CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3938|Reply: 8

5 Tempat 'Rare' Di Sabah Yang Wajib Dikunjungi Buat Pencinta Alam!

[Copy link]
Post time 23-11-2018 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Terlalu banyak lagi lokasi atau destinasi yang menarik dan juga rare di Sabah yang ramai tidak tahu. Mungkin selepas melihat senarai ini, anda berasa tidak sabar lagi untuk menempah tiket penerbangan ke negeri di bawah bayu ini. Jom lihat!


1. AIR LAUT BERWARNA 'TURQOISE'
Adakah air laut warna turqoise kat Malaysia?
Ehh, mestilah ada! Di Pulau Mabul, Semporna. Pernah dengar tak pasal pulau ni?

Pulau Mabul ni merupakan antara pulau yang paling cantik di Malaysia. Pulau ni terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran bersama-sama beberapa pulau lain seperti Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan, Pulau Bodgaya dan banyakk lagi!



Siapa yang suka pantai wajib ke sini. Dah-dah la tu pergi Pulau Perhentian. Bila lagi nak terokai pulau kat Sabah ni pula kan.




2. POLUMPUNG MELANGKAP
Pernah dengar Polumpung Melangkap? Orang yang suka nature mungkin pernah dengar nama ni. Kalau tak pernah dengar lagi maknanya sah tempat ni memang 'rare'!



Apa yang 'rare' nya? Di sini ada air sungai yang jernih yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Terletak 30 minit daripada pekan Kota Belud, memang macam susah nak percaya tempat seindah ini wujud! Kat sini pun boleh tengok sunset tau. Cantik sangat. Memang rugi kalau datang Sabah tapi tak sampai ke sini.


Kawasannya yang luas dan rata memang sesuai sebagai tapak perkhemahan. Eh, korang yang nak camping kat sini tak perlu susah payah nak bawa khemah. Sewa je di Pusat Pengurusan Melangkap Site. Tapi terhad tau! Siapa cepat dia dapat la. So, korang nak mandi-manda ke atau nak camping kat sini?




3. KRAFTANGAN DI TAMU GAYA


Kalau korang tak sempat ke Pasar Pilipin, korang boleh datang sini. Tamu ini buka pada setiap hari ahad pagi mula dari jam 0600 pagi sampai jam 1200 tengahari.


Tamu Gaya ni panjangnya dalam 500m. Bermula dari depan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sampailah di Hong Leong Bank. Dari DBKK di jual makanan, masuk dalam sikit ada kraftangan. Keychain, baju Sabah, buah- buah dan macam-macam lagi. Haiwan peliharaan pun ada.


Korang boleh jamu mata kalau tidak mau membeli pun. Tapi, gerenti korang tak kan balik dengan tangan kosong. Mesti ada something buah tangan untuk korang bawa balik untuk family atau kawan-kawan.





4. MARI MARI CULTURAL VILLAGE

Mari mari gaisss!
Korang tahu tak terdapat lebih 30 jenis etnik di Sabah ni? Negeri yang kaya dengan kebudayaan ini sememangnya akan lebih meriah apabila tiba perayaan seperti Pesta Kaamatan!
Di Mari Mari Cultural Village ini, anda berpeluang mengenali budaya dan suku kaum mahupun etnik di Borneo seperti Kadazan Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan baaanyak lagi!
Di sini, anda berpeluang;
🌱 -Menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat Sabah
🌱 -Mengetahui aktiviti harian dan mencuba sendiri
🌱 -Peluang untuk merasai sendiri makanan daripada pelbagai bangsa dan etnik di Sabah

Apa tunggu lagi? Jom kenali kepelbagaian etnik di Sabah ini di sini!





5. PUSING-PUSING TEPI PANTAI DENGAN BASIKAL LIP LAP 😄


Lepas makan seafood, apa kata korang singgah ke pantai Tanjung Lipat di Kota Kinabalu. Di sini ada menyediakan servis aktiviti berbasikal yang berlampu lip lap! Anak-anak korang mesti suka.
Yelah dah seharian diorg kehulu kehilir ikut korang nak ke mana apa salahnya waktu malam layankan diorg pula. Korang boleh try banyak jenis kenderaan berlampu ni dengan kadar sewa yang sangat berbaloi.
1. Basikal tua (RM15)
2. Basikal dua seat atau empat seat (RM20)
3. Kereta berhias (RM35)
4. Bas berhias (RM45)

Kadar sewaan selama 30 minit. Kalau siang dia strict sikit. Kalau malam dia akan bagi lebih masa. Best lagi kalau korang datang malam.





Jadi, bagaimana? Hebat betul penangan Sabah ini bukan? - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2018 02:12 PM | Show all posts
memang rare
1st time tau
thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Good.. Info berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 12:41 PM | Show all posts
Dah lama plan nak pegi holiday kat Sabah...tapi selalu ended up kat tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 10:59 AM | Show all posts
santeknye mabul tu mak aiii
bilalah mek nak sampai
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 01:01 PM | Show all posts
memang kene repeat sabah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2018 12:42 PM | Show all posts
Nice macam mana nak pergi polungkup melangkap tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 02:27 PM | Show all posts
Laut tu cantikk 😍
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2018 11:00 PM | Show all posts
cantik betul la..bila lagi nak pegi trip ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070517 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list