperolehi segulung diploma. Sewaktu di akademi itu, beliau sempat bertemu dengan M. Nasir dan S. Amin Shahab yang turut melanjutkan pelajaran di situ.

“Di akademi itu saya banyak belajar bidang lukisan. Tetapi selepas tamat pengajian saya tidak memilih untuk jadi pelukis, sebaliknya meneruskan minat dan cita-cita saya untuk terus bermain muzik dalam kumpulan Purple Grass,” ujarnya.

Selepas itu, beliau meneruskan perjuangannya dalam muzik dengan menubuhkan sebuah lagi kumpulan iaitu Sugar and Spice yang lebih fokus beraksi di kelab-kelab malam di Singapura.

Banyak pengalaman yang diraihnya bersama-sama kumpulan tersebut sehingga ia menambahkan lagi keyakinan Rosli untuk terus mengetengahkan bakatnya dalam bidang muzik.

Ternyata Rosli membuat keputusan yang tepat apabila tidak lama kemudian beliau ditawarkan untuk menyertai kumpulan Sweet Charity bersama beberapa orang anggota asal kumpulan itu termasuk Ramli Sarip dan A. Ali.

Beliau juga berpeluang merakamkan album pertama Sweet Charity pada penghujung tahun 1970-an bertajuk Sweet Charity dan tujuh lagi album bersama kumpulan rock tersebut.

Antara album yang dirakamkannya bersama Sweet Charity bertajuk Sejuta Wajah, Penunggu, Batu, Berita Gempa dan Pelarian yang menjadi kegilaan peminat rock pada era tersebut.

Bagaimanapun, selepas lebih 30 tahun melupakan begitu sahaja bidang seni lukisan yang pernah dipelajarinya di Nanyang Academy of Fine Art, beliau yang masih mengekalkan imej berambut panjang hingga ke paras bahu akhirnya mendekati juga bidang tersebut.

Kilauan dan keunikan batu kristal yang sering terlihat pada tudung dan pakaian antara lain telah memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan satu karya seni kreatif itu sejak empat tahun lalu.

Ujarnya, ia suatu pendekatan berbeza yang cuba digunakannya dalam mengolah seni kristal dengan menghasilkan produk dalam bentuk berbingkai seperti potret dan lukisan.

Beliau kini bukan sahaja masih meneruskan kerjayanya sebagai gitaris Sweet Charity tetapi pada masa sama turut mempergiatkan lagi bakat serta kerjaya baharunya dalam bidang lukisan.

Ternyata, Rosli masih juga belum terlambat untuk membuat suatu penghasilan seni kristal yang memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya.

“Saya merintis satu karya baharu gabungan seni kristal dan tulisan kaligrafi termasuk seni khat kufi bagi menyerlahkan gaya tulisan itu yang sebelum ini kelihatan statik dan kurang menarik perhatian para peminat seni.

“Hasil gabungan itu dapat menjadikan sesebuah tulisan itu lebih cantik serta menarik minat orang ramai untuk melihatnya terutama apabila ia disinari cahaya. Kita akan cuba mengkomersialkan karya ini dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Rosli, sekiranya karya seni kristal itu mampu menjana pendapatan yang lumayan, beliau akan cuba menerokai bidang itu dengan lebih jauh lagi.

Pejuang muzik rock sejati ini pernah menjual sebuah potret eksklusif pada harga RM15,000 sebuah pada tahun lalu dan ada juga seni kaligrafinya yang berjaya dijual sekitar RM2,500.

Sementara itu, beliau berkata, pada masa ini beliau sedang dalam proses menghasilkan sebuah buku autobiografi tentang perjalanan hidup dan kerjayanya sebagai gitaris bertajuk Perjalanan Muzik Rock - Rosli Mohalim.

Buku yang mengandungi 112 muka surat dan akan dijual dengan harga RM88 itu ditulis bersama seorang penulis dari Singapura, Azlan Mohamed Said dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

SEBAGAI pemain gitar, Rosli Mohalim merupakan ikon dalam industri muzik tanah air. Beliau dikategorikan sebagai ‘legenda yang masih hidup’ dalam bidang itu.

Malah, gitaris berasal dari Singapura dan kini telah 15 tahun menjadi pemastautin tetap di negara ini, juga ada kelasnya yang tersendiri.

Pengalamannya bermain gitar sejak berusia 14 tahun banyak membantu meningkatkan kerjayanya itu. Kini pada usia 61 tahun, Rosli masih bermain gitar. Gitaris kumpulan rock legenda Sweet Charity ini juga tidak pernah berpisah daripada gitarnya sejak 47 tahun yang lalu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan beliau merupakan pemain gitar yang paling lama bertahan dan paling senior dalam persada hiburan tempatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 02:08 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 16-11-2018 12:55 AM
thanks pada pihak penaja.

jilid demi jilid kitab dibuka.

tak berani janji bila... tapi aku try dapatkan komen dari salah sorang anggota MAY, Aris (klu dia masih duk ipoh lagi) utk tered ni. dgor cita rosdan bloodshed pun duk sini tapi aku tk tau rumah dia kat mana. aku riki dulu dgn kengkawan

berhasil atau tak, belakang kira. janji try

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 15-11-2018 11:34 PM
MAY

May ialah sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan pada 1986 oleh 4 anak muda daripada Kampung Ma ...

Hebat

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 02:47 AM | Show all posts
muzik jgk blh redakan kesakitan seseorg

kita biasa dgor atau dodoikan ank2 kecik kita bila diaorg demam atau sakit
nyanyi smbil menepuk perlahan smpai terlena
ada tak yg penah dodoikan org dewasa yg kurang sihat smpai terlena wpun cuma dari tepon?

blh cuba & tgk hasilnya camne
tima kasih utk ......  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 16-11-2018 01:00 AM
haaaa awak pun pernah jadi kutu rupanya.

dengar apa dulu?the business?sex pistols?

Sy bukan kutu
Sebenar live dlm scene utk memgenal scene.
Sy bukan lbh kepada sekadar hang out
Sy more to spectator dlm scene
Mmg sy bergaul dan hang out sme tp sy ada pendirian drpd terjerumus teruk
Sy tidak agung ACAB ataupun Joe kidd
Cukup mereka sbgi pelopor ug scene
Tidak pula sy mengambarkan mrk sbg perosak bangsa
Hakikatnya bila budaya jadi cara hidup itu adalah permulaan penjajahan minda.
Sy sendiri meneliti ttg ug scene di barat.
Mereka bukan kita
Dan mereka sendiri benci kita
(Merujuk pd film America history x dll)
Tapi di agungkn org remaja ug malaysia
Sedang apa itu skin8 dan ujudny di sana , mereka sendiri celaru dan begitu juga yg lain.
Cukuplh sekadar saya tahu luar dlm scene utk saya memahami apabila malaysia dijajah lagi secara tdk langsung.
Kesian saya tengok remaja mse itu.
Hggakan saya meninggalkan scene di awal waktu kepupusan ug scene yg dianggap gah oleh segelintir remaja.
Sy tidak pula ikut ikutan homeless ataupun mengikut cara hidup yg sememangnya bukan cara hidup kita.
Thanks KILL_NANCY sbb up kan topic

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 16-11-2018 02:04 AM
tima kasih atas kreditnya



thanks bang spoon-feed kami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Defiance replied at 16-11-2018 03:01 AM
Sy bukan kutu
Sebenar live dlm scene utk memgenal scene.
Sy bukan lbh kepada sekadar hang out

hai defiance.

kutu yang dimaksudkan adalah ahli atau 'budak' bukan kutu berahak.

macam saya terangkan pada page pertama, kita mendengar, menghargai muzik, celik budaya dan memahami ideologi yang terkandung pada setiap alunan/lirik yang hendak disampaikan.

bagi saya mengagung2kan subjek (manusia) adalah agak keterlaluan dan over react.underground scene bukan baru di malaysia, sehinggakan mendapat liputan luas oleh majalah rolling stone, pada edisi 528, november 1996, wartawan david wright neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground.kalau tak silap saya artikel itu bertajuk "the rebels of KL : malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge."<------kuat sangat bau UG.artikel ini diangkat semula pada halaman majalah rhythm of third world (rottw) pada awal tahun 2000.

saya tidak tahu banyak tentang skinhead.tapi saya menghargai ideologi band2 yang saya sebutkan itu.subculture itu turun ke tanah melayu lalu menjalani filtering process supaya muzik itu kena dengan telinga orang2 asia.kat luar sana skinhead sangat2 dipandang -ve asbab dikaitkan dengan golongan white supremacist atau boneheads yang rasisdan selalu menganggu ketenteraman awam.

setahu saya subculture skinhead ini tunasnya dari british jamaican dan muziknya berhubung sedikit dengan SKA.jadi saya berterima kasih kepada band seperti SHARP, ACAB, Mallaria (Joe Kidd) sebab mampu mengubah persepsi masyarakat tentang muzik yang satu ini, meneutralisasikan rasis menjadi ph 7.0.

dulu kalau gig di KL saya pernah bertandang di MCPA kat KL depan stadium merdeka tu atau pun paul’s place kat jalan klang lama.

MUZIK MENGGENDONG BUDAYA

sama2 defiance.

p/s : bang lepat, malaysia dah masuk rolling stone sejak tahun 1996.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 05:29 AM | Show all posts

Saya mahir muzik pungguk rindukan bulan


Aci
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 09:30 AM | Show all posts
terima kasih tt panggil saya untuk memberi sepatah dua kata berkaitan muzik...emmm mungkin sebab saya masih muda (forever young kekdahnya) jadi saya tak berapa tahu pasal muzik genre lama..saya cuma tahu eman nino je huhuhu..ok gurau je .

hahaha adoi nak cakap apa ni pasal muzik..muzik tu bunyi! muzik merupakan tulang belakang kepada sesuatu lagu, jika tiada muzik maka tidak lengkaplah sesuatu lagu..

mek layan semua jenis muzik. takde yang spesifik, tapi tak suka muzik yang terlalu keras..muzik mampu tenangkan hati si pendengar tapi saya sejenis tak boleh dengar muzik waktu hati tak tenang. muzik adalah benda yang saya paling elak kalau tengah serabut sebabnya muzik mampu menusuk ke jiwa dan akan buat saya lagi rasa down huhu..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:58 AM | Show all posts
Bicara buat sang pungguk...

CINTA HAPPY
Tyka

Ku toleh ke kiri, ku lihat ke kanan
Ku pusing belakang ada wajahmu sayang
Bilakan kau kata, kau cinta padaku
Kau sayang padaku, aku pun dah malu

Usahnya sekali mengatakan benci
Kepada diriku
Kalau boleh kasih sebutlah selalu
Every day you love me
I will be happy..

Malam-malam minggu
Kita bermesraan, jalan berduaan
Berpegangan tangan

Ku singgul bahumu, kau singgul bahuku
Terasa asyiknya bercinta denganmu

Oh..indahnya dunia bersamamu
Bila kau
Sentiasa berada disampingku

Oh..asyiknya belaianmu kekasih
Melenakan
Setiap malam tidur mimpiku
Oh Ameen
Sayangku..i love you..
Aa~aa~aa~aa~~

&#128525;&#128525;

Malam-malam minggu
Kita berpacaran, jalan berduaan
Berpegang-pegangan tangan

Ku singgul bahumu, kau singgul bahuku
Terasa asyiknya bercinta denganmu

Oh..indahnya dunia bersamamu
Bila kau
Sentiasa berada disampingku

Oh..asyiknya belaianmu kekasih
Melenakan
Setiap malam tidur mimpiku
Oh Ameen
Sayangku..i love you..
Aa~aa~aa~aa~
eh eh dah habis&#128512;
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 16-11-2018 04:02 AM
hai defiance.

kutu yang dimaksudkan adalah ahli atau 'budak' bukan kutu berahak.

Setahu sy sedari awal tahun 90 an , ug scene memasuki melalui Temasik
Acab pun menganas dan merajai tanah melayu.
Biarpun berlainan ideologi tapi ianya berkesan untuk dijadikan pemberontakan remaja pada masa itu.
Jika di barat white power adalah based
Maka di malaysia malay power tunjangnya.
Tidak mustahil jika ACAB mampu utk merasiskan anak muda.
Jika ingin tahu bkn hanya ROTTW shj
Malah KONSERT jua media untuk ug scene.
Saya pernah memiliki NICK KNIGHT
Source about skin8 dr barat.
Punk di malaysia kurang sambutan
Kerana attitude dan fesyennya dicemuh
Bole rujuk UTUSAN waktu dulu
Dikecam seawal kedatangannya.
Malah EDISI SIASAT juga dijadikan alat untuk mendedahkan Punk ini.
Antara skin8 dan punk lbh kpd way of life berbanding ug scene yg lain.
Hardcore scene pun lmbt naik
Seawal tahun 2006 tak silap saya.
Mengegarkan MCPA dll
Tapi di makin byk dirush pihak berkuasa utk mnghapuskan ug scene itu.
Saya sempat berada di puncak apabila remaja sekolah hgga belia dpt dilihat menjadikan crowd utk Rock the world lbh meriah.
Saya lbh tertarik kpd lirik yg dpt dijadikan antidote kpd remaja ug scene
Mcm ACAB dan Acid Rain dll
Lirikal yg simple tp direct ke hati
Jika dilihat pd gig anniversary utk acab dan subculture masih ramai yg belum gantung boots
Sayangnya megat seperti Syiah
Haha
Saya mengikuti subculture barat ini hgga kan saya berinteraksi dengan REBECCA iaitu tuan milik laman web PUNKOIUK dan remaja punk di barat.
Agak menarik dengan pendedahan di barat.
Mereka kurang berideologi
Tanpa hanya berfesyen dan bermuzik
Untuk mengetengahkan ug scene
Sekitar tahun 2003 perbualan itu
Nazi dan sharp adalah musuh dlm selimut
Anarchy seakan sekapal dgn nazi
Tp hakikat bagai melayu lawan melayu
Jika ingat kolam klcc pernah jadi tragedi berdarah apabila punk dan skin bertempur dan skin ditikam dicampak ke dlm kolam
Dan byk kali kes tp ianya tdk ada di media
Saya pernah bertembung dgn MAGOO the official di Bb aka starhill.
Yg saya tak boleh lupa 31.3.2003 gig di SAloma Bistro
Dijemput The Business sebagai band utama.mmg rare krn itu gig pertama dan terakhir dilakukan (setahu saya
Penat taip
Hu hu hu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 16-11-2018 01:02 AM
siapa sangka kak leen tahu term headbanging dan grunge?

thank you kak leen.wow sangattt~



The other side of me, gitu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.376699 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list