CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 5

[Tempatan] filem sankar indiawood ditapis serta merta

[Copy link]
Post time 15-11-2018 09:33 PM | Show all posts |Read mode


kena kat korang, serta merta mintak tapis.

Bila agama hindu dihina, penganutnya bangkit melawan. Bila agama Islam dihina, penganutnya beli tiket wayang pergi tengok tayangan. Mahu diucap tahniah atau takziah?
==================
LPF arah tapis filem Sarkar serta-merta
Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengarahkan semua pawagam menapis filem Tamil dari India, Sarkar, yang didakwa mengandungi adegan sensitif terhadap masyarakat Hindu.
Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) Mohan Shan berkata LPF bersetuju untuk menapis adegan tersebut yang menurutnya jelas tidak menghormati kepercayaan agama itu.
"Saya mengadakan perjumpaan dengan dua pegawai LPF hari ini di Putrajaya.
“Mereka menyatakan rasa kesal selepas terlepas pandang.
“Mereka turut mengarahkan semua pawagam di Malaysia supaya menapis adegan tersebut berkuat kuasa esok 16 November," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau turut berkongsi surat dari LPF yang diterimanya dengan Malaysiakini. Surat bertarikh hari ini, antaranya mengucapkan terima kasih kepada Mohan Shan keprihatinan beliau terhadap isu-isu penapisan filem negara.
Ia dikeluarkan beberapa jam selepas Malaysiakini menyiarkan laporan berkaitan awal petang tadi.
Terdahulu, beberapa persatuan Hindu, termasuk MHS, Persatuan Hindu Agamam dan Malaysia Hindu Dharmamaamandram mendakwa LPF lembab menangani isu itu.
Sarkar, arahan AR Murugodass menyentuh politik semasa Tamil Nadu, mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 6 November lalu.
Ia turut mengundang kontroversi di India sehingga kerajaan Tamil Nadu memberi amaran akan mengambil tindakan undang-
undang terhadapnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hindu Agamam, Arun Dorasamy mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghormati sensitif penganut Hindu di Malaysia.
Sambil mengharap isu sebegini berulang pada masa akan datang, Arun turut menggesa rakyat Malaysia supaya lantang mengkritik pihak yang suka menyindir kepercayaan agama lain.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2018 09:33 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2018 09:34 PM | Show all posts
Vijay who is a corporate monster from USA comes to India to cast his vote, as it's election day. But he soon learns that his vote has been cast by someone else. This provokes him into action; he becomes people's representative and gets involved in a political battle.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 09:39 PM | Show all posts
harap pedopura sama2 membantah..tak tau la kalau pedopura tu hindu liberal.....saya masih ingat lagu mana dia cuba meyakinkan saya dia tu seorang Melayu...laih2 dia give up dia dan bocoq banyak rahsia bila dia menyotong bila saya sering taip perkataan rentung...wakakakakkakkakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 09:44 PM | Show all posts
maideen bantak ke tidak scene tu?
scene dia caner yek??
sapa tau?
upacara dipijak lembu kah??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2018 09:46 PM | Show all posts
Edited by tomAliBN at 15-11-2018 09:47 PM
JamesDeen replied at 15-11-2018 09:39 PM
harap pedopura sama2 membantah..tak tau la kalau pedopura tu hindu liberal.....saya masih ingat lagu ...



ni sebab dorang mintak sensor.

Persatuan Hindu Agamam mendakwa Lembaga Penapisan Filem (LPF) lembab menangani kontroversi filem Tamil Sarkar lakonan bintang terkenal India, Vijay.
Pengerusinya Arun Doraisamy berkata “keengganan LPF bertindak segera” berkenaan sebuah adegan yang dikatakan sensitif kepada Hindu, jelas tidak menghormati perasaan penganut agama itu.
"Tindakan LPF membenarkan adegan watak antagonis membunuh orang dengan menggunakan patung dewa Hindu amat sensitif serta menyakitkan perasaan penganut Hindu seluruh dunia.



ni plak comment india2 yg dah tengok filem tu.


-Arun Doraisamy is a attention seeker who simply spreading lies without proper evidence. The statue in that scene was upside down and u Definetely can’t locate what exactly the statue is in that few seconds. Those watched the movie will agree with me.


-Dai sudah lah ada banyak perkara PENTING lagi filem pun ada isu SUDAH lah Dai Arun nothing is sensitive in this movie in other movies they rape in temples you fellows quite only stop lah this nonsense






Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.496871 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list