CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11133|Reply: 32

Apa Khabar Fei Mou. Ingat Lagi Tak Dengan Pelakon Watak OKU Tetapi Baik Hati Ini

  [Copy link]
Post time 16-11-2018 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Sekitar tahun 1990an, sebuah drama bersiri Mandarin berjudul The Forest Cat menjadi pilihan ramai penonton TV kerana memaparkan watak Fei Mou, seorang pemuda yang menghadapi masalah kurang upaya mental tetapi punya hati yang baik dan kelakuan yang lucu.



Kredit Foto: Carian Google


Dalam siri itu, Fei Mao yang tinggal berdua dengan ibunya hidup dalam kesederhanaan di mana ibunya mencari rezeki dengan menjual mi. Walaupun telah dewasa, Fei Mou masih berkelakuan seperti kanak-kanak. Dia akhirnya jatuh cinta dengan gurunya tetapi patah hati apabila mengetahui gurunya sudah berpunya.  Fei Mau kemudiannya jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai masalah pembelajaran sama sepertinya dan dikurniakan anak yang normal. Fei Mou juga sering cuba untuk membahagiakan ibunya tetapi akhirnya kehilangan ibunya akibat penyakit.



Kredit Foto: Carian Google



Watak ikonik Fei Mou itu dimainkan oleh pelakon berbakat Kent Chang. Ini perkembangan karier Kent Chong selepas tamatnya drama Fei Mou tersebut;


1. Kent Chang yang dilahirkan pada tahun 1951 kini berusia 67 tahun. Beliau yang mula berlakon pada 1981 sehingga kini telah berlakon dalam 46 buah filem dan lebih 20 siri dan drama televisyen termasuk The Forest Cat. Filem terbarunya ialah Hypnotize the Jury (2018).

2. Kent Cheng lahir dalam sebuah keluarga yang serba miskin. Dari kecil beliau sudah bertekad menjadi pelakon tetapi beliau tidak mendapat sokongan daripada gurunya kerana tidak mempunyai perawakan yang menarik. Ini adalah salah satu sebab kenapa Kent Chang berazam untuk kekal aktif berlakon sehingga kini!



Kredit Foto: Carian Google


3. Drama bersiri The Forest Cat ini ditayangkan di negara China pada tahun 1985 tetapi hanya ditayangkan di Malaysia sekitar penghujung 1990an. Selain Malaysia, siri drama ini ditayangkan di banyak negara lain dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

4. Kerana kecemerlangan lakonannya dalam siri itu, Kent Cheng menerima baberapa penghargaan termasuklah Pelakon Lelaki Terbaik.



Kredit Foto: Tribun Style


5. Selepas siri itu berakhir, Ken Cheng menubuhkan sebuah syarikat penerbitannya sendiri di mana beliau bertindak sebagai pengarah dan penerbit tetapi malangnya syarikat itu gagal. Beliau juga mengalami masalah kewangan dan hampir diistyiharkan muflis.

6. Berikutan kegagalan syarikat penerbitannya beliau kembali berlakon filem dan TV. Antara filem lakonannya termasuklah Ip Man (2010), IP Man 3 (2015), Happy Go Lucky (2003). Untuk TV pula beliau muncul dalam siri Wong Fei Hung dan lain-lain lagi.


Kredit Foto: Carian Google



7. Siri drama terbarunya ialah My Dangerous Mafia Retirement Plan yang sudah ditayangkan di Astro tahun ini. Beliau memegang watak bekas gangster yang sudah bersara dan membuka sebuah restoran tetapi keluarga mereka terancam apabila bekas bossnya keluar dari penjara selepas 20 tahun dan mencarinya semula.


Nampaknya, walaupun lebih 20 tahun berlalu dan telah memegang pelbagai watak baru, impak lakonan Ken Cheng sebagai masih dibayangi Fei Mou, si OKU yang lucu dan baik hati. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols artis tempatan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 12:28 PM | Show all posts
LOL Admin silap masuk tempatan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah meninggal ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 12:30 PM | Show all posts

Belum lagi, 67 tahun umurnya sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak sangat cerita ni {:love menjadi sgt dia bawa watak Fei Mou tu, dengan bahu terhenjut-henjut, leher teleng-teleng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2018 01:35 PM | Show all posts
ingat....... bila dia bercakap slu bahu nye terjongket2 sekali

best cite ni. ohhh hjg 90an eyh cite ni ditayangkn.. tayangan china 1985 means dh lbh 30 tahun cite ni eyh. tp dlm gmbar nmpk mcm tahun 90an je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkesan sangat lakonan di sbg mentally challenged
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 02:17 PM | Show all posts
iconic sgt fei mou ni..iols pun panggil dia fei mou tatau nama betul apa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 02:35 PM | Show all posts
tt ai think silap fakta kowt.  Thn 1985  heols pegang watak Fei mao menerusi filem why Me.

Drama Forrest cat tu thn 1997 , terbitan atv

http://www.wikiwand.com/en/Kent_Cheng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 02:45 PM | Show all posts
borrow replied at 16-11-2018 02:35 PM
tt ai think silap fakta kowt.  Thn 1985  heols pegang watak Fei mao menerusi filem why Me.

Drama  ...

Mungkinlah kot, confusing sikit sebab :

http://anastasyamok.blogspot.com/2011/08/fei-mao-fat-cat.html


tapi ada sumber lain yang bilang judulnya Forest Cat, ada juga yang bilang judulnya why me.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 02:48 PM | Show all posts
My colleague (Chinese) pula cakap

Judul asli di China sana: Why Me?

Bila sudah dipasarkan di luar China tukar title ke: The Forrest Cat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 02:55 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 02:48 PM
My colleague (Chinese) pula cakap

Judul asli di China sana: Why Me?

Heols silap la tuh. Tgk wiki , thn 80an heols berlakon 1 drama ja. Lain semua filem. "Why me" tu filem thn 1985.


http://www.popularasians.com/for ... 1997-20-20-d.23369/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 03:07 PM | Show all posts
borrow replied at 16-11-2018 02:55 PM
Heols silap la tuh. Tgk wiki , thn 80an heols berlakon 1 drama ja. Lain semua filem. "Why me" tu f ...

Betul juga kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 03:22 PM | Show all posts
bestnya drama the forest cat ni... sedih sgt bila cinta dia tak kesampaian..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 03:24 PM | Show all posts
rindu dgn drama2 TVB..kisah kekeluargaan, perniagaan,korporat, cinta, konflik, kepolisan..semuanya menarik...skrg zaman drama korea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 03:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 16-11-2018 03:22 PM
bestnya drama the forest cat ni... sedih sgt bila cinta dia tak kesampaian..

Cinta dia dgn cikgu tu ksn?

Tapi bukankah last2 dia kawin jugak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 16-11-2018 03:26 PM

Boleh tahan dia buat aksi bahu ni kan? Lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 03:37 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 03:33 PM
Cinta dia dgn cikgu tu ksn?

Tapi bukankah last2 dia kawin jugak?

tak igt ending dia... uhuhuu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.102771 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list