CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 2

[Tempatan] Putrajaya 'akan' buang kontraktor, pembekal dapat projek sebab kabel politik

[Copy link]
Post time 16-11-2018 07:29 AM | Show all posts |Read mode
Wan Saiful gesa Putrajaya singkir kroni lama sebagai kontraktor, pembekal
November 15, 2018 8:32 PM


PETALING JAYA: Putrajaya digesa “membersihkan” senarai kontraktor dan pembekal kerajaan serta tidak mengamalkan sistem kroni lama yang mendapat kontrak berdasarkan hubungan politik.

Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, Wan Saiful Wan Jan berkata, ramai ahli perniagaan mengadu diketepikan kerajaan terdahulu kerana mereka menyokong pembangkang atau berada dalam kem Umno yang menentang menteri tertentu.

“Tidak kira siapa yang disokong perniagaan, sistem pemerolehan kerajaan tidak patut mengambil kira (perkara itu) dan sebaliknya mengutamakan nilai bagi wang dan kualiti.

“Ini yang perlu ditentukan perkhidmatan awam, sama ada agenda reformasi kerajaan akan berjaya,” katanya kepada FMT.

Wan Saiful yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, jika keadaan sama berterusan dengan pembekal sedia ada, mereka yang bukannya ahli perniagaan tulen seperti vendor “Alibaba”, akan terus mendapat kontrak kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM itu berkata, ahli perniagaan sebenar yang boleh menawarkan harga dan kualiti lebih baik, tidak akan mendapat peluang serta kecewa kerana mengundi Pakatan Harapan demi perubahan.

“Maksud saya ialah jika kita mahu integriti, kita tidak boleh hanya melihat kepada sistem. Untuk sistem itu berfungsi, penjawar awam bertanggungjawab memastikan keadilan dan mewujudkan persaingan sebenar.”

Wan Saiful berkata, kerajaan perlu tampil dengan satu garis panduan “asas” berhubung sumbangan politik, sementara menunggu penggubalan undang-undang pembiayaan politik yang lebih berkesan.

Katanya, garis panduan bagi memastikan ketelusan itu penting bagi individu seperti beliau yang bukannya wakil rakyat, tetapi perlu berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

“Jika seseorang mahu memberi saya wang untuk diagihkan kepada golongan memerlukan, bagaimana saya isytiharkan wang itu?

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tampil dengan borang untuk mengisi berapa banyak wang yang diterima, siapa penyumbangnya dan maklumat lain.

“Perlu ada beberapa garis panduan asas menyatakan ahli politik dibenarkan menerima wang daripada siapa dan sebagainya.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 16-11-2018 08:40 AM

bila cakap tak serupa bikin.lain dihebah lain
yang dibuat.lagi baik buat dulu baru heboh. rakyat senyum jee.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 11:57 AM | Show all posts
kecuali syarikat anak2 mahathir & kroni2 dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.059574 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list