CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3699|Reply: 22

ruang hujah ...persoalan berorientasikan falsafah berkenaan sifat Allah

[Copy link]
Post time 25-11-2018 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 25-11-2018 12:05 PM

AL-AFKAR #25: TUHAN MAHA PENGASIH TETAPI MEMBENARKAN KEJAHATAN?

DetailsUploaded by Mohamad Razif Mohamad Fuad
Published: 13 November 2018
pautan asal:http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/2757-al-afkar-25-tuhan-maha-pengasih-tetapi-membenarkan-kejahatan






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2018 12:04 PM | Show all posts
Soalan:
Lately selalu keluar di newsfeed saya gambar-gambar manusia dan kanak-kanak kebuluran. Badan tinggal tulang yang hanya dibalut kulit. Entah kenapa mereka masih belum mati-mati. Boleh kemurungan saya dibuatnya. Saya terfikir, di mana Tuhan? Sibuk sangatkah Tuhan dengan hal ehwal lain? Mungkinkah dunia ini terlalu besar dan manusia terlalu ramai untuk ditadbir seluruhnya oleh Tuhan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:06 PM | Show all posts
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Perbincangan berkenaan masalah kejahatan dan penderitaan (the problem of evil and suffering) bukanlah isu yang baharu dibincangkan. Dalam perbahasan falsafah, isu ini telah lama dibincangkan seawal kenyataan Plato dalam bukunya The Republic: “since a god is good, he is not – as most people claim – the cause of everything that happens to human beings but of only a few things, for good things are fewer than bad ones in our lives. He alone is responsible for the good things, but we must find some other cause for the bad ones, not a god”

Allah SWT boleh sahaja menciptakan umat manusia ini dengan satu bentuk pemikiran, satu gaya hidup, satu warna kulit, satu sifat dan sebagainya tetapi Dia mengkehendaki kita untuk berbeza-beza kerana terkandung di dalamnya pelbagai hikmah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:08 PM | Show all posts
Firman Allah SWT:


وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ


Maksudnya: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.”

(Surah Hud: 118)


Tuhan Tanya Kita, Bukan Kita Tanya Tuhan

Suka kami respon kepada persoalan di atas bahawa kita diajar untuk beribadat dan mengabdi diri kepada Allah yang sudah pasti kita akan ditanya atas perbuatan kita, bukan kita bertanya akan perbuatan Allah. Firman Allah:

لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Maksudnya: “Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.”

(Surah al-Anbiya’: 23)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:15 PM | Show all posts
Masalah Kejahatan (Musykilat al-Syarr)

Menurut Dr. Sami Ghamiri dalam Musykilat al-Syarr wa Wujud al-Ilah (m. 20-21), perbincangan berkenaan Masalah Kejahatan boleh ditemui dalam perbahasan teodisi (theodicy) di sisi falsafah yang berasal daripada kalimah theos (Tuhan) dan dike (keadilan). Maka, ia bermaksud “keadilan Tuhan” atau lebih khusus lagi, ia adalah penjelasan mengapa Tuhan yang Maha Sempurna, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui membenarkan kejahatan. Perkataan theodicy mula ditemui dalam penulisan Leibniz melalui bukunya Theodicy: Essays on the Goodness of God, the Freedom of Man, and the Origin of Evil.

Isu ini dibincangkan dalam bab keadilan Allah SWT atau secara khususnya, penjelasan kewujudan kejahatan di dunia ini, tidak menafikan kewujudan Allah SWT. Ini juga ditemui dalam perbahasan ilmu kalam dalam bab-bab yang pelbagai antaranya bab Sifat Allah, Kehendak Allah, perbuatan hamba. Di sisi Muktazilah, isu ini boleh ditemui dalam bab al-qabih.

Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah:

Asal usul kejahatan. Bagaimana kejahatan berkembang? Siapakah yang dipertanggungjawabkan?
Tabiat kejahatan. Apakah ontologi kejahatan dan bagaimanakah ia ditemui?
Masalah kejahatan. Bagaimana kejahatan membentuk permasalahan berkenaan zat dan sifat Allah.
Sebab kejahatan. Bagaimana Allah membenarkan wujudnya kejahatan? Apakah sebab dari sudut etika yang logik akan kewujudannya?
Pengakhiran kejahatan. Bagaimana Allah akan menghentikan kejahatan? Atau bagaimanakah diekstrakkan kebaikan daripada penutup bagi keburukan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:18 PM | Show all posts
Tuhan Yang Maha Pengasih Tetapi Membenarkan Kejahatan?

“Wanita dirogol setiap hari, anak-anak kecil mati kerana kanser, pembunuhan dan peperangan di mana-mana. Mengapa Tuhan tidak bertindak? Justeru, Dia tidak wujud atau tidak berperanan sebagai Tuhan yang sebenar!”

Hal ini seringkali dilontarkan oleh kelompok ateisme dan juga agnostisime untuk menjejaskan konsep keimanan kepada Tuhan. Bagi yang membuat pengkajian yang teliti, sebenarnya sudah terlalu banyak tokoh-tokoh sarjana Muslim yang sudah menjawab persoalan-persoalan sebegini seperti Imam al-Taftazani, Imam al-Baqillani, Imam al-Ghazali dan lain-lain. Begitu juga tokoh Muslim moden seperti Hamza Tzortzis, Asadullah Ali, Syeikh Muhammad el-Shinawy, juga tokoh bukan Muslim seperti Alvin Plantinga dengan teori Free Will Defense
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2018 12:22 PM | Show all posts
Pertama: Menurut al-Qur’an, antara nama Allah SWT adalah al-Qadir (Maha Berkuasa), al-Muntaqim (Maha Membalas) dan juga al-Rahman (Maha Pengasih). Pun begitu, ateis telah menyalahtafsirkan konsep ketuhanan yang komprehensif. Allah SWT bukan hanya bersifat Maha Pengasih. Hakikatnya, Dia mempunyai banyak nama-nama yang perlu difahami secara holistik dan saling berkaitan.

Sebagai contoh, nama-Nya al-Hakim (Maha Bijaksana). Perbuatan-Nya adalah selari dengan kebijaksanaan-Nya. Itulah yang dinamakan hikmah. Justeru, apa jua yang terjadi, ada sesuatu yang tersirat dan pastinya baik buat kita. Malangnya, ateis dan agnostik yang ingin menggoyahkan iman umat Islam cuma melihat Allah SWT hanya bersifat Pengasih dan Penyayang. Maka, mereka membuatkan seolah-olah Allah itu tidak berperanan dalam tugas-Nya dan akhirnya membawa kepada penafian kewujudan Allah.

Jika Allah SWT hanya bersifat dengan sebahagian sifat-sifat-Nya dan meninggalkan sifat-sifat yang lain, maka hilang kesempurnaan-Nya. Begitu juga jika Dia hanya bersifat dengan sifat yang dikehendaki hamba-hamba-Nya, maka hilanglah fungsi-Nya sebagai Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:23 PM | Show all posts
Kedua:

Imam al-Ghazali dalam al-Maqsad al-Asna fi Sharh al-Asma’ al-Husna menyatakan bahawa tidak ada kejahatan dalam kewujudan yang tidak ada langsung kebaikan padanya. Bahkan, jika kejahatan itu dibuang, kebaikan akan hilang dan boleh jadi kerosakan yang lebih besar akan terjadi.

Beliau memberi contoh pemotongan anggota badan. Ianya adalah satu kerosakan bagi tubuh badan tetapi, ianya jua adalah kebaikan sekiranya ia dilakukan untuk memelihara kesihatan atau nyawa. Sekiranya tangan seseorang perlu dipotong tetapi ianya dibiarkan, mungkin seluruh tubuh akan menerima padahnya. (Lihat al-Maqsad al-Asna, m. 65)

Pun begitu, pemotongan cuma wasilah untuk mencapai kesihatan. Apa yang menduduki tempat yang terutama adalah menjaga kesihatan. Menjaga kesihatan tubuh adalah tujuan utama manakala pemotongan tersebut cuma wasilah bagi mendapat kesihatan yang lebih baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2018 12:23 PM | Show all posts
Ketiga:

Gejala menyalahkan Allah SWT ini antaranya berpunca daripada sikap segelintir manusia yang cuba untuk lari daripada tanggungjawab dan peranannya sebagai khalifah di mukabumi. Jika diteliti, hampir kesemua ujian, kesengsaraan, kezaliman yang dilihat itu adalah hasil daripada perbuatan manusia sendiri.

Sikap menyalahkan apa yang ada disekeliling ini kemungkinan besar berpunca daripada perbezaan zaman yang wujud antara golongan millennials (lahir seawal 1980) dengan golongan baby boomers (1946 – 1964) antaranya dalam bidang kerjaya. Kajian menunjukkan golongan millennials lebih cenderung untuk dipecat dan dibuang kerja supaya mereka lebih suka bekerja mengikut minat mereka bagi memajukan kemahiran dan pengalaman sesuai dengan prospek kerjaya mereka. Pun begitu, golongan baby boomers lebih suka untuk bekerja keras bagi satu-satu syarikat sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang bagi pembangunan kemahiran dan juga lebih terjamin dengan adanya pencen.[1]

Dengan sikap golongan millennials ini, mereka lebih cenderung untuk menuding kepada keadaan sekeliling yang membuatkan mereka terhalang bagi mencapai kemuncak kepuasan dalam kerjaya dan hidup mereka, sehingga menyalahkan Tuhan. Maka, tidak mustahil jika ada masalah dan ujian, Tuhanlah yang dipersalahkan atas musibah yang menimpa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:24 PM | Show all posts
Keempat:

Terlalu banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menyeru kepada kebaikan dan membenci keburukan. Jika Allah SWT menyukai kebaikan dan dalam masa yang sama “tidak berbuat apa-apa” terhadap keburukan, maka sebenarnya Dia telah bercanggah dengan perintah dan larangan-Nya sendiri dan itu adalah mustahil bagi Tuhan.

Firman Allah SWT:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ

Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.

(Surah al-Hasyr: 7)

Apabila Allah SWT mengizinkan kejahatan, keburukan dan kezaliman berlaku, bukanlah bermakna Dia tidak berperanan atau “sibuk” sebagaimana yang dipersoalkan kerana izin tidak bermaksud redha dan tidak semestinya izin itu beriringan dengan redha. Al-Kafawi dalam al-Kulliyyat mendefinisikan izin sebagai membolehkan sesuatu berlaku, manakala redha bermaksud kasih kepada sesuatu. (Lihat al-Kulliyyat, m. 72 & 76)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:25 PM | Show all posts
Salahfaham Ateis dan Agnostik

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.

Riwayat oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahih-nya (2956), Imam al-Tirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113).

Imam Muslim meletakkan hadith ini di dalam Sahihnya maka ini bermakna hadith ini adalah sahih. Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih. Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya. Syeikh al-Arna’outh mengatakan hadith ini sanadnya sahih mengikut syarat Imam Muslim ketika mentaqiqkan Musnad Ahmad.

Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi. (Lihat al-Minhaj, 93/18).

Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadis ini dalam Faid al-Qadir (3/546), telah menyebut sebuah kisah yang diambil daripada para ulama: “al-Hafiz Ibn Hajar (al-Asqalani) Ketika dia menjadi Ketua Qadi berjalan pada suatu hari melintasi sebuah pasar. Ketika itu beliau dalam sebuah rombongan penunggang haiwan kenderaan yang besar, cantik lagi mengagumkan. Tiba-tiba meluru ke arahnya seorang lelaki Yahudi, penjual minyak biji rami. Pakaiannya kotor dengan minyak, dan kelihatan semakin lusuh dan buruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:26 PM | Show all posts
Dia lantas memegang kekang baghal Imam Ibn Hajar dan berkata: “Wahai Syeikh al-Islam! Engkau mendakwa bahawa Nabi kalian berkata: “Dunia itu penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir,” lantas, penjara mana yang engkau berada sekarang? Dan syurga mana yang aku berada sekarang?” Jawab Ibn Hajar: “Aku jika dibandingkan apa yang Allah janjikan bagiku di akhirat nanti daripada kenikmatan syurga, seakan aku sekarang berada di penjara, manakala engkau pula, jika dibandingkan dengan apa yang Allah janjikan bagi engkau di Akhirat, seolah-olah sekarang engkau berada dalam syurga.” Lalu Yahudi itu masuk Islam.

Berkaitan tanggungjawab, Imam al-Marwazi pernah menceritakan bahawa: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad: “Bagaimana keadaan anda pagi hari ini?”. Beliau menjawab: “Bagaimana kira-kira keadaan seorang hamba pada pagi hari, di mana Rabbnya menuntut dirinya untuk melaksanakan berbagai kewajipan, Nabinya menuntut dirinya untuk menjalankan al-Sunnah, sementara dua malaikat menuntut dirinya untuk beramal dengan benar, di sisi yang lain, jiwanya menuntut dirinya untuk menurut hawa nafsu dan iblis pula menuntutnya untuk melakukan perbuatan keji, malaikat maut pula melihat dirinya untuk mencabut rohnya, sementara keluarganya menuntut daripadanya untuk mencari nafkah”.

Maka, kami menegaskan bahawa hakikatnya ateis dan agnostik tersalah faham dalam memahami konsep kebaikan dan keburukan, kesenangan dan kesusahan. Mereka memahami konsep berkenaan tanpa menggunakan rasional yang tepat disamping ego yang menyelubungi jiwa mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:28 PM | Show all posts
Penutup

Isu ini memerlukan penjelasan dan pemahaman yang mendalam berkenaan konsep kehendak (masyi’ah) Allah SWT, begitu juga konsep iradah syar’iyyah dan iradah kauniyyah. Ironinya, mereka yang berhadapan dengan ujian ini kebanyakannya percaya kepada Tuhan bahkan semakin dekat kepada-Nya. Mereka beriman dengan firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”

(Surah al-Mulk: 2)

Ateis dan agnostik cuba mengelirukan umat Islam dengan mendakwa bahawa hanya keburukan sahajalah ujian. Tetapi, sebenarnya mereka terlupa bahawa kesenangan dan kebaikan juga adalah satu ujian. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

(Surah al-Anbiya’: 35)

Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya dan meningkatkan keimanan kita kepada-Nya. Wallahu a'lam.

_____________________________

[1] https://www.theladders.com/career-advice/the-disconnect-between-baby-boomers-and-millennials-when-it-comes-to-work-ethic
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:29 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-11-2018 12:33 PM

inilaa ruang ilmu kalam....

kejahatan adalah di bahu pemilih dosa dan pahala itu

ANDA DIBERI  ruang dan akal untuk memilih

kemudian sesuatu yg dipilih itu adalah fasad  , tapi appealing to the nafsu...

lalu and ajustifikasikan , mana mungkin adilnya ALLAH itu disalahkan


peperangan sekarang ?  salah siapa , tangan siapa?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:32 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-11-2018 02:37 PM

satu lagi melihat sifat Allah dengan terperangkap dalam  ruangan litup pemikiran manusiawi

tamyeez....ini memang kejahilan  yang  perlu ditambah baik dari  peringkat sekolah lagi dengan sifat sifat Allah...

so iktibarnya ustazah pendidikan Islam kena kuasai ilmu  fardhu ain , ilmu agama yg teras tu sudah pasti tapi ni  fardhu dan kifayah

bukan  surface dah ni...sebab cabaran pemikiran boleh bermula sawal usia 7 tahun apabila kekanak itu berada dalam peringkat perkembangan minda concrete operational ( 7 years -11yrs ) sebelum formal operational (12 years onwards).


bawakan  unsur isu semasa dan islam , implikasi ? akidah? akhlak ? adab?
kenalilah pelajar anda tentang pemikir Islam yg ulung ...apa yg depa kupas dan kenapa dan disertai dengan konteks. sebab cabaran sekarang memerlukan pengajar itu peka pada ilmu yg sahih dan semasa dan mencari mereka yg pakar.


Cabaran para pendidik  di rumah yakni ibu bapa di kala ini amatbesar

i think dah ada pun psychologist muslim yg memberikan panduan bagaimana membetuk jiwa ketuhanan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 01:08 PM | Show all posts
mengenal sifat dan perbuatan tanpa mengenal zat adalah bermasalah besar dlm konsep tauhid
tanpa tauhidul ZAT, sifat dan asmak, maka...tidaklah anda akan sampai pada hakiki sebenar yg disebut KEESAAN - dan dalil kupasan bab KEESAAN hanyalah dlm surah IKHLAS sbg kunci dan alFATEHAH - sebagai gerbang pembuka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Juga..(rujuk -surah Al Afkar dan juga topik)

Ada berkaitan dengan
"Tuhan tidak akan menguji hambanya dengan ujian (kehidupan) yang tidak tertanggung oleh hambanya"

Ianya saling kait mengait juga sebagai satu tanda aras penguji keimanan seseorang hamba itu.

Juga berkait dengan
Redha hambanya...Bersyukur hambanya (atas ujiannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 03:11 PM | Show all posts
mengenal susunan pati rukun iman itulah baru lahirnya hukum ibadah bersyariat pd rukun Islam
belajar mengenal ilmu tauhid syahadah adalah wajib...

barulah dpt menjalani erti syukur...bertaqwa...lalu redha...redha ni antara tertinggi anugerah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 10:00 PM | Show all posts
moderator @mbhcsf ,

bolehkah saya pendekkan masalah ini berpunca dari ketidakterimaan bahawa bumi ini ujian...

jika mereka faham bumi ini ujian, maka kesusahan sepatutnya tidak lagi dipersoalkan..buang masa.

soalan ni berulang bnyk kali...

ya, ia pelik kalau dunia ini syurga...

tapi dunia ini ujian...maka sepatutnya kesusahan tu tak perlulah mereka hairan sangat.

betulkah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 10:28 AM | Show all posts
ussopp replied at 25-11-2018 10:00 PM
moderator @mbhcsf ,

bolehkah saya pendekkan masalah ini berpunca dari ketidakterimaan bahawa bumi ...

oh itu tafaqquh fiddin  maqam tinggi tu ....yeah itu jawapan , cogently answer

sebab penerimaan individu berbeza beza dalam mendepani ujian dan menanggapi ujian ...depa react towards certain things normallah h human kan...

hanya sahabi yg tahap = wow , nak minta ujian bila senang sebab rinduka perhatian Allah , itu tahap wow maam tinggi tu

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.209423 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list