View: 3522|Reply: 4
|
Makan Ungkep Ubi Kayu, Teringat Zaman Kecil-Kecil Di Kampung Dulu
[Copy link]
|
|
Tak pernah dengar nama makanan ni? Ungkep ubi kayu sebenarnya sejenis makanan orang-orang di nusantara.
Bagaimana cara nak masak ungkep ubi kayu? Baca cara-caranya di bawah!
Bahan-Bahan:
500 gram ubi kayu (Dipotong kecil)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
(Bawang merah, bawang putih & bilis dikisar bersama)
2 sudu makan serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Foto: myresipi.com
Cara-Cara:
Basuh ubi kayu dan tuskan airnya.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar dan serbuk ketumbar sehingga wangi, dan pecah minyak.
Masukkan ubi kayu, air, serbuk kunyit, dan garam. Kacau rata.
Tutupkan kuali. Masakkan sehingga ubi empuk dan pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Menarik. Sekali-sekala masak ni dan hidangkan kepada ibu anda, mesti dia suka! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ganti dengan ubi manis boleh ke? Nampak sedap {:give |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah try yang ni. Selalu buat rebus, goreng je. |
|
|
|
|
|
|
|
ubi kayu ni rebus pon dh sedap |
|
|
|
|
|
|
| |
|