CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20612|Reply: 51

Senarai Restoran Korea Halal di Malaysia Yang Boleh Anda Kunjungi. Nampak Sedap

[Copy link]
Post time 26-11-2018 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Fenomena KPOP, K-Drama dan Variety Show  seperti Runningman telah membawa ramai rakyat Malaysia mengidamkan masakan Korea dan tertanya-tanya bagaimanakah rasanya masakan Korea  kerana setiap makanan yang ditayangkan dari drama atau program tv korea kelihatan begitu menyiurkan. Selain restoran Seoul Garden dan Dubu-Dubu yang sudah sedia maklum oleh ramai orang mengenai makanan di restoran ini. Ini beberapa senarai restoran korea lain yang menjadi pilihan pengunjung.




1. Sweetree



Kredit Foto : thereallifestoryof-marliyana.blogspot.com   dan https://www.wanista.




Restoran yang pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3 ini, adalah restoran makanan Korea yang menghidangkan pelbagai makanan  sesuai untuk dinikmati seisi keluarga kerana portion yang besar. Selain dari makanan yang disajikan dengan pelbagai jenis makanan korea dari BBQ  hinggalah ke makanan sampingan, Sweetree juga mempunyai masakan lain seperti nasi goreng kampung Malaysia, pasta Itali dan juga mi  daging Vietnam.




Sajian makanan korea di Sweetree. Sumber dari internet.



Malah restoran ini juga mempunyai hiasan dalaman ala Tropical yang cukup sesuai untuk anda bersantai di persekitaran yang selesa atau mengadakan majlis parti.



Hiasan dalaman di restoran Sweetree



Website : weetree.net| swtree.sweetree




2. KStreet Cafe/ Street Cafe





Kafe ini lebih mengkhususkan kepada makanan jalanan di Korea dan makanan tradisional harian. Di The Street/ Kstreet Cafe anda boleh mencuba hidangan klasik seperti Samgyetang (ayam ginseng), Beef Bimbibap, Bulgogi, ayam popcorn crunchy dan  kek ikan odeng yang popular. Jika anda berani, bolehlah mengambil cabaran untuk mencuba On Fire Ramyeon 🔥.





Hiasan dalaman di cafe ini, lebih kepada santai dan penuh dengan memori bersama artis KPOP kesukaan. Di sini terdapat banyak poster dan gambar selebriti kpop  yang ditampal lantaran boleh membuatkan pengunjung yang berada di sini, berada lebih dekat dengan dunia KPOP. Malah pengunjung juga boleh meninggalkan signature atau kata-kata hikmat di dinding-dinding atau menampalkan note sticker di ruang yang disediakan.








Website : TheStreetCafe





3. Gangnam Station






Bermula sebagai restoran serdehana di Shah Alam, restoran yang diusahakan oleh Encik Samsuddin Abd.Aziz kini telah melebarkan pintunya ke 19 USJ City Mall, dengan makanan yang berkonsepkan Korean stick BBQ dan banyak lagi. Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3.






Dengan kepelbagaian masakan Korea, Restoran Gangnam Station menawarkan  hidangan dari bulgogi Dubap ke Jajangmyeon, Kimchi Jjigae, Dolsot Bulgogi dan banyak lagi.  Untuk itu, anda pasti dapat menangkap rasa masakan Korea.


Suasana di restoran Gangnam Station yang lebih bersahaja dan agak kelihatan eksklusif.







Website :gangnamstation




4. K'Fry Urban Korean




K'Fry mencipta makanan keselesaan Korea dengan sentuhan yang sihat dan moden. Kepada anda penggemar ayam Korea viral yang di makan bersama gulungan cheese, di sinila tempatnya. Terdapat pelbagai ayam goreng Korea yang dimasak dengan pelbagai citarasa yang pasti membuatkan anda menyukainya.











Website : kfry.my





5. 4 Fingers




Jika ingin makan ayam korea viral yang sedang popular ini, anda boleh dapatkannya juga 4 Fingers. Di sini anda boleh menikmati ayam goreng rangup yang sememangnya disahkan halal. Sekiranya anda bukan peminat ayam atau inginkan sesuatu yang lebih sihat, pilihan hidangan makanan laut dan  salad juga terdapat dalam senarai menu.




Sumber dari internet






6. Mr.Dakgalbi



Bagi anda yang tidak tahu, Dakgalbi adalah hidangan Korea popular dilakukan dengan memerap ayam dalam gochujang (pes cili). Makanan ini dikacau dan digoreng dengan sayur-sayuran dan Tteok (kek beras). Proses ini boleh dilakukan sendiri di setiap meja makan anda. Wah! Menarik bukan?




Hiasan dalam di dalam restoran Mr. Dalba



Selain itu terdapat beberapa restoran korea lain yang anda boleh anda kunjungi untuk menikmati keenakannya. Antaranya,


7. Kyo Chan 1991
8. BBQ Chicken Malaysia
9. GoGung Korean Restaurant
10. B Station
11. Ko Hyang
12. Myeondong Topokki
dan banyak lagi.


(Untuk melihat lokasi restoran anda boleh pergi ke link yang diberikan.)


Dah ada yang pernah berkunjung ke restoran yang disenaraikan? Mana satu pilihan anda? Makanan Korea apa yang anda suka? Jom share... - CARI




Sumber : www.wanista.com, www.havehalalwilltravel.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mr Dakgalbi sedap tp muak sbb keju byk. Lg satu, makanan kpop ni x dap, try hard nak lawan Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:18 PM | Show all posts
da try megi goreng dakgalbi

kat table customer depa goreng live

taste not bad la
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:28 PM | Show all posts
laaa.. 4 Fingers tu Korea rupanya..
patut lah rasanya  lebih kurang Kyochon je..

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah pergi Sweet Tree dengan Dakgalbi je. Kt sweet tree topokki sedappppp dakgalbi pulak muak sbb cheese dia. Iols memang peminat topokki nanti nak try restoran lain pulakss
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak restoren jepun y halal?kwn ckp sushi king tak halal?konfius asenye..ermmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2018 01:19 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 26-11-2018 12:56 PM
Ada tak restoren jepun y halal?kwn ckp sushi king tak halal?konfius asenye..ermmm

kalu x silap sushi king dh dpt status halal jakim..jakim dh buat kerja dia. kalu nk ragu2 lagi payah lah. kena masak sendiri kt rumah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 01:25 PM | Show all posts
tagas replied at 26-11-2018 12:18 PM
da try megi goreng dakgalbi

kat table customer depa goreng live

betul tu.. diaorg ikut cara kt korea.. tp dakgalbi ni tgk tmpt jgk.. ada tmpt yg sedap ada x..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan selera tekak i & service ranking seperti dibawah
1. Dubuyo
2. Myongdong topokki
3. Mr dakgalbi
4. K fry
5 4 fingers
6. Sweet tree
7. Yogane
8. Kyochon

Yg lain belum try.  Bulgogi brothers tak sempat

Seoul garden tak masuk list?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 04:18 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 26-11-2018 12:28 PM
laaa.. 4 Fingers tu Korea rupanya..
patut lah rasanya  lebih kurang Kyochon je..

macam bukan korea punya. tp ayam dia ada ayam korea.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 04:20 PM | Show all posts
matchstick replied at 26-11-2018 01:19 PM
kalu x silap sushi king dh dpt status halal jakim..jakim dh buat kerja dia. kalu nk ragu2 lagi pay ...

tak pernah rasa ragu2 pun sebelum ni makan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 04:52 PM | Show all posts
smeetasmitten replied at 26-11-2018 02:18 PM
Berdasarkan selera tekak i & service ranking seperti dibawah
1. Dubuyo
2. Myongdong topokki

Sopoong tak masuk? Sopoong kat BTS Sedap....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 05:27 PM | Show all posts
akudracula replied at 26-11-2018 04:52 PM
Sopoong tak masuk? Sopoong kat BTS Sedap....

aku penah try makan ramen dan gimbap kat sopoong. rasa mcm megi kari masak kat rumah jah, udang lala sotong nak tak nak je buh. aku dah ban kedai ni. kt ioi mall tu pun dh tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
akudracula replied at 26-11-2018 04:52 PM
Sopoong tak masuk? Sopoong kat BTS Sedap....

Belum. Will do.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 26-11-2018 01:19 PM
kalu x silap sushi king dh dpt status halal jakim..jakim dh buat kerja dia. kalu nk ragu2 lagi pay ...

Ye ek?sbb ada kwn kpd kwn ni keje SK ni,tp dia sendiri y reveal ckp xde sijil halal y diiktiraf..sy sblm ni mmg melantak kt SK ler,especially time bonanza tu...

Tp lps je taw psl ni,terus x pegi..tp tingin nye lahai nk mkn smoked salmon ngn salmon mayo y roll bulat comel tu..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 11:44 AM | Show all posts
setakat ni pernah  mkn kat dubuyo dgn street kafe tuje..not bad la..kena dgn tekak ni.. nak try ayam goreng korea plak..mana yg sedap dan harga reasonable ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 12:18 PM | Show all posts
myeondong toppoki kat sunway velocity dah x sedap

manager dia sama je, tukang masak kot dok tukar2

toppoki smpi x masak keje dek staff
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 12:22 PM | Show all posts
Edited by wadiunong at 27-11-2018 12:26 PM
NmeeraR replied at 26-11-2018 04:20 PM
tak pernah rasa ragu2 pun sebelum ni makan..


akak makan je kat Sake Sushi & Pasta Zenmai
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 12:24 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 26-11-2018 12:11 PM
Mr Dakgalbi sedap tp muak sbb keju byk. Lg satu, makanan kpop ni x dap, try hard nak lawan Jepun.



japanese food the best. sedapnya sushi salmon with mayo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 02:56 PM | Show all posts
myakayina replied at 27-11-2018 11:44 AM
setakat ni pernah  mkn kat dubuyo dgn street kafe tuje..not bad la..kena dgn tekak ni.. nak try ayam ...

ayam korea ni lebih kurang je harga nya.. tak murah sangat tak mahal sgt. try la dekat 4 fingers, kyo chan, kfry or sweetree...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.078014 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list