CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13520|Reply: 110

Zamani berdepan risiko lumpuh

  [Copy link]
Post time 19-11-2018 11:08 AM | Show all posts |Read mode



PENYANYI Zamani berdepan risiko lumpuh sekiranya menjalani pembedahan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung, yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Zamani, 47, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, buat masa sekarang dia bergantung dengan ubat tahan sakit.

“Menurut doktor, tulang belakang saya sudah bengkok teruk dan mencadangkan saya buat pembedahan. Ia adalah pilihan terakhir sebab masalah ini sudah tak boleh dirawat.

“Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya.

“Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zamani, sepanjang menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5) dia bergantung sepenuhnya dengan ubat tahan sakit.

Bagaimanapun, Zamani yang mendapat tempat ketiga tidak mahu menjadikan ia alasan dan punca kepada kualiti persembahan yang tidak memberangsangkan.

“Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu. Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.

“Sebelum ini, pihak Pengasih pernah cuba nak bantu saya buat rawatan akupuntur, tetapi tak sempat nak buat susulan sebab sibuk dengan kerja.

“Kalau tanya sekarang, sejujurnya saya berat hati nak buat sebab takut jarum, namun apabila fikir jangka masa panjang dan kerjaya nyanyian, mungkin saya boleh pertimbangkan rawatan ini. Saya kena cuba dulu. Mana tahu ia boleh membantu,” katanya.

Zamani berkata, duit kemenangan RM30,000 akan digunakan untuk menampung kos rawatan sakit tulang belakang itu.

“Duit ini saya nak manfaatkan untuk tujuan kesihatan dan perkara penting lain dulu. Soal nak pakai untuk kahwin, tak ada dalam perancangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 9:41 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2005 dulu ada kembar kt kedah jalani pembedahan scoliosis ni. Cuba cari cerita selanjutnya tapi tak jumpa. Nk tau la kan apa jadi kt dia. 100% berjaya ke macamana. Salah seorang doktor ortopaedik dlm team itu adalah doktor gatal tu lah. Dah ada kemahiran bukan calang2 tetap cari pasal. Sendiri padan muka lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:14 AM | Show all posts
samalah kita scoliosis..tulang belakang bengkok. Tak de rawatan sebenarnya sbb faktor umur, kalau budak...doc boleh betul kan tulang tu sbb tulang lembut lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:42 AM | Show all posts
oooo Zamani takut jarum .....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Obvious sgt tulang dia bwngkok. Kalau berdiri mmg condong ketepi aku yg tgk rasa nk betulkan bg tegak. Get well soon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2018 11:56 AM | Show all posts
kalau pakai macam bengkung untuk support tulang belakang tu boleh tak? Sebab dulu pernah ada kawan sakit tulang belakang mcm ni. dia kata physio and swimming every week
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:58 AM | Show all posts
haish yg ni iols kembali rasa simpati. tp heols ni bt bnda xkut priority. pengasih dh nk tolong dia bg alasan busy plk. makin lama makin teruk. paling kesian juli, xpayah la ada gf, mcm xbertggjwb je asyik ckp xde perancangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 19-11-2018 11:58 AM
haish yg ni iols kembali rasa simpati. tp heols ni bt bnda xkut priority. pengasih dh nk tolong dia  ...

Dia mmg taknak dgn juli tu rasenya. Juli yg terhegeh2
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.. jgnler jarum akupuntur.. dahler kurus... tercucuk jarum kat tulang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 19-11-2018 11:42 AM
oooo Zamani takut jarum .....

               
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat physio jelah zamani. Aku x rasa scolio kau teruk sgt pon. Drama je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok mkn ubat thn sakit tu x ke nnt jadi ketagihn dadah berjadual plk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:30 PM | Show all posts
moga cepat sembuh..

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:37 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 19-11-2018 11:42 AM
oooo Zamani takut jarum .....

mcm sinis sis ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:38 PM | Show all posts
lazim replied at 19-11-2018 11:58 AM
haish yg ni iols kembali rasa simpati. tp heols ni bt bnda xkut priority. pengasih dh nk tolong dia  ...

juli tu gf dia ke.. ade gambar ke.. kat mane boleh tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
whadda replied at 19-11-2018 12:38 PM
juli tu gf dia ke.. ade gambar ke.. kat mane boleh tengok

Xtau. Xonh amek tau. Baca komen fans dia ja
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:46 PM | Show all posts
aku last week urat peha tergeliat tiba2 je..automatik tak boleh angkat kaki & sakit giler even nak angkat kaki sikit je apalagi berjalan..dah la masa tu tgh jenjalan ngan suami & anak2 kat mall.. tgh dok diam berdiri je pun...tetiba macam ada kejutan elektrik..rasa cam urat dalam kaki tu meletup..ingatkan takde pape..tetiba tak boleh jalan..gigih terjonket2 ajak balik..mennagis2 aku nak sampai ke kereta....

balik rumah berurut tp still tak de effect gak..nak jalan dalam rumah pun susah..stress, marah2..nak buat kerja pape pun tak boleh, dokla baring je kat bilik..nasib masa kena tu sabtu... so ahad relaks dulu kat rumah, isnin amik mc..masa ni dah ok sket..doc bg ubat tahan sakit je..huhu!

alhamdulillah sekarang dah ok tp mmg kena hati2 je berjalan..tak boleh silap langkah.. mmg stress & sakit giler.. sian lak laki aku kena maki hamun sebab aku stress giler masa kena tu.. macam dah rasa tak boleh jalan sampai bila2 pun..huhuhu! tak pernah kena..& takde pape penyakit & tgh relaks2 pun boleh tetiba kena...serik!

bayang kan aku kena kat paha sikit je dah tak tahan..apalagi la org yg betul2 sakit tulang belakang la sakit lutut la..mmg sakit...

harap tak kena lagi la..sengsara!..

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:55 PM | Show all posts
apapun semoga dipermudahkan urusan zamani dan sihat kembali spt sedia kala..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang byk pilihan. Iols suka osteopath.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068196 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list