CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Idea] ANY THINK 4

   Close [Copy link]
Post time 17-12-2018 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya benar, apa yang kita kejar tak semestinya kita dapat..Jika itu akhirnya, mohon tuhan buang perasaan ini jauh-jauh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah hati ku sendiri..Ku tidak perlu sesiapa untuk hati ini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:29 AM | Show all posts
chesfa replied at 16-12-2018 09:08 PM
I'm dancing, like no one's staring at me

tara ku cha chaa


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul tu laki engkau. ..perlu kah engkau tulis drama kat umum. ..baik bincang kat rumah ja masalah kasih sayang rumah tangga...

Yang lelaki ni nak mengundur diri ka apa tu...perlu ka tulis kat umum. ..dah tulis banyak2...orang dah baca...tau pulak edit benda yang memalukan. ..baik engkau bincang dalam rumah  hal kelambu sendiri. ...

jelik. .....entah betul entah tidak tu suami. ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 08:09 AM | Show all posts
Edited by fixit at 18-12-2018 08:10 AM

selamat pagi

Al-fatihah untuk arwah Muhammad Adib



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2018 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 18-12-2018 08:38 PM
fixit replied at 18-12-2018 08:09 AM
selamat pagi

Al-fatihah untuk arwah Muhammad Adib


semoga tenang di sana Adib.syahidlah kau bro hendaknya, Insya Allah.

kematian kau bukan calang2, kematian kau menunjukkan yang mencari rezeki halal itu susah, kau ajar kami tentang tanggungjawab, tentang keikhlasan, hebat seperti rakan seperjuangan kau yang menyelamatkan budak lemas hari tu, kematian kau membuka mata manusia yang elok akalnya berfikir di mana dengan merusuh tiada apa2 kebaikan, kematian kau meleraikan topeng2 yang kononnya mahu aman dan perpaduan tetapi penuh dengan dendam semata, kau menunjukkan kami tentang poser iaitu makhluk2 parasit yang menumpang atas kematian kau untuk populariti,

adib berehatlah, insya Allah syurga tempat kau bro.bila dah ada sana nanti, jangan kau terkejut pula, bukan bangsa kita sahaja di sana, syurga tak kenal bangsa dan kau layak ke sana.

Al~Fatihah bro.aku jeles dengan kau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tingat dulu masa gila porem..bangun celik mata je ngadap porem sampai la porem tutup pukul 4 pagi..tapi ni citer zaman meols baru lepas grad dulu..tak keje lagi masa tu

pastu fast forward 8 taun meols slow2 lupa porem..bz keje bz dengan kehidupan luar..meols takleh brain orang yang sampai 10 taun mengadap porem pagi petang siang malam duk mengomen serata bod..hatta suri rumah pon ada banyak keje nak buat apatah lagi orang yang bisnes sendiri..habis yang duk ngadap porem 24 jam ni keje apa la agak nya ye..meols balik keje malam2 nak bukak porem pon tak larat dah..hanya mampu bukak youtube tengok kucing 7 ekor tu je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 11:24 PM | Show all posts
sedapnya kalau dapat makan ayam penyet dengan sambal ijo.
sedapnya nasi padang. tadi hampir nak makan. tapi teringat pulak diri sendiri sedang diet.
berat makin naik. kena beringat sebelum penyakit menjengah.

tapi kalau jamah sikit tak salah kan?

khamis ni starbucks buat promosi. 20 sen for your 2nd  drink purchase. kena beli ni.

kena beli no sugar la kot. kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:04 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 18-12-2018 01:09 PM
semoga tenang di sana Adib.syahidlah kau bro hendaknya, Insya Allah.

kematian kau bukan calan ...

justice untuk arwah Muhammad Adib

padu sangat kata2 Kill nih
betul tu, banyak iktibar dari kejadian nih
merusuh tu banyak buruk dari baiknya
paling sedih bila ada yang gunakan issue ni ambil kesempatan untuk "up" kan diri masing2
sembang kencang tak guna
kami mahu keadilan dan tindakan

hentikan spekulasi mengarut



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka aquaman dc menarik juga tak dark mcm dc yg lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:34 AM | Show all posts
bila HR lama nih nak betul2 berenti
dah 3 purnama dah kejap2 muncul je kat opis
like seriously?
dengan alasan tak abis ajar lagi HR baru
eh hello?
ni bukan sekolah yer
3 bulan tak settle2 lagi ker handover
like seriously?

emgeeee

rengsaa sangat

yihhhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:27 AM | Show all posts
sangat berbeza bila lelaki nasihat lelaki dan perempuan nasihat perempuan..

lelaki bila nasihat lelaki, dorang still boleh bertempuk tampar bersembang gelak2 selepas tu..

tapi

perempuan bila nasihat perempuan, boleh putus kawan..walaupun tak ada 1 patah perkataan pun berkasar..

but i dont care, kalau nasihat tu boleh buat kau stop semua perbuatan kau tu then bencilah aku sebenci bencinya dah marah lah aku semarah marahnya sebab aku dah tak kisah asalkan kau tahu perbuatan kau tu memang salah.

#SR2018


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ada perasaan sedih?

luahkan dengan ringkas di sini ----> WRITE A SAD STORY IN 3 WORDS...


anda luah, anda dapat kredit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
terer mentafsir puisi?sayang dah terer tapi sia2kan kelebihan tu ....

jom tafsir makna puisi di sini ---> Takwil Puisi

anda tafsir, dapat kredit, kalau tepat, thread Abe Gong pun anda boleh loncat.jom!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 12:00 PM | Show all posts
noor2 replied at 17-12-2018 08:57 AM
Kalau betul tu laki engkau. ..perlu kah engkau tulis drama kat umum. ..baik bincang kat rumah ja mas ...

Bingo. Virtual is make believe...the drama continues...



Popcorn please...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-12-2018 12:00 PM
Bingo. Virtual is make believe...the drama continues...



Drama masih berterusan. ....dia ingat orang semua bodoh. .....macamlah orang tak tahu tu bukan suami dia. ...berusaha cari team untuk turut menipu. ...seronok kut tipu diri sendiri. ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-12-2018 04:26 PM
Drama masih berterusan. ....dia ingat orang semua bodoh. .....macamlah orang tak tahu tu bukan sua ...

apa yinni kaka noor
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tengah cari mood nak karang info pasal kucing. sesambil tunggu orang balik beli kari ayam @Foxey

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by matkpop at 20-12-2018 01:41 AM

Pembelit Lidah Dalam Pelbagai Bahasa Di Seluruh Dunia


Pembelit Lidah ataupun dalam bahasa Inggeris Tongue Twister adalah ayat rekaan yang sukar disebut dengan tepat. Frasa tersebut boleh digunakan dalam pelbgai jenis permainan bahasa. Jika seseorang itu tersalah sebut, dia akan menjadi bahan ketawa orang lain, terutama sekali jika kesalahan tersebut membawa maksud yang tidak sepatutnya. Berikut adalah contoh pembelit lidah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.

Pembelit Lidah boleh ditemui dalam Bahasa Melayu. Contoh ayat dalam bahasa Melayu yang sukar disebut ialah “Kakakku kata, kuku kakiku kotor. Kukikis kuku kotor kakiku”. Ayat tersebut mengisahkan tentang hubungan antara adik-beradik dalam sebuah keluarga. Seorang kakak memberitahu adiknya tentang keadaan kuku kakinya. Adik yang diberitahu itu kemudiannya membersihkan  kakinya daripada sebarang kekotoran.

Bahasa Inggeris juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “I scream, you scream, we all scream for ice-cream!”. Ayat tersebut membawa maksud “Aku menjerit, kau menjerit, kami semua menjerit untuk aiskrim!”. Ayat tersebut mengisahkan tentang kehidupan manusia terutama sekali kanak-kanak yang sedaya upaya untuk memanggil penjual manisan.

Bahasa Mandarin juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “shī shì shí shī shǐ”. Ayat tersebut membawa maksud “Kisah Encik Shi Memakan Singa”. Kisah Encik Shi Memakan Singa adalah sebuah puisi yang mengandungi 92 karakter yang ditulis oleh seorang penyair bernama Yuen Ren Chao (1892-1982). Ayat tersebut ditulis sama ada dalam Tulisan Cina Dipermudah (Simplified Chinese), “施氏食狮史” ataupun Tulisan Cina Tradisional (Traditional Chinese), “施氏食獅史”.

Bahasa Arab juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “taraqto al baba hatta kallamatni, fa lamma kallamatni kallamatni. qalat: ya isma’ilo sabran, qolto: ya Asma 3eela sabri”. Ayat tersebut membawa maksud “Saya mengetuk pintu sehingga sakit lengan, dia berkata: Ismail menunggu. Saya berkata: Asma, saya telah hilang sabar”.

Bahasa Ibrani (Hebrew) juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Sarah Syarah Sir Sameakh, Sir Sameakh Sarah Syarah”. Ayat tersebut membawa maksud “Sarah sedang menyanyi lagu gembira, lagu yang gembira dinyanyikan”.

Bahasa Suomi (Finnish) juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Kokoo koko kokko kokoon. Koko kokkoko kokoon? Koko kokko kokoon”. Ayat tersebut membawa maksud “Letakkan semua unggun api. Semua unggun api? Semua unggun api”.

Bahasa Magyar (Hungarian) juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Te tetted e tettetett tettet? Tettetett tettek tettese, te!”. Ayat tersebut membawa maksud “Adakah kau melakukan perbuatan jahat ini? Kau pelaku perbuatan jahat!”.

Bahasa Jepun juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Kono neko koko no neko no koneko kono koneko ne” ayat tersebut membawa maksud “Kucing ini adalah anak kucing kepada kucing di sini, anak kucing ini”. Dalam tulisan asal, ayat tersebut ditulis sebagai “この猫ここの猫の子猫この子猫ね”.

Bahasa Korea juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “mokdong royal nyuroyar reseutorang nyu menyu”. Ayat tersebut membawa maksud “Hidangan Baharu Restoran Mokdong Royal New Royal”.

Bahasa Tamil juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “yār tacca caai  eka tāttā tacca caai?”. Ayat tersebut membawa maksud “Siapakah kemeja besar datuk kita?”.

Akhir sekali, Bahasa Tagalog juga mempunyai pembelit lidah. Contoh ayat dalam bahasa tersebut ialah “Aba, bababa kaba Baba?”. Ayat tersebut membawa maksud “Kenapa, adakah kau pergi ke Baba?”.

Kesimpulannya, itu adalah contoh pembelit lidah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Bergantung kepada bahasa berkenaan, terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan sesuatu ayat itu sukar disebut oleh banyak pihak. Sebagai contoh giliran bunyi (s) dan [] dalam Ibrani menyebabkan ayat tertentu sukar disebut. Harmoni Vokal (Vowel Harmony) dan kes tatabahasa dalam bahasa Magyar dan Suomi masing-masing juga memainkan peranan penting.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots (thepatriots.asia)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 1.258245 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list