Mayat pasangan Meenakshi Moorthy, 30 dan Vishnu Viswanath, 29 yang popular dengan Instagram @holidaysandhappilyeverafters akhirnya dijumpai 800 kaki di bawah jurang Taft Point, berdekatan Yosemite National Park dua hari selepas usaha sepasukan pakar penyelamat mencari dikerahkan.
Kredit Foto: Ney York Post
Pasangan pengembara dan blogger dari India itu kali terakhir dilihat 26 Oktober lalu mendirikan tripod kamera di kawasan berkenaan untuk mengambil selfie. Instagram mereka banyak memaparkan gambar-gambar pengembaraan menarik seluruh dunia. Pasangan itu yang baru sahaja tamat pengajian baru-baru ini berpindah ke San Jose, California di mana Viswanath bekerja sebagai jurutera perisian dengan Cisco.
Kredit Foto: Carian Google
'Dengan penuh rasa sedih, kami ingin mengumumkan kematian kakitangan kami Vishnu Viswanath' kata jurucakap syarikat berkenaan. Syarikat itu juga mengucapkan takziah kepada keluarga Vishnu. Tidak diketahui bagaimana pasangan tersebut jatuh tetapi abang kepada Viswanath memberitahu NBC bahawa mereka berdua dipercayai mendirikan tripod di tebing jurang tersebut untuk mengambil gambar selfie. Keesokan harinya, beberapa orang ternampak tripod tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa.
Kredit Foto: ABC News
Di Taft Point, pelawat boleh menelusuri tebing granit sepanjang jurang yang tidak dipasang dengan penghadang sepenuhnya dan menjadi ancaman keselamatan kepada pengunjung yang lalai. Jurucakap Yosemite National Park, Jamie Richards yang dihubungi tidak mahu memberikan sebarang ulasan, bagaimanapun beliau memberitahu suratkhabar Mercury News bahawa kawasan itu adalah berbahaya dan semua pengunjung sedar mengenainya.
Kredit Foto: Instagram
Moorthy sendiri sering memberikan amaran kepada pengikut Instagram mereka supaya tidak mengambil risiko demi mengejar 'like'. Ironiknya, beliau sendiri sering bergambar di kawasan berbahaya, termasuklah di tebing Grand Canyon baru baru ini.
Kredit Foto: Instagram
Pasangan Moorthy dan Viswanath bukanlah orang yang pertama mati di lokasi ini. Pada tahun 2015, dua orang pendaki mati selepas membuat penerjunan payung terjun di sini, akibat terhempas apabila kamera GoPro yang diikat di topi keselamatan salah seorang penerjun itu tersangkut.
Malang tidak berbau. Satu pengajaran untuk kaki selfie dan kaki travel. - CARI |